Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, September 6, 2011

Pas Pun Tidak Akan Wujud Jika Komunis Memerintah

1. Ceramah Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS), Mohamad Sabu (Mat Sabu) minggu lalu di Pulau Pinang menjadi satu isu kontroversi apabila beliau mendakwa Mat Indera yang memimpin pasukan Komunis menyerang balai Polis Bukit kepong sebagai wira.

2. Beliau juga mendakwa polis-polis Melayu yang diserang oleh Mat Indera adalah alat penjajah British. Jauh lebih daripada itu Mat Sabu juga mendakwa Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman yang dianggap pejuang kemerdekaan sebenarnya pegawai British.

3. Mat Sabu juga mendakwa sejarah negara adalah pembohongan. Katanya, sejarah negara kita menganggap Tok Janggut dan Datuk Burhanuddin sebagai pengkhianat. Saya berharap Mat Sabu dapat membuktikan di mana sejarah Malaysia yang menyatakan Datuk Burhanuddin al-Helmy dan Tok Janggut sebagai pengkhianat negara.

4. Sejarah Malaysia mengangkat semua para penentang British, Portugis dan Jepun sebagai Pahlawan Negara. Sejak awal sejarah Tanah Melayu dan Borneo, nama-nama mereka yang menentang penjajah dianggap wira tanah air. Nama-nama seperti Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Datuk Maharajalela dan Sipuntum (yang membunuh J.w.w. Birch), Rosli Dhoby, Mat Salleh dan ramai lagi para penentang British terus dianggap pahlawan watan kepada tanah air dan termaktub dalam sejarah negara. Justeru adalah satu pembohongan untuk Mat Sabu mendakwa mereka ini dianggap sebagai pengkhianat negara oleh Sejarah Malaysia.

5. Namun sejarah negara tidak menerima komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara kerana asas perjuangan mereka bukan untuk kemerdekaan atau mempertahankan anak watan Tanah Melayu daripada British atau mana-mana penjajah. Parti Komunis Malaya ditubuhkan untuk menyebarkan ideologi komunis, membentuk negara komunis di Tanah Melayu dan menjaga kepentingan kaum Cina. Sebab itu, majoriti orang Melayu di Kepulauan Melayu (Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia) menolak Komunis.

6. Malahan yang menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) pun bukan anak watan tanah air. Justeru mengatakan PKM pejuang kemerdekaan, sementara Polis Melayu dan pemimpin Melayu seperti Dato Onn dan Tunku Abdul Rahman alat British, menunjukkan Mat Sabu tidak mengenali sejarah negara dengan jelas.

FALASI PERTAMA MAT SABU:
POLIS MELAYU, DATO ONN, TUNKU ABDUL RAHMAN PEGAWAI PENJAJAH; PKM MENENTANG PENJAJAH


7. PKM juga sebenarnya alat British semasa penjajahan Jepun. PKM menubuhkan Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) kerana permusuhan antara kerajaan Komunis China dan Jepun serta bertujuan melindungi kaum Cina di Tanah Melayu yang paling teruk menjadi mangsa kezaliman Jepun. Selepas British kembali menduduki Tanah Melayu, PKM masih bekerjasama dengan British. Namum British tidak mahu mengiktiraf ideologi komunis dan ini menimbulkan penentangan PKM terhadap British.

8. Sebaliknya, British memilih untuk berunding dengan Sultan-sultan Melayu dan nasionalis Melayu bagi proses memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Apabila Sultan dan pemimpin Melayu menolak Malayan Union, British mengubah beberapa perkara dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ini secara jelas menunjukkan British sedang ke arah memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu secara demokrasi dan Raja Berpelembagaan.

9. Justeru secara faktanya sejak 1948 lagi telah wujud kerajaan campuran antara British, wakil Sultan dan wakil orang Melayu bagi pemerintahan Tanah Melayu dan juga proses ke arah kemerdekaan.

10. Polis-polis Melayu yang dilantik dalam pentadbiran ini merupakan anggota yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan penduduk Tanah Melayu dan juga mempertahankan kerajaan campuran yang dalam proses kemerdekaan. Justeru bagaimana mereka dianggap pegawai atau tali barut penjajah jika terdapat wakil orang Melayu dan wakil sultan dalam pentadbiran Persekutuan 1948?

FALASI KEDUA MAT SABU:
MAT INDERA WIRA MELAYU KERANA MENGETUAI KOMUNIS SERANG BALAI POLIS BUKIT KEPONG


11. Mat Sabu akan menggunakan beberapa butiran sejarah yang mendakwa Mat Indera ialah pahlawan Melayu. Memang benar pada suatu ketika Mat Indera ialah wira kerana keberanian dan kehebatan beliau mempertahankan keamanan dan keselamatan orang Melayu pada zaman kezaliman penjajah Jepun. Jika Mat Sabu menganggap Mat Indera wira kerana itu, kita tidak harus mempertikaikannya.

12. Malangnya, beliau menganggap Mat Indera wira kerana menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang mengorbankan pegawai polis Melayu, yang kononnya menurut Mat Sabu ialah alat penjajah British.

14. Mat Indera kemungkinan besar bukan pejuang ideologi komunis. Beliau mungkin terpengaruh dengan dakyah pemimpin PKM bahawa mereka berjuang untuk kemerdekaan. Justeru menyerang balai Polis Bukit Kepong pada kaca mata Mat Indera ketika itu ialah tindakan perjuangan kemerdekaan. Namun ia tidak menjadikan Mat Indera pejuang kemerdekaan dan pegawai polis yang terkorban sebagai tali barut penjajah. Faktanya berlainan sekali.

15. Faktanya, Parti Komunis Malaya yang menjadi platfom Mat Indera bukan berteraskan perjuangan kemerdekaan anak watan. PKM hanya berjuang untuk penubuhan negara Komunis. Justeru untuk mengatakan Mat Indera pejuang kemerdekaan kerana menyerang polis-polis Melayu yang kononnya pegawai British satu kesimpulan yang tidak tepat.

16. Kita mesti ingat bahawa ucapan Mat Sabu jelas sekali mengangkat Mat Indera sebagai wira kerana menyerang balai Polis Bukit Kepong yang mengorbankan para pegawai polis Melayu yang berkhidmat untik kerajaan campuran. Justeru apa sahaja fakta sejarah atau buku yang beliau bawa untuk mempertahankan kenyataan beliau bahawa Mat Indera seorang wira Melayu kemudiannya merupakan "afterthought defence"

17. Apakah mereka yang dibunuh oleh Komunis di Bukit Kepong bukan wira negara sedangkan mereka menjaga keselamatan orang ramai, keamanan Tanah Melayu dan keutuhan proses kemerdekaan negara? Mereka bukan menjadi alat mempertahankan pemerintahan British seperti sebelum 1942. Sebaliknya, mereka pejuang-pejuang keamanan dan kemerdekaan negara yang kerana mengambil bahagian dalam kerajaan transisi sebagai satu bentuk latihan pemerintahan sendiri. Ini tidak dapat difahami oleh ahli politik seperti Mat Sabu yang hanya setiap hari cuba mencipta kebencian terhadap UMNO walaupun terpaksa menukar fakta sejarah.

FALASI KETIGA MAT SABU:
KOMUNIS MAHU MEMERDEKAKAN NEGARA


18. Jika para pejuang kemerdekaan menyebelahi komunis seperti mana Mat Sabu, nescaya hari ini Pas pun tidak akan wujud kerana tiada parti politik dalam sistem pemerintahan komunis. Pas juga tidak akan wujud kerana komunis menganggap agama adalah candu masyarakat.

19. Islam juga tidak akan menjadi agama rasmi Persekutuan jika Komunis memerintah. Tiada juga kedudukan orang Melayu dan raja-raja Melayu jika Komunis memerintah negara ini.

20. Justeru sungguhpun Mat Sabu begitu akrab dengan pemimpin seperti Lim Guan Eng, ia bukan bermakna beliau harus menghalalkan perjuangan komunis yang nyata bertentangan dengan ajaran Islam yang Pas perjuangkan.

21. Bukan semua perlu dipolitikkan apatah lagi pengorbanan ramai anggota keselamatan kita dari pelbagai kaum mempertahankan tanah air daripada ideologi komunis. Bukan sedikit rakyat menjadi mangsa kekejaman Komunis semasa sebelum dan selepas hari merdeka. Apakah hanya kerana politik Mat Sabu sanggup menutup semua ini dan mengangkat Komunis sebagai pejuang kemerdekaan?

22. Tiada satu saat pun dalam perjuangan Komunis yang berhasrat memerdekakan rakyat dan Tanah Melayu serta mengembalikan hak pemerintahan Tanah Melayu kepada orang Melayu. Justeru untuk Mat Sabu mengangkat perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan sangat melucukan dan bersifat politik membenci UMNO.

23. Sebenarnya tiada kemerdekaan dalam ideologi komunis kerana rakyat tidak mempunyai hak dan kebebasan bercakap, memilih kerajaan dan memerintah. Apakah hidup dalam sistem komunis di anggap satu kemerdekaan? Jika Tanah Melayu diperintah oleh Komunis selepas British, ia ibarat lari mulut buaya masuk mulut harimau kerana kedua-duanya tiada kebebasan yang menjadi asas kemerdekaan.

24. Justeru di mana analisis Mat Sabu bahawa Komunis adalah pejuang kemerdekaan? Jangan jadi manusia yang berperangai habis madu sepah dibuang terhadap pasukan keselamatan kita yang mempertahankan tanah air ini dari keganasan komunis.

28 comments:

  1. Salam Aidilfitri Dr. Khir

    Fakta yang menarik. Memancung fitnah dan pembohongan Mat Sabu. Thanx.

    ReplyDelete
  2. Kalau komunis berkuasa:

    Tidak boleh pakai kopiah dan serban.
    Media massa tidak bebas dan di bawah kawalan penuh kerajaan.

    Sultan tidak lagi kebal dan berkuasa.
    Tiada perbezaan antara parti pemerintah dan negara.

    Lebih kurang macam sekarang agaknya.

    ReplyDelete
  3. Mat Sabu dah keterlaluan berpolitik. Susah nak jumpa ahli politik yang cuma buat kerja sendiri tanpa perlu memburuk-burukkan orang lain. Ini sampai kisah sejarah pun dikacau. Memang payah.

    Pada saya memang sukar nak dinafikan, sejarah sesebuah tamadun itu ada dipengaruhi oleh pemerintah semasa. Tapi saya kira cendekiawan sedia ada bukanlah bodoh sangat nak biarkan perkara-perkara asas dibiarkan interpretasinya oleh orang ramai secara bahasa mudah. Akademia dan sejarahwan mesti dah buat kajian dan penelitian. Kalau Mat Sabu cakap sejarah dulu dibentuk atas kapasiti menguntungkan UMNO, maknanya Mat Sabu sedang dan bercita-cita nak bentuk sejarah milenia yang cenderung memihak kepada pembangkang selepas ini. Maknanya Mat Sabu sendiri tak berdiri atas fakta dan kebenaran.

    Kalau isu Mat Indera diketengahkan, saya rasa itu terlalu minor. Dah terang dan nyata yang salah adalah ideologi komunis itu sendiri. Hujah paling mudah, Mat Sabu ada ke di Bukit Kepong pada masa tu? Dia tengok ke kesengsaraan orang kampung, kesusahan rakyat setempat di sekitar Bukit Kepong yang konon ditindas? Kalau sekadar tengok gambar, elok Mat Sabu muhasabah semula apa yang telah dikatakannya.

    Moga2 ahli politik sekarang dan akan datang tak terlalu taksub mencari keuntungan sendiri hingga sanggup menjual dan menggadai tamadun yang sedang kita semua bentuk.

    ReplyDelete
  4. Jikalau fatwa hadi awang digunapakai, mat sabu ini adalah kafir kerana bersengkonkol dengan kafir komunis.mengucapla mat sabu sementara belum terlambat...

    ReplyDelete
  5. Buat letih je Demo 2.0 . Konon demokratik tapi rupa2nya komunis...

    ReplyDelete
  6. dah kapir laknat pun...ikut amanat hadi

    ReplyDelete
  7. Dr, knape Mat Indera tu mendapat tauliah Sultan sbgai pejuang yang beragama jika beliau tu pengkhianat ?

    adekah Sultan silap ?

    ReplyDelete
  8. Umno Pun Tidak Akan Wujud Jika Komunis Memerintah

    ReplyDelete
  9. Dato, salam aidil fitri.

    Daripada dok berbahas pasai peristiwa bukit kepong, baik kita banteras penyangak2 moden bertopengkan pejuang bangsa yang meratah kekayaan negara untuk diri dan kroni.

    Ini lebih mulia.

    ReplyDelete
  10. hebat:tahniah dato seri atas penerangan diatas..
    harap2 dapat menulis seperti artikel diatas lagi dimasa akan datang...

    ReplyDelete
  11. Salam YB Dr Khir. Semoga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya. Insya-Allah.

    Mat Sabu sekadar inginkan publisiti yang cukup meluas dan boleh dikatakan setiap hari muka Mat Sabu keluar samada di media cetak mahupun media elektronik. Syabas dan tahniah Mat Sabu kerana anda umpama telah menjadi selebriti yang hot.

    Mat Sabu akan menjadi hero sepertimana Mat Indera dalam pemahaman Mat Sabu bilamana Mat Sabu akan mengetuai DAP untuk menyerang UMNO lalu menjatuhkan kerajaan sekarang. Cita-cita atau angan-angan?

    Jikalau berjaya pun dimanakah Mat Sabu selepas itu? Apalah gunanya menimbulkan isu ini semua. Adakah dengan ceramah yang sebegini membolehkan pembangkang menjalankan tugasnya dengan berkesan? Adakah ini dapat memberikan pembangunan kepada sesuatu kawasan. Fakta sejarah pula ingin diubah-ubah. Bukan ke banyak kerja lain lagi perlu dibuat demi kepentingan rakyat. Takde kerja lain ke?

    Mungkin Mat Sabu perlukan sesuatu isu yang panas untuk ditimbulkan lantaran kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS yang baru.Barulah nampak ada buat kerja. Akar umbi yang fanatik akan bersorak gembiralah memuji keberanian anda.

    Jangan kerana mempolitikkan Mat Indera, banyak hati yang terluka lebih-lebih lagi para waris anggota polis yang terkorban tika itu.Sudah-sudahlah wahai Mat Sabu. Jika inginkan sokongan kaum Cina sekali pun, berpada-padalah. Janganlah sampai hati bangsa yang seagama anda sendiri terluka...

    ReplyDelete
  12. kuminis tak percaya kepada agama. jadi mat sabupun sudah tak ada agama....kapir

    ReplyDelete
  13. korang ni faham ke tak faham apa yg mat sabu ckp ni? apasal bodoh sgt korang ni? Mat Indera adalah seorang pejuang kemerdekaan tanah air, menurut buku yg diterbitkan kerejaan negeri johor.. korang ada dgr ghani Othman ckp apa2 tak? takde kan, sbb dia pun iktiraf Mat Indera tu.. Mat Sabu tu takde pun kutuk polis2 bukit kepong, dia cuma cerita tentang kepahlawanan mat indera, based on buku yg dia baca. yang korang melalut tak tentu pasal ni naper? korang takyah dgr ckp khir toyo rasuah ni la...

    ReplyDelete
  14. Persoalannya disini dari mana datangnya komunis dan siapa yang beri gelaran komunis tu, Malaysia semasa dulu dikenali Tanah Melayu (Melaka)di jajah oleh Portugis dan Belanda kemudian dijajah oleh Inggeris (Negeri Selat) dikenali sebagai Malaya, kemudian Jepun menjajah Malaya dan sehingga ke Singapura, dalam masa pemerintahan jepun ujud pertubuhan2 yang menentang jepun seperti MPAJA. Selepas Jepun menyerah kalah Inggeris kembali semula barulah ujud perkataan komunis. Siapa yang memberi gelaran tersebut???
    Atas tujuan apa???

    ReplyDelete
  15. Dalam hal ni ramai yang tak sokong sapa2..Tapi ada manafatnya rupanya ramai lagi nama2 pejuang yg tak disanjung setiapkali kita menyambut hari MERDEKA.

    ReplyDelete
  16. kenapa selepas 54 tahun merdeka. hanya fahaman komunis dan negara komunis sahaja yang dilebal sebagai penjahat.. sedangkan kita telah dijajah oleh British beratus tahun.. Portugal beratus tahun.. dan juga Jepun. dan kita menyanjung tinggi negara negara tersebut?????...soal nye siapakah penjajah Tanah Melayu ?

    ReplyDelete
  17. Kepada semua Melayu Islam saudaraKU.

    Hanya ada DUA parti kepunyaan orang Melayu Islam di Malaysia khusunya semenanjung. Parti tersebut adalah UMNO dan PAS.Melalui UMNO kemerdekaan bermula yang dipelopori oleh YM Tengku Abdul Rahman dan terbentuklah perlembagaan Malaysia yang memertabatkan Islam sebagai agama resmi dan kedaulatan Raja-Raja Melayu serta kotrak sosial antara Melayu dan Bukan Melayu yang dipersetujui bersama. PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan ISLAM sesuai dengan namanya Parti Islam Se Malaysia memang kita sanjung lebih-lebih lagi ingin menegakkan Islam dalam pemerintahan. Dua parti yang berbeza akan mejadi tonggak kekuatan Melayu Islam. Apabila kepimpinan ulama terpinggir dalam PAS melalui sistem politik demokrasi, berlakulah perubahan dasar yang amat ketara. Perjuangan Islam diganti dengan Kebajikan sebagai dasarnya.

    Kebencian Ahli PAS terhadap Ahli UMNO yang mementingkan kebendaan sudah menjadi-jadi sehingga sanggup bermusuhan sesama ISLAM. Permusuhan yang memutuskan saliturahim makin memuncak sehingga sanggup mejadi seteru sesama bangsa dan seagama. Selain memutuskan saliturahim dan saling tidak ada rasa maaf terhadap UMNO menyebabkan kekuatan Melayu Islam terhakis.Yang rugi adalah Melayu Islam dan pihak lain yang tak bersyahadat akan mengambil kesempatan menguasai kuasa politik. Kepimpinan ISLAM sudah tersasar jauh bukan saja dari segi kebendaan yang dimonopoli oleh ahli UMNO tetapi dari juga segi persaudaran ISLAM yang dibawa oleh ahli PAS yang telah tersasar ke KEBAJIKAN. Islam mementingkan kebajikan tapi kebajikan sahaja bukan tonggak ISLAM yang bersyahadah.

    Kejatuhan Kerajaan Melayu Islam sejak pertama kali dijajah oleh Portugis yang hanya berkapal serjumlah 14 buah kerana adanya orang Melayu Islam sendiri di Melaka ikut membantu kemasukan Portugis. Jumlah portugis yang kecil mampu meroboh sebuah kerajaan kesulatan Melaka yang besar di zaman itu. Bibit2 kehancuran Melayu Islam akan berubah nada bila perlembgaan yang ada sekarang akan dipinda melalui kuasa politik yang bukan dimiliki oleh Melayu Islam......

    Jika ini berterusan.....sejarah kepahitan kehancuran Melayu Islam akan berulang. Melayu Islam dikalahkan bukan kerana pihak lain lebih kuat tetapi Melayu Islam sendiri sanggup menginaya sesama bangsa sampai ketahap kemusnahan sebuah kerajaan Melayu Islam.

    Mat Indera yang berlatar belakang agama adalah bermula dengan ketokohan memperjuangkan kemerdekaan. Kemudian terbukti melalui memoir Abdullah CD dia adalah ketua rejimen KE 10 yang diketuai oleh Cheng Ping. Beliau memainkan peranan diakhir perjuangannya dalam peristiwa Bukit Kepung di mana bangsanya sendiri dibunuh dalam serangan oleh pihak Komunis. Tanpa disedari perjuangan Melayu Islam menuntut kemerdekaan diperalatkan oleh pihak yang menolak kebenaran Islam. Semoga Roh arwah diberi rahmat. Apakah masih ada kelompok Melayu Islam hari ini yang memainkan peranan untuk menghancurkan kesatuan Melayu Islam??? kalau berlaku maka hancurnya Melayu Islam kerana perbuatan kita sendiri dan pihak lain akan mengambil kesempatan. Minta dijauhkan.....fikirkan lah...khas untuk semua pemimpin Melayu Islam walaupun dari kelompok yang berbeza tapi ingat perbebezaan untuk kekuatan adalah matalamat Allah menjadi sesuatu bermacam-macam.Pihak yang menolak kebenaran Islam amat bijak memPERSONAkan umat Melayu Islam dengan berbagai cara. Semoga Doa dari semua Wali Allah Melayu Islam akan menyelamatkan keutuhan kesatuan Melayu Islam. Aminnnn.

    ReplyDelete
  18. Juan Montoya jelas tak faham tulisan Dr Khir.

    ReplyDelete
  19. Dato'

    Kalau beberapa dekad akan datang, generasi baru yang lebih baik, amanah dan telus menggelar dato' sebagai pemimpin selangor yang korupsi, bagaimana?

    Tentu dato' jawab, biar apa mereka nak kata.

    Sama mcm isu ni, apa ada kesan jika berbeza pendapat?

    ReplyDelete
  20. engineer> yang Bodo Mat Sabu panggil polis di Bukit Kepong tu sebagia Anjing British,buat nama jer engineer tapi nak pusing cerita..

    ReplyDelete
  21. negara ini sungguh bertuah tidak pernah dijajah oleh inggeris tetapi menuntut kemerdekaan dengan inggeris.mmm..sekarang banyak pulak sejarah berbelit belit. tapi kita benci komunis...apalah nak dimegahkan sangat orang yang rasuah

    ReplyDelete
  22. Dato,kau tak nak ulas ke apa yang Zainal Kling cakap.Malaya tak pernah dijajah

    ReplyDelete
  23. Tanpa perlu menoleh jauh, sekumpulan birokrat tempatan yang umur politiknya baru setahun jagung boleh menawarkan penyelesaiannya. Kebanyakkan mereka berketurunan bangsawan, mendapat pendidikan barat dan bekerja dengan British sebagai pegawai-pegawai kerajaan.

    UMNO pada ketika ditubuhkan tiada mempunyai walau sekelumit cita-cita untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British. Cita-cita murni "Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin, Ustaz Abu Bakar Bashir, Ahmad Boestamam, S.Ganapathy, Miaw Siu yang mewakili aspirasi rakyat Tanah Melayu bukan hanya dibalas dengan sindiran-sindiran dan ejekan oleh pemimpin UMNO, tetapi apabila sebahagian mereka diangkat British menjadi menteri seperti Dato Onn, mereka jugalah yang menjadi talibarut barut British memberi amaran kepada tuannya tentang ancaman dari golongan kiri.

    Sesiapa pun tidak akan lupa, sebaik habis kongres parti-parti yang membentuk perikatan PUTERA-AMCJA di "Gunung Semanggol dengan penyertaan seramai 5000 ahli pada Mac 1948, Dato Onn memberi peringatan, "Hubaya,hubaya, bahaya dari gunung...".

    Beliau juga pernah mengingatkan bahaya akar yang tumbuh melata, merujuk kepada parti Hisbul Muslimin dengan warna merah sebagai warna komunis. Bermula dari situ, dari pengisytiran Darurat 1948, pengharaman parti-parti berhaluan kiri dan penangkapan besar-besaran pemimpin mereka, British menikmati masa untuk menstruktur dan melakar strategi melindungi kepentingan mereka sebelum Tanah Melayu dimerdekakan. UMNO, disebalik "political vacuum yang mereka nikmati kerana tiada saingan politik mula menjalani proses melenggang perut untuk menambahkan lemak.

    Bila lemak sudah banyak jangankan suara rakyat yang menuntut kemerdekaan hendak didengari, usul dari pemuda UMNO sendiri dalam persidangan mereka pada tahun 1951 turut ditolak. Hah, yang ini pun berlaku selepas Peristiwa Bukit Kepong. Ingat, sampai setakat ini UMNO masih memperakui British itu sebagai tuannya, dan tugas mempertahankan kepentingan tuan penjajah adalah tugas bagi yang wajib dilaksana oleh mana-mana penyembah walaupun yang ditentang itu adalah anak bangsanya yang menuntut kemerdekaan bangsanya sendiri.

    Hari ini kita berdiri di sini hanya membaca sejarah yang terakam dan membuat penghakiman secara mudah, tanpa berusaha memahami suasana semasa dan jerih perih pejuang terdahulu. Begitu panjang masa dan letih pejuang-pejuang ini berpencak dan bersilat melawan penjajah, akhirnya kita dikelirukan dengan silau sipemegang kunci kemerdekaan. Tahun 1953 baru UMNO nak sebut merdeka, kemudian pergi London ‘berunding’ dengan tok penjajah, akhirnya dapat kemerdekaan tanpa titisan peluh, air mata mahupun setitik darah yang tertumpah.

    Sampai biru mata hitam Mat Indera dan rakan-rakannya yang berjuang mengangkat senjata, seperti juga pejuang-pejuang lain yang berjuang dalam lapangan masing-masing, guru-guru, para ulama, pemimpin masyarakat, penulis-penulis sastera, ahli-ahli politik berhaluan kiri, jangankan nak dapat penghargaan atau pengiktirafan sebaliknya dikutuk, difitnah oleh anak bangsa sendiri. UMNO jugalah yang diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

    ReplyDelete
  24. Dalam kes Mat Indera secara khusus atau pun sejarah kemerdekaan secara umum, jelas sekali selama 60 tahun kita ditipu dan dihidang bukan dengan sejarah tetapi dengan propaganda. Malangnya zaman berubah. Sekarang adalah zaman ledakan maklumat. Terimakasih Mat Sabu, terima kasih Utusan Malaysia dan terima kasih khir toyo...

    ReplyDelete
  25. nampakgaya datuk Najib dah perli/kutuk En Khir dah ni... looks like 3 menteri tu dah dapat sokongan penuh datuk Najib... i.e.. En Khir akan merengkok dalam penjara...

    ReplyDelete
  26. Doktor Gigi yang lahir tahun 1960an nak jadi Ahli Sejarahwan pulak....

    ReplyDelete
  27. ada untungnya mat sabu ni celupar, dapat juga waris pejuang bukit kepong duit pencen yang selama ni umno tak ambik peduli langsung. tapi itu masih atas kertas surat khabar je dapat tak tentu lagi.

    ReplyDelete
  28. pd saudara erre..

    Bila aku bc tulisan ko ni ko menunjukkan seolah2 ko sajer yg PANDAI dn org lain suma BODO...

    Mcm Dr.K ckp di atas, part maner yang mengatakan pejuang berhaluan kiri mcm ahmad boestamam,tok janggut,dato bahaman dll sebagai PENGKHIANAT NEGARA..Part maner??? Cuma ko kena fhm 1 hakikat yg pd masa 2 perjuangan BERKELOMPOK, GERILA mcm 2 sng2 jer dipatahkan oleh British..Tgk sajer la mcm maner Dato Maharajalela yang membunuh JWW Birch..Nmpk mcm hebat dn menggerunkan Britsih..Tp apa kesan pd British?? X de ape2 melainkan British menggunakan peristiwa tersebut untuk terus MEMERANGI org melayu sepertimana modus operandi US sekrg yg memerangi umat Islam dgn nama MEMBASMI KEGANASAN..

    Tp melalui UMNO yg ko benci sgt 2 la puluhan persatuan2 melayu yg berasaskan negeri,agama,pendidika dll bergabung di bwh 1 payung yang dinaungi oleh baginda Sultan2 Melayu..Wpon ketika 2 Dato Onn lgsg x mengangkat senjata spt mana pejuang berhaluan kiri tp di belakang beliau berdiri 99% sokongan org melayu dan juga mendapat rsetu Sultan/Raja2 melayu..Ini lebh menggerunkan Bristish kerana British tahu mereka blh menjajah pon kerana org Melayu lemah, tp bila Melayu bersatu akan menyusahkan mereka..


    Ko sdp2 ckp UMNO ditubuhkan org bangsawan la,boneka british la ape kejadah lg la..Ko tau x Tunku ms di pergkat awl dia jd presiden umno smpai nk hbs harta benda dia terutama sekali tanah dn kebun dia gadaikan semata2 nk salurkan dana pd parti yg ketika sdg aktif menuntut kemerdekaan..Aku org Kedah dn aku tahu benar perkara ni..Pembantu peribadi dia smpai menangis bila tahu Tunku yang berketurunan Raja sanggup berhabis segala harta bnda dia semata2 untuk perjuangan org Melayu..Ko sng2 ckp dia tali barut British..

    Ko tahu x Tunku pnh ckp dia sbnrnya ada pilihan untuk terus menetap di England smbg pengajian ke prgkt lbh tnggi dn kerja dgn firma2 guaman yg hebat di sana tp beliau memilih untuk bersama Tun Razak yg ketika memujuk beliau untuk mengepalai UMNO menggantikan Dato Onn..

    Kalau ko duduk di tmpt Tunku pon ntah2 ko lg awl cabut duduk oversea piiirraaa..

    ReplyDelete