Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, December 14, 2011

Bila Orang Islam Bergaduh Kerana DAP

1. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat satu senario yang aneh kepada orang Islam di negara ini. Sejak dahulu perpecahan, perdebatan, pertelingkahan, perbahasan mengenai Islam berada dalam ruang lingkup orang Islam dan dicetuskan oleh orang Islam sendiri.

2. Misalnya dahulu kita ada perbahasan dan perdebatan yang sangat menarik mengenai hal-hal agama yang dicetuskan oleh Kaum Muda dan Kaum Tua. Kedua-dua fahaman ideologi ini merupakan kumpulan orang Islam.

3. Kemudiannya berlaku perpecahan dan perbalahan serius di kalangan orang Islam apabila Tuan Haji Ahmad Fuad kalah dalam pemilihan Presiden UMNO keluar parti dan menubuhkan Pas. Sejak itu ada sahaja perbahasan, perdebatan dan perpecahan serius sepanjang 50 tahun permusuhan Pas - UMNO. Suatu ketika timbul isu mengkafirkan ahli UMNO sehingga terjadinya solat dua imam, penceraian kerana berbeza parti dan ada kenduri UMNO yang diboikot kononnya sembelihan orang UMNO tidak sah dan halal.

4. Namun semua ini kerana pertentangan pendapat dua pihak beragama Islam dicetuskan oleh orang Islam sendiri. Anehnya hari ini, orang Islam masih lagi bertelagah dan berbeza pandangan tetapi kerana sebuah parti yang dipimpin oleh orang bukan Islam dan majoriti ahlinya adalah bukan Islam.

5. Apabila ada pemimpin bukan Islam buat kenyataan akhbar bantah tulisan jawi yang ditulis di sebahagian papan tanda di Kuala Lumpur, maka yang bertekak dan bergaduh sakan ialah orang Islam UMNO dan orang Islam dalam Pas.

6. Apabila timbul isu penggunaan pembesar suara masjid oleh beberapa kerat bukan Islam yang saya percaya ada kena mengena dengan DAP, maka yang bertegang leher berhujah sehingga ke tahap saling mencerca adalah orang Islam dalam Pas dan UMNO.

7. Apabila ada pemimpin DAP yang bukan Islam dipanggil menyampaikan bantuan dan berucap dalam Masjid dan surau, maka yang bertegang leher mempertahankan DAP ialah Pas dan yang membantah pula adalah UMNO. Kedua-dua ini adalah kumpulan orang Islam.



8. Apabila pemimpin bukan Islam dalam DAP mengadakan majlis berbuka puasa untuk orang Islam untuk tujuan politik, maka yang sibuk "bertegang urat leher" ialah orang Islam UMNO dan Pas.



9. Terbaru khabarnya ada juga pemimpin bukan Islam DAP menyampaikan daging korban. Maka bertempik dan bertengkarlah orang Islam dalam Pas dan UMNO mempertahankan hujah masing-masing - membela dan menentang DAP. Pemimpin DAP buat bodoh sahaja.

10. Nampaknya kerja DAP hanya mencuit sedikit demi sedikit sensitiviti orang Islam. Yang melatah sakan dan yang bergaduh siang malam orang Islam dalam Pas dan UMNO. Yang untung siapa?

33 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Yang untungnya AGAMA ISLAM..Pasal orang ramai makin kenal ISLAM dan makin dekat dengan ISLAM...orang bukan islam akan tahu ISLAM dan melihat betapa indahnya agama ISLAM....nak harapkan UMNO???Chua soi lek pun tak bole nak ajar...jadi kurang ajar dengan ISLAM..bagi ameno ISLAM tu adalah bank islam, bina masjid mahal nak mampos tapi takde pengisian, pusat islam, bukak majlis ngan tutup majlis je...betapa dangkalnya pengertian ISLAM oleh ameno....Tengok dari sudut positif...come on Dato'

    ReplyDelete
  3. rasa muntah tgk gambar tengok kafir berhadas besar sedap2 sahaja menajiskan tempat beribadat orang islam....

    kalau zaman dulu dah lama orang kafir ini akan disembelih dan dipancung

    ReplyDelete
  4. 1. tak betulla ada org kafir disembelih macam ni.

    2. Ameno, typical puak Pas. Kaki jual agama. Dulu UMNO kafir, sekarang DAP Islam. lol

    ReplyDelete
  5. Salam DSKT,

    Saja Allah nak tunjuk sejauh mana keimanan dan kehebatan para pejuang Islam dalam Pas. Baru sedikit diberi kuasa habis dah gadai agama. lima tahun lalu pernah Dato Seri terbayang orang bukan Islam berucap dalam masjid dijemput imam Pas? hahaha. Dulu jangan kata boleh masuk, pelancong datang kat bahagian luar masjid negara pun depa kecoh.

    Kalau ibrahim Libya masih hidup nescaya terkejut beruka dia melihat perubahan Pas.

    Siapa sangka orang pas sanggup benarkan orang bukan Islam buat majlis buka puasa di masjid seolah-olah orang Islam ni dah tahap miskin nak mampus. Sekarang masjid pun "mengemis" bantuan DAP. Imam-imam tu tak ada sedikit pun rasa malu dan terhinan kerana terpaksa terima bantuan dari bukan Islam. seronok pula.

    Mungkin ini dimaksudkan Allah mengenai kumpulan yang menjual agam diakhir zaman.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Dr, semoga saudara sekeluarga dilindungi Allah.
    Betul tu, kebanyakkan yang melatah melayu islam PAS & UMNO. Sebenarnya DAP cuit sikit saja. Macam tu juga setiap berita sensasi lain seperti isu NFC, kapal selam, projek MRT, projek penjara pudu dll. Kalaulah kontrak tu diberi kepada mana tauke2 cina Vincent Tan ka atau YTL atau siapa2 cina, tentunya tiada isu. DAP yang memain peranan kerana melayu PAS & UMNO akan melatah.
    Fikir-fikir melayu islam seperti anon 12:40. Kasihan kepada dia, semoga Allah mengampun dosa-dosa dia.
    Dr Khir teruskan perjuangan saudara insyaAllah, AllAH MAHA MENGETAHUI.

    Daripada Kak Siti Ijok.

    ReplyDelete
  7. Dr. Khir
    Satu lagi Dr. terlupa atau sengaja lupa.
    Dr. Chua Soi Lek perlekeh Islam, dan Hukum Islam.
    Siapa kah yang bertelagah.
    Bloggers tolong jawap.

    ReplyDelete
  8. Anonymous 9:55 .. soalan yg bagus, agaknya mmg buat2 lupa la tu..siapa yg berani sentuh Soi Lek..haha dr video seks jd presiden parti. tak ke hebat tu.. negara lain klu ada pemimpin yg tak senonoh di tolak tp kita di sanjung ;)
    Dr.. tulisan ini tak ubah seperti AGM umno baru2 ni yg hanya seperti seisi mengutuk pembangkang.. kosong je.. skrg kita tgok sapa bijak kita sokong; contoh memerintah negeri tanpa defisit tp membawa untung...DAP jg kan haha..

    ReplyDelete
  9. Sdr Ameno dan rakan rakan bloggers,

    Rasulullah berdakwah dan memperkenalkan islam itu melalui keindahan dan kesempurnaan islam,bukan dgn menunjukkan islam itu sebuah agama yg membawa kemunduran dan pergaduhan,kita tak mahu org bukan islam mengenali umat islam yg tak pernah sependapat,bertelagah tanpa memikirkan ianya merugikan agama islam itu sendiri,malah sampai ketahap memalukan agama islam itu sendiri.Soal bina mesjid besar,itu soal keupayaan kerajaan yg memerintah,bayangkan jika kerajaan tak bina mesjid yg cantik sedangkan agama islam adalah agama persekutuan negara,apa pandangan org bukan islam terhadap pemerintah islam,islam juga menggalakkan ummatnya membina tamadunnya.Soal pengisian adalah soal ummah,adakah kita mahu kerajaan memaksa org islam memenuhi mesjid tanpa kerelaan ummat itu sendiri,pernah tak kita bertanya apa tanggungjawab kita sebagai ummat utk memperkukuhkan agama islam yg sebenarnya kita juga perlu pikul.

    Soal Chua Soi lek tidak setuju dgn hudud,itu pandangan peribadi dan pandangan org bukan islam,islam tidak pernah memaksa org bukan islam utk setuju dgn apa yg diajar oleh islam,sama juga dgn pandangan Lim Guang Eng,tetapi apa yg saya cuba sampaikan ialah bagaimana DAP mencuit dan mempersendakan agama islam dan menggalakkan pertengkaran antara kita dan menambahkan kebencian antara kita.








    kebencian antara kita dan menamb

    ReplyDelete
  10. Adoiii laaa...org islam yg blom tentu melakukan perbuatan yg boleh dikatakan keluar islam atau murtad dikafirkan, sembelihan diisytihar tidak halal, tidak sah sembahyang berimamkan mereka dll. Jgn kata nk dijemput memberi ceramah malah pandangan mereka pun tidak diambil endah. TAPIIII..org yg mmg terang2 kapir bkn islam, yg blom tentu menghormati apatah lg menerima islam, membudak2kan org islam demi tujuan tertentu dijemput beri ceramah, dijemput agihkan korban dijemput buka puasa sama2, dijulangnya mereka, ceramah dan pendangan mereka lebih didengar...alasannya supaya terbuka pintu hati mereka menerima islam.ape ni?? tengkorak dia!! semoga allah memberi petunjuk siapa yg benar dan siapa yg mungkar dihari kematian mereka tanpa mengira umno, pas atau apa2 parti politik mcm drama tanah kubur br terbuka mata dan bersatu umat..insyaallah..

    ReplyDelete
  11. Salam Semua,

    Masaalah kita orang melayu adalah, kerana tidak berpegang keJalan Allah sepenuhnya. Allah telah berfirman dan Rasul bersabda (Nak ayat nya ke?), jika kamu bertelagah, maka kembalilah kamu kejalan Allah dan Rasul nya.

    firman-Nya :

    “Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah,dan taatlah kepada Rasul dan Uli l-Amri min-kum.Jika kamu bertelagah di dalam sesuatu perkara,maka kembalilah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Demikian itu lebih baik dan sebaik-baik jalan”.(al-Nisa’ (4):59

    Masaalah kita I: kita tak sepakat, siapa dia "Uli l-Amri min-kum ", Agong, Sultan, PM, Menteri, Mufti atau ketua masyarakat. atau mengikut Perlembagaan ? Berapa ramai yang faham?

    Boleh Dr. berikan secara teperinci, siapa dan apa ciri-ciri "Uli l-Amri min-kum".

    Ramai yang claim "Uli l-Amri min-kum" dan oleh yang demikian, masyarakat confused dan diconfusedkan.

    Masalah kita II; Sama ada kita suka atau tidak - -kita meletakkan perpaduan sesama-bangsa, lebih utama dari perpaduan sesama Agama. Kalau kita lihat Apabila Rasul di utuskan Allah, mesejnya adalah perpaduan Islam,bukan pepaduan Arab atau khabilah Arab. Betul.. Telahan yang mengatakan bangsa itu seAgama, tetapi jika kita berbedza menginterpretasi Agama dalam hal-hal utama dalam kehidupan.. . Something "Big" must be wrong!!!!!!

    Kita tak boleh memborong dengan mengatakan, bersatulah kerana kita sama-sama Islam, sedangkan masing-masing mempunyai TOR Islam yang berbedza. Kita akan terus hidup dalam "self denial" jika kita masing-masing mengatakan Islam kita lah TOR perpaduan itu.

    Selagi kita tak selaraskan TOR Islam kita, sampai kiamat, masalah ini berpanjangan, dan Jangan lah kita berpura-pura yang kita mahukan perpaduan.

    Siapa yang boleh beri TOR Islam yang sebenar?
    JAKIM, IKIM, MuFTI, AGONG, PM atau Menteri Hal Ehwal Islam Dato' Jamil Khir ????

    ___Dari Sejarah Islam dan Sahabat___Pelapor





    (al-Nisa’ (4):59)

    ReplyDelete
  12. Dr...
    Cuba amati betul-betul perbezaan diantara apa yang DAP buat dan apa yang Chua Soi lek lakukan. Terutama sekali melalui gambar-gambar yang Dr sendiri upload dalam blog ini. Melalui gambar-gambar ini, jelas DAP mendekati Islam manakala Chua Soi Lek, menghina Islam.

    Cuma masalahnya puak UMNO aje yang melenting tak tentu pasal terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh DAP ini. Setiap aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh DAP itu sudah diperjelaskan oleh ulama-ulama tertentu yang disokong dengan hujah-hujah alquran atau hadith...tetapi puak UMNO tak mau terima kerana terlalu berpegang dengan adat resam melayu yang tak lekang-lekang, bukan berpegang kepada ajaran Islam. Jadi, kalau pun benar ada perselisehan di dalam Islam...UMNO lah puncanya yang sebenar..bukan DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan ahmad. kenapa bila ada parti yang cuba mendaulatkan islam dengan memperjuangkan hukum hudud , orang islam, malahan pemimpin islam sendiri tak terkata apa-apa. Malahan ada yang dengan secara terbuka menentangnya. kalaupun perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud itu dianggap sebagai tidak bersesuaian dengan masyarakat berbilang kaum, UMNO sebagai nadi pemerintah tidak dapat tidak harus memikirkan cara untuk melaksanakan hukum Islam. Saya dapat rasakan kalau hukum Islam dilaksanakan, orang yang dituduh bersalah seperti Dr akan terselamat jika dr betul-betul tidak bersalah. Hukum Allah itu maha Adil. Lihat saja Aceh yang melaksanakan hukum Islam sepenuhnya.Belum ada lagi rakyat yang dipotong tangannya . Jenayah semakin lenyap. Jika kita jaga hak Allah, Insyallah Allah akan jaga hak kita.

      ali

      Delete
  13. kenapa kita tidak boleh bersatu?bukanlah bergabung parti tetapi saling memahami antara satu sama lain dan setiap masalah diselesaikan dengan cara betul antara pemimpin..ni pengikut yang melebih2 hendak tunjuk hebat..sudahlah malaysia..kita tidak akan maju dengan sikap bongkak dan gila kuasa yang ada dalam diri setiap pemimpin..

    ReplyDelete
  14. Salam Dr Khir...
    komen yg dato bg tu mmg betul. sy setuju...
    berdakwah biarla memperkenalkan islam itu indah bukan sebaliknya.... sudara ameno tu tahu ejaan islam tp dia tidak tahu memahaminya....

    ReplyDelete
  15. Salam Dr. Khir,

    Yang untung dlm hal ni ialah bangsa lain bukannya melayu.. kalau kita perhatikan betul2 DAP dan MCA ni sememangya adik beradik.. sorang dalam kerajaan dan sorang lagi dalam pembangkang.. ramai juga adik beradik mereka ni contohnya Gerakan dan banyak lagi lah..

    Tujuan mereka hanyalah untuk menjaga bangsa mereka terutama dalam aspek ekonomi.. dalam diam-diam mereka mengurangkan lagi cengkaman kuasa yang ada dalam tangan kita sebagai orang melayu.. orang melayu ni bangsa yang baik hati.. demi nak menjaga rakan tak kiralah MCA ke DAP ke dan ape2 lagi lah kita pulak yang bergaduh sesama kita..

    Macam hak istimewa orang melayu yang dah nak di hakis walaupun termaktub dalam undang-undang.. Pemimpim melayu islam kita sepatutnya kenalah tegas.. jangan bagi muka sangat kat mereka-mereka ni.. walaupun islam mengajar kita menjadi pemimpin yang adil walaupun berlainan agama dan bangsa tapi janganlah sampai banyak sangat kena pijak..

    Pemimpin melayu(kalaulah melayu tentunya islam..hmmm) tak kiralah parti politik ke NGO ke kena memainkan peranan yang penting bagi memajukan agama dan bangsa kita serta berlaku adil kepada bangsa lain.. jangan nak mengisi perut sendiri je nak2 lagi sekarang ni NGO2 melayu ni.. banyak yang tak bole pakai.. kononnya menjaga bangsa dan agama lah.. saya dah letih sebenarnya melayan senario politik kat negara kita ni.. dah letih.. tapi rasa geram tu ada..

    Orang Tua.

    ReplyDelete
  16. Apa yg sy nk nyatakan mudah saje..

    Sedarkah saudara Islam itu diperlekehkan oleh sahabat bukan Islam kerana tindakan2 para pemimpin Islam itu sendiri yg sememangnya menggambarkan Islam itu hanya pd nama. Contoh mudah, Perdana Menteri dan isteri. Adakah imej dan moraliti mereka menggambarkan mereka itu mengamalkan kehidupan berlandaskan prinsip2 Islam. Adakah beliau berjaya menasihati isteri beliau menutup aurat hatta setelah pulang dari Haji.

    Now, cuba saudara fikirkan apakah pandangan saudara tentang Islam, considering situasi di atas. Tepuk dada tanya Iman.. Mudah bukan..?

    ReplyDelete
  17. Saya sedih dengan berita dimahkamah hari ni, walaubagaimanapun saya berharap Dr serta seluruh keluarga bersabar menerima ujian dari Allah.

    Drp Kak Siti Ijok

    ReplyDelete
  18. ahmadsofian yg menulis di atas aku rasa tiga suku orgnya, cara dia berfikir tentang islam akn menyebabkan islam hancur di malaysia krn hanya nampak yg tersurat, hakikat yg tersirat ialah dap sedang mempergunakan pas. kau tak belajar maksud al qurankah yg menyuruh org beriman jgn bersangka baik dgn kaum yg jelas2 menentang islam. ingat apa karpal kata? ingat apa kit siang kata? ketua kapir lain kata?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewah, ewah... yang MCA dok terang2 hina hudud tu kau buat bodoh aje? sebab apa? dah lama dipergunakan MCA ke?

      Delete
  19. Sdr Khir, sabarlah. Ada hikmat disebaliknya.

    ReplyDelete
  20. Saya sedih dengan berita dimahkamah hari ni, walaubagaimanapun saya berharap Dr serta seluruh keluarga bersabar menerima ujian dari Allah.

    Drp Kak Siti Ijok

    ReplyDelete
  21. isteri PM masuk masjid...pun terbuka aurat....so camana?

    ReplyDelete
  22. lihatlah betapa imarahnya masjid-masjid di selangor kebelakangan ini dibwh kerajaan negeri yg ada skrg..jauhnya bagai langit dan bumi jika dibandingkan dgn masjid dibwh kerajaan yg DOLU..sejahil2 sezalim2 pemimpin yg mengaku Islam adalah mereka yg mengharamkan TAZKIRAH..lihatlah musibah yg menimpa..apapun ruang utk bertaubat maseh terbuka..mudah2an Allah memberi taufiq dan hidayah utk kembali mendekatkan diri kpdNYa..insyaAllah

    ReplyDelete
  23. Saya sokong Dr Khir,yang perfikiran diluar kotak,saya juga nampak seperti mana Dr nampak,malah pandangan ini sealiran dengan Dr Hassan Ali,Zulkifli Nordin dan Ibrahim Ali, yang mana mereka ini bimbang dengan kecerdikan Dap mengkudakan pas.Percakaran melayu merugikan melayu seperti kata pepatah melayu menang sorak kampung tergadai.

    Dikalangan ahli DAP(pemimpin utama) kebanyakan MP,adun mereka adalah dari kalangan cerdik pandai undang-undang, mereka tahu memanipulasi org melayu,kelemahan orang melayu.manakala ahli pas(pemimpin utama) yang menjadi MP, adun kebanyakan adalah lulusan biasa sahaja hanya beberapa orang sahaja lulusan undang2 seperti hanipa maidin.

    Kita semua sudah maklum bahawa Lim kit siang itu adalah bekas setiausaha sulit bekas pm singapore lim kuan yew.Dan kita boleh melihat cara mereka memerintah singapore, dimana orang melayu tidak sebaik orang melayu malaysia.

    Lebih baik parti umno dan pas cari kesamaan dalam menjaga kepentinga bangsa melayu, seperti contoh dalam kepentingan biasiswa anak melayu perlu diutamakan.bukan umno kutuk pas dan pas kutuk umno akhirnya kuota biasiswa terpaksa berkongsi dengan org bukan melayu dan menjadi polemik isu politik.maksud saya mereka meminta lebih kuota untuk kaum masing2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai... dah sekian lama umno diperkudakan mca, mic, gerakan... apasal tak bising?

      Delete
  24. Saya rase terpanggil untuk memberi komen di dalam blok Dr Seri ini mengenai isu Islam diperalat oleh bukan Islam.Saya rasa ramai orang Islam khasnya penyokong PAS terkeliru sangat - sangat apabila mereka merasakan apa yg bukan Islam khasnya DAP buat selama ini adalah untuk mendekatkan diri pada Islam ,m tapi yg sebenarnya adalah memperalatkan Islam.
    Pertama, Ameno said...
    Yang untungnya AGAMA ISLAM..Pasal orang ramai makin kenal ISLAM dan makin dekat dengan ISLAM...orang bukan islam akan tahu ISLAM dan melihat betapa indahnya agama ISLAM.
    KOMEN - Macam ini ke cara nak dekat kan Islam kalau kafir yg masuk masjid pun tak reti nak tutup aurat?Apakah PAS tak boleh ajar benda asas macam ni pada mereka? Kalau UMNO buat macam ni kat kafir dah teruk kena lanyak, lebih2 lagi sblum PRU 12.Tapi ingat, seteruk2 UMNO, Queen Elizabeth masuk masjid pun tak marah bila "dibungkus" masuk masjid.Ade faham?

    Kedua: Ameno, typical puak Pas. Kaki jual agama. Dulu UMNO kafir, sekarang DAP Islam.
    Chua soi lek pun tak bole nak ajar.
    KOMEN:Bukan tak bising, UMNO bising , tapi PEMIMPIN UMNO tak bising, itu lah jadi isu.Tak nafi Soi Lek pun kurang ajar jugak.Dari segi bangsa SoiLek dgn Guan Eng sama je cina dan kafir.Kalau ikut hati henbdak sj aku terajang pelakun porno ini.Saya pernah tanya kawan cina, kenapa CSL dipilih jadi pemimpin sedangkan terang2 video dia dah tersebar.Dia kata "Kami orang cina tak peduli itu semua, itu hal peribadi.."itulah gambaran pendirian mereka.Nasib baik lah pengaruh MCA tak besar mana dlm BN.Cina pun tak nak mengundi MCA.Tumpuan sekarang lebih pada kafir dalam DAP, kerana PAS yg berlebih2 kata nak dekatkan diorang pada Islam, jadi kita nak tengok sejauh mana kuatnya pendekatan itu.Lagi pun pengaruh DAP dlm PR lebih besar dari PAS dan PKR.Jadi orang melayu nak tengok impak Islam terhadap DAP lebih lagi dari MCA.

    KETIGA :masjid mahal nak mampos tapi takde pengisian, pusat islam, bukak majlis ngan tutup majlis je...betapa dangkalnya pengertian ISLAM oleh ameno....KOMEN.Ini adalah salah satu cara pengisian Islam, samada penuh atau tidak itu adalah satu cabaran.Ini baru lambang fizikal.Suara2 kafir pun dah tuntut mcm2 - nak peruntukan kuil, nak program agama dalam tv, bukan itu saja pelepasan cukai utk zakat ( hak kita)pun diorang sibuk nak suruh hapuskan jugak, apa tuan2 semua tak perasan ke? atau buat2 tak perasan pasal tak merugikan UMNO?

    KeEMPAT "Setiap aktiviti-aktiviti yang dibuat oleh DAP itu sudah diperjelaskan oleh ulama-ulama tertentu yang disokong dengan hujah-hujah alquran atau hadith.." KOMEN:- Ulamak mana yg meredhokan perbuatan DAP ni kalau tak ulamak2 geng diorang jugak?Soalnya dah heboh2 mendekatkan Islam , sorang DAP kafir pun belum masuk Islam lagi..

    KeLIMA - contoh2 yg dibangkitkan oleh Dr Khir - jelas menunjukan kejahilan dan kerakusan PAS nak memikat DAP - masuk masjid tak tutup aurat, membenarkan mereka masuk campur dalam majlis Islam spt mengagihkan daging korban.Belum lagi isu2 lain - spt membenarkan nama Allah digunakan oleh Kristian!Cuba bayangkan kalau UMNO benarkan ini terjadi ? Teruk UMNO dikafirkan.Begitu juga perlantikan PM bukan melayu, memuliakan komunis sbg pejuang kemerdekaan - dulu UMNO dihukum kafir kerana berkerja sama dgn kafir.Sekarang amacam? Lu fikir lah sendiri

    Perkembangan mutakhir mengenai gelagat DAP PAS Islam menunjukan PAS bukan lagi pejuang Islam, malah PAS sanggup gadaikan maruah , prinsip dan apa saja janji dapat jejak Putrajaya yg dulu hendak dilelongkannya.

    Kalau kamu undi PAS, maka yg untungnya adalah DAP..PAS tak usah lagilah bercakap pasal Islam , buat malu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. habis tu yang nak cakap pasal islam sapa? umno? piiiiirah! mufti macam ishak baharom pun kau pecat... lebih hina kau dari DAP!

      Delete
  25. Tuan2....i just love all the comment here...fikir masak2 who is melenting n who's giving d Point's n Fact...it seems PAS ppl need more Deodorant to dry thier armpit !!!!!

    ReplyDelete
  26. Dr....
    I am responding to what Anonymous said..

    Anonymous said...
    ahmadsofian yg menulis di atas aku rasa tiga suku orgnya, cara dia berfikir tentang islam akn menyebabkan islam hancur di malaysia krn hanya nampak yg tersurat, hakikat yg tersirat ialah dap sedang mempergunakan pas. kau tak belajar maksud al qurankah yg menyuruh org beriman jgn bersangka baik dgn kaum yg jelas2 menentang islam. ingat apa karpal kata? ingat apa kit siang kata? ketua kapir lain kata?

    Jangan sedap mulut mengata orang tiga suku. Masalahnya... sekarang ini yang menghancurkan Islam siapa? Adakah DAP? Mereka yang menerima Islam separuh-separuh tu lah yang menghancurkan Islam. Memang kita tahu, apa Karpal kata, apa LKS kata...tetapi sedikit pun apa yang mereka kata akan dapat menghancurkan dan memusnahkan Islam dinegara ini.. tapi sebenarnya, apa yang puak-puak mempraktikan Islam secara berpileh-pileh seperti yang dilakukan oleh kebanyakan puak UMNO ni lah yang secara perlahan-lahan menghancurkan Islam. Sehingga kini saya tidak nampak UMNO akan dapat mencari kesamaan untuk menjaga Islam (bukan menjaga Melayu)...PAS saya pasti sentiasa menjaga Islam..walaupun buat masa ini bekerjasama dengan DAP.

    ReplyDelete
  27. sangat betul dan setuju....
    setiap agama tidak harus menjatuhkan agama orang lain....

    ReplyDelete
  28. DR.KHIR TOYO!...nampaknya dr terus menyepi walaupun hari ini sudah masuk tarikh 17 Januari, ertinya sudah 9 hari daripada 09 Januari iaitu hari keputusan DS Anwar di dalam kes Liwat II. Sebelum ini, dr berjanji akan mengumumkan masa depan politik selepas 09 Januari iaitu tarikh yang mungkin `simbolik' buat dr.
    kalau dr rasa diri dah terbuang eloklah tubuh parti baru lantik Hasan Ali jadi presiden lepas tu pilihlah ahli J/K daripada katak2 yang tak bertuan macam Zul Kulim, Gobalakrisnan, Zahrain termasuk Ibrahim Ali.
    Ini hanya sekadar cadangan...Apapun saya masih ternanti2 kenyataan dari dr!

    ReplyDelete