1. Ramai yang bertanya mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam minggu lalu ke atas saya. Sungguhpun saya mempunyai pandangan dan pendapat yang mungkin kontroversi, namun peguam saya menasihatkan agar tidak menyatakan apa-apa bagi mengelakkan subjudis. Ini kerana proses perundangan dan mencari keadilan belum berakhir.
2. Saya percaya sekiranya saya tidak mendapat keadilan di dunia ini pun, akan ada keadilan di hadapan yang Maha Berkuasa nanti.
3. Saya tahu ramai yang tidak menyukai saya telah mencanangkan bahawa saya mengambil rasuah. Hakikatnya saya dituduh di bawah Seksyen 165, Penal Code yang mendakwa saya mendapat suatu barangan dengan balasan yang tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan saya.
4. Sungguhpun saya tidak dapat mengulas perbicaraan ini, namun saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang mengulas dan memberi liputan yang adil kepada perbicaraan ini.
4. Berikut antara sebahagian tulisan rakan-rakan bloggers yang mungkin memberi gambaran mengenai perbicaraan saya untuk tatapan saudara/saudari:
- Apa Sebenar Kes Dr Khir
- Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?
- Jumaat Ini Penentu Nasib Khir Toyo
- Hormati Keputusan Hakim, Tapi Allah Akan Tunjukkan Keadilan Sebenarnya Kelak.
- KES KHIR TOYO : ESOK KEPUTUSAN !
2. Saya percaya sekiranya saya tidak mendapat keadilan di dunia ini pun, akan ada keadilan di hadapan yang Maha Berkuasa nanti.
3. Saya tahu ramai yang tidak menyukai saya telah mencanangkan bahawa saya mengambil rasuah. Hakikatnya saya dituduh di bawah Seksyen 165, Penal Code yang mendakwa saya mendapat suatu barangan dengan balasan yang tidak mencukupi daripada seseorang yang mempunyai hubungan rasmi dengan saya.
4. Sungguhpun saya tidak dapat mengulas perbicaraan ini, namun saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan bloggers yang mengulas dan memberi liputan yang adil kepada perbicaraan ini.
4. Berikut antara sebahagian tulisan rakan-rakan bloggers yang mungkin memberi gambaran mengenai perbicaraan saya untuk tatapan saudara/saudari:
- Apa Sebenar Kes Dr Khir
- Adakah Anda Bergurau Tuan Hakim?
- Jumaat Ini Penentu Nasib Khir Toyo
- Hormati Keputusan Hakim, Tapi Allah Akan Tunjukkan Keadilan Sebenarnya Kelak.
- KES KHIR TOYO : ESOK KEPUTUSAN !
anda memang hebat...ni barulah di katakan anak jantan...berani menghadapi sebarang ujian & cabaran....bukan mcm yg sorang lagi tu!!! habis satu malaya di kencingnya...yg peliknya ada juga yg rela kena kencingnya tu...sanggup bermati matian membela....
ReplyDeleteDoc, Goodluck... But im sure... you're 1 time million better than that guy.
ReplyDeleteYg asik tangguh kes, menuduh, cakap ntahpape etc etc... Goodluck again and god bless you...
Tindakan yang bijak. Bersabarlah Dr Khir. Kebenaran akan muncul akhirnya. Rakyat Selangor mahukan perubahan. Kerajaan Negeri sekarang terlalu teruk.
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMungkinkah ini merupakan pembalasan Allah atas perlakuan Dato'?
bukan pasal orang benci tapi masa Dato' jadi MB banyak sangat yg buat orang marah.
kenalah muhasabah. terima hukuman dengan insaf untuk memperbaiki diri. InysaAllah kalau terima hukuman ini, Dato' boleh bangun lagi.
Bersabarlah Tuan. Jika kita benar, benarlah kita. Jika tidak, tidaklah. Ketentuan Allah boleh datang dalam apa saja keadaan, apa saja bentuk. Di mana-mana. Bila-bila. Kalau tidak di sini, di alam yang satu lagi. Bersabarlah. Allah Maha Adil. DIA menduga kita dengan dugaan yang sebenarnya dalam kemampuan kita untuk menghadapinya. Yang penting, cara kita menanganinya.
ReplyDeleteAku berharap sangat Dr.Khir berada dipihak yang benar...
ReplyDeleteWalau apapun yang berlaku, budi dan jasa DS akan tetap dikenang sehingga ke akhir hayat.
Well Datuk, jgn cepat mengalah, saya sendiri pun tak faham kenapa Hakim buat keputusan mcm tu. Yang penting cepat cepat failkan Rayuan. Kes Datuk pun tak tertangguh-tangguh dan smooth saja bukan mcm kes "jiran" sebelah dah naik juak tgk betapa org mcm tu mengambil kesempatan melengah-lengahkan kes. Gamaknya Hakim pun naik cuak dgn kerenah anak nakal, tu belum buat keputusan lagi, kalau dah kata anak nakal ni bersalah, entah tak tahu nak cakap apa. Kesian tgk orang melayu mudah sangat termakan hasutan dan lemah akal fikiran, bangsa lain pulak tetap bersatu tak kira mana politik dia bernaung janji bangsa dia, rajin bekerja dgn tinggi pendapatan serta grade exam lebih baik dari orang melayu. Kalau dah jatuh terduduk nanti sendiri mau tanggunglah. Selamat Tahun Baru 2012.
ReplyDeleteSaya berharap dr khir sekeluarga bersabar dengan keputusan mahkamah.Sungguh pelik dengan rampasan harta oleh kerajaan ,agaknya kerajaan yang akan bayarkan hutang rumah dr kepada HSBC.
ReplyDeleteLebai Bertuah
Yo! Yo! Yo!
ReplyDeleteMy khir toyo
Off to jail you go
But go as a hero
Blow the whistle blo..
Bring down the whole umno.
Assalamualaikum, Dr Khir.
ReplyDeleteSaya amat bersimpati dengan kejadian sebegini. Seperti kata Dr, pasti akan terlihat kebenarannya.
InsyaAllah
sabar dato'....
ReplyDeleteMoga Allah berikan yang terbaik buat Dr. Khir. InsyaAllah.
ReplyDeletesemoga Dr dan keluarga tabah dengan keputusan ini dan terus berusaha untuk menegakkan kebenaran.
ReplyDeleteDr Khir. . .Banyak bersabar dgn segala ketentuan Ilahi ini krn ade hikmah d.sebalik sebarang musibah ini. Kes yg memang pelik. . .X sangka beli brg murah pun boleh masuk.penjara. . .kalu mcm tu x salah lah jika kjaan naikkan harga barang. . .Sebab kalu beli murah kena tangkap. .masuk mahkamah dn terus ke penjara. . .PERJUANGAN BELUM SELESAI DR.KHIR. . .TERUS MELANGKAH DN BERPANTANG MAUT SEBELUM AJAL
ReplyDeleteSalam Datuk Seri, saya mengikuti perbicaraan DS dan Hadir ke mahkamah beberapa kali utk memberi sokongan dan doa kpd DS sekeluarga.
ReplyDeleteDS mmg tak mengenali saya dan sy tak pernah berjumpa dgn DS ketika DS menjadi MB dan dlm MT tertinggi UMNO. Saya orang Johor, sy memerlukan Pemimpin yg Muda dan berkarisma.. Ciri itu ada pd DS..
Saya berdoa agar Rayuan dan semakan penghakiman dpt di buat dgn sewajarnya.
Sabar banyak DS. Saya berdoa agar hukuman diringankan dan DS akan kembali suatu hari nanti.. Semua yg berlaku ada Hikmahnya..
bersabar, bertenang dan teruskan perjuangan Dato'......! Ada hikmah dlm perkara ini...dan ingatlah "perjuangan masih belum selesai"
ReplyDeleteBeginilah.....mahkamah dah buat keputusan...kini tiba masanya saudara muhasabah sebaik-baiknya.
ReplyDeleteWalaupun disebut ada udang sebalik batu la ,ini la ,itu la terhadap kes ini..tapi hakikatnya saudara perlu MUHASABAH DIRI.disana anda akan menerima kenyataan....
Jujur la kepada diri sendiri...kerana itu yang DIA kehendaki daripada makhluk2 dia...malangnya umat manusia terlalu angkuh,riak,takbur....
Sudah tiba masanya anda bertawadhuk.....ingatlah,...TUHAN tidak akan mengaibkan umat NYA,sekiranya umat NYA tidak mengaibkan sesama manusia. Beranikah anda untuk menolak firman ini..?????Pikir la masak2.....
Hukum oleh hakim bicara
ReplyDeleteLucut hakmilik dan penjara
Sabitan murah harga harta
Tapi peluang tetap terbuka
Di mahkamah, hakim kuasa
Pendakwa dan peguambela
Juga apa OKT dan saksi jaja
Itulah prinsip keadilan kita
Tepat tindakan peguambela
Rayuan atas hukuman ada
Dato hadapilah penuh reda
Terbaik buat Dato, doa kita
anakabudardak said...
ReplyDeletetak kisah la apa yg sdra nak komen.. cuma nak kepastian sdra, apakah dosa besar atau kesalahan besar g Dr Khir buat sampai sda boleh buat kesimpulan ramai orang marah, runtuh kuil haram ka?. Minta tolong sdra jelaskan... Jika dikatakan rasuah sila berikan contoh yg Dr Khir dikatakan terlibat dgn rasuah, jgn beri tuduhan politik dari penceramah yg tidak pernah memberi bukti, hanya sekadar hear say sahaja.
Kini tiba masanya saudara betul betul bermuhasabah diri...Bangunlah di hening malam,muhasabah diri kenapa ini semua berlaku...
ReplyDeleteTiada gunanya kita berkata macam macam..konspirasi la,isu politik la,ini dan itu...Allah hanya hendaki umatnya bermuhasabah dan teliti semula tindakan anda selama ini...
Beranikah saudara berbuat demikian...orang yang kerdil dan takutkan Tuhan tidak akan mengaibkan orang,orang yang takutkan Tuhan tidak memerlukan mansion berjuta juta semata mata untuk duniawi,orang yang takutkan Tuhan akan bertawadhuk dalam segala perbuatan dan tingkah lakunya....renunglah..dan insaf,insaf...insaf......Hamba Allah yang bernama Zairin.
Muhasabah diri DSKT, syukur kepada allah kerana masih sayang kan DSKT dan dia tunjuk kat dunia ni lagi..... Kepada penyokong atau lawan, masa kita akan tiba juga.... ambil iktibar dari kes orang lain... jangan asyik nak mengata orang.....
ReplyDeleteBegitu jugalah yang dikata oleh setiap pesalah yang didapati bersalah dalam semua kes.
ReplyDeletedato'seri anwar pun telah disumbat ke pnjara atas tuduhan salahguna kuasa, hnya mngatakan sesuatu yg yg dianggap mngugut, lbih berat hukuman dan lama dipnjara,,,liwat tu alasann je, inilah politik, dlm politik, kalau kmu sanggup berada di atas karpet merah, kamu juga msti sanggup mati di pnjara, sblum masuk dunia politik, fikir2 kn lah, dunia politik mnjadi najis dan kotor bila berada di tgn mereka yg tidak bersih dan berhati busuk. saat utk merenung apakah anwar ibrahim betul2 peliwat atau pun mnjadi mngsa kerasukan politik.
ReplyDeleteSetiap manusia akan melalui ujian getir dalam hidup..Allah akan berikan peluang kepada sesiapa yang sedar dan istiqamah dalam mengharungi kepayahan..Dr Khir anda bukanlah mangsa keadaan dan bukan juga balasan karma seperti yang diperkatakan..saya percaya pada Dr Khir,semoga anda terus kuat, UMNO kuat dan Barisan Nasional juga kuat..Allahu Akbar
ReplyDeleteInsyaAllah, harap semuanya akan berakhir dgn baik.
ReplyDeleteLagipun proses rayuan sedang diusahakan.
Dari apa yg saya ketahui pasal hartanah & rumah tu pernah disiarkan dlm paper, mungkin kalau betul info tu kalau digerakkan semula usaha mencarinya barangkali boleh dijadikan bahan bukti utk menjayakan proses rayuan kelak.
salam Dr Khir...
ReplyDeleteSaya sangat simpati dengan Dr Khir kerana dijadikan kambing hitam sedangkan ramai lagi rakan2 yg seangkatan dgn Dr Khir dalam UMNO melakukan perkara yg sama malah ada yang lebih hebat lagi tetapi terlepas dari hukuman dunia...tetapi tidak mengapa anda semua akan mengadap Ilahi & akan menghadapi hukuman yg setimpal dari Allah SWT...
Dr Khir telah melakukan kesilapan besar kerana membeli bangunan & hartanah dari individu yg mempunyai hubungan sebagai kontraktor dgn kerajaan negeri ketika Dr Khir masih menjadi Menteri Besar. Jika tidak nescaya isu ini tidak berbangkit.
Dr Khir juga telah melakukan kesilapan kerana memiliki harta yg mahal ketika menjadi menteri besar, sepatutnya Dr Khir mencari masa yg lebih sesuai untuk memilikinya.
Jika Dr Khir seorang seorang doktor gigi yang mempunyai rangkaian kelinik sendiri isu ini tidak akan berbangkit kerana ramai doktor2 Melayu yang berjaya memiliki rumah yang lebih besar & lebih mahal dari rumah yg Dr Khir beli.
Sejarah telah membuktikan kerjaya politik bekas-bekas Menteri Besar Selangor berakhir dengan "sad story" lihatlah Dato Harun, Dato Dato' Ahmad Razali Ali, Abu Hasan Omar, Tan Sri Muhamad Taib dan kami berharap kerjaya politik Dr Khir & Tan Sri Khalid akan terus bersinar.
Mengetuai Selangor sebuah negeri paling maju di Malaysia adalah diibaratkan berada di dalam lombong emas dimana pemimpin2 amat terdedah dengan salah laku, sebab itu politik Selangor walaupun nampak tenang tetapi sebenarnya sentiasa bergolak kerana masing2 berebut-rebut ingin menjadi sebahagian daripada penghuni lombong emas tersebut.
"Demi untuk membela nasib rakyat, menjaga ketuanan Melayu" adalah kata2 retorik semata2 ketika kempen pilihanraya, ketika berucap dihadapan rakyat, ketika temuramah dengan pemberita sahaja.Jauh di dalam lubuk hati sebenarnya ada satu matlamat iaitu ingin memiliki sesuatu yg sentiasa diburu oleh insan yg dinamakan manusia:
(1) Money (wang)
(2) Power (kuasa)
(3) Status
(4) Popularity
Jika sepanjang hidup kita, jika dapat peluang memiliki kesemua peluang yg saya sebutkan di atas maka kita adalah insan yg paling bertuah di dunia yg fana' ini, ataupun memiliki no.1 & no. 2 diatas tetapi belum tentu di akhirat kelak ketika mengadap Allah Azawajalla.
Untuk memiliki ke empat-empat nikmat dunia yg saya sebutkan di atas adalah melalui satu jalan sahaja yang paling mudah iaitu memasuki dunia politik yang penuh ranjau duri, dengki khianat, cantas-mencantas, rasuah, salah guna kuasa, penipuan dll.
Pilihanraya yang dijalankan setiap 5 tahun sekali adalah untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin2 yang benar berwibawa pada pandangan rakyat & sepatutnya berwibawa.
Rakyat adalah sebenarnya menjadi tuan kepada pemimpin yg dipilih. Pemimpin yang terpilih harus sedar mereka sebenarnya telah dipilih oleh rakyat dengan satu harapan yang sangat besar iaitu sebagai pengurus yg mengurus duit rakyat, harta rakyat, misi rakyat, visi rakyat, harapan rakyat. Tetapi apa yg berlaku sekarang pemimpin kita gagal untuk menjalankan tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh rakyat.
Mereka buka lagi menjadi pengurus tetapi telah cuba untuk memiliki duit & harta rakyat dengan mengambil kesempatan ke atas harapan, kepercayaan yg orang2 Melayu telah berikan bulat-bulat dengan sepenuh hati yang ikhlas kepada pemimpin2 Melayu.
Selagi orang Melayu masih percaya bahawa UMNO adalah pembela bangsa Melayu selagi itulah UMNO akan terus hidup, tetapi apabila orang2 Melayu mula sangsi dan hilang kepercayaan maka ketika itu UMNO bukan lagi harapan kepada orang2 Melayu untuk dijadikan tempat bergantung.
PRU 13 adalah penentu kelangsungan UMNO di kalangan orang-orang Melayu
Wallahu A'lam
Rahman Saad
Tanjong Karang
insyaallah, keadilan serta kebenaran akan terbukti jua pada akhirnya.
ReplyDeletesabar Dato Seri, kami rakyat Selangor yang menyedari peri pentingnya kerajaan BN akan terus mendoakanmu agar berpihak kpd yg benar. jgn takut, Allah sentiasa ada dengan kita..walaupon Dr Khir telah menyerahkan gelaran Dato seri kpd DYMM Sultan Selangor smula, tapi DATO SERI KHIR TOYO,TTP IDOLA KAMI!!!..smoga BN kembali menaungi takhta dan lembayung SELANGOR DAR AL-EHSAN..(the truly "KEBAJIKAN")...
ReplyDeletesaya sempat hadir dua kali di mahkamah, yang terakhir sekali semasa hakim nak putuskan kes pada 23 Disember lalu..jelas sekali pihak pendakwaan sebenarnya tak punyai hujah yg kukuh utk sabitkan kes ini, tapi apa kan daya hakim buat keputusan tak menyebelahi pembelaan..pada hemat saya pihak SPRM hanya nak jadikan kes Dr khir sebagai percubaan utk sek. 165 penal code yg merupakan kes pertama di negara ini dihakimi di bawah seksyen ini di mana harta pesalah yg terlibat dalam pertuduhan ini dilucutkan hak..yang lucunya ialah orang yg terlibat dalam menjual banglo itu dengan harga murah kononnya dibebaskan pulak..di mana letaknya keadilan..nampaknya SPRM telah menyalahgunakan kuasa mereka dgn merasuah pihak satu lagi iaitu Dato' Shamsuddin dengan pembebasan daripada tuduhan dgn syarat sanggup jadi macai kepada SPRM..maaflah bahasa kasar sikit..kalau SPRM nak dakwa, maka dakwalah kedua-dua sekali..
ReplyDeleteHoi........tak berani ke nak post comment aku tu? Berita yg hangat pad a 901 mane? Tak kan berita pun nak sapu masuk poket?.....
ReplyDeleteBanyakkan berzikir. Zikir nabi yunus, La ila ha illa anta.
ReplyDeleteDan juga Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahailallah, Wallahuakbar.
Salam.
ReplyDeleteSaya lebih suka menunggu penyelesaian kes Dato' Shahrizat daripada menunggu pengumuman Dato' Seri ini.
kerana kes Dato' Seri dan Shahrizat tak banyak beza pada saya.
Shahrizat berkata dia tiada kena mengena dengan pemilihan syarikat NFC.
Saya nak tanya, Dato Seri Khir ada kena mengena juga ke dengan syarikat Shamsuddin?
rugi UMNO kehilangan orang yang cergas dengan idea.
Dysh.
aslmkm ...
ReplyDeletebanyak bersabar ye dato'.Allah menduga umatnya dgn pelbagai cara.kita sebagai hambanya yg serba kekurangan terimalah dgn redha.apapun yg berlaku mesti ada hikmah disebaliknya.skrg ni barula dato' kenal siapa kawan dan siapa lawan.so dato' mesti lebih berhati2 ye pd masa akan datang.saya mendoakan dato' sentiasa diberkati Allah ... insyaallah ...
GELI HATILAH TGK KORG KOMEN NI HUHU KEPADA ORG YG KOMEN SEBELUM NK SURUH ORG MUHASABAH DIRI ANDA YANG TUKANG KOMEN NI TENGOK DIRI SENDIRI DAN CERMIN DIRI DULU JANGAN KATA AWK TU PERFECT SANGATLAH TU HUHU,MELAKA TUMBANG DITANGAN PENJAJAH SEBAB APE TUAN2?????KALAU BUTA SEJARAH TOLONG DAN PLEASE LAH JGN AIB KAN SESIAPA YEK HARI INI ANDA AIB KAN ORG MANE TAU ESOK LUSA SEDARA MARA ATAU FAMILY ANDA DI AIBKAN APE PERASAN ANDA???? MELAYU X KEMANA LAH KALU PEMIKIRAN KELAS KETIGA MACAM NI,SEBELUM NK KATA TGK DIRI DULU BARU KOMEN OK,RENUNG2 RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!
Delete