Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, December 6, 2011

Mencari Makna Kemunculan JUSA Dan TURUS Korporat

1. Rentetan tulisan saya sebelum ini mengenai kemasukan korporat sebagai pegawai JUSA, ramai yang membantah dan ramai juga yang menyokong. Yang menyokong cadangan kemasukan ini terdiri kebanyakan mereka yang kecewa dengan perkhidmatan kerajaan dan juga mereka yang melihat kumpulan PTD sebagai kumpulan elit yang menguasai pentadbiran utama negara. Jika membaca kenyataan akhbar mengenai cadangan tersebut nyata tumpuan kerajaan bukanlah untuk menaikkan pangkat pegawai kerajaan di luar PTD tetapi untuk membawa masuk tokoh-tokoh korporat sebagai pegawai JUSA Utama dan Turus. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh masuk dari luar dan melompat hirarki pentadbiran kerajaan terus menjadi Ketua Setiuasaha Negara dan Ketua Setiausaha Kementerian.


PTD Sebagai Kumpulan Elit?

2. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan terhadap PTD. Bagi saya, jika mereka cuai, malas, tidak berdisiplin maka tindakan disiplin dan hukuman perlu dikenakan. Namun janganlah diborong semua PTD tidak bertanggungjawab, lemah dan tidak boleh diharap. Ramai yang telah memberi sumbangan besar kepada perjalanan jentera kerajaan sejak dahulu sehingga sekarang.

3. Untuk menjadi PTD mereka harus melalui beberapa ujian, peperiksaan, tapisan dan saringan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Justeru jika sesiapa yang berminat untuk memegang jawatan yang dikuasai oleh PTD mereka haruslah melepasi ujian-ujian dan saringan tersebut.

4. Berdasarkan komen-komen dalam ulasan pertama isu ini, saya faham sebahagian pegawai kerajaan di luar kumpulan PTD kecewa melihat kenaikan pangkat dan gaji mereka tersekat tanpa dapat mencecah kumpulan JUSA. Bagi saya jika kita mahu memasuki sesuatu bidang maka kita perlu melepasi kehendak dan keperluan bidang tersebut. Jika kita mahu memegang apa-apa jawatan di mana-mana syarikat, agensi mahu pun pasukan keselamatan, maka kita harus melepasi atau memenuhi kehendak-kehendak organisasi terbabit. Demikian juga dengan perkhidmatan dalam PTD.

5. Saya bersetuju jika pegawai kanan kerajaan yang telah lama berkhidmat diberi peluang melalui saringan PTD dan dimasukkan ke dalam kumpulan JUSA jika layak. Yang saya tidak setuju ialah membawa kumpulan korporat yang tidak memahami pentadbiran kerajaan berada di tingkat atas dalam hirarki kerajaan. Sebenarnya kepakaran kumpulan boleh digunakan oleh kerajaan pada bila-bila masa melalui lantikan sebagai penasihat kepada Menteri atau Perdana Menteri.

Penggubal Polisi dan Pelaksana

6. Kakitangan kerajaan termasuk JUSA dan Turus adalah pelaksana polisi kerajaan. Terdapat tiga sebab mengapa polisi kerajaan gagal dilaksanakan dengan baik. Pertamanya, polisi itu sendiri tidak boleh dilaksanakan secara praktikal maka tidak ada apa yang boleh dibuat oleh kakitangan kerajaan termasuk kumpulan JUSA dari korporat pun. Dengan kata lain, polisi yang dibuat oleh kerajaan harus praktikal dan boleh dilaksanakan.

7. Keduanya, polisi tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat terlalu banyak karenah birokrasi dalam kerajaan. Misalnya kelulusan sesuatu peruntukan atau bantuan perlu melalui pelbagai peringkat jabatan sehingga membabitkan tiga atau empat tandatagan. dalam keadaan ini, kemasukan tokoh korporat dari luar sebagai Ketua Setiausaha pun tidak akan mampu mengatasi isu ini jika prosedur sedia ada tidak berubah.

8. Ketiga, sikap sambil lewa pegawai kerajaan. Dalam setandan pisang pasti ada yang tidak baik. Maka proses motivasi, kaunseling, amaran, hukuman bersifat simbolik dan tindakan tatatertib perlu dibuat. Jangan kerana sekumpulan pegawai yang bermasalah maka seluruh kelompok PTD dipersalahkan. Jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar.

9. Jika dilihat daripada ketiga-tiga sebab ini, kemasukan orang korporat ke dalam kerajaan tidak memberi apa-apa kesan jika keadaan tersebut tidak berubah terutamanya dari segi penggubalan polisi yang tidak mapan. Malah seorang tokoh korporat yang hebat pun tidak akan mampu membuat sebarang perubahan jika beliau terikat kepada birokrasi yang sama.

Siapa Pembuat Polisi?

10. Ada yang mengatakan bahawa kemasukan kumpulan korporat sebagai JUSA akan memantapkan lagi polisi negara. Apakah ini bermakna Perdana Menteri telah hilang kepercayaan kepada kemampuan para Menterinya untuk memimpin Kementeriannya membentuk polisi-polisi yang baik untuk negara dan diterima rakyat.

11. Soalnya siapa yang sepatutnya membuat polisi, Menteri atau JUSA? Jika JUSA korporat akan diberi tanggungjawab membuat polisi, Menteri jadi apa? Tukang angguk?

12. Sesuatu polisi kerajaan harus dirangka dan difahami oleh Menteri sebelum diminta pegawai kerajaan melaksanakannya. Adalah tugas menteri untuk berfikir, mencari pandangan pihak luar sama ada di kalangan ahli korporat, ahli akademik mahupun pakar-pakar dalam bidang tertentu sebelum Kementeriannya menggubal polisi untuk di bawa ke kabinet bagi kelulusan.

13. Apakah daripada 140 orang ahli Parlimen Barisan Nasional ini tidak ada yang pintar, cerdik dan mampu berfikir, seperti ahli tokoh-tokoh yang hendak dibawa masuk sebagai JUSA, untuk dilantik sebagai Menteri?

Masalah Individu Korporat

14. Kebanyakan mereka di dalam bidang korporat merupakan kumpulan manusia yang berorientasikan materialistik dan keuntungan organisasi. Apakah mereka mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran kerajaan yang lebih berorientasikan keuntungan kepada rakyat dan masyarakat melebihi keuntungan kepada kerajaan?

15. Jangan nanti kemasukan JUSA luar ini menjadikan mereka kumpulan yang lebih berkuasa daripada Menteri. Ini akan menyebabkan banyak polisi kerajaan tidak lagi mengambil kira kepentingan rakyat dan survival Barisan Nasional. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (Government Link Company - GLC). Adakah mereka ini menambahkan kasih sayang rakyat kepada kerajaan dan Barisan Nasional atau sebaliknya?

16. Jangan nanti kerajaan sudah menjadi organisasi korporat yang akhirnya dibenci rakyat kerana polisi-polisi yang digubal oleh kumpulan ini.

44 comments:

  1. Dua-dua saya tak sokong, sebagai penjawat awam mmg sudah sedia maklum banyak polisi dlm pentadbiran awam menyebelahi PTD.apalagi..., kalau mereka yg buat polisi sudah tentu mereka boleh buat polisi yg sentiasa menyebelahi mereka...sampaikan unit dlm Jabatan Teknikal yg tak sampai dua puluh org pun diaorg PTD ni nk jadik bos jugak...bukan calang2...M54 tu!! sedangkan Jabatan yg unik atau teknikal cthnya yg bergred J nk buat pertambahan jawatan dgn reorg @ restructering pun berhempas pulas nk lulus...PTD senang2 je tambah post sana tambah post sini...semuanya nk mengenyangkan tembolok mereka........nak saya cerita lagi.........?? tak payah lah...bosan dgn PTD ni...yg buat busuk agensi-agensi dgn Jabtan kerajaan pun majoriti head dept. dia PTD..tak caya..cuba ingat balik kes2 2-3 tahun lepas....imigresen, jpj, tourism etc....sapa kepala ? kalau bukan PTD!

    ReplyDelete
  2. DSKT...saya setuju dan sokong pengkomen yang pertama. Asyik2 PTD saja...cakap besar dan sombong...kalau ada PTD yang bermasalah dilonggokkan di JPA atau Kementerian yg juga dikenali 'pool system'...kalau nak buat restrsucturing ada saja nak diselit PTD...kalau diselit PTD confirm lulus...kalau tidak diperam sampai jadi pekasam...lagipun DSKT sendiri pernah jadi MB dan dikelilingi oleh golongan PTD dan untuk DSKT menjadi skeptikal bukanlah suatu yang aneh. Lagipun apa bezanya dengan kemasukan luar, sistem yang ada sekarang pun membenarkan penyambungan kontrak perkhidmatan melangkaui umur persaraan...dah pencen pun mau service lagi...dah sambung..sambung..sambung lagi...kekadang perubahan perlu sama ada perubahan itu baik atau tidak...'kita' yang tentukan...macam senario yang saya alami apabila berdepan pegawai 'senior' atau 'orang lama'; sebelum engkau buat, aku dah lama buat...sebelum engaku rasa, dah lama aku rasa...; belum bercakap dah kena potong...lebih2 nanti kena label alamatnya...meja tepi tandas laa...come on DSKT...dare to change...hehe

    ReplyDelete
  3. Mungkin Anonymous akan berpuashati kalau mak,ayah,atuk,nenek dia yg dpt jadi JUSA atau TURUS ni kot..

    ReplyDelete
  4. Memang benar komen di atas.. sudah tiba masanya tranformasi dilakukan agar kenaikan ke gred jawatan utama kerajaan dilakukan lebih adil dan tidak dimonopoli oleh kelompok PTD. Oleh sebab mereka yang menguasai JPA maka kebanyakan polisi yang digubal semata-mata untuk menjaga kepentingan mereka sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penjawat awam dari skim lain sejak sekian lama.

    ReplyDelete
  5. http://cuepacs.blogspot.com/2011/12/cuepacs-bantah-jusa-turus-diisi-pihak.html

    saudara Dr Khir cuba la jenguk-jenguk laman ceupacs dan saudara boleh melihat begitu banyak komen yang menuntut agar kerajaan memberi keadilan kepada skim lain dalam perkhidmatan kerajaan dalam pengisian jawatan jusa dan turus. Kebanyakannya menyuarakan rasa tidak puas hati dengan penguasaan kelompok PTD dalam pengisian jawatan jusa dan turus tersebut. Moga-moga dapat membuka minda dan kerajaan dapat melakukan transformasi.

    ReplyDelete
  6. Saya Anonymous yang pertama..,

    Saya tak heran untuk ahli keluarga saya jadik JUSA, TURUS, PTD etc...yg saya perjuangkan ialah semua skim perlu dapat layanan sama adil.....tak kira la Doktor, Peguam, Jurutera, Juruukur, Peg. Tek Maklumat,etc.......kalau siapa yg kerja gov ni sudah sedia maklum...polisi semua majoriti menyebelahi PTD...ingat lagi kes perguruan, kesihatan, JKR? semua PTD nk bulldoz masuk...nasib baik union diaorg kuat....tapi apa kes yg Jabt2 kecil?? asyik kene buli shj..pernah depan saya sendiri mamat PTD bodoh ni cakap..." kalau slot post PTD senang sikit la Jab. U nk reorg"...perghhh!!...siap nk kowtim lagi sebab nk banyakkan post dia..
    Satu kes lagi.......kalau di organisasi saya..PTD ni mengarah je pandai 5S lah, 5 star lah...oklah tu mmg keje PTD tapi come on...yg bukan PTD ni tu semua bukan kerja hakiki kami ok...so kalau u nk 5S ke 5star ke...buat sendiri boleh tak..?u sesama PTD la buat..tapi jgn kacau kitaorg yg ada kerja hakiki yg sgt penting utk satisfy rakyat....

    ReplyDelete
  7. Saya Kira Dr kurang jelas satu perkara. Semasa LCE/SRP dan kini PMR, murid pandai masuk kelas sains, yg kurang pandaI masuk sastera! Pengasingan tahap kecerdikkan dibuat dari peringkat umur 16 tahun lagi. Ini membawa sehingga ke peringkat universiti, dimana budak sains didalam bidang professional dan teknikal. Budak sastera juga masuk universiti dalam bidang sastera dan perbagai. Dr tentu tahu, mana senang belajar doctor Gigi atau jurusan sastera!! Yang sastera ni jadi PTD! Jadi negara diurus oleh orang yg kurang pandai! Ini satu punca pentadbiran Kerajaan jadi macam ni.

    ReplyDelete
  8. Saudara dan saudari...
    Saya beri contoh yang lazim berlaku disekolah;
    enam orang kawan; seorang menjadi doktor pakar, seorang menjadi pensyarah universiti (dengan Ph.D), seorang menjadi jurutera, seorang menjadi guru sains siswazah dengan M.Sc, seorang menjadi ustaz lulusan Azhar, selepas lulus kejuteraan dari Australia dan seorang menjadi PTD lulusan INTAN. Agak-agak siapa lah yang sudah dapat JUSA C....Saya agak tekaan kawan-kawan betul...

    ReplyDelete
  9. mereka yang marah-marah ni sebab mereka tak dapat jadi PTD. baca betul-betul komen DSKT tu, PTD melalui saringan yang ketat dan dipilih dr yang terbaik..jadi sesiapa juga bebas untuk memohon dan menjadi PTD..dan sudah tentu peluangnya untuk menjadi JUSA atau jawatan tinggi terbuka luas..jangan kerana kita tak layak atau dapat jadi PTD, maka semua PTD tu tak bagus..kasihan mereka.

    ReplyDelete
  10. "3. Untuk menjadi PTD mereka harus melalui beberapa ujian, peperiksaan, tapisan dan saringan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Justeru jika sesiapa yang berminat untuk memegang jawatan yang dikuasai oleh PTD mereka haruslah melepasi ujian-ujian dan saringan tersebut."

    Petikan di atas adalah tulisan dr. yang sangat dalam masuk ke dalam hati saya dan saya percaya para blogger yang lain. Saya mohon dr. lebih terbuka dan berlapang dada sepeti mana harapan majoriti para blogger di sini. Apa yang dr. ucapkan itu merupakan perkara yang saya pernah dengar daripada mulut PTD. Kalau begitu maknanya dr. juga tersangat taksub dengan PTD hingga 'mencabar' supaya menempuhi saringan dan tapisan untuk menjadi seorang PTD.

    Berlapang dadalah dr. Isu sekarang bukan soal boleh/layak menjadi PTD atau tidak. Isu yang saya rasa menjadi sangat bususk dan jijik ialah golongan PTD telah menggunakan kuasa dan peluang/kelebihan? yang ada pada mereka untuk memastikan hanya kebajikan mereka sahaja yang terjaga dan dibela. Cuba dr. perhatikan Jabatan atau Kementerian mana yang PTD tidak berada dalam jawatan-jawatan utama. Semua peluang yang ada dimanipulasi secara gelojoh dan tidak patut samasekali bagi membuka seluas-luas jawatan kenaikan pangkat kepada PTD. Dr kena berlapang dada dan buat penelitian atau kajian. Adakah pada pandangan dr oleh kerana nak masuk PTD kena melalui tapisan yang ketat dan sofistikated kononnya maka mereka boleh bebas merompak jawatan-jawatan penting di semua Jabatan atau agensi kerajaan? Saya harap itu bukan pendirian dr kerana itu sangat silap samasekali. Barangkali kalau boleh dibuat kajian di kalangan penjawat awam mengenai persepsi terhadap PTD, saya yakin dan percaya dalam diam mereka sangat benci, meluat dan menyampah terhadap perkhidmatan PTD, bukan kerana mereka tidak cekap, tetapi diatas kecekapan mereka yang menjajah jawatan-jawatan utama dalam skim perkhidmatan lain.

    Sebagai contoh yang mudah, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, semua dibolot oleh PTD. Masa dr jadi MB pun dr tak lantik golongan berkenaan menjadi Pengarah. Kononnya tak cekap lah tu, tapi siapa yang membisikkan ustaz tak cekap dan kita patut letak PTD, PTD jugak kan? Ada dr berkeras kata kita patut beri kepada golongan agama kerana namapun Jabatan Agama, biar mereka buktikan kemampuan mereka. Sampai sekarangpun golongan berkenaan tidak diletakkan ditempat yang sewajarnya.

    Akhirnya ketidakpuasan hati golongan ini dibawa kemana? Tentu kita dapat fikir dengan mudah sebab ianya semudah matematik dua campur dua sahaja. Saya rasa mereka tu bukan mengejar jawatanpun tapi peranan dan perkhidmatan mereka perlu diberi pengiktirafan sewajarnya dengan melantik mereka menerajui Jabatan-jabatan Agama.

    Maafkan saya dr kerana saya mungkin menganggap dr telah terlalu memihak kepada PTD sehingga meminggirkan golongan skim-skim lain. Saya tidak nafikan peranan dan sumbangan mereka tapi sangat tidak adil tidak mengiktiraf sumbangan pihak lain selain PTD. Mereka tidak dapat menunjukkan betapa bagusnya kerana mereka tidak pernah diberi peluang. Adakah kita boleh simpulkan mereka kurang bagus sedangkan mereka tidak diberi peluang?

    Sebagaimana dr bermatia-matian mempertahankan PTD maka saya juga bersama blogger yang lain tetap menyokong 10000% di atas cadangan baru kerajaan.

    terima kasih
    Hj Ahmad

    ReplyDelete
  11. ramai je orang gomen dr skim lain yg selama ni kutuk PTD tp dlm masa yg sama isi permohonan masuk PTD.. kalau tak lepas, mula la kutuk, lepas geram.. kalau lepas, diam lak dia dari hentam PTD.. x gitu..? alaa, byk pun kwn depan mata yang macam tu kan..?

    kalau rasa layak, masuk lah PTD.. kalau takde ijazah, sambung belajar.. sebab nak masuk level pegawai mmg kn ade ijazah kan..? bkn PTD je.. kalau malas nak belajar, takyah nak hentam lebih2.. jgn bagi alasan.. ramai je yg dah tua, anak ramai, hidup tak mewah tp boleh je sambung belajar.. pokoknye nak ke tak nak je..

    nak lg bagus biar org2 muda yang ade kelayakan yg sekarang kerja di kumpulan sokongan.. belum ade rezeki diorg masuk ke gred pegawai.. biar diorg ni masuk PTD, betulkan cara kerja PTD dari persepsi selaku org bawahan sebelum ni.. betulkan mane yg patut.. sokong budak2 muda ni sambung belajar..

    bjuang lah.. tp jgn suruh org lain berlapang dada kalau diri sendiri pun tak boleh berlapang dada.. Allah bagi rezki masing2 tu ade sebabnye.. lbh tinggi jawatan orang tu, lg byklah tanggungjawab dia, lagi byk dia nak kena jawab kat belakang hari nanti.. mungkin nampak dia senang kat dunia, akhirat belum tau lagi kan..

    hidup semua Kakitangan Awam Malaysia..!!

    -nukilan seorang pegawai cabuk

    ReplyDelete
  12. Tahniah Hj Ahmad. Satu komen yang saya rasa lebih bernas berbanding tulisan bekas seorang Menteri Besar Selangor. PTD telah menyalahgunakan kuasa dan kelebihan dengan merangka dan melaksanakan banyak dasar merompak jawatan-jawatan utama di semua kementerian dan jabatan sejak sekian lama. Bukan setakat di Jabatan agama mereka menjadi pengarah tetap di jabatan seperti kerja raya mereka adalah bos kepada para jurutera sedangkan mereka bukan jurutera. Begitu juga di kementerian/jabatan kesihatan mereka adalah bos kepada para doktor sedangkan mereka tidak tahu menahu pun berkenaan perubatan. Di kementerian Pelajaran mereka turut menguasai jawatan utama sedangkan di malaysia terdapat lebih 400,000 orang guru dan ini menyempitkan lagi peluang guru untuk naik pangkat. Yg peliknya bila sesuatu kementerian/jabatan menuntut penambahan jawatan untuk kenaikan pangkat pihak JPA memberi pelbagai alasan untuk tidak meluluskan penambahan tersebut sedangkan PTD begitu mudah masuk menguasai jabatan-jabatan atas nama kenaikan pangkat. Pelik tapi benar tetapi inilah realiti yang berlaku di dalam perkhidmatan awam Malaysia.

    ReplyDelete
  13. Cadangan baru kerajaan ( SBPA ) pun PTD yg buat, jadi tentulah nanti di kalangan mereka yg akan mendapat kelebihan. Syarat kemasukkan PTD juga telah semakin ketat CGPA 3.0 keatas, keutamaan Master degree, Body Mass Index dan lain2 yang mengarut2. Seolah2 orang yang pendek atau gemuk ni bangang. Saya pun tak hingin masuk skim PTD..

    ReplyDelete
  14. satu anon cakap PTD kurang bijak sebab budak sastera. Mentaliti cap ayam. Yang masuk aliran sains bukan sebab bijak mentadbir atau berfikir tetapi cekap menghafal. Nak jadi doktor bukan kena fikir banyak tapi kena hafal banyak. Kat mana urat, kat mana ginjal, kalau simptom macam ni sakit macam ni, kalau simptom macam tu sakit macam tu. Nak tahu yang betul2 pandai dalam bidang sains ni bila dia jadi saintis saja. kalau setakat doktor GP, doktor bedah, doktor gigi. Ini semua memang pandai tapi pandai hafal. Memang itu kelebihan mereka dan itu juga kerja mereka. Sebab itu orang lain tak boleh buat kerja mereka. Janganlah anggap kerja kita sahaja yang hebat dan kerja orang lain tak hebat.,

    Kalau tak puas hati dengan PTD pun jangan kata orang aliran sastera bodoh. Kalau dalam sains pun diterangkan ada dua bahagian otak... yang logik dan kreatif.

    Haji ahmad, kalau bagi puak lulusan al azhar ni jadi Ketua JAIS alamat macam-macam serbuan tak ikut peraturan sehingga memalukan Jais dan umat Islam sahaja. Sebab itu saya rasa Dr Khir ganti dengan PTD. Hakikat yang kena faham, cerdik pandai dalam sesuatu bidang bukan makna boleh jadi pentadbir yang baik. Kalau hendak doktor, ustaz, cikgu dapat gaji setaraf JUSA mintalah kepada menteri. Jangan minta jadi Jusa sebab kerja cikgu megajar bila jadi JUSA nak urus isu undang-undang, birokrasi pentadbiran kementerian, pejabat daerah dsbnya boleh fahamker?

    Doktor pun kalau nak gaji jusa atau bertaraf KSU pun mintalah. Tapi kalau doktor hari-hari selama 15 tahun ubat orang tiba-tiba dilantik jadi KSU boleh uruskan birokrasi kementerian ker? Boleh sediakan paperwork untuk polisi? Boleh faham isu hubungan diplomatik, pembahagian kuasa dalam kementerian, antara kementerian?

    Sebab itu nak jadi JUSA kena lalui proses pembelajaran dan mencari pengalaman di pelbagai sektor dan jabatan.

    Kalau nak kira pandai office boy yang kerja selama 15 tahun pun rasa dia pandai. jadi lantilklah office boy jadi boss kat pejabat. LOL

    tak lama lagi kalau masuk sesapa dari korporat jadi KSN jangan pula yang tukang belasah PTD kat sini marah kerajaan. Ko orang juga setuju.

    tuan haji ahmad,

    Orang yang ahli dalam bidang agama belum tentu mampu tadbir jabatan agama. Lihat sahaja banyak masjid akhirnya tak ambil tok imam jadi pengerusi masjid tetapi ambik profesional lain sebab tok imam ni profesyen di jadi imam bukan majukan masjid. Dia tak tau. Macam tu juga kalau saintis nak jadi KSU atau Pengarah Jabatan. Bukan bidang dia. Bidang dia buat kajian saintifik.

    ReplyDelete
  15. setuju dengan anti kebodohan. rasanya ramai yang marahkan PTD adalah semata-mata skim mereka tidak dapat mencapai gred 52 dan ke atas. rasanya BELUM PERNAH lagi terjumpa komen yang tidak menyukai skim PTD adalah kerana bidang tugas dan kerja yang dilakukan oleh PTD, tetapi hanya alasan semata-mata kerana PTD banyak mengisi jawatan utama di pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan, atau kerana gaji sahaja. BELUM ADA lagi fakta yang bernas dan menyokong komen mereka yang tidak sukakan skim PTD baik mengenai bidang tadbir dan diplomatik. minta maaf, setakat ini BELUM ADA lagi ya... yang penting, komen dan kutuk sahaja membuta tuli. mentaliti masyarakat kita pada masa kini.

    ReplyDelete
  16. berdebat pasal isu PTD ni sampai bila pun tak habis. nama Haji Ahmad. tapi cara bercakap tak macam Haji pun. adoii.

    JUSA A+

    ReplyDelete
  17. Assalammualaikum Semua,

    Isu yang dibincangkan berat kerana melibatkan banyak pihak. Pandangan dari semua pihak amat dialu-alukan dan harus berserta hujah kukuh.

    Saya memandang isu ini sebagai suatu tranformasi dalam meningkatkan kecekapan sektor awam negara. Jika kita berada dipihak pegawai PTD maka kita akan bermati-matian mempertahankan diri kita. Begitu juga kita berada dipihak pegawai lain.

    Pokok permasalahnya ialah ingin meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhimatan awan dari sudut pegawai atasan (JUSA atau TURUS).

    Pelbagai cadangan diterima, dahulu kita tahu dominasi PTD dalam jawatan ini maka kita harus buka peluang ini samada kepada kakitangan awam dan sektor swasta yang terbukti kecemerlang utk berkhidmat kedalam sektor kerajaan bagi menjawat jawatan berkelas JUSA atau TURUS.

    Apabila terdapat persaingan yg terbuka sebegini pasti kualiti sektor awam meningkat dan mendatangkan manfaat kepada rakyat.

    Begitu juga dengan membawa mereka yang cemerlang dari sektor swasta utk berada dalam jawatan kanan kerajaan tetapi penetapan ganjaran (tamat kontrak) yg tidak terlalu melampau kerana menguris hati kakitangan pure.

    Saya tegas mempertahankan bahawa kerajaan boleh membawa sesiapa sahaja yg dapat meningkatkan mutu sektor awam dan membawa manfaat kepada rakyat. Tetapi soal yg lebih penting jangan melantik mereka yg kita kenali bukan kerana kebolehan tetapi kerana terhutang budi. Asasnya TELUS dan AMANAH.Insyaallah kita mampu mengubah budaya lapok perkhimatan awam.

    Yang Benar,
    Hayyu Zahari
    Ayer Keroh
    13/12/2011

    ReplyDelete
  18. Setuju 200% dengan komentar anti-kebodohan.

    Memandangkan yang banyak mengulas di sini boleh dikatakan penjawat awam atau pernah menjadi penjawat awam, baliklah kepada prinsip asas apabila kita menyertai sektor awam iaitu BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DAN RAKYAT. Mengapa perlu menghina PTD sebegitu rupa? Lupakah kalian akan tujuan sebenar kita berkhidmat untuk negara?

    Sedih saya melihat skim-skim perkhidmatan yang lain begitu mengutuk PTD seolah-olah tiada langsung persaudaraan (brotherhood) dalam sektor awam. Patutlah senang-senang saja orang luar mencucuk pihak-pihak atasan tertentu untuk MEMBUKA JAWATAN PREMIER kepada golongan luar termasuklah yang bukan PTD dalam sektor awam. Kebimbangan yang disuarakan oleh DSKT adalah benar belaka. Kesan jangka panjangnya sangat serius apabila jawatan-jawatan tinggi pegawai kerajaan dengan sewenang-wenangnya dibuka kepada orang luar kerajaan. Tidakkah kalian nampak kesan tindakan ini?

    Janganlah terlalu taksub dengan fahaman anti-PTD sehingga buta kepada kesan kepada sistem pentadbiran sektor awam yang sebenarnya well-structured. Perubahan/transformasi tidak semestinya membawa kebaikan. Janganlah terlalu menyokong membabi-buta langkah-langkah untuk membuka jawatan2 premier ini. Kaji juga kesannya kepada skim-skim perkhidmatan kalian. Sekarang golongan luar ini telah berjaya menguasai jawatan2 utama PTD. Entah tidak lama lagi golongan ini akan mula menyerang jawatan2 utama jurutera, doktor, guru, pensyarah penguatkuasa, peguam dan sebagainya. Bukalah walaupun sedikit minda kalian ini kepada kegusaran yang dibangkitkan. Berfikirlah secara rasional, bukan emosional. Bukankah kalian semua bijak pandai daripada aliran sains dan menjawat jawatan profesional? Sebelum menghina PTD, fahami & kaji dahulu tugas2 & peranan PTD.

    Memang betul tidak semua PTD yang bagus. Ada yang tidak layak berkhidmat untuk negara. Begitu juga dengan skim2 lain seperti guru, jurutera, doktor, akauntan, perangkawan dan sebagainya. Pasti ada yang lalai & tidak ikhlas dalam menjalankan tugas.

    Oleh itu, ingatlah balik tujuan asal kalian berkhidmat untuk negara dalam kerjaya masing2. Kalau kalian seorang guru, jalankan peranan kalian untuk mendidik anak bangsa. Jika kalian seorang doktor, bertugaslah dengan penuh berhemah merawat pesakit. Janganlah terlalu bongkak & menuntut macam2 kepada Kerajaan seolah-olah kalian dianaktirikan & tidak akan berkhidmat untuk negara jika tuntutan2 kalian tidak dipenuhi. Kalian tidak tahu bahawa PTD telah banyak berkorban untuk kalian dalam pelbagai segi. Cuma kalian terlalu sombong untuk mengakuinya. Jika kalian masih tidak berpuas hati, inilah peluang terbuka untuk kalian menyertai PTD. Barulah bertemu buku dengan ruas!

    Seperkara lagi, nasihatilah pegawai2 atasan kalian tentang kesan2 jangka panjang pembukaan jawatan2 besar ini. Mereka memerlukan bantuan & sokongan daripada kalian kerana nasihat mereka sendiri tidak diendahkan oleh golongan atasan. Mereka terpaksa mengikut perintah walaupun perintah itu tidak betul. Ingkar perintah, bersiap sedialah untuk digantung atau dijadikan kambing hitam.

    Tanpa mengira skim, apabila tiba masanya untuk bersara semasa berada di atas, kalian juga janganlah mengada-ngada hendak menyambung kontrak dengan alasan masih boleh berkhidmat. Sudah-sudahlah bekerja, berilah peluang kepada yang lain untuk berkhidmat kepada rakyat. Jawatan2 itu bukan hak mutlak kalian. Duniawi semua itu. Tumpukan perhatian juga untuk menambahkan bekalan di akhirat pula. Sama-samalah kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku di sekeliling kita.

    -Orang Luar-

    ReplyDelete
  19. Bagi saya isu sekarang ni bukannya PTD dengan skim-skim yang lain, tapi kemasukan tenaga dari sektor swasta dalam perkhidmatan awam. Umum mengetahui tenaga dari sektor swasta kebanyakannya dari kaum bukan Melayu. Ini bermakna cadangan ini adalah usaha untuk membawa masuk kaum bukan melayu bagi menerajui perkhidmatan awam! Kita harus sedar perkhidmatan awam merupakan benteng terakhir orang Melayu. Nak kuasai ekonomi, dah lama kita tak mampu walaupun pelbagai dasar telah diperkenalkan, dan hari ini pula kita telah saksikan kuasa politik Melayu semakin terhakis dan pemimpin Melayu jadi pejuang kepada kaum bukan Melayu baik dari BN mahupun PKR. Adakah kita sanggup hidup di bumi Malaysia sebagai warga kelas kedua?? Siapapun nak kuasai perkhidmatan awam patut kita bawa ke meja rundingan yang ilmiah, kerana kita percaya mana-mana skim yang diberi peluang pun mampu untuk mentadbir perkhidmatan awam dengan cara yang tersendiri, tetapi kuasa perkhidmatan awam perlu berada di kalangan orang Melayu, tak kira lah dari skim M,U,DG,J,E,S DS atau sebagainya. Kita tak nak nanti kerana nyamuk seekor kelambu di bakar, kerana tak mahu kita sendiri mati terbakar bersama nyamuk kerana kita pun tidur dalam kelambu yang sama. Renung-renungkan lah sahabat-sahabat sekelian.

    Wangsa Maju

    ReplyDelete
  20. Salam Anti Kebodohan,
    Saya faham perasaan saudara dan betul, kita tidak harus memperkecilkan seseorang atau memperbodohkan seseorang.Apa yang ingin disuarakan disini adalah soal keadilan. Tidak betul kerja doctor tu hanya menghafal je. Kalau saudara tak percaya, mari kita tukar pekerjaan selama dua tahun. Dalam dua tahun tu, doctor buat kerja PTD, dan PTD JUSA tu buat kerja doctor pakar, katakan lah bedah jantung.. BOLEH!!!. Atau pun seorang pensyarah yang dah ada Ph.D, mengajar kursus Siswazah.. mari kita tukar kerja dua tahun juga dengan PTD...apa macam..ada berani ke?.. saya rasa Pensyarah ke perkhidmatan PTD any time boleh masuk PTD.. tapi PTD belum pasti boleh mengajar di peringkat Siswazah.. khusunya bidang khusus seperti perubatan, atau Sains...

    Come on!!.. suadara-saudara di luar tu.. Ini bukan isu kamu pandai atau kurang pandai...Kebanyakkan kami dalam bidang professional ni.. belajar susah!! (Termasuklah yang dikatakan menghafal tu)...sama lah macan ustaz yang mahir agama tu.. susah nak hafal ! quran dan menganalisa hukum-hukum!!!, tetapi berapa ramai dari kami yang professional ni dapat JUSA berbanding dengan PTD...ini yang dipersoalkan tu..

    Kita saling hormat menghormati diantara satu sama lain, tak munkin manusia tu serupa, dan Allah menjadikan kita berlainan peranan nya. Yang dipertikaikan disini, kenapa jika cerita pasal JUSA je PTD, JUSA PTD, JUSA PTD...apa orang lain tak berperanan ke dalam membangunkan negara.. Kalau gitu suruh je la PTD, jadi Doctor, PTD jadi Engineer, PTD jadi GURU. PTD jadi IMAM, PTD jadi pensyarah... ADA berani ke???

    Doktor pakar ubat gatal

    ReplyDelete
  21. saya bersetuju dengan anti kebodohan dan semua yang mengajukan pendapat masing2...terdapat beberapa ayat sahaja yang kurang dipersetujui yakni seperti aliran sastera itu bodoh....hanya org yang mengatakan aliran sastera itu bodoh sbnrnya lebih bodoh dari semua kebodohan didunia ini...tokoh2 di negara ini yang berpangkat "prof" dari aliran sastera layak digelar bodoh ke?pensyarah2 yang mengajar sastera lebih bodoh kerana mengajar ilmu kebodohan ke?malang sekali pendapat sebegini masih ada dimuka bumi ini sekaligus menunjukkan betapa bodohnya pelempar pendapat tersebut. Dan untuk makluman si "bodoh" tersebut, PTD bukanlah hanya melibatkan pegawai berstatus sastera sahaja bahkan aliran sains tulen juga dilantik sebagai PTD..ada yang sudah mendapatkan pHD dalam aliran sains....menunjukkan aliran sains ataupn sastera bukanlah syarat utama untuk menjadi PTD tetapi banyak aspek lain yang diambil kira samada melalui sifat kepimpinan, decision making yang baik dan pelbagai lagi..
    mengakui terdapat segelintir PTD yang bermasalah sekaligus membusukkan nama skim ini tetapi cuba kita perhatikan...lebih ramai lagi penjawat awam di Malaysia yang bermasalah seperti guru-guru dengan kes dadah dsbnya..adakah boleh kita mnengesyorkan jurutera ataupun peguam pergi ke sekolah untuk mengajar murid2 menggantikan guru-guru yang bermasalah tersebut?begitu jugalah kesnya dengan PTD....mereka dilatih untuk menguruskan pentadbiran dan melaksanakan tugasan secara diplomatik maka itulah arahnya kerjaya mereka...

    masalah yang ditimbulkan sesetengah PTD memang wujud tetapi rasanya sifat irihati melebihi segalanya dalam kalangan penjawat awam...irihati ini dikaitkan dengan orang melayu dan penjawat awam majoritinya dipenuhi oleh kaum ini....maka secara sifirnya memanglah sikap irihati dan tidak pernah bersyukur masih menebal dalam kalangan kaum melayu penjawat awam kini...renungkan semula ketika ditemuduga untuk memasuki perkhidmataan kerajaan, semua calon dan pegawai dengan yakin mengatakan akan berkhidmat dengan baik dan bersemngat untuk menerima jawtan yang dipegang kini tapi mengapa perlu kita bersorak-sorak marah setelah jalan itu yang kita pilih sebelum ini.

    penyelesaian terbaik bagi kuam melayu penentang ini ialah dengan mewujudkan PEGAWAI 1 MALAYSIA.....guru boleh jadi pegawai daerah, pegawai daerah boleh jadi polis, ahli bomba boleh jadi guru kemas, jurutera boleh jadi doktor, doktor boleh jadi pegawai undang2 dll...

    pasti negara ini akan serabut dengan kecelaruan skop tugas penjawat awam...sekian.

    ReplyDelete
  22. Seronok betul teman melihat post sahabat-sahabat dari perkhidmatan awam. Macam-macam dakwaan yang dibuat. Ada yang berasas dan ada yang tidak. Teman ni bukannya bijak sangat. Tapi pernah menuntut ilmu perubatan dari Ireland(doktor pencen la katakan). Buat pengetahuan umum, teman pun bukan suka sangat PTD ni, tapi kalau dikaji betul2, mereka merupakan tulang belakang jentera pentadbiran kerajaan malaysia. Sejak sebelum kemerdekaan lagi, mereka adalah kelompok elites pegawai Melayu yang berganding bahu bersama-sama UMNO dalam menuntut kemerdekaan. Alhamdulillah, hasil jalinan kerjasama tersebut, negara tercinta ini telah dibebaskan dari penjajah asing laknatullah. Selepas kemerdekaan, mereka menggubal dasar memajukan negara demi kesejahteraan rakyat malaysia. Lihatlah,negara Malaysia telah makmur serba serbi. Bersyukurlah dengan apa yang ada, hari ini kita boleh hentam PTD kata mereka ini sombong, tak tahu buat kerja. Tetapi jauh di sudut hati teman ini, teman berpendapat mereka inilah merupakan benteng terakhir orang Melayu dalam mencatur/corak ekonomi negara. Untuk menyatakan mereka ini tidak bijak/sombong, teman berpendapat ini sifat individu dan barangkali segelintir sahaja yang bersifat sedemikian. Majoritinya, mereka adalah pegawai Melayu yg berkelulusan dan'humble'. Perlu diingat, mereka adalah yang terpilih(selepas melalui tapisan ujian yang ketat).

    Semalam kita bertepuk tangan, bahawa jawatan Jusa dan Turus akan dibuka. Kalau tertutup selama ini, jaminannya, 95% anak melayu akan isi, dan akan terus melestarikan artikel 153-peluang pekerjaan,biasiwa dan lain2(buka balik perlembagaan, baca dan hayati). Apabila Jusa/turus dibuka, maksudnya sesiapa sahaja boleh mengisi jawatan tersebut. Dalam konteks ini, banyak yang diperkatakan adalah korporat akan ambil alih. Korporat? nama pun korporat, pentadbiran berasaskan keuntungan(sape paling pandai buat keuntungan?renung lagi) dan bukan kebajikan. Ramai yang tidak berpuas hati dengan PTD ni, tetapi hakikatnya mereka adalah pakar pengurusan,pentadbiran dan strategik integrator untuk negara, dan yang paling penting(majoritinya,95% PTD adalah keturunan darah teman). Biarlah mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Jangan kerana kita dengki akan mereka, habis kelambu kita bakar...renung2kanlah implikasinya wahai sahabat2.....
    Teman yang dah pencen ni seronok lihat sahabat2 teman yang terdiri dari doktor, askar, polis, cikgu dan lain-lain perkhidmatan yang gah menceritakan perihal anak mereka menjadi PTD...Pusing2 kat situ juga :)..Itulah namanya rezeki....Semuanya dalam tangan tuhan, nak rezeki lebih berusahalah dan jangan omong kosong dalam blog.

    Sekian,

    Dr. Yeop

    ReplyDelete
  23. Saudara anti kebodohan,
    Banyak perkara yang saudara sebut OK dan boleh diterima.. kita tidak boleh memperkecilkan kebolehan seseorang dan profession seseorang yang mereka perolehi untuk mencari rezki yang halal.

    mengenai penyataan saudara
    "Doktor pun kalau nak gaji jusa atau bertaraf KSU pun mintalah. Tapi kalau doktor hari-hari selama 15 tahun ubat orang tiba-tiba dilantik jadi KSU boleh uruskan birokrasi kementerian ker? Boleh sediakan paperwork untuk polisi? Boleh faham isu hubungan diplomatik, pembahagian kuasa dalam kementerian, antara kementerian?

    Ok..ini jawapan nya. Seorang yang sudah berkhidmat 15 tahun dalam bidang perubatan, diHospital kerajaan, biasanya sudah mencapai tahap "Pakar"..Ramai "pakar" yang menjawat jawatan Pegarah dan Ketua Pengarah, KSU tu agak susah kerana, biasanya disandang oleh PTD. Tetapi jawatan KSU itu bukan susah bagi doktor pakar melakukan nya, tetapi susah untuk penetrate jawatan tu. Kalau diberi peluang, berkursus 6 bulan ke, saya yakin seorang pakar perubatan boleh melakukan kerja sebagai KSU, walaupun mungkin tak sebaik KSU PTD ( I am being humble in this ).. Tapi cuba kita fikir terbalik pulak...Seorang KSU dari PTD diberi kursus perubatan 6 bulan, kemudian kita beri dia kerja seperti seorang Pakar Peruatan, Agak-agak yang mana lah bekemungkinan lebih berjaya. kata salah seorang kawan kita di atas tu.nak jadi doctor perlu maghafal je...Doctor GiGi kita ada nak komen tak.

    Quack Doctor (Pakar)

    ReplyDelete
  24. aku tgk yang tak puas hati dengan PTD ni asyik dok hentam PTD je. bagi le cadangan mcm mane keje yg korg buat sekarang ni boleh melayakkan korg menjawat jawatan JUSA satu hari nanti.bagi detail plan mcm mane siap dgn justifikasi sekali pastu kesan2 dia pros and cons pada ekonomi, politik, dan pentadbiran negara. ni dok hentam je mcm mane le PTD sekarang yg korg kata mendominasi jawatan2 penting sektor awam nk bagi skim lain naik jawatan JUSA. Kalo takat ni la level korg, nnt naik JUSA abih la kementerian tu sebab bos tau nk hentam org je tak tau nk solve prob.

    lagi satu, sekarang ni kat malaysia dah ade satu post yg dahulunya mmg PTD pegang,tapi org politik campur tangan dan letak skim J mengepalai jabatan tersebut.hasilnya ade jgk pegawai2 bawahan ni complain kata boss ni kurang dari boss yg PTD dulu.so mcm mane tu?

    lagi satu,kalo nk ikut engineer sahaja yang boleh jadi KSU kementerian kerjaya,doktor sahaja boleh jadi KSU kementerian kesihatan dan cikgu sahaja yg boleh jadi KSU kementerian pelajaran. maka CEO syarikat swasta seperti Air Asia, Celcom dan KPJ itu patutnya ditukar dan diganti dengan mereka yang ahli dalam bidangnya.

    Ini kerana utk makluman semua, CEO Air Asia, Tan Sri Tony Fernandez adalah graduate jurusan account, CEO Celcom jurusan business admin, dan CEO KPJ adalah dari jurusan ekonomi. jadi kalau ikut logik salah seorang pengomen diatas mereka semua ini tidak layak menjawat jawatan CEO tersebut kerana mereka bukan ahli dalam syarikat yang mereka terajui.

    ReplyDelete
  25. Salam, terima kasih atas pelbagai pandangan. Saya menulis bukan kerana bimbang pegawai kerajaan lain menjadi JUSA atau Turus. Saya bimbang mereka dari sektor korporat masuk secara membuta tuli kerana ada hubungan dengan Menteri dan sebagainya. Jika ini berlaku maka profesionalisme kakitangan utama kerajaan telah terjejas.

    Yang lebih merisaukan saya ialah apakah kumpulan ini akan membantu menteri membuat polisi-polisi yang tidak menggembirakan rakyat seperti mana berlaku kepada TNB, Telekom, MAS dan lain2.

    Apa pun terserah kepada kebijaksanaan kerajaan. Saya hanya memberi pandangan.

    ReplyDelete
  26. Salam Quack Doctor,

    Saya tidak faham mengapa Doktor Pakar mahu menjadi KSU. Bagi saya jika sudah menjadi Doktor Pakar lebih baik kekal dalam bidang yang saudara begitu ahli. Tapi saya sokong jika mereka yang pakar dalam bidang mereka dibayar gaji yang tinggi oleh kerajaan termasuk bertaraf JUSA atau TURUS.

    Tapi jika mereka pakar perubatan menjadi KSU, negara akan kehilangan kepakaran mereka dalam bidang perubatan.

    ReplyDelete
  27. salam 1 malaysia dr

    1. Dari segi isu ini , dapat kita lihat berapa org sudah tak suka pada PTD. Mungkin benar juga PTD terlalu angkuh dgn jawatan mereka dr. Maklumlah boleh jadi KSU mesti ptd kan.

    2. Apa yang dibuat oleh kerajaan mesti ada sebabnya dan bukan hanya fikri sehari 2 sahaja hal ini. Kerajaan Mestilah dah fikirkan cara terbaik supaya hal ini boleh disettlekan dengan baik.

    3. PTD tak semua tak bagus...hanya yang buruk to nampak bila bilangan mereka kecil. KSU punya jawatan itu dibuka untuk kepakaran luar dan juga kepakaran dalaman memohon.

    4. Moga dengan skim ini baru la yang menjaga sesuatu kementerian ada daya tranformasi.

    sekian

    a.khalid
    Pemuda kuala kangsar

    ReplyDelete
  28. budak2 sastera yang disekolah di cop tak pandai,kemudian jadi PTD...jadi bos pada doktor, askar, guru,engineer.

    saya yakin semua doktor,guru, engineer tu sekejap aje boleh belajar kerja mentadbir. Budak2 sastera bodoh PTD ni,boleh ke tukar kerja dengan doktor,engineer?

    semoga dengan terbukanya jawatan Premier, PTD akan hapus di muka bumi ini.Harap mereka yang masuk jawatan Premier ini akan meletakkan KSU Kementerian Kesihatan seorang Doktor, JKR seorang Engineer dan sebagainya. Biarlah budak2 sastera bodoh PTD ini spesis akan lenyap tahun 2020 nanti. Semoga Allah perkenankan doa kita semua.

    ReplyDelete
  29. Saya merupakan calon simpanan PTD selama 3 tahun, 2 kali 'dijemput' untuk interview terakhir di Putrajaya, dan hakikatnya memang jelas.

    Kali pertama saya lulus sehingga ke peringkat terakhir (nterview di Putrajaya), saya di jadikan calon simpanan atas alasan saya adalah fresh graduate dan belum menerima ijazah (untuk pengetahuan semasa itu adalah semester akhir di IPTA), Nov 2006, sedangkan majlis konvo hanya akan berjalan pada Julai 2007. Maka saya diletakkan sebagai calon simpanan.

    Semasa interview berlangsung, saya sempat bertanya dengan beberapa calon, dan rata2 saya dapati ibu/bapa/sedara mereka bekerja di SPA itu sendiri, hinggakan pada masa lunch, ada yg lunch sama2 dengan ibu/bapa/sedara mereka. Saya dan rakan2 yang tidak menpunyai sebarang ibu/bapa/sedara di kerajaan sudah menjangkakan bahawa kami memang tidak akan dapat ke PTD, kerana hampir 70% kuota telah diisi, walaupun interview belum habis lagi.

    Semasa interview, ada 3 orang panel, 2 melayu, 1 cina. Kedua2 panel berbangsa melayu byk bertanya perkara berkisar latar belakang dan peribadi (kerana saya merupakan lulusan kejuruteraan). mereka menekan saya dengan soalan 'kenapa pilih PTD, kenapa tak jadi engineer?'. namun saya dengan selamba menjawab, 'sebab tiada kekosongan jurutera dalam jawatan kerajaan, kalau ada pun 5-10 tahun baru post'. mereka diam.panel cina tadi saya lihat lebih matang dan bijak kerana bertanya saya soalan2 teknikal dan logikal, dan berbahasa inggeris (mungkin kerana mendapati saya merupakan graduan dari IPTA yg menggunakan English sebagai bahasa utama).

    kali ke-2 dipanggil interview, saya masih menaruh harapan mungkin akan terpilih kerana sudah ada mempunyai ijazah. namun, semasa interview, perkara yg sama semasa kali pertama masih berlaku, dan saya pasti akan terus berlaku. maka, sy hanya jawab suam-suam sahaja kerana pasti tidak akan terpilih.

    kali ke-3 dipanggil, saya tidak hadir. kenapa?
    kerana saya hanya calon simpanan, hanya mencukupkan senarai calon. sudah pasti akan ada yang sudah memenuhi kuota.

    kesimpulan: PTD itu ok, cuma orang yang menerajui dan memenuhi tak ok. dan, mereka memang akan ambil org2 dari jurusan sastera, hanya segelintir dari jurusan sains.

    ReplyDelete
  30. Salam,

    Terlalu banyak yang menghentam PTD. Kenapa? Pertamanya di peringkat dasar dimonopoli oleh PTD. Boleh dikatakan kelebihan dari segi gaji, pangkat, pengiktirafan diperolehi oleh PTD. Bukan profesional lain membenci atau sengaja menghentam PTD tetapi sememangnya mereka kurang mengambilkira kepentingan bersama iaitu semua skim dalam semua pengiktirafan. Golongan PTD hanya mengambilkira skim mereka. Disebabkan semua ini dan ketidakadilan inilah yang membuatkan skim-skim lain memberontak. Kalau PTD mentadbir dengan cara yang baik, tidak mungkin perkara ini berlaku.

    Pada pendapat saya, tidak kira mereka daripada skim mana pun, jika mereka berkebolehan, kreatif dan bagus dalam mentadbir, mereka sepatutnya diberi kepercayaan menerajui kumpulan JUSA dan TURUS seterusnya tidak akan berlaku pengambilan pengisian JUSA dan TURUS daripada golongan korporat.

    Selama ini tidak kira mereka daripada skim mana pun (selain PTD),dan sehebat manapun mereka mentadbir, disebabkan mereka bukan PTD maka mereka tidak mampu menerajui jawatan KSU. Inilah kepincangannya dalam sektor awam kerana mereka yang hebat tidak diletakkan ditempat yang sepatutnya tetapi terikat dengan formula yang direka oleh golongan PTD. Agama telah mengatakan begitu, pincanglah sesuatu itu jika yang sepatutnya tidak diletakkan ditempat yang betul.

    Alangkah baiknya jika mereka yang hebat, bagus mentadbir, kreatif diletakkan ditempat teratas tanpa mengira mereka datangnya daripada skim mana sekalipun dan bukan hanya diberikan kepada PTD. Itulah punca SEGALA-GALANYA hinggakan keputusan jawatan atasan terpaksa dibuka kepada luar hanya kerana kesilapan percaturan yang telah lama skim2 lain suarakan sebelum ini. Sekarang, terimalah akkibatnya....Kita tunggu dan lihat

    ReplyDelete
  31. PTD atau bukan PTD, atau apa skim jawatan sekalipun adalah pegawai awam yang diberi amanah dalam pentadbiran kerajaan. Jangan keliru kononnya JUSA adalah PTD, sedangkan ramai pegawai perubatan pakar, pegawai sains, pegawai kualiti makanan misalnya yang gred JUSA, tetapi tak ada orang yang pertikai. Berapa ramai pula PTD, yang berkelulusan Ijazah Sains, Jurutera, UNdang-udang dan bidang profesioanl yang, tetapi memilih PTD tersangkut pada gred 52 atau 54 dan gaji 'langgar tembok' lima enam tahun yang lalu. Malah dalam SBPA yang baru, gaji permulaan PTD gred M41 telah turun RM20 daripada SSM, dan gaji PTD gred M54 pula sama antara yang senior dengan junior. Tiada keistimewaan pada PTD pun! Hakikatnya PTD dan bukan PTD adalah sama-sama bertanggung jawab untuk membangunkan negara. Sama-sama kita bersyukur kerana kita masih mempunyai kerajaan yang aman makmur..hentikan dengki mendengki sesama penjawat awam.

    ReplyDelete
  32. PTD mengetuai semua pentadbiran mempunyai berbagai-bagai kelemahan rujuk saja laporan Ketua Audit 2011, tapi membuka ruang JUSA dan Premier kpd org luar bermakna agenda politik yang licik, mana-mana calon yg kalah atau tidak dinamakan mungkin akan dilantik sbg Premier, maka sudah tentulah bias, cth yg nyata Syed Hamid Albar, bekas seorg menteri kini jadi Ketua SPAD sudah tentu rakyat akan semakin hilang percaya kpd kerajaan, mengapa tidak pegawai2 berkelayakan dipilih oleh dewan rakyat utk jawatan utama negara, takkan lah legislatif hanya nak gubal undang2...agaknya apa pulak jawapan Dr Khir ye...

    ReplyDelete
  33. tunduk ke bumi , dongak ke langit..jgn asyik lihat apa yg org lain dapat sampai lupa apa yg kita ada..jgn asyik nampak kekurangan org lain sampai lupa kita pun tak sempurna..bersyukurlah, yg penting buat kerja krn Allah..cukup keperluan hidup, negara membangun, Islam terus utama, Melayu tidak ketinggalan itu lebih baik drpd kita dengki mendengki..pendapat 5 sen dari org awam..wallahualam..

    ReplyDelete
  34. Assalamualaikum

    PTD pun merupakan satu skim dalam perkhidmatan awam. Cuma sebagai orang dari skim J, saya nampak kakitangan kerajaan hanyalah PTD, Guru, Doktor, Askar dan Polis. Orang-Orang J camna?

    Tidak ada baik dan buruknya sesuatu skim itu, melainkan individu itu sendiri. Yang penting setiap skim itu telah ada senarai tugas yang nyata, jadi......pastikan anda melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Dalam ertikata yang lain, guru...teruskan mendidik, doktor...pastikan kesihatan rakyat....jurutera..bangunkan negara....ptd....menguruskan pentadbiran negara.

    ReplyDelete
  35. sokong sue..cakap byk x guna la wei..wat keja masing2 sdh..buat keja yg telah d amanahkan..sesungguhnya d dunia ini adalah sementara..dn yg kekal itu d akhirat..carila jwatan tinggi2 d dunia ini pun belum tentu ada jaminan dpt jawatan tinggi d akhirat sana..hanya amal dan takwa menjadi bekalan..renung2kan dn selamat beramal..yg berat d dunia ini adalah amanah..pikul la amanah kamu dgn sebaik2nya..
    Wassalam.

    ReplyDelete
  36. salam semua. ramai sungguh tak puas hati dgn PTD terutamanya dari golongan pensyarah dan para guru. saya seorang PTD yang over worked, under staffed, no work life balance. dah lebih 12 tahun saya menjadi PTD, dicemuh, dikecam masayarakt pensyarah dan guru. but we never bad mouth them. sehingga hari ini tidak terlintas di hati untuk menjadi JUSA kerana amat sedar akan tanggungjawab yg bakal menimpa jika menjadi JUSA. dah ramai PTD yg kena stroke walaupun masih muda. sekarang ini pun saya dah tak tertanggung lagi bebannya..apatah lagi kalau menjadi JUSA, masuk kerja jam 7.30am, balik kerja 10pm,setiap hari, sabtu dan ahad tidak pernah bercuti. sasaran kerja senantiasa ditambah tanpa perlu tunggu kajian semula separuh penggal. this is the life of most JUSAs that i have known especially those yg kerja di bahagian dasar dan strategik.

    saya teringin sangat nak kerja pensyarah atau guru kerana kemungkinan utk saya mengajar lebih baik drpd menjadi doktor, lawyer atau akauntan dll. saya lihat kawan2 saya yg jadi pensyarah dan guru mempunyai masa yang berkualiti dgn keluarga mrk, masa utk diri mereka sendiri dan kawan2.

    saya percaya tidak ramai yang tahu dan fhm kerjaya ptd ini. kalau cerita pun takde manfaat melainkan merasainya sendiri. the grass is always greener on the other side, so most of us still believe...i dunno.

    kalaulah boleh kita tukar suka-sama-suka, saya rela jd pensyarah/guru/pegawai belia/pegawai penerangan/pegawai sosial/pegawai kebudayaan sehingga pencen. saya bekerja untuk mencari rezeki yang halal, menyara ibubapa saya yg bersusah payah menyekolahkan saya. bukan mengejar pangkat, kuasa dan nama kerana akhirnya hanya kain putih membalut diri. the end.

    ReplyDelete
  37. incorrect.

    jangan baca sebagai "tidak puas hati", sebaliknya baca sebagai "meluat". that is the right word.

    dr khir. anda harus ingat, PTD PTD menyumbang dalam kejatuhan anda pada pru 2008 yang lalu. maklum la sebelum tu kan anda bagi anugerah penyapu kat penjawat awam? keh keh.

    ReplyDelete
  38. assalam, kenapa ptd mesti jadi ketua, ptd pun boleh jadi pembantu kpd ketua jabatan...jadi dalam hal pentadbiran ptd beri pandangan spy Ketua Jabatan boleh buat keputusan yang terbaik. biarlah ketua jabatan itu orang yg arif tentang bidangnya. jika dia nak diberi jawatan Ketua Jabatan maka boleh diberi kursus dalaman.

    ReplyDelete
  39. bukan semua PTD itu begitu. yang dimaksudkan PTD PTD rakus ni adalah PTD yang duduk di SPA/JPA tu. jadi disebabkan sebilangan itu, ramai yang busuk.

    selain daripada itu PTD yang redah masuk pejabat orang untuk duduk takhta paling tinggi. sebagai contoh JPN, JPJ, imigresen, pelajaran, kesihatan, dan beberapa jabatan lain yang ada skimnya sendiri tapi jawatan tertinggi disapu oleh PTD. malah sekarang KP kastam diraja pun dah disapu semula oleh PTD. ntah apa kisahnya tak tahu ler pula.

    ReplyDelete
  40. satu disini saya ingin tekankan masing2 ada tanggungjawab pada negara bangsa dan agama.dari gred kumpulan pengurusan tertinggi hinggalah kumpulan pelaksana masing sudah ada tanggungjawab masing2 tak perlu nak hentam orang ikut suka hati...buatlah kerja seikhlas yang mungkin jangan ada hasad dengki nanti pendek rezeki.kita ni nak menuju kearah negara MAJU yang berpendapatan tinggi jangan kerana isu ini kita tak mampu capai ape yang kita hendak,walaupon saya ni bukan bijak pandai seperti orang YANG PANDAI le katekan tapi cara pemikiran masih RENDAH maaf yek ni cume pandangan saje....

    ReplyDelete
  41. dok kutuk PTD...masuk la PTD kalau nk cepat sangat naik pangkat..kecoh la beb...dah ada kerja tu tu pun bersyukur la..kene ingat rezki kita masing2 dah ditentukan...tak perlu nk dengki2 kat org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakan Sekerja Saya PTD. Poyo Je Dia. Di Luar Pejabat, Kami Minum Petang Sama-Sama Sembang-Sembang. Dia Cerita Cerita Cerita Sampaikan Bapa Saudara Dia JUSA Pun Dia Cerita. Kawan Saya Tanya Dia : "Engkau (Luar Waktu Pejabat - Kalau Dalam Waktu Pejabat Panggilannya Encik) Dapat PTD Ni Pasal Bapa Saudara Engkau Tu Ke?". Soalan Dijawab Dengan Senyuman. Aku Percaya Ini Adalah Rezeki Dia Tak Kiralah Dia Dapat Jadi PTD Atas Kebolehannya Melepasi Syarat-Syarat Yang Ditetapkan. @ Dia Melepasi Syarat-Syarat Yang Ditetapkan ++ Pengaruh Bapa Saudaranya @ Dia Tidak Melepasi Salah Satu Syarat Tapi Bapa Saudaranya Kowtim ..... Wahua'alam Sebab Dia Senyum Sahaja. Sepatutnya Dia Beritahu CGPAnya Sekian Sekian. Bla Bla Bla . Bapa Saudaranya Hanya Memberikan Tips Sahaja Tetapi Tidak Menggunakan Pengaruhnya. Saya Hilang Respect Pada Dia Sebab Dia Tidak Menjawab Persoalan Yang Boleh Dijawab Dengan Mudah Ya / Tidak Tanpa Perlu Huraian Sama Macam Menjawab Soalan Sahsiah Dalam Soalan PTD.

      Delete