Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, December 22, 2012

Tahniah, Teruskan Menipu Rakyat

1. Cukai Taksiran Hartanah atau lebih dikenali sebagai cukai pintu merupakan salah satu sumber kewangan utama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Pengutipan cukai ini penting bagi membolehkan PBT melaksanakan perkhidmatan yang baik kepada penduduk setempat terutamanya dari segi penyediaan dan penyelenggaraan kemudahan awam, kawasan rekreasi dan jalan-jalan yang berada di bawahnya.

2. Jika tidak silap saya pada 2007, banyak PBT di Selangor telah melakukan penilaian semula ke atas nilai hartanah komersial dan kediaman. Hasil dari penilaian tersebut cukai taksiran telah meningkat antara 5-10 peratus (%). 

3. Ini menyebabkan kerajaan Selangor ketika itu dikritik hebat oleh pembangkang ketika itu. Parti-parti di bawah Pakatan berlumba-lumba menyerang kerajaan negeri dan menyatakan kutipan cukai naik tetapi fasiliti tidak terurus. 

4. Tidak cukup dengan itu, PAS dan PKR  telah memasukkan dalam manifesto pilihan raya mereka pada 2008 untuk menurunkan cukai pintu sebanyak 10% bagi premis perniagaan dan 20% untuk premis kediaman. 

5. Pada ketika itu tampak hebatlah Pakatan. Siapa yang tidak percaya kepada janji tersebut yang dibawa oleh seorang "tokoh korporat terkemuka" dan seorang bekas Menteri Kewangan Malaysia.

6. Malangnya selepas hampir 5 tahun memerintah jangankan hendak mengurangkan cukai pintu, malah dinaikkan lagi mencanak-canak tingginya. Lebih memalukan cukai taksiran ini dinaikkan secara senyap-senyap sehingga menimbulkan kekeliruan kepada rakyat. Jika berdasarkan kenyataan akhbar terdapat kenaikan 100%  dan lebih. 

7. Kerajaan Negeri sepatutnya bersikap profesional dengan membuat pengumuman terbuka jika melakukan sebarang kenaikan taksiran bukannya "buat-buat bodoh" seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku. 

8. Apabila diasak Tan Sri Khalid Ibrahim menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Menurut beliau kenaikan cukai taksiran kerana Jabatan Harta Benda di bawah Kementerian Kewangan  menaikkan nilaian hartanah. Kenyataan ini sangat tidak masuk akal kerana penilaian oleh jabatan tersebut tidak semestinya diikut oleh PBT dalam menentukan cukai taksiran. Malahan PBT boleh sahaja mengguna pakai kadar lama tanpa sebarang masalah jika Khalid benar-benar mahu menunaikan janji pilihan rayanya.

9.. Ini bukan kali pertama kerajaan pakatan memungkiri janji dan menipu rakyat. Para pembaca hanya perlu melakukan carian dalam blog ini sahaja pun sudah banyak penipuan dilakukan oleh kerajaan negeri.

10. Dan saya percayalah ini bukan kali terakhir Pakatan akan menipu rakyat. Berdasarkan Buku Jingga mereka banyak lagi janji dan manifesto akan dimungkiri kerana tidak dapat dilaksanakan secara realiti.

11. Apa pun saya berbangga dengan rekod Barisan Nasional yang akan tetap berkata benar biar pun pahit. BN bukan parti yang sempurna tetapi sekurang-kuranngya ia menyatakan apa yang benar dalam melaksanakan polisi. Jika ia tidak mampu memberi bulan dan bintang maka ia tidak menjanjikan bulan dan bintang.

12. Terserah kepada rakyat sama ada masih mahu mempercayai janji-janji manis Pakatan atau kembali kepada realiti yang ditawarkan oleh Barisan Nasional. 

Dengar guruh di langit, air dalam tempayan jangan dicurahkan,takut nanti hujan tak jadi kita kehausan.Mudah berjanji, mudah pula termakan janji;lain yang dijanji lain pula yang dilakukan



Tuesday, October 23, 2012

Tiada Salah Mengakui Kesilapan

1. Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Y.B. Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya. Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan UMNO.

2. Bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf. Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah. Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas.

3. Bagaimanapun kenyataan-kenyataan dalam sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Ronnie Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran.   Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran. Malahan sehingga kini, Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan Polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar.

4. Saya dapati ada laporan yang tidak tepat mengenai permohonan maaf saya di Mahkamah Tinggi pagi tadi. Untuk rekod berikut ialah sebahagian teks permohonan maaf saya (dipetik semula dari Malaysiakini.com), "
In the article, I had implied that Liu had obstructed the officers of the Subang Jaya Municipal Council and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a centre for prostitution activities.
"I apologise to Liu for further insinuating that he was involved in such activities, which is totally untrue. I deeply regret for causing Liu severe distress as a result of the publication of the said article and hereby retract all statements made against him and apologise unconditionally.
5. Ada yang meminta saya meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan, dan orang ramai untuk membuat penilaian. Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.

6. Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan, tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit.

7. Dalam keadaan inilah, saya fikir permohonan maaf ini sangat tepat pada masanya. Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri.

8. Apa pun pendapat kita, perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian amat digalakkan dalam agama Islam. Saya berharap perkara ini dilihat dari sudut yang positif. Benarlah pesan orang tua saya, memohon maaf bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Malah ia memerlukan kekuatan dan keberanian untuk menjayakannya. 

Monday, October 15, 2012

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - TAWAS BAKAL LINGKUP?

1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

5. Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 

6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 

7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan. 

9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebannyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas? 

10. Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini. 

11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.

Monday, October 8, 2012

Politik Konflik Agama Bahaya Kepada Negara

1. Dalam negara yang berbilang kaum dan agama, penggunaan isu agama secara berlebihan untuk meraih sokongan politik boleh membawa kepada ketidakstabilan kepada keamanan negara. Sejarah menunjukkan Pas telah lama menggunakan agama untuk menarik sokongan penganut agama Islam kepadanya. Selama beberapa dekad yang lalu umat Islam di negara ini, khususnya orang Melayu, mengalami perpecahan yang sangat hebat.

2. Daripada mengkafirkan orang UMNO,solat dua imam, haram memakan sembelihan orang UMNO sehinggalah kepada perkara-perkara peribadi menjadi bahan Pas menghasut umat Islam membenci pemimpin Islam dari UMNO. Kemuncaknya ialah peristiwa hitam di Memali, Kedah.

3. Saya sendiri mempunyai pengalaman yang tidak enak dengan strategi Pas ini. Beberapa tahun lalu di Selangor,  Pas mengambil kesempatan memainkan emosi orang Islam atas keputusan kerajaan negeri mengambalikan tapak surau sementara Pangsapuri Jubli Perak kepada PKNS.

4. Tapak tersebut sepatutnya dijadikan tempat asuhan kanak-kanak seperti dalam perancangan asal, namun dibenarkan digunakan sebagai surau sementara sehingga masjid berdekatan siap. Malangnya, keputusan ini menyebabkan Pas berkempen ke seantero negara bahawa UMNO meruntuhkan surau. Gambar-gambar suasana berselerak untuk pengubahsuaian digunakan untuk membuat fitnah kononnya kerajaan meruntuhkan surau.

5. Apa yang tidak dimaklumkan kepada orang Islam di luar kawasan tersebut ialah kerajaan negeri telah membina surau al-Kausar yang yang lebih besar, selesa dan cantik kurang 500 meter daripada tapak asal. Ini semua tidak diceritakan. Sebaliknya, apa yang digambarkan ialah saya seorang pemimpin Islam meruntuhkan surau dan menghalang penduduk pangsapuri tersebut beribadat.

6. Selain Pas, PKR juga tidak kurang peranannya dalam mencetuskan konflik agama. Melalui Hindraf, beberapa individu yang terbabit dengan PKR dilihat cuba mewujudkan konflik antara penganut Hindu dan Islam. Mereka menghasut kononnya BN menindas penganut agama Hindu dan orang India. Daripada peristiwa Kampung Medan sehinggalah tindakan meroboh kuil di Rimba Jaya, Kampung Jawa, dijadikan modal politik menghasut penganut agama Hindu membenci Barisan Nasional.

7. Isu kuil Rimba Jaya merupakan contoh klasik bagaimana agama digunakan untuk meniup sentimen kebencian bagi meraih keuntungan politik. Peranan, sumbangan dan bantuan BN dalam menjaga keharmonian penganut pelbagai agama dilupakan begitu sahaja melalui pemesongan fakta dan fitnah yang berleluasa.

8. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Mahkamah telah membuat keputusan mengarahkan kerajaan merobohkan kuil tersebut dan setinggan sekitarnya. Kerajaan negeri tiada pilihan kecuali akur dengan keputusan mahkamah. 

9. Namun atas dasar kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru. Malangnya, ini semua tidak diceritakan kepada para penganut agama Hindu. Terlampau ramai ahli politik yang mahu mengambil kesempatan menjadi hero agama dan juga meraih keuntungan politik kebencian ini. 

10. Justeru kerana sentimen agama dimainkan secara berlebihan, segala jasa dan sumbangan kerajaan negeri termasuk menjadi kerajaan negeri pertama memberi bantuan khusus untuk agama Hindu dan agama-agama lain selain agama Islam langsung tidak diambil kira. 

11. Yang dilontarkan hanyalah kerajaan negeri Selangor dan saya anti-Hindu dan meroboh kuil sesuka hati. Hakikat bahawa surau juga terbabit dalam perobohan jika dibina sesuka hati tidak diambil kira. Di seluruh ceruk kawasan penempatan kaum India, BN dituduh menindas kaum India dan agama Hindu. Hakikat bahawa kuil Hindu terbesar di negara ini berada di Selangor, di bawah BN langsung tidak diambil kira.

12. Atas isu ini mereka berjaya menyebabkan  Parti Kongres India Malaysia kalah teruk di banyak kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Akibatnya, BN hampir kehilangan kuasa. Melalui adu-domba ini mereka berjaya menarik undi kaum India secara besar-besaran kepada Pakatan.

13. DAP dan Pakatan melihat mereka telah mempunyai sokongan orang Islam dan Hindu yang tepu dan taksub.

14. Kumpulan ini akan tetap menyokong Pakatan biar pun realiti sebenar berbeza dengan persepsi mereka. Orang Islam di dalam Pas percaya kepada kemunculan pemerintahan Islam dan Hudud.

15. Penganut agama lain pula percaya mereka akan mendapat perlindungan yang lebih baik dari sebuah kerajaan sekular yang dibentuk oleh Pakatan. Realitinya, pandangan kedua-dua kumpulan ini jelas sekali bertentangan tetapi masih diterima.

16. Jika kita lihat sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat usaha yang jelas untuk mencetuskan konflik antara penganut Kristian dan Islam. Apabila wujud konflik maka kerajaan BN yang perlu menyelesaikan. Apa pun penyelesaian yang dibuat tentulah tidak akan dapat memuaskan hawa nafsu kedua-dua belah pihak. Di sinilah kumpulan ini menangguk di air yang keruh.

17. Jika kerajaan dilihat menyelesaikan konflik agak cenderung kepada orang Islam, DAP akan mengambil kesempatan menghasut orang Kristian dengan menyatakan UMNO menindas penganut Kristian dan berpihak kepada penganut Islam secara membuta tuli.

18. Jika kerajaan membuat keputusan yang tampak menguntungkan sedikit penganut Kristian, Pas pula akan menghasut orang Islam agar membenci UMNO dan menuduh UMNO tidak menjaga kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

19. Dalam keadaan mana pun mereka tetap untung melalui konflik agama ini. Justeru dakwaan bahawa terdapat usaha DAP untuk memainkan sentimen Kristian bagi menarik sokongan penganut agama Kristian kepada Pakatan Rakyat bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal atau tiada asas.

20. Jika kita lihat sejak beberapa tahun lalu, isu-isu membabitkan pertikaian agama Kristian - Islam sering kali dibangkitkan oleh mereka yang cenderung dengan DAP. Pada Mei 2010 saya telah menulis mengenai peri laku parti DAP ini di bawah tajuk "Konflik Antara Agama: DAP Menangguk Di Air Yang Keruh". Tangan-tangan DAP didakwa berada di sebalik isu Lina Joy, Kalimah Allah, Injil di dalam bahasa Melayu di Semenanjung.

21. Tindakan DAP menjadi hero kepada masyarakat Kristian merupakan satu tindakan politik yang strategik bagi melemahkan kedudukan BN di Sabah dan Sarawak. Hasutan dan janji yang berlebihan DAP kepada masyarakat Kristian akan menarik sokongan sebahagian besar pengundi beragama Kristian di Sabah dan Sarawak. 

22. Negara ini dibina atas dasar persefahaman dan tolak ansur antara penganut pelbagai agama. Tidak mungkin mana-mana penganut agama akan mendapat semua yang mereka mahukan. Malangnya kini ada ahli politik Pakatan menjanjikan perkara-perkara yang luar biasa biar pun mereka bertentangan janji antara satu sama lain dalam Pakatan.

23. Jika ada golongan Paderi dan Gereja Kristian yang bercadang mahu melontarkan sokongan besar-besaran kepada Pakatan Rakyat kerana kononnya BN menindas agama mereka, eloklah perkara ini difikirkan masak-masak.

24. Memang ramai pemimpin DAP sekarang merupakan penggerak agama Kristian atau sekurang-kurangnya telah menggunakan nama-nama Kristian. Namun jika pakatan menang ia belum tentu akan menjanjikan mereka kebahagian seperti bulan jatuh di riba.

25. Apakah para Paderi dan penganut Kristian fikir Pas akan menyokong segala permintaan mereka? Bacalah sejarah sebelum membuat keputusan mempercayai apa yang dijanjikan oleh Pakatan. 

26. Pakatan sendiri berdiri atas persetujuan rapuh bersangkutkan kesepaduan atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tanpa Anwar, Pakatan akan dianggotai oleh dua parti ektremis agama, Pas dengan Islam, DAP dengan Kristiannya.Bolehkah ia menjaga kepentingan dan keharmonian semua agama? 

27. Pas sehingga kini masih menyatakan bahawa mereka akan melaksanakan hudud dan pemerintahan Islam ala Pas yang telah mereka perjuangkan sejak berpuluh tahun lalu. Inilah yang dipercayai oleh majoriti pengikut mereka di bawah. Apakah ada penganut agama Kristian yang berfikir keadaan agama mereka akan lebih baik di bawah Pas berbanding BN?

28.  BN mungkin ada kekurangan dan kelemahan dalam menjaga kepentingan semua agama, namun sejarah menunjukkan sejak dahulu pemimpin UMNO berkorban maruah demi menjaga kepentingan semua agama. Biar pun dicerca dan dicemuh oleh Pas sebagai kafir, taghut dan sesat, namun UMNO dan BN tetap menjaga kepentingan semua agama.

29. Justeru adakah adil untuk penganut Kristian melupakan BN dan pergi kepada pakatan, yang mengandungi parti yang suatu ketika dahulu sangat membenci mereka, hanya kerana perbezaan pendapat dalam beberapa hal? 

30. Pas tidak mungkin menyertai UMNO atau menjadi seperti UMNO kerana kekuatan sokongan akar umbi terhadapnya adalah berdasarkan landasan perjuangannya selama lebih 50 tahun - melaksanakan hudud, mendirikan pemerintahan Islam (mengikut fahaman mereka) dan mendahulukan kepimpinan Ulama.

31. Namun UMNO boleh menjadi Pas, bahkan menyertai Pas jika keadaan memerlukan demi survival orang Melayu dan Islam. Justeru jangan anggap kesederhanaan pimpinan UMNO dalam BN mencerminkan keseluruhan sikap ahli UMNO di bawah. 

32. Dengan kata lain, jika keadaan memerlukan tidak mustahil sebahagian mereka akan menyertai Pas dan memperkukuhkan parti tersebut jika merasakan kedudukan Islam diancam oleh DAP, dan UMNO tidak lagi mampu menjaga kesederhanaan beragama seperti yang berjalan sekarang,

33. Saya berharap penganut agama Kristian jangan hanya kerana "mendengar guruh di langit, air dalam tempayan hendak dicurahkan; takut nanti yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran"

Thursday, September 6, 2012

Khalid Dakwa Pejabat Setiausaha Sulit DYMM Tuanku Berbohong?


i. Berhubung dengan kenyataan Menteri Besar bahawa sejak 2003 DYMM Tuanku Sultan Selangor tidak dijemput ke program Ambang Merdeka, saya nyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. Semasa di bawah Barisan Nasional Tuanku Sultan Selangor sentiasa dijemput secara rasmi dan lisan. Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Sulit DYMM Tuanku dalam media massa beberapa hari lalu. Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim ingin memberitahu umum Pejabat Setiausaha Sulit DYMM Tuanku berbohong?

ii.Sama ada surat-surat jemputan tersebut masih dalam simpanan pejabat SUK atau tidak ia di luar pengetahuan saya. Saya tidak fikir pejabat SUK akan menyimpan surat-surat jemputan majlis begitu lama kerana ia tidak mempunyai kepentingan dari segi undang-undang dan pentadbiran negeri. 

iii. Sememangnya dalam atur cara Ambang Merdeka sejak 2003 tiada nama DYMM Tuanku Sultan. Ini kerana apabila baginda mengesahkan tidak hadir maka aturcara yang dibuat tentulah tanpa nama baginda. Ini bukan sahaja program kemerdekaan, dalam apa sahaja program yang dianjurkan, nama tetamu kehormat yang tidak akan dimasukkan dalam buku aturcara.

iv. Saya tidak faham mengapa isu ini berlarutan begitu lama. Menteri Besar sebagai pemimpin nombor satu negeri sepatutnya mengambil jalan positif dengan memohon kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor secara menghadap dan terbuka. Seorang pemimpin negeri beliau harus berjiwa besar bukannya terus mempertahankan ego yang tidak berkesudahan. Apakah jatuh maruah dan martabat Menteri Besar jika Tan Sri Khalid memohon maaf kepada DYMM Tuanku Sultan? Saya tifdak fikir demikian.

v. Masalah Selangor sekarang ialah ia diperintah secara politik konfrontasi. Pemimpin negeri mempunyai kesukaan mencipta politik bergaduh dan riuh-rendah dalam pelbagai isu tanpa menyelesaikannya. Sekali-sekala jadilah ahli politik yang matang sedikit.

Tuesday, September 4, 2012

Dua Sultan di Selangor?

1. Banyak sahabat dan pemberita bertanyakan saya mengenai kontroversi sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Selangor yang ke-55 pada 31 Ogos lalu. Kontroversi ini berlaku kerana Kerajaan Negeri tidak menjemput Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara utama kerajaan negeri ini.

2. Jawapan saya ialah, kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional sentiasa menjemput Tuanku Sultan Selangor ke acara-acara kebesaran negeri termasuklah Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri. Tuanku sebagai tunggak pemerintahan negeri tidak wajar diketepikan atau dilupakan. Selain itu, Barisan Nasional juga amat menghargai dan menghormati sumbangan para Sultan termasuk susur galur Tuanku Sultan Selangor yang banyak menyumbang dan menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

3. Acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri merupakan antara acara utama kepada negeri Selangor. Tuanku Sultan Selangor akan dijemput menghadiri Bacaan Yassin dan Tahlil sempena hari Kemerdekaan, ini diikuti dengan sambutan Ambang Kemerdekaan pada malam 30 Ogos dan akhirnya acara kemuncak Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada pagi 31 Ogos. Adalah menjadi satu kemestian untuk kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara ini.

4. Lazimnya Tuanku Sultan akan menghadiri bacaan Yassin dan Tahlil dan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Manakala bagi sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik 12 malam, selalunya Tuanku Sultan hanya mewakilkan Menteri Besar. 

5. Saya difahamkan kerajaan negeri tidak mengadakan mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada pagi 31 Ogos seperti kelazimannya. Sebaliknya, perbarisan tersebut diadakan pada malam 30 Ogos 2012. Oleh itu adalah wajib Tuanku Sultan Selangor dijemput untuk menyertai program kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam tersebut.

6. Malangnya ini tidak berlaku kerana Pakatan tidak dapat memisahkan kepentingan politik kepartian dengan pentadbiran negeri. Ketika mereka menuduh kononnya, kerajaan Persekutuan menjadikan sambutan hari kemerdekaan acara politik, apa yang yang mereka lakukan sama seperti pepatah "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

7. Menteri Besar pada mulanya menyatakan bukan amalan kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan ke acara sambutan kemerdekaan peringkat negeri. Namun setelah menyedari kesilapannya, beliau dan konco-konconya menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang tidak menjemput Tuanku.

8. Alasan awal Menteri Besar ini mendedahkan niat sebenar beliau untuk tidak menjemput Tuanku. Ini kerana kehadiran Tuanku akan menyebabkan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi tetamu utama malam tersebut.

9. Saya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri mahukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

10. Saya fikir atas sebab inilah Mohd Khusrin Munawi tidak menjemput Tuanku Sultan Selangor. Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan beliau mengetahui bahawa adalah salah dari segi protokol untuk menjemput Tuanku Sultan Selangor ke majlis peringkat negeri yang tetamu utamanya bukanlah Tuanku sendiri.

11. Dari segi bidang tugas memang tanggungjawab Khusrin menjemput para tetamu kehormat dalam acara sambutan kemerdekaan. Namun tugas Khusrin terhad kepada susunan protokol sedia ada. Menteri Besar dan barisan EXCO  negeri harus mengambil tanggungjawab ini. Jika Menteri Besar telah menentukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat majlis tersebut, apakah Menteri Besar berharap Khusrin akan melakukan jemputan kepada Tuanku Sultan?

12. Tindakan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor menunjukkan Pakatan bukannya BN yang bermain politik kepartian dalam sambutan kali ini. Jika mahu menjadikan Anwar sebagai tetamu utama eloklah dibuat sambutan kemerdekaan Pakatan atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

13.Sebelum ini Menteri Besar Selangor merupakan orang kedua dalam hirarki kerajaan negeri selepas Tuanku Sultan. Sekarang ini Menteri Besar sudah menjadi orang nombor tiga kerana Penasihat Ekonomi negeri lebih utama dari beliau.

14. Cuma kita belum pasti siapa nombor satu dalam hirarki kerajaan negeri Selangor - Tuanku Sultan atau penasihat Ekonomi. Dalam keadaan sekarang seolah-olah Selangor mempunyai dua Sultan. Seorang Sultan sebenar, manakala seorang lagi didewakan seumpama raja di Selangor ini sehinggakan kedudukannya lebih tinggi daripada Menteri Besar.

15. Inilah kali pertama sejarah politik negeri Selangor menyaksikan satu permainan politik yang rakus, sombong dan bongkak sehingga tidak menghormati institusi-institusi sedia ada termasuk institusi beraja. Dengan sedikit kemenangan dalam pilihan raya lalu mereka sudah "bersultan di mata, beraja di hati" sehingga Sultan sebenar dikesampingkan. Bayangkanlah jika mereka mempunyai kuasa yang lebih besar nanti.

Thursday, August 30, 2012

Selepas 55 Tahun, Hari Merdeka Dicemari Politik Jahat

1. Selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke-55. Saban tahun hari kemerdekaan negara di sambut dengan pelbagai acara, kemeriahan dan keamanan tanpa mengira kaum, agama dan latara belakang rakyat. Sesungguhnya 31 Ogos 1957 merupakan titik penting dalah sejarah tanah air kerana inilah permulaan satu lembaran sejarah baru negara yang lebih 400 tahun terbelengu dengan penjajahan kerajaan asing.

2. Sungguhpun Sabah dan Sarawak hanya merdeka 6 tahun kemudian iaitu pada 16 September 1963, namun pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan titik penting dalam kemerdekaan seluruh negara.

3. Setelah lebih 54 tahun menyambut kemerdekaan dengan suasana aman dan tenang, sambutan kemerdekaan kali ini dicemari dengan sikap Pakatan Rakyat yang menolak tema hari kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan - "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Alasan mereka tema atau slogan ini merupakan tema politik Barisan Nasional.

4. Oleh itu setiap negeri Pakatan telah mencipta tema kemerdekaan mereka sendiri. Apabila dikritik sebagai tidak mampu bersatu untuk menentukan tema kemerdekaan, barulah terdapat arahan pimpinan parti untuk menggunakan tema yang sama antara mereka iaitu - "Sebangsa, Senegara, Sejiwa."

5. Jika dikatakan tema yang ditentukan oleh kerajaan Persekutuan adalah tema politik Barisan Nasional, mengapa tema kemerdekaan negeri-negeri di bawah Pakatan ditentukan oleh parti bukannya kerajaan negeri? Bukankah ini jelas merupakan tindakan politik kepartian?

6. Lebih aneh, mungkin kerana haluan berbeza antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dengan pimpinan Pakatan Rakyat, maka di Kedah poster Kemerdekaan kerajaan negeri masih menggunakan tema kemerdekaan mereka sendiri iaitu " “55 Tahun Merdeka Terus Berbakti.”

7. Tindakan Pakatan membuat tema hari kemerdekaan mereka sendiri menunjukkan sikap politik yang tidak matang. Taktik politik adu-domba, memecah-belah masyarakat, menghasut dan menimbulkan kebencian orang ramai kepada kerajaan Persekutuan sudah melampaui tahap politik demokrasi sebenar.

8. Hari Kemerdekaan sepatutnya menjadi wadah penyatuan rakyat dan hari kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Inilah yang berlaku sejak 54 tahun lalu.

9. Malangnya, pada tahun ini, hanya kerana untuk memenuhi cita-cita seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa kos sekalipun pun maka segala-galanya dipolitikkan dan ditentang termasuklah tema hari kemerdekaan negara.

10. Setelah 55 tahun merdeka kita akhirnya berada di ambang perpecahan masyarakat yang sangat menyedihkan. Jika tema hari kemerdekaan pun kita tidak boleh bersetuju, apa lagi yang tinggal kepada kita sebagai rakyat Malaysia?

11. Lebih menyedihkan, Pakatan juga dikatakan "mengatur" satu himpunan politik bagi menggangu Sambutan Hari Merdeka malam ini bagi tujuan memalukan kerajaan Barisan Nasional. Apa jenis pimpinan politik seperti ini? Pemimpin masyarakat atau perosak masyarakat?

12. Jangan kerana seorang pemimpin yang sejak awal kerjaya politiknya hingga sekarang naik melalui "kacau-bilau" (chaos) politik, maka nilai kemerdekaan negara juga kita hancurkan. Jika keadaan ini berterusan dalam beberapa tahun lagi Hari Merdeka mungkin sudah tidak lagi dipandang mulia oleh generasi muda.

13. Cukuplah politik yang memenatkan ini. Janganlah sambutan  Hari Merdeka dan Hari Malaysia pun mahu dikorbankan atas nama politik.

13. Selamat menyambut hari merdeka. Semoga kemerdekaan kita akan terus kekal utuh untuk generasi akan datang. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum,


Selamat Hari Raya aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pembaca laman ini jika ada tersalah bahasa, tersilap tulis dan terkasar komen sepanjang kewujudan blog ini. Maaf zahir dan batin.

Di kesempatan ini juga saya ingin menjemput saudara/i, termasuk rakan-rakan yang bukan beragama Islam, ke Rumah Terbuka saya mengikut butiran berikut:

Tarikh: 25 Ogos 2012 (Sabtu)
Tempat: Anjung Seri Atin, Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor
Jam: 10 pagi - 4 petang.


Ikhlas

Dr. Mohamad Khir bin Toyo
ADUN Sungai Panjang.

Monday, August 6, 2012

Mengurus Pun Gagal, Apa Lagi Mahu Membina

1. Apabila terlalu banyak bercakap bohong akhirnya realiti akan menghukum kita. Inilah yang berlaku dalam kontroversi kerugian Universiti Selangor (Unisel). Isu ini sebenarnya bukanlah perkara baru kerana ia telah beberapa kali dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor sejak setahun yang lalu. Namun setiap kali dibangkitkan isu ini, kerajaan negeri tampil menafikan.

2. Yang terbaru dalam sidang Dewan yang lalu, ADUN Permatang, YB Sulaiman Abdul Razak membangkitkan keadaan Unisel yang makin layu dan mengalami penyusutan pendapatan. Menurut Sulaiman, pendapatan Unisel menyusut daripada RM 94.4 juta pada 2008 kepada 93.51 juta (2009) dan RM 75.48 juta (2010). Amatlah menghairankan ketika kerajaan Negeri menafikan kemerosotan pelajar, pendapatan pula merosot. Bukankah kenyataan ini sangat kontradik?

 3. Masalah Unisel bertambah sukar apabila kos pengurusan meningkat begitu besar RM 93.97 juta pada 2008, 106.13 (2009) dan RM 113.11 juta pada 2010. Khalid perlu menjawab kepada umum mengapa kos pengurusan meningkat sedemikian rupa tanpa pengingkatan yang signifikan kepada pendapatan Unisel.

 4. Pelajar meningkat, pendapatan berkurangan, kos pengurusan meningkat! Apa sebenarnya yang berlaku kepada Unisel di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat? Unisel adalah institusi pendidikan tinggi swasta yang sewajarnya ditadbir secara efisyen dan mengikut logik ekonomi. Namun apa yang berlaku sekarang sangat huru-hara dan tidak mencerminkan pengurusan ekonomi yang efektif oleh kerajaan negeri dan pengurusan Unisel.

5. Kenyataan Menteri Besar bahawa masalah Unisel berpunca daripada isu Build–operate–transfer (BOT) hanya satu lagi jalan "mengkambinghitamkan" orang lain untuk mengelakkan masalah sendiri.

6. BOT merupakan satu inisiatif bagi membolehkan Unisel berkembang dengan lebih pantas tanpa menunggu mempunyai wang sendiri untuk membina asrama dan infrastruktur kemudahan pelajar. Dalam konsep BOT, pada akhir konsesi, bangunan dan infra yang dibina menjadi milik Unisel sepenuhnya.

7. Konsep ini diluluskan setelah pelbagai pihak termasuk bank yang memberi pinjaman kepada projek ini mempunyai keyakinan ia berdaya maju. Ini termasuk keupayaan asrama untuk menghuni jumlah tertentu pelajar untuk membolehkan ia menampung kos pembinaan bangunan.

8. Hari ini jika Unisel gagal menjelaskan hutang kepada konsesi maka jelas sekali mereka gagal menguruskan perkembangan Unisel seperti yang dirangka oleh kerajaan BN sebelum ini. Apabila Pakatan mengambil alih Kerajaan segala-galanya telah tersedia. Tidak perlu lagi memikirkan sebarang idea atau mencari jalan membinanya. Malangnya, untuk menguruskan pun mereka tidak mampu.

9. Lebih aneh, yuran penginapan pelajar dikutip tanpa sesen pun dikurangkan tetapi pihak yang menguruskan asrama tidak pula mendapat bayaran. Ke manakah perginya wang yang dibayar oleh penghuni asrama?

10. Agaknya pengurusan Unisel pun sudah pandai melakukan "round-tripping" seperti boss mereka.

Thursday, July 26, 2012

Bila Menteri Besar Suka Berbohong

1.  Kali ini bukan saya yang kata Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong. Kali ini EXCO paling berpengaruh dalam negeri Selangor, Teresa Kok sendiri secara tidak langsung menyatakan kepada umum bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bercakap bohong.

2. Lebih dua tahun Khalid Ibrahim berkokok seantero Malaysia bahawa kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan kembali hutang Talam Corporation kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri. Kononnya, BN Selangor memejam mata sahaja terhadap hutang-hutang Talam ini.

3. Dalam ucapan-ucapan di Dewan Undangan Negeri Selanhgor dan kempen politik, Khalid mendakwa beliaulah yang berusaha mengutip semula hutang Talam. Beliau jugalah yang begitu bijak dan pintar mencipta cara untuk melunaskan hutang Talam melalui pengambil alihan aset. Dalam satu sidang akhbar yang dicatatkan oleh Malaysiakini pada November 2009, Khalid dilaporkan berkata,

"Hutang ini telah berlaku sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah dikutip... Sebelum ini amaun hutang tersebut tidak pernah diiktiraf sepenuhnya atau direkod dengan teliti dalam kewangan anak-anak syarikat kerajaan negeri," katanya.
Katanya lagi, menteri besar BN sebelum ini juga "gagal mengatur keutamaannya" dalam mengurus kewangan negeri itu. (pautan)

4. Malahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menulis beberapa minggu lalu menyatakan,

"The records show that Talam Corporation Berhad was allowed to incur debts of RM392 million to the Selangor government during the BN administration before 2008.  These debts were never properly documented or recorded in the books of the state government companies – Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kumpulan Hartanah Selangor and Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).  What is worse was the fact that there was no effort made by the BN administration to collect these debts.
However, the new Pakatan Rakyat state led by Khalid has demonstrated that with political will, no company will be able to escape from paying its debts to the Government.  Within a year after discovering the discrepancy in the state-owned companies’ financial records, Tan Sri Khalid has via the Menteri Besar (Incorporated) (MBI) recouped every sen of the RM392 million debt from Talam Corporation in the form of cash and properties." (Pautan)

4. Banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menggambarkan seolah-oleh kerajaan negeri semasa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengambil tindakan terhadap Talam. Khalid Ibrahim sahaja yang bijak pandai boleh menyelesaikan hutang ini.

5. Anehnya bila tersepit dengan pelbagai skandal penstrukturan hutang Talam ini, kerajaan negeri mula menggelabah dan menjadikan pentadbiran lalu sebagai kambing hitam. Menurut Teresa Kok yang dilaporkan dalam The Star hari ini:


SHAH ALAM: The previous Selangor Government agreed to enter into a debt settlement with Maxisegar Sdn Bhd a subsidiary of Talam Corpbecause the company was under threat of being wound up.
State executive councillor Teresa Kok said that in 2006 the Barisan Nasional state government agreed to a settlement that involved 694.4ha of land in Bestari Jaya and five leasehold office lots in Menara Pandan, Pandan Indah.
Pendidikan Industries YS Sdn Bhd (Unisel) and Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) entered into settlement agreements with Maxisegar as it owed Unisel money to set off the debts via contra arrangement,” she said after the state executive councillors meeting.
She said the first agreement, dated July 29, 2005, “was for 1,715.9 acres (694.4ha) of land in Bestari Jaya, valued at RM80,000 per acre”.
The second was dated Jan 10, 2006, for five office units at Menara Pandan at RM2,723,900, and a retail lot measuring 2,745 sq m at Ukay Perdana for RM7.8mil.
5. Bukankah kenyataan Teresa ini menunjukkan Selangor sekarang dipimpin dan ditadbir oleh pembohong dan penipu yang tidak segan silu menjual sentimen dan emosi kepada orang ramai yang tidak mengetahui cerita dalam pentadbiran negeri?
6. Memang benar semua pemimpin ada kesilapan, kelemahan dan kekurangan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun berbohong terutamanya membabitkan pentadbiran negeri bukanlah satu kelemahan tetapi satu kesalahan, 
7. Faktanya, Khalid hanya meneruskan usaha kerajaan lalu untuk menyelesaikan hutang Talam dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri dengan melakukan pengubahsuaian yang aneh-aneh sehingga menimbul skandal baru. 

8. Hakikatnyasudah sah sekarang ini Selangor dipimpin oleh seorang pembohong yang sanggup memutar belitkan fakta untuk kepentingan politik beliau. 
9. Perlu saya jelaskan dalam pentadbiran lalu tidak timbul untuk mengambil alih hartanah Talam melebihi apa yang terhutang oleh Talam kepada syarikat-syarikat terbabit apatah lagi sehingga membabitkan lebih RM 676 juta. Juga tidak timbul soal "round-tripping" (lihat: Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?) yang dibuat oleh Khalid sekarang sehingga menimbulkan banyak keraguan dan skandal.
10. Ketika itu, Kerajaan Negeri memutuskan Talam perlu menyelesaikan hutang-hutangnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri yang terbabit secara terus dan diawasi oleh Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
11. Saya tidak akan mengulas kenyataan Teresa mengenai penentuan harga buat masa ini. Kita lihat dahulu apa lagi kerajaan pembohong dan penipu ini mahu bersandiwara kepada rakyat.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Jangan nanti orang kata kalau selalu cakap bohong,
Lama-lama dapat jadi Menteri

Monday, July 23, 2012

Jangan Cemari Ramadhan Dengan Permusuhan Politik

1. Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini. Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita akan mendapat lebih banyak masa dan ruang untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

2. Saya juga berharap tiada lagi tazkirah sewaktu solat terawih diisi dengan kenyataan-kenyataan bersifat politik kepartian menghentam satu pihak yang lain. Alangkah ruginya setelah seharian berpuasa dan diikuti oleh sunat terawih tetapi diakhiri atau diselang-seli dengan "maksiat lidah" di dalam masjid dan surau. 

3. Secara asasnya tazkirah merupakan sesuatu yang baik jia ia bertujuan memberi nasihat dan peringatan sesuai dengan pesanan Allah s.w.t supaya saling ingat mengingatkan sesama insan kerana peringatan itu mungkin memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.


4. Tetapi tazkirah itu akan memberi manfaat untuk semua sekiranya isu yang dibicarakan berbentuk objektif dan tidak memburukkan mana-mana pihak hanya kerana perbezaan ideologi politik. 

5. Malangnya kebanyakan tazkirah sejak beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai agenda yang telah ditetapkan mengikut kecenderungan politik dan disampaikan dalam keadaan membakar emosi agar pendengar membenci pihak yang tidak disukai oleh penyampai tazkirah.

6. Lebih malang kebanyakan penceramah ini pun tidak memahami isu yang mereka lontarkan kepada jemaah. Kadang kala mereka hanya mengulangi tuduhan-tuduhan politik ini ke dalam tazkirah yang disampaikan tanpa menyelidiki sama ada benar atau tidak tuduhan tersebut.

7. Cukuplah dengan tazkirah bermotif politik yang bukan sahaja mencemarkan kemuliaan bulan ramadhan, malah memburukkan imej Islam keseluruhannya. Umat Islam di negara ini dilihat tidak boleh berhenti "bergaduh" walaupun di dalam masjid dan surau. Masih belum cukup lagikah ruang media cetak, media internet dan ceramah politik hingga terpaksa mencemarkan masjid dan surau dengan perbezaan ideologi politik?

8. Kalau bulan Ramadhan syaitan semua telah diikat, jangan kita pula jadi syaitannya.

Monday, June 25, 2012

Bila Selalu Meludah Ke Langit

1. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Mungkin itulah pepatah yang sesuai dengan keadaan pergolakan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat Selangor sejak seminggu lalu. Khabarnya, sebahagian pimpinan PKR Selangor tidak berpuas hati dengan kaedah dan cara pengendalian "Geran Selangorku". 

2. Pada April lalu saya telah menulis mengenai struktur dan kaedah pengurusan geran ini akan menjurus kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sila baca Geran Selangorku: Adakah MB Berbohong Lagi? Entah mengapa isu ini baru menjadi isu beberapa hari kebelakangan ini. 

3. Anehnya, minggu lalu, Setiausaha Politik Menteri Besar menjawab secara kasar pandangan saya mengenai isu ini. Hari ini bukan saya lagi yangmempertikaikannya tetapi juga ramai pemimpin dalam PKR sendiri.

4. Dalam kenyataan beliau yang dipetik oleh Malaysiakini.com pada 17 Jun 2012, Faekah berkata adalah hak kerajaan negeri untuk berbuat apa sahaja dengan dana yang dikumpul melalui proses menuntut hutang dari pemaju yang gagal dikutip oleh kerajaan negeri semasa Barisan Nasional.


5. Ada dua perkara dalam kenyataan ini yang sangat menarik perhatian. Pertamanya tidak benar kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak mempunyai peracangan mengutip hutang. Perancangan dan kaedah mengutip hutang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri hari ini adalah berasaskan kertas cadangan semasa kerajaan Barisan Nasional lagi. 

6. Pada 2007, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Antara tindakan yang dalam proses ketika itu ialah rundingan pengambil alihan aset-aset dan hartanah Talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dan beberapa hartanah lain. Selain itu tekanan juga dibuat dengan membekukan projek-projek "akan datang" yang membabitkan syarikat tersebut sehingga hutang mereka kepada kerajaan negeri dilangsaikan. Kerajaan negeri hari ini hanya mengubah beberapa konsep termasuk menggunakan kaedah manipulasi round-tripping.

7. Keduanya, adalah salah dan tidak bertanggungjawab untuk Pejabat Menteri Besar menyatakan orang lain tidak boleh bercakap mengenai pentadbiran mereka memandangkan mereka yang mendapatkan wang tersebut. Wang yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku adalah wang rakyat bukannya wang poket Menteri Besar atau setiausaha politiknya. Justeru, selagi ia merupakan wang kerajaan dan wang rakyat, semua rakyat, terutamanya wakil rakyat berhak mempersoalkannya.

8. Faekah juga dengan lantang menyatakan, "This differs from Khir’s era, when projects were awarded directly to family members, in-laws, relatives and cronies. Principles of transparency and responsibility were totally absent, there was only the principle of enriching oneself and (one’s relatives). This shameful practice has today been buried, along with Umno."

9. Sekarang sudah tersebar kononnya terdapat sekeping surat sokongan yang dikeluarkan oleh Faekah selaku Setiausaha Politik Menteri Besar kepada sebuah firma guaman milik anak saudaranya agar dilantik menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

10. Saya tidak mahu berbahas salah atau tidak tindakan beliau tersebut dari segi undang-undang mahu pun politik. Cuma saya sekarang tampaknya Faekah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri. Bak kata pepatah Melayu, "kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

Tuesday, June 12, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA: PELUANG KERAJAAN SELANGOR LAKSANAKANNYA

1. Ketika Pakatan Rakyat berceramah seantero negara menyatakan mereka akan menghapuskan PTPTN jika memerintah, tiba-tiba kerajaan Selangor dan kumpulan pelajar pro-pakatan rakyat begitu menggelabah dengan Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggantung pemberian pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel).

2. Mereka membelasah Menteri Pendidikan Tinggi dan PTPTN sebagai tidak berperikemanusiaan, tidak bertanggungjawab dan membalas dendam. Mengapa dimarahi menteri dan PTPTN sedangkan mereka sendiri menyatakan PTPTN sebagai suatu kezaliman. 

3. Adakah salah menteri menghalang kezaliman berlaku ke atas pelajar Unisel? Adakah tindakan PTPTN  menghentikan apa yang mereka dakwa kezaliman merupakan tindakan balas dendam? Inilah kali pertama dalam sejarah tamadun manusia, mereka yang mendakwa dizalimi dan ditindas marah apabila orang lain menghentikan penindasan dan kezaliman ke atas mereka.

4.  Episod penggantungan ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu tindakan politik. Sebaliknya ia merupakan satu tindakan menyedarkan masyarakat bahawa apa yang Pakatan laung-laungkan dalam ceramah adalah mustahil untuk dilaksanakan.

5. Berdasarkan episod ini, Kerajaan Negeri Selangor mendakwa mereka mempunyai mekanisme memberi pendidikan percuma kepada pelajar Unisel. Jadi saya berharap Menteri Besar akan melaksanakannya biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungan.

6. Apa salah kerajaan negeri Selangor meneruskan idea bernas dan hebatnya memberi pendidikan percuma kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di bawah kawalannya  terutamanya Unisel? Perkara yang baik kepada rakyat tidak wajar ditangguhkan biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungannya.

7. Janganlah kerajaan negeri lepaskan peluang keemasan untuk melaksanakan idea baik mereka ini.

Tuesday, May 29, 2012

Loji Langat 2: Khalid Ibrahim Sabotaj Berbilion Ringgit Duit Rakyat

1. Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan demi kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.

2. Saya tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor). Pelbagai alasan, rundingan dan kenyataan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini belum ada satu idea yang lebih baik datang daripada kerajaan negeri kecuali idea-idea lawak jenaka seperti ingin menggunakan air lombong sebagai sumber air minuman.

3. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

4. Saya telah menulis sebahagian latar belakang industri air Selangor. Saya fikir tidak perlu kita ulangi lagi penjelasan panjang lebar ini. Yang saya fikir perlu rakyat lihat dan perhatikan ialah tindak tanduk Khalid ini akan menyebabkan kita akan menanggung beban kewangan yang lebih besar pada masa akan datang.

5. Dengan menangguhkan projek Loji Air Langat 2, Khalid akan menyebabkan kos pembinaannya akan meningkat dengan lebih tinggi. Ini kerana kos pembinaan sentiasa meningkat naik dari tahun ke tahun. Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga akan menanggung beban kewangan yang besar apabila terpaksa membayar faedah dan hutang kepada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berjumlah berbilion ringgit.


6. Alasan Khalid untuk mencari kaedah lain yang lebih murah dan sebagainya adalah tidak masuk akal kerana Kerajaan telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor. Yang tinggal sekarang ialah untuk membina Loji Air Langat 2 bagi menyelesaikan isu air di lembah klang. Malahan pembinaan empangan ini langsung tidak mengambil wang kerajaan negeri. 


7. Jadi mengapa Khalid yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini begitu beria-ia ingin menghalang pembinaan empangan ini. Politik! Khalid ingin mempolitikkan keadaan ini sepenuhnya seolah-olah beliau berjuang untuk memberi air yang murah kepada rakyat.


8. Beliau membuat pelbagai kenyataan bagi menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 ini seolah-olah jika dibina loji air ini maka tarif air akan naik, rakyat akan dibebani kos yang tinggi. Ini semua tidak lebih daripada manipulasi politik ala sosialis yang menguar-uarkan mantera perjuangan untuk rakyat menentang kerakusan kapitalis.


9. Hakikatnya, pembinaan Loji Air Langat 2 tiada kena mengena dengan tarif air. Ia merupakan projek kerajaan Persekutuan untuk memastikan Lembah Klang tidak berhadapan dengan krisis air yang serius pada masa hadapan.


10. Hanya Khalid dan pimimpin utama Pakatan yang mengetahui mengapa mereka begitu menentang pembinaan Loji Langat 2. Namun realitinya, sikap Khalid ini mencerminkan sikap busuk hati dan khianat seorang pemimpin yang rela memperjudikan keadaan ekonomi dan keperluan asas rakyat untuk percaturan politiknya.

11. Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 nanti jika  rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat. 

12. Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.

13. Justeru tindakan Khalid menghalang pembinaan loji air Langat 2 ini merupakan tindakan sabotaj kepada ekonomi dan kewangan negara. Mungkin Kerajaan Persekutuan perlu menyerahkan projek pembinaan Loji Langat 2 ini kepada kroni-kroni kerajaan negeri untuk mendapat kebenaran pembinaan ini. Mungkin itulah yang mereka mahukan pun.

14. Dalam sistem demokrasi, kerajaan yang mengambil alih harus menghormati perjanjian dan persetujuan kerajaan sebelumnya kecuali terdapat isu-isu besar seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 

15. Namun dalam konteks ini kerajaan negeri tidak bertindak secara profesional sehingga menjejaskan kepentingan rakyat, kewangan negara dan imej negeri di mata pelabur asing. Projek yang dipersetujui dibatalkan sesuka hati hanya kerana ego politik kepartian. 

16. Apakah pelabur asing dan tempatan bersedia membuat komitmen jangka panjang dengan kerajaan jika mengetahui persetujuan dan perjanjian mereka akan sewenang-wenangnya dihalang atau dimungkiri oleh parti yang lain yang mungkin menang dalam pilihan raya?

17. Ada orang yang kerana yang benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada. 

18. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.

19. Kerajaan Selangor hari ini yang kononnya memberi air percuma hanya masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja". Selama empat tahun ini mereka tidak membina apa-apa pun kecuali meneruskan apa yang telah kerajaan sebelum ini bina. 

20. Sekarang, mereka mahu menghalang usaha kerajaan Persekutuan mengatasi isu air di Lembah Klang. Adakah ini pemimpin yang baik? Adakah ini kerajaan negeri yang baik? Mereka mungkin menang dari segi promosi menaikkan imej sendiri dan memburukkan pemimpin BN. 

Tuesday, May 22, 2012

Perlu Makanisme Khusus Atasi Gejala LGBT

1. Gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender  (LGBT) semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Perilaku luar tabie kumpulan ini bukan sahaja jelas dilarang oleh Islam dan juga agama-agama lain tetapi bertentangan sama sekali dengan kemanusiaan.

2. Namun kumpulan ini semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sungguhpun Malaysia mempunyai undang-undang khusus mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, namun lobi mereka kian lama kian membesar termasuk menarik simpati dari kalangan ahli politik. Ada juga dakwaan ahli politik tertentu turut terbabit dengan gejala ini. Malahan kedatangan agen pelobi golongan LGBT di kalangan masyarakat Islam, Irshad Manji, juga khabarnya dinaungi ahli politik tertentu yang telah terpalit dengan dakwaan perilaku serupa.

3. Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ada antara mereka menyalahkan takdir yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian. Mereka juga berselindung di sebalik pandangan-pandangan saintis (yang sebahagiannya juga merupakan pengamal seks sejenis ini)  bahawa apa yang terjadi kepada mereka ialah keadaan semula jadi. Mereka sememangnya dilahirkan sebagai gay dan lesbian maka tidak sewajarnya mereka disalahkan atas keadaan ini.

4. Kumpulan ini juga sering kali menggunakan isu hak asasi manusia sebagai pelindung utama mereka. Sekiranya kita berbicara atau melontarkan pandangan yang anti kepada perbuatan mereka maka kita akan dicop sebagai homophobia. Negara-negara yang menghukum pengamal seks songsang ini akan dianggap ketinggalan zaman dan melanggar hak asasi manusia.

5. Kumpulan juga semakin kuat dari segi kewangan. Mereka menaja ramai pelobi dan pekerja hak asasi manusia agar menyokong ajaran sesat mereka.  Banyak juga ahli akademik Islam dan Kristian yang menjadi alat mereka sehingga sanggup menafikan firman-firman Allah yang jelas sekali melaknati perbuatan seperti ini.

6. Sekiranya kita membiarkan gejala ini berterusan dan berleluasa tanpa tindakan sewajarnya, maka tidak mustahil suatu ketika nanti Malaysia akan menghalalkan kumpulan LGBT ini. Dengan pengikut kumpulan ini semakin membesar dan kemungkinan ahli-ahli politik yang pro mereka makin bertambah, maka suatu hari nanti Malaysia mungkin akan menjadi seperti beberapa negeri di Amerika Syarikat yang meluluskan Undang-undang perkahwinan sejenis.

7. Namun menghalang kumpulan ini melalui undang-undang yang ketat tidak menyelesaikan masalah. Mencerca dan menghina mereka secara berterusan juga tidak akan mengurangkan kumpulan ini jika tidak disusuli dengan usaha alternatif memulihkan mereka yang mahu pulih.

8. Justeru kerajaan perlu mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi dalam memulihkan kumpulan ini. Bantuan kaunseling, psikologi dan perubatan  perlu ditawarkan secara percuma kepada mereka yang terbabit dalam gejala ini dan mahu pulang ke pangkal jalan. Kumpulan saintis, ahli sosiologi dan agamawan  perlu duduk bersama mencari kaedah terbaik bagi mengatasi perilaku dan sikap anti - kemanusiaan ini,

9. Kerajaan perlu menyediakan strategi dan tempat pemulihan yang khusus untuk kumpulan ini. Mereka yang akan mengendalikannya pemulihan juga perlu mempunyai disiplin kerahsiaan yang tinggi bagi mengelakkan kumpulan ini menjauhkan diri kerana malu.

10. Satu badan bukan kerajaan khusus untuk membimbing kumpulan ini juga harus ditubuhkan secepat mungkin dan diberi dana yang mencukupi. Mungkin juga konsep pemulihan seperti Rumah Pengasih yang dibuat untuk bekas penagih dadah boleh diadakan untuk kumpulan ini.

11. Tidak ada gunanya kita mendakwa seorang dua yang melakukan gejala luar tabie ini tetapi tidak menyediakan ruang dan peluang untuk mereka yang telah terjebak dalam keadaan ini kembali ke pangkal jalan.

12. Mengherdik, mencerca dan menghina kumpulan ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada masyarakat. Ia hanya menjauhkan mereka daripada kita dan menyukarkan proses pemulihan. Akhirnya kumpulan ini makin membesar kerana kita menjauhi mereka dan tidak berusaha memulihkannya.


Tuesday, May 8, 2012

Azmin Ali: Agenda UMNO atau PKR?

1. Nampaknya dunia politik negara sudah menjadi seperti dunia artis barat, tidak reda-reda dengan kisah skandal seks. Daripada yang di bawa ke mahkamah sehinggalah kepada yang bertebaran di ruang-ruang siber dan dada-dada akhbar.

2. Terbaru yang sedang hangat diperkatakan ialah mengenai gambar-gambar "terlampau" seorang lelaki yang dikata sebagai YB. Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR. Beliau juga merupakan orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Dewan Negeri Selangor kawasan Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak.

3.  Perbahasan selalunya akan bermula sama ada benar atau tidak si pelaku dalam gambar atau video tersebut merupakan ahli politik yang tertuduh. Daripada itu akan ada perbincangan pula siapa punya kerja dan agenda siapa.

4. Walaupun tampak seperti Azmin namun saya tidaklah berani 100% menyatakan orang tersebut adalah Azmin. Hanya Allah, Azmin, dan mereka yang terbabit sahaja mengentahui kebenarannya. Saya bersangka baik bahawa orang tersebut mungkin individu yang menyerupai Azmin.

5. Namun saya fikir jalan terbaik buat Azmin bukannya melakukan saman malu tetapi membuat laporan Polis kerana ia membabitkan tuduhan yang sangat serius ke atas dirinya. Melalui laporan Polis, Azmin bukan sahaja dapat membersihkan dirinya, malah mungkin dapat mengetahui siapa dalang di sebalik isu ini.

6. Sungguhpun Pakatan dan Azmin sendiri bersungguh mahu menyatakan ini agenda jahat UMNO, namun tidak mustahil ini merupakan agenda dalaman parti Azmin sendiri. Ini dapat dilihat dari reaksi beberapa pemimpin PKR yang jelas sekali tidak bersungguh mempertahankan Azmin dalam isu ini.

7. Seorang pemimpin besar PKR di Selangor enggan mengulas mahu pun mempertahankan Azmin. Pemimpin ini bukan sahaja mempunyai kuasa yang besar di Selangor tetapi juga diketahui berada di kem yang berbeza dengan Timbalan Presiden PKR. Ini menimbulkan tanda tanya apakah terdapat agenda dalam PKR sendiri untuk menjatuhkan Azmin.

8.  Azmin harus berhati-hati dengan musuh dalam selimut kerana telah banyak sejarah politik Melayu tertulis bahawa kejatuhan seseorang pemimpin atau kerajaan Melayu kerap berpunca daripada "orang dalam sendiri" sehingga ada peribahasa Melayu, "bagai gunting dalam lipatan."

9. Menilai sikap Azmin selama menjadi Timbalan Presiden PKR dan Ketua Penyokong Kerajaan di Dewan Negeri Selangor, maka kemungkinan besar rencana dan agenda menjatuhkannya beliau ini direncanakan oleh orang di dalam partinya sendiri.

10. Akhirnya sebagai sesama muslim saya berharap YB Azmin dapat meluangkan masa menemui ibunya. Walau apa pun tanggapan dan perasaan Azmin, perasaan ibunya harus menjadi keutamaan. Pulanglah, sekurang-kurangnya dapat mendamaikan hati seorang ibu. Ingatlah ajaran Islam bahawa "sebahagian syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu kita.".

Thursday, April 26, 2012

Pilihan Raya Berasingan: Kebijaksanaan Politik Penting Diri

1. Banyak kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Pakatan Rakyat di Selangor akan melakukan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya Persekutuan.

2. Sebelum ini Khalid dilaporkan berkata tidak akan membubarkan DUN sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri. Kenyataan ini dibuat ketika terdapat ura-ura Parlimen akan dibubarkan pada Mac 2011. Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya.

3. Namun nyata sekali kata-kata tersebut hanya untuk mengubah hakikat sebenar bahawa Pakatan di Selangor sememangnya merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan. Ini terbukti apabila terdapat ura-ura pilihan raya Persekutuan akan diadakan pada bulan Jun atau Sepetember 2012, Khalid terpaksa menggunakan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim untuk menukar nada. Kini Anwar dilaporkan berkata beliau berharap kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Persekutuan.

4. Secara politiknya, keputusan ini menunjukkan kebijaksanaan "politik penting diri" Pakatan. Dengan mengadakan pilihan raya selepas pilihan raya Parlimen, ia akan membolehkan mereka menganalisa kelemahan dan kekuatan menerusi keputusan pilihan raya Parlimen di Selangor. Ini akan dijadikan kayu ukur dan juga data dalam membantu mereka mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor.

5. Namun bagi sebahagian besar masyarakat, pilihan raya berasingan antara Selangor dan Persekutuan akan menambahkan beban kewangan dan kepayahan kepada masyarakat. Menurut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, terdapat pertambahan kos sebanyak RM 30 juta sekiranya Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan.

6. Yang melucukan dalam menjawab isu ini, "jurucakap" Pejabat Menteri Besar dilaporkan berkata,

"“Holding elections separately (from the general election) will not arise if the EC vigorously clean the electoral roll which is increasingly (tainted).  Even though a lot of evidence have been adduced, but the EC has failed to take appropriate action and instead gave strange excuses which are unreasonable."

Sekiranya alasan ini benar mengapa negeri-negeri lain di bawah Pakatan seperti Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak mengumumkan perkara yang serupa?

7. Pelbagai alasan boleh diberikan untuk mengadakan pilihan raya yang berasingan. Namun matlamat utama hanyalah untuk melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa pemerintahan negeri Selangor.

8. Pilihan raya bukan sahaja menyebabkan beban kewangan bertambah, malah ia menyusahkan pengundi yang terpaksa keluar mengundi dua kali dalam tempoh tidak sampai setahun. Kita juga akan berhadapan dengan pelbagai ceramah dan kempen politik yang berlanjutan sehingga meninggalkan keutamaan lain terutamanya merencanakan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

9. Sekiranya Pakatan di Selangor percaya mereka telah melakukan tugas dengan cemerlang seperti yang sering diuar-uarkan oleh "tukang sorak" di Pejabat Menteri Besar, apa masalah untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa serentak dengan Parlimen?

10. Tampaknya disebalik segala sorak - sorai mendakwa pemerintahan mereka lebih baik dari Barisan Nasional, mereka sendiri sebenarnya ragu-ragu sama ada majoriti rakyat mempercayai propaganda mereka selama ini. Maka pelbagai alasan dicari dan diutarakan hanya untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

11. Memang benar pilihan raya berasingan yang mahu dilakukan oleh Pakatan di Selangor merupakan tindakan bijak dari segi kepentingan parti.

12. Namun ia juga menunjukkan Pakatan bersedia melakukan apa sahaja termasuk merugikan dana kerajaan dan menyusahkan rakyat hanya untuk mengekalkan kuasa mereka. Maka slogan pejuang rakyat sudah menjadi pejuang tembolok sendiri dan parti.



Saturday, April 7, 2012

Geran Selangorku: Adakah MB Berbohong Lagi?



1. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Geran Selangorku bernilai RM 300 juta.

2. Pada mulanya saya menyangkakan geran ini merupakan bantuan kepada peniaga kecil. Rupanya tujuan geran ini ialah untuk menjayakan projek infrastruktur mengikut DUN. Saya difahamkan sekurang-kurangnya 2 projek infrastruktur setiap DUN. Ini bermakna terdapat lebih 112 projek untuk Geran RM 300 juta.

3. Ini tidak lain dan tidak bukan merupakan agenda politik Pakatan menjelang pilihan raya umum akan datang. Jika Barisan Nasional berbuat sedemikian tentu akan dikatakan mengamal rasuah politik. Tapi jika mereka yang berbuat demikian segala-galanya tidak mengapa dan bersih segalanya.

4. Namun yang menariknya dalam pengumuman tersebut ialah Khalid menyatakan bahawa segala urusan akan dijalan secara telus dan memastikan tiada ketirisan. Pada fahaman ramai orang tentulah proses mengenalpasti projek infrastruktur dan juga pemberian kontrak akan dilakukan secara terbuka dan telus.

5. Malahan kenyataan media Pejabat Menteri Besar juga menyatakan,"Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR)."



6. Anehnya, saya mendapat butiran taklimat Khalid kepada para EXCOnya yang jelas sekali menunjukkan pemberian Geran RM 300 juta ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Menteri Besar. Jika ia berdasarkan sebut harga terendah mengapa pula kelulusan bergantung kepada Menteri Besar?

7. Berdasarkan carta aliran pemberian geran RM 300 juta ini, Khalid berkuasa secara berseorangan untuk memutuskan siapa yang akan mendapat kontrak. Apakah ini bukan bentuk "Corruption" yang sangat luar biasa?

8. Bukankah kerajaan Selangor sekarang mendakwa ia merupakan sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Justeru mengapa dalam menentukan siapa yang akan mendapat kontrak-kontrak bernilai RM 300 juta secara keseluruannya ini ditentukan oleh Menteri Besar secara bersendirian?

9. Jika dilihat senarai Jawatankuasa Pengurusan Geran Selangorku ini juga dianggotai sebahagian besar oleh para pegawai Khalid di Pejabat Menteri Besar dan Menteri Besar Incorporated.

10. Adalah sangat aneh dan luar biasa bagi satu peruntukan yang menyamai 20% bajet kewangan negeri dilakukan tanpa pembabitan para pegawai kanan kerajaan negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

11. Saya tidak pasti yang mana satu Khalid berbohong, sama ada di Retreat bersama EXCO beliau di Melaka atau di dalam Dewan Negeri Selangor dan juga kenyataan akhbar pejabat beliau.

12. Tapi yang lebih mengelirukan kita apakah Menteri Besar Selangor hari ini mempunyai tabiat suka berbohong atau pelupa? Kenyataan beliau mengenai kaedah pemberian projek dalam pelaksanaan geran ini bercanggah antara satu sama lain. Pasti salah satunya merupakan pembohongan.

13. Ini mengingatkan kita bagaimana kenyataan Khalid dalam Istana Selangor mengenai kononya hasil pasir Selangor mencecah RM 150 juta. sehingga sekarang 1/3 daripadanya belum dapat.

14. Sebahagian orang juga belum lupa pengumuman pakej rangsangan ekonomi Selangor bernilai RM 50 bilion pada 2009 kononnya untuk mengatasi pakej rangsangan ekonomi Malaysia bernilai RM 17 Bilion. Khalid juga pernah mengumumkan pakej RM 10 bilion untuk pembangunan sungai Klang. Sehingga hari ini kita tidak nampak apa pun yang berlaku dari pakej tersebut. Jangan kata pembangunan, wang untuk pakej tersebut pun tidak ada.

15. Cuma saya sedikit bersyukur Khalid sekarang tidak lagi bercakap soal wang berpuluh-puluh bilion. Menjadi harapan agar pengumuman mengenai ratusan juta seperti geran Selangorku ini juga tidak tinggal setakat cakap-cakap kosong dan untuk iklan papan tanda publisiti Menteri Besar sahaja.