Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, January 10, 2012

Hentikan Politik Kebencian, Hati-hati Rangka Polisi Baru

1. Tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur isnin lalu. Walaupun mahkamah telah membebaskan Anwar namun rakyat juga bebas menilai fakta-fakta dalam Mahkamah untuk membuat kesimpulan dan penilaian sendiri.

2. Kepada Mohd Saiful saya percaya kesanggupan beliau bersumpah secara terbuka membuktikan sesuatu. Mungkin beliau tidak mendapat pengadilan di dunia ini tetapi insyaallah akan ada pengadilan yang maha adil di akhirat kelak.

3. Saya fikir dengan pembebasan Datuk Seri Anwar ini sudah tiba masanya orang Islam menghentikan politik benci-membenci berdasarkan tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah dan menumpukan usaha ke arah politik yang lebih sihat.

4. Politik menyerang peribadi atau character assassination menjadi begitu lumrah dalam politik negara ini sehingga mengkesampingkan politik sihat dalam membahaskan dasar, polisi dan arah tuju negara pada masa hadapan.

5. Lebih serius serangan terhadap keperibadian ini akhirnya menimbulkan politik kebencian sehinga tiada titik persamaan lagi sesama agama, bangsa dan juga antara kaum di negara ini. Sudah tiba masanya semua parti utama di negara ini mengurangkan politik benci-membenci ini.

Hati-hati Rangka Polisi

6. Berkaitan dengan polisi kerajaan, saya telah beberapa kali menyatakan kebimbangan di dalam blog ini mengenai polisi-polisi yang tidak diperhalusi dan difikir secara mendalam terus diangkat kepada YAB Perdana Menteri untuk diumumkan.

7. Saya bangkitkan ini kerana telah beberapa kali didapati polisi yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri akhirnya terencat dan gagal dilaksanakan. Ini bukan salah Perdana Menteri tetapi lebih kepada pasukan penggubal polisi yang diamanahkan oleh Perdana Menteri untuk menganalisa dan membentuk formula yang baik bagi sesuatu polisi.

8. Kekangan masa menjadikan amat mustahil untuk Perdana Menteri merangka sendiri setiap polisi secara terperinci. Justeru adalah penting pasukan yang beliau amanahkan untuk membentuk polisi dan dasar dari idea beliau menjalankan tugas dengan berkesan dan berhemat.

9. Malangnya, ada juga polisi yang telah ditegur oleh sebahagian kecil pengkritik sebagai tidak tuntas untuk pelaksanaan tetapi tidak diambil peduli oleh mereka yang terbabit. Mereka berkeras mahu melaksanankannya. Akhirnya setelah riuh-rendah pengumuman, perasmian dan pelancaran, polisi tersebut berkubur sebelum sempat berjalan.

9. Dalam Berita Harian, 9 Januari 2012, muka surat 4, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula perincian program Skim Rumah Pertamaku selepas pihak bank tidak berminat untuk menyediakan pembiayaan.

10. Sekiranya saudara/i masih ingat pada Mac 2011 saya menulis suatu artikel "Memastikan Kejayaan Skim Rumah Pertamaku", dan menyatakan bahawa skim ini mungkin akan gagal kerana kehendak kewangan atau syarat pinjaman institusi kewangan yang berbeza daripada apa yang diputuskan oleh kerajaan.

11. Malangnya, kerajaan mengambil masa hampir setahun untuk mengkaji semula dan ini menyebabkan polisi yang sepatutnya sudah dirasai oleh rakyat dan memberi impak yang baik kepada kerajaan dan Barisan Nasional menjelang pilihan raya akan datang belum dapat dilaksana.

12. Rakyat dalam proses menilai kebaikan dan keupayaan polisi-polisi kerajaan menjelang pilihan raya akan datang. Jika banyak yang dirancang dan diumumkan tidak dirasai oleh sebahagian besar rakyat, ia boleh mendatangkan kesan yang serius kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.

46 comments:

  1. Betul tue Datuk Seri...saya beranggapan bukan sahaja Skim Rumah Pertama sahaja yang patut diperhalusi tetapi Bantuan Rakyat 1Malaysia pun saya kira akan mendatangkan masalah sekiranya pihak Kerajaan tidak menggunapakai mekanisme yang tepat dan betul...cara pemberian yang tergesa-gesa ini boleh mengundang padah kepada kerajaan kerana ianya akan dimanupulasi oleh pihak2 yang tidak mendapat faedah dari skim dan bantuan ini....

    ReplyDelete
  2. Sayangnya Dr, orang di luar sana masih obses dan tak menilai secara baik. Sampaikan masalah jalan tak berturap pun diburukkan PM. Kalau diberi bantuan (cthnya dalam pendidikan) dikata gula-gula pilihanraya. Semuanya buruk. Yang baik, terima pakailah. Yang tak betul, ditegur dan perbetulkanlah dengan cara berhemah.

    ReplyDelete
  3. Eh Dato kata nak buat kenyataan pada 9hb. Skrg dah 10hb. Apa sudah jadi?. Mungkir janji tu tak boleh Dato....

    ReplyDelete
  4. anon, saya kata akan buat kenyataan selepas 9hb bukan pada 9 hb. saya masih memikirkan langkah terbaik.

    ReplyDelete
  5. Saya tertunggu-tunggu juga pengumuman ni, aisssshhhh. apa?

    ReplyDelete
  6. long time not writing here dskt,

    anyway salam to you dato' seri,

    agreed with u.. masa untuk membuang politik serang peribadi...

    i only want to share 1 link to you that really touched my heart...
    i think regardless how big n famous of u,
    u still a human... plzz view this link dato' seri

    take ur time

    http://www.youtube.com/watch?v=pEQ0vyvww8g&feature=share

    ReplyDelete
  7. salam dr... xsabar nak dengar laa....

    ReplyDelete
  8. semua orang tertunggu2 ni dato, maknanya masih ada yang peduli tentang dato. adakah nak keluar umno? masuk perkasa?

    Atas Pagar

    ReplyDelete
  9. ya,, saya pun menanti pengumuman dato seri,
    like what i said before, not to late for you to change ur destiny.. and forgetting this racial organisation...

    tiada ruang dalam umno untuk saudara selepas ini, tetapi di sisi allah ruang masih terbuka luas...

    ReplyDelete
  10. Bagaimana pula polisi dato yg memberikan hadiah penyapu kepada penjawat kerajaan? Itu satu penghinaan dan salah satu punca kekalahan BN di Sealngor. Ramai yg tak suka cara tu dato. Fikir2kan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ni tak baca ke penjelasan dia dulu. kaedah pemberian penyapu kepada majlis yang gagal mencapai sasaran telah dipersetujui terdahulu oleh kesemua yang dipertua majlis di negeri selangor.

      Delete
  11. Datok macam pandai cakap saja. Selangor pun boleh terlepas. Apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tanya pak lah, nak dekat pilihanraya itu jam naik minyak dan tol. jgnkan selangor, hampir satu melaya nak tumbang dan menang tipis.

      Delete
  12. Salam Dr. Khir, saya sebagai pemerhati n sering juga mengikuti update di blog dr. Sekadar mencadangkan this is the time dr berjuang bersama pr. Saya kagumi kepimpinan dr n pendapat yg lebih direct to the point hanya selepas terkeluar dari team berkepentingan bn. Saya adalah penyokong bn sebelum ini. tetapi sekarang bertekad untuk memberikan sokongan kepada PR di selangor. Saya juga sayang Dato seri Najib n Anwar. No choice pilih yg terbaik untuk rakyat. Tapi next GE saya akn pilih PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisah ler sdra nak sokong PR jika pada sdra anuwar lebih baik walaupun beliau hanya berjuang utk diri sendiri saja. saya akan tetap pilih BN

      Delete
    2. sebelum buat keputusan, renung2lah apa akan jadi pada agama. Timbang2lah. Dunia ni hanya sementara, kalau Islam dah jadi liberal nanti... ramailah ikut ke sungai api.

      Delete
  13. Berikanlah masa dan ruang utk beliau. Pd sya buat masa ni lebih baik dato seri tunpukan perhatian pd ibu n keluarga. Kerana mereka yg lebih berhak

    ReplyDelete
  14. Hentikan Politik Kebencian, Hati-hati Rangka Polisi Baru.... memandangkan tiada ruang untuk dr khir di dlm bn. Saya cadangkan polisi baru Dr. Berjuang bersama saudara anwar ibrahim untuk rakyat. Idea dr masih diperlukan dalam PR.

    ReplyDelete
  15. dah 11hb ni DS..x dapat petunjuk lagi ke?

    ReplyDelete
  16. sekaraang dah masuk 12hb..harap2 pengumuman yg tidak sia-sia bila kita mendengar.

    ReplyDelete
  17. dato kekallah dalam umno sekalipun umno dah tak memerintah lagi dan pakatan rakyat mengambil alih kerajaan. kekalahan umno memang tak dapat dielakkan kerana mustahil ia akan memerintah selama-lamanya dalam negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi. tetapi selepas umno jatuh kelak, adalah menjadi tugas dato dan pemimpin pelapis yang lain untuk menaikkannya semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah macam tuhan la pulak, betui ka PR kuat sangat atau hanya pandangan peribadi.

      Delete
  18. Slm Dtk, Saya komen dari jauh. Saya dari Limbang sarawak dan sentiasa mengikuti perkembangan dtk. Saya mengkagumi idea2 dtk. Tidak keterlaluan kalau saya katakan dtk juga merupakan salah seorang idola saya dalam arena politik.

    Tragedi cantas mencantas dan tolak menolak dalam BN memang sudah sinonim di dalam game BN. Saya sendiri merasai dan melalui tragedi hitam macam tu juga. Tapi walaupun persepsi di kalangan kawan2 yang masih berkuasa dalam BN memandang senget terhadap saya, saya tetap bersetia dengan BN dan sehingga kini dan mungkin belum tentu untuk selama-lamanya. Kepada kawan2 yang masih ada kemahiran mencantas tu, insaf2 lah. Periuk nasi orang lain jangan dibubuh dengan karat besi.

    Kepada dtk, saya harap dtk pun dapat bersabar macam saya kerana sabar itu benteng kekuatan kita yang sebenar. saya doakan semoga dtk majujaya..

    ROSLI... Limbang sarawak.

    ReplyDelete
  19. SAYA PUN MENUNGGU NUNGGU JUGA WALAU DALAM SEPI,
    -PENUNGGU-

    ReplyDelete
  20. nana.. sabaq la sat.. dia tengah online dengan Allah Taala nu.. turun sidratul muntaha nanti, dia bitau la..

    sdr khir..politik kebencian ini dimulakan oleh UMNO-BN sejak berzaman dah..tiada kasih sayang ditunjukkan UMNO-BN semasa memerintah.. semuanya ada udang dan niat nak merembat apa harta rakyat.. sudahlah rakyat ditindas, ditipu dan dibuli macam binatang ternakan secukupnya, kemudian senang2 nak minta maaf dan reset serta hentikan politik sebegini setelah UMNO-BN kian hari kian lemah..

    gua rasa rakyat yang susah amat sukar memaafkan lagi walaupun susuk2 UMNO disiksa dengan api neraka di depan mata sendiri.. rembat berjuta2-berbillion2, semua akta dikawal sistem yang syok sendiri.. sistem kerajaan memonopoli yang kebenaran dan memperhambakan instrument kerajaan... rakyat sudah lama susah.. ekonomi meleset dikatakan membangun! membangun kepala hotak ko BN!!! hutang negara tak pernah susut malah semakin membimbangkan, BN tak ada risau langsung.. malah semakin galak berhutang.. pendapatan rakyat rata2 kurang 2000 sebulan.. camana nak hidup sdr.. lain la exco-yb-yb dan menteri.. makan tanggung berak cangkung.. apatah lagi raja2.. apa bantuan mereka membantu meringankan bantuan rakyat???

    sdr khir, sdr anwar cuma digunakan sbg catalyst untuk rakyat bangun menunjukkan kemarahan.. masih ramai rakyat yang marah namun dek kerana ditakut2kan dengan penggunaan kuasa oleh polis dan apa2 lagi.. rakyat masih bertahan dan diam... takkan nak tunggu menteri2 kene sembeli kot.. baru nak hentikan kekejaman dan kezaliman.. otak ada, belajar tinggi2.. kerana duit, sudah jadi bodoh.. kesian..

    ReplyDelete
  21. Salam Dr, saya anak muda yang bakal mengundi pada tahun ini dan ia bakal menjadikan pengalaman pertama dalam pilihanraya akan datang. Melihat kerangka-kerangka polisi kerajaan, saya agak tertarik dengan polis rumah pertamaku. Saya sependapat dengan Dr mengenai polisi yang dijalankan ini hanya memberi manfaat kepada minoriti golongan yang berpendapatan rendah. Saya syorkan kita ambil langkah seperti pentadbiran Singapura yang melaksanakan kawalan pembeliaan rumah. Seorang rakyat hanya dibenarkan memiliki tidak lebih dua buah rumah(kalau x silap la). Yang kedua, kerajaan boleh melaksana satu struktur jawatankuasa supaya dapat menilai dan mengawal harga pembinaan sesebuah rumah. Selaku anak muda, saya berpendapat, harga rumah di Malaysia meningkat dari masa ke semasa secara mendadak tanpa ada pengawalan. Saya harap cadangan ini dapat diketengahkan.Sekian, ~Anak Muda Selangor~

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. kita tidak boleh hadkan pembelian rumah oleh rakyat kerana kita ada banyak tanah dan pembangunan ekonomi kita turut dijana oleh sektor hartanah.

      2. Apa yang boleh kerajaan buat ialah mensyaratkan jumlah-jumlah tertentu untuk rumah mampu milik perlu dipenuhi oleh pemaju yang mahu membina rumah mewah.

      Delete
  22. mungkin dr nak masuk dap macam aspan dan ariff hahaha.

    ReplyDelete
  23. rakyat bersyukur DSAI telah bebas...segala tuduhan yang tidak berasas terhadap beliau telah hilang di hati rakyat...kesian DSAI selama ini menanggung kesusahan dengan beban yang tidak sepatutnya..Dato Dr tak ada ke perasaan kesian terhadap DSAI...dato kena join DSAI dan belajar bagaimana ingin menjadi pemimpin yang dihormati dan disegani di Malaysia dan dunai....join cepat2...tinggalkan umno yang dah nak karam ni

    ReplyDelete
  24. polisi bn and pr sometimes not logical,bureaucratic and no support from civil svnt.

    ReplyDelete
  25. Saya rasa lepas ni Dato akan keluar statement "Saya akan bagi kenyataan selepas rayuan kes liwat"...putar lagi Dato!!

    ReplyDelete
  26. jangan gelojoh Dr. takut patah gigi lagi

    ReplyDelete
  27. ada ke patut bagi hadiah penyampu...tu yg Allah balas cash....selangor terlepas pada PR...harap dpt minta maaf balik pada yg telah dihadiahkan penyampu dulu...nb

    ReplyDelete
  28. Jangan masuk PR..Dato lagi teruk nanti...

    Tengok kes Dato Hassan Ali cukup...

    ReplyDelete
  29. kita kena sabaq la sat. nnt Dr Khir umumkan la dlm blog ni. sama2 kita tunggu.

    ReplyDelete
  30. Sahabat sahabat bloggers,

    Pada awalnya memang saya akan membuat pengumuman penting selepas 9 januari,tetapi pihak peguam saya berkali kali menasihatkan saya,agar tidak membuat sebarang pengumuman,yang akan mengeruhkan lagi suasana kes saya yg masih dalam rayuan,malah mereka yakin sebagaimana saya juga yakin bahawa saya tidak bersalah,eloklah tunggu selesai kes di mahkamah dulu barulah buat pengumuman tentang hala tuju politik saya.Saya tidak akan berhenti memberi pandangan saya walaupon ada pihak yg mencemuh tetapi sebagai rakyat malaysia saya berhak memberi pandangan saya demi utk kebaikan dan masa depan negara.

    ReplyDelete
  31. salam.

    tiada kebencian maka tiadalah politik.

    ada politik, maka akan timbullah kebencian. lebih2 lagi pada zaman sekarang ni.

    adakah ianya boleh diubah? atau MASIH boleh diubah?

    kalau tanya saya, jawapannya....


    TAK!


    Kalau bole pun, tunggu sampai orang Malaysia kena melutut balik bila dijajah kembali.

    kalau Dato' bole ubah... saya akan jadi orang pertama isi borang join Dato'.

    Lupakan Anwar, lupakan Najib, Lupakan politik ini...
    Politik Malaysia masih belum matang!

    p/s : saya lebih berminat politik cara Raja Petra. Kita tak benci kerajaan kerana mereka pemerintah, tapi kita benci kerana mereka gagal memerintah. Dan kita tak suka Anwar bulat2.. Anwar juga akan diNILAI bakat kepimpinannya. Kalau dia gagal, dia juga akan ditendang.

    Dysh

    ReplyDelete
  32. Betul ke sdra tidak makan rasuah dan menyalah gunakan kuasa? Secara logiknya pendapatan sebagai MB tidak mungkin mampu memiliki rumah dan harta yang bernila jutaan RM, melainkan mengambil rasuah dan menyalah gunakan kuasa.

    ReplyDelete
  33. Saudara Anon Jan 17 3:12pm,

    1. Saudara bertanya soal logik tapi saudara sendiri tidak membaca. Saya beli rumah guna pinjaman bank sebanyak RM 3 juta. Bank luluskan berdasarkan pendapatan saya sebagai MB. Apakah saudara fikir bank begitu bodoh tidak tahu kira kemampuan saya?

    2. Untuk pengetahuan saudara, pendapatan sebagai MB jika dicampur dengan elaun-elaun pengerusi GLC negeri lebih setengah juta setahun. Jadi janganlah buat tuduhan semberono sahaja.

    3. Pendapatan dan elaun bulanan MB Selangor sekarang pun hampir RM 45 ribu sebulan belum termasuk elaun GLC lain yang dibayar selepas kiraan kuntungan dibuat. Jadi kalau seorang MB melabur suku sahaja pendapatannya ke dalam unit amanah, saudara kira sendirilah pendapatannya dan asetnya jika lapan tahun menjadi MB. Sebelum saya menjadi MB pun saya telah mempunyai klinik gigi sendiri dan perniagaan lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Dato,

      saudara Anon yg dato maksudkn itu tidak matang fikiranya. Mungkin bg dia org yg berkereta mewah, rumah banglo dll itu mengambil rasuah.

      Delete
    2. perkara itu memang lumrah tuan bukan soal matang ker idak

      Delete
  34. contohilah rasulullah s.a.w.. sbg pemimpin baginda sentiasa hidup amat sederhana sehinggakan tiada bekalan makanan simpanan dirumahnye utk keesokan harinya. Ini kerana baginda akan menyedekahkan semua lebihan makanan yg ade pd hari tersebut kepada fakir miskin. Baginda tidur atas tikar nipis sehingga saidina umar r.a mengangis melihat bekas tikar tersebut di badan baginda..Kebanyakan pemimpin sekarang tidak menjadikan rasulullah s.a.w sebagai idola mereka. Kalau datok nak disayangi rakyat, jgnlah terlalu menunjuk kemewahan sedangkan rakyat dibwh datok ramai lg yg berada di bwh paras kemiskinan...

    ReplyDelete
  35. Dato ,

    Saya sokong datuk buat masa tak payah buat apa2 pengumuman kerana lepas ini datuk akan berehat atau diberi peluang untuk bertanding kerana org lain lupa bahawa datuk adalah calun yang bolih menang bn tak akan penjarakan datuk tetapi jika pr13 datuk kalah saya pasti datuk akan masuk kedalam without fear favor...percayalah. olih tu tak pergi umrah lagi ke sembahyang malam bersama ....
    rammers...penyokong dalam gelap

    ReplyDelete