Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, February 2, 2012

Hipokrasi Anwar dan Wajah PTPTN Yang Perlu Diubah

1. Baru-baru ini saya berjumpa dengan sekumpulan mahasiswa yang begitu terpengaruh dengan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Mereka yang terpengaruh dengan janji Pakatan ini tidak memahami sejarah dan pemimpin yang mewujudkan PTPTN sendiri.

2. Apabila Anwar mengumumkan beliau akan menghapuskan pinjaman PTPTN mereka bersorak sakan tanpa melihat asal ususl kemunculan dana ini.

3. Pada awal 1991, Perdana Menteri Keempat, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) mengumumkan pelan jangka panjang Wawasan 2020 iaitu ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berasaskan kepakaran dan teknologi serta mewujudkan rakyat berpendapatn tinggi. Justeru, mahu tidak mahu jumlah pelajar pengajian tinggi juga perlu ditambah dengan banyaknya agar selari dengan hasrat Wawasan 2020 itu.

4. Selain itu, perkembangan pesat Institut Pengajian Awam dan Swasta, kemunculan begitu ramai pelajar yang lulus cemerlang dalam pengajian peringkat menengah sejak penghujung alaf lalu menyaksikan kerajaan tidak lagi mampu menyediakan peruntukan yang besar dalam pemberian pinjaman dan biasiswa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti sebelum itu.

5. Atas sebab itulah kerajaan menubuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566).

Hipokrasi Anwar Ibrahim

6. Siapakah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika PTPTN ini ditubuhkan? Nyata sekali PTPTN ditubuhkan di bawah batang tubuh pemimpin yang hari ini ke hulu ke hilir mendakwa PTPTN menekan mahasiswa, zalim dan merupakan tanggungjawab kerajaan untuk memberi pendidikan percuma sehingga ke universiti.

7. Tujuan PTPTN ialah untuk mengambil alih peranan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang sebelum ini merupakan agensi pemberian pinjaman pendidikan terbesar kerajaan selain Majlis Amanah Rakyat (MARA). PTPTN bertujuan mewujudkan satu tabung pinjaman pendidikan yang tidak lagi memerlukan peruntukan kerajaan saban tahun seperti JPA sebelum ini.

8. Malangnya PTPTN bermula dengan langkah yang salah apabila mengenakan caj sehingga 4% setahun ke atas pinjamannya. Ini menimbulkan kemarahan para pelajar yang terasa mereka dibebani oleh pinjaman pendidikan yang terlalu tinggi apabila mula bekerja.

9. Tapi sekali lagi pengenaan caj 4% ini dilakukan di bawah pengawasan Menteri Kewangan mana? Orang yang sama hari ini yang mendakwa pinjaman PTPTN dan caj pengurusan, yang jauh lebih rendah daripada zaman beliau, sebagai zalim dan menindas mahasiswa.

10. Namun kerajaan Barisan Nasional yang prihatin ini kemudiannya menurunkan kepada 3%dan setereusnya menganjurkan skim baru yang hanya mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1% sahaja. Dan ingatlah semua ini berlaku bukan lagi pada zaman pemimpin "rakyat" bernama Anwar Ibrahim memegang kuasa.

11. Sungguhpun kita mengetahui sikap hipokrasi pemimpin Pakatan ini, namun kita juga harus menerima hakikat bahawa wajah, struktur dan bentuk PTPTN boleh diberi nafas baru yang menjadikannya lebih mesra rakyat.

PTPTN Perlukan Perubahan Drastik

12. Sehingga tahun lalu seramai 885,564 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) perlu membayar balik pembiayaan pendidikan masing-masing yang berjumlah RM5.3 bilion. Pada Oktober tahun lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dr. Hou Kok Chung berkata, 114,125 peminjam telah diluluskan penangguhan bayaran balik disebabkan menyambung pelajaran, masih belum bekerja dan dalam proses tawaran yang melibatkan amaun sebanyak RM967.18 juta.

13. Ini bermakna masih ada lagi ruang untuk pelajar yang telah lulus pengajian memohon penangguhan bayaran semula. Namun masih ramai yang tidak berpuas hati kerana PTPTN mewajibkan mereka mula membayar balik enam bulan selepas habis pengajian. Jika tidak mampu membayar maka perlu melakukan rayuan dan bergantung atas budi bicara para pegawai PTPTN. Malahan saya dimaklumkan PTPTN mempunyai budi bicara untuk mengurangkan bayaran bulanan sehingga serendah RM 50 sebulan.

14. Namun masalah yang besar ialah mengenai jumlah yuran pengajian yang begitu tinggi di Institut Pengajian Tinggi Swasta sehingga menyebabkan ada antara pelajar lulusan vokasional dan teknik berhutang dengan PTPTN sehingan RM 45 ribu ke 50 ribu sebaik tamat pengajian.

15. Dalam keadaan inilah kerajaan harus menganggap memberi pinjaman pendidikan tinggi kepada para pelajar merupakan satu bentuk pelaburan yang kalau tidak lebih penting pun tentulah sama penting dengan pelaburan pembangunan lain.

16. Pada hemat saya PTPTN perlu menggunakan skim pembayaran balik pinjaman MARA yang lebih mesra pelajar dan sangat bertimbang rasa. Ini membolehkan pelajar menikmati pelbagai potongan diskaun selain menggalakkan kerja keras mahsiswa menumpukan kepada pelajaran. Jika pelajar yang mendapat kelulusan baik diberi potongan tertentu, maka lebih ramai yanga akn menumpukan kepada pelajaran berbanding menghabiskan masa berhibur dan berdemontrasi.

17. PTPTN sebagai organisasi yang berkait rapat dengan kerajaan tidak harus menjadi seperti bank yang mengenakan pelbagai caj dan faedah sehingga membebankan mahasiswa.

18. PTPTN mendapat dana permulaan daripada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh menambah dana tersebut jika PTPTN mempunyai strategi yang berkesan untuk menjadi sebuah organisasi yang mapan pada masa akan datang.

19. Justeru PTPTN harus mengambil langkah seperti MARA yang kini khabarnya mempunyai cabang pelaburan sendiri bagi mengumpul dana untuk organisasi dan aktiviti mereka. Atau sekurang-kurangnya PTPTN boleh mencontohi model pengurusan dan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)yang mampu mendapat keuntungan bagi menampung kos operasi dan membayar dividen kepada penyimpannya.

20. PTPTN boleh memohon dana khas kerajaan untuk pelaburan dalam industri tertentu yang tidak berisiko tinggi tetapi mempunyai pulangan sederhana. Kos pengurusan PTPTN dan juga kerugian daripada pemberian diskaun kepada pinjaman pelajar boleh ditampung dari sumber keuntungan pelaburannya, bukan daripada pinjaman pendidikan itu sendiri seperti yang berlaku sekarang.

21. Dengan peruntukan berbilion daripada kerajaan, adalah mustahil untuk PTPTN tidak mampu untuk mencari peluang pelaburan yang mencukupi untuk membiayai pengurusan organisasinya dan juga menampung kekurangan dana pinjaman akibat pelupusan dan juga pengurangan bayaran balik pinjaman.

22. PTPTN juga boleh melakukan pelbagai aktiviti mengutip dana untuk tabung pinjaman ini jika syarikat korporat, dermawan dan rakyat percaya mereka membuat kerja membantu mahasiswa bukannya menindas mahasiswa.

23. Yang utuma dan penting ialah PTPTN tidak seharusnya mengambil jalan senang dengan memberi pinjaman dan mengutip bayaran semata-mata sehingga ia menjadi satu bebanan politik kepada rakyat.

24. Belajarlah daripada agensi lain terutamanya daripada MARA yang bukan sahaja berupaya menaja para pelajar ke luar negara tetapi juga memberi pinjaman yang sangat fleksibel dan mesra mahasiswa.

69 comments:

  1. Anak saya pun dah mental pasal PTPTN ni. Dah belum kerja, hantar surat kata hilang. Hantar email, kata org tu dah pindah, dah tak kerja dan mcm2> Semua surat kita, panggilan tak di layan, asyik kata surat tak dapat lah, mcm2 asal bayar. KALAU BETUL ANWAR AKAN HAPUSKAN BAYARAN PTPTN DAN KOTA APA DIA KATA, BIAR PARTI POLITIK JAMBAN PUN SAYA UNDI DAN TERIMA. We are sick with PTPTN management.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahasiswa skrg atau mana2 manusia yg tinggal dlm Malaysia mmg suka benda2 free..!Dah menjadi tabiat org2 Malaysia bila berhutang susah nak byr balik..tetapi bila pinjam x pikir itu semua...bila disuruh dulu baca term2 yg terdapat dlm perjanjian...ah..x payahlah sbb dlm kepala otak dah terbyg duit yg akan masuk poket....

      Tetapi bila duit dah abis,mula la buat hal..xnak byr....dan menjadi makin terok jika dah mula kerja sbb byk benda pntg lain nak byr.

      Lagi satu mentaliti org malaysia ni...dah termakan dgn dakyah pembanggang mengatakn apa jua duit yg kita buat pinjaman dgn kerajaan x perlu byr sbb itu duit rakyat.....jadi dgn slogan itulah kebanyakan student2 xnak byr...
      Tetapi mereka x sedar jika x dibyr bagaimana kerajaan nak rolling balik duit tu utk bagi pinjam student baru.....so disini timbul pulak isu lain..kata kerajaan x prihatin nasib student jika kerajaan x bagi pinjam,tetapi siapa yg punya angkara ni...dah tentulah pihak seperti anwar dan student yg degil tue....!!!!!skrg alasan bagi puak2 mcm ni adalah duit pinjaman adalah duit rakyat!!!!!!so x payah byr...itu yg dah tertanam dlm kepala otak student2 tersebut.....mereka x pikir dari segi halal haram....yg penting dpt duit free...

      Delete
    2. Kepada pelajar baru nanti..kalau tak dapat PTPTN..jangan marahkan kerajaan..marahkan Pemimpin yang nak hapuskan PTPTN tu...sebab kalau tak bayar balik macamana pelajar baru nak dapat pembiayaan... kalau kena adik beradik...anak-anak sendiri sok camne?

      Delete
    3. Nak perubahan sikit apa salahnya.... kalau cakap tipu, nanti usah undi lagi....

      Patutnya kerajaan umumkan sekarang juga diskaun 80%, barule kita unti BN

      hehehehe

      Delete
  2. Saya berpendapat pada masa tu mesti kewangan negara masih kurang, pendapatan minyak mungkin 25 Bilion/ Year.

    Pendapatan incom tax mungkin 30 bilion /year.

    Kerajaan memerlukan dana yang banyak untuk pembangunan.

    Namun kini pendapatan kerajaan sudah tinggi, pendapatn minyak berlipat kali ganda.

    Jadi Perjanjian, kertas kerja pada masa itu boleh di kaji dan di ubah...

    Seperti juga subsidi kepada IPP boleh di ubah...

    Mengapa memberi subsidi kepada IPP boleh tetapi kepada para pelajar tak boleh...

    Sedangkan TNB lebih mampu menjana sendiri tenaga letrik tetapi perlu beli juga dari IPP.

    Saya akan sokong 300% kepada ANWAR bila janji nak hapus PTPTN ini...membeban kan...

    Alah 5 tahun bukan lama , bagi UMNO merintah sudah 54 tahun....

    Mat ALi

    ReplyDelete
    Replies
    1. semakin kau sokong 300% makin galak la dia janji. Tak caya? Esok2, dia janji nak bagi kau makan free... Tgk la...

      Delete
    2. kalau ikut kata engko tu.. aku pon nak jadi PM jugak.. orang macam korang mesti undi aku.. aku janji arr la hapus ptptn.. bagi setiap orang sejuta.. tak payah korang kerja.. bagi semua free... ada berani... obama di amerika pon tak dapat penuhi janji dia dulu.. nak hapuskan kem guantanamo ,mengurangkan penganguran.. yang jadinya ekonomi bertambah teruk,lebih ramai yang menganggur.. obama je yg bertambah kaya.. nak malaysia bangkrap ke?

      fahmi

      Delete
    3. Jangan kau cagarkan masa depan negara dgn janji yg belum pasti dikota. Kelak tergadai segalanya merana. Adat meminjam mesti laa bayar. Ingat halal haram...

      Delete
    4. kalau ko jd PM fahmi aku pangkah ko. tp kalu xdpt tunai janji, aku tendang ko....

      Delete
    5. mat ali bagi aku xsalah sesebuah parti politik 2 memerintah lama mana pun... yang slah jika dorang buat salah...bagi aku bn perintah lbih ok coz dorang lebih kukuh n solid rather than opposite party...

      Delete
    6. mat ali, bercakap tntg MUNGKIN...u have to prove it brother...then, u ckp bg peluang 5 thn, apa ni??....u want it, u get it...knapa nk kna org bg pluang?....u want it, u kena usaha utk dpt la..kalau takat janji palsu, sapa nk undi...janji nk hapus tol sungai nyior, penang bila tadbir ms 2007 dulu..tp smp ketika ni dok ada lg tol 2...apa cerita??...tipu rakyat mcm ni ka??....think before u write...we are here seeing everything...bukan duduk saja...rakyat tahu menilai...pasal isu PTPTN, mmg dh trend skang idup nk free..kalau boleh, myk pn nk free..apa pny mentaliti la...adat meminjam la...kena bayaq...xmau pinjam, bg result spm elok, matrik elok, dpt biasiswa...dh berzaman dh berjuta graduan dh dilahirkn, what so special about this year??...

      Delete
    7. Ak sokong mat ali dan pak nuarr kalo mahasiswa kat msia yg pnjm ptptn ngn nk pnjm ptptn ....berusaha utk jd tbaek,
      bagus, xcopy paste ble wat keje, bkn robotyg sket2 blajo pastu anggp degree means dorg pandai, and mcm lg sifat2 yg baek kat mhaasiswa tuu bkn stkt pointer tggi jep..........

      Delete
  3. dato ,dulu u pun cakap, janji pakatan perintah dapat air percuma kat selangor tak mungkin,..sekarang i dapat!....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampah pun dapat jugak. Mana ada benda free zaman sekarang ni...

      Delete
    2. pala hotak kau air percuma.....itu cuma diskaun 11 hinggit je....kau ingat kalau kau guna 100 hinggit kau tak payah kena bayar ke ? pikir balik....Celcom bagi aku diskaun 30% lagi banyak dari air yg tak seberapa tu....zaman sekarang orang guna air kat rumah mana ada 20, 30 hinggit lagi...semuanya berpuluh mencecah ratus....so mana yg free nya....habaq kat aku....

      Delete
    3. bro tue namanya nk cari populariti...dorang bagi free ptptn mati la anak2 generasi depan....mase 2 ko punya anak jadi bodoh coz xmampu sambung blaja...padan muka ko...hahahahaha

      Delete
  4. frust note........gila lu orang layu opps melayu..asik gaduh saja..
    cakap itu islam aman ,,mana ada!!!!! itu arab sana mula islam manyak gaduh.selatan thailand bom sana sini ..mindanau abu sayap.,.malaysia lu orang cakap itu anuar..najib aa itu pas tua punya oarang teruk..kasih cakap jahat ..BODOH.lah u oarang kerja selalu mintak advance ,...lepas itu hilnag ..datang balik bila itu luit abis..apalah cakap saqja pandai... Itu lah perkataan yang kaum sembah patung cakap ..kat aku..fikir fikir betul jugak ..BODOH lah Bangsa aku..Itu lagi haa dulu itu melayu senang kasih kaw tim..aku cakap mana ada...Dia bagi tau APA lu BUTA kah..itu tanah merayu sama borneo kena jajah..kami naik jongkong layar satu baju satu seluar sampai sini ...sikalang apamacam..sapa duduk rumah air cond ..kereta besar ..tinted lagi JPJ mana tengok..business haa itu ...tengok semua bandar di seluruh malaysia siapa duduk..itu melayu stinggan duduk maaa..hai yaaaa law yaa melayu..BODODH gaduh sama sendiri...saja ......Ya allah engkau ampunkanlah umat melayu yang beriman kepada mu ..berikan lah sedetik akal untuk berdamai...amin..

    ReplyDelete
  5. bela lembu pon bole kasi 250 juta... inikan plak bela anak.. lg mau kiraaaaa. aku pon sokong try gomen baru, bak kata tuan mat ali... cuba 5 tahun, apedehal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 4 tahun kat selangor aku jaga 2 oku tak dapat apa2.KENCINGLAH LU

      Delete
    2. NFC juga pinjam kena bayar balik maa...try 5 tahun dpt free kaa?

      Delete
  6. salam..

    Saya adalah peminjam PTPTN... memang truk rasanya bila nak bayar hutang ptptn ni.. Dah la kena bayar dengan cas 4%. kalau tiap2 bulan kos pentadbiran ptptn saja dah rm70. kalau bayar rm100. baru potong rm30. memang sampai mati pun tak bole nak abis hutang. Kalau gaji mcm dr khir ok la.. masuk lebat

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedara, beli kereta baru, boleh pula setel ngan bank dalam masa 7 tahun, x bising pun.

      Delete
    2. cuba hang pinjam kat bank...rasanya kena bayar tak ? bangang jugak korang ni....sekurang2 kerajaan dah bagi pinjaman belajar kat korang...kalau nak pinjam MARA dan JPA.....korang rasa layak ke ? kalau result korang hancus nak ke diaorang bagi pinjam....so sekurang2nya ptptn dapat jugak menolong....belajar sekarang bukannya murah....puluhan ribu....cuba hang pi belajak swasta....sanggup tak nak bayar dengan duit sendiri ? dah bagi pinjam tu bayar la balik...ini banyak songeh pulak tak nak bayar.....tak bersyukur...mcm mana Allah nak tolong kita kalau tak tahu bersyukur.

      Delete
    3. salam kepada PANTAI JOHOR,

      agak kurang cerdik jugak ko ni, bini aku pinjam PTPTN, lepas 2 tahun kerja dia start bayar setiap bulan tak pernah miss dari tahun 2003 sampai sekarang, so tinggal lagi lebih kurang 2 tahun lebih, habisla hutang dia..

      Jadi ceritanya, dah pinjam tu, bayar je la..

      Delete
    4. Sama ada saudara bohong atau bangang atau memang tak pernah byr balik loan ptptn. Mana ada caj sampai 4% sekarang kalau kita dok bayar balik setiap bulan.

      Kalau yang macam kau tak pernah servis loan langsung, patut kena caj 10%

      Delete
  7. Yang baik, eloklah kita hargai.
    Yang salah eloklah ditegur.

    Saya sendiri pernah mengulas beberapa isu berkenaan PTPTN. Benar saya juga sudah jelak dengan pengurusan PTPTN yang cacamarba, ditambah dengan individu yang mengejar jawatan serta kepentingan diri dalam PTPTN. Berikut saya utarakan beberapa masalah yang berlaku pada saya dan orang terdekat berkenaan dengan PTPTN.

    http://kolekkecil.blogspot.com/2011/06/ptptn-ucaplah-terima-kasih.html

    Masih ada banyak lagi tentang PTPTN.

    Pada sudut pandangan lain, saya juga setuju dengan pandangan Dr. yang PTPTN perlukan perubahan drastik. Benarlah yang mana-mana mahasiswa suka benar kalau ada parti yang dapat membantu menyelesaikan kemelut PTPTN. Cuma kekadang kita tidak realistik. Jangan kerana janji terus kita terima pakai sebagai sesuatu yang tidak boleh kita nafi.

    Kalau dikatakan PTPTN membebankan, lihat pada punca akarnya. Yang membebankan bukanlah PTPTN tetapi demand dan surrounding needs. Kemajuan yang kita kejar menghendakkan persiapan pendidikan tinggi yang banyak, barulah boleh memenuhi pasaran kerja. Eloklah berpendidikan tingi. Setidaknya hikmah ilmu itu meninggikan juga darjat kita. Tapi dalam kita tersepit dengan economic dilution tanpa kita sedar, akhirnya kita cuma akan katakan yang adil itu ialah yang memihak pada kita. Bila meminjam, tidak pernah kita fikir duit yang kita dapat untuk rolling itu membebankan orang lain yang selayaknya mendapat wang peruntukan. Bila nak membayar, sibuk pula kita nyatakan PTPTN ini membebankan.

    Benar UMNO telah memerintah 54 tahun, tetapi perlu diingat cabaran 54 tahun dulu bukan sama dengan cabaran 5 tahun akan datang. Pendapatan kerajaan sudah tinggi sekarang, tetapi perbelanjaan untuk keperluan perubatan, keperluan penambahbaikan jalan, keperluan pembangunan luar bandar, juga meningkat tanpa mampu kita kejar. Dengan produktiviti kerja penjawat awam masih perlu dipersoalkan, kita tetap menuntut pelbagai perkara yang bukan-bukan.

    Dari segi bahasanya, duit kerajaan memanglah duit rakyat. Tetapi duit rakyat belum tentu benar-benar milik kita. Ia mungkin milik anak yatim di pinggir bandar atau untuk diguna membina tandas di tempat peranginan. Kalau sekadar bayar cukai tak sampai RM100 setahun, eloklah kita terus berdoa agar 'mereka yang ahli' menguruskan duit itu dapat menjalankan amanah sebaik mungkin. Bukannya terus menuntut yang bukan-bukan.

    Sebelum AI berjanji, eloklah ditubuhkan satu perbadanan peringkat negeri yang boleh dijadikan contoh ikutan PTPTN. Jayaka dahulu badan itu, barulah dicanangkan untuk modal pilihanraya. Jangan sebelum melangkah dah bermimpi nak sampai ke destinasi.

    Sekali lagi, PTPTN perlu perubahan drastik. Tetapi tidaklah bermakna PTPTN sudah tidak relevan. Perbadanan itu tidaklah salah, cuma proses dan prosedurnya perlu lebih efisien dan 'berbudi' kepada pembangunan negara. Jangan mudah kita terpesona dengan janji manis (sesiapa sahaja-kerajaan atau pembangkang), kerana akhirnya kita sendiri yang mesti majukan diri.

    ReplyDelete
  8. ya sy bersetuju dengan cadangan dr supaya cara pembayaran pinjaman ptptn sepatutnya lebih mesra..dewasa ini hanya pelajar yg mendapat kelas pertama diberi perlepasan sedangkn yg lain tiada diskaun langsung diberikan..tiada sebarang bentuk waiver diberikn setimpal dengan keputusan yg dimiliki..pelajar yg mendapat kepujian kelas 2 atas tidak diberi sebarang diskaun sedangkn perbezaan antara kelas 2 atas dengan kelas pertama amat kecil..

    ReplyDelete
  9. 1.kualiti graduan keluaran U tempatan sekarang rendah. agaknya pensyarah banyak bagi harapan dan angan2 kpd student.
    2.potong je gaji pensyarah yang bagi perasan student ni...atau mrk shj yang bayar loan PTPTN ni.

    3.jadi dekan pun sekarang boleh dapat gelaran datuk? mana tak student perasan....

    4.bila masuk alam kerja tekejut sakan bhw kelulusan tak cukup utk menghadapi cabaran kerja...terutama kerja swasta.

    indah khabar dari rupa

    ReplyDelete
  10. dua senario. dulu kalau dapat biasiswa jpa ke mara ke barulah boleh ke universiti. kalau tak dapat kerja kilanglah sampai tua. sekarang kalau cemerlang masih lagi dapat biasiswa jpa dan mara. kurang cemerlang pinjam ptptn dan masuk ipta, yuran kurang , pinjaman pun kurang. tak de masalah nak bayar balik. lain pulak dengan budak otak lembu, manuk ipta tak boleh nak masuk ipts. ingat mak bapak diaorang kaya ke. inilah yang masalahnya, pinjaman tinggi kerana yuran pengajian tinggi. bila dah kerja, gaji kecik tak mampu nak bayar balik. mulalah bising. ingat dengan masuk pembangkang boleh lunas ke pinjaman tu. sedar diri lah ooi, kalau zaman dulu korang dah betapa dalam kilang elektronik jer. dah tu nama jer belajar, belajar malas, sasyik dating, dating jer. tidor sampai meninggi hari, malam gi demonstrasi. bodoh. mana ada pejabat bukak malam nak terima memorandem. bangang tahap gaban. sama dengan mak bapak dia, bangang tahap gaban.

    ReplyDelete
  11. Jka PKR janji kosong boleh ditukar je pada PRU14?
    Kalau diistihar dek Anuar DARURAT nak PRU 14 APA?????

    Indah khabar dari rupa

    ReplyDelete
  12. Oh Mat Ali, hangpa rasa kalau Anwar kata tak payah bayar balik bontot pun hang bagi Kat dia. Anwar adalah Ahli politik yang paling tak bertanggungjawab sebab ajar rakyat jadi tak bertanggungjawab. Hutang dunia perlu dibayar balik walaupun dah ke liang lahat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa ni main bontot2 plak x manco la cam tu bro...

      Delete
  13. ya tak salah beri 5 tahun daripada kita mati tak tahu samada kerajaan pr tu baik atau tidak. beranilah berubah, itulah ciri-ciri negara maju. kalau tak berani dengan perubahan lebih baik tak hidup langsung, atau hidup jadi haiwan jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeey geli nak bagi 5 tahun pluang!!!! negeri yg PR pegang tu pun tak tunaikan lagi 'bulan dan bintang'....kita tahinya jer dapat! dorang jugakr dpt labanya besar!!

      Delete
  14. politik n ptabiran negara bkn perkara yg boleh di buat main2....ianya adalah masa dpn kita dan anak2 kita.....janji tggl janji!!!klu kita lihat negara2 barat....dana pelajaran anak2 mereka mereka buat bila anak2 mereka masih bayi lah!!!...DUIT SENDIRI...pengurusan negara bkn senang.....klu di kaji dari sejarah......cukai yg di ambil oleh sesebuah kerajaan adalah utk pertahanan negara.....soal sekolah ke, sihatan ke jatuh no 2.....klu kerajaan x bangunkan ekonomi dgn baik nti yg dah tamat pengajian x ada kerja...ckp plak kerajaan x mesra rakyat....abis duit dah abis asyik kasi free sekolah....hutang x bayar....setiap thn tambah duit.....apa dana kerajaan jatuh dari langit ke.....lagi lagi tentang minyak....apa banyak sgt ke minyak di sini!!nak buat lebuhraya aje klu x silap sy kos lebih kurang RM11juta bagi setiap kilometer...x buat jln marah plak.....mau pikirlah sendiri.....

    ReplyDelete
  15. Hello Mat Ali kalau aku jadi PM bukan sahaja PTPN aku settle. Rumah, kereta, elaun bulanan RM2,000/= tiap bulan aku jamin untuk setiap rakyat negara ini.

    Bukan banyak sangat pun. Setakad Anwar nak hapus PTPN apalah sangat.

    Aku boleh support kalau orang Cina nak melawat kubor Mao Tse Tung, Orang India nak mandi kat Sungai Ganjes, Yahudi nak pi Jureselem Mat Salleh nak jumpa Pope di Vatican no hal punyalah.

    Tapi kalau orang Islam nak buat haji tanggung sendirilah.

    ReplyDelete
  16. bayar bukan tak bayar.. tapi bayar pun macam tak habis2..
    setiap bulan dikenakan caj perkhidmatan... PTPTN mmg hebat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. camner tak abis2...........byr ikut kemampuan korang salah gunakan..........serendah dlm kelas nyer!!!..hehe ...beli hpone ribu harga sanggup....byr ptptn lebih tak salahpun!

      Delete
  17. I think its not fair for other students who failed their studies under PTPTN loan. What about others who didnt get the loan and have to fork out their own money for the education? Why PTPTN loan only? what bout MARA loan? there are rich people who uses PTPTN loan too. Anwar pikir guna lutut, he wont be able to write off the debt.

    ReplyDelete
  18. Kalau hapus PTPTN nie agak2 dari mana anak orang susah nak cari duit sambung belajar?En. Mat Ali mungkin org kaya, tp org lain tidak...Dari sumber mana pulak kerajaan nak cari duit tanggung semua tu?Kalau x nak ambik Pinjaman PTPTN, belajar rajin-rajin, apply biasiswa...Kalau dah berhutang tu bayar...

    ReplyDelete
  19. kami sebagai pelajar cuma minta "bunga" itu dihapuskan, tentang bayaran, semua yang meminjam haruslah bayar balik, tapi kalau bayaran berlipat ganda, kerja masih tergapai2, sampai bila nak habis? harap difikirkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajar bunga dihapuskan dan barulah jadi mesra rakyat. Yang caj 4 percent tu siapa?

      Delete
  20. salam.

    well. topic ni mmg mudah dapat perhatian, especially golongan muda yang meminjam dulu dan sekarang. heh.

    saya salah seorang peminjam. skrg tgh membayar la ni seperti mana perjanjian masa nak buat pinjaman dulu.

    membebankan??? ermmm.... tak la sangat. tapi kalau ada cara yg lebih baik dapat kurangkan pinjaman ni, saya bersetuju. tapi bukan semberono je minta dikurangkan. kita kena fair la pada 2 2 pihak. PTPTN and Student.

    Tapi kalau tanya saya, student yg penah buat pinjaman ni, tak sepatutnya menjadi golongan pendesak supaya pinjaman ni dikurangkan, meskipun skrg da pun dikurangkan daripada 4% ke 1%.

    sebabnya, masa awal nak buat pinjaman dulu, kita kan da diberitahu caj perkhidmatan 4% akan dikenakan. patutnya masa2 sebelum nak sign tu da dibuat bantahan dulu, bukan bila da merasa habis pakai duit ptptn ni, baru kita nak p buat bantahan.

    time pinjam, tahu dapat duit, semua seronok. masa zaman saya dulu, boleh kata kebanyakkannya student ni dapat je duit, bila handphone. pastu dalam semingggu, makan nak McD je.. huhuuhu... (dulu saya jeles la tengok bebudak ni sume pakai handphone baru n makan McD, saya masa tu tak mampu lagi, coz mak bapak tak kaya sangat.. so duit tu cukup2 utk blaja n tampung belanja masa cuti semester)

    so berbalik pada posting Dr Khir tu, cadangan tu mmg baik, terutamanya penglibatan syarikat korporat dalam membantu.. begitu juga dengan mempunyai cabang pelaburan.. PTPTN shud read this posting.

    tiba masanya PTPTN turut sama2 melihat "blue ocean strategy" seperti yg disarankan oleh PM kepada semua agensi kerajaan.

    yang baik tu kita amik, yg tak baik tu kita jadikan pengajaran lah...

    dysh

    ReplyDelete
  21. saya bersetuju jika ptptn dapat berubah menjadi lebih 'mesra' tetapi tidak bersetuju untuk menghapuskan hutang yang telah dibuat. kenapa meminjam jika memang dah berniat tidak mahu membayar? tidak malu kah? dan yang peliknya, kemudahan ini dinikmati oleh semua rakyat, so apa komitmen pr? asrama ys pun dah nak kena lelong,,, cakap guna akal, bukan guna bontot tau!

    org kjg, biasa2 je

    ReplyDelete
  22. semua yang komen mesti da ramai yang keluar dari kolej atau universiti. pasti ramai yang sudah membeli kereta kan? kenapa saudara sanggup selesaikan bayaran kereta ratusan ringgit sebulan untuk 7 tahun sahaja da selesai, tapi, bila nk bayar semula pinjaman PTPTN lebih kurang RM 150 sahaja sebulan untuk beberapa tahun, saudara x mahu. kata zalim la, apa la, masa tandatangan surat pinjaman, kakitangan PTPTN da beri tahu awal2 lagi yang ini adalah pinjaman.

    ReplyDelete
  23. patutnya ptptn ikut stail pembayaran MARA.takder apa apa hidden charge..dan boleh negotiate (jika student tu belum bekerja,berkahwin atau ada apa problem )..dan bayaran balik mara hanya dibuat selepas setahun student itu tamat belajar..


    oh ya..jika pointer gempak (dean list)..total pinjaman convert jadi biasiswa.

    cool kan pinjaman mara :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah yang sepatutnya dipelajari oleh PTPTN. Kalau MARA boleh kenapa PTPTN tak boleh? Kalau tak mampu, biarlah MARA ambil alih kerja PTPTN.

      Malas bayar hutang memang kerja ajakan syaitan. Student yang gila demo dan berpersatuan yang paling banyak kantoi dan gagal. Bila kena bayar balik baru menyasau. Masa buat dia tak ingat. Kalau good pointer bolehlah kita respek tapi kebanyakannya hancuss. Bila sesak mulalah minta tolong PakCik Yahudi tuntut hapuskan PTPTN.

      Aku sokong convert to biasiswa kalau dapat keputusan cemerlang.

      Delete
  24. apa khabar setinggan rimba jaya yg anda halau mcm anjing kurap yg mereka sebaris sejawa dgn anda?? sampai skrg maki hamun mrk sebaris sejawa dgn anda masih belum berhenti, kah2 kah kah air hujan pun mau charge kaa???? skrg khalid bg air free daaa..

    -matindera666-

    ReplyDelete
  25. Mari kita lihat dari pembaziran kerajaan UMNO/ BN ini. Dan ini adalah duit rakyat yang di salah gunakan. Bayangkan duit ini untuk Pelajaran

    1. PKFZ RM12bill
    2. Submarine commission RM500mil.
    3. Sime Darby RM964mil.
    4. Paya Indah Westland RM88mil.
    5. Posmalaysia (transmile) RM230mil lost.
    6. Eurocopter deal RM1bil wasted?
    7. Terengganu Stadium Collapsed RM292mil.
    8. MRR2 repair cost RM70mil.
    9. Maybank Overpaid BII RM4bil.
    10. Tourism -NYY kickback RM10mil.
    11. 3 paintings bought by MAS—————– RM 1.5M.
    12. Overpayment by Sport Ministry————- RM 8.4M.
    13. London 's white elephant sports complex —- RM 70M.
    14. MATRADE repairs ————————– RM 120M.
    15. Cost of new plane used by PM————– RM 200M.
    16. InventQ irrecoverable debt —————- RM 228M.
    17. Compensation for killing crooked bridge —– RM 257M.
    18. Lost in selling Augusta ——————— RM 510M.
    19. Worth of AP given out in a year ———— RM 1.8B.
    20. Submarines (future Muzium Negara artifacts)- RM 4.1B.
    21. PSC Naval dockyard ———————— RM 6.75B.
    22. The Bank Bumiputra twin scandals in the early 1980s saw US$1 billion loss (RM3.2 billion in 2008 ringgit).
    23. The Maminco attempt to corner the world tin market in the 1980s is believed to have cost some US$500 million. (RM1.6 billion)
    24. Betting in foreign exchange futures cost Bank Negara Malaysia RM30 billion in the 1990s.
    25. Perwaja Steel resulted in losses of US$800 million (RM2.56 billion).
    26. Use of RM10 billion public funds in the Valuecap Sdn Bhd operation to shore up the stock market.
    27. Banking scandal of RM700 million losses in Bank Islam.
    28. The sale of M.V. Agusta by Proton for one Euro making a loss of €75.99 million (RM 348 million) Same as No:20?
    29. Wang Ehsan from oil royalty on Terengganu RM7.4 billion from 2004 – 2007.
    30. For the past 10 years since Philharmonic Orchestra was established, this orchestra has swallowed a total of RM500 million.Hiring a kwai-lo CEO with salary of more than RM1 M per annum!
    31. In Advisors Fees, Mahathir was paid RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (women and social development affairs) RM404,726 and Abdul Hamid Othman (religious) RM549,675 per annum.
    32. The government has spent a total of RM3.2 billion in teaching Maths and Science in English over the past five years. Out of the amount, the government paid a whopping RM2.21 billion for the purchase of information and computer technology (ICT) equipments which it is unable to give a breakdown. Govt paid more than RM6k per notebook vs per market price of less than RM3k through some new consortiums that setup just to transact the notebook deal. There was no math & science content for the teachers and the notebooks are all with the teachers' children now.
    33. The commission paid for purchase of jets and submarines to two private companies Perimeker Sdn Bhd and IMT Defence Sdn Bhd amounted to RM910 million. Expanding on No 2?
    37. RM300 million to compensate Gerbang Perdana for the RM1.1 billion"Crooked Scenic Half-Bridge".
    38. RM1.3 billion have been wasted building the white elephant Customs, Immigration and Quarantine (CIQ) facilities on cancellation ofthe Malaysia-Singapore scenic bridge.
    39. RM 100 million on renovation of Parliament building and leaks.
    40. National Astronaut Programme – RM 40 million.
    41. National Service Training Programme – yearly an estimate of RM 500 million.
    42. Eye of Malaysia – RM 30 million and another RM5.7 million of free ticket.

    43. RM 2.4 million on indelible ink.

    44. Samy announced in September 2006 that the government paid compensation amounting to RM 38.5 billion to 20 highway companies. RM380 million windfalls for 9 toll concessionaires earned solely from the toll hike in 2008 alone.

    mat ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat tulis, sesapa boleh tulis, attached bukti sekali la, kau ada bukti ke ? setakat cedok, copy paste apa yang orang lain tulis, kalau tak benar kan dah jadi satu fitnah. Dah creata dosa, pastu ada yang percaya, bertambah lagi dosa,,, tang ni taknak apply hudud ker ? kena 4 saksi yang beriman, bertakwa, jujur, amanah,, selalu sebut manusia akhir zaman, tapi tak ambil ikhtibar pun, takde kesedaran pun, setakat cakap jer,, sesapa pun boleh,,

      Delete
    2. tak kan pasal pemberian netbook percuma kat pelajar sekolah pon nk ungkit..pembelajaran sains dan matematik pada pendapat saya sangat bagus bagi peringkat rendah sebab dapat membantu pelajar2 memantapkan bahasa inggeris mereka..sebab kebanyakan buku rujukan di peringkat universiti dalam bahasa inggeris

      Delete
  26. Salam Dr,
    Pada 3/2/2012 Metro harian ada memaparkan kisah duka seorang ibu melayu Pn Fazilah 59 thn hidup merempat dan mengemis yang tinggal di30 masjid sekitar lembah kelang mengharap belas ihsan gara-gara arahan Dr semasa menjadi MB pada tahun 2002 selepas rumah setinggan dikampung Bukit Botak selayang dirobohkan dengan zalim tanpa kemanusiaan.Cuba Dr lihat bagaimana emak,mak cik,nenek,adik perempuan Dr sendiri jika jadi mangsa kezaliman ini lah kesan yang cukup panjang bagi orang MELAYU UMNO memerintah selangor.Lebih zalim dari YAHUDI dan Nazi Dr khir Toyo anak haram,sial,makan harta anak-anak yatim.DR khir tak layak jadi manusia melayu UMNO sepatutnya jadi anjing atau setaraf BABI.Emak bapak Dr keturunan Jawa sial dan bela ilmu Hitam pekat melekat tak sedar diri PENDATANG ASING.Dr bila nak mampusssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Allah ampuni dosa kamu,, amin

      Delete
  27. sy juga peminjam ptptn..januari taun lepas kna naik court sbb kes x bayar pinjaman waktu diploma dulu..tambah dengan degree kurang2 ada 30k loan ptptn..tp lepas kna naik court tu mcm dtg pulak kesedaran dalam diri ni..mmg la diorg kna mintak..nama pn pinjaman..waktu sain dl pn kita dah taw pinjaman..amaun pun dah bgtaw..nk komplen ap lg??bayar sudah la..walaupun sikit...mengaku islam..tp bila nk kna bayar hutang mcm2 alasan..lu pk la sniri

    ReplyDelete
  28. Salam YB Dr Khir. DSAI mmg hebat memanipulasi suasana demi kelangsungan riwayat politiknya justeru mana-mana yg terlalu taksub akan beliau sudah tentu akan mengatakan apa yg dikatakannya itu semuanya betul hatta yg tk masuk akal pun mereka akan kata betul. Dah nama pun penyokong tegar. Sedangkan YBHG Tun M pun terperangkap dengan kelicikannya apa lagi pada mereka-mereka yg hingusan.

    Senang kata PTPTN perlukan transformasi selari dgn aspirasi PM kita. Janganlah ianya umpama suatu beban hutang yg amat berat untuk dilangsaikan dan perlunya ada jalan lain untuk menjadikan ianya sesuatu bukan yg terlalu membebankan.

    Setuju dgn saranan Dr Khir.PTPTN kena ada individu yg ada business minded untuk lebih pro aktif dalam bagaimana untuk menjana pendapatan dari segi pelaburan lantaran tidak terlalu mengharapkan bayaran balik pinjaman dari penghutang.Sekurang-kurangnya ada income dari sumber yang lain yang menguntungkan.

    Kerap kali PTPTN akan keluarkan statistik duit keluar brp dan duit bayaran balik berapa. Selalunya bayaran balik memang tak berapa baguslah. Jadi yg tak bagusnya peminjamlah. Bukan tak nak bayar tapi belum boleh nak bayar barangkali. Mungkin ada juga yang liat nk bayar walaupun serendah RM50 sebulan sebab mengharapkan DSAI yang akan bayarkan. Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  29. apalah bangang sangat korang ni ... hutang kena bayar , tapi orang nak bagi free amik jelah , nak citer pasal ekonomi negara lu sapa , kenapa yang takut sangat nak tukar pemerintah ni , tak ok tukar balik ... kita ada pilihanraya kan .. nak takut apa ... biar diorang buat keja untuk rakyat ... itukan amanah .. kita bayar tax apa ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak ker bayar tax ? kalau bayaran setahun tu tak boleh nak cover gaji clerk sebulan, jangan nak berlagak,, ingat tukar pemerintah macam kau tukar baju ? ingat 5 tahun tu macam 5 minit ? 5 jam ? Fikir panjang sikit, guna logik akal, jangan sembarangan sahaja, bila dah niat pinjaman WAJIB bayar, hutang sampai akhirat di tuntut,, kau ingat duit tax just nak cover ptptn ? belajar tentang inflasi sikit beb ! nilai matawang dahulu dan sekarang, kalau duit ptptn tak di rolling, anak2 kau juga yang merana,,

      Delete
    2. pasal janji ptptn hapus....nak bagi chance si nuar jd PM?....gila ka korng? buat malulah negara ada pm penuh skandal!!!!

      Delete
  30. Iya, saya bersetuju. Adalah tidak wajar hutang PTPTN di hapuskan sama sekali. cuma hapuskan bunga/kos pentadbiran bulanan.

    Lagi satu, hapuskan blacklist ke luar negara, sebab pada hemat dan pengalaman saya 99% peminjam yg ke luar negara bukan untuk enjoy..TETAPI atas urusan kerja. langkah senarai hitamkan peminjam PTPTN itu pada hemat saya tidak relevan. seolah olah peminjam PTPTN melakukan jenayah besar.

    Lagi satu skim ijarah 1%, itu hanya boleh jika peminjam tidak di kenakan surat mahkamah. patutnya, utk PTPTN lebih efficient. Benarkan semua peminjam utk convert ke 1% ijarah tanpa kira sudah ke surat mahkamah atau tidak.

    Saya rasa adalah tidak matang utk PTPTN mengenakan "denda" sebegitu rupa di sebabkan peminjam liat or lewat membayar.

    Saya sebagai contoh..waktu keluar dari universiti..hanya dapat kerja 12 bulan kemudian. pada waktu itu..saya ada menelefon PTPTN menyuruh supaya tangguh bayaran..PTPTN tak benarkan. sekarang ni..keluar kata buleh pulak.

    wahai PTPTN, perlu di ingat, bukan semua kelruar kerja dpt gaji sebulan 10k. nak naik ke tangga gaji 4-5k sebulan pun ambik masa lebih dari 4-6 tahun. di tambah pula mungkin peminjam itu ada tanggungjawap lain seperti keluarga, mak ayah, adik beradik lain yg perlu di tanggung.

    Harap harap PTPTN fikirkan perkara ini.

    Yang benar;
    Peminjam PTPTN '99

    ReplyDelete
  31. oo hutang ptptn kena bayar tapi hutang rm250juta fidlot takyah bayar pulak. banyak cantik muka

    ReplyDelete
  32. jgn campurkan fidlot dgn ptptn...kolot..anyway hutang ptptn tanggungjawab pelahar kena bayar...tak dpt nk byr ptptn...sbb tak bekerja..cari la kerja...jgn nk memilih..abes tu takkan duit yg mahasiswa pinjam kerajaan yg bayar? apekejadah korg ni?....mana korg tau betul dia akn mansuhkan ptptn bila memerintah? korg termkn la kata2nya..byk impak...ye mmg ptptn mgmt sucks tp sbb tu bg aku ptptn mgmt kena improve..da ade sistem ujrah da ckup baik...mansuhkan ptptn is not going to solve any problems...kesian aku dgn org cerdik pandai yg percaya dengan bhn politik opposition yg membosankan..

    ReplyDelete
  33. Melayu kan bodoh...Masuk universiti sibuk beromen.Dapat PTPTN beli hp mahal2.Bukan nak bayar yuran pengajian.Tolo Melayu.

    ReplyDelete
  34. AnonymousApr 10, 2012 05:47 AM
    Melayu kan bodoh...Masuk universiti sibuk beromen.Dapat PTPTN beli hp mahal2.Bukan nak bayar yuran pengajian.Tolo Melayu.

    bila dah niat pinjaman WAJIB bayar, hutang sampai akhirat di tuntut

    ReplyDelete
  35. Adat meminjam le..awal2 dah tahu kena byr ....dan dah tahu kena interest brp. Kalau rasa x larat nak byr tak yah le pinjam....kan pandai nak kira nanti kena byr brp....iya le...dah masuk u, x kan tak reti kira kot berapa nak bayar balik? Rasa x sanggup nak byr jgn pinjam... :)

    ReplyDelete