Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, February 9, 2012

Tidak Perlu Musuhi Parti


[Berikut ialah wawancara Sinar Harian dengan saya yang tersiar dalam akhbar tersebut semalam (8 Februari 2012)].


YB dikatakan mahu membuat pengumuman khas 8 Januari lalu tetapi sehingga sekarang, pengumuman itu masih menjadi tanda tanya. Apa sebenarnya yang pengumuman tersebut?

DR KHIR: Saya sebenarnya merancang untuk membuat pengumuman itu tetapi saya dinasihatkan peguam-peguam saya agar tidak berbuat demikian. Saya dengar pandangan mereka dan sebagai  seorang pemimpin, saya tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri dan parti tetapi rakyat perlu diutamakan. Sebab itulah saya batalkan hasrat saya itu.


Pengumuman itu berkaitan apa sebenarnya? Adakah ia menyentuh masa depan karier politik YB?

DR KHIR: Dalam politik kita perlu bersikap gentleman dan bertanggungjawab. Bila kita di bawah, kita perlulah bertindak sesuai dengan keadaan kita ketika itu dan itulah yang berlaku kepada saya sekarang. Saya berada di bawah dan akan lakukan kerja bersesuaian dengan situasi itu. Apa yang penting, saya akan memastikan Barisan Nasional (BN) terus bertapak di Selangor dan kekal di Putrajaya. Saya masih ingat lagi ketika dihalau keluar dari kediaman rasmi (selepas BN Selangor tewas kepada Pakatan Rakyat), saya dicaci, dimaki selepas lapan tahun berkorban untuk memajukan negeri Selangor.

Saya biarkan ia berlaku kepada diri saya sahaja dan tidak kepada pemimpin lain. Atas dasar itulah kita perlu bertanggung jawab. Saya telah lalui pelbagai pengalaman dalam politik termasuk dipuji, dikeji dan dikhianati yang saya anggap ia proses mematangkan saya. Saya reda dengan apa yang berlaku dan yakin ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.

Tak musuhi Umno

Selepas melalui pengalaman tersebut, sejauh mana ia membuatkan kesetiaan YB kepada parti tergugat? YB mungkin kesal dan marah bila dikhianati dalam parti sendiri.

DR: KHIR: Parti tidak bersalah, yang bersalah adalah pengendali parti. Umno adalah sebuah parti yang memperjuangkan Melayu, Islam dan pada masa yang sama banyak membina ekonomi masyarakat India dan Cina. Jasa itu tidak boleh disangkal. Bila keadaan ini berlaku, adalah tidak wajar parti dipersalahkan. Kita kena hormat dengan perjuangan parti. Bagi saya, jika seseorang itu bermasalah dengan pemimpin lain dalam parti, itu masalah antara mereka dan tiada kaitan dengan parti. Parti adalah milik orang ramai, milik ahli dan bukan milik seseorang pemimpin. Kalau saya bertindak keluar parti bermakna saya telah mengkhianati parti saya. Menentang parti dengan memberi teguran kepada pemimpin adalah dua perkara berbeza. Pemimpin wajar ditegur dan sekiranya mereka tidak boleh menerima teguran…itu petanda kejatuhan pemimpin, bukan kejatuhan parti.


Kesetiaan YB terhadap Umno tidak tergugat walaupun timbul persepsi sinis bahawa YB tidak layak, mengkhianati amanah rakyat tempias kes mahkamah yang telah YB lalui?

DR KHIR: Soal layak atau tidak adalah perkara kedua. Paling utama, soal amanah yang diberikan, dan saya masih lagi wakil rakyat. Sama ada pada pilihan raya akan datang, saya dicalonkan atau tidak, ia juga isu yang lain. Paling penting, amanah dan sebagai umat Islam, saya wajib melaksanakannya amanah yang telah diberikan rakyat Sungai Panjang. Saya akan lakukannya dengan penuh tanggungjawab untuk memastikan Sungai Panjang terus menjadi kubu kuat BN.

Akur jika…

Maknanya, YB masih dalam kategori  ‘winnable candidate’. Adakah YB yakin terus menjadi pilihan parti sebagai calon PRU13?

DR KHIR: Kalau tanya rakyat Sungai Panjang mereka tahu bagaimana saya jaga mereka. Saya bukanlah sombong, berlagak, garang seperti digambarkan sebelum ini. Itu hanyalah gambaran yang dicipta pembangkang, orang kampung dengan saya tak ada masalah. Kalau nak ikut faktor ‘winnable candidate’, saya yakin masih boleh memberi kemenangan kepada parti. Tetapi, saya tahu saya tak akan dicalonkan pada PRU akan datang. 

Saya terima hakikat itu kerana ia ada kaitan kes mahkamah yang telah saya hadapi. Apabila ini berlaku (tidak dicalonkan), pastilah situasi ini menggembirakan musuhmusuh politik saya tetapi sebagai pejuang parti, seperti yang saya nyatakan tadi, parti tidak salah, pengendali parti yang salah. Saya tidak perlu bermusuh dengan Umno, keluar Umno kerana ini adalah wadah perjuangan saya. Cuma apa yang merisaukan saya, PRU kali ini adalah paling kritikal apatah lagi kerajaan sekarang yang dilihat dalam situasi serba salah. Ini mengingatkan saya terhadap apa yang berlaku pada PRU12 lalu, situasinya adalah sama dan ini membimbangkan.

Imej YB dilihat tercalar berikut kesmahkamah yang dihadapi. YB mungkin dijadikan contoh klasik untuk mengaitkan persepsi buruk rakyat terhadap BN. Ini mungkin menjejaskan peluang BN untuk rampas semula Selangor.

DR KHIR: Ingin saya jelaskan, dalam kes ini(mahkamah), saya bukan dituduh atas kesalahan rasuah sebaliknya dituduh mengikut Akta 165, iaitu membeli barangan di luar daripada harga asal. 

Malah, perbicaraan saya berlangsung begitu lama, saksi, penilai profesional, pihak bank dan saya sendiri dipanggil sebagai saksi tanpa sebarang masalah, menjawab segalanya di kandang dengan ikhlas dan jujur. Kalau saudara masih ingat, saya dituduh membina rumah RM24 juta tetapi akhirnya dalam mahkamah, tiada satu pun perkataan diluahkan saksi pendakwa raya bahawa rumah tersebut bernilai RM24 juta. Yang timbul, rumah tersebut dibeli pemilik sebelumnya dengan nilai RM6.5 juta dan dijual kepada saya RM3.5 juta atas dasar rumah yang belum siap. Isu rasuah atau salah guna kuasa tidak timbul. 

Peluang 50-50

Kalau begitu, berdasarkan pemerhatian YB, bagaimana peluang BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat?

DR KHIR: Kita berada dalam situasi 50-50. Kesilapan yang saya buat dahulu (PRU12) ialah tidak menggerakkan BN sebaliknya hanya menggerakkan Umno. Kalau merujuk kepada rekod, undi  Melayu yang tidak mengundi BN pada PRU12 hanyalah 2 hingga 5 peratus sahaja. Selain dibelenggu sindrom ‘over confident’ kita boleh menang, saya juga sebelum ini melakukan kesilapan kerana memberi kepercayaan penuh kepada pemimpin komponen BN lain untuk meneruskan program atau aktiviti yang telah Umno lakukan. Apa yang berlaku hari ini juga tidak banyak berubah. Saya lihat banyak program yang dibuat hanya memberi tumpuan kepada menggerakkan 100 peratus keupayaan Umno tetapi dan meminggirkan keupayaan sebenar BN. Harus diingat di Selangor, 52 peratus undi datangnya daripada bukan Melayu berbanding hanya 48 peratus undi Melayu. Secara kasarnya, kalau tidak digerakkan BN sebagai satu gerakan baru untuk meraih undi bukan Melayu, kita akan gagal sekali lagi.

Di kawasan luar bandar, BN/Umno masih menguasai dan berpengaruh kerana majoriti pengundi adalah Melayu tetapi di kawasan bandar, kita kalah semua kerusi (pada PRU12) kerana latar belakang pengundinya adalah pelbagai bangsa. Selagi kita gagal menggerakkan BN, selagi itulah kita gagal merampas semula Selangor, Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri dikuasai pembangkang.

Perlu diinsafi, kelemahan gerakan BN secara bersepadu ini juga akan terus melemahkan kita. Kalau dulu kita ada juga lihat pemimpin komponen BN dalam majlis anjuran mana-mana komponen tetapi sekarang, payah nak lihat pemimpin Umno, MCA, Gerakan, MIC dan komponen lain berucap mengenai polisi kerajaan dalam satu pentas yang sama.

Sepanjang berdepan kes mahkamah, YB dilihat sedikit low profile, tidak lantang seperti selalu. ‘Bisu’ seketika daripada mengkritik Pakatan Rakyat. Kenapa, adakah YB risau atau takut, bimbang ada lagi isu mengaitkan YB terbongkar?

DR KHIR: Dalam politik, kita tidak perlu takut jika kita berada di pihak benar. Kita kena tahu
apa kita buat. Saya agak tidak lantang kerana saya bertindak di atas amanah. Ketika saya dilantik Menteri Besar, saya memperhambakan diri kepada kerajaan, bekerja 18 jam sehari . Bila saya kalah, saya dihalau seperti binatang daripada rumah saya pun, saya reda dan bila dilantik ketua pembangkang, saya memainkan peranan menegur kerajaan (Pakatan Rakyat) yang membawa kepada beberapa siri pendedahan berhubung beberapa isu penting yang perlu diambil tindakan supaya ia tidak menjadi satu kerosakan yang berterusan kepada Negeri Selangor.

Sepatutnya kerajaan (Pakatan Rakyat dan BN) hari ini menerima teguran dengan positif tetapi apa yang berlaku sekarang yang saya anggap sebagai satu penyakit iaitu apabila pembangkang menegur, ia dianggap sebagai musuh dan perlu dimalukan bukannya bertindak ke atas teguran yang dibuat. Bila ditegur, ia dianggap cubaan untuk menjatuhkan kerajaan. Sebagai contoh, saya menegur soal pengorekan pasir di Selangor. Kita menyedari ia berlaku ketika pemerintahan BN sebelum ini yang dilihat agak kronik sehinggalah kita mengambil tindakan untuk menutup semua lombong pasir pada 2005 selepas kajian yang dibuat membuktikan nilai pasir yang diperoleh itu tidak berbaloi dengan nilai kerosakan pada bumi Selangor.  Kita akan dapat hasil RM2 juta hingga RM3 juta daripada sebuah lombong tetapi kita mungkin memerlukan hampir RM10 juta untuk membaiki dan menimbus kembali lombong tersebut.

Sama juga isu rumah urut, pusat hiburan, saya konsisten dengan tindakan saya sejak zaman saya menteri besar. Pada 2007, kita telah buat keputusan hanya 700 lesen pusat hiburan seluruh Selangor dikeluarkan dan ianya memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam di negeri ini. Hari ini apa yang berlaku adalah sebaliknya, mereka (Kerajaan Negeri sekarang) tidak lesenkan pusat-pusat hiburan ini kerana bimbang angka itu akan dilihat bertambah. Apa yang dilakukan, membiarkan dan membenarkan pusat-pusat hiburan ini beroperasi secara haram. Apabila dipersoalkan, mereka berkata, jumlah lesen yang dikeluarkan adalah sama dan tidak bertambah, walhal pusat-pusat ini dibiar beroperasi secara haram.

Dalam situasi jarang mengkritik Pakatan Rakyat, YB kerap mengkritik pemerintah menerusi blog hingga menimbulkan pelbagai persepsi termasuklah andaian adakah YB kini mewakili suara pembangkang?

DR KHIR: Perkara mengkritik BN bukan baru, tetapi pandangan kritikal saya tidak didedahkan. Apa yang saya buat adalah untuk rakyat, jika polisi tidak menguntungkan rakyat, retorik…tidak boleh dilaksanakan secara praktikal, rakyat marah…BN juga yang rugi dan saya perlu menegurnya. Teguran yang dibuat bukan baru, bukan disebabkan saya tidak lagi dalam kerajaan tetapi berlaku sejak dulu lagi. Sikap kritikal saya ini demi menjaga kepentingan rakyat.

Kuasa ketiga fenomena seketika

Akhir-akhir ini muncul ikon baru dalam persada politik tanah air. Bekas ahli Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melabelkan dirinya sebagai kuasa ketiga penentu undi rakyat pada PRU13. Apa komen YB?

DR KHIR : Soal kuasa ketiga ini boleh dianggap satu fenomena bersifat seketika sahaja. Kita tidak boleh hidup dalam politik dengan menyerang parti sendiri. Kuasa ketiga yang heboh-heboh sekarang ini tidak wujud kerana kesudahannya pada pilihan raya nanti mereka tetap akan membuat pilihan sama ada menyokong BN atau Pakatan Rakyat. Kalau bertanding atas tiket calon Bebas sekalipun, mereka juga akhirnya akan kaitkan diri menyokong antara dua kumpulan parti politik ini. Saya tidak nampak kuasa ketiga ini satu alternatif. Persekitaran politik menyaksikan keadaan tipikal berlaku di mana apabila BN buat polisi, pembangkang pastinya akan menyerang. Belum ada satu pihak tampil membentangkan polisi mereka secara komprehensif sebagai penyelesaian demi menjaga perut rakyat. 

Saya ambil contoh Buku Jingga, ia dibuat bukan alternatif menyelesaikan masalah rakyat tetapi satu senjata serangan kepada polisi yang telah dibuat BN. Bila serang-menyerang berlaku, yang nampak adalah  keburukan, kebaikannya telah tenggelam. Kalau berjuang menerusi kuasa ketiga, kumpulan ini perlu bersatu, komited dan percaya pada perjuangan baru mereka dan ada polisi-polisi baru yang akan dibuat. Jangan amal politik kebencian, dengan mewujudkan kebencian, ia tidak memberi kebaikan kepada sesiapapun khususnya rakyat. Jangan telanjang seseorang, tetapi amalkan sikap profesional Biarlah rakyat pilih kita disebabkan kita bijak, hebat mentadbir bersama polisi-polisi yang bagus bukannya dipilih sebab rakyat terpengaruh dengan sentimen kebencian yang diapi-apikan untuk menutup kehebatan, kebagusan pihak yang satu lagi.

9 comments:

  1. Kepada tuan punya status, dengan ini saya
    meminta izin daripada anda supaya saya boleh
    mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang
    kepada anda untuk membacanya dan berharap
    anda dapat memahami apa yang saya komen.
    ... Sebenarnya saya tidak ...tahu apa yang saya
    komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen
    status, bahawasanya status anda terpilih untuk
    dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya
    sebagai tukang komen. Sekali lagi saya
    menyatakan bahawa diharap anda dapat
    memahami komen saya kerana apa yang saya
    komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak
    salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat
    dan lengkap memenuhi informasi semasa.
    Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan
    disini, tapi ternyata status anda memang tiada
    kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana
    secara tidak lansung komen saya ini akan memberi
    manafaat kepada status anda supaya status anda
    lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu
    teruslah membaca komen saya kerana apa yang
    saya komenkan disini akan memberi inspirasi
    kepada anda untuk mengupdate status baru yang
    lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif.
    Namun cerita saya disini belum habisnya, masih
    ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin
    komenkan disini selagi facebook masih online
    selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status
    siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda
    harus berasa bertuah kerana anda bukan saja
    terpilih, tetapi status anda menang menjadi
    kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda
    dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang
    kesukaan saya terhadap status anda. Namun
    komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin
    anda berasa pening mahupun juling kerana
    membacanya tetapi tangan saya masih mampu
    untuk menaip komen untuk anda biarpun apa
    yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong
    tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah
    sukanya saya jika dapat mengomen status anda di
    hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih
    online, maka disitulah saya mengomen dan terus
    mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah
    anda tidak meneruskan membaca komen saya
    disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun
    sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika
    anda sedang membaca apa yang saya komenkan
    disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang
    penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan
    juga status anda. Maka dengan itulah lah saya
    akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu
    untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa
    yang saya komenkan tidaklah saya sendiri
    memahaminya, adalah kemungkinan anda
    seorang yang gila membacanya. Namun
    ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang
    menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3
    bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen
    status anda. Ya itulah kesanggupan saya
    mengomen status anda, dan dengan itulah
    berakhirnya komen saya disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun sedang menanti nanti apa butir komen yang anda nak komenkan supaya komen anda boleh sya kongsikan komen yg di komen-komenkan. butir komen pn tak jelas lalu sya nak komen-komenkan apa yang anda komen pun tak dapatlah sy nak komenkan. Maka tak bolehlah sy nak komen apa-apa..mohon maaf sbb tak leh nak komenkan komen anda..komen sya berhentikah buat sementara dulu sambil menunggu komen anda, barulah boleh saya komen...(Wow berjaya cipta 16 perkataan komen...)berapa banyak komen daaaaaa....sya komen dulu..nnt sy come in lagi....

      Delete
  2. Yb Dr Khir.
    Saya ternanti-nanti post seterusnya.
    Menarik sekali.... teruskan......

    ReplyDelete
  3. yb Dr khir,
    tuan kena perjelaskan kedudukan politik tn sekarang, jika tidak politik kareer tuan akan berkubur disini, gone forever maka ketawalah musuh-musuh politik tuan...jika tn ingin betulkan dari dalam BN maka tn kena bertanding menggantikan president parti. betulkan hala tuju BN,turunkan tarif letrik bincang semula dengan semua kroni ipp, turunkan harga minyak,hapuskan semua toll di selangor,semak semula harga toll utara selatan,turunkan harga barangan makanan,naikkan gaji kakitangan kerajaan/swasta,turunkan harga rumah,beri pinjaman usahawan melayu,cina,india. buang semua orang yg korup dan makan resuah .baiki sistem kepolisian dan kehakiman kita terutama spr dan sprm. sekian..penyokong dlm gelap

    ReplyDelete
  4. I mean this in last week meeting,

    http://www.freemalaysiatoday.com/2012/02/13/khir-did-not-have-peoples-interest-in-mind/

    think about it, make the comeback, be on the right path

    write about malay unity, malay education, malay economy
    -hj ali

    ReplyDelete
  5. Salam YB Dr Khir,

    Teruskan perjuangan dan berjuanglah semuanya kerana Allah swt.. Hanya Dia saja yg maha mengetahui segalanya. Amin..

    ReplyDelete
  6. eemmm... temuramah jawapan standard... jawapan "play safe".

    ReplyDelete
  7. sala Yb Dr Khir,

    saya sentiasa menyokong tuan,
    tuan adalah menteri besar terbaik di malaysia/selangor dan menteri besar terbaik dalam hidup saya.

    bersama kita menghapuskan korupsi, birokrasi dan seniority(kroni)
    bersama kita meningkatkan produktiviti dan kualiti

    terima kasih Dr Khir kerana pernah menjadikan selangor negeri yang dikagumi. semoga dengan izin Allah akan menjadi pemimpin yang disegani.

    dari generasi Y anak jati selangor

    ReplyDelete