Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, April 26, 2012

Pilihan Raya Berasingan: Kebijaksanaan Politik Penting Diri

1. Banyak kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan Pakatan Rakyat di Selangor akan melakukan pilihan raya secara berasingan dengan pilihan raya Persekutuan.

2. Sebelum ini Khalid dilaporkan berkata tidak akan membubarkan DUN sebelum Jun 2012 kerana hanya selepas bulan tersebut Bajet Selangor 2012 akan mulai dirasai rakyat negeri. Kenyataan ini dibuat ketika terdapat ura-ura Parlimen akan dibubarkan pada Mac 2011. Khalid beberapa kenyataan seolah-olah beliau bersedia mengadakan pilihan raya serentak sekiranya Parlimen dibubarkan pada Jun 2012 dan seterusnya.

3. Namun nyata sekali kata-kata tersebut hanya untuk mengubah hakikat sebenar bahawa Pakatan di Selangor sememangnya merancang untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan. Ini terbukti apabila terdapat ura-ura pilihan raya Persekutuan akan diadakan pada bulan Jun atau Sepetember 2012, Khalid terpaksa menggunakan Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar Ibrahim untuk menukar nada. Kini Anwar dilaporkan berkata beliau berharap kerajaan negeri Selangor akan mengadakan pilihan raya secara berasingan dengan Persekutuan.

4. Secara politiknya, keputusan ini menunjukkan kebijaksanaan "politik penting diri" Pakatan. Dengan mengadakan pilihan raya selepas pilihan raya Parlimen, ia akan membolehkan mereka menganalisa kelemahan dan kekuatan menerusi keputusan pilihan raya Parlimen di Selangor. Ini akan dijadikan kayu ukur dan juga data dalam membantu mereka mengekalkan pemerintahan di negeri Selangor.

5. Namun bagi sebahagian besar masyarakat, pilihan raya berasingan antara Selangor dan Persekutuan akan menambahkan beban kewangan dan kepayahan kepada masyarakat. Menurut, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, terdapat pertambahan kos sebanyak RM 30 juta sekiranya Selangor memutuskan untuk mengadakan pilihan raya secara berasingan.

6. Yang melucukan dalam menjawab isu ini, "jurucakap" Pejabat Menteri Besar dilaporkan berkata,

"“Holding elections separately (from the general election) will not arise if the EC vigorously clean the electoral roll which is increasingly (tainted).  Even though a lot of evidence have been adduced, but the EC has failed to take appropriate action and instead gave strange excuses which are unreasonable."

Sekiranya alasan ini benar mengapa negeri-negeri lain di bawah Pakatan seperti Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak mengumumkan perkara yang serupa?

7. Pelbagai alasan boleh diberikan untuk mengadakan pilihan raya yang berasingan. Namun matlamat utama hanyalah untuk melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa pemerintahan negeri Selangor.

8. Pilihan raya bukan sahaja menyebabkan beban kewangan bertambah, malah ia menyusahkan pengundi yang terpaksa keluar mengundi dua kali dalam tempoh tidak sampai setahun. Kita juga akan berhadapan dengan pelbagai ceramah dan kempen politik yang berlanjutan sehingga meninggalkan keutamaan lain terutamanya merencanakan pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

9. Sekiranya Pakatan di Selangor percaya mereka telah melakukan tugas dengan cemerlang seperti yang sering diuar-uarkan oleh "tukang sorak" di Pejabat Menteri Besar, apa masalah untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa serentak dengan Parlimen?

10. Tampaknya disebalik segala sorak - sorai mendakwa pemerintahan mereka lebih baik dari Barisan Nasional, mereka sendiri sebenarnya ragu-ragu sama ada majoriti rakyat mempercayai propaganda mereka selama ini. Maka pelbagai alasan dicari dan diutarakan hanya untuk mengadakan pilihan raya berasingan.

11. Memang benar pilihan raya berasingan yang mahu dilakukan oleh Pakatan di Selangor merupakan tindakan bijak dari segi kepentingan parti.

12. Namun ia juga menunjukkan Pakatan bersedia melakukan apa sahaja termasuk merugikan dana kerajaan dan menyusahkan rakyat hanya untuk mengekalkan kuasa mereka. Maka slogan pejuang rakyat sudah menjadi pejuang tembolok sendiri dan parti.



20 comments:

  1. sangat setuju dengan komen dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa perlu UMNO/BN mengelabah sekiranya MB Tan Sri Khalid mengadakan pilihan raya berasingan disebabkan alasan2 yang beliau berikan khasnya mengenai pengundi hantu dan daftar pengundi yang cacat yang didalangi oleh SPR ( Suruhanjaya Penipu Rakyat ). Wang tambahan RM 30 juta adalah kurang dari rasuah yang diamalkan pemipin UMNO termasuk penulis blog ini.

      Delete
    2. Ckp 2 jgn la meraban sedara..Klaua DSKT sebut pasal wang RM3b diulang wang RM3b yg nuar bwk lari dari 8 akaun Bank Negara mcm maner?? Tlg la berbahas ikut topic skit dn jg meraban..

      DSKT bangkitkan isu ni sebab dulu PR yg x sabar2 nk PRU..Kalau blh lepas tahun 2009 lagi nk PRU sbb momentum kuat masa 2..Siang mlm canang pasal PRU..Sekrg naper takut??

      Delete
  2. sigagap dah jadi makin gagap dah ....terasa diambang kekalahan

    ReplyDelete
  3. Biarkan Datuk.

    Kalau mereka rasa itu strategi terbaik untuk mereka, biarkan.

    Kalau rakyat rasa strategi itu baik atau buruk untuk rakyat, rakyat akan ganjari atau hukum mereka.

    Yang saya nampak strategi ini akan memakan diri mereka sendiri dan insya'allah akan memihak kepada kita.

    Anwar pun bukan strategis yang baik. Banyak strateginya yang kacau-bilau.

    ReplyDelete
  4. Apa bezanya dengan BN dr? Parlimen hanya akan dibubarkan bila BN merasa peluang untuk mereka menang cerah?



    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. telah dipersetujui oleh dua belah pihak melalui jawatankuasa khas parlemen dan telah dipersetujui oleh parlemen,pilihanraya umum hanya boleh diadakan selepas 4 tahun,jadi bila pru diadakan lepas 4 tahun sepatutnya semua pihak mestilah akur dgn keputusan tersebut,BN telah bersedia utk hadapi dua pru di selangor.

      Delete
  5. masing-masing ada kepentingan. Rakyat yang akan mendapat ganjaran dari pergolakkan politik negara. Manis atau pahit, terpaksa menerimanya dengan hati yang terpaksa rela.

    ReplyDelete
  6. Salam YB Dr Khir. Lama tak on air ye :) Ini semua permainan politik mereka yang suka cakap pusing-pusing sampai sendiri pun pening. Mungkin risau akan tewas lantaran cakap pun flip flop la. Kesian Tan Sri Khalid kena rujuk pada Sivaji the Boss yang suka buat huru-hara...

    ReplyDelete
  7. Dr khir,mereka hanya yakin di dalam mimpi sahaja, sedangkan realitinya mereka akan dibungkus hidup2 kali ini..

    ReplyDelete
  8. Adakah menjadi kesalahan jika pilihanraya diadakan berasingan? Akta mana? perlembagaan? perenggan berapa?berapa banyak anggaran pembaziran?

    ReplyDelete
  9. Utusan Malaysia Wajib Tubuhkan segmen... sex - gay dan lesbian jika mahu tingkatkan jualan ( Lihat sendiri bukti Transformasi 1 Malaysia Berjaya )
    1~BUKTI 1
    2~BUKTI 2
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4 (new)
    5~BUKTI 5 (new)
    6~BUKTI 6 (hot)

    Jangan segan2... Utusan Malaysia Pasti Boleh Buat!!



    Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Ke-7 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

    ReplyDelete
  10. Lagi lama mereka tunda tak mungkin melepasi bulan March 2013. Bayangkan semenjak 2008 sehingga sekarang belum ada satu pun usaha atau perancangan yang pr buat yang boleh dibanggakan. Jika dipersoalkan kita yakin jawapan umpama burung kakak tua bercakap, BN perintah lama, PR baru satu penggal.. mana mungkin mampu buat semuanya.. Pada saya kalau tak mampu eloklah sigagap serta sipeliwat jangan berjanji, sedarlah kemampuan serta kewangan negeri dan rangkalah manifesto mengikut kemampuan negeri. Jangan dijanjikan bulan bintang sedangkan untuk membawa grombolan pemimpin pas ke bulan pun mereka tak mampu kerana roket milik dap hanya muat untuk pemimpin mereka sahaja.

    Tinggallah mimpi masing2 walaupun tidur satu kelambu.

    ReplyDelete
  11. saya selaku silent majority ingin memberi luahan berkaitan dengan kerajaan persekutuan dan pembangkang selangor.
    kami dah benci permainan politik kotor dari kedua2 pihak..baik dr BN atau dr PR..kami bukan nak sangat tau pasal hal peribadi orang lain..yg kami pentingkan adalah kehidupan kami..apa sudah jadi dengan selangor?
    1.harga rumah di selangor terlampau mahal walaupon di hulu sebaik sahaja PR memerintah..kami mahu BN selangor memberi jaminan harga rumah akan dikawal dan tidak dispekulasi sesuka hati..tengok apa jadi dekat US kerana sub prime crisis akibat harga rumah yang melampau..ada negeri yg bankrupt begitu juga dengan bank di US..dan saya tahu DR lebih tahu dari saya..harga rumah di kuala lumpur memanglah mahal sebab KL dah tak banyak tanah..tapi kalo di selangor harga rumah munasabah..rata2 rakyat akan ada pilihan..selangor hanya lah sebelah KL..dan kalo harga rumah di selangor murah..harga rumah kl takkan melonjak same..rumah di bawah projek pkns bersaiz 1100kaki persegi berharga 330k di shah alam..siapa yg mampu??kami rata2 generasi muda yang berpendapatan 2000-3000 bersyukur dengan pendapatan kami..tapi dalam mase yg same sgt terhimpit dengan harga rumah di selangor dan KL..installment untuk rumah kecil dengan harga 330k lebih kurang 1500 sebulan..dengan gaji kami..rumah mampu milik pon kami tak mampu beli..kami tak mintak kerajaan naikkan gaji minimum 4000 seorang sebagaimana janji PR..sbb kami tahu dengan peningkatan gaji yang mendadak akan membuat inflasi juga turut mendadak..maka siapa yang susah..orang yang tidak berkerja..lebih tepat lagik orang2 kampung..kami cume mintak perkara yg logik..kami mahu harga rumah dikawal..bukan dinaikkan sesuka hati..ibu saya membeli rumah pada tahun 1987 dengan harga 70k..skrg pada 2012 harga rumah adalah lebih 600k..actually sejak pakatan mengambil alih..harga rumah naik mendadak..sy masih ingat harga rumah ibu saya masih berharga sekitar 280K sekitar awal 2008..dari 2008 hingga 2012 harga rumah naik lebih 300k..sy berharap BN selangor berusaha bertungkus lumus meyakinkan kami rakyat selangor yang anda mampu sediakn rumah yang mampu dimiliki..jangan bagi tahu harga kos meningkat..sbb rumah di negeri lain pon boleh murah..dan lebih mengejutkan..apabila PM umumkan kenaikkan rumah pertamaku dari 200k hingga 400k..rumah kondo yang berharga 200k tiba2 menjadi 400k-500k..ini lebih membebankan rakyat terutamanya kami golongan muda yang sememangnye dah dibebani dengan hutang ptptn.
    2.ptptn..sy tidak bersetuju PTPTN dimansuhkan..tapi saya berharap upah 1%,faedah 3% dan 4% dimansuhkan..kami ingin bayar apa jer yang kami pinjam..lagik pon ptptn adalah badan kerajaan bukan bertujuan untuk mendapat keuntungan..banyak badan kerajaan tidak berdasarkan keuntungan..kenapa ptptn tak boleh??kalo ptptn mampu memberi pinjaman tanpa faedah..sy yakin ramai yang lebih senang hati membayarnye..sedangkan sekarang sudah ramai orang yang tidak ingin membayarnye akibat interest..
    3.ketelusan media..kami benci dengan media yang memainkan agenda kerajaan..media perlu lebih telus..tak salah ade agenda..tapi tak payah melampau..apa perasaan Dr kalau Dr bace berkaitan dengan saintis malaysia membuat penemuan menarik di akbar online luar negara..dan utusan..mahupon tv3 tidak menyiarkan..okey..maybe ade siarkan sedikit berbanding dengan salah laku ntah saper2 beberapa page..we get it..kalo salah..masuk makhamah..kalo takde bukti tak payah canang..we dont get it..takde kene mengena ngan hidup kami semua..kami cuma pikir..macamana nak beli rumah dengan harga rumah melampau..macamana nak bagi makan dekat keluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara..ramai lagi yg bersependapat dengan saudara..

      Delete
  12. 4.politik kotor pembangkang dah meresap kepada kerajaan..dlu sy nmpak pembangkang kaki buat fitnah..tp skrg kerajaan pon 2x5 sama naik..dlu kte nmpak yg sokong pembangkang semua kategori mcm mane..tp skrg kerajaan dgn pembangkang 2x5..membuatkan ramai yang akan berada di atas pagar..ingat pru 12 kenapa ramai buat undi protes??salah satu penyebab biler org2 pak lah ambil alih media..dia cipta macam2 cerita dongeng dan kami juga benci BN pd waktu itu kerana tidak menghormati tun mahathir..seorang benci tun mahathir berjuta lagi yang sayang..bukan aje di malaysia..sy mempunyai rmai rakan foreigner..mereka sgt menghormati tun M..
    5.lynas..rata2 yg pergi bersih adalah membantah lynas..sedangkan lynas itu tak merbahaya..ia hanya lah kilang chemical biasa dan thorium is very abundant in the universe..sbb tu half life die pjg..selalunya kalo bende tu merbahaya half life die kejap jer..kerajaan spatutnye turunkan saintis2 untuk memberi penerangan dengan menggunakan data kepada orang awam..terangkan isu lynas secara mudah yg mungkin..orang awam kebanyakkanye tak paham..sbb sy byk kali dah berdebat akhirnya mereka memakan diri sbb mereka tak memahami isu itu..last2 yg dijawab..kalo stadium sultan mizan boleh runtuh lynas apa tah lagik..kalo PR boleh keluarkan video penerangan tentang lynas..which is facts dlm tu is very dubious..kenapa kte tak boleh sebarkan untuk tontotan orang awam..yg kebanyakkanya tak menguasai sains..dan untuk orang yang memahami sains..kebanyakkan setelh berdebat..orang2 sains yg pro lynas kebanyakkanye tau mereka tiada fakta..tapi mereka cume tak yakin dengan kerajaan..tapi sebenarnye mereka membangkang segala2nya sbb mereka pembangkang..itu ajer..
    6.kerajaan sepatutnye bersifat telus dan adil..sekiranya salah kami demand kerajaan mintak maaf dan berusaha untuk perbaiki kelemahan..bukanya dengan menipu..kita tahu pembangkang sememangnya kaki memfitnah..tapi kerajaan juga sudah bertidak sebegitu rupa..dan menipu dizaman internet ini adalah bodoh..saya dan ramai yang lain sukar untuk membezakan mana yang benar mana yang salah akibat perangai munafik2 politician ini..tak ade orang perfect..begitu juga dengan kerajaan..dan pembangkang juga bukanya pembangkang yang check and balance..tetapi pembangkang yang benci semua kerajaan buat..dari mata seorang yang neutral..2x5 je..cuma kerajaan baik sikit..cuma alangkah bagus kerajaan memperbaiki hidup rakyat dan biarkan PR dengan kebodohnaya..kami tak mau politik 24 jam..kami mau hidup kami semua lebih terjamin..dah lah politik kotor..sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. saudara,
      tolong study lebih byk psl lynas...ternyata saudara tidak pandai tetapi tolong jgn jd bodoh sombong utk mengkaji.

      Delete
  13. and why kawasan PR sahaja yang harga rumah naik menggila??selangor,KL,penang??

    ReplyDelete
  14. Mana mungkin kerajaan PR & BN dapat mengawal harga rumah...itulah namanya sistem kapitalis..mereka akan membuat keuntungan yang maksimum selagi boleh....dan tycoon company yang besar - besar ni la yang menyumbang dana pada puak BN & PR bila pilihanraya.. Betul tak Dr. Khir..

    ReplyDelete
  15. tp ini lah menyebabkan ekonomi US jatuh teruk..takkan nak ikut langkah US jugak??so..redha je la??macam tuh??ada harga rumah dekat US jatuh sampai 90% lepas crisis..banyak bank gagal..Lehman brothers..bank ke empat terbesar dkt US pon boleh bancrupt...ade negeri smpai tak boleh bayar pencen pesara..kesan pada rakyat lagi teruk..ramai orang kena buang kerja..ada yang duduk dekat dlm khemah..dikenali dgn tent city..kebanyakkannye yang dlu ada rumah..tp skrg duduk dalam khemah..ini di US..jdk kita nak biarkan hanya sedikit orang kaya..tp dlm mase beberapa tahun nanti ekonomi malaysia hancur??jgn kata ini mustahil..sub prime crisis berlaku dekat US..terbukti sbb hanya pasal harga rumah melampau jer..jgn sbb kte nk jaga kroni yg berapa kerat sgt dlm hartanah..1 negara rugi..lame2 pon takde saper yg untung..

    ReplyDelete