Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, July 26, 2012

Bila Menteri Besar Suka Berbohong

1.  Kali ini bukan saya yang kata Tan Sri Khalid Ibrahim berbohong. Kali ini EXCO paling berpengaruh dalam negeri Selangor, Teresa Kok sendiri secara tidak langsung menyatakan kepada umum bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bercakap bohong.

2. Lebih dua tahun Khalid Ibrahim berkokok seantero Malaysia bahawa kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak berbuat apa-apa untuk mendapatkan kembali hutang Talam Corporation kepada beberapa syarikat berkaitan kerajaan negeri. Kononnya, BN Selangor memejam mata sahaja terhadap hutang-hutang Talam ini.

3. Dalam ucapan-ucapan di Dewan Undangan Negeri Selanhgor dan kempen politik, Khalid mendakwa beliaulah yang berusaha mengutip semula hutang Talam. Beliau jugalah yang begitu bijak dan pintar mencipta cara untuk melunaskan hutang Talam melalui pengambil alihan aset. Dalam satu sidang akhbar yang dicatatkan oleh Malaysiakini pada November 2009, Khalid dilaporkan berkata,

"Hutang ini telah berlaku sejak 10 tahun lalu tapi tak pernah dikutip... Sebelum ini amaun hutang tersebut tidak pernah diiktiraf sepenuhnya atau direkod dengan teliti dalam kewangan anak-anak syarikat kerajaan negeri," katanya.
Katanya lagi, menteri besar BN sebelum ini juga "gagal mengatur keutamaannya" dalam mengurus kewangan negeri itu. (pautan)

4. Malahan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menulis beberapa minggu lalu menyatakan,

"The records show that Talam Corporation Berhad was allowed to incur debts of RM392 million to the Selangor government during the BN administration before 2008.  These debts were never properly documented or recorded in the books of the state government companies – Universiti Industri Selangor (UNISEL), Kumpulan Hartanah Selangor and Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB).  What is worse was the fact that there was no effort made by the BN administration to collect these debts.
However, the new Pakatan Rakyat state led by Khalid has demonstrated that with political will, no company will be able to escape from paying its debts to the Government.  Within a year after discovering the discrepancy in the state-owned companies’ financial records, Tan Sri Khalid has via the Menteri Besar (Incorporated) (MBI) recouped every sen of the RM392 million debt from Talam Corporation in the form of cash and properties." (Pautan)

4. Banyak lagi kenyataan-kenyataan yang menggambarkan seolah-oleh kerajaan negeri semasa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengambil tindakan terhadap Talam. Khalid Ibrahim sahaja yang bijak pandai boleh menyelesaikan hutang ini.

5. Anehnya bila tersepit dengan pelbagai skandal penstrukturan hutang Talam ini, kerajaan negeri mula menggelabah dan menjadikan pentadbiran lalu sebagai kambing hitam. Menurut Teresa Kok yang dilaporkan dalam The Star hari ini:


SHAH ALAM: The previous Selangor Government agreed to enter into a debt settlement with Maxisegar Sdn Bhd a subsidiary of Talam Corpbecause the company was under threat of being wound up.
State executive councillor Teresa Kok said that in 2006 the Barisan Nasional state government agreed to a settlement that involved 694.4ha of land in Bestari Jaya and five leasehold office lots in Menara Pandan, Pandan Indah.
Pendidikan Industries YS Sdn Bhd (Unisel) and Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) entered into settlement agreements with Maxisegar as it owed Unisel money to set off the debts via contra arrangement,” she said after the state executive councillors meeting.
She said the first agreement, dated July 29, 2005, “was for 1,715.9 acres (694.4ha) of land in Bestari Jaya, valued at RM80,000 per acre”.
The second was dated Jan 10, 2006, for five office units at Menara Pandan at RM2,723,900, and a retail lot measuring 2,745 sq m at Ukay Perdana for RM7.8mil.
5. Bukankah kenyataan Teresa ini menunjukkan Selangor sekarang dipimpin dan ditadbir oleh pembohong dan penipu yang tidak segan silu menjual sentimen dan emosi kepada orang ramai yang tidak mengetahui cerita dalam pentadbiran negeri?
6. Memang benar semua pemimpin ada kesilapan, kelemahan dan kekurangan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Namun berbohong terutamanya membabitkan pentadbiran negeri bukanlah satu kelemahan tetapi satu kesalahan, 
7. Faktanya, Khalid hanya meneruskan usaha kerajaan lalu untuk menyelesaikan hutang Talam dengan anak-anak syarikat kerajaan negeri dengan melakukan pengubahsuaian yang aneh-aneh sehingga menimbul skandal baru. 

8. Hakikatnyasudah sah sekarang ini Selangor dipimpin oleh seorang pembohong yang sanggup memutar belitkan fakta untuk kepentingan politik beliau. 
9. Perlu saya jelaskan dalam pentadbiran lalu tidak timbul untuk mengambil alih hartanah Talam melebihi apa yang terhutang oleh Talam kepada syarikat-syarikat terbabit apatah lagi sehingga membabitkan lebih RM 676 juta. Juga tidak timbul soal "round-tripping" (lihat: Silap Mata Kerajaan Negeri Selangor: RM 392 juta berpusing-pusing, RM 1 juta lesap?) yang dibuat oleh Khalid sekarang sehingga menimbulkan banyak keraguan dan skandal.
10. Ketika itu, Kerajaan Negeri memutuskan Talam perlu menyelesaikan hutang-hutangnya dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan negeri yang terbabit secara terus dan diawasi oleh Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.
11. Saya tidak akan mengulas kenyataan Teresa mengenai penentuan harga buat masa ini. Kita lihat dahulu apa lagi kerajaan pembohong dan penipu ini mahu bersandiwara kepada rakyat.

Siakap Senohong
Gelama Ikan Duri
Jangan nanti orang kata kalau selalu cakap bohong,
Lama-lama dapat jadi Menteri

21 comments:

  1. Kantoi.....Kalid Brahim kantoi.....

    Mohon YB jelaskan kenapa sampai ke hari ini susah sangat Kalid Brahim nak jelaskan isu dia kutip hutang talam.

    Kejap kata nak buat PC, kemudian batalkan PC dan kata nak saman MCA pula. Kemudian dlm sidang Dun pun tak nak jawab juga. Sedangkan dlm dun adalah tempat terbaik utk dia menjawab.

    Apakah dia takut kantoi berbohong dlm dun ?

    Mohon ulasan YB Dr Khir.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringat kata DS (lebih kurang, maaf jika saya salah)..

      beginilah jdnya bila businessman diangkat menjadi Menteri Besar.. semuanya mahu "diniagakan".

      Delete
  2. the bess part...

    "Sekarang ini kalau selalu cakap bohong,
    Lama-lama dapat jadi Menteri"

    Patutlah ramai beno geng2 depa menipu, temberang etc. sebab nak jadi menteri. oooo

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Dato Seri atas penjelasan ramai rakyat tak tahu dan mudah percaya..kena sebarkan sebolehnya kepada rakyat Selangor....

    terutama orang kampung yang tidak gemar layari blog dan hanya dengar dari ceramah atau cerita kedai kopi....

    Mohon Pautkan blog saya Dato Seri...

    http://gombakgempur.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. salam DS

    artikel sebegini seharusnya digunapakai sebaik mungkin UMNO/BN.. bukn sume org boleh/mampu melayari blog DS Khir atau blogger yg lain.. gunalah apa cara sekalipun.. cth photocopy sebyk mungkin then edarkan ke seluruh tmpt tumpuan awam spt masjid.. tak perlu meniru pembangkang menari tp lihat pd teknik/kaedah implementasinya.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah menulis dalam ruangan forum Utusan Malaysia kira2 sebulan selepas Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor selepas PRU12. Saya meragui kewibawaan Khalid Ibrahim pada masa itu. Selepas itu beberapa kali lagi saya menulis diruangan yang sama mengenai pentadbiran dibawah Khalid Ibrahim. Ternyata hari ini, apa yang saya tulis telah terbukti benar.

    Kerajaan Selangor hari ini, sejak awal memerintah sememangnya kuat berbohong dan kuat menipu. Mereka tidak menepati janji yang mereka buat sebaliknya terus menerus menuding jari kepada Kerajaan BN. Mereka lebih Banyak berpolitik daripada bekerja. Itu sebabnya masaalah samapah pun tidak dapat diurus dengan sempurna hingga menyebabkan timbul rasa mual, loya dan benci kepada Kerajaan PR yang dikepalai oleh Khalid Ibrahim.

    Saya ingin meminta Kerajaan Selangor sekarang untuk terus berbohong sehingga PRU13. Pembohongan yang mereka lakukan dari dahulu dan selamanya akan memakan diri mereka sendiri. Insya-Allah mereka akan dikuburakan dalam PRU13 kelak. Wallahualam

    ReplyDelete
  6. tapi mb yang dulu lagi kuat berbohong beli rumah berjuta kata ratusan ribu jer...dah lah gitu...bagi penyapu pulak pada orang

    ReplyDelete
  7. ANon 11:48
    Apa lah bodo sangat kau ni. Baca balik fakta betul2. Ni la mentaliti penyokong Pakatan Haprak yang wujud kat malaysia sekarang ni.

    ReplyDelete
  8. anonymous,

    Janganlah malukan diri sendiri. Saya tak pernah kata harga rumah saya ratusan ribu saja. Sila semak dalam artikel saya sebelum-sebelum ini.Tabiat suka berbohong memang sukar dikikis dalam parti saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak yah layan org gitu DS....!
      Ckap tak pakai fakta....!
      Yg dia sangka buruk sgt pasai apa..?
      otak dah jem agak nya...
      hehehehe

      Delete
    2. Jangan layan DS. Dia tu cam parti dia, cakap 1000 benda, tapi 1000000 kali benda tu menipu jer.

      Delete
  9. MB Khalid ...kalau berdebat dgn Tantawi Pas.. akan berpanjangan 5hari 5malam tanpa kesudahan sebab kedua dua kuat auta....yg amat...

    Hperancis

    ReplyDelete
  10. to Anon 11.48

    spesis typical pencacai pakatan suka buat fitnah..tak takut ke dosa memfitnah DS khir toyo?sekurang2nya DS memimpin selangor dgn jujur dan profesional..DS tak pernah menipu seperti MB Selangor khalid gagap yang kuat pembohong dan munafik tak menepati janji...24jam sibuk berpolitik tanpa mengambil kira kepentingan rakyat...

    -Rakyat selangor tolak Pakatan

    ReplyDelete
  11. Anon 11.48am,
    Sdra mewakili kejumudan penyokong Pakatan. Menyerang membuta tuli kerana cuba menutupi kelemahan parti dokongan sdra. Benar kata ramai bijak pandai, jika nak cari org yang bebal, dungu serta patah hati carilah dalam PR. Nampaknya sdra memang mengiayakan kata2 teman saya.

    Lain kali kalau nak komen janganlah tunjukkan hati yang busuk tu, baca tajuk serta fahami dulu apa yang ditulis dan lepas tu baru komen. Ini bila kena getah dan panas hati pekara yang tak berkaitan pun nak di hujahkan, kenapa?. Kerana kecewa, bebal dan dunggu maka itulah saahaja cara utk balas rasa sakit hati.

    Jika kuasa serta negara diserah kepada org seperti sdra saya rasa jangan tunggu 50 tahun lagi, bahkan mungkin dalam masa 2 bulan saja habis lingkup apa yang telah diusahakan oleh pemimpin terdahulu.

    Saya cadangkan sdra pergilah berjumpa orang yang pakar dalam bidang agama atau perubatan untuk merawat penyakit hati yang ada dalam diri sedara. Semoga sdra diberi petunjuk dan kemaafan oleh Allah atas sikap bebal, dungu serta hasad dengki yang ada dalam diri sdra.

    ReplyDelete
  12. Doktor,
    The issue is, why was it not collected even if you had initiated it? Somebody could have initiated the debt collection 10 to 15 years ago and after that if you sit on it the debt will never get collected. There is a difference between initiating it and sitting on it as compared to doing something with vigorous follow through...I am in the debt collection industry, I appreciate what Tan Sri Khalid was doing as compared to what you did...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Egko suke, ada org xsuke.

      Balik2 isu duit jeeee....

      Susah nak puaskan hati sume org.

      Delete
  13. Salam YB Dr Khir. Ada komen dari debt collector tu.dia menghargai apa yg Menteri Besar skrg dh buat kutip hutang Talam ke atau ambil alih hutang Talam. Yg tentunya Talam dah bayarla lebih kurang. Kerajaan negeri dapat duit dari Talam. Rakyat Selangor hidup aman makmur dan merakyatkan ekonomi Selangor. Selangorku bahagia.

    Businessman mesti kena kuat pusing kalau nk berjaya. Pusing selagi boleh sampai client pening lalat dah tentu dpt bisnes. Tapi bila masuk line politik dia lagi kena byk pusing sampaikan dia sendiri berpusing-pusing mcm gasing lagila rakyat pening sampai jd tahap mabuk yg kritikal. Ikut je apa dia pusing.

    Cuma YB Teressa Kok je kok tk boleh dipusing.Moga-moga byklah lagi skandal yg bakal terkantoi dan cadangan saya untuk MB mengalihkan tumpuan rakyat kepada skandal2 yg ada adalah dengan menghantar lori2 tangki membawa air ke kawasan2 yg terganggu bekalan air utk menunjukkan Selangor byk air. Air dlm tangki tu direct dari empangan tk yah rawat.Taruk bunting besar2 kat lori tangki gambar MB & seluruh EXCO. Negeri berkebajikan.. Selangorku..........

    ReplyDelete
  14. Doktor might be smart but Khalid is not stupid....hahaha

    ReplyDelete
  15. Khalid initiative is just aniother con job. This is only to provide golden hand Shake for his crony in PKNS and other companies as promised By PKR.
    Talam is one great opportunity.

    ReplyDelete
  16. aku selalu singgah blog pakatan n kerajaan- adatlah komen2 yg menentang arus akn dihentam padu. tp bile aku tgk blog atau forum yg neutral didapati byk respon dr pihak pakatan berbanding pro kerajaan malah boleh diberi nisbah 1:7. adekah ini petanda rakyat berbagai lapisan cenderung utk mengundi utk pakatan. ini adelah sesuatu yg agak kritikal utk kedudukan BN utk pru akn dtg-

    ReplyDelete
  17. kita tunggu dan lihat saje pru13 nanti.. sama2 la berdoa kpd Allah supaya dibuka hati rakyat untuk menilai kebenaran. bkn semua org rajin & ada masa nk respon blog ni. bkn smua org 'berpolitik sepanjang masa' SIANG & MALAM.. smpai x buat kerja & menunaikan amanah yang digalas. ya Allah selamatkan tanah airku..

    ReplyDelete