Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, July 23, 2012

Jangan Cemari Ramadhan Dengan Permusuhan Politik

1. Saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini. Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita akan mendapat lebih banyak masa dan ruang untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

2. Saya juga berharap tiada lagi tazkirah sewaktu solat terawih diisi dengan kenyataan-kenyataan bersifat politik kepartian menghentam satu pihak yang lain. Alangkah ruginya setelah seharian berpuasa dan diikuti oleh sunat terawih tetapi diakhiri atau diselang-seli dengan "maksiat lidah" di dalam masjid dan surau. 

3. Secara asasnya tazkirah merupakan sesuatu yang baik jia ia bertujuan memberi nasihat dan peringatan sesuai dengan pesanan Allah s.w.t supaya saling ingat mengingatkan sesama insan kerana peringatan itu mungkin memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman.


4. Tetapi tazkirah itu akan memberi manfaat untuk semua sekiranya isu yang dibicarakan berbentuk objektif dan tidak memburukkan mana-mana pihak hanya kerana perbezaan ideologi politik. 

5. Malangnya kebanyakan tazkirah sejak beberapa tahun kebelakangan ini mempunyai agenda yang telah ditetapkan mengikut kecenderungan politik dan disampaikan dalam keadaan membakar emosi agar pendengar membenci pihak yang tidak disukai oleh penyampai tazkirah.

6. Lebih malang kebanyakan penceramah ini pun tidak memahami isu yang mereka lontarkan kepada jemaah. Kadang kala mereka hanya mengulangi tuduhan-tuduhan politik ini ke dalam tazkirah yang disampaikan tanpa menyelidiki sama ada benar atau tidak tuduhan tersebut.

7. Cukuplah dengan tazkirah bermotif politik yang bukan sahaja mencemarkan kemuliaan bulan ramadhan, malah memburukkan imej Islam keseluruhannya. Umat Islam di negara ini dilihat tidak boleh berhenti "bergaduh" walaupun di dalam masjid dan surau. Masih belum cukup lagikah ruang media cetak, media internet dan ceramah politik hingga terpaksa mencemarkan masjid dan surau dengan perbezaan ideologi politik?

8. Kalau bulan Ramadhan syaitan semua telah diikat, jangan kita pula jadi syaitannya.

5 comments:

  1. Lama tak dgr cerita Datuk? Salam Ramadhan. Betul tu janganlah ghairah bertazkirah hingga lupa nak tazkirah diri sendiri...

    ReplyDelete
  2. Salam Doc,

    Perang Badar adalah lebih besar dari POLITIK KEPARTIAN. Ianya berlaku pada Bulan Ramadhan. Wallahua'lam.

    LocunAlsoLahhhh

    ReplyDelete
  3. Salam Dr. semoga diberkati kita semua pada Ramadan ini.

    ReplyDelete
  4. Salam YB Dr Khir. Diucapkan selamat berpuasa. Buat pengetahuan YB, dulu sebelum PRU12, masjid di tempat saya ditadbir lebih kepada org2 UMNO dan pak imamnya org PAS. Ada jugaklah yang kadang kala selisih pendapat tetapi kita masih akur pada arahan dari pihak berkuasa tentang adab-adab sewaktu di masjid. Punyalah besar digantung kat dinding masjid siap Dato' Khusrin tandatangan lagi.

    Pentadbiran masjid diambil alih selepas PRU12. Biasalah mestilah org2 PR semuanya kecuali Pak Imam org UMNO. Terbalik plk. Tetapi apa yg saya perhatikan tiap kali lps solat fardhu terutamanya selepas Maghrib sementara menunggu Isyak maka ada sajalah cerita2 bab politik ni keluar dari pegawai masjid itu sendiri.

    Kalau dh cerita politik sudah tentulah menghentam org. Itu tk betul ini tk betul. Dulu semuanya tk betul.Dia rasa dia betul tp dia tk sedar dia tu sebenarnya yg tk betul. Mmg masjid ramai org tapi kalau dah mcm tu ceritanya susahla. Pasalnya mereka lagi bijak bab2 agama ni pasal parti pun parti Islam.

    Moga2 di bulan yg mulia ni takdelah aktiviti sembang sebegitu rupa lagi dan alhamdulillah takzirah pun tiada diselitkan unsur2 yg tk molek kerana mereka sedar diri sekejap.Esok habis ramadhan sambung balik.
    Wallahu'alam..

    ReplyDelete
  5. masjid kat kg sy takde pun unsur2 politik kepartian kerana umara dan ulama jg sebahagian dr agama. Hanya org yg takut pd bayang2 sendiri selalu merasa syak wasangka.

    ReplyDelete