Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, August 30, 2012

Selepas 55 Tahun, Hari Merdeka Dicemari Politik Jahat

1. Selamat menyambut hari kemerdekaan negara ke-55. Saban tahun hari kemerdekaan negara di sambut dengan pelbagai acara, kemeriahan dan keamanan tanpa mengira kaum, agama dan latara belakang rakyat. Sesungguhnya 31 Ogos 1957 merupakan titik penting dalah sejarah tanah air kerana inilah permulaan satu lembaran sejarah baru negara yang lebih 400 tahun terbelengu dengan penjajahan kerajaan asing.

2. Sungguhpun Sabah dan Sarawak hanya merdeka 6 tahun kemudian iaitu pada 16 September 1963, namun pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 merupakan titik penting dalam kemerdekaan seluruh negara.

3. Setelah lebih 54 tahun menyambut kemerdekaan dengan suasana aman dan tenang, sambutan kemerdekaan kali ini dicemari dengan sikap Pakatan Rakyat yang menolak tema hari kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan - "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati". Alasan mereka tema atau slogan ini merupakan tema politik Barisan Nasional.

4. Oleh itu setiap negeri Pakatan telah mencipta tema kemerdekaan mereka sendiri. Apabila dikritik sebagai tidak mampu bersatu untuk menentukan tema kemerdekaan, barulah terdapat arahan pimpinan parti untuk menggunakan tema yang sama antara mereka iaitu - "Sebangsa, Senegara, Sejiwa."

5. Jika dikatakan tema yang ditentukan oleh kerajaan Persekutuan adalah tema politik Barisan Nasional, mengapa tema kemerdekaan negeri-negeri di bawah Pakatan ditentukan oleh parti bukannya kerajaan negeri? Bukankah ini jelas merupakan tindakan politik kepartian?

6. Lebih aneh, mungkin kerana haluan berbeza antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan dengan pimpinan Pakatan Rakyat, maka di Kedah poster Kemerdekaan kerajaan negeri masih menggunakan tema kemerdekaan mereka sendiri iaitu " “55 Tahun Merdeka Terus Berbakti.”

7. Tindakan Pakatan membuat tema hari kemerdekaan mereka sendiri menunjukkan sikap politik yang tidak matang. Taktik politik adu-domba, memecah-belah masyarakat, menghasut dan menimbulkan kebencian orang ramai kepada kerajaan Persekutuan sudah melampaui tahap politik demokrasi sebenar.

8. Hari Kemerdekaan sepatutnya menjadi wadah penyatuan rakyat dan hari kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia. Inilah yang berlaku sejak 54 tahun lalu.

9. Malangnya, pada tahun ini, hanya kerana untuk memenuhi cita-cita seorang manusia untuk menjadi Perdana Menteri dengan apa kos sekalipun pun maka segala-galanya dipolitikkan dan ditentang termasuklah tema hari kemerdekaan negara.

10. Setelah 55 tahun merdeka kita akhirnya berada di ambang perpecahan masyarakat yang sangat menyedihkan. Jika tema hari kemerdekaan pun kita tidak boleh bersetuju, apa lagi yang tinggal kepada kita sebagai rakyat Malaysia?

11. Lebih menyedihkan, Pakatan juga dikatakan "mengatur" satu himpunan politik bagi menggangu Sambutan Hari Merdeka malam ini bagi tujuan memalukan kerajaan Barisan Nasional. Apa jenis pimpinan politik seperti ini? Pemimpin masyarakat atau perosak masyarakat?

12. Jangan kerana seorang pemimpin yang sejak awal kerjaya politiknya hingga sekarang naik melalui "kacau-bilau" (chaos) politik, maka nilai kemerdekaan negara juga kita hancurkan. Jika keadaan ini berterusan dalam beberapa tahun lagi Hari Merdeka mungkin sudah tidak lagi dipandang mulia oleh generasi muda.

13. Cukuplah politik yang memenatkan ini. Janganlah sambutan  Hari Merdeka dan Hari Malaysia pun mahu dikorbankan atas nama politik.

13. Selamat menyambut hari merdeka. Semoga kemerdekaan kita akan terus kekal utuh untuk generasi akan datang. Merdeka! Merdeka! Merdeka!


4 comments:

  1. i am really fed up with this bersih thingy... enough la, just throw them to jail for good or better revoke their citizenship. they have their right BUT I AM MALAYSIAN TOO. AND I HAVE RIGHTS TO HAVE PEACE IN MY OWN HOMELAND!

    ReplyDelete
  2. Kembalinya Khilafah adalah Kemerdekaan Sebenar Menurut Islam
    ARRAYAH.INFO, Malaysia, 29 Ogos 2012 - Kemerdekaan yang sebenar menurut Islam adalah memerdekakan manusia daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  3. selamat hr merdeka diucapkan kpd doc dan pembaca2 blog ini.

    3. perkara ini x kan berlaku kalau kerajaan pakai tema yg lain selain drp janji ditepati....sebab sebelum ni pakatan ok saja dgn tema2 sebelum ni. so x buleh nk salahkan mereka jgk 100%. lagi pun janji ditepati tu dah ada dlm banner kempen BN jgk...so pilih la yg lain, kan dah jadi haru biru skrg ni.

    4. Sebangsa, senegara dan sejiwa itu nampak lebih patriotik sikit drp janji ditepati. KALAU, saya kata kalau la, jika sebelum2 ni program2 BN x pakai perkataan janji ditepati..then cuma pakai utk tema hari merdeka saja..saya rasa geng2 pakatan pun leh terima tema ni.

    5. pada pendapat saya x de isu tema tu parti yg buat atau mana2 pun. yang penting dah nama hari kemerdekaan, kalau parti BN nk letak tema pun utk kerajaan persekutuan ke, letak la yg lebih patriotik...x de masalah utk rakyat nak menerimanya, ini letak tema yg sama mcm kempen parti, kan dah mengundang kemarahan sebahagian besar rakyat, itu belum masuk isu logo asal merdeka lagi.

    6. Yg kt kedah itu, mula2 ja kerajaan negeri pakai tema tu, tu pun depa silap jgk, kata tema pengganti yg seakan2 mirip utk berkempen...saya pun x berapa berkenan jgk tu. Sebangsa, senegara dan sejiwa lebih elok. banner2 tu pun x byk tempat pun yg ada sekitar alor setar. Tapi banner sebangsa, senegara dan sejiwa yg saya nampak ada byk lagi la.

    7. semua tindakan ini x kan berlaku kalau tema tu pkai selain janji ditetapi. x kan la saja2 pakatan nk tentang, mcm yg sy ckp awal2, sebelum2 ok saja kan. sebelum nk salahkan pakatan, kena tgk sama dipihak kerajaan persekutuan jugak.

    10. Pada pendapat saya yang bt rakyat berpecah masa merdeka tahun ni pun kerana tema yg dipilih. Itu saja, sebelum2 ni rakyat berbilang bangsa, agama dan parti, rilek ja sama2 menyambut kemerdekaan (1957 - 2011). So tak boleh jugak nak totally salahkan pakatan.

    12. Pada pendapat saya, kerajaan persekutuan sendiri yg telah mula2 membuatkan hari kemerdekaan ini tidak dipandang mulia. Sebabnya menerusi tema yg dipilih, 'logo' yang dipilih, serta lagu yang mendatangkan gelombang disklike pada youtube. Sebab sebelum2 pakatan/parti pembangkang x de masalah pun dengan semua2 itu. Saya tgk logo tu pun, saya x suka, lagu pun lagi la x faham. Dekat sini saya tgk, segelintir kecil saja yg pasang bendera kat kereta...seolah2 eh hari merdeka ke ni, x perasan pun.

    13. Betul tu doc..so next time kalau BN masih pegang federal la, jgn2 la masukan lagi tema hari merdeka sama dengan ayat kempen diaorg..walaupun sebenarnya janji ditepati mmg la bagus...tp sebab dah sama dengan kempen parti, jangan la dok letak lagi. kan dah hari merdeka terpecah kepada dua tema dah skrg.

    wassalam.

    ReplyDelete