Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, September 4, 2012

Dua Sultan di Selangor?

1. Banyak sahabat dan pemberita bertanyakan saya mengenai kontroversi sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri Selangor yang ke-55 pada 31 Ogos lalu. Kontroversi ini berlaku kerana Kerajaan Negeri tidak menjemput Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara utama kerajaan negeri ini.

2. Jawapan saya ialah, kerajaan Negeri Selangor di bawah Barisan Nasional sentiasa menjemput Tuanku Sultan Selangor ke acara-acara kebesaran negeri termasuklah Sambutan Hari Kemerdekaan Negara peringkat negeri. Tuanku sebagai tunggak pemerintahan negeri tidak wajar diketepikan atau dilupakan. Selain itu, Barisan Nasional juga amat menghargai dan menghormati sumbangan para Sultan termasuk susur galur Tuanku Sultan Selangor yang banyak menyumbang dan menyokong usaha mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

3. Acara sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri merupakan antara acara utama kepada negeri Selangor. Tuanku Sultan Selangor akan dijemput menghadiri Bacaan Yassin dan Tahlil sempena hari Kemerdekaan, ini diikuti dengan sambutan Ambang Kemerdekaan pada malam 30 Ogos dan akhirnya acara kemuncak Perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada pagi 31 Ogos. Adalah menjadi satu kemestian untuk kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan Selangor sebagai tetamu kehormat acara ini.

4. Lazimnya Tuanku Sultan akan menghadiri bacaan Yassin dan Tahlil dan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri. Manakala bagi sambutan Ambang Merdeka yang diadakan menjelang detik 12 malam, selalunya Tuanku Sultan hanya mewakilkan Menteri Besar. 

5. Saya difahamkan kerajaan negeri tidak mengadakan mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan peringkat negeri pada pagi 31 Ogos seperti kelazimannya. Sebaliknya, perbarisan tersebut diadakan pada malam 30 Ogos 2012. Oleh itu adalah wajib Tuanku Sultan Selangor dijemput untuk menyertai program kemuncak sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor pada malam tersebut.

6. Malangnya ini tidak berlaku kerana Pakatan tidak dapat memisahkan kepentingan politik kepartian dengan pentadbiran negeri. Ketika mereka menuduh kononnya, kerajaan Persekutuan menjadikan sambutan hari kemerdekaan acara politik, apa yang yang mereka lakukan sama seperti pepatah "mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

7. Menteri Besar pada mulanya menyatakan bukan amalan kerajaan negeri menjemput Tuanku Sultan ke acara sambutan kemerdekaan peringkat negeri. Namun setelah menyedari kesilapannya, beliau dan konco-konconya menyalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi, yang tidak menjemput Tuanku.

8. Alasan awal Menteri Besar ini mendedahkan niat sebenar beliau untuk tidak menjemput Tuanku. Ini kerana kehadiran Tuanku akan menyebabkan Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak akan menjadi tetamu utama malam tersebut.

9. Saya mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri mahukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Selangor.

10. Saya fikir atas sebab inilah Mohd Khusrin Munawi tidak menjemput Tuanku Sultan Selangor. Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan beliau mengetahui bahawa adalah salah dari segi protokol untuk menjemput Tuanku Sultan Selangor ke majlis peringkat negeri yang tetamu utamanya bukanlah Tuanku sendiri.

11. Dari segi bidang tugas memang tanggungjawab Khusrin menjemput para tetamu kehormat dalam acara sambutan kemerdekaan. Namun tugas Khusrin terhad kepada susunan protokol sedia ada. Menteri Besar dan barisan EXCO  negeri harus mengambil tanggungjawab ini. Jika Menteri Besar telah menentukan Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat majlis tersebut, apakah Menteri Besar berharap Khusrin akan melakukan jemputan kepada Tuanku Sultan?

12. Tindakan menjadikan Anwar Ibrahim sebagai tetamu utama sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor menunjukkan Pakatan bukannya BN yang bermain politik kepartian dalam sambutan kali ini. Jika mahu menjadikan Anwar sebagai tetamu utama eloklah dibuat sambutan kemerdekaan Pakatan atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja.

13.Sebelum ini Menteri Besar Selangor merupakan orang kedua dalam hirarki kerajaan negeri selepas Tuanku Sultan. Sekarang ini Menteri Besar sudah menjadi orang nombor tiga kerana Penasihat Ekonomi negeri lebih utama dari beliau.

14. Cuma kita belum pasti siapa nombor satu dalam hirarki kerajaan negeri Selangor - Tuanku Sultan atau penasihat Ekonomi. Dalam keadaan sekarang seolah-olah Selangor mempunyai dua Sultan. Seorang Sultan sebenar, manakala seorang lagi didewakan seumpama raja di Selangor ini sehinggakan kedudukannya lebih tinggi daripada Menteri Besar.

15. Inilah kali pertama sejarah politik negeri Selangor menyaksikan satu permainan politik yang rakus, sombong dan bongkak sehingga tidak menghormati institusi-institusi sedia ada termasuk institusi beraja. Dengan sedikit kemenangan dalam pilihan raya lalu mereka sudah "bersultan di mata, beraja di hati" sehingga Sultan sebenar dikesampingkan. Bayangkanlah jika mereka mempunyai kuasa yang lebih besar nanti.

25 comments:

  1. Dr., memang wujud 2 sultan di Selangor. Sultan Selangor yang sebenar ialah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah. Yang sekor lagi tu "SETAN"!!!

    ReplyDelete
  2. Seorang sultan negeri. Seorang lagi setan Negeri aka BABI. Nama penuh dia setan brader anwar bin ibrahi. Nama manja Setan BABI

    ReplyDelete
  3. Satu penjelasan yang sangat bagus Dato Seri, mohon izin untuk dimuatnaik ke blog saya. Tq

    ReplyDelete
  4. segala nak dijadikan mainan politik pakatan...
    dari slogan....pasukan beruniform ditepikan hingga sultan pun diganti dengan penasihat ekonomi!!!

    inilah nama sambutan ambang kemerdekaan PR
    setelah hampir sepenggal memerintah..bukannya
    55 tahun kemerdekaan negara!!!

    jiwakita

    ReplyDelete
  5. aku rasa kerajaan selangor dah silap dalam hal ini, tapi sebagai orang muda first time nak mengundi aku akan undi PR , kita orang satu group first timer dah buat comparative analysis....sayonara umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. comparative analysis? hahahahahaha

      mana shadow cabinet PR?
      apa janji manifesto PR yang dah direalisasikan?

      nak bersetuju satu perkara pun PR tak boleh, ada hati nak perintah Malaysia.

      Delete
    2. Bro... Aku rasa ko dah silap dalam hal nie... COMPARATIVE ANALYSIS.... Terbaek lar kot... Dari segi aper ekk.... Bleh bg aku facts yang menyokong ko punya KEBAIKAN COMPARATIVE ANALYSIS... COMPARISON yang PR lebih BAIK dari BN... diulangi... FACTS...

      Delete
    3. terserah..kerana undi hak masing2..buat pilihan yang bijak..ikut permikiran yang rasional bukan ikut nafsu yang tidak dibentengkan dengan iman..wallahualam

      Delete
    4. FIRST TIMER MENGUNDI ELOK UNDI BARISAN NASIONAL WEY..

      PAKATAN RAKYAT BERMASALAH..

      TENGOKLAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR NI BRO..

      DULU ADA SS DATO' DR HASSAN ALI AKU SUKA..INI BILA DAH TAK ADA..HURU HARA DAH..

      Delete
    5. gua first timer pun pakat sokong pkatan... satu opis hasut aku undi pr.. hasutan mereka baik, relevan dan meyakinkan... klu xok next election sokong bn plak... sorry 2 umno

      Delete
  6. Telah diceritakan tentang perangai sebenar Anwar BABi tu oleh Tun Mahathir mengenai gila jawatannya semenjak menyertai UMNO hinggalah hampir-hampir menjadi PM tahun 1998 dulu. Tetapi Allah menjaga UMNO dari manusia yang 'beraja dimata bersultan dihati' yang hanya cita-cita utamanya hanya mahu menjadi PM dan mengekalkan kuasa samapi mampus. Siapa yang menghalang akan dibuang atau dicampak seperti yang berlaku pada beberapa pemimpin dalam PKR dan PAS sendiri. Yang tetap mendapat untung adalah parti DAP yang hanya ketawa terbahak-bahak kerana proksi mereka (Anwar BABI) sedang berjaya mengkucar-kacirkan kuasa Melayu di Malaysia ni....

    ReplyDelete
  7. Tahniah kepada rakyat selangor yang telah membuat pilihan memilih PR yang akhirnya menjahanamkan selangor. Cuma berharap dan berdoa kepada rakyat selangor buang yang keruh ambilyang jernih. Jadikan PRU13 nanti sebagai medan merobohkan PR. Insyaallah UMNO akan terus mara dengan izin Allh S.W.T

    ReplyDelete
  8. barulah saya faham dgn jelas isu ni..

    ReplyDelete
  9. Salam YB Dr Khir. Adakah kali ini Datuk Khusrin akan dikambing-hitamkan lantaran pelantikannya pun dulu kontroversi.Demi menjaga maruah Tuan Penasihat Ekonomi, tak mustahil ianya akan berlaku.Jika berlaku, memang diaorang silapla.. Akibat kemaruk sangat nak jadi PM tak dapat2, kali ni kemaruk nk jadi Sultan pulak. Susah betulla kalau orang dah gila kuasa ni.. Nauzubillah..

    ReplyDelete
  10. Kepada Anonymous Tuesday, September 4, 2012 11:01:00 PM GMT+08:00

    comparative analysis..korang ni based on what ? care to share with us ?

    ReplyDelete
  11. Melayu Selangor perlu insaf. PR tak pernah berani atau lantang mahu menjaga dan memperjuangkan hak serta kepentingan orang Melayu.

    ReplyDelete
  12. Tidak ada 2 Sultan di Selangor, cuma ada seorang Raja dan seorang Sultan. Sultan ialah Kebawah Duli Tuanku Sultan Selangor. Sementara Raja yang baru ditabalkan dan disanjung oleh Pakatan Rakyat ialah Raja LIWAT.

    Saya berdoa agar Allah SWT merahmati Negeri Selangor di bawah naungan Tuanku Sultan Selangor dan menggantikan kerajaan Selangor sekarang ini kepada kerajaan yang mentaati dan menyanjung tinggi kebawah Duli Tuanku Sultan.

    ReplyDelete
  13. alahai...sikit punya hal jadi isu besar...najib ada ajak agung ke sambut merdeka??kencing kat gambar ulama ngan menari punggung kat depan umah orang takde kisah pun nak siasat...kena bonton kt gambar kuar muka depan utusex pemangkin pemikiran rakyat...sudah la ameno...duduk la diam2 makan hasil haram yg dah 55 thn ko mkn...hidup melayu (sambil cium keris kontot)...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isu besar atau kecik bergantung cara ia dimainkan. baca aja harakah, suara keadilan, isu yg dibawak besar sgt ke?

      Delete
    2. ape la bodo nye bdk nie...acara rasmi najib jemput agong pd paginye...n ade perarakan tentera...mlm nye mang xde agong yg hadir sbb xde perarakan tentera...xkn xphm protokol kot...bodo la bdk nie...

      Delete
  14. Jika meminpin atas dasar nafsu..inilah jadinya!!!

    ReplyDelete
  15. Hidup UMNO, Hidup UMNO , Hidup UMNO..Pergi jahanam PR(DAPigs + PornoKR + LiPAS)

    ReplyDelete
  16. Sikit punya hal kau cakap. Kalau anak kau kahwin tapi tak jemput kau dalam majlis perkahwinannya, apa perasaan kau bahalol!!! Itu contoh yg kau boleh ambil dalam hal ini.

    ReplyDelete
  17. sejak 2003 (zaman BN), Sultan Selangor hanya diundang sekali sahaja diundang pada 2007 - untuk sambutan jubli emas yang diraikan dengan perarakan lintas hormat pada 31 Ogos
    "http://greenboc.blogspot.com/2012/09/khir-toyo-dari-bekas-menteri-besar-dah.html"

    ReplyDelete
  18. Nak tahu siapa sultan selangor yang sebenar....kenalah cari keturunan n tahu keturunan n salasilah raja2 terdahulu....

    ReplyDelete