Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, September 6, 2012

Khalid Dakwa Pejabat Setiausaha Sulit DYMM Tuanku Berbohong?


i. Berhubung dengan kenyataan Menteri Besar bahawa sejak 2003 DYMM Tuanku Sultan Selangor tidak dijemput ke program Ambang Merdeka, saya nyatakan bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. Semasa di bawah Barisan Nasional Tuanku Sultan Selangor sentiasa dijemput secara rasmi dan lisan. Ini disahkan sendiri oleh Setiausaha Sulit DYMM Tuanku dalam media massa beberapa hari lalu. Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim ingin memberitahu umum Pejabat Setiausaha Sulit DYMM Tuanku berbohong?

ii.Sama ada surat-surat jemputan tersebut masih dalam simpanan pejabat SUK atau tidak ia di luar pengetahuan saya. Saya tidak fikir pejabat SUK akan menyimpan surat-surat jemputan majlis begitu lama kerana ia tidak mempunyai kepentingan dari segi undang-undang dan pentadbiran negeri. 

iii. Sememangnya dalam atur cara Ambang Merdeka sejak 2003 tiada nama DYMM Tuanku Sultan. Ini kerana apabila baginda mengesahkan tidak hadir maka aturcara yang dibuat tentulah tanpa nama baginda. Ini bukan sahaja program kemerdekaan, dalam apa sahaja program yang dianjurkan, nama tetamu kehormat yang tidak akan dimasukkan dalam buku aturcara.

iv. Saya tidak faham mengapa isu ini berlarutan begitu lama. Menteri Besar sebagai pemimpin nombor satu negeri sepatutnya mengambil jalan positif dengan memohon kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor secara menghadap dan terbuka. Seorang pemimpin negeri beliau harus berjiwa besar bukannya terus mempertahankan ego yang tidak berkesudahan. Apakah jatuh maruah dan martabat Menteri Besar jika Tan Sri Khalid memohon maaf kepada DYMM Tuanku Sultan? Saya tifdak fikir demikian.

v. Masalah Selangor sekarang ialah ia diperintah secara politik konfrontasi. Pemimpin negeri mempunyai kesukaan mencipta politik bergaduh dan riuh-rendah dalam pelbagai isu tanpa menyelesaikannya. Sekali-sekala jadilah ahli politik yang matang sedikit.

5 comments:

  1. DR. Khir, Eid Mubarak,

    TIDAK SENANG NAK JADI MENTERI BESAR YANG BIJAKSANA.BUKANKAH MAJLIS NASIONAL PERLU DI BERITAHU KEPADA BAHAGIAN ADAT DAN ISTIADAT (ROYAL HOUSEHOLD).
    KALAU JEMPUTAN UNTUK SULTAN RASANYA BUKAN SETAKAT HANTAR SURAT SAPERTI ORANG AWAM....KENALAH MENGADAP LEBIH BERETIKA DAN PROTOKOL. TAN SRI KHALID MUST REMEMBER RESMI PADI.

    MORRIZO

    ReplyDelete
  2. salam dr.khir,

    rejim Khalid dah dapat agak yg mereka akan kalah PRU13 nanti. Apa yg boleh mereka buat, cari dana sebanyak mungkin utk PRU, kebas yang mana patut untuk tembolok masing2, later on kalau kalau kelak, sekurang2 nya duit masih banyak dalam kocek!! iya tak? Boleh lah hidup lagi...

    TQ

    ReplyDelete
  3. Bayangkan sepenggal mereka memerintah dah berbagai onar yang timbul. Jika diberi lagi peluang selama 50 tahun mahu lingkup jadinya negeri dan negara.

    ReplyDelete
  4. Salam YB Dr Khir, sindrom menyalahkan pihak lain memang satu kemestian pada pentadbiran kerajaan PR sekarang ini. Carilah mana-mana yang boleh dijadikan kambing hitam asalkan jangan dia yang nampak bersalah. Mengaku salah dan meminta maaf adalah amalan yang mulia dari segi moral tetapi dari sudut politik ianya satu bencana jika dilakukan. Siapa yang mahu mengaku berak di tepi jalan..

    Re : Sedih melihat IKYS di Sabak Bernam terbiar sepi..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dr Khir, saya merasa sedih dan risau melihat fenomnena penjualan tanah pusaka melayu kepada bangsa Cina yang semakin menjadi-jadi di kampung saya di Selangor. Saya berharap kerajaan dapat menggubal undang-undang menghalang penjualan tanah milik Melayu kepada orang Cina. Bukan tidak ada orang melayu kaya yang mampu membeli tanah tersebut (jika terdesak sangat mereka mahu menjual), tapi mesti dipotong trip oleh orang Cina yang akan sentiasa menawarkan harga yang lebih tinggi sedikit. Jika begini bagaimana melayu boleh maju kerana persaingan yang tidak sihat. Sebelum Malaysia bertukar menjadi Small land China, kerajaan haruslah bertindak segera. Tanah yang dijual selalunya tanah strategik yang bernilai tinggi. Kerajaan telah menunaikan banyak permintaan kaum China sejak beberapa tahun yang lepas, maka diharap kerajaan dapat menunaikan permintaan ini yang tidak melibatkan wang kerajaan sedikit pun. terima kasih.

    ReplyDelete