Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, March 13, 2012

Disebalik Dakwaan Simpanan RM 1.9 Bilion

1. Saya tertarik dengan komen saudara Muhazam Mustapha dalam artikel saya sebelum ini. Seingat saya, tidak pernah menyatakan kerajaan negeri mempunyai simpanan sebanyak RM 1.8 bilion. Saya ada menyatakan bahawa simpanan kerajaan negeri ketika Pakatan mengambil alih ialah sekitar sekitar RM 1.4 bilion [Sila baca tulisan saya pada 2009 bertajuk:Bajet Selangor: Bangkai Gajah Mahu Ditutup Dengan Nyiru. Jumlah yang tepat jika tidak silap saya ialah RM 1.386.7 bilion mengikut akaun kerajaan negeri pada akhir 2007.

2. Manakala wang tunai yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional bagi akaun Kerajaan Negeri Selangor yang berakhir pada 2007 ialah sekitar RM 770 juta.

3. Saya difahamkan sekarang ini jumlah tunai kerajaan negeri hanya tinggal sekitar RM 390 juta sahaja pada tahun 2011.

4. Menurut maklumat yang saya terima baru-baru ini, jumlah RM 1.9 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini sebagai kebanggaan pengurusan negeri oleh Pakatan sebenarnya termasuk RM 800 juta pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk pengambilalihan Putrajaya.

5. Kerajaan Negeri juga menerima peruntukan sekitar RM 600 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan. Jika kedua-dua ini tidak dibelanjakan maka tidak ada apalah yang menghairankan jika jumlah simpanan mencecah RM 1.9 bilion.

6. Berdasarkan fakta-fakta ini, saudara/i nilaikanlah sendiri kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini mengenai jumlah simpanan RM 1.9 bilion.

7. Sebagai penutup ingatlah pantun lama,

Siakap senohong, gelama ikan duri,
cakap bohong, lagi lama jadi Menteri