Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, January 17, 2013

Terima Kasih Hadi!

1. Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, kerana akhirnya akur dengan desakan majoriti umat Islam agar tidak menyokong kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

2. Sungguhpun perubahan pandangan Hadi sangat mengejutkan kerana sebelum ini beliau menjadi jurucakap Pakatan dalam mempertahankan isu kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu, namun ia harus disambut secara terbuka dan penuh kesyukuran oleh umat Islam keseluruhannya.

3. Sekurang-kurangnya kita masih dapat bersatu mencari jalan menjaga kepentingan agama Islam di negara ini. Memang akan terdapat suara sinis yang menyatakan Hadi terpaksa menukar pendirian setelah diasak dengan hebat oleh umat Islam dan juga Dewan Ulama Pas sendiri. 

4. Apa pun penyebabnya tidak penting kerana yang utama ialah kesatuan umat Islam dalam mempertahankan pandangan para ulama dan mufti dalam isu ini.

5. Terima kasih Hadi! Saya cuma berharap Hadi tidak mengubah pendirian biar pun diasak oleh pemimpin PKR dan DAP.

17 comments:

  1. Apa nak terima kasih kpd Hj Hadi, nasi sudah jadi bubur Doctor. Ramai yang terpengaruh dgn statement dia. It is too late to retract such stupid statement from someone who is so called an ulamak. This is what we called ulamak politic.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan pandangan Dr, mana yang baik kita terima dan berlapang dada...

    ReplyDelete
  3. Semoga ini adalah satu permulaan bagi Presiden PAS mula melihat pentingnya bermuzakarah dengan para ulama sebelum membuat sebarang keputusan besar. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah

    itu lah yg terbaik

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dgn pandanga Doktor...Manusia mana yg tidak membuat kesilapan dan keterlanjuran??kecuali Para Nabi yang maksum.Andai Hj Hadi benar2 melakukannya demi kerana nak memperteguhkan dan mengukuh Agama Islam itu sendiri..alhamdulillah..dan moga ianya dipegang sekuat2nya...apa lagi yang harus kita pertahankan sekarang ini kecuali aqidah dan Iman/Islam...jual agama utk kaya dan berkuasa??semestinya kita tidak akan kaya..semestinya kita tidak akan berkuasa sekuasa2nya....dan kita tidak akan 'bebas'..fikran,akal,perasaan,ketenangan dan segala2nya.
    wALLAHU a'lam.: mata ke tiga

    ReplyDelete
  6. Dr, Terlanjur perahu boleh berundur. Terlanjur perkataan binasa badan.

    Itulah pemimpin ulamak SUUK. Kecik2 tak nak mati dah tua menyusahkan orang.

    ReplyDelete
  7. Tahniah juga kepada Dr. Walau berbeza idelogi politik Dr dapat mempamer kematangan politik. Saya doakan semoga Allah memberi peluang dan ruang sekali lagi kepada Dr untuk kembali bergiat aktif dalam persada politik tanahair.

    Apa-apa pun matlamat penyatuan ummah menjadi teras serta landasan yg jitu agar Islam terus dimulia dan dimertabatkan.

    ReplyDelete
  8. Haji Hadi Awang, satu contoh klasik ulama jahat.Dia tak mencapai standard ulama warisatul anbia.Ulama warisatul anbia tak takut mati,tapi Hadi takut kat DAP dan Lim Guan Eng dan Karpal singh.

    ReplyDelete
  9. malam ni berita TV3 ada berita puak keristian dah start test market kat penang dgn menyebarkan kitab bible pd budak sekolah melayu...

    ReplyDelete
  10. Haji hadi bukan seorang ulamak pun, hanya seorang ahli politik yang hanya menggunakan agama.

    Baginya agama berada didalam politik & bukannya politik sebagai sebahagian drp cabang agama.

    Politiklah yang akan membuat keputusan keatas apa-apa masalah yang timbul dalam agama.

    Kalau dalam agama sesuatu itu haram, politik boleh halalkan dan begitulah juga jika sebaliknya berlaku.

    Dalam al-quran, Allah menyebut tentang ahli-ahli kitab yang yang menjual ayat2 Allah untuk habuan dunia yg kecil. Itulah dia ahli ulamak dlm PAS. Habuan untuk dipilih menjadi wakil rakyat.

    ReplyDelete
  11. Ust Hadi patut tarikh balik kenyataan kat TV

    ReplyDelete
  12. kerana politik hadi kata non muslim can use "Allah"

    ReplyDelete
  13. Salam YB Dr Khir. Secara peribadi saya amat kagum dengan pendirian Dato' Harun Taib dan Dato' Dr Haron Din yang berpegang teguh dengan keputusan mereka. Andai kata mereka tiada sudah tentu Presiden dan Mursyidul Am bagi lampu hijau pada LGE untuk proceed. Demi untuk ke Putrajaya, akidah pun cuba untuk diputarbelitkan. Ekonomi mereka dah kuasai, politik kita pun mereka nak lebih dan akidah kita pula dia nak permainkan. Apa tujuan bible dalam bahasa melayu? Inilah agenda halus mereka akibat perpecahan orang Melayu.. Bila Melayu lemah, masa bagi mereka untuk menyerang... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  14. Saya lihat pendirian Haji Hadi caca marba, sekejap sokong sekejap tak sokong, pusing kiri kanan, atas bawah dan akhirnya UMNO jugak yang disalahkan. Maaf Dr, pada saya tak perlu ucap apa-apa pun pada Haji Hadi, kerana beliau diibaratkan seperti kerbau yang dicucuk hidung oleh dua makhluk haiwan dari PKR dan DAP demi memenuhi nafsu buas menghina agama Islam..NOKTAH

    ReplyDelete
  15. Ds jgn caya dgn puak munafik ni kejab lagi U turn.. Depan penyokong cakap lain belakang buat lain..ooopp bab belakang ni Hj hadi belajar dari nuar..depan belakang atas bawah.,

    ReplyDelete
  16. hadi dan N.AJIS bkn ulamak. mereka ialah satu kecelakaan pada umat ISLAM. wajib kita umat ISLAM bersatu dan menolak Parti Ajaran Syaitan

    ReplyDelete
  17. Dato saya masih tercari pendirian UMNO dalam isu kalimah Allah ni, bolih bagi pencerahan?

    ReplyDelete