Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, April 17, 2014

Takziah Kepada Keluarga Mendiang Karpal Singh

1. Berita kemalangan maut yang menimpa Ahli Parlimen Bukit Gelugor merupakan sesuatu yang amat mengejutkan. Namun itulah ketentuan Allah bahawa setiap manusia itu akhirnya akan "menghadap" pencipta yang maha kuasa apabila tiba waktunya.

2. Pemergian mendiang Karpal Singh merupakan satu kehilangan kepada Negara. Negara kehilangan seorang tokoh politik yang dihormati lawan dan kawan. Ada banyak hal saya tidak bersetuju dengan beliau termasuklah cara beliau menentang undang-undang Hudud.

3. Namun kita tidak boleh menafikan sumbangan beliau kepada pembangunan dan kemajuan negara ini terutama dari segi menjadi agen "checks and balances" kepada parti pemerintah.

4. Takziah kepada keluarga mendiang Karpal Singh. Saya berharap mereka semua dapat bersabar dan redha dengan kejadian ini.

1 comment:

  1. Benar DS. Walaupun Karpal nie seorang yg banyak lagak dari kerja tapi dia juga merupakan seorang yg ada prinsip. Prinsip ini yg membezakan dia dengan Anuwar, Hj Hadi serta Nik Aziz. Dia ada kelas tersendiri.

    ReplyDelete