Thursday, April 24, 2008

Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Baru-baru ini sebuah akhbar dengan lantang mendakwa kekalahan Barisan Nasional di Selangor merupakan Padah Penyapu yang dikatakan sebagai satu bentuk sial. Justeru izinkan saya mengulas sedikit isu ini supaya ia tidak lagi berpanjangan.

Sebagai seorang Ketua Kerajaan yang selalu mendapat aduan berkaitan dengan ketidakcekapan pegawai-pegawai di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terutamanya, berkaitan dengan masalah-masalah penyelenggaraan yang terabai langsung. Isu ini turut sering kali ditimbulkan oleh media massa utama negara TV3. Pada suatu ketika kredebiliti dan kepercayaan rakyat kepada kerajaan turut terhakis.

Apabila saya menghubungi pegawai-pegawai PBT, jawapan mudah mereka ialah tiada peruntukan untuk menyelenggarakan kawasan jagaan mereka. Ini menunjukkan masalah pendapatan PBT yang tidak seimbang dengan perancangan.

Menyedari masalah ini saya mengambil pendekatan untuk mengatasai dengan memastikan cukai yang dipungut mencapai tahap sekurang-kurangnya 50% untuk menampung perbelanjaan penyelenggaraan infrastruktur dan kemudahan awam.

Selain itu, Kerajaan Negeri juga mencari peruntukan di peringkat negeri untuk diberikan kepada PBT.

Perbincangan juga kerap diadakan. Laporan saban minggu dibentang. Namun prestasi tahap kecekapan pegawai masih terlalu rendah. Dalam satu mesyuarat, saya telah mencadangkan pada awalnya sistem rating diperkenalkan.

Siapa yang mendapat rating tertinggi atau terbaik akan diberi peluang untuk membuat lawatan ke luar negara bagi meningkatkan kecekapan mereka. Bagi mereka yang mendapat rating terendah pula diwajibkan untuk belajar dengan rakan PBT dalam negeri Selangor atau di dalam negeri-negeri di Malaysia.

Sistem rating ini digunakan untuk beberapa tahun dan namun tidak membawa sebarang kesan positif.

Pada satu mesyuarat lain, kita telah mengambil keputusan mana-mana PBT yang mencapai tahap kecekapan 80% dianggap cemerlang dan diberi ganjaran dengan membuat lawatan luar negara dengan tujuan belajar dan membangunkan teknologi yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi kecekapan.

Bagi PBT yang gagal mencapai paras minima akan dikenakan tindakan tertentu untuk mereka bagi menyedari terlalu banyak masalah perlu diselesaikan.

Banyak tindakan bagi membantu atau merubah sikap kerja bagi mencapai tahap minima ini telah dilaksanakan namun ia gagal membawa perubahan. Antaranya ialah menegur Ketua Jabatan dan kakitangan, mengambil tindakan "mempetisejukkan" pegawai tertentu yang ternyata gagal dengan tugas, menahan kenaikan pangkat dan juga pemberhentian bagi pegawai kontrak yang gagal mencapai tahap minima juga diambil.

Malangnya semua tindakan ini tidak memberi kesan positif. Masih ada lagi PBT yang tidak mengambil endah dengan pencapaian mereka. Saya terus menerima aduan kekecewaan rakyat terhadap prestasi buruk PBT berkenaan. Malah ada rakyat yang mengatakan lebih baik tiada perkhidmatan diberikan supaya rakyat tidak mengharapkan sesuatu perkhidmatan itu diberikan.

Sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat, saya mengambil tindakan untuk menghantar pengawai-pegawai ini berkursus bagi tujuan meningkatkan tahap kecekapan dan disiplin pegawai di PBT berkenaan.

Pada ketika itu, saya amat bimbang dan khuatir rakyat kurang percaya kepada mereka dan ini memberikan kesan yang buruk kepada kerajaan. Justeru satu perbincangan telah diadakan oleh pegawai-pegawai PBT seluruh Selangor.

Ada yang mencadangkan memberhentikan atau membuang kerja pegawai-pegawai yang telah dikategorikan pasif dan tidak produktif. Ada cadangan untuk mengambil tindakan memberi hadiah simbolik sebagai lambang untuk mereka meningkatkan produktiviti mereka.

Lebih ramai yang bersetuju dengan cadangan untuk memberi hadiah simbolik ini. dalam perbincangan itu juga timbul beberapa cadangan seperti, "menggantung selipar buruk di leher", "Memakaikan baju buruk" dan ada juga yang mencadangkan supaya diberi hadiah penyapu.

Hadiah Penyapu dipilih kerana ia merupakan simbolik sebagai usaha untuk membersihkan sikap buruk dan masalah di PBT tersebut.

Perkara ini turut diberitahu oleh salah seorang pegawai biasa dilakukan di negara-negara yang mempunyai produktiviti tinggi seperti di Korea Selatan. Dan saya telah mengarahkan supaya mesyuarat membuat pilihan, akhirnya penyapu telah dipersetujui seabagai hadiah kepada PBT yang gagal mencapai tahap pungutan cukai minima.

Perkara ini diputuskan setahun awal dengan tujuan memberi masa secukupnya kepada PBT meningkatkan tahap kecekapan mereka. Pelbagai kelonggaran juga diberikan seperti menukar jumlah hutang kepada aset seperti hartanah dan sebagainya.

Semua PBT telah mencapai tahap cemerlang kecuali satu PBT yang tidak mencapai tahap minima yang ditetapkan. Dan kita telah membuat keputusan bersama untuk menghadiahkan penyapu tersebut.

Walaupun kita terus membantu PBT melepasi tahap minima tersebut namun ia masih gagal untuk melaksanakannya.

Justeru saya perlu mengotakan keputusan mesyuarat untuk mengelakkan tanggapan saya seorang ketua yang pilih kasih. Jika ini berlaku ia pasti memberi memberi impak negatif kepada mereka yang berjaya melepasi tahap minima dan cemerlang.

Saya juga akan dianggap sebagai seorang ketua yang tidak menunaikan janji. Atas dasar itulah dengan rasa berat hati saya membuat keputusan untuk meneruskan anugerah tersebut. Kerajaan negeri tiada niat langsung untuk memalukan mana-mana individu. Hadiah tersebut diberi kepada PBT berkenaan bukannya kepada individu tertentu.

Dan kita melaksanakan ini atas kepercayaan bahawa penyapu tidak membawa impak sial dalam hidup. Bagi saya tiada hari, tiada bulan, tiada tahun dan tiada benda-benda yang boleh mendatangkan sial dalam kehidupan. Itu jelas dinyatakan dalam al-Quran.

Saya tahu memalukan pegawai adalah perkara yang membawa dosa.

Saya jelaskan sekali lagi keputusan ini telah dipersetujui bersama termasuk oleh PBT berkenaan dan ia bukan diberikan kepada individu. Malahan YDP PBT tersebut pada awalnya menerima dengan hati terbuka seperti dilaporkan oleh media massa. Namun beberapa hari kemudian berubah nada. Tidaklah jelas kepada saya apa yang berlaku di belakang tabir sehingga ia boleh berubah demikian.

Tujuan anugerah ini hanya sebagai lambang peringatan agar PBT tersebut membersihkan masalah dan ketidakcekapannya. Saya sebenarnya amat menyayangi para pegawai kerajaan dan mengharapkan rakyat juga menyayangi mereka dan menghormati mereka. Pegawai-pegawai yang disayangi rakyat adalah mereka yang bertanggungjawab dan saya yakin sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan adalah mereka yang bertanggungjawab.

Saya kesal bila mana saya dianggap tidak sensitif dengan budaya yang saya anggap tidak wujud sama sekali. Dan saya yakin kepada al-Quran. Jika orang Melayu masih percaya perkara tahyul dan kurafat ini, bagaimana kita mengatakan kita telah berjaya merubah minda orang Melayu.

Saya katakan begini kerana bila mana saya mahu berpindah ke rumah sendiri, ibu saya membekalkan enam penyapu untuk saya gunakan membersihkan tumah. Saya juga lihat si tukang sapu juga bukan satu pekerjaan yang sial. Saya amat berharap kepada mereka yang masih berfikiran sebegini memikirkan semula adat manakah, kepercayaan manakah yang mereka fahami.

Ironinya selepas sahaja PBT ini mendapat hadiah penyapu, kadar kutipan cukai mencapai tahap cemerlang dan kecekapan PBT ini jelas meningkat. Rakyat kurang membuat aduan, kekecewaan dapat dikurangkan dan rakyat semakin senang dengan PBT tersebut.

Jika hadiah penyapu tersebut membawa sial kepada PBT tersebut, pastilah PBT tersebut akan lebih buruk pencapaiannya, orang lebih menyampah dengan pegawai-pegawainya dan PBT tersebut dianggap PBT yang tidak berfungsi. Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku. Kepada mereka yang masih berfikiran jumud, saya harap dapat membuktikan ayat al-Quran atau Hadis mana yang menunjukkan penyapu itu sial. Adat manakah yang mengatakan si tukang sapu itu orang yang sial.

Adakah benar penyapu membawa sial atau pun sikap kita sendiri yang membawa "sial" sehinggakan kita tewas Pilihan Raya Umum ke 12 lalu?

Saya berkeyakinan sikap dan tindakan kitalah yang menjadi punca kekalahan tersebut. Marilah kita sama-sama berfikir untuk mengenal pasti sikap, tindakan dan pemikiran "sial" kita daripada kita "mensialkan" penyapu. Selagi kita tidak mampu bersikap jujur dan melakukan muhasabah dan menerima kelemahan diri sendiri, rakyat akan terus menolak kita.

Saya percaya yang menjadikan kita "sial" ialah sikap kita yang tidak mahu memahami masalah rakyat secara menyeluruh. Jika benar mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat, kita perlulah membuang sikap "sial" kita ini. Jadilah pemimpin yang mendengar masalah rakyat dan bertindak meringankan bebanan mereka.

Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain!

145 comments:

kyuzo uehara said...

salam dr khir,

saya sebenarnya sangat bersetuju dgn tindakan kjaan selangor dulu menghadiahkan penyapu kpd PBT yg tidak produktif.. pada masa berita itu disiarkan, saya ketawa besar sedangkan ahli keluarga saya kata "hishhh.. teruknya buat macam tu!"..

sebabnya, kalau saya pun saya akan bagi penyapu kpd orang2 yg bekerja di bawah hierarki saya sekiranya dah banyak kali cakap, tegur, nasihat tapi masih tak berubah dan masih lagi jadi tajuk utama komplen orang ramai..

PBT adalah organisasi yang melibatkan orang ramai.. pantang bagi saya jika kita bekerja dan mengakibatkan orang ramai susah..

baru bagi penyapu pun orang dah kata bawa sial.. agaknya nak kena bagi Vacuum.. nampak hi-class kot??

nasib baik bagi penyapu, bukan baling telur busuk..

Hairulazuar said...

saya adalah bukan penyokong parti umno tapi tang ni saya amat setuju dengan datuk sri syabas....... ini baru sikap pemimpin risiko keatas diri sendiri letak di belakang saya setuju benda ini 100% tanpa ragu-ragu tapi yang lain2 kena bagi fakta yang jelas la dulu.Tahniah penjelasan yang amat jelas tanpa ada sembunyi fakta diharap penjelasan ini dijadikan roll model oleh datuk dimasa hadapan. thanks full point 4 u.

wham said...

Damaged has been done Datuk. Walaupun tujuannya baik tapi impak negatifnya mengatasi yang baik. Nak pemilihan UMNO ni nampaknya ada orang-orang di luar sana yang menyakat Datuk. Banyak lagi yang akan keluar..Macamanapun teruskan perjuangan Datuk yang berani menyuarakan keadaan sebenar di akar umbi. Kami tak mau pemimpin yang masih tido lagi. Nak betulkan keadaan dah terlewat, buang masa je dan lebih bagi advantage untuk opposition. Dan yg lebih mengecewakan,pemimpin yg tido ni tak bijak. Buat lebih banyak blunders sejak PRU 12.Recently, lantik senator maznah jadi tim. menteri. Punyalah banyak talent dalam wanita UMNO tapi tak dilantik. Kamikaze ke ni?

Pinkwatch said...

Dear Dato' Dr Khir Toyo,

Setelah membaca tulisan Dato' ini, saya yakin apa yang telah Dato' lakukan sememangnya utk kebaikan semua. Tetapi bukan senang utk memuaskan hati semua pihak. Apapon saya nampak ini lebih kepada politikus orang2 tertentu yang cuba menjatuhkan Dato' setelah prestasi yang ditunjukkan oleh Dato' semasa menerajui negeri Selangor boleh dikatakan cemerlang. Usahlah bimbang kerana kita percaya pada Allah dan AlQuran. InsyaAllah Dato' di jalan yang diredhai Nya.

Bercakap mengenai penyapu, suka saya ingin komen di sini. Rata-rata pelajar postgraduate yg dihantar oleh kerajaan ke sini (UK) bekerja part time sbg CLEANER atau lebih tepat tukang cuci. Ini sememangnye merangkumi 'tukang sapu, tukang vaccum, tukang lap habuk, tukang basuh toilet/jamban, tukang mop' dan macam2 lagi jenis tugas yg biasa seorang CLEANER lakukan. Tiada yang memandang hina kepada mereka. Malah duit hasil CLEANING ini juga lah yg membantu kebanyakan pelajar2 postgrad di sini membawa pulang MERCEDES, HONDA, BMW, Pinggan2 China, Perabot2 Italian dan banyak lagi lah barang2 mewah sehinggakan ada sesetengah pelajar yang menyewa kontena 40 kaki pon masih tidak cukup! Oleh itu, moral kepada cerita ini, jika keje tukang sapu atau penyapu itu dikatakan membawa sial, maka apa yang berlaku dalam cerita saya ini, sepatutnye tidaklah boleh berlaku. Tetapi yg sebaliknya berlaku. Rezeki semakin bertambah, Alhamdulillah.

-tukang CLEANER di UK-

Quziee said...

I understand your comment and as former civil servant I am aware of low productivity among civil servant. It is a miracle to change them as their merit is not appreciated if they work harder than others. Anyway agreed that we have to do something and bukan saja penyapu tapi bagi selipar jepun je pada mereka ni. And another thing there are a lot of double standard in the civil service and this is why i personally left civil service to join the private sector.

Salam

Keranda Umno said...

Assalammualaikum dr khir,

Saya tidak menyokong atau membantah dr khir menganugerahkan penyapu.

cuma Isu penyapu ini sering kali ditimbulkan oleh media massa utama negara dan TV3 yg tidak pro kepada dr khir begitu juga dgn isu babi.

orang melayu kita juga sering mengkaitkan penyapu dgn sial pada hal manusia tiada yg sial di sisi Allah.

orang melayu juga lebih mempercayai jampi mentera dari Doa atau sembahayang hajat.

bagi saya orang2 melayu Islam yg tiada berpegang kepada ajaran Agama Islam saja yg percaya kepada penyapu akan membawa sial.

firman Allah yg bermaksud:
tiada benda2 yg boleh memudaratkan kamu kecuali Allah.
walahhualam.

crazee nicky said...

Saya penyokong Pakatan Rakyat..
Tapi saya amat kagum dengan tindakan Dato' Seri memberikan penyapu kpd YDP PBT Hulu Selangor..
Ia satu "hadiah" yang cukup simbolik dalam menyatakan ketidakpuasan hati rakyat kpd Jabatan Kerajaan yg tidak memainkan peranan menjalankan kerja yang telah dipertanggungjawabkan kpd mereka..
Pada mereka yang mengatakan penyapu itu 'sial', bermakna setiap rumah di Selangor malah Malaysia, begitulah banyak sekali sialnya, kerana saya percaya setiap rumah pasti ada penyapu...

bppt06 said...

pe khbar abg khir..

tentang penyapu ni saya sangat sokong walaupun saya buka kkroni bn,,,

apapun tahniah la..

jay jay ape kabe..?

Doktor No said...
This post has been removed by the author.
Serikandi said...

Salam Dato' Seri,
Sekadar nak sorot kembali keputusan PRU12 baru-baru ini.. PBT mana yang diberi penyapu? Kalau dikatakan sial oleh penduduk Melayu tempatan, kalah ke calon-calon UMNO dlm Parlimen tersebut? MENANG SEMUA? Kecuali Parlimen? Yang menang pun MELAYU? Mana yang sialnya??? Mungkin juga kalau tak diberi hadiah penyapu, calon-calon DUN di Parlimen tersebut mungkin kalah.. Rakyat mungkin marah atas ketidakcekapan PBT dan ditunjukan dalam pilihanraya baru-baru ini. Sepatutnya wakil rakyat tersebut bersyukur kerana sialnya telah disapu dengan penyapu yang diberi oleh Dato' Khir.
TAHNIAH

meng said...

YB Dr. khir

Abang,
adakah penyapu membawa sial
atau hanya pemikiran sahaja membawa sial?
penyapu ialah penyapu sahaja
tidak membawa apa makna


penyapu membersihkan,
membersihkan kekotoran,
cucian dan akhirnya bersih

adik tidak berani comment banyak
dalam isu ni, tetapi penyapu
merupakan salah satu benda dalam dunia dicipta
ia menpunyai kegunaan dan tidak
baik atau buruk sebenarnya

"kita tengok television,
belajar kungfu, mesti cuci baju
masak dan menyapu lantai,
mengapa ? insaf dan bermula dari
asas dan naik dengan langkah demi langkah"

Sedingin Salju said...

Tahniah atas penjelasan yang berani ini Dato. Yalah, kalau penyapu bawa sial, orang yang bukak kilang penyapu, lagilah sial berkali ganda.

Jed Yoong said...

Datuk,

What a passionate post from the heart. I do hope that it's you who blogs and not someone else.

I have to agree that this Broom issue was negatively played up by the local medie.

I think it's a GREAT idea.

These guys have to WAKE UP. And humiliating them may the only way. Anyway, shame or pride is all a matter of perspective.

They should realise that they can improve and avoid receiving the award the next time.

Our civil service sucks. Having said that, in the UK, the civil service is also considerably less efficient than the private sector. Sluggishness may be a symptom of cushy government employment.

Raising our country's productivity levels will automatically lead to an improved civil service. But attitudes are planted from young. When you are set in your ways, a good jolt like receiving a broom may be the best way to change.

Hairulazuar said...

dato kalau 60% pemimpin macam ini insyaallah saya akan sokong umno tapi yang tak sedapnya pasal isu babi kat tv3 tadi dato still macam biasa maka kalau dato still macam tu tak ada peluanglah lagi untuk dato..........

ahmadi said...

Dato',

Saya percaya niat baik Dato' itu.
Kalau blh biar anugerah penyapu ini dijadikan acara tahunan lagi bagus.

umnos15 said...

Saya SOKONG 100% tindakan Dato' Seri
dan Setuju dgn kenyataan ini. walaubagaimanapun, saya mendapat tahu bahawa, setiap PBT mempunyai level @ gred pembangunan.. dan mungkin sukar utk PBT di kawasan HULU utk membayar cukai berbanding kwsn membangun..

wmu350 said...

apa khabar dsk..
berkenaan kes penyapu ni saya dari awal lagi menyokong dsk...melayu ni terlalu manja,terlalu sensitif tak kena tempat...memang bangsa kita ni kena sentiasa digerak dan jangan terlalu emosi tak bertempat,apa salahnya dengan penyapu,memang dsk buat kerja yang betul dan berani untuk ubah minda..saya sokong 100%,dsk sayang bangsa dan orang2 yang lantang ni pun sayang bangsa tapi kami sayang bangsa kami tak nak tengok bangsa kami terus leka sehingga kaduk naik junjung..

sekali lagi saya anggap ramai yang ambil isu ni secara peribadi,kenapa tak tengok isu ni sebagai pembuka minda jika tidak mahu malu kita mesti buat kerja bersungguh2 untuk menyenangkan rakyat juga,bukan senang untuk mengubah pemikiran orang yang dah berkarat ni...(saya pun pernah kena halau tapi saya tidak ambil ia peribadi kerana saya anggap yang halau saya tidak tahu matlamat saya,tak kecil hatipun malah tetap setia bersama umno)

masalah orang melayu ni adalah bila ada suara lantang berbicara sesuatu perkara mesti kena cop tak baik tapi hakikatnya bukan semua lantang tak ada otak,orang mcam dsk ni patut kita kritik,tegur,bantu dan sokong kerana beliau memang ada karisma jadi pemimpin melayu...kita nak kuatkan dia(biar dia jadi pembangkang kali ni)cuba bagitau saya berapa ramai pemimpin muda dlm umno yang ada mcam dia?boleh dikira,yang banyak lari masuk PR,mcamana nak jadi pemimpin hebat kalau selalu lari,kalau umno tak betul,masuk betulkan jangan baling batu lepas tu lari pi parti lain.takan ini pun pihak2 tertentu nak jatuhkan dia,saya tak percaya akar umbi mcam kami yang nak jatuhkan dsk!!....

kepada dsk teruskan memimpin kami generasi muda ni....walaupun kami kadang2 marah,lantang berbicara,bercakap main sedap mulut saja tapi percayalah kami sayangkan pemimpin yang jujur dan ikhlas.saya yakin dengan kepimpinan dsk...kalau dsk suruh pak lah buat exit plan cepat bukan bermakna dsk kurang ajar pada pemimpin.... jadi kamipun sama juga,kami menulis pendapat dan pandangan disini bukan kami takde kerja lain nak buat... tapi demi kepanasan dan tercabar maruah diri bila umno nak ditelanjangkan oleh bangsa yang tak faham perjuang melayu....
walauapapun kami,tiada siapa boleh menghalang untuk kami menyuarakan pendapat dengan cara tersendiri tetapi yang pasti saya tetap menyokong dsk bukan kerana nama dia dsk tetapi kerana.... sikap,ketegasan,ikhlas dan jujur adalah perkara yang utama meyakinkan saya berbangga mempunyai pemimpin yang bagi penyapu ini.
lihatlah yang tersirat dan tersurat bukan sensitif dengan penyapu wahai bangsaku!

HAYATILAH PERJUANGAN UMNO
DAN JANGANLAH
DIWARISI SEMATA2....

Zaaba said...

Assalamualaikum Dr. Khir,
I do not believe in "sial" of the broom. As you rightly pointed out it is not part of Islam. Addressing laggards has always been an issue in many organisations. Motivating this type of people requires certain specific skills that may not be possessed by many. Otherwise so-called motivational consultants/speakers would be out of job! One possibility is area rotation for the heads. Without the benefit of understanding the issues involved, I can only suggest.
The “broom-award” was not, I think, the main cause for BN’s defeat in Selangor. Nonetheless it is a contributing factor albeit (possibly) a minor one.

Thank you.

//mythoughtsbyzaaba.blogspot.com

Abu said...

Assalamualaikum.... DS..

Masa saya lihat DS bagi penyapu dalam surat khabar...memang kami pun satu pejabat dok gelak... Walaupun kami percaya penyapu tidak membawa sial tapi DS fikirlah sendiri apa perasaan Dato' kalau DSAAB beri DS Penyapu di Parlimen yang disaksikan oleh media dan ditayangkan ke seluruh negara kerana BN jatuh ke tangan pembangkang?

Aspek kedua.. yang menyebabkan saya sendiri tergelak...ialah sikap tidak profesional ahli majlis mesyuarat termasuk DS yang memilih untuk memberikan penyapu...kalau datuk beri piala dengan title "Anugerah PBT Tercorot" saya rasa inipun sudah memberi impak yang baik dan lebih profesional.

Aspek ketiga..memang orang beriman percaya penyapu tidak bawak sial. Tapi, penyapu tu tujuannya ialah untuk membuag kotoran atau dipanggil alat untuk membuang kotoran sama seperti berus tandas atau berus bilik air. Alat untuk membuang kotoran ini di rumah tidak diletakkan di dinding dengan ditaruk riben untuk dibuat perhiasan. Apatah lagi jika diberikan hadiah oleh MB kepada PBT. Alat-alat ini biasanya ditempatkan di stor atau dihujung-hujung dinding yang tidak dimuliakan. Alat ini diperlukan oleh manusia untuk membersih tetapi bukanlah alat yang dimuliakan. Justeru, tidak sesuai sesuatu yang tidak dimuliakan diberikan hadiah secara formal kepada orang lain.

Keempat...Hadiah enam batang penyapu ibu DS berikan kepada DS mempunyai tujuan berbeza dengan apa yang DS berikan kepada PBT. Sebab itu, kesannya berbeza. Hadis ada menjelaskan "Setiap perbuatan berdasarkan niat." Ibu DS bagi penyapu dengan niat yang betul agar DS boleh gunakan untuk membersihkan rumah. Tapi DS bagi Penyapu kepada PBT, walaupun DS berniat baik, tapi semua orang termasuk saya sendiri merasakan bahawa itu adalah tujuannya menghina.

Kelima...Walau bagaimanapun syabas kepada DS kerana berjaya membawa perubahan kepada PBT terbabit. Cuma DS perlu lebih profesional mungkin dengan mengambil pendekatan Private Sector dalam menangani masalah yang dihadapi oleh PBT yang bermasalah.

Sekian...Sekadar Pandangan.

alan said...

Salam dr,

Saya sebenarnya menyokong tindakan dr dahulu memberikan anugerah penyapu. Sebenarnya pada saya, sepatutnya tiada isu panas yang timbul tetapi disebabkan kejahilan sebahagian orang melayu yang meletakkan adat lebih dari agama yang menyebabkan isu ini diperbesarkan.

Walaupun kita sudah merdeka 50 tahun tetapi sebahagian orang melayu masih lagi memiliki fikiran zaman jahiliah.

Sayan berharap orang melayu dapat sedar dari mimpi karut ni.

ABE G.mie said...

PKR DAN PAS diBABIkan OLEH DAP
Oleh: abe MIE (penulis bebas)

saya gemar melayari website dan membaca HARAKAH. ini luahan hati saya tentang akhbar berkenaan yang semakin hari semakin nyanyuk dan 'tua'

‘Khalifah Islam Ke-5’, iaitu Umar Bin Abdul Aziz disamakan dengan Lim Guang Eng. Gara-gara kononnya ‘telah’ berjaya menghapuskan rasuah, ‘membersihkan’ pentadbiran di bawah pimpinan BN dan memberi ‘saguhati’ dengan menaikkan elaun guru agama di Pulau Pinang menyebabkan Guan Eng layak diberikan gelaran sedemikian.

Guan Eng juga diibarat ‘Mr Clean’.
Benarkah dan cuba kita fikirkan propaganda ini?

Guan Eng juga turut serta menjayakan perayaan pelbagai agama. Misalnya dalam perarakan Maulidur Rasul baru-baru ini. Beliau juga dijemput oleh panel Jawatankuasa Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Saya kagum dengan beliau kerana mendapat ‘kejutan pengiktirafan’ walaupun beliau bukan beragama Islam (dan tidak pernah menunaikan sembahyang lima waktu sehari semalam).

Sekiranya diamati sejarah Islam, puak-puak Yahudi yang mempunyai niat memburukkan Islam dengan sanggup menjadi pengikut Islam dan guru agama. Apabila mendapat kepercayaan, lama-kelamaan akan tanpa disedari mereka akan merosakkan ajaran Islam dengan mencampur aduk serta mengelirukan ayat-ayat suci al-Quran.

Lim Guan Eng bukan orang yang saya maksudkan.

Selepas isu penternakan babi, DAP dikagumi kerana Guang Eng seorang tokoh ‘ulama segera’ oleh PAS dan PKR. Setiap detik saya membaca lama web pembangkang, seolah-olah PAS dan PKR tetap menjadi ‘tali barut’ DAP dan ‘lembu peliharaan’ tidak kisah dicucuk hidung dibawa ke hulu ke hilir.

Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku?

Jawapannya PAS dan DAP masih ‘terhutang undi’ dalam pilihan raya yang lepas sehingga berjaya melantik Menteri Besarnya di Perak dan Kedah. PAS sanggup berkompromi untuk tidak menjadikan Islam sebagai pemerintahan dan lebih suka mencari kesilapan dan menghentam secara memBABI buta apa yang dilakukan oleh UMNO-BN yang merupakan saudara semelayu dan seagamanya.

Misalnya, apabila Karpal Singh menentang tindakan PAS menjadi ketua pembangkang dan menyuarakan slogan Membangun Bersama-sama Islam dengan mempopularkan ‘Hudud Pas’, PAS diam tidak berkata-kata. Begitu juga Puteri Katak dalam PAS kelu membisu seribu kata.

Ini belum diceritakan tentang sokongan PAS pada Hindraf yang selama ini PAS sentiasa memberi peringatan yang Islam mempunyai musuh di pelusuk dunia termasuklah Hinduisme.

PAS tersorong-sorong membantu Hindraf dan bersekongkol dengan mereka semata-mata untuk undi. Lama kelamaan, saya percaya orang India akan tersedar dari mimpi indah menjadi ‘Kelab Penyokong PAS’.

Bagaimana dengan pemerintahan PAS lebih 18 tahun di Kelantan? Tidak pernah saya mendengar Tuan Guru Nik Abdul Aziz digelar pemimpin ‘selayak’ Guan Eng yang menjadi Menteri Besar kurang empat bulan.

Adakah ketokohan Nik Aziz sudah ‘tidak laku’ atau basi? Atau Guang Eng lebih hebat daripada bekas pemimpin ABIM, Anwar Ibrahim yang tidak lagi bercakap betul dan berbelit-belit.

Sebelum ini PKR dengan 100 peratus berceramah yang Mantan Anwar Ibrahim akan dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia walaupun sanggup ‘mencuri’ Yang Berhormat dari Sabah dan Sarawak.

Pada perhimpunan ‘Black 14’, Anwar secara terang-terang memperbodohkan rakyat Malaysia dengan sloganya ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’ apabila meletakkan isterinya sebagai ‘bayangan Perdana Menteri’ dan beliau akan ‘bersabar’ untuk menjadi PM selepas pilihanraya akan datang.

Melantik isteri dan anak sebagai wakil rakyat membuktikan bibit-bibit bunga nepotisma diamalkan oleh Anwar sebelum menjadi PM nanti. Pendustaan yang beliau akan mengambil alih kawasan Parlimen mana-mana dimenangi oleh PKR.

Bahkan diceramahnya enak didengar dan menjadi madu di telinga, sering memperjelaskan yang beliau (sekiranya menjadi PM dan Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan) yang harga petrol akan diturunkan, membantu semua orang miskin, menaikkan elaun dan gaji pekerja di sektor awam dan membela pekerja swasta, menyediakan peluang perniagaan, menyelaraskan hal ehwal pelbagai agama dan 1001 janji.

Di Selangor sehingga kini rakyatnya seperti itik kehausan menunggu air subsidi sehingga berbulan-bulan. Yang menjadi kekeliruan, ‘kebajikan’ babi menjadi keutamaan.

Bahkan setiap masa, pemimpin DAP, PKR dan PAS sentiasa berceramah memperburukkan UMNO dan BN.

Rasionalnya, mereka perlu membuktikan bagaimana pengurusan pentadbiran mereka mampu membawa rahmat kepada rakyat sebagaimana mereka laungkan sebelum ini.

Nasihat saya, Pakatan Rakyat perlu mengikis mentaliti pembangkang kerana mereka adalah ‘kerajaan negeri‘ kepada Perak, Kedah, Selangor dan Kelantan dengan memberi ‘kebajikan’ bukan membuka ‘keaiban’ dengan menjamin kestabilan politik dan memperluaskan peluang pekerjaan kepada rakyat.

Ceramah mereka pada setiap masa boleh memberi stereotaip yang Malaysia kini seperti negara Nepal, India, Pakaistan, Myanmar dan Filipina. Pelabur hanya berminat melabur di Vietnam dan China.

Bila hal ini berlaku, gelombang tsunami menjadi terkena muka sendiri apabila rakyat yang setiap masa disajikan ceramah mengadu domba daripada sajian peluang kerja.

kudin said...

Saya menyokong tindakan memberikan hadiah penyapu tersebut walaupun saya telah menyokong pakatan rakyat pada pilihanraya lalu .

Pun demikian besar kemungkinan lebih baik jika penyerahan itu tidak diserahkan kepada individu. Contoh : gantung di pintu masuk PBT tersebut.

Penulisan Dr dalam hal ini jelas berpegang dengan prinsip yang kuat...namun agak malang dalam komen-komen Dr berkenaan isu babi di Selangor ...nyata Dr. goyah...

Dr.. orang yang berprinsip teguh akan tetap disanjung walau dimana dia berada...

BlueMoon said...

Assm Dato,

Saya berpendapat Penyapu, walau dari sudut mana pun dipandang, masih lagi dilhat sebagai sebuah alat yang berkaitan dengan sampah dan kotor. Oleh itu Penyapu bukan sahaja satu penghinaan malah hadiah yang amat memalukan kepada Penerima. Tujuan murni Dato Seri yang hendak mendisiplin PBT bertukar menjadi langkah untuk memalukannya. Masih banyak lagi instrumen lain yang boleh Dato Seri gunakan seperti surat tunjuk sebab, kenaikan statik, ataupun ditukar ke jawatan yang kurang penting. Oleh itu saya masih lagi berpendapat idea Penyapu yang dicetuskan oleh Dato Seri bukanlah satu keputusan yang matang. Dato Seri sepatutnya memikirkan secara mendalam serta mengkaji implikasi yang bakal timbul hasil dari percaturan Penyapu ini. Tidak semestinya apa yang dipraktis di timur atau pun di barat adalah sesuai untuk diterima oleh rakyat di negara ini. Namun semuanya telah berlaku dan saya pasti Dato Seri telah belajar daripada kesilapan ini.

Walaubagaimanapun saya bersetuju dengan Dato Seri bahawa keputusan PRU12 yang kurang memihak kepada parti Dato Seri tidak ada pertalian dengan hadian Penyapu ini. Seperti yang Tun Mahathir selalu katakan "Melayu lekas lupa"

Gonzales said...

Saya sangat sokong tindakan dato menghadiahkan penyapu tersebut; dan sepatutnya juga dihadiahkan kepada individu tertentu yang tidak productive, malas bekerja, lebih banyak duduk di kedai kopi. Kalau dato pergi ke kedai kopi berhampiran PBT lebih kurang jam 9:30 pagi, mungkin dato boleh lihat berapa ramai dan berapa lama mereka duduk bersembang di situ. Tiada sikap amanah pada diri mereka - banyak makan gaji buta.
Ada yang masuk kerja lewat. Cukup meluat. Pelanggan berbaris sebelum pukul 8 pagi untuk membuat urusan di kaunter, tetapi mereka tiba 15 minit kemudian. Pura-pura belek fail, ON computer. 8:30 pagi baru ready - awal-awal lagi dah makan gaji buta setengah jam.
Cuba dato tinjau sendiri apa yang saya katakan ni.

Rosmerah said...

Salam dato,
Saya amat setuju dengan tindakan menganugrahkan penyapu kpd PBT yang tak menunjukan prestasi yang baik.Cadangan saya juga agar anugerah penyapu ini di berikan kepda pembesar pembesar UMNO di semua peringkat sebelum pemilihan parti diadakan dan kita sapu keluar mereka yang tidak menyumbang kepada kekuatan parti dan yang merosakan parti. wassalam

p/s;Tolong hantar penyapu 2 lori ke rembau Dato.....

KEBIJAKSANAAN PANTUN MELAYU said...

Salam Dato' Seri,

Penyapu tidak sial. Saya ingin ucapkan syabas dan tahniah kepada Dato' Seri tapi bukan kerana menghadiahkan penyapu itu, sebaliknya kerana berani merubah dogma dan stigma kepercayaan orang Melayu yang keterlaluan; contohnya dengan menganggap penyapu = sial.

Kadang-kadang, manusia perlu diberi sedikit kejutan barulah dia hendak berubah. Asyik cakap saja tak lekat di hati.

Saya menyokong kuat budaya orang Melayu yang sopan-santun, lembut dan penuh beradab. Namun, dalam bekerja, jika orang Melayu tidak bekerja keras, tidak bersungguh-sungguh, tidak komited, culas dan sebagainya, saya yakin itu bukan sikap Melayu.

C-Clockwise said...

dr khir,

good on you. this is the first time i heard something that is truly has a connection with rakyat.

as much as i wanted to hear about the world of politics in Malaysia and the never ending UMNO saga. I think it's better for someone like you to talk about this stuff.

Kudos. keep up the good writing.

Ruz said...

Dr Khir

Tahun 2007 saya masih bekerja dengan sebuah pemaju perumahan swasta yang membangunkan tanah freehold milik pemaju sendiri di Puchong. Kawasan tersebut telah diusahakan sejak 1992 dan dijangka akan akan terus dibangunkan untuk 10 tahun lagi.

Apa yang menarik untuk saya kongsikan di sini adalah rahsia di antara pegawai penguatkuasa PBT dan dan kontraktor. Rasuah berada di mana-mana dan saya kongsikan beberapa contoh.

Situasi 1.
Pembeli telah mengambil kunci rumah dan ingin membuat renovation. Tetapi tidak disubmit borang untuk mendapatkan kebenaran melakukan renovation.

Staf pemaju akan contact kawan dia di PBT, memberikan maklumat serta alamat rumah. Beberapa hari kemudian penguatkuasa datang dengan kenderaan persendirian, biasanya lebih dari seorang. Pergi ke rumah tersebut untuk meminta settlement atau di saman. Biasanya kontraktor renovation akan setelkan kerana tidak mahu kerja tergendala dan saman pun cuma RM300 yang telah dikira masuk ke dlm quotation kepada pemilik rumah. Duit berpindah tangan. Kes ditutup.

Situasi ke-2
Juga kisah benar. Staf pemaju ingin buat renovation rumah teres dua tingkat yang dibelinya. Extend dapur sampai ke pagar tingkat bawah sahaja tetapi bumbungnya adalah concrete slab. ( Sekiranya concrete slab kena ada kelulusan plan tak boleh guna 'Standard Form'). Staf pemaju tentu ada kontek dengan orang2 PBT. Jadi dia menghubungi penguatkuasa terbabit dan kata penguatkuasa itu dia nak RM250 sebelum kerja renovation start dan dia akan pastikan rumah tidak akan disaman. Tetapi jika rumah telah disaman dia tak boleh bantu. Inilah yang berlaku. Kisah benar dengan amaun RM yang sebenar juga.

Ada lagi senario-senario lain dimana kontraktor perumahan (kontraktor projek perumahan bukan kontraktor renovation) perlu membayar wang kepada penguatkuasa setiap bulan. Ada runner yang akan datang ambil.

Kontraktor juga terpaksa membayar wang perlindungan kepada samseng kawasan tersebut kononnya supaya dia tidak di ganggu dan barang tidak dicuri.

Pekerja-pekerja Indon juga membayar RM50 sekepala kepada sebuah badan penguatkuasa (bukan PBT), tidak kira pekerja yang ada permit atau pun tidak asalkan dia tinggal di rumah kongsi. Seorang runner akan datang berjumpa kepala kongsi tersebut yang telah sedia mengumpulkan wang tersebut sebelum kedatangan pegawai untuk mengambil wang. Saya pernah melihat sendiri pegawai itu datang dengan beruniform dan duduk di kantin milik kepala Indon (ketua) dan minum2 sambil menunggu untuk mendapatkan wang yang dikatakan untuk pegawai tertinggi di kawasan tersebut.

Dan saya berani jamin tidak ada satu pun rumah kongsi di Puchong yang tidak didiami oleh Pendatang Tanpa Izin. Mereke membawa isteri ke mari, tinggal dirumah kongsi, dan isteri tiada permit, cuma suami sahaja berpermit. Bila diserbu semua akan lari tidak kira ada permit ataupun tidak. Kenapa yang berpermit pun lari? Kerana pihak berkuasa akan angkut mereka semua ke balai dan di sana baru diperiksa pasport/permit mereka.

Saya sekadar berkongsi kisah benar ini untuk pernilaian semua termasuk Dr Khir. Saya juga sebanarnya ada mendengar cerita2 tak sedap tentang Dr Khir juga tapi buat masa ini baik saya diamkan dahulu kerana saya mendengarnya dari seorang teman rapat yang pernah bekerja sebagai pemandu kepada Menteri. Dan dia juga mendengar cerita daripada geng2 driver yang masih membawa menteri pada tahun 2007.

Saya tidak bercadang untuk membongkar lebih lagi, apa yang saya harapkan cuma satu, 'Yang Baik Kita jadikan Tauladan, Yang Buruk Kita jadikan Sempadan'. Kita mulakan episod baru, wujudkan Malaysia yang Telus yang dihormati dan dikasihi oleh segenap pelusuk rakyatnya. Sesungguh manusia itu tidak lari daripada melakukan kesilapan. Dan atas setiap kesedaran yang Allah berikan, Kita bersyukur ke atasNya dan kita perbaiki diri kita. Insya Allah.. Amin!

Saya amat berharap coretan saya ini diluluskan untuk siaran di blog Dr. Khir.

www.ikhlasmalaysia.blogspot.com

ScorpionStar said...

SAYA AMAT BERBANGGA DENGAN DATUK BILA DATUK MENGHADIAHKAN PENYAPU KEPADA ANGGOTA PBT YANG KURANG CEKAP, BODOH, MALAS, BERAT SEBELAH DAN TIDAK POSITIF.

SAYA SOKONG SEPENUHNYA SEKIRANYA HADIAH SEDEMIKIAN DILANJUTKAN KE TAHAP KERAJAAN PERSEKUTUAN. HADIAH PENYAPU DAN KALUNGAN SELIPAR JEPUN ADALAH TEPAT. PENERIMANYA HARUS MELIBATKAN PARA MENTERI.

MOHD FADZIL said...

salam wak.
1. Yang marah marah tu rasanya pekerja pekerja di PBT. Terutama yang dah berkulat. Nak ditukar hanya sesama PBT. Nak di buang, punyalah susah.Rata-rata tak sedar di untung. Macam macam kelebihan dah dibagi. Yang rakyat minta ialah JALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG DIBERI semasa menerima surat PERLANTIKAN dulu. Baik pegawai kerajaan, baik orang yang diWAKILKAN oleh RAKYAT semuanya sama. Rasanya satu lagi anugerah / atau arahan agar semua yang berkenaan menghafal lagu SELIMUT PUTIH.

2. Khinzir tu apa ceritanya Wak. Kenapa sekarang nilah baru sedar babi tu kotor?

su-kj said...

A.kum Datuk Seri,

1. I'm sorry DS. Bagi saya DS adalah ketua Kerajaan sebuah negeri. Bila menghadapi keadaan seperti itu DS perlu memilih sama ada mahu 'menghukum' atau 'mendidik'?

2. Jika niat mahu menghukum, maka kita perlu bertindak berlandaskan peruntukan undang2 yang sedia ada. Kita tidak boleh menghukum seseorang mengikut sesuka hati, kecuali kita sudah berada dalam sebuah pemerintahan kuku besi atau diktator.

3. Jika niat mahu mendidik, maka kita perlu menggunakan kaedah yang lembut tapi berkesan dan jangan sekali-kali sampai mengaibkan maruah orang lain. Apatah lagi bagi kita orang-orang Melayu maruah itu lebih penting dari wang ringgit.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

g-mie said...

brader khir...

bagi denda kepada yg gagal itu bagus sbb ia dapat meningkatkan motivasi diri utk mengelakknya.

wbp, kesan negetif pung ada. ia jadi salah satu point utk tembak brader khir semasa pru12.

fasal sial bagi penyapu tu tak betul lah. penyapu takder sebrang kuasa utk menyialkan sesiapa.

wassalam
p/s-lain kali bagi tong sampah laks, baru lengkap skit hehe

Dr Azman Ching said...

Salam muhibbah dr khir,
kalau ada masa sila layari laman web http://pandamaranklang.spaces.live.com

terima kasih

Pemuda Pelapis said...

Salam DSDK,

Alhamdulillah bersua lagi. Sejak DSDK pulang daripada Umrah saya nampak ada kelainan pada DSDK di sudut persepsi yang lebih bersifat keterbukaan. Semoga berterusanlah hendaknya sampai bila-bila.

Isu "anugerah penyapu" adalah simbolik yang terbaik untuk menyedarkan semua kakitangan PBT tersebut malahan supaya semua PBT lain di seluruh Malaysia agar sedar dari lena dan mimpi. PM kita "kaki tidur" maka itulah yang dinamakan "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN" dan sebab itu jugalah PBT ni pun tidur sama.

Semua kakitangan PBT dari bawah sehinggalah kepada atasan, bangga memperkenalkan diri kepada orang yang mereka berkhidmat di PBT itu atau PBT ini, walhal masyarakat sebenarnya bukan memandang gah pada mereka tetapi sebaliknya lebih hina daripada "anjing kurap". Kenapa?

Kakitangan PBT lah yang terkenal dengan "RASUAH" dan sikap "TERKEJI" khususnya di bahagian pengutkuasa.

Rasanya insiden buruk pegawai penguatkuasa PBT MPSJ di Puchong yang menganiaya peniaga akibat tidak membayar "wang perlindungan" dulu masih tidak dilupakan oleh orangramai. Boleh dikatakan 90% semuanya begitulah di mana-mana negeri pun.

Soal-soal aduan tentang penyelenggaraan infrastruktur yang rosak amat sukar untuk diambil tindakan tetapi soal menyaman mereka paling pantas dan "ekspres" tanpa perlu diundang. Apa yang boleh mereka ceroboh, mereka belasah cukup-cukup tanpa ada belas simpati.

Saya letak contoh di kawasan saya, MPAJ (Ampang) yang saya anggap bakal menjejaki langkah PBT Hulu Selangor yang DSDK anugerahkan penyapu dulu tapi malangnya hajat saya nak tengok tak kesampaianlah sebab hari ini DSDK tidak lagi memegang jawatan MB Selangor.

Jika tidak, mungkin sayalah orang Ampang pertama yang datang berjumpa secara peribadi dengan DSDK untuk melaporkan banyak bukti-bukti kelemahan pengurusan MPAJ.

Jadi, kaedah menganugerahkan penyapu kepada PBT itu amatlah bertepatan sekali agar mereka sedar siapa diri mereka yang sebenarnya. Saya amat menyokong penuh apa yang telah DSDK lakukan itu.

Dan... ketahuilah bahawasanya, kekalahan kita di Selangor juga adalah disumbangkan oleh sikap "DAJAL" dan "PEMBELOT" majoriti kakitangan PBT di Selangor yang mengundi pembangkang baru-baru ini.

Saya percaya DSDK telah ada pengalaman sebagai Ketua kerajaan Selangor dulu dan telah lama bergiat di dalam politik maka semestinya DSDK tahu bagaimana untuk mengenalpasti kenyataan saya ini.

Itulah sikap Melayu kita yang tidak tahu mengenang budi tetapi cuma tahu memberontak menunjukkan kemarahan disebabkan tidak berpuashati. Apabila marah menguasai, tiada apa yang baik yang mampu dinilai ke atas kita sedangkan kepincangan mereka (PBT) ingin dilindungi.

Akhir kata, syabas! Teruskan usaha berani dan yakin DSDK pada diri sendiri demi untuk rakyat Selangor dan jadilah seorang pemimpin contoh. Soal-soal kelemahan lama jangan lagi diulangi.

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

tunku said...

u did the right thing dato seri.
kalau tak nak terima penyapu , buatlah kerja dgn penuh tanggungjawab serta amanah.kalau tak boleh then you deserve the penyapu.
lagi pun kesemua mereka telah bersetuju dgn sistem penyapu itu sebelum dilaksanakan.biasalah ada org cucuk maka jadilah cerita di sebaliknya.

ajim said...

salam doc..
saya bersetuju dgn hadiah penyapu.. tiada yg sialnya tentang penyapu nie.. org yg kurng siuman je percaya benda2 nie..
mereka MINDA KELAS K-5!

chedet said...

Dr

Pemberia penyapu adalah simbolik.

Kita semua setuju produktiviti kakitangan kerajaan adalah rendah bukan sahaja di peringkat kerajaan tempatan tetapi secara keseluruhan.

Pergi sahaja mana mana jabatan dan kalau kita nak beri komen jawapanya mudah sahaja

'Encik datang lah kerja sini baru Encik tahu' !

Sayangnya saya tidak ada jawapan melainkan hanya kagum dengan kakitangan awam dinegara jiran.

azman said...

UMNO it self dah macam penyapu burok yang disandarkan ke dinding belakang pintu jer buat hiasan menyemak.....

Ilime bin Ibrahim said...

Akum Dato

Yang ini saya cukup setuju. Saya pun kakitangan kerajaan dan begitu kecewa bila berurusan dengan jabatan kerajaan, di jabatan saya pun tidak kurang kerenahnya . Ada staf2 saya yang kerjanya hanya untuk memberi alasan bukan untuk melaksanakan tugas, ada-ada aje alasannya setiap kali....saya cukup fedup....saya pun dalam delima cam mana dak buat ni....pilihan yang saya ada adalah memberi lapuran tahunan yang setimpal dengan kerja mereka .... paling tinggi pun saya bagi 4 aje, Lagi satu saya rasa kebanyakan kakitangan kerajaan ini berbangsa melayu....dan kurang menyerlah dalam bidang akademik, mereka kurang memgarap budaya cermerlang dalam kehidupan ini, falasfah hidup mereka adalah pegi keja dan balik keja aje ....yang wajibnya pegi keja... kualiti keja tak dihiraukan.

Syabas Dato' biar kita kurang staf tapi berkualiti daripada banyak staf tapi tak berkualiti...
Saya anti mereka yang tak produktif ni.

Sekian. Salam

Kadok said...

Salam Dato'

Biasalah bila perkara baik kita lakukan, siapa yang akan nampak. Cuma jangan cepat kecewa. Dato' fikirlah, kalau orang macam Dato' semua kecewa dan tidak mahu berjuang lagi, apakah yang akan jadi dengan bangsa kita??? Cukuplah apa yang telah terjadi sekarang. Bangsa melayu memerlukan Ketua seperti Dato'.

Saya doakan Allah memberi kekuatan kepada Dato' dan pemimpin melayu lain yang 'tulen'. AMIN

The Eugenist said...

Salam..

Abg Khir, sekarang saya mula mendapat gambaran jelas tentang isu kontroversi hadiah “penyapu” ini. Saya akui pada mulanya saya merasa agak tersinggung dengan tindakan abg Khir menghadiahkan “penyapu” kepada pegawai tersebut tetapi setelah membaca tulisan abg Khir ini barulah saya faham tentang mengapa ianya dilakukan.

Masyarakat Melayu, memanglah tidak dapat tidak amat percaya tentang perkara-perkara tahyul, terutamanya yang melibatkan dengan objek seperti penyapu. Bagi mereka, penyapu dilambangkan sebagai objek sial, tetapi tidakkah mereka fikirkan bahawa penyapu itu lebih “suci” dari sebatang pen kerana sebatang pen boleh menaikkan seseorang dan “membunuh seseorang. Bagaimana agaknya pandangan masyarakat kita jika pegawai tersebut dihadiahkan vaccum cleaner. Namun, masyarakat Cina juga turut mempercayai tentang perbuatan menyapu rumah ketika menyambut hari raya Cina.

Apa yang penting ialah keberkesanan sesuatu perkara ini harus meninggalkan kesan yang mendalam, samada ianya berbentuk positif, mahupun negatif. Namun dalam tindakan Abg Khir ini, ternyata ianya meninggalkan kesan yang agak negatif terhadap masyarakat.

Abg Khir, tidak dapat dinafikan masyarakat Melayu terutamanya amat berpegang teguh kepada kepercayaan “hocus pocus” ini. Ianya mungkin agak sukar untuk dikikiskan dari pemikiran mereka.

Saya berharap, bekas Menteri Besar Selangor sebelum abg Khir itu perlu faham dan ianya janganlah dipolitikkan, memandangkan pemilihan Agung UMNO akan menjelang kelak.

Sekian.

HESMEL FAZNEE FAISAL

Godor said...

Orang UMNO tak malu ke bercakaran sesama sendiri? Apa pun saya hadiah penyapu itu tak berhikmah. Kalau setuju beramai-ramaipun, alamatnya yang ramai-ramai tu tak berhikmahlah!

Cuba gi ssini dang kelih...

Carl said...

Salam DSKT,

Isu penyapu ini telah diperbesarkan oleh media. Tiada istilah sial dalam kes ini kerana pemberian hadiah tersebut telah dipersetujui bersama dan bertujuan mendidik bukannya menghukum. Ia sebagai satu peringatan untuk lebih berusaha bagi mencapai tanda aras yang ditetapkan.

Dalam kes inilah, DSKT boleh lihat sikap orang disekeliling. Ada yang play safe, ada yang ambil kesempatan dan ada yang menikam. Isu penyapu bukanlah faktor utama tumbangnya BN di Selangor. Tetapi sikap pemimpin, penyalahgunaan kuasa dan masalah dalaman BN sendiri yang menjadi faktor tewasnya BN.

Sejauh mana BERSIHnya kepimpinan kabinet sekarang seperti yang di dakwa oleh Pak Lah amat diragui. Sesetengah pihak mendakwa kabinet ketika ini "caca merba" atau main tangkap muat je. Secara peribadi, bagi saya masih terlalu awal untuk membuat penilaian terhadap kepimpinan BN & PR sekarang.

Saya ingin meihat melihat sejauhmana kepimpinan BN & PR dapat mentadbir kerajaan masing-masing dalam tempoh setahun ini. Satu kesan yang nyata dari PRU12 ialah pemimpin BN mula celik INTERNET. Makin ramai pemimpin BN membuka blog.

Setakat ini, blog DSKT adalah blog pemimpin BN yang agak telus kerana menyiarkan bad & good komen. Blog Pak Tam kini sudah tidak memaparkan komen setelah teruk dikritik oleh pembaca. Blog adalah ruang kita berkongsi pendapat secara telus tanpa tapisan, tetapi perlulah dalam cara yang beretika tanpa menggunakan bahasa kesat, lucah atau sebagainya.

Buat DSKT, semoga berjaya dalam PAU nanti. Diharap perubahan DSKT ini berterusan. Better late then never. Jika nasib tidak menyebelahi DSKT, teruskan perjuangan demi rakyat. UMNO memerlukan pemimpin yang lantang bersuara bukannya sekadar Pak Angguk.

rasaBijak said...

salam khir

boleh beri alamat khir kat saya tak?

pasal saya ingat nak hadiahkan penyapu laa kat khir toyo pasal BN Selangor tak cemerlang masa PRU12 baru ni...

eh, betul ke isteri toyol cuba larikan rm10juta? habis laa toyol dan isterinya..

salam maju jaya

Kamarul said...

Dr. KT,

Salam. I salute you. I know your intention is good, and always will be. But I believe, to some extent, Malays have different kind of mentality that is weird to me sometimes. Sincerely speaking, saya pun orang melayu jugak dan masih fasih berbahasa melayu. Mak melayu, arwah bapak pun melayu.

Jadi, dengan penerimaan penyapu oleh PBT yang berkenaan, sifat marah dan dendam akan menyaingi dan mengalahkan sifat "tingktkan motivasi".

Pada pandangan saya, pekerja-pekerja di malaysia, terutamanya kakitangan kerajaan (majoriti), masih belum berfikiran terbuka kerana terlalu ramai kaum melayu dalam sesuatu organisasi. Jadi, semuanya mempunyai pemikiran yang sama. Tak berkembang. Dan pada satu tahap nanti, semua akan jadi anti establishment sebab semua kakitangan sudah terlalu selesa dan tidak akan wujud lagi daya saing dikalangan pekerja.

Jadi, pada saya, sifat-sifat ketuanan melayu ni sepatutnya dikurangkan (tetapi jangan dibuang semua). Cuba bayangkan, semua orang nak jadi tuan, sape nak jadi pekerja?

Kalau kita ambil contoh di negara2 luar, setiap rakyat menghormati rakyat lain. Dengan maksud, seorang pensyarah menghormati pemandu bas, seolah2 pemandu bas tersebut, setaraf dengan dekan. Tapi, di malaysia, ada pensyarah (atau golongon professional yang lain) menghormati pemandu bas, sama seperti menghormati ketua jabatan masing2? Mungkin ada, tapi terlalu sedikit.

Pada pandangan saya, benda ni sepatutnya yang diubah dulu sebelum kita menuju mencapai wawasan 2020. Apa guna kalau negara kita hanya maju dari segi kebendaan, tapi tidak dari segi pemikiran.

fikir-fikirkan lah..

karepu said...

Dr. I do believe TV3 also should take the responsibility on the worst performance of Selangor State BN. TV3 was keep on broadcasting the negative news about Selangor even its just a petty matters. Of course I do understand the motive for that news but then those who are out there has buyed they news. TV3 wan never dare to hightlight the same negative news for other states. WHY?

wahidsate said...

Salam Dr.

Terima kasih saya ucapakan kerana memberikan penerangan yang jelas mengenai masalah penyapu ini. Saya amat berbangga dengan Dr. kerana ini menunjukkan Dr. benar-benar ingin berubah. Saya cuma ingin Dr untuk membuat penjelasan mengenai isu ini yang kecoh di hari ini. Saya berharap Dr dapat memberikan penjelasan kepada semua sebagaimana yang Dr lakukan ini. Sila baca artikel ini: http://n32.blogspot.com/2008/04/
isteri-khir-toyo-cuba-larikan-rm9.html

Hang-Jebat said...

DR MKT,

Jebat sememangnya menyokong isu penyapu untuk PBT yang kurang cekap. Dengan status negeri termaju di Malaysia ini, tahap kecekapan PBT harus dipertingkatkan. Dalam organisasi, tahap kecekapan pekerja harus dinilai. Mereka yang gagal harus diberi "hadiah". Tidak adil lah jika ada PBT yang bertungkus lumus memerah otak untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dianggap sama sahaja dengan anggota PBT yang mempunyai masalah. Jangan takut untuk menghukum seseorang, tetapi hendaklah dengan niat ikhlas untuk kesedaran bukan sahaja mereka serta diri sendiri juga. Inilah yang terjadi di PRU12. Rakyat telah meng"hadiah"kan BN sebagai pembangkang dan Dr.MKT merangkap Ketua Pembangkang. Harapan jebat, janganlah Dr.MKT berdukacita dan tidak keruan. Semua ini kehendak Allah SWT serta mungkin ada hikmah disebaliknya. Allah SWT sentiasa bersama hambanya yang jujur dan taat setia kepada perintahNya. Jadikan ini platform alternative untuk terus berkhidmat untuk rakyat. Gelaran Ketua Pembangkang juga hadiah rakyat Selangor untuk Dr.MKT terus memperjuangkan nasib rakyat Selangor. Harus diingat, apa yang baik haruslah disokong jua, apa yang tidak baik perlulah dibahaskan. Allah Maha Adil, dalam kes ini Jebat merasakan rakyat selangor adalah pemenangnya. Teruskan perjuanganmu Dr.MKT. Jebat juga berterima kasih kerana semalam Dr.MKT telahpun membuat "check and balance" atas manifesto Pakatan Rakyat. Kerajaan PR baru berusia Sebulan Lebih aje. Seperti anak-anak yang baru dapat gigi. Mungkin kini cuba menggigit benda-benda yang nampak di depan matanya. Halal Haram Kotor Bersih mungkin belum difahami dan masih mengkaji. Beri mereka peluang. Jika gagal, rakyat Selangor pun akan bersedia untuk meng"hadiah"kan mereka pula.

Cili said...

Salam Dr.Khir aka Penyapu

Since you are passionate about the " PENYAPU" stuff, may I suggest the folowing :-

1. Why don`t you send the PENYAPU - ( specially made ) to Pak Lah. Symbolic of him to buck-up.

2. Deliver 2 dozens to Tan Sri Mohomad Taib akan Tyson. He is asking you to keep your big mouth shut of not preasuring Pak lah to resign.

3. Why don`t you give a " VACUMM CLEANER" its more humane approach.

4. What about giving one to the ex-minister who sexually harrased a waiteres and later charges are dropped? Give him the XXL Penyapu.

5. How would you feel if the betrayed UMNOs & Pakatan Rakyat deliver one containers of used Penyapu to your residence? How would you feel?

6. I believe after a while " the Indah Water stuff" has penetrated to your brains. Thats why you cant be rasional in your thing.

7. Please bring some Penyapu and help clean-up Surau Ar-Rahmah Section 8 Shah Alam as your nasional community services to the society who has lost big respect to your leadership of shame.

8. I do hope you pick up something good coming back from Umrah.

nur rossha said...

Saya setuju dengan komen drK dibawah ni.

""Saya percaya yang menjadikan kita "sial" ialah sikap kita yang tidak mahu memahami masalah rakyat secara menyeluruh. Jika benar mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat, kita perlulah membuang sikap "sial" kita ini. Jadilah pemimpin yang mendengar masalah rakyat dan bertindak meringankan bebanan mereka.

Usahlah kita menjadi seperti burung unta yang memasukkan kepala ke dalam pasir dan tidak mahu melihat punca sebenar kekalahan, tetapi terus mencari pelbagai alasan termasuklah menyalahkan orang lain!""

Komen ni boleh makan diri. Sodarlah drK. Jgn jadi drM, komen komen komen sekarang dah perangkap diri. Habis punah.. orang hilang kepercayaan.

speed_demon said...

Saya setuju dgn tindakan kepada PBT yg kurang produkif, namun begitu pemeberian penyapu, pergantungan selipar, pemakaian baju buruk & lain2x perkara yg mengaibkan sebenarnya tidak sesuai. Dahulu Dato seorg Menteri Besar yang beragama Islam dan juga seorg yg terpelajar. Dato adalah ketua dlm Negeri Selangor Darul Ehsan ni... semua kuasa terletak pada Dato bg mengawal selia PBT yg ada dlm negeri, kenapa kuasa yg ada itu Dato mencari satu mekanisma Hukuman tanpa pengaiban... saya melihat pemberian penyapu itu adalah satu tindakan mengaibkan serta seolah-olah ia terdesak. Sebagai seorg Ketua dlm perlaksanaan hukuman itu Dato sebenarnya telah melangkaui batas-batas hak asasi kemanusiaan, org bijak yg menerima hukuman tersebut akan bertindak utk mengenakan kembali si pemberi hukuman seperti saman malu atau sebagainya tp mereka tidak berbuat demikian kan Dato kerana mereka semua kaki ampu tidak berani menegakkan hak mereka sendiri bagaimana mereka nak negegakkan hak rakyat. Sepatutnya sebagai ketua atau pengarah PBT mereka ini tidak layak utk berkhidmat atau memegang jawatan tersebut. Insyallah mungkin suatu hari nanti Dato akan di beri kembali kuasa utk memerintah, atau pun skrng ni menjadi Ketua pembangkang oleh itu jd lah yg terbaik utk Rakyat....kerana "Pemimpin menjaga kepentingan rakyat, manakala Rakyat pula menjaga kepentingan pemimpin"

Komen saya pd Dato: Saya lihat Dato tidak pernah mengaku silap walau sedikitpun selepas Selangor di ambil alih, selepas kemerosotan BN pd PRU12 nie sehingakan Dato sendiri mencabar TanSri Khalid utk meyiasat Dato serta jentera SUK Selangor mengenai salah laku. Rakyat dah tahu kredibiliti Dato secara nyata & selindung...mungkin ada benda yg Dato tidak sedari berlaku.

KiMi said...

ya!!!!! Penyapu la bagus.

Deorag tu, kalo bagi hadiah duit, mau saja, bagi penyapu, sial la, memalukan la, apa2 la.

dan saya juga setuju dgn ke"sial"an BN la yang menyebabkan ia kalah PRU 12 lalu.

Dan saya juga setuju, tgk kesalahan sendiri, jgn dok tunjuk org lain, kata sabotaj la, kata terpengaruh dgn bloggers la. kan?

Tgh la diri tu. Islam Had hari.Islam ada had harinya. ada hari2 Islam ,ada hari2 tak.hahahaha.

aden said...

walau apa pun yang Dr. sebutkan rakyat telah menyapu semua kekotoran yang BN lakukan diselangor. Fikirkanlan

selangorian said...

Nadeswaran, Apa yang Hilang?


Ini bukan kali pertama R Nadeswaran, editor The Sun, menggunakan akhbar tersebut bagi membalas dendam peribadi beliau dan Vincent Tan dengan Dr. Mohamad Khir Toyo. Memandangkan setelah berbulan gagal membuktikan Dr. Mohamad Khir melakukan rasuah atau pecah amanah, akhbar tersebut terpaksa merendahkan standard kewartawanannya dengan memanipulasi tajuk yang amat bertentangan dengan kenyataan.

"RM10m gone in 3 days" kata The Sun.

Malangnya dalam artikel tersebut jelas menunjukkan di mana wang tersebut berada. Jadi apa yang hilang atau gone? Apakah Nadeswaran dan Terence menulis ketika mereka sedang mabuk?


The Sun menulis, "According to documents sighted by theSun, Datin Seri Zaharah Kechik, the wife of former mentri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo had on March 11 convened an extraordinary general meeting of the committee to dissolve Balkis and close its bank accounts. The following day, the accounts were closed, with the money transferred to another account and then to Bakti – the federal Organisation of Wives of Ministers which Balkis is affiliated to."

Apa yang hilang sedangkan dalam tulisan beliau jelas menunjukkan RM 9.9 juta duit Badan Amal dan Kebajikan Isteri Selangor (Balkis) dipindahkan kepada Bakti.

The Sun juga mendakwa "Sources in the state government argue that since Mohamad Khir is no longer MB, Zaharah is no longer the president and has no power whatsoever to dissolve the association or liquidate its funds. Incidentally, the constitution also states that the organisation must remain apolitical."

Apa yang The Sun tidak nyatakan ialah tarikh keputusan tersebut dibuat, Tan Sri Khalid Ibrahim belum mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar. Secara undang-undangnya, kerajaan yang lama merupakan Caretaker Government dan Dr. Mohamad Khir masih merupakan Menteri Besar. Ini sekaligus memberi kuasa kepada Datin Seri Siti Zaharah Kechik sebagai Yang Di Pertua Balkis.

Menurut The Sun, "Legal experts say by right, following the events of March 8, the exco headed by Zaharah should have convened an emergency meeting to discuss the handing over of Balkis to a new exco – with the new president being Abdul Khalid’s wife Puan Sri Salbiah Tunut."

Pastinya pakar undang-undang The Sun ini tidak menyedari bahawa Tan Sri Khalid bukan sahaja belum mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar, malah Sultan pun belum memberi perkenan kepada sesiapa untuk mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar. Ini kerana tiada sebuah parti pun yang menang secara majoriti. (Perlu diingat Pas, PKR dan DAP bertanding atas tiket yang berlainan.)

Sehingga kerajaan baru dibentuk, organisasi Balkis juga kekal kepada organisasi lama.

Tiada sesebuah pertubuhan atau kerajaan boleh kekal dalam keadaan vakum kepimpinannya kecuali ia diambil alih oleh Pendaftar Pertubuhan, atau bagi negeri jika disiyitahrkan Darurat.

Malahan pemindahan sementara RM 9.9 juta ini turut disahkan oleh Hakim dan diberi kepada sebuah NGO lain. Tidak pun masuk ke dalam akaun mana-mana individu atau untuk kepentingan peribadi.

Sudah tentu pengendali lama Balkis perlu memastikan bahawa dana yang mereka kumpul dapat disalurkan kepada program yang telah dirancang iaitu, Special Education Project.

Justeru apa isunya yang The Sun dan Pejabat MB Selangor mahu mainkan?

Tiada salah untuk menghalang proses ini menurut undang-undang. Jika mereka benar pasti wang tersebut akan dikembalikan. Soalnya mengapa The Sun dan Pejabat MB begitu beria-ia membuat cerita seolah-olah organisasi Balkis yang lama menggelapkan wang.

Lihat sahaja para pertama dan kedua artikel The Sun itu, "Three days after their husbands lost power to rule Selangor, the wives got into the act – plotting to dissolve a welfare body and remove almost RM10 million from its bank accounts."

"But their attempts have been thwarted by Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim who wrote to the Registrar of Societies (ROS) to question the validity of the decision to dissolve the Association of Wives of State Assemblymen and Members of Parliament in Selangor (Balkis)."

Apakah ini usaha untuk mengalih perhatian orang ramai dari isu-isu manifesto yang masih mereka gagal laksanakan?



www.selangordaily.com

AyamLaga said...

Assalamualaikum Dato' Sri.

Pada pandangan saya ketika itu adalah lebih baik Dato' Sri menghadiahkan senaskah Al-Quran. Bukanya penyapu.. Barulah nampak kita nie lebih menghayati ajaran Agama yg suci sbg Ad-Din.....

MoHFiR said...

"Saya berpendapat Penyapu, walau dari sudut mana pun dipandang, masih lagi dilhat sebagai sebuah alat yang berkaitan dengan sampah dan kotor. Oleh itu Penyapu bukan sahaja satu penghinaan malah hadiah yang amat memalukan kepada Penerima...." comment by bluemoon

INILAH CONTOH KENYATAAN YANG SESUAI BG SAYA APABILA ADAT MELEBIHI AGAMA.

SAYA X FIKIR PENYAPU TU KOTOR WALAUPUN HAKIKATNYA PENGGUNAAN PENYAPU ADALAH MEMBERSIHKAN KOTORAN.

SAYA SETUJU DGN ADA SALAH SEORANG KOMENTAR YANG LEBIH KURANG BERKATA "MAKA ORANG YANG KEJE KILANG PENYAPU BUAT PENYAPU MAKA MAKIN SIAL LA DIA"

DAN SAYA SETUJU DENGAN KENYATAAN SEORANG KOMENTAR YANG LEBIH KURANG BERKATA " PELAJAR MALAYSIA DI LUAR NEGARA JADI TUKANG PENYAPU UNTUK MENAMBAHKAN SUMBER PENDAPATAN" KIRANYA PENDAPATAN DIA 'KOTOR' LA JUGA.. KESIAN...

MAKA ADAKAH MEREKA SEMUA NI SIAL?? TEPUK DADA TANYA SELERA...

BERKENAAN ISU PENYAPU NI. SAYA SOKONG 100% USAHA DR KHIR UNTUK MEMULIHKAN PBT SELANGOR YANG SERINGKALI MENGUNDANG PELBAGAI MASALAH. BAGI SAYA SIMBOL PENYAPU ITU ADALAH UNTUK MEMBERI SEMANGAT KEPADA PBT UNTUK MENINGKATKAN PERKHIDMATAN MEREKA DENGAN LEBIH BAIK. LAGIPUN SPT KATA DR KHIR SEMUA DH BERSETUJU.. JADI NAPA NAK KOMEN LAGI. BG SAYA KALO BETUL NK DIPERSALAHKAN.. PERSALAHKAN ORG YANG SETUJU AND SOKONG.. BUKAN KHIR TOYO SAHAJA!!!

KEPADA SESIAPA YANG RASA PENYAPU NI SIAL BAGI DIA FIKIRLA DIRI ANDA BILA ANDA SENDIRI MENYAPU MENGGUNAKAN PENYAPU.SIAL N KOTORKAH ANDA?

P/S: KESIAN TUKANG SAPU YANG SELALU SAPU SAMPAH NK CARI REZEKI...

tajudin said...

saya tidak mahu komen tentang pemberian penyapu, menyokong pun tidak, menentang pun tidak. mungkin dr. ada alasan yang kukuh dan merasakan perlu dilakukan sesuatu di waktu itu untuk menghadiahkannya.

yang perlu diyakini ialah bahawa pemberian penyapu itu bukanlah membawa sial atau semangat jahat atau penyebab yang mengakibatkan sesuatu yang buruk berlaku.

itu sahaja.

JuSSPetAi said...

Salam dato'

Senario 1:
Pernah saya lihat orang jual baulu buang serdak yang tertinggal dalam dapur acuan tembaga tu menggunakan berus gigi, lalu dituangkan semula adunan baulu ke dalam dapur acuan tembaga itu semula selepas siap dicuci dengan berus gigi tersebut. Mungkin sesetengah orang berpendapat yang apa salahnya??berus gigi tu kan berus gigi baru??tetapi applikasinya yang salah.

Senario ke2:
Andaikata berus tandas yang baru digunakan oleh mamak untuk mencuci kuali dan periuk. Tergamak ke kita nak makan kat kedai mamak tuu??walaupun berus tuu baru beli dari Giant.tapi applikasinya xbetui.

Isu penyapu ni bukannya berkaitan dengan sial.tapi xsesuai dengan applikasinya.

HINA sangatkah penyapu yang x berdosa tu??penyapu dah banyak membantu membersihkan rumah2 kita malahan ramai dah berjaya dengan penyapu, sebagai contoh DAP Perak dan Penang meNYAPU bersih kerusi2 yang mereka tandingi.

Syabas Dr Khir, laksanakan tugas saudara sebagai pembangkang dengan berkesan untuk check n balance.

12:45pm(25/04/2008) - kalau comment x kluar. same je laa blog ni ngan blog ali rustam yg x allow comment (die kate orang hack).

malaysiafreedom said...

Fikirkan lah:


Singapura yang dikuasai Cina boleh mempunyai presiden yang berbangsa India.
Cina gila kuasakah???

Singapura yang dikuasai Cina boleh menubuhkan kerajaan yang telus dan kaya.
Cina perasuahkah???

Singapura yang dikuasai Cina boleh mempunyai negara yang bersih tanpa sampah tiada bubble gum.
Cina pengotorkah???

Singapura yang dikuasai Cina menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kebangsaan.
Cina gila bahasa kah???

Singapura yang dikuasai Cina boleh mempunyai matawang yang lebih dua kali ganda dari malaysia.
Malaysia tiada kekayaan kah???

Singapura yang dikuasai Cina memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia selama berpuluh-puluh tahun.
Malaysia mundur kah???

Singapura yang dikuasai Cina mempunyai rakyatnya diambil sebagai Chansellor di Arab Saudi.
Rakyat Malaysia orang bodoh kah???

Singapura yang dikuasai Cina tiada minyak, getah, kelapa sawit tetapi masih boleh mendapat Pendapatan Per Kapita Negara Maju.
Malaysia gagal kah???


Mengapa Malaysia masih mundur dan negara-negara lain terus maju!!!! MENGAPA MENGAPA MENGAPA!!!

blogger said...

Dato seri,
penyapu bkn mslhnya...mslhnya..org kite ni mmg suke goyang kaki...malas bekerja n berusaha...bila d tegur xmengaku silap sendiri.sedangkn mrk tak pernah berubah.
Sudahlah dato seri...tidak menjadi kudis pon kata2 negatif dr mrk yg xpernah sedar diri...

UMNO JOHOR said...

Salam hormat,

Secara peribadi, saya amat bersetuju dengan tindakan dr khir tentang beberapa perkara. Antaranya anugerah penyapu, perobohan rumah ibadat haram, setinggan sifar dan beberapa lagi tindakan drastik walaupun mendapat kecaman umum.

Namun begitu, saya berpendapat dr khir terlalu merisikokan diri dengan beberapa isu seperti meletakkan beberapa calon bukan pilihan pada pru12. ini antara rungutan yang saya dapat dari beberapa pemimpin umno sekitar kawasan dr khir sendiri, iaitu kawasan sg. besar, sabak bernam dan beberapa tempat lagi.

Selain isu nasional dan beberapa isu setempat, saya tidak merasakan isu penyapu banyak mempengaruhi keputusan pru12 di selangor. Malah tindakan dr khir di puji oleh banyak pihak kerana berani mencontohi negara maju dalam melaksanakan sistem pemerintahan yang berkesan. Dr juga berani keluar dari kotak pemikiran yang kolot seperti menganggap penyapu membawa sial.

Sekiranya (mudah-mudahan) Dr Khir berjaya menerajui Selangor semula, saya berharap dr akan terus melaksanakan beberapa agenda perubahan tetapi tolong kenal pasti, siapa 'rakan' sebenar anda!

Matt said...

Salam Dr Khir,
Terimakasih diatas kesudian Dato' berkongsi pengalaman 'penyapu' bersama kami pengziarah blog ini.
Bayangkanlah betapa kecewanya seorang rakyat dari kampung yang kecewa apabila berurusan dengan pegawai PBT atau 'civil servants' yang berlagak saperti tuan besar. Jika teguran dari menteri besar atau boss mereka tak diambil endah, apa lagi yang ada pada rakyat. Sure mereka tidak menyokong kerajaan lagi. Siapa yang rugi bila rakyat bertindak begitu? Ahli politik dan parti akan rugi tetapi pegawai PBT atau civil servants masih berada disitu dan mereka akan tetap berkelakuan begitu.
Mengapa tidak ada sitem dimana pegawai PBT atau civil servants yang malas tegar ini dibuang kerja serta merta SEBAB ramai lagi rakyat Malaysia yang lebih baik pretasinya untuk mengambil tempat mereka yang malas tegar ini.
Wassalam.

Wonderful World said...

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.


Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang