Friday, April 18, 2008

Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan Jika Mahu UMNO dan BN Kembali Kukuh

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini dan juga memberi banyak buah fikiran baru yang amat berguna untuk saya bawa dalam perbincangan-perbincangan bersama kepimpinan UMNO kemudian nanti. Terima kasih juga kepada generasi muda Malaysia yang berada di dalam dan luar negara yang turut sama berkongsi pandangan dan idea.

Sungguhpun berada di luar negara, isu-isu dalam negara turut saya ikuti. Berdasarkan laporan-laporan media hari ini ternyata YAB Pak Lah berhasrat untuk kekal buat beberapa tahun lagi. Persoalannya apa akan berlaku kepada senario politik negara dan UMNO? Apakah hala tuju kepimpinan negara berdasarkan kenyataan Pak Lah beberapa hari lalu?

Dalam catatan sebelum ini, saya menyatakan bahawa Pak Lah harus melaksanakan exit plan seperti yang disarankan oleh banyak pihak termasuk UMNO Johor.

Saya juga menyarankan beberapa pembaharuan segera dalam kerajaan dan UMNO jika BN mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat. Beberapa pandangan yang diberi oleh pembaca mengenai arah pembaharuan dalam catatan sebelum ini turut boleh dijadikan panduan.

Nampaknya cadangan peralihan kepimpinan dan pembaharuan secara baik tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Saya percaya ini akan memberi kesan kepada usaha untuk meraih kembali kepercayaan dari kalangan akar umbi UMNO dan rakyat.

Melihat kepada kegigihan Tun Dr. Mahathir mewujudkan momentum yang agak tinggi dalam siri ucapan beliau, jalan untuk kepimpinan hari ini meraih kembali kepercayaan ahli UMNO agak sukar dan penuh liku. Penerimaan pemimpin bahagian, cawangan dan ahli UMNO serta rakyat terhadap usaha Tun semakin tinggi.

Sukar sama sekali untuk BN kembali pulih jika terus mengabaikan pandangan Tun secara total. Kedudukan Tun sebagai pemimpin ulung negara belum pudar bukan sahaja kepada ahli UMNO malah kepada seluruh rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama mahu pun peringkat umur.

Malah, menurut seorang rakan, rakyat memberi reaksi spontan kepada Tun dengan memberi tepukan gemuruh sambil berdiri (standing ovation) dalam dua majlis terakhir yang beliau hadiri iaitu - Konsert anjuran Pengasih dan Konsert Celine Dion. Ini wajar membuka mata kepimpinan hari ini mengenai pengaruh dan populariti Tun.

Senario Semasa Politik Negara

Beberapa perkara mungkin akan berlaku dan bakal mengubah lanskap politik tanah air. Perubahan ini boleh menjadi satu yang menguntungkan parti dan negara atau sebaliknya. Walau apa pun kita perlu hadapi secara bersama. Saya menjangkakan beberapa senario seperti berikut mungkin berlaku:

Senario Pertama

Berlaku perubahan atau rombakan kabinet. Pak Lah terpaksa merombak kabinet sedia ada untuk memenuhi tuntutan dari Sabah dan Sarawak.

Pertemuan Pak Lah dengan pucuk pimpinan Sabah memperlihatkan kekecewaan rakyat Sabah. Para pemimpin di Sabah melihat rakyat di negeri itu dilayan sebagai kelas kedua dan sebagainya.

Malah ada yang mengatakan "bukan pemimpin Sabah yang perlu dibimbangi akan lompat, tetapi takut nanti rakyat Sabah yang akan lompat dalam pilihan raya umum akan datang."

Saya melihat kenyataan ini ada kebenarannya. Malah saya boleh merasakan perasaan yang sama itu kerana saya pernah bekerja di Sabah.

Saya tidak ikut serta dalam perjumpaan di Sarawak. Tapi saya rasa mungkin perkara yang sama berlaku. Untuk itu saya berpendapat, sama ada suka atau tidak Pak Lah perlu merombak kabinet.

Namun sama ada rombakan Kabinet akan berlaku atau tidak, ia merupakan hak budi bicara (prerogratif)YAB PM.

Senario Kedua

Namun senario kedua yang mungkin berlaku adalah undi tidak percaya terhadap PM di Parlimen oleh pembangkang. Lebih-lebih lagi pemilihan Speaker juga tampaknya kurang teliti (sama seperti ketika membentuk kabinet). Jika ini berlaku, Datuk Seri Najib akan mengambil alih kepimpinan setelah mendapat persetujuan UMNO dan Barisan Nasional serta Perkenan Yang Di Pertuan Agong.

Namun saya tidak menjangkakan ini akan dilakukan oleh DS Anwar Ibrahim dan sekutunya dalam jangka masa terdekat ini. Jika ia dibuat pasti jalan Anwar untuk kembali ke puncak akan lebih sukar. Ini kerana saya pasti DS Najib akan melakukan perubahan yang agresif dalam kerajaan dan parti untuk mengekang Anwar dan sekutunya.

Pada hemat saya, Anwar lebih senang melihat Pak lah terus kekal. Ini akan mewujudkan kedudukan UMNO yang lemah dan sokongan parti komponen juga agak kurang. Akhirnya BN akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang. Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan baru.

Justeru, jalan terbaik Anwar Ibrahim adalah untuk terus melemahkan UMNO dan BN. Bagi tujuan itu, Anwar akan cuba membina keyakinan rakyat terhadap beliau melalui proses demokrasi dan sekaligus meruntuhkan moral dan kepercayaan rakyat dan ahli UMNO terhadap Pak Lah dan Najib.

Saya yakin menjelang sidang kedua Parlimen nanti, satu pilihan raya kecil akan diadakan bagi memberi laluan kepada Anwar kembali ke Parlimen. Kawasan yang hampir pasti ialah Bandar Tun Razak yang berada di depan batang hidung kepimpinan hari ini.

Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengosongkan kerusi ini sebagai balasan diangkat menjadi Menteri Besar Selangor. Jawatan tersebut sepatutnya disandang oleh pemimpin nombor dua PKR, Azmin Ali. Namun ia merupakan tolak ansur Azmin yang dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri bila Pakatan Rakyat PR) berkuasa kelak.

Anwar akan bertanding sebagai calon Perdana Menteri (in waiting). Sementara itu seperti tradisi, Timbalan Presiden UMNO, DS Najib akan mengetuai jentera pilihan raya kecil BN.

Dengan Pak Lah masih menjadi pemimpin nombor satu, mood di kalangan ahli UMNO dan BN akan berada di tahap amat rendah dan amat sukar untuk BN menang. Keputusan hampir pasti akan menyebelahi PKR.

Apabila ini berlaku, kemenangan Anwar bukan sahaja menghancurkan keyakinan rakyat, terutama ahli UMNO, kepada Pak Lah tetapi juga kepada DS Najib. UMNO hampir pasti hancur jika ini berlaku.

Ini yang amat saya bimbangi dan saya yakin akan berlaku, lebih-lebih lagi memikirkan kemungkinan pilihan raya kecil ini diadakan hampir dengan Persidangan Agung UMNO tahun ini. Saya tidak dapat bayangkan apa yang akan berlaku kepada UMNO.

Anwar Ibrahim akan mendapat sokongan moral dalam dan luar negara. Beliau akan menyusun langkah seterusnya dengan mengadakan undi tidak percaya kepada PM dalam sidang kedua Parlimen akan datang.

Ketika itu, sama ada beliau telah "beli" wakil BN atau tidak bukan lagi persoalan. Krisis keyakinan terhadap kepimpinan Pak Lah ketika itu amat dahsyat dan boleh dikatakan tiada keyakinan langsung. Jadi undi tidak percaya kepada Pak Lah bukan proses beli undi tetapi kerana krisis keyakinan kepada kedua-dua kepimpinan negara iaitu Pak Lah dan DS Najib (yang kalah dalam pilihan raya kecil Bandar Tun Razak).

Anwar Ibrahim akan membentuk kerajaan campuran baru. Sama ada parti komponen yang lompat atau wakil yang lompat itu perlu dikaji dengan lebih teliti.

Saya yakin Anwar tidak akan masuk sidang Parlimen sebagai Ketua Pembangkang. Jika ini berlaku akan banyak cerita lama beliau akan ditimbulkan semula dan pasti akan melukakan hati anak dan isteri beliau.

Melihat karektor Anwar sejak dahulu beliau tidak akan membiarkan perkara ini berulang dalam hidupnya. Anwar akan hanya masuk semula ke Parlimen sebagai Perdana Menteri. Itu adalah prasyarat utamanya. Walau apa pun kos dan keadaan itu soal kedua.yang penting ingin jadi Perdana Menteri negara ini.

Kesimpulan

Atas kebimbangan inilah, saya merayu Pak Lah memikirkan semula exit plan yang terbaik dan ia tidak boleh dilengahkan.

Jika proses peralihan kuasa ini dilakukan segera, ia akan memberi ruang dan masa untuk DS Najib melakukan sesuatu yang drastik, menyusun semula kabinet dan melakukan pembaharuan dalam parti.

(Bagi saya, jika Pak Lah yang melakukan rombakan kabinet seperti dalam senario 1 pun, ia tetap akan ada krisis keyakinan dan kepimpinan. Ini kerana Pak Lah sekali lagi dilihat membuat keputusan yang berubah-ubah. Justeru pemimpin baru perlu bagi melakukan pembaharuan dalam senarai kabinet mahu pun sistem pentadbiran.)

Jika ini dapat dilakukan dalam waktu terdekat, rancangan Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil pasti tergendala. Ini kerana mood ahli dan rakyat akan berubah untuk memberi peluang kepada pemimpin baru.

UMNO dan parti komponen BN juga akan lebih kukuh menghadapi pilihan raya kecil jika diadakan.

Malah jika Anwar menang dalam pilihan raya kecil pun sama ada di bandar Tun Razak atau Permatang Pauh, ia tidak mungkin dapat menjadi Perdana Menteri kerana keyakinan dalam UMNO dan BN telah dipulihkan.

Segala hasrat untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen akan berkubur begitu sahaja.

Jika Pak Lah kekal dan dicabar dalam Pemilihan UMNO, akan berlaku suasana yang berbeza sama sekali. Ini mungkin saya akan ulas dalam tulisan akan datang.

207 comments:

«Oldest   ‹Older   1 – 200 of 207   Newer›   Newest»
mrs hafiz said...

tak kisahla sesiapa yg jadi pemerintah asalkan org tu berperibadi yg baik, pandai menguruskan negara dalam semua aspek..
baru rakyat hormat dan sokong, okeh?
kalau prestasi pun buruk, menipu rakyat, rasanya rakyat dah tersinggung.. dgn umno. dan susah la untuk pulihkan tu semula..

anak jawa

thquah said...

Sesuatu yang amat menarik dalam kedua-dua senario.Bahkan org Penang cakap gua caya sama lu,dalam analisis ini.Tetapi nampaknya Pak Lah enggan turun takhta lagi buat masa ini?
Sekiranya UMNO/BN hendak terajui dan kembali kukuh ia mesti menjalankan dasar -dasar yang lebih adil untuk semua rakyat tak kira bangsa.Sekira tidak mengambil langkah yang demikian,pada PR13 nanti mungkin BN akan menjadi pembangkang.

Madam Curi said...

As a citizen I want a strong leader able to ensure economic sustainability for Malaysia. That I don't see in Pak Lah.

dadidudie said...

tidak ke umno sedar bahawa umno telah ditolak rakyat, samada paklah atau najib, kedua2nya sama sj, warisan dari Tun mahdey yg telah byk merosakkan sistem kehakiman, kepolisan, kemasyarakatan, sistem raja2, sistem pendidikan dan byk lg. paklah dah diberi peluang utk melakukan perubahan selama 5 tahun, tp hanya sekarng baru tersentak utk berubah,,,sudah terlambat..bukan mudah utk menarik balik keyakinan rakyat... so org umno duduk le diam2 nikmati ler hasil penipuan korang yg byk semasa kamu memerintah, utk santapan sehingga anak cucuk cicik kamu xkan habih..bagi ler peluang pemimpin yg beramanah, berdidikasi yg telah dinafikan haknya sbg PM, dgn fitnah dan kezaliman atas dirinya..iaitu yg Amat Berhormat DSAI kami...reformasi!!!!!

bluesky said...

BN Kembali Kukuh....Susah...Ahli-ahli UMNO terlalu gila kuasa...sehingga hari ini...belum selesai dengan rebutan kuasa....

pogadai said...

saya setuju dengan andaian DS Khir. saya rasa UMNO harus bertindak dengan lebih keras lagi untuk memaksa AAB untuk membuat "exit plan" secepat mungkin. Selagi AAB masih menjadi PM, bertapa mudah bagi PR untuk mencari kesalahan dan mengapi-apikan lagi kemarahan masyarakat terhadap BN dan UMNO khususnya.

Harumkasturi said...

Taniah DMKT atas cetusan pandangan
apa yang perlu dibuat oleh Pak Lah demi untuk menyelamatkan UMNO dan orang melayu.Harus diingatkan Pak Lah berundur bukan bererti kalah kerana ianya lebih mencerminkan sifat keberanian seseorang pemimpin itu hanya kerana berjuang untuk bangsanya,agamanya dan tanahairnya.

panca said...

pak lah ni memang muka bebal betul. kalau jasa berjela-jela boleh la buat peralihan secara terhormat sebab banyak polisi nak di perjelaskan. ni apa..dia ada islam hadari yg blurr,wpi yg tak sudah,corridor yg tak sudah,monsun cup yg tah ape-ape,masjid kristal yg tak pernah penuh saf tak macam masjid shah alam yg stategik. setahu aku masa pemerintahan pak lah yg ada tsunami,banjir kat johor,buaian besar,banjir kat ttdi shah alam, sultan murka, tsunami politik,artikle 11,hindraf,bersih,minyak naik 30sen,ap berlambak, mrr2,kawin lagi.

profreform said...

betul tu dr.

sebab bagi saya, sy lagi suke paklah trus jadi PM... sebab lagi mudah utk tumbangkn BN pd masa akan datang...

n sy lihat pun Najib bukan org sesuai utk ganti paklah. sy yakin Rakyat y mngundi Pakatan Rakyat pd PRU y lepas juga mlihat najib sbg pmimpin y tidak prihatin dgn kebajikan rakyat.

sbb banyak kali pkataan "kjaan jamin kenaikan itu ini tdk akan mmbebabnkan rakyat" kluar dr mulut najib..

n ia juga antara faktor mrosotnya prestasi BN spt y dr. akui (rakyat tdk merasai kebaikan dr pembangunan pesat)

che mat said...

Sejak Pak Lah mengumumkankan bahawa pelan peralihan kuasa sudah ada, begitu banyak respon dan pendapat timbul. Ada yang mencadangkan ia di laksana kan secepat mungkin dan ada yang mahu Pak Lah meneruskan tugasnya dahulu.

Bagi saya, seandainya pelan itu benar2 sudah disediakan, eloklah ianya dibincangkan dgn segera oleh Pak Lah dan Dato’ Seri Najib. Buat apa tunggu lagi? Kalau hendak ditunggu, usah lah di war-war kan yang pelan itu sudah ada. Ini menimbul rasa ingin tahu dan tak kurang juga rasa menyampah di kalangan ahli UMNO dan rakyat amnya.

Saya bersetuju bahawa peralihan kuasa perlu dilakukan secara teliti supaya tidak timbul masalah di kemudian hari. Tapi tiada salahnya Pak Lah berbincang segera bersama timbalannya. Usah lah tunggu sampai selepas pemilihan. Berbincang sekarang pon tak bermakna peralihan kuasa akan jadi kelam kabut. Kalau tunggu lagi pun, takut-takut tak sempat pula. Mana lah tahu kalau-kalau Pakatan Rakyat sudah berkuasa pada masa itu (bak kata Anwar Ibrahim yg PR sudah ada cukup ahli Parlimen BN yg setuju utk melompat).

Umum tahu yang banyak pihak mengesyorkan supaya Pak Lah berundur ekoran kekalahan terburuk BN pada PRU 12 yang lalu. Bukan setakat rakyat, malah ahli UMNO sendiri mengesyorkan cadangan ini. Adakah semua suara ini main-main ataupun ’syok2’ saja suruh Pak Lah berundur? Atau Pak Lah nak mencabar ahli UMNO membuktikan ketidakpuasan hati mereka dalam pemilihan akan datang sebagaiman Pak Lah mencabar rakyat supaya membuktikan ketidakpuasan hati mereka dalam PRU 12 yang lalu? Cadangan saya, TAK USAH LAH PAK LAH. Berundurlah dengan hormat seperti PM-PM yang terdahulu. Bukan semua pengunduran tak baik. Mungkin pengunduran Pak Lah secara hormat mampu mengembalikan semula sokongan rakyat kepada UMNO dan BN.

PAK LAH, FIKIRLAH MASAK-MASAK DEMI SURVIVAL UMNO, BN DAN MELAYU.

Shah Efendy said...

Saya tidak percaya faktor Tun M boleh menghakis terus kepercayaan pengundi UMNO. Beliau sendiri kini tentu sudah merasakan bahang akibat daripada tindak tanduknya selama ini. Pak Lah bijak bila melakukan apa yang disarankan oleh Zaid Ibrahim dalam kes Tun Salleh Abas dan lain-lain. Ia dibantu pula oleh DSAI dalam 'Black 14' yang langsung memberi pukulan KO kepada Tun M. Jadi, abaikan faktor mantan PM tu ! Jangan bawa banyak sangat idea 'orang-orang nyanyuk' ke dalam UMNO. Haghu Malaya !

ajim said...

saya bersetuju dengan artikel ini pada kebanyakan isinya.. tetapi, saya ingin tahu jua kenapa DS anwar ibrahim, Dr khir tidak menggemarinya? bersalahkah dia?

Misbahul Muslim said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha perkasa.

Dari pemerhatian saya mengenai pandangan dan ulasan Dr.Khir,

Saudara masih lagi menaruh harapan
supaya BN dan UMNO khususnya, terus mentadbir negara dan sisa-sisa harapan Dr khir untuk bangkit kembali dan sekurang-kurangnya mendapat jawatan bertaraf menteri kembali.

Saudara Dr.Khir,

Saya ingin bertaya, sudahkah anda bermuhasabahah diri sekembalinya dari tanah suci.

Cuba ketepikan seketika bahawa anda ini adalah pro kerajaan atau berhenti sejenak memikirkan soal-soal politik (hal duniawi).

Cuba anda menjadi betul2 rakyat biasa, dan berusaha untuk menuntul ilmu agama sedalam mungkin. mungkin susah tapi cuaba lah seketika cuma.. 3 bulan, 4 bulan dan 6 bulan.

Kemudian kembali memikirkan soal politik. Di mana Islam sebenarnya?
Semasa pemerintahan anda di negeri selangor dulu, adakah anda betul2 beramanah, bertanggung jawab menyebarkan agama islam ke seluruh negeri Selangor??

Fikir-Fikir kanlah

Mat Atas Pagar said...

Salam...

Sebagai rakyat...
Masih tertanya-tanya..
Najib menjadi PM....

Terlalu banyak persoalan..
Waluapun ada jawapan..
Tetapi tidak meyakinkan..

Terutam soal komisyen jet2 dan kapal selam..
Apatah lagi soal pembunuhan..ALTXXXX>

Wallahhu alam bis sawab...

BeyMaga said...

Saya amat tertarik dengan saranan kedua yang Dr huraikan di atas.

Saya turut sependapat bahawa Anwar hanya akan masuk Parlimen jika dilantik menjadi perdana menteri.

Apa pun kita tunggu dan lihat. Berkenaan dengan rombakan kabinet - ini mungkin akan semakin melemahkan lagi kedudukan Pak Lah terutama di kalangan UMNO.

Ini kerana beliau terpaksa tunduk kepada kehendak Sabah. Ia juga menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan pemimpin UMNO sedia ada sekarang - kerana terpaksa di "korbankan" kerana kepentingan Pak Lah - untuk terus kekal.

Apa pun kita tunggu apa akan terjadi. Saya lihat Dr sependapat dengan mereka yang membentang banner dan banting di Sheraton PJ beberapa hari lepas.

Hang-Jebat said...

Dr MKT,
Tuan Hamba benar-benar insaf sekarang. Pedoman berdoa di depan Kaabah baru-baru ini begitu menimbulkan rasa keberanian yang terlampau di hati dan jiwa Tuan Hamba.
Hamba masih menunggu komen yang akan diberikan sendiri oleh kuncu-kuncu Pak Lah terutama anak menantu kesayangan beliau. Atau apakah Naib Ketua Pemuda UMNO ini akan merampas keris di tangan Ketua nya untuk bertikam dengan Tuan Hamba. Mungkin gayanya lebih hebat semasa pergelutan ilmu persilatan yang tinggi oleh Tuah dan Jebat (original) dahulu. Ataupun, beliau akan mendapatkan tiket kelas satu untuk mendapatkan bantuan dari Singapura. Selepas PRU12, tajinya sudah mulai tumpul bab ayam Pak Kadok. Melihat negara hampir tergadai.
Insya-Allah, Tuan Hamba tidak perlu risau. Jika beliau ataupun kuncu-kuncu beliau yang lain mahu menentang Tuan Hamba, masih terdapat rakyat yang ada jati diri untuk berpegang teguh dengan pemimpin yang membawa kebenaran akan membela Tuan Hamba. Pendekar Jerlun pastinya sedang mengasah keris simpanan bapanya untuk sebaris dengan Tuan Hamba.
Untuk menentang Memanda Bendahara dengan menaikkan Temenggung bukan usaha yang mudah. Jangan dilupai Temenggung juga masih terpalit najis di tangannya. Kalau Tuan Hamba berniat ikhlas menaikkan Temenggung memangku jawatan Bendahara, mintalah Temenggung untuk turut ke Kaabah dan bertaubat Nasuha. Kembalinya dari sana, buatkan pengakuan yang Temenggung memohon ampun dan maaf dari rakyat jika ada salah laku beliau semasa ini. Saya percaya rakyat akan memaafkan beliau walaupun sesetengah rakyat tidak tahu apa-apa. Sedangkan Nabi ampunkan Ummatnya. Dengan demikian, seluruh rakyat di pelusuk tanahair akan memberi sokongan yang penuh kepada pemangku Bendahara. Dan dengan membalas kepercayaan ini, menjadi batu loncatan untuk menewaskan "bekas banduan" di Pilihanraya kecil, Pemangku Bendahara akan memacu kemajuan negara dengan konsep RAJA BERPELEMBAGAAN tanpa menyisihkan hak-hak Bangsa Melayu dan Bumiputera juga Agama Islam seperti terkandung di dalam Perlembagaan dan tidak dilupai mereka yang mendapat hak kerakyatan negara dari Jus Soli. Mereka juga ada hak kerana merupakan tunjang perpaduan Malaysia Bersatu.
Teruskan usaha murni Tuan Hamba.

uemura said...

Begitu terserlah para pemimpin UMNO ni kalut mengejar kuasa. Agaknya mereka lupa sejarah Melaka dulu bagaimana para pemimpin leka dgn kuasa akhirnya negeri tergadai. Kamu pun agaknya sama lah macam mereka ni Khir.

Walhal agenda ummah adalah segala-galanya. Khir! Sampai bila UMNO nak sedar ni? Sibuk le dgn politik.

Tengok semalam Adnan Lahabau MP Putrajaya boleh belah macam tu je sampai orang gelar dia Rubbish MP. Engkau pun macam tu ke?

Razlan said...

Melayu Online suka malihat MB Selangor melepaskan Ahli Parlimen BTR, dan tanda tanya yang kedua, siapa pula yang bakal dicalonkan untuk berlawan dengan DSAI?

Kerusi BTR bukan quota untuk parti UMNO, mejoriti penduduk BTR adalah Melayu. Sekiranya Pak Lah masih memerintah, kita lihatlah siapa yang beliau nak letak. Jika Melayu menjadi perjuangan beliau .. letak lah calon dari UMNO dan penduduk tempatan, sekiranya seperti PRU12, kita akan kehilangan sokongan Melayu keseluruhanya.

Jika DS Najib memerintah, kita lihat siapa pula beliau akan letak .. adakah DS Najib mempunyai cara yang bijak untuk memastikan calon UMNO diletakkan, dan kita lihat bagaimana DS Najib mengolah perkara ini dikalangan parti Komponen.

lombokrawit said...

Pemimpin Melayu sepatutnya ambil mantan KM PP Dr Koh Tsu Koon sebagai contoh. Kalah tetapi tetap menerima dengan hati terbuka dan menawarkan diri untuk membantu KM baru untuk memulakan pentadbiran.

Kenapa dia boleh buat macam tu..? Sebab BN kalah pun PP masih dipegang 'org dia' tapi tidak di Kedah, Selangor dan Perak. Walaupun MBnya sebangsa, mantan-mantan MB langsung tak menerima kekalahan apakan lagi membantu...

Sedarlah wahai umat yang sebangsa dan seagama...

anak jowo seng sukak mangan tempe...

azuar666 said...

Saya sebagai Penyokong Pakatan Rakyat Amat senang sekali apabila mengetahui Dr dan rakan-rakan dalam UMNO membuat blog. Maka senanglah kami menegur UMNO/BN jikalau ada perkara patut ditegur. UMNO sekarang boleh bertanya kepada diri sendiri, Adakah relevan atau tidak UMNO untuk org muda mcm kami ini, veteran tidak lama lagi bukan boleh sangat berpolitik maka kuasa UMNO akan terjejas. Saya melihat kepimpinan walaupun bertukar tangan ke Najib, masih belum lagi dapat kepercayaan anak muda, Najib ada kes tersendiri yang diketahui oleh anak-anak muda. Apa kata Dr bagi peluang pada PR untuk memerintah negara. Dr bersara sahaja dari arena politik. ....... Sudah nampak zaman kegelapan DR dalam UMNO....

Trumaran M said...

Dr. Khir,
What is important now is economic stability. I believe the current leaders show immediately concentrate on "work" rather than fighting for their political future. If this can not be done, or he is not in the position to do, he should make way for those who can. What people wants in political and economic stability so the the country and general population can prosper.

Mohd Salami said...

Salam Dato Seri,

I'm not necessarily share the same opinion as you, but I respect the tone of your writing that reflect acknowledgment of people's concern over the current leadership issue - unlike some UMNO leaders who are still carrying out the same tone (or should I frankly say arrogance) as pre-PRU-12.

As a young voters, I think UMNO is entitled to ask for chance to re-engineer itself. Let see what good will come-out from current situation. Either PR or BN to govern, May Allah give the best to our country

-From Melbourne-

lombokrawit said...

Sultanne pun wes ngomong...

Sultan Selangor gesa umat Islam Selangor bersatu selepas pilihan raya
18/04/2008 4:01pm


KUALA LUMPUR 18 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa umat Islam di Selangor supaya bersatu semula selepas berbeza pendapat dan pendirian semasa pilihan raya umum lepas.

“Negara kita baru melalui pilihan raya dalam keadaan aman dan damai. Pemimpin yang baru telah dipilih untuk mentadbir negeri Selangor.

“Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah melupakan segala perbezaan ideologi dan pegangan politik yang telah lalu, tetapi hendaklah sama-sama bersatu semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negeri yang kita cintai ini,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Bukit Indah di Ampang dekat sini hari ini.

Baginda bertitah amat penting bagi umat Islam menjauhi perpecahan yang disebabkan perbezaan pendapat kerana ia hanya akan merugikan bangsa dan agama. - Bernama

-Kenapa susah sangar nak sokong bangsa sendiri yang telah dipilih oleh majoriti...? Grow up people!!!!

Faizal Riduan said...

Dato' Seri yang dihormati,

Tahniah diatas keterbukaan dan keberanian DS untuk mengungkap kata-kata cetusan hati DS. Saya melihat ianya satu mesej ke aras demokrasi yang lebih tulin di dalam UMNO lebih-lebih lagi di kalangan ahli Majlis Tertingginya (MT).

Namun saya kira aspek peralihan kuasa yang sekalipun disiapsiagakan hanya akan memberikan kesan jangkamasa pendek jika pendekatan dan dasar parti dan kerajaan tidak diberikan nafas baru dan perubahan ke arah penambahbaikan berterusan.

Sejarah telah membuktikan apabila keyakinan rakyat berubah pada tahun 1999, kerajaan berjaya menebus kembali dengan kejayaan besar pada 2004 dengan faktor utamanya keyakinan baru terhadap peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir ke Dato' seri Abdullah. Tetapi apabila tiada pendekatan baru dan perubahan dibuat 4 tahun kemudiaan iaitu 2008 dalam PRu ke 12 rakyat terus menghukum.

Ini membuktikan bahawa teori peralihan kuasa sahaja tidak berkesan bila mana pemimpinya mempunyai sosok tubuh yang lebih kurang sama, idealisme sepunya dan pembawaan yang saling tidak tumpah dengan sebelumnya. Maka konsep pegantian kuasa, patah tumbuh hilang berganti sebenarnya hanya mengubah nama Perdana Menteri itu sendiri sedangkan dari sudut karisma dan kreadibiliti tiada perubahan sama sekali. Bahkan mungkin lebih teruk lagi.

Dalam perkara ini saya merasakan perlunya peralihan juga ditekan pada peringkat dasar dan pendekatan yang sedia ada untuk seimbang dengan tuntutan dan kehendak rakyat.

Faizal Riduan said...

Dato' Seri yang dihormati,

Tahniah diatas keterbukaan dan keberanian DS untuk mengungkap kata-kata cetusan hati DS. Saya melihat ianya satu mesej ke aras demokrasi yang lebih tulin di dalam UMNO lebih-lebih lagi di kalangan ahli Majlis Tertingginya (MT).

Namun saya kira aspek peralihan kuasa yang sekalipun disiapsiagakan hanya akan memberikan kesan jangkamasa pendek jika pendekatan dan dasar parti dan kerajaan tidak diberikan nafas baru dan perubahan ke arah penambahbaikan berterusan.

Sejarah telah membuktikan apabila keyakinan rakyat berubah pada tahun 1999, kerajaan berjaya menebus kembali dengan kejayaan besar pada 2004 dengan faktor utamanya keyakinan baru terhadap peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir ke Dato' seri Abdullah. Tetapi apabila tiada pendekatan baru dan perubahan dibuat 4 tahun kemudiaan iaitu 2008 dalam PRu ke 12 rakyat terus menghukum.

Ini membuktikan bahawa teori peralihan kuasa sahaja tidak berkesan bila mana pemimpinya mempunyai sosok tubuh yang lebih kurang sama, idealisme sepunya dan pembawaan yang saling tidak tumpah dengan sebelumnya. Maka konsep pegantian kuasa, patah tumbuh hilang berganti sebenarnya hanya mengubah nama Perdana Menteri itu sendiri sedangkan dari sudut karisma dan kreadibiliti tiada perubahan sama sekali. Bahkan mungkin lebih teruk lagi.

Dalam perkara ini saya merasakan perlunya peralihan juga ditekan pada peringkat dasar dan pendekatan yang sedia ada untuk seimbang dengan tuntutan dan kehendak rakyat.

aah said...

Dr Khir,

Sebenarnya Pak Lah tahu terlalu ramai Pemimpin dan ahli ahli umno menolaknya. Sebagai jalan selamat beliau terpaksa berbaik dengan Parti Pembangkang seperti DAP, PKR,PAS dan pertubuhan yang anti kerajaan seperti Bar Council.Ini terbukti dengan majlis makan malam yang dianjurkan oleh bar council semalam.Majlis semalam tak lain dan tak bukan adalah untuk menaikan imej Pak lah dan mencari populariti dikalangan masyarakat pembangkang dimalaysia.

Jika umno bertindak terhadap Pak lah mereka mereka ini akan mempertahankan Pak lah sehingga PRU 13 dan selepas itu umno dan Pak lah akan dikuburkan.

makkal sakti said...

kalu perlaihan kuase dr paklah ke najib pun belum tentu sokongan rakyat kan beralih pada UMNO.Rakyat melihat UMNO satu parti yg bukan UMNO zaman Onn jaafar atau zaman hussein onn. Umno sekarang dah gilaer kuase. Bukan untuk menolong rakyat tapi untuk memenuhkan pokek yg kosong..Kalu peralihan kuasa dari paklah ke najib pun..sume rakyat tahu siape tu Najib..najib bukan sepeti bapanye atau datuknye...macam2 cerita telah kite dengar pasal dia dan bini dia yg seorang yg boros macam imelda marcos..Aku tak nampak pun pemimpin UMNO yg betul2 seorang pemimpin yg betul2 nak tolong rakyat..sumenye hampeh..kalu ade pun masih tak nampak lagi kelibat die..Yg nampak hanya DSAI aje..kenape org UMNO takut dengan beliau..ape salah beliau?.kalu beliau jadi PM pun negara kite akan selamat kerna pengaruh nye di luar sane baik di timur tengah, asia atau eropah adalah excellent berbanding dgn najib..Kerajaan mongolia mesti tak suka ngan najib..begitu juga negara2 yg lain sebab depa tahu najib kuat makan 'komisen'. So..fikirkanlah DR. khir toyo..

BanYaK said...

Asslmlkm...

Dato Seri, terima kasih untuk ulasan yang baik. Ni yang buat saya nak selalu datang jenguk blog dato ni. Sekurang2nya, kami di sebelah sini tahu macammana pemimpin BN berfikir dan senang jg pemimpin PR ambil langkah sepatutnya.

DS, kita patut buat link exchange. Boleh?

http://videoreformasi.blogspot.com

Cik Lee said...

Aduh, masih bermimpi lagi rupanya Dr. Bagus sangat ke Najib tu? lagi bagus dari Pak Lah ke? Saya rasa bagus kalau hari itu Dr. ajak Najib sekali pergi umrah.

Kalau pemimpin semacam Najib masih jadi pilihan, rasanya berat tu. Dah terang lagi bersuluh bagaimana Najib punya peribadi. Sekarang barulah saya tahu Dr. ni macam mana. Ingatkan dah insaf lepas PRU12 hari tu. Tp. rupanya masih serakah dengan kuasa. Teruskan lah Dr. jika itu yang dikejar. Semoga berjayalah hendaknya.

Lupa pulak nak tanya? Dr. dah mintak maaf ke pasal kes penyapu hari tu. Bukan apa. Doa orang yang dizalimi itu tiada hijab. Kot-kot terus diperkenankan angkara tuan punya badan dimalukan di seluruh nusantara.

zul_car_9 said...

assalamualaikum wbt..

1stly, i would like to thanks dr khir for still giving us ( rakyat biasa) the chance to share our opinion with u... keep the cultivation up continuously dr khir..

sebagai hamba allah yang dilahirkan ke muka bumi.. menjadi tanggungjawab kita supaya menjaga kestabilan muka bumi..
we are born to be khalifah... bumi hendaklah dipimpin dengan sebaiknya... we still a leader even when we are a follower...

dato seri,
me in my personal opinion berpendapat.. majoriti rakyat malaysia bukan tidak mahu paklah menjadi perdana menteri sahaja, bahkan mahukan kerajaan bn ditukar secepat mungkin, malaysia harus diselamatkan..
rakyat harus dibela, kezaliman dan penindasan, serta ketidak adilan yang sekian lama barisan nasional telah lakukan harus dihentikan.. hak rakyat harus dikembalikan...

melihat opsyen yang kita ada sekarang saya simpulkan kepada tiga

1)paklah adalah pemimpin terbaik buat masa ini, niat suci beliau mengembalikan malaysia ke acuan sebenar harus dihargai.. fungsi kehakiman tidah harus diperkotak katikkan lagi.. bagilah peluang itu kepada dia...

2)Gantilah paklah dengan orang yang lebih baik lagi.. jika ada..
tapi saya tidak nampak wujudnya manusia itu di dalam umno... even pelapisnya najib.. disqualified for that position.. sorry for saying that.. we all know how najib's history.. pemimpin must give example.. but najib already spoilt the chance he have before.. i think u should know about it.. if not.. investigate.. he will make malaysia worst.. trust me..
while anwar - nothing wrong with him. the only problem is .. he not in umno.. he already become the umno's victim... but umno may think he is not good enough...

3. Opsyen ke 3..
bak kata saya dalam komen sebelum ini...
kembalilah kepada agama.. islam telah memberi garis panduan yang baik... laksanakan mengikut ajaran islam.. Yakinlah jalan ini sahaja yang memberi kejayaan.. tiada jalan lain.. kepimpinan harus dipimpin oleh syura.. pemimpin harus memenuhi garis panduan islam.. tiada masalah jika dia bukan ulama sekalipun asalkan dia mengikut garis panduan islam.. dan paling mustahak.. untuk mencapai matlamat ini.. parti umno .. hendaklah menukar dasarnya... agama dahulu baru bangsa@kabilah.. tiada jalan paling baik untuk berjaya seperti ini..

dr khir, u need to admit this..
the best opsyen is opsyen 3.. confirm malaysia aman.. rakyat berbilang kaum aman and malaysia aman...

umno kembalilah kepada islam

tunku said...

pak lah seharusnya meletak jawatan sebelum pemilihan bagi memberi laluan diadakan pertandingan terbuka pada pemilihan umno nanti. biarlah najib memangku tugas pm sementara waktu sehingga pemenang jawatan presiden umno diumumkan.
sekiranya pak lah berdegil dan mahu mempertahankan jawatannya,maka bn perlu bersedia utk menjadi pembangkang pada masa depan. .

Mazuki Husin said...

Sebagai orang melayu yang sayangkan bangsa dan masa depan melayu mulakan pembetulan bukan masih lagi mendengar keluhan 'grassroot'! ianya telah didengari 4 tahun yang lalu bukan sekarang. Saya kecewa dengan ahli majlis tertinggi yg masih lagi berpolitik untuk menyelamatkan kedudukan dan kemewahan. Buktikan slogan PERJUANGAN BANGSA!melebihi kepentingan peribadi!Dimanakah barisan pelapis umno? Adakah mereka hanya wujud dipesada pentas? Peralihan kuasa mesti meliputi kesemua lapisan dari cawangan ke Majlis tertinggi. Buktikan kedaulatan bangsa adalah agenda utama bukan peribadi BERANI BERUBAH.

Alias Mohd Yusof said...

Tidak mengejutkan bila Pak Lah membuat kenyataan baru-baru ini, beliau akan melakukan proses peralihan kuasa kepada Najib hanya selepas permilihan UMNO pada bulan Disember 2008 akan datang ini.

Pak Lah didesak berundur dari jawatan Presiden UMNO oleh sebahagian besar ahli-ahli UMNO ekoran kemerosotan prestasi BN pada piliharaya umum ke 12 yang lalu. Walaupun tidak patut kemerosotan itu dibebankan kepada Pak Lah seorang tetapi dalam keadaan UMNO yang telah tenggelam punca sekarang ini, UMNO telah menjadikan Pak Lah sebagai kambing hitam mereka.

Untuk meredakan kemarahan orang ramai terutamanya orang-orang UMNO yang tengah berang itu Pak Lah terpaksa mengalah untuk melakukan proses peralihan kuasa kepada penggantinya tetapi hanya selepas pemilihan UMNO akan datang ini.

Apabila Pak Lah dilihat mahu berundur, barulah ahli-ahli UMNO berasa agak lega sedikit.

Walupun Pak Lah mengatakan Najiblah yang akan menggantinya selepas beliau berundur tetapi kita tahu Pak Lah tidak selesa kalau Najib menjadi PM. Dia hanya berkata begitu kerana secara tradisinya Timbalan Presiden akan mengambil tempat Presiden apabila Presiden berundur.

Tujuan dia berkata demikian adalah juga bagi meredakan penyokong-penyokong Najib yang telah lama memasang angan-angan hendak melihat Najib menjadi PM.

Semasa Pak Lah mengambil jawatan PM dari Tun Mahathir, Pak Lah mengambil masa yang lama juga untuk melantik Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi Pak Lah akhirnya terpaksa juga melantik Najib kerana di waktu itu beliau tidak ada banyak 'pilihan politik'.

Mungkin ada strategi Pak Lah yang tersendiri kenapa beliau memberi syarat untuk peralihan kuasanya ditangguhkan selepas pemilihan UMNO Disember 2008 ini.

Pertamanya Pak Lah hendak memulihkan semula keyakinan orang ramai terhadap diri beliau. Keduanya adalah untuk mencari pengganti yang disukainya yang bakal memimpin negara ini. Sudah tentu Pak Lah mahu penggantinya nanti mempunyai aspirasi politik seperti beliau juga.

Aspirasi Pak Lah dengan Mahathir adalah berlawanan sekali, Pak Lah suka untuk memajukan sektor pertanian sedangkan Mahathir suka kepada projek mega. Dalam keadaan dunia yang bakal menghadapi krisis makanan ini, polisi Pak Lah lebih pragmatik.

Pak Lah tahu Najib adalah orang yang disukai Mahathir untuk menjadi PM. Oleh itu Pak Lah melihat kalau Najib menjadi PM tentu sedikit sebanyak cara politik dan polisinya akan terikut-ikut cara Tun Mahathir.

Hanya pada pemilihan UMNO akan datang ini sajalah peluang yang ada pada Pak Lah untuk beliau mencari pengganti beliau yang disukainya. Tentunya Pak Lah tidak berasa ralat untuk berundur dari jawatan PM, tetapi yang menjadi ralat kepada beliau ialah bila tidak dapat pengganti yang disukainya.

Telajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata kalau tak dikota buruk padahnya. Pak Lah telah memberi janji untuk berundur. Penyokong-penyokong Najib pula telah meletakkan harapan yang tinggi kepada janji Pak Lah tersebut.

Mampukah Najib mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO bulan Disember 2008 ini? Kalaulah dibuatnya Najib tewas dan orang Pak Lah menang dalam pertandingan itu nanti, tentu nasib politik Pak Lah akan berubah sama sekali.

Selain dari itu nasib Najib juga ditentukan oleh pilihanraya umum ke 13, kemaraan Pakatan Rakyat seperti sukar untuk dibendung. Kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah negara ini, tidak ada erti lagilah kepada Najib sekalipun dia menang dalam pemilihan UMNO akan datang ini.

ajipp said...

dr khir

kenapa DS najib dan DS hishammudin terlepas dari disalahkan dalam PRU12 yang lalu. bukankah DS najib pengarah pilihanraya aka panglima perang BN dalam PRU yang lepas. DS hishammudin pula ada Ketua pemuda, bukankah ketua pemuda adala tulang belakang parti UMNO dan BN ? Kenapa mereka tak dipersalahkan ? kenapa mereka dilepaskan begitu sahaja? fikir-fikirkan

meluat! said...

Salam dato'

saya taknak cakap banyaklah cuma nak bagitau sikit bahawasanye tak payahlah dato' nak jadi hero dengan tajuk "peralihan kuasa perlu disegerakan jika mahu umno dn bn kembali kukuh tu"..sedarlah bahawa dato' sendiri telah di'sapu' rakyat selangor..ini bermakna kami rakyat marhaen ni x perlukan sesiapa lagi pemimpin dr umno or bn..tak payah nak jadi hero bila dh kalah dato'..sorry to say lah yea..

Ahmad Zamri said...

Salam Dato seri....
Tahniah di atas cara berterus terang yang sebegini. Saya sangat setuju dengan peralihan kuasa dan angin kencang yang bertiup untuk memaksa peralihan kuasa ini. Cuma bagi saya, dua perkara yang perlu di ambil kira:
i. Masa untuk peralihan tersebut dilakukan?
ii.Sesuaikah DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan ? (Berdasarkan kepada keadaan semasa, serta cerita-cerita peribadi yang tersebar))
Rakyat yang masih punya perasaan cintakan UMNO memerlukan pemimpin yang benar-benar berkaliber dan memenuhi aspirasi rakyat....
MASIH ADAKAH PEMIMPIN SEBEGINI DI DALAM UMNO....SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN...

Azlei Abd Jalil said...

Tahniah DSKT,
Pahlah dah jadi PM, apa yang berlaku dalam ppu-12 menunjukkan kelemahan pemerintahan beliau. Umat melayu sekarang semakin sesat, yang saya tahu hanya ada dua parti yang masih ada nilai melayu dan islam iaitu UMNO dan PAS. Yang lain tidak releven. DSAI bukanlah pemimpin melayu, beliau memimpin bangsa dan kaum yang kecewa yang lebih bernafsukan dendam lama. Kalau benar DSAI ingin memerintah negara dengan baik, kenapa tak masuk PAS sahaja? Kemaruk sangat nak jadi PM agaknya?
Yang pasti UMNO kena terus kuat dan memperbetulkan kesilapan dan kelemahan lampau. Peralihan kuasa dalam UMNO adalah wajib.

Perhatian dan pemikiran anak muda yang banyak menentang UMNO perlu diperbetulkan, dok marah sangat dgn Dr. M tu tak tahu kenapa. Kalaulah Dr M tidak menswastakan Lembaga Letrik Negara dan Telekom ni dulu, dah tentu geng-geng yang dok menentang dia tu tak leh pegi sekolah kot. Dok kayuh beskal pegi dataran merdeka buat bantahan bersama DSAI diorang. Pakat pakai lampu generator kat Kelab sulaiman kot 14 hb dulu. Nak tulis blog pun tak tentu reti lagi...

Apapun, semua peringkat pimpinan UMNO harus jelas dan tegas seperti Tan Sri Muhyiddin. DSKT kena harus lebih berusaha membantu merubah keadaan. Rakyat ingin menikmati keadaan hidup yang lebih aman dan sentosa, peralihan kuasa yang lancar amat perlu. Jika najib bukan pilihan terbaik, Tan Sri Muhyiddin adalah yang lebih baik. Apapun adalah lebih baik paklah turun dan biarkan orang yang lebih berupaya menjadi PM Malaysia melalui UMNO.

Anak Pahang

N11 said...

Saya agak bersetuju dengan percaturan senario yang DMKT utarakan ini....nampaknya datuk begitu matang dengan sepak terajang dalam politik Malaysia sekarang ini....namun begitu dengan keadaan mood yang ada ketika ini....senario kedua mungkin menjadi dan begitu banyak org2 diluar sana either in umno or definitely in opposition themself mendoakan senario ini akan menjadi kenyataan secepat mungkin....saya melihat umno itu masih relevan untuk org2 melayu jika manusia2 yang tak tak amanah,tak berintergrity,tidak telus,tidak jujur,suka dikipas,penipu,penyangak...etc tidak ada lagi dalam umno itu sendiri....namun apakan daya....rakyat telah begitu celik dan cerdik...tidak ada lagi criteria2 diatas didalam pemimpin2 umno....lalu mereka orang2 melayu melihat dan berharap satu evolusi penstrukturan semula pemimpin2 umno harus dilakukan....namun jika dilihat sekarang ini....dalam umno itu sendiri tidak ada manusia2 yang bergelar pemimpin seperti di atas....saya melihat umno harus memberi peluang kepada pemimpin lain umpamanya dari PKR atau PAS untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan maruah orang2 melayu itu sendiri....kita harus faham dalam konsep perjuangan....kekalahan dan kemenangan adalah lumrah....sedangkan ISLAM yang begitu kuat pada satu ketika dahulu yg menakluk 2/3 dunia juga kecundang...apatah lagi umno yang sekumit kuasanya ini....moga senario kedua berlaku dengan cepat sebagaimana doa2 orang2 melayu yang diluar sana yang inginkan martabat mereka diangkat dan dijulang kembali dia mata Malaysia khasnya dan dunia amnya.....

Ahmad Zamri said...

Salam Dato seri....
Tahniah di atas cara berterus terang yang sebegini. Saya sangat setuju dengan peralihan kuasa dan angin kencang yang bertiup untuk memaksa peralihan kuasa ini. Cuma bagi saya, dua perkara yang perlu di ambil kira:
i. Masa untuk peralihan tersebut dilakukan?
ii.Sesuaikah DS Najib mengambil alih tampuk pemerintahan ? (Berdasarkan kepada keadaan semasa, serta cerita-cerita peribadi yang tersebar))
Rakyat yang masih punya perasaan cintakan UMNO memerlukan pemimpin yang benar-benar berkaliber dan memenuhi aspirasi rakyat....
MASIH ADAKAH PEMIMPIN SEBEGINI DI DALAM UMNO....SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN...

Lexka said...

Kenapa pula nak takut dgn Anwar. Berani kerana betul, takut kerana salah. Kalau Anwar boleh hujah bermacam-macam, Umno pun boleh. Kalau Anwar boleh offer keadialan dan kesaksamaan, Pak Lah perlulah offer 2x kesaksamaan dan keadilan. Ketidakadilan dan kesalahan2 kerajaan sendiri yg. memberi ruang keapada Anwar untuk terus berjuang dgn isu2 sedia ada.

Roshatika said...

Salam YB DS Khir,

Saya bersetuju sekiranya peralihan kuasa dilakukan akan memberikan peluang kepada DS Najib melakukan pemulihan yang lebih agresif dan meneruskan kesinambungan usaha yang telah di lakukan DS Abdullah memerangi politik wang, rasuah, penyelewengan, memulihkan sistem kehakiman dan banyak lagi 'kerosakkan-kerosakkan' yang telah di tinggalkan oleh Tun Mahathir.

Tetapi saya sama sekali tidak bersetuju sekiranya peralihan kuasa dilakukan kerana kerajaan terpaksa mengikut telunjuk Tun Mahathir dan sekali lagi membawa kerajaan ke era pemerintahannya.

Rakyat sudah muak untuk sekali lagi berada di era tersebut. Pilihan raya umum 1999 membuktikan betapa orang Melayu telah menolak Kepimpinan Tun Mahathir. DS boleh melihat sendiri pilihan raya 2004, BN menang besar kerana rakyat meraikan pengunduran Tun.

Perubahan yang ingin dilakukan DS Abdullah bukan senang untuk dilakukan. Mereka-mereka yang telah selesa berada di bawah Tun dengan politik wang dan amalan rasuah menentang setiap usaha DS Abdullah untuk membanterasnya. Malahan Tun sendiri pernah mengaku selama pemerintahannya beliau tidak dapat mengubah minda orang Melayu.

Sperkara lagi, saya ingin DS berkata benar, jujur pada diri sendiri dan jujur kepada semua ahli-ahli UMNO, bahawa desakan kepada DS Abdullah untuk berundur bukannya kerana kepentingan peribadi. Maksud saya DS ingin DS Abdullah berundur adalah kerana ingin melemahkan YB Sdr. Khairy Jamaluddin dan DS memuji melangit Tun Mahathir sebenarnya kerana ingin mengangkat YB Sdr. Mukhriz. Maafkan Saya sekiranya anggapan ini tidak benar.

Pemimpin-pemimpin UMNO yang mendesak DS Abdullah berundur harus cerminkan diri masing-masing, adakah mereka semua 'perfect' dan di terima rakyat. Jangan berterusan mendesak DS Abdullah berundur kerana ini akan terus melemahkan UMNO dan mengganggu konsentrasi DS Abdullah meneruskan usaha-usaha 'membetulkan' parti dan kerajaan.

Peralihan kuasa tidak akan menyelesaikan semua masalah. DS boleh lihat sendiri peralihan kuasa daripada DS kepada Tan Sri Mohd Md. Taib, Kalau ini boleh dilihat sebagai peralihan kuasa di dalam UMNO,adakah ianya menyelesaikan semua masalah UMNO Selangor dalam sekelip mata?

Kita bukan berada di dalam keadaan yang terlalu lemah. BN cuma kekurangan hanya beberapa kerusi untuk mendapat majoriti 2/3.
Dulupun semasa Tun Mahathir mengatasi YBM Tengku Razaleigh dengan 43 undi, beliaupun tidak meletak jawatan. Kerajaan PAS yang mempunyai kelebihan satu kerusi di DUN pun dapat mentadbir kerajaan negeri dengan berkesan dan di terima rakyat.

Oleh itu bangkitlah kita semua, sekarang bukan masa untuk menuding jari tetapi memperbetulkan kesilapan-kesilapan lepas sehingga kita ditolak rakyat.

Sehingga jumpa lagi, salam hormat daripada saya. T. kasih.

Roshatika binti Haji Abu Bakar, AJK Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang.

wingofchange said...

Pasal nk suruh Pak Lah undur..BN kan menang..jadi sekarang ni jangan banyak sangat politiking..buat kerja la ..OOOI, tak kira le pembangkang kuat ke tak...yang penting berkerja le untuk kebajikan rakyat..pembangkang yang kuat kan bagus...check and balance..pembangkang pun cakap nak bela rakyat juga..so apa sibuk lagi buat kerja le oi..jangan dok makan gaji buta saja ..tak buat apa ..asyik bertengkar..bertengkar..tak habis habis....

nur rossha said...

buat masa ni siapa yg ambil alih sama shj. Biarlah Pak Lah kekal buat sementara waktu dan sama2 majukan UMNO walaupun dalam nada kecewa. Siapa pun memimpin UMNO, PKR tetap kita pinggirkan bersama2. Tapi saya percaya kalau Najib pimpin, rahsia dia banyak yg Anwar tau, lagi bahaya. Sekarang pun Anwar dok tembak TPM sbb takda modal nk jatuhkan PM. Dia gembira dgn keadaan sekarang supaya PM jatuh dan dgn TPM kacang bg dia. PERCAYAllah.

bulukaki said...

saya cadangkan supaya dr masuk sahaja parti PKR ataupun PAS.

Saya percaya Dr mempunyai azam yang kuat, boleh kata optimistik juga(ikut tempat), dan dr boleh nampak apa yang akan terjadi pada masa depan umno dimana dr sendiri tulis diblog ini. Hampir semua orang muda Selangor nampak ini juga akan berlaku.

Jika Dr nampak kejatuhan umno akan berlaku, kenapa Dr tidak sahaja keluar UMNO? pada saya, adalah wajar untuk Dr keluar UMNO kerana UMNO memang sudah tidak boleh dipulihkan lagi. Sikap UMNO yang angkuh tidak akan membawa apa-apa manfaat. Ini telah dibuktikan dibangku sekolah lagi dimana kumpulan yang tidak bersatu akan kalah. Bukan sahaja kalah, malah mereka bersikap indenial.

Mereka akan terus kata yang mereka boleh tapi kita semua tahu itu hanya 'air liur' sahaja. Ia sudah berlaku banyak kali. Bukan 1 tahun, bukan 5 tahun, tetapi bertahun-tahun lamanya mentaliti ini subur dikalangan ahli UMNO termasuk Pemuda UMNO.

Jadi saya amat bersetuju jika Dr masuk PR, only if Dr benar-benar faham ideologi dan agenda mereka dan bukan kerana wang.

Tidakkah Dr terfikir, jika kita sama-sama bangunkan negeri Selangor tanpa apa-apa unsur politik jahat, negeri kita akan membangun dan maju, ia akan menguntungkan semua pihak termasuk Dr sendiri?

Lakukanlah ini demi negara dan agama. dan bukan kerana nak selamatkan Pak Lah yang terbukti sudah ditolak rakyat. Even saya juga tidak pernah nampak beliau sebagai seorang ketua walaupun saya sudah cuba sejak hari pertama beliau menjadi PM. Dan Najib juga belum mungkin akan dapat membuat perubahan tersebut. Ini semua kerana orang bawahan UMNO sudah mahu runtuh. Ia juga sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

-Melayu yang cintakan negaranya-

nur rossha said...

statistik telah menunjukkan bahawa kejatuhan BN (semenanjung)bukan disebabkan UMNO tapi parti2 komponen yg lain. Maknanya MELAYU UMNO masih bersatu dan yg kecewa hanyalah minoriti (yg terlepas jawatan).

Lihat pada parti2 komponen lain (dari dulu lagi), mereka tidak langsung mendesak pemimpin mereka berundur secara terbuka (sbb memalukan bangsa sahaja) tapi melalui pemilihan parti.

Milshah said...

Saudara DS Khir,

Pertama sekali tahniah kerana berjaya mewujudkan blog sendiri dan selamat datang ke komuniti bloggers.

DS telah memberikan pendapat tentang perlunya dipercepatkan peralihan kuasa dari Pak Lah ke DS Najib.

Saya akui, dari segi political strategy lagi menguntungkan bagi Pakatan Rakyat jika Pak Lah dikekalkan sebagai PM dari DS Najib.

Tapi persoalan yg lebih penting jika DS Najib jadi PM sekalipun, mampukah UMNO melawan politikal tsunami yg sedang melanda negara kita? Adakah itu mencukupi? Skrg ni kita bercakap survival UMNO dan orang Melayu sebenarnya.

Saya tidak menidakkan kebolehan Pak Lah maupun Najib, tapi sebarang pertukaran sekalipun kita kena lihat dari konteks yang lebih besar iaitu menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang dan menang dengan majoriti dua per tiga dan memenangi semula negeri2 yg telah ditawan oleh Pakatan Rakyat. Itu matlamat yg perlu ada dalam UMNO dan BN yg tak boleh dilupakan sama sekali. Kalau berlaku pertukaran sekalipin tapi masih kalah dalam PRU 13, tak guna jugak.

Ingat, Pakatan Rakyat kini diketuai oleh DS Anwar, seorang ahli politik berpengalaman, strategis, debator, charismatic leader yang bukan calang-calang orangnya. DS Anwar pernah menjadi heir apperent atau pengganti kepada Tun sebagai PM suatu ketika dulu. Salah satu kesilapan UMNO pada PRU 12 adalah memandang rendah kepada kebolehan DS Anwar.

Sebab tu, kita kena lihat siapakah pemimipin2 atau barisan pemimipin yg boleh tampil menghadapi pakatan pembangkang ini?

Sepatutnya skrg UMNO dan BN dah ada blue print atau cara bagaimana boleh menang dengan landslide victory pada PRU akan datang. Pemimpin2 yg berkarisma dan terbaik pun sepatutnya telah ditentukan untuk dipilih pada pemilihan Dec ini. Kita usah pikir puak -puak dalam UMNO. Semuanya ahli UMNO yg bermatlamat untuk menang balik dalam PRU akan datang.

Lagi satu DS Khir, generasi muda perlu dibawa masuk ke dalam UMNO. UMNO tidak boleh lari dari generasi muda yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan. Pengundi2 sekarang pun majoriti adalah dari generasi muda yg tentunya lain citarasanya dari pengundi2 terdahulu.

Sekian dahulu,
Wassalam.

Carl said...

Salam DSKT,

Satu andaian yang mungkin menjadi kenyataan jika tidak di ambil serius. Secara peribadi saya berpendapat, UMNO memerlukan perubahan yang total dari segi pucuk pimpinan & MT. Penolakkan rakyat terhadap BN amat dahsyat terutamanya dari kaum bukan melayu. Mungkin di negara luar kemenangan BN ketika ini masih boleh dianggap kuat, tetapi berpijak ke bumi yang nyata, melihat sejarah negara kita, ini merupakan kekalahan terburuk buat BN. Kehilangan 5 + 1 negeri tidak boleh di ambil mudah.

Walau siapapun yang memimpin negara, keutamaan hendaklah diberikan kepada rakyat. Bukannya projek mega yang tidak diketahui kepentingannya. UMNO semakin lemah , tapi bersyukur kerana kini kebebasan bersuara baru hendak di amalkan. Pemimpin janganlah tutup mata & pekakkan telinga. Sesungguhnya golongan pemimpin inilah yang akan berhadap dengan Allah s.w.t di akhirat kelak. Cukuplah anggota badan sendiri menjadi saksi. Pada masa itulah pemimpin akan di audit setelusnya.

Semoga UMNO dapat terus bertahan. Ubah segalanya, carilah anjakan paradigma untuk kembali gagah di mata rakyat. Masih ada 5 tahun sebelum PRU13, gunalah masa ini untuk kembali memikirkan hala tuju UMNO yang sebenarnya. DSKT berjuanglah untuk rakyat demi kepentingan rakyat bukan untuk kepentingan peribadi. Jangan biarkan nasi menjadi bubur.

pelangi said...

salam sejahtera YB...sebenarnya banyak senario serba kemungkinan yang "boleh" berlaku.Tapi semua ini tidak "merimaskan"rakyat sebab sebahagian rakyat yang"berpaling tadah" dalam PRU12 pun jauh didalam hati mereka maseh mengharapkan BN dapat mentadbir negara dengan baik berdasarkan "track record"...pelangi rasa elok juga saranan dan pendapat MB Pahang kerana itu yang akan mengurangkan "rimas rakyat" selepas PRU12.Rakyat tahu BN telah mentadbirkan negara dengan baik dan negara berada dalam "baik" dalam serba serbi walaupun boleh diperelokan lagi.Pembangkang pun tahu negara dalam keadaan "baik" sebab itu mereka pun bertengkus lumus untuk cuba merampas.Logiknya yang baik lagi cantiklah yang orang pakat2 berebut kalau buruk lagi hodoh sapa nak..kan gitu?.Kalau bolehlah YB amalan "the boss is always right" tu harus dikikis dari minda kita..kita harus sanggup berkata kata "without fear or favour"dengan ikhlas.Kenapa dengan ikhlas?.sebab kalau berani tak kena tempat pun tak kena gaya jugak...kalau ia membawakesan lebih buruk dari yang ada.

muralidharan said...

hi khir toyo...
i agree pak lah should do something with power transaction..whether smooth or fast...but i think Najib don't deserve to be the next PM..he himself in tons of scandal..the Altantuya and corruption dealing the submarine and sukhoi..UMNO still arrogant with their PRU2008 win. if they remain like this till next election...better forget of getting near rakyat's shadow...i bet you will loose again!!

regards,
http://gmurali.com

pemerhati said...

Pemimpin mesti menunjukkan contoh yang terpuji dimata raayat dari segi keperibadian,tutur kata, dan perbuatan.
Mestikah pemimpin itu harus terus di ikut jika perbuatannya tidak seperti yang di ucapkan?
Terlalu banyak perkara yang dilakukan tidak menepati malah berlawanan degan apa yang di ucapkan.

Pemerhati

noor.faiza said...

Assalamualaikum Dr Mohamad Khir,

Sebagai rakyat yang mempunyai kuasa yang amat terhad, saya memohon jasa baik pemimpin-pemimpin seperti Dr dalam memperjuangkan nasib bangsa Melayu khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

Mungkin kita bersalah dan balasan dariNya ialah kita dianugerahkan seorang pemimpin Negara yang kurang cekap. Mungkin juga ini ujian bagi kita yang telah sekian lama merasa begitu selesa berdekad-dekad lamanya. Hanya Tuhan yang lebih tahu.

Dr, tolong sampaikan pada mana-mana kesempatan yang ada tentang beberapa perkara antaranya:

1. Rakyat amat memerlukan seorang pemimpin yang adil lagi kelihatan adil.

2. Pemimpin tersebut mestilah seorang yang bersih dan kelihatan bersih, cekap,tegas tapi bertempat dan tidak mudah mengalah pada tekanan pihak luar.

3. Lebih penting lagi, pemimpin itu seorang yang ikhlas, sangat mengasihani dan mengasihi rakyatnya lebih dari dirinya apatah lagi keluarganya.

4. Seorang pemimpin harus cepat sedar diri tentang bila dirinya diperlukan atau tidak lagi dan tidak sekali-kali berlagak angkuh.

Mungkin banyak lagi ciri-ciri pemimpin yang unggul di dalam buku-buku teks seluruh dunia tetapi 4 perkara di atas sudah cukup malah amat kritikal sekali untuk diberi perhatian pengganti Datuk Seri Abdullah.

Saya berdoa agar kita diselamatkan dari terus dibelengu secepat yang mungkin dan terus mengambil iktibar darinya.

su-kj said...

A.kum Datuk Seri,

1. Semoga DS sihat walafiat sekembali dari mengerjakan umrah.

2. Exit plan - Jika DS berada ditempat Pak Lah, adakah DS akan serahkan kuasa PM kepada Datuk Najib? Sedangkan DS sendiri memahami masalah-masalah peribadi Datuk Najib selama ini.

3. Cuma satu perkara yang saya minta Datuk Najib lakukan?

4. Selama ini Datuk Najib dikenali sebagai seorang yang tidak pernah mencabar. Bagaimana jika Datuk Najib 'melompat' ke PR? Dalam politik saya suka perkara yang luar biasa dan pelik tetapi 'mungkin dan relevan'.

5. Jika itu berlaku ditakdirkan PR dapat menubuhkan kerajaan mungkin Datuk Najib boleh kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

Pinkwatch said...

Assalamu'alaikum Dr Khir dan semua,

Saya meminati tulisan Dr Khir dan menyokong usaha dr khir untuk menulis di ruangan blog ini kerana orang2 bawahan dan jauh spt saya sedikit sebanyak dapat menilai corak pemikiran dan lain2 yg ada dalam pemimpin bangsa melayu Islam kita. Harap dr khir tidak patah semangat membaca tulisan2 yang pelbagai ini yg ada di antaranya yg tidak menjaga tata susila menulis walaupon di alam cyber.

Saya tertarik dengan ulasan dr khir hari ini mengenai pelan peralihan kuasa. Semasa Pak lah mengumumkan perkara ini beberapa jam selepas perjumpaan dengan ahli umno johor, kami (saya dan beberapa rakan yg menganalisis bersama) merasa sangat gembira, walaupon ade keraguan sedikit.. adakah paklah bercakap kerana tertekan ataupon paklah mengulas demikian, kerana tiada penasihat2 tingkat 4 di keliling beliau? Tidak lama selepas itu, sehinggalah berlakunya perkara malam tadi, akhirnya kami mendapat jawapan.. rupa2nya pelan itu hanya utk mengaburi mata kami (ahli UMNO yang jauh2 dan mungkin suara tidak didengari kecuali melalui peti undi) sahaja. Daripada alam cyber ini juga, kami mandapat tahu paklah meminta sehingga 2010 kepada ahli umno johor. Kami merasa sangat hampa. Kerana seperti semua sedia maklum, apa yg ditulis oleh Dr khir hari ini, telah pon kami analisis bersama akan berlaku dan kami amat takuti jika perkara itu benar2 berlaku.

Saya tidak pasti sama ade paklah atau penasihat2 tingkat 4 nya boleh atau tidak (mungkin boleh tetapi dibutakan hati utk membuka websites ini atau di halang oleh penasihat2 dr membuka websites ini) membaca tulisan dr khir ini serta komen2 yang ditulis di sini.
Tetapi ketahui lah paklah.. masa 2010 tu sangat lama, dan pelbagai cerita buleh timbul sebelum itu. Saya dan rakan2 yang selama ini masih menyokong UMNO, mungkin terpaksa melupakan hasrat itu, pada waktu itu. Oleh itu, lakukanlah perkara yang bijak. Undur kan lah diri. Bertanggungjawab dan lakukan lah perkara itu spt anak jantan. Kami semua sudah tidak mau, muak dan tidak tahan lagi dengan kepimpinanmu itu.

wallahu'allam.

cucupakkasim said...

I pun heran,tak kan teori you ni you tak brief najib?Jadi apa tindakan you sebagai ahli MT?kalau betoi you nak tengok UMNO selamat?Yang penting sekarang you kena atur balik semua cawangan2 dan bahagian2 you dlm pemilihan nanti,then only you can talk how to stop him.

hilangcarijumpa said...

semlm telah brlangsung majlis mkn mlm yg mna pak lah telah berucap di majlis tersebut:- motifnya utk repair sistem kehakiman...dr pndangan sudut lain itulah sbnrnya sistem kehakiman negara kita, mmg haru biru...

soal pengganti PM pula, samada najib atau sesiapa shj dh x penting bg rakyat bawahan kerana rakyat sedang menanti dan melihat apa lagi kejutan PAKATAN RAKYAT nk bongkar selepas PRU12...rasanya PAKATAN RAKYAT telah pn 'bekerja' sebaik shj diberi mandat oleh rakyat...rakyat bawahan rasanya dh x kesah siapa pn PM di-kalangan UMNO kerana pastinya akan membawa tradisi yg sama seperti sblmnya...

sbnrnya rakyat sentiasa melihat dan sudah pn meluat dengan 'cara' UMNO/BN/PEMERINTAH menangani isu-isu semasa yg berlaku, dengan peranan media yg masih x telus menyampaikan berita...

rakyat x 'bodo' tetapi PEMIMPIN cuba memper'bodo'kan rakyat...itulah sebab sebenarnya UMNO/BN kalah dlm segala hal...

asri said...

asriomarkenapa bila ada pemimpin UMNO menyuruh Pak Lah berundur dikatakan sebagai memberi pendapat peribadi dan bukan pendapat akar umbi..PRU 12 akar umbi sudah bersuara..dikatakan sabotaj pulak..tapi Pak Lah tak bertanya kenapa akar umbi membuat sabotaj..selepas pru 12 ni saya tertanya tanya kemana hala tuju yg akan dibawa oleh pemimpin yg menang?..dilihat para pemimpin PR lebih byk menghabis masa dengan membuka fail2 kerajaan terdahulu daripada menunaikan janji janji dlm manifesto mereka..rakyat pilih mereka bukan untuk dijadikan sebagai penyiasat persendirian..bagaimana pula dengan pemimpin BN dan UMNO?..masih tidak dpt menerima keputusan PRU 12 yg lalu?..masih lagi mencari salah org..negara kita bagi saya dlm keadaan yg sangat sangat tidak stabil buat masa ini..ini akan memberi kesan kepada negara yg satu ketika dahulu negara luar terutama negara islam memilih malaysia disebabkan oleh 3M...Malaysia, Muslim, Mahathir..

Greenbottle said...

umno perlu berani membuat perubahan drastik. a real paradigm shift.

saya fikir tiada jalan yang lebih baik daripada umno DI BUBARKAN saja dan semua pemimpin2 yang berjiwa islam masuk PAS .

Dan yang paling idealis sekali ia lah dengan pembubaran ini PAS dapat menunjangi pemerintahan Malaysia.

saya tidak nampak manusia umno boleh dipulih mentaliti mereka sekira nya mereka masih berada dalam umno.

betul atau tidak, stereotype manusia umno rata2 di lihat sebagai opportunis untuk mengayakan diri sendiri dan lebih teruk pemimpin2 mereka di lihat sebagai korup dan lemah jatidiri islam nya...

Jed Yoong said...

Habis-lah macam tu Datuk.

Saya baru nak tulis analisa saya tapi Datuk dah "one step ahead". Nasib baik dalam bahasa Melayu. Tapi nampaknya kena quote Datuk sikit2-lah.

Saya pun menjangkakan scenario yang hampir sama.

Analisa pun ditulis oleh ahli politik yang berblog. Macam mana nak cari makan lagi?

Terima kasih kerana berkongsi pandangan dengan rakyat biasa bukan bumiputera seperti saya.

Epit said...

hidup dr

Wonderful World said...

Saudara,

Mengapa terlampau mendesak? Sebelum peristiwa begini berlaku, semuanya 'yes', 'ok','fine', etc. Adakah sekarang baru saudara 'tersedar dari mimpi indah bulan jatuh ke riba'? Adakah baru sekarang anda tersedar yang anda tidak mempunyai sokongan akar umbi? Adakah saudara baru tersedar selama ini yang saudara adalah pengikut TDM yang tidak mempunyai pengikut 'melayu' sejati? Mungkin juga, sebab saudara dari nasab 'jawa'.

Hentikanlah menyerang ketua anda, seeloknya perkara sebegini janganlah diblogkan - hanya menyerlahkan lagi kegilaan kuasa anda. Maybe you have nothing to lose but in this case shows you are losing a lot....

farisan aswad said...

NK BAGI NAJIB MONGGOLIA PLAK JD PM..?LAGI JAHANAM MALAYSIA NI.YG TU PN SAMA JE LEBEL HAPRAK DGN PAKLAH.TGKLAH MCMN DIA DPT BINI DIA?KES DGN BETINA MONGGOLIA TU LAGI,RASUAH LAGI...
BAGUSNYA KALAU NAJIB MONGGOLIA NI JD PM,MAKIN MUDAHLAH PAKATAN RAKYAT JD PEMERINTAH MALAYSIA.SO WAK,KAU KENALAH JD PEMBANGKANG YG TERER.LEPAS NI BOLEHLAH DORG TU JDKAN KAU IDOLA....

X PAYAH LA NAK TUKAR PEMIMPIN,DALAM UMNO TU XDE PN YG LAYAK JD PENERAJU NEGARA.SEMUANYA LANUN,PENYANGAK,PENJENAYAH,PENIPU,PENINDAS,PEMBERI N PEMAKAN RASUAH.XPERNAH WUJUD PN MANUSIA YG BETUL2 NK MEMBANTU BANGSA MELAYU DGN IKHLAS,KALAU KORANG BANTU PUN MESTI ADA MUSLIHAT ATAU TUJUAN POLITIK.MCM LA KAMI YG BENCI UMNO NI XTAU NIAT HATI BUSUK KORG TU.

KORANG NK BAGI BANTUAN @ SEDEKAH SERIBU PN NK KENA BAGI PAKAI CEK YG BESAR TU,DAH TU NK TUNJUK DLM TV..BANGANG BETUL LA KORANG NI..

SELAMA NI,APA YG KORANG TAU BUAT HARTA BYK2,APA MASALAH RAKYAT KORANG BUAT BODO JE.BILA NK PILIHANRAYA BARU NK TUNJUK BAIK.TP BGUS JUGAK KORANG BUAT HARTA TU BYK2,NNT HARTA TULAH YG AKAN JD KAYU API UTK MEMBAKAR KORANG KT DLM KUBUR NNT....

WAK..OOOO.WAK BOTOX..,
SIA2 LA KAU PEGI UMRAH,TP PRANGAI KAU TTAP XBERUBAH.SIFAT PENIPU N PUTAR BELIT KAU TU MASIH ADA LG.APA YG KAU BT KAT SNA WAK??
BTL KE KAU NI PEGI UMRAH??
KE KAU PEGI HAT YAI NI??
ORG BILA KE TANAH SUCI NI BILA BLIK JD ELOK,NI KAU AKU TGK MCM TU JUGAK.JGN2 KAU PEGI BUAT UMRAH DEKAY TMPT AYAH PIN KOT???
KALAU LA SATU HARI NNT ADA HAMBA ALLAHYG LUDAH MUKA KAU YG BER'BOTOX' TU,JGN LA KAU TANYA KENAPA,KAU MMG LAYAK DILUDAH....!!!

MAKIN LAMA,MAKIN BENCI AKU PADA ORG2 ATASAN DLM UMNO NI,NASIB BAIK LA INI BUKAN UMNO YG MEMERDEKAKAN TANAH MELAYU DULU.TAPI ENTAHLAH,KENAPALAH KORANG DOK CANANG UMNO NI LAH YG MEWAKILI SELURUH RAKYAT TANAH MELAYU YG MENUNTUT KEMERDEKAAN DULU,PADAHAL INI ADALAH UMNO 'MAHATHIR'..!.PERTUBUHAN YG MENGEKPLOITASIKAN KEPERCAYAAN BANGSA MELAYU..!!!!!!!!!!!!!!
TP SAYANG SERIBU KALI SAYANG,MASIH RAMAI YG MASIH DITIPU PENYANGAK2 UMNO NI,NTAH KT MANA LA DORG LETAK AKAL FIKIRAN DORG TU...KESIAAAANNNNNNN...!!!!!!!!!!!!!

BERTAUBATLAH WAHAI ORG2 UMNO,KUASA DAN HARTA XDAPAT NK TLG KORG DDLM KUBUR N AKHIRAT NANTI....

Wonderful World said...

Politics is war without bloodshed while war is politics with bloodshed.

In politics you must always keep running with the pack. The moment that you falter and they sense that you are injured, the rest will turn on you like wolves.

Politics is not a bad profession. If you succeed there are many rewards, if you disgrace yourself you can always write a book.

The more you read and observe about this Politics thing, you got to admit that each party is worse than the other. The one that's out always looks the best.

Those who say religion has nothing to do with politics do not know what religion is.

You may fool all the people some of the time, you can even fool some of the people all of the time, but you cannot fool all of the people all the time.

AZMAN said...

salam ds khir ...saya rasa perubahan rakyat menyokong PR tidak akan membebankan UMNO/BN ....macam selalu menteri2 umno/bn cakap tidak membebankan rakyat kalu harga naik....lagi satu mood rakyat tidak akan bertukar walau siapapun yang meneraju umno...sebab rakyat tidak mahu pisang berbuah dua kali....lihat saja penafian hak negeri yg tidak menyokong bn mula berlaku dengan politik balas dendam...saya yakin umno/bn tidak akan bangkit lagi...kerana rata2 yang saya jumpa akan bercerita kepincangan bn ....malah saya nak tergelak orang cina dan india yang saya jumpa boleh kata PAS/PKR bagus ...malah kalau kita lihat pemimpin DAP pun lebih prihatin dari umno..lihat saja macam lee lam thye dahulu....saya bukan nak puji diorang...saya pernah pergi pejabat umno di tempat saya ...kakitangan mereka memang sombong macam lah mereka ni terlalu berkuasa.

mie said...

Salam DS,
saya berpendapat bahawa sikap yang ada pada para pemimpin kita sekarang (lebih-lebih lagi di dalam UMNO sendiri) adalah gila kuasa, dengan kuasalah mereka akan bermaharajalela. Kenapa saya berkata begitu, lihat kembali isu-isu MB, dan juga semasa berkempen pada PRU 12.
Walaupun media perdana tidak menghebohkan apa yang dilakukan oleh PR dan hanya yang tidak betul sahaja disampaikan, rakyat semua tidak bodoh dengan apa yang berlaku sekarang.

Sepenggal sudah cukup untuk kami (rakyat) menilai. Kami inginkan perubahan, adil dalam segala-galnya. Cukuplah jika zaman dahulu dengan rasuah dan segala macam. Rasuah juga banyak dikaitkan dengan pemimpin. Jangan harap orang akan buat kerja dengan ikhlas jika tiada suatu yang mereka dapat. Saya suka dengar ayat ini, "What u give, u get back". Akan tetapi janganlah berharap, ikhlaskan niat dalam setiap perbuatan. InsyaALLAH.

Pucuk pimpinan haruslah membuat sesuatu, janganlah berdiam diri sehingga "kita tunggu sahajalah". Fikir-fikirkanlah.

TengFoo said...

Walaubagaimanapun, najib jadi pm pun tak elok. Hal-hal yang megenai dia seperti komision kapal seram belum lagi dijelaskan. Dengan itu rakyat jelaka masih belum seratus peratus yakin kepadanya. Kemungkinan lebih teruk lagi!!!!!

anakmelayu said...

salam..
saya sebagai anak melayu..sungguh sedih dengan apa yang telah terjadi..
mengapakah pemimpin2 UMNO sekrg semuanya taksubkan kuasa???
sudah lupakah mereka akan perjuangan mereka??? Adakah mereka memperjuangkan keadilan untuk rakyat atau hanya untuk kepentingan sendiri semata-mata???
fikirkanlah...