Sunday, April 27, 2008

Perbanyakan Bantuan Kepada Golongan Miskin

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Beberapa hari ini timbul pertikaian mengenai isu Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS). Sungguhpun isu ini membabitkan isteri-isteri wakil rakyat yang turut membabitkan isteri saya, saya fikir lebih molek dan elok jika ia diselesaikan secara undang-undang antara peguam BALKIS dan peguam pihak yang mempertikaikannya. Bagi saudara/i yang ingin mengetahui secara terperinci bolehlah membaca kenyataan akhbar oleh BALKIS yang boleh diakses di www.pembangkangselangor.com.

Namun secara sepintas lalu, saya ingin memberi jaminan di sini bahawa tiada satu sen pun dari wang tersebut masuk ke mana-mana akaun individu. Wang tersebut telah dipindahkan ke akaun BAKTI melalui peruntukan Perlembagaan Balkis. Pemindahan wang tersebut juga tidak melibatkan pihak ketiga seperti dakwaan sesetengah pihak.

Memandangkan penderma-penderma telah mengambil pelajar-pelajar di Asrama Balkis sebagai anak angkat syarikat masing-masing, jadi menjadi tanggung jawab Balkis memastikan wang tersebut digunakan untuk membiayai anak-anak miskin cemerlang yang telah dipilih oleh Balkis dengan kerjasama Pegawai Pendidikan Daerah di Selangor. Atas tanggungjawab tersebut Balkis telah mendapat komitmen seratus peratus daripada Bakti. Wang yang telah dimasukkan dalam akaun Bakti akan digunakan untuk tujuan tersebut. Jika kerajaan bimbang dengan perjalanan tabung ini yang telah diurus oleh Bakti, Menteri Besar bolehlah meminta penyata akaun bulanan untuk dipantau.

Saya harap penjelasan ini akan mengelakkan persepsi bahawa wang tersebut telah tidak diurus dengan teliti. Malah saya mengalukan-alukan pihak berkuasa melakukan siasatan kerana saya yakin tiada penyelewengan yang berlaku.

Selain itu, saya fikir kerajaan negeri Selangor patut memikirkan mekanisme dan kaedah yang baik bagaimana untuk membantu anak-anak miskin yang mempunyai masa depan cerah dalam pelajaran dengan menyediakan dana-dana baru.

Adalah lebih penting membesarkan dana bantuan dan kumpulan yang akan dibantu berbanding bertelingkah untuk mengawal dana bantuan sedia ada. Dengan ini lebih ramai akan menerima faedah dan bantuan yang mampu merubah masa depan mereka.

Pengalaman Membantu Golongan Miskin

Saya juga ingin berkongsi pengalaman bersama-sama sahabat bloggers berhubung dengan usaha yang telah dibuat oleh kerajaan di bawah kepimpinan saya dalam rangka untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar dan relatif di Selangor. Ini merupakan usaha fasa pertama saya untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Selangor.

Fasa kedua yang telah dirancang tetapi tidak sempat dilaksanakan adalah bagaimana untuk merapatkan jurang pendapatan di antara bandar dan luar bandar dan juga di antara kaum di Selangor.

Mengikut statistik pada tahun 2000, kadar kemiskinan Selangor di paras 3% telah menurun ke paras bawah 1% pada 2007. Ini bermakna kita telah mencapai kemajuan tetapi masih ada mereka yang perlu dibantu. Saya jelaskan ini kerana ada tanggapan masyarakat bahawa kerajaan BN gagal berdasarkan masih ada orang miskin.

Kita harus realistik sebaik mana pun polisi tidak mampu mengatasi masalah selagi tidak mendapat kerjasama mereka yang terlibat untuk meningkatkan pendapatan dan keluar daripada garis kemiskinan.

Banyak bantuan telah disalurkan dari segi kewangan, kemahiran, peluang pendidikan dan juga peluang dan modal perniagaan kepada kumpulan sasaran. Tidak dapat dinafikan sebahagiannya tidak berjaya tetapi keseluruhannya mencapai matlamat.

Di antara usaha yang telah dibuat dahulu ialah mensyaratkan semua anak syarikat kerajaan negeri memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu golongan ini. Semua anak syarikat diwajibkan menyumbang kepada Tabung Prihatin yang telah diwujudkan. Jumlah sumbangan adalah bergantung dengan jumlah keuntungan syarikat. Peratus sumbangan mestilah menyamai jumlah bonus tambahan kepada kakitangan syarikat yang memberi keuntungan kepada kerajaan negeri.

Di antara program-program yang telah dilaksanakan adalah seperti berikut:

1. Program Rumah Prihatin. Program ini merupakan program membina rumah secara percuma bernilai RM 20 - 23 ribu sebuah kepada keluarga miskin tegar. Program ini ternyata memberi impak yang positif bila mana keluarga ini telah memiliki rumah selesa maka mereka boleh menumpukan kepada pendidikan anak-anak. Program ini telah berjaya mengurangkan masalah keciciran pelajar-pelajar miskin.

2. Program Bantuan Makanan Bulanan. Program ini telah dilaksanakan dan melibatkan warga tua terdiri daripada ibu tunggal dan bapa tunggal yang terbiar dikampung-kampung. Bantuan makanan akan dihantar ke rumah penerima yang meliputi makanan asas seperti beras, gula, milo, ikan bilis, sardin dan susu.

3. Bantuan Pendidikan. Bantuan berupa pakaian, kemudahan bahan bacaan dan alat tulis serta wang bulanan juga diberikan kepada pelajar-pelajar miskin tegar.

4. Bantuan Pendidikan Kemahiran. Anak-anak keluarga ini diberikan latihan kemahiran seperti kemahiran menyelenggarakan dan memperbaiki kenderaan, hawa dingin dan kemahiran penyelenggaraan bangunan melalui program di Inspen.

5, Bantuan Peralatan. Bantuan ini berupa memberikan peralatan secara percuma seperti mesin jahit, bantuan pukat, enjin, dan bot, peralatan untuk IKS seperti mesin memproses makanan.

6. Bantuan membina gerai di kawasan bandar dan pinggir bandar turut diberikan. Ini bertujuan untuk menyediakan ruang perniagaan kepada mereka yang berminat untuk berniaga secara teratur seperti yang ada melalui projek uptown.

7. Membina asrama desa untuk menempatkan pelajar miskin di luar bandar. Program ini memberi banyak manfaat kepada pelajar untuk mendapat pendidikan yang lebih teratur dan menyeluruh.

8. Bantuan Zakat dalam bentuk wang secara bulanan dan tahunan juga telah dilaksanakan.

Ini semua adalah program yang dibuat secara umum yang melibatkan peruntukan yang tinggi dan pelaksanaannya telah membawa ke arah pengurangan miskin tegar di Selangor. Saya sedar masih banyak lagi perancangan perlu diusahakan bagi kita merealisasikan hasrat kerajaan untuk mensifarkan kemiskinan tegar pada tahun 2010.

Saya amat berharap kerajaan yang ada hari ini selain dari meneruskan program tersebut perlu juga mencari pendekatan baru yang bersesuaian dengan tuntutan masa. Bagi saya miskin adalah satu isu masyarakat jika tidak ditangani ia akan merosakkan kestabilan negara. Walaupun ia hanya melibatkan golongan kecil masyarakat tetapi tidak boleh dipandang enteng oleh kerajaan hari ini.

Saya mengaku semasa pilihan raya yang lalu, kita tidak memberi penumpuan ke arah penyelesaian masalah peningkatan kos hidup yang semakin tinggi. Ini menyebabkan lebih kurang 40% rakyat Selangor yang berpendapatan kecil, tetapi tidak dalam golongan miskin, dan berpendapatan sederhana tidak diberi perhatian.

Kenaikan harga petrol benar-benar memberi satu tekanan kesemua masyarakat. Ini kerana kenaikannya turut diikuti kenaikan harga barangan asas dan kos pengangkutan. Ini ditambah pula dengan tiadanya usaha untuk menyediakan pengangkutan awam yang cekap menambahkan penyeksaan golongan ini.

Harapan

Saya amat berharap Kerajaan Persekutuan memikirkan bagaimana untuk mengurangkan kos kehidupan yang meningkat dan tidak dapat diimbangi dengan jumlah pendapatan yang diterima rakyat dalam golongan ini.

Jika kita masih menafikan masalah ini ia akan menyebabkan golongan ini terus menjadi miskin tegar dan lebih parah miskin tegar yang menanggung hutang bank yang tinggi seperti hutang kenderaan dan rumah yang menjadi satu keperluan hidup di negara kita.

Antara langkah pro-aktif yang kerajaan boleh laksanakan ialah mengadakan kerjasama dengan bank menyediakan pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah kepada golongan ini.

Penyediaan perumahan awam atau council home perlulah ditingkatkan dan mereka dibenarkan membeli rumah tersebut bila berkemampuan. (Ini telah dilaksanakan di semua PBT di Selangor tetapi dalam skala yang kecil.)

Penyediaan pendidikan asas tadika juga perlu diselaraskan dan diberikan secara percuma kepada golongan ini. Malah kerajaan perlu mewajibkan semua pejabat kerajaan mewujudkan ruang penjagaan bayi di pejabat masing-masing. (Ini juga telah saya laksanakan di sebahagian besar pejabat-pejabat negeri Selangor).

Beberapa tahun lalu Selangor juga telah mengadakan skim perumahan istimewa untuk pasangan muda. Skim ini merupakan skim sewa beli di mana selepas sahaja tempoh sewaan tamat, pasangan tersebut boleh membeli rumah itu atau pun memilih untuk mendapatkan semula 30% wang sewa mereka. Ini akan membolehkan mereka menggunakannya bagi membayar deposit rumah baru mereka.

Saya harap skim ini dapat diteruskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Malah boleh dikembangkan di peringkat nasional. Saya yakin jika masalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana ini tidak ditangani dengan sempurna ia akan menjadi bom jangka yang boleh menghancurkan kestabilan negara.

Saya yakin sahabat bloggers mempunyai pandangan dan cadangan yang lebih bernas yang boleh saya sampaikan untuk tindakan lanjut kerajaan hari ini.

149 comments:

Jed Yoong said...

Datuk,

Mengapa usaha Datuk mengurangkan kadar kemiskinan tidak dibangkitkan oleh "investigative journalist" seperti Encik Nadeswaran?

Let's put it this way. If you are gonna steal money, will you leave any obvious trail? Sometimes the claims by the Pakatan Rakyat and The Sun can be so ludicrous that I can't figure out if it's satire.

Do you blog personally or is it your assistant?

Thank you.

asri said...

Pembangunan mestilah selari dengan keselesaan kehidupan seharian rakyat..ini yg tidak diberi fokus oleh kerajaan hari ini..

busymum100 said...

Kita ni janganlah terlalu fikirkan org lain je yg buruk, dan kita ni sentiasa baik. Kenapa mesti terlalu syak wasangka terhadap org lain? kenapa dok fikir kerajaan baru Selangor ni nk jahanamkan negeri selangor? Itu masaalah org UMNO, ingat depa je yg baik dan sempurna :-(
Saya pun masih ahli umno, tapi...

Muhammad said...

ISU-ISU DAN CADANGAN UNTUK UMNO DAN BARISAN NASIONAL (SAMBUNGAN)

Dr Mohamad Khir Toyo,

Tahniah kerana berani dan bersikap terbuka mendengar keluhan rakyat jelata.

Jika kita lihat apakah secara amnya matlamat kita yang memenuhi aspirasi rakyat. Saya gariskan seperti di bawah:

1) BAGAIMANA UNTUK MEMAJUKAN MALAYSIA MENGATASI NEGARA LAIN DAN MAJU MENJELANG 2020
2) BAGAIMANA UNTUK MEMAJUKAN MELAYU SETARAF DENGAN BANGSA LAIN
3) BAGAIMANA MELAMPAUI BUKAN SAHAJA MEMUASKAN KEHENDAK SEMUA GOLONGAN RAKYAT

Dr Khir,

Di era Dr Mahathir, walaupun pembangunan ekonomi pesat dan mega projek dilaksanakan dengan banyak namun rata-rata rakyat adalah dalam golongan sederhana i.e. pendapatan yang diterima cukup untuk hidup dengan selesa dan cukup untuk membayar ansuran rumah dan kenderaan bulanan, menyimpan sedikit wang dan melancong di dalam negeri sekurang-kurangnya setahun sekali.

Dr Khir tepat mengatakan inilah golongan yang harus SENTIASA diberi perhatian oleh kerajaan Umno dan BN jika mahukan majoriti 2/3 dimenangi pada pilihanraya akan datang kerana mereka adalah lebih kurang 40% daripada jumlah rakyat, seperti yang saya nyatakan sebelum ini rata-rata bangsa cina lebih mementingkan ekonomi dari perkara-perkara lain jadi inilah jawapannya untuk menarik golongan ini kerana itu pilihanraya 1999 Umno dan BN menang 2/3 kerana tambahan sokongan bangsa cina dan india. Suara-suara barisan alternatif sebelum ini seperti pembaziran wang melalui projek mega seperti Twin Towers, F1, KL Sentral dan sebagainya tidak dipedulikan sangat oleh pengundi kerana RAKYAT SELESA malah ramai yang tidak pergi mengundi sekurang-kurang adalah lebih baik dari pilihanraya baru-baru ini rakyat yang asalnya neutral ini telah berazam untuk telah keluar mengundi tetapi mengundi pakatan rakyat kerana bukan bencikan Umno dan BN cuma kerana marah justeru kehidupan yang tidak selesa. Cuma Dr Khir seperti yang telah saya suarakan sebelum ini saya juga tidak mahu idea-idea Umno dan BN ditiru oleh pakatan rakyat dan apabila melaksanakannya akan mengakui bahawa merekalah hero kerana menyelesaikan masalah tersebut justeru rakyat akan tertipu dan akan terus menyokong pakatan rakyat pada pilihanraya akan datang kerana itu saya ingin mencadangkan kepada semua pemimpin-pemimpin Umno dan BN supaya memikirkan dan melaksanakan program-program pembangunan dan ekonomi dengan memastikan Umno dan BN lah dilihat sebagai penyelesai masalah dan memberi kemajuan ekonomi kepada negara barulah Umno dan BN mendapatkan kembali 2/3 majoriti dan negeri-negeri yang sekarang ini dikuasai pakatan rakyat seperti tahun 2004 negeri Terengganu dilihat lebih miskin di bawah pentadbiran kerajaan PAS dalam lima tahun sebelumnya kerana itu Umno dan BN berjaya mendapatkan kembali negeri ini. Sebenarnya kalau Umno dan BN meminta nasihat Dr Mahathir bagi strategi yang sesuai untuk Umno dan BN laksanakan perkara ini tidaklah susah, Dr Mahathir telah menang besar sebanyak empat pilihanraya nasihat Dr Mahathir amat diperlukan oleh Umno dan BN pada masa ini sebelum kita kehilangan Dr Mahathir di dunia ini, semoga panjang umur, amin ya rabbal alamin.

Dilain perkara tetapi bersangkutan saya bersetuju dengan projek monorel tidak dilaksanakan di Pulau Pinang dan semua projek-projek mega lain di negeri di bawah pentadbiran pakatan rakyat dihentikan atau diperlahankan kerana dikhuatiri nanti kerajaan negeri pakatan rakyatlah yang akan dapat nama dan Umno-BN harus mengutamakan pembangunan ekonomi negeri-negeri yang telah menyokong majoriti Umno dan BN sebagai tanda terimakasih kerajaan Umno dan BN kepada rakyat yang telah menyokong kalau tidak dikhuatiri nanti rakyat di negeri-negeri ini pula yang akan merajuk dan marah kerana usaha mereka menyokong Umno dan BN pada pilihanraya baru-baru ini tidak memberi apa-apa kelebihan untuk negeri-negeri mereka.

Seperti Dr Khir nyatakan biarlah pakatan rakyat negeri selangor mengadakan persatuan baru untuk menggantikan Balqis dan mencari dana mereka sendiri yakni pakatan rakyat kenalah mencari idea sendiri, ini adalah selari dengan cadangan saya sebelum ini biarlah Lim Guan Eng mencari idea sendiri untuk menunjukkan beliau lebih baik dari kerajaan BN sebelum ini, projek seperti projek monorel adalah IDEA DARI KERAJAAN BN.

Tulisan saya akan datang saya ingin mengulas sedikit tentang siapakah pemimpin di Malaysia sekarang ini yang paling layak pada pandangan saya menjadi perdana menteri untuk kebaikan negara Malaysia.

Tahniah Dr Khir kerana memulakan usaha ini, diharapkan akan mendapat kejayaan yang didambakan oleh seluruh rakyat jelata.

Saya amat berharap supaya cadangan saya Dr Khir ambil kira dan bawa ke pucuk pimpinan untuk kebaikan BN.

Muhammad

budak kg said...

akm..ds..semoga sihat san senantiasa dilindungi allah dari tipu daya syaitan yg bertopengkan manusia....Saya amat sedih atas tindakan ds hishamuddin memohon maaf kerana menghunus&mencium keris pasca warisan,ds saya tak tahu kepada siapa saya harus mengadu dan kepada siapa saya harus meluahkan perasaan saya ini,jadi disinilah saya meluahkan perasaan...ADAKAH KITA PERLU MEMOHON MAAF..DS kita org melayu selalu bertolak ansur tetapi kita tak sedar kita di tolak beransur-ansur,Ds adakah sama org melayu disingapura dilayan macam kita melayan cina di malaysia,kita kata kita memperjuangkan melayu tapi kena kejut sikit kita mohon maaf,apakah ini tanda nya kita berjuang....ds apa yg saya perhatikan bnyak penghianat melayu adalah dari melayu itu sendiri..Di sini saya nak tanya ds adakah ds hishamuddin mohon maaf atas desakan MCA/MIC atau atas desakan khairi,yg dalam kenyataan nya berkata keris punca BN kalah,saya puji Ds tidak mohon maaf atas isu penyapu.saya nampak ds diberi layanan yg tak sepatutnya oleh media kerajaan hari ini,apabila berita mengenai ds heboh dalam media tapi berita mengenai sempang peranang kerajaan hari ini tidak di keluarkan langsung.saya nampak akan ada peralihan kuasa antara ds ABB dan ds najib apabila semua projek yg melibatkan anak&menantu nya di tutup lubang dan punca supaya kerajaan yg di terajui oleh ds najib tidak mengorek seperti mana ds Abb cuba mengorek lubang Tun mahathir atas isu tun salleh abas...cth isu jambatan,monerel pulau pinang,pgcc,masjid kristal,monsun cup,iskandar malaysia,jika lubang telah habis ditutup punca nya saya percaya Ds ABB akan letak jawatan...

Ahmed Razman said...

Dato' Seri,

Saya sudah baca kenyataan akhbar Balkis di www.pembangkangselangor.com namun tidak dinyatakan sebab utama Balkis dibubarkan. Boleh Dato' Seri berikan penjelasan mengapa Balkis dibubarkan sedangkan ianya merupakan pertubuhan 'non-political'. Terima kasih.

othman said...

YB Dato Seri,

Saya berminat untuk memberi pandangan dalam usaha membantu golongan orang fakir dan miskin diselangor dengan wang zakat.

Saya berpeluang melihat lapuran tahunan Pusat Zakat Selangor yang diteraju oleh YB dahulu. Apa ynag saya muskilkan ialah lebih dari 50% dariwang pungutan zakat dibelanjakan untuk pentadbiran PZS dan kurang dari 50% diagehkan kepada penerima yang berhak.

Saya berpendapat cara ini tidak tepat. Perbelanjaan PZS patut di kurangkan dengan langkah berikut:

1. Gunakan pejabat2 pungutan yang sederhana. Tidak perlu cantik seperti Bank.

2. Kakitangan tak perlu pakai uniform/blazer seperti kakitangan Bank

3. Tidak perlu guna kereta mahal seperti Toyota untuk kegunaan resmi.Beli van murah sudah memadai.

3. Tidak perlu belanja besar untuk bayaran guru ugama atau penceramah. Guna penceramah dalaman.

4. Galakan kakitangan berkhidmat secara sukarela atau berkurban sedikit kerana Islam. Kalau mereka tidak bersedia cari kakitangan lain.

5. Biarlah mereka yang berhak menerima wang Zakat menggunakan nya mengikut keperluan mereka.

6. Jangan laburkan wang pungutan dalam bentuk saham atau hartanah. Agehkan semuanya kepada yang berhak.

Kepada pentadbir yang baru sekiranya membaca blog ini sila ambil ingatan kalau perlu.

Ismail Saidin said...

YB Dr Khir,

Saya rasa simpati terhadap YB tentang memperbanyakan bantuan golongan mistkin.Khuatir juga saya, adakah ini agenda politik atau niat yang baik dan jujur YB.Kalau niat yang baik dan jujur memang banyak caranya.

Sekarang ini terdapat tanah reserve Melayu dan asset ini bernilai kira-kira RM168 billion( Nasib baik lah Mat salleh resabkan dulu) Mengapakah ini tidak majukan?

Tanah-tanah reserve Melayu boleh dijadikan penempatan Melayu, cukup dengan segala-segalanya. UMNO boleh jadi jaguh disini YB

Cuba lihat apa nak jadi dengan Kampung Baru, Kuala Lumpur.Dan sekarang ini pula kita sedang membina lebih banyak "kampung baru"

Sekitar Putrajaya, seperti kampung Sg Merab,Limau Manis,Dengkil dll akan menghadapi masalah yang sama dengan Kampung Baru Kuala Lumpur.
Begitu juga di Sepang, Ulu Selangor berapa banyak lagi kawasan rezab Melayu yang terbiar.
Patut juga ada "Koridor" reserve Melayu. Kan bagus macam FELDA yang dianjurkan oleh TPM

Kita sudah 50 tahun Merdeka YB. Tanah reserve Melayu macam segunung emas di dasar laut yang tak ada harga. Tetapi kalau YB boleh menaikkan segunung emas ini ke darat,boleh membantu golongan Melayu juga politik yang kuat dalam kelompok Melayu. Tak boleh buat ke YB?. Kalau Putrajaya boleh buat mengapa tanah reserve Melayu tak boleh buat.

Ini bukan "belling the cat" YB. We know what to do. Get this idea senyap-senyap kepada jaguh-jaguh Melayu.

john said...

interview muka pertama sin chew daily dengan datin seri wan azizah pada 24/4/08

petikan kenyataan penting dalam wawancara tersebut.

1. seandainya pkr memerintah kerajaan pusat, anwar ibrahim sebagai pemimpin dan sekaligus menjadi perdana menteri malaysia, beliau akan mengamalkan polisi "ketuanan rakyat" dan bukannya " ketuanan melayu"

2. pkr mengutamakan pendidikan bahasa ibunda. pkr memberi sokongan penuh kepada persatuan lembaga sekolah cina untuk membangunkan bahasa cina. sjk (c) damansara yang telah ditutup patut dibuka semula.

3. polisi pkr adalah untuk semua lapisan rakyat malaysia, bukan hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja.

4. beliau memberi jaminan bahawa kerajaan pas tidak akan menubuhkan negara islam, tetapi penubuhan negeri islam itu hanya tertumpu kepada negeri yang majoritinya adalah rakyat beragama islam, seperti diamalkan di kelantan.

5. hak keistimewaan orang melayu dan mengenepikan sesuatu kaum tidak ada di dalam polisi pkr.. pkr adalah hak untuk semua masyarakat.

6. pkr menghormati kaum lain yang menjadikan khinzir makanan mereka dan juga memberi sokongan terhadap cadangan bagi mengadakan ladang khinzir moden dan bersepadu yang tidak mendatangkan pencemaran kepada alam sekitar.

7. pkr mengamalkan polisi kesejahteraan rakyat dimana pkr akan turun membantu semua masyarakat miskin dan yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum.

- fikir-fikir la wahai orang-orang melayu..jangan hilang melayu di dunia, fikirkan masa depan anak-anak kita, jika hak orang melayu dilupuskan,

Da Real Deal said...

Dato'

Keputusan dato berundur kerana mengambil tanggungjawab kekalahan Selangor mendapat pujian dari blogger The Patriot @tpj-one-thepatriot.blogspot.com.

Apahal kawan Dato' minta maaf kerana menghunus keris? UMNO Selangor harus ban namanya dari di calon di mana2 kedudukan sekalipun hatta pemeriksa kira2pun.

su-kj said...

A.kum Datuk Seri,

1. Soal 'Utama' disini ialah kenapa wang BALKIS itu dipindahkan ke BAKTI dan tidak dikekalkan di Selangor? Ia bukan soal wang itu hilang atau diseleweng.

2. Jika niat kita untuk membuat kebajikan, maka apa yang kita harap ialah 'Pahala' dari Allah dan 'bukan pujian' daripada manusia.

3. Jika kita telah serah misalnya rm1juta kepada mana-mana pihak dengan niat 'Sedekah' atau derma, tiba-tiba wang itu disamun oleh perompak...maka kita tetap mendapat ganjaran 'Pahala' dari Allah Taala.

4. Manakala BALKIS dan BAKTI tidak ada kena mengena dengan 'membasmi' kemiskinan.

5. Membasmi kemiskinan di setiap negeri, itu adalah tanggong jawab kerajaan negeri masing-masing. Sama ada dengan cara menyediakan peluang pekerjaan, memberi subsidi, menaikan gaji atau elaun dan lain-lain kaedah yang difikirkan perlu.

http://www.penyokong-kj.blogspot.com

azizi saidin said...

uiks macam perkauman jer bunyi jer, saya pun dah dapat cerita ni dulu, tapi saya tak endahkan...sebab no prove..

Harap selepas ini, baik BN ataupun PR, sesama lah kita menjaga kebajikan rakyat.

Adzakael said...

Salam DS Dr.

Saya amat berbangga dgn sikap profesional DS dlm hal ini.Syabas saya ucapkan.

Walaubagaimana kerajaan berjaya mengurangkan kemiskinan,rakyat akan sentiasa nampak yg miskin dari yg telah berjaya keluar dari kedaifan hidup. Itulah perangai manusia, titik hitam yg ditunjuk kertas putih tak pula dilihat.

Bagi saya, perkara yg tetap penting dlm memajukan Malaysia ialah melalui pendidikan. Kemudian, kita semua hendaklah berusaha untuk memahami perkara positif yg ada pada bangsa lain. Kebencian dan prejudis yg terpendam hanya akan memusnahkan kita semua.

Dalam segi ekonomi pula, adalah penting bagi kita semua utk melihat peluang-peluang perniagaan yg terbentang luas dihadapan kita, jgn terlampau bergantung harap pada projek kerajaan sahaja. Walaupun harga barang sedang naik, anggaplah ia sbg perkara yg boleh mendatangkan kebaikan pada kita.

Saya fikir, dari mendesak kerajaan menurunkan harga barang, ada baiknya kita fikir Apa yg saya boleh buat utk menurunkan harga barang sekarang ni?"

Ismail Saidin said...

YB Datuk Dr Khir,

Banyak caranya YB kalau nak perbanyakkan bantuan golongan miskin. Takut pula ini agenda politik YB atau kalau jujur dan ikhlas memang ada caranya.

Kita ada banyak tanah reserve Melayu. Asset ini bernilai RM168 billion. Ini boleh dijadikan "Koridor" Melayu. Lengkap dengan segalanya.

Tapi sudah 50 tahun Mardeka tanah reserve Melayu terbiar. Contohnya Kampung Baru Kuala Lumpur. Kita pula sedang membina lebih banyak Kampung Baru. Keliling Putrajaya, seperti Kampung sg Merab,Limau manis, Dengkil, Sepang, Ulu selangor, akan jadi masalah macam Kampung Baru Kuala Lumpur, Jadilah macam drama " Atap Genting atap Rumbia"

Kalau Felda boleh maju macam TPM buat, tanah reserve Melayu kita boleh buat. Di penempatan reserve melayu,Melayu akan jadi kuat, UMNO pun kuat.Masyarakat Melayu boleh di susun dan dimotivate.

Tentu ada yang menyokong komen saya

Halil said...

DS,
Seminggu selepas menjadi MB,kami ke pejabat DS untuk meminta bantuan DS berkenaan penternakan babi di sekitar TMN Tasik Semenyih. Kata-kata DS yg tidak akan saya lupakan, "I am Man of Principle".

Saya berpegang kepada kata-kata tersebut dan memang benar, beberapa bulan selepas itu ladang babi ditutup.

Dan sekali lagi kami ke pejabat DS dan kali ini berkenaan pembinaan insinerator di Broga. DS kata tunggu 2 tahun lagi berilah peluang kajian dijalankan, dan memang benar kata2 tersebut. 2 tahun lepas itu selepas kajian dapati ianya tidak sesuai, insinerator tidak jadi dibina.

Kini isu BALKIS pula, saya tak perlu jumpa DS dan tak ada sebab nak jumpa. Saya akan tunggu dan lihat.I know that you are man with principle.

Taining yg kita dapat dpd Asasi Sains UM, kalau hitam tetap hitam dan kalau putih tetap putih. Hitam tak boleh jadi putih dan putih tak boleh jadi hitam.

Semuga tabah menghadapi masa yg sukar ini. Inilah masanya utk mengenal kawan setia dan kawan sepanjang masa.

Berserah kepada yg maha esa. Banyakkan berdoa

Wassalam

Halil Bin Hussain
012-9305776
halil@uniten.edu.my

zulhassan said...

dato,yg dah lepas tu jdkn teladan,yg perlu dfikirkn skrg bgimna nak membantu n menyatukn org melayu yg semakin layu,supaya kita menyayangi umno kmbli,sy harap umno boleh kembali k asas perjuanganya,berila kembali peluang pekerjaan kpd rakyat m'sia bukan beri peluang kpd org asing,bila kje dh x de,harga brg naik,tu yg jd pemberontakn wlupn kita x menyukainya,bila peluang kje x de,perut pn kosong,mcm2 boleh jd dato

Sedingin Salju said...

Ya saudara pemuda pelapis. Saya ada juga menerima mail forward Dr. Eng Seng tu dari mailing list. Saya sebagai orang cina, amat tidak bersetuju dengan strategi yang dimainkan ini. Apakah untungnya memecah-belahkan orang melayu? Ini adalah strategi yang jahat.

Betul juga, orang melayu terlampau banyak berkorban. Sampai maruah hampir tergadai. mengapa melayu begitu sekali lembut? Tidak bolehkah tiru stile orang cina yang betul-betul jaga kuasa dan bangsa kami?

Bagi saya, sejarah Malaysia perlu difahami. Siapa yang hapuskan Malayan Union? Ini semua, kita kena belajar.

Mahukah orang melayu, anda dijajah lagi? Tidak cukupkah masa 500 tahun duduk di bawah ketiak orang?

Tentang Balkis tu pandangan sya, kalau niat baik, usahlah bimbang. Tuhan akan senentiasa tolong orang baik.
Sekian.

D_Dollah said...

Dr Mohamad Khir Toyo,

Yang menjadi persoalannya - Mengapa Balkis dibubarkan dengan tergesa-gesa selepas PRU-12? Kenapa tidak menunggu sehingga isteri MB yang baru ambik alih atau adakan pemilihan agung semula? Apakah agenda Dato Seri dan isteri? Tuhan sahaja yang tahu.

Adakah niat Dato Deri dan isteri untuk membalas dendam atau menghukum kerajaan yang ada sekarang? Ketahuilah, mereka duduk ditempat yang sekarang dipilih oleh rakyat Selangor melalui PRU 12! Ini hak rakyat. Patutkah Dato Seri serta isteri berbuat demikian?

Adakah tindakan mengeluarkan duit RM9.9M Balkis sebagai tindakan pre-emptive isteri Dato Seri sebelum duit itu nanti dapat digunakan dengan lebih baik oleh kerajaan sekarang?

Saya simpulkan disini, walau apa pun alasan Dato Seri serta isteri dalam hal ini. Isu ialah mengapa dibuat dengan tergesa-gesa. Bertaubatlah dan ingat akan siksaan kubur!

Doi-Moi said...

Doesnt make a sense lah Dr.Takan kerana dah kalah so kena bubar dan transfer duit kepada organisasi lain. Pakatan Rakyat pun rakyat Malaysia juga, takanlah dia nak jahanamlam negara. Jangan fikir umno sahaja berniat baik dan yang lain semuanya berniat jahat. Sedar rakyat Selangor telah mengambil keputusan untuk menukar kepimpinan Dr. yang telah bnyk menyusahkan rakyat Selangor.

TRALAYAN said...

Assalamualaikum Dr.

Saya rasa bukan perpindahan wang itu yang menjadi persoalan ramai, sebaliknya MENGAPA BALKIS PERLU DIMANSUHKAN? Balkis bukannya persatuan UMNO. Balkis adalah HAK isteri-isteri wakil rakyat. kalau takut orang lain yang menerajui badan ini, kenapa tidak dari dulu lagi dinamakan Badan isteri-isteri wakil rakyat UMNO? Kan senang dan jelas bunyinya!

Oleh kerana itu, kesimpulan yang orang ramai buat bahawa ahli-ahli lama Balkis, termasuk isteri dr,(sepatutnya mendengar nasihat dr.), cuba menguasai wang berkenaan dengan cara yang kelihatannya legal pada mahkamah tetapi tidak pada orang ramai. Secara tidak langsung, nama dr. turut terpalit. Dahlah kisah lama belum selesai, kini create pula kisah baru. Macam ini ke dr. mahu rakyat mengenali dan mengingati dr?

Orang ramai tak persoalkan sama ada isteri dr. makan duit itu atau pun tidak.

Sebaiknya, bersihkan nama dr dan jangan dikaitkan lagi. Nasihatkan isteri dr. dan ahli-ahlinya supaya membatalkan keputusan mereka ( ni pun satu hal, katanya tak ada mesyuaratpun bincang pasal nak bagi kepada Bakti tu), dan SERAHKAN kembali KEPADA YANG BERHAK.

Wassalam.

Haikal said...

jadilah pemimpin rakyat bukan tuan rakyat..

YANG berkhdimat OK !!

LSM Gerbang Bawean said...

Salam Datuk,
Kami dari Boyan Indonesia selalu mengikuti blog datuk. Datuk ku do'akan jadi pemimpin tertinggi di Malaysia. Kami dengar datuk juga keturunan jawa.

Salam daei Mr. Gerbang Bawean

fitri said...

Salam Saudara Khir,

Setiap amalan kebajikan di atas muka bumi ini,semestinya dengan niat yang ihklas dan semata-mata kerana Allah. Kita perlu sentiasa memeriksa keihklasan itu pada awal perbuatan,diwaktu pertengahan dan akhir perbuatan.Sekiranya ada terdetik sedikit sifat ujub dan riak cepat-cepatlah kembali bertaubat pada Allah.
Pada orang yang tahu akan besarnya amanah sebagai pemimpin mereka akan menolak untuk jawatan itu kerana salah satu golongan yang mula-mula dihisab di Akhirat ialah golongan pemimpin.Sentiasalah bermuhasabah diri saudaraku.Tugas kita sesama muslim adalah ingat mengigati sesama kita.Hanya Allah yang berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang disukai.


wassalam,

sinarpru13 said...

Asmkm semua.

Bagi saya .. " kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang".

So, saya rasa satu demi satu isu yg timbul sejak kerajaan Selangor diambil alih oleh Pakatan Rakyat,.. jelas merupakan langkah positif untuk memperbaiki kepincangan Warisan drpd kerajaan terdahului.

Mana yg baik ... diteruskan.

Mana yg tak betul,.. dibetulkan.

Media memainkan peranan. Byk isu diputarbelitkan dalam bentuk propaganda utk membenci PR.

...

Saya doakan Dato seri akan menjalankan tanggungjawab sbg Pembangkang dgn baik di Sidang Dewan.

Dan langkah DS melepaskan jawatan Pengerusi perhubungan UMNO Negeri memang satu yg Gentleman... Tapi saya tak puas hati bila si Muhamad Muhd Taib pulak yg dapat.

Dia tu elok tumpukan la amal ibadat kat surau.

Sekian

Jemputlah ke blog saya:

www.sinarpru13.blogspot.com

mszpolitic said...

Keris: Hisham mohon maaf 27/04/2008

Mengapa perlu mohon maaf..Org Melayu telah tunduk di bumi sendiri??

Hak istimewa Melayu, tanda2 melayu telah dipersoalkan, beransur2 dimansuhkan.

Selepas Mahathir Melayu telah takut mengaku Melayu. UMNO perlu kepada matlamat asal.
Baru2 ini banyak mempersoalkan Hak Istimewa Melayu (termasuk Melayu Moden-yg mudah lupa @ yg berasa terlalu kuat, eg Farish Noor).

Pendapat saya:
-Sekiranya maju & moden sekalipun hak istimewa (jika boleh ketuanan) Melayu perlu kekal.
1. Kerana:
-Melayu tiada bumi lain selain Malaysia. Sekiranya bencana/kekacauan berlaku di Malaysia (Cth: serangan US), mungkin Indonesia tidak menerima kita.
-Dan, Cina & India ada dunia (@protector) yang lebih besar & dunia lebih baik lagi selain Malaysia.
Kes hindraf: Tamil Nadu beri sokongan kpd mereka. Taiwan, HK, Shanghai
pilihan lain bg Cina.

2. Lagi:
-Kebanyakan undang2 bukanlah hak istimewa tetapi keadilan. Cth Kuota ke IPTA, peruntukan ikut nisbah kaum. Dasar istimewa beri peluang & keadilan kepada yg terbaik dari setiap kaum.
Lihat U Tube_Dap TV, tuduhan Fong Po Kuan mengatakan dirinya gagal ke universiti kerana berbangsa Cina- tetapi isu sebenar ialah peluang yg sama kepada semua kaum.
Hindraf tidak berfikir, mereka mahukan 60% kakitangan kerajaan berbangsa India-jumlah mereka hanya 2 juta daripada 24 juta rakyat.
Mana mungkin semua Cina & India boleh jadi jutawan sedangkan 60% melayu dalam terus kemiskinan (tetapi tidak didedah@terbela) hanya bersyukur apa yg ada di bumi sendiri dan berbangga ada satu angkasawan yang minum teh tarik di angkasa.

3. Asalnya merayu, & merendah diri tetapi kini….

Orang Cina asalnya, datang untuk menjadi kaya, sekarang telah kaya dan masih tidak berpuas hati. Naik motor pada level mereka adalah miskin. Middleclass tidak jadi jutawan, tiada rumah teres @ banglo -miskin. Jutawan perlu bayar cukai-miskin. Mereka asalnya merendah diri dan merayu tetapi kini telah mendesak.

Orang India datang untuk bekerja seperti Bangladesh & Nepal sekarang & sesetengahnya berniaga. Kini telah lebih baik dari nasib mereka dari tempat asal, dan berkempen di UK untuk memusnahkan Malaysia.

Mereka ini (perlu sedar), sekiranya Malaysia kacau, mereka ada dunia lain, tamadun mereka lebih maju & besar. Janganlah terlalu menghimpit Melayu, sehingga mati dibumi sendiri, tanpa pembela sekiranya tiada UMNO.

Kepada bukan Bumi, Orang Melayu dahulu cukup baik menerima tetamu sehingga kini telah pula ditekan. Hargailah jasa orang terdahulu yang telah mnyokong & menerima kehadiran anda.Hak istimewa- hanyalah menjamin keadilan, pembahagian sama rata & bukan penindasan.

Akhir sekali,
Melayu bangsa dari pelbagai keturunan (org asli,mamak,Turki, Cina+India) dsb), bercakap Melayu, beragama Islam, ada Sultan, tinggal di Nusantara (dulu Indonesia, Philipina- kini hanya Malaysia & Borneo). Tiada tempat lain lagi..selain Malaysia…Jagalah Melayu_ UMNO jgn asyik berebut jawatan menikam satu dgn lain.

mszpolitic said...

Hak istimewa Melayu, tanda2 melayu telah dipersoalkan, beransur2 dimansuhkan.

Selepas Mahathir Melayu telah takut mengaku Melayu. UMNO perlu kepada matlamat asal.
Baru2 ini banyak mempersoalkan Hak Istimewa Melayu (termasuk Melayu Moden-yg mudah lupa @ yg berasa terlalu kuat, eg Farish Noor).

Pendapat saya:
-Sekiranya maju & moden sekalipun hak istimewa (jika boleh ketuanan) Melayu perlu kekal.
1. Kerana:
-Melayu tiada bumi lain selain Malaysia. Sekiranya bencana/kekacauan berlaku di Malaysia (Cth: serangan US), mungkin Indonesia tidak menerima kita.
-Dan, Cina & India ada dunia (@protector) yang lebih besar & dunia lebih baik lagi selain Malaysia.
Kes hindraf: Tamil Nadu beri sokongan kpd mereka. Taiwan, HK, Shanghai
pilihan lain bg Cina.

2. Lagi:
-Kebanyakan undang2 bukanlah hak istimewa tetapi keadilan. Cth Kuota ke IPTA, peruntukan ikut nisbah kaum. Dasar istimewa beri peluang & keadilan kepada yg terbaik dari setiap kaum.
Lihat U Tube_Dap TV, tuduhan Fong Po Kuan mengatakan dirinya gagal ke universiti kerana berbangsa Cina- tetapi isu sebenar ialah peluang yg sama kepada semua kaum.
Hindraf tidak berfikir, mereka mahukan 60% kakitangan kerajaan berbangsa India-jumlah mereka hanya 2 juta daripada 24 juta rakyat.
Mana mungkin semua Cina & India boleh jadi jutawan sedangkan 60% melayu dalam terus kemiskinan (tetapi tidak didedah@terbela) hanya bersyukur apa yg ada di bumi sendiri dan berbangga ada satu angkasawan yang minum teh tarik di angkasa.

3. Asalnya merayu, & merendah diri tetapi kini….

Orang Cina asalnya, datang untuk menjadi kaya, sekarang telah kaya dan masih tidak berpuas hati. Naik motor pada level mereka adalah miskin. Middleclass tidak jadi jutawan, tiada rumah teres @ banglo -miskin. Jutawan perlu bayar cukai-miskin. Mereka asalnya merendah diri dan merayu tetapi kini telah mendesak.

Orang India datang untuk bekerja seperti Bangladesh & Nepal sekarang & sesetengahnya berniaga. Kini telah lebih baik dari nasib mereka dari tempat asal, dan berkempen di UK untuk memusnahkan Malaysia.

Mereka ini (perlu sedar), sekiranya Malaysia kacau, mereka ada dunia lain, tamadun mereka lebih maju & besar. Janganlah terlalu menghimpit Melayu, sehingga mati dibumi sendiri, tanpa pembela sekiranya tiada UMNO.

Kepada bukan Bumi, Orang Melayu dahulu cukup baik menerima tetamu sehingga kini telah pula ditekan. Hargailah jasa orang terdahulu yang telah mnyokong & menerima kehadiran anda.Hak istimewa- hanyalah menjamin keadilan, pembahagian sama rata & bukan penindasan.

Akhir sekali,
Melayu bangsa dari pelbagai keturunan (org asli,mamak,Turki, Cina+India) dsb), bercakap Melayu, beragama Islam, ada Sultan, tinggal di Nusantara (dulu Indonesia, Philipina- kini hanya Malaysia & Borneo). Tiada tempat lain lagi..selain Malaysia…Jagalah Melayu_ UMNO jgn asyik berebut jawatan menikam satu dgn lain.

Rakus seorang bujang said...

Dato'

teruskan idea-idea dato' dalam barisan pemuda UMNO Malaysia...

saya doakan kejayaan dato' dalam politik Malaysia...

Sudah bosan dengan pemimpin yang dilahirkan dari golongan bangsawan dan berada....berkata "kami faham kepayahan rakyat miskin"...walhal mereka tak pernah merasai keadaan berlapar dan dahaga kerana kesempitan hidup...

Sejarah dato merasai kesusuhan semasa kecil sdikit sebanyak mengingatkan saya pada cerita Tun mahathir dan Tun Abd Razak...mereka memahami perasaan keperluan rakyat bawahan, dan mereka berusaha memenuhi keperluan mereka...

Kami perlukan pemimpin yang dapat menyelami hati petani miskin, pekerja kelas bawahan , pekerja yang tidak pernah dapat gaji bulanan, buruh kasar dan pekerja kilang dengan gaji minimum cukup untuk menampung keperluan perut sahaja....

Namun atas dasar keperihatinan dato, kebanyakan pemimpin UMNO negeri dan negara resah sehingga emmbantai dato siang dan malam dengan kerjasama media cetak dan elektronok memburuk-burukkan pentadbiran negeri dato sahulu...ia memualkan

selamat maju jaya...teruskan perjuangan dato untuk rakyat terpinggir!

wmu350 said...

APA KHABAR DSK
saya telah mengikuti pandangan dan kritikan dalam blog ini dan melalui pengalamam saya sehingga ini,saya ada beberapa pandanganan dan renungan buat dsk berfikir.pada saya 2 perkara rakyat memilih

pertama PENGUNDI BERALIH ARAH
(faktor emosi,marah,sakit hati,undi protes,pemimpin tidak peka,pemimpin tidak ikhlas,pemimpin kerja utama mengayakan diri sendiri melebihi keutamaan pada rakyat dikawasannya dan pru12 inilah masa untuk mengajar umno.)
PANDANGAN SAYA JIKA INI ADALAH SEBAB MEREKA MEMILIH PEMBANGKANG,MEREKA SEBENARNYA ADALAH BETUL.MENGAPA SAYA MENGATAKAN BEGITU?....ITU ADALAH HAK MUTLAK MEREKA…. CUMA PEMILIHAN MEREKA ATAS DASAR APA?JIKA ITU ADALAH PENYEBABNYA..... APA YANG HARUS DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN UMNO ADALAH MEMPERBETULKAN PERKARA2 TERSEBUT..JANGAN DISALAHKAN MEREKA INI SEBALIKNYA PEMIMPIN HENDAKLAH MENDEKATI MEREKA SEPERTI LANGKAH MEMBUKA BLOG SEBEGINI.PADA SAYA RAKYAT SENTIASA BENAR DAN PEMIMPIN HARUS BIJAK MENAWAN HATI MEREKA KEMBALI.FIKIR DAN BETULKAN BALIK DIRI SETIAP PEMIMPIN UMNO.DEKATI MEREKA INI,MEREKA MANUSIA YANG ADA HATI DAN PERASAAN PERCAYALAH JIKA PEMIMPIN MENDEKATI DAN MENYELAMI HATI DAN PERASAAN MEREKA INSYAALLAH MEREKA AKAN KEMBALI KEPADA UMNO(DENGAN SYARAT PEMIMPIN BENAR2 IKHLAS DAN JUJUR)

kedua MASIH MEMILIH UMNO
faktor kesetiaan,ketuanan melayu,pengaruh material atau kuasa
PANDANGAN SAYA ADALAH ADA SEGELINTIRAN MENYOKONG UMNO ATAS DASAR MATERIAL MELEBIHI DARI KEPENTINGAN UMNO.SAYA PERCAYA TAK RAMAI DALAM UMNO YANG MENGUTAMAKAN MATERIAL SEMATA2 TETAPI INILAH YANG BANYAK MEROSAKKAN UMNO DIMATA "PEMILIH PERTAMA" TADI.(PEMIMPIN KENA BIJAK DAN PEKA HAL INI DAN BERI PENJELASAN JANGAN DOK DIAM SAJA SEOLAH2 DIA PUN 2X5 JUGA)BISANYA JIKA PEMIMPIN DIAM MEREKA AKAN ANGGAP PEMIMPIN TAKUT DAN MEMANG BUAT SALAH,JADI BERI PENJELASAN DAN RAKYAT AKAN BELAJAR MEMAHAMI,SEKARANG BANYAK MASALAH KEFAHAMAN. PADA RAKYAT…..
RAMAI YANG BERSUARA SEKARANG ADALAH KERANA MEREKA CINTA,SAYANG DAN MAHU MENJAGA MARUAH BANGSA MELAYU BUKAN HANYA SIBUK BUAT KECOH.(SAYA SENDIRI HIDUP BERDIKARI TETAPI SEKARANG JAM3 PAGI MASIH NAK MEMBERI PANDANGAN,KALAU MENANG PRU12 HARI TU SEKARANG SAYA DAH TIDO LENA DIBUAI MIMPI)
PERLU DIINGAT,ADAKAH KITA SEKARANG SUDAH SETANDING DENGAN BANGSA LAIN DIBUMI INI DARI SEGI EKONOMI UNTUK KITA MELAYU BERPECAH BELAH?
DSK!DALAM KITA MENJANA SEMANGAT RAKYAT PERLU DIINGAT SESETENGAH PEMIMPIN JUGA SEBENARNYA MUDAH LUPA,SAYA AKUI DAN DAPAT MERASAI PERASAAN MEREKA,PERASAAN HATI MEREKA PEMIMPIN WAJIB MENGHAYATI... LAMA SUDAH RAKYAT BAWAHAN SUSAH…

kesimpulannya disini berlakulah pertembungan(emosi,keliru,memilih atas dasar berbeza)antara penyokong yang telah beralih arah + lagi dengan pembangkang cukup sifatnya dan meletoplah satu malaya yang akhirnya melayu menang sorak, kampung tergadai
...nak salahkan siapa?inilah yang dikatakan TUHAN MAHA BERKUASA ada hikmah disebalik kejadian dan saya yakin bumi malaya ini adalah bumi bertuah untuk melayu dan semua bangsa2 lain.
bersatulah!!... jika ada niat cubalah ahli umno dan ahli pas menghayati matlamat dan tujuan kita berparti.saya mengaku saya lebih rela umno terus menerajui kerajaan dan pas jadi pembangkang atau bahasa manisnya penegur,jika kita lihat sekeliling kita pun ada kawan2 kita ahli pas.(jika kita menghormati mereka,mereka juga akan menghormati kita)
emosi..emosi...emosi bezanya adakah kita mengikut hati atau kita memilih mengikut akal fikiran yang waras.walau apa pun tujuan rakyat memilih mesti bersebab Cuma ikhlas saya rasa banyak yang memilih semboronoh,jangan kelentong saya la diluar RAMAI yang nampak garang dan macam dah tak tentu hala marahnya tetapi hati kecil siapa yang tahu?(sayang pada umno masih ada tapi dah marah peduli apakan...)takan sekelumit kecil pun tidak ada perasaan sayang pada bangsa sendiri...dimana tempat jika bukan umno…adakah pas boleh menunjangi PR?.....cuba fikir...ingat bila rakyat kembali memberi kepada umno jangan ada pemimpin yang berani lagi mengotori umno kerana.. pisang zaman sekarang boleh berbuah berkali2…..fikir2kanlah..
UMNO TIDAK BOLEH DIWARISI
TETAPI
UMNO HENDAKLAH DIHAYATI….wassalam

AinZarith said...

Dato Seri

Boleh saya tahu,

1- Apa erti BALKIS?

2- Siapakah yang layak jadi ahli BALKIS mengikut perlembagaan BALKIS?

3- Kenapa aset BALKIS mesti dilupus/dipindah/bubar bila keanggotaan berubah?

Minta tolong jawab dgn bahasa mudah je sbb saya ni orang Simpang Lima, solat di Masjid Ma'muniah.

dokmat said...

"Namun secara sepintas lalu, saya ingin memberi jaminan di sini bahawa tiada satu sen pun dari wang tersebut masuk ke mana-mana akaun individu."
----------------------------------------
Alhamdulillah,
Akhirnya saya berpuashati dengan penjelasan yg Dr Khir berikan.Jika benar'TIADA SATU SEN PUN' yg masuk ke poket individu,saya doakan semoga Allah melipatgandakan ganjaran diatas setiap usaha murni yang Dr Khir nyatakan.
Namun di sebaliknya,jika ada'WALAU SATU SEN PUN' yg masuk ke poket mana-mana individu,saya juga mendoakan supaya 'MALAPETAKA MUSIBAH YG LEBIH BESAR' akan menimpa individu yg berkenaan kerana bercakap BOHONG.

Sesungguhnya Allah jua yg MAHA MENGETAHUI.AMEEEN.

. said...

Selamat pagi!
Saya ikut sama mengikuti isu Balkis dan terpanggil untuk menghulurkan sedikit komenter apabila membaca posting terbaru sdr yang kebetulan ada disentuh mengenai Balkis.

Saya setuju dengan pandangan sdr agar isu Blkis tidak dijadikan polimek dan juga perebutan. Nampak sangat orang Melayu mudah teruja dengan wang, dan hauskan ringgit.

Semua pihak baik Balkis dan pihak Kerajaan sekarang ada alasan dan hujah sendiri untuk mempertahankan wang sebanyak RM9.9 juta itu.

Balkis ditukar kepada Bakti bagi meneruskan bakti dan kebajikan. Saya percaya Kerajaan Selangor yang baru juga menerusi isteri MB akan berbuat begitu. Tidak ada siapa yang mahu makan dan salah gunakan wang kebajikan.

Di sini sdr minta ianya diselasaikan menerusi perundangan dengan kedua lawyer berunding. Ia cadangan bagus tetapi lagi sekali menampakkan akan kedegilan kita dan kurangnya semangat bermesyuwarah.

Pada saya silapnya peralihan itu tidak telus. Isteri sdr bubar tanpa memaklumkan kepada Kerajaan baru, walhal Balkis itu diwujudkan atas nama isteri-isteri wakil rakyat. Jadi wajar kalau isteri-isteri wakil rakyat yang baru ambil alih. Serahkan saja kepada mereka bersama wang dan tanggungjawab Balkis. Selesai.

Atau kalau isteri sdr ingin terus berbakti dan berhajat menubuhkan Bakti dengan menggunakan wang berkenan kenapa tidak berunding atau menulis surat kepada MB.
Saya yakin apa-apa juga usaha ke arah untuk kebaikan bersama ianya diterima.Siapa tidak mahukan pahala?

Cara yang isteri sdr lakukan menampakkan sangat niat tidak dan tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan baru.

Sdr orang Melayu semakin kecil saiznya. Perpaduan semakin longgar. Adalah baik kalau hal ini disedari sebelum terlambat. Apa-apa pun lakukan secara profesional dan rasional. Masalah Melayu ialah terlalu emosi dan kurang rasional. Wassalam.

MSO,
Wangsa Melawati, KL.

dryram said...

Salaam Datuk Seri,

Saya tertarik dengan kenyataan Datuk Seri seperti berikut:

"Selain itu, saya fikir kerajaan negeri Selangor patut memikirkan mekanisme dan kaedah yang baik bagaimana untuk membantu anak-anak miskin yang mempunyai masa depan cerah dalam pelajaran dengan menyediakan dana-dana baru."

"Adalah lebih penting membesarkan dana bantuan dan kumpulan yang akan dibantu berbanding bertelingkah untuk mengawal dana bantuan sedia ada. Dengan ini lebih ramai akan menerima faedah dan bantuan yang mampu merubah masa depan mereka."

Jika itu argumennya, mengapalah pula perlu dana tersebut dipindahkan dan akaunnya ditutup? Adakah lebih baik dana itu dikekalkan dan ditadbir-urus dengan telus dan betul supaya lebih ramai dapat dibantu seperti pendapat Datuk Seri tersebut?

Perkara kedua ialah tentang frekuensi blog Datuk Seri. Sekiranya ingin bersaing dengan pihak-pihak lain, ianya perlu dikemaskini dengan isu-isu baru pada kadar yang lebih kerap. Jika tidak, lama kelamaan blog Datuk Seri akan hilang relevansinya dan akan hanya menjadi dormant. Itu patut dibimbangi oleh Datuk Seri.

Itu petanyaan dan pendapat saya. Harap mendapat maklum balas daripada Datuk Seri supaya pembaca lebih jelas.

Wassalaam.

tasatra said...

Salam semua, komen dalam blog ni, ada seninya. Di Indonesia tidak timbul soal bangsa kerana semua mereka berbangsa Indonesia. Tapi di Malaysia, gara-gara penjajah semuanya rojak. Inilah yang diidamkan oleh penjajah, perpecahan di kalangan kaum.
Layari blog dari sabah (ranauborneo.blogspot.com)
Salam Semua

Abafahim said...

En Budak Kg;

Saya memahami perasaan en. tetapi saya percaya permohonan maaf tersebut semata-mata ingin mengelakkan manusia2 yang tidak bertanggungjawab memperbesarkan dan menabur fitnah berkenaan isu keris tersebut.

Pada saya Ds Hisham dan orang melayu yang lain tidak perlu kecewa dan sedih tetapi yang paling penting ialah bersama-sama menebus kekecewaan tersebut dengan melimpahkah kasih sayang pada budaya bangsa dengan menumpukan secara agresif akan pembangunan budaya bangsa kita terutamanya silat(yang dikaitkan dengan keris.

Silat merupakan budaya bangsa kita yang paling utama, malah pejuang2 kemerdekaan dahulu bukan sahaja tinggi ilmu agamanya tetapi hebat ilmu silatnya. Tetapi, yang sedihnya melalui pengalaman sendiri, dikalangan segelintir orang2 UMNO sendiri apabila satu2 program UMNO melibatkan orang silat, mereka ini menggambarkan ahli2 silat hanya layak pegang tombak. Begitu juga, sokongan dan penumpuan kerajaan terlalu kurang bagi memertabatkan budaya silat ini.

Maka, janganlah kita lupakan budaya silat ini kerana disinilah ramai anak2 muda melayu dilatih untuk membina jatidiri dan semangat untuk mempertahankan agama bangsa dan negara.

obi wan said...

Betullah apa yang Datuk katakan, tetapi kami hanya boleh baca/dengar, kalau betul Balkis tiada kaitan dengan politik, kenapa takut sangat sampai nak bubarkan persatuan.

Saya juga ingin bertanya tentang projek-projek yang diluluskan dalam RMK9 oleh pimpinan dulu kini satu demi satu dibatalkan. Adakah itu cara Kerajaan balas dendam sebab kalah PRU12 tempoh hari?

Kalau dulu semasa projek tersebut diluluskan pemimpin sekalian menyatakan ia amat baik demi kepentingan rakyat. Kini setelah kalah PRU12 satu demi satu projek yang amat baik untuk kepentingan rakyat dibatalkan juga demi "kepentingan" rakyat. Saya akui dalam menjadi pemimpin memang susah tetapi janganlah hipokrit.

Saya teringat cerita ustaz saya, dia katakan golongan pertama antara 7 golongan yang akan mendapat ganjaran di Akhirat esok adalah golongan pemimpin yang adil, dan golongan pertama yang akan diHUKUM sekeras-kerasnya juga adalah golongan pemimpin.

dealamo said...

Datuk,

Saya memang menyokong Balkis dibubarkan. Orang PR memang tak pandai cari idea nak dapatkan dana untuk bantukan orng miskin. Dia orang pandai cakap je.

malaysiafreedom said...

Hi Dr.Khir,

Saya tidak tahu samaada Dr.Khir berani approve posting saya atau filter sahaja seperti media kepunyaan kerajaan.

Ok, penjelasan itu ok. Apa yang balkis buat itu ok. Itu adalah tugas balkis. tiada sesiapa pun cuba menyanggah fungsi balkis.

Tapi persoalannya sekarang mudah sahaja, mengapa perlu memindahkan wang dari balkis kepertubuhan lain? Balkis adalah pertubuhan untuk Isteri ADUN Kerajaan Negeri. Kalau isteri Dr dah tidak layak untuk mempunyai posisi di pertubuhan itu, letak jawatan sahajalah dan pindah kuasa kepada orang lain.

Pada pendapat Dr.Khir, kalau BN menang dan Dr.Khir tidak lagi jadi MB, isteri kamu akan pindah wang kepada BAKTI ke? Mengapa bila PR menang anda nak pindah wang pulak?

Prejudis apa ini? Wang di pertubuhan itu sumbangan Kerajaan NSelangor dan juga agensi kerajaan N.Selangor. Tapi bila Kerajaan dah pindah tangan kamu dan isteri kamu sepatutnya "handover" kepada kerajaan baru.

Legal or not, apa isteri anda buat tidak betul dari segi moral.

malaysiafreedom said...

Hi Dr.Khir,

Bolehkan anda menjawab apa yang diperkatakan di Sun hari ini.

Wang dipergunakan untuk "Lawatan Sambil Belajar" ke banyak negara-negara asing.

Dokmat, seperti yang anda kata...betulkah SATU SEN PUN tidak digunakan untuk kepentingan diri???

ramzan said...

salam,
DS, di luar negara ini, saya secara jujur terasa sungguh pelik berikutan berita di tanah air yg tidak langsung memberi ruang kepada pembangkang utk bercakap, terutamanya di TV3 (saya boleh stream) menyebabkan gerak hati saya mengatakan terlalu kuat media control oleh kerajaan.. ini diterukkan lagi apabila lamanweb youtube menyiarkan terlalu byk clips video menunjukkan kemarakan suara rakyat dalam pelbagai perhimpunan dan juga interview luar negara (termasuk investigation yg mereka jalankan beserta bukti dan saksi).. sedangkan tidak langsung dilaporkan dengan adil oleh media tempatan..

Isu babi jugak sama... sangat sedikit maklumat diberikan oleh media tempatan.. tetapi bila baca blog pembangkang.. mereka menyediakan byk maklumat baru, malah secara jujur saya katakan.. sekarang, lamanweb malaysiakini.com menjadi persinggahan saya setiap hari.. sayang sungguh.. media tempatan makin dipinggirkan kerana tiada semangat journalism yg sepatut melapor berita oleh semua pihak... dan biar rakyat yg bijak dan intelektual ini yg menentukan..

Isu balkis...??? Jgn sampai rakyat tidak lagi mahu mempercayai kepada media tempatan (meskipun ia benar).. DS, ambillah teladan cerita Pengembala kambing yg berbohong kepada org kampung dengan mengatakan harimau menyerang kambing nya.. tentunya, kita tidak mahu apabila DS@kerajaan berkata yg benar, tetapi rakyat tidak lagi mahu mempercayainya...

Byk perubahan tidak berguna, andai perubahan yg utama (vital/crucial) tidak dilaksanakan..

good luck DS dalam barisan pembangkang... seoga rakyat selangor mendapat manfaat.. dan maju by the time saya pulang ke tanah air semula soon.. insyaAllah

RAMZAN melbourne

shamdin said...

Assalamualikum DS,

Mengenai pembasmian kemiskinan orang Malayu Islam Di Selangor, saya di maklumkan olih Dato Dr. Hassan Ali, didalam ceramahnya, bahawa dia telah memeriksa perjalanan agihan zakat semasa DS menjadi MB dan mendapati bahawa satu akaun telah di ujudkan untuk menyimpan lebihan wang zakat yang berjumlah RM 120 juta.
Persoalan saya ialah mengapa DS izinkan pekara ini berlaku dan apakah tujuan keujudan akaun ini?.
Bukankah wang zakat yang begitu besar jumlahnya dapat melepaskan oran Islam dari kancah Kemiskinan??

Hang-Jebat said...

Dr.MKT,
Jebat terpanggil untuk mengulas Ketua Pemuda UMNO yang meminta maaf atas mencium keris di Perhimpunan Pemuda UMNO. Harapan Jebat agar Dr.MKT menulis pendirian Dr.MKT sendiri.
Jebat teramat hairan, kenapa pemimpin seperti ini masih lagi menyalahkan rakyat kerana tidak mengundi bagi pihak mereka. Sebelum ini, apabila rakyat mengundi mereka adakah hanya untuk melihat beliau mencium keris. Pada hamba, tujuan mencium keris adalah untuk mempertahankan hak melayu seperti yang termaktub dalam perlembangaan Malaysia. Tetapi, yang mendukacitakan rakyat adalah, apabila rakyat memilih dan beliau mencium keris, beliau pula tidak mempertahankan rakyat, tidak mempertahankan Bangsa Melayu. Di mana beliau apabila Bahasa Melayu semakin dipinggirkan. Apakah dengan berbahasa Inggeris 'penjajah' kah saintis-pelancong kapal angkasa boleh terapung-apung di orbit Bumi? Sebagai pemimpin melayu, beliau harus mempertahankan hak-hak Melayu. Mengeluarkan keris apabila ada mereka yang menolak hak hak Melayu. Jika inilah perangai beliau, jangan salahkan rakyat lagi jika memanggil beliau PONDAN.
Jangan beliau mengaku pemimpin Melayu lagi jika tidak pertahankan Bangsa Melayu. Hamba ingin beritahu mereka yang seperti ini, ada satu lagi tahap tindakan rakyat selepas tidak memberi undi mereka, dan merupakan tindakan yang paling ditakuti. Ia adalah AMUK. Jangan tekankan rakyat Melayu untuk mengamuk. Ini merupakan tindakan paling hangat selepas demonstrasi yang bukan budaya kita. Dr.MKT, percepatkanlah peralihan kuasa pucuk pimpinan serta sayap kanan parti Melayu. Hamba dapat merasakan yang Melayu akan dihancurkan oleh mereka mereka yang PONDAN seperti mereka ini.

Halim said...

apapun hujah yg dr khir berikan mengenai isu dana balkis..pada saya ianya tidak betul dan tidak professional atas tindakan isteri dr khir memindahkan dana tersebut. lebih2 lg dengan tindakan isteri dr khir yg mahu membubarkan balkis. perlu diingat balkis bukan milik individu yg keputusannya boleh dibuat sesuka hati. apa guna pindah ke akaun bakti sedangkan BN akan jd pembangkang di parlimen tidak lama lg? pada waktu itu adakah dana balkis dan bakti akan masuk ke akaun persendirian? dr khir patut brainstorming dgn isteri sebelum buat tindakan yg bodoh ini kerana akan mencemarkan lg keridibiliti dr khir yg sudah tercemar dgn isu rasuah, penyelewengan. apapun tahniah kerana berani berdepan dgn isu ini.

lemau said...

“Mulia manusia kerana amalan dan akhlak, Mulia bangsa kerana Agama”

PANTAU BA said...

terus kan usaha , cuma nampak kecewa ajee

Mat Atas Pagar said...

Semuanya bergantung kepada hati...
Bila hati dah itam ...
Maka segala kebaikan akan dilihat sebagai keburukan..
Akhirnya semua yang dipandang akan menjadi buruk saje..

Bertali arus dari situ maka perasaan sangka buruk akan menguasai...

Peristiwa nie terjadi bila penguasa menarik balik royalti dari Terengganu bila PAS menang...

Persoalan nya kenapa terlalu banyak skandal yang timbul dari negeri Selangor aje...
Penang, Kedah, Perak pun dah jatuh...

Bak kata pepatah : TIDAK BERGONCANG POKOK JIKA TIADA ANGIN" :-)

tasatra said...

Kenapa kita takut UMNO terkubur. Jika UMNO hilang didunia sekalipun adakah orang Melayu akan jatuh tersembam. Apa maknanya UMNO ... United Malays National Organisation. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.(PEKEMBAR) Apakah selama ini orang Melayu bersatu. Dalam PAS ada Melayu, Dalam DAPpun ada Melayu. Bersatukah orang Melayu. Cuma barangkali kalau kita tak mempertahankan UMNO yang mendokong perjuangan Melayu, bangsa lain akan muncul di hadapan. Mampukah orang Melayu bersatu jika muncul isu-isu yang mencabar ketuanan Melayu . Siapa yang akan berdiri di hadapan. Mampukah KeAdilan jika isu ini dibangkit oleh kaum lain. Atas platform apa mereka bertindak. Jika UMNO maka sudah tentu atas nama melayu.

princemafia said...

assalamualaikum Dato' Seri.

Dengan doa agar Dato' Seri sentiasa dalam keredhaan Allah S.w.T.
Dato' Seri, nampaknya pelbagai isu timbul dan ditimbulkan oleh kerajaan negeri Selangor dewasa ini. selepas senyap isu janji air, timbul isu ladang khinzir 100 juta dan sekarang isu wang BALKIS. saya sendiri tidak faham apa perancangan kerajaan negeri hari ini dan ke mana hala tuju mereka. maaf jika saya berkata, keegoan kerajaan negeri Selangor hari ini menyamai keegoan kerajaan Persekutuan selepas mendapat majoriti besar PRU 2004. jika keegoan ini berterusan, pasti Pakatan Rakyat di Selangor akan terus bersemadi pada PRU 13 nanti.

Dato Seri, dalam New Starits Time hari ini, 28/4/08 m/s 23, pembaca bernama Michael Ng mengkritik kepimpinan Dato Seri as "Khir never walked the talk in his time". mungkin Dato'Seri boleh memberikan penjelasan yang sewajarnya berkaitan isu yang telah dibangkitkan itu.

Dato Seri, saya secara peribadi sedikit terkilan bila DS Hishamuddin mengucapkan maaf berkaitan isu mencium keris secara terbuka. kenapakah perkara mencium keris ini perlu dipertikaikan kerana kita bangsa Melayu telah terlalu lama dan banyak memberi ruang dan mengalah? apa hemat saya, DS Hisham sepatutnya teguh dengan pendirian dan tindakannya mencium keris itu. meminta maaf seolah2 mengaku bahawa tindakan mencium keris itu satu kesalahan yang telah menyebabkan BN menerima tamparan dalam PRU 12.

Terima kasih

lemau said...

Antara kesalahan Zaharah menurut laporan akhbar ialah:

1. Dia tak boleh panggil emergency meeting sbb dia bukan lagi presiden sbb Khir Toyo tidak lagi MB. Khir Toyo hanya caretaker. Infact, kalau bertanding dan letak jawatan MB pun dah kira disqualified.

2. Mengalihkan dana ialah khianat kepada penderma sbb penderma derma pd Balkis dan bukan pada persatuan yg baru. Kalau ini boleh dijadikan amalan, maknanya kita boleh tubuhkan satu persatuan dan kutip derma. Lepas tu bubar persatuan dan bagi duit tu kat kumpulan lain.

rights2write said...

Salam
Boleh tak saudara emailkan saya Perlembagaan Balkis yang di luluskan oleh ROS (termasuk pindaan jika ada) untuk bacaan saya

Email drrafick@gmail.com

Dr Rafick

anonymous said...

Salam Dato' Seri,

terima kasih atas penerangan yang diberi dan kepada kerajaan baru selangor anda seharusnya usaha sendiri bukannya hanya berharap dengan apa yang orang dah usahakan.

teruskan perjuangan mu DSK dan kami anak selangor akan terus memberi sokongan kepada perjuangan suci mu untuk memartabatkan melayu di mata dunia.

doakan keselamatan saya kerana saya akan menunaikan umrah bersama kawan2 pada 04/06/08 hingga 14/06/08 dan saya juga akan memanjatkan doa kepada saudara seislam ku terutama pejuang UMNO di selangor.

wassalam
Kudin7666

juragan said...

kenapa baru sekarang baru kedengaran pasal kemiskinan di selangor.. dulu pun hanya cakap2 saja tanpa perlaksanaan..
saya cadangkan dato' sendiri supaya menyertai pakatan kami ini untuk membela nasib rakyat dan memperjuangkan nasib kami yg bernaung di selangor ini.. marilah bersama2 pakatan rakyat..

uemura said...

BALKIS ni aku pun tak penah dengar apa yg dia dok buat selama ni. Yang aku dapat agak masa dulu sebelum isu ni kuar BALKIS ni mcm kelab elit isteri2 YB.

Persepsi aku kelab elit mcm ni ahlinya semua berlagak, sombong bodoh dsbnya. Tu belum bab paki cermin mata besar. Nak muntah aku tengok. Kelab ni yg aku nampak suka sangat dgn hiburan demi hiburan demi hiburan. Mana idaknya. Asyik je jemput artis tu artis ni buat dinner show le & ntah apa2 lagi. entah bila le nak sedar. Walhal agenda utk menguatkan ummah le yg patut jadi keutamaan.

Bagi aku cara BALKIS bertindak dlm hal duit 9M tu lebih banyak mengundang polemik. Memang tak menggambarkan pendekatan Islamik bg mereka yg mengaku Islam.

Bila le engko nak sedar Khir?

ben said...

oh what an excuse!!!

rakyat sedih said...

ASSALAMUALAIKUM DR KHAIR SAYA NAK CERITA SIKIT TENTANG BALKIS PINDAH DUIT 9.9 JUTA KE BAKTI YANG SAYA RASA REFLECT SIKAP RENDAHDIRI KETUA BALKIS DN KONCO2. SEORANG SAUDARA SAYA 20 TAHUN DULU HATI KURANG JERNIH NAK PINDAH RUMAH KERANA RUMAH YANG DIA DUDUK AKAN DI DUDUKI SAUDARA YANG LAIN. APA DIA BUAT? SEMUA POKOK YANG DIA TANAM DIA POTONG SUPAYA SAUDARANYA TIDAK DAPAT HASIL. 'BARU PADAN MUKA' KATANYA. HARI INI SAUDARA SAYA ITU HIDUP MEREMPAT KERANA HATI BUSUK TAK BERSYUKUR. DR DAN ISTERI PATUT BERSYUKUR KEPADA ALLAH KERANA MERASA JADI MB SEBUAH NEGERI MAJU, MAKMUR DAN KAYA. TAPI SIKAP MEMUSUHI RAKAN SEBANGSA DAN SEAGAMA SENDIRI YANG AMBIL ALIH AKAN BAWA PADAH PADA KAMU KERANA NAMPAK RENDAH JATI DIRI TAK BERSYUKUR. ALLAH KAN ADA MENGADILI KITA BENAR ATAU TIDAK? TAK PERLU DR DAN ISTERI MENEGAK BENAG BASAH ORANG DAH MAKE GOOD OPINION OF YOUR LOW SELF ESTEEM. I PITY U AND PRAY ALLAH BERI HIDAYAH TO U AND WIFE AND FRIENDS. WASSALAM

Nizamuddin said...

Assalamualaikum w.b.t

Persoalannya...

Mengapa perlu dibubarkan jika niat sebenar penubuhan BALKIS ini utk membantu yg memerlukan?

Kenapa tidak diteruskan dgn masing2 memainkan peranan bersama?

Mengapa perlu dialihkan kpd BAKTI?
Bukankah poket BAKTI itu sendiri sememangnya penuh dgn DUIT?

Kita org melayu sememangya begitu. Jika menang pasti meriah..
Jika kalah mesti balas dendam.

Tapi...
kenapa kita tidak melihat dari segi agama??
Kenapa perlu MELAYU??
Tidak melihat pada ISLAM??

Pelikkan..

Astaghfirullah...

aeab & liza said...

saya bersetuju sekali dgn komentar marina mahathir http://rantingsbymm.blogspot.com/2008/04/speculating-into-mirror.html

tajam dan tepat.

Abu Rushd said...

Assalamulaikum Dato'. Terlebih dahulu saya ucapkan tahniah atas laman blog ini. Apa pandangan Dato' terhadap perancangan keraajaan baru Selangor dalam memajukan ekonomi umat Islam.

Abu Rushd

http://riquelme-penawarhati.blogspot.com/

Abu Rushd said...

Dato'

Bagaimana dato' melihat kemampuan kerajaan baru Selangor menangani permasalahan ekonomi masyarakat Melayu,

TQ

obi wan said...

Salam Datuk,

Jika benar saya baca apa yang Datuk tulis tentang isu ini memang tidak layak Datuk kalah pada PRU12, tetapi Datuk kalah juga, seperti yang terjadi di negeri saya, Kelantan BN kalah juga. Kalau dulu BN hanya perlukan satu saja kerusi untuk menang kini daripada 45 hanya 6 saja yang menang.

Saya juga pelik bagaimana perkara ini boleh terjadi dikala sebelum PRU12 tampak kelantan bakal dirampas dengan kempen yang meluas dari PM, TPM, Dato' Seri Hishamuddin, Datuk Muhyiddin yang datang melawat untuk MERAWAT kini BN yang perlu dirawat. Pun begitu pemimpin tertinggi Kelantan mahu juga jadi pemimpin tidak mahu berundur. Tunggu arahan pucuk pimpinan katanya, baru nak berundur. Kalau dah rasa diri tak dapat jalankan tanggungjawab, maka bertanggungjawablah berundur.

Tengok apa yang terjadi di Selangor, bakal penternak babi berjaya... negeri kelahiran Datuk tu...Tetapi rasanya BN masih belum sedar, masih nak pertahankan jawatan dan kepentingan masing-masing.

Dalam isu keris (maruah)lak... nampak sangat keris Melayu plastik... kene air sikit dah cair, kene pijak senang patah. Kalau dulu gah Datuk Hisham memegang keris, cium...cakap keris akan sentiasa dijaga, dibela dan menjadi simbol PEMUDA UMNO yang gagah...kini keris dah layu sebelum berjuang...Minta maaf dengan bukan melayu sebab takutkan dengan keris. Sebab takut bukan melayu tak undi BN, takut BN kalah lagi, takut jawatan hilang, takut pemilihan nanti tak jadi naib presiden. Kubu kuat UMNO kat Johor pun boleh bocor...tentulah dia takut.

Akhir kata, jangan kita taksub sangat dalam mencari jawatan atau takutkan kalah sehingga kita sanggup gadaikan maruah, sebab itu saja yang kita ada...

renungkanlah

shahbandarmalakat said...

mszpolitic said...
[Keris: Hisham mohon maaf 27/04/2008

Mengapa perlu mohon maaf..Org Melayu telah tunduk di bumi sendiri??

Hak istimewa Melayu, tanda2 melayu telah dipersoalkan, beransur2 dimansuhkan.]

Y.B Datuk, saya amat bersetuju dengan pandangan di atas.
Kita orang Melayu tak perlu berasa bersalah kerana kita di beri sikit keistimewaan, ia itu tanah reserve melayu.
Yang penting sekali kita orang Islam utamakan iman kita supaya tercapai apa yang Allah sebut “orang orang kafir berasa gerun apabila melihat orang yang beriman”. Orang beriman macam mana yang mencapai taraf ini? Fikirkan lah
Ada orang Melayu tergamak merendahkan mertabat raja raja kita dan mereka ini bergembira, proud kerana gulungan tertentu mengangap mereka hero kerana berani .
Mereka bukan tak membaca Al qurqn yang banyak mengingatkan kita tentang peranan orang orang kafir yang sentiasa tak puas hati dengan Islam.
MEMAHAMI APA YANG TERSIRAT DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA
Saya ada menulis di blog ini.
http://siraltalmustaqim.blogspot.com/2008_03_01_archive.html
di antaranya:

Orang orang yang di pertanggungjawabkan dalam mereka- bentuk, perlembagaan kita dulu (sekitar tahun 1948?)sudah fikir habis habis,masak masak,termasuk perkara perkara yang boleh merugikan masa depan bangsa, lebih lebih lagi untuk menjaga hak raja raja dan hak istemewa orang melayu.

Dalam perlembagaan kita, keistemewaan ini sudah di letakkan dalam peti besi dan di kunci.Anak kuncinya di pegang oleh majlis raja raja,(saya pinjam kata kata KuLi),tapi sekarang anak kunci ada rosak sedikit pasal ada pindaan pada bab tersebut.

Orang Melayu patut faham, Bukan Melayu dan yang Melayu campur campur,dan orang Islam bukan Melayu, sukar sikit nak faham .

Ingat negara kita tak sama dengan negara lain.itu sebab kita ada akta yang melarang menghina Raja Raja...Ini semata mata nak pertahankan perlembagaan kita Maka oleh yang demikain, mana mana Pemimpin Melayu yang tidak menghormati perlembagaan tak layak jadi pemimpin..

Masalah besar kita ni tak ada pemimpin Melayu yang tulin,,sebab itu mereka kurang mengerti firasat orang Melayu.Pak lah sendiri pun bukan, betul Datuk? Sebab itu Patrik boleh senang berkawan dengan dia.wassalam.tarikh 25/03/08

Wonderful World said...

Menurut sejarah Islam, rumpun bangsa Melayu ini berasal dari nasab keturunan Nabi Ibrahim a.s. selain bani Israel dan bani Arab. Keturunan ini berkembang dari banjaran tinggi pergunungan Himalaya. Bangsa ini kemudian bermigrasi turun hingga ke Champa dan seterusnya merantau dan menetap (berkerajaan) di rantau Nusantara. Orang-orang Arab menyebutnya sebagai keturunan Banu al-Jawiyun atau Bani Jawi. Ianya satu rumpun Melayu (etnik Melayu dalam ertikata yang lebih luas) yang dibangsakan kepada Bani Jawi iaitu keturunan Nabi Ibrahim a.s. dari isterinya yang bernama Siti Qathura. Istilah Jawi Peranakan pernah juga digunapakai suatu ketika dulu¡­mengambarkan keturunan campur Melayu-Arab ini.

Pada zaman dahulu semasa awal kebangkitan kerajaan Sriwijaya (Buddha-Mahayana), semenanjung ini di panggil Jawadwipa, bermaksud tanah Jawa (Jva) atau dibahasakan sebagai tanah Jawi. Ini termasuk le wilayah Segenting Kra hingga ke selatan Burma, Pattani dan sebahagian wilayah tengah dan utara Siam sehingga ke Kemboja (Champa) dan termasuk gugusan pulau di Nusantara (Tumasik, Selatan Filipina, Sulawesi, Irian Jaya). Apabila empayar ini berpecah, pemakaian nama Jawa kekal terbatas hanya di Pulau Jawa (Kalingga nama purba-nya) sahaja seperti sekarang ini. Sementara nama Melayu pula diambil dari kerajaan Javaka yang kemudian menukarkan nama kepada Melayur (kerajaan kecil yang sama bernaung dalam empayar tersebut), tetapi berpusat di Medangbhumi (nama purba negeri Kelantan). Ibnu Batutah dikatakan ada singgah ke negari “Taman Sekebun Bunga” ini dan mencatatkan perihal kehebatan wirawati seorang putri bernama Cik Siti Wan Kembang (catatan Rihlah Ibnu Batutah)

Tetapi untuk teks baca nie, kawan nak selongkar kitab lama (sejarah) untuk mengenal AKAR bangsa ini melalui kaca mata bangsa Melayu sendiri, ­bukan sarjana Barat, Melayu baru, Melayu haprak, team Melayu Wawasan, tetapi Melayu dari lenggok bahasa Melayu-Riau, asal-usul linguistik bahasa itu sendiri.

“Melayu” adalah suatu kalimah yang baik, juga ­suatu kalimah yang berjiwa,­sarat dengan falsafah, mengandungi satu pengembaraan jiwa mencari hubungan seni Islam dan makna disebalik kata ucap, kata tinta (seni kaligraf), saya kira­, yang serasi sebagai satu manifestasi bangsa ini; yang punya maksud yang mendalam dan tujuan mengapa makhluk (manusia) dijadikan, iaitu supaya sentiasa bersikap me-layukan diri (tunduk) dan sujud (ibadah) kepada yang menciptakan.

Setiap bangsa akan membentuk kebiasaan tabiat dan adab budaya mereka sendiri. Begitu juga le bangsa ini; ­Melayu berbudaya dan beradat. Kelebihan para nabi adalah kerna kehebatan mukjizatnya, ketinggian manusia pula adalah kerana kelebihan sikap muafakatnya. Tatkala tunas dipanggilnya muafakat, tatkala sudah berakar dipanggil akan dia ADAT. Apabila bangsa ini menerima Islam sebagai suatu cara hidup di dunia fana ini maka adat bangsa terus sahaja di ikat dengan syara’ (syariat) Tuhan yang Maha Esa. Ini le dia sebenarnya makna HAKIKAT bangsa Melayu “Adat bersendikan syara”. Antara keduanya tidak harus dilihat terpisah¡; macam roh dengan jasad, atau kias bahasa yang paling klasik sepanjang zaman seperti irama dan lagu;­ pincang le lagu sumbang le irama; andai dipisah. Pertautan ini sangat unik dan sungguh kukuh bagai Akar pada sang pokok sehingga terbit satu tanggapan bahawa setiap ‘Melayu itu Islam’(?). Dan tidak keterlaluan kiranya dikatakan, ini le rahsia sebenar mengapa selama ini aqidah bangsa ini sentiasa mendapat perlindungan dan pemeliharaan Allah swt walaupun telah dijajah oleh tentera salib selama beratus-ratus tahun dahulu. Tak kan hilang Melayu di dunia, ­tak akan hilang Islam di alam Nusantara ini.

Sampai waktunya, sudah tersurat
Tanah Melayu binasa adat
Raja Melayu hilang hakikat
Bangsa Melayu hilanglah daulat
[(Tun) Suzana (Tun) Hj. Othman - Permata Melayu Yang Hilang,]

Apakah yang bakal terjadi andai makhluk Allah di langit sana tidak tunduk (me-layu) dan patuh kepada peraturan (syariat) Allah?? Sudah tentu kiamat le alam ini apabila sekelian para planet sudah tidak mahu mengikut peraturan yang Allah tetapkan. Planet bulan akan berlanggaran dengan bumi¡, bintang yang bertaburan akan bertembungan sesama sendiri. Sang mentari pulak kehilangan kawalan (tarikan) lalu jatuh dan berlanggaran dengan cakerawala yang lainnya. Ini semua bakal menjadi fenomena kiamat. Begitu le juga bangsa ini apabila sendinya (adab dan syara’) terungkai­lepas dari peradapan bangsa ini, alamat berlaku ke ‘kiamat’ ke atas bangsa ini. Moga-moga Allah swt terus memelihara dan menyelamatkan kita umat Melayu-Islam dari kehancuran itu.

Adat bersendikan syara’
Syara’ bersendikan kitab Allah
Syara’ mengata, adat memakai
Cermin yang tidak kabur
Pelita yang tidak padam
[(Tun) Suzana (Tun) Hj. Othman - Mencari Sejarah; Tun Mutahir Tun Ali]

[Catatan di bawah ini, di ceduk terus tanpa tokok tambah dari buku Melayu Islam Beraja, tulisan dan susunan (suami-isteri) Tuan Hj Muzaffar Dato’ Hj Mohamad dan (Tun) Suzana (Tun) Hj. Othman waris cucu cicit Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir Tun Ali, bendahara terakhir dari Kesultanan Johor Lama, simbol legasi warisan dari Kesultanan Melaka.]

Takrif Melayu

(Tardjan Hadidjaja)

Fasal pada menyatakan, adanya erti Melayu itu adalah ia melayukan dirinya, iaitu yang diibaratkan orang