Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, June 19, 2008

Antara Undi Tidak Percaya dan Kepentingan Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.

Ramai orang yang berasa bimbang dengan kenyataan Parti Maju Sabah (SAPP) yang mungkin menyaksikan ketidakstabilan politik negara pada minggu depan. SAPP dilaporkan akan mengadakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Namun saya fikir amat sukar untuk usul ini menjadi kenyataan,

Peraturan Mesyuarat 27 menyatakan notis untuk sebarang usul hendaklah dikemukakan secara bertulis 14 hari lebih awal.

Manakala bagi usul tergempar, mengikut Peraturan Mesyuarat 18 (1) ia memerlukan syarat-syarat tertentu sebelum boleh diluluskan. Syarat itu antaranya menuntut sesuatu perkara yang hendak dijadikan usul tergempar perlu melibatkan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan.

Mengikut kedua peraturan di atas undi tidak percaya kepada Perdana Menteri hanya akan berlaku sekiranya Speaker Dewan setuju untuk menjalankan proses tersebut dengan alasan kepentingan awam. Memandangkan speaker merupakan lantikan kerajaan ia akan menyukarkan lagi proses tersebut.

Apakah undi tidak percaya terhadap kepimpinan terlalu mendesak sehingga menyerongkan tumpuan para ahli parlimen terhadap mid-term review untuk bajet dalam sidang kali ini?

Bagi saya, buat masa ini yang penting adalah bagaimana untuk mengatasi masalah inflasi yang semakin meningkat menyebabkan kos hidup bertambah tinggi. Ini juga bakal meningkatkan jumlah rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin relatif.

Saya amat berharap kepimpinan akan melihat mid-term review budget sebagai satu jalan keluar untuk menyelesaikan krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara. Saya juga berharap kerajaan tidak memekakkan telinga dengan rintihan rakyat yang amat terdesak dengan kenaikan harga petrol 41% baru-baru ini.

Walau apa pun alasan yang diberikan, semua sedia maklum bahawa negara kita merupakan net exporter. Jika harga minyak naik, logiknya keuntungan akan meningkat sejajar dengan kenaikan minyak dunia. Dan hasilnya bolehlah digunakan untuk mengurangkan kos bebanan hidup rakyat.

Mid-term review yang sekarang sedang dijanlankan haruslah berupaya mengurangkan tekanan hidup rakyat; kos hidup mesti dikurangkan, kemudahan awam seperti pengangkutan awam dan lain-lain hendaklah ditingkatkan.

Projek-projek mega infrastruktur pertanian hendaklah dibanyakkan kerana ia akan mengurangkan kadar kemiskinan di kampung-kampung, di mana rata-ratanya adalah orang Melayu dan bumiputera.

Projek koridor yang mungkin membawa keuntungan kepada negara untuk jangka panjang, tetapi tidak dalam jangka pendek, perlu dinilai semula. Jika boleh projek tersebut hendaklah dilaksanakan oleh syarikat swasta tanpa membebankan kewangan negara. Ia boleh dilaksanakan dengan kaedah memberi beberapa insentif istimewa kepada syarikat-syarikat besar tersebut. Dengan ini ia tidak membantutkan pembangunan koridor tersebut.

Ahli Parlimen wajar melihat mid-term review ini sebagai asas ke arah menyelesaikan masalah rakyat dengan cadangan yang bernas. Gunakanlah peluang ini kerana ianya tidak selalu berlaku.

Kewangan kerajaan perlu ditumpukan ke arah mengurangkan beban hidup rakyat. Sidang Parlimen patut menumpukan ke arah perkara tersebut.

Jika cadangan telah diberikan dan dipersetujui dalam sidang Parlimen tetapi gagal dilaksanakan oleh pucuk pimpinan, maka barulah tampak wajar kepada mana-mana parti melaksanakan proses undi tidak percaya terhadap pucuk pimpinan.

Saya cuma khuatir gajah sama gajah berkelahi, pelanduk mati ditengah.

102 comments:

  1. Salam DS,

    Satu teguran dan nasihat yang baik.

    Kita mesti melihat peluang ini digunakan dengan sebaik-baiknya oleh mereka yang telah diberi mandat.

    Bagaimana untuk kita mengurangkan beban rakyat yang miskin dan makan gaji.

    Setiap penstrukturan semua subsidi dan lain2 perlu mengambil kira Rakyat miskin dan makan gaji.

    Jangan nanti, kita mengayakan golongan pengeluar dengan subsidi dan rakyat makin terhimpit dengan permasalahan harga barangan dan kenaikkan minyak.

    Selamat berjuang ...

    ReplyDelete
  2. betul datuk seri...rakyat harus diutmakan!hidup dato seri!

    senang-senang berkunjung lah ke blog saya datuk seri

    thetamings.blogspot.com
    ourliberation.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Salam Dato' dan semua...

    Kalau dilihat kepada dua perkara ini, sebenarnya ianya amatlah berkaitan. Sama penting malah usul itu mungkin lebih penting.

    Sekiranya usul mengenai undi tidak percaya ini diluluskan ada kemungkinan ianya akan menjadi detik permulaan jatuhnya majoriti saham yang dipegang oleh BN dalam Malaysia.

    Kenapa saya guna perkataan 'saham' kerana saya melihat pemimpin-pemimpin kita hari ini kebanyakannya adalah ahli perniagaan yang kaya raya.

    Sekiranya ia benar menjadi detik permulaan kepada jatuhnya BN dan UMNO khususnya, maka bukankah ia akan meberi kesan kepada kepentingan rakyat?

    Tidak dinafikan tumpuan harus lebih kepada usaha membantu rakyat, tetapi bukan itu rasanya yang berlaku.

    Tak sampai sehari, Pak Lah segera memanggil mesyuarat tergempar membincangkan isu SAPP. tetapi berapa cepatkah masa yang diambil oleh Pak Lah untuk membantu rakyat Sabah?

    Kenapa tiada mesyuarat tergembar untuk masalah rakyat? tetapi ada mesyuarat tergempar untuk kepentingan parti?

    ReplyDelete
  4. YE KE KITA NET EXPORTER DATO'???

    sy rasa mcm tak jek...yelah setiap kali harga minyak naik kita dibandingkan dgn negara2 jiran yg tak keluar walaupun setitis minyak...

    sejak dato' jd pembangkang nih dato' dah banyak berjaga ek...kalau mcm tu elok lah dato' jd pembangkang jek sampai bila2... bru kita leh sama2 tibai org gomen...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dato'Seri,

    Saya rasa ramai yang mengenali Yong Teck Lee. Dia memang sorang yang 'oppurtunieas' sentiasa mengambil kesempatan.

    Kenyataan beliau yang mengakui berjumpa Anwar Ibrahim di Hong Kong menceritakan segalanya.

    Mengenai bebanan rakyat, sebagaimana yang pernah Pak Lah kata 'saya ada telinga saya tidak pekak'.. harapnya jangan buat-buat pekak.

    Saya amat setuju sebagaimana kata Dato' Seri ialah mid-term review untuk bajet sangat penting untuk rakyat menilai kerajaan BN.

    Rasanya BN nampaknya macam dah jauh sangat menyimpang.. perlu la kembali ke pangkal jalan.

    Cuma nak tanya sikit pada Dato' Seri apa kesannya kepada BN jika SAPP keluar?

    http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. A.kum Datuk Seri,

    1. Kadang-kadang bila saya fikir hidup ini memang tidak adil?

    2. Kerana yang selalu buat masalah dan buat haru biru ialah 'Pemimpin'

    3. Tetapi kenapa 'Rakyat' yang jadi mangsa menanggung kesusahan..?

    4. Itu sebab saya amat benci parti politik. Jika saya ada kekuatan memang hasrat saya ialah mahu menghancurkan semua parti politik yang ada dinegara ini...karut !!

    http://sukj.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Saya amat kecewa dengan jawapan Pak Lah apabila ditanya oleh wartawan tentang desas desus SAPP akan keluar dari BN maka jawapan Pak Lah "Saya tidak dimaklumkan perkara tersebut'.

    Saya rasa jawapan ini tidak bertanggungjawab dan ambil tidak kisah dengan keadaan sekeliling.

    Harap DS tidak begitu...

    ReplyDelete
  8. Akum DSMK.

    saya melihat kedua2 isu undi tak percaya dan mid term review adalah amat penting kerana kedua2 isu ini adalah amat berkaitrapat dalam pembangunan sesebuah negara atau organisasi. Kalau kestabilan atau kepercayaan politik tidak ada di malaysia, macamana pihak kerajaan hendak memikirkan penjanaan income untuk rakyat dan memikirkan soal inflasi yang begitu mendesak.

    Jadi secara rigkas.. negara sekarang ini dalam keadaan tidak kondusif dan hilang fokus disebabkan isu2 dalaman yg tidak ditangani dengan bijaksana.

    justeru itu kepimpinan (leadership) amatlah penting untuk diperbincangkan, bahkan ianya jauh lebih penting dgn isu mid term review jika dilihat dari sudut jangka pangjang. Kerana tanpa leadership yang betul.. mid term review atau apa2 review dan perancangan akan tidak membawa apa2makna.

    dah tiba masanya untuk merubah atau diubah

    wassalam

    ReplyDelete
  9. Salam Perjuangan

    Jikalau diteliti melalui peraturan perjalanan perlimen seperti yg DSKT nyatakan peluang amat tipis sekali untuk melakukan undi tidak percaya berkenaan.

    Namun bagi kami rakyat "marhean" yg mengikuti perkembangan politik amat berharap agar usaha ini memberikan satu cetusan minda dan perubahan dalam tapuk pemikiran PM dan penasihat beliau agar mendengar suara akar umbi rakyat yg mahukan perubahan. Tidak mustahil mereka akan tumbang atau digulingkan.

    Mungkin tidak berjaya namun benih usaha untuk melakukan undi tidak percaya ini telah bermula an tidak mustahil dengan perancangan teliti oleh gabungan MP BN dan PR pada sesi akan datang akan menjadi kenyataan.

    Benar mungkin ini taktik bagi mengalih perhatian semua kepada fokus mempelbaiki budget negara terutama dalam berhadapan situasi ekonomi mencabar ini. Tetapi seperti kata DSKT MP harus insaf dan bersedia bahawa inilah masa paling sesuai untuk berbahas dan berjuang demi kebajikan dan memperlbaiki keadaan negara sekarang.

    Jika nak berpolitik tidak mengapa teruskan kerana sebahagian besar rakyat golongan marhaen amat dahagakan perubahan kepimpinan kerajaan.

    Tapi Jangan dilupa tanggung jawab MP berjuang dan menghasilkan keputusan di dewan rakyat yang membawa kebaikan pada rakyat.

    Harus ditekankan bukan perubahan kerajaan dipinta tetapi pucuk pimpinan kerajaan. Usah biarkan hati kami golongan marhaen ini terus terluka dan dilukai oleh kepimpinan kerajaan. Bimbang kalau marah dan benci kerana sayang ini akhirnya bertukar menjadi kebencian yang benar-benar mendalam yang mungkin tidak dapat diubati lagi.

    Waktu itu... Peluang untuk berundur secara terhormat dan bermaruah akan hilang sama sekali sebaliknya pucuk pimpinan bersama penasihat-penasihatnya akan tersungkur, dipinggir lantas dibuang dari tapuk pimpinan dengan penuh kehinaan dan keaiban.

    Petanda kejatuhan dan keretakan tiang yang menyokong organisasi BN telah pun kelihatan mungkin tanpa menunggu PRU 13 akan berlakunya tsunami yang diramalkan oleh TDM yg bakal mengejutkan kita.

    Saya pasti tersungkurnya BN nanti akan dikenang dan di bukukan dalam sejarah yang memalit aib kepada keluarga, anak, cucu dan generasi pucuk pimpinan kerajaan yang berkenaan yang menyebabkan keruntuhan ini.

    Akhirnya kita akan berfikir yang mana itulah manusia... sebaik-baik keturunan beragama, sebaik insan yg digelar "bersih" dan memiliki ilmu Islam yang dalam (hadhari) akhirnya tidak mampu menahan godaan dunia, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan mementingkan keturunan serta "penasihat". Itulah godaan yang maha hebat selaku pemimpin dan tidak dapat di elak.

    Disebabkan tidak mampu menahan godaan itu maka sanggup pucuk pemimpin itu menggadaikan kestabilan serta meruntuhkan legasi suci pejuang negara hanya demi kedunian, kekayaan, kekuasaan, keegoan diri, sifat ujub dan keturunan serta "penasihat". Moga Allah kurniakan taufik, hidayah dan membuka hatinya agar rela berkorban demi kesejahteraan dan kebahagiaan generasi kita yang mendatang dengan berundur dengan bermaruah...

    Renung-renungkan, Selamat Berjuang

    ReplyDelete
  10. bukankah DS pun berpendapatan Pak lAh patut letak jawatan?

    Dulu ckp lain. Skrg ckp lain.

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Selama inipun pelanduk dah lama tercungap-cungap!

    Sekarang semakin menderita.

    ReplyDelete
  12. salam DS

    setahu saya DS pun ninginkan Dollah melepaskan jawatan

    APA DAH JADI NI, bertukar fikiran pulak.

    ooop lupa orang politik, begitu lah

    ReplyDelete
  13. Hallo dato seri;

    Nak tunggu sampai bila
    sampai hancur negara
    sebelum pilihnraya pun dia tido saja
    lepas pilihnraya dia buat dhek juga

    sapp hanya buat kerja dia
    rakyat sememangnya dah tak percaya
    harga minyak pun kerja gila
    rakyat sengsara EXM libra yang kaya

    nak tunggu sampai bila??
    patut seminggu selepas pilihanraya
    3 bulan pun dah kira lambatnya
    nasihat pembodek macam dato , longkang saja tempatnya

    ReplyDelete
  14. macam mana nak percaya lagi bukan 100 hari BN memerintah tapi 40 tahun lebih rakyat sabah macam tu jugak....
    Sabah yang mempunyai hasil bumi yang banyak spt Petrol, kelapa sawit, gas, kayu balak dan lain-lain lagi menjadi negeri termiskin di malaysia....
    masih ada kawasan yang tiada kemudahan asas spt jalan raya, air paip, letrik jauh sekali kemudahan ICT......
    Ini lah masanya Parti yang kecil spt SUPP hendak mendapat perhatian daripada kerajaan BN, kalau semasa BN kuat dah tentu kerajaan pusat tidak akan endahkan SUPP kerana tidak akan memberi bekas....
    tak begitu dato......?
    supp ni hanya dianggap melukut diteri gantang oleh BN kalau BN kuat.......
    sebenar nya SUPP mempunyai pemimpin yang berani, kerana berani memperjuangkan nasib rakyat di kawasan mereka.....kalau harapkan pemimpin sabah lain hanya di Parlimen saja hendak tunjuk jaguh namum rakyat macam tu juga....
    Mereka dapat pangkat kuasa dan sebagainya rakyat mereka hidup melarat.......
    oleh itu rakyat sabah harus cerdik dan berani bangkit memperjuangkan hak mereka.....

    ReplyDelete
  15. Kepada Ds khir yang dikasihi dan dihormati,apa khabar?dan kepada blogger semua selamat sejahtera...dah lama tak beri komen..mana IRON MANZ,ko pun dah senyap ke atau BARISAN NASIONAL tu ko....oklah Sebelum ini saya berpendapat kepimpinan PAk Lah kurang menyengat tetapi Dalam perkara ini kita hendaklah berdiri dengan memberi sokongan padu kepada BARISAN NASIONAL dan saya bersetuju dengan artikel ds khir yang kepimpinan harus memberi tumpuan utama kepada rakyat golongan bawahan dikampung tetapi harus juga jangan dilupa meneruskan usaha memberi tumpuan kepada golongan muda dari segi kefahaman dan mendekati mereka agar memberi sokongan moral kepada kerajaan dan BARISAN NASIONAL.
    ADA SATU TIP SAYA NAK KONGSI DENGAN DS KHIR DAN RAKAN2 SEMUA....
    6% - CAKAP BANYAK PUN,ORANG AKAN MASUK TELINGA 6% SAHAJA
    38% - ADALAH PENERANGAN YANG JELAS,KAEDAH,SISTEM PENYAMPAIAN
    56% - ADALAH GAYA PERSEMBAHAN,
    Moralnya adalah...jika pemimpin tidak dapat menguasai 56% diatas..ada kemungkinan kita akan gagal untuk menawan hati golongan muda.
    JAdi UMNO kena cari pemimpin yang mempunyai FAKTOR X....bukan ketua yang lembik nanti rosak parti...
    Ds khir...apa beza Pak LAh dengan Anwar?adakah Ds khir setuju dengan gaya persembahan seseorang akan mempengaruhi mereka yang syok sendiri dan ia ada pada Anwar(PAKATAN RAKYAT)....dan bolehkah Ds khir menawan kembali hati golonan muda dengan formula 56% ini?

    ReplyDelete
  16. Dr.
    Sebagai rakyat sabah saya setuju dengan tindakan SAPP. ini adalah pengajaran bagi pemimpin UMNO dan BN yang sombong dengan sedikit kuasa yang diberikan oleh Rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  17. Benarlah seperti kata kata rakan penulis yang lain bahawa blog Dato' semakin hari semakin hambar. Hujah hujah Dato berterabur, tidak tepat, tidak jitu malah tidak jelas apa yang hendak disampaikan, terlalu mendatar.

    Kalau inilah gaya dan cara Dato'..nyatalah politik Dato' pun tidaklah sehebat mana, kalau betul,janganlah mimpi masuk gelanggang.

    ReplyDelete
  18. "Bagi saya, buat masa ini yang penting adalah bagaimana untuk mengatasi masalah inflasi yang semakin meningkat menyebabkan kos hidup bertambah tinggi. Ini juga bakal meningkatkan jumlah rakyat yang dikategorikan sebagai miskin tegar dan miskin relatif. "

    Saya tertarik dengan kenyataan DS di atas. Pada pendapat saya untuk menangani sesuatu masalah, kita kena lihat kepada PUNCA UTAMANYA. Dalam hal yang DS sebutkan diatas, punca inflasi adalah TINDAKAN TIDAK BERHATI PERUT oleh Pak Lah menaikkan harga petrol secara mengejut. Oleh yang demikian UNDI TIDAK PERCAYA adalah cara yang terbaik untuk mengatasi masalah berkenaan. Apakah DS fikir dengan cara lain mengatasi masalah inflasi negara akan dapat menanganinya dengan baik. Pak Lah punca negara bankrup. Lihatlah pembaziran yang dilakukan oleh Pak Lah bermula dari pembatalan jambatan bengkok hinggalah tindakan meningkatkan inflasi. Apakah itu tidak cukup menunjukkan PEMBINASAAN yang dilakukan oleh Pak Lah. Pak Lah perlu diturunkan dengan segera sebelum lebih banyak kemusnahan yang bakal dilakukan. Hari demi hari kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Pak Lah dan saya percaya ia tidak akan berhenti selagi punca kemusnahan itu tidak di singkirkan. Kita sedar DADAH ADALAH BAHAYA dan tindakan kita memerangi dadah adalah dengan MEMBUNUH pengedar dadah dan bukan membunuh penagih dadah sebab pengedar dadah adalah PUNCA KEMUSNAHAN. Tapi saya berasa pelik kenapa kita tidak boleh melihat dan mengatasi masalah yang dihadapi negara sekarang ini seperti mana kita memerangi dadah??? Sedarlah DS,... rakyat bukan marah dengan Pak Lah tetapi rakyat SUDAH BENCI, MELUAT, JIJIK (dan segala perkataan lain yang sama erti) dengan Pak Lah. Cukup lah... Cukup lah...Cukup lah. Jangan ditambah kemusnahan... Kalau DS Musa Hitam boleh berkata Tun Dr. Mahathir sebagai duri dalam daging, pada pendapat saya Pak Lah adalah PENYAKIT BARAH yang perlu dibuang bagi menyelamatkan nyawa.

    Percaya lah DS, suatu hari nanti sejarah akan mencatatkan bahawa Pak Lah adalah BAPA INFLASI negara.

    ReplyDelete
  19. Assm Dato' Seri,

    Takala rakyat jelata termasuk ahli-ahli politik dan PM sendiri hangat membicarakan tindakan dan ugutan Dato' Yong Tek Lee terhadap BN, Dato' Seri memilih untuk membincangkan topik yang agak lusuh iaitu mid-term review. Nampaknya Dato' Seri tidak peka dan prihatin terhadap implikasi tindakan presiden SAPP ini. Sedarkah Dato' Seri bahawa tindakan SAPP in bukan setakat menggugut tetapi lebih daripda itu? Tindakan Dato' Yong sebenarnya ialah untuk megaibkan Pak Lah, pemimpim pujaan Dato' Seri pada suatu ketika dulu, sekaligus memalukan UMNO, parti kesayangan Dato' Seri.

    Kembali kepada mid-term review - apa yang perlu dibincangkan lagi? Bagi Selangor apa yang boleh direviewkan selagi orang Melayu yang beragama PKR masih lagi bercakap dan bertindak tidak menentu.

    ReplyDelete
  20. ds yb,
    sebenarnya system yang diamalkan oleh bn selama ini adalah bagus dan tidak ada masalah.pengundi tak marah kepada bn.tapi marah sangat kepada segelentir pemimpin umno yang racism,tamak,pandai curi kekayaan kerajaan dan betul betul pekak dan bodoh(terutamanya pm pak bodoh).bodohlah kalau orang sabah masih percaya kepada pak bodoh.sudah lama mencuri dan tamak.wang minyak dicuri,ketua menteri negeri di curi(dan tertipu juga).pak bodoh menmang bodoh sehingga dia sangka ketua ketua dan ahli ahli parti konponen sebodoh dia.banyangkan klaulah ds brada dalam keadaan di ketua ketua parti komponen akan kah ds masih percaya kepada pak bodoh?setelah pak bodoh jadi pm,umno jadi tidak jujur kepada parti koponennya,banyak tipu dia ingat semua orang bodoh tapi sebaliknya tidak,pada hal semua ketua hanya tunggu perluang untuk tidak lagi berpartner dengan umno.satu contoh,semua konponen sokong dasar deb dan tidak ada masalah kerajaan menubuhkan mara untuk membantu bumi yang tidak upaya,dan tubuhkan uitm,dan maktab2 untuk memberi perluang kepada bumi untuk mendapatkan pendidikan tinggi tapi pak bodoh banyak tipu dan tamak dan terus merampas perluang bukan bumi untuk mendapatkan pengajian tinggi di university tempatan yang sepatutnya terbuka kepada semua.inibukan soal adil atau tidak,ini pencuri,penipu,perompak.ds tahulah banyak lagi agenda yang dimainkan oleh pemimpin umno yang tidak jujur,tamak,dan bodoh merancang untuk merampas mencuri menipu hak hak sebagai seorang rakyat malaysia tetepi bukan bumi(walaupun seagama).nasihat saya kepada pak bodoh dan umno,befikiran luas,orang orang so call bukan bumi bukanlah musuh anda sebenar semua adalah your own country men,kawan anda,rakan sekerja anda,boss anda,pekerja anda,partner anda and on and on and on........kalau umno betul betul ingin majukan orang melayu majukan orang melayu dengan cara yang sah dan halal,jaga sekali kali mencuri merompak,menipu hak hak orang lain untuk menawar ahli ahli umno sendiri.akhir kata kalau umno jujur,pak bodoh retire saya rasa bn ada perluang untuk bertadbir terutamanya di selangor .saya yakin pengundi masih sayangkan bn dan saya harap ds jaga sehati dengan saya.tq

    ReplyDelete
  21. Pemimpin yang benar benar ikhlas akan nampak pecah amanah di akhir zaman.

    Pemimpin penipu akan dilihat sangat jujur di akhir zaman - sabda Nabi s.a.w.

    Harap para pembaca semua yang memang pemimpin kepada diri, keluarga dan masyarakat serta negara kena baca isyarat Nabi yang sangat penting ini.

    YAHUDI sudah porak porandakan kita.

    Zaman Nabi Yahudi gunakan MUNAFIK ( ulang sekali lagi) MUNAFIK untuk porak porandakan Nabi dan sahabat.

    Yang mana mereka ( kaum Aus dan Khazraj ) telah disatukan kerana Islam...

    Begitu juga fitnah kepada Nabi melalui siti Aisyah juga disebarkan oleh MUNAFIK dari hasutan YAHUDI ZIONIS zaman itu.

    Cari kitab sirah dan baca sampai habis kisah tersebut.

    Kerana Sejarah akan berulang...

    tak percaya ?

    anda kaji dan fikir dalam dalam.

    Harap ALLAH merahmati pemimpin ikhlas lagi berjasa.

    Oh ya kenapa Siti Aisyah difitnah ?

    kerana mereka tak ada isu nak pertikaikan Nabi s.a.w...

    jadi kena cari kambing hitam lah.

    Ada faham ?

    Kias kiaskanlah...dan jgn bodoh sangat kita ni.

    Meh baca protokol YAHUDI di sini

    http://mufti.penang.gov.my/artikel_3.htm

    atau

    http ://ustazmoden.wordpress.com

    atau di sini

    http://warkah2umat.wordpress.com/

    ReplyDelete
  22. Alhamdulillah.syukur saya terhadap jawapan DS tentang situasi ekonomi dan nasib malang yang menimpa rakyat sekarang ini.DS dah mula sedar dan tidak mahu menjadi golongan borjuis lagi.belalah nasib kami semua.kami sebenarnya tidak kisah jika DS bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO.dengan penerangan yang bijak sana dan sudi meminta maaf di atas kesilapan yang lalu seperti kes Rimba Jaya dan berbagai-bagai lagi kesilapan yang dilakukan semasa DS ada di Shah Alam.kami sentiasa memaafkan.biarpun anda berada di parti yang menunggu masa lupusnya.belalah nasib rakyat.suarakan tidak kira di pusat atau di negeri anda sendiri.teruskanlah perjuanganmu itu.walaupun imbuhan tiada.akhirat akan ada sinar untukmu nanti.Wassalam...

    ReplyDelete
  23. halo wak kang;

    kita dah kalah 6 negeri
    kita tak dapat 2 pertiga
    kita hilang selangor, perak dan penang 70% GNP malaysia?
    kita hanya dapat undi popular 48%
    kita hilang batu putih
    minyak naik
    barang naik
    orang melayu cina india semua bangsa meluat
    dan mengata

    tak teruk lagi

    nak kalah berapa negeri lagi baru kira ok?

    baik kerja cabut gigi jer la
    masa berkuasa mengampu
    dah kalah pun mengampumungkin sebab awak masih mampu beli botox kot?

    nyusahi wong

    ReplyDelete
  24. a.kum dato'
    kalau zaman tuanku dahulu saya percaya pemimpin mengutamakan kepentingan rakyat tapi pemimpin zaman sekarang mengutamakan kepentingan kroni...di sama suara pemimpin umno semasa rakyat sedang menderita dengan kenaikan harga minyak dan barang keperluan?semua membisu seribu bahasa..kita ni kalau nak mengikut telunjuk pemimpin pun agak2 lah sampai kepentingan rakyat diketepikan..saya menyokong usul tidak percaya kepada PERDANA MENTERI MALAYSIA yang sangat kita kasihi/sayangi dan semua sayang2 lah...

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum dr, sepatutnya semaki lama semakin sayang tapi sebaliknya pula yg terjadi, kenapa? adakah
    1.Ketua@pemimpin tidak dapat menjadi pelindung kepada pengikut.
    2.Ketua tidak ada ketokohan
    3.Ketua tidak ada kata pemutus didalam dirinya sendiri
    4.Penasihat selalu ingin mencuba,seperti sokong membawa rebah
    oleh yang demikian kepentingan rakyat perlulah menjadi agenda no wahid(1)untuk di perjuangkan.
    Kata Hang Tuah "Takkan Melayu hilang di dunia"
    Kata Hang Jebat "Berani kerana benar"

    ReplyDelete
  26. Sebelum minyak naik lagi sudah ada ura-ura parti dari sabah atau sarawak keluar dari bn.sekarang tembelang pakatan rakyat sudah terbukti kebenarannya apabila presiden sapp ada bertemu dengan anwar ibrahim di hong kong dan sabah.Pengundi bn pasti kesal dengan tindakan sapp ,jika mereka berpaling tadah.Jika sapp keluar parti ini bermakna bn tinggal 138 kerusi parlimen.Saya amat kesal teramat sangat dengan pembelot untuk kepentingan sesuatu parti.sapp harus di singkirkan dari bn jika di dapati mereka bersekongkol dengan pakatan rakyat.mana-mana parti dari bn yang menikam dari belakang harus di singkirkan terus.kekuatan dan kesetiaan ahli parlimen akan teruji siapa sebenarnya pembelot.saya dan penyokong umno/bn yang sayangkan bn akan mempertahankan apa yang telah terbina selama ini.Jika benar pakatan rakyat mahukan kuasa untuk memimpin malaysia ,berlawanlah cara adil melalui pilihanraya akan datang bukannya menghasut parti kompenon bn untuk berpaling tadah.saya akan menerima kekalahan bn tapi akan setia bersama umno hingga ke akhir hayat untuk memperjuangkan hak-hak orang melayu.khabar-khabar angin mengatakan pakatan rakyat akan mengambilalih tampuk pemerintahan hanyalah mimpi-mimpi kosong.saya percaya pakatan rakyat pasti kecewa jika ahli-ahli parlimen bn bersatu mempertahankan BARISAN NASIONAL dari jatuh ke pakatan rakyat yang berangan mendapat durian runtuh.Biarlah orang cakap umno tidak relevan,tapi tidak terniat di hati untuk berpaling tadah.cintaku hanya pada umno buat selama-lamanya.Di saat-saat getir begini barulah pengundi tahu siapa ,sahabat,lawan dan pembelot.sekian.hidup umno !

    ReplyDelete
  27. Saya masih percaya masih ada di luar sana tidak akan bersetuju dengan tindakan SAPP.Pakatan rakyat dan penyokong mereka amat seronok apabila bn goyah tapi jika ahli parlimen bn bersatu hati,tak dapatlah pemimpin mereka nak pegang malaysia.Maka pakatan rakyat terpaksa menunggu lagi 5 tahun.Tembelang pakatan rakyat terbongkar jua akhirnya.BARISAN NASIONAL amat goyah tapi masih kuat berdiri di saat getir begini.Bukan begini caranya untuk menjatuhkan pm.Tunggulah lagi 5 tahun jika tidak puas hati.Kerajaan bn telah di beri mandat untuk memerintah sehingga 5 tahun,begitu juga pakatan rakyat di 5 buah negeri teruskan berkerja untuk rakyat.Sokongan padu pengundi bn amat kuat ketika ini.Saya sarankan penasihat pkr datuk seri anwar ibrahim bertanding dalam mana-mana parlimen untuk membuktikan beliau prihatin dengan rakyat.Jangan hanya bercakap kosong tapi tunjukkan kepada rakyat bahawa beliau boleh menjadi ahli parlimen yang memperjuangkan rakyat.Bukannnya jawatan perdana menteri yang di kejar-kejar tapi keikhlasan membantu rakyat.Penyokong barisan nasional masih kuat dan bersatu padu ketika ini.sekian

    ReplyDelete
  28. Orang Sabah memang terkenal dengan suka melompat. Dulu masa Semangat46, macam yoyo. Sekarang macam katak.

    ReplyDelete
  29. 'HENDAK MERUNTUHKAN SESUATU YANG DI BINA SEJAK SEKIAN LAMA MEMANG MUDAH ,TAPI HENDAK MEMBINANYA KEMBALI AMAT PAYAH'.

    ReplyDelete
  30. KESAL DENGAN SAPP KERANA MENJADI PEEBELOT DAN MENJALINKAN HUBUNGAN TERLARANG DENGAN PAKATAN RAKYAT.DI HARAP TIADA LAGI MENGIKUT JEJAK LANGKAH SONGSANG SAPP.INI MENJADI PENGAJARAN PADA MASA HADAPAN......

    ReplyDelete
  31. kerajaan barisan nasional masih terbaik dan relevan.cuma masa dan keadaan penentu segalanya.sebahagian rakyat masih sayangkan bn dan umno.

    ReplyDelete
  32. kita tunggu saja bajet 2009 yang pasti ada sesuatu yang ingin kerajaan bentangkan untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  33. salam DS,

    terima kasih TV3 kerana memaparkan serba sedikit corak hidup rakyat sabah yg serba daif ketika mengupas isu Dato Yong (SAPP).. sangat menyedihkan apabila melihat negeri yg sumber petroleumnya telah diexploitasi oleh kerajaan persekutuan, mempunyai rakyat yg meggunakan buluh utk menyimpan air yg diambil daripada sungai.. dan ditabalkan antara negeri termiskin di Malaysia!

    Andai Sabah adalah sebuah negara sediri.. sudah tentu bangunan2 pencecah langit, kilang2, infrastruktur awam, sistem penguatkuasaan, malah komuter sekalipun, sudah mereka rasai.. tapi sayangnya.. disebabkan Sabah hanya dijadikan kuda tunggangan utk hasil negerinya.. rakyat2 Sabah.. berada dalam keadaan negara mundur (yg mempunyai petroleum)..

    DS, cuba org buat kita macam tu.. ambil sumber kekayaan dan kekuatan kita.. dan biarkan kita berada di tahap mundur.. walhal, sumua kekayaan itu milik kita... apa yg PATUT kita rasa? patutkah kita digelar TIDAK BERSYUKUR? walhal, kita tidak dilayan dengan sewajarnya?

    Sebelum kita bersuara melempar tuduhan, buka semua mata termasuk mata hati.. lontar pandangan terhadap negeri yg telah kita exploit itu.. takkan lah kita tidak rasa belas.. sepatutnya, JGNLAH KITA MENJADI ORG YG TDAK MENGENANG BUDI.

    Rakyat Sabah itu saudara kita seMalaysia.. sayanglah mereka seadil-adilnya.. sakit mereka, sakitlah kita.. (bukan bila mereka mengerang sakit, kita tutup mulut mereka)

    "Antara undi tidak percaya dan kepentingan rakyat"..... Rakyat Sabah pun rakyat Malaysia kan?.. Semoga DS amik opportunity sebagai pembangkang ini utk belajar appreciate perjuangan menegakkan keadilan.. mematangkan diri di hujung kesukaran kelak.

    ReplyDelete
  34. Sdr marakarma dan sahabat bloggers lain,

    Sebenarnya saya rasa tak ada faedah menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh sdr,saya menulis atas dasar tanggongjawab saya sebagai pemimpin kecil yang merasakan walauapapon keputusan kerajaan samada kerajaan bn mahupon pakatan rakyat,dalam keadaan tekanan hidup rakyat semakin susah ,keputusan yang dibuat perlu mengambi kira bagaimana utk meringankan bebanan dan bagaimana nak memperlihatkan keadilan ditegakkan,contohnya menaikkan gaji ceo glc pada waktu menteri memotong elaun mereka adalah dua perkara yang bercanggah ,menyebabkan rakyat tak faham apa niat sebenar kerajaan.

    Sdr ni saya pasti pendukong pakatan rakyat yang terlalu fanatik sehingga tidak mampu utk membuka minda sdr sendiri,sebenarnya sdr dalam kerugian krn tidak dapat menikmati kebaikkan berbeda pendapat yang akan mengkayakan sdr dgn ilmu pengetahuan,Senang benar sdr membuat kesimpulan terhadap seseorang hanya dgn mendengar fitnah pemimpin idola sdr tanpa membuat sebarang pemikiran sdr terus menuduh saya menggunakan botox,saya tak perlu sebenarnya menafikan sesuatu yang tak mungkin saya lakukan sebagai seorang muslim malah saya juga terlatih dalam bidang kesihatan,saya tahu yang mana memberi kebaikkan kpd saya.Sebenarnya banyak tip penjagaan kesihatan yang saya boleh titipkan kpd saudara,bolehlah kita bertemu.

    ReplyDelete
  35. Sdr rakyat dan sahabat bloggers lain,

    Kesan SAPP keluar BN sebenarnya tidaklah sampai menjatuhkan kerajaan hari ini,cuma sekadar memberi tekanan dan mencoretkan imej buruk pucuk pimpinan,ditambah dgn undi tidak percaya terhadap pm,ini merupakan sejarah dalam negara krn belum berlaku sebelum ini di parlimen negara kita.

    Bagi saya yang penting adalah apa yang tersirat disebalik tindakan tersebut perlulah diperhalusi oleh pucuk pimpinan,memandangkan tawaran jawatan telah diusahakan kepada YTL.Saya tak mahu terjadi durian yang diharapkan tetapi durian belanda yang dapat.

    ReplyDelete
  36. DS,

    Pak lah kata "Saya menasihati umat islam supaya berpegang kepada TAKWA"

    apa komen DS.

    ReplyDelete
  37. Salam DS Khir,

    Saya fikir datok lebih arif tentang cara mengubati penyakit dari saya, sebab datok adalah seorang doktor pergigian. Sebagai seorang doktor, bagaimanakah cara yang terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit?? Bagi saya seorang yang bodoh dan tidak tahu apa-apa tentang perubatan, secara logik akal punca penyakit itu yang harus dibuang samada dengan membunuhnya samada menggunakan antibiotik atau kalau penyakit yang lebih berbahaya seperti tumor adalah menerusi pembedahan untuk membuangnya. Kerana jika tidak dilakukan sedemikian, nescaya penyakit tersebut akan lebih melarat dan membahayakan pesakit. Dalam hal negara kita pula DS, Pak Lah merupakan pembawa penyakit yang harus disingkirkan serta merta menerusi apa cara sekali pun. Sehari demi sehari dia akan membawa bencana besar ke dalam negara kita. Saya tidak faham kenapa datok seri seolah2 telah tertutup pintu hati untuk melihat kebenaran yang jelas dapat dilihat oleh seluruh rakyat??? Ya laa.. saya faham.. DS kan nak bertanding jawatan timbalan ketua pemuda betul tak... Takut nanti kalau tak sokong kerajaan, tak dapat pangkat, tak dapat kontrak dsb. Kalau itulah yang DS fikirkan, jelas DS lebih mementingkan kedudukan DS dari rakyat. Perjuangan yang ikhlas sanggup mengorbankan segala kepentingan diri untuk kesejahteraan semua. Ingatlah DS, bukan senang nak jadi pemimpin, diakhirat besok tuhan akan menyoal samada kita adalah pemimpin yang adil atau yang zalim. Wassalam.

    ReplyDelete
  38. assllkom datuk..
    terima kasih datuk.. bg sy sekarang ratyat x risau.. tp gembir aaa datuk.. klu datul x percaya.. datuk tanya la sendiri ratyat..bg sy kepimpinan umno je yg risau.. sebab.. dia akau mengikut datuk.. bukan setakat pembangkang selangor..terus menerus jd pembangkang negara..
    sekaian terima kasih datuk.. atas celoteh datuk tu..
    hidup PEMBANGKANG SELANGOR..( sampai bila2 la kamu jd pembangkang datul )..amin..

    ReplyDelete
  39. Assalamualaikum Dato Seri,

    saya kagum dgn cara dato seri mjwb tohmahan & kritikan bloggers lain.

    saya amat setuju dgn kata2 dato seri "walauapapon keputusan kerajaan samada kerajaan bn mahupon pakatan rakyat,dalam keadaan tekanan hidup rakyat semakin susah ,keputusan yang dibuat perlu mengambi kira bagaimana utk meringankan bebanan dan bagaimana nak memperlihatkan keadilan ditegakkan"

    rakyat perlu mendapat keutamaan. itu yg perlu ada dlm fikiran setiap pemimpin sama ada dari kerajaan bn atau pakatan rakyat kerana itu adalah tanggungjwb seorg pemimpin. contohilah saidina umar abdul aziz yg senantiasa sibuk memikirkan kebajikan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri dan keluarganya.

    namun rata2 pemimpin di malaysia baik dari bn atau pakatan rakyat lebih mementingkan diri & keluarga mereka berbanding kesusahan rakyat. saya tidak kata semua pemimpin begitu namun dakwaan saya ini ada asasnya. lihat saja pemimpin2 parti yang mengetuai parti mereka. sudah pasti isteri & anak2nya beliau turut memegang jawatan penting dlm parti yg sama. kelebihan itu dinikmati mereka sekeluarga namun adakah mereka membela nasib keluarga yg lain?

    saya masih ingat tv3 menyiarkan kesusahan hidup sebuah keluarga hingga terpaksa makan siput babi. saya amat2 kesal dan sedih dgn perkara ini. apakah YB di kawasan keluarga itu tidak pernah tahu kesusahan mereka? saya masih tertanya2 bagaimana nasib mereka hari ini.adakah semakin baik atau sebaliknya?

    umum mengetahui & merasai kesan kenaikan harga minyak yg terlalu tinggi utk diterima rakyat. 41% adalah jumlah yg besar; belum dikira kenaikan harga komoditi yg lain yg sering berlaku akibat kenaikan harga minyak. secara purata boleh dikatakan kenaikan kos sara hidup rakyat malaysia meningkat antara 40 hingga 60%. malah bagi yg tinggal di bandar2 besar, peratusan itu mungkin lebih tinggi.

    Dato Seri, gaji saya cuma Rm1100 sebulan. saya dan ibu menanggung segala perbelanjaan keluarga. ayah saya bekas pengawal keselamatan. beliau kini tidak lagi bekerja kerana menghidap darah tinggi. ibu saya bekerja di sebuah pusat tuition sebagai kerani dgn pendapatan RM700. 3 org adik2 saya masih belajar. seorg di sekolah menengah di klang; dua lagi di UiTM arau & kolej polytech MARA.

    perbelanjaan bulanan kami adalah utk membayar sewa rumah (RM550), yuran adik2, ansuran kereta (RM340), ansuran motor (RM200) dan bil2 air serta letrik. pendapatan kami tidak meningkat, sebaliknya kos sara hidup pula yg melambung. apakah Pak lah tak pernah terfikir keadaan hidup rakyat seperti kami?

    namun saya bersyukur dgn pendapatan kami sekeluarga kerana masih 'mampu' untuk harungi keperitan hidup setiap hari. tetapi saya pernah terfikir bagaimana pula nasib saudara mara & keluarga lain yg pendapatan mereka jauh lebih rendah dari keluarga saya? apakah mereka 'mampu' harungi kesusahan ini tanpa pembelaan pemimpin2 kita?

    pemotongan elaun menteri sebanyak 10% tidak ada makna pada mata saya yg sedar nilai 10% mereka itu lebih besar dari jumlah keseluruhan pendapatan saya sekeluarga. "ala, potong elaun jer? nape x potong gaji pokok menteri tue?" itu yg terdetik dlm hati saya. saya berkata demikian kerana jika gaji saya naik 10% sekalipun, masih belum cukup untuk saya sekeluarga hidup selesa. sudah la kos hidup meningkat, saya terpaksa pula behempas pulas mencari wang lebih utk kos rawatan ayah saya yg sedang sakit. saya benar2 merasa diri ini teraniaya ketika Pak Lah mengumumkan kenaikan harga runcit petrol di negara kita. kalau ikutkan hati, wallahualam tp saya sedar rintihan saya yg kerdil nie tidak mampu mengubah keputusan seorang perdana menteri...

    wassalam~

    ReplyDelete
  40. Faisal FM,

    Kalau parti dah tak wujud macammana nak handle masalah rakyat..

    ReplyDelete
  41. A.kum Datuk Seri,

    1. Datu Seri, u are wrong ?

    2. Sepatutnya DS jangan layani 'marakarma' dengan cara memaparkan komen beliau dan memaparkan jawapan DS.

    3. Patutnya beri penjelasan dalam hati sahaja. Now u show your weakness to people?

    ReplyDelete
  42. kalau ikut kan sejarah politik dato teck lee, sy boleh bersetuju dgn comment "rakyat".. mcm suke ambik kesempatan..tp... sy raser yg betul2 nk kuar dr BN ader la beliau, bg ahli2 lain, ader yg menolak keputusan beliau..so its like a personal view..

    psal harga minyak, kiter export minyak, n kite import minyak kn?? so... pd pandagn sy, kite terkene bahang kenaikan harga minyak dunia.. tp naik smpai 41% tu mmg agak tggi..

    anyway, i m ur new reader...

    ReplyDelete
  43. Salam DS,

    Hari ini kita melihat perkembangan politik dalam parti yang memerintah berada dalam keadaan yang tidak selesa.
    Selepas kekalahan besar pada PRU -12 kemudian diikuti pergolakan dalaman dalam umno yang menjurus kepada TUN DR M keluar dari UMNO dan terkini Undi tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah..serta perkara-perkara sampingan seperti kenaikan harga minyak dan kesan-kesan nya.
    Ini mengambarkan pengurusan negara berada dalam keadaan kelam-kabut..Adakah ini mengambarkan titik permulaan BN atau UMNO berada dalam keadaan perpecahan..atau parti memerintah tidak dapat mentadbir negara dengan baik??
    Tindakan SAPP umpama menikam dari belakang kepada BN..atau lebih kasar nya sebagai "Pembelot".
    Semoga senario ini tidak berlanjutan kerana implikasi kepada masyarkat adalah besar..mungkin ada yang bertepuk tangan tetapi jangan sampai "anak kera di hutan disusukan anak di rumah mati tak makan"...
    renung2kan lah..

    P/S : kepada MB selangor tahniah 100 hari pentadbiran tapi jangan lupa BABI di sepang...

    ReplyDelete
  44. Adakah pertemuan pemimpin BN Sabah yang dilaung-laungkan selama ini oleh Anwar Ibrahim adalah pertemuan dengan Yong Teck Lee semata-mata?


    http://nadzrikamsin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  45. elok undi tak percaya je,orang dah jelak dengan umno dah,tiada apa yang menguntungkan rakyat,walau sebesar zarah.hanya kroni yang untung menggunung,rakyat hampeeeeh!,bila dah rakyat tolak barula tahu erti perjuangan dan membela rakyat situ dan sini.
    nak cerita pasal kezaliman pengikut umno ni,i berlambak bukan perjuangan yang ada.i ada kawan buka bisnes kat serdang selangor,nak jadikan cerita dia sewa kedai panas dengan penyokong umno,kedai tu dikatanya anugerah oleh wakil rakyat serdang selangor, satim diman maka bermulala biznes sehingga sampai 2 tahun tiba-tiba je,penyokong umno itu datang halau serta merta kawan saya itu,dengan satu sen deposit pun tidak dipulangkan,untuk menguatkan atau menakutkan kawan saya tadi penyokong umno itu memanggil sekali lelaki yang berbadan sasa,dikatanya ahli-ahli pekida yang dinaungi pm,yang di serdang sekarang ini,ahli ini begitu bermaharajalela sekali,itula segelintir sikap biadap dan atas kapasiti wakil rakyat boleh sewenang2nya lakukan apa-apa pun,dr cuba tegur2 sikit para pengikut dato satim diman tu!

    ReplyDelete
  46. APEPASAL ANWAR JUMPER PRESIDEN SAPP KAT HONG KONG...???????

    Jauh bebenor mereker nak berbincang..
    Ape kat Malaysia nie dah X selamat ek

    Bleh tak DS tolong carikan jawapan...

    TK...

    ReplyDelete
  47. Mari kita kaji apa yang UMNO ada sekarang?

    Nak kata kuasai kerusi parliment.. tak sampai pulak 2/3..

    Nak kata menang pilihan raya, 5 negeri tergadai...

    Nak kata dapat rebut kelantan semula dari PAS... nampaknya hanya jadi angan2 mat jenin...

    Nak kata pemimpin tertingginya memegang teguh ajaran Islam Hadhari... imam besar Islam Hadhari peluk perempuan bukan muhrim... Bila bercakap dia berbohong... Setiap apa yang dikatakan tidak akan berlaku akhirnya berlaku dan begitu jugak sebaliknya... (contoh.. kata minyak tak naik selepas pilihanraya... kata tak bubar parlimen... kata tak kawin dll.. tapi akhirnya semua itu berlaku..)Bukankah berbohong itu salah satu sifat orang MUNAFIK??? Begitulah rupanya sifat imam besar Islam Hadhari...

    Nak kata berjaya mendaulatkan negara... Pulau Batu putih dah hilang kedaulatan...

    Nak kata rakyat makin hidup selesa... harga barang makin naik...

    Apa yang pemimpin UMNO buat selama ni??? Hari-hari fikir projek yang boleh dibuat oleh kerajaan supaya duit komisyen masuk poket...

    Hello DS Khir... DS orang bijak bistari... berpelajaran tinggi... takkan IQ datok begitu rendah sekali tak boleh fikir tentang kebenaran... Orang Islam wajib mentaati pemimpin selagi mana pemimpin itu bersifat adil. Adakah Pak Lah pemimpin yang adil??? Berbanyaklah beristighfar datok seri moga tuhan memberi petunjuk...

    ReplyDelete
  48. Salam DS,

    I think it is good to concentrate in the mid-term review. I have been advocating the idea of currency exchange rate to mitigate inflationary pressure.

    Since it is too long to copy and paste , anyone can read it in my blog

    www.mohdradzian.blogspot.com....

    Parts of the text is as below :0

    " On Inflation and it's root causes


    In June 2007, I have predicted that anytime within two years, a down spiral of Malaysia economy will occur. My prediction was based on the United States of America economic situation, it's international political (George Bush Middle East Agenda) related economic direction and it's strong effects on the rest of the world. This prediction was written on a forum under grouping of Malaysian in Japan, while trying to explain the mismatch between income and expenses and it's effect on crime rate in Malaysia.


    Actually, the central of today's problem lies within the context of globalisation and it's dynamic inter-relation with the economic uncertainties within United States of America. The economic problem is not created overnight. It is one that is created by a series of big tragedies in the world history.
    ........ "

    ReplyDelete
  49. Salam DS,

    Lain macam jer tengok komen DS 2-3 menjak ni...tetiba risaukan pasal rakyat pulak.

    DS ni nak bertanding ketua Pemuda ke nak bertanding Presiden parti? huhuhu...

    Atau nak alihkan perhatian rakyat daripada menyaksikan detik-detik kejatuhan UMNO?

    Pak Lah kate Yong Teck Lee tamak sebab tak terima 'offer' dia jadi senator sebaliknya lebih tertarik ngan 'offer' DSAI. Pak Lah offer senator tu tak kire rasuah ker?

    Tamak ke dia kalau tolak senator (pemberian Dollah) dan terima 20% royalti minyak untuk negeri Sabah (janji DSAI)?

    Pasal tu DS semacam taknak komen lanjut sangat pasal SAPP sebaliknya menonjolkan jiwa rakyat DS...kononnyer la....

    ReplyDelete
  50. assalamualaikum
    saya rasa apa yang penting... mana mana perjuangan harus berpegang pada prinsip dan dasar...
    prinsip dan dasar harus diutamakan...
    perjuangan harus ditegakkan walau menghadapi apa kemungkinan sekalipun...
    itu yang saya nampak pada sapp...
    kepimpinan malaysia tidak menjalankan good governance.. banyak rahsuah dan ketidak telusan.. even dengan idea pakatan rakyat yang mahu banyak perkara di transparentkan pun banyak pemimpin bn yang takot dan tidak setuju.. semacam ada salah silap mereka yang mahu disembunyikan... ini adalah salah satu contoh yang tidak elok yang diamalkan oleh pemerintah malaysia...

    sapp dengan niatnya untuk membetulkan keadaan haruslah disokong...

    kalau dikira pasal mandat, saya rasa jika dilihat pada sejarah dan perlakuan.. orang bn banyak menderhakainya.. jangan dilupa pada kerajaan pas kelantan dahulu... adunnya pernah dibeli lagi... pr tidak mahu membeli ahli parlimen.. tetapi membuat penawaran kepada sesiapa yang ikhlas tanpa apa-apa ganjaran.. semuanya kerana hendak menyelamatkan malaysia...
    keadaan malaysia dengan pendapatan 500 bilion dari petronas sebelum ini banyak digunakan pada tempat yang tidak mendatangkan hasil... no output.. bahkan diseleweng oleh golongan bn ke poket mereka sendiri... ini adalah penderhakaan kepada negara...

    dan atas dasar keinsafan.. malaysia harus diselamatkan dengan seberapa segera...

    caranya hanya satu.. kembalilah dengan ajaran agama

    malaysia harus diselamatkan secepat mungkin

    ReplyDelete
  51. Salam DS,

    Jambatan Kedua Pulau Pinang yang membazir.

    Perbelanjaan untuk membina jambatan ini adalah antara empat ribu juta hingga enam ribu juta ringgit dan panjangnya hampir dua kali ganda panjang jambatan yang pertama yang telah ada sekarang.

    Saya fikir ia merupakan satu jumlah pembelanjaan yang sangat besar sedangkan keperluaannya bukanlah terlalu utama sangat.

    Apakah kerana projek ini berada di Pulau Pinang yang merupakan negeri Pak Lah maka projek mega ini boleh diteruskan sedangkan projek jambatan bengkok menggantikan tambak ke Singapura dengan mudah dibatalkan begitu saja.

    Rasanya jambatan bengkok yang dicadangkan itu jauh lebih banyak faedahnya kepada Negara berbanding jambatan kedua Pulau Pinang yang hendak dibina itu, ini kerana dengan adanya jambatan bengkok itu akan membolehkan kapal-kapal lalu di Selat Johor, dan ini dapat memajukan lagi pelabuhan-pelabuhan yang ada di persisirnya.

    Pembinaan jambatan kedua pulau pinang hanya akan menambah kesesakan kereta di bahagaian pulau tersebut. Apa yang lebih perlu dilakukan ialah memperbaiki sistem pengangkutan awam supaya lebih selesa dan cekap di negeri itu bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam.

    Apabila jambatan yang dibina terlalu panjang, kerana kononnya hendak dapat nama jambatan terpanjang, di masa akan datang kereta yang melaluinya semakin bertambah dan jambatan menjadi sesak, dan bila kerajaan mula memikirkan untuk melebarkannya, sudah tentu untuk melebarkan jambatan yang panjang terpaksa menggunakan kos yang tinggi berbanding untuk melebarkan jambatan yang pendek.

    Kalaulah jambatan pertama yang ada sekarang ini dilebarkan menjadi lapan lorong sekalipun bagi menampung kesesakan lalulintas, rasanya belanja yang perlu digunakan tidaklah sebanyak membina jambatan kedua yang dicadangkan itu. Ini kerana jambatan yang pertama itu jauh lebih pendek dan kos melebarkannya tentulah jauh lebih murah.

    Apakah projek jambatan kedua pulau Pinang ini betul-betul diperlukan atau hanya semata-mata hendak menyediakan projek untuk kontraktor kroni?

    Bukanlah sepanjang masa jambatan ini sesak, yang biasanya sesak hanya waktu pagi dan petang iaitu masa orang ramai pergi dan balik bekerja dan juga di waktu cuti perayaan.

    Yang membuatkan kesesakan lalulintas menjadi lebih teruk adalah disebabkan oleh perlahannya kenderaan kerana terpaksa membayar tol. Kalau pembayaran tol ini dapat di tiadakan tentulah pergerakkan lalulintas boleh bergerak lancar.

    Mungkin kalau projek jambatan kedua ini digantikan dengan jambatan untuk laluan monorail atau LRT antara Bandar Butterworth dengan George Town adalah lebih berfaedah lagi. Jarak jambatan yang lebih pendek antara dua bandar ini dapat menjimatkan banyak kos dan memang lebih praktikal untuk membina jambatan untuk monorail atau LRT di kawasan Bandar yang sesak dengan bangunan.

    Walaupun projek mega seperti jambatan kedua ini mungkin dapat memberi peluang pekerjaan yang banyak kepada orang ramai tetapi ia bukanlah suatu projek yang betul-betul perlu dan memberi manafaat keapada rakyat untuk jangka masa panjang.

    Lebih besar kos jambatan kedua yang bakal dibina nanti, semakin tinggilah beban bayaran tol yang akan dikenakan keatas rakyat yang menggunakannya bagi membiayai semula kos pembinaan dan penyenggaraan projek tersebut.

    Perlukah negeri seperti Pulau Pinang yang kecil yang terkenal di kalangan pelancong luar itu dipenuhi dengan kereta bila kenderaan-kenderaan ini lebih mudah keluar masuk setelah terbinanya jambatan kedua nanti.

    Langkah yang lebih tepat pada masa sekarang ini selari dengan kenaikan harga minyak dan langkah berjimat dalam perbelanjaan kerajaan ialah dengan membatalkan projek mega jambatan kedua Pulau Pinang ini, sebaliknya tumpuan lebih perlu diberikan bagi mempertingkatkan pengangkutan awam seperti membina monorail dan LRT serta sistem pengangkutan bas yang cekap dan murah bagi menarik orang ramai menggunakannya.

    ReplyDelete
  52. Salam dk,

    Samada usul tidak percaya SAPP itu berjaya atau tidak minggu depan..bukanlah persoalan utama yang penting parti itu telah menunjukkan jalan bagaimana untuk menjatuhkan pemimpin yang paling lemah dalam sejarah M'sia setakat ini..Saya percaya hanya rakyat yang ada kepentingan diri sendiri je yang masih inginkan pentadbiran lemah begini....Rakyat sudah bijak hari ini...siapa pun yang mentadbir..BN or PR....kalau ada seorang pemimpin yang lemah....anda tidak patut menjadi pentadbir.....

    ReplyDelete
  53. DSK..

    Dato' menulis bahawa ramai orang berasa bimbang dengan kenyataan SAPP..siapakah orang-orang itu??

    1)Wahai DSK dan pak turut BN sekalian..rakyat tak sedikit pun rasa bimbang, malah rakyat berpesta riang mengalu-alukan kenyataan dan tindakan SAPP. Sebenarnya kronio-kroni dan YES bos BN saja yang bimbang tak tentu arah. Semua kroni BN tak senang duduk memikirkan bisnes dan periuk nasi masing-masing yang bakal hilang apabila Dollah Bodowi hancur. Apabila BN/UMNO hancur, Pakatan Rakyat berkuasa, tembelang dan rasuah dalam BN akan didedahkan maka kroni-kroni BN dah tak tentu arah..yang pastinya RAKYAT JELATA BERSUKARIA

    2)UNDI TIDAK PERCAYA?
    Walaupun usul tersebut sukar menjadi kenyataan, tunggulah wahai BN, Rakyat akan pastikan usul tersebut menjadi kenyataan pada PRU-13 kelak. Usul tergempar tersebut memang melibatkan kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan, tetapi memandangkan speaker lantikan kerajaan sudah tentu BELIAU akan mementingkan periuk nasi sendiri dalam membuat keputusan. Speaker dan BN lebih pentingkan PERUT sendiri daripada PERUT rakyat.. tapi tak apa. PRU-13 akan muncul jua..

    3)MID-TERM REVIEW??
    Saya rasa, hanya ahli BN/UMNO saja yang amat-amatlah perlu membuat mid-term review. Inilah masa paling sesuai untuk kroni-kroni review semua projek/tender hasil rasuah BN yang bakal terlepas dan terbongkar ke pengetahuan umum. Tolong pesan kepada rakan-rakan DS supaya review semua budjet dalam projek yang diterima supaya bersedia berhadapan dengan rakyat kelak.

    DSK..ketahuilah bahawa,dasar dan pelaksana dasar mesti dibetulkan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Walau macam mana sekalipun review mid-term budjet dilakukan,kalau tukang buat dasar dah lemah dan korup, hasilnya juga akan lemah..
    Jadi lebih baik selesaikan peringkat dasar dahulu, barulah boleh laksanakan perencangan budjet tersebut..

    ReplyDelete
  54. Salam Dato',

    Kalau undi tak percaya ni dapat bela kepentingan rakyat, ape salahnya kan? Daripada sume benda jadi too late for us to take any action kan?

    ReplyDelete
  55. Sdr mio188 dan sahabat bloggers lain,

    pendirian saya jelas perlu ada peralihan kuasa,cuma kaedah yang saya fikirkan terbaik ialah supaya ia memberi kelebihan kpd rakyat iaitu masalah rakyat diutamakan tak mahu jadi spt negara jiran kita thailand dan indonisia,berlaku peralihan malah perubahan kuasa,tetapi rakyat terus tertekan hidupnya,kualiti hidup semakin hancur.Saya tetap berdoa dan akan terus berusaha semuga peralihan itu jadi kenyataan dan rakyat akan memiliki hidup yang lebih berkualiti dimasa hadapan.

    ReplyDelete
  56. Sdr sama sedia dan rakan bloggers lain,

    saya ingin peralihan kuasa berlaku dalam umno dahulu barulah diikuti dalam kerajaan,krn dgn cara itu ia lebih teratur dan tidak akan berlaku kekacauan dalam pentadbiran kerajaan.

    ReplyDelete
  57. Dato Seri yang dihurmati;

    Satu topik yang benar benar bagus dan pandangan yang amat baik dari Dato Seri.

    Persoalannya, Kenapa Parti SAPP, terutamanya Yong Teck Lee dan Rakan rakan 'fade up' dengan Perdana Menteri, UMNO dan BN???Jika Yong Teck Lee benar benar jujur ingin membela nasib Rakyat Sabah, maka ini adalah suatu perjuangan yang amat 'mulia' sekali,dan mesti diberi pujian.

    Saya melihat selepas PRU 12, Kerajaan hanya mementingkan masaalah dalaman BN, takut'katak katak' lompat, masaalah cari ORANG untuk menangkis serangan Pembangkang.Jika msaalah DALAM UMNO dan BN tidak selesai, maka bagaimanakah Kerajaan dapat menyelesaikan masaalah dan nasib RAKYAT.Rakyat masih terlalu di pinggirkan. Bermacam macam beban yang diterima olih Rakyat.

    Sudah beberapa kali Perdana Menteri dan Pemimpin Pemimpin UMNO asyik berulang alik ke Sabah dan Sarawak? Duit dengan senang dicurahkan di sana.

    Sekarang baru terjawab dan Perdana Menteri mengatakan Yong Teck Lee seorang yang TAMAK.Tolong Dato Seri buktikan kepada saya, siapakah pemimpin pemimpin UMNO yang tidak Tamak dan gilakan kuasa.Terlalu banyak contoh contoh yang saya lihat didalam perjalanan hidup saya dari Perlis hingga ke Sabah dan Sarawak.

    Sekarang baru ada kes mengatakan Yong Teck Lee dan rakan rakannya menerima rasuah. Apakah ini secara kebetulan? Atau apabila seseorang itu menentang dan tidak ada percayanya terhadap Perdana Menteri maka dia dikatakan CORRUPT? Tolong buktikan bahawa adakah Pemimpin Pemimpin Negeri UMNO, Ahli Ahli MT dan yang diatas, didalam UMNO yang hidupnya sederhana sahaja, hanya bergantung pada harta dan hasil yang HALAL, dan tidak ada HARTA yang diambil secara tidak halal.Beranikah MEREKA bersumpah dihadapan QURAN??? Saya yakin MEREKA tidak berani.

    Saya yakin Dato Seri telah diberi kesedaran dan saya yakin akan niat baik Dato Seri didalam memperjuangkan nasib Rakyat jelata.

    Kadangkala saya tersenyum akan nasib Perdana Menteri kerana terlalu mempercayai penasihat penasihatnya.Penasihat penasihatnya tidak mempunyai'instinct' yang baik kerana memberi nasihat yang salah.Ini dilihat dari keputusan PRU 12 dan juga dalam perlantikan Menteri Besar Perlis dan Trengganu.Kini Mereka memberi nasihat yang juga salah akan masaalah dalaman BN.

    Mereka selalu berulang alik ke Sabah.KJ, Mat Taib, Ku Nan dan yang lain lain semuanya sama saja.Mereka hanya memberi berita yang mengasyikan saja dan buat Perdana Menteri tidur lena.Sebenarnya MEREKA lah musuh dalaman Perdana Menteri sebenarnya.Semoga Perdana Menteri sadar dan celek mata akan semua ini.

    Saya sebenarnya bukanlah seorang penyokong Dato Seri, tetapi bila melihat akan cara Dato Seri yang ingin memperjuangkan nasib Rakyat maka saya ingin berjuang bersama sama Dato Seri.Dato Seri dan yang lain bolih email wshamsudin@gmail.com jika apa yang saya katakan tidak benar dan kita bolih bahaskan.

    Saya berharap, Dato Seri sebagai Ahli MT, tolonglah nasihatkan ahli ahli MT yang lain untuk membuat kebaikan untuk Rakyat semoga Rakyat dapat berdoa buat Mereka dikemudian hari.

    ReplyDelete
  58. Ohh rupernyer SAPP nie sebenaryer adelah Parti alaa DAP..
    Tetapie konon guner demi rakyat Sabah
    ...cheeehh
    Tengok diernyer MT:

    President:
    Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
    Deputy President:
    Datuk Raymond Tan Shu Kiah, YB
    Deputy President:
    Datuk Liew Teck Chan, YB
    Deputy President:
    Datuk Eric Enchin Majimbun, YB
    Secretary-General:
    Datuk Richard Yong We Kong
    Treasurer-General:
    Datuk Wong Yit Ming
    Vice President:
    Encik Shim Paw Fatt, YB
    Vice President:
    Datuk Dr Chua Soon Bui
    Vice President:
    Datuk Frankie Chong Yu Chee
    Vice President:
    Encik Norbert Chin Chuan Siong
    Vice President:
    Encik Jimmy Wong Chee Khiong
    Vice President / Youth Chief:
    Encik Au Kam Wah, YB
    Vice President / Wanita Chief:
    Puan Melanie Chia Chui Ket, YB
    Information Chief:
    Encik Kassim b Sulaiman
    Organising Secretary:
    Encik Edward Dagul

    Ohh ini rupenyer org KADAZAN..IBAN ker...???
    Lain ajer ejaan dier..?
    Jangan ingat org2 Melayu tak boleh berfikir panjang..
    SAPP==>MUSUH DALAM SELIMUT

    ReplyDelete
  59. Dr khir,
    Walaupun usul undi tidak percaya tidak mungkin akn diterima tetapi impaknya sangat besar. Yang penting apa yang dilakukan leh teck lee adalah lahir dari senario politik hari ini. Kepimpinan Pak Lah semakin mengarut. Adakh Pak Lah buat sesuatu keputusan tanpa musyawarah. Pak Lah seolah-olah hanya bertindak apabila timbul masalah. Berita hari ini BPR siasat Yong Teck Lee. Kenapa baru hari ini? Nampak sangat lah Pak Lah ni kalau kau tak sokong aku, kau kena.

    ReplyDelete
  60. Sdr wmu 350 dan sahabat bloggers lain,

    Saya setuju gaya penampilan memainkan peranan penting dalam menarik sokongan malah boleh membentuk keyakinan terhadap kepimpinan,dan tak dinafikan penampilan DSAI jauh lebih baik dari Pak lah.

    Saya tidak akan menyokong DSAI walaupon mempunyai gaya yang mempesonakan krn bagi saya beliau sanggup menggadaikan perjuangan utk agama dan hak orang melayu.ketuanan rakyat dan menjadikan negara ini negara republik adalah suatu perkara yang sukar utk diterima oleh orang melayu,pemimpin yang bercakap didepan orang china mengatakan hak org china,didepan orang india hak orang india dan didepan org melayu hak orang melayu,bagi saya merupakan seorang oppurtunist yang tidak boleh memimpin negara ini,pemimpin tiada prinsip tidak wajar diberi sokongan walaupon penampilannya mempesonakan.
    Jangan kita terpedaya dgn lagak luaran sedangkan jiwanya penuh dgn muslihat yang tak terjangka kesannya pada perjuangan utk agama dan bangsa kita.

    ReplyDelete
  61. Salam DS dan Rakan Bloger,

    Sudah hampir terbukti dan nyata, UMNO semakin hancur kerana memperjuangkan Melayu. Ingatlah MELAYU tak akan dapat menyatukan bangsa di Malaysia. Eloklah bubarkan aje UMNO dan jadikan Islam sebagai wadah perjuangan. Kepada rakan bloger saya doakan semoga Allah S.W.T memberi petunjuk semoga menunjukan jalan yang benar.

    Hari ini kita sedang diuji oleh Allah S.W.T, kes terbaru ADUN DAP di Johor telah dihalau keluar Dewan kerana tidak memakai songkok dengan alasan isu itu kecil sahaja. Tuhan perintah orang perempuan memakai tudung atau menutup aurat, tetapi manusia tidak hirau kerana itu cuma 'isu kecil' sahaja.

    Justeru itu, sama-samalah kita fikirkan lah dan berhijrah kerana ianya masih belum terlambat.

    Wassalam

    ReplyDelete
  62. walau apa pun pandangan penyokong pakatan rakyat serta pemimpin mereka terhadap umno mereka sebenarnya silap.kerana pemimpin pakatan rakyat akan terpaksa melalui pilihanraya sekali lagi.Ini tentu akan merenjatkan proses untuk memegang malaysia tidak kesampaian kerana pembubaran parlimen.pengundi bn sudah tahu siapa pembelot sebenarnya.Tiada peluang kedua buat mereka untuk menyertai bn kerana itu sudah terlambat untuk mereka meminta maaf.MELOMPAT PARTI UNTUK AGENDA KEPENTINGAN SERTA GILA KUASA TIDAK AKAN KEKAL.BARISAN NASIONAL MEMERLUKAN ORANG YANG JUJUR PADA MASA AKAN DATANG.SEKIAN...

    ReplyDelete
  63. ds yb,
    saya sentiasa ingat ds adalah diantara pemimpin umno yang berkeriba,dan ada kemungkinan besar satu hari nanti ds akan jadi pm malaysia,sebab ds masih muda lagi.dan saya juga beri sokongan yang kuat kpd ds dan bn,akan tetapi kini saya tidak sangka dari komen komen ds adalah bergitu sempit dan racist.ds kena faham kalau ada vision yang luas barulah qualify jadi pm malaysia(inilah yang pak bodoh tiada).kini baru saya tahu ds tidak ada vision nak jadi pm malaysia tetapi ingin menjadi pm melayu.adalah tidak baik bagi bagikan diantara manusia kepada bangsa bangsa terutamanya sebagai seorang pemimpin dan semata mata untuk ambil kesepatan politik.kalau nak rejuk betul betul,pelembagaan,hak keistimewah orang melayu sudah terjamin,cuma umno ni telalu banyak menipu. orang orang melayu semua ditipu olek orang umno.satu lagi saya harap ds boleh jawap soalan saya dengan jelas,soalannya:hak keistimewaan orang melayu adalah jelas untuk orang melayu,kenapa orang jawa seperti ds,orang indon seperti ali rustam,orang mamak seperti mahathir,pula menikmati hak hak tersebut,dan konon nya nak berjaung untuk orang melayu.itulah saya bilang orang melayu di tipu oleh orang yang tidak ada maruah kalau ada kepentingan tiba tiba jawa,indon,mamak(india islam),bugis menangkabau,banja dan...........sudah jadi melayu.sebenarnya saya keliru siapa,apa ,itu melayu?nampanya sekarang definasi orang melayu adalah :orang islam yang kulitnya gelap sikit.tolong jawap ok.tq

    ReplyDelete
  64. Salam Dato,

    Pada saya apa yang nak di buat oleh SAPP tidak penting, buat apa nak bising-bising kalau dah yakin kita dah kuat. Tetapi kredibiliti BN sendiri sudah tidak se gah dulu, kenapa? Mesti kita akan tengok kat pemimpinnya, kan? Sedikit sebanyak walau secalit BN tetap goyah. Balik-balik BN akan bangkitkan manifesto PR, apa dah jadi ngan manifesto BN, satu persatu projek dibatalkan, harga barang naik tapi dalam manifesto cakap nak bela rakyat. PR boleh cakap banyak sebab dia pembangkang, kita ni BN parti yang memerintah, yang mengawal duit pembayar cukai, tentunya orang akan lihat perkembangannya. Bila Selangor cakap nak urus pasir Dato persendakan, dulu masa nak bagi air dato persendakan sekarang bila dah boleh bagi orang ramai dah lihat ada kebaikan. Mereka berharap dato akan kekal jadi pembangkang. BN sekarang dah masuk tahap kritikal cuma orang yang di dalam masih belum perasan, kalau dah perasan pun cuma buat-buat tak tahu, banyak kepincangan pemimpin BN dulu-dulu dah makin menonjol, rasuah lah, ugut hakim lah. Dulu saya ada berjalan-jalan kat Pandamaran saya perasan satu rumah buruk yang di diami warga tua berbangsa cina sedang memukul tin untuk dijual, 5 km lepas tu saya nampak satu ISTANA besar, saya ingat itu rumah ahli perniagaan import-eksport mana rupanya rumah bekas ADUN, wakil rakyat, lalu terfikir dalam hati saya patutlah kaum Cina dan India tolak BN. Saya yakin dato bukan tergolong dalam golongan itu, harap-harap tidak...

    ReplyDelete
  65. ds yb,
    saya rasa lebih baik umno keluar dari bn atau koponen lain lain boleh pecat atau singkirkan umno daripada bn.kemudian bn dan pakatan rakyat bentuk kerajaan yang kukuh,lepas tu malaysia barulah ada perluang untuk mengatasi masalah masalah yang ada sejak pak bodoh jadi pm.kita kena faham bn bukan kepunyaan umno,bukan kepunyaan pak bodoh.sebenarnya bn ditubuhkan untuk perjuangan demi rakyat malaysia tidak mengira kaum dan agama.kan ini adalah sama dengan maktlamat pakatan rakyat?sekarang cuba kita tinjau lagi lebih dalam keadaan politik di malaysia:semua party pun ada maktlamat untuk berjuang untuk rakyat malaysia secara am.,tetapi umno sajalah yang masih tindak secara racist,dan berjuang untuk malayu dan melayu palsu(jawa,bugis,mamak,minangkabau,banja dan dll).umno kena faham koponen koponen semua kalah besar adalah sebab mereka tidak upaya untuk stop umno daripada mencuri,merompak,menipu bangsa bangsa yang lain.nasihat saya kalau umno masih nak racist,last last akan jadi party pembangkang tunggal malaysia.tq

    ReplyDelete
  66. ASkum DSKT.

    sy lebih suka DS jadi pembangkang kerajaan PR di selangor dari DS memerintah negeri selangor.
    pandangan DS lebih bernas jika menjadi pembangkang.

    syabas sy ucapkan kerana kini DS menjadi Pemimpin berjiwa rakyat yg lebih perihatin tentang nasib Rakyat m'sia.

    terima kasih.

    ReplyDelete
  67. DS,

    "saya ingin peralihan kuasa berlaku dalam umno dahulu barulah diikuti dalam kerajaan,krn dgn cara itu ia lebih teratur dan tidak akan berlaku kekacauan dalam pentadbiran kerajaan."

    Atas ni komen DS,
    Hello DS, sedangkan nak usul EGM dan hapuskan kouta pun tak dpt sambutan, ini kan pula nak suruh peralihan kuasa... tak de nyer peralihan kuasa..

    majoriti suruh Pak Lah turun, tengoklah nanti, representing ahli ahli UMNO kat PWTC tu hanya 0.8% jer, lepas tu orang2 yg lebih kurang sama yg dtg..

    Tunggu jerlah peralihan kerajaan baru...

    ReplyDelete
  68. Komen DS

    DS tidak akan menyokong DSAI walaupon mempunyai gaya yang mempesonakan krn bagi DS beliau sanggup menggadaikan perjuangan utk agama.

    Jika DS seorang pemimpin yg tidak menggadaikan agama
    mengapa DS menyokong kes ratu cantik di selangor pada suatu ketika dulu??
    keputusan JAIS pun DS perlecehkan??

    kata2 DS juga tidak akan menyokong DSAI
    itu kata2 politik.
    sy percaya sokongan DS akan berubah jika sampai waktunya DS akan menyokong DSAI lebih dari DS menyokong Tun M yg DS sanjungi.

    ReplyDelete
  69. Salam DS,
    saya phatikn komen2 yg dberi tenteng SAPP ni jauh dari kebenaran. Elok juga sabg org Sabah menerangkn punca kenapa Mr Yong ni tiba2 x percy PM ni.
    Mr Yong ni masa PRU lalu mau btdg Parlimen KK @ Sandakan tp x dlayan. Tu yg dia marah 2...
    Sekarang ni Tim. dia Mr Raymond makin popular sbg TKM Sabah, Mr Yong makin dilupa sbb dia jawatan. Bagi senator belum cukup...
    Dia kata mbela rakyat Sabah, dulu jadi KM Sabah...apa dia buat? Jgn la korang percaya cha ya nun alif ni. tk

    ReplyDelete
  70. Sdr umno sejati dan sahabat bloggers lain,

    Saya setuju dgn pandangan dan pendirian sdr akan tetap bersama sama umno,kerana bagi saya buat masa ini tiada parti yang mampu memperjuangkan kesucian agama islam dan hak orang melayu selain umno,suatu ketika saya berkeyakinan pas akan mampu mempertahankan kesucian agama islam,tetapi ia hancur bila saya mendengar sendiri hujah yb dr hasan ali dalam dewan undangan negeri bahawa pas juga memperjuangkan kesamarataan dalam agama dan dengan jelas mengatakan peruntukan agama lain mestilah sama dgn peruntukan agama islam,malah keluasan tapak rumah ibadat bukan islam mestilah sama dgn luas tapak masjid,melihat mereka memandang apa yang dilakukan oleh bn tidak ada yang baik kpd agama islam,saya jadi gusar dan yakin tanpa umno tiada parti yang sanggup mempertahankan kesucian agama islam dan hak orang melayu.teruskan perjuangan kita dalam umno,setiap masalah yang kita tempuhi sebenarnya mengingatkan kita supaya kembali kepada sebab asal penubuhan umno itu sendiri.Pemimpin umno tidak perlu apologetik dalam merpertahankan agam dan bangsa ini.

    ReplyDelete
  71. Sdr ali zulfakar dan sahabat bloggers lain,

    Saya masih berpegang kepada tujuan asal kita perlukan peralihan kuasa,bukan sekadar nak ganti pemimpin,atau seronok nak tengok orang tersungkur,tetapi utk melihat rakyat negara ini dibela kehidupannya.midterm review hanya berlaku hanya sekali dalam setahun,ditambah dgn kenaikkan harga barang yang amat membebankan rakyat,disamping kecelaruan pengurusan subsidi negara,kurangnya produktiviti,jika tidak diambilkira siapapon yang akan memimpin negara,rakyat akan hadapi tekanan hidup yang menyukarkan utk mereka merancang masa depan dgn lebih baik.
    Saya juga berharap kerajaan pakatan rakyat dapat melakukan satu petrubahan yang nyata,tetapi selepas 4 bulan tiada polisi yang jelas ditunjukkan,malah saya lihat percakaran antara parti sekutunya telah melembabkan lagi pergerakan ekonomi negeri,perebutan jawatan ahli majlis,lembaga pengarah syarikat negeri,ketua kampong dan lain jawata lantikan politik memarahkan lagi keadaan.

    Kita mesti ingat jika rakyat dalam kelaparan,mereka tidak akan dapat berfikir secara rasional,datangkanlah pemimpin yang hebat,mereka akan menentang,lebih lebih lagi tiada perubahan segera dapat dilakukan,ini berlaku di fiphina dan thailand,mereka jatuhkan Taksin ganti dgn yang baru,tiada perubahan segera,mereka sedang usaha tukar pemimpin yang lain,dan ia akan berterusan tanpa kesudahan.

    bagi saya pak lah perlu berundur dgn cara terbaik sehingga tiada pertelagahan dalam kerajaan mahupon dalam parti.

    ReplyDelete
  72. Sdr wan samsudin dan sahabat bloggers lain,

    Sebenarnya saya tertarik dgn kaedah yang dilakukan di amerika syarikat utk memilih presiden,calon presiden perlu berhadapan dgn dialog terbuka bersama rakyat.Ini memberi kesempatan kepada bakal pemimpin memahami isu yg dihadapi oleh rakyat diseluruh negara,pemimpin dapat mengumpul matlumat secara langsung setiap lima tahun,disamping pemimpin dapat menerangkan dasar dasar baru.Kita juga dapat melihat bagaimana seseorang pemimpin itu memperlihatkan kematangannya dalam menangani semua persoalan rakyat.

    Saya rasa telah tiba masanya umno berani melakukan perubahan spt ini.

    ReplyDelete
  73. Terima kasih datuk seri atas jawapan yang di berikan.semuga suatu hari nanti bn akan kembali berkuasa di bumi selangor.pastinya umno akan bangkit kembali di selangor.mudah-mudahan,insyallah.

    ReplyDelete
  74. Tok Khir,

    POKPET setuju sangat dengan komen Tok. Politik bukan untuk orang politik, tetapi untuk rakyat. Peralihan kuasa atau tidak, rakyat mesti mendapat manfaat.

    Per2 pon, emput baca blog POKPET yer ...

    POKPET menulis kisah seorang pemimpin UMNO Selangor yang susah nak berubah. Boleh baca di sini http://pokpet.blogspot.com

    ReplyDelete
  75. teruskan perjuagan dr..

    utk sbrg pandgn layari....

    http://reggaefc.blogspot.com/

    ReplyDelete
  76. Salam, ada kebenaran nya datuk seri.
    biarlah tegas datuk dalam kehidupan.

    www.worldtravelog.blogspot.com

    ReplyDelete
  77. Salam Dr Khir,
    Kenyataan Dr Khir sangatlah sempit, masalah yang dihadapi rakyat Malaysia mengenai masalah inflasi yang semakin meningkat yang menyebabkan kos hidup bertambah tinggi adalah berpunca dari kepimpinan Pak Lah yang lemah dan lebih mementingkan keuntungan peribadi.

    Jadi usul undi tidak percaya amatlah wajar untuk kepentingan rakyat.

    Dr Khir pun dah tak boleh tentang Pak Lah kan, sekarang BN macam kongsi gelap siapa tentang dia kena, serta merta BPR akan siasat.

    ReplyDelete
  78. Salam...

    Ada kawan sy drpda sana sanggup jadi buruh kasar disini (semanjung M'sia) kerana bagi dia sini lebih elok dari sana.Walapun sudah merdeka di bawah bumbung pembentukan M'sia tetapi taraf hidup masih rendah dan pergerakan yang terbatas.

    Presiden Sapp mungkin sedar bahawa beliau tidak memunpunyai apa2 kepentingan dalam kerajaan dan kecewa kerana sistem pengiliran Ketua Menteri tidak diamalkan yang tidak mungkinkan dia berpeluang menjadi Ketua Menteri.Inilah realiti,sy tertarik kepada satu panggilan telefon secara Live di TV selepas PRU12 yang lalu ttg pengguna wang bagi memacing pengundi .Kita tahu pergerakan mereka yang terbatas memerlukan kewangan yang banyak untuk pergi ke satu tempat(4jam atau lebih)terutama mereka di pendalaman.

    Kadang-kadang tertanya juga apa yang dibuat semasa jadi YB dulu dan sekarang ,ini kerana permasalahan rakyat tidak sampai kepada orang yang sepatutnya kerana sudah ada penapis(filter)yang menyalur maklumat seperti kes-kes curi pasir,cetak rompak,seludupan dan sebagainya.Setengah mereka ini telah dikaburi dengan kekayaan serta kemewahan yang dijanjikan maka berlakuklah pembocoran maklumat.Kita hairan bagaimana rahsia kerajaan pun boleh dihebuhkan kalau orang dalam tidak terlibat dan sampai hari ini pun tidak banyak orang yang didakwa.Inilah kelemahan terutama orang Melayu kerana mudah dibeli seperti pelacur di Jalan Mat Taib itu,maka orang lain tidak kisah kalau kita ini tidak bermaruah.

    Pokoknya disini kita lihat bahawa orang bukan melayu telah cuba mencari alternatif yang tersembunyi dikala kita alpa.

    ReplyDelete
  79. Salam DS,
    Apa yang cuba DS katakan tidak mengubah keadaan marah penyokong BN/UMNO , malah dengan keadaan yang berlaku sekarang bertambah lagi kebencian itu.

    Apa kah DS sedar, apa yang berlaku keatas blog Ybgh Tun Dr Mahathir ? Apakah DS bersama mereka mensabotaj blog tersebut ?

    Hentikan lah...

    ReplyDelete
  80. Salam....

    Adakah Undi Tidak percaya Mampu Mengubah Keadaan Sekarang?
    Rakyat tetap menanti dan keadaan kita di Malaysia tidak seperti negara luaq ,dimana masyarakat yang berbilang kaum ini masih lagi mengekalkan persahabatan walaupun banyak pihak cuba menguatkan dengan menifesto yg.melampau.

    Walaupun ada yang rajin buat demotrasi(bagi saya buang masa saja kerana mereka org kaya-raya sbb tak kisah kena tangkap boleh jamin keluaq).Tidak bagi rakyat yang 'Kais Pagi makan Pagi Kais Petang Makan Petang' setiap waktu ada nilainya.

    Sepatutnya masa ini kita utamakan kepentingan rakyat dengan taraf hidup yg.meningkat.Adakah YB di Parlimen hari ini akan bercakap tentang masalah rakyat diluaq atau tentang periuk nasi mereka sahaja.Tiada pun usul untuk memotong eluan YB-YB yang memang senang walaupun menaiki Bas(Kelas 1)bukan ekonomi.

    Sepatutnya kita disini bukan saja membincangkan undi tidak percaya kepada PM Pak Lah tetapi juga Undi Tidak Percaya Kepada Yang Berhormat yang tidak menjalankan kewajipan terhadap rakyat yang memilih mereka(patut ada akta yang boleh memecat YB yang tidak Amanah dan menipu rakyat kalau nak tunggu PRU alamat dia dah kaya-raya)

    ReplyDelete
  81. No Comments. Bagi saya undi tidak percaya ini perlu di lakukan segera untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  82. Undi tidak percaya yg dicadangkan oleh SAPP, adalah satu lagi petanda bahawa rakyat sudah meluat dgn pemerintahan DSAAB.
    Jangan tunggu lama lagi sehingga rakyat pula meluat dgn BN.

    Sekarang pun BN sudah hampir tinggal setengah nyawa.
    Pengundi kaum Cina dan India sudah hampir semua telah meninggalkan MCA.MIC atau Gerakan. Ramai juga orang Melayu yg telah meninggalkan UMNO.

    Apa kah strategi BN(UMNO) untuk memangil kembali mereka yg telah tinggal kan BN(UMNO) ini?

    Apa yg BN(UMNO) buat tiap2 hari hanya kutuk dan cari kesajahan parti lawan.
    Sambil itu laungkan ber bilion ringgit bantuan. Sebenarnya segala bantuan dan subsidi ini HANYA KENYANG KAN PERUT KUNCU2 BN(UMN0) SAHAJA.

    Sebagai contoh, di Laman DS MUHD.MUHD.TAIB ada menyatakan bantuan kepada 10,000 rakyat miskin sebanyak 4 bilion.
    Kalau lak benda ini benar2, makan 10,000 rakyat miskin ini akan jadi jutawan.
    SEBENAR NYE 'KUNCU' BN(UMNO) INI LAH YG AKAN JADI JUTAWAN.

    Saya kira YB DSKT kurang R&D tentang sokongan 'akar umbi'(PENGUNDI) dalam BN(UMNO).

    Apa yg DSAAB ketahui hanya SOKONGAN PENUH PARA MENTERI2 DAN AHLI2 KABINET dan semua kuncu2 yg ada kepentingan untuk membesar kan temolok mereka sahaja.

    Memang dilihat pada sokongan KUNCU2 ini, BN(UMNO) masih kuat dan ada sokongan.

    Cuba sesekali YB DSKT 'menyamar' dan berkunjung sesekali ke kampung2 pendalaman dan bersembang di kedai2 kopi, maka DS akan faham bagaimana sokongan rakyat terhadap BN(UMNO) pada masa ini.

    Sekarang hanya pemimpin SAPP ada ..?.. (anak jantan). Pemimpin2 yg lain dlm BN semua nya 'BETINA'.

    ReplyDelete
  83. salam DS..

    knaper DS ckp DSAI bkn negarawan yg baik??
    kalau DS lhat,knp dier menolak tawaran masuk UMNO semula??
    knper dier tak pernah cerita zaman dier dlm penjara dahulu??

    setiap pemimpin ader gaya dan cara tersendiri..

    cara DS bg penyapu..

    cara pak lah naik kn minyak(wlpn sblm pilihanraya janji tak naik)

    cara DSAI, berjanji turunkn harga minyak dn barang2..
    kalau tak dier yg akn lps kn jawatan..

    salam...

    ReplyDelete
  84. Pemimpin BN kena sedar, bila dah sampai ada undi tidak percaya ini bermakna kedudukan BN sendiri sedang parah. Jangan asyik sibuk nak rawat parti/negeri orang lain, sebenarnya BN yang perlukan rawatan segera. Selama ini pemimpin2 komponen BN sentiasa menjadi MR. Yes, jadi bila penentangan berlaku semua pihak akan melatah, malkumlah mereka tidak pernah dibantah. Walau apapun agenda SAPP, cubalah nilai semula mengapa ini berlaku. Ada isu yang mereka bangkitkan itu agak relevan, contohnya isu kemunduran sesetengah daerah di Sabah. Yang sering dipaparkan di media masa hanya rakyat yang telah mendapat kesenangan sahaja, sedangkan yang miskin tegar masih berlambak tiada pembelaan. Hanya mereka yang tahu apa yang mereka inginkan, jika mereka mempunyai agenda peribadi sekalipun, agenda mereka untuk membela rakyat tidak boleh diketepikan.

    ReplyDelete
  85. khir ooo khir, kau baca ni

    Tindakan bekas MB Selangor tak matang

    SAYA tertarik dengan kenyata¬an bekas, Menteri Besar Se¬langor, Datuk Seri Dr Moha¬mad Khir Toyo yang tidak pernah jemu menyanggah apa, saja program dan dasar yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan pimpi¬nan Tan Sri Khalid Ibrahim di Se¬langor.

    Mungkin ada di kalangan rakyat Selangor yang percaya tanpa desakan dan asakan bertubi-tubi Dr Khir, pemberian air percuma kepada rak¬yat Selangor tidak akan menjadi ke¬nyataan barn-barn ini.

    Rakyat boleh membuat pelbagai tafsiran berhubung isu berbangkit seperti pemberian air percuma, pem¬binaan ladang babi moden, pengam¬bilalihan syarikat pengurusan air dan isu memansuhkan had keluasan rumah ibadat bukan Islam. Namun, hakikatnya, apabila serangan dan asakan dibuat terlalu berlebih-lebi¬han, is sudah pasti menjadi senjata makan tuan.

    Pada peringkat awal dulu, rakyat amat bersimpati dengan nasib Dr Khir yang menjadi sasaran kepemim¬pinan Khalid. Isu pada peringkat awal pentadbiran Menteri Besar ba¬rn itu dilihat sebagai membongkar apa yang dikatakan salah guna kuasa dan salah laku ketika pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Khir.

    Bagaimanapun, kini keadaan men¬jadi sebaliknya. Dr Khir kini lebih agresif untuk menghentam dasar dan program Khalid yang dirancang un¬tuk membantu meringankan rakyat berpendapatan rendah. Terbaru, pe¬nubuhan skuad khas peguam yang anjuran Pakatan Rakyat agar tidak mengandungi unsur fitnah dan ha¬sutan terhadap BN, lebih-lebih lagi terhadap Dr Khir.

    Pada hemat saga, adalah tidak wa¬jar Dr Khir mempengaruhi rakyat Selangor untuk bertindak di luar ba¬tes kesopanan dan kesusilaan, con¬tohnya tidak membayar cukai pintu atau bil air, kerana tindakan itu ha¬nya akan menyerlahkan sikap beliau yang tidak matang dan hanya me¬ngikut naluri hawa nafsu yang di¬tafsirkan sebagai ingin membalas dendam. kepada Khalid yang `meram¬pas' kedudukan Menteri Besar dan pemerintahan daripada beliau.

    Oleh itu, saya amat bersetuju de¬ngan Surat pembaca yang bertajuk `beri peluang Menteri Besar bukti¬kan kebolehan' di ruangan ini, ming¬gu lalu.

    Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu adalah golongan berbudi ba¬hasa dan berhemah tinggi. Sehubu¬ngan itu, perilaku Dr Khir yang kini sampai ke peringkat memujuk rak¬yat agar tidak membayar cukai pintu dan bil air boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada PBT dan juga Sya¬bas yang menjalankan tugas dengan dedikasi.

    Kepada Dr Khir, tumpukan idea dan tenaga untuk memberikan khid¬mat berkesan kepada rakyat di De-wan Undangan Negeri Sungai Pan¬jang dan menyumbangkan buah fi¬kiran ke arah pembangunan negeri Selangor yang lebih cemerlang.

    SOKONG KEMAJUAN
    Sungai Ramal Dalam
    Kajang Selangor

    Berita Harian Rabu 18 Jun 2008
    m/s 10

    **tentu kau tak akan siarkan. Pasal rakyat Selangor dah memang meluat kat kau yg hanya pandai ber retorik selepas dah tersembam dalam longkang.

    Masa kau di puncak kuasa kau langsung tak fikir apa yg kau fikir dan tulis cam dlm blog kau ni.

    Munafik nya kau khirr

    ReplyDelete
  86. Salam DSdrKT dan Semua...

    Utk..sang pencinta dan rakan2 blogger lain...

    Undi tidak percaya masih lagi kabur dan keadaan di parlimen ketika ini lebih kepada perkara berkaitan kenaikan minyak...Tanpa kita sedar bahawa kenaikan minyak telah memberi rezeki kepada pekebun-pekebun kecil terutama mereka yang mengusahakan getah yang selama ini dalam kedaifan .

    Sepatutnya kita memikirkan bagaimana untuk meningkatkan taraf hidup semakin mencabar.Kita perlu sedar bahawa kita bukan berada di tahun 50an dimana kemodenan baru menjelma.Anda boleh bertanya kepada kanak-kanak kecil terutama berumur 2tahun keatas samada wang 5sen bernilai bagi mereka? rata-rata akan memolak pemberian wang 5sen walaupun ia bernilai seringgit(RM1).Kita perlu sedar,apakah masa depan mereka jangan hanya memikir isi perut sendiri dan jangan kecewa apabila anak-anak ini akan membiar serta menyalahkan kita di masa depan.

    Apakah anda bersedia dengan cabaran ini?walaupun sy anak jati Perak Darul Ridzuan tetapi amat tertarik dengan penbincangan diblog DS ini.Sy telah berada di Penang selama lebih 17 tahun sebelum Anwar Ibrahim dipecat lagi ,rasa terkilan kepada Anwar dan Pak Lah pun ada kerana anak2melayu penang(anak tanjung )masih lagi ditahap lama cuma ada sikit perubahan iaitu dapat menyewa di Aparment.Lihat siapa yang empunya bangunan yang terseragam indah ?.

    Yayasan Masa Depan yang diketuai oleh anwar ibrahim yang berpengkalan di USA juga mengelirukan kita kerana sebahagian mereka tidak memihak kepada pembangunan Islam sejagat,ada yang menentang repulik Islam Iran.Kita pun tidak tahu siapa yang membiayai projek-projek mereka di negara-negara terutama Malaysia.Seorang nasionalis atau negarawan tidak akan memburukan Negaranya di luar seperti "Membuka pekung di Dada",ini kerana mungkin Anwar Ibrahim berpegang kepada pepatah melayu "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan".Adakah Anwar Ibrahim berani menjulang keris di khalayak ramai untuk menunjukan bahawa beliau melayu sejati...Fikirkan sendiri...

    ReplyDelete
  87. saudara panglima perang cyber,

    sy amat bersetuju dgn peringatan yg dipaparkan.

    Masalhnya sekarang penyokong PR akan nmpk DSAI ialah pemimpin yang benar benar ikhlas tp nampak pecah amanah (pd pndangan BN) dan Pak Lah sebagai pemimpin penipu yg tp dilihat sangat jujur (pd pndangan BN)

    Penyokong BN pula sebaliknya plak

    Susah nak pilih yg mana betul

    ReplyDelete
  88. saudara anti-racist;

    walaupun secara awalnya niat anda adalah mulia (yela nickname pun 'anti-racist', memag satu nama yg idealistic)tp ia telah dimusnahkan dgn sikap anda yg terus menerus memanggil seseorg dgn panggilan pak bodoh bagaikan terkena histeria dn segala macam kata-kata nista kpd umno.

    Pihak2 yg anda sebutkan dgn pnuh emosi benci dn dendam itu memglah saya tidak kata baik pn, tp dgn cara anda itu tidak menunjukkan anda ada kredibiliti pun utk mengata org lain jahat.

    Bagaikan penyamun yg menuduh perompak itu jahat.

    Definisi 'melayu' dlm context Malayia telah DSKT jelaskan bnyk kali dlm blog ini. Banyakkan membaca sikit dan anda akan jmpa.

    ReplyDelete
  89. Assalamualaikum Dato'Seri,

    Setiap manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan, yang penting kita hendaklah belajar dan mengambil iktibar dari kesilapan tersebut.

    Saya yakin dan percaya Dato'Seri adalah seorang Pejuang yang ikhlas dalam membela nasib Agama, Bangsa dan Negara.

    Saya mendoakan agar Dato'Seri terus mendapat petunjuk taufik dan hidayah serta kekuatan untuk meneruskan perjuangan.

    yakin boleh, Malaysia boleh!!!

    ReplyDelete
  90. RAKAN TANAH JADI PENCURI TANAH..
    DSKT, tolong ulas hakikat ini..
    The Kampung Perepat Green Scheme “ Revolusi Hijau” was initiated to resettle the landless and poor in Kapar and to enable them to become small-time farmers. After tedious process of selection since 1975 , Klang Land Committee (JKT) shortlised 974 applicants in 1980.

    However, in 1996 Klang Land Office issued super express 24 hours approval to 11-acres TOL land in Kampung Perepat to a Datuk and associates with a recommendation letter from Sementa BN State Assemblyman. Even, with current high tech system they couldn’t do it. The transfer includes a parcel of land owned by then BN Selangor Exco member.

    As all aware TOL land cannot be sold or assigned, the said Datuk and his wife acquired Lots 9221 and 9220 from the original participants at a price of RM30,000 each several years ago. The purchase was nevertheless approved by the Land Office but he have built a big mansion and holiday banglows on Lots 9221 and 9220 long before the state Exco approved the applications on 13.11.2002. He then hatched plan to acquire the contiguous lots in the names of his relatives and business associates using fake address. An inspection of the site also reveal that Datuk has built a row of eight single-storey houses on Lot 9266 which was alienated on 13.11.2002 to another sister of his. He has also partly filled the DID drain adjacent to Lots 9252 and 9253 and thereby extended the area of Lots 9252 and 9253 and narrowed the width of the DID drain. Furthermore, he has built a fence surrounding the lots and constructed a gate across the access road. The Land Office staff have obviously turned a blind eye and condoned all these illegal acts.

    After series of complaining and press reporting in 2005 then Selangor Menteri Besar Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo intervene which saws State Secretary says it’s an Oversight. How could our learned land administrators make such a big mistake when the applicant forms clears shows occupations of applicant and his wife as lawyer?

    State Exco meeting chaired by Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo decided to return the land to pioneers of Kampung Perepat on May 25,2005 and revoke Datuk’s land ownership. After, three years the pioneers yet to get them back and no revoke have been done up to date.

    Today Y.B. S. Manikavasagam, Kapar Member of Parliament accompanied by affected family members and supporters of Parti Keadilan Rakyat made a fresh police report to enable another round of investigation to commence. He also called upon current Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim to intervene immediately.

    Also present is YB Dr Abd Rani, ADUN Meru , Parti Keadilan Kapar Division chairman Tuan Haji Bakir and Hindraf coordinators. YB S. Manikavasagam says he is determined to return the land to pioneer participants at any cost.

    ReplyDelete
  91. salam DS,

    Sejak dulu lagi perangi pemimpin UMNO & BN suka sangat cari perkara remeh untuk diperbesarkan dan dijadikan isu untuk bertelagah dengan niat rakyat akan terpengaruh kononnya UMNO & BN lah yang hanya mampu memimpin negara ini. Semua ini boleh diubah dengan merubah kesemua pimpinan UMNO dan BN dan berikan mereka masa berada diluar kerajaan supaya mereka dapat melihat permasalahan rakyat dari kaca maca seorang rakyat di yang berada di bawah pemerintahan orang lain. Buka menjadi pemerintah dan kononnya merasa apa yang rakyat rasa. Kerana 50 tahun sudah berlalu lagu dan nada pemimpin UMNO & BN sama saja. yang miskin rakyat terbanyak dan terus miskin...

    ReplyDelete
  92. Salam untuk Datuk Seri,
    As far as the illegal immigrant and oil royalty for Sabah are concerned, i think most Sabahans are with him. But on no confident vote - I don't think Yong and SAPP are capable of doing that, apart from being noisy ... in the newspapers.


    http://kadayanuniverse.com/content/view/471/1/

    ReplyDelete
  93. Sila lihat Calon2 Naib Presiden Umno bagi penggal 2008-2011

    http://www.naibumno.blogspot.com/

    ReplyDelete
  94. Salam Dato'.

    Saya melihat teguran Dato' perlu direnungi oleh semua pihak yang berwajib.

    umno78.blogspot.com

    ReplyDelete
  95. DKT,
    saya terpanggil utk melontarkan lagi sekali buah fikiran saya di blog datuk.

    saya amat tidak bersetuju sama sekali dgn pendapat datuk, kononnya hanya umno yg mampu memelihara agama islam dan hak org melayu.ini hanyalah satu pendapat politik yg tidak bersandarkan apa2 lojik, apayah lagi nas atau sandaran hadis.

    ketahuilah datuk, bahawa islam terpelihara sehingga kini kerana masih ujud lagi org2 yg beragama islam yg beriman secara hakikat.islam bukan terpelihara hanya dgn slogan, atau perarakan maulud atau dgn majlis musabaqah Alquran,atau pembinaan masjid yg indah, tetapi dengan iman org2 islam.malahan sejak belum ujudnya umno pun islam tetap terpelihara di bumi Malaysia ini.ketahuilah datuk, bahawa umno lah yg bnyak merosakan agama islam.umno sebagai teras Bn gagal memeperlihatkan keindahan islam kepada kaum2 lain.

    kalau dulu hanya seorang pedagang islam mampu mengislamkan sesebuah negara, tetapi umno jgn kata sebuah negara, samy velu seorg pun tidak mampu diislamkan.

    berkenaan hak melayu yg kononnya di perjuangkan oleh umno, apakah yg telah dilakukan oleh umno? bukankah melayu kian bertambah miskin dan papa kedana sejak akhir2 ini?akuilah hakikat bahawa hanya segelintir melayu yg berkait rapat dgn pemimpin sahaja yg mendapat manafaat dr umno.inikah cara umno membela org melayu?
    adakah malaysia hanya untuk segelintir manusia melayu sahaja? terfikirkah umno dgn berpuluh juta lagi rakyat bahawan yg makin terhimpit? memadaikah dgn menyediakan jalan bertar, lampu jalan sebagai tanda konon2 umno menunjangi kerajaan perihatin?

    jika hanya itu, percayalah bahawa siapa pun boleh mentadbir malaysia.sy juga mampu, malahan mungkin lebih baik lagi.

    ReplyDelete
  96. DKT,

    adakah datuk berkeyakinan bahawa UMNO berani berbuat seperti pemilihan presiden usa?

    hendak berdebat di tv pun ada yg terketar2.baru rakyat bersuara, berdemontrasi sikit, sudah kalut satu malaysia.mana mungkin umno berani mengikut cara amerika.

    bush dikatakan antara presiden usa yg paling bodoh, malahan ada yg mengatakan iqnya sgt rendah, tetapi dia tidak kalut apabila org mengecam, mempersenda, memperolok atau menghina beliau.

    datuk byngkan sendiri jika dolah diperlakukan sebagaimana bush secara terbuka, agak2 apa akan jadi? baru tergantung poster di jalanraya menuntut perletakan jawatan dolah, maka pihak polis di kerah untuk menyiasat.

    ReplyDelete
  97. Sdr smallville dam sahabat bloggers lain.

    Saya tak persendakan rancangan penstrukturan semula hasil pasir negeri selangor,cuma saya tak pasti dari mana anggaran pendapatan rm 200 juta spt yang dinyatakan oleh Tan sri kalid Ibrahim,saya masih lagi tertanya tanya berapa telah dipungut oleh kerajaan negeri dari hasil levi pekerja asing di selangor.

    Dalam tv 3 mb mengatakan tindakan merampas jentera yang digunakan utk mencuri pasir tidak boleh diambil sampai bulan ogos ini,saya nak bertanya mengapa ,kerajaan dulu telah rampas semua mesen terlibat dan kemudiannya mesen tersebut dilupus mengikut undang undang,undang undang telah ada ,kenapa tunggu bulan lapan,mungkin lepas bulan lapan akan ada polisi baru tetapi tindakan undang undang tidak boleh ditangguhkan.Ini menunjukkan mb selangor terlalu naive undang undang ataupon beliau tidak membaca kanun tanah negara.

    Sebenarnya kerajaan hanya mendapat hasil royalti pasir yang diekstrek dari tanah persendirian,dan hasilnya perlu dipungut oleh pentadbir tanah daerah dan dimasukkan dalam wang disatukan kerajaan negeri. Tujuan kerajaan negeri ingin menubuhkan tabung hasil pasir adalah bercanggah dgn kanun tanah negara,malah saya bimbang ia akan mengundang banyak isu penyelewengan kerana tabung ini tidak akan dibentangkan dalam dewan undangan negeri.

    Kita lihat apa telah berlaku dgn kutipan derma sempena 100 hari pakatan rakyat,yang telah mengkriditkan wang tersebut dalam akaun parti keadilan rakyat,ini adalah satu tindakan pecah amanah yang serius.saya ingin bertanya kepada pendokong pkr spt sdr apakah tindakan parti sdr kepada pemimpin yang telah lakukan pecah amanah dan mengaku secara terbuka.

    Saya ingin cadangkan penubuhan tabung ini perlu mendapat nasihat penasihat undang undang negeri,bawa dalam dewan undangan negeri,dan lantik wakil pembangkang dalam pengurusan tabung jika ia boleh ditubuhkan.
    saya masih menunggu dari mana anggaran 200juta akan diperolehi dan saya yakin alasan lain akan diberikan jika ia gagal dicapai.jangan indah khabar dari rupa,berdegar degar mb kata tiada rasuah tak sampai seratus hari pegawai dipejabat sendiri dilapor terlibat dgn rasuah,mb pula mangaku silap yang disengajakan wang kutipan hak kerajaan dimasukkan dalam akaun parti pkr.baru seratus hari,kalau setahun kita tunggu,apa lagi akan berlaku.

    ReplyDelete
  98. Dato'

    Sebenarnya rakyat jelata mahu Pak Lah turun kerana kita dapati beliau tidak mempunyai skills dalam memimpin Malaysia.Sejak beliau mengambil tampuk pemerintahan tidak nampak sebarang keuntungan kepada rakyat jelata. Yang untungnya ialah beliau dan kabinet beliau di bayar gaji setiap bulan dan kepelbagaian keraian termasuklah sara hidup Dato sendiri.

    Wakil Rakyat Malaysia hadir ke Parlimen membawa agenda rakyat bukannya dari kutipan masalah rakyat yang sebenar. Malah mereka tidak pernah bermesyuarat di peringkat rakyat.

    Sebab itu bila rakyat masuk Pak Lah turun, wakil rakyat BN bermati-matian mempertahankan beliau.Mereka mempertahan beliau bukan atas kemahuan rakyat tapi atas sayangkan jawatan mereka. Kerana kalau Pak lah turun mereka juga akan turun dan kabinet baru akan naik. Ini termasuklah Dato' Khir Toyo sendiri.

    Apa yang ingin saya nyatakan ialah sekiranya Pak Lah tak mahu turun beliau kena mengubah sikap dan cara pentadbiran beliau ke arah lebih berwawasan seperti pentadbiran Tun Mahathir. Sekiranya Pak Lah masih bersikap lenggang kangkung atau "sleeping beauty" saya pasti PRU13 UMNO akan jatuh. Sayalah salah seorang akan bakal akan tidak mengundi UMNO dan BN lagi.

    Oleh itu Dato' Khir dan Pak Lah dan kabinetnya, sila ambil perhatian.

    ReplyDelete
  99. Salam Dato Seri,

    Harap harap ianya adalah benar benar Mimpi disiang hari. Kalau betul, HARU satu negara..Nauzubillahminzalik!!

    ReplyDelete
  100. Assalamualaikum Dato' Seri

    Saya adalah pembaca baru blog Dato' Seri. Sebenarnya saya adalah salah seorang pemerhati lama dalam politik dan senario dalam pentadbiran negara ini.

    Buat pertama kalinya saya ke sesi ini satu perkara yang saya nak tekankan disini, adalah peluang orang melayu itu sendiri.

    Dato' Seri kini adalah salah seorang calon Ketua Pemuda Umno Malaysia. Saya doakan DS beroleh kejayaan tersebut dan dapat mengubah beberapa perubahan yang lebih baik di masa akan datang.

    Yang paling ketara disini, adalah sikap orang melayu itu sendiri. Salah satu contohnya, saya adalah salah seorang pensyarah dalam bidang IT, amat berasa hampa dah sedih dengan sikap dan pemikiran budak melayu generasi sekarang.

    Di tempat saya, begitu ramai bangsa lain mengambil dan merebut peluang segala kemudahan dan apa jua yang mereka boleh nikmati bersama dengan bangsa kita.

    Kita pun tidak boleh menyekat hak individu sebagai rakyat malaysia disini.

    Tetapi kaum ini dapat merebut peluang tersebut sekali gus menaikkan taraf pendidikan dan segala yang ada kerana mereka telah di didik, diasuh serta dimotivasikan oleh satu badan dimana dapat membuka minda mereka, supaya rebut segala peluang yang ada.

    Yang amat menyedihkan kenapa anak bangsa kita tidak bersikap sedemikian rupa. saya bekerja bermatian-matian disini, tapi manafaatnya dikecapi oleh bangsa lain. anak melayu kita sendiri yang tidak pandai merebut peluang yang ada. tiada sikap initiative, berdikari dan motivasi diri dalam mereka sendiri.

    Dan sebagai sebuah badan politik umno yang memperjuangkan bangsa melayu, kenapalah kita tidak ada langsung memandang kepada generasi melayu muda yang telah hampir tersungkur dipijak oleh kaum lain di tanah air sendiri pula.

    Kenapa badan lain pula yang dapat membantu bangsa tersebut untuk menaikkan taraf hidup dan mencapai kejayaan yang diluar jangkaan.

    Kita sebagai melayu disini, jangan lah menunding jari, engkau salah aku betul. Kita sama-samalah baiki kelemahan dalam diri kita sendiri. baru lah kita dapat membantu bangsa kita yang telah hampir tenggelam dan ditindas oleh bangsa lain dengan sikap anggkuh dah tamak, bodoh sombong, dengki dan tidak berfikiran terbuka.

    Saya amat berharap sekiranya DS dapat memandang kelemahan kita sendiri di sini, dan dapat lah kiranya dilakukan sesuatu, sebelum segalanya terlambat untuk diselamatkan lagi.

    Selamat berjuang... untuk bangsa melayu.

    ReplyDelete
  101. Salam DS,

    Saya merasakan apa yang DS komen adalah benar. Perkara pokok yang perlu kerajaan lakukan sekarang adalah beruasaha mengurangkan bebanan yang rakyat terpaksa tanggung dengan kenaikan pelbagai barangan dll. Apabila ini telah dilakukan rakyat secara automatik akan menghargai uasaha kerajaan, dan kembali menyokong sebagaimana yang terdahulu. Adalah tidak berfaedah berdebat dan memberikan pernyataan yang bersifar retorik tapi hasilnya langsung tiada. Sebagai rakyat biasa saya mengharapkan kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolong kehidupan rakyat yang kian tersepit . Sebagai seorang pemimpin kita bukan sahaja terpaksa menjawab kepada rakyat yang dipimpin tetapi kepada tuhan yang esa di suatau masa kelak.

    ReplyDelete
  102. Salam DS,

    Saya merasakan apa yang DS komen adalah benar. Perkara pokok yang perlu kerajaan lakukan sekarang adalah beruasaha mengurangkan bebanan yang rakyat terpaksa tanggung dengan kenaikan pelbagai barangan dll. Apabila ini telah dilakukan rakyat secara automatik akan menghargai uasaha kerajaan, dan kembali menyokong sebagaimana yang terdahulu. Adalah tidak berfaedah berdebat dan memberikan pernyataan yang bersifar retorik tapi hasilnya langsung tiada. Sebagai rakyat biasa saya mengharapkan kerajaan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolong kehidupan rakyat yang kian tersepit . Sebagai seorang pemimpin kita bukan sahaja terpaksa menjawab kepada rakyat yang dipimpin tetapi kepada tuhan yang esa di suatau masa kelak.

    ReplyDelete