Assalamualaikum dan salam sejahtera para sahabat bloggers dan para pembaca sekalian.
Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan senario dan lanskap politik negara bertukar sama sekali. Perubahan ini berpusat daripada dua faktor iaitu faktor Anwar dan faktor yang menentukan pembebasan Anwar.
Pendedahan saudara Ezam Mohd Noor mengenai usaha pembebasan Datuk seri Anwar membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin membawa satu lagi persoalan baru kepada orang ramai khususnya pemimpin politik UMNO. Saya biarkanlah ia menjadi tanda tanya kita semua.
Saya juga akui kenyataan Ezam mengenai perjumpaan beliau dengan saya adalah benar dan memang ketika itu saya mencadangkan supaya Ezam kembali kepada UMNO.
Ini kerana saya melihat hubungan beliau dengan Anwar tidak akan kekal. Dan ternyata perkara tersebut berlaku. Sungguhpun begitu kembalinya Ezam agak terlewat dan penuh kontroversi kerana ia dibuat berdekatan dengan pemilihan UMNO.
Namun faktor Anwar sendiri perlu diberi perhatian.
Anwar sudah diketahui umum sebagai ahli politik yang licik dan mempunyai banyak helah, bertopengkan pelbagai wajah, namun menyembunyikan agenda sebenarnya.
"Cuti sabatikal" Anwar selama enam tahun di Sungai Buloh turut memberi beliau ruang dan peluang untuk memikir dan merangka strategi politiknya.
Ramai pemimpin UMNO tersalah baca gerak politik Anwar Ibrahim. Saya mula menyedari kelicikan beliau apabila berdepan secara terbuka dalam pilihan raya kecil DUN Ijok lalu.
Saya melihat kekuatan Anwar ialah mengenai keupayaan beliau memanipulasi isu dan melakukan character assassination. Anwar juga mempunyai kebolehan menukar "wajah-wajahnya" mengikut kaum yang menghadiri ceramahnya.
Bagi Anwar nilai sebuah perjuangan adalah kemenangan peribadi. Sebab itu saya melihat pergerakan politik Anwar sejak sebelum pilihan raya lalu telah dirancang dengan teliti untuk meletakkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu negara.
Landasan Kedua Menuju Puncak
Anwar hampir di puncak sebelum jatuh kerana tersalah perancangan. Anwar kali kedua menuju puncak sudah mempelajari pelajaran dan pengajaran sejarah lalu.
Juteru untuk kembali mengepalai landasan menuju puncak. Anwar perlu melakukan beberapa perancangan dan manipulasi dalam politik.
Fasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.
Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan).
Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan "cauvinis" mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu.
Pas yang terjebak dengan imej parti Islam telah cuba untuk mengurangkan persepsi tersebut dengan tema-tema perjuangan baru seperti kesamarataan dan menjadi parti kebajikan. Melalui kerjasama longgar ini, pas diberi kerusi Menteri Besar di Perak biarpun merupakan parti paling sedikit memenangi kerusi.
Penampilan yang charming dan kekuatan orator telah memberikan kelebihan kepada Anwar dalam keadaan negara sedang membuat penilaian gaya kepimpinan baru Datuk Seri Abdullah berbanding gaya Tun Dr. Mahathir. Penampilan Pak Lah yang bersahaja telah membolehkan Anwar mengambil kesempatan menonjolkan diri.
Fasa kedua manipulasi politik Anwar sedang berlangsung sekarang ini. Anwar menyerang kredebiliti kepimpinan bagi memarakkan lagi krisis keyakinan itu. Anwar mengadakan pelbagai rundingan bagi dan melakukan tawar-menawar dengan Ahli Parlimen BN bagi menarik orang tertentu lompat parti.
Serangan manipulasi kedua yang sedang dilancar ialah untuk menjatuhkan kredebiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan ini ternampak jelas melalui salah seorang blogger, yang sememangnya pendokong setia Anwar Ibrahim. Tujuan Anwar ialah untuk menunjukkan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai pemimpin yang credible.
Kenyataan lompat parti ahli-ahli parlimen merupakan dendangan lanjutan manipulasi tersebut.
Sehinggakan hari ini kepimpinan negara dan rakyat tidak berfikir untuk maju ke hadapan tetapi merasa hidup dalam resah gelisah mencari kepastian sama ada kerajaan ini akan kekal atau sebaliknya.
Taktik Anwar bukan sangat mahu menubuhkan kerajaan secara segera. Buat masa ini beliau hanya mahu mengukuhkan imejnya sebagai pemimpin berkarisma yang lebih dominan dan perancang kepada rentak politik tanah air.
Dendangan lompat parti ini telah dialunkan oleh pemimpin PKR sahaja bukan DAP dan Pas. Parti seperti SAPP adalah parti opportunis, pasti gembira untuk libatkan diri dalam manipulasi Anwar Ibrahim ini.
Berdasarkan respon di blog saya dan laman-laman web lain, UMNO harus sedar bahawa manipulasi Anwar pada tahap kedua sudah berjaya. Ramai yang melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin harapan negara, manakala pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang tidak berupaya.
UMNO wajar mencari formula untuk melumpuhkan manipulasi Anwar Ibrahim. Kaedah terbaik ialah UMNO perlu kuat dan bersatu supaya peralihan kuasa berlaku dalam UMNO dahulu, bukan di Parlimen.
Semua tindakan peralihan itu perlu dirangka dan dikongsi bersama oleh seluruh kepimpinan UMNO setiap peringkat, dan keputusan itu akan menjadi tangkal untuk UMNO terus kuat dan menghancurkan manipulasi Anwar Ibrahim.
Jika UMNO tidak berupaya memulihkan keyakinan terhadap kepimpinan, kesempatan ini akan diambil oleh Anwar Ibrahim melakukan manipulasi fasa ketiga. Beliau akan cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin alternatif negara dengan menggunakan empat negeri Pakatan Rakyat sebagai landasan untuk meyakinkan rakyat bahawa beliaulah pemimpin terbaik untuk didokong dan disokong walaupun penuh helah.
Masalah Anwar
Malangnya Anwar sendiri berada dalam kedaan goyang apabila Sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam telah menunjukkan pergeseran dalam parti-parti komponen PR.
Saya dimaklumkan Pas tidak menyertai perhimpunan ini kerana sesuatu sebab dalaman. Jika kita lihat dari segi fizikal pun, tiada bendera Pas dan Dap kelihatan di sekitar Stadium Melawati tempat penganjuran majlis sambutan. Malah saya difahamkan krisis kian meruncing apabila tiga Menteri Besar Pas dikatakan telah "ditegah" oleh pucuk pimpinan Pas dari menghadri majlis tersebut.
Dap sungguhpun hadir tetapi tidak menunjukkan komitmen yang sewajarnya kepada Anwar Ibrahim.
Ketika Anwar sibuk menggangu Barisan Nasional, ilusi politik Pakatan rakyat ciptaan Anwar juga tampaknya seumpama retak menanti belah.
Pengajaran Kepada Kita
Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.
Janganlah kita membenarkan perjuangan politik yang berasaskan resam si Kitol, Mendeliar, atau menjadi si Tanggang yang merosakkan perjuangan sebuah bangsa kerana kepentingan diri.
Pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyebabkan senario dan lanskap politik negara bertukar sama sekali. Perubahan ini berpusat daripada dua faktor iaitu faktor Anwar dan faktor yang menentukan pembebasan Anwar.
Pendedahan saudara Ezam Mohd Noor mengenai usaha pembebasan Datuk seri Anwar membabitkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantu beliau, Khairy Jamaluddin membawa satu lagi persoalan baru kepada orang ramai khususnya pemimpin politik UMNO. Saya biarkanlah ia menjadi tanda tanya kita semua.
Saya juga akui kenyataan Ezam mengenai perjumpaan beliau dengan saya adalah benar dan memang ketika itu saya mencadangkan supaya Ezam kembali kepada UMNO.
Ini kerana saya melihat hubungan beliau dengan Anwar tidak akan kekal. Dan ternyata perkara tersebut berlaku. Sungguhpun begitu kembalinya Ezam agak terlewat dan penuh kontroversi kerana ia dibuat berdekatan dengan pemilihan UMNO.
Namun faktor Anwar sendiri perlu diberi perhatian.
Anwar sudah diketahui umum sebagai ahli politik yang licik dan mempunyai banyak helah, bertopengkan pelbagai wajah, namun menyembunyikan agenda sebenarnya.
"Cuti sabatikal" Anwar selama enam tahun di Sungai Buloh turut memberi beliau ruang dan peluang untuk memikir dan merangka strategi politiknya.
Ramai pemimpin UMNO tersalah baca gerak politik Anwar Ibrahim. Saya mula menyedari kelicikan beliau apabila berdepan secara terbuka dalam pilihan raya kecil DUN Ijok lalu.
Saya melihat kekuatan Anwar ialah mengenai keupayaan beliau memanipulasi isu dan melakukan character assassination. Anwar juga mempunyai kebolehan menukar "wajah-wajahnya" mengikut kaum yang menghadiri ceramahnya.
Bagi Anwar nilai sebuah perjuangan adalah kemenangan peribadi. Sebab itu saya melihat pergerakan politik Anwar sejak sebelum pilihan raya lalu telah dirancang dengan teliti untuk meletakkan dirinya sebagai pemimpin nombor satu negara.
Landasan Kedua Menuju Puncak
Anwar hampir di puncak sebelum jatuh kerana tersalah perancangan. Anwar kali kedua menuju puncak sudah mempelajari pelajaran dan pengajaran sejarah lalu.
Juteru untuk kembali mengepalai landasan menuju puncak. Anwar perlu melakukan beberapa perancangan dan manipulasi dalam politik.
Fasa pertamanya ialah pilihan raya ke 12. Beliau menggunakan menggunakan segala kelicikannya melakukan manipulasi politik melalui penawaran jawatan dan kedudukan bagi menyatukan parti-parti politik yang bukan sahaja berbeza ideologi tetapi bertentangan sama sekali.
Retorikal dan manipulasi politik Anwar telah berjaya menanggap imaginasi pengundi-pengundi di kawasan bandar sehinggalah gabungan longgar ini mampu mengambil alih lima negeri (termasuk Wilayah Persekutuan).
Beliau berjaya meyakinkan Dap dan Pas untuk mengadakan satu kerjasama longgar. Yang untung pastinya Dap kerana hari ini mereka sudah boleh berhujah bahawa ada orang Melayu yang menyokong perjuangan "cauvinis" mereka. Malah mereka juga dilihat menguasai dua buah negeri yang dipimpin oleh Menteri Besar Melayu.
Pas yang terjebak dengan imej parti Islam telah cuba untuk mengurangkan persepsi tersebut dengan tema-tema perjuangan baru seperti kesamarataan dan menjadi parti kebajikan. Melalui kerjasama longgar ini, pas diberi kerusi Menteri Besar di Perak biarpun merupakan parti paling sedikit memenangi kerusi.
Penampilan yang charming dan kekuatan orator telah memberikan kelebihan kepada Anwar dalam keadaan negara sedang membuat penilaian gaya kepimpinan baru Datuk Seri Abdullah berbanding gaya Tun Dr. Mahathir. Penampilan Pak Lah yang bersahaja telah membolehkan Anwar mengambil kesempatan menonjolkan diri.
Fasa kedua manipulasi politik Anwar sedang berlangsung sekarang ini. Anwar menyerang kredebiliti kepimpinan bagi memarakkan lagi krisis keyakinan itu. Anwar mengadakan pelbagai rundingan bagi dan melakukan tawar-menawar dengan Ahli Parlimen BN bagi menarik orang tertentu lompat parti.
Serangan manipulasi kedua yang sedang dilancar ialah untuk menjatuhkan kredebiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan ini ternampak jelas melalui salah seorang blogger, yang sememangnya pendokong setia Anwar Ibrahim. Tujuan Anwar ialah untuk menunjukkan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai pemimpin yang credible.
Kenyataan lompat parti ahli-ahli parlimen merupakan dendangan lanjutan manipulasi tersebut.
Sehinggakan hari ini kepimpinan negara dan rakyat tidak berfikir untuk maju ke hadapan tetapi merasa hidup dalam resah gelisah mencari kepastian sama ada kerajaan ini akan kekal atau sebaliknya.
Taktik Anwar bukan sangat mahu menubuhkan kerajaan secara segera. Buat masa ini beliau hanya mahu mengukuhkan imejnya sebagai pemimpin berkarisma yang lebih dominan dan perancang kepada rentak politik tanah air.
Dendangan lompat parti ini telah dialunkan oleh pemimpin PKR sahaja bukan DAP dan Pas. Parti seperti SAPP adalah parti opportunis, pasti gembira untuk libatkan diri dalam manipulasi Anwar Ibrahim ini.
Berdasarkan respon di blog saya dan laman-laman web lain, UMNO harus sedar bahawa manipulasi Anwar pada tahap kedua sudah berjaya. Ramai yang melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin harapan negara, manakala pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang tidak berupaya.
UMNO wajar mencari formula untuk melumpuhkan manipulasi Anwar Ibrahim. Kaedah terbaik ialah UMNO perlu kuat dan bersatu supaya peralihan kuasa berlaku dalam UMNO dahulu, bukan di Parlimen.
Semua tindakan peralihan itu perlu dirangka dan dikongsi bersama oleh seluruh kepimpinan UMNO setiap peringkat, dan keputusan itu akan menjadi tangkal untuk UMNO terus kuat dan menghancurkan manipulasi Anwar Ibrahim.
Jika UMNO tidak berupaya memulihkan keyakinan terhadap kepimpinan, kesempatan ini akan diambil oleh Anwar Ibrahim melakukan manipulasi fasa ketiga. Beliau akan cuba menonjolkan dirinya sebagai pemimpin alternatif negara dengan menggunakan empat negeri Pakatan Rakyat sebagai landasan untuk meyakinkan rakyat bahawa beliaulah pemimpin terbaik untuk didokong dan disokong walaupun penuh helah.
Masalah Anwar
Malangnya Anwar sendiri berada dalam kedaan goyang apabila Sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam telah menunjukkan pergeseran dalam parti-parti komponen PR.
Saya dimaklumkan Pas tidak menyertai perhimpunan ini kerana sesuatu sebab dalaman. Jika kita lihat dari segi fizikal pun, tiada bendera Pas dan Dap kelihatan di sekitar Stadium Melawati tempat penganjuran majlis sambutan. Malah saya difahamkan krisis kian meruncing apabila tiga Menteri Besar Pas dikatakan telah "ditegah" oleh pucuk pimpinan Pas dari menghadri majlis tersebut.
Dap sungguhpun hadir tetapi tidak menunjukkan komitmen yang sewajarnya kepada Anwar Ibrahim.
Ketika Anwar sibuk menggangu Barisan Nasional, ilusi politik Pakatan rakyat ciptaan Anwar juga tampaknya seumpama retak menanti belah.
Pengajaran Kepada Kita
Kita harus belajar daripada sahabat-sahabat rapat Anwar Ibrahim yang dulunya sanggup tenggelam timbul bersama, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan beliau. Kita juga harus sedar manipulasi ini tidak akan membawa sebarang keuntungan kepada rakyat. Bagi saya Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah opportunist yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa.
Janganlah kita membenarkan perjuangan politik yang berasaskan resam si Kitol, Mendeliar, atau menjadi si Tanggang yang merosakkan perjuangan sebuah bangsa kerana kepentingan diri.
A.kum Datuk Seri,
ReplyDelete1. Masalah utama yang dihadapi oleh UMNO sekarang ialah UMNO tidak mempunyai seorang 'tokoh' yang setanding dan berwibawa seperti Anwar Ibrahim.
2. Jika UMNO mempunyai seorang tokoh yang setaraf atau lebih baik dari Anwar, saya percaya PKR dah ranap. Harus diingat PKR adalah 'Juru Perunding' yang bertauliah...?
3. Cuba kita lihat dalam blog saya, keputusan 'vote'...Siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 ?
Assalamualaikum Dato' Seri,
ReplyDeleteSaya mencadangkan agar Dato' Seri berhati-hati dengan agenda2 Anwar. Dari semenjak berakhir PRU12, Anwar memulakan agendanya di Sabah. Perkara ini juga menular ke semenanjung. Telah diingatkan kepada para2 MT UMNO yang dikatakan bijak pandai itu oleh seseorang, namun ingatan itu tidak dipedulikan dan dianggap khabar angin busuk oleh sesetengah MT UMNO. Kini, anginnya sudah bertukar menjadi kisah benar. Dan para2 MT yang dulunya sombong dan berlagak bijak telah terkedu dengan tindakan SAPP. Mereka mula mencari seribu jalan untuk memburukkan SAPP dan presidennya. Hakikat sebenar tentang kelemahan sendiri tidak diendahkan. Yang penting bagi mereka ialah "memburukkan" imej mana2 pihak yang memburukkan Pak Lah. Percayalah...semua ini berpunca dari PAK LAH. Anwar hanyalah oppotunis yang cuba mengambil kesempatan atas kelemahan Pak Lah. Sedar atau tidak, hakikat sebenar ialah "PAK LAH ADALAH PUNCA MALAPETAKA UMNO". Itulah hakikat paling pahit untuk ditelan oleh semua ahli UMNO mahupun Pak Lah sendiri. Yakinlah, jika Pak Lah tidak turun atai diturunkan pada Perhimpunan Agung UMNO disember ini, maka akan berlaku lagi "ahli UMNO keluar parti beramai-ramai". Yakinlah...! Kerana tidak ramai yang ingin dan tidak rela diketuai oleh pemimpin yang lemah seperti Pak Lah...yakinlah kata2 akar umbi ini. Akar umbi yang menaikkan pemimpin, bukan pemimpin yang menentukan segalanya...itulah kuasa demokrasi! Sampaikan salam saya pada semua MT...
kalau tk silap, sy pernah menyuarakan komen, bahawa segala yg terjadi ini adalah satu konspirasi atau perancangan peringkat tertinggi.segalanya telah diaturkan oleh segelintir manusia utk satu2 tujuan yg mereka sahaja yg tau.
ReplyDeletemelihat kepada senario yg terjadi ini, sy berkeyakinan kuat, jauh panggang dari api najib akan menjadi PM.
najib kian terlihat ketololannya, mungkin cuba menyembunyikan sesuatu.adakah dia sedar atau tidak, dia sedang dipermainkan sahaja?
Salam Dr,
ReplyDeleteSaya merasakan rakyat tidak bodoh sepeti dulu untuk memilih pemimpin, peluang terbuka apabila wujud kelemahan.
Bacaan yang baik untuk dibaca, tidak begitu baik untuk di ikut....
ReplyDeleteresmi org kalah hehehhe.
Owh lupe blog dia .. dia punya suke lah nak cakap apa saje....
Tumpang baca je apa yang dirintihkan oleh org kalah ini..
Kasihan.....
Dato' Seri, Sambutan 100 Hari Pembentukan Kerajaan Baru Negeri Selangor Darul Ehsan berlangsung di STADIUM SHAH ALAM, bukan di Stadium Melawati. TQ.
ReplyDeleteA'kum Saudara Khir, mungkin saudara nie lupa siapa saudara ini dengan komen saudara. Bukankah saudara orang yang menswastakan projek kerajaan negeri dimana kerajaan negeri tidak punya keuntungan munasabah dalam projek penswastaan negeri. Kalau ada bukti DSAI pun sama macam saudara boleh bagi bukti? Buat Laporan Polis dan sebagainya...
ReplyDeleteSiapa saudara sebelum ini? Hanya dr gigi biasa di kajang, itu sahaja, title MB selangor sekejap tuh telah menamatkan releven saudara dalam politik negara.
Jadi saya cadangkan, saudara tak payah lah susah-susah, kerana kat selangor sendiri UMNO negeri dah lama menyampah dengan saudara.
YB DS,
ReplyDeleteJika diizinkan tuhan sekiranya DS menang jawatan pergerakan pemuda nanti maka berusahalah melahirkan seramai mana mungkin pelapis pemuda yang bijak berceramah dan berhujah, berilmu dan berkredibiliti, bersih akhlaq dan moral, bukan barisan pemuda yang didodoi dengan konvoi bermotor, bersorak dan main bola sahaja.
Jangan dicantas golongan muda yang berpotensi di peringkat awal akibat takut mereka akan mengambil jawatan kita satu ketika nanti. perjuangan ini suci bagi membela agama dan bangsa.
Walaupun saya amat menyokong kenyataan DSK. Namun begitu, pada pendapat saya skrang ni polemik isu UMNO/PKR/PAS bukanlah isu utama di kalangan rakyat. Kami dah masak dengan politik malaysia. Pak Lah masih lagi dengan sikap denialnya. Tidak mahu mengaku apa yg silapnya. Manakala rakyat terus menderita.
ReplyDeleteRakyat skrang ni terus dihimpit dengan keperitan hidup, segala-galanya naik. Keadaan ini amat meresahkan rakyat berpendapatan rendah yg hidup di bandar. Kepada siapa mereka ingin mengadu? Kepada UMNO? BN? PAS? PKR ? Ahh..politikus2 ini mmg tidak berguna. Yang penting parti mereka menang. Namun untuk makluman DSKT, tanpa sokongan rakyat. Part politik akan terkubur. Rakyat adalah tonggak keutuhan sesebuah parti, namun siapa kah yg menjaga hati mereka?
Saya boleh katakan DSKT masih bermimpi. Rata-rata rakyat sudah tidak peduli apa yang akan terjadi. Kerana kerajaan seperti memandang rendah kepada rakyat. Bayangkan pekerja2 berkolar biru,tak kira la swasta mahupun kerajaan, bagaimanakah kehidupan mereka dengan beban tanggunggan yg berat. Jika DSKT skrang ni sebagai betul betul berjiwa rakyat. DSKT patutnya memikira kami dahulu. Apa kata Dr Khir buka Klinik Percuma kepada rakyat. Saya cabar DSKT. Jika DSKT tidak mampu, apakan daya DSKT tidak mampu untuk mengubah apa-apa. Mungkin DSKT hanya layak menjadi seorang blogger...
www.pembelamelayu.com
Faktor Anwar Ibrahim memang tidak boleh dipandang sepi oleh pemimpin UMNO. Anwar memang seorang orator. Sesiapa yang mendengar ceramahnya pasti seronok untuk mendengar sehingga habis. Anwar pandai memanupulasi isu semasa dan pandai menarik perhatian orang ramai untuk terus mendengar.
ReplyDeletehttp://nadzrikamsin.blogspot.com/
SEKIRANAYA benar apa yang dicakapkan oleh Ezam berkaitan pembabitan langsung PLah dan KJ dalam pembebasan Anwar, MAKA amat malanglah orang orang UMNO kerana ianya merupakan 'gunting dalam lipatan' kepada parti.
ReplyDeleteKALAU itulah niat dua beranak itu maka MEMILIH,MENJADIKAN DAN MEMPERTAHANKAN mereka untuk terus memimpin sesungguhnya merupakan satu jenayah politik dan berdosa besarlah kepada setiap ahli UMNO.
SEKIRANYA APA yang Ezam kata itu benar, maka sudah menjadi tahap WAJIB kepada seluruh ahli UMNO menurunkan kedua dua beranak itu kerana DOSA mereka kepada parti sangatlah besar dan tidak boleh diampunkan.
tokmad
Tuan Hamba,
ReplyDeleteKelibat Anwar di persada politik negara cukup berliku. Daripada demo di jalan pedalaman Baling sehingga kotaraya Kuala Lumpur pasti ada yang mengikutnya. Tetapi pada hari ini, beliau seakan menari-nari di jalanan. Mudah benar beliau menconteng arang di muka pemimpin-pemimpin negara.
Ini hamba sudah jangka sesudah beliau menamatkan "cuti panjang" di Sungai Buluh. Apa yang tersirat difikiran AAB? Daripada Cawangan Khas Bukit Aman serta pihak perisik tentera Malaysia, tidakkah dapat diselidiki pergerakan beliau. Bersekongkol dengan AS, dijunjung tinggi Yahudi, bermesra-mesra dengan Seberang Tambak? Itu yang kita nampak, yang tidak nampak? Masya-Allah, SEMOGA DIJAUHKAN KEJAHATAN DI DALAM DIRI BELIAU.
Hasrat untuk memperkukuhkan UMNO dengan masih mengekalkan pemimpin yang LEMAH akan membawa REBAH kepada UMNO. Suara akar umbi sudah diutarakan. Seluruh tanahair mahukan pemimpin yang LEMAH ini meletakkan jawatannya dengan segera. Sebenarnya, yang memimpin negara pada hari ini adalah Team'B@87 kecuali bekas ketuanya. Bekasnya sudah insaf dan mahu memacu untuk memperkasakan Alif, Ba, Ta. Namun, ianya dipandang sinis oleh Team'B@87 yang lain. Di mana Team'A@87? Hamba merindui Arwah Tun Ghafar Baba. Jika beliau ada, walaupun tanpa pangkat atau ijazah Oxford, ternyata beliau antara yang pertama "menyembelih" leher Team'B@87 ini. Al-fatihah kepada rohnya. Amin.
Hamba faham Tuan Hamba malu besar tumpas di Darul Ehsan. Tapi ada 'kemaluan' yang lebih besar menanti jika Alif, Ba, Ta "tumpas".
Jika ada kuasa, jangan hanya pandai main sembunyi-sembunyi. Alif, Ba, Ta bakal ditimpa bencana. Bukan sekadar teori atau tanda-tanda kecil lagi, tenda-tanda besar sudah mula melanda. Lupakan kuasa, terjemahkan suara akar umbi. Bukan sekadar angguk-angguk, geleng-geleng, tunduk-tunduk. Tuan hamba jangan khuatir, di bawah sana ada ramai penglima-penglima, pendekar-pendekar yang taat setia kepada Alif, Ba, Ta untuk dikerahkan kudratnya.
Fikir-fikirkan lah,..
Salam DS,
ReplyDeleteSaya tertarik dengan penyataan DS seperti berikut:
"Serangan manipulasi kedua yang sedang dilancar ialah untuk menjatuhkan kredebiliti Datuk Seri Najib Tun Razak. Serangan ini ternampak jelas melalui salah seorang blogger, yang sememangnya pendokong setia Anwar Ibrahim. Tujuan Anwar ialah untuk menunjukkan Barisan Nasional tidak lagi mempunyai pemimpin yang credible."
Saya rasa penyataan DS ini merujuk kepada dakwaan Raja Petra menerusi akuan sumpah tentang penglibatan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya baru2 ini. Pada pandangan saya ini bukan manipulasi Anwar Ibrahim... cuma mungkin Anwar Ibrahim boleh mempergunakan kesempatan ini untuk dirinya sendiri dan bukannya perkara ini direka-reka.
Pada pandangan saya tulisan Raja Petra boleh dipercayai sepenuhnya. Saya banyak membaca, menganalisa dan membandingkan tulisan Raja Petra dengan apa yang sebenarnya berlaku menerusi media perdana. Saya dapati 95% dari apa yang ditulis oleh Raja Petra di dalam blognya yang dinafikan oleh kerajaan semuanya akhirnya terserlah kebenarannya.
Jadi DS, kalau Raja Petra dah sanggup membuat akuan sumpah di mahkamah tinggi mendakwa penglibatan Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya, DS rasa para pembaca tulisan-tulisan Raja Petra boleh rasa was-was lagi ker?
Secara logik akal... Kalau apa yang didakwa oleh Raja Petra merupakan fitnah, kenapa dia begitu bodoh untuk membahayakan dirinya sendiri?? Untuk apa?? Kalau fitnah, nah... dakwa dia di mahkamah laa. Tapi tak ada yang berani nak dakwa segala tulisan-tulisan dia sebab sememangnya apa yang dikatakannya itu betul. Pendakwaan terhadapnya akan hanya mendedahkah lagi keburukan orang yang mendakwa.
DS boleh tunggu dan lihat perkembangan kes ini nanti dan sama-sama kita lihat hasilnya nanti.
DS,
ReplyDeletesebaga ketua pembangkang di selangor, dapatkah DS sahkan berita bahawa exco di selangor sedang berbincang/telah membuat keputusan berkenaan isu azan di masjid2 dan surau di selangor.
syabas ds,
ReplyDeleteumno terus kehadapan membela nasib rakyat dan org melayu sejati...
syabas ds,
ReplyDeleteteruskan usaha membela org melayu..
Dr Khir;
ReplyDeleteSaya rasa saya bersetuju dengan pendapat saudara kerana Parti yang memerintah Negeri Selangor ini tak jauh dengan apa yang dibuat oleh BN dulu. Lihat sahaja ahli-ahli majlis penguasa tempatan sebahagian besarnya daripada PKR, PAS dan DAP. Yang dikatakan wakil NGO dan professional pun jika diselidik latar belakangnya mereka juga ahli-ahli PAS, PKR atau pun DAP. Apa beza nya dengan BN?
Melayu Masih Mampu
Akhirnya kebenaran akan terserlah...Tuhan pasti tidak akan meredhai Sang Anwar menjadi Perdana Menteri di bumi Malaysia yang berdaulat ini.
ReplyDeletesaya penyokong pakatan rakyat so saya menganggap apa yg dikatakan ini sebagai cerita2 dalam blog sahaja.contoh ezam masuk umno tapi saya tak dengar lagi ape perancangan dia untuk umno demi mengukuh umno(kononnya) duk sibuk membelasah PKR dan anwar tak seperti pemimpin pakatan rakyat setiap isu yg di komen pasti ade cadangan untuk selesai kan nyer contoh isu minyak naik ade cara dari pemimpin PR unutk menangani nya tapi tidak dari BN hanya nasihat 'ubah lah cara hidup' so camne
ReplyDeleteteruskan lah DS sebagai 'pendesak' memang seronok jadi pembangkang nie semuanya nampak salah...
http://melayubolehjuga.blogspot.com
ala Datuk, ini cakap orang yang dah kalah. dulu masa memerintah apa sangat lah sumbangan Datuk. sumbangan rasuah ada la. ini cakap orang gila talak sebenarnya. lepas kalah teruk baru tersedar dan sekarang tergila gilakan jawatan semula. saya nak muntah dengar nama UMNO sekarang. semua pemimpin UMNO suka kahwin artis, isteri pakai tudung tak lengkap, hidup penuh hiburan, suka raba bontot macam Jamaluddin Najis dan sebagainya.
ReplyDeletepercaturan politik hari ini juga merupakan percaturan melayu... Ibarat kata seorang seniman musix... perjuangan umno betul tapi dipenuhi pemimpin2 senget. pemimpin2 pas betul untuk melayu tp di limpahi parti2 senget..
ReplyDeletesahabat.
ReplyDeletecuti sabatical?
cari mimpi dalam mimpi manakan jumpa realiti.
sahabat seagamaku mohd khir ini masih tidak berpijak dibumi nyata agaknya.
I am the first....but I wish I am the first to comment on Dr. Mahathir's blog.
ReplyDeleteDr. Khir..yang saya hormati, saya sebagai ahli UMNO Taman Cahaya , Ampang Selangor sememangnya mengakui sedikit akan kebenaran komen Dr. mengenai Anwar dan kelicikan politiknya. Tetapi saya ingin menjelaskan akan kejatuhan UMNO di DUN CEMPAKA pada PRU 12 lepas. Izinkan saya menerangkan sedikit sebanyak. Pada malam calon diumumkan, calon UMNO (BN)- Makcik Norhashimah telah terpilih. Malam itu juga lebih kurang 500 orang berkumpul di Dewan Taman Cahaya utk membantah calon yang langsung tidak dikenali oleh rakyat. Maksudnya lebih kurang tidak pernah turun ke bawah. Betulkah Dr. memilih calon itu atas nasihat Dato' Mufti (yang juga tewas). Segenap lapisan masyarakat dan kaum juga terkejut dan bantahan terus dikemukakan kepada Dr. dan PM. Tapi apakan daya.....kami suara rakyat bukan nak didengar oleh kamu semua pemimpin bongkak yang bernafsukan duit semata. Ramai ahli UMNO kecewa dan juga isu "BOTOX" Dr. juga turut dimainkan menambah parah rakyat utk tidak mengundi BN. Jgnlah Dr. bermimpi untuk menggapai bintang di siang hari.....jadilah Dr. Si luncai dengan labu-labunya. Wassalam
Dato Seri Khir... Kisah Anwar Ibrahim dan mimpinya sebenarnya sudah ramai yang mengetahuinya cuma kita ni bila dah tahu anwar itu memang macam itu perangainya tetapi masih percaya dengan cerita cerita palsunya kerana ramai rakyat malaysia masih ikut sama bermimpi dengan beliau, kerana mereka tidak sedar itulah janji-janji kosong anwar pada "OUR POOR MALAYSIANS". Saya minta pada pemimpin kita jangan ikut bermimpi macam anwar, takut mimpi di siang hari aje. For u dato seri welldone, ur blog memang superb. After Tun, ur blog yang ada ramai visited.Sejak kebelakangan ini dato seri ramai yang sudah sedar akan tipu helah anwar bingai dan pakatan rakyat. 100 hari memerintah habuk pun tarak.... Tan Sri Khalid Ibrahim, asyik nak korek masalah untuk memalukan u tapi sekarang dia pulak yang banyak masalah. KESIAN..........., Anyway Dato Seri, u keep it up, Insyallah akan berjaya...sebagai ketua pemuda dan seterusnya sebagai PM oneday, Amin. Kami akan sokong perjuangan Dato SerI semuga membela nasib bangsa dan negara...
ReplyDeleteA'kum DSKT
ReplyDeleteSeolah-olah ada konspirasi tentang pembebasan DSAI. Seperti yang DSKT tulis mengenai kaitan dengan pak Lah dan KJ.
Karpal Singh sangat menyukai pak Lah sedangkan beliau adalah pemimpin DAP yang merupakan kembar kepada pari PAP singapura pimpinan Lee Kuan Yew.
KJ pula dikatakan terlibat dalam penjualan saham Pantai Holdings kepada Temasek Holdings.
Projek WPI Johor pula memberi peluang kepada Singapura membeli dan mentadbir sebahagian daripada Johor. Idea asal datang dari Pak Lah.
Pulau batu Putih sudah menjadi milik singapura dengan senjata surat yang ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri sahaja. AG pula sibuk dengan urusan rusuhan di batu buruk. Seriuskah Pak Lah dalam perkara ini?
Berhubung dengan kenaikan harga minyak, Pak Lah seolah-olah cuba menyalahkan Petronas dengan acara temubual di TV dengan TS hasan merican. sedangkan sepatutnya pak lah yang memberi penerangan.
DSAI mungkin dijadikan 'alat' untuk menjadi penyebab kepada kejatuhan negara kita. Seterusnya negara kita terjual kepada negara lain.
Adakah negara kita berada di ambang kehancuran?
Harap DSKT berusaha sedaya upaya bersama pemimpin lain yang menyedari perkara ini sebelum terlambat. Tun M juga nampaknya berusaha keras menyelamatkan negara.
kami semua bergantung kepada DSKT dan rakan2 dan janganlah hampakan kami semua.
wassalam
ds khir apa khabar?sekarang ds khir sudah semakin tajam dan hampir kepada topik penting pada saya iaitu pendedahan tentang sikap dsai.
ReplyDeletesaya ada mengadiri suatu seminar pelabur yang rata2 dihadiri oleh bangsa cina dan india.speaker itu berkata sekarang masa kita tunggu dan lihat.speaker tersebut mengatakan risiko yang besar telah disentuh oleh BN adalah menaikan harga minyak yang membuatkan rakyat naik minyak...dan pada masa yang sama dsai memberi ubat dengan akan menurunkan harga minyak jika pakatan rakyat mengambil alih kerajaan..16 september adalah tarikh wajib diambil perhatian dan kajian penting.....inilah gaya persembahan yang mereka gunakan untuk memancing undi...dan ds khir pun sedia maklum 56% adakah faktor penting yang ada pada dsai dan faktor 56% ini juga harus diambil perhatian lebih oleh barisan ds khir sekarang selain faktor 6% dan 38% yang saya katakan pada artikel yang lepas.
agak ramai pemimpin umno sebenarnya mempunyai sikap bersederhana(ia bagus)tetapi tiada pemimpin faktor X selepas tun mahathir dalam BN.ramai terlalu berhati-hati sehingga lebih bersikap diam yang konon2nya demi untuk tidak mengeruhkan keadaan katanya....zaman telah berubah sekarang...pemimpim kita mesti berani,pantas memberi maklum balas pada rakyat dan harus menonjolkan diri serta kena mengambil risiko sebab "kalau takut dengan risiko mengapa jadi pemimpin"
lagi satu umno sejak 10 tahun kebelakangan ini kekurangan pemimpin faktor X.yang ada harapan pun adalah insan yang sedang membaca artikel saya ini.secara peribadi saya berharapan ds khir akan meneraju negara dan golongan seperti saya(saya merestui jika ds khir menjadi PM)suatu masa nanti.maaf jika ia keterlaluan.rakyat sentiasa memerhati ds khir dan ds khir mesti berusaha menawan kembali hati rakyat dari dsai dengan mengambil perhatian dan kajian sedikit pandangan saya iaitu pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang mampu menguasai 56%(gaya persembahan)selain 6%(bercakap) dan 38%(sistem/maklumat)yang BN ada hari ini.
so....jadilah pemimpin "X factor"umno....tahniah diatas artikel yang memuaskan hati saya sebagai pembaca dan terima kasih atas maklum balas ikhlas yang lepas
p/s:- ds khir ....pada pendapat saya jika ds khir ingin menawan hati golongan muda sentiasalah mengulas tentang karektor dsai.sebab mereka keliru
(anak saya yang sulong pun saya namakan ANWAR 9 tahun yang lepas tetapi kepentingan peribadi dan simpati tidak mencerminkan kesetiaan terhadap umno)bagaimana yang lain?adakah golongan sekarang faham jika pemimpin umno takut dan tidak berani mengupas kembali sejarah,punca dan jika pun kita bersikap simpati janganlah parti keramat ini menjadi mangsa.pakatan rakyat tidak akan bertahan lama percayalah.hanya TUHAN yang mengetahui sekelian alam.beza kita adalah saya ahli biasa tetapi ds khir pemimpin atasan jadi gunakanlah diri demi kepentingan parti dengan berani memberi penjelasan tentang perbezaan KEPENTINGAN DAN SIMPATI PERIBADI dengan PENGORBANAN DEMI PARTI KERAMAT MELAYU UMNO.
Dr,
ReplyDeleteSebenarnya siapa yang paling SYOK dibuai mimpi sekarang? Adakah anwar atau pun paklah?
Atau pemimpin parti ameno yg masih dibuai mimpi?
Udah-udah le..
Hidup Anwar..
ReplyDeleteTeruskan perjuangan Rakyat
DSKT dan BN/UMNO sudah terasa penangan kredibiliti anda..
Assalammualaikum rakan blogers sekelian,
ReplyDeleteSiapa kata Anwar itu berwibawa. Orang yang berfikiran waras sudah semestinya nampak betapa busuknya pengkhianat bangsa ini. Dia yang menyebabkan politik perkauman. Dia yang maikan isu perkauman dalam PRU 12.
Kalau rakan blogers kata Anwar ini berwibawa, mungkin betul, tapi untuk kemusnahan bukan untuk kebaikan Negara.
Terlalu tamak untuk menjadi Perdana Menteri. Jijik kelakuan.
Assalammualaikum DSKT,
ReplyDeleteSaya ini adalah amat menyokong UMNO. Kalau DSKT sudi.. sy ingin berkomunikasi dengan DSKT melalau email.. Saya ingin memberi pandangan2 dan berkongsi strategi berpolitik dengan datuk seri.. saya tidak mahu jawatan.. saya cuma nak berjuang dengan UMNO.. Kalau DSAI rasa dia licik.. saya rasa insyallah.. saya lagi licik daripada beliau..
Insyallah.. kalau datuk seri sudi...
Maaf DSKT... email saya mr.akidane@gmail.com
ReplyDeleteSungguh sopan didengar "cuti sabatikal" ye? Pernahkah Ds bermimpi seketika berada di tempat Anwar pada waktu itu? Anak dan isteri hidup merana tanpa suami/ayah disisi...bayangkanlah ds. kata tak pernah buat fitnah tetapi apa yang ds paparkan semuanya berbau fitnah. Ini semua hanya mimpi2 ngeri ds sahaja, sudah-sudahlah tu, semakin lama semkin teruk pulak mimpi orang2 UMNO ni jadi jadi sakit mental pula!
ReplyDeleteDS, Sabarlah.....Segalanya ada hikmah disebaliknya. Allah swt akan menguji insan yang disayanginya. Apa yang terjadi pada DS adalah ujian Allah SWT untuk memperbaiki segala kesilapan yang lepas. Kita ini sebagai manusia tak lari dari buat silap. Selama ini fitnah aje tentang rasuah tapi belum terbukti. Orang kalau nak jatuhkan atau malukan kita, akan buat apa saja. Anwar.... bercita-cita nak jadi PM, dan kita yang sedia maklum beliau akan buat apa saja untuk mencapai cita-citanya. Termasuk mengadaikan maruah negara kita.Saya yakin DS satu hari nanti akan menjadi pemimpin yang baik selepas dari kejatuhan ini. READ MY LIPS, SOMEDAY U'LL BE A PRIME MINISTER OF THE COUNTRY". Kita belajar dari kekalahan dan kesalahan.Kita sebagai manusia tiada yang sempurna, termasuk anwar bin ibrahim.Sekira Paklah letak jawatan, dan beri dapa najib, keadaan mungkin akan stabil sedikit sebanyak, tapi Paklah pun degil jugak, KJ pulak lansung tak reti bahasa tak tahu, orang dah taknak pun masih nak jual maruah lagi. Kononnya nak jadi Ketua Pemuda tapi agak-agaklah beb, bukan apa bagilah peluang kat orang lain pulak. Hai macam-macam peel ada!!....
ReplyDeleteSUATU KETIKA DAHULU…..
ReplyDelete(Satu catatan kerakusan si anwar)
Catatan tanggal 24.04.06 dahulu
Hari ini 24.06.08 teringat berlaku
T u n Ghafar mangsa buruk laku
Perbuatan si anwar diingat selalu
p/s:
-Dikongsi kembali “MEMORI DILUKAI” untuk menilai kerja buruk si anwar sekarang & dahulu lagi !
MEMOIR DILUKAI !
(kisah sedih T u n Ghaffar)
Walau banyak bakti yang beliau beri
Dibicaratuturkan makluman generasi
Lebih berfokus kegembiraan dialami
Jangan mudah lupa saat beliau dilukai
Tahun 1993 lepaskan jawatan menteri
TPM dan Menteri Luar Bandar bersekali
Kerana prinsip setia UMNO dijunjungi
Timbalan presiden si anwar menakluki
Kaedah serangan si anwar diluar tabii
Tun ghaffar dianggap tak berguna lagi
Bagaikan orang tua mesti dinyah pergi
Hebat sungguh kemuslihatan menangi
Tun ghaffar berkempen jelajah negeri
Segelintir berprinsip UMNO mengerti
Tiupan taufan si anwar buat ramai lari
Tangan yang meragut akhir disingkiri
Allah maha adil dan maha mengetahui
Sekelian anggota UMNO wajib insafi
Carakerja si anwar janganlah dituruti
Biarlah itu pertama dan terakhir jadi
“BERSEKUTU-BERSETIA-BERKHIDMAT”
serling
[24.04.06]
isnin
………
DS Khir,
ReplyDeleteKetumpulan fikiran Paklah menambah kepada kehebatan Anwar. Agenda peribadi KJ dan kembalinya Ezam dalam UMNO juga menambah peluang Anwar.
Anwar akan berjaya kerana ketua UMNO seorang yang 'blank'
DS,
ReplyDeleteAntara DSAI dengan AAB siapa yang lebih berkarisma. Tentunya DSAI. ABB setakat baca doa bolehlah. Khairy pula asyik nak kumpul duit menggunakan kedudukannya sebagai menantu AAB. Kita tidak ada pemimpin dalam UMNO yang berkaliber dan berkarisma seperti DSAI. Harapkan Najib..habislah rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu di jual oleh Rosmah. Macam mana Najib dapatkan (khawin) Rosmah. Semua orang tau. Saya ni kenal sangat Rosmah. Waktu dia form 5, saya form 3 di Sekolah Menengah Undang Jelebu, Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Kami tau sangat perangai-feal nya.
Anuar seorang yang berkebolehan. Pandai mencari ruang dan luang. Seharusnya dia disokong dan diangkat menjadi PM Malaysia dalam masa terdekat. Beliau akan bertanding dalam pilihanraya kecil sama ada di Kuala Kangsar atau Cheras.Kita sama-sama tunggu.Selepas itu, Anuar akan bergerak menuju puncak selewat-lewatnya September 16, 2008. Mari kita bertaruh. Tuan-tuan menang atau saya betul.
Saya akan sambung komen selanjutnya kemudian.
ds yb,
ReplyDeletesekali lagi,kalaulah undi terbuka untuk jawatan pm malaysia hari ini saya rasa anwar akan menang besar.maupun dia lawan pak bodoh,najib,ku li,ataupun mana mana satu mt umno.kenapa?bukan pengundi suka anwar atau pkr atau pakatan,tetepi pengudi sudah matang selagi pemimpin pemimpin umno kini yang telah lama memberi impression pencuri,perompak,penipu ini tidak ditukar saya rasa bukan anwar saja yang mampu menang,tapi saya rasa awang,nik aziz dan banyak lagi tokok tokok pembankang pun boleh.kesimpulannya bukan pasal anwar tapi pasal umno sendiri.cuba ingat apa yang umno sudah buat sejak pak bodoh jadi pm?semua orang marah .kenapa? kenapa?kenapa?sebab tak boleh control .satu contoh:di dun saya, meru,yb lama dato jaei ramai yang sukan dia melayu suka cina suka india suka .bukankah ds sebagai mb masa tu ?tak tau ke?dengar cakap sebab ketua bahagianya dato rahman palil tak setuju,tukar calon gazali.kan semua orang tau dato rahman itu siapa,kan dialah orang yang curi dan rompak tanah tanah di kampong perepat .kan ds tau,dia sudah banyak buat salah semua orang harapkan dato jaei boleh gantikan dia itulah harapan ramai pengudi di kapar,dan pula kabar angin kata dato rahman yang kaya raya tu sanggup bayar najib 2 juta,khairy 3juta supaya syorkan dato jaei digugur,kemudian datanglah gazali jadi calon arwahnya amin,bukannya orang lupa peragai gazali dan arwahnya semasa arwahnya jadi yb,kalau mb tak tahu tanyalah orang kapar kebanyakan orang masih ingat.maka hancur harapan orang kapar.apa mereka boleh buat,selain undi secara tujuk perasaan untunglah pas,pkr dan dap.sebenar bn tak ada masalah pun,solutionnya pun senang,tkar saja pak bodoh,najib,ong kar teng,samy,bagi harapan baru,sasar baru.barulah bn boleh jadi kuat,bn jadi kuat barulah kita dapat 8 mp lompat ke bn,3yb di perak lampat ke bn 6 yb di selangor lompat ke bn.ini semua boleh terjadi dengan syarat kita bn kuat,anwar kata 30 pm lompat ke pkr atua pakatan adalah tidak logik pakatan pun hanya ada berapa mp?82nak minta 30 saya rasa math tak add up.kalau bn 140 minta 8,i think this got possibility and more likely.banyakan kita gugurkan pak bodoh najib,ong kar teng,samy.kemunkinan besar kita dapat 2/3 parliment,dapat perak,dapat selangor.think about it.tq
ds yb,
ReplyDeletewalaupun,ds tidak pernah jawap sebarang tanyaan saya di tajuk tajuk yang dalu.tapi bagi tajuk yang dalu saya dapat respon dari saudara posey mah,dan saya ingin minta maaf kalaulah kata kata saya sakiti hati kepada pihak pihak yang tertentu.sebenarnya saya tidak benci kepada sesiapapun.kerana keluarga saya ,sejak zaman nenek saya(datuk saya meniggal awal)penyokong kuat bn.saya marah kita kalah(bagi standard saya)tetapi bagi pemimpin kita masih tidak mengaku dan tidak mau buat perubahan.saya takut pru13 nanti kita di timpa nasib yang sama seperti pru12.satu lagi saya tidak setuju dengan contex melayu yang diberi penjelasan oleh dskt,bagi saya itu bukan satu penjelasan yang kukuh.tetapi itu semua tak penting bagi saya,apa yang saya cuba point out ialah perjuangan untuk rakyat keseluruhan amnya adalah lebih penting untuk majukan malaysia keseluruhan dan boleh bersaing di arena antarabangasa.apabila negara maju semua orang tidak kira bangsa akan turut nikmati.i hope you all boleh setuju ini.tq
Mungkin ada benarnya apa yang saudara kata, tetapi bagaimana dengan pemimpin UMNO sendiri yang masih tak mahu sedarkan diri? Kalau sekadar tahu tapi tak bertindak tiada gunaya!
ReplyDeleteSaya melihat pandangan saudara sendiri adakalanya bertentangan dan tidak disukai oleh pemimpin UMNO sendiri. Pemimpin UMNO juga sama seperti Anwar yang saudara katakan mempunyai agenda sendiri.
Saya tidak nampak seorang pun pemimpin UMNO yang benar-benar berjuang untuk rakyat, yang sanggup bergolok gadai demi rakyat. Tiada! Tiada seorangpun dalam 3juta ahli UMNO. Disebabkan oleh itu maka UMNO menjadi lemah, pemimpinnya lemah, apa gunanya sekadar berkata-kata tapi tak mampu dikota.
Jika dibandingkan Anwar dan Paklah, kredibiliti Anwar lebih terserlah bukan sahaja di dalam negara tetapi di merata dunia. Jika rakyat melihat Paklah lemah berbanding Anwar, bagaiman UMNO boleh nak memujuk rakyat supaya memilih UMNO? Ahli UMNO sendiri mahukan Pak lah berundur tetapi beliau degil! Apa pula tanggapan rakyat bila melihat senario ini? Jika Paklah terus begini, dan ahli UMNO tidak berani, maka jika Anwar mampu naik menjadi PM, maka terima sahajalah.
3 bulan sudah berlalu sejak pilihanraya, yang sibuk dibahaskan adalah kompetenkah 5 negeri yang dipimpin PR. Apa pula yang telah dilakukan oleh UMNO dalam masa 100 hari sejak pilihan raya? Menaikkan harga minyak, mengurangkan nilai pendapatan rakyat, meningkatkan kos hidup rakyat, jadi apa yang boleh UMNO harapkan daripada tindakan2 ini? UMNO sendiri masih bercakaran sejak 100 hari lepas dan mungkin juga untuk 100 hari yang akan datang.
Jadi jika pun ada ahli UMNO yang nampak agenda Anwar, tapi pemimpinnya masih bebal maka tiada apa makna lah. Nasihat saya, kabinet perlu merancang dengan teliti setiap keputusan. Mengharamkan penjualan minyak kepada kenderaan asing, dan menarik semula larangan itu seminggu selepas itu adalah bukti tiada perancangan, takkan lah seminggu sebelum ditarik balik kerajaan tidak tahu bahawa harga petrol akan dinaikkan? ataupun ia bukti bahawa keputusan menaikkan harga petrol dibuat dalam masa 1 minggu tersebut? Masya Allah, dimanakah akal menteri2 kabinet Pak lah ni? Membuka kelemahan diri sendiri, dan yang peliknya Pak lah senyap sahaja macam dia tak bertanggung jawab, isu harga minyak disuruhnya Tan Sri Hassan Merican yang terangkan kepada rakyat walhal keputusan tersebut adalah keputusan kerajaan, bukannya Petronas yang menaikkan harga minyak, dan bukan Petronas yang selama ini mensubsidi minyak!
Kerajaan seolah-olah mahu supaya rakyat terus keliru supaya Petronas boleh dikambing hitamkan berkaitan kenaikan harga minyak! Jangan lupa Petronas ada 30000 kakitangan yang pastinya akan menentang sebarang usaha kerajaan menggangu gugat dan mempolitikkan pentadbiran Petronas. Budak tingkat 4 jangan terlalu ghairah nak duduk di tingkat 81, kerana anda memang tidak layak memimpin Petronas yang memerluka seorang pemimpin yang mampu meneruskan usaha Petronas menakluki dunia.
www.ikhlasmalaysia.blogspot.com
salam abg khir,mita izinkan saya linkkan ini----> salam..Anak kita sedang di bunuh..klik di sini dan saksikanlah.. http://dzulhaqq.blogspot.com/2008/06/anak-kita-sedang-di-bunuh.html
ReplyDeleteSaya tgh nak tunggu artikel pasal PENYAPU la...ada ura-ura mengatakan you nak 'upgrade' ke anugerah vacuum cleaner kalu mng Ketua Pemuda? Apa betul ke ni? Saya mmg interested giler dah ni? Ah Terujanya!
ReplyDeletethe biggest problems among UMNO is having leaders who are weak,stupid and yet tak sedar diri. Asyik dok syok sendiri dan gila kuasa dan jawatan.
ReplyDeletethey never bother to fight for the said pengikut setia. Sedih tgk seorang pak cik tua yg rumahnya dirobohkan di rimba jaya yg mana org tua ni dlm sejarah hidup tak pernah pangkah parti lain selain umno/bn.
kalau dah tau pak lah puncanya, kenapa anda tak bawa usul tak percaya dlm mesy MT? Kalau dia dan menantunya ada mainkan peranan dlm pembebasan anwar knp perkara ini tak dijadikan agenda juga dlm mesy MT umno?
apakah anda juga seorang YES SIR person? takut kena sembelih dgn pembodek2 lain dlm MT?
anifah aman adik kpd CM Sabah was quoted as saying dia sokong apa yg disuarakan oleh Yong Teck Lee, tentu ada sebab dan kebenarannya. Seorg adik CM dan tlh tolak jawatan Timb Menteri krn tak setuju dgn pak lah. Itu baru TRUE Leader namanya.
bagus anda suarakan rasa 'tak berapa berkenan' dgn pak lah dlm blog ini ttp adalah lebih baik anda saya cadangkan bersuara dalam mesyuarat majlis tertinggi UMNO yg anda juga sorg ahlinya.
apa macam ada berani ke?
on ezam, kalau rasa dia ada agenda yg tersembunyi jangan terima dia. Ni dok asyik buat roadshow je yg hasilnya tak nampak pun. Khabarnya ada 'good package' waiting for him (kalau anda blh tlg jelaskan, jika tak keberatan). But if he is going to be an asset why not. Don't forget to send him for 'vetting' dulu.
the way selangor is being run today i wonder if you could wrest back the state in the next general election. Pasir dikatakan akan membawa pendapatan yg besar nanti and i was made to understand that there will be an announcement this June 26. Hoped it will be materialised as the rakyat will be enjoying some benefit out of it.
so, fikir-fkirkanlah and salam
kepada:
ReplyDeleteAzarazara
malaysiabaru
muhammad kamal
iwanz
Rajin-rajinlah baca sejarah
Takyah lah bunyi kecewa sangat
nanti memakan DIRI!!
Assalammualaikum WBT
ReplyDeleteDr Khir, menceceh semacam jer kali nie, nampaknya semakin tertekan la BN gamaknya......
Tak apalah rakyat bijak menilai...
Walapun mereka tak jelas siapa yang mengalihkan Istana Balqis dari Yaman ke Syam zaman Nabi Sulaiman....
TETAPI mereka juga tahu siapa mengalihkan duit Balkis dari Balkis ke Bakti.......
Dato Seri, elok rasanya kalau kita tak hentam orang lain kuat sangat.
ReplyDeleteKalau nak pun, buat ler macam POKPET, jentik sikit2 jer ... jentik pulak tu, biar kat telinga, baru rasa pedih. Kalau jentik kat lutut, sakit jari kita Dato' Seri.
Cuba tengok macam mana POKPET jentik di telinga... betul2 kat cuping telinga: http://pokpet.blogspot.com
Jangan lupa bookmark blog POKPET yet :)
Ceramah anwar ibrahim macam ada satu pukauan terpaku untuk sesiapa sahaja yang mendengarnya.Jika kita lemah semangat, mungkin akan termakan dengan kata-kata manisnya.Tiada siapa yang dapat menandingi kehebatan beliau kecuali mantan perdana menteri tun dr. mahathir.Kehebatan 2 tokoh ini bukan calang-calang orang.mereka antara yang terbaik di rantau ini malah di seluruh dunia.Kita biarkan anwar dengan mimpinya yang penting perjuangan umno harus di teruskan.Teruskan perjuangan datuk seri......
ReplyDeleteTEMBELANG PAKATAN RAKYAT AKAN TERBONGKAR JUA.TENGOK SAJA DI MANA-MANA SEMUANYA KRONI-KRONI PR YANG UNTUNG. 'PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH '....
ReplyDeleteA'kum DS Khir,
ReplyDeleteSAYA INGIN MINTA KOMEN PANDANGAN DS TENTANG BERITA YANG DIPAPARKAN OLEH UTUSAN MALAYSIA HARI INI SEPERTI BERIKUT:
[
Altantuya: PM nafi terima laporan perisikan tentera
KUALA LUMPUR 24 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
"Memang saya concern (dengan dakwaan penulis Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin). Perbuatan Raja Petra itu tidak boleh diterima. Sebab apa yang dia nyatakan itu adalah sesuatu yang tidak betul.
"Terutama dalam surat itu (akuan berkanun Raja Petra) disebut yang saya dah diberi satu laporan mengenainya daripada pihak perisikan tentera. Itu tak betul," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan jawatankuasa khas mempertingkat daya saing kelapa sawit di bangunan Parlimen hari ini.
Abdullah berkata demikian apabila ditanya mengenai akuan berkanun Raja Petra 18 Jun lepas yang menyebut Perdana Menteri ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai apa yang didedahkan Raja Petra tentang kes pembunuhan itu.
- Bernama
]
DARI BERITA YANG DITULIS, TIMBUL PERSOALAN KENAPA TIDAK DINYATAKAN APAKAH DAKWAAN RAJA PETRA SECARA TERPERINCI DI DALAM BERITA ITU??? KENAPA UTUSAN CUBA MENYELINDUNG BERITA PENUH??? BUKANKAH INI SALAH SATU BUKTI BAHAWA LAPORAN AKHBAR INI BERAT SEBELAH TIDAK MENYAMPAIKAN MAKLUMAT YANG SEBENAR??? BUKANKAH INI BUKTI BAHAWA AKHBAR DIKAWAL RAPI OLEH KERAJAAN??? ADAKAH INI CIRI-CIRI SEBUAH NEGARA DEMOKRASI???
TAMBAHAN PULA KISAH PENDEDAHAN PENGLIBATAN ROSMAH DI DALAM KES ALTANTUYA SUDAH LEBIH SEMINGGU DISIARKAN OLEH MALAYSIA-TODAY DAN BLOG2 YANG LAIN. TETAPI MALANGNYA WALAUPUN BERITA ITU DAH BASI, UTUSAN MALAYSIA MASIH TIDAK BOLEH MENDEDAHKAN BERITA ITU SEPENUHNYA.
OLEH YANG DEMIKIAN WAJARKAH RAKYAT MALAYSIA MEMBACA AKHBAR SEPERTI INI DAN MEMPERCAYAI BERITA YANG DISAMPAIKAN??
MINTA KOMEN DATOK SEBAB DATOK PENYOKONG SETIA KERAJAAN KITA... BILA SUDAH SOKONG, MAKA SUDAH TENTU DATOK PUN BERSETUJU DENGAN TINDAKAN KAWALAN MEDIA BAGI MENGONGKONG PEMIKIRAN RAKYAT NI SUPAYA RAKYAT DAPAT DIPERBODOHKAN DEMI KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN PEMIMPIN.
Keluang man dan sahabat bloggers lain,
ReplyDeleteMasalah tanah di kg perepat sebenarnya arahan telah dikeluarkan kepeda pejabat tanah daerah klang,
1)membuat laporan kepada pihat polis dan bpr.
2)pejabat tanah dan galian selangor dgn kerjasama pejabat daerah klang telah mengemukakan laporan kepada exco dan arahan telah dikeluarkan supaya tanah tersebut diberikan semula kepada pengusaha jika tiada unsur unsur jual beli antara pengusaha lama dgn pemilik baru.
3)Mengambil tindakan undang undang jika terdapat pegawai yang terlibat dgn salah laku spt memberi maklumat yang bercanggah dgn situasi sebenar keadaan tanah.
Saya difahamkan perbincangan telah diadakan oleh pegawai daerah dgn mereka yang terlibat beberapa kali namun tiada penyelesaian muktamad dicapai.
sebahagian tanah yang dimiliki oleh individu yang dimaksudkan membeli tanah tersebut dari bapa pengadu,terdapat bukti nyata prosedur jualbeli tersebut,bapa pengadu telah meninggal dunia dan pengadu tidak mengakui adanya proses jual beli tersebut menuntut hak keatas tanah tersbut.Jawatankuasa kerja tanah atau jkt yang dipengerusikan oleh pegawai daerah telah membuat cadangan kepada kerajaan negeri supaya tanah tersebut diberikan kepada individu tersebut untuk mengelakkan tindakan undang undang keatas keluarga mendiang.
Dasar kerajaan bn dahulu ialah mereka yang menduduki tanah tersebut hendaklah diutamakan,utk elakkan isu siapa yang sebenarnya berhak keatas tanah tersebut.terdapat kes peneroka yang tidak tinggal atas tanah tersebut sebaliknya ada orang lain yang tinggal ditanah tersebut kerajaan negeri tetap akan utamakan mereka yang tinggal atas tanah tersebut krn menganggap dia lebih memerlukan tanah dan mengelakan isu pergaduhan antara dua pihak.
Pejabat daerah telah memberi beberapa cadangan tetapi tidak diterima oleh mereka,berbagai tuduhan telah dilemparkan spt rasuah dan penyelewengan kpd kerajaan termasuk diri saya,sedangkan saya tidak mengenali siapa mereka, keputusan dibuat atas laporan oleh pejabat daerah dan cadangan oleh jkt. Saya pernah cadangkan supaya perkara ini mereka bawa kemahkamah,dan saya juga ingin melihat pihak mana yang benar dan yang salah supaya tindakan tegas perlu diambil tanpa pilih bulu.
tindakan mempolitikkan isu ini jelas tidak akan menyelesaikan keadaan malah akan memburukkan keadaan,jika keadilan yang kita cari saya seru mereka yang ingin jadi jagoan kepada isu ini ambillah tindakan undang undang,failkan kes dimahkamah,kebenaran dapat ditentukan dan keadilan dapat kita tegakkan.Saya juga amat harapkan cerita sebenar kes kampong perepat dapat dirungkaikan.Saya difahamkam kedua dua pihak terlibat adalah pengamal undang undang,disamping yang lain hanya menurut tindakan individu ini.
Dato' Seri dan hadirin hadirat,
ReplyDeleteKalau KJ dan Paklah terlibat dalam pembebasan Anwar, maknanya kebebasan mahkamah pun tidak wujud dibawah Paklah.
Jadi, apa gunanya nak bagi pampasan pada hakim2 yang dipecat dibawah pemerintahan Tun dulu.
Sdr mip dan sahabat bloggers yang lain,
ReplyDeleteKita lihat penapian sebuah pertubuhan ngo di ampang yang mengatakan ahli majlis yang dilantik bukan ahli persatuan tersebut(PPIM) tetapi surat tawaran mengatakan beliau mewakili persatuan tersebut,adalah bukti penipuan pakatan rakyat kepada awam,sebenarnya kes spt ini bukanlah kes terpencil tetapi berlaku hampir disemua pbt di selangor.
Kerajaan pakatan rakyat didesak oleh ahli mereka utk melantik ahli majlis dikalangan mereka,untuk tujuan tersebut, hanya utk mengabui mata rakyat,mereka melantik ahli mereka tetapi menggunakan pertubuhan ngo sebagai alat utk membenarkan perbuatan mereka,dan rakyat akan terpedaya dan memuji mereka,pakatan rakyat nampaknya cuba memperbodohkan rakyat selangor.
Ramai ahli majlis terutamanya dari kaum china adalah ahli dap dan mempunyai hubungan rapat dgn pemimipin dap terutamanya teresa kok dan ronnie liue.
Sepatutnya proses pemilihan dibuat oleh satu suruhanjaya bebas politik dan lantikan suruhanjaya ini hendaklah mendapat perkenan dymm sultan atau dibawa dalam dewan undangan negeri.
saya harap pakatan rakyat perlu melihat bagaimana utk membuktikan mereka serius untuk membawa perubahan bukan sekadar melakukan window dressing.pendekatan populist ini tidak akan bertahan lama,tembelang mereka akan pecah jua.
tahap perkhidmatan pbt semakin buruk kerana perebutan jawatan ahli majlis yang tak akan berakhir walaupon lantikan telah dilakukan,saya harap pihak polis dapat menyiasat latar belakang semua ahli majlis yang terpilih dan jika ada kesalahan jenayah hendak dimaklumkan kepada umum.
indah khabar dari rupa,cantik diluar dalam penuh noda.
Salam DS,
ReplyDeleteDSAI akan berusaha mendapatkan apa sahaja cara dan formula untuk memperolehi kuasa.
Seperti DS cakap, DSAI sedang memainkan lagu dan penarinya adalah Kerajaan. Isu demi isu yang dikeluarkan oleh DSAI dan sekutunnya, dan kerajaan pada hari ini sibuk menari mengikut irama yang dimainkan oleh DSAI, nanti dah penat, barulah DSAI Pengkhianat Agong Melayu" akan meletopkan Timing Bombnya.
Yang malangnya orang Melayu sekarang, mereka sudah tidak dapat mencium siapakah Pengkhianat didalam Kekalahan PRU 12.
DS,
Saudara Ezam sekarang sedang membuat roadshow untuk menerangkan kenapa beliau masuk UMNO, adakah patut melayan beliau ketika ini?
Jika beliau nak buat pembetulan dan penjelasan kepada kesalahan Beliau yang lepas, buatlah sebelum PRU12 dan buatlah selepas Permilihan UMNO nanti.
Kilang-kabut lagi UMNO dengan isu ini. Orang UMNO yang suka isu pulak , sibuk dan seronok membawa nama beliau dimana sahaja perjumpaan.
UMNO hari ini perlu fokus kepada soal Permilihan Pucuk pimpinan. Pertandingan pada kali ini merupakan jatuh bangun Bangsa Melayu.
DS, sekiranya Ezam tidak mahu bertanding, orang akan kaji beliau memberi Oksigen kepada siapa?
Anwar Pengkhianat Agong Bangsa Melayu:
http://razlans.blogspot.com/2008/06/orang-melayu-akan-dipijak-sekiranya.html
sekian ...
Sdr aim ahamad dan sahabat bloggers lain,
ReplyDeleteSaya mohon maaf,benar,sambutan 100 hari kerajaan pakatan rakyat berlangsung di stadium shah alam bukan di stadium melawati,begitulah bersemangatnya kerajaan pakatan rakyat yang telah mengadakan promosi besar besaran diseluruh negeri selangor,kain rentang terpamer diseluruh pelusuk negeri,sembahyang hajat disemua masjid bukan utk negeri tetapi utk kerajaan pakatan rakyat,mb diberitahu 100 ribu orang akan hadir,semua menteri besar dan seorang ketua menteri akan hadir sama,begitulah pembohongan yang mereka lakukan sedangkan yang hadir tak sampai 10,000 0rang itupon pegawai kerajaan yang dipaksa hadir.tiada pon mb negeri pakatan rakyat lain hadir,DSAI tidak gembira dgn kehadiran meninggalkan majlis awal,dato hassan ali kecewa tidak diberi pengikhtirafan walaupon dilantik sebagai pengerusi penganjur.
Tiada suatu perkara baru yang disampaikan oleh mb,hanya menyatakan janji dalam menefesto mereka,saya harap pendokong pakatan rakyat tak marah dgn saya bila saya menimbulkan pelaksanaan menifesto tersebut dimasa hadapan.Semua yang saya lakukan adalah demi kesejahteraan rakyat selangoar dan tugas saya sebagai ketua pembangkang yang dilantik oleh kerajaan pakatan rakyat.
perkara yang amat mengecewakan bila ia dicemari dgn isu pecah amanah oleh pejabat mb sendiri,duet kerajaan negeri digunakan utk menganjurkan sambutan tersebut manakala hasil kutipan derma dimasukkan dalan akaun individu ahli pkr,mb dgn mudah mengaku tetapi tidak arahkan polis siasat kerana ternyata berlaku unsur pecah amanah,apa makna semua ini.
Sdr ian dan sahabat bloggers lain,
ReplyDeleteMemang terdapat memorendum yang ditandatangani oleh penduduk di sekitar pucong mendesak kerajaan pakatan rakyat mengadakan undang undang mengurangkan volum azan disurau dan masjid di situ,salah seorang exco kerajaan negeri telah setuju dan akan bawa dalam mesyarat exco kerajaan pakatan rakyat,yang membimbangkan saya kerajaan pakatan rakyat hari ini mendasari perinsip kesamarataan jika ini digunakan tidak salah bagi mereka utk mengarahkan masjid surau mengurangkan volum suara azan demi keselesaan orang bukan islam .
salam DS,
ReplyDeletegranted that all that you have said about DSAI is credible- as you are in the political mainstream -i wish to highlight the most important thing that almost all commentators failed to address...
so, DSAI is such, so what's our next move ?
do we just lament the fact that he is such? or do we do something about it ?
pendapat 2 sen saya, jika banyak sangat perkara yang boleh dimanipulasi oleh beliau, pihak tuan sendiri perlulah ambil langkah menjaga diri!! people who stay in a glass house shouldn't throw stones! sun tzu kata, berundur bukan bererti kalah. tuan pun tahu kan?, inilah masa muhasabah, baiki your side, buang semua kudis, nanah, pekong yang ada dikalangan pendokong... when you are clean ( which i believe you are), there's nothing else he can do.pasal tu lah PKR masih tak boleh nak pin you for anything!. masa tu barulah orang nampak kredibiliti pihak tuan!
assalamualaikun!!!
Sdr mohamad kamal dan sahabat blogers lain,
ReplyDeleteBanyak tuduhan rasuah yang sehingga sekarang adalah merupakan fitnah dari sdr dan pendokong pakatan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin bn,tidakkan takutkah sdr pada hari keadilan kelak menuduh tanpa bukti.bagaimana dgn jawapan mb selangor mengenai penyelewengan wang kutipan derma 100 hari pakatan rakyat yang mengakui berlaku tetapi tiada laporan polis dibuat utk tindakan.
janganlah kerana kesilapan seorang pemimpin itu semua sdr anggap sama,bagaimana dgn kes ahmad sabu dan juga kes anwar ibrahim,kita patut lebih rasional dalam menaggapi isu,bagi saya jawatan itu perkara amanah dan bersifat sementara,saya tak pernah rasa kecewa krn tidak berjawatan tinggi lagi tapi saya berasa amat kecewa mengetahui ada ladi cerdikpandai spt sdr membatasi fikiran sdr dari menerima kenyataan bahwa negara ini telah mencapai banyak kemajuan dan sdr juga telah menikmatinya,memanglah tanggong jawab kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat tetapi janganlah kita menapikan kebenaran.
Salam dk,
ReplyDeleteNampaknya begitu panjang lebar dk menghuraikan tentang dsai dan mimpinya.Saya tidak nampak tujuan huraian ini melainkan dk sendiri mungkin adalah salah seorang peminat dsai yang begitu mengikuti gerakgeri langkah beliau...maklumlah diwaktu ini sebagai ketua pembangkang tidaklah sesibuk sewaktu menjadi mb dulu...atau mungkin juga huraian ini dibuat sebagai satu usaha kecil dk untuk mententeramkan keadaan kerajaan yang begitu terdesak sejak akhir-akhir ini....Rakyat sudah bijak dk...kalau orang2 tua diceruk kampung atau mereka yg tidak menyukai dsai mungkin mereka termakan dengan huraian ini..sudah menjadi lumrah dunia...hendak tahu kelemahan seseorang...kenalah minta pandangan dari pembenci2nya...begitu pula disebaliknya....Saya percaya seluruh rakyat M’sia kecuali fanatic bn/umno tidak sabar2 untuk melihat dsai menjadi PM..Rakyat semua sudah terlalu jijik dan bosan yang amat sangat dengan bn yang ditunjangi umno hari ini….rakyat sudah benci melihat kebijatan perangai menteri2/adun2/mp2 bn hari ini…sudah la mereka ini tiada karisma dan credibility…malahan sanggup mengiyakan segala agenda kotor yangmana akhirnya rakyat jugalah yang akan menerima padahnya.Rakyat berani menjamin bahawa sudah tiada pemimpin dalam bn yang sehebat dsai pada hari ini….ini bukan omongan kosong dk….malah kalau demokrasi m’sia ini seperti di US….saya percaya pak lah yang lemah ini hanya akan menjadi PM paling lama pun 1 term sahaja…..Kalau la dk sendiri diberi pilihan....adakah dk sendiri akan terus mengharap pak lah menjadi pm atau paklah digantikan dengan najib yang langsung tiada karisma dan credibility atau jauh disudut hati dk sebenarnya memang mengharapkan dsai menjadi pm pada bulan 9 nanti untuk meneraju M'sia tercinta ini.....hahaha....
Salam Perjuangan
ReplyDeleteAnwar Ibrahim - topik yg amat menarik sekali kerana dewasa ini hampir 50% rakyat telah termakan sandiwara dan manipulasi politik DSAI lantas terpengaruh menyokong "Pakatan anwaR" - PR
Blogs saya ada menyimpan artikel kemungkaran DSAI yang boleh semua baca dan membuat penilaian sendiri
di http://idealismalaysia.blogspot.com/search/label/Anwar%20Ibrahim
tak perlu saya huraikan sememangnya perlu diakui DSAI seorang yg bijak dalam perancangan dan strategi politik. Kini cita-cita utama DSAI adalah menguasai malaysia. Dan demi mencapai cita-cita ini DSAI sanggup menggunakan apa sahaja jalan atau cara termasuk menghalalkan tindakan demi matlamat tanpa mengira dosa dan pahala juga tanggungjawab kepada negara sebagai warga yg patriotik dan cintakan negara - terbukti
Renungkan DSAI bersekongkol dengan badan antarabangsa dan NGO yg dibelakang pertubuhan ini dibayangi dan dipayungi CIA dan Mossad demi mendapatkan sokongan kewangan, publisiti, strategik, risikan dan psiko-war antarabangsa bagi menjatuhkan kerajaan skrg - terbukti
Tidak sayangkan negara dengan mewujudkan ketegangan dan ketidakstabilan dalam negara melalui provokasi isu perkauman, ekonomi, pendidikan dan kewarganegaraan yang diolah melalui fakta tidak benar dan manipulasi keadaan yang extream - terbukti
Tidak termasuk rekod peribadi dan perkhidmatan semasa dengan kerajaan... rasuah, konisme, skandal wanita+lelaki, salahguna kuasa, penipuan dan mempergunakan agama disamping sanggup mengorbankan kawan atau tokoh berjasa negara demi kepentingan dan keperluan diri DSAI. - terbukti
Hanya satu niat dan matlamat demi berkuasa... itu sahaja dan apa akan jadi setelah DSAI berkuasa pastinya dia terpaksa tunduk dan akur kepada pihak yg membantu DSAI - ringkasnya kita akan berkiblatkan pro US selepas dia berkuasa dan secara tidak langsung Yahudi @ Israel. Apakah ini yg kita mahu?
Rakan-rakan... insaflah apakah kita mahu insan seperti ini memerintah negara... bayangkan apa nasib anak cucu dan generasi kita di masa hadapan dipimpin org seperti ini. Pastinya Hak Bangsa Melayu Islam terhakis atas nama demokrasi terlampau cetusan DSAI. Apa akan jadi dengan engara yg tidak stabil, ketegangan kaum dan merudumnya ekonomi... mungkinkah episod hitam negara 13 mei akan berulang masa itu??? moga tidak...
Sebelum menyokong sesuatu idea dan perjuangan dalami dan hayatilah intipati sebenar atau teras perjuangan yg dibawa... perjuangan PR adalah perjuangan "demi kuasa" bukan perjuanagn demi masa hadapan negara, agama dan rakyat...
Saya harus akui saya kecewa marah dan benci pada UMNO sekarang tetapi saya tidak akan mengkhianati prinsip perjuangan suci yg menjadi teras perjuangan UMNO yg membawa kemerdekaan kepada negara. Benci marah dan kecewa kerana sayang dan dengan perubahan pucuk pimpinan saya yakin UMNO akan kembali kelandasannya. Tidak perlu kita menyokong perjuangan sia-sia hanya perlu kekal dilandasan sedia ada seterusnya membunag daging-daging busuk dan tangan hina yang membelenggu perjuangan suci UMNO itu sendiri.
Renung-renungkan, Selamat berjuang
salam perjuangan,
ReplyDeletekenapa kamu hanya memberi fakta tentang DSAI bersangkutan dgn usa, yahudi, freemason sahaja, yg hanya berasaskan andaian semata tanpa sebrang bukti nyata? kenapa kamu tidak menyertakan fakta bahawa dsai amat rapat dgn tokoh2 pemikir islam, pemimpin islam timur tengah, brunei, indonesia dan lain2 lagi? kenapa fakta2 ini kamu cuba kaburkan dengan fakta andaian semata?
Dato seri;
ReplyDeleteApakah Pemimpin Pemimpin UMNO tidak opportunist? Tolong Jawab sejujurnya? Tepuk dada tanya selera.
Apakah bayaran ex gratia kepada hakim, termasuk yang tidak di pecat, tidak disengajakan dan dirancang? Apakah kes rasuah Yong Teck Lee tidak dirancang atau kebetulan?
Apakah Perdana Menteri yang kita sanjung, barisan kabinetnya, Menteri Menteri Besar dari UMNO, wakil Rakyat dan ahli Parlimen semuanya tidak mengambil kesempatan? Mungkin ada yang baik, tapi jumlahnya terlalu sedikit.
Tolong Dato Seri renong sejenak sejujur jujurnya.Saya pernah mengatakan, bahawa saya ada terlalu banyak bukti yang bolih diketengahkan.Mungkin MB Perlis dan Trengganu, ok, kerana mereka baru dan failnya masih kosong.
Kita telah di beri akal olih ALLAH SWT untuk berfikir, jadi gunakanlah akal itu untuk yang terbaik bukan sebaliknya.Jika tidak tentu akan mendapat balasan di kemudian hari. InsyaALLAH.
Assalamualaikum Dato Seri,
ReplyDeleteDari web-web reformis PKR yang saya baca. Majoriti reformis2 ini mempertikaikan MB Selangor di atas perlantikan pegawai2 kerajaan negeri dan ahli PBT. Menurut mereka senarai nama yang diberikan kepada kerajaan negeri tiada seorang pun reformis2 ini dilantik sebaliknya MB Selangor melantik pegawai2 kerajaan negeri dan ahli PBT dari golongan koporat.
Pada pendapat saya golongan reformis PKR ini yang sanggup bermati-matian bertarung dgn FRU dan Polis atas alasan Keadilan dan Anti-Rasuah, SEBALIK nya cuba mengamalkan sikap pilih kasih (Rasuah) dalam pemilihan pegawai2 kerajaan negeri dan ahli PBT. Pada mereka, mereka yang sepatutnya lebih layak untuk mendapat jawatan ini kerana menjadi bentang hadapan semasa demontrasi terhadap kerajaan BN dahulu. Apakah jawatan2 untuk kerajaan Negeri hanya layak untuk mereka bagaimana pula hak anak2 rakyat Selangor lain yang mungkin lebih layak dari semua kriteria.
PKR dari Pemimpin sehingga Ahli2 biasa menganggap seolah2 Selangor milik mereka dan tidak bertindak sebagai kerajaan untuk semua rakyat tanpa mengira parti.
Apa pendapat Dato Seri?
Wsalam...
Sememang Anwar adalah seorang yang mempunyai agenda penuh muslihat. Lain yang di janji lain pula yang dilaksanakan. Tambahan pula beliau memang terkenal sebagai seorang speaker yang bagus. Tapi negara kita bukannya memerlukan seorang speaker yang hanya pandai berkata-kata, tapi seseorang yang berwibawa dan bertanggungjawab untuk membawa negara ini untuk terus maju.
ReplyDeleteseperti kata pepatah Inggeris
"action speakes louder than words".
DS, saya rasa DS banyak mengkritik pihak lawan. Bagi saya, kritik orang lain tiada masalah, tetapi pengkritik haruslah berkelayakan untuk berbuat demikian, yakni cerminlah diri sebelum mengkritik orang lain. Kalau diri kita tiada beza atau lebih teruk daripada sasaran yang kita nak kritik, maka kita haruslah diam diri dan mempertingkatkan mutoo sendiri sebelum nak cakap pasal orang lain. Salam.
ReplyDeleteA.kum Datuk Seri ,
ReplyDelete1. Saya bukanlah orang yang bijaksana di dalam menceritakan tentang gaya politik di Malaysia . Namun apa yang saya faham dan tahu , DSAI itu adalah seorang manusia yang gilakan kuasa . Dia tidak kisah sama ada kawan atau lawan di gelanggang politik , agenda peribadinya wajib dilaksanakan . Seorang pemimpin yang gilakan kuasa akan menggunakan pelbagai cara licik untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada yang dipilih rakyat . Saya tidak dapat membayangkan bagaimana nasib Malaysia sekiranya jatuh ke tangan DSAI . Adakah ianya akan bertambah baik atau perjuangan yang dilaungkan selama ini hanya topeng politik DSAI sahaja .
2. Di kesempatan ini , saya ingin meminta pandangan peribadi Datuk Seri tentang Tun Dr Mahathir . Saya kecewa dengan komen komen negatif yang dilemparkan kepada negarawan ulung ini .
Sekian . Terima Kasih
Masalah yang paling utama ialah Sdr Khir cuma tahu nak komen kesalahan orang cuba selidik sejarah BALKIS, Boleh jawab isu BALKIS?
ReplyDeleteAnak kecil main api
ReplyDeleteTerbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Nampaknya Anwar Ibrahim memang seorang yg sangat hebat dgn segala perancangannya dan pencapaiannya.
ReplyDeleteMemang orng yg mempunyai karisma sebegini patut memimpin Malaysia.
Tp, yg diharapkan, Islam menjadi panduan dan hasrat bagi DSAI memimpin .
Org ramai bolela sentiasa memberi desakan supaya DSAI tidak terpesong.
Sayang sekali org yg sebegini hebat dibazirkan.
Hakikatnya Allah sahaja yg tahu apa yg tersurat dihati DSAI.
Assalamualaikum dr,
ReplyDeleteBenarkah Anuar bermimpi? atau mimpinya akan menjadi kenyataan?
Anuar sangat berkerja keras untuk menjadikan mimpinya kepada suatu kenyataan.Tidak timbul perkataan mengambil kesempatan atau tidak,kebanyakan dari manusia akan mengambil kesempatan,sama ada secara baik atau jahat.
Mengapa dr. harus mempertikaikan?
Seharusnya dr berkerja lebih keras untuk menonjolkan kebolehan dr.dan UMNO kepada mata rakyat,dan sudah semestinya dengan jentra UMNO yg jauh lebih gah dari PKR.
Dr. dan UMNO mesti membuktikan kepada rakyat ia itu UMNO adelah sebuah parti yg relevan kini dan selamanya.
HIDUP MELAYU
HIDUP UMNO
HIDUP DR. MOHAMAD KHIR TOYO.Aminnnn
Assalamualaikum dr,
ReplyDeleteAnuar Ibrahim adelah penasihat PKR.ape yg telah dinasihatkan kpd orang bawahannya yg memimpin Negeri Selangor ini? tidak ade ape yg lebih membangakan selain dari projek babi akan di teruskan dan menguruskan hasil pasir.
Oh ya!! dan melantik ahli majlis pbt,yg kesemuanya dari kroninya sahaja.
Semoga akan bertambahlah hasil pendapatan kerajaan Negeri Selangor,kerana bertambah hasil dari cukai sektor perjudian,rumah urut dan persundalan,minuman keras.
Kejadian rompakan juga menjadi jadi sekarang ni.
Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh…….
ReplyDeleteMmg Ckup Bolehkn???
Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini……
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi
Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki
Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka
Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat……
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat
Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat
Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu…yang lima tahun sekali tu….sapa bagi??
Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita……
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga
Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa
Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya
Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa
Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la….tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta….
Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali
Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap
Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie
Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai
Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah
Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu
Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat
Cukup la sampai di sini
Tobat dah…aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi…
K.A.M.I kn Boleh!!!
Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat
Podahhhhhhhhh cit khir toyo. Dulu bukan main lagi ko menyokong fitnah liwat atas anwar, skrg sibuk cakap pasal hari keadilan plak.
ReplyDeleteDah la rasuah manjang masa ko perintah s'gor.
Buat malu org jawa je, aku pun jawa gak, malu gila tau.
bg aku xdak seorang pun pemimpin negara yg sanggup merengkok dalam penjara demi mempertahankan kebenaran kecuali DS Anwar Ibrahim. BG saya contoh pemimpin umno yg sanggup berkorban demi rakyat untuk ke penjara?? kebanyakan sanggup meletak jawatan dan lari dr memikul kesalahan . Dato' sanggup ke merengkuk dalam penjara seperti D.S Anwar ?? nak masuk lokap untuk di soal siasat pun belum tentu berani ..
ReplyDeleteSlm kpd DS Dr.Khir....
ReplyDeleteJika Anwar Ibrahim dan mimpinya dilihat begitu mengancam landskap politik negara,kenapa pemimpin dlm umno tidak mengambil atau menggunapakai cara yg sama iaitu umno dan mimpinya?
bukankah bagi menstabilkan perancangan politik anwar atau sesiapa shj yg boleh merosakan politik negara kita perlu ada satu perancangan khusus?
kita tahu kj dan mimpinya telah merosakan umno dan sudah tentu kita perlukan seorang lagi tokoh dgn mimpinya....bagaimana pandangan DS khir?
Just wanna inform YB this blog have been officially nominated as a candidate for …
ReplyDeleteCuma nak beritahu YB telah dipilih sebagai calon untuk …
The Greatest Malaysian Blog – POLITICIAN (Bahasa)
Blog Malaysia Yang Paling Bagus – AHLI OILITIK (Bahasa)
(http://thexopinions.blogspot.com/2008/06/greatest-malaysian-blog-politician-bm.html)
YOUR OPINION COUNTS!
PANDANGAN YB DIKIRA!
Message from:
the X opinions (http://thexopinions.blogspot.com/)
Sdr. Dato Khir!
ReplyDeleteHanya orang yang hebat sahaja yang banyak diperkatakan oleh orang. Kerana itu carilah jalan bagaimana untuk menjadi hebat!
Kehebatan seseorang itu mestilah dia mempunyai kewibawaan yang unggul dalam bidang yang diceburinya.
Lagi banyak orang bercakap tentang seseorang itu, maka lagi hebatlah diri seseorang itu.
Begitulah yang diperolehi Anwar! Salah seorang yang menghebatkannya ialah Dato' sendiri.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
assalamualaikum ds khir?
ReplyDeletedari apa yang dapat saya amati sejak tahun 1998 sehingga sekarang sehingga jam11am khamis ini....tidak dapat dinafikan politik malaysia masih berpegang kuat kepada pemimpin faktor X.
mari kita kaji dan renungkan dan cari satu formula ajaib:-
1)golongan yang setia kepada parti walau apa terjadi(SAYA BERADA DISINI)
2)golongan yang akan mengikut idola mereka contoh pemimpin "X FACTOR"(ada pada dsai)ramai pengikut
3)umno atau pas adalah 2 parti sebenar pilihan orang melayu(pecah)
4)DSAI tidak sempurna tetapi memang beliau ada matlamat dan misi
pada pandangan saya sebagai pemimpin memang wajib untuk beliau mempunyai matlamat,kadang2 matlamat peribadi boleh menjadi matlamat demi negara(ia bergantung pada niat)sekurang2nya beliau ada arah tujuan yang akan membawa kepada matlamat untuk mencapai impiannya.apa yang saya faham sesiapa yang tiada wang tetapi mempunyai impian yang kuat dan membara dan golongan ini akan memacu impiannya sehingga mencapai matlamat tersebut.oleh sebab itu seseorang pemimpin yang mempunyai impian adalah lebih nampak dan lebih diyakini oleh rakyat jelata.
jika kita amati TUN MAHATHIR adalah seorang yang mempunyai matlamat dan impian dan semua rakyat telah mengakui sebab itu kita berbangga dengan beliau tetapi adakah PAK LAH ada matlamat yang jelas apa yang beliau ingin tunjukAN PADA RAKYAT?pada saya PAK LAH tiada matlamat yang jelas untuk rakyat faham tetapi dsai ada matlamat tidak kira samada ia matlamat peribadi sekalipun ia tetap mempunyai matlamat yang akan membawa beliau faham arah tujuannya dan ramai pengikutnya,ini yang amat dirisaukan oleh saya selama ini kerana jika tidak ditangani dengan bijaksana kemungkinan itu ada untuk beliau akn menjadikan PM negara pada masa akan datang.
OK !APA YANG INGIN SAYA SAMPAIKAN DULU DIDALAM FORUM DIPJ SEHINGGA SAYA DITEMPELAK KELUAR ADALAH SAYA BERTANYA MENGAPA PEMIMPIN DIPERINGKAT ATASAN TIDAK BOLEH MENERIMA KEMBALI DSAI KEDALAM UMNO....apakah moral yang ingin saya sampaikan adakah audion tahu?...ini adalah kali pertama saya membuat kenyataan terbuka dalam alam maya ini...itupun jika ds khir keluarkan,,saya perhatikan kita melayu cepat melatah dan kecoh semboronoh,kelangkabut dan tidak faham apa yang ingin disampaikan sebab itu TUN MAHATHIR pernah kata sekarang parti kita ramai sindrom angguk angguk.saya tidak berkecil hati kerana saya ada peganganan dan hala tuju dan semoga ahli umno semakin matang dan belajar dari pengalaman iaitu saya tidak mengharap semua setuju tetapi beri ruang dan peluang untuk kita berbicara secara ilmiah......TUJUAN SAYA BERTANYA ADALAH SAYA DAPAT MERASAKAN YANG BELIAU AKAN MENCAPAI MATLAMAT TETAPI DIMANA?ADAKAH KITA YANG SAYANGKAN KETUANAN MELAYU SANGGUP MERELAKAN DSAI MENCAPAI MATLAMATNYA MELALUI KEADILAN DENGAN PENGIKUTNYA YANG TIDAK MAHU BERTOLAK ANSUR,DENGAN TETAP MENGIKUT IDOLA MEREKA...ATAU KITA YANG LEBIH PERLU BERTOLAK ANSUR DENGAN MENERIMA IDOLA MEREKA KEMBALI KEDALAM UMNO DEMI KESATUAN BANGSA KITA ...HANYA SATU WADAH YANG TINGGAL DAN TERBAIK IAITU UMNO.
jangan emosi tak bertempat kerana tiada siapa boleh mempertikaikan kesetiaan saya terhadap umno,saya tahu diri saya dan pegangan dalam perjuangan saya cuma cuba kita fikirkan.....apa jadi negara kita sekarang bila kita masing2 menpunyai ego tersendiri baik masyarakat dengan kuasa bersuara yang bebas atau pemimpin dengan suara yang membataskan demi status yang ada(BUKAN SENANG UNTUK MEMIMPIN DALAM UMNO,SAYA TAHU,INI BERBEZA DENGAN MEMIMPIN PARTI LAIN)....kita keliru dan binggung mencari formula ajaib....ingatkah kita dsai tidak meletakkan jawatan ketika 1998 tetapi beliau dipecat...kalau ikut pandangan saya orang yang dipecat sebenarnya beliau sayang dan tidak mahu tinggal parti jadi apakah salah umno menerima dsai sekurang2nya kesatuan melayu masih boleh dipertahankan atau dek kerana ego dan kepentingan diri (yang tidak searah kepentingan negara)menyebabkan kita rebah dipangkuan sendiri......
saya hanya memberi pandangn ikhlas dari dalam hati saya tanpa dipengaruhi oleh sesiapapun dan tidak perlu apa2 jawatan untuk membolehkan saya berbicara sebegini...dan saya percaya ds khir mempunyai potensi walau dimana berada dan jika ds khir mempunyai pasukan yang kuat dan bersatu ds khir suatu hari nanti boleh menjadi pemimpin pelapis PM yang ke-7,insyaallah
apapun saya tetap bersama umno.amin
A,kum DS,
ReplyDeleteApabila membaca tulisan DS ni, saya tersenyum sendiri kerana DS seolah berada didalam UMNO yang berbeza dengan UMNO Pak Lah.
Saya nyatakan sedemikian kerana DS mungkin masih berada di alam fantasi selepas trauma PRU 12.
Isu DSAI untuk pengetahuan DS bukanlah penyebab utama kekalahan teruk BN/UMNO dalam PRU 12 lalu. ISU DSAI juga bukanlah penyebab utama kepada perpecahan melayu kerana ceritera DSAI sudah lapuk.
Perpecahan melayu pada masa ini di cetuskan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang sepatutnya memimpin bukannya dipimpin oleh orang lain (anak beranak dan isteri).
DS juga lupa bahawa penyumbang kepada kejatuhan kerajaan BN di Selangor adalah disebabkan "jasa" DS sendiri yang bongkak dan angkuh kepada rakyat Selangor.
Sekiranya Pak Lah turun jawatan PM pun, UMNO dan BN belum tentu dapat merampas 5 + 1 negeri daripada PR disebabkan "jasa" BN yang menambahkan bebanan pada rakyat selepas PRU 12.
Sekiranya DS masih bermimpi selaku ketua pembangkang dan dok asyik ngadap komputer jawab blog, DS pasti akan tumbang pada PRU 13 nanti. Masalah rakyat tak semuanya di paparkan di blog DS dan tak semua pengundi DS ada PC untuk menyuarakan masalah dan pandangan mereka.
Sedarlah DS bahawa dengan menjadi "pencari kesalahan" orang lain tak akan menyelesaikan masalah UMNO yang seperti TITANIC, carilah "api dalam sekam" didalam UMNO terlebih dahulu dan padamkannya kerana sekiranya UMNO dah habis terbakar, DS nak lari kemana?
Tak payahlah DS dok tunjuk kesalahan orang lain, bertimbun kesalahan DS sewaktu pemerintahan DS di Selangor dulu nak di sorokkan dimana??.
Tumpukan kepada perpecahan yang disebabkan oleh DS dulu, bermuafakatlah semula, bentuk gandingan mantap dan barulah serang PR. Nak serang PR sedangkan "musuh dalam selimut" UMNO ramai dan sedang menunggu masa nak serang DS semula apabila pemilihan UMNO Disember nanti. Nak jadi jaguh menyerang DSAI bukanlah jalan terbaik untuk DS buat masa ini, kerana pemimpin dalam UMNO tak nampak "jasa" DS pun.
DSAI sekarang berada pada kekuatan 50% jer, sekiranya DSAI pada 70%, UMNO dan BN pasti pupus disebabkan oleh kelemahan BN/UMNO.
Betulkanlah "kuda-kuda" DS dahulu sebelum mencabar DSAI bertarung digelanggang kerana DS pasti kena pukulan KO.
Fikirkanlah.
Anak_Parit
Assalamualaikum Dato' Seri,
ReplyDeleteArtikel Dato' Seri tentsng Anwar Ibrahim memang tepat. Sebenarnya hanya orang Melayu di Selangor dan Wilayah Persekutuan yang percayakan dia. Ini kita boleh lihat hampir 50% orang Melayu di sana yang memangkah PKR tapi di negeri negeri lain angkanya hanya 43%. Saya percaya tidak lama lagi orang Selangorpun akan sedar, mereka telah buat silap.
Saya telah banyak buat analisis keputusan pilihanraya dalam blog saya.Yang terkini tentang kenaikaan harga minyak dan PETRONAS.
Sila ke blog DAH Ikhwan alamat dahalmi.wordpress.com
Hai Datuk seri,
ReplyDeleteGaya penyampaian Ds memang best, baru la sedap mata memandang dan mulut membaca.Seolah2 skarang ni saya menjadi pengunjung setia di blog DS.
Tp apakan daya, sehebat2 DS, hebat lagi DSAI yg menjadi Idola saya sejak di bangku Sekolah.Kes2 DSAI dulu pun terang2 adalah konspirasi.
APa tidaknya, tiba2 saja nama TS Musa Hasan dinaikkan pangkat begitu juga Gani Patail setelah komplot kes DSAI.
Lihat juga kes vedio VK Lingam. kenapa saksi tidak berani melaporkan kpd pihak polis,BPR atau pihak berkuasa lain. INi kerana tahap kepercayaan thdp badan phk berkuasa ini langsung tdk boleh dipercayai. Silap2 org yg buat aduan tu yg kena lokap...
Tu la.. nak report sgt...
sblm ini pun byk suara dr pihak UMNO menyatakan klip itu palsu dan DSAI yg mendedahkanya adalah pembohong..
So skarang mari kita nilai, sipa yg spatutnya dipercayai... sekian..
Yg Curiga..
Sekadar hebat pun tak guna jugak. Kalau hebat untuk kepentingan diri sendiri dan kroni2, saya tak mahu.
ReplyDeleteApa Agenda DS Anuar Ibrahim sekalipun bagi saya memang beliau adalah seorang yang berkelayakan dan sangat sesuai untuk menerajui pemerintahan negara samada pada waktu terdekat ini iaitu bulan 9 atau selepas PRU13 akan datang....pokok pangkalnya bagi saya tiada seorang pun tokoh pada masa sekarang yang setanding DS Anuar Ibrahim dalam semua segi....
ReplyDeleteKalau nak di bandingkan dengan Dato Khir saya rasa sangat jauh....
Entah la bagi saya buat masa ini tidak ada seorangpun Pemimpin BN yang setanding DS Anuar samada Pak Lah Mahupun Najib tidak dapat menandingi Kehebatan DS Anuar Ibrahim tambahan pulak Dato Khir.....
Assalamualaikum Dato Sri,
ReplyDeleteHari ini saya sedinh mendengar rungutan peniaga kecil berkenaan kesan kenaikan harga barang yg berpunca dari harga petrol dan diesel yg meningkat terlalu drastik. Di tambah dengan kenaikan harga beras dan gula serta ayam.Bagaimana lah mereka hendak mengekalkan perniagaan mereka yg menjadi sumber rezeki mereka. Dahulu walaupun ramai org tak suka Tun Mahathir kerana Anwar mempertikaikan pemberian projek kepada kroni tetapi mereka tetap kagum dengan Tun kerana dapat menstabilkan keadaan ekonomi rakyat biasa. Namun kini segalanya berubah.. Pak Lah boleh kata kita kena terima hakikat kenaikan harga minyak tetapi adakah dia lupa bahawa kenaikan yang terlalu tinggi begitu boleh menyebabkan keruntuhan satu keluarga kerana tak dapat menampung kehidupan mereka??? Tahukah Pak Lah bahawa minyak adalah satu punca utama kenaikan seluruh harga barang makanan di dunia?? Kalau tahu kawal lah harga minyak jangan bagi alasan ikut pasaran dunia,kalau semata-mata ikut pasaran dunia sama juga bagi Mat Sabu jadi PM tak payah fikir macam mana nak ringankan beban rakyat. Kalau naik 10 sen pun minyak harga barang boleh naik sampai 20% bayangkan 40%?? Peniaga kecil lah yang paling terasa kesan kerana mereka tidak dapat menaikkan harga sesuka hati kerana pelanggan akan lari. Peniaga Besar dan Pengilang akan terus alihkan beban kenaikan kepada pembeli tetapi peniaga kecil nak alih kepada siapa??? Pak Lah?? Kepada menteri semua jgn la bangga tunjuk potong 10% ke 20% elaun keraian nak tunjuk perihatin konon,kalau nak rasa cuba potong gaji 50% bagaimana rasa?
Saya bangga dengan Dato Sri dari dulu lagi masa zaman Tun Mahathir kerana dapat terus majukan Negeri Selangor,namun sekarang tidak dapat lah membantu rakyat biasa yang miskin ini dek gara-gara pandainya Pak Lah dan penasihat-penasihatnya yang (maaf atas kekasaran bahasa) kurang cerdik. Sebagai rakyat apa yang kami perlu adalah kami mampu untuk menyediakan makanan dan keperluaan asas kepada keluarga,namun dengan keadaan sekarang saya rasa tak ramai yang akan dapat menyenangkan keluarga masing-masing.Paling saya takut ramai yang tak mampu mengeyangkan anak-anak kecil dengan sesuap nasi.
Bantulah kami sekarang kerana apa yang diwar-war kan oleh Pak Lah bantuan untuk rakyat sebenarnya tak akan membantu meringankan langsung kerna tetap tidak menurunkan harga barang makanan dan keperluan harian.
Mereka yang diatas tidak merasa kesusahan dan kepayahan orang dibawah kerana semua telah terhidang. Ketahuilah bahawa sekarang semua orang merasa teraniaya dan ingatlah odoa org-org yang teraniaya akan dikabul oleh ALLAH,dan memang salah satu doa mereka adalah BN kalah dalam pilihanraya akan datang kerana mereka tak akan sokong kerajaan yang dipimpin oleh orang yang membebankan rakyat.
wassalam
p/s: Teruskan usaha murni Dato Sri semoga Allah pelihara Tan Sri dan Tun Mahathir
Apa pendapat Ds tentang Ezam? Dulu dalam PKR macam-macam yang didedah tentang pemimpin UMNO.Ramai pemmpin2 UMNO rasuah,laporan ada berkotak-kotak.Kini bila dalam UMNO dedah pula hal tentang pemimpin PKR.Bila orang dan muntah dengar cerita basinya mula dia bersumpah2 pula. Saya masih teringat2 lagi masa dia ceramah mencacai UMNO dulu, katanya nak bersihkan nama Anwar, sekarang dia buat ceramah yang sama tapi nak bersihkan UMNO pula.Dia menyerang dalam kaedah yang sama cuma tukar nama watak2 sahaja. Adakah orang seperti yang ini yang diperlukan dalam UMNO? Apakah manusia spt Ezam ini yang dianggap berwibawa dan akan menyelamatkan agama, bangsa dan negaraku Malaysia? Lompat sikatak lompat.....
ReplyDeletemimpi?
ReplyDeletehmmm, without dreams how dreams will come true?
Malaysiakini reports:
ReplyDeleteAhli keluarga terdekat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meletakkan jawatannya secara mengejut daripada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), syarikat besar milik kerajaan Selangor, semalam.
Saudara kandung Anwar, yang tidak dinamakan, menyerahkan surat meletakkan jawatan dalam tempoh 24 jam, kata sumber-sumber PKR.
Tindakan adiknya dibuat setelah ditegur oleh penasihat PKR itu bagi mengelakkan tugasnya di syarikat itu "mencemarkan imej" beliau dan parti, kata mereka"
Pls Comment Dato Seri?
KUALA LUMPUR, June 25 (Bernama) -- The government spends RM1.5 million a month or RM18 million a year in maintenance cost on Putrajaya landscaping, the Dewan Rakyat was told Wednesday.
ReplyDeleteFederal Territories Minister Datuk Seri Zulhasnan Rafique said the maintenance work was carried out by 29 contractors who were registered with the Contractors Service Centre (CCS) for Parks Lanscaping Project according to zones.
The landscaping zones were divided into gardens, protocol roads, Persiaran Perdana, Putrajaya fringes and neighbourhood precincts, he said in a written reply to Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).
- Bernama
are we surprised? RM18 M a year. That's equivalent to about 600 low cost units that can be given away for free a year.
Hmm... that's Putrajaya only. How about the Hadhari Park? Wonder how much money that one swallows a month.
What maintenance ?? I was in Putrajaya last year for the flower festival and the place is a Potemkin village. It's a facade, the place is a shithole.
datuk!!!
duit yg byk di blnjekan utk lanskap dlm mse sebulan,ini ke kerajaan yg prihatin pd rkyt?!!!!
kalo kte blnjakn duit yg byk ini n dpt blik ke keuntunagn xpela..
sume ini pembaziran...
rkyt dpt ke manfaat???
sengal pnye kerajaan..
kerajaan yg cmni pun korg sokong lg..
mmg korg bodoh!!!!!!!!!!!!
tetapi,org bodoh,xkn selame2 nye bodoh..
marilah kte berubah..
membangun bersame islam..
islam for all..
join PR rite now
-otto
a.kum dato seri..
ReplyDeleteKalau benar la anwar seperti yang digambarkan oleh dato seperti itu,kenapa semasa anwar memegang jawatan TPM tiada satu umat pun dalam UMNO yang kata anwar seperti yang digambar kan sekarang?opss mungkin nak jaga periuk nasi masing-masing kan dato seri..hidup ni macam roda..kejab kat atas kejab kat bawah..cuba dato seri ingat kan kembali semasa dato seri jadi Mb dulu apa yang telah dato seri buat pada rakyat sehinggakan rakyat selangor sendiri yang mengulingkan dato seri?UMNO kena terima hakikat yang UMNO sekarang tidak lagi didokong oleh golongan muda sebaliknya didokong oleh golongan yang berkepentingan sahaja..Percaya lah suatu hari nanti UMNO akan pupus dan hanya tinggal sejarah di dalam buku teks MATAPELAJARAN SEJARAH DARJAH 1..Belajar lah untuk menerima hakikat kekalahan dato seri
"Anwar sudah diketahui umum sebagai ahli politik yang licik dan mempunyai banyak helah, bertopengkan pelbagai wajah, namun menyembunyikan agenda sebenarnya."
ReplyDeletemacam terkena hidung sendiri ja Dr Khir Toyo...
Bila bercakap tentang orang lain, sedarlah juga tentang keikhlasan perjuangan Dr hir dulu ketika berkuasa.
Anwar tidak akan menjadi PM! beliau mempunyai struktur yang gagal.
ReplyDeleteTerjunlah kau luncai dengan labu-labu kau...
ReplyDeleteSalam dato seri,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan pandangan dato seri..
maklumat tambahan boleh dilayari di sini
Anwar mengakui hubungan dengan Yahudi
http://www.youtube.com/watch?v=je403BiF6Pc
Anwar kata NO to Negara Islam & Mahkamah Syariah
http://www.youtube.com/watch?v=b1xVDkj1Njw&feature=related
sumber :
http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com
DATO' SERI,
ReplyDeleteSAYA LIHAT POST DATO' YANG INI, SAYA DAPATI DAN TANPA DATO' SENDIRI SEDARI, DATO; SEOLAH-OLAH MENGKAGUMI PEMAINAN POLITIK DSAI YANG PENUH DENGAN TIPU MUSLIHAT.
DARI SEGI PERMAINAN POLITIK SAYA MEMANG KAGUM DENGAN DSAI. PERMAINAN DATO' SERI DENGAN DSAI MASIH JAUH SEPERTI LANGIT DENGAN BUMI.
DATO' SENDIRI MENGAKUI DSAI MENRENCANA POLITIKNYA DISEBALIK TEMBOK BESI. ITULAH KELEBIHANNYA. TANPA SUARA, TANPA TENAGA, SERANGAN SARAFFNYA MENYELINAP SETIAP ANGGOTA PENJARA ITU SENDIRI, ITU MAKNANYA DSAI TELAH MEMPUNYAI SUATU KEKUATAN YANG TIDAK ADA PADA PEMIMPIN YANG BERMAIN DENGAN POLITIK SEPERTI DATO; MAKNANYA DSAI MEMANG BERJAYA MEMANIPULASI APA YANG ADA DALAM SERBA KEKURANGAN.
SEDANGKAN DATO; YANG DUDUK DILUAR YANG MEMPUNYAI JENTERA YANG KUKUH DARI SEGENAP SUDUTPUN TEWAS PADA KEHENDAK RAKYAT SELANGOR SENDIRI.
HANYA JAUHARI SAHAJA YANG KENAL MANIKAM.
KALAU DATO; BERMAIN POLITIK, ITULAH POLITIK YANG MAINKAN KITA SEMULA. KALAU EZAM BOLEH DITERIMA SEMULA, ITULAH PERLEMBAGAAN YANG KITA LAKARKAN DAN KITA SENDIRI YANG MENODAI PERLEMBAGAAN ITU. (FASAL 20.10)??. WALLAHUALAM
salam saudara Faisol
ReplyDeletepandangan anda senada dengan saya dan rakyat Malaya yang kagum dengan kehebatan DSAI. Memang kalau dibuat vote, tidak ada pemimpin UMNO sekarang ini yang setanding dengan DSAI, Saya cabar Dato; buat vote pada blog Dato, SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG SETANDING DAN HEBAT SEPERTI DSAI??
DSKT,
ReplyDeleteSaya anak sabahan, berasal dari kawasan yg sama dengan Datuk Dr. Maximus. Salah seorang calon PKR ketika pilihanraya kawasan N5.Tandek baru-baru ini berkelulusan Phd merupakan anak didik Datuk Dr. Maximus untuk masa depan politik di sabah tapi akhirnya 'ditawan' oleh kata pujukan dan janji-janji anwar untuk sabah calon PKR N5.Tandek... Inilah kelibat anwar.. Seorang yang terdesak dan gelojoh dalam agenda politiknya.
Pendedahan DSKT tentang tindaktanduk Anwar sememangnya sudah lama saya hidu. Perjalanan perjuangan Anwar mudah dibaca dan sangat mudah untuk membuatkan orang seperti saya menanggapi idea di sebalik cita-cita politiknya tidak lebih daripada sekadar bersifat retorik. Petah dan kelihatan berkaliber tidak semestinya berwibawa dalam memimpin hala tuju negara.
kelicikan Anwar sekadar menampakkan sikap gelojoh dalam memuncakkan cita-cita politiknya. Saban hari ke sana kemari menghebahkan ke media mendedahkan akan ada sahaja MP yang akan melompat menyertai perjuangannya.
Tindak tanduk anwar seperti org yg terdesak. Pemimpin yang baik tidak bercelaru dalam tindak tanduk. Apapun perkembangan DSAI memberi peringatan kepad BN bahawa perlu ada langkah politik yang harus diambil untuk kesinambungan perjuangan BN
DMKT,
ReplyDeleteTulisan yg tajam & kena pada tempatnya. Mmg betul apa yg diulas oleh dato ttg anwar. Beliau merupakan oppurtunist & amat berbahaya kepada negara & terutama org bumiputera. Kerana beliau sanggup menggadaikan apa saja utk kepentingan peribadi..
Jgn ditgk sgt keputusan undian blog yg memihak anwar sbb rata2 blogger di alam maya ni mmg yg telah termakan gula-gula anwar.
Tetapi dato'. Amat kritikal utk adanya perubahan dalaman UMNo supaya UMNO masih releven. Paklah harus berundur secepat mungkin. Ini dari desakan rakyat bukan dr pembangkang.. Dan juga desakan org2 UMNO sendiri..
lagi lama Paklah memerintah lagi teruk jadinya UMNO..
jadi satu saya minta Dr seri.. segerakan pelan pemulihan umno..
Anwar bukan sekadar bermimpi, tp turut menjalankan pelbagai strategi, malah kejayaan rancangannya sudah dapat kita lihat sekarang.
ReplyDeleteSekurang-kurangnya kita tahu Anwar ini bole diharap untuk melaksanakan dgn jaya apa yang dirancangnya.
Sebaliknya, Pak Lah and the gang juga bermimpi antaranya untuk membantu rakyat dan memakmurkan negara. Namun setakat ini, kejayaan pelaksanaan mimpinya sangat ramai orang mempertikaikan.
Tidak salah mempelajari dan mencontohi strategi musuh, asalkan matlamat tidak sama seperti musuh.
Anwar boleh dipercayai untuk menjayakan kumpulan yang dipimpinnya.
ReplyDeleteJika dia terus berada dalam PKR, ada kemungkinan besar PKR akan berjaya seterusnya akan mencapai matlamat2 PKR.
Tetapi, jika UMNO yg diuruskannya pula, maka UMNOlah yg akan berjaya.
Kumpulan yang mempunyai matlamat yg baik, ahli-ahli yang hebat tp tiada ketua yg berkaliber akan gagal juga
Anwar bukan idola saya, namun di dalam UMNo sendiri tiada pemimpin yang lebih berkeliber dari beliau. Anwar licik berpolitik kerana jika beliau tidak licik, bermakna beliau akan rebah dan dianiayai sekali lagi. Biasanya orang2 yang pernah rebah dan teraniaya itu akan berjaya pada suatu hari. Dunia memandang beliau kerana beliau serba boleh. Beliau diberi pengiktirafan oleh pelbagai pihak, baik oleh negara2 Islam, Yahudi, amerika dan sebagainya. Tak semestinya beliau berbaik dengan Yahudi maka beliau merupakan agen Yahudi. Part dia disanjungi oleh pemimpin2 negara2 Islam tiada pula yang berbaik sangka. Guru mana yang mengajar org2 UMNO berkata begitu, melainkan ini semua hanya propaganda dan mimpi2 ngeri anda semua sebenarnya.
ReplyDeleteDatuk Seri,
ReplyDeleteAdakah kemasukan Ezam ke dalam UMNO merupakan jambatan kepada kemasukan Anwar Ibrahim kelak?
http://nadzrikamsin.blogspot.com/
KEPADA PERMATANG
ReplyDelete"cuba dato seri ingat kan kembali semasa dato seri jadi Mb dulu apa yang telah dato seri buat pada rakyat sehinggakan rakyat selangor sendiri yang mengulingkan dato seri?"
Aper lah ayat ko..
Orang seperti ko nie lah yg tak paham politik malaysia..
DS tak kalah arie tu..PAHAM..!!
yang kalah..rakan2 dier..
bab 2 tak leh bentuk kerajaan..
INILAH MEREKA2 YANG TAK PAHAM PERKEMBANGAN POLITIK MALAYSIA..
TAPIE CAKAP BANYAK....!!LUPA DIRI!!
Salam DS,
ReplyDeletesebaik sahaja PR menguasai kerajaan Selangor, gegak gempita penyokong2nya melaungkan kegembiraan. geng2 PAS di kampung saya seronok tak terkira, mesej bertali arus, ada yang sampai ke peringkat menghina pemimpin2 terdahulu. kemenangan KITA ( baca: Melayu ) kata mereka... tapi mereka lupa ;
1. Sebaik sahaja berkuasa, projek khinzir raksaksa yang baru di peringkat kajian, PR umum untuk laksanakan.
2. Had keluasan tanah untuk kuil dan tokong dimansuhkan
3. Ong Ka Ting dengan halus meminta hak yang lebih untuk kaum Cina di Malaysia
4. Kerajaan DAP P.Pinang mengumumkan pemberian taraf freehold kepada semua tanah perumahan ( baca dalam sikit kesannya pada Melayu Penang Tuan!!)
jadi, Melayu2 sekelian, renung renunglah dengan mata hati...
betul ke kerajaan Selangor PR itu Melayu? Perak ?
Masalah ini mungkin tak akan terjadi sekiranya Anwar dan Mahathir tidak bermusuh dulu. Kalau Anwar dan Mahathir tak bermusuh,maka tidak akan lahirlah parti keadilan rakyat. Dengan ini parti pembangkang cuma ada 2 saja.
ReplyDeleteSekarang ini kita tak boleh buat apa apa. Kalau nak diikutkan, selama ini PAS dan DAP tak ada apa apa kebolehan. Mereka terpisah disebabkan berbeza idealogi. Yang menyatukan mereka sekarang cuma Anwar saja. Kalau tak ada Anwar, tak akan wujud Barisan Altenatif ni.
Sememangnya kita kena berhati hati dengan Anwar. Untuk mengelakkan Anwar berkuasa, kerajaan haruslah mengambil hati rakyat. Jangan bebankan lagi kehidupan rakyat.
Politik negara kita ni mudah saja. Jangan bebankan rakyat, jaga ekonomi baik baik, ambil hati rakyat, pasti tiada yang menyokong pembangkang.
Hal ini terbukti semasa penahanan Anwar oleh Mahatir. Walaupun ada demonstrasi tahun 1998, rakyat tetap memilih BN time pilihan raya 1999. Kalau hati rakyat dijaga, Insyaallah BN akan menang PRU 13.
kelakar baca komen orang pasal Ezam..macamtu rupanya minda kita ye bila komen orang kuat bertukar parti..hehe.saya pasti geli hati lagi jika suatu hari nanti Anwar Ibrahim pulak yang masuk UMNO.ape lak nanti komen orang yang puji dia ye..hehe
ReplyDeleteAnwar Ibrahim memang genius.saya mengkagumi pemikiran DSAI sama seperti saya mengkagumi pemikiran Tun Dr Mahathir.setuju dengan SALAM PERJUANGAN,DSAI berpaksikan pada Yahudi,juga Freemason satu gerakan sulit.percaya atau tidak,nasihat saya,berhati-hati dengan agenda politiknya.
ps;kenapa perlu simbol keadilan berbentuk mata (ade kaitan dgan all-seeing eye / eye of horus ke)
DS, sila buat vote di blog DS siapa yg layak menjadi pm malaysia seterusnya. sila masukkan nama DSAI sekali tentunya. sekian
ReplyDeleteAssalamualaikum YB Dato Seri,
ReplyDeleteTerlalu banyak tenaga, fikiran, wang ringgit untuk kita melontarkan pandangan, pendapat, dan sebagainya. Kita semua sudah pun menghasilkan budaya Melayu yang pandai memberi pendapat dan pandangan. Apa yang saya khuatiri, adalah tidak ada sesiapa yang mengambil tindakan. Bak kat orang hanya pandai cakap sahaja. Budaya ini amat merbahaya kepada bangsa jika ianya menular di dalam masyarakat kita. Apabila kita terlalu banyak bercakap, kita akan mula belajar berbohong,menipu, memfitnah, mengada-adakan cerita dan semuanya ini adalah wayang kulit.
Bangunlah bangsaku. Kita akan jauh ketinggalan sekiranya kita tidak berhenti bercakap.
Marilah sama-sama kita perkuatkan Bangsa Kita.
Salam
salam datuk.
ReplyDeleteTerimakasih atas pendedahan berani dari Datuk Seri.
Untuk pengetahuan datuk saya dulu penyokong setia Anwar tetapi setelah melihat percaturannya yg mungkin membawa musnah pada orang melayu saya semakin benci dengan taksubnya dia untuk menjadi perdana menteri.
Jika anwar menjadi Perdana menteri orang melayu akan musnah. memang benar mereka berdiri atas dasar demokrasi, meritokrasi, kebebasan dan sebagainya tetapi percayalah jika pakatan berkuasa akan wujud satu bentuk diskriminasi yag baru, kali ini terhadap orang melayu.
Diskriminasi ini akan dihalalkan atau akan diselindungkan melalui ungkapan ungkapan meritokrasi , demokrasi dan sebagainya dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim)
Saudara BABI tidak akan berupaya mengawal chauvinist dari DAP seperti Lim Kit Siang dan karpal singh. Mereka memang licik berselindung disebalik ungkapan demokrasi dan sebagainya. Pada waktu itu semuanya telah terlambat.
Assalamu alaikum Dato' Seri
ReplyDeleteUlasan Dato' Seri baik sekali. Saya cuma musykil untuk mengetahui apa pendapat Dato' Seri tentang alternatif yang ada dan mengapa.
Pendek kata, siapa jika bukan Anwar?
Hidup ini akan lebih mudah jika orang sekeliling kita memberikan jalan penyelesaian, bukan senario masalah.
Wallahu alam.
ANWAR IBARAHIM DAN RAJA PETRA BERSEKONGKOL UNTUK MENJATUHKAN KERAJAAN PILIHAN RAKYAT.HAMPEH.BUAT LAH CERITA LOGIK KALAU NAK MENIPU DATUK SERI NAJIB...
ReplyDeleteDari cakap-cakap angin,jika pakatan rakyat memerintah mereka akan memecat sesiapa sahaja yang sehaluan dengan kerajaan bn.ISA akan dikekalkan oleh pr untuk menangkap mana-mana individu yang menyokong bn dan berdemonstrsi oleh orang umno jika mereka berjaya memegang malaysia.mereka berkata akan menghalalkan perhimpunan haram tetapi tidak untuk penyokong bn.sifat pendendam pr akan terbukti dengan kezaliman mereka jika rakyat masih termakan dengan kata-kata manis pr.sebab itu mimpi-mimpi untuk menguasai malaysia tidak tercapai selagi kroni-kroni pr yang mendapat habuan dan keuntungan politik sempit mereka.
ReplyDeleteSalam....
ReplyDeleteDato' Khir pada pandangan saya semua pemimpin di M'sia sama je... Perjuangan politiknya untuk mencapai objektif sendiri BUKAN NIAT sebagai Khalifah di mukabumi in berdasarkan Al-Quran dan Sunnah...
Tak payahler nak dok komen orang.. Cermin diri Dato' sendiri... Bertaubat ler... Ikutler Cara Tuan Guru Nik Aziz...
Tu baru sikit Allah nak uji Dato' Belum lagi kena humban dengan Tsunami.. Gempabuni etc..
Wassalam
ASSALAMUALAIKUM SATO SERI,
ReplyDeleteKetika Dato seri sebagai MB dahulu saya sempat bersalam dan betentang mata seketika di pekan ijok(april 2007)bersamaan piliharaya kecil dub ijok.Pada ketika itu saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada BN ketika itu,Kami yang betrtugas sebagai jentera piliharaya dapat merasakan sesuatu seperti BN akan tumbang di Ijok pada ketika itu tetapi itu tidak terjadi tetapi genap 11 bulan perkara tersebut terjadi.Saya cuba memberitahu kepada salah seorng pemimpin UMNO diselangor (june 2007) mengenai hal ini tetapi dipandang sepi perkara ini.Moral daripada cerita ini ialah MINTA JANGAN DIPERKECILKAN ATAU DINAFIKAN SUARA AKAR UMBI(RAKYAT) TERUTAMA AHLI UMNO BAWAHAN.
“Penampilan Pak Lah yang bersahaja telah membolehkan Anwar mengambil kesempatan menonjolkan diri.”
ReplyDelete1. BUKAN PENAMPILAN BERSAHAJA, TETAPI LEBIH TEPAT PENAMPILAN LEMBAB, LEMBEK DAN DISOKONG OLEH KABINET SEPARUH MASAK SERTA PEMIMPIN NEGERI, KAKI AMPU MACAM DATO’
Berdasarkan respon di blog saya dan laman-laman web lain, UMNO harus sedar bahawa manipulasi Anwar pada tahap kedua sudah berjaya. Ramai yang melihat bahawa Anwar Ibrahim adalah pemimpin harapan negara, manakala pemimpin UMNO dilihat sebagai pemimpin yang tidak berupaya.
Jika UMNO tidak berupaya memulihkan keyakinan terhadap kepimpinan, kesempatan ini akan diambil oleh Anwar Ibrahim melakukan manipulasi fasa ketiga.
2. BAGUSLAH KALAU DATO’ SUDAH SEDAR DIRI.
Malangnya Anwar sendiri berada dalam kedaan goyang apabila Sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Shah Alam telah menunjukkan pergeseran dalam parti-parti komponen PR.
Saya dimaklumkan Pas tidak menyertai perhimpunan ini kerana sesuatu sebab dalaman. Jika kita lihat dari segi fizikal pun, tiada bendera Pas dan Dap kelihatan di sekitar Stadium Melawati tempat penganjuran majlis sambutan. Malah saya difahamkan krisis kian meruncing apabila tiga Menteri Besar Pas dikatakan telah "ditegah" oleh pucuk pimpinan Pas dari menghadri majlis tersebut.
Dap sungguhpun hadir tetapi tidak menunjukkan komitmen yang sewajarnya kepada Anwar Ibrahim.
Ketika Anwar sibuk menggangu Barisan Nasional, ilusi politik Pakatan rakyat ciptaan Anwar juga tampaknya seumpama retak menanti belah.
3. DATO’ PANDAI BERMAIN KATA KATA UNTUK MENUNJUKKAN KEPINCANGAN PAKATAN TETAPI DALAM MASA YANG SAMA DATO’ CUBA COVER UP YANG BN DAN UMNO BERADA DALAM SITUASI YANG LEBIH TERUK DI SEBABKAN TIKAM MENIKAM DARI DALAM PARTI SENDIRI.
ELOK DATO’ SEBOKKAN DIRI UNTUK DUDUK DI BAWAH KETIAK PAKLAH ATAU NAJIB JIKA TIDAK MAHU TERLEPAS KETUA PEMUDA.
Pengajaran Kepada Kita
4. SEBENARNYA PENGAJARAN LEBIH KEPADA DATO’ DAN UMNO, RAKYAT SUDAH LAMA SEDAR DAN BERSUARA DALAM PRU12 DAN SEKALI LAGI DALAM PRU13 NANTI
Satu komentar yang baik dari ketua pembangkang.U atau Anwar mempunyai obkektif yang sama KUASA.Tetapi Awwar lebih baik daripada U.U tak ada perancanngan yang baik untuk menrealisasikan pembangkang sifar di selangor.Dan saya nasihatkan U supaya perkukuh umno di selangor dan jangan asyik buang masa untuk mengkritik PKR.Kawasan jawa kat tempat u boleh lah ikut u tapi masalah nya golongan muda bandar benci dengan umno.
ReplyDeleteA'kum....
ReplyDelete1.Apakah Benar Anwar Ibrahim ini perjuang Bangsa(terutama orang Melayu)?
Bagi mereka yang baru atau biasa dengar ceramah dia mungkin akan mudah dilembut seperti "kerat Nasi yang direndam dengan ayer'.Dia sama juga dengan pimpin lain.Adakah dia sanggup naik motorsaikal honda 70' keling satu malaya membawa mesej jawapannya TIDAK itu menunjukkan dia sama juga.
2.Kenapa Anwar Ibrahim tidak mengambil tindakan atau tiada orangpun yang berani membuat tindakan kepada saksi pendawa kes liwatnya dahulu?
Jawapannya kena tanya kepada dia dan mungkin ada yang jawap saksi itu dilindungi(lindung sampai bila?).Ini kerana kalau ikut cara orang melayu jika ia tidak membalas balik itu dipanggil DAYUS sebab orang melayu ini kalau ia tidak betindakbalas secara KASAR mungkin SECARA HALUS(alaa cam santau tu)...Ini menjadi kemusykilan.
3.Anwar Ibrahim dipecat kenapa LIWAT atau lain?
Tiada orang/rakyat akan percaya tentang case ini kerana dia menunjukkan seorang yang Islamic(boleh join tarian dan perhimpunan yang disertai arak).Hanya yang tahu sebab dia saja iaitu Tun DrM sebab beliau mempunyai asses kepada semua baik dalam negeri mahu luaq negeri(mungkin membaikan keselamatan negara).
4.Anwar Ibrahim mampu kesana kesini seperti Perdana Menteri atau Mantan PM kenapa?
Jika orang biasa yang telah dicap baduan gerenti susah juga nak hidup melainkan kesabaran dan ketabahan yang akhirnya membawa kejayaan seperti Kisah Baduan Paling Lama.Kita pasti bertanya daripada mana sumber kewangan yang banyak )bayangkan perjalanan Anwar antara Kuala Lumpur ke New York seperti Permatang Pauh ke Bertam.
5.Kenapa newspaper yahudi beria-ia membayangkan Anwar sebagai PM,kenapa?
Hanya orang yang menerima dana yahudi saja akan disokong oleh mereka,lihat kepada Obama yang berdolak dalik apabila perjumpaan dengan penyumbang Dana dari bilionair Yahudi.Walaupun Negara Islam kebanyakannya kaya dengan minyak tetapi masih memerlukan bantuan barat(yahudi) menjanakan ekonomi dan pertahanan.Kita perlu sedar bahawa sandiwara Yahudi dalam dunia ini.....
Bagi mereka yang masih belum sedar atau mungkin ada ganjaran akan mempertahankan siapa saja yang dia rasa mereka itu boleh bagi senang
Sdr su-kj,
ReplyDeleteDSAI belum teruji memimpin negera,dia agak beruntung krn umno dan pas tidak melancarkan kempen tidak bermoral caracter assasination keatas beliau sebab itu ia terlihat baik,kita tidak mahu melakukan perbuatan yang sama seperti beliau.
Dgn kejadian di selangor,kerajaan pakatan rakyat yang memasukkan hasil kutipan derma kedalam akaun pkr,sedangkan wang kerajaan negeri dibelanjakan utk penganjuran program sambutan 100 hari pakatan rakyat,memperlihatkan DSAI tidak tegas terhadap khalid ibrahim.
dear malay-machista
ReplyDeleteare you true malayu?no!chinese?no!indian?no!muslim?
no!hindu?no!budha?no!i thing you are
hati sempit,tak beriman,kurang suaman,dan pasti racist!racist!racist!masih hidup dalam illusion 60han.insaflah.fikirlah orang yang beragama,hati luas,tidak akan ada fikiran dan comment begitu.thank you
"SEBENARNYA PENGAJARAN LEBIH KEPADA DATO’ DAN UMNO, RAKYAT SUDAH LAMA SEDAR DAN BERSUARA DALAM PRU12 DAN SEKALI LAGI DALAM PRU13 NANTI"
ReplyDeletehai kluangman.. saper yg ko masukan rakyat..
Saya pon ader IC..
Sokong UMNO bukan bermakna
saya bukan rakyat..
ingat org2 "berkepentingan" ajer ker sokong UMNO..
saya org muda bukan bermakna benci UMNO...
ayat biarlah tu biarlah hanya ditujukan kepada golongan2 kamu..
jangan nak babitkan semua orang..
hanya golongan macam kamu ni yang tak memahami pergolakan politik malaysia..
sekurang2nya walaupon DS bercakap pasal Anwar.. bukan DS hanya menghentam ajer..sekurang2nya ader pengajaran yang boleh kiter pikirkan..
bukan macam ader ssegolongan itu..
asik menyalahkan semua orang..
tak ader yang betul..
semuanya salah..
kalau salah aje mesti org lain..
diri sendiri tak pernah salah..
tak pernah nak pikir positif...
kalau orang lain berjaya..
mesti pikir yg bukan2..rasuah etc..
dalam dunia ni macam tak der org lain yg betul dah..
ingat ada ramai lagi MEREKA yang hanya BERDIAM melihatkan politik malaysia..
Ingat...diam diam ubi dier BERISI..
p/s: saya cukup sedih PR nie.. dier ingat semua rakyat jer sokong PR.. abis tu org lain camner?? istilah "RAKYAT" tu bukan ekslusif kepada diorg...
Sdr Dukeofmontercristo,
ReplyDeleteSaya setuju dgn pandangan sdr,umno juga amat sedar kehendak ahli dibawah.insyaallah ahli umno akan memilih umno bukan pemimpinnya,hayat umno perlu diselamatkan melebihi kepentingan yang lain.
Sdr copetro,
ReplyDeletesaya sedang berusaha utk mengadakan klinik percuma tersebut dikawasan saya,buat masa ini saya adakan bantuan makanan percuma di tiga pusat khidmat saya dikawasan saya.Saya juga telah mengadakan pusat haemodilisisi dgn kerjasama mais di sg besar.
dulu tak berblog. dah kalah baru sibuk nak berblog. kalau dari dulu berblog, sure ko tak kalah seperti sekarang. tapi sekarang berblog asyik kata orang.
ReplyDeletepensyarah IPTA
assalamualaikum wbt
ReplyDeletebukan main hebat topik tajuk dr khir pada kali ni....
1stly, saya menyusun jari memohon ampun dan maaf jika kata-kata ni menghuris hati nurani dato seri...
apakah perasaan dato seri jika difitnah, dihina dan dicerca pada perkara yang dato seri tidak lakukan? atau pada perkara yang dato seri lakukan sendiri? saya rasa kita tidak boleh menghalalkan cara... tidak boleh bagi kita untuk fitnah.. fitnah lagi teruk dari membunuh... takotlah pada azab tuhan yang sememangnya benar dan tiada tolok bandingnya...saya rasa pendekatan politik dato seri boleh diperbaiki, jauhi la dari fitnah nescaya orang tidak akan memfitnah kita.. astaghfirullahalazim.....
keduanya, pada hala tuju yang dibawa oleh anwar hanya allah dan dia sahaja yang mengetahuinya, janganlah kita tersalah tapsir dengan membuat andaian kita samada baik atau lagi buruk dengan berprasangka tidak baik.. jika jalannya kearah kebaikkan, menjadi tanggungjawab kita untuk bersama membantunya..
ketiga, berbalik kepada persoalan dato seri, tentang cara yang terbaik untuk menyelamatkan keadaan ...
yakinlah pada jalan dan landasan yang tuhan telah aturkan kepada kita sebaik mungkin, hanya dengan cara islam yang telah dibawa oleh nabi muhammad sahaja sebaik-baik jalan kepada penyelesaian masalah umat. bukan dengan cara menguatkan umno...
maaf saya cakap, umno adalah parti yang goyah, tidak relevan untuk masyarakat malaysia mahupun memacu dunia. Tunjangnya yang bersifat assabiyah yang berpuak-puak amatlah goyah, tidak boleh bertahan lama untuk membawa kebaikkan tetapi agak mudah untuk ditenggelamkan kearah kejahatan. Itulah hakikat yang kita telah lihat, umno tidak solid, menidakkan agama dari bangsa, men2ndclasskan pemimpin agama dari kepentingan peribadi dan berprasangka jahat kepada hukum2 agama. Ini hakikat yang kita telah terang-terangan lihat tentang apa yang telah dibawa oleh umno. Jadi kenapa kita harus kearah umno? takkan kerana $$$$$$$ semata mata? atau main wayang semata-mata? cukuplah muslihat-muslihat lalu.. lihatlah fakta....
dan yang terpenting.. tiada jalan yang lebih baik untuk kita semua melainkan dengan berpandukan ajaran islam sebenar... bantulah pergerakkan ummah.. yang mana lemah kita perkuatkan.. yang mana kurang kita tambahkan.. yang mana kita tak mampu kita doakan... bukan dihina, bukan dicerca.. belum terlambat untuk dato seri bersama... jadilah sebahagian daripada pemegang panji2 perjuangan ummah.. kearah malaysia yang lebih maju, adil dan saksama untuk semua lapisan kaum dan masyarakat.. tinggalkan politik assabiyah.. dan berjuang la dengan niat lillahitaallah... Takbir
fikir-fikirkanlah.. dan bertindaklah dengan segera....
Kepada sesiapa yang gelihati bila membaca komen orang mengenai Ezam, hari ini sepatutnya anda tahu apa yang telah dilakukan oleh Ezam. Sebaik sahaja beliau masuk UMNo beliau telah pandai berbohong. Bohong mengenai kutipan wang 100 hari PKR dan bohong mengenai perlantikan adik DSAI dalam KDEB. Orang begini mmg tak perlu ada dalam PKR dan beliau juga tidak akan mendapat apa2 dalam UMNO. Yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran.
ReplyDeleteSalam Dato' Seri.
ReplyDeleteNampaknya orang kuat UMNO iaitu Naib Presidennya, Datuk Ali seolah-olah telah tewas sebelum berjuang setelah mengeluarkan kenyataan akhbar dengan perasaan bimbang dan tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan untuk berdebat dengan DSAI.
Keberanian Menteri Penerangan memang sangat dipuji kerana semangat keberanian nya mengalahkan semangat Hang Tuah yang sepatutnya ada pada Datuk Ali. Mereka berdua dijangka akan berdebat secara langsung di RTM1 dan sudah pasti program ini akan ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia.
Hebat, Panas, Menarik dan tak terucap oleh kata-kata.
Saya rasa Menteri Penerangan patut mengundang Dato' Seri berdebat dengan DSAI. Baru rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang punyai politik paling berpengaruh bukan hanya bercakap dari jauh. Kita semua mesti berani berumah ditepi pantai..!!!
A'kum....
ReplyDeleteMenteri Penerangan mahu berdebat dengan anwar ibrahim secara live.Ini yang sepatut dilakukan dan kita lihat apa kata-kata anwar ibrahim ...dan bagi peluang seluruh rakyat Malaysia menanya soalan atau kritikan secara live
Salam...
ReplyDelete1.Umno sepatutnya telah sedar akan sistem keserataan PR yang menampakan bahawa orang melayu sudah layu dan masih dengan angan-angan Mat Jenin dikala orang lain berlumba dalam membina empayar ekonomi....
2.NU Unisel pun sudah kena TKO dan KO kerana alasan tidak memberi input yang bagus kepada Unisel.Mungkin orang melayu sudah tidak layak bagi persyarikatan Unisel.
3.Hanya 3 buah negeri(PR) saja yang menampakkan bahawa kepimpinan Melayu menjadi Pak Turut kepada Dap(dulu masa sy masih di bangku sekolah tahun 89,DAP ini sy anggap ia parti Idelogi Komunis dan sehingga sekarang pun saya tetap anggap bahawa DAP ini Komunis tetapi dengan cara baru macam di Nepal tu).
4.Bagaimana Anwar Ibrahim bersama Hadi Awang boleh bermesra dengan pucuk kepimpinan DAP laknat ini hanya anda saja tahu?
walaupun mereka mengatakan bahawa mereka memperjuang keadilan dan keserataan tetapi mengapa ahli keluarga mereka berjawatan tinggi dalam parti atau kerajaan negeri ?
Ini semua memudahkan bagi mencapai tujuan dalam hidup mereka dan kroni,korupsi dan sebagainya hanya mainan dan rakyat yang diperbodohkan akan ikut saja seperti "Holly Water".
Dalam dunia zaman ini siapa yang tidak sayang keluarga atau bangsanya.Sanggup membiar anak bini menjadi peminta sedekah....Tolong beri jawapan yang jujur
DSK, DSK, DSK !!!!,
ReplyDeleteInilah lambang pemikiran sempit ahli-ahli UMNO yang sudah tidak releven bagi rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Yang bermimpi sebenarnya Dato' Sri Khir Toyo sendiri, bukan sekadar bermimpi tetapi mengigau disiang hari.
Satu contoh Pemimpin UMNO yang sedang mengalami "Acute Bipolar Disorder I". Mereka "detached themselves" dari realiti.
Saya percaya jika hari ini DSAI masuk UMNO, besok DSK akan puji DSAI melambung-lambung. Sudah tentulah perkataan saperti "Ini lah Pemimpin Ulung Negara", "Inilah Pejuang yang sebenar", "Inilah Bapa Penyatuan Melayu" dan ini-lah itu dan inilah ini.
DSK!!!!, rakyat sudah masak dengan mainan orang-orang UMNO saperti DSK. Berubahlah dan jangan ingat UMNO saja dapat menyatu padukan orang Melayu. UMNO sendiri pun sedang berkecamuk dan akar umbinya sedang pupus.
Zaman dimana UMNO dapat menjaga orang Melayu dengan baik sudah berlalu. 50 tahun UMNO telah melingkupkan orang Melayu dan orang Melayu sehingga hariini tidak sampai kemana pun. Ini adlah kerana Pemimpin UMNO adalah saperti DSK ini.
Eloklah DSK bersara saja dari terus menjadi agen pelupusan UMNO dari bumi Tanah Melayu ini. Kembali jadi 'dentist' saya rasa lagi mulia dari buat kerja yang merosakkan Negeri dan Negara ini.
Mmg Anuar tak boleh diperchayai.
ReplyDeleteHe's such a good speaker.
and a good speaker is a good liar.
Khatam.
Kalau Dato' tak mampu bermimpi tok sah la nak jadi pemimpin. Jadi doktor gigi sudah lah.
ReplyDeleteHi Khir,
ReplyDeleteKadang-kadang sya juga turut merasa pelik bila membaca apa yang kau tulis kat blog kau ni sebabnya yang aku tahu sepanjang kaku berkuasa di Selangor dulu kau pun tak ehsan lansung. Nak jumpa kau kat pejabat pun kena ber puluh kali buat temujanji sampai akhirnya tak dapat jumpa pun setelah berjam-jam tunggu. Tapi itulah sifat manusia, bila dah tewas dalam perjuangan cuba menuding jari ke arah orang lain sedangkan kau tak sedar yang empat jari lagi menuding ke arah diri sendiri. Salahkah Anwar bila kau sendiri sombong dan tak sedar diri Khir.
Apakah pengswastaan syarikat-syarikat kerajaan berlaku semalam? Apakah segala pembahagian tanah juga berlaku kelmarin. Projek babi yang dilawati itu juga berlaku semalamkah? Sedar ke atau tak? Inikah nilai kau sebagai seorang islam. Pelik juga bila kita renungkan. Kau boleh juga baca balam blog Tan Sri Muhammad Taib, berapa ramai orang komplen pasal kau semasa mentadbir Selangor dulu.
Aku ni masih lagi ahli UMNO tapi tak tahu sampai bila. Salah satu sebab UMNO jatuh adalah kerana orang macam kau nilah? Perasan bagus tapi habuk pun tarak.
Renung dan fikirkanlah Khir woi...
Salam. DS, saya cabar DS untuk berdebat di tv dengan DS Anwar Ibrahim. Amacam? Ada berani ke?
ReplyDeleteKalau setakat nak tunjuk belang dalam blog, tok wan saya pun boleh... Jangan anggap pembaca bodoh macam ..........
Kepada selruh rakyat malaysia sila tonton video ini… dalam video ini dinyatakan secara terperinci conspirasi dibuat oleh Mahathir dan BN tahun 1998 mengenai kes liwat
ReplyDeleteTak hairan cara yang serupa juga dibuat kali..AYUH TONTON video ini sampai habis
http://video.google.com/googleplayer.swf?docId=5444738301881045459&hl=en [video.google.com]
konspirasi telah berlaku lg..ayuh kwn2..mari kte solat hajt bersme2..dan memberikan sokong kpd dsai..
semoga ALLAH melindungi dan memakbulkn doa org yg teranaya..amin..
takbir!!!!!ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!
REFORMASI.REFORMASI..MAKKAL SAKTI...
Anwar Ibrahim kena kes sodomi lagi sekali. hai apa nak jadi Malaysia ni. saya percaya perkara itu memang terjadi, di harap pihak polis dapat menjalankan siasatan yg terperinci dan bebas supaya mendapat keyakinan rakyat. ini kerana Anwar licik menepis tuduhan terhadapnya dengan menimbulkan isu baru. lihat sajalah sebaik saja dia dituduh meliwat, keluar tuduhan darinya bahawa dia akan dibunuh. Dia berharap simpati akan berpihak kepadanya bila ada isu ancaman bunuh. apa yg beliau lakukan sekarang ialah mengalih perhatian dari kes liwat terbarunya dengan menimbulkan isu bunuh pula...memang bijak saudara anwar kita tapi jgn biarkan dia terlepas begitu saja. polis mesti siasat without fear or favour, jgn biar anwar terlepas lagi, takut nanti satu malaysia kena sodomi
ReplyDeleteSalam Semua...
ReplyDeleteKisah tahun 1998 berulang kembali ,apabila Anwar Ibrahim dikaitkan dengan LIWAT pembantu khasnya.Diberitahu juga sekarang Anwar berada di Kedutaan Turki kerana ada ancaman bunuh keatasnya.
Tetapi buat masa ini belum ada lagi seperti di negara lain macam Pakistan tu atau di India dimana serangan berani mati dengan meletupkan diri , macam John F Kennedy atau Abraham Lincon yang ditembak berlaku di Malaysia.
Walaupun banyak kes jenayah berlaku di Malaysia masih belum ada kes-kes tersebut hanya melibat segelintir saja itu pun melibatkan dendam(kongsi gelap).Apakah pandangan Dato'Seri dalam hal ini?
Adakah ia satu tipu muslihat Anwar atau konpirasi sulit menjatuhkan Anwar?
Kepada peminat Germany dan Spain semoga gembira dengan pasukan pilihan anda pada pukul 2:45pagi nanti..(sambil memberi pendapat ttg politik kita releks dengan bola pulak)
Siapakah pasukan pilihan Dato'Seri?
Salam Semua...
ReplyDeleteKisah tahun 1998 berulang kembali ,apabila Anwar Ibrahim dikaitkan dengan LIWAT pembantu khasnya.Diberitahu juga sekarang Anwar berada di Kedutaan Turki kerana ada ancaman bunuh keatasnya.
Tetapi buat masa ini belum ada lagi seperti di negara lain macam Pakistan tu atau di India dimana serangan berani mati dengan meletupkan diri , macam John F Kennedy atau Abraham Lincon yang ditembak berlaku di Malaysia.
Walaupun banyak kes jenayah berlaku di Malaysia masih belum ada kes-kes tersebut hanya melibat segelintir saja itu pun melibatkan dendam(kongsi gelap).Apakah pandangan Dato'Seri dalam hal ini?
Adakah ia satu tipu muslihat Anwar atau konpirasi sulit menjatuhkan Anwar?
Kepada peminat Germany dan Spain semoga gembira dengan pasukan pilihan anda pada pukul 2:45pagi nanti..(sambil memberi pendapat ttg politik kita releks dengan bola pulak)
Siapakah pasukan pilihan Dato'Seri?
Dr KT
ReplyDeleteRIBUT TERKINI BERKAITAN ANWAR IBRAHIM. MUNGKIN BERTUJUAN UNTUK MENGALIH PANDANGAN PERBINCANGAN TERBUKA KISAH AKUAN SUMPAH RAJA PETRA DAN KEMUNGKINAN NAJIB MENCABAR DOLAH YANG AKAN DI UMUMKAN OKTOBER INI.
JIKA PENGALIHAN ISU INI BERJAYA KITA AKAN MEMBIARKAN DOLAH TERUS MENJADI PM SEHINGGA TAMAT PENGGAL 12? AKHIRNYA BN AKAN KEHILANGAN KUASA PADA PRU 13?
APA KOMEM
Assalamualaikum & salam sejahtera pd DS dan rakn bloggers..
ReplyDeleteAnwar Ibrahim sekali lagi menerima tuduhan Meliwat...macam ada yang tak kena jer...DSAI terus menuduh yang tuduhan ni sama seperti tuduhan 1998, tapi pada saya kali ini amat berbeza, kerana DSAI bkn berada daalam kerajaan spt dulu.
Dapat dirasakan tuduhan ini seolah2direka2 oleh DSAI sendiri bg membuktikan yang dirinya dianiayai..licik sungguh yer.........kalu benar dakwaan ini yang telah dibuat laporan polis oleh pembantu peribadinya tu, harap DSAI diadili sewajarnya.
Assalamualaikum.
ReplyDeleteAku tahu betapa rapuhnya pakatan PR. Aku dah katakan betapa benarnya Anwar peliwat tapi ramai terutama orang Melayu masih ragu dan ada yang marah dengan kenyataan itu. Malah tok guru seperti Nik Aziz dan Hadi Awang pun kelabu tidak mendapat petunjuk. Mungkin sebab mereka ni ulama politik dan ketaksuban parti sahaja. Bagi aku, apa yang berlaku sekarang ini hanya lah seligan politik supaya buka semua tembelang tak kira parti pemerintah atau pembangkang. Yang penting minda orang Melayu akan terbuka. Nampak betapa orang Melayu mula bangun dari tidur mereka walaupun ramai yang jadi pak turut menghentak keramat hidup Tun Mahathir. namun apa nak di herankan ini semua kerana mereka yang bertindak begitu datangnya dari orang yang kalau lah kelentit wanita di potong dan di simpan ia akan mencecah setin minyak gas dan sebanyak itu lah perempuan yang di tidur oleh Nazri. Orang macam ini apa yang di harapkan. Kini Anwar yang sememangnya peliwat dan teruskan dengan aktivitinya kembali. Maka beginilah senerionya dan kita yakin Melayu akan bersatu semula dengan penyatuan yang lebih meyakinkan. Situasi sekarang hanya lah selingan sememtara.
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKes Liwat kembali lagi dengan cerita yang sama cuma berbeza wataknya tetapi masih mengekalkan watak lama yang menjadi ikon reramai manusia di Malaya.
Bagi pandangan Dato'Seri apakah ini satu lagi konpirasi atau satu persembahan bangsawan di alaf 21 ?
megat.razlan.blogspot.com
alahai ..bodoh sombong lah ko nie khir ...dah lah kalah ..x nak terima kekalahan lagi tu ha ... kalau ko tu bagus sgt ..takder lah org nak pangkah PR ...sebab ko sengal lah BN di tumbangkan di PRU - 12 nie ...
ReplyDeletehang mangkuk hayun betul lah jawo nie
Kurang ajar betul siapa yang mencarut tu. Tiada siapa yang percaya pada tuduhan liwat DSAI, w/pun orang BN sekalipun. Jika ada yang percayapun hanya semata2 untuk kepentingan politik mereka sahaja. Wahai orang2 yang beriman mudahke bagi kamu membuat tuduhan liwat tanpa saksi yang benar2 dapat melihatnya? Nampaknya peristiwa pikul bantal dan tilam akan berulang lagi dimahkamah. Kerja gila!
ReplyDeletesaya cadangkan kerajaan tidak mengambil tindakan langsung terhadap lapuran yang di buat bagi membuktikan ini konspirasi anwar untuk menjatuhkan kerajaan.siasatan polis belum di jalankan tetapi pkr sudah mula menuduh polis,hakim dan kerajaan tidak adil.buang masa kerajaan sahaja kes anwar ni....
ReplyDeleteALAN... URE TOTTALLY RIGHT!! org malaysia ni just nak cari makan dan hidup senang je. Org malaysia ni takde nak ambik peduli pasal korang (ahli politik) nak gaduh ke nak liwat ke nak bejubo ke, nak betumbok ke itu sumer buang masa je nak pikir. banyak keje lain lagi nak buat dari memikir bende tak berfaedah ni. ORG MALAYSIA NAK HIDUP SENANG AJE <-- JELAS TAK MESEJ NI KHIR OII??
ReplyDeleteBILA KERAJAAN DAH MULA BAGI RAKYAT HIDUP SUSAH, MEANS ----->>> URE AT THE END OF UR CARRIER <-- JELAS TAK MESEJ NI KHIR OII??
KALAU KERAJAAN BN BOLEH BAGI APA YG RAKYAT MALAYSIA NAK (KESENANGAN), ORG AKAN LUPAKAN PEMBANGKANG. TAPI BILA KERAJAAN BAGI RAKYAT SUSAH, RAKYAT AKAN MULA PILIH KERAJAAN PARTI BARU YG BOLEH BAGI DIORG SENANG.
KALAU KAU TANYA DGN ORG2 PENYOKONG PARTI KERAJAAN YG ADA KAT SINI, DIORG GEMBIRA DAN BERSORAK KE KALAU KERAJAAN BAGI SUSAH KAT RAKYAT? PENYOKONG KERAJAAN YG ADA KAT SINI CUMA PANDAI BERCAKAP JE. ITU MMG BAKAT BESAR ORG MELAYU. CAKAP PANDAI TAPI TAK RETI BUAT. WEII ORG MELAYU, TOLONG TIRU SIKIT KERAJINAN ORG CINA. CINA TAK BANYAK CAKAP, PAGI2 DAH BANGUN SENGKANG BIJIK MATA CARI DUIT!!! TIRU DAN BUAT APA YG BAIK DARI ORG CINA KALAU NAK MAJU!!!
DS,
ReplyDeleteMasihkah DS ingat pada malam sebelum pilihan raya yang lalu DS ada menghadiri satu majlis bersama mahasiswa di satu tempat peranginan di kawasan DS. DS ada memberi ucapan dan memberi sumbangan opps mungkin rasuah kepada setiap seorang mahasiswa yang hadir. Saya sungguh berasa terhina bagi pihak mahasiswa. Dan sebagai pembalasan tuhan pada kesokan harinya secara rasmi DS telah hilang kekuasaan terhadap negeri selangor ini. Insaflah.... hentikanlah politik wang.............
Semua orang mahu berjuang untuk rakyat dan negara. Begitu juga Anwar Ibrahim. Apalah salah dia.
ReplyDeleteKita tidak tahu samada kerajaan PKR/PAS/DAP akan lebih baik atau tidak, tapi rakyat sudah sampai ke peringkat berani mengambil risiko kerana kerajaan BN memang sudah TERUK ! Dah macam nyamuk TIROK !
ReplyDeleteAssalaamu`alaikum DSDrMKT,
ReplyDeletePercayalah pada qada' dan qadar Allah SWT, jika Allah makbulkan Anwar jadi PM.... tiada sesiapa akan dapat menghalang... begitu juga yang telah berlaku, tuan juga tidak dapat menghalang dari tewas di PRU12 dahulu... Jika Anwar di pihak yang benar, InsyaAllah segala yang batil akan tewas... Wassalaam...
cuti sabbatical kapla hotak kamu la, sdr khir oi. anwar dh kena ftnah mcm tu,diaibkan sebegitu rupa sampai dipenjara sdr boleh kata tu cuti sabbatical?mana hati perut sdr?
ReplyDeletewalaupun berbeza ideology, tapi yang realiti perlulah diakui, sdr khir oi.
bayangkan sdr yang kena, ada bran?
mcm budak-budak.
udah la tu....
pemimpin bn ni x takut Tuhan ke?
Salam DS
ReplyDeleteIzinkan saya bertanya kepada penyokong-penyokong PKR
APA PENDAPAT ANDA TENTANG HUBUNGAN SULIT ANWAR IBRAHIM DENGAN NORLILA SI GADIS BUTIK?
HARAP ADA JAWAPAN
SOALAN-SOALAN SETERUSNYA AKAN MENYUSUL KEMUDIAN
ANWAR IBRAHIM DAN PENYOKONGNYA BERMIPI BERSAMA TAPI MIMPI YANG KARUT MARUT....
ReplyDeleteDr,
ReplyDeleteDulu TunM pun licik gak, lebih licik lagi. Byk kes, cth Memali, Anwar, Hakim dan mcm2 la. Tapi BN ttp dpt sokongan majoriti rakyat.
Pak Lah takder kes yg 'sehebat' TunM. Malah mcm kata Dr, dikatakan terlibat dlm pembebasan Anwar. Tapi BN kalah teruk.
Kenapa yer?
Jwpan sy, TunM tak 'kacau hidup' rakyat jelata secara direct. Dia control segalanya utk tak bebankan rakyat dlm sekelip mata. Jgn kata masa dia takder krisis. Kita ada krisis matawang masa tu.
TunM kacau musuh2 politik dia jer. Tu org politik punya hal la. Takut dilambung ombak jgn berumah di tepi pantai.
Pak Lah, dah ler ekonomi tak naik2, malah makin beku, rakyat dibebankan dgn mcm2. Dpt lak timbalan yg mcm mafia. Soh org ubah gaya hidup, tapi bini sendiri shopping sampai 15 biji keta angkut barang shopping dia. Dgr citer, excess luggage utk Imelda Rosmah pun sampai 500kg dia mintak dari MAS.
So, Dr nak rakyat dgn bodohnya terima pimpinan UMNO lagi? Sapa lagi dlm UMNO yg boleh teraju Malaysia. Dr ker??
Jauh lagi nak ke situ Dr. Belajar dulu dari Anwar lagi elok.
Peliwat mahu jadi PM
ReplyDeleteTajuk terhangat sekarang ini...
Org melayu perlulah bersatu. PKR jangan diharapkan sgt. Mereka ini dulu pun ada yg ahli UMNO. Tindakan dan pemikiran mereka bila mendapat kuasa sama seperti UMNO. Yg penting skrg UMNO perlu berubah. Kembali kpd perjuangan yg sebenar. Bukan utk mengkayakan diri dan kroni saja.Bagi saya org melayu tidak pandai berpolitik. Tidak seperti kaum cina. Saya hairan jika org melayu tidak puas hati dgn kerajaan bn, mengapa tidak menyokong PAS. Sekurang2nya PAS bertanding dimana UMNO bertanding. 2 negeri yg majoriti melayu ni takkan kehilangan byk kerusi DUN kerajaan melayu jika itu berlaku. PKR mana2 kaum boleh menjadi pemimpin selepas DSAI. Kita kena ingat generasi akan dtg akan mencaci kita atas kesilapan kita kini. UMNO....buatlah perubahan. BERANI lah ahli UMNO.
ReplyDeleteFikir-Fikir
ReplyDelete1. Selepas seminggu daripada ugutan bunuh yang diterima, DSAI ke Kedutaan Turki untuk endapatkan perlindungan kerana bimbangkan keselamatannya. Tiada laporan polis dibuat pada hari tersebut (semasa ugutan bunuh diterima). Kenapa tidak minggu lepas lagi?
2. Mendakwa telah ditawarkan perlindungan oleh kedutaan Turki. Semalam Duta Turki menafikan dan menjelaskan Anwar yang datang sendiri dan kedutaan memberi ruang kepada Anwar atas dasar kemanusiaan.
3. Mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara memalsukan keterangan berkaitan dengan kecederaan yang dialaminya pada tahun 1998 dan 1999 dan hari ini beliau membuat laporan polis berhubung kes tersebut. Selepas 10 tahun? Kenapa tidak dari dulu? Malah beliau tidak menyebutnya sedikit pun hal tersebut. Beliau asyik berkempen mendedahkan kepincangan kerajaan tapi tidak pula membangkitkan hal tersebut malah beliau lebih seronok melakukan siri jelajah bertemu rakyat dengan pidato yang berapi-api di samping sibuk membuat tawar-menawar demi untuk meraih sokongan MP BN supaya menyertainya.
4. Mendakwa Malaysia tidak lagi merupakan tempat yang selamat baginya. Selepas beliau dibebaskan dan dibenarkan kembali berpolitik, tidak ada kes yang boleh dikaitkan apa yang didakwanya sebagai 'tidak selamat'. Malah beliau berkesempatan menonjolkan karisma diri sehingga 5 negeri tumbang ke tangan pembangkang. Anwar ada di sana merasakan keseronokan menawan lima negeri malah sering berkempen dan berpidato di Lembah Pantai sehingga menyaksikan Datuk Sharizat kalah di tangan Nurul Izzah Anwar Ibrahim dalam PRU12 baru-baru ini. Erti kata lain beliau terlalu bebas di bumi sendiri bersama para penyokong kesayangannya. Sehingga kini tiada sesiapapun yang mengganggunya kecuali laporan polis yang dibuat pembantunya.
5. Sekali lagi mendakwa bimbangkan keselamatan keluarganya. Anwar memilih untuk bersembunyi di kedutaan Turki sementara isterinya, Datin Wan Azizah bersama anak-anak sibuk mempertahankan suaminya di luar sana. Kasihan melihat ibu yang lembut wajahnya bersama anak-anak yang manis-manis belaka menepis dan berjuang segala apa yang didakwa tomahan semata-mata... Ternyata mereka lebih berani daripada Datuk Anwar.
6. Semasa laporan polis dibuat oleh pembantunya, beliau tidak dapat dikesan malah tiada kenyataan rasmi dibuat olehnya sebagaimana lazimnya. Pilihan yang DSAI ada ialah BERSEMBUNYI seketika kemudiannya bila beliau keluar dari tempat persembunyian, beliau membuat laporan polis sebagai membalas laporan polis yang dibuat pembantunya. Tindakan tidak konsisten ini menjejaskan kekuatan karismanya. Datuk Chua Soi Lek berani mengaku kesalahannya. Lebih daripada itu beliau menjadi insan yang klasik dengan cara tersendiri, seawal pagi membawa isterinya bertemu Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan membuat pengakuan ikhlas akan kesalahannya. Ertinya Datuk Chua Soi Lek telah maklum dan faham serta bertanggungjawab terhadap apa yang disedarinya sendiri. Itu kalau bercakap soal MENYEDARI DAN MENGAKUI KESILAPAN. Tidaklah saya bermaksud Anwar perlu melakukan hal yang sama kerana blog ini masih tidak memandang beliau telah melakukan apa-apa kesalahan. Cuma bukankah sangat baik Anwar mempertahankan dirinya jika benar beliau tidak melakukannya. Saya ingin beliau berani jika beliau di pihak yang BENAR. Berjuanglah membuktikan kebenaran demi maruah. Akhirnya beliau terjebak dengan percaturannya sendiri. Sebagai seorang pemimpin, sepatutnya beliau tahu prosedur bagaimana mempertahankan dirinya.
7. Anwar mendakwa tiga orang terbabit dalam konspirasi menjatuhkan maruah dan karier politiknya. Menurutnya, gambar yang didedahkan oleh Datin Seri Wan Azizah dalam telefon bimbit miliknya adalah bukti penglibatan individu terbabit. Individu tersebut dikenalpasti sebagai Datuk Azalina Othman, Datuk Sharir Abdul Samad dan Datuk Seri Mustapha Mohammed termasuk pegawai yang bertugas dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagaimanapun kesemua mereka menafikan mengenali Mohd Saiful Bukhari Azlan, lelaki yang membuat laporan polis terhadap Anwar. Melalui pengamatan penulis, gambar Datuk Azalina yang didedahkan di akhbar tidak lebih daripada sekumpulan perwakilan pelajar IPTA mengambil peluang bergambar bersama tokoh-tokoh besar tanahair dalam majlis yang bersifat kemahasiswaan. Peluang bergambar bersama VVIP antara beberapa kemestian dalam mana-mana sesi majlis untuk disimpan sebagai kenangan atau sebagai pembakar semangat dalam mengadaptasikan mentaliti dan karekter kepimpinan. Jika saya berpeluang menjadi calon pembangkang (kononnya la) sudah tentunya saya direject kerana dianggap ada konspirasi dan kaitan dengan kerajaan BN. Itu kalau saya bercakap soal ada orang yang paranoid memanipulasi sesuatu yang cuma berdasarkan sekeping gambar!!!
8. Anwar membuat dakwaan salahlaku terhadap Datuk Najib melalui akuan bersumpah PI Balasubramaniam tersebut mengaitkan Datuk Najib dengan Althantuya. Tidak sampai 24 jam Balasundram menarik balik akuan bersumpah kerana akuan itu dibuat atas sebab 'marahkan kerajaan'... dengan sendirinya Anwat terlibat dalam memfitnah peribadi orang lain... Inikah pemimpin yang bakal menerajui malaysia?
9. Apa lagi selepas ini??
renung-renungkanlah 'KEMARAHAN SEKADAR MENDEKATKAN KITA KEPADA KATA_KATA YANG MERBAHAYA"...
Untuk penyokong Anwar, perhatikan pemimpin anda yang rakus untuk berkuasa, tak habis-habis memainkan spekulasi orang lompat parti.. tak pernah melihat pemimpin seperti ini yang gelojoh dalam tindak-tanduk. Kemaruk dengan angan-angan menjadi PM.
Memang satu kebiasaan dalam politik ada persaingan dalam hala tuju perjuangan. Tapi belum pernah lagi melihat pemimpin yang 'kelam-kabut' seperti Anwar...
siapa kata umno/bn tiada tokoh berwibawa.kewibawaan adakah diukur
ReplyDeletemelalui kehebatan berpidato jelik..
Aku tengah dok pikiaq apa jadinya Malaysia kalau DSAI jadi PM.
ReplyDeleteTan Sri Khalid Ibrahim pun dah cukup dah...naik jadi MB je Selangor dapat kandang babi 100 Juta.
Apa nak jadi kalau Zaid Ibrahim jadi Menteri Kehakiman....habis duit rakyat buat bayar Ex-Gratia yang jumlah tak diumumkan. Duit Rakyat di belanjakan tanpa bagitau jumlah yang dibelanjakan...tak lutsinar lansung.
Korang camana?
Salam Sejahtera Kepada Semua Blogger..
ReplyDeleteDi sini saya nak kongsi Sesuatu yang pelik Tentang Saiful.
1)Berumur 23 tahun, berbadan tinggi dan agak tegap, jika dibandingkan Anwar yang berumur 65 tahun yang sudah berumur sudah semesti senang saja si Saiful tu tendang alat sulit dia bila Anwar nak liwat dia. Lagipun kalau Anwar jika dilihat dari usianya bukannya kuat sangat. Ini bermakna saiful rela diliwat.
2)Kalau si Saiful ni nak betul-betul bukti supaya Anwar tidak boleh menafikan tuduhan dia boleh menggunakan telefon bimbitnya untuk merakanm video perbuatan liwat tersebut atau menyuruh orang lain untuk merakamnya. Mungkin kali pertama tidak berjaya masih adalah peluang kali kedua. Kenapa saya kata begitu kerana Saiful mendakwa di liwat beberapa kali oleh Anwar. Jadi senang saje Saiful ni nak kenakan Anwar. Tapi Saiful tak lakukan sedemikian. Nampak sangatlah Saiful ni ada niat tertentu.
3)Bila kita lihat Saiful dalam TV dia nampak gembira dan tersenyum-senyum lagi ketika beliau bersama peguamnya. Si Saiful ni seolah-olah tidak tertekan langsung dengan peristiwa yang menimpa dirinya dan tidak berasa bersalah melakukan perbuatan liwat dia ni. Kalau dia nak kata dia dipaksa oleh Anwar ianya boleh dipertikaikan kerana nampak gayanya berliau begitu gembira dan seolah-olah tidak dipaksa. Jika seseorang yang dipaksa sudah tentu beliau akan berasa tertekan, sedih dan malu berdepan dengan orang lain. Seseorang yang dirogol pastinya berasa malu dan tertekan berdepan dengan orang lain. Saiful seperti sudah biasa melakukan perbuatan tersebut tanpa rasa malu. Jadi sifat Saiful ini sangat diragui. Bukan saya saja kata begitu malah orang kampung saya bila dia orang tengok TV mereka hairan dengan sifat Saiful. Si Saiful ni amat meragukan.
4) Sebelum melaporkan dakwaan liwat kepada polis, Saiful telah bertemu dengan Dato’ Seri Najib dan menceritakan hal liwat berkenaan kepadanya. Pelik kenapa perlu berjumpa Najib kenapa tak terus pergi buat laporan dibalai polis atau sekurangnya penasihat undang-undang atau agama ke? Kenapa tak jumpa Paklah terus ke, kanapa mesti Najib? Pelik-pelik si Saiful ni…
5) Satu lagi kenapa baru sekarang Saiful baru nak melapor kepada polis yang dia diliau oleh Anwar walaupun beliau mendakwa beberapa kali diliwat oleh Anwar. Kenapa? Si Saiful ni takut ke nak melapor pada polis atau beliau memang nak tunggu masa macam sekarang ni dengan niat untuk menjatuhkan Anwar. Atau apakah si Saiful ni tidak mempercayai polis dapat menjamin keselamatannya sebelum ini, sehinggalah Anwar membongkar rahsia penyelewengan orang kenamaan yang berkaitan dengan badan kehakiman dan kepolisan barulah Saiful berasa selamat untuk melaporkan hal itu kepada polis.
Jelaslah si Saiful ini amat meragukan dan tak boleh dipercayai. Jika ada orang mempercayai orang seperti ini, tak tahulah mungkin mereka ini orang yang bersifat seperti Saiful. Adakah orang seperti Saiful ini kita boleh percayai kenyataannya atau perlukah kita bantu dan beri sokongan moral?... Wallahualam..
Selagi tiada bukti kukuh orang pasti tidak percaya tentang tuduhan liwat ini. Kalau setakat mengaku kena liwat dengan muka yang tersenyum tanpa rasa bersalah, semua orang boleh buat…Wallahualam..
DSAI ni macam salesman, dia menjual dan kita membeli.
ReplyDeleteSememangnya saya tidak arif terhadap undang-undang...Namun Kes Liwat sememangnya tidak sama dengan kes rogol...Dalam kes rogol sememangnya kita sangat kasihan kepada mangsa kerana mangsa adalah wanita yang lemah dan sememangnya mudah menjadi mangsa lelaki. tetapi kes liwat ni agak berlainan. Kes liwat ni adalah lelaki dengan lelaki. Sama seperti wanita dengan wanita. Cuba kita fikirkan jika suami mengadu didera atau dipukul oleh isterinya.Siapa yang harus kita pertahankan.Jika berlaku liwat semestinya kita secara terus terfikir bahawa kedua-duanya rela dan suka sama suka. kalau dah suka sama suka buat apa nak lapor pada polis bukankah memalukan atau mengaibkan diri sendiri. Itulah maksud saya buat apa kita kasihan kepada orang seperti ini. Kalau sekali dia orang buat perkara terkutuk tak apa, ini berkali-kali. Seolah-olah mereka tidak rasa bersalah dengan perbuatan yang pertama. Kemudian mereka buat laporan dan mengaku melakukannya. Mereka cuba menunjukkan kepada kita bahawa mereka patut dibela. Kita nak bela orang seperti ini yang seolah-olah tak serik melakukan perkara terkutuk itu. Mereka cuba mempermainkan perasaan kita ini. Saya tidak menuduh saiful melakukannya tetapi beliau sendiri yang mengaku diliwat. Sebaliknya kita tak boleh percaya terus Anwar meliwat beliau kerana belum terbukti lagi dan beliau tidak mengaku.Kalau dah ada bukti kukuh dan tanpa keraguan pasti kita percaya. Itulah maksud saya..sepatutnya kita merasa jijik dengan perbuatan orang sperti ini, bukannya kasihan...Ini bukan mangsa rogol tetapi LIWAT...Keluarga saya memang ada orang seperti ini, dan dia tidak melaporkannya kerana mengaibkan dirinya sendiri..dan saya memang tidak menyukai sifat luar tabiinya itu apa lagi kasihan denmgan dia ni...sebab tak makan nasihat.
ReplyDeletekesian dengan orang-orang macam "anti-racist" ni.. nak berhujah tak mampu, nak menganalisa malas,kena la maki hamun orang...
ReplyDeletemudah sangat tersagat emosi, lagak berani memaki, tapi sebenarnya penakut. nak tunjuk muka pun takut, nak berblog, tapi tak berani bertanggungjawab!
Crystal Clear said...
ReplyDeleteAssalammualaikum WBT
Dr Khir, menceceh semacam jer kali nie, nampaknya semakin tertekan la BN gamaknya......
Tak apalah rakyat bijak menilai...
Walapun mereka tak jelas siapa yang mengalihkan Istana Balqis dari Yaman ke Syam zaman Nabi Sulaiman....
TETAPI mereka juga tahu siapa mengalihkan duit Balkis dari Balkis ke Bakti.......
aku suka komen yang ni..kah kah kah kah..
jawap la khir toyo!!!!!
As'kum DS,
ReplyDeletesaya amat tertarik dengan blog DS ini, mungkin dengan adanya blog yang telus seperti ini dapat membuka minda rakyat diluar sana akan situasi sebenar pemimpin pemimpin dari BN dan Parti Pembangkang. Sebenarnya saya amat sedih dengan situasi sekarang , dimana rakyat telah dikelirukan oleh pemimpin yang tidak bermaruah seperti DSAI. Beliau masih berterusan membuat fitnah, menghasut dan mengadu domba rakyat terutama dari kaum Melayu semata mata gila untuk berkuasa dan menjadi pemerintah dinegara ini. Adalah sangat menghairankan mereka masih tidak dapat berfikir dengan menggunakan asas asas rasional dan lebih mempercayai kata kata seorang penipu seperti DSAI. Saya tidak mahu menyentuh semua tuduhan dan thabitan mahkamah yang telah dikenakan terhadap DSAI cuma saya rasa terpanggil untuk menjelaskan dan ingin memberitahu betapa pembohong besarnya manusia bernama Anuar Ibrahim ini. Saya mencabar dan mempersilakan semua penyokong penyokongnya yang membuta tuli menjadi pengikut setia manusia seperti ini, luangkanlah sedikit masa melawat kepenjara Sg. Buluh tempat DSAI pernah ditahan dahulu. Cuba cubalah berbuat baik dan bertanyakan kepada pegawai dan pengawal penjara yang bertugas disitu akan sikap, perangai serta karekter sebenar manusia bernama Anuar Ibrahim ini. Saya pasti saudara saudari akan terkejut bila mengetahui bahawasenya DSAI adalah sihat wal'afiat, rajin bermain sukan bersama banduan banduan tahanan reman dan antara kegemarannya adalah berjogging dikawasan lapang didalam kompleks penjara. Beliau hanya dilihat sakit apabila ada perbicaraan dimahkamah maka setiapkali itu beliau akan memakai pelindung leher serta adakalanya berkerusi roda. Sikap hipokritnya itu diketahui oleh semua kakitangan penjara serta banduan. Walaupun kebenaran ini nampaknya hanya kecil sahaja, tetapi percayalah perkara2 yang sekecil inilah yang mampu memperlihatkan watak sebenar seseorang itu. Tidak hairanlah ramai yang bersimpati dengan keadaannya sewaktu perbicaraan masih berjalan. Dan adalah tidak menghairankan jika beliau terus dipuja seolah olah telah teraniaya sehingga terpaksa menerima nasib yang begitu buruk. Untuk makluman DS, saya pernah cuba menyuarakan komen ini diblog DSAI tetapi tidak pernah disiarkan. Bukan untuk menghina atau memburuk burukkan sesiapa cuma rasa bertanggungjawab demi menyatakan kebenaran serta memberi peluang kepada rakyat untuk berfikir.