Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, September 18, 2008

Mimpi Yang Tidak Menjadi Kenyataan

1. Jika beberapa minggu lalu saya dihentam kerana merendah-rendahkan cita-cita dan hasrat Datuk Seri Anwar membentuk kerajaan pada 16 september, dua hari lalu nyata bahawa kata-kata Anwar tidak lebih dari impian dan ilusi ciptaannya sendiri.

2. Jika sebelum ini Anwar sering dianggap sebagai pemimpin yang serba betul, 16 September menjadi titik sejarah bahawa segala retorik politik beliau tersingkap.

3. Saya merasa kasihan kerana Datuk Seri Anwar menambahkan bilangan ahli politik yang menjadi bahan lawak jenaka orang ramai. Saya berasa kasihan kepada beliau kerana sejak 16 September pelbagai jenaka seperti "Datuk Seri Anwar mengangkat sumpah dihadapan potret Yang Di Pertuan Agong," " Anwar telah mendapat 30 kerusi daripada Courts Mammoth dan ikea" dan pelbagai lagi jenaka sms yang termasuk jenaka lucah yang tidak sesuai disiarkan di sini.

4. Saya tidaklah menyalahkan mereka yang membuat lawak ke atas Datuk Seri Anwar sepenuhnya. Ini adalah respon balas kepada riuh rendah pertukaran kerajaan 16 September yang diuar-uarkan Anwar sejak sebulan lalu. Anwar melontarkan pelbagai janji termasuk pengambil alihan kepimpinan negara sehingga riuh rendah politik negara.

5. Politik negara kita sejak pasca pilihan raya umum lalu sudah menjadi semacam boria Pulau Pinang. Riuh rendah dengan madah, janji, sindiran dan harapan palsu. Satu tirai persembahan boria ini telah ditutup sebaik tenggelamnya matahari 16 September lalu.

6. Inilah peringatan kepada diri saya sendiri dan pemimpin politik lain agar tidak mudah berjanji jika sukar atau mustahil dilaksanakan.

7. Saya berharap selepas ini Datuk Seri Anwar berhenti menyanyikan lagu-lagu boria seperti ini kerana ia hanya menyukarkan lagi keadaan ekonomi negara dan mewujudkan ketidakstabilan politik dalam negara. Ekonomi negara sukar dimajukan jika keadaan politik negara tidak stabil akibat dari nyanyian-nyanyian boria menukar kerajaan yang sedia ada.

8. Sungguhpun sebagai pemimpin politik beliau boleh menaruh harapan menjadi Perdana Menteri, Namun janganlah terlalu taksub untuk menjadi Perdana Menteri sehingga merosakkan negara dan rakyat.

9. Cukuplah sekali memberi harapan palsu kepada penyokong sendiri.

----------------------------------------------------------------------
Nota Kaki: Saya akan mengerjakan ibadah umrah mulai 19 - 28 Ramadhan ini. Mohon maaf kiranya blog ini tidak dikemaskini dengan cepat dan ada komen-komen yang lama terperap.

139 comments:

  1. Betul tu Datuk Seri....

    Banyak sangat lagu boria depa nyanyikan.....

    Sesekali buat la lagu dikir barat ke, keroncong atau rock...ni tak...

    Hanya buang masa aje pi dengar dia membebel ....tak ada faedah langsung..

    Baik buat amal ibadat dalam bualan ramadhan ni....

    Sapa yang pi malam 15Sept di stadium tu hanya buat dosa aje...pi la buat sembahyang terawikh ke atau mengaji al-quran bukannya buat dosa dan mengumpat manusia....

    ReplyDelete
  2. datuk seri..
    sy berasa amat sedih dan malu dgn keadaan yg menimpa sgor skrg..
    sbg warga sgor yg belajar di johor, ramai yg mengutuk kerajaan sgor skrg..
    ape2 pn perkara lucu di sini ialah, apabile pelajar2 bergurau sesama mereka, mereka akn mggunakan istilah ANWAR sbg peliwat dan sememangnye kami benci anwar

    ReplyDelete
  3. DKT,
    Bukan Mimpi yang tidak menjadi kenyataan, tetapi belum menjadi kenyataan. Namum kami percaya ia akan tetap menjadi kenyataan, dan semua orang tahu sebelum ini ia menjadi igauan yang ngeri buat BN. Jika tidak, masakan ahli-ahli parlimen dilarikan sebegitu rupa ke Taiwan. Lawatan sambil belajar konon, diwaktu bulan Ramadhan yang mulia ini. Rupa-rupanya duduk di hotel bermain video game dan menghabiskan wang rakyat. Bagi kami tarikh 16 September itu hanya titik permulaan keruntuhan kerajaan BN, tarikh yang sebenar akan kita saksikan.Percayalah.

    ReplyDelete
  4. Assallamulaikum Dr Khir ! Saya memang sentiasa memerhatikan gelagat-gelagat ahli politik masa kini. Saya melihat pada satu iaitu pemimpin atau leader mesti mempunyai pengikut yang tidak di paksa.Maka disini saya lihat DSAI ada ciri-ciri tersebut dimana beliau sentiasa mendapat sokongan ramai.Saya tidak nampak beliau sebagai pemimpin yang semata-mata ingin menjadi perdana menteri sahaja tetapi seorang pemimpim yang meletakkan matlamat yang jelas bagi pengikutnya. Sama seperti Dr juga meletakkan cita-cita untuk bertanding nanti juga di lihat sebagai matlamat yang jelas walaupun banyak pihak grassroot merasakan Dr hanya bermimpi di siang hari. Selamat berjaya kepada semua. Wassallam

    ReplyDelete
  5. Salam Dr Khir,

    Meskipun 16/9 telah berlalu,tp adalah kurang bijak utk kita terus let our guard down.Kita perlu mara kehadapan tapi dengan deria yg jauh lebih sensitif.Kelekaan kita atas kegagalan org lain mungkin akan memakan diri kita sendiri.

    Walau apa pun alasan dikeluarkan oleh penyokong PR mengenai kelayakan DSAI menjadi PM,bagi saya dek kerana DSAI mengaitkan nama2 pemimpin dunia dlm usahanya utk menjadi PM menyebabkan saya tak boleh menyokongnya.

    Adalah penting bagi seorang pemimpin mempunyai ciri2 independent,bermaksud bebas melakukan keputusan tanpa campurtangan pihak luar.Bila DSAI menggunakan persetujuan dan sokongan pemimpin dunia utk menjadi PM Malaysia,itu menunjukkan DSAI seorang yg tidak independent dan perlukan approval org lain utk melakukan sesuatu.

    Jika sifat ini terserlah dlm seorang PM,kita dimasa itu akan kehilangan erti kemerdekaan.Bila kita merdeka,kita punya kebebasan utk buat segala apa yg kita mahu lakukan tanpa campurtangan/persetujuan pihak luar yg tiada kaitan dgn negara kita.

    Jadi,utk mempertahankan kemerdekaan kita,pilih la pemimpin yg independent,bebas dari pengaruh kuasa luar.

    ReplyDelete
  6. yes fully agreed with then 16 Sept did not turn up as planned . As for you I am seriously viewing your movement as a tug leader with full headway to disrupt due democratic rule. Your movement to gain power back is lacking as gentlemen . You are are like my grandchildren when not to accept reality keeps shouting like a lost soul. Grow up and be man and show that you are a good leader.

    ReplyDelete
  7. salam ds,

    1. sememangnya janji dsai kepada rakyat malaysi bahawa pr dibawah pimpinan beliau akan berjaya menjadi kerajaan pada 16/9 adalah ilusi dan gimik politik semata mata.

    2. apa yang perlu diberikan perhatian oleh pemimpin pemimpin umno di peringkat tertinggi adalah gelagat mereka apabila dsai memaklumkan grand scheme pr kepada rakyat malaysia.

    3. pada pendapat saya, tingkah laku segelintir pemimpin tertinggi umno ini tdak menampakkan keyakinan mereka terhadap rakan rakan pemimpin didalam parti komponen bn yang lain. sebagai sebuah parti perikatan yang telah memerintah negara ini selama lebi 50 tahun, sudah tentunya percubaan budak kecil sebegini dah menjadi suatu kebiasaan kepada mereka.

    4. tetapi apa yang saya lihat pada hari hari menjelang 16/9 adalah para pemimpin bn terutamanya pemimpin umno lebih gelabah seolah olah perpindahan kuasa yang digember gembur ini seolah olah benar benar akan berlaku pada tarikh tersebut. apakah sebenarnya dsai dan pr betul betul berupaya untuk membentuk kerajaan dengan mudah hanya dengan meyakinkan 30-40 orang mp bn untuk menyertai pr? jawapannya kita sendiri sudah tahu.

    5. apa yang perlu diberikan penekanan oleh para pemimpin bn sekarang ini ialah untuk memastikan pr dibawah dsai atau mana mana pemimpin pembangkang sekalipun tidak berpeluang untuk menggugat dan meruntuhkan kerajaan bn yang bertulang belakangkan umno.

    6. inilah waktunya untuk para pemimpin umno yang selama ini gah dengan kemewahan dan kuasa yang dikurniakan oleh rakyat untuk mula bermuhasabah diri dan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat, pertingkatkan komitmen mereka untuk membela nasib bangsa melayu dan kegemilangan agama islam.

    7. pada saya tarikh 16/9 itu sememangnya satu gimik yang sengaja disebar sebarkan kepada rakyat malaysia supaya dilihat kerajaan pr dibawah kepimpinan dsai ni mempunyai ciri ciri istimewa dan tersendiri seperti cuti am dan hari kemerdekaannya yang tersendiri. ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bertujuan untuk mempersembahkan kepada rakyat bahawa a pr government is a much better product than bn.

    8. and why should the rakyat not believe them? bn leaders especially umno leaders have failed in their duties and oaths as pemimpin and 'wakil rakyat' when they put their personal and family interest above that of the people. these are times for change. jangan mula bersorak dan berpesta wahai pemimpin pemimpin umno yang lupa diri sekalian, tarikh tidak penting untuk mana mana kerajaan baru dibentuk kalau mengikut selera dn acuan dsai.

    9. jangan kita sibuk bersorak gembira pada 17/9 kerana kerajaan pr yang diwar warkan oleh dsai tidak terbentuk sehingga kita lupa tanggungjawab sebenar kerajaan yang sedia ada. the possibility of another backdoor government being formed is always a possibility when dealing with a wily character like dsai. 16/9 is just a date, but the day umno and bn loses its stewardship of this country will almost definitely be a date to be remembered by all malaysian. where will all these umno and bn leaders be on that day?

    10. selamat berjuang ds.

    ReplyDelete
  8. Rupa2nya DSAI baru terjaga dari "mimpi moon" hijau dan masih berhalusinasi dan pening2 lalat sebab tu 2 hari beliau tidak menulis blognya.

    ReplyDelete
  9. Assm Dato' Seri, Sebenarnya Sdr. Anwar Ibrahim mengambil kesempatan kelemahan, atau lebih tepat lagi, kebodohan masyarakat Melayu terutamanya dikubu kuat beliau di Permatang Pauh. Di sini rata-rata terpampang poster yang berbunyi "Anwar ke Putajaya 16 September", "Anwar Perdana Menteri baru" dan macam-macam lagi. Maka berdoyong-doyong mereka keluar untuk memastikan pemimpim no 1 mereka menang dalam piliharanya kecil yang lepas.

    Tanpa disedari, mereka bukan sahaja diperbodohkan malah dilayan seperti Pak Turut ibarat lembu yang dicocok hidung dan boleh ditarik ke sini dan ke sana. Anehnya di antara mereka yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang termakan dengan janji Anwar bahawa DEB sudah tidak diperlukan lagi. Mereka berteriak dan melolong mengatakan mereka mampu berdiri sama tegak dengan kaum-kaum lain. Manakala itu orang Cina pula senyum panjang lebar kerana mereka tahu orang Melayu di sini sebenarnya bebal dan bendul.

    ReplyDelete
  10. Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

    Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

    Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis.

    Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

    Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.

    “Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

    Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

    Terdapat wakil MCA,MIC

    Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.

    Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

    “Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya.

    Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

    "Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

    Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:

    “Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif. Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

    Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.

    Strategi politik

    Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.

    Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

    “(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis .

    Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

    Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.

    “(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Salam dan selamat berpuasa Dato'Seri,
    Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, saya rasa tak perlulah kita menempelak atau pun mem 'Padan Muka'kan saudara seagama kita. Adakah orang Melayu akan untung ataupun tinggal 'puntung' akibat dari keadaan politik yang tidak stabil sekarang. Saya pun hairan, kenapalah susah sangat PM kita yang berasal dari keluarga alim-ulamak ni nak letak jawatan.Sebenarnya saya kasihan dengan Pak Lah, dalam usia yang sebegini, dia masih dicaci dan diherdik oleh bangsanya sendiri.Kalau kita fikir secara rasional, berapa tahun sahajakah umur kita di dunia ni... paling lama pun 100 tahun, itupun orang dah kata 'hidup menyusahkan orang saja..''. Jadi, saya rasa sudah-sudahlah menjadikan Malaysia ni porak peranda dan tak stabil.Kalau dah orang tak suka tu sudahlah.... lebihkan amal dan ibadat untuk bekalan akhirat yang kekal abadi.....

    ReplyDelete
  12. "Salam...
    Mungkin manusia yang bernama Anwar Ibrahim barang kali memang tidak ditakdirkan untuk menjadi PM seperti yang diangankan beliau selama ini... Ternyata MP-MP BN yang di'kompang'kan akan melompat ke Pakatan Rakyat tidak jadi melompat atau memang mereka tidak mahu melompat tapi sengaja disensasikan secara psikologi oleh Anwar supaya orang ramai akan yakin bahawa beliau mempunyai barisan yang kukuh untuk memerintah... Pada 16 September, beliau mengatakan akan mendedahkan senarai MP-MP tersebut tapi ternyata beliau tidak pun mendedahkannya. Ia seolah-olah tidak wujud..."

    ReplyDelete
  13. SALAM...

    saya bersetuju dengan kenyataan saudara khir.namun saya yakin adanya "plan B" yang telah dirancang oleh saudara Anwar.oleh itu saya amat terdetik di hati yang Anwar akan membawa "bencana" yang lebih hebat dalam politik negara jika tidak ditangani dengan segera.

    dalam masa yang sama saya tidak nampak Umno akan memegang kuasa selagi perebutan antara pemimpin tidak berkesudahan.

    berjuanglah secara adil dan mengikut lunas syarak.apa guna di dunia sahaja penuh dengan kemuliaan tapi di akhirat nanti papa kedana.perbetulkanlah kesilapan saudara dahulu.cukuplah...

    beringatlah wahai saudara khir,jika mahu UMNO terus bernafas,perjuangkanlah ISLAM bersama.jka tidak UMNO akan berkubur di tangan durjana itu...

    ReplyDelete
  14. Datuk,

    Jangan terlalu yakin. Tidak berlakun pada tarikh 16 September tidak bererti gagal sepenuhnya.Tenguk disekeliling kita.

    Pakatan Rakyat sedang berada dipuncak.Rakyat bersama mereka. Yang belum didapati hanyalah kuasa.

    UMNO dan BN sedang berperang dengan nazaknya sendiri. Silap kendali takut tinggal nama sahaja.

    UMNO/BN lemah bukan kerana Abdullah dan bukan kerana kelemahan kepimpinan Abdullah tetapi kerana rakyat telah pandai.

    Oleh itu kalau UMNO/BN mahu kuat, pemimpinnya kena pandai, lebih pandai dari rakyat.

    Isu-isu kaum yang sempit sudah tidak lagi laku. Jangan Datuk cuba lagi membuat fitnah seperti yang berlaku terhadap Teresa Kok kerana semata-mata untuk menaikkan kemarahan orang-orang Melayu.

    Ingat Datuk, sekarang tahun 2008, bukan zaman Datuk Haron lagi. Masa itu orang Melayu bolehlah dilembu-lembukan berlaga dengan orang-orang Cina.

    Datuk kena ingat, Datuk dengan saya baru generasi ke 3 di Malaysia ini tetapi berapa ramai orang-orang Cina di Penang dan Melaka yang merupakan generasi ke 6dan ke 7.

    Kita harus bersikap adil kepada semua, lebihan lagi rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  15. dan lagi satu sebenarnya ds anwar tidak boleh buat apa2 kalau rakyat matang dalam berpolitik.......

    kita sebagai orang yang melihat dan mendengar pun kenalah banyak belajar dan jangan cepat sangat melatah melompat ikut hati dan perasaan kerana hari ni siapa yang malu
    ......dan bila dah alah malu adakah kita sanggup menjilat ludah sendiri untuk kembali kepangkal jalan.......

    SAYA SELALU INGATKAN DIRI SENDIRI DAN PARA SAHABAT JANGAN CEPAT MELATAH "IKUT HATI MATI,IKUT RASA BINASA".

    ReplyDelete
  16. HARAPAN ITU PENTING BAGI SEORANG INSAN, LEBIH LAGI KEPADA PEMIMPIN YANG BERWAWASAN DAN BERJIWA RAKYAT SEPERTI DSAI. DR. MUNGKIN KURANG ARIF TENTANG PERCATURAN POLITIK PEMIMPIN KEBANGGAAN RAKYAT INI KERANA DR, STATE GOVERNMENT PUN TAK PANDAI JAGA... MAKA BANYAK LAH PERLU DIPELAJARI DARI PEMIMPIN2 ATASAN SEPERTI DSAI. UCAPAN SELAMAT BERJUANG DALAM PERGELUTAN KERUSI KETUA PEMUDA UMNO. GOOD LUCK DR. TRY TO UNSIT MR.REMBAU

    ReplyDelete
  17. angan-angan kosong...kesian penyokong pkr..

    http://writtenbyhim.wordpress.com/

    ReplyDelete
  18. Saya tidak rasa, DSAI sebagai ancaman kepada negara. Sebaliknya, Menteri Kewangan 1 dan 2 harus lebih pandai dalam menangani masalah ini. Ini bermaksud, tiada kecekapan kepada mereka berdua ini.

    Mengapa DSAI harus dipersalahkan. Seperti menunjuk muka sendiri didalam air.

    Harus diingatkan, kerajaan yang ada sekarang penuh dengan lopak dan lubang. Bagaimana harus sebuah kereta itu untuk berjalan dengan lancar.

    Sekiranya kesemua lubang + lopak ini sudah ditampung dengan segera, pastilah kereta aka nmenyusur dengan selesa.

    Faham....?

    ReplyDelete
  19. betul tu. Saya sangat bersetuju dengan post datuk kali ini.
    Anwar perlu berhenti memberikan harapan dan janji palsu kepada rakyat.

    ReplyDelete
  20. Dato' tak perlu bertepuk tangan lagi, so far apa yang anwar usahakan bukan gagal terus. Dari permerhatian saya dia dah banyak deliver dari kes lingam, march 08, permatang pauh etc. Tapi satu cara saja utk menahan kemaraan Anwar iaitu kerajaan buat apa yang anwar suarakan, seperti bersihkan badan kehakiman, betul2 bebaskan BPR (letak bawah parlimen), hapuskan rasuah. Bila ini dapat dilakukan pelabur akan masuk dan rasanya anwar tak diperlukan lagi.

    ReplyDelete
  21. Khir Toyo...
    Bangunlah dari tidurr... kenapa org BN tidak peka pada perubahan yang berlaku... Jangan udah terkena baru nak ternadah..

    ReplyDelete
  22. a'kum...
    Pendapat saya , beliau mungkin mempunyai agenda tersendiri dalam melakukan perbuatan seperti ini. Mungkin kelihatan sebagai jenaka sekarang ini. Namun jika diperdalami, niat beliau mungkin ingin melakukan eksperimen terhadap kerajaan. Tindakan kerajaan sudah jelas sekarang iaitu ISA. Selain itu, mungkin juga untuk menaikkan lagi nama beliau atau PKR. This is what people call 'political stunt'

    ReplyDelete
  23. Dr. Khir,

    Frankly, I was a PKR supporter, but after this turmoil, and current PR policies that threatening malay and islam, i am no longer believe in Pakatan Rakyat, and hopefully those malays will reallize what happened, and follow my decision

    to me anwar has shown his, true colours,, trying to achieve personal glory, he just sacrifice his own race and religion

    for me he is 'pengkhianat bangsa, agama dan negara
    i'm not gonna let that happen,

    ReplyDelete
  24. DSKT,
    Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya & Maha Agung. Pertamanya berhentilah menulis blog anda mengikut gaya(point form) TD Mahahir.Kedua sebagai seorang ahli politik yg kononnya faham rencah politik, 16sept itu adalah 'gendang perang' bukan boria murahan seperti cercaan anda. Saya cadangkan saudara baca 'The art of war' oleh Sun tzu jika belum membacanya lagi. Nampak sangat pemahaman dan pembacaan politik saudara amat dengkel atau memang saudara memilih cara politik tidak matang kampungan itu. Berbicaralah secara ilmiah dgn mengupas isu secara 'non-partisan'. Tapi agak saya jiwa tebal umno yg menjadi tunggak rezeki saudara 2 penggal yg sudah, mengaburi logik rasional pemikiran saudara.

    Wa'allahu alam.

    ReplyDelete
  25. Salam...

    16 Sept berlalu ...tiada apa yang nak dibanggakan ...lebih baik beramai-ramai kita ke masjid-masjid,surau-surau mencari keberkatan Ilahi.Walaupum mereka melalak bahawa ke Putrajaya 16 sept hanya omong-omong kosong...
    Rupanya ia satu sandiwara dan rasuah berjuta-juta ..
    Kadang-kadang tertanya dari mana Anwar dapat kewangan yang banyak ini...mungkin penyokong bodoh dan fanatik tidak hiraukan walaupun daripada rasuah yang haram pon boleh jadi apa2 yang dikatakan oleh Anwar halal sehingga peminpin2 PAS pon susah kena "Nasi Kangkang" tidak tahu mana betul mana tidak...

    ReplyDelete
  26. Dato' seri,

    saya kira apa yang diimpikan oleh DSAI, hanya mainan mimpi beliau dan tidak lebih dari itu..

    sungguhpun demikian, jika satu2 perkara itu, walaupun bohong/dakyah semata, jika di ucap berulangkali,sudah tentu akan dianggap benar juga akhirnya..

    Dato' seri,

    saya juga berharap agar Dato' seri tidak bertanding jawatan ketua pemuda Umno kerana Dato'seri juga bukanlah 'muda' lagi..berilah peluang kepada orang muda untuk menerajuinya.

    sungguhpun saya amat bangga dengan cita2 murni Dato, namun pada pandangan saya, eloklah serahkan perkara ini pada orang lain dan biarlah mereka yang menggalas tugas dan cabaran ini..

    mudah2an, Dato' seri akan sentiasa sehat sekaligus terus menulis tentang perkara2 berkenaan negara ini..

    TQ..

    ReplyDelete
  27. Salam.. yang dapat di agak dan kebodohan diri sendiri... MELAYU mudah percaya dengan omongan camtu.. tu pasal la sampai la ni melayu mudah betul layunya...

    RASANYA mungkin Allah S.W.T x izinkan lagi DSAI jadi PM... semua leh pikir, bulan mulia ni, nak jatuhkan kerajaan, tapi guna cara paling hebat... SEMUA NI SEBAB KUASA, WANG.

    ReplyDelete
  28. I think DSAI has made a fool of the BN at this time. Whether he was able to form the government or not clearly showed that the BN government could not counter his "allegations". He has indeed made fools of the ruling party. Even you yourself are not able to counter it. What have you done????

    Clearly, the BN government is helpless and cannot do anything and are at the mercy of the master strategist.

    As for the Youth elections, I sincerely hope and pray that you will NEVER win. It would be for the better of all Malaysians.

    ReplyDelete
  29. Datuk Seri,
    Betul tu..lagu boria sedap di dengar..yang terpesona cuma orang-orang yang kurang cerdik.

    16 September 2008 telah berlalu..apakah Saudara Anwar akan berhenti dari menyanyikan lagu-lagu boria yang menjadi kesukaan orang-orang yang kurang cerdik? ATAU Saudara Anwar akan mendapatkan komposer baru bagi mencipta bagu Hi-hop?.

    Kesempatan di sini, sempenan hari baik bulan baik Ramadan Al-Mubarak ni, saya ingin menyeru khususnya orang-orang Melayu dan Agama Islam lupakan sahaja Anwar dan PKR..kembalikan sokongan kepada kerajaan yang ada.

    Walaupun 'damage already done' rasanya masih belum terlambat bagi kita semua bersatu membantu kepimpinan BN memulihkan keadaan yang telah berlarutan tu.

    Percayalah lagu nyanyian Pak Lah 'Ku Cari Damai Abadi' lebih sedap di dengar dari lagu-lagu boria..

    Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

    ReplyDelete
  30. Walaupun saya selalu menyerang Dr Khir di sini namun jika pilihannya Mukhriz, KJ dan DKT, tanpa ragu2 sy akan pilih DKT.

    Saya ada menulis hujah saya berdasarkan pilihan tersebut di sebuah blog yg saya terlupa alamatnya. Namun jika ada calon keempat iaitu Adnan Yaakob maka saya lebih cenderong memilih beliau untuk memulihkan pemuda selama sepenggal sebelum diserahkan kpd yg lebih muda.

    Jika calon keempat itu bukan Adnan Yaakob, tanpa ragu2 DKT lah sepatutnya memegang jawatan ketua.

    Sebenarnya DKT ada satu keistimewaan iaitu pernah berada di puncak dan sekarang sedang melihat dari bawah. Itulah pengalaman paling berharga dan jarang2 pemimpin yg memilikinya. Saya percaya kematangan politik DKT sebenarnya baru bermula...

    ReplyDelete
  31. Saya berasa sangat kesal mengapa datuk masih boleh berdiam diri, boleh makan dan minum, boleh tidur lena walaupun perbuatan datuk telah menyebabkan seorang wanita yang tidak bersalah ditahan dalam ISA ! Tambahan pula bulan ini adalah bulan yang mulia. Datuk patut berinsaf dan membetulkan keadaan. Datuk seorang beragama Islam, apa yang telah datuk belajar dari agama Datuk ?

    ReplyDelete
  32. Salam Ramadhan...

    Politik negara sudah berceramuk terutama dalam orang Islam/bumiputra terutama melayu(ada yang dah tak mengaku diri dia melayu).Yang mahu berjuang dengan panji Islam sudah hanyut dilambung ombak kuasa,kekayaan dan duniawi.Dahulu sanggup mengeluar fatwa sesama Islam kerana emosi syaitan menguasai tetapi emosi syaitan ini juga telah menghalalkan yang haram menjadi halal sehingga kafiq Laknat pun sudah jadi kawan sehingga sanggup mengikut telunjuk mereka.
    Kerosakan akal daripada waras sehingga jumud menyebabkan mereka ini hilang tujuan asal dan yang tinggal hanya nama kerana maruah diri tergadai akibat ketamakan kuasa sehingga menjadi pencacai seperti kata P.Ramlee dalam TIGA ABDUL...

    ReplyDelete
  33. YaAllah YaRahman YaRahim, di malam yang mulia ini aku memohon kepadaMu YaAllah moga Ahli Ahli Parlimen Malaysia tidak menari mengikut rentak Dato Sri Anwar Ibrahim, sebaliknya moga mereka terus berusaha untuk berkhidmat dan aku juga memohon kepada Mu YaAllah moga Dato Sri Anwar Ibrahin insaf dan membantu kerajaan untuk memartabatkan lagi agama Islam juga bangsa serta mengharumkan lagi imej Malaysia. Aku bersyukur kepadaMu YaAllah kerana dengan izin Mu, Malaysia menjadi negara yang makmur dan menjadi tumpuan pendatang asing untuk mencari rezeki, Amin.

    ReplyDelete
  34. saya setuju dato' seri..

    PKR merupakan parti baru yang ditubuhkan untuk kepentingan peribadi ANWAR sahaja sebenarnya..walau bagaimanapun dier pandai memanipulasikan situasi politik masa ini untuk mendapatkan sokongan dari pelbagai pihak...pada masa yang sama pentadbiran Pak Lah ternyata terlalu tumpul untuk menentang anasir2 yang dibawa oleh ANWAR..keadaan ini memudahkan ANWAR merosakkan tiang seri Barisan Nasional kerana setiap parti dalam gabungan BN seakan2 tercabar dan termakan pujuk rayu dan tipu helah ANWAR ini..UMNO cuma perlu berubah dan melawan anasir2 ini dengan bijaksana untuk menyakinkan rakyat sekaligus menyelamatkan negara dari menjadi kacau bilau akibat permainan ANWAR ini.

    ReplyDelete
  35. Salam...

    Seperti kata AAB atau Pak Lah bahawa ada unsur serangan ekonomi kepada Malaysia oleh Anwar telah berlaku sejak beliau dalam tahanan(JEL) apatah lagi apabila dia keluaq,mungkin bagi mereka yang kerja awam(kerja gov)mungkin tidak terasa kerana setiap tahun ada kenaikan atau bonus walaupun kerajaan berubah pemerintah .Tetapi bagi bukan kerja awam amat terasa apabila pelabur diracuni fikiran tentang persekitaran negara kita.Ada yang kehilangan kerja(contoh Kilang Nikko sampai sekarang janji nak bagi RM1000 oleh kerajaan negeri tinggal janji).
    Sikap mereka yang memburukan negara di mata dunia tidak dapat dimaafkan (kena tembak dengan senapang gajah macam cerita P.Ramlee).Mereka serupa dadah,komunis atau kanser yang merayap-rayap dalam kehidupan kita.
    Tindakan yang tegas perlu kerana mereka akan buat rakyat terutama generasi masa depan sengsara.
    Mungkin apabila mereka berkuasa ,mereka akan menghubungi rakan-rakan mereka supaya melabur dan akan merampas kekayaan negara serta kehidupan rakyat demi nafsu mereka yang kemaruk untuk berkuasa.
    Apabila masa itu yang rasa menyesal dan kecewa hanya duduk saja ,baru teringat apakah anak bini mampu disuap nasi.
    Semasa itu ramai anak masa depan akan melupa kita dan membenci serta membuang kita seperti Anjing Kurap kerana kita hanya "bertepuk tangan walaupun kampung tergadai"disebabkan kita diperbodohkan oleh mereka yang bertopeng ini.
    Jika fikiran dan akal telah diracuni seperti penagih dadah tegar walau apa yang diperkatakan tidak memberi apa-apa kesan.itulah kepandaian DSAI yang berjaya mempergunakan segala kemahiran Mossad dalam mengawal fikiran setengah rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  36. Dato Seri'

    1.Rayuan & harapan yang sama baru-baru ini iaitu, mahu Dato' kekal melakukan check & balance di Selangor dengan tidak bertanding sebagai Ketua Pemuda.

    2.Saya jangka KJ semestinya gembira dengan senario perlawanan 4 penjuru yang akan memihak kepadanya, walaupun akar umbi tidak mahu.

    3.bayangkan jika KJ menang, parah UMNO, parah BN.

    4.Betapa liabiliti ini bakal membawa padah yang amat dasyat.

    5.Mohon juga jika Dato' ada cara untuk membuat KJ ini tidak bertanding sebagai ketua pemuda (tapi agak mustahil)

    ReplyDelete
  37. Salam Datuk,

    Dalam masa yang sama UMNO perlu segera mengembalikan kekuatannya. Letakkan pemimpin di kedudukan yang sewajarnya. Dokonglah mereka yang mempunyai kekuatan untuk memimpin. Kita perlukan 100 orang seperti Tan Sri Muhyidin Yassin.

    Saya juga merasakan perlu ada persefahaman di kalangan calun-calun ketua pemuda. Sesiapa sahaja boleh mempimpin kecuali seorang itu yang akan membawa kehancuran kepada dominan melayu di negara ini. Elok YB bincang dengan rakan-rakan.

    ReplyDelete
  38. Salam Dato' Seri,

    Walau apa pun yg telah, sedang dan akan berlaku, kerajaan BN harus berhati-hati dlm setiap tindakan balas. Mungkin benar ia tidak berlaku pada 16 Sept tetapi tiada jaminan kukuh ia tidak akan berlaku langsung. Tidak mustahil DS Anwar akan 'serang' bila BN terleka. Barisan hadapan BN (pucuk pimpinan) harus memainkan peranan masing2 dgn menunjukkan semangat setiakawan yg tinggi ant satu sama lain. Selain itu, berusaha mengembalikan dan menguatkan sokongan rakyat kpd BN semula. Rata2 sudah muak dan jelak dgn permainan DS Anwar tetapi pada masa sama kecewa dgn tindak balas dari BN.

    Ajaklah semua orang-orang BN turun padang. Saya seorang anak jati Selangor tetapi sedang merantau di Perlis. Mungkin DS Khir boleh belajar sesuatu dari DS Shahidan dan BN Perlis tentang bagaimana mereka menjaga rakyat Perlis. Perlu di ingat, Perlis hanya terlepas 2 kerusi sahaja kpd pembangkang. Walaupun negeri kecil tetapi pemimpin negeri pandai menjaga hati rakyat negeri.

    Sesiapa yg mengatakan Anwar bukanlah antara punca kelemahan ekonomi negara nampaknya anda telah terlena dgn 'madah' Anwar. Cita-cita 16 Sept Anwar secara tidak langsung telah menyebabkan para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat krn sekiranya ianya berlaku, ianya akan menyebabkan dasar negara berubah. Bila dasar negara berubah, boleh jadi pelabur yakin dan boleh jadi tidak. Sbb itu, bila para pelabur mengambil sikap tunggu dan lihat ini, mereka tidak minat utk melabur pada ketika ini. Mengakibatkan pasaran hilang tarikan. Bila hilang tarikan, saham jatuh. Negara maju pun bila berlaku ketidakstabilan politik akan jatuh ekonominya. Belajarlah dari PERISTIWA..bukan pengalaman shj.

    Semoga Malaysia dan Selangor khususnya aman, maju dan harmoni spt dulu..

    ReplyDelete
  39. Terima kasih kerana Dato' masih memberi ruang kepada pemuja2 Anwar untuk mempertahankan idola mereka di sini, golongan ini perlu dilayan untuk seketika lagi sehingga akhirnya mereka sedar dengan sendiri. Buat masa ini janganlah Dato' mengherdik atau mengecil ngecilkan jiwa mereka yang sedang tertekan dengan rasa amat malu apabila janji pemimpin tidak dikotakan.

    Anwar memberi 1001 alasan, pengikutnya juga di sini memalu gendang yang sama..

    Apapun Dato' mesti ingat, sakat Anwar terhadap pembentukan kerajaan Sep16 menyebabkan kerajaan Dolah panik dan kecut perut seketika..dan kita harus berterima kasih kepada Anwar kerana tindak tanduknya mempercepatkan Dolah sedar dan measakan perlu berundur segera..

    Malang juga bagi Anwar, kerana tindak tanduknya menyebabkan UMNO merasakan dan memerlukan TDM untuk kembali ke pangkuan UMNO bagi memperkuatkannya..

    Apa yang Anwar kejar tak dapat, yang dikendong keciciran...hari demi hari dihitung, sumpah Saiful jangan dilupakan.

    ReplyDelete
  40. Dato Seri yang budiman dan siuman!

    Biarkan DSAI dengan usahanya! Bagaimana pula harapan Dato Seri untuk merebut Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Ada harapan untuk dicalonkan? Ada harapan memang? Kalau dicalonkan tapi tak ada harapan menang, saya nasihatkan lepaskan sajalah pada Khairy Jamaluddin. Dato Seri sokong dia, cerah masa depan.

    ReplyDelete
  41. 1-Kenapa? Pak Lah tak mau jumpa
    2- Kenapa? Pak Lah tak nak buka parlimen untuk undi tidak percaya.

    Maksudnya memang betullah Anwar ada cukup kerusi, kalau Pak Lah yakin Anwar tak cukup kerusi kenapa tak dia jumpa Anwar dan buat Sidang Media LIVE!, Kalau Anwar kelentong . Check Mate.

    Peluang kedua, Okay kalau betul Anwar tidak cukup Kerusi, Masuk parlimen luluskan usul undi tidak percaya, Jika Anwar kelentong , Check Mate.
    Mudah kan?
    Patutnya UMNO dan Dato' kena ketaq lutut, do diam diam dan packing barang, blah awai awai sebelum terlewat bas.

    ReplyDelete
  42. Salam Datuk Sri,

    Terlalu banyak janji kosong di taburkan. Seperti hero hindustan menyalak bukit. Akhirnya rakyat yang terseksa. Itulah perumpamaan paling sesuai untuk sdr. Anuar Ibrahim. Anak melayu yang bercita-cita menjadi hero filem tamil dan hero cerita kung-fu. Sehinggakan tidak suka lagi melihat filem daripada bangsanya sendiri.

    ReplyDelete
  43. Salam Datuk Sri,

    Terima kasih diatas nasihat dan pandangan dari DS. Ianya amat berguna kepada kami bagi memastikan pemuda UMNO terus menjadi teras negara ini. Dan kalau boleh doakan kejayaan kami semasa DS di tanah suci nanti.

    ReplyDelete
  44. Dato Seri;

    Taubatlah sebelum terlambat. Ingat fitnah itu dosa besar.Tindakan kamu dalam kes Teresa Kok memalukan kami semua.

    Salam.

    ReplyDelete
  45. DS Khir

    Saya adalah peminat drama Melayu, seperti SPA Q. Dalam drama melayu banyak diceritakan mengenai manusia yang gila harta dan gila kuasa semada dari senario kota atau kampung, kaya atau miskin.

    Akhirnya orang yang gila sangat dgn sesuatu, kuasa atau harta....akhirnya bercakap sendiri dan ketawa sendiri.

    Yang kita kuatir orang yang mengikutnya juga akan berperangai sama.

    DS Khir Selamat menunaikan UMrah.

    ReplyDelete
  46. Dear All,

    Musuh sebenar bukan DSAI, tapi orang dalaman BN/ UMNO sendiri. hebat sangatkah DSAI sampai semua orang BN/UMNO ketaq lutut. Bak kata ramai penganalisis politik, mereka pangkah PR masa PRU 12 dan Permatang Pauh, bukan nak menangkan PR tapi nak kenakan Pak Lah and the gang.

    p/s

    Quote:

    [Sapa yang pi malam 15Sept di stadium tu hanya buat dosa aje...pi la buat sembahyang terawikh ke atau mengaji al-quran bukannya buat dosa dan mengumpat manusia....]

    Hebatnya awak... kita kat blog ni tak mengumpat ke...??? Pi stadium miss terawih berdosa, yang pi Taiwan bulan Puasa tu buat apa.

    Aku tak halalkan duit aku as a tax payor kalau digunakan untuk tanggung kos perbelanjaan ke Taiwan. Mana report visit tu..???

    ReplyDelete
  47. sebenar nya orang melayu dah fed up dgn anuar ibrahim , mereka nampak macam sokong anuar ibrahim sebab pemimpin UMNO lemah . Melayu sedang teraba raba cari ikon macam tun m . malaysia perlukan pemimpin yg kuat personaliti nya ada kebijaksanaan mengendalikan negara. masalahnya program succession UMNO tidak ketara .sudah sampai masa Umno berubah menggunakan sistem kader untuk melahirkan pemimpin yang bijaksana .

    ReplyDelete
  48. datuk seri.. selamat mengerjakan umrah.. insyaallah yang benar akan selamat.. yang menipu.. tanggung sendiri la..

    ReplyDelete
  49. Memang betul apa yg dikatakan oleh Syed Hamid, UMNO terlalu membincangkan perihal DSAI.

    Semakin kuat pukulan gendang yg di palu oleh UMNO, maka semakin kuat semangat DSAI dan penyokong nye.

    UMNO kena berhenti memalu gendang.

    UMNO kena tumpukan usaha menyatu kan melayu yg dah berselerak tidak tentu arah.

    UMNO kena cari jalan dan berusaha memanggil kembali kaum cina dan india yg dah lari tinggal kan BN.

    Tugas UMNO yg paling berat:
    Meyakin kan rakyat terhadap kejujuran dan keikhlasan pemimpin2 nye.

    ReplyDelete
  50. BN/UMNO masih dlm keadaan tidak stabil selepas PRU12.

    Setiap hari dari sumber berita mana2 sahaja kita cuma dengar cerita mengutuk DSAI sahaja.

    Adakah dgn cara ini kita boleh menjatuh kan DSAI?

    Adakah dgn cara ini kita boleh tawan semula negeri2 yg telah di kuasai oleh pembangkang?

    Adakah dgn cara ini BN/UMNO boleh di pulihkan?

    Adakah dgn cara ini bangsa melayu boleh bersatu?

    dan beribu soalan2 lagi......

    Semua persoalan2 yg diatas sangat perlu diambil perhatian oleh UMNO.

    Berupaya kah UMNO menyelesaikan nye sebelum PRU13?

    Kalau jawapan nye TIDAK, BN/UMNO akan jadi parti pembangkan selepas PRU13 akan datang.

    ReplyDelete
  51. DS Khir dan Rakan-Rakan Blogger

    Siri 1 : Menangani Musuh

    Sebelum kita menangani musuh samada dalam peperangan konvensional, moden atau cyber, apa yang penting kita mesti

    1. tahu kekuatan diri kita sendiri
    2. tahu kekuatan musuh
    3. Siapa musuh kita
    4. kaedah menangani musuh, mod apa yang mereka gunakan
    5. time frame peperangan,berapa lama, dimana nak berlawan
    6. Stategi jangka panjang dan pendek.

    UMNO mestilah menguasai strategi peperangan ini kalau nak terus utuh memerintah.

    UMNO janganlah mengikut rentak Pembangkang sangat, mesti difikirkan strategi yang lain. Itulah yang diajar oleh Junjungan kita Nabi Muhamad S.A.W semada perang Badar.

    Jumpa di Siri 2

    Wassalam

    ReplyDelete
  52. sememangnya saya bersetuju bahawa orang melayu yang menyokong DSAI must be desperate..desperate for change. Yang bukan melayu sokong DSAI memang for obvious reasons lah - dah lahir di malaysia pun masih dianggap pendatang. So laungan DSAI for a better Malaysia, not a Tanah Melayu post British, becomes attractive. Tapi orang melayu yang menyokong DSAI? Maybe they are fed up as being seen by the world as orang yang berjaya because disuap, as orang rendah kaliber. Maybe they are the true Melayu Baru who are willing to take away all the support systems, take a risk, a REAL risk and compete with everyone else on equal terms. Kalau memang terbukti lemah, at least they will have a chance to build themselves up to be the better race they believe they can be. To all my Malay comrades who dare to RISK coming out of their comfort zones - kerana mereka cukup percayakan kemampuan mereka sendiri tanpa 'babysitting' oleh kerajaan UMNO, kerana mereka mula sedar bahawa mereka sudah teenagers (or young adults?) and no more babies so they need more independence and a solid identity (not just hiding behind the term ketuanan melayu according to post british agreement, but want to really prove the true meaning of the phrase as 21st century Malays) - i salute you. Whether you are fed up with the old grandpa style of running this nation under outdated idealogies or whether you genuinely want to prove your own mettle : YOU are the real champions who are making this change in our nation possible.

    ReplyDelete
  53. salam semua

    apa yg dpt di zahirkan pada masa ini, anwar menghalalkan matlamatnya haya untuk menjadi PM. nampaknyer PAs dan DAP, hanya dijalankan bahan kimia untuk anwar mencapai cita2 nya.... yg kesian , org melayu dok lagu mcm tu jelah.....

    ReplyDelete
  54. BERITA HANGAT !!!!!!

    Dari sumber yang dapat dipercayai, Anwar akan dapat Menjadi PM pada 23/9/08.

    Disebabkan masalah teknikal. majlis angkat sumpah hanya akan dapat dijalankan pada keesokan harinye 24/9/08.

    Ralat: PM versi Shahnon Ahmad
    Angkat sumpah- Bukan depan DYMM yang dipertuan Agong, tapi dalam kandang orang salah dalam session court.

    ReplyDelete
  55. azmi said...
    Dato Seri;

    Taubatlah sebelum terlambat. Ingat fitnah itu dosa besar.Tindakan kamu dalam kes Teresa Kok memalukan kami semua.

    masih ada juga yang mahu mempertahankan kafiq Laknat ini....
    itula masa dulu tak pi belajaq kitab(ngaji betul2).Kann Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa kaum kafiq ini tidak akan senang terhadap Islam sehingga Hari Kiamat

    ReplyDelete
  56. Selamat menunaikan ibadah Umrah DS.semoga mendapat barakah.Dan jadilah seorang pemimpin yg benar benar berjuang utk rakyat bukan utk kepentingan peribadi.Dan jadilah pemimpin yg berani menyatakan kebenaran walaupun ianya pahit.

    ReplyDelete
  57. okay la dato.. Selamat Mengerjakan Umrah... Bila balik nanti harap-2 bertaubat lah... Jangan nak melaga-lagakan orang dan menabur fitnah... Turun umrah sejuta kali pun kalau balik buat balik DOSA buat menda... Taubat la ye...

    ReplyDelete
  58. selamat menunaikan umrah.. elok raya terus kat mekah.


    http://www.noorizamshah.com

    ReplyDelete
  59. dato seri, anuar ibrahim memang master dalam pengucapan umum. tapi semuanya hanya retorik. masalahnya orang kita kurang pengetahuan tentang retorik ni.

    ReplyDelete
  60. Anwar Ibrahim ibarat anjing yg tersepit. Bila dah dilepaskan, dia menggigit org yg dah lepaskannya. Dia asyik bersorak n menjerit bersama kuncu2nya. Tak ada substance. Gila kuasa. Nak jadi PM dan trus membalas dendam ke atas Tun Mahathir. Dia sanggup menghapuskan hak2 istimewa org2 melayu asal saja dapat jadi PM. Org macam ni tak perlu diberi sokongan. Biar dimasukkan dlm lokap lagi.

    ReplyDelete
  61. Assalamualaikum dr

    Umrah sekali lagi,bagus bagus bagus

    Bermunajat lah disana, minta dimudahkan segala urusan dunia &
    Akhirat

    Semoga semuanya berjalan lancar

    Dr.!! sepatutnya teresa cock ni bukannya disimpan dilokap, tapi sepatutnya dia di simpan dalam kandang BABI,supaya dia tahu betapa mulianya babi yg di pertahankan nya, dan babi juga dapat mengenalinya dgn lebih dekat

    Dr.!! Anu-ar ni bukannya tahu malu,
    dia tak akan berhenti dari berkelakuan songsang, sepatut nya
    dia berkerja keras di kawasan parlimen yg diwakilinya,dan berhujah membena di Dewan Parlimen
    dan bukannya asyik nak menipu penyokongnya dengan angan angan
    mat jenin nya itu. HAHAHAHAHAHAHAHA

    Agak agaklah Anwar ooooiiii,jangan
    sampai nanti "ayam terlepas tangan bau taikkkk" HAHAHAHAHAHAHAHA nak tegelak lah tuuu,jangan mareeeee

    ReplyDelete
  62. jangan jadi jawa yang bangang dan gila kuasa..
    alhamdulillah, semoga perjalanan ke umrah anda selamat dan diberkati Allah. semoga Allah memberi petunjuk kepada anda dan jawa2 yang seangkatan dengan anda jalan yang lurus, hati yang tenang dan dijauhkan sifat yang kotor, jauhkan dari kegilaan terhadap harta dan pangkat. kalau dah terlalu ramai yang menghentam pasti ada kekurangan pada diri anda, muhasabah lah, jadilah insan yang bertakwa agar hidup anda dan keluarga beroleh sakinah.

    AbuHaziq

    ReplyDelete
  63. salam ramadhan dskt,

    jgn gelojoh membuat penaksiran dan tapsiran, jgn berkokok kalau kampung tergadai.. jgn cepat melatah... my dear dskt..

    saudara kena akui,
    anwar bukannya bodoh.. dia bijak menyusun langkah... tak semudah itu dia..
    he know what he talks.. n the risk about it...he is a wise person.. n u need to admit about it...

    his agenda on 16.9 is very clear...
    serampang dua mata...
    u can see that firstly.. he shoot the arrogant government right on the killing point...
    1. u can see that umno have a very critical problem right now.. like a lying death man.. fighting internal problem plus a very tough external problem.. umno can't survive... the briliant man of anwar ibrahim knows very well on how umno can withstand... so... i give anwar 90% of success on this process of making umno more problems.

    2. opportunits...
    anwar also knows that many bn supporters did not likes umno arrogant and dictator style...
    the non tolerant issue of raccist,isa,babi n many more that not bias to their community.. was in a disaster condition.. the unhappiness surrounding that they face 50 years under umno was undisputedly crucial right now...
    so in here... altough the process of success necesitates a long way.. but i believe he almost have 80% of success...
    umno can't deny that there is an effort to bring many bn mp to become pr mp was been done by keadilan ambitious team...
    i have a strong belief that altough this process is not easy.. but if god willing.. no problem for that.. may god give them an easy success for them.

    either u believe or not,
    anwar is a wise person.. n he is matured enough in politic... if i or u or anybody else at his place.. i don't think that we can be like him.. he can sustain all the harsh obstacles till now.. the only side that always want to disqualify him is the arrogant umno..

    dskt, insaplah...
    umno telah banyak melakukan kesilapan demi kesilapan...
    tragedi memali betul2 membuka mata saya untuk berubah dan banyak lagi isu yang tidak sudah2 dalam umno hingga ke hari ini... persoalannya bukan 16. sept sahaja.. atau tarikh2 lain.. keingginan untuk melihat malaysia berubah kearah kebaikkan harus diteruskan dengan azam dan tekad...


    i hope that the pray by nik aziz and me to abolish umno will happen...musnahkan la umno... teruskan huru hara didalamnya.. dan permudahkan urusan pergerakkan ummah berlandaskan alquraan dan sunnah...


    bye bye united malaysian national organisation

    ReplyDelete
  64. Hello Dr.Khir,
    Agaknya Dr tak ikut perkembangan semasa. DSAI sudah bersedia untuk bawa isu ni ke Parlimen. Why PM did not agree to the request to resume the Parliment sitting? Jika PM tidak percaya semua "cerita dongeng anwar", mengapa beliau tidak bersetuju untuk ke parliment? Pls wake up DR. Rakyat tidak sokong BN lagi. Percayalah! Misi DSAI tu akan berjaya. Tak kisah la 16 sept ker atau 13 october! Harap masa DR kembali ker malaysia nanti kita akan berada di kerajaan pimpinan DSAI.

    ReplyDelete
  65. DS Khir, selamat mengerjakan umrah. semoga selamat pergi dan selamat kembali. doakan utk kesejahteraan malaysia.

    bile DS Khir nk menulis isu Teresa/azan?

    ReplyDelete
  66. Betul tu Datuk Seri......

    Memang mimpi 16sept tidak menjadi kenyataan.Tetapi apa yang saya perhatikan kerajaan sekarang sudah tidak berwibawa lagi.Masalah disini kenapa Pak Lah tidak menyambut cabaran DSAI untuk mengadakan sidang tergempar parlimen tentang usul undi tidak percaya keatas PM.INI ADLAH KERANA PAK LAH SUDAH TIDAK YAKIN.

    1)Memang tidak dinafikan semua MP PR akan menyokong usul ini Tetapi yang menakutkan Pak Lah adalah MP dari Bn itu sendiri akan menyokong usul ini.Sebab dalam umno sendiri sudah caca marba.

    2)Kumpulan Muhyidin inginkan perubahan dicepatkan.Beliau boleh menyokong usul ini dan kembali ke BN dan melantik Najib sebagai PM atau beliau sendiri jadi PM.

    3)Jika DSKT MP mungkin u adalah salah seorang dibelakang Muhyidin.

    4)Sebenarnya Pak Lah tidak yakin dari 2 sudut ini.Do or Die.

    ReplyDelete
  67. Dato' Seri,

    lepas ni sy harap pemimpin UMNO tidak lagi mengikut gendang anwar.

    byk lagi agenda pembangunan rakyat spt pembasmian kemiskinan, infra, kebajikan dll

    UMNO perlu ada rentak sendiri, xperlu ikut rentak orglain..

    ReplyDelete
  68. Asalamualaikum
    saya setuju yang 16 sep tak jadi..tapi UMNO ketika memrintah banyak buat silap, rakyat marhaen tak dijengok , jadi YB tambah harta ,bukan jenguk rakyat , bantuan pilih bulu UMNO saje , macammana rakyat nak sokong..itu belum kira lagi nak bela agama..saya dulu pun join UMNO , bila bagi idea baik cantas..ada bakat potong camne UMNO nak elok..
    nawaitu kena betul...

    ReplyDelete
  69. Datuk seri..

    DSAI dlm islam dah jatuh hukum org Munafik.. sbb berbohong & x layak jadi pemimpin..

    tapi yalah dato' akan ada la segelintir ulama' tertentu akan sangkal dakwaan saya.. atas sbb politik..

    malu satu dunia.. bukan malaysia ja..

    p/s: x suka pemimpin berbohong x kira sapa.. UMNO, PAS PKR etc..

    ReplyDelete
  70. riuh rendah dalam barisan nasional.itu yg pentingnya tarikh 16/9 yg lalu.
    kalau sebelum by-election permatang pauh,'kebetulan' saiful bukhari bermubahalah,'kebetulan' lagi akta DNA juga dibentangkan,dan bila 16/9 hampir tiba,'kebetulan' juga BNBBC pergi rombongan sambil belajar ke Taiwan,belajar teknologi pertanian.
    Bila dah terlepas tarikh tu,bersorak riang seumpama 'maut x jd' pd hari tu.
    Sampaikan pd mlmnya rtm siap buat program 'apa nak jadi' kt tv1.Ishk...ishk...sampai mcm tu sekali puak2 Umno-Bn rasa lega no???

    ReplyDelete
  71. org melayu dah fedup dgn anwar. dan orfg melayu jgk dah fedup dgn paklah dan najib.. so nak pergi kemana??

    ReplyDelete
  72. Saya berharap balik dari umrah nanti kamu membawa segala kebaikkan dan perasaan cinta kasih kepada semua manusia. Saya juga ingin merasakan melihat dari jiwa kamu sinaran cahaya cinta kasih,forgiveness, peace and righteousness terpancar kepada semua manusia. Sekiranya tingkahlaku dan kata-kata kamu masih seperti sebelum kamu pergi umrah dulu, ini menandakan yang kamu masih membawa balik syaitan-syaitan yang ada dalam diri kamu sebelum kamu pergi umrah. Jangan menghampakan Allah dengan cara kamu seperti sebelum ini. Kamu harus bertaubat dan termasuk semua manusia yang mempunyai jiwa pembenci kepada bangsa dan agama lain seperti kamu. Ingatlah semua manusia adalah mahluk Allah. Bukan satu bangsa sahaja. Tidak ada satu atau agama yang tinggi/lebih dari satu sama lain!

    May God bless you with love and give you the wisdom to understand others with difference races and religion and the true meaning of life.

    ReplyDelete
  73. DS

    Sedih membaca tulisan DS yg tidak menunjukkan kematangan lansung dalam berpolitik. Setiap politikus mestilah mempunyai matlamat dan strategi untuk mencapai apa yang dicita. Itulah yg dilakukan oleh DSAI sebagai pemimpin pembangkang.

    Bagi saya dia dah berjaya menghuru-harakan BN dan pemimpin-pemimpinnya. Paklah, Najib dan semua pemimpin tinggi UMNO dan BN termasuk DS juga menjadi panik dan akibatnya bertindak diluar kewarasan.

    Apa perlunya menghantar MP- MP BN ke Taiwan, guna polis dan ISA, main isu perkauman dan sbgnya. Paklah pula salahkan DSAI atas kemuraman ekonomi Malaysia. Pemimpin BN nampaknya semuanya dah macam katun. Patutlah rakyat dah tak menaruh harapan pada BN lagi. Pemimpinnya semakin hari semakin bercakaran, berebut kuasa dan bertindak tanpa akal yg waras.

    Berhentilah menyalahkan dan menyerang DSAI dan pemimpin pembangkang lain atas kelemahan dan kebodohan diri sendiri. Serangan dan tulisan tersebut tak akan membantu memulihkan UMNO dan BN. Hakikatnya UMNO sudah ketandusan pemimpin yang berkarisma, jujur, waras, intelek dan tidak memahami aspirasi dan kehendak rakyat.

    Berhentilah dari bermain isu perkauman yg sempit kerana rakyat semakin bijak dan matang untuk menilai tingkah laku orang-orang politik macam DS.

    ReplyDelete
  74. Datuk seri...
    Boleh tak buka semula polls yang dah ditutup tue? Ramai orang nak tahu hasil undian terkini dengan situasi semasa ketika ini. Ok jugak kalau datuk seri buat poll untuk jawatan ketua pemuda. Boleh gak tinjau-tinjau pendapat rakyat secara lebih telus.

    ReplyDelete
  75. DSAI SEDANG MENONJOLKAN KEBOBROKKAN BERPOLITIK....KENCING BERDESING...HANCING!!!

    YANG BURUK DATANG DARI KITA..YANG
    BAIK DARI ALLAH JUA...

    ReplyDelete
  76. kerana politik, melayu berpecah.
    kerana fitnah, masyarakat rebah.
    kerana fitnah jugak, masyarakat berpecah.
    fitnah dah merata-rata dan semacam jadi tabiat suka bikin fitnah.
    UMNO xkan jadi mcm ni jika pemimpinnya berwibawa. Malaysia dah jadi huru hara krn pemimpin lemah. Paklah? aku rasa semacam x kena aje sejak dia memerintah malaysia. DSAI plak??? macam gila kuasa x habis2. Sejarah melaka telah membuktikan jatuh bangun kerajaannya pada 1 masa dahulu. x mustahil Malaysia ku cintai dijajah semula

    ReplyDelete
  77. Salam...

    Beramal dan ibadat di bulan yang mulia ini terutama dalam mencai Malam Lailatul Qadar lebih baik dari memikirkan duniawi ini...
    Kehidupan kita yang berbagai cabaran dalam dunia global ini memerlukan pengorbanan semua pihak.

    ReplyDelete
  78. thanx for approving my comment sir,
    but y u only approve one of it.. not both....
    is it becoz u didn't dare enough to face the reality? want to hide something... or u didn't ready to face it right now...
    by the way, u make me and malaysian citizen in big doubt sir...

    i'm forget to wish u "selamat menunaikan ibadah umrah"... semoga tuan lebih rapat kepada sang pencipta... n hopefully it will be ur turning point... changing from umno.. n support pakatan ummah...

    yang dah lepas tu lepas la... u still have chance to prove that u can give ur contribution to islam n malaysia...

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum Datukl Seri,
    Saya cukup kesian dengan ada nya pemimpin Melayu seperti Anwar Ibrahim tu..Pengkhianat Bangsa, di sebabkan oleh orang macam tu lah negara ini akan menjadi huru hara. Lihat lah para penyokong2 nya itu di setiap kali ada perhimpunan. Mereka seolah-olah tiada akal dan fikiran dan masih tak sedar bahawa mereka selama ini telah menikmati kemaaman di tempat mereka sendiri.

    Kata-kata dan jani Anwar Ibrahim tu hanya untuk menawan dan "menggula-gulakan" rakyat sahaja. Anwar sendiri pun dah tau, dia takkan dapat menubuhkan "KEARAJAAN" dia sendiri. Memang mustahil, sebab dalam Pakatan Rakyat ada PAS dan DAP. Ideologi yang berlainan.

    Anwar memang seorang yang gila kuasa.

    Oh ya, bercakap pasal Anwar ni, tak lupa juga saya nak utara kan pendapat saya mengenai Pemilihan Ketua Pemuda UNMO hujung tahun ini.. SAYA BETUL2 MAHUKAN DATUK SERI SUPAYA MENJADI KETUA PEMUDA UMNO. Tak ada orang lain yang layak... Tak kira siapa pun..TAPI SAYA MENCADANGKAN DATUK SERI jugak..

    JANGAN SERABUTKAN LAGI UMNO dengan pemilihan ketua yang banyak masalah. DATUK SERI faham maksud saya... HANYA DATUK SERI SAHAJA..

    SAYA AKAN PASTIKAN DATUK SERI menang....

    DATUK SERI MESTI BERUSAHA UNTUK MENJADI KETUA UMNO..

    saya akan menyokong..

    dari gemilang@myportal.my

    ReplyDelete
  80. Anwar Ibrahim memang perosak bangsa. Dia gila kuasa. Sanggup nak gadaikan negara demi kepentingan diri sendiri dan diperalatkan oleh pihak barat. Kalau dia tidak dihalang, nasib org melayu di malaysia akan serupa seperti org melayu di Singapura iaitu menjadi golongan yg dipinggirkan di negara sendiri.UMNO dan BN jangan leka terhadap ancaman Anwar berdebah tu.

    ReplyDelete
  81. Jika KJ menang ketua pemuda dan AAB masih beraja di mata dan bertakhta di hati selepas disember nnti dan para2 menteri KORO yg sudah tua dan expired dan juga sangat tidak releven tu masih berada dlm MT UMNO, ini adalah pertanda kemenangan di pihak DSAI dan insya Allah beliau akan dapat merealisasikan cita2 beliau untuk jadi PM KECUALI Mokhriz menang dan AAB berundur sebelum Disember dan adakan pertandingan demokrasi pemilihan MT nnti termasuk Presiden dan Timbalan dan kuota mesti dihapuskan, inilah jalan penyelesaian MUKTAMAD bagi UMNO dan tidak ada opsyen lagi dan opsyen yg ada hanyalah TALQIN buat UMNO. Pmmpin2 UMNO yg KORO khususnya Muhamad Taib dan yg sewaktu dgnnya hendaklah hentikan retorik yg telah basi,yg asyik2 nak ikut tradisi dan tolonglah ubah anjakan paradigma, buangkanlah fahaman yg telah basi. Kecelaruan politik negara hari ini adalah kerana kelemahan melampau UMNO (kepimpinan) dan oleh kerana UMNO teras ia melemahkan BN yg menghasilkan kerajaan yg sangat lemah dan korup. Apakah yg mahu di reform oleh AAB?, kehakiman? pada kulityakah atau isi? nampak gaya hanya pada kulit sahaja dan rasanya datuk pun setuju dan tahu atau buat2 tak tahu ?

    ReplyDelete
  82. eloklah hang pi umrah..
    harap2 balik nanti hang betul2 berubah...
    ingatlah dato,ALLAH itu maha adil..
    takutlah akan pembalasannya nanti..
    cukuplah dgn apa yg hang telah buat dimuka bumi ALLAH ni..
    hang boleh menipu semua org,tapi hang tak boleh menipu ALLAH yg maha mengetahui..
    aku percaya hang bukan taktau semua ini,
    namun kerana gilakan kuasa,harta n kedudukan,
    syaitan n iblis telah menutup pintu hati hang dari mengakuinya..
    sebelum terlambat,sebelum pintu taubat tertutup buat hang,
    kembalilah kejalan ALLAH yg sebenar2nya..
    semoga hang diberi hidayah oleh ALLAH..
    amanah yg dipertanggungjawabkan utk hang bukan utk disalahgunakan..
    andai diseleweng,tak terjawab hang nanti diPadang Mahsyar...

    ReplyDelete
  83. You going to tanah suci.. sucikanlsh diri nanti dilaknati di akhirat..jauhkan memfitnah sendiri mau ingatlah..during your terms as a menteri besar how many taik you make? ask yourself this.sometimes changes is better.. that the fact..we are Malaysian.. go back to history.. the real history not the one been changed by ...... u should know better

    ReplyDelete
  84. DS Khir Toyo,

    Seronok?
    DS masih ada hati gembira Sep 16 belum menjadi. Tak terkenang langsung orang yang terpenjara. Dia berteman nyamuk dan Tuhannya 7 malam. DS berteman fikiran Sep 16 dan ketua pemuda Umno. Bulan puasa tak teringat buat baik? Blog lain dah mengaku dan pohon maaf.

    Jenaka!
    DS gelak Anwar jadi jenaka sms? Jenaka Anwar kira semut banding kelakar DS Khir Mar 8 – zero opposition akhirnya sendiri peluk jawatan kosong tu! DS sendiri terbelit jatuh tersungkur dalam lumpur. Dengan badan berlumpur senyap senyap berunding dengan Pas nak kerusi kerajaan. Dengan badan busuk mcm tu Pas mana boleh tahan!

    Akan datang..
    Kita semua menanti kalau ada jenaka baru dengan pemilihan ketua pemuda Umno. Tiga trademark DS ialah penyapu, penipu(laungan azan), penghasut(mentimun dan pisau) sedangkan negara perlukan penyatu, penjati diri dan pendamai. Ada ahli Umno utamakan keperibadian mcm DS, jadi peluang tu ada.

    NB: DS boleh padam mana komen tak sesuai tak payah tolak bulat bulat agar saya tahu.

    ReplyDelete
  85. Org umno jer yg gila kat 16 Sept ni. Sampai ke Taiwan lari. Gertak sikit habis kelam kabut. Habis 16 Sep terus keluar blog psl rancangan Anwar x jadi. Kalau takde apa2 x pyh buat tajuk ni la. Nampak sgt la gerun habis kat rancangan Anwar. Ni kira menarik nafas lega lah ni yer...?

    Sy nasihatkan jgn tarik nafas lega dulu. Usaha ke arah itu baru jer bermula dgn 'gear 2'. Tak kira la 16Sep, 16Okt atau 6Ogos tahun dpn - bday Dr ni, sama dgn bday sy, yg pasti matlamatnya bn mesti diturunkan.

    Semoga umrah DS diterima Allah.

    ReplyDelete
  86. PR BERJUANG UNTUK HAPUS RASUAH,
    TETAPI MEREKA MEMBURU MP BN HINGGA KE TAIWAN..UNTUK MERASUAH.

    PR KATA JANGAN KACAU KERAJAAN YG DIPILIH RAKYAT DI PERAK, MALAH BUAT LAPURAN POLIS MENUDUH BEKAS MB COBA MERASUAH ADUN PR. SEKARANG PR MEMBUAT KERJA GILA UNTUK MERAMPAS KUASA YANG DIPILIH SECARA SAH MENGIKUT PRINSIP DEMOKRASI. SAH2 MERASUAH DENGAN JANJI2 LUNAK.

    KERAJAAN YANG DIBINA DENGAN CARA HINA AKAN TERKUBUR.

    ReplyDelete
  87. aku suka cara DSAI mendidik dan menjaga keluarganya...isteri dan anak2 bertudung litup...hmmm sejuk melihatnya...

    orang kata..tengok peribadi sesorang tuh tengok la di kalangan keluarganya...

    so aku sokong DSAI..

    ReplyDelete
  88. Salam Dr..

    Sikap DSAI membuatkan sya tak akan menykong beliau sebagai pemimpin...terdapat beberapa perkara yg membuatkan sye sangsi dgn peribadi beliau...contoh yg plg nyata ialah beliau dah menyebabkn kucar-kacir dlm negara dan mintak sokongan dr luar...itu sgt berbahaya..campur tangan luar akan lebih menghuruharakan lg keadaan...

    ttp tak bererti sya akan menyokong UMNO...apa yg sya minta kpd pemimpin UMNO..sedarlah dan ubahlah sikap..dunia skarang dah serba moden..dah ramai generasi baru yg iginkan pembaharuan...sya harap UMNO akan berubah...jdlah lebih proactive...ikut kehendak semasa..blk kpd tnggungjwb utama..jgn layan Anwar tu...focus kpd pembaharuan...sbg rakyat dan Melayu saya sgt kecewa dgn kadaan politik dan UMNO skarang...

    ReplyDelete
  89. akum dato' seri... selamat menunaikan umrah dan selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri....

    ReplyDelete
  90. KEPADA WAKIL RAKYAT PR SILA BUAT KERJA ANDA UNTUK RAKYAT SELANGOR.SEKARANG BUKAN MASA NAK RAMPAS KUASA,GILA KUASA,KEMARUK KUASA,KUASA RAKYAT [UTK ORANG PR JE].MALULAH KAT BANGSA LAIN YANG ANWAR TU GILAKAN PM MALAYSIA UNTUK KRONI PAKATAN RAKYAT.KRONI ANWAR YANG UNTUNG KALAU ANWAR JADI PM.KALAU GENTLE KITA TUNGGU PILIHANRAYA KE-13.KALAU ANWAR TELAH DI PILIH MAJORITI RAKYAT MALAYSIA SAYA TAK KISAH,TAPI BUKAN MAIN KOTOR JUAL BELI MP BN.KEPADA PENYOKONG ANWAR JANGAN TERLALU EMOSI KERANA ESOK BELUM TENTU MENJANJIKAN SYURGA.......

    ReplyDelete
  91. takpe la. ketawalahhh sepuas puasnya. kita lihat siapa yang menang nanti??

    16.9 jelas membuktikan bahawa BN sudah dikuburkan 6 feet under. walaupun tak terjadi penukaran kerajaan, jelas rakyat nampak kebodohan BN, sampai lari ke taiwan argriculture study pulak alasannya. mana ada kerajaan di duniawi ni sanggup hantar 50 MP sebagai researcher kat tempat yang sama? kan lebih logik kalau 5 MP pergi Taiwan, yang selebihnya Jepun, China, Korea, dan banyak lagi. memang bahan ketawa bila saya ceritakan kepada colleague saya di England ni. syarikat yang saya kerja sekarang ini, 800 orang dalam satu cawangan, tapi hantar 4 orang sahaja, itupun mereka ni expert in the field.

    bukan itu sahaja, sekarang SAPP sudah keluar, perebutan kuasa di UMNO pulak orang melayu sendiri.. siapalah yang menang agaknya? kalau mr khir ada otak boleh lah fikir sendiri.. tak payah jawab, nanti lebih malu kalau DSAI mampu ambil alih kerajaan hujung tahun ini, kita tengokla nanti ye? I'll be back to your blog should DSAI manages to govern this country? Let's see who has the bigger, more importantly final laugh :) cheers for now.

    ReplyDelete
  92. Salam DS,

    Point no 3;
    Anwar menjadi lawak jenaka?

    Alamak DS, siapa yang melawak jenakan Anwar? semuanya kuncu2 UMNO yang tak reti terima kekalahan dan muhasabah diri cam DS.

    Kalau ye pun Anwar jadi lawak jenakapun baru sekali dan hanya pada segelintir penc*cai UMNO sedangkan DS dan ketua DS dolah badawi dan parti DS serta kerajaan Malaysia setiap hari jadi bahan jenaka, bukan sahaja oleh rakyat jelata malahan dunia luar.

    Antaranya tangkap ISA wartawan pasal risau keselamatan wartawan tu...keh..keh..keh...

    ReplyDelete
  93. Saya amat berharap episod ini berlalu segera.

    Memangpun di sebalik kemelut dan kekeliruan sekarang, terdapat hikmah tak terduga:

    1) kita dapat kenal siapa sebenarnya sahabat dan siapa pula pengkhianat, contohnya SAPP dan Gerakan.

    Bagi saya para pejuang sebenar di Sabah dan dalam SAPP patut bersyukur kerana Tuhan memperlihatkan watak sebenar YTL kpd mereka.

    2) kita melihat seolah perjuangan PAS begitu celaru sehingga sanggup bersekongkol dgn siapa shj termasuk penentang Islam demi melihat musuh tradisinya tersungkur.

    Sebenarnya PAS tidak begitu. Justeru PAS perlu menyemak semula beberapa pemimpinnya terutama yang meletakkan Anwar mengatasi Presiden dan Mursyidul PAS.

    3) Kita dapat melihat betapa dendam membuatkan orang sanggup melakukan apa sahaja asalkan dendamnya terbalas.

    Sekarang kita akan lihat apa pula helah baru Anwar?

    ReplyDelete
  94. Kepada semua Rakyat Malaysia (Teresa Kok dan sewaktu dengannya)..

    Ingat satu perkara, kalau nak makan sedap jangan buat perkara ikut sedap hati. Kalau tidak makan telur rebus dengan kuah kari saja lah. Banduan/tahanan tetap banduan/tahanan.

    Tiada istimewanya.. Kenapa.. Lim Guan Eng tak bising, kenapa DSAI 6 tahun lebih dalam penjara boleh makan makanan penjara. Dulu dia (Teresa Kok) kecoh kerana tahanan polis kena bogel dan ketuk ketampi. Buat heboh konon tahanan negara Cina di aniaya, lepas terbongkar, pandai pulak buat muka sardin. Inikah pemimpin yang rakyat Selangor pilih. Syabaslah.. lepas ni Selangor akan bergelar Selangor Darul Khinzir... Pusat Hab Halal bertukar menjadi Pusat Hab Haram...

    ReplyDelete
  95. Kasihan lagi Dr.khir Toyo,dari seorang menteri besar yang akhirnya ditumbang rakyat,berbanding anwar yang dihina ,dikeji,bekas banduan diangkat martabatnya oleh serata rakyat..Dr.patut kasihan diri sendiri dan UMNO dari kesiankan Anwar sebenarnya,sekurang2nya dia ada hala tuju perjuangan,dari UMNO yang dah jadi NO UMph..menunggu masa nak karam ditendang rakyat..

    ReplyDelete
  96. Benar kata Datuk Seri,saya yakin Anwar adalah seorang yang kuat sangat berimaginasi,nak buat macam mana?bila Datuk Seri nak ke Terenganu

    Yb Nasir
    Kuala Nerus

    www.ybnasir.blogspot.com

    ReplyDelete
  97. Anwar nak jadi PM? Mimpi disiang hari. Saya rasa simpati dgn penyokong2nya yang sering ditipu dan tertipu. Sesungguhnya mereka juga sering merelakan diri mereka ditipu hidup2. Simpati...simpati...

    ReplyDelete
  98. dato', hari tu teresa cakap makanan dalam isa sama dengan makanan anjing..
    (lihat buletin utama 19/09/08)

    lepas tu dia cakap " lebih baik sikit daripada makanan anjing"
    (lihat utusan 23/09/08)

    kesimpulanya.. teresa kok mmg.....

    ReplyDelete
  99. Pasal politik tu.. tausalah ok. Dr ni kan berpelajaran tinggi. Bukak klinik gigi kan lebih baik. Sebenarnya tidak ramai yang sokong BN/UMNO. Mereka mahukan seseorang pemimpin yang bijak macam TUN. Ada seorang sahaja yang boleh menyamai kebolehan TUN, dialah DSAI. Harap DR boleh undur dari politik. Ini adalah rayuan dari masyarakat Malaysia. Tolonglah DR.

    ReplyDelete
  100. ASSALAMUALIKUM DAN SALAM SEJAHTERA BT SEMUA BLOGGER...

    Selamat menyambut Hari Raya aidil fitri...
    Berhati-hati semasa memandu semoga semuanya selamat bersama insan yang tersayang....

    Bt DS selamat mengerjakan ibadah umrah..semoga perjuang DS sentiasa dilandasan yang benar...

    Sempena Ramadhan yang mulia ini dan syawal yang akan tiba nanti bersama2lah kita menginsafi diri..usah lah kita bergaduh sesama sendiri, kita semua rakyat MALAYSIA,harus bersatu padu untuk keamanan semua...Bersatu dalam memajukan Ekonomi negara...

    Usahlah lagi kita mecerca antara satu sama lain lagi... APA UNTUNGNYA KITA BERBUAT BEGITU?????
    TIADA SIAPA DIANTARA KITA YANG DITINDAS DI NEGARA KITA INI,..
    Yang menindas kita adalah DIRI KITA SENDIRI..

    Sedarlah tiada siapa yang mampu mengubah hidup kita melainkan diri kita sendiri...miskin dan kurang bijak jika malas. kaya dan cerdik jika kita rajin...

    ADAKAH SALAH KERAJAAN JIKA KITA MISKIN DAN KURANG BIJAK??????

    SEDARLAH SEMUANYA TERLETAK PADA DIRI KITA....

    sALAm LebaraN Buat Semua...
    MAAF ZAHIR BATIN...............

    ReplyDelete
  101. Komen 1. JIKA kita bercakap mengenai hak kita di negara ini, atau jika kita bercakap mengenai hak sebagai umat Islam, maka dengan mudahnya kita akan dilabel sebagai racist ataupun mencabul Hak Asasi Manusia. Inilah yang berlaku kepada YB Zulkifli Nordin apabila dia mempersoal Bar Council, dan ini jugalah yang berlaku kepada Dato Ahmad Ismail dan Datuk Hishamudin apabila bercakap tentang sejarah dan keris. Bolehkah Sejarah & Keris dipisahkan dari bangsa Melayu? Sedangkan Lee Kuan Yew mengaku dalam Bibliografinya yang dia berasal dari keturunan Guanzhong di selatan China!

    2. Mereka konon mendabik dada menghormati Hak Asasi Manusia dan Mendesak Hak Saksama dengan umat Islam Melayu. Bagaimanapun, jika kita lihat hampir semua mereka mengambil pekerja Wanita Islam Indonesia sebagai pembantu rumah dan menganiaya pula mereka. Kita membaca setiap masa dalam akhbar banyak kes-kes kezaliman majikan mereka memaksa pebantu-pembantunya memegang/memasak khinzir tanpa Memperdulikan Hak Asasi mereka sebagai Muslim. Banyak kes jenayah seksaan terdedah di mahkmah.

    3. Lumrahnya pembantu rumah Islam Indonesia diarah bekerja tanpa henti...biliknya diberi selorong dengan lantai antara barang dalam setor, malah mereka tak dihormati ketika tidur atau ketika cuba mengerjakan solat, diganggu sentiasa, bekerja dari sebelum subuh hingga ke lewat malam.

    4. Apakah mereka Ikhlas memperjuangkan Hak Asasi Manusia? Benarkah mereka ini Ikhlas hendak menegakkan Keadilan? Mungkinkah mereka itu sengaja menyiksa pembantu-pembantu rumah Islam Indonesia sebagai membalas dendam kepada Melayu.

    KALAULAH orang-orang seperti Teresa Kok, Tian Chua, Sivarasah, Ronnie Liu, Karpal Singh Manusia yang Berperikemanusiaan KENAPA tidak mengaturkan bantuan secara sistematik kepada mangsa-mangsa kezaliman pembantu Islam Indonesia yang jadi mangsa tanpa tempat mengadu?

    5. Adakah mereka benar-benar Ikhlas atau mereka memang tiada niat berlaku adil malah hanya memutarbelitkan demi tamak haloba & dengki semata-mata. Benarlah Al-Quran menyatakan dengan jelas, jangan sekali-kali percaya akan mereka... Perhatikan kes Teresa Kok dan makanan macam anjing di Kamunting...Dia hina siapa sebenarnya tu? Dia tujukan kepada siapa sebenarnya tu?

    6. Sekarang ini, perhatikanlah... Melayu dalam UMNO, Melayu PAS, Melayu dalam PKR semua berebut-rebut nak jadi champion isu-isu yang didesak oleh mereka. Soal makanan macam anjinglah, soal suara azan lah, soal tulisan jawilah, soal ladang khinzirlah semua Melayu dalam UMNO/PAS/PKR berebut-berebut nak jadi juara.

    Mereka terlupa satu hal...bagimana pula anjing-anjing yang menyalak 3 4 kali setiap hari setiap malam sehingga mengganggu tidur dan kesihatan umat Islam di sebelah rumah! Agak-agaknya beranikah Ketua Pemuda PAS yang suka Glamour tu memperjuangkan mendesak agar dikawal kalau tidak diharamkan, pemeliharaan anjing di kawasan perumahan demi Hak Asasi Kita juga sebagai Muslim? Beranikah da bersuara di Parlimen?

    7. JIka semuanya tidak boleh, maka ingatlah perjanjian semasa nak merdeka dulu...Siapa Raja? Siapa Tuan? Siapa Memberi? Siapa diberi? JIka masih hendak perjuangkan Hak Asasi Manusia, apakah agaknya Hak Asasi orang Melayu Islam di Singapura sekarang ini? Adakah mereka mendapat Hak Asasi mereka sebagai mana dinikmati Hak Asasi oleh bukan Melayu di Malaysia? .

    ReplyDelete
  102. Encik TOYOL....

    Mimpi tidak jadi mungkin, tapi lebih bagus daripada mimpi awak apabila perlu bayar berjuta juta kerana memfitnah tentang isu sensitive islam sehingga M teresa kok di penjarahkan tanpa kesahalah.

    Kamu dan ahli UMNO semua akan bayar pampasan tersebut...

    good luck, and maybe one day YOU TOO WILL EAT DOGS FOOD IN DETENTION.

    ReplyDelete
  103. wait and see la dr khir.. jgn hepi sgt.. wait n see..

    selamat mengamalkan umrah.
    doa depan Kaabah tu harap2 dgn hati yg suci dan ikhlas. pegi pon dgn harta yg halal.. insyallah. amin

    ReplyDelete
  104. Hallo Datok,

    Bagi saya datok lah org paling kelakar di Malaysia ni... Bagi hadiah penyapu.... hahha... sampai sekarang kalau igt peristiwa tu mesti gelak sorng2... hahaha.... Btw, saya dok makan tempe setiap hari sejak Datok bagi tips kecantikan muka tempoharii... tapi tak jadi2 lagi ni... saya nak kulit tegang balik mcm datok... 916 adalah titik permulaan proses pemgambil alihan... paham tak?? sorry saya tak tau nak translate ke bahasa ibunda Datok iaitu bahasa Jawa.... Semoga Datok pulang dari Umrah menjadi Muslim yg betul2 bertakwa..

    ReplyDelete
  105. tanah melayu kepunyaan tuhan,tuhan kepunyaan semua insan.melayu=semua orang yang duduk di tanah melayu tidak kira asalnya.jangan kita diperbodohkan oleh orang yang racist.terutamanya umno,mca,dan mic.semua rakyat malaysia bersatu hapuskan pemimpin racist sekaligus di pru13 akan datang.malaysia akan terus maju dan bahagia

    ReplyDelete
  106. melayu= jawa midang,bugis,indon,pkistan,mamak,yang datang ke tanah melayu dari tahun 1200 hinga 2008 dan akan datang!!!!!adalah tuan kepada tanah melayu.
    orang jakun,orang senoi,orang darat,orang laut,iban kandazan,dan lain lain yang duduk di tanah melayu sejak sebelum kelender dicipta bukanlah orang melayu tetapi orang asli dan bukan tuan kepada tanah melayu.inilah teory yang tidak masuk akal yang dicipta oleh bn.british rule malaysia dengan cara seprate and rule.bn perintah dengan cara perkauman yang tidak dibenarkan oleh mana mana agama sekali pun.percaya kepada tuhan dan jagan percaya lagi teory tak masuk akal bn lagi.tuhan adalah penujuk kita bukan bn.tq

    ReplyDelete
  107. sebenarnya term melayu adalah untuk semua rakyat malaysia logicaly. malaysian tak wujud.yang ada malayu jawa,melayu bugis,melayu cina,melayu india,melayu senoi,melayu iban dan seturusnya.oleh yang demikian tanah melayu adalah kepunyaan kepada melayu melayu yang disebut di atas.malay adalah tanah bergunung dibahasa lama india.melayu adalah orang yang tinggal di tanah bergunung.bangsa melayu tidak wujud,orang melayu wujud.sebagai contoh,dskt adalah orang melayu bangsa jawa.ah chong adalah orang melayu bangsa cina dan seterusnya.kalaulah dskt bangsa melayu orang jawa.ah chong pula orang cina bangsa apa?tak logik!!!

    ReplyDelete
  108. Tuhan yang sebenarnya habya SATU iaitu ALLAH SWT Pencipta alam semesta ini...berbeza dengan tuhan orang kafiq yang banyak tu...
    Lihat kenyataan di bawah bagi orang yang tiada ilmu agama...
    anti-racist said...
    tanah melayu kepunyaan tuhan,tuhan kepunyaan semua insan.melayu=semua orang yang duduk di tanah melayu tidak kira asalnya.jangan kita diperbodohkan oleh orang yang racist.terutamanya umno,mca,dan mic.semua rakyat malaysia bersatu hapuskan pemimpin racist sekaligus di pru13 akan datang.malaysia akan terus maju dan bahagia

    Wednesday, September 24, 2008

    ReplyDelete
  109. Salam Datuk Seri,

    Selamat menunaikan ibadat umrah dan semoga bertemu malam lailatul qadar di Mekah al Mukaramah.

    Saya hendak memberi pandangan kepada komen yang dibuat oleh Azmi dalam blog ini yang meminta Datuk Seri bertaubat, ingat fitnah itu dosa besar.

    `Tindakan kamu dalam kes Teresa Kok memalukan kami semua'.

    Saya tidak tahulah Azmi ini Melayu atau bukan Melayu. Tetapi kalau Azmi ini Melayu, satu nasihat saya kepada beliau, `jangan jadi Melayu pada kulitnya sahaja'.

    Tahukah Azmi mengapa Teresa Kok ditahan di bawah ISA - kerana menghina agama Islam.

    Pemimpin muda DAP yang menang dalam PRU 12 kerana undi Melayu seperti Azmi ini sudah berani mempertikai laungan azan, sudah berani pertikai bahasa Melayu.

    Bongkaknya manusia yang bernama Teresa Kok yang menjadi pujaan Azmi ini sehingga sanggup menyamakan makanannya semasa ditahan dibawah ISA sama seperti makanan anjing.

    Tahukah Azmi, orang miskin di luar bandar dan pendalaman hanya mampu makan ayam dan daging semasa musim perayaan sahaja tetapi bagi Teresa Kok sajian nasi, roti, krim, ikan dan ayam sama seperti makanan anjing.

    Sedarlah sikit Azmi, Melayu macam saudaralah yang menyebabkan pemimpin DAP seperti Teresa Kok itu hebat dan semakin berani mencabar hak Melayu dan agama Islam.

    `Jangan jadi Melayu yang memalukan bangsa Melayu'

    Selamat Berpuasa.

    ReplyDelete
  110. salam datuk seri..

    sempena ramadhan nie..tak usahlah kita nak membuat fitnah atau megutuk mana2 pihak..
    apa yang peting kita bersihkan jiwa dari segala rasuah,seks dan dll..
    tapi sy tak bersetuju dnegan kerajaan kerana melarikan pemimpin2 negara ke taiwan..di bulan ramadhan ini..seelok- eloknya..bawak pi mekah..
    buat banyak2 ibadah..tak gitu datuk seri?
    apapun..contohilah PAS di kelantan terutamanya Tok Guru kita..
    sya rasa terkilan sekali sekarang ..
    andai Tok Guru masih muda..bulihla ganti Pak Lah.tapi apakan daya..
    manusia sekarang lebih memuja pemimpin dari Al-Quran..
    ini tanda2 kiamat dah dekat nih..x gitu ya?

    akhir kata,
    HIDUP PAS!!!
    PAS dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
  111. kepada ketam,
    saya terperanjat setelah menbaca coment anda,dan sukar nak percaya anda adalah seorang yang beragama.kes kes yang tidak seronok pasal penbantu rumah orang islam ,negara kita sudah ada undang undang untuk jamin hak asasi mereka,dan ada orang yang buat perkara yang tak patut terhadap mereka akan didakwa,pasal anjing, majlis ada undang undang masing masing.semua bangsa pun ada orang baik dan orang jahat,jangan masukan perbuatan seseorang individual atau segenditir individual itu kepada sesuatu bangsa atau agama tertentu.begitu juga kita tidak boleh kata terrorist=islam.sebenarnya coment coment anda tidak membawa apa apa makna pun selain mengapi-apikan perhubungan antara kuam!orang yang percaya kepada tuhan tidak akan buat apa yang anda buat,mungkin andalah satu satu orang islam yang jahat dan tidak kurang dosa kamu berbanding dengan cina yang memhianati pembantu islam mereka.mungkin anda bukan orang islam tetapi cuma nak rosakan nama baik islam.walaubagaimana pun saya percaya blogger2 maupun islam dan bukan islam yang beriman akan maafkan anda. insaflah dan minta ampunlah drp tuhan kamu atas dosa anda.

    ReplyDelete
  112. Datuk Seri,

    sebagai seorang anak Malaysia yg WARAS cuba kita fikir-fikirkan sejenak...

    UMNO bukan tak relevan, biasa la dalam mana-mana parti pun ada kelemahan, jika difikirkan, KATAKANLAH Pakatan Rakyat memerintah, tak akan ada ke masalah? mesti ada punya, bahkan saya rasa akan LEBIH teruk lagi.. percayalah

    Mungkin mereka (UMNO) leka lepas menang PRU ke-11 dulu sebab menang besar katakan. Jadi semua keputusan kerajaan buatpun macam menekan rakyat jer.. saya akui fakta itu

    Memang benar, UMNO kini lemah tapi kita perlukan UMNO yg menjadi tunjang kepada orang Melayu selama ini. Mana yg salah kita betulkan. Bagi saya hanya UMNO yg mampu menjadi pelindung kepada semua orang Melayu.

    Saya amat hairan kenapa orang Melayu yg hanya berlainan parti boleh MEMBENCI sesama mereka? Bencinya sampai minta tuhan melaknat lawannya. Apa ni??? Hanya kerana berbeza pendapat, kita bermusuhkan sesama sendiri. Itulah KELEMAHAN ORANG MELAYU.

    Saya amat-amat benci dan tak setuju dengan cadangan sesetengah pihak yg nak ubah atau mansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tahukah kita semua, dengan kebijaksanaan pemimpin terdahululah maka kita hari ini dapat hidup AMAN DAMAI & SENANG ekoran peristiwa 13 Mei yg menyaksikan rusuhan kaum yg dahsyat oleh kerana orang Melayu TAK PUAS HATI dengan pengagihan kekayaan yg dimonopoli oleh kaum Cina pada masa tu.

    Ini berdasarkan fakta sejarah sbb saya baca dan ianya bukan utk kepentingan masa sekarang tetapi untuk ANAK-ANAK kita dan GENERASI akan datang. Dah terbukti DEB menunjangi orang Melayu, bukan sahaja orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain, oleh itu, mengapa perlu diubah/dimansuhkan?

    Saya juga hairan, kenapa orang Melayu marah atau cemburu bila melihat orang Melayu lain kaya raya??? Cuba lihat kaum Cina, berapa ramai dikalangan mereka yg kaya, tak pula mereka membenci bahkan mereka saling menyokong lagi..

    Bagi saya, sekiranya ada di antara orang Melayu tu kaya, biarkan dia, ia adalah satu pencapaian yg baik bagi bagi kaum itu sendiri, SAMADA cara dia kaya itu dari jalan yg benar atau sebaliknya, biar dia yg menjawab bila menghadap tuhan nanti. Itu tanggungjawab dia terhadap insan sesama agamanya. Begitu jugalah halnya dengan seorang PEMIMPIN..


    Saya bukan penentang DSAI, bahkan saya pernah mengikut gerakan reformasi DSAI tahun 1997 sampai kena marah dengan emak masa tu. Asasnya cukup senang, ikut orang tanpa tahu usul cerita. Saya kesal kerana sesetengah agenda atau dasar perjuangan beliau AMAT tragis kepada bangsa Melayu sendiri, bagi yg taksub kepada beliau mungkin akan menyokong 100%, tetapi untuk masa depan generasi akan datanglah yg akan merasai kesannya. Bagi saya ini amat bahaya untuk orang Melayu. Ya, mungkin esok lusa beliau berjaya jadi Perdana Menteri, soalnya siapa selepas beliau? Dan mungkinkah calon itu mewarisi atau mempunyai kesinambungan dasar kepemimpinan seperti beliau ini.

    DAP tak mungkin merestui calon PAS jadi PM, ini kerana matlamat PAS ialah menjadikan Malaysia negara Islam. Maka jadilah seperti apa yg berlaku di Perak. Dan cerita MB boneka di Perak itu 50% adalah benar.. Dalam sesetengah perkara ianya tak mudah untuk dibicarakan.

    Beliau juga tegas memperjuangkan MALAYSIA BARU yg memberikan kekayaan dan hak sama rata kepada semua kaum. Tiada lagi hak ketuanan Melayu!

    Bila dah sama rata rasanya macam orang Melayu akan terus ketinggalan lebih jauh dari sekarang ni.

    Saya cadangkan untuk kita semua supaya dapatkan/baca susur galur sejarah politik DSAI (dr sumber yg sahih)lepas tu terpulanglah kepada kita untuk buat penilaian/pilihan masing-masing. Itu lebih baik dr menyokong tanpa usul periksa.

    Apa yg saya lihat anak muda hari ini tergolong dalam golongan pendesak yg menyokong dengan sifat membuta tuli. Wahai anak-anak muda, bacalah @ ambil tahu sejarah dulu, anda perlu ada tak banyak sedikit sifat patriotisme, jati diri, mengenang budi dan tidak memikirkan kesenangan hidup dan memenuhkan poket semata-mata.Jangan kita terlalu teruja nak ubah apa yg ada sedangkan kita sendiri.

    Kepada anak muda seangkatan saya ini pepatah yg molek untuk kita renungkan; "jangan tanya apa sumbangan negara kepada kita tetapi tanya apa sumbangan kita kepada negara"

    Kita orang Melayu nak tak nak kena mengakui bahawa kita masih lagi memerlukan TONGKAT dalam memajukan ekonomi bangsa kita sendiri.

    Soal tender terbuka yg dilaungkan, memang la sebahagian tender kerajaan dapat kepada bumiputera, tetapi flownya golongan ini akan cari tauke Cina jugak nak menjalankannya, ambil bahan dsbnya.. ini sekurang-kurangnya "You dapat, I pun dapat" kalau ditarik balik maka jadilah seperti apa yg berlaku hari ni di Pulau Pinang, Kontraktor Melayu Kelas F gulung tikar dan merayu pula kepada kerajaan pusat.



    Apa yang berlaku di Singapura wajar diambil iktibar, berapa kerat orang Melayu dalam kabinet negara itu?

    Bukan di Singapura sahaja, mana-mana negarapun dalam dunia ni macam tu, kalau kaum tu majoriti mestilah mereka overun kerajaan.. so macam tu jugalah senarionya di Malaysia nih.. Kenapa pula harus kita persoalkan isu ketidak samarataan kaum ketika ini?

    Saya cadangkan kepada yg mampu supaya merantau/melihat ke negara lain dlm dunia ni, baru kita tahu nilai sebenar kesenangan, kesusahan dan erti kehidupan.

    Bagi saya mudah! kerajaan sekarang bukan yg terbaik, tapi bersama-samalah kita menambah baik apa yg kita ada demi menuju kecemerlangan dunia dan akhirat.

    Jgn jadi pepatah "Yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran"

    Yang baik tu datangnya dari Allah, yg kurang tu dari diri saya sendiri

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  113. Askm Dato' Seri,
    1. Saya berpendapat rakyat hari ini tidak ramai yang mahu 'exercise the brain', terutama bila memperolehi satu-satu berita berkaitan negara kita. Budaya orang melayu memang terkenal dengan ketaksubannya. Apa lagi tentang perkara yang seronok didengar oleh mereka dan selari dengan tuntutan peribadi. Lantas menelan semua yang dihidangkan tanpa menyedari hakikat bahawa tindakan mereka akhirnya akan memusnahkan negara yang telah dibangunkan sejak 51 tahun yang lalu.
    2. Sebagai ahli politik, Anwar sememangnya pandai menipu rakyat. Beliau memang mahir mengaut populariti walaupun apa yang dituturkan adalah perkara-perkara yang tidak baik dan tidak masuk akal, tetapi selari dengan keinginan pendengar/pengikutnya. Lebih parah rakyat lebih suka dan percaya apa yang dituturkan oleh Anwar berbanding perkara-perkara yang lebik elok yang diucapkan dalam khutbah dan ceramah-ceramah agama secara rasmi.
    3. Hari ini jelas PKR tidak mampu mentadbir kerajaan negeri ke satu aras yang lebih baik berbanding sebelum ini. Semua pemimpin mereka jelas mendahulukan kepentingan peribadi& 'survaival' politik masing-masing secara terang-terangan berbanding keperluan negeri dan rakyat keseluruhannya. Lantas keperluan rakyat dan negeri terabai. Ini menjadi satu titik hitam kepada sejarah pentadbiran selangor di mana selama ini usaha telah banyak dicurahkan untuk memastikan selangor berada ke satu tahap yang lebih maju selaras dengan wawasan 2020.
    4. Hakikatnya PKR hanya tahu 'menghentam' kerajaan sebelum ini. Dan apabila ditakdirkan menang pada pilihanraya lalu, jelas masih teraba-raba dalam menentukan hala tuju pemerintahan dan pembangunan negeri selangor. Sesuatu yang amat menyedihkan kepada negeri dan rakyat selangor. Sehingga hari ini, ramai yang bersetuju bahawa negeri selangor di bawah PKR, belum lagi berada di tahap yang lebih baik berbanding semasa pemerintahan BN dahulu. Ini merupakan satu lagi bukti omongan kosong PKR kepada rakyat seperti mana janji-janji manis mereka semasa kempen pilihanraya dahulu.
    5. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato' Seri dalam pemilihan UMNO yang akan datang.
    Azli-ex-student yayasan selangor.

    ReplyDelete
  114. ds khir,

    sempena bulan baik ni saya mohan ampun maaf selama kita berhujah dan bertukar pandang yang mungkin ada terkecil dan tersinggung hati.

    semoga ds diberkati dan diberi kekuatan dalam arus kepimpinan global masakini.

    zaman sekarang sudah berubah dan kita juga harus bergerak seiringan dengan peredaran masa kerana jika tidak kita akan ketinggalan dan parti akan menjadi dinasour.

    BERANI BERUBAH!

    ReplyDelete
  115. A'kum DS,

    Bila balik dari umrah? ke dah balik dah? semoga mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T dan semoga Perasaan Hasat Dengki (PHD) DS tu akan lenyap terus..amin..

    Camnilah bagus, pergi buat umrah..ade rezeki buat haji...yelah bak kate orang kalau kita ni mmg tak solat orangnya...tapi terpaksa solat sebab disuruh atau malu kat orang, lama-lama hati tu insyaallah terbuka juga.

    Lagipun kira lagi baiklah dari pergi Taiwan berpoya-poya dibulan mulia inikan DS...agak2 kalau nama DS ade dlm list ngikut juge ker?

    Tapikan DS...orang cam DS ni bebila je boleh gi ke Tanah Suci, tinggal nak tanak jer. Terbayang pulak kat orang tua saya...dah tentu lagi berumur dari DS tapi masih belum ada rezeki nak ke sana.

    Mudah-mudahan suatu hari nanti kami adik beradik dapat jugaklah hantar mereka ke sana dengan sumber rezeki yang halal...barulah berkat...insyaallah...

    ReplyDelete
  116. Harap Dr.MKT dapat komen sedikit pasal Mukhriz dan KJ kata ada larangan pemuda berjumpa mereka. Ini cerita betul atau satu lagi episod reverse-pycho.

    ReplyDelete
  117. Yang kalut dan terkena adalah UMNO. Kelam kelibut UMNO dibuat Anwar Ibrahim terutma Khir Toyo.

    Kita sudah lama tau tarikh tak penting, yang penting BN akan tumbang juga, jika tidak masa terdekat PRU13.

    Katalah apa nak kata. Yang pasti BN akan tumbang sedikit masa lagi.

    Sebenarnya yang sangat berharap BN tumbang 16/9 adalah UMNO sendiri sebab mereka nak sangat Pak Lah turun. Mereka nak tumbang Pak Lah sendiri, mereka bacul jadi nak tumpang-lah dengan Pakatan.

    Anwar dan semua ahli Pakatan Rakyat yang sedar politik tahu bahwa 16/9 itu adalah satu tarikh bermulanya gelombang yang akan menenggelamkan BN.

    Lihatlah lah apa berlaku pada UMNO selepas 16/9. Sekejap sekejap Mesyuarat MT tergempar macam orang dah hilang arah. Sekejap nak nak Najib, sekejap lagi Pak Lah, sekejap lagi Muhyidin, Sekekjap lagi Ku Li, entah siapa lagi nanti.

    Eloklah Khir sendiri tanding Presiden. Kenapa? rasa tak layak ke? atau rasa kecil sangat?

    Itulah orang mcm Khir ni, sebenarnya Ketua Pemuda pun tak layak.

    Dia kata Anwar bermimpi rupanya dia pun sedang bermimpi nak jadi Ketua Pemuda. Alahai... Khir... Rasanya bersara je lah.... Jual Tempe lagi baik.

    ReplyDelete
  118. sy setuju bahawa semua org di Malaysia patut jadi bangsa Melayu. Dan bukan setakat mengaku bangsa Melayu tapi mengamalkan cara-cara hidup yg unik kpd bangsa Melayu, contohnya berbahasa Melayu, menggunakan tulisan jawi, mngamalkan adat2 org Melayu dan macam2 lagi.
    Segala unsur2 yg menggambarkan asal-usul sesuatu kelompok itu patutla ditinggalkan dan semuanya mengamalkan budaya org Melayu. Hapuskan sekolah jenis kebangsaan, semua berita mesti dlm bahasa Melayu dll.

    ReplyDelete
  119. Bangsa Melayu adalah panggilan am kpd kelompok bngsa-bangsa di Kepulauan Melayu yg berkongsi BANYAK PERSAMAAN BUDAYA. Dalam konteks Semenanjung Tanah Melayu, bangsa Melayu mempunyai sub-racenya/kumpulan etnik iaitu Jawa, Kelantan, Ganu, Kedah, Bugis dll. Golongan mamak adalh agak asing dri segi budayanya dgn Bngsa Melayu namun mereka telah menyerap masuk kedalam kelompok orang2 melayu, so jadilah mereka org Melayu.

    Begitu juga dgn Cina, saya percaya Cina juga mempunyai bnyk sub-racenya seperti Han,Hakka, dll.

    So jika DSKT bangsa Melayu etnik jawa maka ah chong adalh bangsa cina etnik apa2 la.

    ReplyDelete
  120. Nak diikutkan memangla semuanya kepunyaan Tuhan. So adakah bermakna seorang asing bole masuk rumah anda secara suka hati menggunakan alasan di atas?

    Terimala hakikat bahawa kelompok bangsa Melayu yg telah menubuhkan kerajaan2 di Tanah Melayu ini, jadi selaku tuan rumah, berhakla bagi dia mengenakan apa2 peraturan yg sesuai.

    ReplyDelete
  121. Betul Dato


    Dato, Selamat Hari Raya
    Relaxkan minda seketika

    mailah support blog ana
    lagusempoi.blogspot.com

    ReplyDelete
  122. May Allah bless you and family.
    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
  123. Selamat Hari Raya DSK.

    http://azamfreedom.blogspot.com

    ReplyDelete
  124. Minda Pewaris sangat-sangat bersetuju dengan apa yang ditulis oleh dr. Khir. Memang benar bahawa 16 september adalah tarikh keramat yang mendedahkan pembohongan Anwar dan ketaksuban bodoh penyokong Anwar yang akhirnya pasti mendedahkan pembohongan pembohongan yang berpanjangan yang dilakukan oleh Anwar n the top PKR gang. Memang mereka merosakkan masyarakat dan mereka pasti akan gagal.
    Sebab itu saya juga tulis demikian, pembohongan Anwar akhirnya terbongkar.
    http://mindapewaris.blogspot.com/

    ReplyDelete
  125. Memang tak patut kita bagi peluang kepada anwar ibrahim ...kerana sepatutnya Dr khir toyo lah yang lebih layak melingkupkan selangor kerana Dato khir laki bini penyangak...tentu lebih berpotensi untuk melingkupkan duit rakyat dengan lebih pantas....dengan ini saya menyokong Dato bukan sahaja menjadi menteri besar selangor..kalau boleh jadi pm ganti Pak lah lagi baik.supaya kita rakyat semua lebih miskin dan lebih melarat.hiduppppp dato khirrrr`Selamat hari raya dan selamat mengerjakan umrah.

    ReplyDelete
  126. sy tarmizi ign mengucapkn slmt hari raya buat DSK dn sekeluarga..

    ReplyDelete
  127. Blogger kulaan said...

    Tuhan yang sebenarnya habya SATU iaitu ALLAH SWT Pencipta alam semesta ini...berbeza dengan tuhan orang kafiq yang banyak tu...
    Lihat kenyataan di bawah bagi orang yang tiada ilmu agama...


    anti-racist said...
    tanah melayu kepunyaan tuhan,tuhan kepunyaan semua insan.melayu=semua orang yang duduk di tanah melayu tidak kira asalnya.jangan kita diperbodohkan oleh orang yang racist.terutamanya umno,mca,dan mic.semua rakyat malaysia bersatu hapuskan pemimpin racist sekaligus di pru13 akan datang.malaysia akan terus maju dan bahagia

    Wednesday, September 24, 2008

    sdr kulaan,
    Jangan cakap mcm pandai sangat tentang agama, sebelum bercakap anda perlu tahu apa agama 'anti-racist. dan tia tidak ada sebut 'Allah' dia cuma sebut tuhan sahaja,


    kulaan said...

    Salam...

    16 Sept berlalu ...tiada apa yang nak dibanggakan ...lebih baik beramai-ramai kita ke masjid-masjid,surau-surau mencari keberkatan Ilahi.Walaupum mereka melalak bahawa ke Putrajaya 16 sept hanya omong-omong kosong...
    Rupanya ia satu sandiwara dan rasuah berjuta-juta ..
    Kadang-kadang tertanya dari mana Anwar dapat kewangan yang banyak ini...mungkin penyokong bodoh dan fanatik tidak hiraukan walaupun daripada rasuah yang haram pon boleh jadi apa2 yang dikatakan oleh Anwar halal sehingga peminpin2 PAS pon susah kena "Nasi Kangkang" tidak tahu mana betul mana tidak...


    Thursday, September 18, 2008

    sdr kulaan,
    mengapa fikiran anda terlalu sempit?
    16 Sept. itu ialah 'simbolik' bagi tarikh permulaan.
    Anda lihat sekarang apa telah terjadi kepada UMNO?
    Bertambah Kacau bilau selepas 16 Sept. Keadaan dlm UMNO sudah semakin bertambah parah.

    UMNO cuma tunggu masa sahaja untuk rebah dan 'kolu'i'nalillah'.

    ReplyDelete
  128. Datuk Seri,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri.

    Maaf Zahir & Batin.

    Wasallam.

    http://tpj-one-thepatriot.blogspot.com

    ReplyDelete
  129. Assalamualaikum dr

    Berpuasa di tanah suci Mekah tentu banyak yg boleh di kongsikan,cite sket

    Saye mengucapkan selamat meneruskan perjuangan dan selamat menyambut hari Raya idilfitri kpd dr.dan keluarga

    Balik kampong, hohoho balik kampong hati riang....

    Kpd semua bloger yg berugama Islam diucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran...

    Kepada mereka yg balik kampong,
    Jangan terkejar kejar nanti anda di kejarkan ketempat lain

    ReplyDelete
  130. Assalamualaikum Saudara Hang Jebat,

    Saya tidak tahu mengenai larang berjumpa mana-mana calon Ketua Pemuda. Tidak juga saya terdengar perkara tersebut berlaku. Yang banyak saya dengar ialah setiap calon Ketua Pemuda banyak bertemu ketua-ketua pemuda bahagian.

    Jika ada yang tidak mahu berjumpa calon tertentu mungkin ada. Namun jika ada pihak tertentu menghalang saya tidak pun maklum.

    Bagi saya sendiri tidak pernah dihalang untuk bertemu dengan mana-mana ahli UMNO termasuk Pemuda UMNO di peringkat bahagian dan cawangan.

    Mungkin ia merupakan pengalaman mereka yang tersendiri atau sebagainya, wallahualam.

    ReplyDelete
  131. assalamualaikum saudara Zul_car9,

    Sebahagian komen saudara yang tidak diluluskan tentulah saudara sendiri faham sebabnya. sukarlah saya meluluskan komen-komen yang berunsur fitnah, dakwaan kurang tepat atau terdapat bahasa-bahasa yang agak terlalu kasar.

    Harap saudara dapat menerima cara saya mengendalikan blog ini.

    wassalam

    ReplyDelete
  132. Datuk seri,

    mungkin DSAI tidak diberikan nasihat sewajarnya oleh penasihat beliau akan kengkangan untuk beliau merampas kuasa kerajaan. kengkangan ini wujud dalam bentuk politik dan undang-undang, seperti yang Datuk Seri maklum.

    Maka, DSAI pun terkeliru. Akhirnya, yang ditertawakan ialah beliau.

    untuk itu mimpi akan tinggal mimpi. kalau ia menjadi kenyataan pun ia tetap menjadi mimpi yang dibuai oleh gendang tarian sementara menanti PRu13.

    ReplyDelete
  133. En Khir,

    Gelaran datuk seri adalah satu gelaran. Walhal apa berlaku sekatrang ni, dgn pendedahan sms najib, pembelian helikoper, adakah ini semua menunjukkan umno sebagai peneraju bangsa, come on wake up.

    najib sendiri mengaku sms tu betul. pembelian helikopter tu pon betul...helipkopter tu menelan lebih RM1 billion lebih dari kompetitor lain.

    Yang beria2 sgt nak pergi menyumpah atas Al-Quran sume pemimpin Umno dan seangkatan, walhal hampir sume ulama (99%) ulama mengatakan takde sumpah2 atas alquran kecuali dlm kes keluarga....
    si bboyhasif89 nie pon bangang. Senang cite semua Umno buat mmg tak betul...
    tolong cakap..ape umno buat betul.

    Dari segi peralihan kuasa pon bergaduh bang...alahai...
    bergaduh sana sini...siap main duit politik nie ape...umno semua...bila anwar ade di parlimen 20 org je dari BN ade dalam parlimen...pengecut ke ape...
    tv3 buletin utama cuma tayang segmen anwar 1 minit je..dan saya terpaksa tgk saluran lain nak tgk ape anwar debat...dan anwar debat semua ada nas, ade isi ade fakta...dan yang best umno sorang nie cerita zaman to kadok masa die bergaduh ngan mahathir...tu maksud nya umno bn di parlimen tak boleh nak patahkan debat umno di parlimen bersama isi, fakta....
    fakta sekarang satu dunia krisis...diumum oleeh najib tak akan effect malaysia...hahahah...
    tergelak saya nie...sedang kan kite pengeksport utama di dunia getah, kelapa sawit, dan banyak lagi barang2 mentah...minyak pon dah turun lebih murah dari semasa minyak harga RM1.92 tapi turun 15 sen je jadi RM2.45 ape ke bangang umno...

    baik saya jadi menteri kewangan...tak lebih baik bagi org budak keluar universiti lagi bagus dari org2 umno...semua cakap takde fakta...nas dan relevan...

    org ckp salah dia ckp betul...sedangkan terang2 salah....
    Nie buat saya meluat dengan bangsa saya...saya org melayu, tapi saya malu nak mengaku melayu kalau UMNO selalu menjerit hidup melayu kalau diorang pon salah kite kena ikut...
    babai
    n

    ReplyDelete
  134. Walaupun 16hb. telah berlalu, namun rakyat Malaysia telah bertekad serta berazam untuk mengkuburkan UMNO pada PRU13 nanti. Terkuburnya parti perkauman seperti UMNO maka rakyat Malaysia akan bebas dari amalan yg diamalkan oleh UMNO "Tradisi Mendera Rakyat"...bayangkanlah majoriti Ahli Parlimen BN menyokong usul kenaikan minyak di Parlimen lalu....nasib baik sekarang Pembangkang telah kuat pengaruhnya sehinga Bodolah terpaksa menurunkan harga minyak. Inilah kelebihannya bila Pembangkang telah kuat diMalaysia...Rakyat Selamat selamanya.

    ReplyDelete
  135. DS,

    Mimpi tetap mimpi.

    Semua orang bermimpi. Ada yang jadi kenyataan dan ada yang tak jadi.

    Apa yang penting jgn selalu bermimpi. Apapun sekarang ni sebagai layman agak lucu melihat gelagat politicians Malaysia. Asyik do nak gaduh ajer. Baik dari parti mana pun.

    Saya tidak nampak keliber pemimpin dari mana-mana pemimpin yang sedia ada.

    Saya syorkan eloklah cari orang lain yang lebih muda, yang lebih wibawa, untuk membawa idea baru kepada Malaysia.

    Beri peluang kepada generasi baru untuk memimpin. Saya percaya ada hamba Allah di luar sana yang boleh memimpin.

    Ini cuma pandangan saya sahaja.

    Salam Aidil Fitri dari saya.

    Anak jati Selangor dari Kajang.

    Rosli
    http://www.roslihanip.com/

    ReplyDelete
  136. Assalamualaikumm Dato.
    macamana pencalunan ketua pemuda dah cukup kuota ker..

    era MB untuk tunjukkan tajinya mula menurun sejak PR yg lepas. Aura Dato agak menjunan kebelakangan ini.Apa pun Dato perlu berkerja keras jika ingin bangun dan duduk bersama UMNO lagi .. selamat berjuang

    ReplyDelete