Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, January 19, 2009

Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru

1. Sehari selepas kalah di Kuala Terengganu saya di wawancara oleh TV3. Apabila ditanya apakah yang BN perlu lakukan bagi menghadapi fenomena ini saya menyarankan agar diadakan pembaharuan (reform) dalam parti dan kerajaan. Sungguhpun wawancara tersebut tidak tersiar, saya merasakan perlu menyatakan sekali lagi dalam blog ini.

2. Pembaharuan yang saya utarakan ialah antara lain menukar imej dan kaedah kempen Barisan Nasional. Imej sedia ada BN sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru. Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan poendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman. Imej BN hari agak kurang "menangkap" jiwa anak-anak muda. Kempen BN juga harus menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum. Kempen berasingan UMNO untuk orang Melayu, MCA dan Gerakan untuk masyarakat tionghua dan MIC untuk kaum India sudah ketinggalan zaman. Ketika kita tidak dapat menafikan kepentingan setiap parti ini memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing, namun kempen pilihan raya harus menampakkan keakraban antara kaum ini.

3. Tapi pembaharuan terhadap BN merupakan perkara titik bengit yang mungkin tidak penting jika pembaharuan lebih besar dapat dilakukan oleh BN. Pembaharuan yang saya maksudkan ialah pembaharuan dalam kerajaan yang dikuasai oleh BN.

4. Saya menyarankan agar Dasar Ekonomi Baru harus dikaji semula dan diberi nafas baru atau diwujudkan formula pentadbiran baru negara yang merangkumi ekonomi, hubungan antara kaum dan agama yang boleh memuaskan hati orang Melayu dan bukan Melayu. Ini penting kerana saya melihat DEB telah diberi label dan tanggapan yang salah oleh pemimpin politik parti tertentu yang mempunyai agenda peribadi berbanding menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara.

5. Pentadbiran kerajaan juga harus berubah. Lebih banyak kakitangan kerajaan diberi kerja lapangan berbanding sekadar memenuhi ruang pejabat di Putarajaya sehingga penuh sesak sekarang ini.

6. Jika kita lihat apabila Perikatan terlepas banyak kerusi pada 1969, Tun Abdul Razak ketika itu melontarkan perubahan yang ketara sama ada di dalam parti mahu pun kerajaan. Di dalam parti, allahyarham Tun Razak telah memberi nafas baru kepada Perikatan diberi nafas baru dengan melakukan pembaharuan imej, nama dan slogan. Perikatan bertukar kepada Barisan Nasional, lambang kapal layar bertukar kepada dacing

7. Lebih penting Tun Razak yang melihat masalah ketika itu mengemukakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bertujuan menstruktur semula ekonomi dan sosial masyarakat majmuk Malaysia. Ini semua memberi harapan baru dan juga hala tuju baru kepada rakyat ketika itu. Rakyat dan negara melihat BN mempunyai arah dan matlamat yang nyata dan ini memberi mereka keyakinan kepada BN selama lebih 30 tahun.

8. Namun keyakinan itu telah hilang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. DEB sudah dilihat oleh sebahagian rakyat sebagai mantera lama yang tidak lagi meyakinkan mereka. Polisi-polisi pembangunan baru juga tidak menambat hati nurani rakyat biasa. Sebahagian rakyat melihat BN sudah menjadi satu imej yang streotype dan tidak mengujaka.

9. Mungkin secara kebetulan atau ketentuan Allah, sejarah berulang lagi. Kali ini giliran anak allahyarham Tun Razak, Datuk Seri Najib memikul tanggungjawab yang hampir sama seperti bebanan allahyarham ayahndanya. Tanggungjawab memulihkan BN ini merupakan satu tanggungjawab yang menuntut keberanian dan kekuatan politik.

10. Saya melihat Datuk Seri Najib ada keberanian dan kekuatan tersebut. Cuma adakah beliau akan menggunakan kekuatan dan keberanian ini untuk melakukan pembaharuan dan memberi harapan yang segar kepada generasi muda?

81 comments:

  1. 10. Saya melihat Datuk Seri Najib ada keberanian dan kekuatan tersebut. Cuma adakah beliau akan menggunakan kekuatan dan keberanian ini untuk melakukan pembaharuan dan memberi harapan yang segar kepada generasi muda?


    senang je

    khairy liabiliti ....

    saya nak cakap dengan hati naluri diluahkan dengan tulisan diblog ini....bukan emosi..jika khairy diangkat sebagai kp malaysia umno...umno melakukan kesilapan paling besar dalam sejarah dan sejarah akan membuktikan pru13 nanti umno akan kehilangan hampir 90% orang muda ...orang muda yang tinggal adalah pengikut kj sahaja seperti sukj..

    jangan asak saya dengan kata2 menuntut bukti tetapi zaman sekarang bersandarkan persepsi........persepsi adalah penting dan jika ia tidak dapat ditangkis dengan hujah yang bernas dan tip top.....elok kj duduk diam sahaja apa nak sebuk2 kempen sana sini.dia liabiliti sebenarnya....saya tidak emosi atau personal dengan kj tapi kami dah meluatlah lagak macam hero...masih ingatkah lagi tangan ghaib pru12...siapa cemar nama Pak Lah?jangan lupa kerana TUN kata "melayu mudah lupa"tapi wmu350 tidak sekali2 akan lupa...saya ada pegangan dalam perjuangan membela rakyat.

    ReplyDelete
  2. ds nak cakap pasal imej kurang menangkap orang muda .....nah ni lagi satu kalau nak tahu sebab kurang menangkap jiwa orang muda...fahami tuntutan SUARA orang muda ni dalam blog sukj


    wmu350 said...
    saya sebenarnya suka membaca cara dan pendirian sukj,tetapi sukj percayalah menaikan nama kj menandakan berkuburnya umno pada generasi muda........masih ada masa untuk saudara kembali kepangkal jalan

    18/1/09 19:05


    SUKJ said...
    wmu350,

    Aku ikut KJ.

    KJ UMNO....aku UMNO

    KJ PQR...aku PQR

    KJ XYZ...aku XYZ.

    Ambo kot mana pun boleh. Ambo tak kisah.

    18/1/09 19:28


    wmu350 said...
    sebab tulah saya kata dari pengamatan saya mengikuti blog saudara sukj,saya dah boleh mengenali sukj...tahniah diatas pendirian sukj...jujur dan berterus terang...sukj pro kj tak salah

    cuma wmu350 menilai umno dari sudut penerimaan rakyat muda pada umno dimasa akan datang...dan dari pengamatan hamba pula umno akan cepat berkubur jika kj jadi kp malaysia.

    berbeza pendapat tak salah agar kita lebih membiasakan diri dengan sikap menerima kritikan yang akan mematangkan kita semua..teruskan perjuangan saudara sukj.

    18/1/09 19:52


    SUKJ said...
    wmu350,

    1. Tak kisah la itu pada pendapat mu kan.

    2. Anyway masa masih panjang dan KJ masih muda.

    3. Tapi aku masih yakin beliau masih boleh berjaya dalam karier politiknya.

    18/1/09 20:02


    wmu350 said...
    ya saya pun setuju kj ada potensi kerana masih muda.....cuma bukan dalam masa ini...dia akan rosakan lagi umno yang dah nak karam ni.....sabar berkorban dan kata nak muhasabah diri kj inilah masa nak jujur dan ikhlas dan terima hakikat beliau punca liabiliti pru12 sudah.

    kj duduk diam2 dan buktikan jadi pengikut setia walaupun tak jadi kp malaysia....masih muda dan tingkatkan ilmu menjiwai masyarakat sikit mungkin belajar oxford belum cukup tinggi pengetahuan untuk memahami masyarakat.

    saya tidaklah mahu menyakitkan hati sukj sebab sukj tak bersalah cuma kj kena berkorban diatas pertanggugjawapannya pada pru12 yang lepas....ingatkan persepsi saya tentang tangan ghaib

    18/1/09 20:51


    SUKJ said...
    wmu350,

    1. Muda ? ada 2 makna di sini. Muda (1) bererti masa masih panjang untuk KJ.

    2. Tetapi jika muda dipandang dari sudut kerjaya politik, aku rasa Datuk Najib 29 tahun dah jadi MB Pahang.

    3. Begitu juga Rahim Thamby Chik jadi KM Melaka dalam usia 30an. Begitu juga Isa Samad jadi MB N9 dalam usia 30an...?

    4. So salahkah jika KJ menggerakan kerjaya politiknya dari sekarang, sedangkan usianya dah 33 tahun??

    5. Bersabit tangan ghaib, tingkat 4dan sebagainya itu semua pesepsi tanpa fakta dan bukti jelas. Semua orang boleh buat cerita dan andaian. Tapi itu biasalah dalam politik kan..

    18/1/09 21:43

    ReplyDelete
  3. Budaya Fitnah sebab utama BN kalah di KT.

    Pelbagai pihak membuat kenyataan dan andaian sebab utama BN kalah di Kuala Terengganu. Ada yang menyatakan kerana Calon dan ada yang menyatakan kempen cara lama dan sebagainya. Sudah pasti ramai yang akan membuat post-mortem dan analisis mencari punca kekalahan tersebut.
    -
    Yang sebenarnya, punca ataupun sebab utama BN kalah di KT adalah disebabkan oleh BUDAYA FITNAH. BN telah menjadi mangsa fitnah. Fitnah-fitnah ini dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat terhadap BN......

    baca selanjutnya di suararakyatselangor.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Perubahan yang BN sangat perlu lakukan ialah banteras RASUAH....

    Itulah perkara paling penting dlm memulihkan BN..

    Jika berjaya, maka berjayalah BN... jika tidak... maka BN hanyalah sejarah dan cerita bualan ketika saya sudah tua kerepot nanti...

    ReplyDelete
  5. "Saya melihat Datuk Seri Najib ada keberanian dan kekuatan tersebut. Cuma adakah beliau akan menggunakan kekuatan dan keberanian ini untuk melakukan pembaharuan dan memberi harapan yang segar kepada generasi muda?"

    najib + segar = idea yg bertentangan, like oil + water.
    to rejuvenate, get rid of najib. then UMNO will be instantly SEGAR.......

    ReplyDelete
  6. Salam,

    DS, saya sangat perlu menegaskan di sini, antara sebab mengapa rakyat memilih untuk "menentang" kerajaan. Diharap DS cuba memahaminya.

    Dalam senario politik hari ini, ramai pemimpin kerajaan yang terlalu over confident dengan kekukuhan jawatan mereka, sehinggakan dengan senang lenang merendah-rendahkan pihak lawan. Ini jelas kelihatan dalam kempen pilihanraya di Permatang Pauh dan KT, di mana kerajaan begitu mudah mengkritik pembangkang secara berlebihan tetapi kurang mengambil pendekatan menjawab tuduhan pembangkang dengan berhemah. Isu sumpah Saiful Bukhari, isu Saudara Ezam dan peti-peti rahsianya, isu Hudud, bukan menjadi pembantu, malah penghancur peluang BN (Kami skrg sudah punya pelbagai sumber, malah kadangkala sumber first-hand). Cubalah gunakan kelebihan media massa untuk menjawab (dengan kukuh) isu kapal selam, helikopter, ISA, kehilangan Subra Maniam dan percanggahan sumpaahnya kurang 24Jam, etc, yang lebih berat momentumnya.

    Saya secara peribadi sangat benci apabila BN dengan semangatnya memberi "gula-gula" di kawasan pilihanraya pada masa berkempen, sehingga meluat melihat gambar di akhbar, para pemimpin mendirikan rumah, mendukung penduduk yg sakit lumpuh, meluluskan pelbagai projek secara tiba-tiba, sedangkan DS perlu tahu dalam hati kami bosan dengan lakonan ini. Lagi byk "kebaikan" yg ditontonkan, lagi benci kami dibuatnya. Kami bukan lagi org yg senang termakan pemberian... words of good conduct, sir, spreads so widely, (and sounds more sincere) and sometimes, one does not need to broadcast loudly. Its not about quantity, we are talking about earnestness and sincerity (what is perceived by the people). Ini jelas dalam kes words-of-mouth oleh KT tentang calon BN, sehinggakan BN terpaksa berhempas pulas untuk memulihkan reputasi calon (dan menyebabkan pendekatan lain tidak dapat dimaksimakan)

    Nasihat saya terakhir, nasihatkan lah Utusan Malaysia (dan BHarian), usah terlalu membodek kerajaan sehingga sanggup membenarkan yang salah dan memburukkan yg elok (eg yg dilakukan pihak lawan). Setiap kali berlaku percanggahan dalam berita itu dengan apa yg dilaporkan oleh berita2 lain, ia hanya menjadikan luka BN makin parah.

    DS, jgn tiru org lain.. tetapkan pendirian, u may shine even in darkness (and we will find u then)


    sekian

    ReplyDelete
  7. Penyakit BN/UMNO terlalu parah dan Kronik , antidote yg kuat perlu disuntikkan kalau tidak ianya akan mati dlm masa setahun.
    Lihat dan ambil contoh bagaiman parti parti tua dan besar dunia saperti Kuomintang ,LDP dan Kongress India menyuntik nafas baru setelah kalah di pilehan raya sebelumnya .
    Satu re branding re engineering perlu dibuat struktur organisasi parti perlu diybah hingga ke peringkat cawangan sekali pun.
    Tindakan yg lebih drastik misti diambil untuk survival hatta pemimpin pun perlu ditukar dan dirombak muka muka baru perlu mengambil alih kepimpinan , fitrah maanusia memang menjadi jemu apabila menatapi wajah yg sama lebih dari 20 tahun tanpa perubahan yg nyata tanpa re energise .
    Pemimpin2 yg sudah terlalu lama ( umur bukan ukuran ) perlu berundur pemimpin yg mempunyai masaalah emej yg nampak tidak bersih perlu diundurkan . Hari ini adalah pilehan Rakyat bukan nya pilehan parti lagi. ahli Umno dan pemimpin Umno banyak yg masih hidup dizaman purba syok sesama sendiri , mereka berjalan sebagai satu gerumbulan seolah olah macam filem gangster Hong hong untuk belum lagi kita berbincang kuasa material yg di di pamirkan ( termasuk lah kereta kereta mewah , sampin yg mahal ,cincin yg mahal ,jam dah tentu jenama yg teratas).
    Kalau parti/Umno tidak berkurban hari ini ,besok jangan dikesalkan Rakyat akan mengurbankan Bn/Umno..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha...hohohoho...

    Kaki bodek yang tidak berpendirian yang sedang mencari peluang untuk menonjolkan diri sedang berceramah.

    Apa lagi yang boleh dikatakan Dato'.

    NATO! NATO! NATO!

    Cakap la apa sekali Dato'. UMNO akan pupus selagi pemimpinnya masih berfikiran lama.

    Selagi UMNO diterajui oleh pembodek, pak turut dan pendengkor, selagi itu UMNO akan disisihkan.

    UMNO perlukan perubahan. Tapi bukan perubahan yang dibawa oleh pemimpin2 lama yang sebok dan berbangga dengan title Dato' Sri, Tan Sri, Dato', Datin. Mereka2 ini kini tidak lebih dari musang berbulu ayam yang yang sentiasa mencari peluang untuk membesarkan menyenangkan diri sendiri dan puak2 mereka untuk menjaga 'survival' baik dalam politik mahupun dalam perniagaan. Sudah sampai masanya UMNO diterajui peminpin2 yang lebih muda dari golongan biasa yang lebih memahami isu2 dan kehendak semasa, berfikiran lebih kehadapan, agrasif dan inovatif untuk menentukan masa depan UMNO. Hanya dengan itu baru UMNO akan dapat menarik golongan muda untuk menyertainya. Jika tidak, UMNO satu hari nanti hanya akan tinggal nama dan akan menjadi bahan lawak dalam sejarah politik Malaysia.

    Hahahahaha...hohohoho...

    Biar saya gelak dulu sebagai meraikan masa itu nanti.

    ReplyDelete
  9. 1. Jangan pakai media tradisional seperti tv dan radio. Biar mereka bebas melapor.
    2. jangan selalu mengatakan, harapan untuk menang adalah cerah walhal gelap pun.
    3. mesti memahami keadaan masyarakat di sesuatu tempat pengundian. pastikan calon yang dipilih disukai oleh semua.
    4. Jangan memandang rendah kekuatan lawan.
    5. Ini penting, blog. Blog medum utama sekarang.

    ReplyDelete
  10. Perubahan yang bersifat fizikal sahaja tidak mencukupi. sepatutnya pemimpin Bee End ini haruslah berubah secara rohaniah atau dalaman terlebih dahulu. Mereka harus berpolitik kerana Yang Maha Esa dan mahu membantu rakyat. Tetapi pemimpin sekarang hanya memikirkan diri sendiri sahaja. asyik dengan projek, kroni, share dan salah guna kuasa. Apabila tersepit barula mengatakan mereka lah pejuang rakyat. Kita lihat sahaj rumah2 pemimpin ini, rumah bagaikan istana orang kampung di sebelah rumah bagaikan pengemis. yang kaya bertambah kaya. yang miskin papa kedana. jadi saya fikit dr sendiri patut berubah sebelum menyuruh pemimpin yang lain berubah. buangkan sikap ego, elitis, kepartian bagi membantu rakyat.

    ReplyDelete
  11. Salam YB DMKT,

    Komen aku Begini seada nya:

    1. Perenggan 1.

    Sedangkan DMKT pemimpin terkenal dalam gerombolan sama tak disiarkan wawancara nya. Apatah lagi dari gerombolan lain. MANA KETERBUKAAN?. Mungkin stesyen itu mengaaggap buah fikiran atau pandangan DMKT tu tiada nilai komersil atau tak selaras pandangan dengan lembaga halimunan di belakang stesen TV gak. Tak pe LARASKAN kedalam blog, serupa juga, pelayar nya makin tambah........tambah lagi..... dan tambah terus. HENDAK-HENDAK Listrik sampai kepedalaman , harga PC murah termampu dibeli oleh adik- kakak di seantero ceruk pelusuk Malaysia.Ye kan.

    2. Perenggan 2.

    Entah lah. Tapi aku rasa kerja kuat dan berterusan seperti yang dilakukan oleh PAS/PR MENGINDOKTRINASI pemikiran dan mengujudkan keyakinan itu lah memberi kejayaan. Sebali8knya tengok orang BN/UMNO asyik bercakaran, berebut jawatan yang keterlaluan, lobi melobi projek, merajuk bila tak dapat yang dihajati, adu domba dan mengfitnah, sandiwara, mencerita hal dalam kain sendiri- banyak hapak sedikit aje wangi nya. ORANG TAK TENGOK APA LOO CAKAP TAPI GUE TENGOK APA LOO BIKIN.

    3. PERENGGAN 3.

    Setuju amat. Bila lagi?

    4. Perenggan 4.

    Setuju. Bila lagi, jangan tunggu lama-lama:

    * Biasiswa /dermasiswa dikembalikan seperti dulu. Diberi terus@otomatik kepada pelajar dari luar bandar, pinggir bandar dan bandar yangt dapat masuk IPTA dalam bidang perubatan dan berkaitan, kejuruteraan dan berkaitan, ekonomi dan perakaunan, dan sastera ikhtisas. Pemberian nya mengikut pendapatan ib bapa RM 5,000.00 dan kurang, bilangan anak dalam tanggungan 2 keatas. Pembahagian nya luar bandar 60 peratus, pinggir bandar 30 peratus dan bandar 10 peratus.

    * Kemasukan ke sekolah SBP dan SBPI dikhaskan 90 peratus kepada pelajar cemerlang dari SR luar bandar ,upsr 4A - 5A dan PMR 5A keatas. 10 peratus untuk pelajar cemerlang akademik dan ko-ko dari SR bandar.

    * Semua penduduk miskin tegar dan OKU di beri saham saham FELCRA dan serupa dengan nya. Golongan ini diutamakan dulu, ada lebihan baru lah diberi kepada yang lain.

    *Agensi utiliti seperti kesihatan, bekalan air, dan tenagatidak diswasta.NEGARA MESRA DAN PRIHATIN RAKYAT @ NEGARA BERKEBAJIKAN.

    *Penguatkuasaan yang tegas dan adil dan tidak berpilih-pilih.

    *lOBI MELOBI DAN MASUK PINTU BELAKANG DI NYAHKAN.


    5. Perenggan 5.

    Ini aku tak tahu. Terserah kepda pemimpin atasan GOmen, mereka lebih arif. Aku design jalanraya dan jambatan tau le.

    6. Dah berubah bib. Sekarang orang menimbang tak pakai dacing serupa tu lagi. dah pakai dacing elektronik. Itu lame punya lacing tak ale timbang punye ,manyak belat angkat itu batu timbang punye. Makna nya KENA BERUBAH JIKA TIDAK HILANG SOKONGAN KUASA TERUS MELAYANG DAN GIGIT JARI DAN URUT DAGU SERTA TERAIR MATA.

    6. Perenggan 7 dan 8

    Itu sesuai pda msa itu dan telah menjadi legasi. Sekarang kena dasar baru , halacara baru, strategi baru dan taktik baru yang diterima oleh khalayak bukan ikut5 kehendak dan citarasa elitis.

    7. Perenggan 9 dan 10

    Beri lah PELUANG, Masa dan SOKONGAN kepada DIA. Jangan cepat hantam sudah. manusia kan makhluk boleh berubah mengikut keadaan dan masa. Tidak berubah seperti sesumpah.

    Maaf jika komen aku keterlaluan ye DMKT. Wasallam.

    ReplyDelete
  12. Apa susahnya Dato..kalau calon itu seorang yg tawaduk insyallah orang suka...

    ReplyDelete
  13. Assalammualikum,

    DSKT, saya rasa banyak lagi yang patut diubah oleh BN bukan rebranding saja, mungkin semasa TAR masyarakatnya berbeza kalau nak dibandingkan pada hari ini.
    Pada masa TAR pemimpin BN berjuang semata-mata untuk rakyat tetapi pada masa ni pejuangnya memikirkan apakah yang aku dapat ini lah persoalan yang bermain di benak pemikiran mereka.
    Sebab tu semasa TDM apa saja pemimpin buat semuanya kata OK, swasta OK tak ade masalah, tetapi selepas TDM pula orang kata dasar swasta yang diperkenalkan adalah langkah tidak bijak membebankan rakyat. Budaya takut menular dalam pemerintahan TDM, cuba kita lihat selepas TDM letak jawatan semuanya bercakap itu ini tentang TDM, tetapi masa beliau masih PM semuanya diam seribu bahasa. Ini lah budaya yang tidak patut dipegang oleh pemimpin BN, kalau nak bertahan sikap ini patut dibuang jauh. Jangan angkuh, hormatlah kawan atau lawan, hormat ulama, hormat hukum Islam, kalau tak mampu beri sokongan kepada orang yang mampu. Hukum islam mestilah dijelaskan dengan merujuk kepada Al-Quran, Hadis, Ijmakulama, Qias bukan dengan logik akal.

    Sekian..............

    ReplyDelete
  14. Dr Khir,

    Tentang point kedua anda, saya rasa bahawa perubahan yang BN perlu laksanakan bukan sekadar perubahan imej. Dr Khir merenung adakah Datuk Seri Najib akan memberi harapan segar kepada generasi muda. Kebetulannya, generasi muda sudah tepu dengan permainan media, kempen-kempen, slogan canggih (atau kadang-kadang slogan BN yang propagandis dan geli), walaupun dalam bidang komersial atau politik.

    Generasi muda ini tak mahu pembahruan imej. Generasi muda ini mahukan pembahruan identiti.

    Pembahruan identiti bukan sekadar merasmikan slogan baru, logo baru, lagu-lagu patriotik baru, malah muka baru dalam hiraki BN. Pembahruan identiti hanya akan datang jika karekter ahli-politik BN dibuat baru, bukan dari luar, tapi dari dalam - bukan dari dalam parti tapi dari dalam hati setiap ahli-politik.

    Dr Khir berbahas bahawa BN perlu "menunjukkan ia sebuah perikatan yang berbilang kaum". Sekali lagi, saya ingin berbahas balik bahawa perubahan yang generasi muda ingin lihat dari BN bukannya "tunjukkan" bahawa ia berbilang kaum, tetapi generasi muda ingin lihat perubahan dari segi bukti kukuh yang hanya boleh datang dari segi perubahan polisi. Betul kata Dr Khir, Dasar Ekonomi Baru adalah polisi yang rakyat lihat sebagai polisi kritikal bila memilih siapa untuk diundi.

    Perjalanan BN dalam hala perubahan adalah perjalanan yang lama, dan hanya dengan kepimpinan yang berani menukarkan identiti BN supaya wajah BN serasi dengan wajah rakyat, bolehlah perubahan benar datang ke BN. Sebarang perubahan yang kurang daripada itu akan dilihat oleh generasi muda sebagai pertukaran yang kurang iklhas.

    ReplyDelete
  15. ketika perubahan imej penting untuk memenangi hati orang muda, rebranding yg pura2 dan tidak ikhlas akan dirasai oleh orang muda.

    ReplyDelete
  16. dato

    Pembaharuan dari segi imej tidak akan menjadi kalau tonggak-tonggak buruk tidak dibuang. Ibarat kata macam mana kita hias dan kita cat besi buruk, tak ada maknanya.

    bat8

    ReplyDelete
  17. Dato

    Tak ada maknanya dibuat perubahan imej secara kosmetik jika tonggak-tangaknya masih yang buruk. Hiaslah bagai nak rak dengan teknologi tercanggih sekalipun, tonggak-tonggak buruk akan tetap dengan kederat tuanya.

    Ibarat kata nak menipu disiang hari, mana boleh jalan.

    ReplyDelete
  18. Dato,

    Kita mulakan dengan menghapuskan politik wang dalam UMNO.

    Beri kuasa mengundi kepada semua ahli ataupun setidak-tidaknya kepada semua ketua cawangan.

    Insya-allah masalah politik wang akan lenyap. Mana ada calon yang mampu nak rasuah 100,000 ketua cawangan.

    Bila masalah politik wang dalam UMNO selesai barulah sedap sikit untuk bercakap tentang usaha menarik generasi muda.

    ReplyDelete
  19. Dato Seri,

    Usaha untuk memperkasakan UMNO dan BN perlu bermula dengan menghapuskan politik wang.

    Ubah perlembagaan UMNO dan beri kuasa mengundi kepada semua ahli atau setidak-tidaknya kepada ketua cawangan.

    2500 perwakilan G7 yang diberi hak mengundi sudah pasti tidak dapat mencerminkan aspirasi bahagian masing-masing. Maka apabila 100,000 Ketua Cawangan yang mengundi amalan politik wang akan lenyap sekelip mata kerana tidak ada calon yang mampu menabur wang kepada semua semua ketua cawangan.

    Secara automatik setiap calon yang bertanding pasti akan berlumba-lumba melaksanakan kerja masing-masing sebagai menteri, timbalan menteri etc dengan baik bagi menonjolkan imej terpuji dan mempengaruhi persepsi ketua cawangan untuk mengundi mereka semasa pemilihan parti.

    Saya percaya apabila masalah politik wang dapat kita atasi, sokongan rakyat terutama 2-4 juta pengundi muda akan balik kepada kita.

    Selain itu saya cadangkan kita benarkan semula pegawai Kelas A kakitangan kerajaan terlibat aktif memegang jawatan dalam UMNO.

    Hampir semua guru telah naik taraf menjadi pegawai kelas A. Tanpa mereka dalam UMNO memegang jawatan Ketua Cawangan, Pemuda, setiausaha, bendahari dan sebagainya menyebabkan sebahagian besar hanyut dalam arena politik pembangkang.

    Tanpa guru menjadi tulang belakang parti, proses doktrinisasi kepada anak muda tidak dapat dijalankan.

    ReplyDelete
  20. Salam,

    Apakah Barisan Nasional sudah menjadi liabiliti kepada UMNO? UMNO dilihat perlu berani membebaskan diri dari sebarang ikatan dan UMNO sebagai tunjang BN harus berani mengambil risiko membebaskan parti parti gabungan dalam BN untuk bergerak secara bersendirian . Kita serahkan kepada umat Melayu untuk menentukan hidup mati UMNO. Dalam pilihanraya yang akan datang, UMNO harus bertanding di kawasan kawasan Melayu yang punyai majoriti. Gunakan lambang sendiri dan berdiri atas kaki sendiri. Biar UMNO di hakimi dan di adili selayaknya oleh orang orang Melayu sendiri. Seandainya UMNO menang besar, parti parti lain akan secara sendiri akan bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan. Ini juga adalah sebagai percubaan besar dan proses saringan terhadapa penerimaan UMNO secara total. Biar Melayu sendiri yang menentukan samada UMNO harus mati atau hidup. Adakah UMNO berani?

    ReplyDelete
  21. DS DAN BLOGGER SEMUA...

    SEBENARNYA JIKA DIAMATI BENAR2 SIAPAKAH YANG MENYEBABKAN KITA MELAYU BERPECAH...ADAKAH RAKYAT MARHAEN ATAU PEMIMPIN YANG DIANGKAT.... PAS,UMNO,PKR.... PAK LAH ATAU SIAPA?.....WALAU APA JAWAPANNYA TIDAK MUNGKIN KITA SEMUA AKAN SAMA TETAPI SATU MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN SEDAR DAN TAHU SIAPA SEBENARNYA YANG ROSAKAN UMNO (BENDA NI DAH BERKAIT2...BILA DAH BERKAIT2 ORANG UMNO JADI KELIRU....TAPI HARUS DIINGAT WMU350 TIDAK MUDAH TERPEDAYA DENGAN INI SEMUA)DAN KITA JUGA MALU UNTUK MENYATAKAN SECARA TERANG2AN ATAS ALASAN MARUAH MEREKA.......SAYA TIDAK MEWAJIBKAN DS BERSETUJU SEMUA DENGAN SAYA TETAPI SAYA MENGHARAPKAN DS DAN BLOGGER SEMUA MEMBACA DENGAN HATI BAB NI...JANGAN UMNO SAMPAI 2 X KENA PATUK DENGAN ULAR PADA LUBANG YANG SAMA..NES CAYA MALANGLAH HIDUP UMNO YANG TINGGAL NYAWA2 IKAN NI JIKA SALAH PILIH PEMIMPIN KP MALAYSIA..

    IKUTI ARTIKEL PENUH DALAM BLOG SUARA SUKJ DALAM
    "MAHATHIR BERPERANAN MENGALAHKAN CALON BN"


    wmu350 said...
    betul tu sukj....TUN harap mukhriz jadi kp...piiraah

    kalau sukj bukan ahli umno dan TUN pula dah keluar umno pun boleh cakap jadi saya pula ahli umno juga ketua pemuda umno tapi (saya bukan gila pangkat,saya diangkat oleh ahlinya) nak cakap kat sini...

    UMNO DAH MUAK UNTUK ANAK ATAU MENANTU,MUAK DAN SUDAH CUKUP TIADA LEGASI PEWARIS DALAM UMNO DATANG DARI TALI KEKELUARGAAN TERDEKAT UNTUK JADI KP MALAYSIA....KALAU MEREKA NI JADI KP UMNO AKAN KALAH TERUK PADA PRU13 NANTI..TAK PERCAYA KITA TENGOK

    20/1/09 15:05


    SUKJ said...
    wmu350,

    1. Kalau macam tu Najib, Hishamuddin dan Mukhriz kena letak jawatanlah.

    2. Tapi kenapa Najib menang tanpa bertanding Presiden UMNO?

    3. Begitu juga kenapa hishamudin dapat undi terbanyak untuk calon jawatan Naib Presiden?

    Bukankah ahli-ahli UMNO juga yang mengiktiraf mereka.

    20/1/09 15:38


    wmu350 said...
    hallo sukj janganlah ungkit yang lama,takan kita nak kata orang lama umno tiada jasa itu zaman mereka tetapi situasi sekarang untuk generasi muda sekarang mereka sudah tidak boleh menerima umno ini nampak seperti parti anak beranak....itu sebenarnya ia masih lagi berkait rapat degan persepsi

    jadi kita kena bijak untuk menambat kembali hati mereka dengan anak dan menantu zaman ini berkorban...janganlah ungkit najib dan hishamuddin

    mukhris dan kj boleh menyumbang cuma mereka perlu memahami harapan dan kemahuan golongan muda zaman ini...mungkin selepas ini jika takdir saudara sukj jadi kp malaysia pula dan anak sukj mungkin masa tu boleh diterima.....jadi kita kena bijak untuk membaca apa yang umat setiap zaman itu mahu...tidak bolehlah zaman najib atau hishamuddin nak samakan dengan zaman kj atau mukhriz.....semoga sukj memahami...apa2 pun melayu memerlukan lebih ramai pemerhati dan pengkritik yang membina seperti saudara sukj....saya boleh terima hujah kamu walaupun kita berbeza pendapat

    20/1/09 16:18


    wmu350 said...
    2. Tapi kenapa Najib menang tanpa bertanding Presiden UMNO?

    bab ni saya sebenarnya tak berapa setuju kerana najib naik pun orang cakap kes wanita mongolia tu ...tapi apa saya boleh buat parti lebih penting dari pilihan individu....kalau ikut saya anwar masuk umno(ramai yang akan marah saya terutamanya puak TUN dan puak talam bermuka)tapi kalau nak ikut majoriti pasti ramai akan setuju...kalau ada yang komen banyak kat sini hanya askar upahan sahaja....yang setuju dengan saya ramai diam dan buat bodoh je..kita ni je yang terpanggil berbicara kat sini sejak pru12 ni...

    atau kalau nak jaga puak2 umno golongan atasan ni bolehlah saya katakan saya pilih muhyiddin tetapi berbalik pada umno no dah jadi parti ikut je dan last sekali sokonggggggggggggg...inilah maknanya tak berubah cakap tak serupa bikin.

    20/1/09 16:25

    ReplyDelete
  22. dato,

    Saya anak muda yang melihat gelagat semua parti,dan saya sentiasa mengambil tahu tentang isu-isu yang baru.
    Saya mahu nyatakan disini cara BN dan media RTM, TV3 dan UTUSAN terutamanya masih songsang dan berat sebelah kenyataan mereka,saya rasa kalau media benar adil dan mengemukakan kenyataan kesemua pemimpin parti dan suasananya
    saya rasa tidak ada masalah,media seolah-olah melaporkan kenyataan hanya membuatkan masyarakat rasa benci dan mual seolah-olah masyarakat sekarang bodoh dan mudah ditipu dengan kenyataan media yang songsang.

    Dan bagi saya pemimpin BN perlu mengubah cara ucapan mereka yang sentiasa bermegah-megah dengan pembangunan yang dibuat,ingin saya nyatakan disini saya pelik mengapa ada segelintir orang yang masih tidak faham soal perbezaan Kerajaan dan Parti.
    Bagi saya,Kerajaan adalah sebuah kapal dan Parti adalah kapten kapal itu,anak-anak kapal adalah rakyat.Kapten diberi kepercayaan untuk memacu dan mengerakkan kapal tersebut.
    soal pembangunan seperti perumahan,sekolah,jalan raya dan prasarana yang lain adalah tanggungjawab kerajaan mana-mana
    yang memerintah.Perkara ini perlu difahami,rakyat tidak mahu lagi melihat projek-projek yang ada tanda 'PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL'bila projek itu gagal maka hilang sudah papan tanda 'PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL'yang ada hanyalah semak-samun yang tumbuh.Pemimpin BN perlu faham segala kemudahan,prasarana dan pembangunan bukanlah duit parti UMNO/BN
    tapi duit rakyat yang menganggotai pelbagai parti dan ada yang tidak berparti.
    Saya harap Dato dapat terangkan pada semua pemimpin UMNO/BN khususnya dan berusaha lakukan perubahan.Semoga berjaya

    Terima Kasih...

    ReplyDelete
  23. YB Dato' Seri,

    Saya setuju tentang saranan-saranan YB Dato' Seri dan saya setuju dengan kenyataan bahawa Dato' Seri Najib ada memiliki kriteria yang diperlukan. Namun begitu, persoalannya adalah adakah Dato' Seri Najib akan menggunakan kebolehan yang ada itu sepenuhnya. Beliau ketika ini dilihat sebagai 'anak didik' kepada Pak Lah. Bimbang kita dibuatnya.

    ReplyDelete
  24. DS,
    Kekalahan BN/UMNO di KT menampakkan mereka perlu buat perubahan drastik. Maksud saya, parti ini perlu sebati dengan rakyat.
    Apa caranya?
    Sistem pemilihan dalam parti perlu diubah. Pemilihan pemimpin peringkat tertinggi perlu dibuat secara terbuka melalui sistem pilihanraya. Di mana semua ahli berdaftar boleh mengundi pemimpin pilihan mereka.
    Sistem sekarang yang memberi hak kepada perwakilan ternyata telah menggalakkan politik wang yang dahsyat dan mencemarkan imej UMNO di mata rakyat
    DS, adalah ahli MT UMNO, patut boleh fikirkan dan cadangkan kepada MT. Dengan itu, barulah orang Melayu akan dekat dengan UMNO kerana mereka sendiri yang memilih pemimpin UMNO.

    ReplyDelete
  25. Dilema UMNO

    -andai Umno masih berpendirian mengekalkan "polisi"nya PRU akan datang BN pasti akan kalah.

    -andai Umno membuka pintu "besi" maka bermula awan gelap pada bangsa melayu.

    -andai Umno membuka pintu bermakna terpadam segala jasa BN dan UMNO akan dipersalahkan oleh generasi akan datang sementara PKR akan terlepas dari segala kesalahan.

    -kekalahan Kuala Terengganu ibarat kalah sebelum berjuang. Pemimpin tertnggi syok sendiri dalam memilih calon.

    -hakikat sebenar disorokan hanya utk menyedapkan telinga.Benda hitam tapi dikatakan putih.

    -sogokan material sudah dipandang jijik namun masih digunakan.Alih-alih senjata makan tuan.

    -gunakan sistem kerja baru dpt gaji.Sepatutnya gunakan startegi lepas menang baru diberi pembangunan utk dijadikan teladan.

    -Negeri yang diperintah tidak dijaga malah negeri yang kalah dipuja.Kera dihutan disusukan tapi anak sendiri kelaparan.ALih-alih yang dikejar tak dpt yang dikendong keciciran.

    Akhirnya DATO, kalau diikutkan nisbah 100 orang muda hanya sorang sahaja menyokong BN sedangkan mereka inilah yang menentukan kemenangan sesuatu kemenangan.

    BUAT PAK LAH.
    Siapa menyatakan PRU12 kelantan boleh ditawan adalah orang yang tidak sekolah. Orang yang sekecil saya dpt merasakan bahwa akan adanya gelombang perubahan mengapa peringkat tertinggi tidak dpt mengesan.?

    Sampai sekarang saya masih tidak tahu kenapa perbelanjaan PRU12 hampir ditanggung oleh cawangan sendiri tetapi utk rakyat KELantan dilimpah dengan karpet merah.?????

    ReplyDelete
  26. Datuk Seri Najib harus berani berubah dan merubah parti. singkirkan semua petualang UMNO.

    hapuskan rasuah dan jaga hati rakyat. Insyaallah UMNO akan kembali kuat. Kuatnya UMNO bukan kerana pemimpin tetapi kerana rakyat. Ingatlah kerana rakyat dahulu menyokong UMNO maka UMNO tetap bernafas sehingga kini. Rakyatlah akar umbi UMNO.

    ReplyDelete
  27. salam semua...

    Dalam prk KT...penolakan kpd BN taklah
    teruk atau buruk...masih menghimpun 30,000
    penyokong tegar BN...jadi penerimaan sokongan
    masih mantap.


    Di sinilah Pemimpin BN harus sedar
    bagaimana caranya untuk lebih berjaya dan menambat hati rakyat masa-masa akan datang,jika tidak BN akan terus hilang sokongan atau terus
    terkubur...

    Ikut logik akal...calon kuat,parti keramat,pemimpin tip-top,pembangunan world class,peruntukan lebat...tapi rakyat tidak lagi
    terpikat? atau cara ini tidak lagi relevan...

    Persoalannya...

    Benarkah BN dah ketinggalan zaman?
    Benarkah BN parti para elitis dan egois?
    Benarkah pemimpin sudah lupa diri?
    Benarkah pemimpin hanya mengejar pangkat dan kekayaan?
    Benarkah rakyat sudah muak dan jelak?
    Benarkah rakyat sudah lupa sejarah?
    Benarkah rakyat semakin terhimpit dan terpinggir?

    atau dikhabarkan...telah lama BN,pemimpin dan kerajaan di selubungi persepsi negatif yg dimainkan oleh pembangkang menyebabkan rakyat terpengaruh,
    atau ada benarnya sehinggakan pemimpin BN tidak dapat tangkis dan tepis lagi...

    Saya percaya...selagi BN menjadi kerajaan...
    kemerosotan sokongan akan berterusan dan terumbang-ambing...

    Di abad ke 21..cara berpolitik tidak boleh lagi seperti dahulu,yg ketinggalan zaman, statik dan retorik...

    Keberanian TPM perlu drastik untuk mengukuhkan
    kembali BN dan kerajaan...buat baik yg rakyat suka,buat elok yg rakyat terima,buat berpada-pada yg rakyat gembira,buat sederhana yg rakyat setuju,buat tegas yg rakyat tenang,buat betul yg rakyat senang ,buat lembut yg rakyat akur dan patuh...yang akhirnya
    rakyat akan berterimakasih selagi nyawa di kandung badan...

    Pemimpin yg kurap,karat,tak boleh harap dan tak larat harus dipencenkan dengan cara hormat.....carilah pelapis yg hebat ilmunya,akhlaknya,perwatakannya dan jiwanya....





    jadikan BN cerminan pemimpin,pemimpin cerminan pegawai kerajaan,pegawai kerajaan cerminan rakyat,rakyat cerminan BN dan seterusnya....

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum

    Pada hemat saya,kekalahan BN mungkin disebabkan beberapa faktor.

    Pertama-Pemimpin
    Saya ada terbaca di dalam akhbar tempatan mengatakan sikap pemimpin-pemimpin yang berada di KT tidak bersungguh2 untuk memastikan kemenangan.

    Kedua-Pembangkang
    Pembangkang telah berjaya meracuni fikiran rakyat terutama golongan marhaenis supaya menidakkan apa saja yang telah diutarakan oleh BN/Kerajaan.Sikap benci dan tidak menerima sebarang penjelasan telah memburukkan keadaan.

    Ketiga-Rakyat
    Rakyat-terutama golongan muda yang saya temui bersikap kritis terhadap BN/Kerajaan.Mungkin perasaan memberontak dan mahukan/mencuba sesuatu yang baru yang sealiran dengan fikiran mereka barangkali.

    ReplyDelete
  29. Salam Dato dan rakan bloggers

    Perkara yang paling penting sekarang ialah UMNO/BN perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU 13. Ini bukan omongan kosong,tanda2 dah di depan mata.Kekalahan 2 kali berturut2 perlu diambil perhatian.

    Saya harap DSKT dapat memimpin dan memperkemaskan UMNO/BN. Hentikanlah bercakaran sesama sendiri..buangkan sikap-sikap bodoh yang membinasakan diri.Sementara ada peluang ni buatlah sebaik-baiknya,nanti kalau pembangkang menawan pada PRU 13 nanti,jangan harap lah nak dapat peluang..saya tengok pembangkang lebih diktator,lebih michiavellian,lebih buruk,lebih hampeh dan memang jenis tak ikut undang2 punya.

    Ingat,PRU 13 kalau tak buat betul2 UMNO/BN akan lingkup..diulang..LINGKUP YOP..

    ReplyDelete
  30. Salam DMKT
    Saya ada terbaca berita harian hari ini bertajuk ketua jabatan agensi kerajaan persekutuan dilarang menghadiri mesyuarat anjuran kerajaan negeri perak. Bagi saya sekiranya mesyuarat atau apa2 yang dilakukan kerajaan negeri bagi membantu rakyat, tidak salah kiranya agensi kerajaan persekutuan turut serta. Nescaya kalau inilah perubahan yang mahu dilakukan oleh kerajaan Bee End,satu hari nnt Kerajaan ini akan menjadi pembangkang sahaja. Bee End ini hanya layak menjadi pembangkang.Rakyat sekarang memerhati sahaja gerak geri Bee End ini. Kerajaan Bee End sekarang ini mahu menekan kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat lah yang menjadi mangsa. Lihat sahaja sewaktu kerajaan selangor ingin memberi air percuma, tetapi kerajaan persekutuan membantah. saya mahu tanya duit yang digunakan untuk memberi air percuma ini adakah duit DS Abdullah, atau DS Najiub punya. Sudah tentu tidak.

    ReplyDelete
  31. Dato' Seri. Saya tak tau nak komen apa lagi kerana boleh dikatakan rakan-rakan bloger telah memberikan ulasan yang cukup padat dan dah sepatutnya boleh menjadi antara keputusan bedah siasat BN. Cuma saya nak tekankan agar media seperti TV dan Akhbar hendaklah melaporkan berita yang tidak berat sebelah kerana salah satu punca rakyat dah semakin benci dan meluat kepada kerajaan BN disebabkan penguasaan sepenuhnya mereka kepada Media arus perdana tempatan. Berilah ruang yang samarata kepada parti yang bertanding.

    Kedua, setiap kali kempen, pasti pelbagai projek diluluskan oleh kerajaan. Ini tidak adil kerana sepatutnya yang sepatutnya bertanding adalah parti BN dan bukannya Kerajaan Malaysia ataupun BN anggap pembendaharaan negara ini semuanya hak mereka? Kalau begitu apa kata Lim Guang Eng yang turut membayar cukai? Oleh itu, bertandinglah secara jantan, tinggallah jawatan dalam kerajaan itu semasa berkempen dan bawaklah jawatan dalam parti sahaja. Jadi tak salahlah kalau ada pihak yang kata BN berkempen umpama Israel menentang Hamas. Maksudnya parti BN ni begitu banyak modal dan kekuatan manakala parti pembangkang cuma ada modal air liur dan kekuatan dalaman dan tawakkal sahaja, macam hamas lah tu pakai roket sahaja.

    Saya nak nasihatkan kepada para pakar strategi BN bahawa mereka dah kering idea sebenarnya. Idea-idea lapuk mereka seperti saya nyatakan di atas menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat kepada BN. Kalau tak berubah juga, tunggulah saat kehancuran dalam PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  32. fitnah-memfitnah adalah budaya biasa dalam mana2 pilihanraya, baik dari pihak bn mahupun pembangkang. tapi soalnya disini fitnah siapakah yg lebih menampakkan kebenaran dan logik diterima akal. hairannya fitnah bn yg disokong jentera media arus perdana yg kuat tidak dapat meyakini rakyat. mengapakah terjadi begini? jawabnya rakyat sekarang sudah bijak menilai fitnah mana yg paling logik.

    ReplyDelete
  33. Kalau beratus kali melaungkan pembaharuan..
    Tapi tak serius... Tak boleh jalan jugak :-(

    Tetapkan pendirian :-)

















    Jom Sertai ‘UMNO Baru’ Dengan ‘Faizal’ :-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Terengganu Tetap Kubu Kuat Barisan Nasional
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Idea Bernas Vs Loya Buruk ;-)
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

    Laman Blog Baru >> http://Blog1Malaysia.blogspot.com

    ReplyDelete
  34. Saya menyokong penuh apa yang encik cakapkan ini.

    halim has left a new comment on the post "Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru":

    Salam Dato dan rakan bloggers

    Perkara yang paling penting sekarang ialah UMNO/BN perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi PRU 13. Ini bukan omongan kosong,tanda2 dah di depan mata.Kekalahan 2 kali berturut2 perlu diambil perhatian.

    Saya harap DSKT dapat memimpin dan memperkemaskan UMNO/BN. Hentikanlah bercakaran sesama sendiri..buangkan sikap-sikap bodoh yang membinasakan diri.Sementara ada peluang ni buatlah sebaik-baiknya,nanti kalau pembangkang menawan pada PRU 13 nanti,jangan harap lah nak dapat peluang..saya tengok pembangkang lebih diktator,lebih michiavellian,lebih buruk,lebih hampeh dan memang jenis tak ikut undang2 punya.

    Ingat,PRU 13 kalau tak buat betul2 UMNO/BN akan lingkup..diulang..LINGKUP YOP..

    ReplyDelete
  35. Yang teruknya, fikiran golongan muda ini telah diracuni oleh pihak pembangkang yang di hati mereka, penuh dendam kesumat.

    halim has left a new comment on the post "Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru":

    Assalamualaikum

    Pada hemat saya,kekalahan BN mungkin disebabkan beberapa faktor.

    Pertama-Pemimpin
    Saya ada terbaca di dalam akhbar tempatan mengatakan sikap pemimpin-pemimpin yang berada di KT tidak bersungguh2 untuk memastikan kemenangan.

    Kedua-Pembangkang
    Pembangkang telah berjaya meracuni fikiran rakyat terutama golongan marhaenis supaya menidakkan apa saja yang telah diutarakan oleh BN/Kerajaan.Sikap benci dan tidak menerima sebarang penjelasan telah memburukkan keadaan.

    Ketiga-Rakyat
    Rakyat-terutama golongan muda yang saya temui bersikap kritis terhadap BN/Kerajaan.Mungkin perasaan memberontak dan mahukan/mencuba sesuatu yang baru yang sealiran dengan fikiran mereka barangkali.

    ReplyDelete
  36. Satu lagi, tolong ikut kehendak rakyat. Jangan main hantam saja. Contohnya, bloggers. masih ada lagi orang BN yang anti blog dan masih lagi ada yang buta blog. Apabila sesuatu PRK, jauhilah dari media tradisional. Ini amat penting. Semua kena berubah.

    putrarahman has left a new comment on the post "Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru":

    Dato' Seri. Saya tak tau nak komen apa lagi kerana boleh dikatakan rakan-rakan bloger telah memberikan ulasan yang cukup padat dan dah sepatutnya boleh menjadi antara keputusan bedah siasat BN. Cuma saya nak tekankan agar media seperti TV dan Akhbar hendaklah melaporkan berita yang tidak berat sebelah kerana salah satu punca rakyat dah semakin benci dan meluat kepada kerajaan BN disebabkan penguasaan sepenuhnya mereka kepada Media arus perdana tempatan. Berilah ruang yang samarata kepada parti yang bertanding.

    Kedua, setiap kali kempen, pasti pelbagai projek diluluskan oleh kerajaan. Ini tidak adil kerana sepatutnya yang sepatutnya bertanding adalah parti BN dan bukannya Kerajaan Malaysia ataupun BN anggap pembendaharaan negara ini semuanya hak mereka? Kalau begitu apa kata Lim Guang Eng yang turut membayar cukai? Oleh itu, bertandinglah secara jantan, tinggallah jawatan dalam kerajaan itu semasa berkempen dan bawaklah jawatan dalam parti sahaja. Jadi tak salahlah kalau ada pihak yang kata BN berkempen umpama Israel menentang Hamas. Maksudnya parti BN ni begitu banyak modal dan kekuatan manakala parti pembangkang cuma ada modal air liur dan kekuatan dalaman dan tawakkal sahaja, macam hamas lah tu pakai roket sahaja.

    Saya nak nasihatkan kepada para pakar strategi BN bahawa mereka dah kering idea sebenarnya. Idea-idea lapuk mereka seperti saya nyatakan di atas menyebabkan rakyat semakin benci dan meluat kepada BN. Kalau tak berubah juga, tunggulah saat kehancuran dalam PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  37. Betul kata encik. kalau bukan ahli yang pilih, macammana mereka nak menilai?

    dee has left a new comment on the post "Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru":

    DS,
    Kekalahan BN/UMNO di KT menampakkan mereka perlu buat perubahan drastik. Maksud saya, parti ini perlu sebati dengan rakyat.
    Apa caranya?
    Sistem pemilihan dalam parti perlu diubah. Pemilihan pemimpin peringkat tertinggi perlu dibuat secara terbuka melalui sistem pilihanraya. Di mana semua ahli berdaftar boleh mengundi pemimpin pilihan mereka.
    Sistem sekarang yang memberi hak kepada perwakilan ternyata telah menggalakkan politik wang yang dahsyat dan mencemarkan imej UMNO di mata rakyat
    DS, adalah ahli MT UMNO, patut boleh fikirkan dan cadangkan kepada MT. Dengan itu, barulah orang Melayu akan dekat dengan UMNO kerana mereka sendiri yang memilih pemimpin UMNO.

    Post a comment.

    ReplyDelete
  38. Ya betul tu encik. Inilah yang utama.

    Syeikh Al-Hafiz has left a new comment on the post "Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru":

    Dato,

    Kita mulakan dengan menghapuskan politik wang dalam UMNO.

    Beri kuasa mengundi kepada semua ahli ataupun setidak-tidaknya kepada semua ketua cawangan.

    Insya-allah masalah politik wang akan lenyap. Mana ada calon yang mampu nak rasuah 100,000 ketua cawangan.

    Bila masalah politik wang dalam UMNO selesai barulah sedap sikit untuk bercakap tentang usaha menarik generasi muda.

    ReplyDelete
  39. Salam hormat,

    Politik adalah berkait rapat dengan populariti.Untuk berjaya dalam politik seseorang itu mestilah popular dan dikenali ramai.Sebab itulah ramai dari kalangan anak-anak pemimpin dahulu berjaya kerana faktor Bapa mereka...Terkenal kerana orang kenal bapa mereka sebagai Pemimpin Unggul.Anak-anak mereka ini secara tak rasminya menjadi golongan bangsawan atau beraksi seperti itu.Boleh dikatakan golongan muda profesional zaman ini menolak dan getik dengan pemimpin yang menjadikan jawatan dalam UMNO sebagai harta pusaka mereka.Kenapa jadi begitu???Rasanya semua orang ada jawapan dan tanggapan yang tersendiri...tetapi merenung kembali Satu mentera politik yang masih relevan sampai sekarang iaitu.."POLITIKUS HARUSLAH BUKAN SAHAJA BERSIH TETAPI MESTILAH KELIHATAN BERSIH".Oleh itu, now a days first impression amatlah penting kerana apabila sudah dikenali dengan imej CROOK,amatlah sukar untuk kembali dengan imej HERO dimata masyarakat (baca sebagai pengundi).

    Wassalam.

    ReplyDelete
  40. Dr Khir,

    Pada hemat saya ada beberapa sebab UMNO-BN boleh kalah dalam PRK Kuala Trengganu tempoh hari

    1. Kebanyakan mereka yang berada di luar UMNO melihat parti UMNO adalah parti untuk kelompok elit, korporat dan golongan yang mencari kedudukan guna untuk menambahkan kekayaan sendiri dan kurang mengambil berat masalah rakyat. Jika ambil berat pun masa nak dekat-dekat pemilihan UMNO atau pilihan raya.

    2.Pengajaran Matematik dan Sains di dalam Bahasa Inggeris (PMSI). Isu ini telah dimainkan dengan sebaik mungkin oleh para pemimpin pembangkang untuk memberi gambaran bahawa UMNO tidak melindungi Bahasa Melayu dan ini boleh menarik sokongan kumpulan pendidik dan cendikiawan Melayu untuk menyokong mereka. Pada hakikatnya PMSI ada buruk dan baiknya tetapi di dalam UMNO pun banyak yang menentangnya malah jangan lupa ada juga kalangan penyokong pembangkang yang menyokong PMSI bila mereka melihat kebaikan PMSI. Di kalangan penyokong pembangkang tidak dapat membezakan di antara dasar UMNO dengan dasar bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang telah memperkenalkan PMSI ini. Sekarang terpulanglah kepada kepimpinan UMNO kini dan akan datang adakah ada keberanian dan kekuatan untuk mengubah dasar PMSI ini.
    3. Imej negatif yang dilemparkan kepada TPM Dato Seri Najib Tun Razak berkaitan rasuah dan pembabitan beliau di dalam kes Altantuya. Walau telah bersumpah di Permatang Pauh nampaknya masih belum menyakinkan ramai orang. Selagi perbicaraan kes Altantuya belum selesai dan tiada usaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan tiada kaitan rasuah maka persepsi negatif ini akan berterusan.
    4.Cara kempen memberikan projek-projek pembangunan berjuta ringgit dan penggunaan media massa secara keterlaluan bukan menarik sokongan kepada UMNO malah membuatkan sebahagian mereka menjauhkan diri dari UMNO-BN.
    5.Politik dalaman UMNO dan sabotaj daripada ahli-ahli UMNO sendiri atas sebab-sebab peribadi yang mereka sendiri tahu.
    6.Ketaksuban para penyokong pembangkang terhadap karisma dan kredibiliti Dato Seri Anwar Ibrahim walau apa pun kelemahan, kekurangan dan kerosakan yang beliau telah buat dan sebarang berita negatif mengenai Anwar Ibrahim akan dinafikan sekeras-kerasnya oleh penyokong mereka tanpa sebarang kajian dan penelitian yang wajar benar atau tidak berita tersebut. Ini bukanlah disebabkan Anwar Ibrahim begitu hebat tetapi mereka melihat Anwar Ibrahim lebih berketrampilan, imej bersih , lebih ikhlas dan pandai berkata-kata berbanding Pak Lah atau Najib Tun Razak.

    Kalau nak diikutkan banyak lagi sebab mengapa UMNO tidak dapat menarik banyak sokongan di KT tetapi cukuplah setakat ini saya coretkan buat renungan para pemimpin UMNO

    ReplyDelete
  41. DS... senang saja nak pulihkan UMNO... singkirkan KHAIRY dari UMNO nescaya UMNO akan pulih.

    Pelik bin Ajaib kenapa wake-up call yang pertama yang diberikan oleh rakyat melalui PR-12 dulu tak boleh terima. Segala2nya berpunca dari Pak Lah dan anak menantunya... apasal susah sangat orang UMNO nak terima hakikat???

    Wake-up call dah banyak rakyat kasi tapi pemimpin UMNO semua off kan alarm dan terus tidur semula...

    Kalau nak menyelesaikan masalah kita kena tengok dari puncanya. Apasal pada PR-11 dahulu Pak Lah dapat sokongan terlalu kuat dan tiba-tiba pada PR-12 jatuh tergolek?

    Masalah dengan pemimpin UMNO ni semuanya jenis "yes sir... yer betul... betul... correct..correct..". Semua tak berani nak tegur pemimpin walaupun pemimpin buat salah. Semua sokong Pak Lah bukan kerana apa yang Pak Lah buat tu betul.. tapi sokong Pak Lah sebab Pak Lah perdana menteri dan sebab itu orang UMNO sokong.. Nah sekarang rasakan akibatnya..

    Secara peribadi saya katakan saya adalah golongan muda yang menyokong UMNO pada awal pemerintahan Pak Lah dan pada masa pemerintahan Tun Dr Mahathir. Tetapi sekarang ini saya rasa dah tak ada apa yang nak dibanggakan dengan UMNO... Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ni tak ikhlas menjadi pemimpin... semuanya sebab nak rebutkan peluang untuk dapat banyak komisyen nak kayakan diri sendiri dan keluarga.... tidak seperti pemimpin UMNO dahulu yang memang ikhlas untuk perjuangkan orang Melayu dan kemerdekaan.

    Saya rasa pelik kenapa DEB hanya berjaya membangunkan orang melayu dari segi pendidikan tetapi tidak berjaya membangunkan ekonomi orang Melayu setanding bangsa asing seperti Cina? Adakah orang Melayu hanya pandai dalam bidang pendidikan saja tetapi tidak pandai dalam bidang ekonomi dan perniagaan? Mustahilkan!!! Agaknya siapa yang sapu bersih projek-projek kerajaan tu agaknya? Kalau DEB dilaksanakan dengan telus dan projek-projek kerajaan diagihkan kepada seluruh orang Melayu secara adil... rasanya orang melayu jugak akan ramai yang berjaya dalam bidang ekonomi sepertimana pendidikan. Fikirkanlah...

    ReplyDelete
  42. Akum Dato

    Saya nak ucap tahniah kepada Pak Lah yang telah membuktikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bukan "sekadar cakap tapi buat". Buktinya 3 ahli UMNO akan didakwa atas tuduhan rasuah politik.

    Pada pendapat saya ia akan jadi titik permulaan gerakan pembersihan UMNO dari gejala politik wang.

    Pada pemilihan yang akan datang calon yang bertanding terpaksa fikir dua kali sebelum menghulur seratus dua kepada ketua cawangan atau perwakilan. Tersalah hulur masuk ke Sungai Buluh.

    Pun begitu saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa perlunya UMNO meminda perlembagaan dan memberi hak kepada 100,000 ketua cawangan untuk memilih pucuk pimpinan parti bagi menghapuskan gejala politik wang.

    Saya percaya parti pembangkang akan termanggu selepas ini untuk menuduh amalan politik wang berlaku di dalam UMNO kerana mustahil untuk merasuah 100,000 ketua cawangan.

    Dato juga kena ada orang dalam dalam parti pembangkang dan membongkar segala salahlaku terutama semasa dalam pemilihan parti mereka.Tahun depan ada pertembungan dalam pemilihan parti PAS.tentu gejala politik wang akan turut berlaku.

    ReplyDelete
  43. Benarkah UMNO sudah di ambang kehancuran? Benarkah UMNO siap sedia untuk ditalkinkan? Benarkah UMNO sudah jauh di hati orang-orang Melayu….?

    Bagi aku, perjuangan ini baru nak bermula.

    Mungkin pelik kerana UMNO itu sendiri sudah 62 tahun di arus perjuangan politik bermula dengan perjuangan Dato’ Onn menuntut kemerdekaan hinggalah ke zaman Pak Lah yang nampak macam 'menyesakkan' dada ahli-ahli UMNO.

    Sedarlah… semua yang berlaku pada hari ini bukanlah salah Pak Lah, bukan salah anak dan menantunya, sebagaimana dakwaan beebread pihak tetapi salah kita yang tidak pernah serius dalam perjuangan dan sentiasa berasa selesa dengan kejayaan dan kemenangan kita sebelum-sebelum ini.

    Bila dah jadi macam nie, baru nak salahkan Pak Lah, nak salah Khairy tetapi siapa Pak Lah atau Khairy jika bukan kerana pencalonan dan undi-undi kita sebelum ini.

    Oleh yang demikian, apa yang berlaku hari ini bukanlah salah Pak Lah atau Khairy. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, menjelang Mac ini, marilah kita sama-sama menyusun barisan, bersama-sama membantu Pak Lah sebelum meninggalkan kerusi Presiden dan Perdana Menteri, untuk memperbaiki UMNO dari akar umbi.

    Jika selama ini, masyarakat memandang kita sebagai pengamal politik wang, bertekadlah demi kekuatan UMNO itu sendiri, marilah kita sama-sama menolak segala unsur politik dalam memilih kepimpinan yang akan datang.

    Itulah sebabnya aku mengatakan perjuangan kita baru bermula. Perjuangan kita menolak pemimpin yang lahir hasil amalan politik wang, dan memberikan sokongan padu kepada DS Najib dan barisan kepimpinannya…. Yang bakal kita pilih Mac ini.

    Jangan sekali lagi melakukan kesilapan yang sama. Memang selama ini kita tidak pernah belajar dari kesilapan, tapi sampai bila kita tak nak belajar. Sampai UMNO ditalkinkan.

    Tidak, aku tidak akan benarkan UMNO ditalkinkan. Aku akan berjuang sehingga ke titian darah terakhir, tapi mampukan aku berseorangan berjuang untuk UMNO. Ternyata, itu retorik semata-mata, tapi jika berjuang bersama-sama pejuang UMNO yang lain, aku yakin UMNO akan kembali di landasan yang sebenar.

    Aku yakin, rakyat mahu melihat perubahan drastik pada UMNO. Tapi siapa yang akan meniup semboyan ini? Jangan bermain teka-teki atau sandiwara lagi kerana rakyat dan golongan muda hari ini semuanya dah cerdik-cerdik dan pandai-pandai belaka hasil perjuangan UMNO dan BN juga yang selama melakukan pembangunan yang seimbang, pendidikan yang sempurna, pembangunan modal insan…. Yang akhirnya memakan diri sendiri.

    Tapi jangan menyesal dengan apa yang sudah kita buat selama ini. Jangan menyesal membina sekolah-sekolah yang sempurna, yang menyesal membina universiti untuk kecermerlangan anak-anak kita, jangan menyesal untuk semua yang kita dah lakukan selama ini.

    Tapi, perjuangan kita baru bermula. Perjuangan membaiki UMNO, agar terus lekat di hati orang Melayu, agar terus mendapat kepercayaan rakan kompenan BN dan seterusnya masyarakat berbilang kaum.

    Itulah perjuangan kita. Jika kita bermula dari hari ini, aku yakin apa yang kita takuti akin menjadi kenyataan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mempertekadkan azam, memperkukuhkan barisan, memperbaiki sikap negatif kita untuk memperkasa semula UMNO.

    Salam perjuangan buat semua.

    Pantai Batu Buruk
    K.Terengganu
    19 Jan 2009 (11.15pm)

    ReplyDelete
  44. salam semua...

    Banyak ruang dan peluang yg pemimpin BN terlepas pandang kerana mereka berasa di zon selesa agaknya...

    Kalau tidak masuk parti, sekurang-kurangnya sebagai pengundi...

    Bagaimana hendak menarik pengundi muda yg baru sahaja habis belajar dan memasuki alam kerjaya.

    Mereka-mereka yg baru berjaya dalam bidang
    perniagaan oleh kerana pertolongan dan bantuan agensi kerajaan.

    Pekerja-pekerja yg berjaya didalam pekerjaan, mereka selesa dan berpangkat tinggi.

    Para peniaga didalam pelbagai bidang perniagaan.

    Didalam organisasi kerajaan itu sendiri,dari pegawai rendah hingga tertinggi.

    ....ironinya...

    Lepasan sekolah dan baru memasuki alam pekerjaan
    tidak didekati....

    Mereka asyik untuk berniaga tanpa melihat kembali kepada pertolongan.

    Merekalah paling ramai tidak memunaikan tanggungjawap untuk mengundi kerana meraka sudah didalam zon selesa didalam pekerjaannya.

    Pegawai kerajaan ramai tidak mengundi dan tidak
    menyokong kerajaan/majikan yg menggaji mereka.

    ReplyDelete
  45. salam dato'

    Benarkah para peniaga Di Selangor tidak lagi menyokong BN setelah mangalami kekalahan PRU12
    lalu?(mungkin beralih angin).

    Apa motifnya seorang ahli majlis MBSA dari DAP cadang hapuskan premis judi di Selangor.?

    Adakah cuba menarik lagi khalayak lebih ramai dari kaum melayu untuk memantapkan sokongan terhadap PR di selangor?

    Atau untuk menjaga hati para pemimpin dari sekutu mereka..PAS

    Atau faktor ekonomi? Perjudian dan hiburan sebenarnya dimonopoli oleh kaum cina- yg tersurat....yg tersirat perniagaan ini dimiliki
    oleh PRO DAP?

    Sehingga para pembesar DAP dari seberang Pulau
    pun bersuara...bukan dasar parti atau PR hanya
    pernyataan peribadi Sifu ANG semata...

    Ulas Dato!

    ReplyDelete
  46. Pada hemat saya, imej dan kepimpinan hanya mengambil tempat 40% sahaja dari 100% keseluruhan persepsi rakyat terhadap BN, tetapi 60% bakinya ialah memberi kefahaman dan kehendak rakyat yang paling penting bagi memenangi hati. Itu sahaja pendapat saya.
    View Profile: Rantong

    ReplyDelete
  47. ya..mungkin betul taktik dan strategi guna kaedah lama mybbkn BN kalah di KT.

    tapi..bg saya ada lagi faktor2 lain yg sepatutnya nya UMNO berubah..
    1. gejala rasuah yg membarah dari pemimpin atas ke bawah.. menyebabkan rakyat muak..
    2. kekayaan hanya dibolot golongan elit.
    3. duit royalti tak disalurkan cara yang betul.. anak tempatan marah wang mereka dirompak!

    saya tak paham la.. apa perasaan pemimpin UMNO dan BN bila naik merc, melintas dekat kampung2 di Kuala T'ganu.. umah2 usang, umah pondok, tandas di luar rumah.. sedangkan mereka negeri yang mengeluarkan minyak.. cuba dato' bandingkan dgn gaya hidup rakyat di Kuwait..
    jauh api dari panggang..
    tal terlintas kah rasa simpati dan kesian pd rakyat t'ganu. tergamak pemimpin UMNO makan duit haram..

    4. projek yg membazir dan tak manfaat utk rakyat tempatan..spt Monsoon Cup, Taman tamadun Islam, Masjid Kristal..

    dato', rakyat dah muak dgn kempen yg menyerang keterlaluan.

    kalau setakat ubah pemimpin ( xkiralah Najib ka, Khairy ka) , tapi kalau gaya hidup , dasar , pemikiran masih ditakuk lama.. tak mustahil PRU13 BN akan berputih mata..

    ReplyDelete
  48. Dato seri kata -Imej sedia ada BN sama ada dari segi pendekatan kempen, slogan mahu pun imej-imej poster dan baju harus diberi nafas baru. Setelah hampir 30 tahun menggunakan imej dan poendekatan yang sama, nyata ia telah agak ketinggalan zaman.

    Tapi ini bukan masalahnya,Inilah masalah pemimpin BN, tak paham kehendak rakyat. Tukar imej semua ni melibatkan wang, bukan sikit berlambak2. lagi rakyat menyampah nanti.Yang kena ubah imej ialah pemimpin BN. Tercalar teruk dah imej mereka.

    Bagi saya, taktik kempen BN yang kena ubah. Semua dah sedia maklum cara kempen BN guna media -TV dan surat khabar. Masalahnya org meluat nak baca dan tgk, ada ke cerita peniaga kena hempap bendera,berebut sampai bergaduh nak tampal poster dll.Lepad tu guna pula Ezam untuk bagi ceramah cerita2 lama, takda maknanya.

    Selagi ceramah pembangkang orang pergi, dan tanpa perlu bagi upah untuk pergi,selagi itu tanda2 rakyat lebih condong dan lebih yakin pada kempen mereka.

    BN kena ada satu benda yang melekat,yang boleh grab attention.Yang paling penting tak guna duit rakyat. Apa dia , saya pun tak tau....

    ReplyDelete
  49. Salam, lama dah tak masuk blog, sbb bosan...

    Momentum aliran pengundi kpd Pakatan Rakyat sebenarnya semakin bertambah semenjak sblm & selepas p/raya umum lalu...

    i) Semenjak kebodohan kerajaan menaik harga minyak yg lalu sehingga harga barang melambung2 tinggi... semenjak itu la kebencian rakyat meluap-luap...

    ii) Strategi lama spt memberi bantuan semasa praya adalah taktik lapuk sebenarnya...

    iii) Nasi tambah yg ditabur oleh media Utusan, BHarian, TV3 menambahkan lagi kejatuhan saham UMNO..(Masih tak sedar2). Buat la lagi...

    iv)Pemilihan calun pada sy ada bukan faktor utama dlm kekalahan ini...

    v) Faktor duit dlm pemilihan UMNO sejak dahulu dah jd darah daging... Setiap gerakkerja semuanya bermatlamat kan duit... (Perkara ini la sgt membeza gerakkerja dlm PAS & UMNO). Pada sy faktor ini adalah FAKTOR UTAMA kekalahan UMNO utk masa2 akan datang, percaya la..

    Sebenarnya banyak lagi tuan...

    Juraimi Zainal

    ReplyDelete
  50. nak tergelak bila membaca ada ahli umno yg menyarankan politik wang harus dibanteras utk memulihkan imej umno. butakah mereka tidak melihat bahawa politik wang dicipta oleh pemimpin tertinggi mereka demi untuk mengekalkan kuasa yg sedia ada? kalau tiada politik wang maka saya percaya kesemua ahli majlis tertinggi tak dapat mengekalkan kuasa dan umno sendiri diterajui oleh muka2 baru.

    ReplyDelete
  51. ada pula yg bodoh mengatakan golongan muda diracuni pemikiran. sempitnya fikiran. sungguh menghina golongan muda seolah2 mereka tidak mampu berfikir secara rasional. golongan muda sebenarnya lebih peka dengan keadaan negara dan mereka ini rata2 celik it dan tidak terpengaruh dengan propaganda media perdana.

    ReplyDelete
  52. Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mengikhtiraf borang yang ditandatangani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan satu ugutan dan biadap terhadap sistem demokrasi Perlembagaan Negara.

    yang zahid hamidi ni pun satu.nasihat kan dia sikit dato seri. jangan buat mca tu.Rakyat bertambah benci nanti

    ReplyDelete
  53. Sdr Putrarahman dan rakan rakan bloggers lain,

    Sememangnya tidak ada yang menafikan masalah imej elitis,sombong dan tidak bersama rakyat antara punca barisan tidak mendapat sokongan padu rakyat dalam pilihanraya di Kuala terengganu,samada ianya dilakukan oleh calon mahupon pemimipin lain.

    Bagi saya persoalan yang lebih besar ialah kegagalan pemimpin kita memberi satu kepimpinan yang jelas arah tujunya dan tidak mampu memberi satu harapan baru kepada semua rakyat malaysia,keadaan ini menyebabkan rakyat maseh termangu mahu kemana negara ini ingin dibawa,ditambah pula dgn masalah ekonomi dunia yang semangkin meruncing.

    Tiba masanya kita membuat satu pembaharuan yang menyeluruh dan memberi harapan baru pada rakyat dari segi pembaharuan dalam parti,dalam kerajaan dan dalam beberapa polisi kerajaan yang mencerminkan rupa bentuk pentadbiran dan arah tuju negara bangsa kita.

    Menyusun semula pemililkan ekonomi dgn berlandaskan asas utk merapatkan jurang pendapatan antara rakyat.
    menyusun semula kaedah pembangunan yang berlandaskan hasrat utk memberi peluang rakyat menikmati kualiti hidup yang sama samaada di bandar mahupon di pendalaman.
    menilai semula kaedah perbandaran dan kependudukan dalam negara.
    menilai semula keberkesanan sistem pentadbiran kerajaan diperingkat daerah dan banyak lagi.

    ReplyDelete
  54. salam dato....

    ceritera satu..Pagar

    kalau dapat sumbangan tu,janganlah pulak suruh orang tu letak kat rumah lebih lagi
    rumah pulak bukan dalam pagar....bahaya!

    elok guna dana sendiri untuk rumah di luar pagar,
    dana negeri untuk rumah dalam pagar..lebih halal!

    Jangan sampai kasut saiz 10 kena muka!!!
    ..........
    ceritera dua...Tanah

    Selangor negri luas,luas lagi tanah hutan,
    Rakyat pandang pandang mengidam,broker tanah
    panjang panjang akal...terdengar lah juga
    pertanian menjadi alasan..beberapa kerat mula
    memasang angan,kumpul kawan kumpul modal nak diusahakan..seorang dapat berekar-ekar untung nisbah 40/60 % dengan negeri....

    Jangan nanti tanah kemana,pertanian tak jadi,modal bawak lari...oleh orang ambil
    kesempatan saja...

    ReplyDelete
  55. UMNO perlu dirombak secara besar-besaran

    KUALA LUMPUR 21 Jan.- UMNO perlu dirombak besar-besaran dari segi struktur dan gerak kerja jika parti itu mahu terus relevan dan diterima rakyat.

    Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, ia melibatkan langkah memenuhi segala tuntutan perubahan yang dimahukan oleh rakyat.

    Menurutnya, ini termasuk usaha berterusan memastikan barisan kepimpinan baru parti bersifat amanah dan lebih berorientasikan rakyat.

    Tambahnya, memang tidak dinafikan terdapat beberapa usaha untuk mengubah UMNO yang telah dilakukan tetapi ia tidak mencukupi kerana kesannya masih kurang dirasai rakyat.

    "UMNO tidak harus takut untuk melakukan rombakan secara besar-besaran seperti dituntut oleh rakyat selagi ia tidak bertentangan dengan ideologi dan prinsip perjuangan parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    ... kalaulah ini direalisasikan, siapa yang agaknya layak...cermin-cerminkan...

    ReplyDelete
  56. Saudara Khir,
    a) Saya rasa anda ingin membalas dendam ke atas Tan Sri KI. Pasal cattle pun mau kecoh. masalahnye dia beri kepada rakyat bukan kepada Abang Z sorang.
    b) Saya rasa awak dh menonjolkan diri seorang pembangkang yang begitu effective. Selangor memerlukan pembangkang mcm anda. Tapi, berpada2 la, sikit2 nak buat Press conference, macam la anda ni sorang yang bagus sgt.
    c) Kemudian, nak suruh MB letak jawatan disebabkan pemberian cattle kepada rakyat.apa lah alasan cheap anda ni. Pembelian camry daripada UMW toyota dengan dapat discount lagi, dan service terus kepada mereka, so, banyak saving la..pikir la long term.
    d) Perdana V6, semua orang tau, setiap 2 tahun kena tukar gear box. Service kena anta ke workshop yg dibenarkan..bile pomen ni tau bahawa kereta dari gomen, sure la dia charge mahal.
    e) So tahniah la saudara. Semoga menjadi seorang pembangkang yg terkenal...kah kah kah

    ReplyDelete
  57. Dalam Neraca Kira-kira ada 2 elemen penting, iaitu ASET dan LIABILITI. Begitu juga dengan UMNO.
    Dalam konteks UMNO, aset dan libiliti merujuk kepada pemimpin-pemimpinnya. Mengapa masih lagi mahu menyimpan pemimpin-pemimpin yang sudah pasti menjadi libiliti? Sehinggakan ada yang sampai jadi menteri walau pun tidak memenangi pilihanraya?
    Isu2 begini sangat mudah sebenarnya, tetapi UMNO memilih untuk tidak peka....Dan akibatnya UMNO hilang KREDIBILITI.
    UMNO berusaha melahirkan rakyat yang cerdik dan pandai tetapi didalam masa yang sama UMNO memilih untuk tidak menghormati da tidak mengiktiraf kecerdikan dan kepandaian mereka....

    ReplyDelete
  58. Salam sejahtera semua. Mengapa masih ada orang tak faham atau buat-buat tak faham kenapa Umno kalah di KT? Jawapannya Umno ditolak mentah-mentah oleh majoriti rakyat bukan hanya calonnya sahaja khususnya orang muda. Pas yang pergi ke KT 100% berkempen untuk parti. Umno yang pergi berkempen di KT 20% yang berkempen untuk parti, yang lain siap jadi kaki bodek dan lobi untuk bulan Mac nanti. Lagipun Umno buat kerja tak ikhlas, hanya ketika pilihanraya sahaja walaupun bukan semua. Kalau tidak mengapa masalah nie masih wujud? tanggungjawab siapakah ini? Lawati http://kakchah7.blogspot.com. Umno dilihat golongan muda sebagai satu parti yang berpura-pura. Satu parti yang elit untuk golongan tertentu sahaja meraih kekayaan. Lagipun golongan yang mengamalkan rasuah wang yang meranapkan parti. Orang yang bijak pantai ditolak dari menyertai Umno dan jadi perwakilan, hanya yang sanggup dicucuk hidung sahaja disukai oleh golongan tertentu. Dato' Seri Najib apabila mengambilalih teraju pm dari Pak Lah nanti kena buat perubahan drastik, kalau tidak PRU akan datang Umno "totallly rejected and lost" myocate@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  59. Salam untuk Umno! Buat kerja untuk rakyat mulai sekarang! Kerana rakyatlah Raja yang sebenar yang memberi mandat untuk Umno menubuhkan kerajaan. Pilih pemimpin berilmu dan berakal yang sanggup buat kerja untuk rakyat. Mana-mana pemimpin didapati bersalah mengamalkan rasuah, lucutkan segera jawatan. Dato' Seri Najib patut bertindak dari sekarang, Salam, Asri, Baling. "berani berubah". myocate@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  60. "Tiba masanya kita membuat satu pembaharuan yang menyeluruh dan memberi harapan baru pada rakyat dari segi pembaharuan dalam parti,dalam kerajaan dan dalam beberapa polisi kerajaan yang mencerminkan rupa bentuk pentadbiran dan arah tuju negara bangsa kita."

    sound like keadilan...esp "pembaharuan", "harapan baru"...

    ReplyDelete
  61. Salam sejahtera! Saya menyokong sepenuhnya apa yang dikatakan oleh malaysiaheaven. Mulai sekarang UMNO wajib pentingkan rakyat kerana merekalah "Raja" yang menentukan kerajaan akan datang. Dato' Seri Najib dan DS Khir kena turun padang selalu terus ke rakyat akar umbi dan janganlah diwakili pemimpin peringkat bahagian dan cawangan yang jadi kaki bodek saja. Sesiapa saja pemimpin peringkat pusat/negeri yang nak tengok masalah rakyat terutamanya orang muda/akar umbi di daerah Baling bolehlah email kat penulis @ myocate@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  62. askum dato'
    saya bersetuju dgn pendapat dato'
    Hidup Dato' Seri Khir!!

    ReplyDelete
  63. Askum Dato' Seri,
    Saya sokong pendapat Dato Seri, pada saya Dato' Seri memiliki kredibiliti, karisma dan wibawa sebagai pemimpin masa depan. Syabas dan tahniah saya ucapkan.
    Hidup Dato Seri Dr Mohd Khir!

    ReplyDelete
  64. salam.DSKT...pendapat sy tak perlu perubahan dari sudut mana-mana pun..bubarkan sahaja UMNO nie..Ape kata Dato seri letak semue jawatan dato dan tinggal kan arena politik nie,,sebabnye hendak jadi pemerintah nie tugasnye sangat berat,,dato pun tahu kan..Lagi satu nak jadi pemimpin nie die xde kelebihan ape2 di dunia tapi kelebihan banyak di akhirat esok..kalau kita adil dan amanah dalam tugas kite insyallah segala jasa dato akan do balas setimpal..tapi klu sebaliknye kat dunia lagi akan di balas.saya cadangkan dato menjadi rakyat marhean..seronok tau dato..boleh pegi masjid tiap2 masa,boleh gi kebun bile hari cuti,dan bergaul dengan dekat terhadap masyarakat setempat..jiwe kite pun aman dan tenang.Sebab sekarg dato dah x layak nak jadi pemimpin lagi.ape tah lagi ketua no.1 di negeri selangor.lagi2 sekarg dato jadi pembangkang kat negeri selangor.serius saya katakan hari ini dan akan datang orang akan sentiasa bercakap dan mempertikaikan ape yg dato telah buat dulu..Ape salahnye jika kita turunkan ego kite untuk sama2 majukan negeri selangor.Bukannye kite hendak mencari kesalahan..Dato sekarg seperti berdendam yang teramat sangat.Pemerintah yang baik die tahu ape yang buruk dan baik,,bile die melakukan sesuatu hal yang menyusahkan rakyat die kena berundur secare rela.Saya berharap bile Dato jadi rakyat biase,dato boleh melihat bumi malaysia ini mcm mana keadaannye dan situasinye..Sekarng dato tidak boleh buat begitu kerana Dato ade pangkat sebagai ketua pembangkang di selangor..suasana dato tetap tidak akan berubah..keluar la dari dunia dato yang dato kecapi sekarg nie..mudah-mudahan mendapat ketenangan dan kebahagian.Bile dato jujur dan ikhlas sy percaya semue rakyat di negeri selangor akan respect dekat dato.sekarang nie sy nmpak hanye kaki puji dato je yang buat dato megah...maaf dengan luahan ini...wasalam.

    ReplyDelete
  65. Saudara,

    Petikan:-

    "Selagi the old horses masih ada selagi itulah umno tak akan jadi releven. They need a set of new minds bukannya mereka yang sudah sebati dengan sistem otak udang yang ada sekarang...Obama won because he is totally different from the present system...they need a totally new idea...begitu jugak umno, kena ada revolusi mental, kalu tidak akan sentiasa terikat dengan cara berfikir yang lama...yang merasa mereka immortal, tak makan saman, boleh pusing kes ikut kehendak mereka, yang boleh beli hakim dan AG mengikut acuan mereka dan macam-macam ada. UMNO kena ada revolusi mental...kena ikut mainstream kehendak rakyat bukan kehendak mereka. That's the way forward for UMNO. No two ways."

    ReplyDelete
  66. Sdr Pll not Kill dan sahabat bloggers lain,

    Tiada niat saya utk berdendam dgn mana mana individu,apa yang saya lakukan adalah tanggongjawab saya sebagai pembangkang yang akan pastikan kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan janjinya atau sebaliknya.

    Janji nya tidak akan tukar kereta rasmi selesa dgn Proton Perdana sahaja,Alasan ingin berjimat dgn Toyota Camry adalah tidak munasabah kerana harganya lebih mahal rm 50 ribu seunit,mengapa tidak beli kereta yang lebih murah dgn kos penyelenggaraan yang rendah.

    Janjinya akan melaksanakan pentadbiran yang telus dan merakyatkan ekonomi utk rakyat selangor.Pembelian lembu korban yang tidak mengikut prosedur kewangan yang betul adakah itu amalan pentadbiran yang telus?.Mendermakan lembu dikawasan parleman Tun Razak diluar Selangor yang mana MB ahli parlemen,pasti ada arahan dari MB kerana ia berkepentingan di kawasan tersebut,adakah itu satu ketelusan bukannya salah guna kuasa?.

    Saya sedar ada banyak masalah yang lebih kritikal dan akan menentukan selangor terus kehadapan dan bagaimana utk kita melayari gelombang ekonomi dunia yang semangkin tidak menentu dan pasti tempiasnya akan meruntun ekonomi selangor,masalah pemberhentian pekerja industri,masalah jenayah yang semangkin meningkat,masaalah sosial yang akan menggelapkan masa depan negara dan tahap peratus kemiskinan pasti juga akan meningkat dan banyak lagi permasalahan yang perlu ditangani.

    Saya maseh lagi menunggu perancangan khusus yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan hari ini.Bagi saya pasti ada peluang keemasan dalam setiap krisis,jadilah kita orang yang optimis iaitu orang yang yakin dalam setiap krisis ada peluang yang dapat diguna utk membangun diri dan negara,jangan jadi orang yang pesimis sentiasa merasakan ada masaalah dalam setiap peluang yang di perolehi.

    ReplyDelete
  67. Denak tidak menjadi

    Bermacam cerita mengenai pilihanraya kecil Kuala Terengganu; dari strategi pengumuman sampai ke pribadi calun diperkatakan di warung-warung dan sebagainya.Tarikh pengumuman calun BN lebih awal dikatakan memberi peluang kepada Pas membuat perkiraan lebih teliti dengan mengambil kira banyak perkara terutama dari segi kelemahan dan kelebihan calon yang bertanding.BN pula mempunyai alasan tersendiri mengapa calon mereka diumum lebih awal bagi memberi lebih masa untuk menjelaskannya yang terbuku jika ada. Bagi Pas pula ada yang menyatakan menunggu saat akhir enam hari sebelum penamaan calun mempunyai sebab strategik sebenarnya, bukan kerana tiada calon yang layak atau tiada kesepakatan antara pemimpin PKR sebagaimana didakwa setengah pihak.

    Dari segi gerak kerja parti pengundi pembuat perbandingan kelancaran jentera pilihanraya.Bila tiba waktu malam sebuah satu parti ‘sunyi sepi’ manakala parti Pas bergerak aktif dan meriah. Para pengundi tidak nampak sangat apa yang dilakukan jentera parti UMNO,baik dari segi penyebaran risalah, lawatan rumah kerumah dan sebagainya. Dalam bandar Pas menggunakan orang Cina dan India menyebarkan risalah parti betul sebagaimana ulasan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika mengulas kemenangan Pas bertujuan merapatkan DAP dengan Pas. Setengah taman-taman perumahan risalah BN tidak sampai .Jentera Pas dari luar melawat dari rumah kerumah, dibilas lagi oleh calun Pas sendiri mengetuk pintu rumah-rumah dan akhirnya oleh Presiden Pas melawat ketaman-taman perumahan dan sebagainya.

    Ada juga cerita dari BN sendiri menyatakan jentera dari luar tidak tahu kemana hendak dituju kerana jentera tempatan tidak memandu kearah rumah-rumah yang dilebal sebagai hitam dan kelabu.Kalau benar apa yang dikata menunjukkan perancangan mereka tidak tersusun. Sampai bila akan tersusun entah, jangan sampai tunggu mereka disusun oleh parti lawan. Tidak dapat dinafikan semua bekerja keras untuk mencapai kemenangan. Sejauh mana strategi yang diatur oleh BN agak sukar dibuat telahan.

    Semua sudah sedar bahawa keadaan sudah berubah.Isu nasional nampaknya tidak laku lagi untuk dibawa dalam pilihanraya sekarang, apatah lagi seperti pilihanraya kecil Kuala Terengganu. Contohnya pengumuman berbagai projek pembangunan yang akan dilakukan untuk faedah rakyat. Rakyat sebenarnya tidak berminat sangat mendengar projek-projek besar yang tidak memberi manfaat langsung kepada mereka, bak kata cuma enak didengar dan harum baunya sahaja.

    Para pengundi, walaupun penduduk Bandaraya Kuala Terengganu, realitinya pada pendapat saya tidak berminat mendengar dasar-dasar kerajaan, perancangan masa depan negara dan projek yang mereka rasakan tidak nampak dan tidak ada kena mengena dengan mereka.Kalau BN tidak mengumumkan apa-apa projek pun tidak mengapa dan mereka boleh terima kalau kena caranya.Orang kampung tidak berhajat wakil rakyat belanja teh setiap kali jumpa di warung.Mereka boleh bercakap dengan tok wakil dengan mesra dan senang hati bertegur sapa dengan Yang Berhormat sudah cukup walaupun tiada apa projek pembangunan yang dibawa.Itulah sifat orang luar bandar dan terbukti dibanyak tempat sehingga berjaya mengekalkan beberapa penggal pilihanraya. Mereka senang hati melihat wakil mereka seorang yang sederhana dan selalu berjumpa disurau-surau dan tidak bermusim seperti bila ada pilihanraya.Disitu kejujuran terpancar dan hipokrasi terhindar. Orang luar bandar atau orang kampung sebenarnya tahu memilih watak dan pelakun.

    Jentera parti yang datang dengan kereta besar untuk berkempen sudah memberi persepsi yang negatif sekalipun tuan punya kereta tidak merasa apa-apa kerana kebiasaan meraka membawa kereta mewah.Ada setengah jentera parti yang memegang jawatan dibahagian, cawangan atau tiada apa-apa jawatan pun tapi lagaknya macam menteri.Ini semua diperhatikan oleh rakyat.

    BN khasnya UMNO yang membentuk sebuat kerajaan yang sudah 50 tahun berkuasa dan memerintah negara sudah membentuk satu imej tertentu,satu budaya dan satu identiti tersendiri yang mana pemimpin dan ‘pengikutnya’yang terdiri daripada para kontraktor dan yang sama waktu dengannya mempunyai kemewahan dan gaya hidup seperti yang dilihat sekarang. Sifat ini sebenarnya sama sahaja siapa yang memerintah dan parti mana yang memegang kuasa; baik pembangkang, ulamak, bukan ulamak atau gangstar kerana nafsu manusia adalah sama, pantang ada peluang dan pantang lepa. Sebelum berkuasa semua orang boleh bercakap pasal anti rasuah, diskriminasi, kejujuran dan sebagainya. Tapi bila berkuasa datanglah kerakusan malah segala bentuk kemungkaran diterima sebagai rezki dan sedekah.

    Jadi keadaan inilah yang menyebabkan sukar bagi golongan tersebut mengubah gaya hidup mereka apabila diperlukan berdepan dengan rakyat bawahan khasnya para pengundi.Adalah dibimbangi kalau gaya hidup mereka tidak berubah takut kalau-kalau keadaan akan mengubah mereka.Sebab itu UMNO perlu berubah dan mengubah dari sekarang kalau mereka hendak selamat.Kalau tunggu keadaan mengubah mereka waktu itu tiada siapa lagi yang dapat bergantung harap. Sahabat-sahabat sudah menerima nasib yang sama. Keadaan menjadi seperti yang digambarkan dalam Quran ‘pada hari itu (kiamat) seseorang lari dari saudaranya, lari dari ibu bapanya, lari dari sahabat handai dan kaum sebangsa kerana setiap orang sebuk dengan urusan masing-masing’(Surah Abasa 34,35 dan 36).

    ReplyDelete
  68. Dato'

    Saya tertarik dengan kenyataan Dato' yang dipetik dalam akhbar the Sun bertarikh 22hb Januari 2009 dimana kenyataan "Currently, the income gap is big as Malays have an average income of RM2,800, Indians RM3,200 and Chinese RM4,400, he said and this is why a new economic policy needs to be drawn up." yang lebih kurang membawah makna bahwa keturunan Melayu pendapatan purata bulanan ialah RM 2,800 dan ini merupakan yang terendah diantara kaum di Malaysia.

    Persoalan saya ialah dimanakah data ini diambil dan samada data ini digunapakai pleh semua serta diiktiraf oleh semua kaum di Malaysia?

    Sekiranya data ini diterimapakai, dimanakah silapnya sehingga keturunan Melayu masih jauh ketinggalan? DEB dah ada, "tongkat" telah di beri tetapi Melayu masih ketinggalan? Adakah ini merupakan kegagalan pemimpin yang masih bertelagah sesama sendiri dalam usaha merebut kekayaan peribadi sehingga terlupa perjuangan asal untuk memertabatkan bangsa Melayu?

    Selain dari itu, kenapakah gambaran yang selalu di uar-uarkan ialah keturunan Melayu telah berjaya untuk merapatkan jurang ekonomi apabila realitinya perkara sebaliknya berlaku?

    Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

    ReplyDelete
  69. DSKT kata

    "Pembelian lembu korban yang tidak mengikut prosedur kewangan yang betul adakah itu amalan pentadbiran yang telus?."

    ============================================

    Syabas dato!, dato benar-benar telah menguasai kemahiran bagaimana hendak menjadi pembangkang. Prestasi dato bolehlah dikelas cemerlang seperti mahfuz, LKS, Mat sabu dll tokoh pembangkang.

    soalan saya, isu lembu ni agaknya lebih besar implikasinya dari pencerobohan bukit cahaya dulu kot? Lebih besar dari isu mat said terengganu tukar kereta exco proton perdana ke mercedes E class kot?

    bat8

    ReplyDelete
  70. UMNO dilihat seperti telur di hujung tanduk..

    Perkara 10 memang terpenting sebab itu pengundi muda tidak bersama UMNO lagi sebab menafikan hak mereka..

    Seolah2 pendapat mereka tidak boleh digunakan..





    Perkara 10,
    Buat ada risiko..
    Tak buat lagi berisiko..



    Sebab ramai yang memerhati..
    Jika seorang mungkin boleh menerima, tapi yang lagi belum lagi berminat..

    ReplyDelete
  71. salam dato seri

    1)kebanyakkan org yg sokong dato nie,adalah orang luar..bukan dari kalangan orang selangor.

    2)Dato seolah2 merasa teruja dengan apa parti pr buat di selangor sekarng nie..belajar la dari kesilapan bukannye mencari kesilapan parti pr..

    3)Jangan meracuni pemikiran orang ramai dengan mngatakan masalah perberhentian keje,masalah sosial,masalah kemiskinan dan masalah2 lain yang makin tenat nie.Ini menunjukkan pentadbiran kerajaan malaysia di bawah barisan BN lemah,..dato hanye menulis yang tersurat tapi yang tersiratnye.

    4)Bagi saya dato hnya jadi pembangkang yang pentingkan diri sendiri.Kalau saya kata dato seorang pendendam,tentu dato menafikan...tapi dato memang seorg pendendam,bagila alasan apa pun.

    5)Dato kata kerajaan PR sekarng gagal,,,tapi kerajaan dato bukan setakat gagal tapi teruk..masa dato memerintah dulu,,parti PR membangkan pada hal2 yang berkaitan dengan rakyat bukan individu yang dato buat sekarg ini.

    6)Dato tidak perlu berlakon baik..tapi pada masa yang sama dato ade perasaan busuk hati dan ketidakpuasan dato.Saya mengikuti blog dato nie sejak mula2 dato menulis..saya menulis ape yang saya baca dari blog dato nie.

    7)Saya orang selangor,belajar di selangor,menetap di selangor,pernah duduk di sabak bernam,kuala kubu bharu,banting,shah alam,klang,keje di shah alam..

    8)Saya pun org jawa seperti dato..saya berharap dato meletakkan jawatan secare terhormat.Saya tidak mahu dato melakukan kesalahan kali ke-2,,memamg penulisan sy ini agak terbuka.tapi ini pandangan saya dengan kawan2,rakyat2 selangor yang berborak pasal umno di zaman dato

    9)Tulisan sy ini tak perlu di tayangkan,,cukup la dato memahami dengan secare telus..

    wasalam...

    ReplyDelete
  72. Salam YB,

    Sila jawab soalan saya ,

    Soalan 1 :

    KENAPA SETUJU PINDAHKAN PEJABAT DAERAH/ TANAH PETALING KE SG BULOH (PAYA JARAS) ???

    Soalan 2 :

    KENAPA TIDAK MEMBERIKAN KESEIMBANGAN KEPADA PEMBANGKANG UNTUK MEWARNAI MEDIA MASSA DI NEGARA INI?


    Komen :

    Perpindahan PDTP telah menyebabkan kesukaran kepada semua pembayar bil cukai tanah dan semua rakyat yang ingin berurusan di pejabat tanah petaling termasuk saya, persetujuan ini adalah dilakukan semasa pemerintahan Dato' ini salah satu sebabnya yang membuat kan saya menyampah dengan Dato' dan UMNO ...

    Untuk mendekati rakyat dan generasi muda ialah dengan menggunakan media massa. Apa yang saya lihat BN menggunakan semua saluran yang ada di dalam media massa untuk mejatuhkan PR. Keadaan ini lah yang menyebabkan saya sebagai pemuda jelik dengan BN dan rela menyokong PR...
    dan apabila banyak penipuan di dalam media massa BN maka pemuda dan rakyat akan menggunakan blog dan internet untuk mencari maklumat yang terbaik...

    ReplyDelete
  73. Dr khir,
    lupa kah DR lembu yg Dr nak korbankan dulu hilang satu lori.Dr tak susah hati masa tu kerana pun bukan duit DR.
    ingatkah Dr penyapu yg Dr gunakan.tak bijak langsung sebagai MB,
    tapi sekarang kenapa salah MB yg ada saja yg DR sibukkan.tak ke lebih baik Dr cari keadah atau positive approach dalam membantu rakyat negeri selangor kearah kemajuan.Dr telah diberi peluang banyak tahun untuk menjadi ketua,ada yg berjaya ada yg gagal.tak ke Dr tahu menerima hakikat yg Dr dan BN telah dinyahkan dari mengetuai Negeri tapi masih bolih menyumbang kerana masih jadi YB.saran saya gunakanlah tiket ADUN ini sebaik mungkin untuk terus berbakti kepada rakyat selangor sebelum Allah yg maha esa menarik apa yg ada pada Dr,termasuk nyawa,harta, darjat dan pancaindera anugrah allah.

    ReplyDelete
  74. Pembaharuan harus dilakukan tp takat Dr Khir pon nmpk kata pembaharuan dari segi logo, warna, label yg perlu diperbaharukan... camna pulak dengan perangai pemimpin2 UMNO??

    tu takmau ubah ke??? langsung tak terlintas ke?? skrang rakyat benci dgn sikap pemimpin2 UMNO, bukan benci dgn warna or logo BN...

    Pikirlah sendiri... Lu pon dh besar pjg, bulu dh sana sini, duit dh berjuta, jam tangan berpuluh ribu ringgit...

    ReplyDelete
  75. saya nak tanya...betul ke DS Khir ni pakai botox?..

    ReplyDelete
  76. Saudar DSKT, nightcaller.

    Persoalan yang ditimbulkan oleh saudara mengapa kaum melayu masih lg ketinggalan walaupun pelbagai agenda dilakukan. senang sahaja jawapanya, semua agenda yang dilakukan oleh kerajaan seperti DEB adalah serampang dua mata. iaitu memperkayakan lagi pemimpin UMNO dan menolong sedikit sahaja kaum Melayu. Mereka gunakan DEB ini kononya membantu kaum melayu tetapi sebenarnya mengaut keuntungan diri sendiri. Sebab itulah DEB boleh dikatakan gagal mencapai matlamat. Hanya matlamat memperkayakan pemimpin UMNO sahaja yang tercapai.

    ReplyDelete
  77. Sekurang2nya lembu2 yang disedekahkan tu dapat kat rakyat....bukan macam pemimpin BN, kaut tanah, tender, projek, rasuah dan macam2 lagi...bagi kat anak bini dan kroni... rakyat melopong....

    and terlanjur dato bukak cerita pasal PKR mungkir janji....apa jadi dgn janji najib untuk tidak menaikkan harga minyak hari tu? sampai la ni rakyat terpaksa tanggung kesan kenaikan harga barang yang tak turun2 walaupun harga minyak dah turun...

    ReplyDelete
  78. bang,
    cukup2 lahtu.
    "dulang paku serpih. kata orang dia yg lebih"

    you had yr chance. 'we know what you did last post.' rakyat dah mual dgn pemimpin sebegini, pencenlah sblm anda di pencenkan. lagikan bush kecundang diakhirnya dgn "shoe-ck & awe", tak ingatkah abang akan episod penyapu.

    you had yr chance fr the past half a century. let them rule, it's only half a year slightly more... don't forget that the rakyat is watching. we'll kick them out if they donot perform too.

    Tuesday, January 27, 2009 5:01:11 PM MYT

    ReplyDelete
  79. Pandangan Rakyat Kepada UMNO/BN

    Dato’

    Saya membaca lebih 70 komen dibawah tajuk Melakukan Pembaharuan Untuk Harapan Baru oleh Dr. Khir dan membuat rengkasan untuk memudahkan pembaca memahami fikiran rakyat.

    Perubahan yang sangat penting BN lakukan ialah basmi rasuah.Sebab rakyat menentang BN kerana pemimpin terlalu yakin dengan kedudukan mereka, mengkritik pembangkang berlebihan tapi tidak menjawab tuduhan dengan berhemah.Yang perlu ubah imej pemimpin.Imej BN dari segi pendekatan kempen,slogan dan imej poster. Tektik kempen kuno menggunakan akhbar dan TV, perlu ubah.BN perlu ada sesuatu yang menambat hati rakyat. Jangan guna duit rakyat untuk berkempen. Imej dan kepimpinan mengambil tempat 40 peratus sahaja dari keseluruhan persepsi rakyat, 60 %lagi memberi kefahaman dan kehendak rakyat. Yang paling penting memenangi hati. Buang sikap egois,elitis.

    Dalam BN ada aset dan liabiliti.UMNO masih menyimpan pemimpin yang sudah pasti menjadi liabiliti sehingga ada menteri yang tidak masuk pilihanraya.UMNO tidal peka, akibatnya UMNO hilang kredibeliti.
    .
    Pemimpin perlu ditukar,muka baru perlu mengambilalih kepimpinan, pemimpin yang terlalu lama(bukan umur) perlu turun, yang menghadapi masalah imej perlu undur.Hari ini pilihan rakyat bukan pilihan parti.Kalau UMNO tidak berkonban hari ini esok UMNO akan dikorbankan.Selagi pemimpin berfikiran lama, diterajui pembodek, pak turut dan pendengkor UMNO akan disisihkan.
    Umno perlu berubah bukan dibawah pemimpin lama, musang berbulu ayam yang menunggu peluang untuk menyerang puak mereka sendiri baik dalam politik maupun dalam perniagaan.Sudah sampai masanya Umno diterajuui pemimpin lebih muda dari gulungan biasa yang lebih memahami isu dan kehendak semasa, berfikiran lebih kehadapan, agresif dan inovatif. Dengan itu baru dapat menarik golongan muda mendekati UMNO. Imej seorang pemimpin sangat penting dan perlu dijaga, sekali kelihatan teruk amat sukar untuk dibersihkan.

    Pemimpin mesti memahmi keadaan setempat, pastikan calun disukai semua.Perubahan fizikal tidak cukup.BN harus berubah secara rohaniah atau dalaman. Berpolitik kerana Allah dan mahu membantu rakyat. Hari ini politik perut, politik kroni, politik saham, politik salah guna kuasa. Rumah bagai istana, orang kampong bagai pengemis.,

    UMNO berusaha melahirkan rakyat yang cerdik tapi tidak menghormati kecerdikan mereka. UMNO dilihat golongan muda satu parti pura-pura. Cerdik pandai ditolak dari menjadi ahli dan perwakilan. Perlu pilih pemimpin berilmu dan berakal.Perlu pemimpin baru, otak baru,cara berfikir baru dan ikut maintream kehendak rakyat.

    Jika UMNO masih berpegang kepada polisinya sekarang PRU 13 akan kalah. 100 orang muda, seorang sahaja menyokong BN. Kuatnya UMNO bukan kerana pemimpin tapi kerana rakyat. Selagi BN menjadi kerajaan kemerosotan sokongan akan berterusan.Abad 21 cara berpolitik tidak boleh seperti dulu, ketingalan zaman, ritorik dan statik.

    Umno dilihat sebagai untuk kelompok elit, koperat, golongan cari kedudukan untuk tambah kekayaan dan hanya mengambil berat masa pilihanraya. Tuduhan rasuah dan Mongolia berterusan selagi tiada usaha berkesan menghapuskanya.Kekalahan PRU 12 berpunca Paklah dan menantu.UMNO kena terima hakikat. Tapi ada yang menafikannya.

    Sekarang perlu dasar baru, halatuju baru, strategi baru dan tektik baru yang diterima khalayak,bukan ikut cita rasa elitis.Sikap berani berterus terang perlu adpada ahli UMNO, mengkritik pemimpin, bukan yes mem. Pemimpin jangan angkuh, hormat kawan dan lawan,hormat ulamak, hormat hukum Islam.Hukum Islam mesti dijelas dengan merujuk Quran,Hadis Ijmak dan qias, bukan pakai lojik aqal.

    Rebranding, reengineering, struktur organisasi perlu diubah hingga keperingkat cawangan. Tindakan drastik perlu untuk servival .Perubahan imej penting untuk memenangi hati orang muda.Rebranding yang pura-pura akan dirasa oleh orang uda.Perubahan imej tdak menjadi kalau tonggak-tonggak buruh tidak dibuang, macam cat besi buruk.

    Generasi muda tidak mahu pembaharuan imej. Mereka mahu pembaharuan identiti. Pembaharuan identiti bukan sekadar merasmikan slogan baru, logo baru, lagu petriotik baru, tapi muka baru dalam hiraki BN.Pembaharuan identiti akan datang jika kerektor ahli BN dibuat baru, bukan dari luar tapi dari dalam.Bukan dari dalam parti tapi dalam hati setiap ahli politik.Generasi muda ingin melihat dari BN, bukannya ‘tunjukkan ia berbilang kaum’, tapi ingin lihat dari segi bukti kukuh yang hanya boleh datang dari perubahan polisi. UMNO berjaya bangunkan pelajaran tapi gagal membangunkan ekonomi Melayu.

    Sejak harga minyak dan barang naik orang muda benci rakyat. Beri bantuan masa kempen strategi lapok . Nasitambaha yang diberi Utusan, Berita Harian dan TV3 menambahkan lagi kejatuhan BN.Golongan muda tidak terpengaruh dengan media perdana.Rakyat terhina digula -gulakan, meluluskan projek secara tiba-tiba. Yang dinilai oleh rakyat bukan kuantiti projek tapi keikhlasan.

    Perjalanan BN dalam hala perubahan adalah perjalanan yang lama dan hanya dengan kepimpinan yang berani menukar identiti supaya wajah BN serasi dengan wajah rakyat barulah perubahan benar datang kepada BN.Sebarang perubahan yang kurang daripada itu akan dilihat oleh generasi muda sebagai pertukaran yang kurang ilkhlas.

    Hapuskan politik wang,beri kuasa mengundi kepada semua ahli/ketua cawangan 100 ribu orang.Perwakilan 2500 tidak mencermin aspirasi bahagian masing-masing. Apabila 100 ribu ketua cawangan mengundi politik wang hapus terus. Dengan ini 2-4 juta pengundi akan balik kepada BN. Sistem pemikiran dalam parti perlu diubah. Pemilihan pemimpin tertinggi perlu dibuat secara terbuka melaui sistem pilihanraya. Semua ahli berdaftar boleh mengundi. Sistem sekarang hanya memberi hak kepada perwakilan yang boleh menggalakkan poitik wang.

    Gunakan media massa dalam menjawab isu kapal selam, helikopter,Isa, kehilangan Subramaiam dan percanggahan sumpahnya kurang 24 jam. Blog adalah media utama. Media Utusan Bharian jangan bodek kerajaan kerana bila fakta bercaggah dengan media lain luka BN bertambah parah. Isu sumaph Saiful, isu sdr Ezam dengan peti rahsianya, isu hudud menghancurkan peluang BN.

    Generasi muda sudah tepu dengan mainan media, kempen, slogan canggih. Media rtm, utusan tv3 berat sebelah. Kalau keluar semua kenyataan parti dengan adil tiada masalah. Media melaporkan kenyataan buat orang benci, seolah-olah masyarakat bodoh dan mudah ditipu. Pemimpin perlu ubah ucapan, jangan bermegah dengan pembangunan. Rakyat tidak mahu perkataan ‘Projek Barisan Nasional’. Pemimpin BN perlu faham segala projek adalah duit rakyat dan bukan duit parti.

    Benarkan semua kaki tangan kategori A aktif pegang jawatan dalam UMNO. Kini hampir semua guru naik taraf kelas A. Tanpa mereka memegang Ketua Cawangan,Ketua Pemuda, Setiausaha dan Bendahari menyebabkan mereka lari kepada pembangkang. Tanpa guru menjadi latar belakang parti proses doktrinasi kepada anak-anak muda tidak dapat dijalankan.

    Tindakan melarang kakitangan persekutuan hadir dalam mesyuarat negeri dilihat sebagai negatif, menekan rakyat dan merugikan BN. Pindah Pejabat tanah daerahPetaling ke Sg Buluh menyusahkan rakyat.

    Kalau KJ menjadi Ketua Pemuda UMNO akan kehilangan 90 % tenaga muda dalam PRU nanti. Zaman ini orang bersandarkan persepsi yang perlu ditangkis dengan hujah yang mantap. Persoalan siapakah tangan-tangan ghaib PRU 12. Kekalahan PRU berpunca dari Pak Lah dan menantunya. Siapa cemarkan nama Pak Lah.KJ punca liabiliti, kemusnahan PRU12.

    Pas/PKR kerja kuat dan indoktrinasi pemikiran rakyat yang mewujudkan keyakinan menjadi kunci kejayaan. Punca kekalahan PRU kerana ahli tidak serius dalam perjuangan dan selesa dengan kejayaan.



    Cadangan

    Saya mencadangkan Datuk Seri Najib mereka satu Dasar Baru Malaysia. Dibawahnya merangkumi beberapa strategi pembangunan antaranya berasaskan kehendak rakyat setempat dan bukan projek berorentasikan kontraktor (bertujuan memberi makan dan kemewahan); dengan kos yang berhemah bagi mengelakkan projek mega yang menjadi kebencian rakyat; projek kerajaan melalui tender terbuka untuk bumiputra; mereka yang menang perlu dipamerkan bagi mengelakkan kronisn dan nepotisn. Mereka yang pernah memenangi tender tidak boleh menyertai lagi sekali bagi mengagihkan peluang kepada orang lain dan mengelakkan tuduhan bahawa kemewahan yang mereka perolehi hasil dari projek-projek kerajaan. Kekayaan yang diperolehi biarlah dari projek terbuka yang lain jika mereka mampu menyaingi bukan bumi.

    Segala bentuk bantuan harus diberi kepada rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum dan fahaman politik. Perkara ini perlu ditekankan benar-benar bagi mengelakkan kejadian berulang seperti dalam DEB yang menjadi kebencian bukan bumi kepada dasar tersebut. Jentera kerajaan perlu menjalankan tugas tanpa memilih bulu dan prajudis sesuatu kaum dan jauh dari campur tangan politik.

    Media arus perdana dan berbagai bahasa seperti Cina dan Tamil memain peranan menyiarkan laporan bahawa kaum bukan bumi juga mendapat bantuan kerajaan. Laporan media untuk kaum tertentu sahaja, misalnya Tamil Osai untuk kaum India dan Nanyang untuk kaum Cina manakala arus perdana untuk bumiputra adalah kesilapan besar kerana pembaca bumi dan bukan bumiputra tidak mengetahui apa bentuk bantuan yang diberi kepada kaum lain selama ini.

    Wakil rakyat bertanggung jawab kepada semua rakyat bukan mewakili kaum mereka sahaja.Mana-mana ada kaum bukan bumi yang miskin perlu dibantu. Wakil Rakyat Melayu perlu pergi melihat rumah-rumah penduduk bukan Melayu dikawasan bandar dan pinggir bandar, misalnya. Sekian dulu.

    Hjraffar.blogspot.com

    ReplyDelete
  80. Komen saya :

    Orang berkepentingan akan dahulukan diri.

    Orang beriman akan dahulukan negeri/negara dari diri sendiri.

    Orang berdendam akan buat apa sahaja asal semua akan kalah dan negeri akan punah.

    Orang jenis apakah kita ?

    Allah dah janji dan janji Allah pasti bahawa sesiapa bersyukur akan dilimpahi rezeki dan sesiapa kufur maka dia akan dilaknat ilahi.

    Siapakah kita ? Yang Syukur atau Yang Kufur ?

    tepuk kepala tanya hati fikirkan...

    ReplyDelete
  81. komen saya:

    Sebenarnya kemelut yang melanda politik negara kita adalah datangnya pada sikap kita sendiri yang tidak sedar atau terlupa asal usul kita sebagai orang yang pernah susah di NEGARA SENDIRI.Politik sekadar untuk melengkapkan sebuah organisasi kerajaan yang mentadbir dan segala propaganda adalah perencahnya.Berbalik kepada segala isu negara ini tercetus akibat fahaman politik negara yang tidak tahu apa matlamat mereka apabila mereka memerintah.Pergaduhan disana-sini melibatkan orang melayu disebabkan oleh politik dari golongan-golongan cendiakawan kononnya dapat mentadbir negara dengan aman..disebabkan mereka orang-orang kampung bermusuhan antara satu sama lain disebabkan poitik, PARTI.adakah ini yang diperlukan pemerintah?? adakah perlunya KRONISM sebgai tunggak kejayaan?? Suara rakyat yang macam mana yang dikehendaki??? Igat2lah kata-kata Dr M jangan smpai melayu hilang di dunia akibat politik yang makin pincang.

    renung-renungkanlah rakyat Melayu.

    ReplyDelete