Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, April 8, 2009

Bukit Gantang: Melayu Pulang Ke Pangkuan UMNO

1. Keputusan kemenangan Pas dan PKR di Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak mengubah apa-apa status sedia ada. Ini adalah keputusan dalam pilihan raya yang lalu dan diulangi lagi dalam pilihan raya kecil kali ini.

2. Saya belum meneliti keputusan di Bukit Selambau, namun keputusan di Bukit Gantang memberi makna yang cukup signifikan kepada kepimpinan baru UMNO.

3. Ketika pengundi kaum Cina mengundi untuk Ir Mohd Nizar, pengundi Melayu di Bukit Gantang memberi isyarat yang sebaliknya.

4. Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.

5. Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.

6. Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.

7. Sokongan pengundi Melayu yang cenderung ke arah BN bersandarkan beberapa isu termasuk tindak tanduk Pas ketika memerintah Perak yang tidak digemari oleh orang Melayu serta tarikan kepimpinan baru UMNO.

8. Sokongan bukan Melayu kepada BN banyak bergantung kepada polisi-polisi kerajaan dalam masa setahun akan datang. Cuma sejauh mana darjah atau tahap kepuasan yang mereka inginkan sukar diagak memandangkan barisan campuran pembangkang pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia menawarkan segala-galanya.

9. UMNO sebagai sebuah parti perjuangan orang Melayu yang utuh, tidak boleh tidak, harus mencari jalan sederhana antara ekstremis Melayu dan Melayu yang liberal. Saya pernah menulis dalam blog ini betapa UMNO terperangkap dalam perpecahan falsafah orang Melayu moden sendiri.

10. Namun apakah jalan sederhana ini akan menerima sokongan pengundi bukan Melayu? Apakah yang perlu UMNO dan BN buat untuk kembali menjadi sebuah parti yang disegani?

11. Saya juga tertanya apakah UMNO bersedia mengorbankan kedudukan dan kuasa untuk perjuangan agama dan bangsa. Atau mencari jalan berkompromi, seperti menarik rambut dari tepung..., agar kuasa yang ada dapat menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

12. Kata setengah orang biar berputih tulang, asal jangan berputih mata. Bagi sebahagian orang pula biar mati meninggalkan jasa dari hidup merosak bangsa.

Saya mempunyai beberapa idea untuk dibincangkan bagi strategi parti. Namun biarlah ia menjadi perbincangan dalam parti. Bagi ruang siber seperti ini ada baiknya saya buka kepada pandangan saudara-saudari untuk membahaskannya.

89 comments:

  1. Telahan sdr sebetulnya tidak tepat. Kita kena ingat bahawa undi golongan muda yang mengalahkan BN. Maka marilah kita cari solusi bagaimana mahu menarik golongan muda ini supaya 'mempercayai' BN. Sekiranya sesuatu tidak dilakukan dengan segera untuk menarik golongan muda ini.....tunggu dan lihat sahajalah nanti di pilihanraya umum ke 13 akan datang.
    Kelekaan UMNO dan BN selama ini yang hanyut dengan 'demi menjaga kepentingan diri sendiri' membuat rakyat terutamanya golongan muda bosan dan berpaling arah kepada pembangkang.
    Secara peribadi, saya sendiri tidak menyukai sdr Anwar Ibrahim dan PKR, tetapi saya tiada pilihan lain. Sekiranya ada sebuah lagi parti Melayu selain UMNO, tentu saya akan 'berhijrah' ke sana. PAS adalah parti Islam dan bukannya parti melayu!

    ReplyDelete
  2. Membuka peluang lebih,
    kepada golongan muda untuk masuk dalam Pemuda UMNO dengan lebih mudah, cepat dan dialu-alukan. UMNO nampakna kekurangan pemimpin muda lantang yang pandai berpidato untuk menangkis serangan dakyah-dakyah pembangkang.

    Teringat saya tentang pengalaman sendiri ketika memasuki pemuda UMNO di Gombak. Saya ternampak papan tanda Pemuda Umno Gombak di atas rumah kedai di Taman Permata dan naik ke atas. Sejurus masuk ke dalam pejabat saya pun bertanya bagaimanakah boleh saya mendaftar sebagai ahli?

    Bayangkan ayat pertama yang timbul sebaik sahaja saya bertanyakan begitu

    "Siapa hantar awak?"

    Saya yang menjawab tiada siapa kemudian menerangkan bahawa saya datang sini kerana saya nampak papan tanda di luar. Tiada siapa yang menyuruh saya ke sini, ketika itu saya hairan mengapa perlu ada orang untuk menyuruh saya masuk UMNO. Rupanya ianya adalah kerana hendak mendapat sokongan.

    Tak lupa juga beberapa minggu sebelum pilihanraya umum ke 12. Di hadapan markas PAS di Taman Permata kain rentang besar tertulis "Kami mengalukan sukarelawan pilihanraya PAS" dan menerangkan bagaimana hendak menawarkan diri dan sebagainya. Saya selaku ahli Pemuda yang baru ingin berkerja demi parti namun seolah tiada saluran yang mengalukan saya. Saya dengan muka tebal seolah-olah rusa masuk kampung berdiri di tengah-tengah bilik gerakan yang masing-masing sibuk berkerja berkata

    "Assalamualaikum, ehh saya ni nak jadi Sukarelawan pilihanraya, macamana nak jadi?"

    Cuba teka apa ayat pertama yang keluar....

    macam biasalah...

    "Siapa hantar awak?"

    Saya jawab "Takde siapa hantar saya."

    "Habis tu macamana awak tahu datang ke sini?"

    Akhirnya saya menjawab "Sebab dekat luar ada poster BN banyak-banyak jadi saya masuklah."

    Kemudian ada beberapa hari yang saya sendiri datang macam muka tebal berdiri situ tanpa diberi panduan ataupun kerja sehinggalah salah satu ketua cawangan menghantar saya ke bilik gerakan cawangan yang berhampiran.

    Bayangkan nak gantung poster sukarela pun susah.

    Saya ingat,
    apa kata kita, semua bahagian pemuda Selangor mualakan aktiviti rekrut secara aktif. Jalankan aktiviti perkhemahan dan bengkel untuk memantapkan lagi barisan pekerja parti dan menanam jati diri perjuangan parti kedalam golongan muda. Selangor nampak macam agak lemah dalam bab ini, tak banyak aktiviti pemuda yang telah dijalankan sejak tewas pilihanraya tempoh hari.

    Nah kini Pemilihan parti dah habis,
    apa lagi... Giatkan gerakan Pemuda kembali. Saya ada ramai Pemuda berminat, cuma tiada ruang sahaja.

    ReplyDelete
  3. dato sri (DS), mat berfikiran rasional. sememangnya senang PR menjual janji, kerana mereka tahu, jika rakyat tya sekali pun knp, masih tidak ada pembaharuan. mereka akan salahkan BN dan mereka belum lagi dapat memerintah, jadi macam mana nak buat perubahan. mat kadang2 sakit hati juga bila macam isu di belitkan. pemimpin BN guna kuasa buat cara yang rakyat tak nampak. itu dasar empiriknya. anwar ni, tgok saja masa pembebasan 13 tahanan ISA. bila anwar buat kenyataan, dia cakap pembebasan bukan cara reformasi dan bukan cara mereka.

    apa ni..mat rasa dia akan cuba untuk tutup kebaikan yang kerajaan buat, untuk menampakkan perjuangan. jika apa yang kerajaan buat baik, dia akan cakap bukan dari perjuangannya. jadi rakyat akan anggap pembebasan itu tidak ada apa2. anwar ni lah yang buat perjuang PAS dah hilang. Mat pun pelik tgk PAS, dengan ulama politik tapi kata ulama agama. Bila ayat al-quran pun digunakan raih sokongan. Bila di kata munafik, mereka marah. Tapi mat tengok mereka ni yang mengkafirkan saudara mereka, tidak menjadi masalah.

    Satu hari nanti pas akan berpecah dua, sebab mat tengok edrogan punya kumpulan semakin syok. Tambah si husam tu. Nik aziz cukup suka ikut cakap dia. Sampai presiden pas macam tak ada kuasa. bila diada muzakarah dengan UMNO-PAS, dari dulu memang berjalan lancer, bila anwar datang dia cuba haling sbab dia taknak ikatan persaudaraan islam akan menyatukan mereka. Takut orang akan tolak mereka.

    Mereka akan menjual janji selagi mampu kerana, tidak duduk pada realiti mereka tidak Nampak. Falsafah politik, adalah menyelesaikan masalah. Jadi idea itu terlalu banyak. Mat piker juga, kalu pemimpin UMNO masih angkuh dengan status mereka silalah bersedia untuk berkubur DS. Rakyat tak suka macam ni. Pemimpin terlalu sombong, terlalu tinggi statusnya. Kita bukanlah “philosopher king” tetapi kita dipilih oleh rakyat, kita demokrasi. Dari rakyat dan dengan cara rakyat (orang biasa) kita perlu kembali..

    Syukur kita tidak seperti US, ekonomi politik mereka yang mempengaruhi. Politik kalu mengancam ekonomi, maka terkuburla calonnya.

    ReplyDelete
  4. Dr,
    Walau apapun falasafah strategi yg dr berikan untuk memulihkan UMNO,ianya sudah menjadi OBE ,sudah berlalu.not much of impact kerana masa dr telah berlalu.peninggalan dari perbuatan dr semasa jadi MB terlalu banyak yg buruk walaupun ada yg baik.
    Rakyat punya banyak punca maklumat,kami sudah upaya berfikir luar dari kotak.susah untuk di kotak katik kan lagi.mesaalah besar yg ada pada kebanyakan orangx UMNO ialah kegagalan dalam mengurus ego,so cadangan saya go for EGO MANAGEMENT COURSE,terutamanya DR sendiri.

    ReplyDelete
  5. pelik. mana dr. dpt statistik ni? bukan ke undi adalah rahsia?

    ReplyDelete
  6. YB DS,

    Tolong perincikan idea-idea untuk strategi parti itu. Mungkin kami dapat tokok tambah dan beri komen.

    ReplyDelete
  7. nak tnye.....ape pandangan dato' seri terhadap menteri besar selangor yang baaru ni???? betul ker perjuangannye????

    ReplyDelete
  8. DS Dr Khir,

    Alhamdulillah kerana segelintir pertambahan oleh para pengundi melayu di perak telah sedar akan keburukan yang dibawa oleh pakatan dap,pas,pkr kepada orang-orang melayu selama sebelas bulan pemerintahan mereka.
    Dan pada kontra-nya, undi kaum cina telah berpihak kepada keruntuhan kuasa mutlak orang-orang melayu. Ini tidak dinafikan memandangkan kaum cina kebanyakannya tidak melihat naungan kesultanan melayu sebagai payung mereka. Tetapi jika diturutkan kehendak mereka maka runtuhlah segala hak-hak orang melayu seperti yang terjadi di p.pinang dimana hak orang melayu hendak dihapuskan jika boleh. Sudah tentu alasan mereka untuk melakukan ini adalah dengan menyatakan bahawa mereka hanya tidak mahu orang-orang umno yang diberi peluang menikmati ekonomi negeri-negeri yang mereka memerintah. Contohnya dengan menarik balik atau "disqualify" kontrak yang jika syarikat ditawarkan adalah dari ahli umno.
    Adakah orang- orang melayu merelakan hak-hak ini dihapuskan? Tepuk dada tanyalah selera masing-masing.
    Adalah baik jika semua jentera-jentera BN hingga keakar umbi mulakan 'turun kepadang' menziarahi kawasan-kawasan ditahluki BN dan pakatan rakyat. Calon-calon utk pru13 nanti hendaklah memulakan kerja dari sekarang. Menziarah dan mendengar serta menyelesaikan masalah dan keinginan penduduk. Ini, supaya mereka akan dikenali oleh para pengundi secara berterusan. Ziarah dan kempen hanya pada masa pilihan raya tidak begitu efektif dan hanya dilihat sebagai usaha untuk meraih undi semata-mata dan bukan mendampingi rakyat.
    Usaha untuk memaklumkan setiap kerja dan pembangunan disetiap kawasan harus diberitahu semasa lawatan ziarah ini supaya penduduk tahu siapa yang membuat pembagunan dikawasan mereka dan tidak akan dapat dipolitikan oleh pihak pembangkang untuk menghasut dan meraih undi penduduk.
    Memanglah usaha ini nampak rumit dan memerlukan tenaga yang banyak untuk pergi rumah ke rumah. Tetapi manfaat yang akan dapat diraih oleh parti adalah besar apabila tiba pilihanraya kelak.
    Bak kata pepatah- 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'

    ReplyDelete
  9. DS Dr Khir,

    Alhamdulillah kerana segelintir pertambahan oleh para pengundi melayu di perak telah sedar akan keburukan yang dibawa oleh pakatan dap,pas,pkr kepada orang-orang melayu selama sebelas bulan pemerintahan mereka.
    Dan pada kontra-nya, undi kaum cina telah berpihak kepada keruntuhan kuasa mutlak orang-orang melayu. Ini tidak dinafikan memandangkan kaum cina kebanyakannya tidak melihat naungan kesultanan melayu sebagai payung mereka. Tetapi jika diturutkan kehendak mereka maka runtuhlah segala hak-hak orang melayu seperti yang terjadi di p.pinang dimana hak orang melayu hendak dihapuskan jika boleh. Sudah tentu alasan mereka untuk melakukan ini adalah dengan menyatakan bahawa mereka hanya tidak mahu orang-orang umno yang diberi peluang menikmati ekonomi negeri-negeri yang mereka memerintah. Contohnya dengan menarik balik atau "disqualify" kontrak yang jika syarikat ditawarkan adalah dari ahli umno. Tiada kerja dan punca pendapatan bermakna lumpuh dan matilah ekonomi orang itu untuk memajukan kehidupan mereka kehadapan.
    Adakah orang-orang melayu merelakan hak-hak ini dihapuskan? Tepuk dada tanyalah selera masing-masing.
    Adalah baik jika semua jentera-jentera BN hingga keakar umbi mulakan 'turun kepadang' menziarahi kawasan-kawasan ditahluki BN dan pakatan rakyat. Calon-calon utk pru13 nanti hendaklah memulakan kerja dari sekarang. Menziarah dan mendengar serta menyelesaikan masalah dan keinginan penduduk. Ini, supaya mereka akan dikenali oleh para pengundi secara berterusan. Ziarah dan kempen hanya pada masa pilihan raya tidak begitu efektif dan hanya dilihat sebagai usaha untuk meraih undi semata-mata dan bukan mendampingi rakyat.
    Usaha untuk memaklumkan setiap kerja dan pembangunan disetiap kawasan harus diberitahu semasa lawatan ziarah ini supaya penduduk tahu siapa yang membuat pembagunan dikawasan mereka dan tidak akan dapat dipolitikan oleh pihak pembangkang untuk menghasut dan meraih undi penduduk.
    Memanglah usaha ini nampak rumit dan memerlukan tenaga yang banyak untuk pergi rumah ke rumah. Tetapi manfaat yang akan dapat diraih oleh parti adalah besar apabila tiba pilihanraya kelak.
    Bak kata pepatah- 'Tak Kenal Maka Tak Cinta'

    ReplyDelete
  10. Dr Khir,

    salam..moga sihat sejahtera..

    Analisis dato mmg menyedapkan hati UMNo yg sangka org melayu masih sukakan UMNO..

    faktor2 lain perlu di ambil kira..

    Cuba dato kira berapa ramai pengundi bawah 40 tahun yg tak dapat mengundi..seperti sahabat2 saya yang bekerja di Klang dan Shah Alam.

    SPR pilih hari mengundi hari bekerja.hari selasa pula tu..

    pengundi muda yang rata2 meluat dgn umno mereka adalah golongan yang bekerja.

    di zaman ramai dibuang kerja, siapa yang sanggup cuti dua hari untuk mengundi..cuba buat hari mengundi hari ahad.pasti lebih ramai yg turun.

    taktik ini sebenarnya untuk mengurangkan pengundi muda dr turun mengundi..yg UMNo percaya pengundi kg dan tua yg tinggal di bukit gantang pasti turun mengundi dan mengundi BN..

    setakat 1500-2500 undi melayu yg dikatakan memihak kepada BN, sebenarnya ada lebih 5ribu pengundi muda yg tidak dapat mengundi..

    terimalah hakikat, bahwa kepimpinan baru umno tidak menambah apa2 pada umno..

    momentum rakyat yg mahu umno dan BN berubah dan pro rakyat masih kuat..

    imej umno sebagai parti kontraktor dan projek perlu dikikis...

    salam

    ReplyDelete
  11. Ramai melayu mula menyokong UMNO.So sekarang masa pemimpin UMNOlah pulak tunjuk kan kerja yg baik dan tidak rasuh.Rakyat dah benci dengan pemimpin yg rasuah ni.Tunjukkan UMNO dah bersih insyaalah melayu akan kembali ke pangkuan UMNO.

    ReplyDelete
  12. Salam Dr Khir,

    jagan lupa pengundi bukan melayu menyokong pas bukan kerana percayakan sangat pada pas, tetapi kerana bencikan UMNO.Yang semakin hari semakin racist..setidak2 dilihat racist pada pandangan kaum2 pendatang ni..

    ReplyDelete
  13. Salam DSK.Rakyat dan org melayu dah mula kembali kepangkuan UMNO.Bila lagi pemimpin UMNO nak bersihkan diri dari rasuh?.Sebenarnya rakyat sedang melihat ke arah DSN mengenai barisan kabinatnya nanti.Kalau barisan kabinet DSN tak menepati kehendak rakyat insyaalah PTU 13 selamat tinggal UMNO buat selama lamaya.segala pemimpin pemimpin UMNO sekarang hanya akan jadi gembala lembu sahaja nanti

    ReplyDelete
  14. Bodoh, yang undi Melayu bukan kembali ke UMNO, tetapi telah pergi ke calon bebas, tahu? Calon bebas yang ditempatkan oleh UMNO, tetapi semua kalah teruk, walaupun masih mendapat seribu lebih undi jumlahnya. Jika Toyo tak faham Matematik atau masih tidak sedar, baiklah balik kampung tanam jagung sahaja.. Asyik nak tipu rakyat, sekarang tipu diri sendiri, memanglah malu!

    ReplyDelete
  15. Melayu kembali kepada UMNO? Cuba lihat balik keputusan Permatang Pauh dan K.T'ganu. PR setakat kehilangan 1,500 undi Melayu sahaja. tapi, kalau dianalisa secara terperinci...melayu bandar dan pinggir bandar...terutama yg tinggal di taman2 perumahan masih memihak PR. Hanya melayu kampung saja nampaknya begitu setia dgn umno.

    ReplyDelete
  16. Datuk Seri,
    Saya bersetuju dgn Datuk Seri yang undi Melayu untuk BN meningkat berbanding PAS.Cuma saya lihat mood 2008 masih ada, dan menurut Pengarah Pilihanraya PAS, undi Melayu meningkat ketara di kawasan yang lebih pedalaman berbanding undi di kawasan Bandar cenderung kepada PAS. Ini kerana pengundi Melayu di kawasan agak pedalaman cuma menerima maklumat daripada TV,RTM,TV3 dan akhbar tempatan seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Sementara golongan Melayu di bandar lebih terdedah kepada media baru. Begitu juga dengan undi golongan muda dan berpelajaran lebih cenderung kepada PAS berbanding BN. Pengundi muda berperanan sangat besar dalam menentukan keputusan PRU 13 akan datang.

    ReplyDelete
  17. Konsep "Unity in Diversity" yang selama ini berjaya dimakmurkan oleh Barisan Nasional semakin tercabar kebelakangan ini kerana:-

    1. Pengkhianat dari kalangan puak Melayu sendiri berjaya menghasut kaum Cina dan India untuk melihat kembali dan merubah kedudukan mereka didalam konteks hubungan dan status kaum mereka dibawah Barisan dan kerajaan. Pengkhianat ini yang berjaya memberikan harapan bahawa mereka mampu merubah kedudukan ini. Keyakinan ini dikuatkan dengan helah membawa dua puak ekstrem PAS dan DAP untuk duduk bersama dalam satu Pakatan. Mereka nampak ada kekuatan dan percubaan tersebut hampir berjaya apabila berjaya menumbangkan BN di 5 negeri dan mengurangkan majoriti di Parlimen. Hakikatnya komplot itu hampir berjaya. Nasib menyebelahi BN dan jika langkah drastik tidak berlaku, PRU 13 serangan akan lebih teratur. Risiko ini tidak mendatangkan rugi kepada kaum Cina dan India kerana jika gagal sekalipun BN tetap akan menjaga kehendak mereka. Jika berjaya senario nya akan sangat berbeza jika mereka dibawah BN. Itu risiko yang mereka ambil bukan kerana mereka mahu TETAPI kerana diusulkan oleh Pengkhianat Melayu sendiri.

    2. Katakanlah apa sahaja, tetapi hakikatnya apa yang dilihat hari ini, rakan komponen yang mewakili kaum Cina dan India, tidak membantu BN. Mereka gagal memuaskan hati dan gagal memberikan khidmat menjaga kepentingan kaum mereka sepatutnya. Sebaliknya mereka berjoget ikut rentak musuh dan acapkali menuding jari menyalahkan UMNO dan BN daripada melihat kepada diri mereka sendiri dan bertanya kenapa kaum mereka menolak parti mereka.

    Representasi dan keadilan untuk semua memang sudah termaktub didalam Perlembagaan mahupun segala dasar yang dijalankan oleh BN selama ini. Yang kurang ialah kecekapan dan kecuaian pertanggungjawapan. Ini soal perlaksanaan bukan soal silap pada Perlembagaan, dasar ataupun permuafakatan BN. Jadi kalau perkara asas dipegang utuh oleh semua, kepincangan senang diperbetulkan. Jangan sampai jadi tikus membaiki labu, akhirnya serabut.

    ReplyDelete
  18. Saya setuju Datuk.Ibarat menarik rambut dalam tepung. Ada lorong keluar dari perangkap kemelut melayu. Tapi segalanya bergantung kepada orang umno untuk berubah. Andai ia masih seperti sekarang, hanya bersembang tapi tiada pelaksanan.. Pru akan datang, umno hanya akan jadi bahan sejarah.

    Pengundi bukan melayu mengundi Pas bukan mereka sokong pas tapi kerana Anwar menawarkan segala-galanya untuk mereka. Itu tawaran paling lumayan untuk mereka.

    Andai umno berkerja dari sekarang, cawangan digerakan saya yakin hasilnya dituai pada pru akan datang.

    Pendapat saya, inilah kelompok muda hasil produk pemerintahan Hishamudin. Mereka mengabaikan golongan muda dengan tidak melakukan apa-apa aktiviti. Dan akhirnya bila mereka layak mengundi... mereka berpaling kepada pembangkang.

    Umno kena bermula dari mana ia bermula.Aktiviti kemasyarakatan perlu diperhebatkan. Tapi sehingga sekarang saya melihat umno hanya berpeluk tubuh.

    Sikap pemimpin umno juga amat mengecewakan. Tidak memberi peluang kepada orang muda untuk bergerak aktif, tidak boleh bertukar cawangan, tidak membenarkan kemasukan orang yang mampu memberi saingan, gila kuasa, tidak membenarkan cawangan baru dibuka, kerajaan negeri tidak meluluskan JKKK baru, berpuak, pemimpin tidak berkarisma atau tidak turun padang.... dan saya rasa banyak kelemahan perlu diperbaiki.

    Gunakan belia sebaik.

    ReplyDelete
  19. DS, TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PENJELASAN ATAS KEKALAHAN BN DI BKT GANTANG. SAYA PERCAYA UMNO AKAN KEMBALI PULIH MENJELANG PRU 13 NANTI.UMNO MESTI SEDERHANA DEMI KEAMANAN NEGARA BUKAN PKR CUMA RETORIK AKHIRNYA NEGARA BANGSA TERGADAI.YA ALLAH.. PULIHARALAH NEGARA MALAYSIA DARI KEMUSNAHAN YANG DIPELOPORI OLEH PKR INI. AMIN...

    ReplyDelete
  20. Saya juga tertanya apakah UMNO bersedia mengorbankan kedudukan dan kuasa untuk perjuangan agama dan bangsa. Atau mencari jalan berkompromi, seperti menarik rambut dari tepung..., agar kuasa yang ada dapat menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara.

    Boleh Datok perjelaskan maksud di sini?

    ReplyDelete
  21. melayu yang x berpelajaran jer yang sokong umno..........

    ReplyDelete
  22. RASUAH = UMNO
    UMNO = RASUAH

    renung-renungkan lah...

    ReplyDelete
  23. A'kum Datuk Seri

    Teruskan usaha dan selalu cakap pasal sokongan Melayu kepada UMNO meningkat. Ini sngat penting. Terus cakap benda ini selalu. Bagi data kepada seluruh rakyat Melayu. Terus bagi data ini. Jangan takut kehilangan sokongan Cina dan India, Yang paling penting sokongan Melayu akan pastikan UMNO relevan di Malaysia.

    ReplyDelete
  24. dr.khir

    akhirnya pakatan menang di semenanjung dengan majoriti bertambah dibukit gantang bertambah hampir 80%...

    jgnlah dr khir nak kaitkan isu perkauman disini.
    kita sudah berada di dunia politik baru..

    soal melayu undi sapa xperlu timbul..yg kita perlu lihat semangat Malaysia...kenapa dr.khir masih berfikiran sempit?bersifat perkauman begini?

    kita rakyat malaysia,mengapa di agihkan melayu begitu..bkn melayu begini...undi tetap undi..

    jgn disebabkan artikel ini nanti boleh menyebabkan dr.khir terus kecundang dlm arena politik baru yg berbilang bangsa skang..

    mana semangat perubahan yg diwar2kan umno-bn?
    mengapa soal perkauman sempit begini masih minat menjadi perbualan dr.khir?



    sila buka mata pemimpin BN...

    kerajaan yg baik kita sanjung...
    kerajaan yg jahat kita sisih...

    cukuplah apa BN dah buat...
    belajar dari kesilapan...

    mana yg baik utk rakyat kami rakyat akan
    pangkah utk pilihanraya nanti...

    jika BN mahu berubah..
    pasti ramai akan kembali megundi BN..

    tapi jika masih di takuk lama..
    maaf jika saya katakan BN akan kecundang pula di PRU13

    ReplyDelete
  25. Salam Dato,

    3 pilihanraya kecil ini sebenarya hanyalah kayu pengukur semasa dalam menentukan kecenderungan pengundi. Mengalih mentaliti atau fikiran orang bukanlah mudah namun saya percaya ada setengah orang berubah2 dan bergantung pada keadaan. Berapa lama masa yang ada sebelum PRU-13 ? dalam masa ini pelbagai isu boleh berlaku yang mana sama sekali boleh mempengaruhi para pengundi semua. Percaya atau tidak , dalam keadaan sekarang semakin ramai orang yang cuba mencari kelemahan kerajaan dan tak kurang juga kelemahan pembangkang. Mereka menilai dan akhirnya keliru. Maka lahirlah golongan yang berada diatas pagar yang samada keliru atau dikelirukan. Pergi mengundi tapi memangkah tanpa niat atau penyumbang pada undi rosak.

    http://katahill.co.cc

    ReplyDelete
  26. KENAPA PAS MENANG PRK N.59 BUKIT GANTANG..??



    A. NIZAR @ PAS = 21,860 orang yang mengundi dia

    B. ISMAIL @ UMNO = 19,071 orang yang mengundi dia



    C. 1) Pengundi MELAYU@ISLAM

    a) orang melayu@islam yang vote PR: 7,906 orang @ 30%

    b) orang melayu@islam yang vote BN: 18,095 orang @ 70%

    2) Pengundi CINA

    a) orang cina yang vote PR: 10,547 orang @ 95%

    c) orang cina yang vote BN: 556 orang @ 5%


    3) Pengundi INDU

    a) orang indu yang vote PR: 3,361 orang @ 90%

    c) orang indu yang vote BN: 374 orang @ 10% 4) Pengundi LAIN-LAIN

    a) orang lain-lain yang vote PR: 46 orang @ 50%

    c) orang lain-lain yang vote BN: 46 orang @ 50%





    KENAPA PKR MENANG PRK N.25 BUKIT SELAMBAU..??



    D. MANIKUMAR @ PKR = 12,632 orang yang mengundi dia

    E. GANESAN @ BN = 10,229 orang yang mengundi dia



    F. 1) Pengundi MELAYU@ISLAM

    a) orang melayu@islam yang vote PR: 2,872 orang @ 32%

    b) orang melayu@islam yang vote BN: 8,895 orang @ 68%

    2) Pengundi CINA

    a) orang cina yang vote PR: 3,750 orang @ 90%

    c) orang cina yang vote BN: 416 orang @ 10%
    3) Pengundi INDU

    a) orang indu yang vote PR: 5,676 orang @ 85%

    c) orang indu yang vote BN: 1,001 orang @ 15%


    4) Pengundi LAIN-LAIN

    a) orang lain-lain yang vote PR: 334 orang @ 95%

    c) orang lain-lain yang vote BN: 17 orang @ 5%



    APA NAK JADI DENGAN MELAYU? BERSATULAH WAHAI MELAYU DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA.

    ReplyDelete
  27. BN ditubuhkan oleh parti komponen yang mengikut kaum. BN tidak boleh lari dari prinsip ini. Tetapi saudara kena ingat juga bahawa PR juga sebegitu. Parti PAS PKR dan DAP juga berteraskan kaum pada permulaan penubuhannya. Tak salah jika saya katakana PAS masih kekal sebagai parti melayu dalam PR manakala PKR kini dibanjiri oleh kaum India setelah mereka hilang kepercayaan kepada MIC. DAP sememangnya diketahui dipelopori oleh kaun Cina, Cuma terdapat segelintir kaum Singh dan India.

    Cuba kita tanya diri kita dimanakah kedudukan kita sekarang? Apa yang telah kita kecapi? Apakah kita mempunyai majikan? Siapakah majikan kita? Sekiranya saudara orang Melayu sanggupkah saudara mengadai kedudukan anak bangsa saudara?

    Apakah PAS dan PKR mampu membela nasib melayu sekiranya BN berkubur dalam PRU13. PAS sanggup tarik balik hukum hudud apabila di gertak oleh DAP. Nizar sanggup menafikan PAS berhajat membentuk kerajaan Islam dalam sidang DUN sambil wakil rakyat DAP menepuk meja tanda suka. Di manakah letaknya maruah agama bangsa.

    BN yang diterajui UMNO telah memberi kemakmuran untuk semua rakyat sepanjang merdeka. Kaum Cina telah berjaya menguasai ekonomi Negara. Kaum India telah banyak yang berjaya menjadi ahli professional termasuk doktor dan peguam. Memang masih ramai India yang miskin di lading, tetapi berapa ramaikah orang Melayu yang masih miskin di luar bandar?

    Sokongan pemuda memang merosot kepada BN. Kenapa? Kerana pemuda telah menghirup udara kemakmuran Negara uang dibawa BN sejak dilahirkan. Tiada cabaran dan kesengsaraan bagi mereka, sebaliknya merekalah yang menjadi cabaran dan kesengsaraan bagi BN. Bagi golonan ini berkempen untuk PR lebih menarik bagi mereka kerana boleh berkelakuan kurang ajar seperti calon mereka dan boleh rasa gempaq macam ketua mereka.

    ReplyDelete
  28. Salam DSKT,

    Kita sangat suka dan mudah labelkan seseorang Melayu itu sebagai "PENGKHIANAT BANGSA" hanya kerana dia mengundi atau menyokong pihak selain UMNO/BN. Padahal, ahli-ahli UMNO sendiri mengamalkan rasuah tetapi tetap disanjung tinggi. Bukankah perasuah itu "PENGKHIANAT AGAMA"...? Siapa lebih teruk antara pengkhianat bangsa atau pengkhianat agama?

    ReplyDelete
  29. Salam DS,
    Alhamdulillah baru selesai pengumuman barisan kabinet baru DS Najib. Saya terus ingin meluahkan rasa di blog DS.
    Saya berpuas hati dengan barisan kabinet baru. Dengan tidak melantik KJ bermakna DS peka kepada laungan rakyat meskipun KJ menang ketua pemuda. Shahril Samad juga gugur. Alhamdulillah ramai tak suka dia. Mula sibuk dengan surat letak jawatan lepas tu cakap pulak tempoh setahun tak cukup untuk laksana agenda dia...sudah la...rakyat susah harga barang naik bukan dia turun padang sangat....asyik dok komen kat kerusi empuk...sekekali turun kat carefour atau giant...umum penurunan harga barang...cuba pegi check barang apa yang turun harga...!!! barang-barang makanan melambung tinggi...pegi pulak kat kedai-kedai kat kampung...harga sardin cap ayam yang dulu 4 ringgit lebih dan jadi 5 ringgit lebih dan ada sampai 6 ringgit...(kesilapan besar kerajaan DULU menaikkan harga minyak dalam keadaan tergesa-gesa...menyebabkan harga barang melambung naik dan bila harga minyak turun...harga barang tak TURUN-TURUN!Akhirnya rakyat yang merana dek sikap kerajaan..Sepatutnya harga minyak sekarang jauh lebih rendah dari harga terakhir sebelum kenaikan berlaku..kemi bukan nak duit 6 ratus lebih tu...buat apa kalau bagi 6 ratus lebih tu tapi hakikatnya belanja kami sebulan naik berlipat kali ganda akibat semuanya naik..!!Tol naik...letrik naik...nasib baik air kerajaan PR kasi diskaun...lega la sikit..itu pun BN dok sakit hati...kata kerajaan rugi la...rakyat membazir la...tapi hakikatnya...rakyat merasa sedikit lega...hati rakyat yang kena jaga bukan hati Tan Sri Rozali...dan mereka-mereka yang sekonco dengannya!!Terima kasih Tan Sri Khalid sebab prihatin! Yang baik kami kena kata baik..tak boleh nak tipu..!!) Itu sebab utama rakyat MARAH SANGAT! dan banyak lagiiiii.....!!!!!!dan lagi dan lagi dan lagi...
    Kini harapan kami menggunung tinggi kepada barisan baru ini dalam mengambil hati rakyat bagi memastikan kemenangan PRU13. Percayalah DS jika barisan baru ini berjaya meyakinkan kami...PASTI kami bersama BN kembali...
    - pemimpin jangan bongkak
    - banyakkan ruang antara pemimpin dengan rakyat dalam erti kata..pemimpin perlu selalu turun padang dan banyakkan aktivi-aktiviti yang boleh menyatukan pemimpin dan rakyat... jangan lepas ni susah nak nampak batang idung
    - peka kepada masalah rakyat...usaha-usaha seperti DS dan Tun Mahathir mengujudkan blog dan memberi laluan rakyat meluahkan perasaan sangat-sangat dipuji..Ada menteri tu mula-mula ada blog dan rakyat boleh komen...dah lama jugak saya tak buka...last-last saya buka taip nama menteri tu keluar pulak Donald Trump...Dah tutup la tu (dia dah sekaya Donald Trump barangkali!!)...tak sanggup kena hentam dengan rakyat...kata nak prihatin nasib rakyat...pegilah menteri tu...nasib baik tak terpilih lagi...bagus...dia pun dah cukup kaya!!!Luahan-luahan di blog-blog ni penting bagi menilai tahap mana rakyat bersama kerajaan. Melalui komen-komen di blog DS ni saya rasa DS pun tahu sejauh mana rakyat marah...MAJORITI tu DS...rakyat MARAH! Kalau luahan rakyat ni tak diambil kira dan pemimpin syok sendiri...maka saya sarankan tutuplah blog-blog pemimpin dan tak payah lagi kami komen. Kami pun sebenarnya penat menulis tapi kalau apa yang kami tulis dibuang ke longkang dan pemimpin buat keputusan tanpa ambil kira luahan dan masalah rakyat maka sama saja macam dulu. Blog merupakan platform TERBAIK interaksi antara pemimpin dan rakyat secara terus!!Syabas bagi pemimpin yang ada blog dan kami boleh komen.!!
    -Dikalangan pemimpin UMNO mestilah dilantik pemimpin yang benar-benar BERILMU! Bukan nak menghina yang tak sekolah tinggi tapi semua pun maklum tanpa ILMU macammana nak memacu negara yang tentunya memerlukan tahap penguasaan ilmu yang tinggi bagi merencana agenda yang mantap bagi mencapai wawasan 2020..Ada menteri tu cakap inggeris pun tak tau ada hati nak tanding jawatan tertinggi..Orang suruh belajar Sains + matematik dalam bahasa inggeris marah pulak..kena mendaulatkan bahasa melayu...tapi kisah cina baca ayat quran nak raih undi tak pulak diaorang kisah..siap senyum dan tepuk tangan lagi PARA MELAYU YANG ADA PADA MASA TU..MELAYU TAK GUNA.!!! Ada YB yang menang dalam PRU12 tu seorang PAR(dalam jabatan kerajaan PAR tu kira opis boy gitu)..
    Ada satu dialog...kisah benar yang saya TERdengar..."pakcik, Sabtu ni datang la rumah ada kenduri...YB pun ada tau...boleh kita sambut YB tu..."(YB tu merujuk PAR tu ler..).. Jawab pakciknyer..."Ah...buat apa...YB bodoh tu..."..(sipakcik ni bukan menghina...tapi marah macammana orang macam ni boleh jadi pemimpin...nampak sangat la UMNO ni teruk...lepas tu siap nak kena iring pemimpin tadi siap kompang bagai...!!!Saya paham maksud pakcik dimana dialog yang saya tak sengaja terdengar!! Tengok aja parti MCA, Gerakan dll...pemimpin diaorang terdiri dari mereka-mereka yang berpendidikan tinggi!! Tapi kalau berpendidikan tinggi sampai ke OXFORD pun tapi perangai tak elok dan jadi kebencian orang... orang macam ni pun kita TOLAK. Biarlah BERSIH segalanya..bukannya tak ada dosa...itu maksum namanya...cuma para rasul aja yang maksum..DS maklumlah pemimpin macammana rakyat mahukan!
    Akhir sekali saranan saya janganlah disia-siakan segala pandangan rakyat dalam blog-blog DS ni..Elok di print dan buat kajian berdasarkan tajuk-tajuk...apa yang menyebabkan RAKYAT MARAH...bawalah ke meja mesyuarat dan dari situ ambillah tindakan yang perlu...dan BERUBAHLAH SEBELUM DIUBAH TOTALLY..Ini dah separuh di ubah...pun BN masih dok lena lagi...(tapi tadi tengok DS Najib bersemangat dan begitu juga semangat kami dan harapan menggunung ada ada PERUBAHAN dalam corak pentadbiran BN!)
    Kata Dato Mustapa...dia lebih suka minum di warung-warung agar dapat bersama rakyat. Itulah sebaiknya...tak ada protokol sangat antara pemimpin dan rakyat...(kecuali urusan rasmi kami pun faham)
    Ok ye DS...Mohon maaf jika terkasar bahasa...ucapan TERIMA KASIH dari lubuk hati saya kerana memberi ruang kami komen...harap keterbukaan DS berterusan dan disusuli perubahan...Tolong sampaikan kepada mereka-mereka itu waktu meeting yer DS..Teruskan perjuangan DS moga mendapat kejayaan-amin

    ReplyDelete
  30. Tak sangka Dr. bukan sahaja muka tebal malahan pandai buat lawak. Mungkin hasil daripada lawatan teknikal di disneyland kot..

    Hahaha..

    UM-No sebenarnya hanya mendapat undi daripada:

    1) Orang-orang tua yg lahir sebelum merdeka yg melihat umno parti yg memberi mereka kemerdekaan.

    2) Orang melayu, cina & india yang tebal sifat rasis nya.. Kenapa cina tak mengundi Um-No, sebab pada masa yang sama Um-No berkempen - PR bagi tanah pada cina. Kan ke bangang namanya kalau tak mengundi PR Dam diulang-ulang banyak kali. Sebab Um-No sendiri yg bagitau bleh dapat tanah. Salah sapa tu?

    3) Politik janji jalan raya turap baru, balai raya baru @ boleh diistilahkan poltik 5tahun sekali nih tidak lagi boleh diterima masyarakat. Ketika BN sibuk mencanangkan sentimen tertentu, PR lebih nampak kepada apa yang mereka mahu buat & kerana track record setahun mereka yg NAMPAK berbanding 50tahun pemerintahan BN, jelas rakyat bukit selambau tinggi IQ & EQ nya..

    ReplyDelete
  31. Salam Dato’ Seri

    Salam perkenalan. Saya OKJ. Kali pertama saya memberi komen dalam blog Dato, tapi dah lama dah melayarinya.

    Pertama saya minta maaf sebab saya ada membangkitkan isu penyapu didalam blog ‘scribe’. Ialah kakitangan kerajaan akan begitu terasa bila dilakukan demikian.
    Saya setuju dengan Dato’ Seri yang pengundi melayu mula balik ke pangkuanUMNO. Tapi kadarnya slow sangat. Kena lakukan sesuatu. Saya dah bagi banyak idea dalam Blog Dato’ Kadir. Ada yang OK dan ada yg merapu. Biasalah tu ‘brain storming’. Kalau Dato’ Seri sudi bolehlah saya ulangi dalam blog Dato’ pula.

    Punca sebenarnya non Malay tak sokong BN ialah sebab UMNO dikatakan lemah. Saya ada banyak kawan non Malay dan mereka cuma baik bila kita ada kelebihan je. So, untuk menarik balik pengundi non Malay ke BN cuma dengan satu cara saja iaitu kukuhkan balik UMNO. Selagi itu, jangan harap non Malay akan baik dengan kita. Sekarang Dato’ Seri boleh melihat sendiri siapa musang berbulu ayam. Sekian TQ.

    ReplyDelete
  32. dulu lain sekarang lain.....


    demi kebenaran....hidup melayu....hidup melayu...hidup melayu.....

    ReplyDelete
  33. Masih tak mahu berpijak di bumi nyata....

    Ini jugalah alasan2 yang diberikan sejak PRU 9,

    Dulu dengan undian yang kurang dari 3000-4000 undi kepada pembangkang, sehingga sekarang pembangkang sudah melebihi dan mempunyai majoriti keatas BN.

    Lihatlah peningkatan sokongan kepada mereka...

    Sedangkan saudara sendiri pun kini sedang memecah belahkan sayap Pemuda UMNO.

    Dan saudara tahu ke berapa ramaikah ahli2 UMNO sendiri yang mengundi pembangkang...?

    Undi itu rahsia dan alasan saudara hanyalah Hayalan dan sedang bermimpi di siang hari...

    ReplyDelete
  34. kelakar betul bila baca sesetengah komentar fanatik umno, yang mengatakan kemusnahan malaysia dipelopori oleh pkr. wahai encik yang mengeluarkan pandangan sedemikian, suka saya bertanya adakah negeri selangor sekarang sedang menuju kemusnahan?

    saya ni orang johor, selama umur saya hidup ni diperintah oleh juak-juak umno ni. encik tahu apa jadi? tahniah la sebab johor dapat nombor satu dari segi jumlah HUTANGNYA. huiii bangganya saya.

    ReplyDelete
  35. salam Dato',
    terlebih dahulu , saya adalah salah seorang pengundi di parlimen bukit gantang.sedikit panangan peribadi punca kekalahan:-
    1-polis yg terlalu ramai sehingga kereta perisai pun masuk kampung(mcm nak perang).org kg merungut dgn menuduh kerajaan mangarah KPN berbuat demikian bg menakutkan org kg.
    2-para menteri2 kanan yg dtg berkempen bagaikan tidak respect keadaan org kg yg mementingkan diri berkonvoi,berescot mementingkan diri di laluan trafik.Bagaikan jalan raya milik mereka."lowprofile" lah sikit jika ingin menarik hati org2 kg.
    3-penggunaan media terutama berita perdana di TV1&3 yg sanggup menayangkan ucapan anwar ibrahim 15tahun lepas yg memuji UMNO.Org dah bijak sekarang ni.Tentulah anwar memuji UMNO ketika itu kerana dia berada di dlm kerajaan.Ini adalah normal bg semua umat di dunia ini yg akan mengubah fikiran jika dia diaibkan oleh rakan sendiri.kenapa bodoh sgt sehingga cerita itu pun nak keluar TV?
    *rasanya punca2 diatas sedikit sebanyak telah menyebabkan BN kalah.dan jika ditakdirkan ada salah satu wakil rakyat perak tak panjang umur dlm masa terdekat ini, dan PRK sekali lagi, saya pasti PR akan kembali memerintah...

    ReplyDelete
  36. DS sedayanya cuba menganalisa dari sudut yg positif dari perspektif BN & Umno. Namun hakikat yg pahit ialah kekalahan 3 kali berturut2 dlm pilihanraya kecil parlimen untuk parti pemerintah, rasanya agak keterlaluan & memalukan, don't you think? Jangan asyik dok cari madu, cari la hempedu sama walaupun meloyakan untuk ditelan. Go back to basic. Untuk membela rakyat. Bukan untuk kepentingan lain. Bila itu berlaku maka rakyat akan kembalikan kepercayaan kepada Umno, insyaAllah. Pejam mata bersihkan hati. Nawaitu kerana Allah. Respect got to be earn. Jangan cakap tak serupa bikin. Be honest DS.

    ReplyDelete
  37. kayrolldin.. mat rasa anda tak faham di mana undi rahsia sebenar.. contohnya,mat undi PAS, orang lain tak boleh tahu.. dan benda tu tak boleh didedahkan.. kalu mat pegi minta jumlah pengundi pada pilihnraya bukit gantang secara detail. kita nak data jumlah pengundi muda terhadap PR dan BN. macam mana kita tahu. sebab kita guna saluran.. cth saluran 5 & 6 untuk pengundi muda. jadi kita tahu. cuma kita tak tahu undi individu..
    mat rasa tuan hamba kena byk membaca..

    ReplyDelete
  38. Salam DS Dr Khir,

    Soalan: Apakah yang perlu UMNO dan BN buat untuk kembali menjadi sebuah parti yang disegani?

    Pada hemat saya:

    1 - Beristiqamahlah. Kembalikan pada AlQuran dan AsSunnah.

    2 - Banteras rasuah secara besar-besaran dalam UMNO. Kerana rasuah, UMNO hari ini dilihat sebuah parti yang lemah oleh pihak lawan mahupun kawan.

    3 - Pemimpin serta ahli UMNO wajib "Bersatu, Khidmat dan Setia" kepada parti. Elak sengketa dan perpecahan dalam parti.

    4 - Menarik pengundi atas pagar, muda dan bukan bumiputra untuk mendekati UMNO/BN.

    5 - Menangkis segala dakwaan musuh dengan cepat, berfakta dan berkesan melalui pelbagai sumber samaada media cetak mahupun elektronik. Pentas2 ceramah perlu digunakan sebaik yang mungkin.

    Doa dan harapan saya agar UMNO terus dan bertambah utuh menjadi tulang belakang utama politik di Malaysia ini.

    Jasa Sultan dan UMNO kepada Agama, Bangsa dan Negara selama ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun termasuk mereka yang berjiwa membangkang.

    ReplyDelete
  39. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  40. DS Khir,
    siapa kata undi melayu tak meningkat untuk PAS? Dato jgn nak sedapkan hati saja sebab kalah. Dato mintak orang2 Dato check balik, setahu saya dari analisa yang dibuat, undi melayu ketara meningkat mengundi PAS berbanding undi melayu yang menyokong UMNO.Terimalahlah Dato yang UMNO telah di tolak rakyat khususnya orang melayu

    ReplyDelete
  41. di kawasan trong dan changkat jering yang majoritinya melayu, UMNO cuma dapat pertambahan hanya 500 manakala PAS dapat pertambahan 800. macam mana DS cakap undi melayu kepada pas berkurangan?

    ReplyDelete
  42. Salam DSKT,
    Kekalahan demi kekalahan yang menimpa BN, daripada PRU12 hinggalah 4 PRK lalu, adalah suatu bencana kepada BN yang memerintah. Hal ini demikian kerana, kekalahan itu berpunca daripada rakyat sepenuhnya walaupun pihak pemerintah menggunakan pelbagai kelebihan yang dimiliki untuk mempengaruhi rakyat yang mengundi. Ironinya, dengan kelebihan itu, pemerintah (BN) tidak berjaya mempengaruhi rakyat yang jelas sudah menanam dan memagar pendirian mereka tentang calon yang dipilih. Inilah bencana yang dimaksudkan.

    Dengan tumpuan yang lebih dapat diberikan kepada PRK ini (berbandng PRU), BN tidak harus kalah. Jadi, mengapa kalah?

    Sebenarnya, BN (UMNO, maksud saya) sangat mengutamakan puak walaupun dalam kalangan Melayu. Rakyat benci ini. Sangat benci! Prinsip demokrasi ala BN-UMNO ialah, rakyat yang menyokong akan dapat bantuan, rakyat yang dikenal pasti membangkang (walaupun miskin) bye, bye! Bertahun-tahun kezaliman dan kesilapan dalam memahami erti demokrasi ini berlaku dan tertanam dalam UMNO-BN. Rakyat tiada upaya menentang (lihat kes Kampung Berembang).

    Lebih buruk lagi, amalan puak ini sangat berkuku sewaktu DSKT di tampuk pemerintahan. Dari Sabak Bernam hinggalah ke Hulu Langat, seolah-olahnya, orang yang seketurunan dengan DSKT sahajalah yang layak diangkat sebagai ADUN dan MP. Warno Dogol, Noriah Kasnon, Markiman Kobiran, Bushro, Mohd Sayuti, Amerudin Setro, Ismail Kijo, Fathil Daud, Amran Kasimin, Satim Diman, Rahman Palil, Hasimah Sidom adalah antara senarai panjang itu. Hal ini tidak harus berlaku dalam suatu parti yang bertunjangkan Melayu. Kebencian dan permusuhan dalam kalangan sesama puak (MELAYU) akan bertunas dan berakar dan bertunjang dalam UMNO.

    Kekalahan akan berlarutan jika hal ini tidak dijadikan iktibar dan pemuka yang ada sekadar memicingkan mata dan menulikan telinga terhadap pandangan orang lain. Tidak percaya? Tuan dah buat, Tuan dah lihat, Tuan dah pun dapat!

    ReplyDelete
  43. Sdra.cuba lihat dari sudut ini..
    ahli umno seharusnya berpihak pada umno begitu juga penjawat jawatan kerajaan yang makan gaji dengan kerajaan BN pimpinan umno.mereka-mereka ini seperti dalam kendongan umno..

    Golongan muda menjadi sasaran untuk di kejar bagi menyokong umno.mempercayai perjuangan umno seterusnya menerima umno sebagai wadah perjuangan dan masa depan mereka.

    Apabila ada kalangan ahli dan penjawat tadi hilang kepercayaan mereka kepada umno atas sebab-sebab hanya mereka yang tahu...maka tercicirlah apa yang umno kendongkan..

    Begitu pula berapa kerat golongan muda ini dapat di pikat,di kejar oleh umno khususnya pemuda dan puteri bagi mendapatkan sokongan mereka kepada umno atau sekurang-kurangnya menerima perjuangan umno..??? maka tak dapatlah apa yang di kejar.

    Demikianlah nasib umno..terpaksa menelan pepatah melayu..Yang Di Kejar Tak Dapat,Yang Di Kendong Keciciran..

    Telah banyak perkataan REFORM kita dengar..dan tetap juga kita tewas di Permatang Pauh,Kuala Terengganu.Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau..
    Sdra lebih maklum kerana pernah menjadi pemimpin negeri,pernah berada dalam MT..pernah di dalam pemuda..terlibat banyak agenda politik negara khususnya politik umno sendiri..tetapi apa REFORM yang benar-benar kita buat supaya umno itu sebuah parti perjuangan sejagat bukan perjuangan untuk melihat poket terisi sebanyak mungkin.

    Saya percaya segala yang belaku ini ada iktibar dan hikmah..akan tetapi apa guna iktibar dan hikmah andainya orang-orang umno yang melaung-laungkan REFORM itu sendiri tidak betindak dan bekerja ke arah itu ????????

    Dan Tak Dapatlah Apa yang Di Kejar..Lebih Malang Lagi Tercicirlah Apa Yang Di Kendong

    ReplyDelete
  44. Isu utama yang perlu ditangani UMNO dlm memastikan tidak tewas dlm PRU13.

    1. Isu moral PM baru dijawab "SEJELAS-JELAS"nya. Ingat rakyat akan memilih parti berdasarkan keperibadian dan "bersihnya" pemimpin NO.1 nya.

    2. Orang Melayu kini akan memilih parti yang lebih suka "MENGHAYATI" Islam. UMNO amat-amat KURANG ciri-ciri itu !!!

    3. Orang Cina dan India merasakan mereka akan rugi jika terus bersama MIC, Gerakan dan MCA. Kita kena yakinkan semula mereka bahawa DAP & PKR adalah pilihan silap..


    Jangan berpura-pura.... jika betul-betul sayang UMNO …… dan jika tiga isu ini tak dapat ditangani, percayalah UMNO hanya ada 3 tahun lagi menjadi kerajaan....

    Aku amat sayangkan UMNO... Tolong ambil tindakan segera.

    ReplyDelete
  45. apala masih lagi nak laungkan hidup melayu hidup melayu ni?
    Kita semua makhluk tuhan!!

    bila nak menghadap tuhan nanti takde nak kira nya ko melayu ke cina ke india ke dan lain-lain!!

    ingat bila masuk kubur nanti malaikat tanya ke "ko ni orang melayu ke?" .. sebab untuk orang melayu ada special treatment...

    apasal la UMNO ni tak paham2 lagi! Padahal baru ja ada slogan baru 1Malaysia .. tapi sebenarnya UMNO masih racist!!!

    Hidup Rakyat la!!

    ReplyDelete
  46. saya dahulunya memang karat umno sehingga selepas kahwin, sedara sebelah isteri pandang lain macam saja sebab fanatik dgn umno keterlaluan.

    skg umur pun dah 45 dan telah masuk PAS 3 tahun lepas.alhadullilah dikeliling ol;eh org org yg beriman dan ilmu islam yg tinggi, rajion pergi surau dan majlis ilmu,alhadulilah hidup rasa aman dan tenang.

    percaya kepada yg ada asas sikit islam, cubala berkawan dgn org PAS secara ikhlas dan jujur, inshallah kamu tidak akan menyesal

    btw, saya seorang engineer dan isteri seorg doktor.

    terlalu byk fitnah terhadap nizar, sy respect nizar kerana menghadapi semua ini dan masih tenang, tau sebab apa? sebab dia PAS.

    so kawan kawan hentikan slogan melayu dan kembali kpd islam.

    org dak tak pakai cerita cerita kuno.

    kalau dr khir kata pas menang sebab cina habis tu tahun 99 bn survive sebab apa?

    ReplyDelete
  47. Ipintapah,
    UMNO dikatakan rasuah. UMNO sedang membersihkannya. Macam mana pula dengan PKR dan DAP yang terang terang rasuah tetapi di bela oleh pengkhianat bangsa dan agama. Mana keadilan. Zionis mula menyerap masuk ke Malaysia namun rakyat Malaysia Islam masih tidak sedar. Selepas tergadai maruah Agama dan Bangsa, apakah gunanya untuk mnyedarkan pengkhianat-pengkhianat ini. Dato Seri perlu lebih proaktif membawa Pemuda ke arah yang lebih baik. Kekalahan dalam pertandingan jangan dijadikan alasan untuk menyepikan diri. Ianya cabaran yang amat penting untuk terus bersama Pemuda dan menorak langkah pembaharuan.

    ReplyDelete
  48. DSKT,

    Argumen DS seperti berikut:

    Melayu undi lebih umno
    Cina undi lebih pas
    Kesimpulan: PAS barua cina

    macam yg kita tahu, tahun 1999 melayu undi lebih pembangkang dan cina undi lebih umno. jadi dengan taakulan yang sama:

    Melayu undi lebih pembangkang
    Cina undi lebih umno
    Kesimpulan: UMNO BARUA CINA!!

    come on la DS. sudah terang lagi bersuluh melayu yg sokong ni yg kat kampung2 je. lagipun, melayu ke, cina ke, semua pun rakyat malaysia. UMNO ni parti racist aka apartheid ka?

    ReplyDelete
  49. dah la dato seri, tak usahlah asyik nak sedapkan hati sendiri.

    Kalah maksudnya majoriti tak terima kita. Jangan salahkan PR, salahkan lah diri sendiri dan cari punca kelemahan. Banyak sangat lagi kelemahannya. Please le dato' seri.

    Banyakkan istighfar, cari punca kekalahan BN dari kelemahan BN ok..lagi orang akan respect dato seri

    ReplyDelete
  50. DS DR KHIR,

    Saya tidak ingin menyentuh soal peribadi & perlaksanaan DS sebelum ini begitu juga komen2 lain.

    Ape yang saya nak tekankan di sini mengenai rampasan kuasa di Perak oleh Datuk Dr Zambry Abd Kadir thadap DS IR Nizar. Rakyat Perak khususnya tidak boleh menerima keputusan itu kerana membelakangkan keputusan & pilihan rakyat. Cuba DS DR KHIR buat mcm itu terhadap YAB MB TAN SRI KHALID, sudah tentu PRU 13 nnt Selangor akan sifar pembangkang(BN SELANGOR). Rakyat tolak cara rampasan kuasa yg tidak bermaruah & lahanat. Rakyat Perak khususnya menunggu masa yg sesuai iaitu Pilihanraya Kecil Bukit Gantang unuk membalas dendam & menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap BN yg menidakkan suara rakyat negeri Perak. BN Perak secara terang terangan menidakkan kuasa rakyat tetapi apabila menang Bukit Gantang, mula la kate pengundi Melayu lebih kpd puak2 BN ape lancau laa..

    Saya satu ketika dahulu penyokong kuat BN tetapi sekarang sebaliknya kerana BN ckp jer banyak, perlaksanaan lembab, tahu wat duit projek projek projek projek projek..Bearapa bnyk lg projek2..

    Ambil la iktibar drpd kekalahan sementara Allah SWT masih memberi peluang kepada DS sekalian untuk berubah demi kepentinan rakyat Selangor & Malaysia keseluruhannya.

    ReplyDelete
  51. azizi ali

    apa masalah kamu?

    1. Kalau nk suruh Melayu bersatu, bersatulah sokong PR.

    2. Kenapa kamu tengking Melayu? Suruh Melayu sokong PR supaya dapat imbangkan komposisi pentadbiran politik dalam PR.

    3. Kamu sepatutnya tidak menyuruh orang Melayu terkontang-kanting atas pentadbiran UMNO yang semakin ditolak oleh rakyat Malaysia.

    4. azizi ali, kamu ni x dengar konsep 1 Malaysia Najib? Binalah satu Malaysia yang makmur. Bukan memecah belahkan negara.

    5. Ketepikan konsep pemikiran kepartian yang sempit. Berkorbanlah utk kebaikan bangsa dan negara.

    6. Kalau betul hendak menyatukan Melayu, Melayu harus menguasai PR. Barulah PR kuat dan pasti menguntungkan orang Melayu.

    7. UMNO parti yang memecahkan wawasan untuk perpaduan negara Malaysia.

    8. Harap hal ini di ambil serius. Penghujahan ini mungkin tidak kukuh. Tapi renungkan peranan yang dapat dimainkan orang Melayu itu sendiri.

    9. Kepada dr khir, harap dr kekal berjuang dengan semangat pejuang tulen dan tidak bias. tidak semua pendapat dr betul, dan tidak semua pendapat dr salah.

    10. Ini pandangan saya sebagai seorang mahasiswa berusia awal 20-an.

    ReplyDelete
  52. Isyarat melayu sudah mula menyokong UMNO adalah perkara sihat.Ini adalah sesuatu perkara yang begitu meyakinkan melayu kita bahawa UMNO sudah diterima oleh melayu.Bukan sebelum ini UMNO tidak diterima melayu tetapi jumlahnya adalah kurang.
    Mungkin ini adalah faktor Tun mahathir kembali ke UMNO.Dan mungkin 2500 ini adalah orang2 yg mengikuti TUN Mahathir.
    Mungkin ramai lagi yg akan mengundi UMNO jika pilihan raya kecil ini di buat pada hari ahad.

    ReplyDelete
  53. Salam..

    Cuba kita fikirkan begini..
    Pepatah melayu mengatakan.."YANG DI KEJAR TAK DAPAT..YANG DI KENDONG KECICIRAN"..demikian di ibaratkan apa yang terjadi kepada UMNO mutakhir ini.

    Bila ada ahli UMNO mula beralih arah sedangkan sebagai ahli mereka seharusnya menyokong parti dan lebih malang lagi bila sebahagian besar penjawat jawatan kerajaan BN pimpinan UMNO tidak menyokong usaha-usaha UMNO untuk menguatkankan parti..maka fahamlah kita mereka-mereka inilah yang di gendong kerajaan yang telah mulai keciciran..kita tidak tahu kenapa dan hanya mereka sahaja yang dapat memberi jawapan.

    Dalam masa yang sama..kita mengejar golongan muda untuk mendekati kita...akan tetapi..berapa keratkah hasil ini di capai melalui pemuda maupun puteri ?????? lalu tak dapatlah apa yang kita kejar..

    Kita telah melaungkan REFORM dalam UMNO..tetapi siapa yang REFORM sebenarnya ?? sejauh ini apakah yang telah UMNO REFORM ??

    Sdra telah lalui zaman kegemilangan sdra...sebagai pemimpin negeri..MKT..dan terlibat dalam banyak aktiviti politik tanahair..apakah sdra dapat apa yang sdra kejar atau sdra tercicir apa yang sdra kendong ?

    Dan hasilnya telah diterjemahkan di Permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau..lalu kita masih mengatakan tidak merubah senario..sampai bila kita memujuk hati sendiri dengan nada sedemikian ???

    Sdra ada suara,masih ada sedikit bisa berbanding orang seperti saya..kenapa tidak di gunakan kesempatan ini untuk REFORM seperti yang diwar-warkan ???

    Ramai Melayu sayangkan UMNO tetapi tak ramai Melayu sayangkan pemimpin UMNO kerana sajian-sajian yang dimuatkan dalam dada akhbar telah mengoyakkan personaliti UMNO..memang benar kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit ..akan tetapi kenapa kita sedar kerana kerbau itu kita merelakan diri kita terpalit ?????

    ReplyDelete
  54. Bukit Gantang is 65% Malay and 20% Chinese. Kalau 99% Cina undi Pakatan pun, BN masih menang kalau benar sesungguhnya Melayu solid menyokong Umno. Cuba lihat setiap peti undi. Di kawasan majoriti Melayu pun, Pas memberi saingan sengit. Saya rasa fakta sebenar ialah 60% Melayu menyokong Umno dan 75% bukan melayu menyokong Pakatan. Bukit Selembau pun majoriti Melayu dan terdapat calon bebas orang Melayu, tetapi PKR menambahkan majoriti juga. Saya rasa Umno menguasai sekitar 55% undi Melayu dan peratusan ini semakin berkurang setiap kali pilihanraya kerana kemunculan pengundi baru. Cuba fikir, Kuala Terengganu 96% melayu -- kalau betul lah Melayu anti-Pakatan, mustahil mereka dapat rampas kerusi tersebut dari Umno.

    ReplyDelete
  55. Siapa gadai Pulau Pangkor Laut, Bukit Tinggi, Pulau Redang dan Genting Highlands kepada tawkey Cina? Kalau bantu Cina fakir, Umno marah. Bantu tawkey, no problem!

    ReplyDelete
  56. Universiti MCA (universiti perkauman) dibina di kampar, perak oleh Umno dan BN. Siapa kasi tanah?

    ReplyDelete
  57. Mengatakan Melayu kembali menyokong UMNO tidak berapa tepat.....sebenarnya xde perubahan...berbanding 2008. Kalo setakat swing sikit2 tu biasalaa tiap2 kali pilihan raya... pada analisis saya 40% melayu masih sokong PAS beserta 76% bukan melayu..selebihnya menyokong UMN0. Tidakkah dengan segala kelebihan bala jentera UMNO (jentera kerajaan, habuan material yang dicurahkan serta propaganda media massa perdana) sepatutnya UMNO telah pun dapat rampas Bkt Gantang!!!. Malahan dibantu oleh mantan PM TUN M lagi.

    Tak usahlah memujuk diri menyedapkan hati. Hakikatnya rakyat memang meluat kat BN. Walaupun PR bukanlah baik sangat, tapi BN terlalu buruk untuk disokong!!

    Kalo ada pun yang masih nak sokong UMNO cuma golongan tua yang makin pupus. Di mana-mana dlm PRU atau PRK, UMNO hanya dapat sokongan orang-orang tua.

    Marilah kita semua insaf....semoga Allah mengampuni kita..

    ReplyDelete
  58. Jumaat April 10, 2009

    Mahathir: BN tidak kendali baik krisis Perak

    Oleh G. MANIMARAN

    PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan cara krisis politik Perak dikendalikan, sambil menolak tanggapan bahawa Barisan Nasioanl (BN) mahu menggulingkan kerajaan "kaum Cina" di negeri itu.

    "Saya tidak bersetuju dengan cara soal (krisis politik) dikendalikan. BN dengan mudah boleh kembali mendapatkan (kerajaan negeri) Perak menerusi undi tidak yakin," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

    Beliau yang pernah mengutarakan pandangan sedemikian sebelum ini telah turut turun gelanggang berkempen di Bukit Gantang, Perak pada pilihan raya kecil yang berakhir Selasa lalu.

    Malah beliau juga berkempen menyokong calon BN di Bukit Selambau.

    Ketika berucap pada satu majlis di Simpang, Bukit Gantang Isnin lalu, bekas Pengerusi BN dan Presiden Umno ini menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

    Ketika kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang, krisis politik Perak menjadi bahan kempen utama di kedua-dua BN dan Pakatan Rakyat.

    Pakatan Rakyat mendakwa BN merampas kuasa manakala BN pula berhujah Pakatan Rakyat menderhaka kepada Sultan Perak.

    Ia mencorakkan arah aliran sokongan di kedua-dua kerusi tersebut.

    Malah ada yang mendakwa calon PAS dan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai "boneka DAP".

    Dr. Mahathir menambah, BN begitu ghairah untuk memperoleh kembali kuasa di Perak, malah sentiasa bersikap demikian bagi mendapatkan semula kuasa di kesemua negeri yang ia tewas sama ada pembangkangnya ialah Melayu ataupun Cina.

    "BN (juga) bekerja keras untuk mendapatkan balik Kelantan yang diperintah oleh (pemimpin) Melayu," katanya.

    Ujar beliau, ketika pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau BN dituduh mahu menjatuhkan kerajaan "Cina" di Perak.

    Tegas beliau, tuduhan seumpama itu bersifat perkauman sama sekali.

    Oleh itu BN, kata beliau, hanya mahu mendapatkan balik negeri tersebut yang diterajui oleh pembangkang dan tiada kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan "Cina".

    Dengan menggunakan hujah perkauman untuk mendapatkan sokongan kaum Cina, adalah jelas Pakatan jauh daripada dakwaan bahawa ia menggunakan pendekatan pelbagai kaum, kata beliau.

    ReplyDelete
  59. salam dato' seri..

    saya telah menetap di selangor lebih 20 tahun dan kini adalah seorang graduan muda yang banyak memberi ruang kepada kedua-dua pihak (BN dan PR) bagi menjelaskan isu kepada masyarakat terutamanya kepada diri saya sendiri...selain itu saya juga adalah mantan pemimpin pelajar yang sedikit sebanyak tahu kerenah birokrasi yang terdapat dalam kerajaan BN..namun bukan pengalaman saya yang tak seberapa yang ingin saya kongsikan,tetapi apa yang bermain di fikiran saya sebagai seorang rakyat selangor..

    Y.B Dato' Seri...
    ketika pilihan raya bukit gantang sedang sibuk dalam proses berkempen, saya membiarkan diri menonton berita di saluran RTM dan TV3... sebagai rakyat biasa yang berfikir secara waras, saya terkejut apabila sering menonton liputan derhaka Ir. Nizar dan isu pemberian tanah kepada rakyat Perak berbangsa Cina...namun sebagai rakyat selangor juga, saya rasa adalah tak adil kalau mendengar penjelasan dari satu pihak sahaja iaitu BN...maka saya menggagahkan diri ke Markas PAS Taman Melewar untuk menuntut penjelasan...baru saya tahu bahawa tanah yang diberikan adalah kepada penduduk perkampungan baru dan sekolah persendirian Cina...Ir. Nizar juga turut memberikan tanah kepada penduduk perkampungan tradisi Melayu di sana yang keluasannya jauh melebihi yang dinerkan kepada rakyat Perak bangsa Cina itu..persoalan saya ialah, kenapa isu tanah di Perak yang sering dimainkan walhal isu perkampungan tradisi Melayu di KG Padang Balang dan sekitarnya tidak dibela...jika alasan ianya bukan dalam kawasan selangor, maka rasanya Dato' Seri bukan seorang pejuang Melayu sejati kerana hanya memberatkan Melayu Selangor sahaja..ini sama seperti zaman sebelum merdeka di bawah British di mana sifat kenegerian sangat menebal sehingga Melayu berlainan negeri berbunuhan...

    Berhubung Selcat pula, saya betul2 berharap Dato' Seri dapat menjelaskan kepada umum tentang perincian pembayaran seperti yang Dato' Seri dakwa...kalu soal akses kepada dokuymen yang Dato' Seri timbulkan, maka saya amat berharap Dato' Seri berjuang agar Official Secret Act (O.S.A) dihapuskan agar Dato' Seri dapat mempertahankan diri Dato' Seri dari fitnah Kerajaan Selangor sekarang..setahu saya usul ini perlu diluluskan oleh Dewan Rakyat, maka saya amat pasti BN yang memegang majoriti akan menghapuskan akta ini bagi membela maruah pemimpin mereka sendiri...

    semoga saranan saya ini mendapat pertimbangan sewajarnya dan diberi perhatian serius agar nasib Melayu di Malaysia dan maruah pejuang Melayu dapat dipertahankan...kita memerlukan pejuang Melayu seperti Dato' Seri agar Ketuanan Melayu dikembalikan seperti zaman pemerintahan Dato' Seri dahulu kala..

    Hidup Melayu! Hidup Dato' Seri Khir Toyo!

    ReplyDelete
  60. Rules of blogging

    First, know thyself
    Then, know your audience
    Engage your audience
    Stay current - Update your blog often
    Cover your rear
    Accept all comments - don't be selective

    If not - traffic will slow down, and you are gone.

    ReplyDelete
  61. DS, saya sebenarnya kecewa dgn org didalam umno sendiri. Saya ambil contoh yang paling jelas..Pada pemilihan Umno yang lepas. Didalam umno sendiri masih mengamalkan istilah double standard. Jgn lah berbuat sesuka hati kerana kita nie ketua...Sebabnya umno nie adalah public figure. Sedikit calar dibadan pun org lain akan perkatakan juga.. Ayat mudah yang boleh saya katakan.. Mereka memperbodohkan rakyat..Walaupun mungkin golongan tua menelan suasana itu sebagai yang pahit... Kami org² muda memganggap itu sebagai Mereka memperbodohkan kami... Banyak lg perkara yang memperbodohkan rakyat mereka buat...Dan ini sangat mendatangkan marah golongan muda..Berubahlah kepada keikhlasan dan dokonglah agama...kalau mahu melayu terus bertahkta.. Kerana org² muda, ada yang akal pendek dalam membuat keputusan.. Saya pemuda umno yang kurang mendapat perhatian dalam meluahkan rasa... Tapi saya tetap sayangkan Umno...sekian

    ReplyDelete
  62. saya kecewa dato kalah hari tu...
    yang jujur...tidak mendapat tempat dihati org umno sendiri...itulah masalah umno sebenarnya..
    Dalam pilihanrayapun sama...Mesej org muda yang kurang popular mengudi BN ialah.. Jgn memperbodohkan mereka..

    ReplyDelete
  63. Cuba lihat jawapan kepada survey politik dalam Sinar Harian dan juga dalam Utusan Malaysia sendiri. Jawapan-jawapan yang diberi oleh pengunjung semuanya menjurus ke arah menyokong pembangkang. Takkanlah majoriti bukan Melayu yang menjawab survey dalam media Bahasa Melayu tersebut.

    ReplyDelete
  64. DS Khir,

    Saya yakin analisa yang DS berikan adalah berdasarkan kajiselidik sikap pengundi yang dijalankan semasa pilihanraya itu. Keputusan pilihanraya membuktikan kajiselidik sikap pengundi itu benar. Sikap pengundi masih tidak banyak berubah sebenarnya dan ini adalah benar untuk sebahagian besar pengundi seluruh negara. Saya berkesempatan hadir di Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini semasa PRK diadakan. Saya juga berada di Kuala Sepetang. Kuala Sepetang yang dipenuhi bendera-bendera PAS jelas menunjukkan sokongan pengundi-pengundi di situ yang keseluruhannya Kaum Cina menyokong calon PAS.

    Saya tidak malu untuk mengaku diri sebagai penggiat UMNO dan penjawat jawatan parti. Lebih 20 tahun saya di dalam UMNO. Sepanjang itulah juga saya terlibat dalam kempen-kempen pilihanraya. Bukan sekadar petugas tetapi sebagai penggerak. Apa yang ingin saya perkatakan adalah pengamatan peribadi saya bersandarkan pengalaman itu.

    Mengapa sokongan pengundi-pengundi terhadap UMNO berkurangan?

    Pengundi menyokong parti yang pada pandangan mereka memberi keuntungan kepada mereka. Pengundi beralih sokongan dari UMNO kerana pada pandangan mereka UMNO telah tidak lagi berjuang atau memberi keuntungan kepada mereka,dalam bahasa mudah. UMNO telah gagal memperlihatkan perjuangannya untuk rakyat.

    UMNO, sebagai parti politik, secara sedar atau tidak sedar berkelakuan seolah-olah UMNO itu kerajaan dan kerajaan itu UMNO. Kebanyakan kepimpinan UMNO, di segenap peringkat berlagak seolah mereka sebahagian anggota eksekutif kerajaan. Sikap suka menunjuk-nunjuk seolah-olah mereka mempunyai kuasa, yang sebenarnya tiada, menimbulkan rasa kebencian terhadap UMNO.

    UMNO, kepimpinannya dan ahli-ahlinya, sebenarnya sudah tidak tahu berperanan sebagai parti politik yang berjuang untuk rakyat umum, khususnya bangsa Melayu.

    BN adalah UMNO dan UMNO adalah BN. Inilah persepsi ramai terhadap UMNO dan BN. Komen-komen dalam blog ini dan blog-blog lain memperkukuhkan kenyataan ini. UMNO terlalu dominan dalam BN, terlalu menguasai, hingga parti-parti komponen lain merasakan peranan mereka tidak lagi signifikan dalam BN. Rakyat umum juga berpadangan demikian. Kemenangan BN adalah kemenangan UMNO dan Kuasa Politik BN adalah Kuasa Politik UMNO. Bagi bangsa bukan Melayu, kuasa politik UMNO adalah kuasa politik Melayu.

    Pilihanraya Umum 12, membuktikan bahawa bangsa bukan Melayu menolak BN. Kekalahan BN telah menyebabkan UMNO hilang kuasa. Ini berlaku di lima negeri walaupun ia kurang jelas di Kedah dan Kelantan yang dikuasai PAS. Di Perak, Selangor dan Pulau Pinang ia cukup jelas. Di negeri-negeri ini kuasa politik dikuasai oleh DAP, parti dominan Cina. Yang hilang bukan sahaja kuasa politik UMNO, tetapi hakikat sebenarnya kuasa politik Melayu walaupun dinafikan oleh sesetengah pihak.

    Politik Pulau Pinang adalah contoh klasik. Semasa BN memerintah Pulau Pinang, wakil Gerakan, juga parti dominan Cina, menjadi Ketua Menteri. Namun begitu kuasa politik Melayu yang diwakili UMNO berperanan besar dalam kerajan Pulau Pinang. Ini boleh berlaku kerana UMNO dominan dalam BN. Ini sudah tidak berlaku dalam kerajaan Pulau Pinang sekarang. Kuasa politik Melayu hlang, walaupun masih ada 3 wakil Melayu dari PKR dan satu dari PAS dalam Dewan Undangan Pulau Pinang. Hanya 2 wakil Melayu(satu Melayu, satu 'mamak') PKR diberi tempat dalam kerajaan negeri dan PAS dipinggirkan terus penglibatannya. Kuasa politik dimonopoli oleh DAP, parti dominan Cina.

    Pada PRU 11, 2004, BN telah diberikan mandat yang besar di Pulau Pinang. Wakil pembangkang hanya 3 orang di DUN Pulau Pinang. Gerakan dan MCA menang besar. MIC menang kedua-dua kerusinya. UMNO hanya kalah satu kerusi. BN mendapat sokongan pengundi semua kaum. Namun sebaliknya berlaku pada PRU12. MCA, MIC dan Gerakan kalah semua kerusi yang ditandinginya dan UMNO kalah 3 kerusi. Namun begitu sokongan terhadap calon-calon UMNO juga merosot. UMNO mampu mempertahankan kerusi-kerusinya hanya kerana bertanding di kawasan majoriti Melayu. Analisa keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa pengundi-pengundi bukan Melayu tidak menyokong calon-calon UMNO. Cakap-cakap di kalangan bukan Melayu ialah jika BN menang yang sebenarnya menang ialah UMNO dan Melayu. Sikap dan pendirian pengundi-pengundi bukan Melayu pada PRU12 adalah untuk menidakkan kuasa politik Melayu berterusan di negara ini.

    Apakah ini hanya atas sifat perkauman, atau sebab-sebab lain perlukan penelitian yang lebih mendalam. Mungkin juga BN telah gagal untuk memberikan keyakinan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu bahawa kepentingan mereka akan terus terjamin di bawah BN. Mungkin juga mereka merasakan parti-parti pembangkang, jika diberikan kuasa memerintah, kepentingan bukan Melayu akan lebih terjamin atau mendatangkan kelebihan dan keuntungan kepada mereka.

    Kemerosotan pencapaian BN dalam PRU12 bukan hanya disebakan oleh beralihnya sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu. Ia juga disebabkan oleh pengundi-pengundi Melayu. Peningkatan sokongan pengundi-pengundi Melayu kepada parti-parti pembangkang adalah disebabkan hilangnya kepercayaan terhadap UMNO dan juga rasa kebencian yang tinggi terhadap UMNO. Kebencian yang ditanam oleh dakyah-dakyah berterusan parti-parti pembangkang terhadap UMNO. Perlakuan sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO memperkukuhkan lagi dan memperakui tohmahan dan dakyah yang dicanang pembangkang. Ini adalah kenyataan yang perlu diterima oleh UMNO dan BN. Ianya juga tidk terhad kepada kepimpinan UMNO malah perilaku kepimpinan parti-parti komponen BN juga turut menyumbang kepada persepsi ini.

    Keputusan PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau membuktikan bahawa perubahan sikap pengundi belum berlaku sejak PRU12. Satu inisiatif yang jelas perlu diambil oleh BN dan UMNO. BN perlu menerima hakikat bahawa BN adalah pembangkang di empat negeri. BN perlu mempertingkat aktiviti politiknya di negeri-negeri ini sepanjang masa dan tidak lagi bermusim untuk menarik sokongan pengundi-pengundi kembali kepada BN dan UMNO. Perubahan kepada modus operandi juga perlu dilakukan dalam kempen BN. BN harus mengambil pendekatan-pendekatan baru untuk memikat hati pengundi.

    Pada pilihanraya-pilihanraya kecil memang ramai penyokong-penyokong BN hadir tetapi kehadiran ramai itu tidak memberi kesan positif kepada keputusan pilihanraya. Kehadiran ramai hanya memenuhi kedai-kedai makan dan majlis-majlis makan minum anjuran BN. Usaha mendekati pengundi-pengundi tidak dilakukan secara serius. Pendekatan personal, person to person tidak dilakukan, jika dilakukan pun tidak menyeluruh atau bersungguh-sungguh. Pendekatan ini digunapakai sepenuhnya oleh pihak pembangkang dalam setiap pilihanraya dan dilakukan sepanjang masa. Banyak wang dan masa dibazirkan untuk gerak kerja yang tidak menyumbang kepada peningkatan sokongan pengundi-pengundi.

    Saya mengharapkan Dato Seri terpilih sebagai Ketua Pemuda dalam pemilihan baru-baru. Namun ianya tidak berlaku. Saya berharap Dato Seri akan teruskan perjuangan dan jangan kecewa. Pemuda UMNO masih melihat kepada 'direct personal benefits' dalam memilih kepimpinan. Bagi saya Dato mewakili golongan bawahan dan dua lagi calon adalah penerus atau penyambung legasi keluarga.

    ReplyDelete
  65. Salam DS DR KHIR, KALAU LA DATO NAK TAHU BETAPA JAHATNYA PAS NI. Silalah ke blog saya di http://parpukari.blogspot.com

    ReplyDelete
  66. Petikan dari blog terdahulu:-

    "Bukan mudah seorang negarawan seperti Tun untuk kembali memberi sokongan kepada BN dan kerajaan jika beliau tidak benar-benar yakin dengan kepimpinan baru.

    Justeru adalah penting untuk pengundi memberi ruang dan peluang kepada Datuk Seri Najib dan BN untuk memulakan sesuatu yang baru dengan sokongan yang padu. Ini akan memberi keyakinan kepada pucuk pimpinan baru negara.


    Sokongan dan keyakinan satu orang lebih penting dari sokongan dan keyakinan beribu-ribu orang??? 'Kesusahan' satu orang menjadi liabiliti beribu-ribu orang...

    UMNO oh UMNO, jumud sungguh ...

    ReplyDelete
  67. DS, Jangan baca blog Parpu Kari ni. Isi kandungan yang tak berhemah dan hentam keromo bukanlah peradaban kita. Blog macam inilah yang akan mengikis terus sokongan anak anak muda kepada UMNO. UMNO perlu terus hidup untuk keamanan dan kestabilan semua penduduk. Tapi bukan dengan blog-blog yng syok sendiri dan rendah peradapannya. Banyak lagi blog-blog pro UMNO atau PK yang membina dan menjana minda. Kita tidak boleh memaksa, menyumbat fakta ke mulut semua orang. Biar la mereka meneliti,memahami dan menyokong. Anak muda kita bukan nya bodoh atau boleh diperbodohkan oleh blog-blog rendah mutu macam ini. Teruskan blog DS, tapi berhati-hati dengan fakta.

    A

    ReplyDelete
  68. Tak payah ke blog ParpuKari kerana Kalau semua pengunjung nak tau betapa buruk nya Moral Ahli UMNO/BN....

    Parpu Kari adalah Contohnya.......

    Menghentam orang membabi buta....

    That's Why

    kenapa Orang Panggil Babi Negara(BN) hanya ada blogger yang tak bermaruah yang mencerminkan Ahli UMNO/BN tidak bermoral....

    Ingat Lagi Pesanan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

    Aliff + mim + nun + wau tendang Ya = Sarkis

    ReplyDelete
  69. Jangan Sampai Datuk seri nak berbangga dengan blogger Parpu Kari....

    ahli UMNO yang tak bermoral seperti Parpu Kari akan menambahkan Lagi kebencian Rakyat Kepada UMNO/BN

    ReplyDelete
  70. Assalamualaikum semua

    Pada aku apa yang korang tohmahkan pada BN/UMNO adalah sesuatu yang tidak tepat dan banyak dipengaruhi emosi.BN/UMNO bukanlah parti racist.Korang kena faham,UMNO memperjuangkan ketuanan bangsa dan begitu juga bagi Cina,India.Kemudian,kita gabungkan kepentingan2 ini bagi mencapai satu matlamat.Dalam erti kata lain,semua kaum merasa nikmat pembangunan.

    Sebenarnya,DAP lebih racist dari BN/UMNO.PKR pun sama gak.PKR pada aku takde matlamat,diorang perjuangkan apa pun aku tak pasti.Sekarang mungkin perjuangkan semua bangsa,tapi tak tau la pada masa depan.PAS pulak sekarang ni dah takde arah,tak tau la apa destinasi seterusnya.

    ReplyDelete
  71. Laman blog anda telah disenaraikan di dlm:

    http://spotthebloggers.blogspot.com

    Sila emailkan bantahan sekiranya tidak mendapat izin/perkenan dari anda. Komen/cadangan dialu-alukan. T.k.

    ReplyDelete
  72. Saudara Sinatra,

    UMNO telah membuka pendaftaran secara online sejak tiga bulan lepas dan melalui laporan MT, lebih kurang 3000 ahli mendaftar setiap bulan. Sila lawat www.umno-online.com.

    Saya yakin UMNO akan melakukan pembaharuan dalam pendekatan dan pelaksanaan aktiviti yang lebih menumpukan kepada keperluan dan minat golongan muda terutamanya di bandar dan luar bandar. Saya juga yakin kepimpinan baru akan menjadikan UMNO aset dalam mendepani cabaran kehidupan golongan muda. Perubahan daripada UMNO menjadi labialiti kepada aset perlu dilaksanakan dengan segera.

    ReplyDelete
  73. saudara Ruslan Mamat,

    Tidak dapat dinafikan bahawa pengundi muda belum kembali ke pangkuan BN. Bagi saya orang muda tidak merasai nikmat khusus untuk mereka kerana tiada program atau polisi khas yang menjurus ke arah memenuhi keperuan mereka. Orang muda masih berfikiran mereka tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh kerajaan, ditambah pula dengan parti PKR yang mampu menjanjikan seribu harapan kepada mereka. orang muda tersepit di antara kerajaan yang tidak memberi penumpuan kepada masalah mereka dan harapan yang amat tinggi yang diberikan oleh parti pembangkang. Saya harap kerajaan akan dapat mengolah dan melaksana polisi baru untuk memenuhi keperluan mereka.

    Sebagai contoh, dasar pemilikan rumah perlulah dikaji semula. Jika kita lihat hari ini orang tua dikampung boleh mendapat bantuan rumah percuma RM 32 ribu tetapi polisi yang sama tidak boleh dilaksanakan kepada orang muda yang tinggal di dalam atau pinggiran bandar.

    ReplyDelete
  74. Saudara belokkirikanan,

    Memang benar BN agak kekurangan penerangan dalam bentuk media internet. Lebih sukar ialah ada kumpulan yang menerima sbeulat-bulatnya apa yang ditulis dalam media internet tanpa mengambil kira sejauh mana kebenarannya dan sejauh mana kredebiliti sumber tersebut.

    ReplyDelete
  75. Assalamualaikum DS Khir,

    1. Saya sering mengikuti Rancangan Bual Bicara terbitan Astro Awani yg mana ahli panelnya terdiri prof, pensyarah, Presiden Persatuan Penggerak Pembangunan Komuniti Malaysia, ahli politik dll. Konsepnya adalah terbuka dan telus tidak memihak kepada mana2 parti politik..

    2.Salah satu topik yang pernah dibincangkan dan telah dicadangkan oleh ahli2 panel ialah mengenai media arus perdana.

    3. Kerajaan mengawal secara keterlaluan media arus perdana.

    4. Akhbar arus perdana spt utusan, b. harian, star, dll tidak seharusnya menjadi wakil parti2 politik pemerintah dalam menyiarkan berita.

    5. Parti2 politik kerajaan perlu menerbitkan sendiri akhbar politiknya sendiri spt pas-harakah, pkr-suara keadilan dll

    6. Parti2 politik kerajaan tidak seharusnya menumpang berita2nya dalam akhbar arus perdana.

    7. Menerbitkan satu akhbar arus perdana yg benar2 neautral, tidak menyebelahi mana2 parti politik.

    8. Wujudnya media alternatif disebabkan rakyat telah bosan dengan liputan yg berlebihan dan berat sebelah media arus perdana.

    9. Rakyat tidak boleh dipersalahkan jika mempercayai bulat2 apa yg disampaikan oleh media alternatif kerana berita2 yg mereka inginkan tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

    10. Serangan yg keterlaluan media spt TV1 dan TV3 terhadap isu2 politik yg melibatkan parti pembangkang.

    11. Pendapat saya media alternatif internet memang memberikan impak yg sangat besar dalam penyampaian yang menarik kerana medium yg digunakan menarik salain dari tulisan ada "live" samada ceramah2 pas, pkr dll dari mana2 sahaja, terdapat juga tv pas, tv selangor (baru2 ini menyiarkan dengan jelas penyiasatan SELCAT), TV malaysiakini dll.

    12. Jalan penyelesaian terakhir untuk menyatukan melayu ialah mencari jalan tengah antara PAS dan UMNO. Tanya PAS apa senaraikan yg mereka tak suka dengan UMNO? kemudian tanya UMNO senaraikan apa yg mereka dengan PAS?

    Sekian.

    ReplyDelete
  76. Dr. Khir,
    ada faktor baru yang membawa kepada sokongan orang melayu kepada BN dalam pilihanraya kali ini berbanding pru 12

    faktor itu adalah basikal dan duit 400 ringgit .. ini juga harus diambil kira

    ReplyDelete
  77. salam.

    Tak taulah nak kesian kat sapa. Nak kesian kat orang yang perasan ka atau kesian kat diri sendiri. Kalu tak baca internet pun orang rasa apa saja yang telah dibuat oleh pemimpin. Orang yang perasan ja tak perasan.

    ReplyDelete
  78. Kalo jiwa da totok UMNO,mmg tidak dpt dipulihkan lg..Ibarat makan tempe memuntahkan semula kacang soyanya..fikirkan la di dalam era politik baru yg kita alami ini..Dr jgn jd muka tebal dgn menulis blog2 yg kurang ilmiah ini..maaf kerana ini merupakan pendapat..UMNO masih dengan syndrom penafiannya sampai bila2.

    ReplyDelete
  79. Sebanarnya org melayu yg masih tebal sokongannya kpd UMNO/BN adalah org yg buta hati dan buta maklumat manakan tidak semua media asyik cerita baik sj UMNO/BN kononnya mereka yg maksum..tapi org muda tidak buta maklumat dan terima bulat2 yg disogokkan oleh media kerajaan yg mmg mengampu.UMNO bukan pembela agama dan bangsa tetapi pembelit agama dan bangsa, Tengok di Batang Ai BN menang sebab mereka masih kebanyakan buta maklumat itulah hakikat sebenarnya UMNO/BN inginkan supaya rakyat terutamanya Melayu yg layu jadi bodoh dan akur apa sj UMNO/BN buat utk terus memperbodohkan utk mereka terus berkuasa.Penjajahan minda yg berjaya kiranya UMNO/BN terus dapat memperbodohkan Rakyat. Org Cina Bijak segalanya2 apatah lagi berpolitik.Kalau UMNO/BN di pihak yg benar dan apa sj yg dilakukan menepati kehendak demokrasi dan kemanusian beranilah utk membuka kebebasan media dan segala bentuk alat yg dikuasainya.Bukti yg berlaku salah takut utk membuka kesalahannya takut rakyat tau.Aku benci UMNO dulu kini dan selamanaya.Wong Jowo sak kampungku nang Selangor meluat dan benci UMNO/BN terutamane Khir Toyo

    ReplyDelete
  80. Comment saya tentang isu ni sangat mudah, sebelum ni orang sangat mengaggongkan pemimpin. Tapi sekarang dah berubah setelah kita berfikir diluar kotak pemikiran.
    Mana mungkin rakyat terhutang budi dengan kerajaan, sepatutnya kerajaan berkerja dengan amanah sebab rakayat yang membayar gaji mereka semua. Generasi hari ini kebanyakan membayar cukai kepada kerajaan dan mereka mahu tahu kemana wang itu dibelanjakan, jangan kata hasil mahsul negara ini hak pemimpin tapi hak semua rakyat negara ini tak kira melayu ker cina ker atau india. Asalkan rakyat malaysia, kerajaan tak boleh menggunakan ayat rakyat tak mengenang budi, kenapa kita nak kenang budi sedangkan kita pembayar cukai adakah percuma, siapa kata hospital kerajaan free hanya bayar RM1 saja, kerajaan yang bayar tetapi hasil dari mana? cukai keatas rakyat. Bentuk cukai bukan tertumpu kepada cukai pendapatan tetapi cukai keatas semua barang pengguna samada makanan,pakaian, kenderaan dsbnya.
    Bila pemimpin tak amanah so rakyat yang bijak akan memberontak. Bukan seperti generasi di saluran 1 dan 2 mereka semua pasif kepada perubahan kebanyakan mereka sudah selesa dengan apa yang ada tidak pernah memikirkan apa akan jadi kepada generasi akan datang, sebab tu bila sebut ttg parti selain dari UMNO semuanya marah.
    Saya nak beri tahu saudara khir, kami dah matang dengan kehidupan bernegara tak usah ditipu lagi seperti ayah dan datuk kami dahulu.
    PRU13 akan menentukan siapa dia pembayar cukai sebenarnya.

    Wassalam

    ReplyDelete
  81. Saya berpendapat Dr Kir cuma gila bayang sahaja, tidak meninjau pendapat akar umbi yang rakyat telah berubah dan menolak UMNO sekeras-kerasnya dan tidak seakan kembali semula ke menyokong UMNO. Rakyat telah sedar betapa masa yg begitu lama yang diberikan oleh rakyat untuk UMNO mengubah dari satu pemimpin ke pemimpin yang lain tetap sama, indah khabar dari rupa. Dr masih dlm syndrom penafian. Perjuangan Dr masih kurang jelas, masih dlm bayang kepimpinan tidak berjiwa rakyat langsung. Dr ade saluran media arus semasa,mengapa pula laman blog jd pilihan. Sedar la Dr Kir,masih byk lg persoalan yg belum terjawab sepanjang era pemerintahan Dr sewaktu mjadi MB dulu. Jgn hanya kerana kite kalah,kite x bermuhasabah diri dan terus menyalahkan org lain. Insaf la Dr Khir.

    ReplyDelete
  82. DSKT,
    Memang ada faktor baru yang boleh memberi sedikit perubahan dari segi jumlah pengundi melayu (jika statistik ini tepat, namun boleh membuat kita tertanya-tanya bagaimana maklumat ini boleh sampai ke pengetahuan DSKT sedangkan undi itu rahsia). Faktor itu tidak lain dari kertas merah biru dan basikal yang dihulurkan kepada orang-orang melayu disana. Itulah politik UMNO yang sudah basi, kotor dan menjijikkan. Dari dulu, sekarang dan selama-lamanya UMNO tidak pernah bertarung diatas padang yang sama dengan parti-parti lawan. Jika pertarungan adalah diatas padang yang sama, sudah lama UMNO berkubur.

    ReplyDelete
  83. Tatik UMNO yang hanya menggunakan wang rakyat untuk memancing undi sudah basi. Pimpinan UMNO kata pilihan raya kecil hanya menghabiskan wang. Hanya UMNO yang mengahabiskan wang. Tetapi bukan PR.

    ReplyDelete
  84. Hakikat bahawa kebanyakan disini yang memberi komen adalah orang Islam, dan bersikap seperti melayu sahaja yang wujud di dunia ini sejak zaman nabi adam...adalah memalukan. Melayu itu, melayu ini, bagaimana nak merpertahankan maruah melayu, orang melayu, kepentingan melayu, bontot melayu....seolah2 seperti Melayu mengatasi segala2 kepentingan yang lain di bumi Allah ini.Adakah bangsa lain, manusia lain itu tidak berhak keatas bumi ini? siapakah tuan tanah yang kita berpijak ini? Semua orang pernah pergi ke sekolah agama, belajar mengenai Islam, sikap adil, sikap jujur,bersederhana dan berkiblatkan akhirat...tapi bila di brain wash dengan begitu banyak propaganda, majoritinya berubah. Tiap - tiap hari kita sujud di tikar sembahyang memohon petunjuk untuk umat MANUSIA..bukan melayu. Bagaimana jika diakhirat nanti DS disoal tentang tanggungjawab terhadap bangsa lain? tentang penggunaan setiap sen ketika memerintah. tidak takutkah dengan Allah?

    Setelah mendengar ceramah mufti Iraq dan Mufti Mesir yang datang berkunjung ke Masjid negara sempena maulud( ramai yang tidak tahu kerana sibuk dengan duniawi di bukit gantang, etc ), saya merasakan pemimpin kita harus bermuhasabah...harus menambah ilmu, harus merendah diri, harus beringat- ingat tentang mati, harus memberitahu diri sendiri bahawa mereka hanyalah HAMBA. bukan otai, mahupun boss kepada sesiapa.Situasi sekarang adalah sangat memalukan, tuduh menuduh, tidak ada rasa hormat terhadap satu sama lain...tidak ada rasa rendah diri, malah mengharapkan rakyat merasa terhutang budi kepada mereka kerana 'berjasa' ...padahal mereka hanya menjalankan tugas yang DIAMANAHKAN, oleh Allah SWT. samalah, UMNO, PKR, PAS,tiga parti yang pemimpin nya Islam, tetapi bercakaran...tak henti2. Kemudian ada hati mahu berpiket di jalanan mahukan Israel duduk semeja berunding dengan Hamas di Palestin, sedangkan rumah sendiri didalam berantakan.

    Kalau niat untuk berpolitik, untuk menolong umat Manusia, umat MUHAMMAD SAW ( kita semua ), teruskan....InsyAllah, anda akan dibantu.dipermudahkan jalan. Ingatlah kepada DS dan semua, ALLAH itu MAHA adil..dan doa orang yang teraniaya itu makbul. Jadi, jangan menganiaya rakyat, sebelum bala menimpa kamu.

    - Rahman

    ReplyDelete
  85. Dalam banyak2 komen, saya bersetuju 200% dengan pandangan sdr musang terbang. Memang itu yang biasa berlaku di dalam sesebuah agensi kerajaan, usaha membodek, membazir secara besar2an demi menjaga imej jabatan itu dan imej bossnya. Bila satu2 pihak dah terhantuk barulah saling menunding jari sesama sendiri, padahal usaha salah laku itu telah mereka lakukan secara bersama dalam sedar atau tidak sedar. Pengalaman DS ini saya jadikan teladan untuk diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  86. kenape semua sibuk melayu tak bersatu? tanye lah kat parti kebangsaan melayu bersatu (pakembar) ape yg mereka buat selama lebih 50 dalam menyatu padu kan orang melayu? gagal? atau nak tunggu lagi 50 tahun :)

    ReplyDelete
  87. Dear All,

    this is an extract of a report by an independent journalist which shows that the Election Commission is just PRO BN! If you support this report, please cut and paste on every group in all BLOGS and place in this world. Thank you.

    "The same views have been echoed by no less than the Election Commission (EC). Plus, the EC has openly supported proposals by some BN leaders such as Datuk Seri Nazri Aziz, Datuk Mukhriz Mahathir and Tan Keng Liang to prevent "unnecessary" elections. These include suggestions for stricter laws, and penalties for elected reps or their parties should an elected representative resign for reasons other than what's stated in Article 48(1) of the Federal Constitution."

    http://www.thenutgraph.com.my/funding-democracy-the-bn-way

    ReplyDelete