Dakwaan:
i. Saya mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam
ii. Saya membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut
iii. saya beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.
Fakta:
i. Saya membeli tanah dan Banglo terbengkalai.
ii. Saya melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.
iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co
Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.
iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari Sekinchan.
Komentar
1. Sungguhpun saya mahu menunggu kes di Mahkamah, namun ada yang berpendapat kes Mahkamah akan memakan masa dan mungkin ketika keputusan diperolehi ia tidak lagi ada ertinya. Dengan kata lain, persepsi politik hari ini jika tidak dibetulkan boleh membawa mudarat segera sedangkan keputusan mahkamah bagi kes sivil akan memakan masa bertahun lamanya.
2. YB Sekinchan menuduh saya memiliki sebuah banglo berharga RM 24 juta. Saya tidak menafikan banglo tersebut milik saya, namun saya menafikan ia berharga RM 24 juta.
3. YB Sekinchan mendakwa saya membeli tanah sahaja dengan harga hampir RM 4 juta dan membina banglo berharga RM 20 juta. Dengan menggunakan kiraan gaji dan elaun Menteri Besar, beliau mempersoalkan dari mana saya mendapat wang membeli tanah berharga sedemikian.
4. Berdasarkan gambar dan tuduhan-tuduhan palsu YB Ng Sue Lim, ramai yang menjadi pakar hartanah sekelip mata. Maka nilaian harta diletak sesuka hati tanpa pun mengetahui status tanah dan syarat-syarat lain ke atas tanah tersebut. Maka saya dituduh membuat anggaran sendiri. Malahan ada yang mendakwa saya menipu kononnya mengambil pinjaman bank. Ada pula yang beranggapan saya membayar secara tunai pembelian tersebut.
5. Saya menyatakan saya membeli rumah yang terbengkalai (hampir siap) dan tanah dari syarikat yang menghadapi masalah kewangan dengan harga RM 3.5 juta, di mana RM 3 juta melalui pinjaman bank HSBC. Saya menyiapkan bahagian yang terbengkalai dengan harga RM 600 ribu.
6. Faktanya, nilaian tanah dan rumah terbengkalai tersebut di lakukan oleh sebuah ejen hartanah terkemuka, Rahim & Co. (di sini saya sertakan salinan surat nilaian tersebut). Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rahim and co menilai tanah dan bangunan (banglo terbengkalai tersebut) dengan harga RM 3.5 juta.

7. Saya juga menyertakan sebahagian Perjanjian Jual Beli bagi membolehkan saudara/i memahami syarat-syarat pemilikan tanah tersebut dan butiran jual beli.


8. Selepas menyemak dokumen pinjaman, ada sedikit kesilapan fakta dalam kenyataan saya sebelum ini. Pinjaman HSBC saya bukanlah untuk 30 tahun tetapi untuk jangka masa 23 tahun. (lihat lampiran)



9. Setelah pendedahan ini saya berharap semua pembaca dapat membuat penilaian secara ikhlas bukannya sekadar mengutuk kerana benci kepada saya mahu pun UMNO.
i. Saya mengeluarkan belanja RM 24 juta untuk tanah dan banglo di Seksyen 7, Shah Alam
ii. Saya membuat penilaian semberono untuk hartanah tersebut
iii. saya beli tanah berharga hampir RM 4 juta dengan bayaran tunai.
Fakta:
i. Saya membeli tanah dan Banglo terbengkalai.
ii. Saya melakukan sedikit ubahsuai bagi menyelesaikan banglo terbengkalai tersebut.
iii. Penilaian dibuat oleh ejen hartanah bertauliah, Rahim & Co
Angka:
i. RM 3.5 juta - jumlah harga tanah dan banglo terbengkalai yang saya beli atas nilaian Rahim & Co.
ii. RM 3 juta pinjaman HSBC
ii. RM 600 ribu - kos pembaikan dan ubahsuai bagi menyiapkan banglo yang terbengkalai tersebut.
iii. RM 24 juta - jumlah nilaian ejen tidak bertauliah dari Sekinchan.
Komentar
1. Sungguhpun saya mahu menunggu kes di Mahkamah, namun ada yang berpendapat kes Mahkamah akan memakan masa dan mungkin ketika keputusan diperolehi ia tidak lagi ada ertinya. Dengan kata lain, persepsi politik hari ini jika tidak dibetulkan boleh membawa mudarat segera sedangkan keputusan mahkamah bagi kes sivil akan memakan masa bertahun lamanya.
2. YB Sekinchan menuduh saya memiliki sebuah banglo berharga RM 24 juta. Saya tidak menafikan banglo tersebut milik saya, namun saya menafikan ia berharga RM 24 juta.
3. YB Sekinchan mendakwa saya membeli tanah sahaja dengan harga hampir RM 4 juta dan membina banglo berharga RM 20 juta. Dengan menggunakan kiraan gaji dan elaun Menteri Besar, beliau mempersoalkan dari mana saya mendapat wang membeli tanah berharga sedemikian.
4. Berdasarkan gambar dan tuduhan-tuduhan palsu YB Ng Sue Lim, ramai yang menjadi pakar hartanah sekelip mata. Maka nilaian harta diletak sesuka hati tanpa pun mengetahui status tanah dan syarat-syarat lain ke atas tanah tersebut. Maka saya dituduh membuat anggaran sendiri. Malahan ada yang mendakwa saya menipu kononnya mengambil pinjaman bank. Ada pula yang beranggapan saya membayar secara tunai pembelian tersebut.
5. Saya menyatakan saya membeli rumah yang terbengkalai (hampir siap) dan tanah dari syarikat yang menghadapi masalah kewangan dengan harga RM 3.5 juta, di mana RM 3 juta melalui pinjaman bank HSBC. Saya menyiapkan bahagian yang terbengkalai dengan harga RM 600 ribu.
6. Faktanya, nilaian tanah dan rumah terbengkalai tersebut di lakukan oleh sebuah ejen hartanah terkemuka, Rahim & Co. (di sini saya sertakan salinan surat nilaian tersebut). Dalam surat tersebut jelas menunjukkan Rahim and co menilai tanah dan bangunan (banglo terbengkalai tersebut) dengan harga RM 3.5 juta.

7. Saya juga menyertakan sebahagian Perjanjian Jual Beli bagi membolehkan saudara/i memahami syarat-syarat pemilikan tanah tersebut dan butiran jual beli.

8. Selepas menyemak dokumen pinjaman, ada sedikit kesilapan fakta dalam kenyataan saya sebelum ini. Pinjaman HSBC saya bukanlah untuk 30 tahun tetapi untuk jangka masa 23 tahun. (lihat lampiran)



9. Setelah pendedahan ini saya berharap semua pembaca dapat membuat penilaian secara ikhlas bukannya sekadar mengutuk kerana benci kepada saya mahu pun UMNO.

75 comments:
DSKT,
syabass..pandangan saya..saman tetap saman, supaya mereka dapat pengajaran..
Salam doc,
1. Dedahkanlah sebanyak mana pun kalau jenis busuk hati ni pasti akan ada saja dicari lubang lain pulak untuk terus bersoal jawab.
2. pada yang tanya kenapa tak bagi kunci kepada ng sue lim untuk buat penilaian. ehhh baru nak buat penilaian ker? abih yang RM 24 juta tu angka apa? kehkehkeh
Assalamualaikum Dato Seri
Tugas utama Dato Seri sekarang ialah suruh peguam fail saman malu pada YB Sekinchan. Lama atau tidak jangan kira kerana ini melibatkan maruah Dato dan juga orang melayu satu malaysia.
Juga tidak ketinggalan Dato juga failkan tuntutan malu pada Akhbar Star kerana menyiarkan berita untuk memburukkan Dato.
Lama atau cepat jangan kira
SHAHFUDIN
Terima kasih kepada semua yang memberi komen terutama sokongan dan pandangan dalam menghadapi tohmahan ini.
Insyallah saman akan dikemukakan dalam sedikit masa lagi. Notis 14 hari untuk ADUN Sekinchan menarik balik tuduhan tersebut telah dikeluarkan. saya percaya selepas tempoh tersebut baru saman akan difailkan.
Bagaimanapun seluruh urusan saman ini sedang diuruskan oleh peguam saya.
InsyaAllah moga semuanya ok...Allah bersama dengan orang2 yang sabar...
YB DS,
Syabas! Terima kasih atas penjelasan berbukti yang telah diberikan. Langkah seterusnya adalah belasah YB Sekinchan di mahkamah. Saya percaya demi maruah, YB Sekinchan tak akan tarik balik tohmahan. Siap sediakan segala 'bom' dan 'peluru' untuk musnahkan dia.
Salam.
InsyaAllah moga semuanya ok...Allah bersama dengan orang2 yang sabar...
salam dato,
saya rasa kelakar dengan gelagat pemimpin kerajaan selangor ni.lepas satu isu diaorang keluar isu lain nak mengenakan dato.tapi tak kena kena.cereka tak berfakta.
namun saya ingat pasal cerita doktor muda dari selangor yang mengutip derma untuk membina/mengelok surau kat hospital tempat dia bertugas di sabah dulu.cuma apabila berada di awan jgn lupa utk pandang ke bumi.
SALAM DATO SERI, CAYALAH DATO SERI, HANYA DENGAN CARA MACAM NI SAJA MEREKA BOLEH TUTUP MULUT, SEKARANG DATO SERI SAYA NAK TANYA PEMBANGKANG NI SEMUA, YANG PERTAMA, BERAPA HARGA BUNGALOW ANWAR YANG SUKA DATANG DARI BELAKANG TU?
KEDUA BERAPA HARGA BUNGALOW KHALID GAGAP TU?
KETIGA BERAPA HARGA BUNGALOW YANG KHALIFA LIM GONE ENGGEY TINGGAL TU SEKARANG?
DATO SERI SAYA NAK KONGSI SIKIT LA, BEKAS MB PERAK YANG SI BONEKA DAP TU, DULUNYA MAMAT TU INGGAL RUMAH RM 250 JE SEBULAN, LEPAS 11 BULAN JADI MB DIA KINI TINGGAL DI BUNGALOW YANG SEWAANNYA MENCECAH RM 5000 SEBULAN...
NI SEDIKIT SEBANYAK SAYA NAK KONGSI DENGAN DATO SERI BUKAN APA DATO SERI, KALAU TANG KITA, WALAU BELI DENGAN DUIT HALAL, PEMBANGKANG KATA HARAM, TAPI TANG DEPA SEMUA HALAL...INILAH HAKIKATNYA!
SAYA MAU CABAR PEMBANGKANG SEKARANG, KALAU KORANG BERANI BUAT PENDEDAHAN MACAM DATO SERI BUAT, KALAU TAK SAYA AKAN BUAT SATU LAGI POSTING DI BLOG SAYA DAN BANTAI PEMBANGKANG KAW2 PUNYA!
ADA BERANI?
http://parpukari.blogspot.com
Dato' Seri...
kalau boleh cuba siasat niat sebenar kerajaan PR cuba untuk meng'KORPORAT'kan Dewan Undangan Negeri.
ok baguslah dskt lampirkan dokumen2 sebagai bukti. begini baru caranya menepis tuduhan2 terhadap dskt, bukan cuma dengan alasan dan ugutan saman. bagaimana pulak rumah dskt yg lain. sebaiknya dskt isytiharkan harta seperti yg dilakukan oleh yb2 pr. barulah org tabik dengan dskt. walau apapun saya ucapkan tahniah pada dskt kerana berani menyiarkan komen2 yg tak sealiran dengan dskt selama ini, termasuk komen saya. tabik dskt
kalau kata bodoh marah...banggang pun marah kata orang umno tak de adap.....lain kali jangan main ikut sahaja apa sipendek ng sue lim tu kata dan beri kat korang yang kutuk2 kat sini.....
aku ingat kalau ds tak de blog ...mereka2yang banggang dan cepat terikut macam lalang ni akan terus minum air kencing budak DAP TU....
saman tetap saman,biar ng sue lim kali ni belajar memAHAMI macamana dia patut hormat pada orang melayu yang berakal....melayu tak berakal boleh la dia kencing......piiirah aku dah agak dah tengok muka dia pun memang kaKi kencing.
KAPOK KO...PENDEK DAP
Datuk Seri
Kalau dapat jual 24 juta pun kira okay tu...
Kita Kenduri satu kampung he he he
ADUN Sekinchan ni banyak sangat cium bau ikan kering ni...
itu la pasal wak'e
Datuk Seri
Nak tanya sikit boleh?
1. Kalau ADUN tu kena saman, berapakah jumlah saman tersebut?
2. Saman dibayar kepada Datuk Seri atau kepada Mahkamah?
Saman jangan tak saman Boss
datuk, tuduhan atau fitnah ini sangat memalukan
terutama nya sekarang persepsi rakyat terhadap
pemimpim umno sangat buruk, oleh itu datuk perlu ambil tindakan bersih nama secepat mungkin. sebab dgn tuduhan2 terhadap datuk bertali arus,maka persepsi orang terhadap datuk
boleh membunuh kariar datuk dlm politik,agar perkara ini tidak terjadi datuk perlu bertindak
sekarang,,,,
Salam.
Sokong pendapat Shahfudin. Cepat atau lambat, kebenaran yang penting.
Bukan penyokong Dato', tapi menyokong kebenaran.
Dato',
Saya bukan penyokong Dato' tetapi saya berasa amat bangga bahawa Dato' telah bersikap telus dalam menyahut cabaran Sekinchan! Saya berpendapat bahawa hanya dengan bersikap telus dan terbuka kita boleh melawan penipuan DAP.
Kalau boleh, janganlah saman si Sekinchan tu. Tunjukkanlah dokumen2 di atas kepada pihak akbar untuk impak yang lebih memuaskan dan memalukan Sekinchan.
Assalamualaikum.
Kenapa DATO senang2 dapat beli lot tanah tersebut??? Adakah disebabkan DATO masa tu MB???? Takkan takde orang HARTAWAN lain yang nakkan LOT tersebut ketika tu???
Tu pun kena siasat gak.... hmmmmm
Dato Seri,
dengan kurang hajarnya konon ADUN Sekincan yang hendak menjadi hero cuba hendak konon memperkotak-katik Dr.
Nah mulur celupar takde satu fakta atau dokumen pun dikemukakan. Apa kata, kita selaku UMNO Selangor pun dah menyampah Dr Khir cabar Tan Sri Khalid debat di TV macam Koh Tsu Koon dengan LGE dengan tajuk yang sesuai macam
Adakah Selangor berkeadaan lebih baik dari dahulu?
Atau Debat masa depan Selangor.
saya agak Doubt sikitlah dgn fakta DS berkenaan dengan harga tanah & rumah tersebut RM3.5m> dgn kedudukan yg agak strategik di tengah2 bandar SA, boleh ke dapat dgn harga tu? sedangkan "laman seri" di Seks 13 pun harganya hampir2 sama dgn bungalow DS..Ada betul ka? or very2 much SPECIAL price ke DS???
A'kum Dato Seri,
Boleh Dato Seri maklumkan siapa penjual rumah dan tanah tersebut? Manalah tahu beliau ini masih lagi mempunyai rumah & tanah yang ingin dijual lagi. Boleh juga saya membantu kerajaan menambahkan lagi jumlah pemilikan hartanah milik bumiputera.
Sekian Terima Kasih
salam..dato,
Ini satu kebenaran yg dato tunjukkan....,
kini bukan 'rasa' sahaja tetapi dapat dilihat
dengan mata hati kita,apa sahaja isu yg buruk
dikaitkan dato adalah tidak benar....
semua mainan kotor PR Selangor sahaja untuk
menutup kelemahan diri...
Kalau Datuk sanggup memberi komisen sebanyak 50% sekiranya banglo Datuk dapat dijual dengan harga RM 24 juta, maka komisennya ialah sebanyak RM 12 juta. Datuk.... memandangkan komisen yang tinggi dan saya pula seorang kontraktor, bagaimana kalau Datuk serahkan kepada saya untuk menjualkan banglo milik Datuk itu dengan harha RM 24 juta.
Dato'...koyaklah poket YB sekinchan nak bayaq saman dato..hahaha
salam, Dato'
Izinkan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok salin artikel ini untuk dipaparkan ke dalam laman blog pemudatelokdatok.blogspot.com agar raknyat tahu siapa yang benar..
Salam Sejahtera DS,
Tahniah dengan bukti yang ditunjukkan. Saya pasti ianya dapat menutup mulut penyokong pembangkang dan ahli politik kedai kopi yang asyik menghentam DS. Letih rasanya bila berbahas dengan mereka tanpa bukti. Esok saya boleh berbangga dengan bukti terbaru ini.
Untuk Adun Sekincan tu. Ajar cukup-cukup, sampai tak cukup tanah nak lari. Biar lambat pun tak pa. Asalkan maruah kita jangan diperkotak-katikkan. Begitu juga dengan The Star. Saman, jangan tak saman. Biar sampai tutup s/khabar tu.
Kes ini akan menjadi satu pengajaran bagi pembangkang dan akhbar supaya melapurkan yang benar sahaja. Bukan gimik politik atau fitnah semata-mata.
Tahniah sekali lagi
PEMUDA BERANI
Salam DSKT,
Congrats!Dgn adanya blog DS semua org tau citer sebenar sbb skrg ni 'dunia tanpa sempadan!Kalau dulu mungkin ramai yg dah mati2 percaya citer kulup DAP tu.....TAHNIAH once again
Kasihan melihat bangsa Melayu yang tunjuk pandai tapi hakikatnya diketawakan......sikap cemburu dan irihati tak bertempat......membuatkan bangsa Melayu semakin jauh tertinggal.......yang dipersalahkan hanya pemimpin.....PERNAHKAH MENILAI DAN MEMPERBAIKI KELEMAHAN DIRI......
Mengapa sejarah tak pernah dijadikan teladan..?
salam....
dah sahih..bukti dato ada.
Jika YB Sekinchan tarik balik tuduhan..dasar pengecut,penfitnah dan pembohong...tak sesuai
panggil YB...panggil lain gelaran...
Tapi kalau 'lawan tetap lawan'..tabiklah,
tunggu je lah sapa yg kena....
yb dari mana tu yg buat fitnah? macam tak terkenal jer..apersal aku tak kenal dia aaa?? oooo dia tak der kes cam si elizabeth ker.?? patot tak terkenal..aper dia?? tekenal ngan fitnahnyer..lempau jer dia masuk sungai kelang abeh citer...
SALAM..
berani kerana benar takut kerana salah...
saman jgn x saman...
pengundi PPRT dun sg panjang...
Salamun alaik Dskt. Sy seorg ank muda dr sg besar dan merupakan penyelidik bg malaysia advisor. Sy mengharapkan dskt dpt menjd salah seorg penulis ttp bg malaysia advisor. Mohon pertimbangan. Salam perpaduan
hehehe. keta tngok sapa yang kena
Salam Dato' Seri, bukti yg DSKT sertakan ibarat menyentap seluruh maruah pembangkang. Inilah kerja mereka dari dulu hingga sekarang. Tuduh dan fitnah seolah halal bila PAS yg kononnya lebih islam mengamalkannya. Fitnah serta tohmahan sudah menjadi makanan buat PAS maka tanpa segan diikuti oleh rakan PR. Agaknya jika DSKT memohon jadi ahli seumur hidup PAS mungkin semua ini akan dibersihkan oleh Nik Aziz. Mungkin juga segala harta DSKT akan diistiharkan halal oleh mereka, inilah kerja PR.
Sekali lagi DSKT, berani kerana benar, bukan seperti Anuvar Ibraheem, Lari tetap Lari bila berhadapan dgn kebenaran.
aku anak selangor berdarah tentera tidak dibenarkan masuk ke laman ni rupanya kerana takut dikutuk agaknya. em alahai, camna nak jadi pemimpin.
YB
Saman jangan kasi can.
Kepada saudara mad1@gila no. 1
Saudara jgn nak cuba spin2 la..Org citer pasal rumah 24 juta, ko nak citer pasal umah DSKT yg lain plak? Nie ler mentaliti PR, dah kantoi, pusing kornar ikut lain..
Kepada Dato' Seri Khir Toyo, syabas!! Saya bangga dengan pendedahan berani Dato'.
Saman biar sampai muflis..Nama pun ng SUE lim..
Salam,
Kita tunggu keputusan mahkhamah.
Salam.
Kami merupakan pekerja2 dari Agni Energie Sdn Bhd di seksyen 7, shah alam. Kami telah diberhentikan tanpa alasan yang kukuh. Kami tidak diberi gaji dan pampasan.
Kami perlukan pertolongan semua.
Ayuh imarahkan blog kami!
http://agni-inc.blogspot.com
Salam YB Dato'
Saya nak cerita sikit psl kerengga;
Didepan rumah saya ada sebatang pokok mangga epal yg buahnya cukup besar. Malangnya buahnya yg rendah membuatkan ramai yg berminat pada malam hari. Oleh kerana desakan dari isteri saya maka suatu hari saya memanjat pokok mangga tersebut bagi mengambil baki buah yang ada. Malangnya belum sempat saya memtik buah tersebut, sekumpulan kerengga tiba2 menggigit sy dari luar hingga kedalam baju saya.
Kesimpulan dari cerita tersebut;
Kumpulan kerengga bukannya makan pun buah mangga tu tp kerana dengki/irihati digigitnya saya agar sama2 tak dapat buah mangga tu.
Jd samalah dengan kebanyakan org melayu yang dengki & irihati klu kita mendpt jd senang..
TQVM
assalamualaikum, kebencian dan kesombongan tidak patut menutup mata hati kita dari melihat kebenaran. Terima kasih kerana menyatakan kebenaran, memang sukar selama ini kerana kebanyakan orang "pemalu" tetapi salah tempat. Jangan malu menyatakan kebenaran, malulah kalau berdiam diri dan tidak punya kekuatan untuk menghentikan fitnah yang berleluasa. Sekarang saya sudah faham erti malu yang sebenarnya, iaitu malu ialah perbuatan takut untuk melakukan sesuatu yang dikhuatiri kesannya buruk dan bagi saya ini memang langkah yang baik, kerana kesan anda menyembunyikan kebenaran boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk. Sangat lega membaca catatan sebegini. Tahniah.
"Saya."
sayabs lah dato' skg ini tibalah giliran barisan exco selangor untuk mengistiharkan harta mereka...ketua pembangkang cam dato pun telus...takkan mereka sebagai exco kerajaan negeri selangor memalu nak bertindak telus cam dato'
Di singapura ramai pemimpin pembangkang disaman hingga menjadi muflis. Inilah tektik yang sama digunakan oleh Dap untuk memufliskan suara melayu. Ayoh Dato kita pulak saman mereka. Jangan bagi muka kat puak-puak ni.
Assalammualaikum dato seri.... chayooo.... kasi antam depa...cakap kot sedap mulut jer... meamang dasar PAS, PKR DAP...rumah Lim Guan Eng tak tanya... saya juga bersama dengan parpukari
Pak Lan said:
"Kepada saudara mad1@gila no. 1
Saudara jgn nak cuba spin2 la..Org citer pasal rumah 24 juta, ko nak citer pasal umah DSKT yg lain plak? Nie ler mentaliti PR, dah kantoi, pusing kornar ikut lain.."
----------------------------------------------
Pak Lan Cow, seperti omputih kata, "if you're speaking to politician, you have to think like a politician" haha
Salam DS,
Kesian DSKT…asyik jadi bahan hentaman pihak pendengki saja…. Orang pendengki ni biasanya ‘common sense’ dia Zero… Untuk adun Sekincan - “JILO COMMON SENSE”
Dan untuk pengikut2 dia pula, memang la orang yang kuat menghasut dan dengki ni tak kan puas dengan penjelasan DSKT. Contohnya LeeZ dia ni saya rasa mungkin orang yang sama dengan LeeSlimShady. Dia ni nak tanya lagi macam mana DSKT boleh dapat tanah lot Banglo tu??? Pasal apa dia tak mau tanya macam mana tycoon Cina yang kaya raya dapat beli rumah lot banglo yang lagi cantik malah kat jalan permata sek.7 pulak tu Rumah DSKT Cuma kat jalan Suasa…. Pasal apa tak tanya macam mana tycoon Cina ni boleh kaya-raya kat negeri yang majority nya anak Melayu??? Tak ada dalam hati dia ka rasa bangga orang melayu kita mampu beli yang setaraf??
Untuk jawapan pada LeeZ ni, common sense nya DSKT beli tanah dan rumah atas orang lain. Dah orang tu nak jual pada DSKT suka hati dia la… Apa soalan ni pun perlu nak jawab?? Apa kalau tycoon Cina beli baru dia nak puas hati….. Manusia..o manusia….Kalau dah hati tu berpenyakit, segala macam tohmahan yang di lontarkan. Tahu ka apa penyakit hati tu??? Ha kat sini saya nak bagi tahu, Penyakit hati tu ialah kalau kita suka buruk sangka, hasad, dengki, takbur sombong, bakhil kedekut, riak, penabur fitnah, kianat dll.
Untuk “musafirlalu” pulak kalau dah tau DSKT offer 50%(ie 12 juta) commission pada adun Sekincan, dia pulak dok sibuk-sibuk nak jadi agen nak jual rumah DSKT nak dapat 12juta tu…. Awat la… ngok sangat….. Kalau saya kaya raya berbeliar –beliar… Tak kan saya nak beli rumah tu dari "awak-musafirlalu" sedangkan saya boleh beli terus dari DSKT??? Ni la pemikiran orang kita ni lambat di jolok sikit…dia yang lebih. Kononnya dia nak hasut orang supaya percaya yang harta DSKT bernilai seperti tomahan tu. Cukup-cukup la….
Untuk DSKT, saya suka membaca pandangan DSKT. Saya minta DSKT kembali ke orbit pada isu-isu semasa. Isu PPSMI… Saya, walaupun tak pandai BI, tapi saya tetap menyokong PPSMI. Saya tak nak jadikan anak-anak saya macam saya terkial-kial menterjemah buku rujukan Inggeris semata-mata untuk mendalami ilmu sains dan matematik dan saya tahu orang kita akan ketinggalan kalau kita masih nak mempertahankan bahasa kita untuk mendalami ilmu sains dan maths ni. Tolong la DSKT ‘write something on this matter’ Please do something…. Saya tetap menyokong TDM tentang isu ni dan akan tetap menyalahkan kerajaan yang tak sabar dengan ancaman orang yang tak berfikiran panjang ni….
Bagi saya DSKT seorang yang berpotensi tinggi untuk menjawat jawatan tinggi di parlimen. Kalau pandangan DSKT bernas sebernas TDM, saya rasa DSKT pun boleh jadi PM.
Assalammualaikum dr
Memang betul tindakan dr tu, maruah mesti dipertahankan.Itu yang menunjuk bahawa dr. bukan sembarangan dalam berpolitik,ada hala tuju dan ada maruah dan harga diri.Syabas
Bukan mcm ketua PR tu semuanya halal,depan belakang dia sapu.
Orang UMNO tak pernah nak menggunakan cara berpolitik mcm mereka,penuh dengan dendam dan syak wasangka,dengki khianat penuh bersarang dalam diri.
Konon nak membenteras kemungkaran,tapi kenapa tak di cari bukti jelas dan bawa kes kemahkamah?, ni tak dok jaja keburukan orng lain, mcm la mereka baik sangat, yang awak tu dok balun depan belakang ok ke???
DSKT,
Saya cuba search blog2 dan media masa(arus perdana atau alternative(contoh MalaysiaKini)), namun tidak menyiarkan kebenaran ini..adakah DSKT juga bercadang menyaman mereka?..
Allo Mad1,
Sekarang sape yg tak sekolah..
Syabas Dr,syabas!!!
Kalu bukti yg Dr siarkan ini pun depa kata bukti songsang,maka hati dan pemikiran mereka jua telah kesongsangan.
Mereka-mereka hanya akan kembali kepangkal jalan apabila selangor ni dah jadi republik.
(Itu pun kalu masih idup lagi)
Masa tu...hidup dalam kubur pun tak aman kenang nasib anak cucu cicit kt dunia angkara kesongsangan mereka2 ini.
Minimum bayaran kepada HSBC adalah RM 18,743.. Wow, banyak tu.. Macam mana YB bajet perbelanjaan bulanan? Nak bayar kereta lagi, makan minum anak isteri..
http://malaysiakini.com/news/108245
ulasan Tun Dr.M tentang isu istana 24 juta ini..hehe
Tahniah DSKT kerana telah membuktikan kebenaran diri sendiri, tapi muaklah tengok penyokong fanatik yang tersangatlah mengampunya tu, kalau DSKT suruh terjun lombongpun depa sanggup..huhuhu
Dato Seri,
Tun Mahathir pun boleh merasa muyskil dengan harga rumah yang Dato Seri berjaya beli di Shah Alam itu. Apakah jawapan dari Dato Seri?
Lagi 1 soalan saya, kalau Dato Seri benar2 telus, jangan setakat memberi sebahagian dokumen S&P sahaja. Sila beri kesemua dokumen itu, supaya rakyat boleh mengetahui siapakah penjual rumah tersebut yang sangat baik hati kepada Dato Seri. Kami memang ingat sangat mengetahui sama ada penjual rumah yang baik hati ini yang sanggup menjual rumahnya dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran berjaya mendapat apa-apa tender tertutup atau sebarang konsesi dari kerajaan Negeri Selangor sepanjang pemerintahan Dato Seri dahulu di sebaik sahaja selepas menandatangani S&P agreement dengan Dato Seri.
Harap Dato Seri boleh telus dalam hal ini. Sekian Terima Kasih
The Star
Saturday July 11, 2009
Dr M: I don’t believe Khir’s mansion costs only RM3.5mil
p/s:wake up ppl..evn Dr M dnt blive...
Saudara mwkt9,
Jika saudara baca dengan teliti sesia Q&A Tun dengan wartawan
"Q: Morally-speaking, do you think that Datuk Seri Khir Toyo’s million-ringgit mansion has tarnished Umno’s image?
A: Yes, I think so. He has to explain where he got the money. Don’t just say RM3 million. I think it’s much more than that. I, too, have a house. My house in the Mines cost me RM1 million. His is how many times grander than mine."
Beliau hanya mengatakan bahawa saya tidak boleh mengatakan RM 3 juta sahaja tanpa "explanation". Saya percaya kenyataan tersebut dibuat sebelum beliau membaca dokumen-dokumen yang saya keluarkan.
saudara Shamsul,
Jika saudara baca dengan teliti dokumen tersebut saudara akan dapati siapa penjualnya. Saya hanya tidak upload bahagian-bahagian "standard" sPA
Tahniah dato seri....inilah yang kami harapkan..selepas ini jangan kita juga sering tercicir peluang untuk hentam PR..saman dia kaw2..dalam kotak fikiran saya mereka buat ni semua sebab nak tutup pekung didada mereka yang mana PR memang dah goyang...mereka gagal mentadbir negeri dengan baik...lihat sahaja di kedah dan perak sebelum ini...hampeh!mcm2 isu tak sebulu keluar...teruskan usaha menjadi pejuang bangsa dato seri
Terima kasih Dato Seri kerana ketelusan dalam hal ini. Saya harap pihak MACC dapat menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut dan dapat membersihkan nama Dato Seri yang tercemar. Semoga lebih ramai pemimpin UMNO lebih telus seperti Dato Seri.
Sekian Terima Kasih
Siti ZZ,
Harap semua komentar2 yang memberikan komen/sokongan/bantahan/tohmahan perlu berdasarkan fakta dan bukti..
Jika DSKT bersalah saya tidak teragak2 untuk membantah dan tidak akan menyokong beliau.. itu yang pasti..
Saya mengucapkan syabas buat DSKT, bagaimanapun DSKT harus ingat banyak lagi isu lain yang akan keluar khasnya yang menguji keperibadian DS kerana bila membabitkan isu peribadi , DS mudah melatah... saya harap banyak bersabar..pembangkang kini cuba menanamkan kebencian terhadap DS.
Assalamualaikum semua.
Pertama sekali, saya ucapkan syabas kepada DS Dr.Khir Toyo kerana berani mendedahkan dokumen pembelian hartanah yang dipertikaikan.
Namun didalam kehangatan perbincangan ini, rakyat marhaen terlupa bahawa kes ini adalah sepertimana peribahasa Melayu lama :
'Gajah sama gajah berjuang ; pelanduk mati terhimpit ditengah!'
Ahli politik ternyata menjadi kayaraya manakala rakyat negara ini berjuang untuk mencari sesuap nasi, kais pagi makan pagi, jika tak kais, kebulur selalu!
Begini sudah lumrah dunia. Berbicara tentang harta berjuta manakala sudah menjadi sekarang kebenaran ' menang sorak ; kampong tergadai'.
Usah leka dengan gejala politik kata mengata sehingga negara tercinta musnah angkara sengketa sesama ummah yang berkiblatkan hawa nafsu semata mata.
Kepada DS, usahakan menjaga kepentingan ummah disamping membela diri yang di fitnah.
Salam ukhuwwah dari hamba.
Valuation by non-registered valuers is an offence under the Akta Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah 1981.
Salam, DS,
Saya nak belajar lah dari DS macam mana nak dapatkan keyakinan bank memberikan pinjaman kepada saya sebanyak RM 3.5 juta.
Saya seorang 'consultant engineer'. Pengalaman kerja 19 tahun. Pendapatan bulanan RM 17,000. Pendapatan isteri pula, RM 9,000. Tolak segala belanja isi rumah, tinggal lah RM 12,000, sebulan. Congak-congak, itu pun tak cukup nak pinjam RM 3.5 juta. Maksimum bank boleh bagi pinjam, RM 800,000.
Saya nak sangat masuk UMNO sebab saya nampak DS ni sebagai contoh. Saya jadi engineer dah dekat 20 tahun, nak pinjam RM 1 juta daripada bank pun tak layak. Mungkin DS boleh bagi saya sidikit 'tips' untuk berjaya dalam UMNO seperti berjayanya DS mengumpulkan harta yang banyak.
Bantuan DS, saya dahulukan dengan ucapan ribuan (lebih tepat lagi, jutaan terima kasih.)
onthestreets,
itulah jadinya bila gaji besar, perbelanjaan pun besar..
apa kata saudara kurangkan berbelanja mewah..satu hari nanti boleh beli rumah yang lebih mahal dari DS Khir.
mengikut kira2 kerajaan Selangor, seorang MB mampu mempunyai pendapatan sehingga RM48k.
macamana nak congak pendapatan RM(12k + 9k) supaya boleh pinjam RM3m? saudara perlu tambah pendapatan isi rumah RM27k lagi supaya pendapatan boleh menyamai seorang MB.
salam..dato'seri
rahim & co memang bagus lah..
boleh bagi alamat dia.nak suruh dia jadi ejen jugak lah..
Salam..
teringin paktreh nak tolong jawab soalan Onthestreets..
Mudah sangat kalau Onthestreets nak buat pinjaman 1 juta. Upgradekan gaji tuan (maksudnya kalau gaji suami 17k n isteri 9k = 26K) supaya jadi 40k.
Perkiraan mudahnya...jika dgn 26k tu tuan dah dapat pinjam 800k...pasti dgn 40k tuan akan dapat lebih dari sejuta.
Utk makluman tuan Onthestreets juga...Selain jawatan tuan yang biasa2 sahaja (Consultant Engineer) pun mampu dapat 800K pinjaman, FIKIRKAN jika jawatannya ialah Menteri Besar.
Apa yang pakteh nampak disini seolah2 tuan Onthestreets merasakan gaji 17k + 9k yang diperolahi setiap bulan itu begitu besar. Sebenarnya ramai dikalangan rakan2 pakteh yang terlibat dalam perniagaan seperti MLM memiliki pendapatan 300k hingga 600k setiap bulan dan LAYAK membuat pinjaman lebih dari sejuta. Maksudnya kawan pakteh yang lulusan SRP but kerana pendapatannya lumayan....LAYAK.
Jangan kerana tuan Onthestreets mempunyai pendapatan yang ciput n setakat 800k ja layak...tuan cemburu dengan mereka yang lebih layak. Keinginan tuan mendapatkan tips tu terlalu mudah dinilai sebagai sinis n menyindir namun sekali lagi kedangkalan seorang consultant engineer terserlah disini.
Entah company mana yang sanggup ambik consultant yang perkiraan mudah bank terhadap permohonan pinjaman pun xdapat difahami.
Assalamualaikum Dato' Seri,
Saya salah seorang exco PEMUDA UMNO Bah. Parit (Perak) yang menyokong Dato' Seri ketika pemilihan Ketua PEMUDA UMNO Malaysia tempoh hari.
Pada mulanya saya sendiri agak sangsi dengan kos RM3.5 juta tu, tetapi setelah melihat gambar dokuman yg Dato' Seri berikan diatas, kesangsian tu telah hilang.
Bekenan pihak bank boleh beri RM3.5 juta pinjaman, saya merasakan mereka yang nak tau sgt boleh la pegi bank n tanya. Kita orng Melayu ni banyak sgt syak wasangka nya. Kita dengki sgt² kalao orng Melayu kita senang lenang, pakai kete besar tetapi xplak kita bising cina² yg senang lenang n kaya raya n lenlain. Ini pemikiran yang typikal sbg org Melayu especially pembangkang.
Apapn semoga Dato' Seri dapat menghadapi keadaan ini dengan tabah. Saya tau Dato' Seri seorang pejuang.
Http://pemuda-parit.blogspot.com
Ikhlas dari Saya,
Exco PEMUDA Parit (no. 2)
Onthestreets
Memang la ko menyindir Dr Khir, aku faham..tapi kalu aku pengerusi UMNO Negeri ke atau Pengerusi PAS/PKR/DAP tau ko nak masuk parti sebab nak kaya,awal2 aku tendang permohonan ko..Ini lah orang yang akan merosakkan seluruh parti dan umat serwajagat!!
Assalamualaikum...
Syabas kerana bukti2 kukuh disediakan...akan tetapi, jikalau bukan Datuk Sri MB Selangor ketika itu...mustahil senang2 dpt beli tanah kt seksyen 7 dgn harga mcm tu....
Rumah 2 tingkat teres kt area situ pun hampir sejuta...rakyat masih bleh berfikir la datuk sri...:)
WOW! Masyuk ah! Jeles pulak. Tp pelik btul. Tgk Tuan Guru NIK AZIZ tu menteri besar gak. Tp mcm tak MEWAH je.
Salam saudara GodOfCookery,
Merujuk pada sedikit kajiselidik saya yg dangkal ini, harga bagi sebuah rumah teres 2 tingkat di Sect 7 adalah disekitar RM300-450K.
Manakala utk sebuah Semi-detached adalah disekitar RM400-900K.
Ini merujuk pada harga semasa, bukannya harga 3-4 thn yg lepas.
Jika saudara berkemampuan, ada sebuah banglo utk dijual dgn hanya RM2.9m shj. 8 bilik tidur + 7 bilik air, siap sepenuhnya tanpa perlu apa2 pengubahsuaian lagi. (sila rujuk http://www.iproperty.com.my)
Saudara, rakyat yg boleh berfikir adalah rakyat yg berkata2 dgn berlandaskan faktar yg benar.
Salam saudara GodOfCookery,
Merujuk pada sedikit kajiselidik saya yg dangkal ini, harga bagi sebuah rumah teres 2 tingkat di Sect 7 adalah disekitar RM300-450K.
Manakala utk sebuah Semi-detached adalah disekitar RM400-900K.
Ini merujuk pada harga semasa, bukannya harga 3-4 thn yg lepas.
Jika saudara berkemampuan, ada sebuah banglo utk dijual dgn hanya RM2.9m shj. 8 bilik tidur + 7 bilik air, siap sepenuhnya tanpa perlu apa2 pengubahsuaian lagi. (sila rujuk http://www.iproperty.com.my)
Saudara, rakyat yg boleh berfikir adalah rakyat yg berkata2 dgn berlandaskan faktar yg benar.
GodOfCookery,
Jadi kalau nak beli tanah kat seksyen 7 tu..kena jadi MB dulu lah yer..tapi pelik gak taukey2 cina yang beli kat seksyen 7 tu takyah jadi MB pun boleh beli..
Memang rakyat masih berfikir,tapi pelik mcm mana rakyat seperti GodOfCookery berfikir..kalau dah mampu/layak dan bank bagi buat loan..apa masalah yer lagi?..
Salam DS,
Ada yang dah jadikan posting ni sebagai laman iklan jual beli rumah.
Ish..ish..ish..
Yeah, itulah dia. evidence do not lie!
Mohd,
tok guru tak kaya? memang dia tak kaya,tapi anak bini menantu dia kaya raya?nak bukti tok guru kaya kan anak bini cukup byk banyak,nak dokumen pun banyak ada dlm simpanan boleh rujuk onemanekurai.blogspot.com. politik tok guru memang macam tu.tunjuk pada rakyat pemimpin marhaen,tapi nepotisme isle tok guru sapa pun tak berani sebut?kenapa?takut tak dapat syafaat tok guru ka?
tu baru nak cerita pasal tok guru belum lagi husam jampari dan adun adun pas yang lain.mereka tu tak jadi MB pun kaya raya,kenapa tak sebut?
datuk seri,
ini kali kedua paparan dan jawapan oleh datuk sri, kalau boleh ds buat sidang akbar,sebarkan dokumen di media.beri bukti kepada rakyat. mereka ini banyak yang ter makan dengan dakyah dan fitnah pakatan haprak.
penjelesan datuk seri akan saya paparkan di blog pisau.net
salam perjuangan.
Post a Comment