Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, November 13, 2009

Bajet Selangor: Bangkai Gajah Mahu Ditutup Dengan Nyiru

1. Bajet yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar semalam menimbulkan pelbagai tanda-tanya dan keraguan. Saya sekali lagi tertanya-tanya sama ada Menteri Besar mahu mengelirukan (mislead) rakyat seperti mana dalam bajet 2009.

2. Setakat ini MB berjaya mengelirukan YB Azmin Ali yang percaya Bajet yang dibentangkan merupakan bajet seimbang dari segi pendapatan dan perbelanjaan. Bercakap kepada Malaysiakini.com, Azmin menyatakan, "We do not spend more than what we (have). We get RM 1.3 bilion, we spend RM 1.3 bilion.”

3. Ya, pada tahun depan memang bajet seimbang. Namun pengumuman ini sekadar usaha menutup bangkai gajah dengan nyiru sahaja. Mana mungkin ia tidak dapat dihidu. Hakikatnya mengapa kerajaan tidak menerangkan kepada umum mengenai bajet 2009 yang mengalami defisit sebanyak RM 900 juta sehingga hari ini?

4. Pada tahun lalu YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim membentang Bajet 2009 bernilai RM 1.4 bilion dengan anggaran pendapatan juga RM 1.4 bilion.

5. Namun pada Julai 2009, Kerajaan Negeri membentang satu lagi Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 yang berjumlah RM 120 juta. Kemudiannya pada sesi November ini, Kerajaan Negeri sekali lagi membentangkan Bajet tambahan sebanyak RM 458, 445, 168.80 (RM 458.5juta).

6. Ketika menang dalam pilihan raya 2008, kerajaan Pakatan ketika itu memohon Bajet tambahan sebanyak RM 178.3 juta kerana kononnya kerajaan negeri semasa BN melakukan pembaziran dan boros sehingga bajet tidak mencukupi.

7. Jadi tahun ini siapa pula salah sehingga terpaksa membentang bajet tambahan sebanyak dua kali? Malahan bajet tambahan 2009 mencecah RM 600 juta.

8. Keseluruhan bajet 2009 mencecah RM 2 bilion (atau secara tepatnya RM 1, 978, 445, 168.80). Manakala pendapatan kerajaan negeri sehingga Oktober 2009 hanyalah RM 1 bilion (RM1, 003, 802, 215.00). Jadi di mana kenyataan dan retorik kononnya kerajaan negeri melaksanakan bajet yang berimbang dan tidak berbelanja lebih?






9. Berasaskan pendapatan kerajaan negeri sehingga Oktober 2009, kerajaan negeri defisit sebanyak RM 900 juta. Berasaskan tren kutipan hasil dan pendapatan, saya menganggarkan kerajaan negeri akan kekurangan sekitar RM 450 juta bagi melaksanakan keseluruhan bajet 2009.

10. Ini bermakna kerajaan negeri perlu mengeluarkan wang simpanan negeri sebanyak RM 500 juta bagi menampung defisit bajet 2009.

11. Dari segi pengurusan sahaja menunjukkan kerajaan negeri melaksanakan pentadbiran bersifat ad-hoc dan tidak mempunyai perancangan sehingga terpaksa memohon bajet tambahan dalam masa tidak sampai enam bulan. Saya lihat kerajaan negeri tidak menggunakan sepenuhnya kepakaran kakitangan kerajaan negeri yang memang telah mahir dalam membuat anggaran bajet.

12. Perlulah dingatkan juga bahawa simpanan (reserved) kerajaan negeri yang ditinggalkan oleh BN sebanyak RM 1.4 bilion tidak akan bertahan lama jika trend pengurusan kewangan seperti ini berterusan.

13. Simpanan ini penting bagi membolehkan kerajaan negeri mendahulukan wang untuk perbelanjaan semasa memandangkan bajet yang dipraktiskan ialah bajet semasa iaitu perbelanjaan berasaskan anggaran pendapatan semasa.

14. Misalnya Bajet 2009 dibuat berasaskan anggaran pendapatan 2009. Justeru untuk melaksanakan perbelanjaan 2009 ia memerlukan kerajaan negeri menggunakan simpanan terlebih dahulu sebelum memasuk kembali kutipan hasil ke dalam simpanan negeri. Jika tiada simpanan yang mencukupi kerajaan negeri akan mengalami banyak masalah untuk melakukan pembayaran dan menjejaskan ekonomi negeri.

15. Saya khuatir beberapa tahun akan datang kerajaan negeri tidak lagi mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membayar gaji kakitangan dan belanja pengurusan sebelum mendapat pendapatan semasa. Jika tidak ditangani mungkin akan menyebabkan Selangor dari negeri maju menjadi negeri muflis.

16. Masalah ini timbul kerana kerajaan Pakatan membuat bajet berasaskan andaian bukannya anggaran.

17. Dalam ucapan saya di sidang DUN yang lalu saya telah mengingatkan kerajaan negeri bahawa ekonomi berasaskan andaian bukannya anggaran akan menjerumus kerajaan negeri dalam krisis kewangan pada masa akan datang.

18. Jika bajet dibuat berasaskan anggaran maka kita akan membuat kiraan realistik berasaskan trend pendapatan beberapa tahun dan juga usaha-usaha yang dibuat bagi meningkatkan pendapatan. Ini akan menghasilkan satu angka yang munasabah dan hampir tepat.

19. Malangnya kerana mahu mendapat publisiti yang bagus dan pujian-pujian media dan rakyat maka kerajaan negeri sekarang ini membuat bajet berasaskan andaian. Mereka tidak berpijak di bumi nyata dengan mengandaikan akan mengutip hasil pasir sebanyak RM 200 juta setahun. Akhirnya yang dikutip tidak sampai 10% daripada andaian.

20. Dalam sidang DUN sekarang sekali lagi mereka membuat andaian. Mereka menyatakan akan mengutip hutang daripada Talam sebanyak RM 392 juta dalam masa tiga bulan. Ini adalah andaian bukan anggaran. Jika anggaran mereka akan mengambil kira kemampuan Talam dan kedudukan kewangan syarikat tersebut sebelum membuat kenyataan seperti itu.

21. Demikian juga janji pelaburan RM 10 bilion untuk Sungai Klang sehingga hari ini tidak menampakkan sebarang hasil. Pada awalnya dikatakan pelabur dari Timur Tengah, kemudiannya dikatakan pelabur dari Singapura dan yang terbaru dikatakan pelabur dari Korea Selatan.

22. Keghairahan membuat kenyataan yang tidak mempunyai asas dan sering kali berubah-ubah ini boleh memberi kesan negatif kepada pentadbiran kerajaan negeri dan juga ekonomi negeri.

23. Saya juga keliru dengan pemberian subsidi air yang dijanjikan oleh kerajaan negeri. Kerajaan negeri mengumumkan memberi subsidi air kepada semua pemilik meter individu kediaman. Sepatutnya kerajaan negeri yang membayarnya. Namun sekarang ini Kumpulan darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membayarnya melalui pinjaman daripada kerajaan negeri.

24. Saya difahamkan, sehingga kini sebanyak RM 100 juta telah dipinjamkan kepada KDEB untuk menampung subsidi air. Apa akan terjadi kepada KDEB pada masa akan datang? Bolehkah syarikat ini berkembang dan mendapat rakan niaga yang baik jika ia dibebani hutang beratus juta?

25. Bajet yang dikemukakan untuk 2010 memperuntukkan RM 1.3 bilion dengan anggaran pendapatan juga RM 1.3 bilion. Anggaran ini adalah realistik. Namun saya percaya akan ada lagi pembentangan bajet tambahan pada tahun hadapan yang akhirnya memerlukan lagi wang simpanan negeri dikeluarkan tanpa diganti.

26. Justeru saya berharap, kerajaan negeri dapat memberi fokus yang jelas kepada usaha meningkatkan kewangan negeri dan pertumbuhan ekonomi bukannya berusaha memburukkan Barisan Nasional setiap masa sehingga lupa tanggungjawab sebenar.

27. Saya khuatir ketika media massa ghairah memberi publisiti terhadap retorik-retorik bajet rakyat dan sebagainya, kita lupa masalah sebenar terhadap pengurusan kewangan negeri.

28. Ramai yang menguar-uarkan bajet seimbang 2010 tetapi lupa pada masa yang mereka juga memuji-muji bajet seimbang 2009yang akhirnya mengalami defisit begitu besar.

29. Pada hemat saya, pentadbiran Pakatan hari ini lebih kepada menang sorak tapi Selangor mungkin tergadai pada masa akan datang.

Nota:

i)Semalam YB Azmin Ali mempersoalkan mengapa saya tidak berbuat apa-apa untuk mengutip hutang daripada Talam. Jika beliau membaca blog saya dengan teliti tentulah beliau tahu bahawa usaha mengutip hutang tersebut telah pun ada dan sedang berjalan sehinggalah berlaku perubahan pemerintahan.

ii). Sekarang kita lihatlah adakah kerajaan negeri mampu mengutip hutang tersebut secara tunai memandangkan kewangan Talam dalam keadaan yang teruk. Cuma saya berharap dalam usaha menekan Talam jangan sampai pembeli rumah teraniaya. Dengar khabarnya sekarang ini MB enggan menandatangani sebarang kebenaran pindah milik daripada Talam kepada Pembeli. Jika benar, wajarkah pembeli menjadi mangsa?

55 comments:

  1. senang cerita

    khalid buat bajet umpama mat jenin

    dia mengharap,sana masuk,sini masuk, kemudian tak masuk2 pun.

    benarkah begitu datuk seri ?

    ReplyDelete
  2. Dato Seri

    Sekurang-kurang nya Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya berbuat sesuatu untuk Negeri Selangor ini.

    YA..BERJAYA MELINGKUPKAN NEGERI SELANGOR

    Wal Balik Wal Hasil BN/UMNO jugak yang disalahkan..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Nampaknya apa sahaja yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor tidak mendatangkan faedah, rakyatlah akhir menanggung beban dan menderita. Saya kuatir seperti kata Dato' Seri bahawa Selangor akan hilang status negeri maju dan bertukar menjadi negeri muflis. Tetapi rakyat sudah membuat keputusan dan inilah yang mereka mahukan dan kita berdoalah bahawa mereka sudah melihat ketidakupayaan gabungan ini memerintah dan memajukan negeri kesayangan kita ini dan berubah fikiran di PRU yang akan datang. Tetapi tentukan keadaan berubah supaya mereka tidak terlebih dari mulut harimau hanya untuk masuk kemulut buaya.

    ReplyDelete
  4. Dr Khir,

    What is your insight into this to assist those so many buyers affected for so long?

    http://www.malaysiakini.com/news/117196

    Salam.

    ReplyDelete
  5. Salam DSKT dan salam utk semua.
    Khabarnya PR tak sangka yg mereka akan menang di Selangor pada PRU12 lalu. Pasal tu mereka boleh buat janji2 yg tak masuk akal. Mereka sebenarnya tak komited langsung pada apa yg mereka katakan.

    rujuk : http://www.youtube.com/watch?v=hUpawmPp-nM

    Kali ni, bila mereka memerintah, mereka buat budget yg tak masuk akal jugak. Kenapa?
    Sebab mereka tak yakin akan dapat memerintah lagi selepas PRU13 nanti.

    Jadi biarlah akaun Selangor negatif balance.
    Biar Selangor mundur thn 2012 nti.
    Biar BN terseksa bangunkan semula Selangor lepas PRU13 nti.
    Masa tu, mereka akan kata... "Lihat!!! Selangor mundur bila BN perintah semula."

    Murah betul permainan politik mereka.

    ReplyDelete
  6. 1. Puluhan tahun buat silap masih tersenyum memperkatakan kesilapan orang lain.

    2. Joint Venture yang tak menguntungkan kerajaan negeri tu macamana plak.

    3. Mungkin rakyat terbanyak akan percaya kalau ahli UMNO biasa yang beri pandangan tentang kerajaan PR.

    4. Kalau pandangan itu datangnya dari BEKAS PEMIMPIN UMNO agak sukar untuk dipercayai sebab mereka pun 2 X 5 juga masa memerintah.

    ReplyDelete
  7. salam DS.

    kami ingin penjelasan dari DS mungkin KENN juga bermaksud sedemikian.

    masalahnya,
    kami ragu2 apa maksud khalid.

    ReplyDelete
  8. malaysianforex,

    kalau puluhan tahunan tu memang munasabah ada kesilapan yang tak dapat di duga...........tapi PR ni baru perintah beberapa bulan dah macam-macam kesilapan. Kalau lama perintah tak tau lah nak cakap.....

    tu lah, zaman BN dulu sibuk salahkan BN.....sekarang bila dah dapat perintah umpama kera dapat bunga...habis semua kelopak dikitaikannya......

    rakyat selangor kasi KO kat PR pada PRU13 nanti!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. The more accurate translation for "mislead" is not "mengelirukan", which is confuse, but "menipu".

    ReplyDelete
  10. Nak membangkang memanglah senang... bangkang ajerr... orang yang kena tu lah yang kena carik point untuk menepis..

    Sekarang, dah jadi pemerintah pulak (tak sengaja), tapi perangai masih macam dulu, asyik membangkang jerr... (menyalahkan orang lain) , haprak...

    Ingat senang ker nak menjadi pemerintah, cakap jer pandai, bila bagi jawatan, umpama tikus membaiki labu, hancurr...

    semoga Allah memelihara rakyat negeri Selangor yang kucinta ini... aminn..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum dr

    Dr. bukan untuk mendabik dada,dr memperkatakan apa yg akan terjadi apabila kantong kerajaan negeri semakin hari semakin kekeringan?,itu tandanya dr. adalah pemimpin yg bertanggung jawab dan perihatin.

    Mengapa kerajaan pimpinan PR masih tidak dapat menambah pendapatan kerajaan Negeri? malah mahu menggunakan simpanan?.

    Kerajaan BN baru di Perak telah dapat membawa masuk pelabur walaupun keadaan ekonomi sekarang ini tidak begitu baik. Dimana silapnya dengan kerajaan PR di Selangor?

    Bukankah Anwar Ibrahim begitu angkuh mengatakan bahawa dia adalah antara menteri kewangan yg terbaik yg pernah Malaysia miliki?, apa salahnya kepakaran itu dipinjamkan kepada Khalid Ibrahim?.

    Nampaknya rakyat Negeri Selangor kenalah merubah minda dan fikiran demi untuk melihat kemajuan akan terus dinikmati.

    ReplyDelete
  12. salam YB..artikel yang mantap!
    apa sekalipun ini lah hasil dari Kerakusan mereka dalam Menjahanamkan Selangor.

    Selangor yang kian maju nampaknya akan menjadi mundur dan tidak mustahil 2 tahun akan datang Selangor akan musnah pembangunan yang di janakan oleh kerajaan BN sebelum ini.

    Mereka Pakatan hanya memenuhkan Wang Rakyat dalam poket mereka sahaja.

    Rakyat harus bangkit menentang Kerakusan mereka Pakatan ini demi menyelamatkan Selangor.

    ReplyDelete
  13. DS Dr. Khir,

    Nak buat macamana..kalau penasihat eknomi pun bayar gaji RM1.00 saja..
    You pay peanut ..you get monkey.
    Monkey ni nanti..akan cakap..tengok dia tak abik upah yang mahal tk menasihatkan ekonomi Selangor.
    Walhal.. kat belakang dia sebat macaman kita pun tak tahu...Wallahualam..

    ReplyDelete
  14. Kita tak mahu dengar di sebelah pihak saja. Baca di bawah ni sebab apa mengalami defisit.

    http://www.malaysiakini.com/news/117372

    ReplyDelete
  15. Saudara Ken, Kang Nasir dan Kembara putih,

    Saya akan mengulas isu-isu yang dibagktkan oleh Khalid setelah saya beliau keluarkan risalah yang diuar-uarkan. Setakat ini saya belum melihat risalah tersebut yang ada hanyalah kenyataan media yang tidak lengkap. Jadi lebih baik kita tunggu pendedahan terperinci.

    ReplyDelete
  16. Saudara MalaysiaForex... joint venture ini selalunya menguntungkan. Kadang-kadang memang ada yang merugikan kerana dlm bisnes ada risiko.

    Yang penting semasa membuat keputusan untuk memasuki sesuatu joint venture adakah ia dibuat berasaskan perniagaan atau kerana untuk menguntungkan orang tertentu sahaja atau sekadar untuk membuat sesuatu agar dilihat bekerja.

    Insyaallah saya percaya setiap keputusan yang dibuat oleh saya semasa menjadi MB telah melalui kajian viable - yakni mempunyai keupayaan yang jelas untuk membuat keuntungan. Jika gagal pun bukan kerana projek tidak berdaya saing tetapi kerana faktor-faktor di luar kawalan seperti isu kemelesetan ekonomi atau salah tadbir di peringkat pengurusan projek.

    ReplyDelete
  17. salam....

    apebenda bayar rm1..jadi tuan penasihat?
    nak jadi penasihat ekonomi puppet ke..atau
    nak kaburi mata rakyat konon PR boleh sediakan
    penasihat muka seringgit?

    ReplyDelete
  18. YB DATO RAIS YATIM MENGAKUI YANG EKONOMI SELANGOR BEGITU KUKUH DAN TAK PERLU PENASIHAT SEDANGKAN MENTERI PUN MENGAKUI YANG EKONOMI SELANGOR BEGITU MANTAP HANYA OARANG2 SEPERTI DSKT SAHAJA YANG BEGITU BENGAP SEMASA DSKT MEMERINTAH APA BUAT ZERO ADA LAH. DARI SABAK BERNAM SAMAPAI KEBERANANG PROJEK APA MELAINKAN UNTUK KEPENTINGAN KRONI SAHAJA. TAPI SEKARANG INI KERAJAAN NEGERI ADA JUGA MEMBANTU UNTUK RAKYAT SYUKUR ALHAMDULILLAH. YANG PASTI DSKT AKAN TENGGELAM DALAM PRU 13 UMNO TAK AKAN CALUNKAN DSKT UNTUK SUNGAI PANJANG DAN SAYA UCAPKAN SELAMAT BERSARA KEPADA DSKT. WSLM DARI AHLI TIDAK BERPARTI MACAM ADUN PELABUHAN KELANG TK

    ReplyDelete
  19. Salam buat DSKT,
    Kadang2 saya lihat DSKT tak ubah cam geng2 PR gak. Bila jadi pembangkang mudah je melihat kesalahan orang lain. Tapi masa DSKT/ BN memerintah dulu rasanya camtu gak...cuma rakyat takleh wat apa2. Camnilah kalau benar PR tak betul dan BN memang wat keja dan bukannya hanya kejar pangkat dan projek, saya pasti rakyat Selangor akan kembalikan Selangor kepada BN.Janganlah jadikan rakyat mangsa...keluar kandang rimau, masuk kandang singa. Buatlah keja dgn niat kerana ALLAH. Utamakan agama , kemudian bangsa dan seterusnya negara. Janganlah guna kedudukan untuk mencari kemewahan. So BN kena buat keja tanpa ambik kira dengan siapa pun...Yang penting jangan sombong bila berkata-kata...Saya pasti yang baik akan dibalas dengan yang baik..Sama2lah kita muhasabah diri untuk kebaikan didunia dan yang pasti untuk akhirat juga. Wallahualam.

    ReplyDelete
  20. Salam DSKT,
    Apa komen DSKT berkaitan dengan SUBUR, pada pendapat saya kadar kelayakan penerima mestilah dinaikkan lagi. Kat bandar nie kalau setakat pendapatan per keluarga RM3K tu takde benda pun... Ni dengar cite subsidi minyak pula hendak direview balik. Buatlah apa benda pun tapi jangan menyusahkan rakyat..Itu je..Bisik2lah sedikit kepada DSNajib.Denyut nadi rakyat jangan disesakkan lagi.

    ReplyDelete
  21. Akum Dato Seri,

    Semoga Dato dan datin sihat dan gembira dengan tugas sebagai pemimpin pembangkang.

    Untuk pengetahuan Dato, saya sebagai pengundi di kawasn Puchong amat gembira dengan pentadbiran kerajaan PR yang sangat mengambil kira kebajikan rakyat.

    Di kawasan perumahan saya, sebelum in terdapat 2 kawasan tanah awam yang telah diduduki secara haram oleh pihak MIC dan UMNO (lebih kurang 100 metre dari tempat MIC). Pihak MIC menduduki tanah itu secara haram dengan alasan untuk menyediakan tapak perkhidmatan aduan MIC, tetapi sebahagian besar dari tapak itu digunakan sebagai tempat membasuh kereta commercial yang beroperasi secara haram dan tanpa membayar apa2 sewa. Sekarang selepas PR mengambil alih tampuk pemerintahan, pihak MPSJ telah merobohkan pusat haram tersebut dan kini ianya telah digantikan menjadi kawasan permainan kanak2, siap dengan rumput baru. Tahniah kepada pihak pentadbiran PR.

    Dan kepada orang-orang seperti Dato, teruskan usaha anda berkokok kerana itu semua tidak akan memberi kesan kepada pengundi-pengundi seperti saya. Bagi kami yang penting ialah kami dapat melihat sendiri dengan mata kepala kami akan kecekapan pentadbiran PR.

    ReplyDelete
  22. salam dato Seri Khir

    Nampaknya pembentangan bajet PR kali ini cukup memberangsangkan dengan pelbagai harapan diberi kepada rakyat. Mungkin rakyat di kampung akan ebrsorak riang termasuklah dengan penyokong penyokong ekstrim PR. Tambah tambah dengan perlantikan DS ANwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi Selangor.

    Persoalannnya:-
    1. Kenapa hampir dua tahun terpikir nak lantik penasihat eknomi Selangor? Tan Sri tak tahu nak buat apa apa dah ker? Dah tentu ada masalah ekonomi kalau tak takkan lantik penasihat?
    2. Kenapa mesti anwar? Kan banyak lagi tokoh boleh lantik? Kalau nak lantik penasihat ekonomi sepatutnya lantik orang yang tiada kena mengena dengan politik keranan ekononomi berkaitan dengan masa depan kewangan negeri.Banyak lagi tokoh yang berwibawa.
    3. Ekonomi selangor sekarang dan masa sebelum PKR jauh berbeza mungkin? Atau nak selamatkan kerapuhan PR ?

    Saya tertarik dengan pandangan dato seri bahawa selangor mengalami defisit hampir 900 juta dan ini akan mengakibatkan kerajaan negeri menggunakan simpanan sedia ada untuk tambahan bagi menampung defisit ini. Mungkin akibat kegagalan mendapatkan hasil kepada negeri? Mana pelabur - pelabur yang nak masuk negeri Selangor. Saya dengar ramai yang hold dulu nak masuk and byk pergi ke China dan lain lain tempat. Pelabur dari timur tengah pun agak risau kerana politik selangor di bawah PR tak stabil. Takut kalau melabur nanti banyak polisi baru diperkenalkan jadi banyak yang hanya sekadar buat lawatan jer and akan kaji saja peluang di selangor. Kesian SSIC selangor, tak tidur malam dibuatnya sebab pelabur tak ada confident nak masuk. Habis air liur bercerita dalam meeting tapi respond tak ada.

    Dato Seri, saya harap dato seri tolong tengokkan keadaan GLC selangor yang semakin tenat. KDEB nampaknya mengalami penyusutan yang mendadak kerana terpaksa menampung pembayaran air percuma yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Paling minima pun 11 juta tiap tiap bulan. Bayangkan kalau keadaan berlarutan sehingga berpuluh bulan nie....dah la bonus pun tak ada.

    PKPS yang dulu gah dengan Selangor Fruit Valleynya pun dengar kata mengalami masalah mengalami hutang yang serius. Banyak anak syarikat ditutup dan pembuangan pekerja dibuat. Ramai kakitangan kerajaan ambil option pencen awal atau cuti tanpa gaji. Apa dah jadi, bukankah pertanian adalah satu usaha kerajaan negeri untuk seimbangkan dengan perindustrian dan Selangor Fruit Valley tu kan dah jadi titah sultan supaya dikekalkan kecemerlangannya.

    PNSB, banyak perjanjian nak dibatlkan terutamanya berkaitan pajakan tanah. Tapi yang bestnya mungkin tan sri tertarik dengan duit tunai PNSB yang boleh bertahan hingaa 30-40 tahun lagi kot....tu yang tengah kawal ketat PNSB. Mungkin tengah pikirkan mcm mana nak transfer duit tu.

    PKNS ramai yang merungut tentang corak pentadbiran baru yang lebih diktator. Dan banyak projek PKNS nampaknya tak adapat nak jual. Maklumlah diskaun dengan lain lain kelebihan tak nampak dek pembeli.

    Bajet 2010 selangor nampaknya tiada apa yang bagus kerana semuanya tak dapat dibuktikan melalui bajet 2009. Banyak program 2009 yang gagal.

    Saya juga ingin mencadangkan kepada Dato Seri supaya UMNO dan BN Selangor mula menggerakkan sessi bersama rakyat. Yang lebih penting libatkan Ahli ahli umno yang tinggi nilai agamanya. Janganlah sumpah seranah dan kutuk mengutuk dipersembahkan semasa ceramah sebab orang lebih benci mendengarnya. Banyak kepada maklumat mengenai ekonomi rakyat selangor dan pastikan jangan digunakan bahasa yang korporat. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembik...Dengan keadaan sekrang dan ekonomi selangor sekarang, BN boleh menawan selangor kembali.

    Cerita pasal pegawai kerajaan dan kakitangan kerajaan kerajaan negeri selangor memang sah tak menyokong dah PR nie....mungkin Dato seri juga bersetuju sekiranya survey telah dibuat...

    wassalam

    ReplyDelete
  23. TALAM Adalah warisan zaman DSKT dan kerajaan negeri sekarang yang tanggung itulah warisan HAPRAK yang ditinggalkan oleh puak UMNO/BN masih tak sedar diri lagi ker.Memang pandai YAB TSKI dalam mengendalikan negeri walaupun dikacau oleh puak2 yang muflis ini namun RAKYAT akan tetap bersamamu cuma segelintir sahaja yang tak faham dan masih merapu macam orang gila meroyan.Bajet selangor adalah bajet terbaik pernah dibentangkan oleh MB PR bagus teruskan TSKI jangan pandang kebelakang lagi orang sungai panjang pun dah tahu mana baik mana yang buruk guna AIR pun dah tak payah bayar.Saya yakin kalau kerajaan pusat dapat ditawan pasti kehidupan rakyat akan bertambah baik. Kepada pengampu2 yang ada disini lihatlah dikeliling anda antara dulu dan sekarang banyak perbezaan nya. SELAMAT MAJU JAYA SELANGOR jangan dipandang komen TDM itu komen murah masuk sahaja bakul sampah selama dia jadi PM apa yang dia tolong untuk orang melayu zero lah takan orang melayu tak nampak kot.Cuba kita tengok ASN idea siapa FELDA juga idea siapa tapi zaman beliau ialah menswastakan jabatan2 kerajaan dan yang untung siapa bukankah kroni dia MAS lingkup ditangan siapa? fikir2kan lah dan banyak lagi lah yang susah nak disebutkan disini. Saya melihat orang dikawasan DSKT pun tak ada yang maju pun setekat ada sawah yang adakalanya semak samun sahaja dah tak larat nak kerjakan kos nya mahal.Dan yang terbaru buat projek baru SUBUR oiiii sedap nama nya tapt hampeh.............betul inilah wajah pemimpin UMNO/BN kalau tak percaya pergi ler kekampong pasti jelas tembelang mereka ini. SEKIAN DATO YANG DIKASIHI WSLM

    ReplyDelete
  24. Kalau sebelum ini bajet yang dibentangkan bagai mahu menutup bangkai gajah dengan nyiru, namun kini setelah pelantikan Penasihat Ekonomi baru Selangor, nampaknya kita akan memasuki era baru iaitu ERA KEJATUHAN! Semoga sejarah tidak berulang lagi, dan saya menggesa BN menggiatkan lagi usaha dalam misi menawan kembali SELANGOR!!! Hidup BN!!!

    ReplyDelete
  25. saudara Mack,

    1. mengapa air percuma 20 cubic meter tidak diberi kepada flat kos rendah yang kedudukan mereka lebih susah dan miskin berbanding mereka yang tinggal di rumah banglo dan teres?

    2. Saudara patut baca pendedahan Syed Nazri dalam NST hari ini untuk mengetahui pemikiran Tan Sri Khalid

    ReplyDelete
  26. Salam buat semua,
    Memandangkan ada yang pro dan contra di sini. Baguslah itulah yang dinamakan demokrasi. Cuma satu janganlah terover samada PR ke BN ke...masing2 ada kelemahan. Kepada pihak BN dan DSKT, muhasabah kenapa S'ngor ditawan oleh PR. ALLAH itu Maha Adil...setiap yang kita lakukan pasti ada balasannya. Akuilah bahawa pada masa dahulu mmg BN ada banyak buat silap terutamanya pemimpin yang lupa diri ! Berusahalah agar UNDI rakyat akan berpindah kepada BN pula...Jangan hanya ingat tengkolok sendiri sahaja tetapi rakyat menderita...Sentiasalah muhasabah diri...Apa yang rakyat mahukan bukanlah kemewahan yang melampau, tetapi memadai tidak menyusahkan kami...Yang baik pasti dibalas dengan yang baik, tak kiralah samada dari PR atau BN. Wassalam.

    ReplyDelete
  27. Salam.
    Saudara mack membandingkan pembangunan Sekinchan dan kampung2 sekitarnya dengan kampung mana?
    Kampung Pandan?
    Kampung Dato' Harun?
    atau Kampung Kerinchi?

    Merujuk pada komen2 pihak PR di atas, kenapa perlu guna bahasa yg kasar yg kotor?
    Kan lebih manis kalau setiap teguran, idea dan buah fikiran yg bercanggah dgn anda dijawab dgn fakta2 sahih. Kenapa perlu keluar dari tajuk perbincangan?

    Orang2 yang berilmu dan bijak,kalau berbeza pendapat akan berterimakasih , maka bertambah lah ilmunya,
    tapi orang2 kurang bijak dan sombong akan meronta ronta, marah dan emosi.

    ReplyDelete
  28. selangor rugi 136.5 juta...di bukit botak...
    angkara mb selangor yg bodoh...hanya pandai cabut gigi...buat banglo...

    ReplyDelete
  29. Alah Pak Mat Tempe...macam la ko tu bagus sangat?? Bagus ke??? Isu PKFZ tu apa ke benda nya, tu duit aku ada kat situ...sedap2 aja korang bedal perot korang terbakar la kat akhirat?? Pigi dahhh..

    ReplyDelete
  30. saudara Mack..
    Anggapan saya..saudara ni masih seorang pelajar yg ditanggung oleh mak bapak..Saudara belum berada di alam realiti kehidupan.. air yg free tak sampai rm 20 telah mengaburi mata saudara utk melihat jasa2 TDM dan lain2 pemimpin..
    Tanyalah kebanyakan kakitangan kerajaan negeri sekarang ini...mau sokong PR lagi ke...saudara akan tahu jawapannya..

    ReplyDelete
  31. Saudara MMB,

    Kalau BN, UMNO & Najib yakin sangat bahawa sokongan kepada UMNO telah kembali, mengapa dia tak berani panggil pilihanraya yang baru bagi seluruh negeri? Biarkan ianya menjadi referendum kepada pemerintahan dia.

    Hatta untuk membubarkan DUN Perak pun tak berani. I rest my case...

    ReplyDelete
  32. salam..

    pada pendapat saya membina ekonomi terlalu pantas dan mengenepikan aspek kerohanian pun akan membawa masalah yang berat untuk diatasi..

    pembinaan dan pengukuhan ekonomi secara terancang dan perlahan-lahan kebiasaannya akan bertahan lama berbanding pembinaan secara rakus dan membelit.

    sebagai contoh mudah perbezaan antara berniaga arak dan air tebu

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum dr

    Kepada Shamsul yg budiman,kenapa terlalu emosi?
    Dr. membuat penilaian bahawa PR telah tersasar dalam mentadbir Negeri Selangor Darul Ihsan.Itu adalah penilaian beliau yang telah berpengalaman selama 2 penggal menjadi MB.Adakah beliau tidak berhak untuk memberikan pandangan beliau?.Pada saya, berchanggah pendapat bukan bermaksud untuk menjatuhkan kerajaan PR,malah dengan cara begitu akan dapat membuat kita terbuka mata dan minda untuk membuat penilaian yang sebenar.

    Berkenaan permintaan saudara supaya PM memanggil untuk pilihanraya awal adalah permintaan sangat tidak logik,kenapa?
    1)Kerajaan BN bukan dalam keadaan terdesak untuk mendapat mandat.
    2)Kerajaan BN masih punya masa 2 tahun lagi untuk memerintah.
    3)Pernahkah saudara terfikir berapakah kos untuk mengadakan sesuatu pilihanraya umum?, dalam keadaan ekonomi sekarang adakah perlu duit rakyat di bazirkan dengan sewenang wenangnya? hanya kerana untuk memuaskan hati segelintir manusia yang gilakan kuasa?

    Saudara Shamsul diharap saudara tidak tenggelam punca didalam membuat pertimbangan.

    ReplyDelete
  34. Salam semua.
    Saudara Shamsul mengusulkan sesuatu dengan membelakangkan Perlembangaan Persekutuan.

    Saudara perlu melihat apakah kepentingannya membubarkan Perlimen atau Dewan Negeri seawal 2 atau 3 tahun. Sebab ikhlas ingin melihat rakyat selesa di negara sndri atau kerana politik semata?

    Jgn taksub pada pengaruh politik dgn mengabaikan kebajikan rakyat. Fikirkan juga ttg pembaziran kos dan masa serta perancangan2 pembangunan yg masih separuh jln siapnya.

    Sekali lagi, berikut adalah keputusan PRU12 negeri Perak (sebelum lompat melompat):

    BN : 28 (27 kerusi utk UMNO)
    PAS : 6
    PKR : 7
    DAP : 18
    Bebas : 0

    *Kiralah sndri dimana sokongan Melayu.
    *Melayu bukan sahaja perlu berani, malah perlu juga pandai mengira. :)

    ReplyDelete
  35. Saudara Azman,

    Percayalah jika kita berjaya mengadakan pilihanraya dan menukar kerajaan korup BN yang sedia ada sekarang, saya pasti jumlah wang yang kita berjaya selamatkan dalam masa dua tahun akan datang akibat korupsi adalah lebih berbaloi.

    Alifnajmi,

    Maaf, saya tidak subscribe politik assabiyah saudara. Walaupun saya Melayu, tetapi saya lebih lihat diri saya sebagai orang Malaysia. Itu yang penting. Apa guna kalau melayu yang memerintah tetapi nasib orang melayu sendiri di abaikan? UMNO telah diberi mandat untuk memerintah 52 tahun dan dimanakan kedudukan orang Melayu sekarang? Mengapa hanya 2-3 kerat Melayu aje yang diberi peluang. Kenapa pembangunan di Kelantan (yang 95% Melayu) di anak tirikan. Kenapa hak mereka untuk mendapat duit royalti minyak di sekat? Sekarang saya ingin bertanya pada saudara secara ikhlas, siapa sebenarnya yang menganiaya orang Melayu? Bukan kah orang yang mengaku Melayu sendiri? Fikir-fikirkan :)

    ReplyDelete
  36. salam...

    saudara shamsul masih tertutup mindanya!

    ReplyDelete
  37. Salam buat semua,
    Saya rasa sumenya kat sini beremosi. Tak kiralah penyokong BN atau PR. Memang manusia begitu. Apa yang membezakan adalah ilmu dan iman serta amalan yang baik. Mana ada orang yang setuju dengan musuh dia betul tak..serupalah dengan kes DSKT dgn TSKI. Sama gak masa DSKT jadi MB dulu..geng PR sumenya tak suka...biasa latu....Wat masa nie..sesapa yang betul2 membantu rakyat dan pandai mengambil hati rakyat...maka dialah yang akan dipilih masa PRU13 nanti. BN pulak dah takleh guna modal lama iaitu selama ini BN lah yg menolong rakyat dan pelbagai lagi.Kena cari pendekatan yang baru. Saya rasa apa yang DSN (PM) buat tu akan menjadi faktor kembalinya BN di S'ngor. Tetapi tgklah nanti...masa masih panjang...BN pun tak kurang maslahnya..MIC dan MCA pun tgh bergolak...Buat masa nie PR yg menerajui negeri...so bagi mereka peluang...Rakyat pasti akan menilai...Sama-samalah kita muhasabah...Wallahualam

    ReplyDelete
  38. Saudara Shamsul, benarkah hanya segelintir orang Melayu yang di tolong UMNO? Jika dilihat jumlah penerima bantuan, sokongan dan insentif sama ada untuk sme, pendidikan, miskin, agama, saya fikir dakwaan saudara sangat jauh terpesong.

    2-3 kerat yang saudara perkatakan ialah usaha mewujudkan konglomerat Melayu. tentulah semua orang tidak akan mendapat projek besar kerana ia memerlukan usaha. mereka yang dapat pun bukannya diberi begitu sahaja tanpa penilaian keupayaan dan kemampuan untuk mengendalikannya.

    Sampai bila kita hendak menjadi melayu yang dengki dan iri hati kepada kejayaan bangsa sendiri sedangkan kita tidak pula berusaha memajukan diri?

    ReplyDelete
  39. AKUM DSKT= Apakhabar semua harap sehat dan sabar semoga kita semua sentiasa dalam perlindungan ALLAH jua negara dalam keadaan sejahtera. Untuk makluman yang mengatakan saya seorang pelajar itu tidak benar mana mungkin saya yang dilahirkan pada tahun 1959 dikampong sungai burong sedaerah dengan DSKT. Saya mula bertugas dengan syrikat kolemrat antarabangsa sehingga sekarang dan menjadi pelnggan kepada LHDN dari tahun 1984 dan amat berbangga menjadi pembayar cukai kepada kerajaan kerana turut sama2 membangunkan negara tercinta ini. Bagi saya mudah sahaja sama ada kerajaan diterajui oleh BN/UMNO atau PR/PAS=DAP=PKR yang penting ada ketelusan dalam membelanjakan wang rakyat bagi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat keseluruhan nya. BAJET kerajaan negeri selangor adalah yang terbaik pada pengamatan saya tapi untuk anda kata tidak bagus itu hak anda dan saya menghormati pandangan anda tidak semua orang berpendapat sama. Bangkai gajah mana bisa ditutup dengan nyiru tetapi jangan lupa bahawa nyiru itu lebih baik dari tidak ada langsung itulah yang dikatakan oleh DSKT apa ada dengan air yang nilai nya cuma Rm 20 tetapi itulah nilai tidak bermakna bagi DSKT kerana wang sebanyak itu tidak makna bagi beliau kerana mungkin DSKT banyak wang tidak macam saya yang tidak punya wang yang ada itulah di KWSP kat bank jauh sekali memang zero nilainya. Pembangunan disekinchan atau tanjung karang memang tak sama macam kampong pandan kg kerinci dan kg medan tapi sekurang-kurang nya bangunkanlah orang2 ditempat saya tanjung karang atau sg besar tak ketinggalan di sg panjang yang masih daif dari kemudahan2 yang sepatutnya ada disitu. Saya berharap selepas ini DSKT buka mata apa yang sedang berlaku diselangor ini sebagai satu cabaran untuk memperkukuhkan kesejahteraan rakyat diselangor. Saya secara peribadi menyokong apa yang telah TSKI lakukan dimana melantik DSAI sebagai penasihat ekonomi pakar atau tidak itu tidak penting yang perlu ialah kebolehan mengurus dengan telus dan bijak. Bayaran seringgit itu lebih baik dari berpuluh-pulh ribu tapi hasil nya tidak ada apa2 yang boleh dicapai.Siapa penasihat PROTON yang membawa kerugian tanya akal tepuk dada fikir dengan akal pasti hati kita akan menjawab siapa dia lu fikirlah sendiri. SEKIAN UNTUK TATAPAN HARI INI. WSLM

    ReplyDelete
  40. Dr. Khir

    Mungkina tambahan bajet kepada bajet yang sedia ada merupakan sesuatu di luar jangka. Ini merupakan supplementary budget bagi merangsang ekonomi Selangor ketika dunia amnya sedang bergelut dengan kegawatan ekonomi. Bukankah ini tidak jauh berbeza dengan pakej rangsangan ekonomi yang dilakukan Perdana Menteri, Najib Razak?

    Apa komen Dr. tentang perlantikan Anwar Ibrahim sebegai penasihat ekonomi negeri Selangor? Mengapa Anwar tidak dilantik sebagai penasihat ekonomi di negeri sendiri, Pulau Pinang? Mungkin Anwar sudah ada perancangan tersendiri dengan pasukan ekonominya untuk menangani masalah defisit bajet Selangor yang kian bertambah?

    ReplyDelete
  41. Dato Seri,

    Kenyataan saya bahawa hanya segelintir Melayu sahaja yang ditolong oleh UMNO adalah benar dan telah saya saksikan dengan mata kepala saya sendiri. Mungkin kerana Dato Seri telah terlalu lama duduk di mahligai yang besar sampai tidak tahu rintihan rakyat dan orang Melayu yang miskin di kawasan luar bandar. Dato Seri tidak perlu pergi jauh, tanya sahaja kepada sahabat Dato Seri yang menerajui Melaka, bagaimana beliau dengan tidak segan silu membatalkan kontrak firma guaman Melayu di Melaka hanya kerana perbezaan politik. Bagaimana pula dengan hak royalti minyak kepada kerajaan Kelantan yang penduduknya 95% Melayu? Kenapa tidak pula keluar komen dari pihak Dato Seri berkenaan soalan saya ini? I rest my case....

    ReplyDelete
  42. Salam DSKT,
    Pada setengah keadaan saya bersetuju dengan pandangan DSKT. Dan pendapat org yg tak sealiran dgn DSKT pun ada benarnya juga. 52 tahun itu lama masanya...adakah DSKT merasakan org Melayu benar2 telah dibawa "keluar" oleh UMNO ? Kalau benar mengapa persepsi (sebenarnya bukan persepsi pun), malahan betul pun...pemimpin UMNO walaupun tidak sumenya dilihat sbg hanya tamakkan kuasa dan projek sahaja...DSKT tidak percaya ? Tun M sendiri telah membuat kenyataannya panjang dan lebar dalam blognya...DSKT tahu berapa juta org telah membacanya ??? Saya rasa Tun M tak akan cakap klu benda tu tidak benar...Tidak begitu DSKT ?
    Datuk Seri Najib selalu di dalam ucapannya mengatakan rakyat sudah pandai menilai baik dan buruk seseorang pemimpin itu, so biarlah rakyat yang menilai...kita tunggu PRU13...Benarkah BN akan terus gah atau rebah. Ataupun PR hanya mampu bertahan 1 penggal sahaja...Sementara menunggu waktunya itu..DSKT boleh terus menulis, saya pasti akan ada kebaikannya juga DSKT menjadi pembangkang di S'ngor ini.Teruskan amalan tegur menegur supaya rakyat tidak teraniaya. Wassalam.

    ReplyDelete
  43. pada pendapat saya...saudara samsul ni masih lagi bergelar seorang pelajar yg belum menempuhi dunia realiti sebenar...bila dah bekerja nanti barulah tahu...harap2 saudara samsul dapat bekerja dibawah seorang yg bukan melayu..sekurang2nya dpt cepat belajar realiti sebenarnya...

    ReplyDelete
  44. MMB,

    Saya sudah pun berumur 37 tahun dan telah pun mempunyai 3 cahaya mata dan kini telah mempunyai 2 syarikat saya sendiri. Satu dalam bidang IT dan satu lagi dalam bidang commodities trading & mining. Dan alhamdulillah, untuk pengetahuan saudara MMB, kebanyakan business saya tidak ada kaitan dengan kerajaan atau di Malaysia. Kebanyakannya dengan syarikat swasta & di luar negara (sebab lagi senang bagi orang Melayu yang di takdirkan tidak sehaluan politik dengan UMNO untuk mencari makan di luar Malaysia dari di dalam Malaysia sendiri)

    Saya mula2 bekerja di bawah syarikat Cina dan saya tahu apa yang saudara maksudkan. Saya boleh faham masalah diskriminasi yang dialami oleh orang Melayu dalam syarikat2 milik Cina.

    Tetapi apa yang saya tidak dapat menerima ialah apa bila orang Melayu sendiri menganiaya orang Melayu Islam yang lain hatta kerana perbezaan politik mereka.

    Kita dapat saksikan dimana bangsa asing boleh bersatu dan melupakan perbezaan politik mereka jika ada apa2 permasalahan mereka. Kenapa Melayu Islam kita tidak dapat berbuat demikian?

    Apakah saudara MMB & Dato Seri tidak sedar atau pura2 tidak tahu perkara ini berlaku di depan mata sendiri. Saya pernah lihat bagaimana tiang electric dan jalan ber-tar berhenti betul2 di depan kawasan kampung yang di ketahui kawasan kuat pembangkang. Kenapa mesti berlaku macam ini? Bagaimana pula dengan royalti minyak Kelantan? Saya masih lagi setia menunggu jawapan dari Dato Seri...

    ReplyDelete
  45. Saudara MMB,

    Kenapa setiap orang yang berbeza pendapat dengan saudara, semuanya saudara anggap sebagai golongan pelajar? Apakah saudara itu seorang yang terlalu berilmu dan perlu memandang rendah pendapat orang yang berbeza politik dengan saudara. Pandangan seperti ini lah yang akan membuatkan UMNO terus di tolak oleh rakyat. Saya harap saudara bukan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti UMNO, kerana pemikiran yang sebegini lah akan menghancur parti saudara tersebut..

    ReplyDelete
  46. Salam.
    Alhamdulillah dan tahniah utk En Shamsul sbb beliau telah berjaya dlm perniagaan.

    Terima kasih juga pada Dr M kerana dgn idea beliau, Malaysia kini maju dlm bidang IT hingga dpt membuka berbagai peluang pekerjaan dan perniagaan berterasakan IT kepada rakyat tanpa mengira latarbelakang politik.

    Pengalaman saya sebagai peniaga kecil dulu:
    Saya pernah memohon tapak (kios) utk berniaga pada mlm2 ceramah Barisan Alternatif kt Jln Kebun. Tp permohonan saya ditolak (saya sebenarnya pernah dihalau oleh mereka).
    Dulu saya juga pernah propose utk mencetak bendera atau t-shirt Refomasi PKR, ia juga dipandang sepi. Cukuplah contoh kecil saya ni.

    Tak per lah, mungkin bukan rezeki saya di sana.
    Cuma saya agak ralat jika PR masih memainkan isu kroni dlm ceramah2 politik mereka.

    ReplyDelete
  47. Assalamualaikum dr

    Penyokong tegar akan tetap sebagai penyokong tegar.Mereka telah mimilih jalan yang akan mereka lalui walaupun ianya penuh onak dan duri.Tak mengapa, kerana Malaysia mengamalkan demokerasi.Tetapi janganlah minidakan pulak hak orang lain untuk mengeluarkan pendapat,jika itu terjadi anda telah menidakan hak asasi seseorang.

    Saya menyokong sistem dua parti menjadi kenyataan diMalaysia.Tetapi PR masih tidak berdaftar,kenapa agaknya ye?. Mandat telah pun 2 tahun berlalu, masihkah tak dapat mencari nakhoda yang sesuai? atau masih tak tahu mana arah tujuan?.
    Kasihan...akan kubiarkan si luncai terjun dengan labu labunya...biarkan...biarkan......

    ReplyDelete
  48. http://www.malaysiakini.com/news/117372


    baca news ni dulu

    ReplyDelete
  49. Wow... Masih lagi tiada komen dari Dato Seri kita berkenaan dengan pertanyaan saya mengenai 'royalti minyak' kepada kerajaan Kelantan. Saya rasa mungkin beliau agak sibuk menguruskan hal-hal untuk korban lembu. Kalau begitu tidak apalah, saya akan tetap setia menunggu jawapan dari Dato Seri.

    Akhir kata, Selamat Hari Raya Adil Adha kepada Dato Seri dan semua rakyat Malaysia yang berugama Islam.

    ReplyDelete
  50. Datok Sri, saya cuma hendak bertanya, Bajet adalah Belanjawan kan? Kenapa tidak guna perkataan Belanjawan? Bajet tu kan bahasa orang putih

    ReplyDelete
  51. 1. Minyak kat kelantan tu kan jauh dari kawasan perairannya.

    2. Boleh saja bagi royalti kat kelantan, tapi nanti kerajaan PAS gunakan duit tu untuk parti bukan rakyat.

    3. Org melayu menzalimi org melayu ni memang dari dulu lagi. Sebelum merdeka pun ada setengah orang melayu menyokong Komunis dan juga ada ketika PAS tidak mahu menyokong untuk merdeka.

    4. Anwar jadi penasihat ekonomi Selangor kerana
    a) Tan Sri Khalid MUNGKIN tidak reti mentadbir ekonomi negeri
    b) Kerana Selangor sebenarnya DAP yang control, oleh sedemikian MUNGKIN PKR tidak mahu hilang kuasa- jadi dengan memasukkan DSAI maka PKR boleh berkuasa kembali
    c) Untuk menggunakan hasil kutipan selangor sebagai modal PKR/DAP/PAS berkempen Pilihan Raya akan datang.
    d) Ramai ahli PKR adalah bekas atau setengah itu adalah masih ahli UMNO yang ingin mengaut keuntungan. Contoh: Saya ada kenal sorang kaki bodek untuk dapatkan projek dari kedua-dua belah pihak (UMNO/PR)
    e) MUNGKIN Khalid dan barisan Keadilan tidak reti mentadbir ekonomi dan urusan kerajaan.
    f) Hanya bagi air jer la..apakata saya cadangkan kerajaan Selangor sekarang memberi percuma elektrik dan telephone rumah skali..termasuk internet. Bole tak?? Tolong la saya ni orang melayu katanya PR nak tolong melayu heheheh
    g) PKR sudah hilang kawalan dalam pentadbiran Selangor kerana pengaruh DAP kuat. Jadi kalo anwar masuk jadi ahli ekonomi maka PKR akan jadi kuat balik ler
    h) PAS senyap jer kat Selangor. Apa sudah jadi Khalid Samad? Khalid Samad pun kasihan saje mcm takde kuasa. Anyway takpela maleh nak citer panjang pasal PAS kat Selangor because NO POWER.
    i) Satu lagi, dari mana lagi sumber PKR nak dapat duit untuk berkempen? Cuba kalian berfikir. Oh ya saya pun dah mula tertanya-tanya mengapa ye Anwar ni selalu sangat ke Amerika? Mungkin ada orang kata dia bagus dalam memberi pandangan dan ceramah..tapi cuba kalian fikir sejenak. If that is the case, then why was Ahmednijad was not called to give talks and ideas at the United States as often as Anwar?

    Why was not HADI AWANG being called to European conference like how Anwar gets its invitation??

    Kenapa la pulak Dato Nik Aziz tidak dipanggil untuk memberi ceramah dan idealisme kepada negara² Arab?

    Anyway, UMNO ni pun bukannya baik sangat. HAPRAK pun ada gak..tapi LEBIH BAIK UMNO(MELAYU) PERINTAH DARIPADA PR (KONGSI KUASA) tgk lah apa jadi kat PAS..PAS NO POWER angguk jer apa DAP cakap.

    Mcm ni lah, kalau takde UMNO- PAS and PKR ni pun x kemana jugak. If it is based purely on MERIT lah like what these PR always cry about- based purely on MERIT..do you think we can have succesful malays??

    THERE ARE MANY MALAYS WHO ARE SUCCESS DOES NOT GET ANY HELP WITH UMNO/BN/GOVT BUT STILL IN THEIR HEART THEY KNOW WITHOUT UMNO THERE IS NO WAY AT ALL THEY COULD BE AT WHERE THEY ARE TO THIS DATE. AND AT THE SAME TIME THERE ARE SOME BUT NOT MANY SUCCESSFUL MALAYS WHO GETS THE HELP FROM GOVT/BN BUT STILL ARE NOT GRATEFUL TOWARDS THE CURRENT GOVT. ALSO THERE ARE IN CERTAIN WAYS/AREAS/SITUATIONS SOME MALAYS WHO ARE SUCCESSFUL BUT AGAINST THE BN GOVT.

    ReplyDelete
  52. Roggon,

    Jawapan untuk no 1.

    Sila rujuk kepada Tengku Razaleigh berkenaan isu royalti kepada Kelantan ini. Beliaulah antara mereka yang terlibat secara langsung dengan perjanjian antara setiap kerajaan negeri & kerajaan persekutuan dalam hal ini.

    Setiap perjanjian yang pihak kerajaan tandatangani mesti lah di hormati oleh pihak kerajaan persekutuan. Adakah saudara Roggon sedar implikasi yang lebih besar kepada kita semua? Para pelabur luar tidak akan berani masuk ke Malaysia jika mereka tahu bahawa kerajaan Malaysia pimpinan BN sekarang ini tidak menghormati perjanjian yang mereka tandatangani. Tahu kah saudara, semenjak tahun 2005 (tahniah atas pemerintahan Tun Badawi) jumlah FDI Indonesia buat kali pertamanya berjaya mengatasi jumlah FDI Malaysia. Dikhuatiri kita akan terus ketinggalan bukan sahaja dengan Indonesia, tetapi dengan negara lain di rantau ini seperti Vietnam & Cambodia. Jadi jangan hairan jika satu hari nanti cucu-cicit saudara pula yang perlu mencari peluang pekerjaan sebagai pembantu rumah di Indonesia dan di negara2 lain di Asia Tenggara ini.

    Jawapan untuk no 2.

    Apa kena mengena dengan kerajaan pusat bagaimana pihak kerajaan negeri mahu menggunakan wang tersebut? Jika terbukti bahawa ada penyelewengan dan salah laku dalam hal pengurusan wang tersebut, bukan kah kita mempunyai badan seperti MACC yang memang cekap dalam mengambil apa2 tindakan yang melibatkan kerajaan pimpinan pembangkang? Atau mereka ini hanya cekap bila ianya melibatkan isu lembu-lembu sahaja ke?

    Jawapan untuk no 3.

    Jadi saudara menghalalkan penindasan kepada saudara se-Islam dan se bangsa dengan saudara. Tahniah di ucapkan kepada saudara Roggon. Anda lah generasi pelapis UMNO yang bakal menjahanamkan parti saudara.

    Jawapan untuk no 4.

    TNB & Telekom ini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Selangor ke?

    ---

    Saya masih lagi menunggu dengan setia penjelasan dari pihak DS Khir Toyo. Harap2 selepas ini, Dati Seri dapat memberi penjelasan kepada kita semua dan tidak perlu lah menghantar balaci2 seperti Roggon, yang jelas tidak cerdik dalam memberi hujah2 beliau. Ini hanya akan memalukan parti yang konon-kononnya memperjuangkan nasib bangsa Melayu

    ReplyDelete
  53. Salam sejahtera.Dato.saya ingin menyatakan secara peribadi.Kami di ainaya semasa sebelum Dato menjadi menteri besar.Jika dato tidak tahu,semasa tahun 1994.Kerajaan selangor pada masa itu telah berjanji kepada kakitangan Felda di gugusan Gedangsa,Soeharto,Sg tengi dan Sg Tengi Selatan akan memberi sebidang tanah seluas 2 ekar setiap seorang serta tapak runah yang kami duduki pada masa itu.Setelah bertahun kami tidak mendapat apa yang di janjikan kepada kami.Perkara ini telah di minit kan dalam mensyuarat exco kerajaan negeri Selangor pada april tahun 1994.Kami menunggu pada tarikh itu sehingga lah kerajaan Barisan Nasional tumbang pada PRU 12.Kami seramai 77 orang kakitangan Felda dan sejumlah kakitangan kilang felda yang tak saya pasti jumlah nya telah kerugian mendapatkan hak yang telah di janjikan oleh pihak kerajaan.Syarat untuk mendapat apa yang di janjikan,kakitangan mestilah berhenti dari perkhidmatan dan tinggal di kawasan tersebut,yakni di rumah yang kami duduki semasa itu.Pihak Felda dengan pihak pentadbiran pada masa itu telah mengambil tindakan menghalau kami dari rumah kakitangan yang di janjikan oleh pihak kerajaan selangor.Bayangkan kehidupan kami telah menjadi kucar kacir.Pendapatan yang secukup makan hasil dari kerja yang tidak menentu telah menyukarkan kami melalui detik kehidupan pada masa itu.Natijah dari janji manis kerajaan negeri pada masa itu,Kami amat susah dan payah.Sebelum itu kami ada mempunyai pendapatan yang cukup baik.Kami betul betul berharap mendapat seperti apa yang dijanjikan.Dalam pada masa yang sama kami berusaha dengan wakil rakyat iaitu Dato Idris Abu bakar,sekarang beliau masih wakil rakyat kawasan Ulu bernam.Hasilnya seperti apa yang tak boleh diharapkan.Pada asanya saya memang tidak mempercai wakil rakyat ini.Tetapi rakan rakan saya mempercayai beliau mampu menyelesaikan masallah yang kami hadapi.Sepanjang perkhidmatan Dato dan setahu saya Dato tidak memandang akan hal yang tersebut.Samaada Dato tahu atau tidak saya tidak pasti.Dalam hal ini saya sepanjang hayat akan mengingati hal ini.Bahawa kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Barisan Nasional pada masa itu adalah pembohong.Hal ini saya dan rakan rakan mengalami.Dato boleh tanya hal tersebut kapada wakil rakyat yang masih dipilih rakyat di kawasan tersebut.Untuk maklumat Dato dan peneroka di 4 rancangan Felda tersebut juga telah di perdaya dengan janji menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan Perindustrian.Orang melayu dikawasan tersebut masih terkenang budi walaupun dijanjikan seperti itu,pada hal janji tidak tertunai.Dan pada pilihan raya yang lepas masih memberi undi kepada Barisan Nasional.Jadi Sepanjang Dato menjadi menteri besar,Dato telah terlepas pandang akan hal kami.Berapa kali Dato melawat kawasan ini semasa Dato jadi Menteri Besar Selangor ?

    ReplyDelete
  54. shamsul renti2kan usaha menjadi balaci dalam blog nie.lingkup tetap lingkup

    ReplyDelete