Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, September 28, 2010

Rayuan Kepada PM: Tolong Hapuskan Saman Ekor Tertunggak

1. Usaha menyenaraihitamkan mereka yang mempunyai saman ekor tertunggak ditangguhkan sehingga awal tahun depan. Penangguhan ini mengurangkan rungutan dan kemarahan orang ramai tetapi tidak menyelesaikan masalah. Tahun hadapan masalah ini akan disebut lagi dan kesan-kesan yang sama akan berulang lagi. Apakah hubungan rakyat dan kerajaan hari ini menjadi seperti penukul dan pahat, Sekali rakyat merungut, sekali kerajaan bergerak?

2. Saman ekor ini merupakan satu pilihan kepada pihak berkuasa dalam menguatkuasa peraturan had laju. Kaedah ini digunakan kerana ia lebih cekap dari segi penggunaan tenaga penguatkuasa dan juga mengelakkan kesesakan jalan raya. Satu lagi kaedah ialah mengadakan perangkap had laju dan menahan pemandu beberapa kilometer kemudian.

3. Saya percaya saman ekor diperkenalkan dengan tujuan baik iaitu untuk mendisiplinkan pemandu dan mengurangkan kemalangan jalan raya. Namun kaedah pelaksanaannya sangat meragukan dan menimbulkan kemarahan rakyat.

4. Berbanding saman secara bersemuka yang menyaman pemandu atau lebih tepat mereja yang melakukan kesalahan, saman ekor lebih banyak menganiaya orang ramai. Banyak kes mereka yang tidak bersalah mendapati telah disaman memandu melebihi had laju. Antara isu utama ialah orang lain memandu kereta dan pemalsuan plat kenderaan. Ini menyebabkan banyak tuan punya kereta yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban yang tidak sepatutnya.

5. Masalah bertambah serius apabila mereka yang disaman tidak mengetahui saman tersebut sehingga beberapa bulan dan ada juga yang memakan masa beberapa tahun. Ini bukan sahaja menyebabkan ia tertunggak malah menafikan peluang pembelaan. Jika kesalahan enam bulan lalu, baru diketahui hari ini, bagaimanakah mereka yang disaman mahu mempertahankan diri? Saya dapati ada juga yang hanya mengetahui mempunyai saman ekor yang dilakukan pada tahun lalu atau beberapa tahun lalu.

6. Terdapat juga individu yang menemui saya menunjukkan saman ekor yang beliau dapat di sebatang jalan di Sarawak sedangkan kereta beliau berdaftar di Kuala Lumpur dan masih berada di Kuala Lumpur sehingga hari ini. Jangankan kereta, tuan punya kereta pun belum pernah sampai ke negeri bumi kenyalang tersebut.

7. Maka untuk mempertahankan diri tuan empunya kereta ini terpaksa menulis surat dan mengemukakan bukti. Jika mahu gambar kena pula membuat permohonan kepada polis dan membayar jumlah tertentu. Nampaknya penguatkuasa kerja senang, rakyat pula yang terpaksa bersusah payah mempertahankan diri akibat kelemahan dan kecuaian penguatkuasaan undang-undang.

8. Oleh kerana terdapat banyak kecuaian dan kelemahan penguatkuasaan dalam kes saman ekor ini saya ingin mendesak agar kerajaan menghapuskan semua saman ekor yang tertunggak.

[Sesiapa yang mempunyai masalah saman ekor dan yang bersimpati dengan mereka yang disaman dengan cara ini diharap dapat memberi komen atau rayuan secara bersopan di bawah ini agar dapat saya hantar kepada YAB Perdana Menteri. Mereka yang ada saman ekor dan berharap kerajaan menghapuskannya hendaklah menyertakan Nama dan Nombor kereta (nama boleh dikecualikan jika rasa terganggu dengan pendedahan dalam ruang siber ini) serta sedikit nota atau rayuan.]


9. Saya juga berharap YAB Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri melihat semula isu saman ekor ini. Saman ekor hanya bertujuan menguatkuasa peraturan had laju seolah-olah kelajuanlah punca utama kemalangan jalan raya. Sedangkan sebahagian besar kemalangan berpunca daripada kecuaian, memandu secara semberono dan keletihan, bukannya melanggar had laju semata-mata.

10. Berdasarkan pengalaman memandu selama lebih 20 tahun, saya percaya hampir 80% daripada kita pernah melebihi had laju yang ditetapkan pada satu-satu ketika kerana mahu memotong atau berada di lebuh raya yang lengang. Namun bukan semua memandu terlalu laju sehingga membahayakan pengguna lain atau di luar kemampuan kenderaan.

11. Saya tidak menafikan bahawa peraturan tetap peraturan dan yang melanggarnya perlulah menanggung akibat. Namun janganlah diborongkan berat kesalahan memandu melebihi had ini dengan memandu dengan terlalu laju. Ada beza besar antara mereka yang memandu melebihi had laju dalam julat 20-30 km sejam berbanding yang memandu dalam julat 50 km sejam dan ke atas melebihi had laju yang ditetapkan. Malangnya ini tidak diambil kira oleh mekanisme saman ekor.

12. Justeru jika saman ekor mahu diteruskan saya berharap beberapa perubahan besar perlu dilakukan bagi menunjukkan saman ekor ini bertujuan mendisiplin pemandu dan mengurangkan keselamatan jalan raya bukannya menambah kantung kerajaan.

13. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah:

a. Setiap saman ekor yang dikeluarkan hendaklah sampai kepada mereka yang didakwa melakukan kesalahan tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh kesalahan tersebut. Saman hendaklah disampaikan mengikut kaedah dan peraturan penyampaian sapina atau saman mahkamah.

b. Setiap saman ekor yang dikeluarkan hendaklah disertakan bukti bergambar secara otomatik tanpa sebarang bayaran. Kaedah sekarang yang memerlukan mereka yang kena saman membuat permohonan dan dikenakan bayaran harus dihapuskan. Adalah menjadi tanggungjawab penguatkuasa membuktikan bahawa mereka yang disaman telah melakukan kesalahan bukan sebaliknya. Konsep seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah perlu dipraktikkan.

c. Jumlah kompaun hendaklah mengikut lebihan KM berbanding had laju bukannya pukul rata sehingga tiada beza antara mereka yang memandu 120 km sejam dengan 200 km sejam. Ini wajar kerana dari segi risiko kemalangan juga berbeza antara mereka yang memandu 120 km sejam dengan 200 km sejam biarpun kedua-duanya melanggar had laju yang ditetapkan.


14. Saya berharap cadangan ini dapat dipertimbangkan agar bukan sahaja kerajaan akan dilihat lebih bertanggungjawab tetapi rakyat juga merasa senang hati kerana mengetahui kerajaan sentiasa mengutamakan keadilan kepada mereka.

Nota: Saya membenarkan "anonymous" komen dalam artikel ini bagi membolehkan lebih ramai mereka yang tiada "akaun atau "id" memberi komen dan rayuan dalam artikel ini.

128 comments:

  1. saya setuju dgn saranan Dato.Harap PM dapat umumkanya didalam bajet nnt.Ia satu Bonus utk Rakyat.shimj

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Dato' Seri kerana membuka kembali isu ini sebelum ianya kembali di jadikan modal oleh pembangkang.
    Saya mempunyai banyak saman ekor ini dan secara jujurnya saya bukanlah mangsa kesilapan nombor kereta dan memang pasti 'kesalahan' tersebut memang dilakukan. Walaubagaimanapun saman ini telah terkumpul tanpa saya sedari dan bila isu senarai hitam timbul baru-baru ini saya telah terperangkap dengan hutang saman yang amat banyak.
    Kepada kerajaan, saya merayu melihat semula perlaksanaan saman ini terutama dari segi terpaksa "membayar" bagi membuktikan kita tidak bersalah dan juga kaedah penyerahan saman ini. Selain itu carilah kaedah lain untuk membendung kesalahan lalulintas seperti menambah anggota penguatkuasa, ketepikanlah dahulu memikirkan kemungkinan kaedah saman terus ini akan menambahkan masalah rasuah di kalangan anggota penguatkuasa. Berilah kepercyaan kepada mereka.

    Terima kasih. No Kereta WKF 4213 (2002 hingga 2008)

    ReplyDelete
  3. Saya juga telah memuatkan artikel mengenai saman ekor pada awal Ogos dan kemudiannya dikemaskinikan pada awal September dengan cadangan-cadangan yang hampir serupa (SILA KLIK DI SINI)

    Sememangnya bagi saya, saman bersemuka lebih baik dari saman ekor kerana ianya lebih tidak menimbulkan banyak keraguan tentang kesahihan saman tersebut.

    Dan juga, apa yang saya difahamkan oleh keputusan mahkamah, JPJ tidak berhak untuk menolak pembaharuan cukai lesen hanya kerana terdapat senarai-hitam saman ekor yang belum tentu kesahihannya.

    ReplyDelete
  4. Saya amat bersetuju dengan Datuk. Saman ekor boleh dilakukan dengan hanya saman diserahkan pada masa itu(beberapa kilometer selepas disaman)dan bukan atas No.Pendaftaran kereta, tetapi Pemandu itu sendiri yang perlu menandatangani saman yang diserahkan.

    Jangan menunggu Pembangkang membawa isu ini baru nak diluluskan.

    ReplyDelete
  5. salam dato',
    saya bermasalah untuk renew rodtax tahun ni dan hanya diberikan renew 6 bulan shj. apabila disemak baru saya mengetahui bahawa saya telah disaman pada 1/10/2005, 3/12/2005, 14/8/2007 dan 12/10/2008. saya tidak pernah dimaklumkan bahawa saya telah melakukan kesalahan trafik. pada tahun-tahun sebelum ini tiada sebarang masalah untuk renew rodtax. apa yg saya kecewa adalah saya tidak dimaklumkan bahawa saya telah disaman sebegitu lama.
    Mohon bantuan dato' dan rayuan kepada PM supaya memansuhkan saman yang tak munasabah ini.
    -pej6746-

    ReplyDelete
  6. soal saman tidak dipersoal tetapi soal perlaksanaan yang terang-terangan melanggar undang-undang itu sendiri..

    bukan kuasa JPJ untuk blacklist dan memaksa pesalah membayar saman tanpa mengikut sistem keadilan yg sepatutnya.

    tiada beza ah long dengan jpj..oleh itu kerajaan dilihat sebagai kejam dan membelakangkan undang-undang yang sebenar atau erti kata lain undang-undang rimba..

    anggapan senang rakyat adalah saman itu kerana kerajaan tidak berduit dan mahu mengambil kesempatan terhadap rakyat..

    Hapuskan saman ekor..

    ReplyDelete
  7. Saya dah terpaksa bayar pun...., RM5,500.00. Sangat rasa dizalimi...,

    ReplyDelete
  8. Datuk Seri,
    elok juga cadangan ini. Bagaimana kalau kerajaan beri diskaun 70% pada nilai saman Dan semua saman hendaklah dibayar sebelum 31-12-10 atau tiada lagi keistimewaan ini. Bermula 1-01-11 semua saman tidak diberikan diskaun. Kelajuan melebihi 50km Dari had laju dihadapkan terus ke mahkamah lalulintas.
    Mana yang salah tetap salah. Pihak JPJ juga perlu memantau kelajuan kenderaan seperti mengarahkan pihak Puspakom menghadkan kelajuan kenderaan kepada 130 KM/sejam sahaja untuk semua jenis kenderaan seperti yang dikuatkuasakan di Jepun.
    Jadi tidak Ada persoalan orang bawa kereta terlalu laju. Kenderaan yang diubahsuai diharamkan Dan disita. Banyak kereta yang diubahsuai ekzos besar yang bising Dan besar. Kadangkala mereka terus Brek secara tiba-tiba dijalan beralun atau berbongol menyebabkan kenderaan lain melanggar belakang.
    Pastikan semua kenderaan baru dipasang sistem brek ABS Dan airbag.
    Kenderaan boleh dibawa laju biarpun kancil tetapi diwaktu kecemasan bolehkah ia berhenti.

    Pemilik kenderaan pun perlu bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  9. Salam Perjuangan Dato. Ingat lagi tak dekat saya di Jerantut. Rakan seperjuangan semasa Pemuda dulu. Semoga dato Sihat dan selamat.

    ReplyDelete
  10. Seperti yang diperkatakan ramai, saman ekor ni banyak pros & cons nya. Satu perkara yang saya nak kita tanya diri kita sendiri, adakah kita sentiasa memandu mengikut had laju atau mengikut kemampuan kereta @ gerak hati kita.

    Saman bersemuka memang baik, tetapi tiada kesedaran individu. Nampak polis baru nak slowkan kenderaan (dah tu mesti banyak sumpah seranah sebab jalan mula sesak). Kalau tak, tak kira tempat nak pecut. Kawasan kampung ke, tepi sekolah ke, tak peduli.

    Saya tak kata pasal orang lain, ini muhasabah diri. Memang dah adat kita yg susah mengaku salah, kuman seberang lautan aje yang nampak.

    Maaf kata le Dato' Seri, isu ni dipolitikkan oleh orang2 yg mempunyai kepentingan. Peraturan dan penguatkuasaan perkhidmatan awam dikritik. Apabila ada isu yang timbul,mereka juga dipersalahkan, sebagai contoh - kejadian kemalangan maut bertambah. Takkan nak suruh polis tunggu kat tepi jalan tu tiap hari, banyak kerja lain lagi nak buat.

    Kerajaan dah bagi kelonggaran sampai Feb depan, cukup le tu. Boleh buat instalment lagi. Tak perlu lah Dato' Seri peningkan kepada PM pasal perkara ini. Jangan jadi macam Bar Council & parti pembangkang - memperjuangkan kepentingan kumpulan kecil.

    ReplyDelete
  11. saya bekerja di fujitsu sebagai penyokong sistem polis...untuk ini saya diberi elaun minyak untuk ke seluruh Malaysia menggunakan kenderaan rasmi saya pada masa itu.

    Pernah saya memeriksa tarikh dan masa saman ekor di Melaka sama seperti keberadaan saya dan kereta tersebut di Balai Polis Jinjang.

    Cuma saya tak dapat buktikan saya memandu kereta tersebut ke Balai Polis, dan masa dan tarikh yang sama kereta tersebut di saman di Melaka.

    Banyak lagi sebenarnya, tetapi cakap tanpa bukti susah untuk Polis terima. Yang pasti, Polis perlu berjaga2 dengan garisan halus yang memisahkan mereka antara menjaga keselamatan rakyat di Jalan Raya atau merompak rakyat di Jalan Raya.

    ReplyDelete
  12. saya amat bersetuju dengan Dato Sri dalam hal ini, saman ekor saya ada tersenarai dalam rekod polis semenjak tahun 2001 sehingga sekarang berjumlah melebihi 20, apa yang nyata saya sudah bayar 3 saman dalam bulan ogos dan september berjumlah hampir RM 1000 dan kalau dibayar semua yang tersenarai maka saya terpaksa bayar sebanyak hampir RM 7000.

    Saya tidak bersetuju dengan sama ekor kerana ianya tidak jelas akan kebenarannya kerana bukan saya bukan pemandu yang mutlak kepada kereta kereta tersebut dan tidak pernah mendapat notis daripada pihak polis akan kesalahan yang dinyatakan. Tapi apakan daya sebab nak perbaharui road tax maka samada suka atau tidak kita mesti kena bayar dahulu.. marah pun tiada guna, apa yang kita boleh lakukan adalah lepas geram dalam PRU 13 yang sudah tidak lama lagi.

    akhir sekali saya memang amat bersetuju jika Dato Sri dapat sampaikan hal ini kepada pihak kerajaan agar sejuk sikit hati ini.

    No kereta :
    WGR 8305- Honda CRV
    WQN 545 - Nissan Murano
    WET 8404- Mercedez

    ReplyDelete
  13. harap kepimpinan dapat mendengar pandangan ini....sebagai rakyat bawahan,saya berterima kasih jika pemansuhan saman ekor ini dibakul sampahkan seberapa segera....ia membelenggu tidur rakyat....letih dah rakyat

    wmu350
    bjs350
    wft7545
    jumlah saman masih ada 11 yg sedang menunggu...dah bayar 3 pada bulan june ..susah nak cakap.....bayar terpaksa..!

    ni pun kebanyakannya sebab balik kampung,kejar masa nak bantu belia konon2nya..tup2 saman ekor sampai....cakap salah tak cakap masalah..harap2 DS NAJIB DAPAT MERASAI DENYUT NADI KAMI RAKYAT BIASA2 NI......TOLONGLAH KAMI DS NAJIB.....

    DS NAJIB MANSUHKAN DULU,RAKYAT DAPAT PETUNJUK MANA NAK UNDI MASA PRU!

    PERKARA YG MELIBATKAN DAN RAPAT DGN RAKYAT,DS NAJIB PERLU MENDAHULUI DARIPADA PEMBANGKANG...JGN LAH TAMPAK SEOLAH2 SELALUI MELUKAI HATI KAMI....TOLONG MANSUHKAN..!

    SISTEM PENGECUALIAN TEMPOHARI...TIDAK ADIL...!SAYA DAH LUAHKAN..

    ReplyDelete
  14. Salam Perjuangan buat DS Khir,

    Terima kasih atas entri DS Khir yg sangat2 menrasai keperitan rakyat marhaen seperti kami. Saya sangat mendokong PDRM sebagai satu institiusi pengkuatkuasaan undang2 dan menjaga keamanan negara. Tetapi dalam kes saman ekor tak semua yg melakukan kesalahan, ternyata KDN dan PDRM wajib mencari solusi lain menggantikan saman ekor yg dianggap menganiaya rakyat. RM300 sangat terbeban bagi kami yang berpendapatan rendah. RM300 bagi kami artinya sangat besar, kami boleh membeli barang keperluan anak dan barang dapur. Jika kami disaman sedemikian rupa, dimana kami nak cari duit? kami terpaksa bayar walaupun bukan kesalahan kami. sekarang ini tiada rayuan walaupun KDN/PDRM melanjutkan tempoh pembayaran dan meberi ruang pembayaran secara ansuran, tetapi ia tetap memeritkan tatkala gaji hanya cukup untuk sara diri dan tadbir urus keluarga sahaja. tiada ruang untuk membayar rm300. kecuali mebuat pinjaman peribadi ataupun pinjaman rakan atau sanak saudara. jesteru itu saya mendokong penuh agar saman ekor ini dihapuskan ataupun mengurangkan semaksima mungkin saman (sebelum ia dihapuskan). untuk pengetahuan DS Khir, saya perlu membayar rm 1,080.00 bagi 5 saman trafik. saya sudah lunaskan RM 320.00..ada lagi baki RM 760.00 . Bagaimana kami nak cari duit sebanyak itu dengan kesalahan yg entah tiada punca sebabnya. kami binggung DS Khir. bawalah perkara ini kepada pengetahuan DS Najib. kami tetap mendokong PDRM dan gagasan 1Malaysia. Wassalam.

    ReplyDelete
  15. Salam dato' sy seorang pemandu telah menerima belasan saman ekor kerana melalui tempat yg selalu membuat perangkap had laju,tempat perangkap tersebut di area simpang lima dalam kawasan kepimpinan dato'. Sy melihat perkara ini tidak adil pada rakyat kerana kakitangan polis sendiri pun selalu membawa kenderaan melebihi had laju,cumanya mereka tidak dikenakan saman atas beberapa perkara seperti, 1-mereka mengetahui maklumat, masa, tempat dan lain-lain yg boleh membuatkan mereka lebih berjaga-jaga dan selamat. apa yg rakyat dapat? hanya bila tiba masa surat saman ekor sampai dengan waktu yg lama dan membebankan dengan kadar RM300.00 maksimum tanpa diskaun. kalu sehari polis buat perangkap laju dapat mengenakan lebih kurang 50 kenderaan, maka saman yg diperolehi sebanyak RM15,000.00 itu kalu sehari, sy lihat polis buat perangkap laju agak kerap dalam sebulan melebihi 5 kali. apa maknanya ini? "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" sy tidak nampak jika inilah saranan yg dianjurkan. polis sewenang-wenangnya membuat perangkap laju dan bebankan rakyat serta menyusahkan rakyat.mereka memerangkap laju di 60KM sejam di jalan selekoh simpang lima. jalan ini tidak pernah berlakunya kemalangan dari segi rasionalnya polis memang kejap dan makan duit rakyat! nak bawa 60KM sejam di kawasan yg tidak merbahaya sampai bila manusia boleh bertahan sabar dalam hal ini. polis pun manusia jangan disiplinkan orang sedangkan mereka sendiripun tidak boleh tahan.Undang2 berat sebelah dan haram.sekian harap maklum.terima kasih.

    ReplyDelete
  16. Sokong saranan Dato' Seri...saman ekor sememangnya amat membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah, nak cari duit untuk renew roadtax dan insurans pun dah susah..inikan pulak nak kena bayar saman...kasihanlah kepada rakyat bawahan yang terpaksa bertungkus lumus untuk mencari sesuap nasi...

    pemandu lori..

    ReplyDelete
  17. Sakit hati apabila disaman ekor, HAD kelajuan dibenarkan 80km/h...tetapi saya memandu 85km/h. Adakah patut jalan yg besar mempunya 2 laluan berasingan mempunyai kelebihan 80km/h?

    ReplyDelete
  18. Salam Dato'

    Mengenai saman ekor ini, saya secara jujurnya mengaku mempunyai hampir 11 saman ekor yang bernilai hampir RM3000.00. Tidak dinafikan bahawa tujuan saman ini adalah untuk memberi pengajaran. Tetapi bagi saya yang menjadi salah seorang Timbalan Pemungut Cukai Negeri disalah sebuah negeri di Semenanjung Melaysia menganggapkan bahawa saman ekor ini merugikan kerajaan kerana:

    1. Jika sebuah kereta itu disaman ekor dan tidak mampu untuk membuat cukai jalan, kerajaan telah hilang sebahagian cukai. Kata cukai bagi kenderaan 1.3cc bernilai RM72.00 maka bagi 2 juta kenderaan yang berlegar dijalan raya tidak menjelaskan cukai jalan maka kerajaan telah kehilangan sebanyak RM144 juta. Mungkin nilai ini sedikit tatapi masih merupakan hasil kepada kerajaan. Saman merupakan denda yang dikenakan dan merupakan hasil sampingan kepada kerajaan dan tidak pernah dibajetkan dalan bajet kerajaan kerana kerajaan tidak mampu dan tidak mempunyai maklumat mengenai jumlah yang patut dibajetkan.

    2.Perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk membayar elaun lebih masa bagi penguatkuasa undang-undang yang bertugas adalah tinggi dan adakah sebab ini pihak penguatkuasa mengenakan saman ekor untuk mengutip kembali bayaran elaun lebihan masa yang dikeluarkan. Untuk mengetahuan elaun lebih masa telah dibajetkan dalam emolumen yang dikeluarkan oelh jabatan dan mereka ini perlu memahami bahawa bayaran yang dikeluarkan adalah kerana tugas mereka bukan untuk dikutip kembali bayaran elaun ini.

    3.Mengikut kajian, kenderaan yang paling banyak saman ekor ini adalah kenderaan penguatkuasa undang-undang sendiri. Mengapa rakyat biasa perlu menanggung beban tidak boleh membuat cukai jalan ini kalau kesalahan utama adalah dari penguatkuasa sendiri. Menurut kajian hampir 3000 kenderaan penguatkuasa mempunyai saman ekor dan kenapa kenderaan ini tidak disenarai hitamkan.

    4.Berlalu penindihan kuasa dimana JPJ merupakan jabatan yang bertanggungjawab untuk mengutip hasil dari cukai kenderaan. Kenapa PDRM mempunyai kuasa untuk menghalang JPJ dari mengutip cukai kenderaan.

    5.Adakah penguatkuasa undang-undang terutama PDRM perlu mengeluarkan saman secara kouta. Jika ada kenapa sistem kouta ini dilaksanakan? adalah atas sebab telah di bajetkan berapa saman yang perlu dikutip pada setiap tahun.

    Rakyat bawahan perlu tahu semua perkara diatas. Sistem yang perlu dibuat adalah tiada sama ekor dilaksanakan dan jika kenderaan melebihi had laju perlu ditahan di mana sekatan jalan dibuat dan terus dikenakan saman tanpa banyak bicara.

    Berkenaan dengan kawasan perangkap laju atau "speedtrap", pihak polis perlu secara jujur menangkap laju kenderaan dengan memperlihatkan kawasan atau tempat perangkap laju itu diletakkan bersama anggota bertugas bukan dengan cara menyorok atau bersembunyi disebalik pokok atau parit. Di negara maju seperti Jerman, Korea atau Jepun, penguatkuasa undang-undang ini secara jujur menampakkan diri mereka jika perangkap laju ini beroperasi bukan dengan menyembunyikan diri.

    Masyarakat sekarang mampu untuk berfikir dengan baik dan mampu untuk bersuara lantang. Jangan jadikan perangai atau tindakan kita sebagai kakitangan awam atau agensi penguatkuasa nampak bodoh kerana ini akan memberi impak kepada keseluruhan kerajaan itu sendiri.

    Sekian.

    ReplyDelete
  19. Ops Warta yang pertama ( sekitar tahun 2003 kalau tak silap)telah membuatkan keadaan dikaunter bayaran saman menjadi sesak. Di Johor Bahru, kaunter IP Trafik di bangunan sementara tidak mempunyai tempat letak kereta menyebabkan orang beratur panjang hingga ke tepi jalan raya untuk bayar saman. Kemudian kaunter di Plaza Angsana juga menimbulkan kesesakan dan kekecohan. Akhirnya, Pihak Polis di Johor buat pengumuman di Radio Johor menyatakan saman ekor yang nak dibayar pada waktu itu, BOLEH dibayar di mana-mana balai polis di Johor.
    Hakikatnya, saman2 yang dibayar tidak dilupuskan dari rekod kerana polis tidak ada kemudahan rangkaian rekod bayar saman antara balai-balai ke Trafik pada waktu itu.
    Saya yakin ada diantara mereka yang dah bayar saman tahun 1998 hingga tahun 2003 di balai polis masih mempunyai saman tersebut.
    Maka itulah antara sebabnya mengapa saman ekor dengan TEGAS HARUS DIHAPUSKAN oleh kerajaan.

    ReplyDelete
  20. Saya pernah di saman hanya kerana saya memandu melebihi had (dalam 130KM/J sahaja) itu pun kerana saya bergegas menghadiri pengkebumian sahabat saya kerana saya diberitahu hal kematian arwah agak lewat.

    PDN4896

    ReplyDelete
  21. Diskaun 75% boleh membantu kerajaan dan rakyat melangsaikan masalah tunggakan saman-saman tersebut.Tiada saman ekor baru dikeluarkan.

    ReplyDelete
  22. ASSSLAMUALAIKUM YB. SAYA AMAT MENGHARAPKAN AGAR SAMAN EKOR BUKANLAH SATU MEKANISME UNTUK KERAJAAN MENDAPATKAN SUMBER PENDAPATAN. BAGAIMANAPUN BEGITULAH TANGGAPAN SEBAHAGIAN RAKYAT KETIKA INI. SEBAIK SELEPAS PEMBENTANGAN BAJET SATU-SATU TAHUN DENGAN PENGUMUMAN BONUS DAN INSENTIF, MAKA MEKANISME SAMAN BERUBAH. SUATU KETIKA DAHULU SAMAN MAKSIMUM BAGI KEBANYAKAN KESALAHAN JALANRAYA ADALAH RM70.00. KEMUDIAN DINAIKKAN KEPADA RM100.00 DAN SELEPAS ITU RM150.00. ITUPUN ADA DISKAUN DIBERIKAN SEKIRANYA DAPAT SELESAIKAN SAMAN DALAM TEMPOH TERTENTU. SEKARANG INI KETIKA ZAMAN 'KERAJAAN KURANG DUIT', TIBA-TIBA SAHAJA SAMAN DINAIKKAN KEPADA RM300.00 TANPA SEBARANG DISKAUN. APA PERSEPSI RAKYAT BILA INI BERLAKU? SEOLAH-OLAH KERAJAAN MEMINDAHKAN MASALAH 'TAK ADA DUIT' INI KEPADA RAKYAT. SAYA BERPENDAPAT, DARI SEGI UNDANG-UNDANG SAMAN EKOR YANG DIHANTAR KEPADA PENGGUNA JALANRAYA MELALUI POS BUKANLAH BOLEH TERPAKAI JIKA DIBAWA KEMAHKAMAH. PROSES SEBENARNYA SEPATUTNYA SAMA SEPERTI MENYAMPAIKAN SAPINA ATAU WRIT SAMAN. SAYA AKAN SAMBUNG CADANGAN LAIN SELEPAS INI..

    ReplyDelete
  23. SALAM YB. SAYA NAK KOMPLEN SARANAN-SARANAN OLEH MAJLIS KESELAMATAN JALANRAYA MALAYSIA YANG BANYAK MEMBEBANKAN PENGGUNA JALANRAYA. JALANRAYA DAH BAIK, TETAPI HAD KELAJUAN YANG DIBENARKAN SEMAKIN KURANG. DULU BOLEH BAWAK 120KM/JAM, SEKARANG JADI 110KM/JAM DI LEBUHRAYA. JALAN BIASA 90KM/JAM BILA OPS SIKAP JADI 80KM/JAM. FIKIRKAN BUKAN HANYA KELAJUAN YANG BOLEH MENYEBABKAN KEMALANGAN. TERFIKIRKAH BAHAWA MEMANDU PERLAHAN JUGA PUNCA KEMALANGAN? SAYA BANYAK KALI MELIHAT SITUASI INI. APA PENDAPAT ANDA? SAYA CADANGKAN HAD KELAJUAN DINAIKKAN SEDIKIT TETAPI BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN JALANRAYA KITA. TUMPUKAN KAJIAN KEPADA PUNCA-PUNCA LAIN PENYEBAB KEMALANGAN DAN CUBA ATASINYA. JANGAN HANYA MEM'PROMOTE' DIRI DENGAN STATISTIK KEMALANGAN YANG BERLAKU SEOLAH-OLAH BUAT KERJA MENGIRA KEMALANGAN UNTUK FAEDAH TERTENTU.

    ReplyDelete
  24. saman ekor memang membawa masalah kepada empunya kenderaan seperti pendapat & luahan rasa terdahulu kenderaan tersebut tidak semestinya di bawa oleh tuan yg berdaftar
    1. mungkin di pinjamkan atas ehsan tapi saman tersebut di ketahui seteleh 2 tahun macamana nak ingat si jebon mana yg bawa. sebab bila dapat kereta pinjam ni llebih lagi bmw ke merc ke apa lagi belasah le, mcm sedara kat atas tu 7k tu wow bbetul puas bawa keta syabas & sobo je bro... he heh he
    2. banyak kes plat no yg sama bergerak di atas jalan yg dapat saman adalah pemilik yg sah macamnana nak dibuktikan jika saman berlaku 1 tahun yg lalu. senang cakap mana nak ingat, jgnlah suruh buat log book mana pergi catat masa, tempat, dgn siapa & .... mcm mana nak p dangdut nanti bocor le rahsia bini tahu, bini tak takut aku le. heeeeee
    3. rasanya ramai yg kena sama ekor di highway di laluan yg lurus, di situlah letaknya perangkap had laju atau petugas mengendap, ada ke patut laluan lurus yg tak berbahya, ferrari pun boleh pecut ssenang 300km di kenakan saman
    4. bila keadaan jln merbahaya bengkang bengkok dah tentu pemandu tidak memecut dah tentu tiada perangkan had laju, hanya samdul & yg belajar cara bawa F1 je tunggu keadaan ini utk lepaskan gian F1 psp game to reality hee hee
    5. yg kena sama pulak tu tuan berdaftar jadi bila nak renew semua kenderaan nama si dogol ni x boleh renew sebab kesalahan yg di buat oleh anak tiri belah datuk tirinya.

    bjf4854
    nbl1434

    ReplyDelete
  25. Hapuskan saman ekor!!! Saya mesti pilih!

    ReplyDelete
  26. Saya adalah pemandu yang memandu dari sentral ke utara, selatan, timur, barat. dan tidak pernah disaman. Namun, agak terkejut apabila menerima 1 saman ekor. Sebagai rakyat Malaysia, mohon jasa baik DS Najib agar pengecualian diberikan. Saya didapati bersalah tanpa diberi peluang mempertahankan diri.

    BJC 3902

    ReplyDelete
  27. saya pulak kena kat tempat dato sekincan ke sabak bernam wahal hujan tarikh tu, bila pulak dia tembak kereta saya. Entah2 tembak kat umah kot

    ReplyDelete
  28. Jpj tak berhak blacklist saman ekor.Ini saman polis.Polis keluar saman sepatutnyer polis yg harus bekerja keras untuk menyelesaikan masalah saman ekor ini.
    Kalau kes plat palsu tak boleh diselesaikan saman2 ekor akan jadi banyak.Tentang blacklist sepatut arahan dari mahkamah sahaja.Mahkamah ada budi bicara tapi aku tengok seolah2 JPJ pulak yang macam ahlong.
    Cadangan saya jika saman ekor dikeluarkan,saman hendaklah sampai ke pemandu secepat mungkin.
    Pemandu akan dipanggil untuk pengesahan.Jika betul pemandu tuh yang buat barulah saman dikeluarkan beserta dng bayaran.Kalau bukan pemandu tuh yang buat maka polis menanggung kos.
    Kos yang saya maksudkan jika saya duduk di perlis ada saman di johor maka polis kene ambil kira kedatangan saya ke johor dr segi minyak dan tol.
    Bukan setakat keluar saman tapi tak tahu nak identify betul atau tidak kesalahan itu dilakukan oleh individu yg terbabit.
    Saya akan tujuk perkara ini ke Mahkamah jika kes blacklisted saya tidak diselesaikan.saya tidak akan bayar walau satu sen pun jika saman itu bukan saya punya.

    ReplyDelete
  29. Ape Le Dato'

    PM kita semua BELUM. Kan PM kata belum muktakmat... Cuma dah tamat riwayat BN baru Najib SEDAR

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum Dato seri.

    Tahniah atas usaha ini.

    Saya pernah memandu di Sabah pada tahun lepas. Kelajuan pada masa itu 100km/j. Saya memandu di belakang kenderaan tentera sejak dari semporna ke tawau. Tetapi setibanya saya di Tawau, ada satu sekatan dan mengatakan saya telah memandu 118 km/j dan diberikan saman. Apabila saya tanya kenapa kenderaan askar itu tidak di saman kerana saya dan dia pada kelajuan sama dan saya menafikan tidak mencecah 118 km/j pegawai polis dengan bongkak mengatakan yang saya bersalah.

    Persoalannya.
    1. Kenapa kenderaan askar itu tidak di saman. Dia bukan ambulans yang sedang dalam kecemasan?

    2. kenapa Polis gagal menunjukkan bukti, tetapi terus menyaman?

    3. Kalau had laju menjadi ukuran, kenapa kenderaan menteri dipandu laju sehingga memerlukan pengiring. Saya juga tidak berpuas hati dengan polis pengiring dan menteri yang tiba-tiba memberhentikan kenderaan di persimpangan lebuhraya semata-mata memberi laluan kepada kenderaan menteri. Mereka ini selalu muncul tiba-tiba dan sangat menyakitkan hati rakyat kerana ini juga boleh mengundang kemalangan. Saya pernah hampir-hampir kemalangan kerana keadaan seperti ini.

    Rakyat Sabah di Semananjung.

    ReplyDelete
  31. Salam dato sri,

    Golongan kaya nak bayar saman rm300 tu pejam sebelah mata. Bagi kami, nak bayar RM300 tu tinggi. Dengan RM300, boleh la saya sediakan makanan/minuman yg sedap2 utk keluarga selama sebulan.
    Oleh itu, saya amat bersetuju dengan cadangan Dato Sri mengenakan saman mengikut lebihan KM. Ia lebih adil dan saksama kepada golongan berpendapatan sederhana dan ke bawah.

    5 saman ekor dari tahun 2006-2009
    WPG 4119

    ReplyDelete
  32. Lagi satu yang saya pelik dengan saman Polis ke JPJ ialah pasal diskaun. Everytime saya kena saman (bukan saman ekor) saya akan cepat2 pergi bayar takut kena blacklist... Bayaran full tanpa diskaun..... Tapi sometimes PDRM announced ada diskaun utk bayaran saman yang tertunggak.... Saya hairan... macam mana dia orang renew road tax....

    Sepatutnya yang bayar awal dapat diskaun, misalnya 10 hari lepas dapat notis 50% diskaun, sebulan 20% dan seterusnya... barulah orang teruja nak langsai hutang saman.... bukannya tunggu tertunggak 4 - 5 thn baru pi bayar.... lol...

    ReplyDelete
  33. Salam Dato' Sri, moga Dato' Sri dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

    Topik yang amat menarik dan rasanya ramai yang menghadapi masalah ini. Dulu dalam tahun 1995 tak silap saya. Saya ada terima saman speed trap dari polis trafik melalui surat berdaftar dan disertakan dengan gambarnya sekali. Memang jelaslah nombor plat dan kepala dalam kereta yang tengah memandu tu pun diri saya tak boleh nak kata apa. Tetapi itu dulu senang kata negara kita tengah mewah. Bajet kertas cetak untuk gambar masih ada untuk PDRM. Agaknyalah...Sekarang ni nak tengok gambar sebagai bukti, kena bayar. No money no talk..

    Malangnya sekarang ni sudah tiada saman yang semacam dulu disertakan dengan gambarnya sekali. Tau-tau nak renew road tax, ada banyak saman ekor. Memang membebankan dan kita rakyat biasa ni paling kuat yang termampu buat ialah menyumpah je la.. Kan tak elok tu. Tak pasal-pasal ada VVIP yang kena sumpah. Mulalah terfikir nak pangkah lain masa mengundi nanti tak pun tak payah pergi mengundi lansung pasal tukar pun sama jugak.. Go head gostan camtu jgk. Susah tetap susah..

    Penguatkuasaan betul tetapi pelaksanaan kurang betul dan diminta Dato' Sri lakukanlah yang terbaik untuk rakyat. Jangan nanti rakyat kata CAKAP TAK SERUPA BIKIN dan CAKAP-CAKAP, TAPI TAK BIKIN-BIKIN.

    Satu lagi Dato' Sri, tiap hujung minggu saya akan lalu kat Simpang Lima tu. Sebelum Masjid Damak tu tiba-tiba speed limit 60km/j ok la tu..Peraturan.. Tetapi berapa byk kenderaan yang ikut. Minta maaflah agaknya pun Dato' Sri tak ikut.. Agaknyalah.. Kalau polis nak buat speed trap, situlah lubuknya. Dan sampai kat mana kita nak ikut 60km/j pun tak tahu. Takde papan tanda zon had laju tamat. Kalau saya salah sila beritahu. Kawasan Dato' Sri..

    Diharap pihak kerajaan dapat mencari mekanisme lain yang lebih bagus untuk menguatkuasakan masalah saman ekor ni. Kita rakyat biasa ni cuma mahukan keselesaan hidup tanpa terlalu dibebankan dengan banyak masalah. Masalah harga barang makin naik, minyak naik dan akan terus naik pendapatan tak naik. Darah tinggi pun akan naik belum lagi naik angin. Yang turun cumalah hujan.. Sesungguhnya hujan tu rahmat dari Allah swt.. Teruskan perjuangan Dato' Sri dan berpeganglah pada slogan TRADISI MEMBELA RAKYAT bukannya MEMBELAH RAKYAT..

    Tahun depan nak renew road tax ni brp banyakla kena ni.. Sg Besar & Sabak Bernam sudah semestinya la......

    ReplyDelete
  34. Salam Dato Sri,

    Kenapa perlu saman ekor, nak saman better saman face to face, yang salah samanlah, baru betul berintegriti saman ikut blakang nie lain sikit bunyi nye...

    Saman secara berdepan dengan Sekatan Jalanraya lebih berkesan dalam mendidik dan membentuk kesedaran Pemandu untuk lebih berhati - hati ketika memandu.

    Katakan Saya memandu dengan laju dari JB ke KL pada masa sama saya tidak sedar di saman ekor pada setiap perjalanan sehinggalah pada hari saya ingin membayar cukai jalan setahun kemudian.

    Selama setahun saya boleh pandu dengan laju tanpa rasa risau atau gerun.

    Persoalanya apakah didikan yang ingin dicapai oleh polis dalam hal ni.

    Kehadiran anggota Trafik di atas jalanraya adalah satu deterrent.

    Mendapat saman pada masa melakukan kesalahan boleh menimbulkan rasa gerun atau menyesal pada sesiapa pun. Tapi kalau setahun kemudian.....

    Kepada anggota trafik jangan pula pilih bulu dalam bila mengeluarkan saman, kalau dah tangkap dan terbukti memandu laju saman jelah tak payah nak berbincang lagi.

    Bincang dan lepas lebih dekat kepada gejala rasuah .

    Jangan gunakan saman ekor hanya untuk kuota perbendaharaan. Sedangkan pesalah yang di tahan on the spot seringkali terlepas dengan senyuman!!!



    WKK9353 - dozens of saman since 2002

    ReplyDelete
  35. Saya juga telah disaman pada tahun 2003..

    baru tahu sejak 3 bulan lepas ketika mahu renew roadtax..yang sebelum ini ok ajer..

    Terasa benar mahu Kerajaan membela dan membelai kami golongan marhaen rakyat biasa..

    harap sangat kerajaan dapat rasai denyutan RM300 yang terpaksa dibayar secara terpaksa tanpa keadilan..

    ReplyDelete
  36. Datok, harap bagi tau kat depa yang dok ataih tu tolong lah dengaq masaalah kami rakyat marhaen ni. bukan masa pilihanraya saja nak tengok. masaalah saman ekor ni dah lama dah. jpj,polis kadang2 tu macam menahan lukah dipergentingan. depa ni tunggu kawasan yang speed limit dia tak masuk akai. ada kat highway speed limit 90, 3 lorong pulak tu ..lari 95 kena lah..saman ekor pulak tu. so saya cadangkan utk sapa yang langgar speed limit, saman biaq depan pemandu, biaq ada jadual saman.misalnya lebih 10 km jumlah saman begini dan setiap 10 km yang berikutnya samannya begini. baru adil..yang naik mercedes,bmw lari sampai 200km depa bayaq lebih sikit..yang kancil lari 110 lebih sikit bayar juga tapi jumlah dia kurang lah sikit..mohon mencadangkan..

    ReplyDelete
  37. sikap sambil lewa kerajaan adalah punca mengapa saman ekor menjadi satu masalah besar hari ini.

    mereka tidak menguatkuasakan sejak awal lagi. mereka sendiri tidak yakin dapat menguatkuasakannya. mereka kini malu dan cuba menutupnya dengan menguatkuasakan secara mendadak.

    akibatnya rakyat menjadi mangsa.

    mereka tidak serik dengan keputusan pilihan raya lalu dan sedang berlumba-lumba untuk menjadikan keputusan pilihan raya akan datang menjadi lebih teruk lagi.

    aneh mereka ini kan ?

    ReplyDelete
  38. saya cadangkan setiap saman di kenakan diskaun

    ReplyDelete
  39. Kepada semua Rakyat 1 Malaysia,
    Perkara tersebut pernah saya cadangkan kepada menteri dan agensi kerajaan yang terlibat sebelum ini dan saya harap kerajaan akan dapat memikirkan demi kepentingan semua rakyat. Jika ingin laksanakan sesuatu, biarlah adil dan telus tetapi bukan menyiksa rakyat yang terlibat. Semoga kita semua dapat merenungkan dan fikirkan bersama. Terima kasih kepada mereka yang berusaha untuk perjuangan ini.

    ReplyDelete
  40. Saman yang tak logik tapi terpaksa kena bayar saman:

    1. Orang lain bawa kereta, tapi tuan punya kereta kena blacklist.

    2. No plat kenderaan yang dipalsukan oleh orang lain. Tuan punya no plat kenderaan jadi mangsa saman.

    3. Had kelajuan yang tidak sesuai pada masa kini. Cth: Kawasan had laju 60km/j tapi jalan 4 lorong dan berkeadaan baik tapi kena saman sebab bawa laju 70 km/j. Cth di jalan kuala selangor. Cth 2: Lebuhraya had laju 110km/j tetapi purata kenderaan yang dibawa adalah 120km/j. sebabnya bagi kelajuan 110km/j adalah sederhana pelahan.

    4. Kalau kelajuan itu membunuh, jadi bagi konvoi org kenamaan tu jgn le bawa melebihi had laju sebab kena ikut peraturan. Baru rakyat lain tak cemburu dan tak rasa dibeza-bezakan.

    5. Penguatkuasaan yang lemah. Sistem dah ada tapi tak pernah dilaksanakan dengan betul dan berkesan. Bila ada operasi je baru dibuat penguatkuasaan.

    ReplyDelete
  41. terima kasih dato kerana keperihatinan dato tentang isu ini , saya memang ada memikirkan cara untuk melaksanakan kesalahan melebihi had laju dan saya harap dato dapat memanjangkan pandapat saya ,
    1. kerajaan blh menbuat undang undang mengikut kenderaan yg kita miliki, contoh had laju pd jalan persekutuan 90km dan lebuhraya 110km kepada kenderaan yg menpunyai cc kurang dr 2000 mereka perlu mematuhi kelajuaan yg sedia ada kerana kemampuan kenderaan mereka memang bersesuai dgn cc tersebut. kadar kompoun saya rasa sekadar rm 150.00 dan ini kita tahu kenderaan sebegini memang banyak di pakai oleh rakyat kebanyakan yg berpendapatan serdehana dan tidak membebankan mereka jika di kompoun .
    2. untuk kenderaan yg melebihi 2000cc kerajaan harus membenarkan kelajuan mereka dinaikkan kepada 100km di jln persekutuan dan 140km dilebuhraya kerana kenderaan yg ber cc tinggi memang kita tahu mempunyai tahap keselamatan yg tinggi dan pd kelajuaan tersebut blh dikata kan 'secukup rasa' dgn cc yg ada.
    3.Untuk kejauan dibandar dan juga kampung had laju 60km perlu dinaikkan kepada 70 km kerana kebanyakan tempat serta jalan yg sedia ada kadar 60km saya rasa sudah tidak bersesuai lagi dan kebanyakan penguna terperangkap dgn perangkap had laju di sini.bayangkan dato klu kita memandu proton 1.3 sekali pun kita pasti akan melanggar had laju 60km ini di sebabkan keadaan jalan yg baik lenggang tetapi had laju 60km blh dikekalkan jika jln tersebut mempunyai rekod kemalangan yg tinggi.
    untuk kadar kompoun kerajaan blh naikkan kpd rm 300.00 kerana yg memiliki kenderaan sebegini memang mampu utk menbayar.
    Kepada pihak penguatkuasa cara yg terbaik utk membezakan kederaan yg kurang atau lebih cc keluarkan roadtax yg berlainan warna jadi mudah mereka utk membezakan kenderaan yg membuat kesalahan.
    Bagi saman ekor mesti dimansuhkan dan pihak polis perlu megunkan keadah yg lama tahan kenderaan yg membuat kesalahan pd masa itu juga kerana dgn itu saman blh dikeluarkan serta merta dan jika gagal mejelaskan perintah menahan persalah blh dilaksanakan berbanding dgn notis kesalahan yg di buat pd masa ini.

    ReplyDelete
  42. salam dato seri,terima kasih kerana membangkitkan semula saman ekor ini.minggu lalu saya nak hidupkan roadtax,rupanya ada satu saman ekor tahun lalu.Pihak JPJ hanya benarkan utk 6BULAN shj.Kalau ikut kementerian pengangkutan ia ditangguhkan hingga Feb tahun depan.Kenapa dasar yang diumumkan tak jelas.Walaupun saya ahli UMNO dan penyokong tegar BN,sanggup mengundi parti lain yang berjuang hapuskan saman ekor.

    ReplyDelete
  43. dah 25 tahun memandu,3 bulan sekali balik kedah dari kl.
    dulu kereta lama sekarang kereta baru.
    dulu ikut jalan lama sekarang melalui PLUS.
    dari damansara ke alor star utara 500km.
    BELUM PERNAH kena saman...kalau di l/raya kelajuan dibenar 110km/jam.aku pandu 100km/jam.
    orang sampai alor star dalam 4jam.aku sampai dalam 6jam termasuk 2kali rehat.sampai juga dan selamat..
    di jalan perbandaran..kelajuan yg dibenar 50km/jam.aku pandu 45km/jam.tak pernah lewat sampai tempat kerja,tak pernah kena saman.
    dari kelana jaya ke bandar puteri puchong setiap hari pergi balik..di LDP aku pandu 60km/jam.
    belum sekali pun kena saman.
    jadi apa masaalahnya dengan pemandu2 di malaysia ini.
    sendiri dah buat salah..tanggung lah...
    saman yang gagal disampaikan olih polis adalah kerana sikap pemandu juga.pindah alamat tak nak kemaskinikan alamat terbaru..mungkin sebab banyak hutang dan nak lari dari terima surat dari bank.
    sudah jadi kebiasaan kebanyakan orang2 malaysia,tak pernah rasa bersalah dalam segala tindakan mereka.
    kalau undang2 tersebut dikenakan atas orang lain,mereka kata bagus.
    tapi bila undang2 itu juga terkena keatas mereka,dikatakan undang2 tersebut menyusahkan.

    ReplyDelete
  44. Salam Dato Seri, saya sangat bersetuju dengan cadangan pemansuhan / penstrukturan semula saman ekor ini ... Terlalu banyak kelemahan yang timbul daripada sistem yang ada sekarang. Sebagai contoh, saman yang telah saya bayar pada tahun 2002, 2003 dan 2004 telah pun saya bayar dahulu sebelum kereta saya yang disaman itu saya jual pada 2005 masih terdapat dalam sistem semakan saman. Resit sebagai bukti...tolonglah faham, siapa akan simpan resit yang dah terlalu lama. Kawan saya disaman kerana tidak memakai topi keledar ...sedangkan dia tak pernah pakai motor dan saman tersebut dikeluarkan atas nombor plet kereta. Sistem saman ekor sangat tidak adil. Gambar yang dipohon perlu dibayar... mengikut proses undang-undang gambar tersebut sepatutnya diberikan untuk membuktikan kesalahan tersebut memang dilakukan...kalau dalam kes mahkamah pun bukti perlu diberi kepada pihak pembelaan sebagai rujukan...mana mungkin kita tidak dapat membela diri dan terus menerus disaman dan kena bayar...kalau tak bayar...road tax tak keluar ...ini satu bentuk peras ugut (maaf) tapi itulah hakikatnya. Diharap sistem saman ekor ini dapat dihapuskan terus dan beri peluang kepada pengguna jalanraya mengetahui kesalahan mereka serta merta dan bukan terpaksa tunggu sebulan dua. Saya amat berharap usaha Dato Seri untuk menghapuskan saman ini akan berjaya. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  45. Dulu saya memangkah UMNO..sekarang tidak lagi..tidak akan memaafkan kerajaan UMNO kerana begitu perih membayar saman ekor..kami sekeluarga menangis kerana dizalimi oleh kerajaan UMNO..selamat tinggal UMNO untuk selama-lamanya.

    ReplyDelete
  46. saya setuju saman ekor dihapuskan dengan alasan bahawa PDRM mempunyai kakitangan yang cukup untuk memastikan 'keberadaan' mereka di jalanraya. ini kerana PDRM tidak lagi perlu memikirkan tentang Pengurusan kerana pengambilan kakitangan awam secara khusus untuk memastikan pengurusan PDRM lebih cekap dan PDRM dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam membanteras Jenayah. Justeru anggota Polis WAJIb menampakkan dirinya semasa perangkap hadlaju dilaksanakan bukan dengan menyembunyikan diri di sebalik semak samun.. kola

    ReplyDelete
  47. saya sgt bersetuju dgn cdgn permasuhan saman ekor.bagi saya,ianya sgt membebankan kami sbg rakyat terutamanya yg berpendapatan sederhana dan rendah..seandainya yang bermasalah dalam saman ekor ni adalah tergolong dari pendapatan sedemikian,dan terrpaksa disenarai hitam,saya rasa mereka tak mampu utk membyar saman2 tersebut dan terpaksa memandu kereta atau motor tanpa ada cukai jalan dan lesen memandu..ini kerana,kekadang mereka terpaksa berbuat demikian utk mencari rezeki,menghantar anak ke sekolah dan sbgainye..sy bersetuju sgt dengan cdgn ini..sekian...

    ReplyDelete
  48. Pada hemat saya, didalam negara melangkah ke era negara maju sesuatu perlu dilakukan sekarang oleh mereka yg dipertanggungjawabkan oleh rakyat. Kita ada ramai cerdik pandai didalam kabinet serta didalam parlimen, namun kelihatannya seperti mereka ini telah hilang fungsi berfikir. Setiap tahun kita melihat statistik dan terus menerus mengira statistik tanpa sebarang langkah wajar yg diambil. Jika melihat statistik kemalangan jalanraya, kelajuan bukanlah punca utama yg menyebabkan kemalangan dan kematian, rata2nya cumalah penunggang motosikal. Berkenaan saman ekor ini, hanyalah menguntungkan kerajaan dan merugikan rakyat. Sepatutnya kaedah sekolah memandu dan institut memandu yg harus dikaji. Kerajaan tidak harus mencari salah rakyat tetapi harus cuba mendidik rakyat. Jika dilihat di Singapura, mereka meletakkan papan tanda amaran dan kamera sebagai langkah pencegahan dan jika pemandu melanggar isyarat papan tanda barulah dikenakan tindakan. Bukan mencuri2 dan berselindung didalam semak belukar seolah2 pencuri untuk memerangkap pemandu. Cubalah kenal pasti lokasi yg biasa berlaku kemalangan dan disitulah letakkan papan tanda dan juga kamera. Ingatkan pemandu dan bukan cuba mengambil kesempatan diatas kealpaan pemandu. Memang sifat manusia mudah lupa dan silap. Penyakit ini ada pada semua manusia. Saya berpendapat, penggunaan motosikal hendaklah disekat waktu penggunaannya atau hendaklah mendapatkan permit sekiranya mahu menggunakan motorsikal pada waktu yg telah ditetapkan. Ini dapat membantu mengurangkan kadar jenayah mat rempit. Dinegara maju motorsikal berkuasa rendah amat jarang digunakan sepertimana di Malaysia. Statistik menunjukkan motorsikal ini telah byk membawa anak melayu kita kealam cacat atau kealam barzakh. Saman ekor langsung tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan dijalanraya membuktikan saman ekor ini hanyalah suatu penyakit yg membawa kemarahan rakyat terhadap kerajaan sedia ada. Hapuskan terus saman ekor dan gunakan kamera yg telah dilaburkan itu kepada suatu kaedah yg lebih bermanafaat.

    Salam

    ReplyDelete
  49. Saya setuju, sebab saya sendiri kena seribu lebih dari 4 saman, sedangkan saya adalah pemandu yang sentiasa berhati-hati. Satu saman RM 150 bawa kereta laju sikit dari KL ke Kelantan di Kuala Lipis sbb nenek meninggal. Kedua RM 300 sbb kawan kerja Yuska naik nak suruh diri tolong jual kereta. Dua lagi RM 600 adik beradik yang pinjam kereta. Saya nak beritahu kpd mereka, tapi mereka tak mengaku, takkan lah sampai nak masu mahkamah, takkanlah sampai nak gadoh. Memang saya kecewa kaedah perlaksanaan saman ekor sbb kadang-kadang jalan lengang 80 km/jam kita laju 90km/j pun kena saman. Sepatutnya semasa jalan lengang kena pertimbangkanlah sikit. Kalau sangat laju bolehlah saman. Kalau jalan sesak seperti pulang raya atau hari minggu tak apalah, wajarlah kerana boleh membahayakan orang lain, lebih-lebih lagi yang amabil bahu jalan. No kereta WGW 1809

    ReplyDelete
  50. Salam YB, Terima kasih kerana membuka semula kes ini. Saya memang menyokong polis menguatkuasakan undang-undang terhadap pemandu yg rakus dan membahayakan nyawa orang ramai. Tapi pada saya saman ekor ini adalah perbuatan zalim. Rakyat dipersalahkan tampa diberi peluang untuk menpertahankan diri. Tiada tempat untuk mengadu dan merayu. Saya merayu supaya kaedah menyaman pemandu ini diperhalusi supaya tidak membuat rakyat marah. Bayangkan dikumpulkan jumlah saman saya dan isteri ada 9 kesemuanya. Jika dikalikan dgn RM300 satu maka jumlah sebanyak RM2,700 gaji sebulah pegawai kerajaan grade 48. Saman ini kebanyakannya pada jalan yg kelajuannya 80km/j walhal jalannya samada 2 atau 3 lane. YB tlg minta kerajaan kaji semula hal laju di jalan-jalan yg telah dinaikan tarafnya.
    NO kenderaan saya yg kena saman spt berikut:-
    MNA 515, WSB 515, WHY 5525, WQM7707

    ReplyDelete
  51. BETUL KITA NAK KURANGKAN KESALAHAN JALAN RAYA..TAPI SAMAN EKOR ZALIM.KITA PERLU TAHU KITA DISAMAN...BUKAN TIBA-TIBA KITA TAHU ADA 5 SAMAN ATAU PERLU SEMAK SENDIRI SAMAN KITA. PRIVACY SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA TERGANGGU. KITA TAK BEBAS.TAKUT NANTI KERAJAAN SEDIA SPY BAGI SETIAP RAKYAT UNTUK TANGANI SEBARANG SALAH LAKU! YABAS DATO' !!!

    ReplyDelete
  52. Thanks Dato...kerana berani membangkit kembali isu ini.... Untuk pengetahuan Dato hanya kerana saman ekor ini, kerajaan telah kehilangan beribu ribu undi di pilihanraya akan datang percayalah... saya percaya 99% mereka yang telah dikenakan saman ekor tidak akan mengundi kerajaan UMNO pada PRU akan datang sekiranya perkara ini masih tidak diselesaikan...Termasuklah saya sendiri... inilah yang dinamakan diberi susu dibalas tuba...kita pangkah dia...dia pangkah kita balik...

    No kenderaan : WFF 9942 Honda Civic 96 buruk je mampu pakai.

    ReplyDelete
  53. DSKT, hebat betul komen pasal saman ekor ni. Kebanyakannya ada buat salah, kena saman la. Ramai yg minta polis buat saman bersemuka...IDEA yg bagus tapi tak logik. 1 kereta kena tahan sampai driver turunkan autograf mungkin memakan masa lebih 5 minit, tak termasuk "argument dgn polis". Jadi dah membazir masa!
    Undang-undang kena "follow" la, tengok speed limit tu.
    Saya rasa PBT pun buleh turun padang...mintak la penguatkuasa buat pemantauan, pasang khemah kat tepi jalan, sekurang-kurang pemandu akan perasan "ada orang memerhatikan mereka".
    1 lagi cadangan, rasanya la JPJ boleh lepaskan pesalah utk renew roadtax, TAPI itu ROADTAX kasi tag la atau beri surat peringatan mesra "ANDA MEMILIKI SAMAN, SILA JELASKAN SEBELUM ........" . Ini cadangan jer. Rasa rugi jer usaha polis selama ini utk mendidik pemandu kalau saman ekor dihapuskan.
    Polis pun boleh wat promosi..."setiap 5 saman, 4 dilupuskan". Kerajaan untung RM300, rakyat tak rugi RM1200.

    Salam sejahtera kpd semua..

    ReplyDelete
  54. Nak tambah sikit, ramai sahabat kata, bukan dia bawak kereta, tak penah lalu kat situ la...APA lagi, bantu la pihak polis bagi butir-butir yg betul...sapa yg bawak, kereta kat mana, mana tau no plat palsu...sekurang-kurang anda sudah membantu polis mengurangkan jenayah.
    LAGI SATU YG PALING PENTING....."ANDA MESTI TAHU SIAPA MEMANDU KENDERAAN ANDA"..menjadi satu kesalahan memandu kenderaan tanpa keizinan pemunya....."INSURAN TAK COVER" bro....(bukak dan baca polisi insuran anda)

    ReplyDelete
  55. saye amat bersetuju dengan cadangan dato'. saman ekor amat membebankan rakyat. saye mempunyai banyak saman hadlaju yang bezanye hanye di bawah 10km/j dgn hadlaju sebenar.kadar hadlaju juge hendaklah dikaji semula kerana kebanyakannye tidak praktikal dgn keadaan jalan seolah-olah sengaja dijadikan perangkap utk memenuhi kantung pdrm. memandu dgn halaju 60-80km/j dgn keadaan jalan yang lurus & lebar kadangkala menyusahkan kenderaan lain dan juga membahayakan. harap kerajaan ambil perhatian kerana inilah yang dijadikan modal pembangkang dalam ceramah mereka yang mengatakan kerajaan zalim dan menindas rakyat.

    ReplyDelete
  56. JIKA TUJUAN SAMAN EKOR INI DI ADAKAN UNTUK MENGURANGKAN KEMALANGAN JALANRAYA, SAYA RASA ITU ADALAH AMAT TIDAK TEPAT. MANA TIDAKNYA, SAMAN EKOR ADA TETAPI KEMALANGAN DAN KEMALANGAN MAUT TETAP BERLAKU, MALAH BERTAMBAH SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN.
    KESALAHAN YG DI REKODKAN MELALUI SAMAN EKOR INI KEBANYAKKANNYA TIDAK TEPAT. IANYA SEOLAH-OLAH PIHAK BERKUASA BERLUMBA-LUMBA INGIN MENGEJAR BILANGAN SAMAN YANG BANYAK BAGI MENDAPAT IMBUHAN DALAM BIDANG TUGAS MEREKA.
    BAGI MEREKA YANG KENA SAMAN PULA SEOLAH-OLAH TIDAK ADA PELUANG UNTUK MEMBELA DIRI DAN TERPAKSA AKUR KEPADA KESALAHAN YANG TELAH DI PERTUDUHKAN. SYABAS DATO' SERI... JIKA PIHAK KERAJAAN BERSETUJU MENGHAPUSKAN SAMAN EKOR INI, AGAR IANYA MERUPAKAN SATU KREDIT BAGI MENHADAPI PRU KE 13 INI....

    ReplyDelete
  57. Salam,

    YB Dato' Seri,

    Terima kasih kerana membangkitkan isu ini. Saman ekor ini memang terlalu membebankan. Sudah terlalu banyak wang yang dibelanjakan dan ini membebankan golongan yang berpendapatan sederhana. MMg diakui ketika dijalanraya yg tenang dan selesa kita tidak perasan memandu laju, tp kekadang jln yg ditandangan had laju 60km tidak bersesuaian dengan keadaan jln.

    Minta pihak berwajib mempertimbangkan perlaksanaan ini. Cari makanisma yg sesuai seperti yg dicadangkan oleh YB Dato Seri.

    Saya br terima paanggilan dr rakan yg minta pihak IPD Sabak Bernam mengurangkan mengadakan perangkap had laju di kawasan Simpang Lima. Pihak IPD nampaknya memasang perangkap had laju waktu pergi & pulang kerja. Dalam sehari 2 smaan diterima. Ini menyeksankan rakyat. Harap pihak yg berkenaan dpt memikirkan rasionalnya perkara ini dilaksanakan.

    Saman yg ditangguhkan kpd tahun hadapan juga bukan jalan penyelesaian masalah, ini kerana masalah yg sama akan berulang lg. Kami mohon sgt perkara ini dpt dipertimbangkan.

    Sekian, jumpa lagi.

    ReplyDelete
  58. SYARAT TIDAK BOLEH RENEW ROADTAX SEKIRANYA TIDAK MENJELASKAN SAMAN EKOR ADALAH TIDAK PATUT. EVEN SYARAT INI DILAKSANAKAN PUN, SAYA PASTI KADAR KEMALANGAN MASIH MENINGKAT. SAYA PASTI KERAJAAN TIDAK AKAN MEMANSUHKAN SAMAN EKOR SEPENUHNYA, TETAPI DIHARAP DAPAT MEMBERI KELONGGARAN DALAM ISU SAMAN EKOR SAMA ADA MEMBERI DISKAUN MENGIKUT JUMLAH SAMAN YANG DIKENAKAN, DAN MEMBERI MASA UNTUK RAKYAT MEMBAYAR SAMAN ATAU BOLEH DIBAYAR SECARA BERPERINGKAT.KALAU BAGI MASA SEHINGGA TAHUN DEPAN PUN,RAKYAT MASIH TIDAK BOLEH JELASKAN SAMAN EKOR LAGI-LAGI KALAU RAKYAT YANG MEMPUNYAI SAMAN YANG BANYAK. SAMAN JUGA PATUT DI TURUNKAN, INI SAMPAI 200-300 SEKALI SAMAN, INI SUDAH MEMBEBANKAN RAKYAT.DIHARAP KERAJAAN DAPAT MEMBANTU DALAM ISU INI.

    ReplyDelete
  59. Saya menyokong penuh cadangan Dato'Seri demi kebaikan rakyat keseluruhan dan masa depan negara amnya.

    ReplyDelete
  60. Ds, Saman ekor lebih banyak menginaya pemilik kenderaan berbanding mendidik. Saman saja pemandu yang melebihi had laju semasa perangkap had laju sedang dijalankan. Jika pemilik yang kadang kala bukan pemandu disaman maka masalah yang sama akan berulang.

    ReplyDelete
  61. wah... berbangga sungguh putera makasar kerana 25 tahun memandu tak pernah kena saman... syabas!

    tapi saya nak tanya, kalu tetiba orang guna plet kereta saudara dan yang kena saman adalah saudara, macamana?

    bolehkah saudara senyum simpul dan beritahu polis trafik secara lisan atau panggilan telefon dari rumah di Kedah bahawa bukan saudara yang melakukan kesalahan itu. mahukah polis itu percayakan saudara?

    saudara kena tulis surat rasmi dan buktikan bahawa bukan saudara yang lakukan kesalahan itu, kalu nak gambar kena bayar lagi.

    saudara tahu tak, prinsip yang digunakan oleh polis (yang aneh ini) ini ialah `you are guilty until proven otherwise' sedangkan prinsip undang-undang yang sebenarnya ialah 'you are NOT GUILTY' until proven otherwise'.

    beban untuk membuktikan pemandu bersalah adalah polis, tapi yang berlaku sekarang ialah kita yang tidak bersalah ini perlu panjat tangga balai polis untuk buktikan bahawa kita innocent.

    satu lagi.. dalam mana bahagian undang-undang yang memerlukan kita memeriksa ada saman atau tidak?

    saudara kata, apa masalah dengan pemandu di Malaysia ini, sendiri buat salah..tanggunglah.

    saya kata, apa masalah dengan kerajaan Malaysia ini, sendiri yang perkenal saman ekor, kuatkuasakanlah sejak dari awal lagi. Ini tidak.. mereka tunggu hingga saman menggunung tak boleh nak kutip, baru heboh nak kuatkuasa. selepas tu salahkan pemandu kerana tak mahu bayar saman.. mereka yang tak kuatkuasakan sejak awal cuci tangan.

    ReplyDelete
  62. Dato'

    Saya pernah disaman di jelebu N.Sembilan, bila saya periksa keterangan di surat saman tersebut kenderaannya adalah lori.Sedangkan no.pendaftran tersebut adalah untuk motosikal saya dan saya tidak pernah memiliki lori. Saya terpaksa ke IPD Jelebu untuk menyelesaikan saman tersebut...Adil ke itu namanya..?

    ReplyDelete
  63. Putera Makasar,

    Bagaimana kalau ada penguna kereta curi mengunakan kereta jenis dan warna yang sama dengan kereta anda dan orang yang memandu kereta curi tersebut disaman, saman tersebut akan sampai kepada anda..pada masa itu apa tindakan anda?

    ReplyDelete
  64. kakak ipar saya dulu terkejut sebab dia dapat surat saman dari polis kerana melanggar speed limit di Kedah. padahal selama ni kereta dia hanya dibawa untuk ke pasar belakang rumah sahaja.
    Lagi satu, surat tu juga menyatakan kenderaan yang disaman itu sebuah motosikal..

    Perkara ni dapat diselesaikan lepas kami membawa isu ni ke balai polis, tapi ia sedikit sebanyak telah menyusahkan kakak ipar saya.

    Saya tidak sokong saman ekor ni dihapuskan seratus peratus.. cuma saya harap polis lebih bertimbang rasa dengan rakyat. kalau nak hantar saman tu, letaklah gambar sekali.. dan denda yang diberi, eloklah setimpal dengan kesalahan yang dibuat..

    ReplyDelete
  65. Salam DS,

    Syukur Alhamdulillah kerana DS nampak betapa besarnya beban saman ekor ini kepada rakyat. PM kita perlu selesaikan dengan berhemah sebelum PRU13 nanti sebelum ia memakan diri..
    Saya berpendapat saman ekor yang diamalkan di negara ini tidak berkesan untuk mengurangkan kemalangan pun.. Kalau nak jadi accident, pandu kereta perlahan pun boleh terlanggar orang jugak, dalam kawasan sekolah lagi.. Ini kisah benar DS. Everything goes back to attitude. So, PDRM dan JPJ kenalah crack their head fikir macamana nak perbaiki attitude, bukan dengan hanya menyaman sesuka hati macam sekarang ni. Saya dari dulu memang against dengan saman ekor ni. Tak masuk akal. Semasa menuntut di US, kami memang takut polis trafik kat sana. Bila mereka tahan kita, mereka akan memberi penerangan tentang kesalahan yang telah kita lakukan. Amazingly, mereka boleh tahu samada itu adalah our first offence ke, second ke, dll. Kalau 1st offence, mereka akan beri warning sahaja. Ada budi bicara.. Lepas tu memang kami lebih berhati-hati. Tapi kat sini, bila tahu kena saman (especially bila nak renew road tax), kita jadi tension dan stress. In conclusion, kaji semula saman ekor ni BETUL2.. Undang-undang tetap undang-undang tetapi perlaksanaannya biarlah profesional.
    Terima kasih DS kerana memperjuangkan nasib rakyat jelata seperti kami.. Mereka yang tak kisah dengan saman ekor ni, saya kira mungkin memang banyak duit nak settle payment or dapat benefit besar from the exercise..

    Wassalam

    ReplyDelete
  66. Syabas Dato' Sri kerana memperjuangkan isu ini.

    Di pihak kerajaan mereka anggap ia remeh dan tak ada apa yang perlu dibisingkan.

    Tapi bagi rakyat ia tetap sesuatu yang membelenggu mereka.

    Kalau kita berbual dengan ramai orang, saya pasti ramai yang akan kata, kerajaan menggunakan saman sebagai kaedah untuk mendapatkan wang.

    Dalam bahasa mudahnya, memeras!

    Bahawa kerajaan tidak ada wang, jadi jalan mudahnya peras daripada poket rakyat.

    Sampai ada tuduhan bahawa setiap anggota polis perlu mencapai kuota tertentu jumlah saman.

    Dan saya tidak pernah dengar kerajaan menafikan anggapan ini.

    Sama ada mereka bersetuju atau mereka sebenarnya begitu selesa dengan keadaan sekarang.

    Tak perlu dengar cakap rakyat, kerana mereka sering dimomokkan oleh orang kanan masing-masing bahawa tak mungkin mereka akan kalah pada pilihan raya akan datang.

    "Jangan risau bos, seluruh rakyat jelata sokong bos," begitulah antara dialog-dialog orang kanan masing-masing.

    Harap Dato' Sri dapat bangunkan mereka daripada tidur yang lena dalam mesyuarat MT akan datang....

    ReplyDelete
  67. Setuju sesangat dengan pandangan Dato'kerana saya pernah mengalaminya. Berkelajuan 111 km/j lalu disaman sedangkan kelajuan itu perlu dilakukan supaya dapat memotong dengan segera kenderaan berupa lori-lori muatan besar yang berderet dihadapan sehingga terkadang melebih dua buah.

    ReplyDelete
  68. salam
    Hapuskan UMNO maka terhapuslah saman ekor

    ReplyDelete
  69. Salam DS,
    1. Saman Ekor adalah salah satu cara dalam usaha mendidik budaya memandu di kalangan rakyat malaysia.
    2. Kaedah ini sudah tentu telah dibincang dan drencana sejak sekian lama - bukan sehari dua ini sahaja; Bahkhan ia berlaku semasa DS masih mempunyai suara dan kuasa dalam kerajaan; secara langsung atau tidak.
    3. Apabila kaedah ini diluluskan untuk diguna, maka pihak bertanggungjawab (polis) kenalah laksanakan; setuju atau tidak; demi melaksanakan arahan dan dasar kerajaan.
    4. Setelah pelaksanaanya dijalankan, maka sudah tentu akan ada orang yang patuh dan tidak patuh. Kep;ada yang patuh, yang bayar dan yang telah 'belajar dan ikut' ia menjadi kebanggaan mereka bagi melangsaikan perintah kerajaan.
    5. bagaimana pula sekarang DS ingin berundur kebelakang? Ada rakyat yang sudah mengosongkan poket demi melangsaikan saman-saman ini; ada yang sudah beribu-ribu RM dibelanjakan. Adakah gulungan ini akan nanti ditertawakan kerana BODOH dipermain-mainkan oleh KERAJAAN yang DIDOKONG oleh DS sendiri?
    6. Saya bersetuju jika sistem ini hendak dihentikan kerana timbul pelbagai masalah sebagaimana yang DS huraikan; TETAPI segala bayaran yang telah dibayar oleh pengguna yang patuh sebelum ini juga hendaklah DIKEMBALIKAN! Sekiranya kerajaan tidak dapat mengembalikan bayaran itu, SEMUA saman yang telah wujud MESTI diselasaikan terlebih dahulu!

    p/s: Kereta DS ada berapa helai saman?

    ReplyDelete
  70. AKU RASA SAMAN EKOR NI KADANG2 XKENE DENGAN TEMPATNY..CONTOH DI LEBUH RAYA..JALAN LURUS CANTIK TAPI SPEED LIMIT 90KM/H..BILA NAK POTONG OFCOZ LA KNE LAJU SKET..TUP2 DPT SAMAN..YANG HERAN KETE BESA2 CAM MERC, BMW, AUDI N MCM2 LG TU SELEMBA JE PAPAH 200KM/H..BKN X BLH NAK SAMAN TP AGAK2 LA..JALAN TURUN BUKIT DI LETAK SPEED TRAP MMG SENYUM LA ABG POLIS..LEBIH BAIK SPEED LIMIT DI LEBUH RAYA DIKAJI SEMULA..DAH X SESUAI JALAN LURUS HANYA 110KM/H..BKN X BLH IKUT SPEED LIMIT 110KM/H TP KALAU KITA PANDU DLM RANGE TU MMG NGERI SEBAB DKT BLAKANG ADE BAS N LORI2 BESAR SEDANG MENGEJAR DGN LAJU LBH DARI SPEED LIMIT..SO XKAN NAK BIAR TUL X??CABUT LA KEJAP..TP MALANG BLK JE DARI KEJE DPT SURAT DARI POK POLISI..HAHA..

    ReplyDelete
  71. Assalamualaikum, pendek cerita, saya bekas penyokong pembangkang semasa remaja, tapi dah 2 kali PRU terkini saya sokong semula kerajaan. Saya risau rakyat yang berfikiran pendek seperti saya suatu masa dahulu, beramai-ramai mengundi pembangkang hanya kerana meluat dengan isu saman ekor ini. Sila cari penyelesaian 'long term'. thanks Dato Seri.

    ReplyDelete
  72. Terima kasih Dato Seri atas keperihatinan Dan berusaha keras mengupas permasaalahan Dan keperitan hidup rakyat. Diharapkan isu Dan rayuan yang dibawa mendapat pertimbangan Dan budi bicara YAB Perdana Menteri.

    Bayangkan saman yang bertimbun-timbun. Bukan tak mau bayar tapi Ada yang betul-betul dah tak mampu nak bayar. Kalau roadtax tak dapat bayar sebab disenaraihitamkan apa boleh buat gasak sajalah kereta tanpa roadtax. Tip tup kemalangan langgar orang ke, kereta ke jadi nasiblah. Insuran tak dapat tuntut tapi mungkin Ada kecederaan atau kematiam pihak ketiga. Siapa Susah. Pemilik kenderan hanya buat laporan polis, kereta kena curi.

    YAB PM diharapkan perihatin isu ini, berikanlah diskaun sebanyak mungkin dan tetapkan satu tarikh misalnya 1/01/2011, mulai tarikh ini penguatkuasaan undang-undang lalulintas adalah muktamat Dan semuNsaman ekor Akan disertakan buktib gambar. Jika pendatang tanpa izin yang menceroboh perairan Dan sempadan negara boleh diberikan 'Amnesty' atau pengampunan, saya tidak nampak kerajaan tidak dapat melakukan untuk rakyatnya.

    Syabas Dato Seri kerana membawa isu ini ketengah.

    ReplyDelete
  73. Salam 1malaysia Dato,

    Saya tidak percaya saman ekor ni akan di mansuhkan kecuali pemerintah ditukar kerana ia dah dijadikan amalan dan menjadi semakin rumit. Kalau Pemerintah mansuhkan saman ekor ini bagaimana bagi mereka yang sudah bayar mampukah kerajaan membayar balik. Setiap kali saya kena saman saya bayar saman ekor ni jumlahnya tak terkira banyaknya. Kerja saya dulu membaiki komputer dari rumah ke rumah. Baru sekarang saya dah jadi oku tak bolih memandu tersadai 2 biji kereta dan tak bolih renew road tax lagi dah satu kereta lagi dah kena tarik. kini duk rumah datang lah saman ke ape ke surat bank dah tak bolih layan lagi. Bagi saya nak hapuskan saman ekor ini senang aje kena tukar pemerintah baru.. itu aje...

    rammers... Wbl 6388,jbe 6085,jfs 1313

    ReplyDelete
  74. dato,
    dato kena kaitkan dgn 1malaysia baru ia orang akan pandang buat cogan kata macam ni
    "1malaysia- saman ekor dihapuskan rakyat mendapat keadilan" sbb saya tulis macam ni kereta saya banyak saman tapi bukan saya punya, saya beli kereta cond hand, akan datang saya mungkin tak bolih renew r/tax...kah...kah...kah padan muka aku
    walaupun ini semua atas kelemahan.....?????

    ReplyDelete
  75. Saman ekor adalah bawah kuasa PDRM bukan JPJ.

    ReplyDelete
  76. salam datuk,
    terima kasih kerana bangkitkan isu saman ekor. memang tak patut kerajaan buat aniaya macam tu. tak membela rakyat langsung. malah lebih membebankan rakyat dengan perkara macam ni. minyak naik tol naik semua pun naik. harga saman pun nak naik jugak ke? rm300 tu terlalu banyak untuk rakyat macam kami ni...kalau kerajaan tak nak hapuskan saman ekor pun sekurang2nya kurang kan denda maksimum tu...isu ni makin hangat diperkatakan rakyat tapi keputusan kerajaan semakin menyeksa rakyat..adakah kerajaan dengar rintihan rakyat??..

    ReplyDelete
  77. salammm malas nak komen bnyak sbenarnyer jap g x pasal2 salah kan aku...maklum laaa kang ckp lebih2 lagi la saman ...bkan ekor lagi dah satu badan...lg parahhh.tolong la rakyat pulak...ada keta x bermakna kaya atau mampu...keta satu keprluan...beragak la cikittt...kdg2 masa bwa tu berkongsi knderaan...bila kna saman byar sorang jer...soplez laaa pkir laa kami bkan org senang..NBG 8792/NBC 5793 cepat2 la wat kputusan ya...mekasihhhh

    ReplyDelete
  78. Cadangan Datuk memang dihargai terutama mereka yang terlibat dengan pengumpulan saman yang banyak secara sedar dan tidak sedar. Pemansuhan itu bakal melegakan mereka.

    Tetapi rasanya tidak adil pula kepada mereka yang sangat mengambil berat hal ini dari awal dan telah membayar dengan patuh pada jangkamasa yang patut sebelum isu ini timbul. Isu ini timbul hanyalah kepada pemegang saman berganda yang memang tidak pernah peduli mahu membayarnya di masa lalu.

    Apakah keistimewaan kepada mereka yang patuh ini? Adakah ia ada di dalam rasa 'simpati' datuk sepertimana simpati datuk kepada pemilik kenderaan yang engkar tadi?

    Adalah dicadangkan supaya saman tadi tidak dimansuhkan tetapi sebaliknya beri kelonggaran mereka membayar secara ansuran sehingga selesai. Jika sebulan dibayar satu saman, rasanya dalam masa 6 bulan akan selesai saman-saman itu.

    Bersikap adillah kepada rakyat yang setia yang berusaha membayar awal saman-saman tersebut.

    ReplyDelete
  79. Saya TIDAK HALAL KAN saman setiap sen saman ekor yg dibayar..........!!!!!!!!

    PRU akan datang nak pangkah pembamgkang la pulak.....!!!!!!!!

    ReplyDelete
  80. Assalamualaikum Dato' Seri,

    Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menjadi suara kami kepada YAB Perdana Menteri berkenaan perkara ini. Saya ingin merayu agar saman ekor yang tidak dilakukan oleh saya ini dapat dimansuhkan atau setidak - tidaknya dikurangkan oleh pihak kerajaan. Diharap Dato' Seri dapat membantu saya dalam meringankan beban yang ditanggung sekarang ini. Saya tidak pernah meminta apa - apa bantuan daripada kerajaan sehingga ke hari ini, tetapi memadai dengan pengurangan saman ekor yang dikenakan ke atas diri saya.

    Diharap Dato' Seri sudi membantu.

    Nama: Mohd Khalid Bin Ka'ab
    No. Pendaftaran Kenderaan: AFY 4225

    Terima kasih banyak, semoga Allah membalas jasa baik Dato' Seri di dunia dan juga di akhirat.

    Salam.

    ReplyDelete
  81. Salam Dr Khir,

    Pastikan yg dah bayar dapat refund balik.

    TQ. Zamani

    ReplyDelete
  82. salam dato

    saya setuju sangat sama ekor dihapuskan dan digantikan dengan saman kepala.(face to face)

    saman ekor itu kelihatan seperti disaman dengan kesalahan yang tidak disedari/tak perasan/tak terfikir dan lebih kepada kereta bukan pemandu dimana pemilik menangung akibatnya.

    bayaran saman pula seperti hukuman dijatuhkan tanpa pembicaraan.Kejam.

    ReplyDelete
  83. Terima kasih Datuk. Saya baru sahaja pulang dari pengajian di luar negara selama lebih dari 3 tahun. Sesuatu yang memeranjatkan saya ialah apabila nama rekod saya telah wujud dalam blacklist JPJ dan PDRM. Setelah membuat pemeriksaan lanjut jumlah saman ekor atas nama saya berjumlah RM 1700 dan semuanya berlaku ketika saya berada di luar negara. Adalah sesuatu yang mustahil utk saya buat tracing siapa yang menggunakan kereta saya utk setiap kesalahan trafik yang berlaku dalam tempoh lebih 3 tahun. Malah ia bukan kerja saya untuk mencari pesalah trafik berkenaan. Disebabkan tidak mahu berhadapan dengan urusan yg remeh dan memakan masa , maka semua saman telah dijelaskan. (beberapa hari sebelum kerajaan mengumumkan 'penangguhan' blacklist. Ini adalah satu contoh betapa perlaksanaan saman ekor di negara ini adalah amat tidak relevan dan boleh menganiaya.

    Penguatkuasa perlu mencari satu mekanisma lain untuk mendisiplinkan pengguna jalan raya. Dari pandangan saya, penguatkuasaan di Malaysia bukanlah 100% untuk mengelakkan kemalangan dan mendidik rakyat. Tetapi ia kelihatan lebih kepada menambah sumber pendapatan melalui bayaran saman. Sebagai contoh , speed trap tidak perlu dilakukan secara sembunyi. Strategi sembunyi ini langsung tidak mendidik pemandu kenderaan. Cara yang lebih berkesan adalah dengan mengadakan speed trap tanpa perlu menyorok, dengan sign board dan sebagainya. Sudah pasti semua pemandu akan memperlahankan kenderaan di tempat2 macam ni. Dan pastikan memang ada speed trap dilaksanakan di kawasan yang ada signboard kamera ni. Itu pengalaman saya di UK. Di tempat-tempat yang ada signboard speed trap ni kalau overspeed memang confirm kena saman. Itu baru betul utk menurunkan risiko kemalangan. Bukan dengan buat speed trap menyorok di celah gerai buah, buat speed trap di jalan yang menuruni bukit, speed trap di kawasan lengang yg speed limit dikurangkan tiba-tiba contoh dari 80 turun ke 60 yg kadang2 tak perasan pun sign board tu. Itu semua contoh speed trap yang hanya bertujuan utk menambah jumlah kutipan saman.

    ReplyDelete
  84. Dato sri yang di hurmati,

    Saya seorang staff nurse yang mempunyai saman ekor sebanyak 8 saman tanpa saya ketahui.. Yang hairannya tiap-tiap tahun saya bayar road tax ok . So tak kisah lah .Alamat rumah telah bertukar kerana saya telah berpindah tempat kerja . Entahlah setahu saya saya memandu paling laju <100 km dari jb ke pontian kerana urusan kerja dan masa tu saya duk pontian. tiba-tiba Kawan check ada 8 saman nak bayar memang tak mampu kerana tinggal saya sorang yang mencari makan laki dah sakit, ibu mertua sakit semua bergantung harap ngan saya.

    Nampaknya kalau cukai jalan tak dapat di perbaharui terpaksalah saya guna motor kap cai untuk kepejabat. Gaji bawak balik Rm 2,900 bayar duit kereta rm 570.00 duit minyak kereta ngan makan 1,000 belanja tusyen anak dan rumah ngam-ngam . Tak dapat nak bayar saman ni.. kerja gomen dah hampir 30 tahun.
    Macam mana Dato Sri.. Perlukah saya menjual perabot dan baju terpakai untuk membayar saman yang tak jelas ini. Kesian ibu saya yang dah kena strok begitu juga laki saya yang tak dapat mencari rezeki lagi. Anak 2 orang kat universiti Saya merayu kepada Dato' seri janganlah dibebankan lagi hidup ini yang sudah pun terbeban dengan masaalah yang sedia ada ni. Siapalah saya ini yang suka atau tidak akan tetap menyokong pemerintah..

    Rayuan dato kepada YB PM amat-amat disanjung dan dihargai yang dah bayar tu janganlah marah mungkin anda mampu bagi yang saya dah sememangnya tak mampu anggap ajelah bayaran tersebut sebagai hadiah kepada pemerintah yang adil lagi saksama...amin semuga bertambah-tambah rezeki orang yang dah bayar.. tu eik...

    yang ikhlas
    sn maton...JHF 5314

    ReplyDelete
  85. saman ekor memang tak adil...yg adil keadilan saja

    ReplyDelete
  86. Dato,

    Hapuskan terus saman ekor ini, kalau nak diteruskan juga kena ada makenisma baru dalam pelaksanaan Saman ekor ini... Kuasa ditangan menteri - menteri yang kami undi pada PRU lepas, Kuasa kami hanya pada undi kami... Jangan sampai kami bersuara melalui undi kami.

    ReplyDelete
  87. Saya merupakan kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah dan mempunyai tanggungan, dengan sentiasa mengamalkan gaya hidup yang bersederhana dan berjimat cermat, barangan keperluan termurah menjadi pilihan bagi menanggung kos sara hidup yang sedang meningkat.

    Saya amat bersetuju sekiranya saman ekor ini dapat dihapuskan kerana ianya bergitu membebankan bagi saya.

    saya memeliki 8 saman ekor yang berjumlah rm1130 dan jumlah ini melebihi tahap kemampuan dan pendapatan bulanan saya yang hanya cukup2 makan. saya amat tidak berpuas hati dengan masalah saman ekor ini kerana setiap kali menjelangnya musim perayaan saya akan sentiasa berhati2 dan mematuhi had laju yang ditetapkan dengan memandu pada kadar 90km/h - 100km/h dilebuhraya, manakala antara 60 - 80km/h dijalan biasa sedangkan had laju dilebuh raya adalah 110km/h dan jalan biasa 90km/h bagi mengelakkan tragedi yang tidak di ingini dimusim perayaan. tetapi kini saya mengalami trgedi yang menakutkan bukan kemalangan maut tetapi saman ekor yang melampau dan tidak munasabah.

    Adakah ini yang saya dapat dengan mengamalkan bersederhana demi meneruskan kelangsungan hidup dengan memperuntukkan sejumlah wang hasil dr berjimat cermat utk membayar saman ekor yang tidak munasabah dan melampaui kemampuan saya.

    Adakah ini yang dikatakan RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIYAN DIUTAMAKAN ATAU SAMAN EKOR DIDAHULUKAN BAYARAN SAMAN DIUTAMAKAN

    tetapi yang menghairankan saya mengapa pihak polis,JPJ,dan VVIP tidak dikenakan saman ekor adakah mereka ini mempunyai KEISTIMEWAAN dari segi undang2.

    saya berharap pihak tuan dapat mengetengahkan isu ini demi membela nasib golongan bawahan seperti saya.

    sekian
    pekerja bawahan WDX525

    ReplyDelete
  88. Salam.
    Cuba fikirkan.Dulu jalan sempit 2 lorong saja .Sekarang jalan dah jadi 4 lorong ditambah satu lorong kanan kiri untuk laluan motosikal,tetapi hadlaju masih sama iaitu 60/kmj. Di situlah perangkap laju saman ekor beroperasi hampir setiap hari. Tak ubah budak kampung pasang lukah di saluran sempit.Tentu dapat ikan. Bukan kah ini tektik "bertamu kemudin menyamun" Kita bertemu di mahkamah PRU akan datang.
    Roh Jalanan

    ReplyDelete
  89. Saya baru sahaja ingin memperbaharui cukai jalan untuk tempoh setahun bagi kereta BEF 81 saya.

    JPJ hanya benarkan pembaharuan tempoh 6 bulan sahaja dan selepas ini saya tidak dapat lagi memperbaharui cukai jalan.

    Sebabnya - dikhabar ada saman PDRM untuk kereta saya yang lain (WKT81) dan saman ini pula adalah pada tahun 2008. Saya tidak tahu menahu mengenai saman ini walaupun sebelumnya saya pernah menerima beberapa saman serta menjelaskan.

    Kesalahan masih belum terbukti tetapi nampaknya saya telah dianiayai.

    Kenapa perlu saya membayar saman yang belum tentu kesahihannya untuk menghidup cukai jalan? Kalau saya tidak hidupkan cukai jalan, bagaimana pula saya nak pandu kereta itu di atas jalan raya?

    Kerajaan harus perihatin perkara ini. Jangan kami dianiayai walaupun kami mematuhi undang-undang utk membayar cukai jalan. Kalau benar kami salah, kami bayar saman. Masalahnya, benar dan sahih ke saman tu? Kenapa ambil masa sampai 2 tahun?

    Harap Dato Seri dapat berusaha secepat mungkin menyelesaikan masalah ini dengan menyedarkan kerajaan supaya berlaku adil.

    ReplyDelete
  90. Saman ekor ni tak ubah macam along.. tapi ada lesen... Aku dah letih la nak cakap...Aku guna guna kuasa aku yang satu tu je....kuasa undi aku..ini je cara nak bagi menteri - menteri kita ni dengar suara hati kita...Rakyat didahulukan..dahulu apa? dahulu kasi mampos...

    ReplyDelete
  91. sambungan komen di atas...

    Ada 2 saman pada TARIKH YG SAMA, selang masa 6 minit, lebuhraya yang sama TAPI hala yg BERLAINAN (satu hala ke KL dan satu lagi hala ke Karak dalam masa 6 minit !!!.

    Kat lebuhraya mana boleh u-turn?

    Kalau dikira dari data-data saman yang diberitahu tu, kelajuan hanyalah 86km/jam. Had laju kebangsaan lebihraya adalah 90km/jam? Macamana ni?

    Saya agak pasti bahawa saman ini sudah silap!! Saya tak pernah terima notis saman ini.

    Masalahnya JPJ tak kasi renew roadtax setahun. Selepas bertekak, hanya benarkan renew 6 bulan saja. Selepas 6 bulan, macamana saya nak pandu kereta? Dahlah kereta ini kereta lain yang saya nak perbaharui roadtaxnya. Tak ada kena mengena langsung dengan saman ni.

    Jangan rakyat dianiayai sampai begini sekali!

    ReplyDelete
  92. Salam datuk seri:

    1. Memandu laju TIDAK bermakna kurang senonoh. Memandu perlahan di lorong kanan boleh dianggap kurang senonoh.

    2. 140 kmj bagi kereta 2.0 adalah sama dgn 100 kmj kereta 1.0.

    3. Saman ekor bukan untuk mengurangkan kemalangan, tapi mekasnisme kerajaan untuk 'cari makan'

    ReplyDelete
  93. jalan raya semakin teruk lubang sana sini, saman makin naik, tol minyak makin naik, skarang ni harga susu pun nak dinaikkan..beban ini terlalu berat untuk rakyat...tolonglah kerajaan buat sesuatu!!

    ReplyDelete
  94. Selagi ekonomi belum pulih, jangan harap kerajaan nak hapus saman ekor. Setiap hari ia menjadi pendapatan tetap kpd kerajaan. Saman dan dapat duit untuk menampung poket kerajaan.

    ReplyDelete
  95. Kawan - Kawan,

    Tak guna kita cakap banyak. buat kering air liur je.. Jom pakat kita apa yang kita tak puas hati pada PRU13 nanti....

    ReplyDelete
  96. Dato,

    Pengundi sekarang dah bijak, I help you, you help me...Fikir - fikirkan...

    BEY 2162

    ReplyDelete
  97. kecewa...

    memang patut dihapuskan, kalau tak dihapuskan memang BN akan mengalami sindrom kalah dalam PRU13, mekanisme tak betul, kesalahan tidak dapat dibuktikan , notis dihantar setelah berbulan-bulan kesalahan dilakukan itu pun tak cukup bukti, camana nak sabitkan kesalahan kalau kesalahan hanya tercatat speeding tanpa menghurai lanjut...mengarut sungguh...gerammmmm

    agv 1887

    ReplyDelete
  98. Petua untuk elak dari saman ekor:

    1. Tampalkan plet kereta anda dgn tape hitam. Cukup satu nombor sahaja. Jika plet WCX3652, tampal nombor 2, jadi WCX365.

    2. Letakkan tisu di plet kereta anda. Plet anda menjadi 'tidak asli' lagi.

    Selamat mencuba. Pandai pandailah nak hidup.

    ReplyDelete
  99. Salam Satu Malaysia Dato Seri,

    Syabas kepada usaha ini. Persetujuan kerajaan akan menunjukkan yang ia prihatin terhadap keperluan rakyat kita.

    Syabas atas usaha ini.

    ReplyDelete
  100. salam dato seri,

    dah ramai yang komen ni, harap dato seri dapat segera membawa perkara ini kepada pihak yang berwajib dan memperjuangkan sehingga saman ekor ini dihapuskan atau dibuat penambahbaikan agar tidak dirasakan menganiaya rakyat. kalau perkara ini masih ditangguhkan saya percaya pada bulan januari@ Februari ini mesti ada pihak yang ungkitkan kembali.So dato seri boleh memulakan langkah ini secepat mungkin dan kami menyokong seratus peratus. WQK 2314.

    Terima kasih dan Selamat berjaya.

    ReplyDelete
  101. Saudara Azamie dan sahabat sahabat blogger,

    Saya setuju dgn pandangan sdr,had laju dikawasan tertentu perlukan kajian semula terutamanya jalan dari kelang ke Sabak Bernam,kerana jalan ini dulu hanya dua lorong tetapi sekarang telah dinaiktaraf kepada empat lorong,had laju lama tak sesuai lagi disepanjang jalan ini.

    ReplyDelete
  102. Saudra Said dan sahabat sahabat blogger,

    Sebenarnya saya dah menyuarakan perkara ini pada YAB PM,saman ekor amat membebankan pemilik kenderaan terutamanya yg berpendapatan rendah dan sederhana,ditambah dgn kos hidup yang meningkat tidak selaras dgn peningkatan pendapatan rakyat,dan saya bimbang rakyat akan menyatakan kesedihan mereka dalam bentuk undi di pilihanraya akan datang.

    saya ucapkan terima kasih pada PM,telah menangguhkan penyenaraian hitam mereka yg tak mampu utk membayar saman ekor.Saya berpandangan penangguhan bukan kaedah menyelesaikan masaalah tetapi ia sekadar menangguhkan masaalah tersebut dan akan merumitkan lagi keadaan jika ia tidak diselesaikan secara bijaksana.Asasnya mudah kerajaan kenakan saman ekor adalah dgn tujuan mendidik pengguna jalanraya dan mengurangkan kemalangan bukan utk mendapatkan pendapatan darinya.Adalah sesuatu yg tidak bermoral bagi mana mana kerajaan yg cuba meningkatkan pendapatan negara melalui pendapatan paksaan keatas rakyat melalui saman dan lain lain denda.

    ReplyDelete
  103. Apa yang saya rasakan saman ekor adalah untuk mendapatkan wang mudah dari rakyat dan perasaan ini adalah sama dengan rakan-rakan saya yang lain..Jika ini sentiasa berlaku tanpa jalan penyelesaian yang baik..saya khuatir pemikiran saya lebih mudah untuk dimomokan dengan idea2 dari pembangkang..isu-isu kecil seperti ini tapi bila dikumpulkan dengan isu-isu kecil yang lain akan menjadikan raksasa yang akan membinasakan percaturan kerajaan.

    ReplyDelete
  104. Saman ekor lebih kurang sama macam beli nombor ekor. Yang untung satu pihak saja. Mendidik dengan cara mengenakan denda duit semata-mata tak ke mana hasilnya. Mungkin cara terbaik untuk menghalang pemandu memandu laju adalah dengan membanyakkan kereta peronda polis berlegar di jalan raya kerana pemandu di negara ini akan lebih berdisiplin di jalan raya apabila melihat banyak polis.

    ReplyDelete
  105. Saya berharap pihak KDN/PDRM dapat mengurangkan saman ekor dari RM300 ke RM50 utk satu saman. Kesihanilah kami bagi yang berpendapatan rendah kerana tidak berkemampuan utk membayar saman2 tersebut.Kami semua berharap agar budget 2011 yang akan bermula pada 15/10/2010 ini dapat membentang issu masalah saman ekor ini.

    ReplyDelete
  106. Salam Dato Seri,

    Pengalaman 1: Pada tahun 2004, saya pernah disaman dengan no. KP milik saya tetapi nama dan nombor kereta lain (kesalahan dilakukan di sebuah negeri di Malaysia Timur, saya di sebuah negeri di Semenanjung). Dari hal itu, saya terpaksa bersusah payah ke Trafik negeri dan hanya diberikan sepucuk surat untuk diselesaikan sendiri di Bukit Aman sebelum dapat memperbaharui LKM.

    Pengalaman 2: Saya ingin memperbaharui lesen memandu pada tahun 2009, tetapi terkejut yang saya ada satu saman melanggar had laju tertunggak sejak tahun 2004. Bila saya telefon Trafik negeri tersebut kata saya telah diberi notis sebanyak 3 kali tetapi saya tidak pernah mendapat notis ke alamat rumah, dan kalau ada pasti saya tidak dapat memperbaharui lesen pada tahun 2005. Saya tidak dapat memperolehi bukti bergambar kerana duduk jauh dari negeri tersebut. Jadi kerana perlu sangat memperbaharui lesen dan LKM, saya terpaksa bayar dengan hati yang terbakar.

    Oleh yg demikian, saya sokong saman ekor ini DIHAPUSKAN. Ia membebankan dan menyusahkan.

    Terima kasih
    sam

    ReplyDelete
  107. assalamualaikum...sebagai seorang rakyat yang berada di bawah kepemimpinan YAB Dato' Najib, saya mencadangkan agar pihak kerajaan dapat memberi peluang yang terakhir kalinya kepada pesalah saman ekor ini dengan memberi potongan sebanyak 80% dari jumlah semua saman ekor yang tertunggak tetapi mestilah bertempoh dan sekiranya gagal dibayar dalam tempoh tersebut, maka pihak kerajaan laksanakanlah tindakan yang dilaksanakan sekarang. Saya jamin, sekiranya ini dilaksanakan, rakyat yang mempunyai saman akan membayarnya bagi mengelakkan dikenakan pembayaran penuh setelah habis tempoh pengurangan tersebut, kerana sudah tentu mereka tidak mahu membayar penuh jumlah saman ketika ingin menyambung cukai jalan setelah habis tempoh diskaun itu. saya tahu, rakyat malaysia adalah sangat2 Dato' Najib sayangi...
    "1 Malaysia, rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan"

    ReplyDelete
  108. Dato,

    Kalau nak diteruskan saman ekor ini PDRM kena memikirkan cara atau makanisma baru dalam membuktikan orang yang disaman itu melakukan kesalahan... jangan lah kerana kami mentimun mereka durian kami dihenyak sesuka hati...Tapi tunggu durian jadi TEMPOYAK.....

    WMW3712

    ReplyDelete
  109. Bajet 2011 - Dari sudut pandangan Islam

    http://ibnuyassir.blogspot.com/2010/10/bajet-2011-dari-sudut-pandangan-islam.html

    ReplyDelete
  110. Salam Dato',

    Tolonglah saya dan seluruh rakyat Malaysia ni daripada bebanan yang nampak tidak adil ni. hari tu ketua pengarah JPJ cakap dalam tv boleh buat diskaun kalau bayar dalam tempoh 2 minggu lepas saman. tapi saman ekor ni memang tidak adil kerana sampai kepada saya 2 bulan selepas itu. dah tu memang confirm tak boleh diskaun. kalau dulu dapat jugak diskaun 50%, ada jugak rasa nak bayar. ni tak de langsung, dah la rm300, mulalah rasa taknak bayar. saya ada 4 saman ekor bernilai rm1200. setiap hari pikir mana nak dapatkan duit nak bayar. renew roadtax pun dapat 6 bulan je. tolonglah wahai Kerajaan 1Malaysia, hapuskanlah saman ekor ni.
    WLQ2752

    ReplyDelete
  111. motorsikal yang masih dalam bengkel dalam proses mengecat turut dikenakan SAMAN EKOR.bagaimana motorsikal dipandu tanpa mud guard depan, mudguard belakang, tanpa tangki minyak, cover bateri kiri dan kanan dan tanpa ekzos? semua part telah dihantar kedai cat sementara ekzos dihantar di kedai lain untuk di chromme.

    PDQ771 YAMAHA Virago XV535cc.

    ReplyDelete
  112. Pangkah la BN lagi...padan muka korang.

    ReplyDelete
  113. ini bukan soal pangkah bn ini adalah sikap org m,sia nak wat cam mana masa senang hantam ikut suka bila kena satu dunia salah dulu suruh sekolah malas ni le jadinya cam mana jadi negara maju.Cuba kita lalu kat lebuhraya,duduk kat line laju kita dah 130kmsejam ada lagi malaun yang bagi lampu tinggi cuba fikir2kan lah sendiri.Biasanya keta yang besar2ni le yang selalu buat hal bawak laju bila kena speed bising bila nak bayar yang jadi mangsa proton burok juga.

    ReplyDelete
  114. Saya ada 11 saman dengan 3 buah kereta...malangnya yang sebuah tu dah jual tapi sebab saman lewat sampai...rasa kesian pulak pada pembeli tu sebab takut tak boleh nak bayar rotek...tapi pelik juga depa JPJ/PDRM nih...dah jelas kes di Serawak (Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor....eh..kerajaan buat tak tau je..ingat rakyat sekarang semakin pandai menilai yang mana kaca dan permata...tak apalah PRU 13 tak lama lagi...tau lah nasib.....apabila rakyat terinaya...

    ReplyDelete
  115. Assalammualaikum Dato Seri...

    Saya amat menyokong segala idea yang dato utarakan.. Saya berdoa agar Allah memberkati usaha dato..
    sememangnya rakyat seperti kami merasa terbeban dengan kerenah undang-undang seperti ini..

    ReplyDelete
  116. saya masih student dan ada saman ekor speeding..kereta family saya..amat mmbebankan bagi golongan tidak berpendapatan spt saya,tambahan bebanan pinjaman pelajaran pun masih tertunggak..perbelanjaan harian pn tinggi..harap2 rakyat didahulukan sepenuhnya dari setiap aspek..usaha dr khir sgt2 dihargai..

    ReplyDelete
  117. Mintak jasa baik Dr Khir agar terus membantu rakyat msia dalam usaha menghapuskan saman ekor ini! Kasihani la kami golongan rakyat yang berpendapatan sederhana tetapi dipaksa untuk membayar jumlah saman yang x masuk akal!! Adakah duit gaji setiap bulan separuh dihabiskan untuk membayar saman tertunggak??? Tidak wajar diblacklistkan, sebaliknya lakukan la pelaksanaan yang lebih bertimbangrasa untuk rakyat. Kasihani la kami...

    ReplyDelete
  118. ASSALAMUALAIKUM DATO SERI,

    SAMAN EKOR TIDAK ADIL KERANA

    1.SAMAN YANG TIDAK YAKIN KESALAHAN
    2.SAMAN LEWAT DIKETAHUI
    3.TIDAK MAMPU MEMBAYAR APABILA SAMAN BANYAK
    4.MENGGALAKKAN MEREKA YANG KENA SAMAN MENJADI
    AGRESIF
    5.MENGGANGGU DAN MEROSAKKAN EKONOMI RUMAH TANGGA
    INSTIUSI KEKELUARGA JUGA BERBECAH

    SEKIAN TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  119. BAYARAN SAMAN YANG TELAH DILAKSANAKAN SEBELUM PERLAKSANAAN PENGURANGAN TAHUN 2010

    Salam Dato' Sri Dr Khir.

    Sebagai mukadimah, eloklah saya memperkenalkan diri.

    Nama : Syafiq
    Umur : 24 Tahun
    Pekerjaan : Executive di sebuah syarikat berstatus "Conglomerate"
    Asal : Sungai Panjang, Sungai Besar

    Sesungguhnya, menilai secara rasional, saya amat bersetuju dengan saranan Dato' Sri seperti di atas.

    Saya juga seorang daripada ribuan pesalah trafik jenis "speed trap" yang terperangkap dalam kemelut ini cuma bezanya saya menerima impaknya "2 kali ganda".

    Ini kerana, saya baru sahaja membayar saman-saman saya pada 29 November 2010, Isnin lalu, dengan kadar maksimum tanpa diskaun walaupun seringgit. Saya membayar bukan kerana untuk memperbaharui cukai jalan dan Insuran tetapi atas rasa tanggungjawab dan tidak menyukai situasi "menjadi pesalah trafik" .

    Dato' Sri, saya membayar sebanyak RM600.00 dan suka saya nyatakan, nilai ini sangat besar bagi seseorang yang baru memulakan kerjaya seperti saya. Apa yang sangat mengecewakan ialah bila pada 1 Disember 2010, Rabu, selang sehari selepas pembayaran, Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun sehingga 50% untuk kesalah trafik.

    Bayangkanlah Dato' Sri perasaan saya ketika itu, inilah yang membuatkan saya berasa sangat-sangat kecewa dengan keadaan ini. Jika boleh dirungkai, mungkin inilah alasannya:

    1) RM300.00 dibazirkan begitu sahaja,yang mana bajet membayar saman ini diselaras dari perbelanjaan lain termasuk mengurangkan jumlah duit pemberian kepada ibubapa di kampung.
    2) Merasa "rugi" dan "tidak dihargai" menjadi rakyat yang patuh kerana saya membayar saman berkenaan bukan kerana tersepit untuk memperbaharui cukai jalan, yang mana tamat tempohnya ialah Julai 2011, tetapi semata-mata atas rasa tanggungjawab.
    3) Beza hari yang sangat rapat antara tarikh pembayaran dan tarikh pemberian diskaun.

    Dato' Sri, saya merasa sangat teraninaya. Kamilah segolongan orang yang belajar untuk menjadi rakyat yang bertanggungjawab tetapi "demoralized" sebegini rupa. Bayangkanlah betapa ramainya orang yang menyelesaikan saman sebelum 1 Disember 2010 dan pastinya mereka semua sangat kecewa seperti saya. Seperkara lagi, saman-saman ini masih baru, saman pertama pada september 2010 di "hot spot" simpang lima semasa pulang dari kampung dan saman kedua pada November 2010. Ianya bukanlah kesalahan lapuk. Sehingga hari ini, saya masih memikirkan RM300.00 yang dibazirkan itu boleh digunakan untuk tujuan yang lebih baik sebagai contoh bayaran ansuran pinjaman PTPTN bulan ini yang terganggu dek membayar saman.

    Dato' Sri, rakyat difahamkan pemberian diskaun kesalahan trafik oleh Kerajaan ialah untuk kebaikan rakyat itu sendiri. Persoalannya, adakah nasib golongan seperti kami diambil kira?

    Minta jasa baik Dato' Sri, bantulah menyuarakan nasib kami kepada pihak berkenaan. Tidak meminta lebih dari Kerajaan Kita ini, cukup sekadar usaha untuk memastikan kami tidak "menyesal" kerana cuba menjadi Warganegara Malaysia yang lebih baik.

    Sekian dan jasa baik Dato' Sri didahului terima kasih.

    ReplyDelete
  120. Terima kasih Dato' Seri kerana perihatin dengan masalah rakyat. Undang-2 yang dibuat adalah berdasarkan keadaan semasa di mana undang-2 yang tidak releven akan dipinda untuk diselaras dan disesuaikan dengan keadaan semasa. Maka sebenarnya undang-2 itu boleh diubah. Saman Ekor tertumpu kepada kesalahan trafik yang dilakukan oleh pengguna jalan raya di Malaysia. Terutama masalah perangkap laju atau ‘speed trap’ di juruskan kepada kesalahan pandu laju dan untuk membenteraskan pemandu yang memandu dengan cara yang membahayakan. Jadi disini persoalannya berapakan kelajuan yang membahayakan. Tetapi bila dilihat senario perlaksanaan perangkap laju kebanyakkan dibuat di kawasan had laju 60km/jam atau 70km/jam. Jadi disini siapakan yang akan terkena. Pemandu laju atau pemandu leka….fikirkan ..

    Apabila saman ekor dikeluarkan kebanyakkan dari kita tidak sedar…bila, dimana atau adakah kesalahan itu benar-2 dilakukan atau berlaku.

    Kebanyakan dari kita apabila disaman, samada kita bayar atau tidak bergantung kepada keadaan tertentu iaitu kita pasti kesalahan itu dilakukan atau tidak pasti ianya benar-2 berlaku. Bila kita pasti, kita bayar tetapi bagi yang tidak pasti pun lambat laun akan bayar juga kerana tekanan yang dikenakan seperti disenarai hitamkan. Secara tidak langsung yang bersalah dan tidak bersalah akan dikenakan tindakan kerana perlaksanaan saman ekor ini. Bagi yang mampu tidak apa, tapi yang tidak mampu bagaimana..pasti tekanan yang dihadapi.

    Akhirnya dalam tindakan untuk menguatkuasakan undang-2 secara tidak sedar terdapat orang yang tidak bersalah akan teraniaya kerana kaedah perlaksanaan yang tidak kemas.

    Terima kasih kepada semua yang berjuang untuk keadilan dan hak kita.

    DBF1711

    ReplyDelete
  121. sya yang belum kena saman ekor ni pun saya da rasa keperitan mereka yg kena sman ekor..sebenarnya kerajaan sengaja mendiamkan diri..kita rakyat biasa tak ada siapa2 yg boleh dgr rintihan..so saya memang tak akan undi kerajaan lagi..NO MORE..saya akan undi pihak yang membela nasib rakyat shj..BN..NO MORE TO VOTE U

    ReplyDelete
  122. SAYA CHECK SAMAN PDRM MELALUI SMS, TERKEJUT TERDAPAT 8 SAMAN DARI TAHUN 2001 KE 2004 BERJUMLAH RM770. KALAU TAHU AWAL BOLEH LA NAK SEDIA KAN DUIT. SAYA BUKAN NYA BERGAJI BESAR.. SEKARANG NI DAH BULAN 12. ROAD TAX PUN TAMAT BULAN NI. NAK RENEW ROAD TAX KENA PULAK BAYAR SAMAN DULU.. MACAM MANA NI.. MANA ADA DUIT. KALAU TAK DAPAT RENEW ROAD TAX MACAM MANA NAK GUNAKAN KERETA NANTI TUK PERGI KERJA, HANTAR ANAK KE SEKOLAH.. TERPAKSALAH GUNA LESEN "KOBOI" MACAM TU.. MEMANG TAK SOKONG LAH SAMAN EKOR NI. RASA TERANAYIA.. BN MANSUH KAN SAMAN EKOR ATAU NO MORE TO VOTE U

    ReplyDelete
  123. Saman ekor patut dihapuskan terus, menyusahkan rakyat, hanya bermodalkan papan tanda 60km,90 km dan 110km...saman untung berjuta ringggit...sepatutnya pihak polis patut malu...bukan peningkatan saman menjadi kebanggaan polis..sebagai prestasi cemerlang bagi saya itulah prestasi yang paling teruk polis itu...masalahnya sekarang kita tidak ada bijak pandai dalam polis....mungkin banyak lulusan spm...tidak dapat memikir cara terbaik mengurangkan saman laju....lagipun undang jalanraya meniru orang putih sebelum merdeka...ada ka relevan had laju 60 km masa sekarang....sepatutnya polis buatle undang baru yang relevan....yang hairan pulak kemana pegi duit saman berjuta ringgit sepatutnya buatle jalanraya yang baik contohnya hapuskan had laju 60km dengan membuat jambatan dikawasan itu ....ataupun buat line kuning sepanjang jalan 60km atau buat sign board yang besar dan berulang kali....atau perlukan orang putih untuk memikirkan cara mengatasi masalah jalanraya kita...kerana kita ni suka meniru tak reti nak ubah sendiri....ataupun tanyale penjajah kita dulu camne nak ubah...sebbab pemikiran orang kita dah tak dapat nak fikir....sebab byk sangat lulusan spm.....

    ReplyDelete
  124. Kepada yg berada tkde hal lah nak bayar saman.. kepada kami yg berpendapatan kecil duit gaji habis bayar saman.. anak bini nak makan apa? sungguh tak paham kenapa sekarang baru pihak kerajaan nak kan saman dibayar? kenapa tidak dari dulu.... baru terpikir kah?? PRU akan dtg confirm aku tk keluar mengundi.. takut on da way pi mengundi kena saman ekoq..... sapa mau bayar??? aku juga..

    ReplyDelete
  125. Saman boleh saman, jika betul-betul bersalah kami rela diSAMAN. Tapi betul ke pemandu disaman kerana melebihi had laju yang dibenarkan bagi satu-satu lokasi?
    Saya berasa curiga (tidak semua) kerana kawasan had laju (contoh : 50km/j, 70km/j, 80km/j) perlu diWARTAkan terlebih dahulu sebelum boleh dikuatkuasakan. Kadang-kadang papantanda had laju sengaja dipasang konon untuk menakut2kan pemandu-pemandu supaya perlahankan kenderaan pada hal lokasi berkenaan TIDAK diwartakan.
    Bila ini berlaku, jelas pemandu-pemandu telah teraniaya kerana disaman dilokasi yang tidak sah. Adilkah kami didenda atas kesalahan yang kami tidak dilakukan? Pihak kerajaan MESTI prihati dan semak semula perkara ini.

    ReplyDelete
  126. Bagi saya kebanyakan owner kereta telah menukar rodanya saiz lebih besar,contoh sebuah proton Iswara saiz orinya 13" tetapi sudah di tukar kepada 15" ini sudah tentu kelajuan keretanya sudah bebeza kelajuanya.Pemandu pasti tidak mengetahui kelajuan sepatutnya.katalah pemandu membawa dengan kelajuan 90km/j .Mungkin kelajuan yang sebenar ialah 100KM/J.Saya merayu pihak berkenaan bertolak ansur supaya bagi chance 5km/j atau 10km/j.Makna saya ialah pemandu kereta pandu dalam kelajuan 55km/j atau 60km/j di zon had laju 50km/j dikecualikan kena saman.

    ReplyDelete