Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, October 25, 2010

Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor

1. Salah satu perbincangan hangat sekarang ialah mengenai masa depan industri air bersih di Lembah Klang. Ramai yang berasa khuatir dan bimbang Lembah Klang akan mengalami krisis air yang lebih serius daripada 1998 jika kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini menjadi kenyataan.

2. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

3. Justeru kerajaan Persekutuan telah bersetuju membiayai Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor yang bernilai sekitar RM3.936 bilion. Sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan. Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 31 Mac 2005 memperuntukkan bahawa JICA akan menanggung sebanyak 75 peratus daripada kos kerja pembinaan manakala baki 25 peratus lagi akan ditanggung Kerajaan Pusat.

4. Justeru apabila kerajaan negeri berusaha menangguhkan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat, kerajaan persekutuan perlu menanggung beban kewangan termasuk peningkatan kadar faedah daripada pinjaman.

5. Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan. Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk lembah klang hanya untuk menunjukkan beliau menjadi juara rakyat dalam masa yang singkat tetapi merosakkan masa depan rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.

Sejarah Industri Air Selangor

6. Sebelum menunding jari kepada kerajaan Pusat atau mana-mana pemimpin kita perlu memahami sejarah industri air di Selangor terlebih dahulu. Pada awalnya semua industri air dikawal selia oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS). Kemudiannya timbul keperluan untuk meningkatkan kualiti rawatan air akibat banyak kritikan ketika itu. Justeru itu pada 1997, kerajaan negeri melantik Puncak Niaga sebagai pengendali 27 loji rawatan air di Selangor.

7. Pada 1998, berlaku satu krisis air yang serius di Lembah Klang. Ini menyebabkan kerajaan negeri mencari kaedah untuk menambah jumlah empangan. Pada 1999, Konsortium ABBAS telah dilantik untuk membina dan mengendalikan empangan dan loji air Sungai Semenyih. Pada tahun yang sama satu lagi syarikat, Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH)telah diberi tanggungjawab membina dan mengendali Loji air Sungai Badung, Selangor yang berharga lebih RM 2 Bilion.

8. Pada 2001, semasa dibawah pentadbiran saya, terdapat banyak aduan dan kritikan mengenai kualiti air. Selain itu JBAS juga mengalami kerugian kerana kehilangan air yang tidak digunakan (Non revenue water [NRW]) sekitar 45%. NRW yang tinggi ini juga menyebabkan JBAS rugi kerana jumlah air yang dibayar oleh pengguna kurang daripada jumlah air yang dibayar oleh JBAS kepada pengendali loji.

9. Setelah kajian dijalankan didapati kedua-dua masalah ini berpunca daripada sistem paip lama yang berkarat dan bocor. Untuk menggantikan keseluruhan paip lama sepanjang 6, 000 KM daripada keseluruhan 24 ribu KM paip dan ini memerlukan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM 2.6 bilion. JBAS tidak mampu melakukannnya secara bersendirian. Justeru JBAS diperbadankan dengan nama Perbadanan Air Negeri Selangor (PUAS). Selepas Puas diperbadankan, ia berusaha mendapatkan pinjaman daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM 2 bilion bagi program penggantian paip lama. Bagaimanapun ia ditolak kerana JBAS masih mempunyai hutang sebanyak RM 756 juta kepada Pusat.

10. Kerajaan Persekutuan mencadangkan agar PUAS diswastakan kepada Syabas dengan hasrat Syabas menanggung kos penggantian paip-paip tersebut.

11. Satu perjanjian antara kerajaan negeri dan Syabas telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Walaupun terdapat fasal-fasal mengenai kenaikan tarif air namun ia mesti dipersetujui secara bersama antara Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas setiap kali ada permintaan untuk menaikkan tarif tersebut. Kerajaan negeri telah meminta diwujudkan Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil negeri, persekutuan dan Syabas dan juga Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji setiap asepek sebelum permohonan kenaikan tarif diluluskan.

12. Selain itu, perjanjian tersebut turut mensyaratkan Syabas melakukan penggantian paip sepanjang 2400 KM menggunakan barangan tempatan, mengurangkan NRW kepada bawah 25% dan meningkatkan kualiti air sebelum boleh membuat sebarang tuntutan kenaikan tarif. Semua ini gagal dipenuhi oleh Syabas.

Penstrukturan Semula Air Selangor

13. Apabila Syabas gagal memenuhi syarat perjanjian termasuk menggunakan paip buatan tempatan dalam penggantiannya, kerajaan negeri memutuskan untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor. Pada 2006, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memulakan pelan pengambil alihan semua syarikat yang terbabit dalam industri air di Selangor seperti Abbas, Splash, Puncak Niaga dan Syabas.

14. Usaha penstrukturan semula ini berlaku pada 2007 apabila KDEB telah mengambil alih ABBAS dan mula berunding untuk mengambil alih Splash, Puncak Niaga dan Syabas. (lihat laporan THE EDGE MALAYSIA pada 12 Nov 2007). Tujuan penstrukturan semula ini bagi membolehkan syarikat yang menguruskan air mendapat keuntungan lebih dan mengurangkan tarif air pada masa akan datang melalui cross subsidization. Dalam keadaan sekarang hanya pengendali loji yang mendapat keuntungan maksimum, manakala pembekal air terpaksa menanggung kerugian akibat NRW dan kegiatan "curi air". Pembekal terpaksa membayar penuh kepada pengendali loji tetapi berhadapan kerugian 45% berdasarkan NRW.

15. Usaha penstrukturan semula ini sewajarnya dikendalikan sepenuhnya oleh KDEB memandangkan ia anak syarikat milik penuh kerajaan negeri. Namun ia mungkin sukar dilaksanakan pada masa sekarang memandangkan KDEB sendiri mempunyai hutang beratus juta kepada kerajaan negeri hasil pelaksanaan sistem subsidi air yang dijalankan sejak dua tahun lalu. Kerajaan negeri dilaporkan telah meminjamkan sejumlah RM 200 juta kepada KDEB untuk dibayar kepada Syabas bagi skim subsidi 20 meter padu air percuma. Sehingga kini hanya RM 28.2 juta dibayar semula oleh KDEB kepada kerajaan negeri. Dari segi prestasi kewangan sukar sama sekali KDEB mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan bagi membiayai proses pengambil alihan Syabas dan lain-lain syarikat.

16. Penstrukturan semula ini juga selari dengan penubuhan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) di peringkat Pusat. SPAN akan mengawasi keseluruhan industri air negara dan mengeluarkan lesen kepada pengendali air negeri-negeri. Manakala PAB akan mengambil alih semua infrastruktur air negeri-negeri dan menyewakan semula kepada pengendali air negeri-negeri. Melalui kaedah ini, isu-isu penggantian paip, pembinaan empangan dan loji rawatan akan berada di bawah PAB dan pengurusan kewangan Persekutuan. Ini akan memberi kualiti pengurusan air yang lebih baik pada masa akan datang.

Politik Air Pakatan Rakyat

17. Perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri yang suka bermain politik daripada menyelesaikan isu ini secara profesional menyebabkan segala-galanya terganggu dan terencat sekarang ini.

18. Saya tidak nampak mengapa kerajaan negeri harus mengugut untuk tidak meluluskan pembinaan loji di Hulu Langat sekiranya mereka gagal menstrukturkan semula industri air Selangor.

19. Ia adalah dua isu yang berasingan dan membabitkan pihak yang berlainan. Pembinaan infrastruktur penyaluran bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor adalah projek Persekutuan. Manakala penstrukturan ini membabitkan syarikat-syarikat Berhad.

20. Jadi bagaimana kerajaan negeri ingin bermain logik mengugut kerajaan Persekutuan sedangkan mereka "bergaduh" dengan sebuah syarikat berstatus berhad yang mereka sendiri ada 30% saham? Bolehkah kita yang rasional menerima sikap kerajaan negeri yang menangguhkan kelulusan pembinaan loji kerana mereka gagal mengambil alih sebuah syarikat? Wajarkah projek yang bernilai berbilion ringgit ini dijadikan taruhan dan menyebabkan kerajaan Persekutuan perlu berbelanja lebih, yang tentunya membabitkan wang rakyat?

21. Alasan kenaikan tarif air ini hanyalah sandiwara kerajaan negeri kerana syarat-syarat sedia ada sudah cukup menjaga kepentingan pengguna. Seperti yang saya jelaskan tadi, tarif air tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh kerajaan negeri, persekutuan dan wakil Syabas.

22. Ketika saya menyokong usaha kerajaan negeri meneruskan kerja-kerja menyusun semula industri air Selangor, saya kecewa melihat sikap kerajaan negeri menangguhkan projek pembinaan loji air di Hulu Langat.

23. Inilah yang dikatakan "lain Bengkak, lain Bernanah, lain yang yang Sakit, lain pula yang diubati."

24. Saya berharap kerajaan negeri Selangor tidak bermain politik dalam isu bekalan air bersih di Lembah Klang. Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengaitkan isu pembinaan loji di Hulu Langat dengan penstrukturan semula pengendali bekalan air bersih di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tidak masuk akal dan boleh menjejaskan bekalan air bersih pada masa akan datang.

25. Memang kerajaan negeri berhak untuk membantah kenaikan air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan saya ingin nyatakan sokongan penuh terhadap bantahan tersebut. Namun mengapa mahu dikaitkan dengan pembinaan loji yang merupakan projek masa depan untuk rakyat?

26. Kos bekalan air di Selangor akan meningkat lebih tinggi sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membina loji rawatan air di Pahang bagi menggantikan loji di Hulu Langat. Jika itu berlaku, apabila berlaku krisis bekalan air nanti, Selangor perlu membeli harga air bersih dari Pahang yang harganya jauh lebih tinggi.

27. Alasan Tan Sri Khalid kononnya masalah bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku pada 2014 tetapi pada 2019 tidak pernah disokong oleh fakta atau mana-mana data penyelidikan. Sampai hari ini kita tertanya-tanya siapakah yang dilantik oleh Tan Sri Khalid bagi menjalankan penyelidikan tersebut?

28. Namun persoalan lebih releven ialah, jika berbeza 5 tahun sahaja mengapa kita perlu tangguhkan sedangkan masalah tetap akan timbul. Dalam industri pembinaan, penangguhan beberapa tahun sahaja sudah boleh menyebabkan kos pembinaan meningkat berkali ganda. Apakah kerajaan negeri akan menanggung kenaikan kos ini? Jika mahu pun mampukah kerajaan negeri?

29. Rakyat harus bijak membuat penilaian dan mendapat semua fakta bukan sekadar mempercayai sandiwara dan lakonan politik kerajaan negeri. Ini kerana mereka yang berhadapan dengan krisis kuasa dan melihat tiada masa depan politik akan mengambil pendekatan populis. Peduli apa dengan apa yang berlaku lima enam tahun lagi kerana mereka mungkin sudah tiada ditampuk kuasa untuk berhadapan dengan kemarahan rakyat.

30. Kerana benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu ada orang sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.

31. Malangnya, kerajaan Selangor hari ini yang masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja", ingin pula menunjukkan jaguh tanpa mengambil kira kesan jangka panjang. Sikap kerajaan negeri hari ini tidak ubah seperti beruk mendapat bunga.

22 comments:

  1. ooo rupanya penstrukturan tu cadangan sejak BN lagi... hahah ingatkan cadangan tokoh keparat terkemuka.

    ReplyDelete
  2. Puncak Niaga telah mengaut keuntungan terlalu besar daripada bisnes air ini. Tidak mustahil mereka lah yang sentiasa membuat provokasi supaya dapat membuka peluang untuk mengaut keuntungan yang lebih.

    Sebagai contoh penswastaan PUAS telah berlaku selepas banyak provokasi aduan air kotor dan NRW yang tinggi. Tetapi selepas diambil alih oleh syabas mereka terus mendapat pinjaman 2 bilion dengan jaminan kerajaan negeri untuk menggantikan paip air. Sekarang 2 bilion tersebut dah habis dan Syabas akan dijual semula kepada kerajaan negeri.

    Persoalan bagaimana Puncak Niaga boleh disenarai kedalam bursa saham juga agak aneh kerana aset air seperti loji rawatan air termasuk kolam tadahan, bangunan pejabatnya, dsb. masih merupakan aset kerajaan negeri.

    Bertaubat lah wahai kerajaan selangor yang dulu, kini dan selamanya.

    ReplyDelete
  3. salam..

    niat MB memang baik tetapi tdak wujud situasi menang-menang antara kerajaan negeri skrg dgn Syabas ditambah pula dengan tekanan dan gesaan yg berniat kotor..yang rugi adalah kita semua yang duduk di selangor..harap kita berpadu dalam soal kepentingan awam..apa-apa pun syabas atas tajuk yang sememangnya menarik dan penting ini.

    ReplyDelete
  4. salam.....

    alahai..baru dua tahun memerintah...masih berhoneymoon tu...jadi apa yg dia prepare
    tentang perjanjian itu ini untuk rakyat
    keseluruhannya?...kuasa di tangan MB kakakhalid..
    hanya tugasnya kacau ini kacau itu perjanjian
    kerajaan BN dululah...

    jadi PRU13 kita tolak PRlah...

    kerna kita fikir..negri Selangor besar dan luas
    tidak termasuk KL,cyberjaya dan Putrajaya yg sentiasa membangun dengan projek industri dan
    kediaman...jadi mana sumber airnya?

    matematik mudah...pertambahan kaw. pembangunan
    diimbangi dengan bertambahnya logi air!!

    pesanan:bantulah bersama kurangkan NRW dengan
    melapurkan kebocoran paip melalui SMS
    taip PUSPEL ke 39222
    semudah A,B,C....!!

    ReplyDelete
  5. bila baca perenggan ke 20 saya ketawa terbahak-bahak mengenangkan kebodohan khalid ibrahim dan kuncu-kuncunya.

    di kg saya dulu ada 2 org sahabat, namanya dollah sepet dan mat min angguk. dollah cuba memikat ramlah tapi tak jalan kerana ramlah tahu dollah ada penyakit sawan gila babi. manakala mat min pula bercinta dgn zainab dan mereka sudah nak bernikah.

    bila tiba hari pernikahan mat min dan zainab, dollah naik angin dan menghalang majlis pernikahan mereka. dollah kata "kalau hang nak nikah dgn zainab ,hang kena suruh ramlah nikah dgn aku"

    pelbagai onar yang dibuat oleh dollah untuk menghalang pernikahan tersebut dan kebetulan pula jurunikahnya adalah bapa kepada dollah.

    dollah halang bapanya untuk keluar dari rumah dan pelbagai onar lain lagi sedangkan pengantin sudah berpeluh menunggu di masjid. daripada waktu zohor sehingga lepas maghrib barulah mereka berjaya dinikahkan.

    dlm isu ini , perangai khalid ibrahim kelihatan lebih kurang sama dgn perangai dollah. kerana dia gagal dpt sebuah syarikat , dia halang pula orang lain nak buat kerja. adakah khalid juga ada penyakit sawan gila babi seperti dollah ?

    apa pun terima kasih diucapkan kpd ds khir atas penjelasan yang panjang lebar dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  6. Sdra Krock, nampak sangat anda masih blur dan cuba bermain politik. Bacalah berulang kali sehingga faham dan sanggahlah kenyataan DSKT secara ilmiah, bukan cara manusia yang buta mata pekak telinga. Logikkah TSKI yang mempunyai kuasa untuk menghalang kenaikkan tariff air melalui pegangan saham sebanyak 30% menguggut dan menahan projek bekalan air bersih Langat 2 demi rakyat. Elok juga jika Allah uji rakyat negeri selangor dengan kemarau teruk seperti yang berlaku semasa zaman pemerintahan BN dan kita tengok sejauh mana cerdiknya TSKI menyelesaikan masalah. Saya rasa masa itu nasihat dari punahsihat RM1.00 pun sudah tiada nilainya. Kenapalah bebal sangat Khalid Ibrahim, dan MB patut ditukar kepada YB Azmin Ali

    ReplyDelete
  7. hairan aku, dah la jadi kerajaan negeri masa tengah senang, wang simpanan satu billion...tapi peel cam kerajaan negeri kelantan....

    aku jamin , kalau depa perintah lagi 15 tahun...negeri selangor akan jadi seperti kelantan...penyudahnya nanti, terpaksa la jual agama nak bagi marah orang reda....

    ReplyDelete
  8. DSKT.... semoga terus dedahkan dgn fakta.. alhamdulillah inilah tajuk @ topik yg sy tgg.TQVM DSKT

    ReplyDelete
  9. Krock....pengstrukturan bekalan air adalah hasil kajian National Water Resources Study pada 1980 yg telah mengenal pasti masaalah utama untuk membiayai projek bekalan air adalah "Institutional and Legal Framework" yg tidak memenuhi keperluan investor and financer. Ini kerana dlm Perlembagaan Persekutuan urusan Bekalan Air adalah bidang kuasa Kerajaan Negeri dan selalunya utk projek bekalan air pinjaman di buat dan dijamin oleh Kerajaan Pusat, dua entiti yg bebedza dari segi undang2.
    Attempt has been made untuk meminda Perlembagaan utk tujuan ini, tetapi semua Kerajaan Negeri tak setuju selaras dgn moto Kerajaan Selangor skrg....AIR HAK RAKYAT.....
    So salah satu tujuan penstrukturan semula ialah utk memberi kuasa Ownership pada asset bekalan air dan Kerajaan Negeri hanya bertanggung jawab kepada operasi saja. Untuk sesuatu projek bekalan air kos aset merupakan 75% of the cost, yg lebih kos operasi. Sebab itu le tarif yg dikenakan kepada kita merupakan kos operasi saja. Berdasarkan perkiraan saya kalau kos asset diambil kira, tariff minima ialah RM 5/cu m, tetapi kita hanya membayar average RM 1.20/cu m (domestic & industri). So di Msia Kerajaan Pusat memberi subsidy utk bekalan air. Contoh terbaik di PP and Kedah, bila PR ambil alih Kerajaan Negeri, subsidy ditarik balik, Kerajaan Negeri terpaksa menaikan tariff air. Asset yg ada skrg contohnya di Kedah telah menjadi hutang Kerajaan Negeri kpd Pusat.....and thats what the Perlembagaan is all about....jadi kalau both PP and Kedah nak buat asset baru utk memenuhi future demand, tak tau le saya mcm mana dai org nak buat.

    ReplyDelete
  10. Anonymous said...
    hairan aku, dah la jadi kerajaan negeri masa tengah senang, wang simpanan satu billion...tapi peel cam kerajaan negeri kelantan....
    aku jamin , kalau depa perintah lagi 15 tahun...negeri selangor akan jadi seperti kelantan...penyudahnya nanti, terpaksa la jual agama nak bagi marah orang reda....

    Tuesday, October 26, 2010 12:52:00 AM GMT+08:00
    BODO
    Jual engine jet bole tak..

    ReplyDelete
  11. Ikut le contoh kerajaan PERAK. Lembaga Air Perak (LAP) untung besar dan boleh kasi bonus 2.5 bulan kepada staff. Walaupun tak dikorporatkan seperti Selangor.

    Lain kali jaga sungai betul2 .Jangan cemarkan sungai dengan kilang-kilang punya sisa.

    walau tak diswasta untung besar juga, rakyat dapat untung juga kerana tarif air yang rendah. Dua bulan sekali baru dapat bil minimum RM6 je.

    so fikir-fikirkan...bagi kat swasta pun masalah juga sebab depa akan naikkan tarif air untuk cover kos operasi akhirnya rakyat juga yang rugi. Pulak swasta sampai 3 peringkat... lain kali fikir dulu la....

    ReplyDelete
  12. Kerajaan Negeri Selangor sekarang Dibawah Pemerintah si Gagap dan Konco2-nya.., Umpama Pengantin Baru.., masa Belum "Dapat" tabur Janji itu-ini.., tapi bila Dah "Dapat".., inilah jadinya kerajaan negeri kini ibarat.. Duri dalam daging, Gunting Dalam Lipatan, demi untuk cita-cita si Petualang & Pengkianat Bangsa Dan Tanahair.., (untuk si Pemimipi menuju ke Putrajaya)..

    ReplyDelete
  13. Sesuai benar kenyataan DS terhadap kerajaan PR di Selangor. Lain yang bengkak lain pula yang bernanah. Pada saya inilah tahap IQ pemimpin PR, bodo tak boleh diajar, pandai melingkup negeri.

    Yang mereka tahu korek...korek...korek, bumi selangor berlubang-lubang. Duit tak pandai nak cari, simpanan negeri dijoli sakan. Bodo punya punahsihat. Kalau difikirkan logik la DS, kenapalah bebal Khalid Ibrahim nie, begitu ramai cerdik pandai dalam ekonomi, orang yang suka ikut belakang jugak yang dilantik menjadi punahsihat.

    ReplyDelete
  14. DS, minta maaf saya lari dari topik. Saya berasa cemas dan sedih dengan tajuk berita yang menyatakan bahawa akan lebih banyak kelab malam dan spa akan didirikan di Malaysia. Malaysia hendak ditransformkan kepada Hong Kong atau PatPong ke? Lebih banyak peluang pekerjaan akan dijana katanya. Pekerjaan yang bersubahat dengan perkara haram? Maka akan lebih ramai umat Islam yang bakal terlibat melakukan pekerjaan haram? DS, mengapa kerajaan mensia-siakan peluang mengekalkan sokongan orang-orang (yang dahulunya penyokong kuat PAS tetapi tak suka DAP) yang sudah mula membuka hati kepada UMNO? Yang untung hanya orang kafir saja DS. Nampaknya UMNO juga banyak sangat mendengar pandangan orang kafir dalam pembentukan negara ini. Apa nak jadi ni? Sedih betul.

    ReplyDelete
  15. salam
    harap dato' seri dapat tulis pasal Hub hiburan malam...

    ReplyDelete
  16. Saya rasa kan.....banyak bende tergendala...bukan isu air...malah tanah...pasir....kes runtuh...tapi...bukan ke lapuran audit negara dah dibentangkan...dan masalah air ke apa ke tanah ke lebih dari tempoh 6 tahun?....

    Dan masalahnya, laporan audit negara yang dibentangkan dalam parlimen tidak mendapat sebarang penyebaran media dari segi elektronik ataupon suratkhabar, berita dalam tv,....

    Jadi saya hendak tanya, kenapa tidak warwarkan apa yang teruk dan apa yg terbaik dalam laporan audit negara itu, seperti contoh, Kerajaan Pulau Pinang telah meningkatkan pelaburan mereka, termasuk Kedah, Selangor terjejas kerana masalah air dan isu tanah, dan telah dibentangkan dalam parlimen lebih 6 tahun, tetapi dalam tempoh 2 tahun masalah ini telah menurun....

    ReplyDelete
  17. Dear YB,

    To reduce NRW, syabas would have to incur extra capital expenditure to replace the old pipes and broken meters...following the concession, syabas is supposed to be compensated via a tariff increase of 37% since 2009, isn't it arguable that without adequate funds how could syabas reduce NRW ?? futhermore why is the current fed govt dragging its feet to solve the current impasse ?..in addition the bondholders are suffering huge losses due the downgrading of their bonds and it could also affect rating our bond market. It reflects badly in the eyes of foreign investors. Clearly the Minister has the full power to ask PAAB to take over syabas's assets and solve this problem once for all but why isn't it doing so ?

    ReplyDelete
  18. Let's see how deep Gagap & Co can dig themselves in. Once deep enough, I'd say, bury them alive. The truth will always shine through and chicken shit will never chicken sandwich make, no matter how much mayo is put on it. Nah, go chew on that for a while, luncai!

    DS, am praying hard for Selangor to recover from the blatant violations of PR.

    JH

    ReplyDelete
  19. Maaf Dato Seri kerana lari tajuk.

    Ini berkenaan saman ekor yang Dato Seri muatkan dahulu.

    Nampaknya kerajaan tidak prihatin. Ini bukan soal diskaun. Ini soal perlaksanaan undang-undang/saman ekor yang adil supaya tidak menganiayai rakyat.

    Ini bukan soal wang ringgit untuk 'melentur' undang-undang yang ada

    ReplyDelete
  20. Apa kommen Dato seri,

    Kalo Dr M menswastakan eletrik yg menberi pihak swasta untung besar dan tariff api yg tinggi menyebabkan rakyat menjadi derita, apakah kes yg sama belaku kapada air selangor. Swasta yg untung tetapi kerajaan Negeri dan rakyat yg byr kos air yg tinggi. Siapakah yg untung besar dan buat duit dalam isu air ini?

    ReplyDelete
  21. Isu air ni bila la nak selesai..kt Masjid Seksyen 24 SA pn sempat lagi pegawai masjid smpaikan maklumat tentang isu air ni kpd jemaah sblm solat sunat aidiladha...(katanya arahan dr kerajaan negeri selangor).

    ReplyDelete