Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, December 21, 2010

Fakta Sebenar Berkenaan Surau Al-Hidayah, Rawang

1. Kenyataan Kerajaan Negeri bahawa tanah Kampung Melayu Rawang dijual oleh kerajaan Negeri pada 2002 adalah tidak benar. Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat
sebelum pentadbiran saya.

2. Bagaimanapun, memang benar isu mengenai pembangunan kawasan tersebut dibuat oleh pentadbiran saya. Namun setelah menerima bantahan daripada penduduk setempat, saya telah mengunjungi dan bersolat di Surau Al-Hidayah, Kampung Melayu, Rawang pada tahun 2003 .

3. Setelah mendengar pandangan penduduk setempat dan melihat lokasi surau terbabit, Kerajaan Negeri pada 2003 telah membuat keputusan projek pembangunan atas tanah tersebut boleh dibuat dengan syarat surau tersebut hendaklah dikekalkan di tapak sedia ada.

4. Kerajaan Negeri boleh menyemak minit mesyuarat Majlis Mesyuarat kerajaan negeri (EXCO) Selangor pada 2003 dan 2004 (saya tidak pasti tarikh sebenar keputusan tersebut dibuat)sebelum membuat tuduhan melulu.

5. Tindakan kerajaan negeri mengutarakan keputusan 2002 dan mengabaikan keputusan pada 2003 atau 2004 menimbulkan tanda-tanya apakah mereka mempunyai kepentingan untuk menyembunyikan keputusan mengekalkan surau sedia ada. Apakah ada udang sebalik batu antara kerajaan negeri hari ini dengan pemaju?

6. Kerajaan negeri hari ini juga boleh membatalkan projek tersebut jika mereka berpendapat ia tidak wajar dijalankan. Pisau dan mentimun di tangan, gunakanlah sebaik mungkin.

58 comments:

  1. Salam Dato' Seri,

    Mmg diorg ni suka menyalahkan kita. Buat baik camana pn dia kata kita jahat. Apa shj keputusan klu xbetul diorg leh betulkan. Xpayah la nk tuduh org lain.

    Buat masjid ngn surau tidak. Yg ada nk dirobohkan plak. Pastu menuduh org. sedarlah wahai org islam yang duk sama2 org kafir dlm pentadbiran skg ni. Jgn ikut membabi buta. Amik yg rasional utk kepentingan islam dan org melayu.

    Sedarlah.... Bumi dipijak mungkin milik orang kain jika kita tidak berubah.

    ReplyDelete
  2. mulut faekah yang busuk seperti bangkai boleh menipu rakyat, tetapi minit mesyuarat yang tercatit tidak boleh menipu.

    ReplyDelete
  3. Kenyataan Kerajaan Negeri bahawa tanah Kampung Melayu Rawang dijual oleh kerajaan Negeri pada 2002 adalah tidak benar. Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang mana ini bermakna ia dibuat
    sebelum pentadbiran saya...mereka pun amno jugak...bukan pr

    ReplyDelete
  4. Mereka kerajaan negeri yang berkuasa. (Pakatan Rakyat). Gunakanlah kuasa untuk membatalkan projek tersebut, ini asyik salahkan kerajaan terdahulu, baik bubar sahaja pakatan ni.

    ReplyDelete
  5. jawapan itu sperti dua orang bodoh bergaduh...sapa berak dulu di tangga..kamu ke aku .yang sebenarnya kedua duanya telah berak di situ..tdak kira siapa dulu tahun 2000 ke atau 2004.

    ReplyDelete
  6. anon3:42...kenapa amik ayat tu jer? ayat yg ni "Kerajaan Negeri pada 2003 telah membuat keputusan projek pembangunan atas tanah tersebut boleh dibuat dengan syarat surau tersebut hendaklah dikekalkan di tapak sedia ada. " x amik ker.....hehe...nak spin jugak...memang PR ni pakar spin la.....

    ReplyDelete
  7. dibuat sebelum tahun 2000 lagi....mase anwar dlm umno lg?

    ReplyDelete
  8. Tapi heran ye..mana perginya suara Pak Jangot2 PAS dalam isu ni...mana pergi suara Dr.Hassan Ali selaku Exco yg bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam...Kenapa pulak Cik Faekah ni pulak yang sibuk-sibuk nak menjawab? Dah lah tu, jawapan bodoh pulak tu.Dia ni Exco ke atau wakil rakyat? Rakyat mana pulak yg dah undi dia untuk jadi wakil rakyat? Lagi satu soalan, Cik Faekah ni masuk sekali dalam mesyuarat EXCO Selangor ke dan tahu semua minit mesyuarat Exco? EXCO2 Selangor khususnya Hassan Ali dan puak-puak PAS patutnya rase malu disisih dan dibodohkan oleh andartu ni..nampak sangat Faekah ni tak sedar diri...lebih sudu dari kuah!

    ReplyDelete
  9. Terima kasih DS kerana masih membantu kami para bloggers menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete
  10. rakyat seharusnya menilai segala tuduhan dan dakwaan haruslah ada penjelasan dari kedua belah pihak tanpa ada perasaan dengki dan irihati,tuduhan2 spt ini hanya akan merosakkan lagi maruah org2 melayu...

    ReplyDelete
  11. salam dr.khir,
    saya memang penyokong dr.khir, tapi isu rumah dr tu buat saya terkedu sekejap..tak salah berumah besar, tapi kena berpada2 sebab sebagai pemimpin kita sentiasa diperhati pihak musuh...saya tak tahu kalau dr.khir ada rumah2 yg lain..cadangan saya kalau boleh lah...dr.khir jual sahaja rumah kontroversi tu,derma sikit hasil tu ke jalan yg baik..dr.khir duduk lah mana2 rumah yg selesa dan bersesuaian dengan jiwa kepimpinan rakyat.

    Tak salah berumah besar tapi jangan lah terlalu mewah, sebab mungkin ada rakyat yg tak mampu langsung nak beli rumah di selangor ni..sampai tua kena menyewa (mcm saya..he..he).
    Takpe dr.khir, jadi kan kes ini sebagai teladan. bagi saya, sekali orang tu buat silap, masih boleh dimaafkan dan setiap kesalahan yg dibuat oleh seseorang itu sebenarnya sebagai panduan dan peringatan kepada umat yg lain, yg penting kita ikhlas..semoga pengorbanan kecil untuk kita sendiri(dr.khir pasal cadangan saya ini)akan menjadi kelangsungan untuk kita merampas semula Selangor.

    TQ

    ReplyDelete
  12. Harap datuk seri kemaskini profil dlm blog ini.

    ReplyDelete
  13. To anon 3.42PM. Memanglah Umno yang luluskan penjualan tanah tu. Tapi kan dah diputuskan pastu yg tapak surau tu dikekalkan. Yg PR gatal nk g robohkan gak watpe?

    ReplyDelete
  14. Pas x buat apa-apa kerana takut dengan Dap. Liberalisme dalam Pas jelas apabila tiada bantahan dibuat untuk mempertahankan Islam di Selangor.
    Dulu mereka kata merekalah lebih Islam, pejuang Islam, nah sekarang mereka diam tak berbunyi apabila ikut telunjuk Teresa BongKOk.

    Apa Hassan Ali dah buat? Hampeh!!!
    kecut teloq ker?

    Saya baru dapat maklumat terkini dari org cina, Dap sebenarnya tidak ikhlas untuk bekerjasama dgn melayu pas, mereka hanya mahukan undi dan selepas menang pru13, PAS akan ditinggalkan.

    sedarlah orang2 pas..

    ReplyDelete
  15. Sdr Aku, saya sebenarnya malas menulis lagi berkenaan rumah saya ni. Tapi sebab saudara kata rumah mewah, saya komen jugaklah. saudara tengok dari atas bumbung sahaja sudah anggap rumah mewah.

    Lebih dari itu saudara buat perbandingan rumah mewah tu dengan rumah siapa? Okay jugak sebab rumah saya dah diambil dari atas maka eloklah ramai-ramai pakat ambil pula gambar rumah pemimpin politik lain dalam BN dan pakatan dan lihat rumah siapa lagi mewah. Lagi baik kalau tanya pula beli rumah cash ker hutang?

    ReplyDelete
  16. "...Kelulusan penjualan tanah kepada SAP Holdings dibuat sebelum tahun 2000 lagi, yang bermakna ia dibuat sebelum pentadbiran saya...mereka pun amno jugak...bukan pr ..." Pada orang yang komen nie, baca bagi habis dan paham betul2 oke.. no.2 dan no.3 tu ds da jelaskan terang lagi bersuluh. tindakan bijak ds guna formula menang-mengang.. bukan macam PR.. sebab Gila politik, nak hentam parti lain, RAKYAT pula jadi mangsa. apa hah? aku yang buta politik pun tau pasal benda nie. PEMIMPIN diundi untuk kesejahteraan RAKYAT bukan macam penyamun-penyamun PR.. Dan ya, DAP mempergunakan PAS & MELAYU Demi kepentingan Hati yang busuk. Jiran cina aku pun silang tangan kat aku cakap NO TO DAP.. PR nie da dapat peluang atas kelemahan UMNO dalam PRU 12 xreti2 nak gunakan peluang itu untuk membaiki pentadbiran di malaysia.AKU X KISAH PR ATAU UMNO MENTADBIR TAPI AKU CUKUP ANTI DENGAN PARTI BODOH MACAM PENYAMUN-PENYAMUN DALAM PR. DAH BODOH, SOMBONG PLAK!!!!!

    ReplyDelete
  17. mmg la rumah DS tu x semewah mane....aku tau la sbb budak kpg aku yg wat renovate tu,x kn rumah mewah pggil budak kpg wat renovate...lu pikir la sndri!!

    ReplyDelete
  18. Assalammualaikum Dato’ Khir,

    Maafkan saya kerana kehadiran warkah ini dato' saya cuba email kat dato' tapi bounce aje..
    Maafkan sekali lagi sekiranya mengganggu masa Dato’ dan Sekeluarga. Pertama sekali saya berasa sedih tentang berita mengenai rumah dato’ tetapi dato’ tak perlu bimbang...tabahkan hati menghadapi dugaan...dato’ pasti menang kes ini.
    Tujuan saya menulis email ini ingin minta pendapat dato’ bagaimana nak hapuskan Rumah Urut Di Kawasan Puchong/Seri Kembangan/Serdang (yang dimiliki oleh golongan DAP) Ronie Liew pun ada juga. Mereka ini kebal Dato’ saya sudah buat laporan ke Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tetapi tiada tindakan yang diambil! (Laporan dibuat secara online).
    Saya dipahamkan bahawa ada beberapa individu orang PKR/DAP dalam MPSJ bahagian Pelesenan dan juga Bahagian Penguatkuasaan! Mereka ini akan menghapuskan laporan-laporan mengenai salahlaku rumah urut yang dilaporkan terlebih dahulu! Yang mana Rumah Urut dibawah jagaan mereka ini, mereka akan hapuskan laporan ini! Yang mana tidak ada bawah jagaan mereka, laporan ini barulah dihantar untuk siasatan lanjut!
    Saya difahamkan juga keuntungan rumah urut ini amat besar sekali! Bayangkan lah Dato’ Satu Rumah urut untung RM20 Ribu Bersih Sebulan kalau ada 50 kawasan puchong/serdang/seri kembangan/usj dah berapa Dato’??? RM1 Juta sebulan Dato’!!! Wang ini lah akan digunakan untuk membeli undi ataupun digunakan untuk Melawan Kerajaan Barisan Nasional Dalam Pilihanraya akan datang!!! Ini Salah satu punca Duit Pendapatan Pembangkang untuk Meneruskan Cengkaman Di Selangor!!!
    Tidak hairanlah kalau Dato’ lihat rumah urut ini tumbuh bagaikan Cendawan di Kawasan Puchong/Seri Kembangan/ Serdang Dan USJ!! Belum kawasan tidak termasuk kawasan yang lain lagi!!! Saya Sudah melaporkan salah seorang Penolong Pegawai Tadbir (MPSJ) yang terlibat dalam aktiviti ini ke SPRM dan saya tidak tahu perkembangan kes ini!!! Saya lakukan secara tersembunyi kerana takut nyawa saya terancam!!!
    Tujuan saya juga adalah ingin bantuan kuasa yang ada pada Dato’ bagi mempercepatkan kes ini dan mengheret mereka ke muka Pengadilan!!! dan operasi rumah urut dapat dibuat dengan cepat!!! Bagi menggagalkan rencana mereka untuk terus menguasai Selangor!!!
    Sekian, 1Barisan Nasional, 1Malaysia, Wassallam.

    ReplyDelete
  19. Sdr aku.. Pasal Rumah DS nie kan, bagi pendapat saya, xsalah kalau DS membeli rumah dengan membayar ansuran, walaupun kedengaran agak mahal tetapi sebagai seorang yang berusaha gigih sudah tentu kehidupan sebegitu yang diidamkan, rumah tersebut setanding dengan usaha keras dan kejayaan hidup DS. dan betul kata DS ada rumah -rumah pemimpin lain yang lagi mewah rumah berjuta-juta ntah2 siap banyar cash tolah duit pakai kaki jek apa.. tp jangan nak samakan dengan Parti pas, kalau rumah biasa bukanlah sebab bersikap sederhana dan mengkayakan amal ibadah, tetapi pas x pandai nak imbangkan hidup untuk dunia dan akhirat. yang pasal dunia akhirat xpandai nak komen lebih.. tapi apa pun, ada masanya seorang pemimpin memerlukan kesenangan seperti itu untuk keluarga, mereka bekorban masa kerana membantu rakyat sehinggakan keluarga diletak pada nombor dua. kesenangan yang mereka beri sebenarnya rmasih tidak cukup kerana kasih sayang keluarga lebih beharga dari apa yang mereka usahakan. namun hanya itu saja mampu mereka beri dan terpaksa meletakkan keluarga di tempat kedua demi kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  20. salam dato

    nampaknya PAS kelu lagi bisu.mana kaki demo pas.

    Dah mati?

    ReplyDelete
  21. Ada benarnya padangan Aku. Saya rasa dia ikhlas. Terimalah teguran beliau dengan ikhlas. Pada pendapat saya, tak perlu Dato' Seri ungkit fasal rumah orang-orang lain. Ia semacam kita berkata ``orang lain buat, saya pun buatlah.''

    Rasulullah mengajar umatnya hidup bersederhana sesuai dengan kemampuan kita. Tak salah tinggal di rumah banglo jika kita mampu, tapi tak perlulah besar sangat. Kalau kita tidur, berapa besar sangatlah ruang yang kita penuhi? Begitu juga kalau kita duduk. Keperluan manusia sebenarnya tidak besar, tapi nafsu yang menyebabkan segala kehendak menjadi besar.

    Pandangan ini saya tujukan kepada semua orang termasuk diri saya. Salam.

    ReplyDelete
  22. Bukan ke fail fail kerajaan negeri dulu banyak yang da kena bakar

    ReplyDelete
  23. DS Khir dan AKU...

    Saya sebenarnya pelik dengan sikap geng-geng pembangkang, pengikut depa dan sebahagian rakyat Malaysia. Mereka seringkali sangat negatif dengan kejayaan dan kekayaan orang-orang Islam. Selalu mereka bandingkan rumah orang Melayu Islam kaya dengan rumah Nik Aziz atau yang pengikut Syiah akan bandingkan PM dengan Ahmananejad.Peliknya...apakah keimanan dan ketakwaan seseorang itu dinilai dari segi harta benda? Kalau peimpin ada rumah besar, kereta besar dan kaya maka mereka kurang beriman manakala pemimpin yang ada rumah kecil atau kereta buruk, maka mereka lebih beriman dan bertakwa?

    Pemikiran seperti ini amat dangkal sekali. Kekayaan atau kemiskinan seseorang, atau rumah besar dan rumah kecil tidak menjamin syurga atau petunjuk bahawa mereka adalah yang paling bertakwa. Sebaliknya seorang muslim yang kaya adalah lebih baik daripada seorang muslim yang miskin. Tidak salah menjadi kaya asalkan dengan jalan yang halal. Bukankah kemiskinan membawa kepada kekufuran? Malahan, muslim yang kaya boleh menginfa'kan hartanya untuk perjuangan Islam!

    Di KL dan Penang misalnya semua rumah yang besar-besar adalah milik orang bukan Islam...orang Islam tidak mampu dan melarat. Jadi kalau ada orang Islam yang mampu untuk membeli rumah besar dengan kudrat sendiri & jalan halal, kenapa difitnah dengan pelbagai tohmahan?

    Mereka ini sepatutnya belajar dari sejarah bangsa Yahudi. Keluarga Rothschild misalnya telah menggunakan kekayaannya untuk menjayakan misi Zionis menakluki Palestin. Pada tahun 1870, Alphonso Rotschild telah menderma setiap tahun 500 ribu franc untuk membeli tanah-tanah di Palestin untuk orang Yahudi. Edmond James de Rothschild dan James Jacob de Rotschild pula pada tahun 1924 menubuhkan Palestine Jewish Colonialization Association (PICA) yg membeli lebih 22.36 km tanah di Palestin untuk membina penempatan Yahudi. James de Rotschild pula bagi duit berjuta untuk bina bangunan Knesset (parlimen) Israel di Baitul Maqdis. Banyak lagilah contoh2 yang saya malas nak senaraikan kat sini...tapi yang jelas keluarga Rotschild yang membantu Zionis itu semuanya tidak berumah kecil!

    Apa yang saya nak kata ialah, saya bangga melihat orang Islam seperti DS mampu untuk beli hartanah dan begitu juga dengan pemimpin Islam yang lain. Malah saya tahu ramai pemimpin Islam/UMNO yg kaya mcm Tun Daim yang telah membantu kepada pembangunan Islam di Cambodia dan Bosnia.Tapi saya tak fikirlah Tun Daim duduk rumah buruk atau tidur atas lantai mcm Ahmednijad.

    Kebetulan saya baru pulang dari Andalusia dan sempat singgah ke istana Alhambra...besar dan cantik sungguh istana tersebut. Bangga saya melihat pemimpin Islam Andalusia kaya dan berkemampuan untuk membina istana seindah itu.Ia menjadi lambang kejayaan pemimpin-pemimpin Islam dahulu. Malah orang Kristian pun kagum dengan kejayaan dan kekayaan Islam Andalusia. Mungkin satu hari nanti, ada orang Islam di Malaysia yang mampu dan diberikan rezeki termasuklah DS,binalah rumah macam istana Alhambra di Malaysia..biar terbeliak biji mata orang-orang kafir ni..baru mereka tahu bahawa bukan semua orang Islam dan Melayu miskin...Insyaallah

    Akhir sekali ingatlah pesan..carilah dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramal dan bertaqwalah seolah-olah kamu akan mati esok hari...moga pemimpin Islam bukan saja kaya di akhirat, tetapi kaya dunia dan kaya di akhirat...AMIN..

    ReplyDelete
  24. buat macam mana, minit mesyuarat dah masuk shredder machine... @ hilang mana tah...

    ReplyDelete
  25. kalo mampu xslh berumah mewah....pemimpin pr pn berumah mewah..nape la nie jd isu....

    ReplyDelete
  26. Dulu PKR janji dalam pilihanraya 2008 akan selesai semua masalah yang BN buat tapi rupa-rupanya tak boleh haraplangsung, PRU 13 ini siapakah akan ku undi...

    ReplyDelete
  27. anon 12:08 dan anak perelih, tak ada satu dokumen rasmi kerajaan pun yang hilang semasa pengambil alihan pemeritahan pada 2008. jangan suka buat fitnah krn yang saudara tulis di sini pun akan diambil kira oleh allah s.w.t. tak semestinya saudara sokong parti Islam maka saudara bebas buat sebarang kenyataan.

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Teruskan perjuangan Dato' Seri. Allah akan sentiasa bersama dengan orang yang benar. Perjuangan kita belum selesai...

    ReplyDelete
  29. di malaysia kini ada 3 golongan. 1 penyokong tegar kerajaan BN. apa saja semua pembangkah buat salah...bn betul 100%. ke 2 penyokong tegar PR. serupa juga macam yang pertama, semuanya yang bn buat, salah, yang betul semuanya PR 100%. Jadi harapnya kita jadi golongan ke 3. melihat secara objektif, yang benar di benarkan, yang salah tetap salah. tak kira di pihak mana, bn atau pr. barulah kita akan menjadi bangsa yang maju..siasat dulu cerita2 politik ni.Jangan terus percaya. bak kata orang tua2, ikut cakap enggang makan buah belolok, ikut cakap orang, masuk dalam lubuk.

    ReplyDelete
  30. salam...tgk komen2 kat sini bkn main lagi mengipas...apapu,setiap apa yang kita lakukan akan diberi balasan,samada cepat atau lambat,di dunia atau di akhirat,tetap akan dapat..so,klu dr rasa dr betul,alhamdullillah la..klu tak,insyaallah akan sampai juga balasan nnt...amin

    ReplyDelete
  31. Irfan Bakti said,

    Dato' pemimpin BN atau PR yang lain rumah mewah juga tapi mereka tidak menonjol sebab rumah mereka tersorok macam di country homes, betul tak dato'?

    ReplyDelete
  32. Kalau nak roboh kuil bukan main lagi pak lebai bulan berdemo tapi kalau surau tempat orang islam beribadat mana pi semua.

    ReplyDelete
  33. assalamu'alaikum Dato Seri,

    biasala orang kita ni terutamanya melayu isle pas!. macam di kawasan parlimen kami ni. bila yg naik jadi ahli parlimen tu seorang bekas engineer, isterinya cikgu, dah lama kerja tentulah ada harta sikit. logikla mrk buat rumah mcm tu sbb mereka bukan asalnya papa kedana mcm kebanyakan calon wakil rakyat pas! abang Yb tu, Dato'jugak kontraktor yg dah lama berjaya...

    mrk buat rumah tiga tingkat, padahal tinggi saja tiga tingkat, kawasan dalaman mcm rumah banglo biasa saja, cuma tiga tingkat, itu saja. bila dia buat kolah 6' di atas bumbung, mrk fitnah kata kolam bersaiz olimpik!! adik ipar bekas YB (kenalan anak sedara) tu kata dia mandipun hanya duduk berendam saja sbb kalau berdiri setakat pinggang saja dalamnya air kolah tu!

    inilah fitnah puak2 pas yg tak berhenti2 sakit hati dgn orang2 umno. walaupun ramai pemimpin2 pas yg kaya raya, pakai kereta mewah & besar2, penyokong2 pas membutakan mata hati mrk semata2 krn taksub dgn kepimpinan mrk kononnya baik2 belaka!!! begitu juga berapa banyak rumah cina2 di sini yg besar2, mengalahkan hotel tapi orang2 pas cuma kata "takpolah, demo tu kayo di dunio jah!' bila melayu kaya, mcm2 sangkaan buruk mrk. bila cina kaya tak apa.

    ntahla Dato' Seri! bila nak habis penyakit dengki orang melayu isle kita ni!!!

    ReplyDelete
  34. Salam Dato' Sri. Moga Dato' Sri dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya.

    1. Isu surau Al-Hidayah di Rawang, kita semua kena sedia maklum kerajaan negeri sekarang ni siapa yang berkuasa. Makanya kita khasnya orang Islam kena buka mata luas-luas. PAS pun apa yang boleh di buat. Duduk diam-diam je la demi kepentingan politik. Mungkin sebabnya takde YB non muslim yang masuk surau tu bagi ceramah macam YB Sri Andalas dan YB Amoi sorang lagi tu.

    2. Berkenaan dengan rumah Dato' Sri, pandangan saya itu hak peribadi Dato' Sri. Apa salahnya ada jika kita berkemampuan. Bila pemimpin Melayu ada rumah besar dan agak mewah, berkokokla orang Melayu jgk berkata yang buruk2 sahaja kepada orang melayu jugak.

    3. Agaknya pemimpin bukan melayu semuanya takde rumah besar dan mewah barangkali. Inilah kita orang melayu Dato' Sri...Bila berkata sesuatu, suruh tutup mulut kata nanti subjudice tapi pemimpin yg sebelah sana tu siap boleh buat road show lagi tak plk di suruh 'shut-up your mouth'...

    ReplyDelete
  35. Salam semua. perjanjian tu dah dibuat bertahun dulu sblm PR memerintah. dan sekarang bila pemaju (baca sini pemaju, bukan kerajaan) nak robohkan atas perjanjian dulu2, PR di salahkan?

    adakah sebab kerajaan selangor sekarang x halang? ya mungkin TS khalid akan bincang nanti dgn pemaju, tapi tahulah bila sebut pasal tebus balik tanah or wutever, take long time and of coz sum of money. So tetap PR juga salah?

    Tiada org2 PR yg berpiket membantah perobohon? hanya orang umno yang membantah? PR juga salah? Semua orang kalau teliti kes ni betul2 dan juga tiada berpihak mana2 tau umno nak cari kesalahan PR yg at last kena batang hidung sendiri.

    masuk blog PR, penuh kutuk umno. masuk blog umno, penuh kutuk PR. wake up malaysian.

    umno juara rakyat? hanya umno boleh/mampu tadbir malaysia? please... entah nas or dalil mana korang pakai. Amerika setiap penggal tukar parti pemerintah. maju je. nak tau sebab apa? integriti!!

    umno lama sgt memerintah, hilang integriti. byk sgt taik nak kena tutup

    ReplyDelete
  36. Salam..

    Setiap manusia ada khilafnya...jgnlah kita asyik berprasangka buruk...

    setuju dgn 'groom'(tentang 3 golongan)..untuk perkongsian..bacalah tafsir surah Al-waqiah..semoga menjadi pedoman untuk kita semua dunia dan akhirat..

    p/s: kepada Dr Mohamad Khir Toyo , bersabarlah..terimalah ujian dan dugaan seadanya...moga allah sentiasa merahmati seluruh umat islam...amin

    -p.kulim-

    ReplyDelete
  37. Yang spin berita surau ni akan dirobohkan adalah media massa Umno jugak walaupun adalah jelas sebarang pemangunan tidak melibatkan perobohan masjid.

    Media massa Umno spin..maka orang Umno melompat menuduh Kerajaan Selangor sekarang memusnahkan masjid tanpa usul periksa. Media Umno spin betul..dengan fitnah. Betullah cakap Faekah, tanah itu telah dijual olih Umno jugak.

    Org2 Umno patut marah dengan media Umno yg sengaja spin dahulu lah.

    ReplyDelete
  38. PAS PENAKUT,
    PAS BACUL,
    PAS DAH MATI DI SELANGOR,
    PAS DAH MATI DI SELANGOR,
    PAS DAH MATI DI SELANGOR,
    PAS DAH KOJOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL DI SELANGOR

    ReplyDelete
  39. Kerajaan PR ada kuasa nak batalkan. kenapa? adakah Yg Berkepentingan didalam PR SELANGOR memainkan peranan???? SPRM,apa lagi tunggu??? nak orang suruh baru nak buat kerja ke???

    ReplyDelete
  40. ITULAH PK MASAALAH INI TAK DAPAT DIURUSKAN ,INI PULAK MASAALAH NEGARA ,,,,, KACAU BUATNY

    ReplyDelete
  41. Dua-dua tak nampak iklasnya berjuang untuk rakyat... selagi masih ada perkataan-perkataan begini ...

    terdapat 2 jenis kerajaan di malaysia bukan 1 kerajaan : kerajaan pakatan dan kerajaan pusat... (dulu di ajar kerajaan melayu bersekutu dan kerajaan tidak bersekutu)...

    terdapat 2 macam projek dan kadang-kadang di papan tanda : projek kerajaan pusat/BN dan projek kerajaan pakatan/PR

    sentiasa ada perkataan BN dan Pakatan Rakyat .. hari-hari ..di setiap khabar.... .. atau di setiap kali ucapan pemimpin kedua-dua pihak...tak pernah tak ada dalam satu hari pun...

    Duit datang dari rakyat tak kira parti, bangsa dan agama dan negeri mana (cukai pendapatan) atau hasil mansuh negeri-negeri.... belanja macam duit parti... dan duit sendiri... demi untuk agenda sendiri kalau tak sendiri... mesti untuk agenda parti.... iklas untuk parti tu ada.. tapi untuk rakyat rasanya tiada....

    Saya masih tak nampak .. perjuangan yang iklas untuk semua pemimpin yang ada sekarang....

    ReplyDelete
  42. minit mesyuarat tu boleh membatalkan surau tu daripada diroboh....kita kena cari..orang pas dan org umno korang jgn gaduh dah...p cari minit mesyuarat tu....tapi kalo dah kena shredder.....cari orang yg buat minit tu sure ada simpanan nanti....org pas dan umno korang dua2 baik jgn gaduh dah........k..cari minit tu dan batalkan....tu je kerja korang....tolong laa..

    ReplyDelete
  43. Klu ada lagi nilai perjuangan islam dlm diri penyokong PAS sila hadir dan berjumpa sendiri dengan nazir dan imam surau Al-Hidayah, Rawang. Jgnlah tak terjawab penjelasan DS maka anda spin kisah rumah atau harta DS. Sy yg tinggal di Shah alam telah turun dan berjemaah sekali denga kariah surau tersebut dan sy dengar sendiri dari mulut mereka. Kerja untuk meroboh surau telah dimaklumkan oleh pemaju SAP-Mauemas sdn bhd melalui notis kepada nazir surau dan notis pindah keluar adalah 30 November 2010. Yg buat kariah surau marah adalah kelulusan pemberian hak milik tanah kepada Shah Alam Properties dibuat pada tahun 2009, yakni selepas PR membentuk kerajaan. Saya rasa amat marah kepada PAS, dimana Khalid Samad yg kononnya pembela rumah ibadat, apakah hanya kuil, tokong dan gereja baru beliau mahu bertindak. Inilah syaitan besar yg berkopiah serta mulut tak lekang dengan sumpah seranah bila berceramah tetapi bab surau yg hendak diroboh beliau diam menikus seribu bahasa. Maaf tuan punya blog, izinkan sy keluarkan kata kesat kepada syaitan didalam PAS, U orang semua memang dajjal serta yahudi melayu.

    ReplyDelete
  44. HANCUR MALAYSIA KALAU PAKATAN HARAM PERINTAH! INSYAALLAH, SELANGOR AKAN KEMBALI PADA BARISAN NASIONAL.

    ReplyDelete
  45. To Anon 4:53...

    Kerajaan Amerika ada integrity?? hahahahaha.. komik mana kau baca nii??

    ReplyDelete
  46. salam dr.khir/semua,
    kepada anom
    Wednesday, December 22, 2010 4:53:00 PM GMT+08:00,

    Selama aku hidup bawah BN ni, tak pernah aku hidup susah (cukup2 makanpun dah alhamdulillah)..Sebab bagi aku, yg baik itu dari Allah dan yg buruk itu berpunca dari kita sendiri. Kalaupun ada sesiapa yg hidup susah..itu pilihan dia sendiri...malas usaha, bergantung pada orang lain, tak cermin kemampuan sendiri, gaji kecik tapi nak hidup macam orang kaya...
    Yg membangkang aka PR, asyik nak membangkang kerajaan, kerja untuk rakyat taknak buat, kesian pada kerajaan sekarang..mana taknya, nak buat kerja lagi bagi nak mati sebab nak jaga hati rakyat,nak jawab tohmahan Pembangkang lagi...

    Aku cadangkan, sesiapa yg jadi pembangkang kt malaysia ni..gaji/elaun dia jgn bagi besar sangat, buat habis duit pembayar cukai..setakat nak jadi BERUK dalam parlimen..aku pun boleh (tapi bukan beruk la)..

    Aku nak tanya pada pro2-PR, adakah hangpa undi PR ni supaya nasib-nasib anda semua dapat diperjuangkan macam aksi2 dalam parlimen tempoh hari..adakah wakil2 rakyat yg membangkang di parlimen tu membangkang atas isu-isu yg dikemukakan oleh pengundi mereka supaya diutarakan dalam perbahasan wakil dewan..

    Seronoknya makan gaji buta2 kalau jadi pembangkang, tapi kerja tak seberapa...membangkang sampai mati...teramat seronoknya jadi Pembangkang..

    TQ
    ps maaf lari tajuk sikit..

    ReplyDelete
  47. Anon 11.02am

    ya setuju 100% termasuk pembangkang-pembangkang di Selangor

    ReplyDelete
  48. salam ds khir/semua,

    aku tekankan pada gaji/elaun pembangkang di Parlimen aka MALAYSIA..bukan state...

    aku juga sedang menukar tempat mengundi dari Melaka ke kawasan Puchong(Melaka takde masalah, under DS Ali).Dah meluat tengok muka cicak Gobind jadi MP Puchong..kalau setakat nak tolong/berkhidmat utk rakyat dgn cara jadi peguambela di mahkamah, berapa sangatlah sumbangan kepada rakyat yg lain..kes pulak tu,yg besar2 je..baru ada profil gimik politik murahan..

    TQ
    ps maaf,lari dari tajuk

    ReplyDelete
  49. Salam semua,
    selepas 52 tahun kita merdeka, kita di asuh, si A adalah pemerintah, dan si Badalah pembangkang. Oleh itu semua cadangan si A tu ok-ok belaka dan semua yang di buat oleh B tu tak baik belaka, sebab pembangkang le, kaki bangkang. Si A kata Hanya aku boleh memerintah, si B mana ada kemampuan memerintah. Duit untuk memerintah tu datang dari semua orang, tak kira dari A ke atau B. Ada pula yang kata " If A cannot win the election, Nobody can win it ". Adui...macam le Malaysia ni dihuni oleh beruk-beruk belaka.

    Sepatutnya, apabila sesuatu parti tu menang pilihan raya, yang wujud hanya "Kerajaan Malaysia".. "bukan kerajaan A.".. mana ada istilah kerajaan "A" atau kerajaan "B" dalam perlembagaan.. kita telah dididik selama 52 tahun supaya, sesiapa yang memerintah akan terus memerintah dan mengekalkan status core nya.
    Ahli sains politik, menggunakan istilah politik hagemony. i.e. A terus mendidik semua rakyat supaya hanya A yang mampu memberi mereka kemakmuran sekarang, supaya rakyat terus melantik mereka menjadi siapa mereka sekarang.
    Kita tak pernah terfikir.. jika bukan A yang memerintah, mungkin kita jauh lebih baik dari sekarang. Semua ini adalah kemungkinan, A terus mengatakan ,mereka lah champion kerana orang lain tak pernah jadi champion. Mereka kata, tu B dan jadi champion di kampong-kampong, tapi tak champion di perinkat kebangsaan. Orang mana yang boleh menerima perbandingan champion kampong dengan champion kebansaan, sebab hadiahnya berbeza.
    Sekian.. I put my case to rest.

    ----Ahli politik kampong yang bercita-cita nak jadi juara oliumpik---

    ReplyDelete
  50. apa pun yg terjadi..harap BN jd pembangkang suatu hari nnt d malaysia dan PR jd kerajaan. barulah kita boleh tgk seimbang ke tak.

    ReplyDelete
  51. salam dr.khir/semua,

    kalau pendapat aku, tak perlu kita bereksperimen tukar kerajaan di malaysia ni..
    kenapa tak PR yg memerintah di beberapa negeri tu, tunjuk contoh yg baik mentadbir..mereka pun sepatutnya boleh bekerjasama utk memajukan negeri masing2..kenapa mereka tak bekerjasama dari segi ekonomi dan pentadbiraan..dari situ kita dah nampak mereka2 ni hanya mementingkan diri/parti masing2..kalau Kedah/kelantan tu miskin, kenapa Selangor/Penang tak tolong..
    Kesimpulannya, PR sendiri tak dapat tunjukkan SATU contoh yg baik yg boleh melawan imej/pencapaian BN/kerajaan. Masing2 jaga periuk nasik sendiri.

    TQ
    ps maaf lari dari tajuk

    ReplyDelete
  52. Anon 3:23
    Harapan anda menakutkan saya dan anak cucu saya.
    Sbb melihat Selangor, Penang n Kedah yg diperintah oleh PR, tiada apa yg ISTIMEWA berbanding pemerintahan BN. Malah disatu dua perkara terbukti lebih byk masalah berbanding pemerintahan sebelum ini. Skrg selangor seakan bergerak kebelakang. Itu baru 2-3 thn, bayangkan jika 20-30 thn.

    *Anak jati Selangor.

    ReplyDelete
  53. Tahniah DSKT... teruskan mlwn dgn fakta & angka... bukan dgn kata2 politik smata2...

    ReplyDelete
  54. slm dr, apa yg sy perhatikan anak sdg brgadoh dgn ayh. si ayh dah brbuat byk dgn rkn sekutu nya di sbt BN. Skrg ayh dlm era keletihan patutnya brsara. klu bleh biarlah cara trhrmat dan dikagumi jasanya cth Tun Dr M yg sgt crdik dan cpt peka.rata2 ank kt smkin crdik wlpun mrk diam tp sntiasa meneliti. sedaif mana pun mrk ttp graduan wlupun tiada pndptan.
    belum nak qimat lg jika pntakbiran brtkar. akan dptlah yg xperlu mentakbir brehat n meneliti. lainlah jika kt ingin myembunyikan sesatu. harini kt masih dgr suara n pndgan bernas Tun Dr M wlupun beliau tlh brsara. bodohlah kt menghukum PR yg baru mentakbir brbanding BN yang tlh puluhan thn. jika kt tidak hny mdgr ttp meneliti kt akn fhm knp PR tdk mampu laksanakan smua jnji mrk. mari kt lihat ngr maju, mrk berani menukar kpinpinan sbb tu lah rakyat mewah. sbb blum smpat pmimpin mrk melonggok harta mrk dah tkr yg lain.kt smpai brkulat pun kt tgu jgk.sptutnya stiap pnggal kt tkr pminpin.marilah brfkir scara maju agr anak cucu kt hrgai apa yg kt buat harini sprtimana kt hargi apa yg mrk buat smlm.

    ReplyDelete
  55. Azli said,
    orang2 UMNO la yang mula2 membuat demo untuk meletakan kesalahan ke atas kerajaan Selangor konon tidak pandai mentadbir sehingga tanah orang melayu tergadai tetapi apabila terbongkar perkara yang sebenarnya mula la pencacai ni nk spin balik. mereka ni berjuang kerana politik dan bukanya agama. ada hikmahnya Allah menangkan PR jadi kita tahu siapa penghianat bangsa yang sebenarnya. mereka ini hanya pandai berlidung disebalik ketuanan melayu. saya suka dengar ayat pengerusi yang menjadi kepala demo tu berkata ' ni la tanah melayu yang tinggal itupun diorang nak ambil'. saya jadi keliru, hebatnya kerajaan PR, 2 thn memerintah habis gadai tanah sehingga itu je yang tinggal? sedar la wahai saudara sebangsa dan seagama, siapa yang sebenarnya menjadi pengkhianat?

    ReplyDelete
  56. Bila baca komen2 diatas rasa jemu pulak. Hari-hari cerita pasal politik yang tak berkesudahan. Pembangkang bantai kerajaan, kerajaan bantai pembangkang. Kita sama-sama melayu gaduh kutuk sana kutuk sini. Orang bukan melayu tengok dari luar dan tepuk tangan lantak la kau orang...gaduh dan teruskan. Lepas PRU 13 siapa yang menang sekali pun perkara yang sama tetap akan berulang. Bilalah agaknya nak selesai. Aku rasa x akan selesai. Pelik juga ya rakyat malaysia ni bila tukar kerajaan seolah-olah suatu yang pelik. Di negara luar spt di USA, thailand, jepun, UK tukar kerajaan maju juga, sistem berjalan macam biasa juga...tapi di malaysia terbalik...fikir-fikir kan lah.

    ReplyDelete
  57. Kalau pun UMNO buat silap saya sentiasa berdoa moga Allah memberi peluang untuk membaiki kesilapan.Manusia mana yg tidak buat silap.Tapi tengok keadaan sekarang ni tidak nampak UMNO mahu berubah.Masih mengekalkan budaya lama,wang masih digunakan untuk memenangi kuasa.Budaya menunjuk-nunjuk jadi kemestian.Moga kita semua akan sentiasa memperbaiki diri.Hari ini lebih baik drp semalam.Wassalam

    ReplyDelete
  58. Nampaknya bila lah melayu nak bersatu.Bila orang lain menang kita sabotaj.Kan kita mengamalkan sistem demokrasi.Kena menghormati bila lawan menang.Kita memecah belahkan masyarakat dengan mewujudkan JPP dan JKKP yg berlawanan dengan prinsip demokrasi.Waktu BN berkuasa ada pembangkang wujudkan JKK mereka sendiri?.Rupanya kita suka bila masyarakat berpecah belah dan tidak menghormati demokrasi.Ini menjadi point pembangkang ketika berkempen.Moga perbuatan ini tidak melemahkan melayu islam.

    ReplyDelete