Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, December 23, 2010

Jangan Pandang Enteng Janji Pakatan Rakyat

1. Pada hemat saya, Barisan Nasional tidak boleh memandang enteng sebahagian janji Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang yang terkandung dalam Buku Jingga bertajuk, "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!"

2. Sungguhpun sebahagian janji tersebut tidak realistik namun terdapat janji-janji yang boleh mempengaruhi rakyat memberi undi kepada mereka terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

3. Terdapat kira-kira 400 ribu guru sekarang ini dan tidak mustahil sebahagian besar mereka akan menilai tawaran tersebut dengan serius. Ini kerana kebanyakan guru mempunyai pegangan politik yang agak bebas. Tidak ramai yang membuat keputusan menyokong mana-mana parti politik sejak awal lagi.

4. Kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan biar pun mereka mungkin tidak mampu melaksanakan sepenuhnya.

5. Saya percaya jentera kerajaan terutamanya Menteri "jaga makmal" boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan GST.

6. Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa Menteri "jaga letrik" mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai. Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat.

7. Menurut sebahagian rakyat termasuk guru-guru yang menjadi sasaran kempen Pakatan sekarang, "sekurang-kurangnya ada harapan dengan Pakatan berbanding Barisan Nasional yang asyik bercakap soal mengurangkan subsidi dan menaikkan tarif yang sekaligus menambah perbelanjaan dan hutang mereka."

8. Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada Barisan Nasional?

9. Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi.

10. Tidak mustahil pada tahun hadapan kerajaan negeri Selangor akan mengurangkan cukai pintu premis kediaman sebanyak 20% dan cukai pintu premis perniagaan sebanyak 10% seperti yang dijanjikan dalam manifesto mereka sebelum ini. Ini akan memberi "pukulan hebat" kepada Barisan Nasional.

11. Masalah Barisan Nasional (BN) lebih besar daripada Pakatan Rakyat (PR). BN sebagai pemerintah tidak boleh berjanji sebaliknya perlu melaksanakan kerana ia memegang tampuk pemerintahan.

12. Majoriti rakyat tidak meminta "bulan dan bintang" seperti dalam janji-janji PR. Namun rakyat juga tidak boleh terus memberi sokongan kepada kerajaan yang tidak boleh memberi mereka apa-apa harapan.

13. Barisan Nasional harus datang dengan pelan yang meyakinkan majoriti rakyat. Kalau pun tidak seindah Pakatan namun pelan BN jika baik dan cantik ia boleh mendapat kepercayaan rakyat kerana kemampuan BN telah terbukti.

14. Maka ketika kekalahan dan kejatuhan banyak parti dan pemerintah sama ada secara demokrasi atau autokratik sebenarnya bukanlah kerana isu demokrasi, ketelusan dan prestasi tinggi tetapi kerana suara golongan majoriti dalam negara tersebut tidak didengari.

15. Lihatlah banyak sejarah kejatuhan parti dan pemerintah kebanyakannya berpunca daripada kenaikan kos sara hidup, petrol dan pengenaan pelbagai cukai yang akhirnya membosankan majoriti rakyat (middle class dan lower class) dan mengambil keputusan menghumbankan mereka jatuh dari tampuk pemerintahan. Saya tidak perlu menyebut contoh namun kenaikan kos sara hidup sudah cukup menghumban beberapa pemimpin parti negara jiran dan eropah sejak berdekad-dekad lalu.

16. Ketika kita tidak menafikan kepentingan kerajaan menjadi telus, anti rasuah dan bijak menguruskan ekonomi negara yang menjadi mantera golongan elit perniagaan, elit politik dan elit akademik, namun majoriti rakyat jika terhimpit dan terdesak tidak akan mempedulikan semua itu ketika membuang undi.

17. BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu "bread and butter" sebagai tanda aras kepuasan mereka.

18. Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC, hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh "saman ekor".

19. Saya memberi pandangan ini agar kita tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada 2008, yang mana saya sendiri tidak mengambil berat manifesto Pakatan ketika itu dan menyebabkan Selangor jatuh ke tangan Pakatan. saya berharap pisang tidak berbuah dua kali.

103 comments:

  1. Dato Seri,

    Kalaulah semua menteri kita berfikir macam Dato' ni tak mustahil BN akan menang dengan bergaya diPRU 13 nanti...tepat & bernas sekali fakta yang Dato' sebutkan diatas....Malangnya orang yang berada disekeliling menteri - menteri tersebut banyak yang kaki ampu, memgampu untuk kepentingan diri... Pengundi akan berfikir "kalau aku undi parti ini apa aku dapat"

    ReplyDelete
  2. Yang disana hanya berjanji yang sini boleh melaksana
    cuba pikir sapa yang sepatutnya ada kelebihan gunakanlah kelebihan tu masa kini, Jangan dok menyusahkan rakyat tu je sayaratnya

    ReplyDelete
  3. pandangan bernas ds.

    rakyat bandar agak terhimpit dengan peningkatan kos sara hidup. penjaga makmal wajib concentrate isu ini.

    tol di lembah klang dah macam bayaran wajib untuk rakyat.

    tolonglah reda kan kemiskinan bandar.

    ReplyDelete
  4. saya bersetuju dengan pandangan dato' seri...sy selalu mendengar kehebatan pak-pak menteri bercakap tentang peningkatan ekonomi negara, keuntungan GLC berganda, tapi tiba2 subsidi kena potong juga...slogan "rakyat didahulukan" kebanyakkan hanya kepada rakyat yang ditimpa musibah, tapi yg midle class mcm saya ni rasa mcm "rakyat dibelakangkan"...

    ReplyDelete
  5. Dato' Seri,

    Benar sekali apa yg dinyatakn di atas, pihak kerajaan BN seharusnya peka dgn kehendak rakyat peringkat pertengahan dan bawahan krn mereka ini (termasuk saya) benar2 merasa tertekan dgn kenaikan kos hidup pada masa ini ditambah pula dgn isu saman ekor yg tidak mengendahkan suara rakyat.
    Saya sendiri walaupun adalah ahli dan penyokong tegar UMNO-BN namun tidak teragak2 utk tidak keluar mengundi dlm PRU-13 bersama2 dgn ahli keluarga & saudara-mara sy kerana kecewa dgn kerajaan BN.
    Perdana Menteri sentiasa menyeru agar pemimpin BN merasai denyut nadi rakyat tetapi bagi sy itu hanyalah retorik kerana pemimpin BN tidak merasa apa yg dirasa oleh rakyat bawahan. Mereka hidup mewah tanpa merasa risau utk berbelanja krn mempunyai wang yg byk tidak seperti kami rakyat bawahan.
    Sekiranya pemimpin UMNO-BN masih leka, rasa2nya PRU-13 kemungkinan besar kerajaan BN akan mengalami kekalahan yg lebih teruk dari PRU-12.

    ReplyDelete
  6. Dato,

    Inilah yang rakyat atas pagar cuba suarakan pada parti pemerintah Malaysia skrg, tapi almaklumla duit sudah pekakkan telinga mereka.
    Moga BN sedar sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  7. Setuju dgn pandangan dato' mengenai perkara ini.
    masakan syarikat2 GLC je yg mahu mengaut untung, tetapi kenaikan harga barang meningkat setiap bulan akibat daripada rasionalisasi subsidi tidak diambil kisah. walaupun kenaikan ini sedikit demi sedikit tetapi kesan nya berpanjangan.

    ReplyDelete
  8. salam..dato seri..memang betul ape yang bahtiar tu cakap.pd saye kebanyakan menteri2 ade yg trlepas pandang masalah2 utama rakyat.dan masih xpham pe yg rakyat nak..saye percaya BN gagal semasa PRU 2008 bukan kerana rakyat sokong PKR 100% tp kerana ramai rakyat kecewa dgn cara pemerintahan yg membebankan rakyat..ape guna kite jalankan projek MEGA..bangunan besar2 yg GAH..tp hakikatnye rakyat kite masih ramai yg tertekan dgn KOS sara hidup..kehidupan sorang rakyat biase mcm saye..x same mcm khdupan sorang menteri yg serba serbi mudah..

    ReplyDelete
  9. sy setuju dengan dato seri..sebagai rakyat biasa sy selalu mendengar kehebatan pak-pak menteri kita bercakap tentang peningkatan ekonomi kita, keuntungan GLC, angka pelaburan meningkat, import export meningkat..tapi sebagai rakyat biasa sy tidak rasa apa2 pun di bawah slogan "rakyat didahulukan" slogan ini hanya diterjemahkan apabila rakyat di timpa musibah..teruskan menasihati parti pemerintah dato'..takut mereka angkuh buat kali kedua...rakyat biasa..

    ReplyDelete
  10. Salam DS Khir..

    Saya pun heran dengan sesetengah menteri kerajaan ni.Mereka ni macam tak sensitif dengan kehidupan,derita dan denyut nadi rakyat. Contoh yg terbaru ialah Rang Undang-undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010.Menteri Pengangkutan Jalan dari MCA ni gagal untuk memberi justifikasi kewajaran penswastaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).Tengah rakyat dok pening kepala & menangis dengan segala kos hidup yg tinggi,tiba-tiba dilihat Kerajaan cuba buat keuntungan dengan penswastaan saman.Alasan yang dangkal diberikan bahawa semua kos seperti alatan kamera keselamatan akan ditanggung oleh pihak swasta.Lupakah mereka bhw kalau pihak swasta dah keluarkan modal, mesti syarikat ni akan pastikan mereka dapat modal kembali dan buat untung, yg akhirnya rakyat bawahan jadi mangsa pemerasan syarikat swasta. Heran ye, soal penguatkuasaan undang-undangpun nak dijadikan bisnes.

    Kerajaan patutnya kena tunjukan keprihatinan dan sayang kepada rakyat, barulah rakyat akan sayang kepada kerajaan. Sekarang sibuk nak swastakan pungutan saman dan buat untung dari bisness pengawasan undang-undang jalanraya. Tapi dalam masa yang sama nasib dan keselamatan rakyat tak diutamakan. Contohnya, apa langkah konkrit dan jaminan kerajaan yg telah dibuat terhadap keselamatan pengguna bas ekspress? Saya kesihan tgk tiap tahun ada je ramai yg mati katak sebab naik bas XPress.Kebanyakan pengguna bas Xpress ni ialah rakyat bawahan. Pak Menteri tak naik bas! Tapi bila kemalangan maut berlaku, Menteri Pengangkutan ni sibuklah janji akan buat tu dan ini, tapi akhirnya senyap je...sampailah bila ada kematian ramai akibat accident bas Xpress lagi, menteri ni akan muncul balik dlm TV...eh..menteri yg mcm nilah buat rakyat meluat kat BN! Daripada sibuk nak swastakan dan buat untung dgn industri saman, patutnya kerajaan ambil tindakan mcmmana nak selamatkan nyawa rakyat! Lihat contoh kat UK, semua bas express mcm National Xpress, setiap tmpt duduk penumpang ada safetybelt utk keselamatan..& ada alat kat driver, kalau laju lebih dari sepatutnya akan keluar bunyi dan bas akan automatik perlahan..kat Malaysia ada? tak de! kalau accident, penumpang tercampak keluar bas & mati katak! Bab yg keselamatan rakyat ni, Menteri Pengangkutan tak sibuk plak, tapi yg dia sibuk ialah mcmmana nak buat untung dlm industri saman rakyat!

    Pelik sungguhlah dgn sesetengah pemimpin BN ni..Satu lagi, cuba tgk dengan isu janji Pakatan tentang penghapusan tol Lebuhraya dlm tempoh 100 hari berkuasa. Menteri yg bertanggungjawab juga gagal memberi penjelasan wajar kepada rakyat. Menteri jangan lupa dan ingat rakyat bodoh ye. DS Najib wajib pecat je menteri2 yg tak efisyen mcm ni. Ingat Pak Menteri ye, walaupun Dasar Penswastaan di Malaysia juga telah lama diperkenalkan di Britain dibawah era PM Margareth Thatcher, tetapi semua lebuh raya di UK tiada tol! (kecuali satu lebuh raya swasta di Birmingham)..Sekarang ramai rakyat boleh gi UK naik AirASia...dan mereka akan bandingkan..eh! kenape walaupun ada dasar penswastaan kat UK, lebuhraya mrk tak kena tol? Lepas tu naik bas Express dri Stanstead Airport, tgk aspek keselamatan dlm bas terutama safetybelt..then tanya kerajaan, nape kat Malaysia tak de mcm ni? Dan akhir sekali lihat CCTV dijalanraya2 di UK...jangan tak tau, semuanya milik polis bukan swasta!

    Menteri yg tak prihatin, tak efisyen, tak pro-aktif & dibenci oleh rakyat patut dipecat je..Kerajaan kena tegas dlm hal ini.Jangan kerana kuota parti komponen, maka nasib rakyat digadaikan..Pengguna jalanraya terutamanya pengguna bas ialah rakyat jelata. Menteri Pengangkutan tak naik bas! ...tu le sebab menteri ni tak faham derita rakyat!Sedarlah Pak2 Menteri sekalian..kamu diatas sana atas undi rakyat jelata, bukan undi syarikat2 swasta..rakyat naikkan kamu dipuncak, maka rakyat juga yg akan jatuhkan kamu...SAYANGILAH RAKYAT, maka RAKYAT PASTI AKAN MENYAYANGI KAMU...Aminnn..

    ReplyDelete
  11. Sebagai rakyat biasa, dah lama saya tggu penurunan cukai pintu ni.
    Tapi... selangor yg dah kurang duit ni boleh ke nak kurangkan lagi pendapatan mereka?
    Mcm mn Selangor nak membangun jika akaun negeri asyik defisit?
    Bagaimana pula kualiti perkhidmatan pbt?

    Ishh.. rasanya, saya rela membayar cukai spt sblm ni drpd duduk di negeri yg semakin lama semakin mundur.

    Seperti juga air, saya rela RM11 percuma ditarik balik drpd mandi n minum air keruh, berkeladak dan selalu putus2.

    ReplyDelete
  12. kalau menteri BN baca blog DSKT ini , sure kata nak tunjuk bijak..

    apa nak buat, kerajaan sekarang lebih mendahulukan keuntungan GLC dari penderitaan rakyat....rakyat sudah mula rasa tertipu dengan transformasi ekonommi yang dicanangkan...

    setakat isu Apco , rakyat tak berpaling kepada PR...kalau ekonomi ..bersedialah BN jadi pembangkang PRU akan datang...

    siapa nak mendengar rintihan rakyat..saman pun di swastakan..alahai..kemaruk sangat ke Menteri BN ni nak menjana wang?

    ReplyDelete
  13. Dato Seri,

    Sya bersetuju dgn pendapat Dato' Seri..kekalahan BN di Selangor terjadi disebabkan oleh kealpaan serta memandang enteng permasalahan rakyat oleh kerajaan BN..terus terang sya katakan disini, sya menyokong BN 100% kerana sya percaya hanya parti ini sahaja yg mampu membela nasib org Melayu..tapi sampai bila kami boleh bertahan dengan memberi sokongan sedangkan kami sebagai rakyat terpaksa menanggung kos sara hidup yg begitu tinggi sekarang ini..Kerajaan Pusat harus beringat bahawa kerana terjadinya kemiskinan, sesetengah manusia sanggup menukar agama, jadi tidak mustahil kami sebagai rakyat juga boleh menukar parti jika keadaan @ tahap ekonomi terus menghimpit kehidupan seharian kami...jadi renung2kanlah.

    ReplyDelete
  14. Dato' Sri,

    Bandar Tasik Puteri Kundang dulu PR kecil jer tapi sekarang dah makin garang.

    Tak pernah pun wakil BN pi melawat/ceramah kat situ.

    Lebih 95% adalah melayu. Sayang kalau hilang terus kpd PR. Buatlah sesuatu.

    ReplyDelete
  15. groom have a point there..many points actually. Well said.

    ReplyDelete
  16. Well written Dato' Seri !!! Yes, BN sepatutnya melihat dengan teliti dengan isu-isu yang Dato' Seri nyatakan.

    Saya sendiri agak hairan dengan sesetengah Menteri di mana pemikiran dan kenyataan mereka ala-ala budak sekolah.

    Syabas saya ucapkan pada Dato' Seri kerana mampu dan berupaya melihat isu-isu rakyat dengan teliti.

    ReplyDelete
  17. salam....

    cadangan saya....
    1-lupuskan saman polis,jpj 1Malaysia
    2-kurangkan bayaran tol 1Malaysia
    3-skim keperluan asas murah 1Malaysia
    4-skim gaji minimum 1Malaysia
    5-skim insuran kesihatan 1Malaysia
    6-skim 1rumah 1keluarga 1Malaysia
    7-akta standard milikan harta pemimpin 1Malaysia
    8-akta sifar hiburan haram 1Malaysia
    9-akta hiburan halal 1Malaysia
    10-akta rampas milikan harta haram 1Malaysia

    ada berani ker...?

    ReplyDelete
  18. Busa Bangi

    Salam DS, tugas berat BN nak lawan janji2 PR tak kan kemana kalau rakyat hari2 dihidangkan diTV dgn program2 DS Rosmah yang entah apa2 tah..program2 DS Rosmah ni rakyat lihat hanyalah untuk sekelompok kecil golongan tertentu je tidak menjurus rakyat kebanyakan. Saya rasa patut Dato senaraikan sebab salah satu punca kemungkinan BN akan tewas nanti.

    ReplyDelete
  19. Salam Ds, pandangan DS sangat bernas, Pak menteri tak pedulikan hal-hal yang berkaitan dengan rakyat, kalau itulah caranya jgn harap BN dapat kembali memerintah Negeri Selangor, kalau silap percaturan banyak negeri akan terlepas.

    ReplyDelete
  20. Kerajaan BN ni dah jadi Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.. kalau BN kalah, menteri2 tak rasa susah pun, diaorang dah byk duit.. boleh buat projek lain pulok. yang susahnya rakyat juga. sama saja siapa yang jadi pemerintah pun.. yang senangnya orang diatas, orang bawah tetap susah juga.. betul cakap dato'.. petronas untung. tapi minyak naik juga. tnb untung, tapi nak naik juga bil tu.. YA ALLAH.. PELIHARAKANLAH MALAYSIA..

    ReplyDelete
  21. Betul pendapat Datuk, Kerajaan sekarang tidak jaga orang lama yang pencen dengan gaji RM 350.00 sebulan jika dinaikkan 5 peratus berapa sangat.Selalu dengar bantuan kepada ATM orang kampung bagaimana pula orang telah berkhidmat untuk Negara masa lalu.

    ReplyDelete
  22. Tulisan DS ini bagus untuk BN. Tapi rasanya dah terlambat nasihat dan pandangan DS. DS sendiri didakwa oleh geng DS atas nasihat 'orang itu' yang mahu DS masuk ke dalam. Diharap DS berjaya melepaskan diri dari segala pertuduhan. DS adalah kambing hitam kepada geng DS sendiri yang menikam DS dari belakang.

    Sekian. Sekadar pandangan.

    ReplyDelete
  23. Peringatan yang baik....

    Saya mula terasa sesak akhir2 ini. Mengenang anak nak sekolah tak lama lagi terpaksa tangguh bayar duit kereta. Makin besar belanja sekarang. Harapan tinggal harapan. Janji rakyat diutamakan rasa macam tipu semata-mata.

    ReplyDelete
  24. Bagus dato,Komen yg ikhlas,inilah pemimpin yg kita nak.Bagi saya apapun parti yg memerintah,samada umno atau pas tapi kita pastikan kuasa dibawah melayu islam.Moga Allah berikan kita kekuatan.

    ReplyDelete
  25. Dr Khir

    Yang paling penting Datuk Seri kena membawa perkara ini ke atas (Di baca : YANG PALING ATAS). Harap2 ada yang mendengar dan berbuat sesuatu. Masa semakin suntuk,PR berkeyakinan untuk menawan Putrajaya dan BN asyik memperlekehkan PR. Berbuat sesuatulah untuk mengekang langkah mereka..jangan hanya habis disini dan tiada tindakan. Sekarang bukan masa bermimpi, berkelahi dan berebut jawatan..rakyat menilai,kuasa Persekutuan ditangan BN dan kelebihan itu ada..gunakanlah..

    ReplyDelete
  26. Saya secara peribadi mengatakan BN sudah kehabisan idea. Dan terlalu lama memerintah.Banyak masalah yang cuba disembunyikan kerana rakyat sekarang sudah celik IT.Kekadang hujah tidak dibalas dengan hujah.Kepada BN tak mengapa. Tapi jika musuh politik tak boleh.Saya sebagai rakyat inginkan sesuatu yang baru.Perubahan yang yang sebenar bukan retorik.

    ReplyDelete
  27. Salam,
    Kenapa, keuntumgam GLC diutamakan.Keluar dalam berita GLC itu dan GLC ini untung 1st quarter, sebelum cukai, sekian-sekian ratus juta - pertumbuhan ekonomi yang berada pada landasanya. Tapi mohon untuk naikkan tarif juga. Expect rakyat gembira kerana GLC untung, tapi rakyat kena bayar lebih diatas kegembiraan tersebut. Ini lah economi akhir zaman.

    Ambil contoh yang pailing Dekat dengan rakyat, Telekom, dan Eletrik. Umum keuntungan sebelum cukai menaik, tapi nak naik tarif. Ini mesti ada " I scratch your back , you scratch my back",

    Politik akar umbi, tidak membolihkan si umbi melihat gelagat dan tipu helah pucuk pimpinan, kerana umbi berada didalam tanah, dan pucuk berada di hujung dahan. Sekarang gulungan pertengahan semakin membesar. yakni gulungan bahagian "batang" semakin memanjang. Ingat "batang" ni, mengetahui apa berlaku pada "umbi" dalam tanah dan pucuk pada hujung dahan.

    Jika batang di patahkan, makanan di dari "umbi" tak sampai ke pucuk, dan akhirnya pucuk kering dan mati,--- maka tumbuhlah pucuk yang baru dan lebih segar dan lebih rendang.

    --sewkian cerita politik "batang ubi"--

    ReplyDelete
  28. dato...
    BN perlu kalah dulu baru apa yang dato tulis itu ada kebenaranya...

    ReplyDelete
  29. Salam datuk, isu yang sedang bermain di universiti-universiti awam adalah mengenai saman yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan kepada pelajar yang diberikan cuti belajar tetapi gagal dalam pengajian Master or PhD. Pada pendapat saya, isu ini akan dimainkan oleh pihak PR pada PRU akan datang. Dan sememangnya diketahui kebanyakkan staf di IPTA adalah atas pagar dan berat kepada PAS berbanding PKR or DAP. Jika perkara ini dicadangkan oleh pihak PR dengan menghapuskan atau tidak akan menuntut ganti rugi, ia akan melihat kepada kejayaan pihak PR. Dengan kata lain siapa yang mencadangkan akan mendapat faedah darinya samada BN atau PR.

    ReplyDelete
  30. Dato Seri,

    Bila saman diswastakan umpama BN mengali lubang kubur sendiri...WoW...satu perniagaan yang menguntungkan...dimana kami hendak meluahkan kemarahan kami...sudah pasti dikertas undi...

    ReplyDelete
  31. Buatlah yang terbaik untuk memenangi hati rakyat..
    Salam Perjuangan dari KL BOYZ...
    Agar BN dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih bijak.

    ReplyDelete
  32. Saya adalah penyokong kuat BN tetapi BN tak pernah fikir pasal rakyatnya. Kos kehidupan semakin tinggi harga barang semua naik. kalau minyak petrol naik.. sudah pasti semua barang akan naik. Ikan sadin cap ayam pon telah meningkat naik 3 kali dalam setahun. Telur ayam naik, minyak masak naik, gula naik. Slogan rakyat didahulukan memang betul.. iaitu rakyat didahulukan berbelanjan pencapaian syarikat dan kroni BN diutamakan. Saya amat kecewa dengan pentadbiran sekarang.

    ReplyDelete
  33. Kenopo to DSKT?
    Angger wong Melayu wes iso gole dewe-dewe seng arek digolei nopo wong jowo arek miluk seng gawe wong lio loro. Kulo orak gelem gawe seng ora2. Nopo to? Yola... Nek delok nopo rakyat moh kambek BN? Eneng sebab rakyat orak gelem miluk BN. 1. Rakyat wes kesel mikir no pasal rego barang munggah tapi orak mudun2..gajianne orang munggah malahan ramei seng diguang kerjo. Ekonomi teruk, cukai jalok waei lepas kui podo loro... Takoni disek piro wong seng ora bayar hutang. Kereto ditarik, umah orak bayar...
    2. Keperewe arek UNDI BN nek seng jadi Kerajaan BN asik kabeh arek ngenang ke rakyat. BN ibarat anjing seng dilepaskan seko tersepit. Akon rakyat undi BN lepas kui dicokot-cokot kambek dipangan-pangan sampek orak iso ambe'an.
    3. Seko biyen orak akeh, tapi sitik2 podo ngapusi rakyat. Kapan rakyat iso seneng.. nek koyo ngunu. Nek negoro wong liyo, kerajaan ne maneh seneng nek delok rakyatte sogeh. Men seneng nek arek ngetokne cukai kambek zakat.
    4. Nopo to? Nek delok zakat 2.5% tapi cukai 25
    %. Kerajaan BN Islam orak iso boco sirah Islam nawane.. kesel gawe UIA tapi goblog ora pandai nilai. Islam ngomong zakat kui cukei..2.5% tapi arek maneh LHDN jikuk 25%. Orak ke jengene kui arek delok rakyat Loro.
    5. Nopo to? Nang Brunei rakyat podo seneng...nang UK rakyat woleh gaji... Pasalle kerajaanne ORAK KORUPSI...Ayuh Wak Khir... neng kue rasane arek gowo martabat JOWO men jadi pemimpin SENG FISABILILLAH...Ingat pesan WONG TUEK... Pemimpin tanggungjawab GEDI bukan nang dunio tapi akhirat dikiro...

    MOGO-MOGO WAK KHIR iso KAMBEK Rakyat JOWO Selangor... OJO MIKIRKAN BN kerono NANG BN Sampian NIKU AKEH MUSUH NE...DEMO JOWO WAK....WES TEKAN MASANE....

    ReplyDelete
  34. Melihat kekuatan org melayu memang hbt jika di nilai pada BN..tp percaya lah Ds..BN takleh nk tinggi lg dh..dia kena turun kebawah pulak.baru mereka2 yg berbekalkan duit2 rakyat ni sedar ape rakyat yg kelas pertengahan & bawahan rs.keperitan menaggung beban hidup yg tak pernah kurang.

    tak munasabah kalau skarang rakyat nak tuka tampok kerajaan skang.melihat kepada pemikiran BN masih lagi tak ubah2.BN hanya tau nak bagi sumbangan bila pilihanraya saja.sedar tau tidak, rakyat masih lg tersepit dgn mslh slps pilihaanraya.

    jgn ingat PR tak reti nk buat perubahan.kalau reti saman org dia pun tau cara taknak bg org saman dia blk.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum DSKT,
    Semoga waras selalu. Saya sgt bersetuju dgn apa yg DSKT coretkan pada kali ini. Setiap kali ada pemotongan subsidi atau kenaikan bahanapi spt minyak , gas atau bahan keperluan spt gula tepung dsbnya...akan ada ayat "Keuntungan disebalik semua ini akan dikembalikan kepada rakyat semula" Benarkan rakyat dapat apa yg seperti yg dikatakan ? Benar rakyat bukannya nak minta bulan dan bintang, memadailah jika hidup ini tidak terlalu ditekan oleh kos kehidupan yg tinggi. Ini dah hujung tahun ni..mana nak pikir anak2 nak masuk sekolah semula...kena ada yg anak sampai empat atau lima org yg bersekolah...mau tak pening dibuatnya...Lama2 rakyat jd stress nak menghadapi semua ini...mana yg tak tahan maka mungkin akan kena sindrom kemurungan yg melampau atau darah tinggi...Semoga menteri2 yg dipertanggungjawabkan di atas sana atau sesiapa sahaja yg telah diamanahkan BENAR2 merasai denyut nadi rakyat dan benar2 melaksanakan seperti slogan 1 Malaysia itu. Semoga DSKT akan terus sejahtera untuk membela nasib rakyat..InsyaAllah selagi ianya kebaikan untuk rakyat...pasti rakyat akan meyokongnya dan paling pasti kebaikan jugalah yg ALLAH akan balaskan....

    ReplyDelete
  36. Salam DS & semua,

    Kdg2 malas nk ikut prkembangan politik. Blh sakit jiwa. BN brnasib baik sbb ada suratkhabar,saluran tv semua dok pakat siar cerita best2 je ttg BN. Ambil kesempatan sama utk hentam PR. Ini bkn zaman tok kaduk,ini zaman internet. Lg menyampah bila tgk berita jam 8,isi die 50% cerita BN, 30% hentam PR. Siar cerita kemiskinan kt Kedah/Kelantan. Hoi! berapa lama BN pegang Kedah? tiba2 jd miskin bila PR pegang?
    Sokong Busa Bangi,hari2 muka DS Rosmah ada kt tv. Apekebenda? Rakyat MENYAMPAH!

    ReplyDelete
  37. saya lihat DS hanya berani bersuara bila sudah tiada harapan untuk bangkit. apapun syabas diucapkan kerana berani walaupun pahit untuk didengar oleh juak2 pemerintah BN. sayangnya semua sudah terlambat untuk dilakukan oleh BN. sepatutnya tahun 2009 BN sudah mula mengorak langkah mengembalikan sokongan rakyat. tapi sayang dah nak masuk 2011 BN masih lagi menekan rakyat dgn pelbagai isu seperti undang2 baru JPJ, menurunkan harga tol, serta tidak mampu menurunkan harga minyak walaupun 20sen.

    perlu diingat api bila kecil ianya akan dipandang ringan. tetapi bila ianya besar dan membakar, ianya terus marak dan memusnahkan dalam masa yg singkat. itulah yg mungkin akan terjadi pada BN pru13 akan dtg. rakyat sekarang dilihat masih sejuk dan belum memikirkan akan pilihanraya. tetapi bila sampai masanya, mereka akan panas..dan bersedia untuk membakar

    sayangnya pemimpin BN masih lagi berangan2 yg mereka akan kembali menang besar...hanya dengan bantuan media2 muflis idea, yg dusah direject dan dicop penipu oleh sebahagian rakyat. mereka masih lagi merasa kuat sedangkan sebahagian besar puak2 BN sekarang ini sudah menunjukan sikap rembat dan sebat apa shj sebelum kapal karam.

    pikir2 kan lah...

    ReplyDelete
  38. Menteri Bn ni banyak yang sombong dan bagi alasan yang bodoh dan tak boleh diterima. Tiap kali harga barang naik, skripnya dah tau dah. 'Kenaikan ni tidak akan menjejaskan rakyat berpendapatan rendah.' Kan ke bodoh menteri yang bercakap ni. Mana ada kenaikan harga barang yang tak menjejaskan rakyat. Menteri lain lah dengan gaji besar, semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan (ditanggung oleh rakyat la tu) kemudian dengan rasuah dan sebagainya, memang lah tak terjejas. Mana dia slogan Rakyat Didahulukan?

    ReplyDelete
  39. terbaekkkkk DS Khir...sbb ekonomi punca soeharto tumbang...sbb ekonomi..marcos tumbang (imelda pun org tak suka..sama mcm org tak suka Kak Mah...tayah tgk jauh2 brader..dekat2 kita ni jekk..ekekekekekekeke

    ReplyDelete
  40. Dato sri,
    Isteri saya Cikgu selalu merunggut program permata nie...tak kemana.. patutnya upgrade taska dan tabika kemas...lebih menjurus kepada penambah baikan syetem yang ada, bukan tinggal kan yang lama buat jenama baru tapi tak ada apa pun...hanya sebahagian yang mendapat manfaat nya..renung kan lah

    ReplyDelete
  41. YA DATUK SERI...SBG GURU SY JUGA AKAN MENILAI TAWARAN ELAUN KHAS GURU RM 500.00 SEBULAN ITU DGN SERIUS DAN MEMBUAT BANDINGAN APA YG GURU2 DAPAT BAWAH UMNO/BN....

    SAYA DAN RATUSAN RIBU GURU LAGI PASTI AKAN LBH TERUJA!!!

    SUDAH LAMA NASIB GURU DIBIARKAN...BUKAN NAK MINTA LBH TP PELUANG YG AMAT2 TERHAD...

    BRAVO PR!!!

    ReplyDelete
  42. kes saman ekor ini ,banyak rakyat peringkat bawah yang terlibat ,saya percaya jika isu ini digunakkan sebaik mungkin oleh pas saya akan rakyat akan termakan ....

    Kalau tak caya ,kita tengok nanti ....

    Bye......

    Jumpa lagi

    ReplyDelete
  43. Salam DS,apa yang dikatakan DS tu betul.Saya sebagai ahli UMno tegar pun rasa sangat sedih cara pak menteri kita mejawab permasaalahan rakyat.Dengan masalah kos hidup yang tinggi tanpa ada kenaikan gaji dan bonus boleh menyebabkan rakyat berpaling tadah. Saya rasa PM perlu melihat perkara ini secara serius.Kata orang perut lebih penting dari parti.Jikalau keadaan ini berterusan,saya dan keluarga mungkin tidak akan memberi undi pada BN lagi.Satu lagi Kepada DS dapat komen tentang ASB ,sejak dipegang oleh " mereka" itu hasil dividen tidak memuaskan dan alasan yang diberi tidak boleh diterima akal,macam mana bumiputera nak nak merasa kek ekonomi yang lebih baik,

    ReplyDelete
  44. Dato'

    Susah sampai masanya rakyat bawahan & pertengahan berfikir mana lebih penting "perut aku dulu", tak kisah la anwar kaki liwat atau dap sekular ke... yang penting BN perlu ditukar... TAK CUBA TAK TAHU

    ReplyDelete
  45. SHARP......Khir,you are on the dot. Sudah sampai masa nye PM kita tu buat kerja macam apa yg dicanang kan nye. Banyak sangat agenda dan transformasi nye dan dah macam pukul tin kosong aje. Yang SiRosmah tu pulak, lebih kuah dari sudu. Hari2 dok tengok muka yg tak ada faedah tu kat TV. Dah naik jelak dibuatnye. The worst part is that TV3 seems to be her Branding Manager pulak. Boss pemandu Si Idris Jalal tu...please la...you are not running a company & do you really understand the hardship of the rakyaat?. Yg you tau nak potong subsidi aje.If you use your God given BRAIN you can do wonders in cost saving in the govement organazation itself.

    ReplyDelete
  46. Salam ds,

    yg sebenarnya pendapat ds saya sokong seratus peratus.

    sebagai contoh, saya selama ini menyokong BN, tetapi tak pernah mendapat sebarang pembelaan dan sokongan dari kerajaan BN. Keadaan kehidupan semakin sukar terutama selepas saya diberhentikan kerja oleh majikan dahulu. kos sara hidup semakin hari makin meningkat tanpa penghujungnya.

    Contohnya, dulu kalau makan nasi ayam harganya RM3 tetapi skrg RM6 sepinggan. Kenaikan 100%. Brg-brg lain pun demikian juga, melambung 100%. kenapa kerajaan langsung tak kawal. Selagi masih berkuasa BN harus berbuat sesuatu. Jgn buat tak tahu je. ini masalah rakyat..rakyat yg memberi kuasa pd BN. jgn perkara ini menyebabkan rakyat hilang kepercayaan pd BN.

    ReplyDelete
  47. DS,

    saya telah di berhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. sepatutnya kerajaan memberikan org2 seperti kami wang untuk meneruskan kehidupan. ds lihat negara lain seperti di eropah dan amerika, kenapa mereka memperuntukkan sejumlah wang untuk golongan seperti ini. jika tak dibantu, macam mana nak meneruskan hidup.

    satu perkara lg, graduan universiti skrg banyak yang menganggur kerana susah mendapat pekerjaan. apa kerajaan buat utk menyelesaikan masalah ini? jika dibiarkan, keadaan ini akan menjadi semakin parah yg pasti akan memberikan masalah besar kepada negara...

    ReplyDelete
  48. Dato Seri,

    Entahlah, orang-orang yang ada dalam kerajaan BN hari ini, termasuk PM Najib sendiri nampaknya tidak sedar yang mereka itu menggali kubur sendiri.

    Penat menyerang pembangkang, lagi penat nak meneruskan sokongan kepada kerajaan yang OUT OF TOUCH ini.

    Seriously, saya rasa ramai yang ternanti-nantikan kewujudan pilihan Ke-3 dalam PRU nanti.

    ReplyDelete
  49. YA..SEBAGAI SEORANG GURU, SAYA DAN AKAN LBH RAMAI LG GURU2/KTGN PENDIDKAN YG MELIHAT TAWARAN ELAUN INI SBG SESUATU YG PERLU DIREBUT DAN DIFIKIRKAN SECARA SERIUS...

    INI KERANA SELAMA INI UMNO/BN TIDAK LAH SERIUS SGT MENGAMBIL BERAT PERMSLHAN GURU...OLH KERANA TAWARAN INI MENARIK DAN MUNGKIN AKAN DIIKUTI DGN TAWARAN KENAIKAN PANGKAT LBH LUAS LG...MAKA MENGAPA TIDAK SAYA DAN GURU2 LAIN, BERTUKAR ARAH DAN MENYOKONG SEPENUHNYA PAKATAN RAKYAT PRU 13...

    INGAT! BILANGAN GURU AMAT RAMAI!!!KUASA DAN PENGARUH MRK BESAR DAN TDK MUDAH DIGULA2 KAN!!!

    ReplyDelete
  50. salam..

    pada hemat saya DS sudah terlalu lambat untuk menyuarakan pandangan sebagai seorg bekas pemimpin. pandangan DS ni boleh dianggap sbg 'personal view from nobody' shj.

    setuju dgn beberapa pandangan diatas yg menyatakan kerajaan BN sekarang telah terlalu lama memerintah. tapi pada hemat saya baik BN mahupun PR sekiranya mana2 pihak mengamalkan cara hidup berlandaskan Islam dan bukan retorik ( walaupun tidak 100% ) tetapi masih cuba yg terbaik insya Allah tidak akan terpalit dengan masalah2 yg tak relevan.

    p/s: pak2 menteri beragama Islam dlm BN sibuk dok memperjuangkan negara Malaysia negara Islam yg diiktiraf antarabangsa lah..OIC. lah..bla..bla..bla..tapi wife sendiri jambul (baca rambut) terjojol2 menggerbang! rakyat tak bodoh tau! saper nak jawab?

    ReplyDelete
  51. Saya bukanlah penyokong pembangkang, tapi tak teragak-agak untuk mengundi pembangkang kerana nak protes beberapa perkara...banyak yang saya tak puas hati projek penswastaan gagal dan diambil alih semula oleh kerajaan( dijanjikan akan diserapkan semula) malangnya kakitangan diberhentikan dalam masa singkat...dari jawatan tetap pusing -pusing ke jawatan kontrak...lepas tu terus tak sambung seperti yang dijanjikan..Yang peliknya mengikut Najib semasa mengumumkan PRE satu masa dulu kerajaan tak bercadang nak memberhentikan pekerja berstatus kontrak..tak tau laaa mana silapnya nak car kerja sekarang bukannya senang dah setahun di jadi penganggur...kata hujung tahun di nak umumkan gaji minimum..dah nak masuk tahun baru pun Rakyat didahulukan macam mana ni....Nak kata menteri tak tahu dah tulis banyak surat dan dah jumpa pun menteri tuuu...Tak paa laa sabar jee laaa dan berdoa dan berusaha agar rezeki terus murah..Tapi perkara ini tidak akan saya dan sahabat-sahabat saya seramai lebih kurang 40 orang aka lupakan...

    ReplyDelete
  52. Salam DS..

    Kami rakyat dah penat sebenarnya ni. Tunggu jer la PRU13, kita negok mcm mana lak jadinya.

    ReplyDelete
  53. Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang akan dikendalikan oleh dua syarikat swasta.Ia bukan dikendalikan oleh JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) atau polis. Betul kerajaan tidak mengeluarkan apa-apa peruntukan, (kerana) mesin, kamera dan semuanya akan disediakan oleh dua syarikat ini.Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd.
    Syarikat ini akan mendapat habuan mereka daripada jumlah saman yang dikeluarkan.AES - sistem penggunaan kamera - akan mengambil gambar kenderaan yang melakukan kesalahan, memprosesnya dan kemudiannya mengeluar dan menghantar saman kepada pesalah trafik.Sebyk 35 peratus hasilnya akan diperolehi oleh kedua-dua syarikat tersebut.Saman mesti kena ada, kalau tidak, syarikat itu akan rugi lah. Dia pasang kamera, tapi tak dapat habuan untuk dia (syarikat itu).

    LOgiknya company mana tak nak buat untung?

    ReplyDelete
  54. Salam, Dato'

    1.Pakatan Rakyat amat pandai mengulakan-gulakan rakyat.
    2.BN kenalah mendengar suara majoriti rakyat kalau nak menang besar PRU akan datang.
    3. Menteri yang jaga 'makmal' berfikir macam taikun bisnes besar. Macam mana nak untung dan tak rugi kalau nak berniaga dengan rakyat. Dengan rakyat pun nak berniaga ke?
    4.Menteri yang jaga 'makmal' patut berfikir macam mana rakyat nak makan kalau semua harga barang dan keperluan asas naik?
    5.Apa pelan yang terbaik BN untuk memenangi golongan majoriti ni dalam PRU akan datang?

    Nasib baik Dato' dah sedar sekarang.....
    Bersuaralah Dato' dengan lantang..... agar BN sedar kepentingan menguasai golongan majoriti rakyat ini yang akan menentukan kemenangan PRU akan datang.

    Wassalam,

    Pejuang Bangsa

    ReplyDelete
  55. ANON 3:00

    SAYA SETUJU ANDA...YA KITA DAH PENAT DAN TIADA PILIHAN LAGI...DALAM MASA LBH KRG 2 TAHUN SBLM PRU 13 NI, KITA RASA RUANG MASA INI SGT PERIT!!!

    YA..KITA SAMA2 TUNGGU MASA KEEMASAN ITU, UTK BERBUAT SST YG LBH MENGUNTUNGKAN RAKYAT...

    TUNGGU LAH, MASANYA AKAN TIBA BUAT UMNO/BN....

    ReplyDelete
  56. Pandangan yg menarik dr DS..saya br kembali dr UK slps berada di sana 3 tahun..kalau cara pilihanraya di UK dilaksanakan dah lama BN tersungkur. Kalau cara BN sekarang diteruskan saya percaya BN akan tersungkur..ramai profesional di UK tak mahu balik menabur bakti di negara sendiri sbb menyampah dgn cara pemimpin BN. Fikir2 lah

    ReplyDelete
  57. Salam DS....satu posting yang bernas...biasanya posting begini akan keluar daripada pemimpin PR..tapi keluar pula daripada pemimpin BN..syabas ..nampaknya DS mulai memahami jiwa rakyat...tapi awas posting begini akan lebih memberi peluang kepada kepada musuh politik DS yang sentiasa menanti peluang mengampu dan menjatuhkan DS..iaitu dikalangan UMNO sendiri..saya rasa DS lebih tahu...dan saya merasa sedih UMNO sendiri(utusan sengaja membesarkan isu rumah DS)..sedangkan media pembangkang biasa aje...sabarlah DS...kebanyakan pemimpin UMNO lebih besar rumahnya daripada DS tapi tidak kena BPR pula..memang DS dikambing hitamkan...sabar....yang menyebabkan saya bertambah meluat dengan UMNO ni buat kerja beberapa minit dah lulus undang2 saman ekor...diswastakan pula..konsep swasta nak untung ..ramailah yang kena saman...alahai..kerajaaan takde duit ke nak urus saman ekor...rasa lucu pula..menteri kita macam fikiran budak2..janji tahun ni minyak tak naik..tapi naik juga...janji najiblah...tu...baik lagi DS jadi PM kan bagus..sbb DS dah mula berubah..banyak belajar daripada kesilapan lalu...Saya sokong DS..tapi saya sokong PKR...misi mereka bagus...wasalam

    ReplyDelete
  58. Adakah slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" ada maksud yang terselindung??? daripada pengamatan saya, kenapa slalu sgt kami sebagai rakyat yang kena dahulu semata2 nk mengapai secebis pencapaian yang tak sehebat mana...

    kenapa kerajaan masih nk membina menara warisan sedangkan kami sebagai rakyat di bebankan dengan kenaikan kos sara hidup dan bebanan demi bebanan??

    Adakah kesemua orang yang menyokong BN adalah orang kaya yang setaraf kehidupan dengan menteri2, dato'2 dan yang seanggatan dengannye sahaja???

    saya mulai comfius dan hilang keyakinan dalam hal membela rakyat... asyik2 "rakyat yang dahulu kena" sebagaimana golongan PR selalu sebut... adakah benar mereka ini (BN) membela rakyat dan islam???

    P/S :- persoalan ini saya lontarkan sebagai luahan hati seorang rakyat yang terasa keperitan hidup di tindas.... sbb saya tahu islam bukan agama untuk menindas golongan yang lemah....

    ReplyDelete
  59. Alkesah ikan tenggiri dan anak ikan kembong. Apabila berkesempatan balik kampong, saya pergi ke Market Sungai Besar atau Pasar lambak di Dungai Hj Dorani atau jika banyak masa saya pergi ke pasar Sabak Bernam.

    Lima tahun lalu, kita boleh membeli ketam bunga, ikan siakap laut, ikan tenggiri, ikan merah, ikan jenahak atau ikan kerapu. Sekarang ni, tak banyak taukeh-taukeh yang jual ikan-ikan tersebut, kerana kebanyakkan ikan tersebut dibawa ke Lembah Kelang seperti Shah Alam atau Bangi.

    Senerio dipasar seperti sungai Besar atau Sungai Dorani sekarang, orang lebih ramai membeli ikan keli ( iwak lay-lay), anak kembong, anak selayang, anak bawal, ikan curut, dan pelbagai ikan-ikan kecil yang lain.

    Kenapa????... Orang kampong tak reti makan ikan tenggiri, ikan merah, ikan jenahak atau ikan bawal ke? TIDAK..kesian ikan-ikn tu MAHAL-MAHAL belaka.Tiga tahun lepas, Dulu ketam bunga yang baik, boleh dapat RM13 sekilo di Sungai Besar. Sekarang dan RM18 atau RM19 sekilo. Nak makan sedap sedikit belilah ayam. masih boleh tahan lagi, Rm7.00 sekilo. Sebab itu kita tengok, rakyat kita gemok tak tentu pasal, dan banyak berpenyakit sebab tak makan seimbang. Kalau beli beras tu, belilah beras gred 'D' murah sedikit, asalkan kenyang. Dalam iklan TV 3/4 ada kata.. best beras panjang "Basmati Mogul". Mimpi je la, RM40 /5 kilo. mana nak mampu. Pak menteri pergi function, kalau FELDA D' Saji yang hidang, mereka guna beras extra long. Berapa harga?.. RM45/5 kilo. Rakyat makanle beras cap Dato Sri yang 5 kilo tu berlauk telor (itupun tah 4 tahun sekali dan tak semua yang dapat).

    ReplyDelete
  60. Salam DS ...
    Tahniah DS kerana berani mengutarakan prkara di atas. Setelah beberapa menjak .... saya rasa saya nak tukar arah mengundi pulak.
    Biarlah Dato Pa (Jeli) yg hebat itu kalah pulak ... bukan saya tak suka dia. Dia seorang yg hebat. Masalahnya kami ni dah terasa amat perit sekali. Duit RM100 sekarang ni macam RM20 jer 10 tahun lepas. Harga barang naik 500% Sedangkan gaji hanya naik beberapa puluh peratus sahaja. Ini baru kat kampung... ntah macam mana rasa orang di bandar sana lak! Bila ler PRU13 nih?

    ReplyDelete
  61. Terima kasih. kali pertama saya nampak Datuk Seri menulis secara seimbang dan menggunakan neraca yang tegak. Benar, dalam apa keadaan, kebenaran kadang-kala pahit tetapi di situlah letak duduk kita di mata rakyat. Tahniah dan salam.

    ReplyDelete
  62. Salam DS,
    ya benar, banyak perkara perlu penelitian utk menarik semula sokongan rakyat kpd BN.
    seperti juga di Sabah. Kenaikan harga bahan api baru-baru ini sedikit-sebanyak menjejaskan keperluan rakyat berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  63. YAB Dato' Seri,

    Fakta-fakta berikut mungkin dapat menerangkan sama ada tawaran PR untuk menaikkan gaji Guru sebanyak RM500 wajar atau sebaliknya:-

    Jawatan KPPM - Sekarang Turus III (Tahun 2007 - Jusa A).
    Timb.KPPM - Sekarang Jusa A (Tahun 2007 - Jusa C).
    Pengarah JPN - Sekarang JUSA C (Tahun 2007 - DG54)

    Guru Biasa - 9 tahun lepas DG 41 (Selepas 10 tahun baru DG 44 dan kemudiannya menunggu 10 tahun lagi untuk DG 48 dan pencen dengan Gred 48 (kebanyakannya).

    Penolong Kanan - Sekarang DG44 , Tahun 2005 juga DG44.

    Natijahnya, apa sahaja penstrukturan hanya menguntungkan dua tiga kerat 'guru' yang pastinya tidak mampu memenangkan BN kerana jumlah mereka hanya segelintir sahaja berbanding dengan ratusan ribu lagi yang menderita kerana skim perkhidmatan yang tidak pernah berubah. Kalau PTD dan beberapa jawatan lain akan naik gred setiap 4 tahun sekali, guru akan naik gred hanya selepas 10 tahun, itupun hanya 2 kali sahaja sehingga gred 48. Realitinya anak murid kepada guru yang telah berkhidmat hampir 30 tahun sekiranya berkhidmat sebagai PTD, anak murid itu kini berada dalam gred 54 (setelah berkhidmat 15 tahun) manakala guru yang telah 30 tahun berkhidmat masih dalam gred 48 atau pun 52, itupun sekiranya berpeluang menjadi Guru Cemerlang. Sekiranya kerajaan BN hanya berharap PTD yang tidak seberapa itu sahaja yang mengundi mereka, sudah pastilah BN akan 'tinggal sejarah'. Terima Kasih.

    ReplyDelete
  64. salam DSKT

    saya memang serba salah. nak sokong PR, rasanya saya akan bertuankan peliwat kalau PR menang..saya tak mahu begitu kerana tak mahu bersekongkol dgn peliwat. Lagi pun TPM akan dpt kpd LKS. Ini yg sgt saya takutkan.

    nak sokong BN pulak, tak dapat apa2 selama ni. Kehidupan makin terhimpit sebab kos sara hidup dah naik hampir 100%. kalau sokong BN lagi dlm PRU 13, kehidupan saya makin bertambah teruk sebab barang terus naik tanpa kesudahan. Tiada pembelaan dari BN.

    keadaan jadi serba salah. Jadi saya nak minta nasihat DS apa yg perlu saya buat ni. Tolonglah nasihatkan saya dlm hal ini...:)

    Pengundi Parlimen Gombak.

    ReplyDelete
  65. apa pun kena nilai apa yg tersirat dlm fikiran rakyat skrg,apa yg mereka mahukan....tidak semua berjiwa rasional...masih bnyak yg memikirkan ,APA YG AKU DAPAT dari APA YG BOLEH AKU SUMBANG....tak semua memikirkan apa yg akan jadi pd anak cucu aku..kalau hari ini aku tak makan,apa yg aku nak bagi anak cucu aku....tak semua boleh fikir apa yg kita fikirkan.....FIKIR FIKIRKAN...

    ReplyDelete
  66. Salam DS Khir,

    Imbuhan RM500 haruslah difikirkan utk semua jawatan dan pangkat, bukan para guru sahaja. Pekerja swasta juga haruslah dilihat kepentingan mereka. Namun jika RM500 ini menjadi kenyataan, harga barang akan turut meningkat dan keadaan akan menjadi wal hasil balik asal kepada golongan guru dan bagi yang bukan guru, kepayahan akan menjadi berganda.
    Cadangan Pakatan Rakyat itu terlebih dahulu bolehlah saya katakan sebagai tindakan yang bodoh. Untuk golongan bukan guru, anda tidak perlu menyokong PR.

    ReplyDelete
  67. Terima kasih DSKT.. pandangan yang bernas tetapi xdapat dilaksanakan dik kerana sekarang bukan zaman anta...
    Saya nak beri pandangan sedikit.., saya berpeluang ke negara jiran baru-baru ini, tak jauhpun..Kota Singa dan Hatnyai jee..
    sepanjang perjalanan saya dan kenderaan, saya tak terhalang dengan orang-orang (pekerja) yang membaiki jalan raya.
    Saya agak pelik juga bagaimana jalan-jalan raya utama ini diselenggara di negara mereka ini.
    Tidak jumpa lopak dan lopong/lohong di atas jalan walaupun melalui jalan kampung.
    Timbul persoalan sendiri adakah kualiti batu yang diguna berbeza atau cuaca yang mereka alamai berbeza di negara kita.
    Sudah tentu cuaca tidak banyak berbeza, tetapi kalau nak dihitung dalam 1 Km jalan di negara kita sudah tentu terlupa
    nak dihitung lopak /lohpong yang kita jumpa. Jalan beralun-alun, ibarat menunggang kuda di atas lebuhraya. Tidak adakah cerdik pandai profesional jurutera kita yang hendak merendah diri,
    tumpang tanya/belajar semula tentang kaedah atau teknologi yang digunapakai atau sekadar ingin memberi peluang kerjaya kepada buruh-buruh
    dan peniaga batu kerikil ini.Saya agak kurang bangga jika jabatan yang sedia ada seperti JKR, MIROS,NIOSH dan entah apa-apa lagi jabatan...
    sekadar boneka dan tidak tahu menilai kualiti dan kuantiti dan asyik berbangga mencari peluang berniaga di luar negara sedangkan di negara sendiri
    memberi anak bangsa harungi jalan yang sentiasa digawang manusia memberi laluan satu lorong dan ada pula menggantikan patong untuk menggoyang
    bendera beri laluan. Inilah satu kelemahan yang BN lakukan selama ini sejak memerintah MALAYSIA
    Sekadar satu contoh, banyak lagi yang boleh kita belajar dari negara jiran...
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  68. tawaran syurga(PR) VS tawaran neraka(BN), sudah tentulah rakyat akan memilih syurga...

    andai BN masih lagi angkuh dan bongkak seperti zaman Pak Lah..memang akan diajar oleh rakyat kemudian nanti

    ..........kemana perginya panglima perang UMNO , dato mereka benamkan yang menteri kononnya handal sibuk mengagihkan harta rakyat masuk ketembolok mereka....

    ReplyDelete
  69. pada saya bila kita berhujah..guna lah akal yg Allah berikan..berhujah lah secara berilmiah..jgn guna perkataan bodoh atau peliwat..kita tak tahu perkara yg sebenarnya..hanya Allah saja yg Maha Mengetahui.jangan berhujah ikut persaan ..berhujah lah ikut ilmu dan iman sbb kita org Islam

    ReplyDelete
  70. akhirnya.....
    mengaku jugak kesilapan BN selangor.

    minggu depan ni saja pelbagai cukai akan mula dikenakan.

    kelebihan PR memainkan isu ni akan terbawa2 hingga PRU13.

    Apakah BN- Barang Naik
    - Bila Naik?
    - Baru Naik
    - Berapa Naik?
    - Baaaaanyak Naik!!!

    ReplyDelete
  71. guru sebenarnya dah menerima lebih jika dibandingkan dengan rakan jawatan lain yang mempunyai kelulusan yang sama dari segi gaji dan peluang kenaikan pangkat bersyukurlah....tolonglah perjuangkan nasib kakitangan lain selain guru

    ReplyDelete
  72. Assalamualaikum DS dan members,

    Saya selalu membaca posting2 Dato' Seri dan komen2 peminat.
    Puas cari dlm komen kat sini, dah 2 kali baca tapi tak de wmu350 dan kuala niring buat komen.

    Selalunya dia orang sokong DSKT punya posting.

    Saya setuju sangat 1 REFORMASI dibuat dalam pentadbiran BN. Mungkin dengan janji PR ini BN ingin berubah.

    Ikhlas.

    ReplyDelete
  73. Anonymous said, friday, December 24,2010 11.13.00 PM.

    Saya nak betulkan salahtanggapan anda. Imbuhan 100 hari PR tu RM500 akan diberikan DENGAN DIMULAKAN KEPADA GURU. kakitangan awam lain akan menyusul lah maknaya. bukan guru je dapat.

    saya sememangnya x percaya pada asalnya, tapi bila mengenangkan Pak Lah boleh menaikkan gaji kakitangan awam pada tahun 2007, maknanya kenapa kerajaan Dato' Najib x boleh naikkan. dan takkan kerajaan PR x boleh buat.

    Selangor, rakyatnya dah dapat air free. ikut kadar tertentu yg x ada pun sebelum ni. Penang, warga emas dapat 100 sorang yang tak ada pun sebelum ni. kenapa nak kata benda ni mustahil?

    ReplyDelete
  74. DSKT,

    saya minat nak komen isu ni kerana ia melibatkan rakyat kebanyakan seperti saya.

    dahlah kos barangan naik 400-500%,membuatkan rakyat pening kepala nak menampung kos sara hidup. di tambah pulak dengan saman polis & jpj nak kena bayar lagi. matilah rakyat macam ni. ni yg polis dan jpj nak beria-ria sgt saman ni kenapa? kemalangan bertambah juga setiap hari. saya rasa kalau dah nawaitu tu tak betul iaitu saman nak cari untung bkn untuk mendidik pengguna jln raya, tak ada kesannya pun. rakyat bertambah marah lg adalah. kadang tempat parking tak cukup, org parklah tempat tertentu, sebab nak pegi bank, post ofis, pejabat ke. jadi kalau kerajaan tak mahu org park tempat sebarangan sediakan tempat parking banyak dan harga yg munasabah. bukannya rm5 sejam.

    tak bayar saman pulah tu kerajaan nak black list rakyat. kan bodoh namanya nya tu. saya pasti orang yg kena blacklist tu akan marah dan mesti mereka akan menentang kerajaan. dlm pru 13 akan datang pasti mereka akan pangkah pembangkang.

    ReplyDelete
  75. Salam DS,

    Tahniah di atas komen dan ulasan DS yang 110% betul... Memangnya dari yang No 1 hingga kesemuanya pak menteri sekarang ni dah mabuk GLC. Masing-masing ada habuannya... Wahai BN cepatkan PRU 13, saya gerenti BN akan tersungkur... amin...

    ReplyDelete
  76. bagi aku la ini cuma janji politik je... dapat dibuat atau tidak belum tentu lagi...Buat anon yang komen imbuhan 500 tu akan naik barang aku rasa tidak...bila minyak & gas naik pada masa confirm barang naik..sebab kenaikan minyak ni akan menyebabkan kenaikan domino akan terjadi

    ReplyDelete
  77. Minta maaflah..pada saya janji 100 hari Pakatan Rakyat adalah sangat baik..diulang : SANGAT BAIK..tapi untuk rakyat yang bodoh je..

    ReplyDelete
  78. Saya amat bersetuju dengan komen Dr. Menteri-Menteri jangan asyik bercakat mengenai subsidi, kenaikan harga barangan. Sememangnya rakyat :-

    1. Tidak setuju dengan sebarang kenaikan harga
    2. Kos hidup sekarang semakin meningkat
    3. Harga barangan tidak dikawal. Barangan yang dikawal hanya sebahagian barangan makanan. Bagaimana pula dengan barangan kelengkapan bagi persiapan persekolahan?
    4. Rakyat sudah muak dengan kenaikan harga.

    4.

    ReplyDelete
  79. kenaikan harga barang yang tidak terkawal menjadikan kehidupan kami rakyat bawahan ini makin tersepit..tlg la DS utarakan perkara ini kpd pemimpin atasan.kdg2 jadi takit dgn kenaikan demi kenaikan.tp BAPAK MENTERI ni buat2 xpaham.jangan hanya slogan terus tinggal slogan.hentikanlah memperlekehkan PR...KUASA ADA PADA RAKYAT - org somban

    ReplyDelete
  80. Salam DR KHIR
    umno bukan tidak bagus tetapi pemimpinlah yang menghancurka kepercayaan rakyat,rakyat semakin tertekan dengan kenaikan harga barang dan kos yang semakin meningkat.pemimpin umno tidak merasa semua kesusahan itu kerana mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak pernah merasai keperitan rakyat di bawah,kalau kerja kerajaan okla juga dapat bonus hujung tahun tapi yang kerja sendiri,ianya sangat membebankan,bagi saya janji pilihanraya sama sahaja,dapat yang ini yang lain akan di potong,contohnya subsidi.serupa tapi tak sama.bagi yang ini,kita tarik yang sana.pandang-pandanglah kebawah..

    ReplyDelete
  81. assalamualaikum ds khir & blogger semua terutamanya Tuan Abdul Raheem.....

    En Abdul Raheem yg saya hormati, saya sebenarnya mengikuti setiap masa perkembangan politik tanahair saya,adakala saya cepat panas kerana risau yg amat sangat,adakala saya sejuk sedikit tetapi tetap mengikuti setiap perkembangan disini

    pada saya...apa yg ds utarakan adalah sesuatu yg saya pun sependapat terutamannya dalam
    check & balance bab menteri jaga "letrik" & menteri "jaga makmal"ni....saya selalu kata memang umno/bn telah lama memerintah dan adakalanya sehingga mereka berada dalam zon selesa....pak2 menterinya pun terdiri dari kumpulan2 yg banyak idea tapi terlalu bersopan santun dihadapan bos....sekarang adalah zaman berkatalah benar walaupun pahit...saya selama ini beranggapan kita sepatutnya memperbetulkan dan mengkritik untuk membuat pemimpin umno sedar yg kita menyokong mereka bukan membabi buta..!

    bab beri guru rm500 ni....
    PR sebenarnye nak membodek guru2 supaya kembali menjadi agen mereka untuk mempengaruhi minda rakyat.....kita sedia maklum ...guru2 ni amat berpengaruh dalam kehidupan kita...sapa lagi yg harus kita hormati kalau bukan guru..?jadi dulu pa...da saya rami guru yg agak kritis dgn kerajaan..tapi itu dulu..sekarang majoriti guru rasional dan lebih faham situasi dah berbeza...
    oleh sebab itulah PR NI GABRA....NAK PANCING LA TU....

    Ramai orang yg sudah bertahun22 bersama PAs pun sebenarnya sedar cuma kalau ego mereka kata lain je...tapi hakikatnya kalau bagi pada pas pun,mereka tidak mampu untuk mengubah dasar perlembagaan dalam negara ini....mungkin insyaallah akan berkalu tetapi bukan kita untuk mencuba2 dalam 5 & 10 tahun ini..!alamat tergadailah maruah bangsa dan negara!

    ReplyDelete
  82. SAlam...

    Bila kerajaan pusat menyebabkan harga barang2 asas naik dan meningkat, rakyat seperti saya akan berkata 2 patah perkataan sahaja... iaitu...

    BN! JAGA!!!

    ReplyDelete
  83. Salam DS
    Saya sgt bersetuju dgn pandangan DS. Kita jangan asyik melihat kepada kelemahan Pakatan Rakyat tapi cerminkan diri sendiri dulu:-
    1. Kenaikan harga minyak
    Menteri Perdagangan Dlm Negeri dan Hal ehwal pengguna telah memberi jaminan bahawa harga petro RON 95 tidak akan naik pada tahun ini tetapi pada bulan Dis 2010 harganya dinaikan 5 sen. walaupun kenaikan nya sedikit, tapi impak nya besat.Rakyat akan lihat dalam keadaan kerajaan ingin meraih simpati harga petrol tetap dinaikan, apahal pulak jika BN menang PRU13 nanti.tentu hanga petrol akan naik sewenang2 nya .Ini boleh dibuktikan semasa zaman pak lah dulu bila menang PRU11 harga petrol naik 70 sen dan 20 sen.Harga minyak tidak boleh dinaikan kerana akan meninggalkan kesan yang teruk kepada pengguna dan kerajaan tidak boleh mengawal kenaikan bahan2 lain seperti bahan makanan,minuman dan bahan mentah.Kerajaan sepatutnya menaikan perkara lain seprti cukai dan levi kepada pekerja asing, dimana perkara ini boleh dikawal oleh kerajaan untuk menaikan atau turunkan mengikut keadaan. Kerajaan menetapkan RON95 hanya boleh dijual kepada warganegara, tapi realitinya apakah perkara ini dilaksanakan?. Kadang2 jika difkirkan timbul dalam kepala saya, pendatang asing lebih banyak mendapat manafaat di negara ini kerana mereka guna air dan letrik percuma kerana curi sumber2 ini dan tak payah bayar cukai pendapatan, tapi kita rakyat Malaysia semua kena bayar cukai pendapatan, bil api dan air, lambat bayar kena potong.
    Agensi2 kerajaan yang diamanahkan untuk menjaga kepentingan dan keselamatan negara amat mengecewakan seperti imigresen,polis dan lain-lain. Sebab itu negara ini senang dibolos oleh pendatang. Ini tidak termasuk yang masuk menggunakan dokumen UNHCR.Saya difahamkan terdapat 1 juta lebih rakyat Myanmar yang masuk secara sah (yang masuk secara tidak sah mungkin lebih ramai)dan mereka semuanya bekerja di Malaysia.
    2. Pengguna Jalan Raya.
    Rakyat memilih untuk mengguna lebuhraya tol kerana ingin cepat dan selesa. tetapi sekarang lebuhraya adalah disebaliknya, masuk saja lebuhraya jem.maknanya lebuhraya tidak menjalin keselesaan dan tidak boleh menjamin sampai ke sesuatu destinasi seperti yang dijangka. Rakyat tetap dikenakan bayaran tol. Sudahlah dibebankan dengan bayaran cukai jalan, lesen memandu dan cukai kenderaan semasa beli kereta. Silap2 kena pulak saman ekor. Memang lah laju itu boleh membunuh,tapi kita kena ingat adakah orang yang guna kereta mercedes,bmw dan kereta lain yang berharga mencecah setengah juta lebih akan memandu 110km/jam sedangkan KELISA yang dibuat dinegara ini memcecah 140-150km/jam.Kalau jalanraya kita hanya sesuai untuk 110km/jam eloklah kita buatdan impot kereta yang kelajuan bersesuaian dengan undang2 kita
    Terimakasih

    ReplyDelete
  84. saya cuba mencari dalil-dalil untuk menyangkal isu 100 hari ini namun masih belum ada yang tersiar di internet mahu pun ulasan dari pihak-pihak menteri di media, yang ada cuma ulasan menolak secara total, dengan ulasan ‘tidak real’, tidak berpijak di bumi yang nyata’ dan sebagainya.

    Soal pemerintahan adalah soal besar, dan isu 100 hari yang diketengahkan oleh pembangkang perlu lah di kaji dengan teliti adakah ianya mampu di laksanakan oleh mereka. Kalau menara 5 billion mampu di bina, tidakkah dengan memberi RM200 juta sebulan bersamaan RM2.4 billion setahun akan menjadikan malaysia bangkrap.. itu contoh paling simple saya berikan.

    Adakah dengan penstructuran semula felda akan LEBIH memberi manafaat kepada rakyat .. dan sebagainya.. itu yang rakyat mahu tahu kalau2 kerajaan mampu menolak dalil2 100 hari yang di kemukakan oleh PKR..

    ReplyDelete
  85. pihak pr pujuk nak bagi dia 100 hari utk tunjuk bukti. tapi kelantan dah bagi 20thn, sampai skrg pun tak ada apa pun yg boleh dibuktikan. nak di katakan laksana hukum hudud pun tak ada jga. nak dikatakan negeri maju pun tak ada jgn...ketinggalan ada lah. masalah asas pun spt isu air pun tak boleh selesai.masalah jenayah menjadi-jadi. kes khalwat jgn cakaplah..adun pun bleh klalwat dlm keretapi. tak malu... nak bayar rm500 kpd kakitangan awam negeri pun tak mampu. oleh itu jgnlah nak berjanji omong kosong kalau tak mampu....

    ReplyDelete
  86. saya dah fikir masak-masak dah. satu undi saya utk pr dlm pru13 nanti. hidup dah tertekan dah ni...

    ReplyDelete
  87. Salam DR KHIR,
    Kalau kita buat kajian secara Ikhlas, Berapa ramai dari pemimpin BN atau UMNO yang sanggup berceramah disurau atau ditempat-tempat yang terbuka yang terus sampai kepada rakyat. Kalau adapun tak ramai dan bermusim. UMNO/BN hanya berharap pada TV1, TV2, TV3,RMSElangor, Utusan malaysia, St times, Berita Harian dan lain-lain media awan milik kerajaan, yang dibayar oleh rakyat. Rakyat mungkin tengok dan dengar berita atau dakyah media-media arus perdana ni, tetapi ingat kata pemimimpin Amerika yang mashur ini. "You can SOMETIMES fool SOME people BUT NOT ALL PEOPLE at ALL TIMES" .

    Sebagai contoh: Malam semalam diTV3, ada cerita tentang sebuah kilang yang berhampiran dengan perumahan penduduk yang didakwa mencemari kawan penduduk. Penduduk disitu berhimpun dengan beberapa orang weaskil UMNO, mendakwa kerajaan Negeri Selangor tidak berbuat apa-apa terhadap kilang tersebut. Bagi orang yang berfikir, tentu kita bertanya: " Adakah kilang dan projek perumahan tersebut wujud dalkam masa 3 tahun yang lepas?..Tapi adapula hamba Allah yang bercakap tak masuk akal ...dengan bercakap.. " ITU KILANG TAK De SALAH PUNYA.. TAPI KERAJAAN SELANGOR TAK AMBIL TINDAKAN YANG SALAH...".. APA le punya arguement macam ni.. dan TV3 expect rakyat nak beli ke arguement macam tu. At some times you expect the Selangor goverment to concentrate on the development of the state, and at the Same times you blame the government for mistakes and mess that they did not in the first place start.Some times we may say.. "pisau dan timun ditangan kerajaan negeri.. oleh itu buatlah tindakan yang sepatutnya."..Tapi kita kadang-kadang lupa bahawa, timun tu kadang-kadang bukan kita punya, atau kalau timun tu dipotong, nanti kita ditudoh memotong timun yang telah ditanam oleh orang yang terdahulu.
    Walau apa jua pun, ketahuilah bahawa tak semua Rakyat sekarang menerima bulat-bulat dari apa yang dikatakan oleh pemimpin, apatah lagi kalau pemimpin itu sudah hilang atau dihilangkan "DIGNITY" nya, kerana TERSILAP nya atau DISILAPKAN nya.
    ????UNTUK FIKIRAN. KALAU SPRM tangkap ahli politik Kerajaan.. kita kata kerajaan UMNO/BN Tak pilih kasih. Pada waktu yang sama juga kita mungkin (hanyaa mungkin) berkata, jika ia kena pada ku..SPRM tidak berlaku Adil dan pilih kasih dan zalim. Jadi siapa yang Adil?.. Hanya ALLAH. WallahuAlam.

    ReplyDelete
  88. saya menyokong 100% komen DS ini, kerajaan yang memerintah ni dah terlampau tua dah, sbb dah lebih 50 tahun memerintah, kalau manusia yang dah berumur 50 tahun tu kira usia emaslah, atau pun dikira nyanyok,dah tak boleh pakai dah, macam2 penyakit yang ada, pelupalah, tak nampaklah(rabun lah tu...) dan macam penyakitlah..jadi kesimpulamnya...BN ni patut diganti dgn yang baru...baru agresif...PRU 13 ni kita tukar dgn yang baru...gantikan BN yang dah tuani....apamacam..Boleh..

    ReplyDelete
  89. Saudara Anon,Monday, December 27, 2010 1:32:00 PM GMT+08:00,

    Saudara ada membaca atau tidak ? imbuhan RM500 tersebut JIKA PR dapat menawan Putrajaya, Saya ulangi JIKA PR dapat menawan Putrajaya.

    ReplyDelete
  90. DKT,

    Manusia atau rakyat apa pun yang dilakukan, yang di lihat, yang difikir dan yang di putuskan inilah asa nya, apakah aku dapat memenuhi dan di penuhi iaitu perkara IDEOLOGI,KEMANUSIA dan MATERIAL. Dimana aku sekarang ? dan apa harapan bakal terjadi kepada aku?. itu saja.

    ReplyDelete
  91. Sl Dr Khir,
    Tadi kat TV3 baru cerita Kelapa naik harga.. bukan sikit-sikit .. Tak pe "Tak membebankan rakyat", after all penyokong Dr di Sungai Besar tu banyak kelapa.. mereka boleh lah nanti beli BMW sebab kelapa dah mahal. Nanti curry kepala ikan naik, sebab santan naik. Cendol pun naik harga, Nasi lemak naik sebab santan naik, atau nasi lemak tukar jadi nasi kurus.. sebab santan dah kurang.

    Tunggu apa lagi yang nak naik pada tahun baru ni...

    ReplyDelete
  92. Pakatan Rakyat memang pandai mengula-gulakan rakyat .... gula-gula PR pakai daun setvia bukan pakai gula tebu jadi gula-gula Pakatan rakyat tak menyebabkan kencing manis macam gula-gula Barisan Nasional . Gula-gula BN dan menyebabkan kudis yang sukar diubat ....

    ReplyDelete
  93. Salam Semua
    Saya suka cara Anonymous berfikir yang kata ..."kelantan dah di perintah PR 20 tahun tapi tak ada apa pun"...Kalau semua orang berhujah macan dan berfikir macam dia, maka kia boleh merumuskan: Kerajaan Malaysia=Kerajaan BN/UMNO, sebab itu ada projek Kerajaan BN. Cuba kita cari dalam pelembagaan . terntu ada istilah Kerajaan Barisan National. Kerajaan Kelantan=Kerajaan Persekutuan, sebab itu Kelantan boleh berbuat sesuka hati tanpa persetujuan Kerajaan Persekutuan ( yakni Kerajaan Barisan National).
    Bak kata orang tu la..."If BN cannot win the election, no other parti can win it"...Aduuuuuh.. hanya BN yang boleh memerintah Malaysia ni .. seperti sudah tertulis dalam loh mahfuz..Hanya BN yang mampu memerintah Malaysia.

    ReplyDelete
  94. Salam DS...

    Aduhai Kerajaan BN...Syabas kerana telah menyusahkan rakyat....baru ni saya baru je jelas 4 saman ekor....duit tu kalau saya buat beli nombor ekor lagi baik..mana tau sangkut....nanti kau PR13 taulah nasib....saya 2 undi tentu punya hak PR

    ReplyDelete
  95. Assalamualaikum DSKT dan rakan blogger sekelian,

    Saya telah download 1 salinan buku jingga yang diperkatakan dan telah beberapa kali membaca apa yang PR rencanakan.

    Disini, saya mencadangkan kepada DS atau pimpinan BN membuat 1 buku. Buku tersebut mungkin berjudul "KAEDAH PEMILIHAN PEMIMPIN".

    Buku tersebut boleh diedarkan kepada rakyat jelata dan menjelaskan ciri-ciri pemimpin yang sepatutnya ada untuk dicalunkan sebagai wakil rakyat.

    Rasanya hari ini, sudah tentu majlis tertinggi telah ada pemimpin bayangan yang akan dicalunkan dalam pru akan datang. Jadi, dengan adanya buku tersebut dan diedarkan, rakyat tentu dapat menilai orang yg akan mewakili kawasan mereka kelak.

    Perkara-perkara lain seperti konsep kerajaan, tawaran dan apa jua kepada rakyat bukan agenda disini.

    Sekian. Wassalam.

    ReplyDelete
  96. Setelah membaca tulisan DS saya dapat rumuskan:
    1.BN ni semasa berkuasa dia cuma memperalatkan rakyat jelata.
    2.PR menggula-gulakan rakyat tapi BN MENIPU rakyat
    3.PR mengajak rakyat berpikir,BN mahu rakyat jadi pak turut(org bodoh).
    4.BN masa berkuasa tak sedar diri (gong) tapi bila dah kalah praya, macam ayam gila mengeram.

    ReplyDelete
  97. alangkah elok nya kalau menteri dan pencacai sekeliling menteri-menteri tu berfikiran macam dato' kini (bukan macam fikiran dato' dulu)...malangnya mereka masih mewarisi arah aliran berfikir cara dato' dulu....boleh jalan da.... selamat tinggal BeeEnd...

    ReplyDelete
  98. daripada komen-komen yang saya baca dapatlah dirumuskan disini sebenarnya samada BN atau PR kedua-duanya tidak disukai oleh rakyat......milih salah satu antara kedua adalah kerana tidak lagi mempunyai pilihan

    ReplyDelete
  99. pengajaran pilihanraya PRU ke 12 harus dijadikan teladan.masalahnya semakin dekat dengan PRU semakin ramai yg dok membodek tanpa memikirkan kepentingan rakyat dah jaga atau tidak...

    ReplyDelete
  100. kalau kerajaan tak mampu ubah kenaikan harga barang sekarang, apakah kemampuan sebenar kerajaan sekarang? untuk tahun yg mendatang apakah kemampuan kerajaan yang ada sekarang?

    lupakan lah sementara projek-projek mega tu walaupun utk kepentingan politik, tapi dah sangat tertekan sekarang...

    bantu rakyat insyallah rakyat bantu kerajaan

    ReplyDelete
  101. PM, semalam telah berjumpa dengan ahli Perlimen BN untuk mengetahui masaalah rakyat di setiap kawasan Parlimen. Muga muga dengan perkembangan terbaharu ini di harap dapatlah kerajaan BN melaksana dan menyelesaikan masaalah yang rakyat hadapi.
    Persoalan nya sekarang adakah ahli Parlimen dan Adun memahami aspirasi PM?. Ade sesetengah dari mereka masih lagi leka dan sombong tidak mahu turun kebawah berjumpa rakyat. Jika ini berlaku, rakyat akan tetap menolak kerajaan hari ini, walau apa pun yang dilakukan kerajaan sekarang.

    ReplyDelete
  102. ada pepatah mengatakan,tukar penyapu lama,lebih senang untuk menyapu.tukar kerajaan setiap penggal atau paling lewat 2 penggal.contoh amerika, presiden cuma bolih 2 penggal.negeri termaju.masaalah kita ia lah pm,tpm, mb dan menteri tak nak ambil rehat dulu atau kasi orang lain jadi pemandu.kita sama sama dalam satu kapal kalau selamat semua akan selamat.kepada rakyat biasa tukar setiap dua penggal paling lewat.jangan ajar menteri buat itu dan ini tukar jadi macam penyapu.ok tak dato sri.

    ReplyDelete