Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, February 15, 2011

Mencari Makna Krisis Mesir

1. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga makin bertambah ramai umat Muhammad s.a.w di negara ini sekaligus akan menjadikan kita satu umat yang kuat dan menjadi kuasa penentu dalam pemerintahan dan penggubalan polisi negara.

2. Berhampiran dengan sambutan Maulidur Rasul juga kita melihat kepimpinan sebuah negara Islam yang agak besar iaitu Mesir turut mengalami perubahan mengejut. Hosni Mubarak akhirnya tunduk dengan kehendak rakyat yang keluar berdemontrasi agar meletak jawatan.

3. Terdapat banyak analisa perletakan jawatan Hosni Mubarak. Selain memimpin terlalu lama dalam bentuk pentadbiran yang dianggap autokratik, masalah masalah ekonomi dan pengangguran yang terlalu tinggi telah "mengasak" rakyat sehingga "ke penjuru dinding" tanpa jalan keluar. Kesempitan hidup menyebabkan rakyat tiada pilihan kecuali keluar ke jalan dan berdemontrasi.

4. Satu lagi penyebab yang diutarakan oleh beberapa penganalisa politik ialah beberapa tindakan yang dilihat ramai sebagai usaha Hosni Mubarak dan Suzanne membina dinasti kepimpinan Mesir sebagai faktor tambahan pencetus kemarahan rakyat. Sejak tahun lalu dikatakan anak Hosni dan Suzanne, Gamal, dilihat banyak mencampuri urusan pentadbiran. Sungguhpun Gamal dianggap bijak dan seorang yang sangat cemerlang dalam pelajaran, namun beliau gagal memahami sepak terajang politik dalam negara tersebut. Tindakan dan campur tangan yang terlalu menonjol bukan sahaja menimbulkan kemarahan rakyat tetapi juga di kalangan penasihat dan pegawai lama yang setia.

5. Justeru Hosni Mubarak yang suatu ketika dahulu dijulang sebagai wira perang akhirnya dihambat dari negara tanpa sebarang rasa kasihani. Pengajaran kepada kejatuhan Hosni ialah jangan susahkan kehidupan rakyat sehingga rakyat tiada pilihan, akhirnya berpaling berhadapan dengan kerajaan. Gunakanlah kuasa sebaik mungkin bagi memberi kehidupan yang selesa kepada rakyat bukannya sekadar mahnu menunjukkan angka-angka ekonomi yang baik tetapi rakyat terbanyak tidak menikmatinya.


6. Namun yang amat menarik juga untuk dilihat ialah apakah perubahan kepimpinan Hosni Mubarak akan membawa satu keadaan yang lebih baik kepada rakyatnya atau memberi lebih banyak masalah dan derita seperti mana berlaku di beberapa negara lain yang melakukan perubahan melalui demontrasi, coup d'├ętat dan peperangan.

7. Krisis Mesir ini juga memperlihat kemampuan cemerlang jentera kerajaan terutamanya Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Pertahanan dalam menjalankan operasi menyelamatkan rakyat Malaysia. Biarpun tiada keganasan melampau sehingga menimbulkan ancaman yang serius kepada nyawa rakyat Malaysia, namun kerajaan telah bertindak pantas mewujudkan pelan menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir.

8. Saya percaya sebahagian besar bersyukur dengan usaha keras kerajaan dalam membantu mereka yang terperangkap di Mesir. Bagi segelintir yang merungut dan mengkritik operasi menyelamat ini atas alasan yang remeh-temeh seperti tidak selesa, lambat dan sebagainya, nyata mereka tidak pernah tahu erti bersyukur. Bayangkan rakyat sesetengah negara yang langsung tidak dipeduli oleh kerajaan mereka. Janganlah mengharapkan layanan "kelas pertama" dalam keadaan krisis dan penuh ketegangan.

9. Janganlah usaha bersungguh-sungguh pelbagai kumpulan termasuk kakitangan kerajaan, NGO dan pemimpin kerajaan termasuk YAB Perdana Menteri diperli dan diperlekehkan hanya kerana kepentingan politik kepartian yang berbeza. Janganlah orang memberi susu dibalas dengan tuba. Jika tidak mahu berterima kasih pun, diam sahajalah, jangan pula memburukkan.

10. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada sebahagian yang mengambil keputusan untuk terus tinggal di Mesir bagi menghabiskan kuliah dan peperiksaan. Mereka ini ternyata mempunyai iltizam dan iktikad yang kuat dalam meneruskan perjuangan mendapatkan ilmu. Semoga Allah melindungi mereka dari sebarang mara bahaya.

11. Akhirnya, semua kita patut bersyukur betapa kehidupan di Malaysia jauh lebih baik dan aman.

23 comments:

  1. Ooooooo...ok,bersyukur dan diam saja kalau tak mahu berterima kasih pun

    tapi janganlah bila mereka diam,kepimpinan pemerintah lupa dan leka, buka mata dan telinga la bila rakyat menyampaikan mesej....jgn la bila rakyat diam dan bersyukur dgn apa yg ada,.....ada pula pemimpin yg berkuasa tidak menyampaikan agihan ekonomi yg sepatutnya kepada rakyat kebanyakkan......ni la yg bahaya..!dah bagi sekali dan dah kaya....bagi lagi....dan lagi dan lagi.....mana rakyat tak marah..!kalau bagi lagi dgn alasan yg kukuh<berani bagi tau rakyat,baru raskyat faham...dan jika rakyat faham tentu mereka akan diam,persoalannya beranikah pemimpin yg berkuasa menghadapi eza perubahan zaman sekarang
    semoga akan datang berubahlah...biar rakyat sayang dan gembira dgn pemimpin,jangan sampai rakyat menghina dan terlalu menghukum pemimpin seperti president hosni mubarak....apa guna berjasa berpuluh tahun tapi diakhir2 kuasa rakyat seolah2 menghukum seperti langsung tiada jasanya.....JANGANLAH INI BERLAKU KEPADA KEPIMPINAN DINEGARA INI....MALU GENERASI YG ADA JIKA ORANG LUAR MENTERTAWAKAN KITA..!SUDAH TENTU GOLONGAN SEPERTI SAYA AKAN MARAH BILAMANA ANAK MELAYU DIPERLEKEH YG BERPUNCA DARI MELAYU2 SENDIRI..!TAKAN NAK DIAM..!

    RAKYAT TIDAK LAH CEMBURU SANGAT KEPADA YG DIBANTU DAN KEMUDIAN MEREKA YG CARI SENDIRI TAPI ISUNYA PEMIMPIN YG BERKUASA!!!!....MEREKA PATUT AGRESIF DAN BERSEMANGAT UNTUK TURUN KEBAWAH DAN MENYATAKAN PELUANG2 YG ADA KEPADA MASYARAKATNYA...!baru lah rakyat nampak peluang...

    apa itu NKRA,apa faedahnya PEMANDU kepada rakyat..tak caya tanyala...majoriti bukan faham tu.....apasal pemimpin tidak bersuara dan nyatakan apa BENDA2 NI,ASYIK TOP MAN JE CAKAP ,TU PUN DALAM BERITA,MANA FAHAM?....APA FAEDAH KEPADA ANAK2 MUDA KAT KAMPUNG...!APA FAEDAH UNTUK MASYARAKAT KEBANYAKAN KAT BANDAR,,!

    ZAMAN MENGKAYAKAN SESEORANG INDIVIDU SAHAJA DGN NIAT INDIVIDU ITU MENGAGIHKAN KEPADA YG LAIN2 SUDAH BERLALU,NIAT SAJA..TAPI AKHIRNYA TAK AGIH PUN...........ZAMAN SEKARANG TERUSKAN AGIHAN KEPADA MAJORITI...BAGI SORANG SIKIT SAMA RATA SAMA RASA,BIAR MEREKA TENTUKAN JATUH BANGUN MEREKA DGN AGIHAN YG ADIL...SEKARANG RAMAI ANAK2 MUDA YG BERDIKARI...SILAP SIKIT JE YG BERKUASA,MULKA LA MEREKA PANAS HATI,hihihihihi..!

    OOOO...SEBELUM TERLUPA...!TULIS NI BUKAN MARAH,CUMA GAYA JE MACAMMMMMM.....!BIAR TULIS SEKARANG DARI KEMUDIAN HARI,NASI JADI BUBUR...APA GUNA KALAU DAH KALAH BARU NAK CAKAP..!TAK DE FAEDAH..!

    SALAM MAULIDUR RASUL KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG DOKTOR DARI DAHULU KINI DAN SELAMANYA.....AMIN.

    ReplyDelete
  2. syukrlah, sebab tuan tidak diturunkan melalui rusuhan.

    ReplyDelete
  3. DiMesir gambarannya cukup jelas menunjukkan kebangkitan Rakyatnya menentang kerajaan yg dianggap autokratik,nmpknya seluruh rakyatnya bangkit mahukan perubahan kepimpinan.Kita boleh lihat dimana2 ceruk kelibat lautan manusia.Hosni Mubarak akhirnya tunduk dengan kehendak rakyat yang keluar berdemontrasi agar meletak jawatan.Ini baru betul yg dikatakan semua rakyat Mesir bangkit mahukan perubahan.Ini pun belum lagi keseluruhan Rakyat Mesir yg bangkit.Tetapi yg malangnya bila ada Pemimpin Pembangkang dan segelintir rakyat Malaysia yg perasan,melaungkan refomasi menuntut perubahan dlm demonstasi kecil2lan,hanya kuncu2nya dan puak2nya saja yg hadir,Balik2 muka Anwar,Azmin,Tian Chua, Khalid, Karpal,Hadi Awang,Kiat Siang,Lim Guan Eng dan beberapa kerat baruahnya.Malahan tu pula ada yg hanya dipenuhi kerusi dan bangku saja,kalau paling ramai pun jika dicampur tolak adalah lebih kurang 2ribu org, dan paling ramaipun semasa Rakyat Malaysia belum tahu perangai Anwar semasa baru dipecat dulu,itu pun atas dasar simpati, sudah menjerit terkinja2 dijalanan kaki lima,kemudian tu mendakwa kononnya"Oh lihat lah ini lah suara rakyat, rakyat bangkit mahukan perubahan,tidak mahukan kerajaan yg zalim,lawan tetap lawan'' walhal ciput je yg bangkit,melaung je yg lebih kononnya menggambarkan Rakyat Malaysia keseluruhannya bangkit menentang kerajaan BN, mahukan perubahan ... .Piiiii dahhhh. Perasan je yg lebih Pktn Pmbkg.GEBANG.

    ReplyDelete
  4. 1. Syabas datuk seri,.. mudahan datuk tidak termasuk pemimpin yg kumpul kekayaan dari hak rakyat.
    2. Allah telah beri para bijak pandai dari penduduk Mesir, malangmya gaji pekerja/pendapatan rakyat rendah...para ilmiah mesir byk berhijrah ke luar negara, manakala hosni mengumpul kekayaan melimpah-limpah.
    3. YAB Datuk Najib, sy wewakili keluarga terlibat sgt menyajungi, tapi dtk seri nampak ketara mempolitikan keadaan bersama-sama TV kerajaan... yg itu takan dtk seri dr nak menyangkal. Siapa pun menjadi pemimpin mesti kena ambil tanggungjawab sosial tambahan sesama Islam & bangsa.

    ReplyDelete
  5. SALAM DATO SRI...Ya mesir sudah berlalu kini merebak kenegara arab yang lain itu la hikmah yang kita dapat kat malaysia sempena maulidurasul.Di mesir berbeza dengan kita kerana disana pemimpin nya datang dari singgahsana kayangan dia bukan pilihan rakyat jadi bila rakyat sudah tidak suka dan benci maka itu la yang terjadi.Himpunan rakyat berjaya kerana ada beberapa faktor antara nya simpati tentera dan polis kepada rakyat kerana mereka melihat kehidupan begitu daif miskin begitulah terjadi nya revolosi rakyat mesir. Apabila tentera dan polis bersimpati dengan rakyat maka sesebuah dinasti akan runtuh ini la kunci yang berlaku di mesir tanpa simpati kedua-dua pihak pasti rintihan rakyat tinggal rintihan sahaja.Bekas presiden juga ada penasihat dari kalangan yahudi seperti kita namun kita disini juga perlu waspada dengan tindak tanduk kalangan yahudi iaitu APCO mereka bijak memainkan jarum untuk bertelingkah dan akhir nya pergolakan akan berlaku kita kena hati2.Kalau TDM dulu bercakap mari pandang ke timur kita ubah kepada mari pandang ke selatan apa ada di selatan ia kerana di sana banyak yang kita boleh pelajari...dan kita renungkan bersama untuk kebaikan melayu dan malaysia....salam buat dato sempena maulidurasul lama tak nampak kat tali air dua...

    ReplyDelete
  6. Salam Dr. Khir.
    Terima kasih di atas ucapan.
    "Selamat menyambut Maulidur Rasul. Semoga makin bertambah ramai umat Muhammad s.a.w di negara ini sekaligus akan menjadikan kita satu umat yang kuat dan menjadi kuasa penentu dalam pemerintahan dan penggubalan polisi negara."

    Cantik Ucapan Dr. tu.. khususnya prasa "umat Muhammad s.a.w ".. tapi saya keliru dengan "1Ummat, 1Malaysia" thema sambutan Maulidurasul tahun ni la..

    1st. 1Ummat atau 1Ummah tu merujuk kepada pengikut Nabi Muhammad S.A.W kerana hanya ummah Nabi Muhammad sahaja yang kan mendapat shafaat dari baginda di padang mahsyar nanti. Juga apabila Baginga hendak wafat.. baginda melafaskan "Ummat ku.. ummat ku.. ummat ku".

    2nd. 1Ummat tu merujuk kepada semua ummat Islam, pengikut Nabi Muhammad di seluruh dunia, termasuk mahluk-mahluk lain.. sebagai " Rahmatul lil A'lamin".

    3rd. 1Malaysia tu merujuk kepada semu8a penduduk dan rakyaat Malaysia.. macam-macam le ugama dan ikutan mereka.

    Oleh tu saya konfuse tentang thema "1Ummat dan 1Malaysia" tu. Tak kan kot yang tentang Islam pun dapat syafaat di padang mahsyar nanti sebab hanya ada lesen '1Malaysia"..

    ReplyDelete
  7. anon 10:12,

    point #1 anda adalah hadith palsu yang mana telah diakui oleh perawi-perawi hadith dimana Rasulullah SAW wafat di atas dada/bahu Ummul Mukminin A'ishah.. dan melalui hadith yang diambil dari ummul mukminin, tidak ada hadith sahih yang mengatakan rasulullah bersabda/berkata "ummati.. ummati.. ummati" yang bermaksud seperti yang saudara/saudari nyatakan.. harap perbetulkan... (diharap perbetulkan saya juga kalau saya tersalah"..

    wassalam..

    ReplyDelete
  8. Salam Semua bloggers,
    Mesir, Mesopotania (Iraq & Iran) dan Indus adalah diantara temadun Dunia yang awal. Di Mesir, kita biasa dengan ksah Nabi Yusof, Firaun, Nabi Musa dan para anbia yang lain. Hatta Karun pun datang dari rantau tu..
    Walaupun rakyaat Mesir ramai yang miskin, tetapi mereka telah melalui beberapa fasa transisi pemerintahan yang digerakkan oleh kaum "Marahain". Mereka telah belajar banyak kesilapan dan pengajaran dari pengalaman mereka.
    Ini sesuatu yang tiada pada rakyat Malaysia yang hanya melihat "dunia" lebih kurang 52 tahun. Ramai rakyat Malaysia belum lagi mampu membuat keputusan politik tanpa bantuan orang lain. Kita mudah memepercayai sesuatu dari orang yang kita sanjung, walaupun kadang kala nya 'kepercayaan" itu boleh dipertikai dan relatif. Kita hanya percaya sumber maklumat itu hanya sahih, jika ia datang dari media masa umum dan orang-orang yang berjawatan sahaja. Seperkara lagi adalah kebergantungan sumber rezki dan kecukupan kendiri. Apabila seseorang itu sudah mencapai tahap kecukupan diri dan kebergantungan rezeki yang hanya bergantung pada kemampuan diri dan Allah, ia akan menjadi lebih rational dan betul dalam tindak tanduknya.

    Apabila masyarakat mula bergerak kearah masyarakat berilmu dan berpendapatan "kecukupan diri".. kita akan ada satu masyarakat yang krritikal dan lebih baik.....

    ReplyDelete
  9. Salam Dato'

    Bersyukurlah rakyat Selangor cepat sedar tentang ketamakan pemimpin UMNO merobek kekayaan negeri Selangor. Oleh itu mereka menggunakan kuasa undi mereka untuk menjatuhkan regim UMNO @ Khir Toyo sebelum bertambah parah lagi. Nampak jelas bahawa rakyat di Selangor merana di bawah kepimpinan UMNO selama 50 tahun. Walaupun dengan kuasa media massa yang memperlihatkan kebaikan yang di lakukan oleh UMNO tetapi hakikatnya rakyat masih penipuan dan pembohongan media. Kepada pemimpin PAKATAN jangan lupa kuasa rakyat akan menghukum anda jika ada masih lagi mewarisi sikap pemimpin UMNO selama 50 tahun memerintah.

    ReplyDelete
  10. Salam kasih salam sayang DATO sri.Himpunan rakyat telah merobah beberapa persoalan yang selama ini pemimpin2 di sana mengumpul harta dan juga menjadi tali barut amareka secara telus nya menjaga kepentingan yahudi.....mesir mempunyai hubungan diplomatik yang spcial dengan israel iaitu musuh rakyat ARAB...Di malaysia para pemimpin nya harus mengambil ikhtibar apa yang terjadi disana kerana kebosanan dan kesusahan perlu di ambil kira oleh semua pemimpin di negara ini kita melihat sistem beraja di nepal juga runtuh kerana apa ialah kerana nya jemu dengan tingkah laku pemimpin....mari kita membentuk sistem negara yang adil penuh semangat mempertahankan rakyat dan negara agar aman dan selamat...

    ReplyDelete
  11. Salam Dr Khir...

    Perenggan ke-11 amat menarik perhatian saya..
    Harus kita benar2 myedari.. Hakikatnya di Malaysia tidaklah seperti di Mesir..

    Kepimpinan kerajaan Malaysia jauh lebih baik daripada Rejim Hosni Mubarak.. Ibarat Langit dan bumi...

    Dr... Harapan kita agar kepimpinan Malaysia terus memperbaiki corak pentadbiran negara.. Justeru ia harus disokong dan dinyatajadikan oleh kakitangan kerajaan khususnya..

    ReplyDelete
  12. Salam Semua,
    Terlebih dahulu Ribuan Terima kasih Pada Anon 10:12..
    Setelah melakukan sedikit penyelidiakn..Ya hadith tu adalah Hadith PALSU YANG POPULAR. Semuga Allah memaafkan saya di atas kecuian ini..

    Text yang saya dapati:
    "ada sedikit kesalahan tentang saat kematian Rasulullah iaitu perkataan ummati, ummati, ummati. ia adalah riwayat yang palsu. hadith yang sahih menceritakan Rasulullah menyebut ma'a rafiqi al-a'la (bersama teman yang tertinggi). ini kerana para nabi diberi kelebihan sama ada untuk mati atau terus hidup berdasarkan riwayat dalam sahih bukhari, nasai. berdasarkan perkataan nabi itu, baginda telah memilih untuk kembali pada Allah.

    ReplyDelete
  13. Salam Dr Khir,

    Saya lari dari tajuk perbincangan dr. Saya mohon dr suarakan lagi ketidakpuasan hati rakyat berhubung saman kenderaan oleh PDRM yang mengarut itu.

    Kita boleh terima sekiranya saman itu dibuat dengan dengan cara yang sah, tetapi apa yang berlaku kini adakah sah caranya? Polis mengambil kesempatan itu semata-mata untuk MENGENAKAN pemandu-pemandu. Yang bersalah hanya beberapa kerat sahaja, tetapi beban diterima hampir setiap pemandu.

    Masalah kemalangan di negara kita tidak selesai kerana polis menangkap "penjenayah" yg salah. Saman berjuta keping pun kejadian kemalangan tak pulak berkurangan.

    Saya mengambil peluang ini untuk memberi tabik kepada POLIS CAWANGAN TRAFIK kerana begitu berjaya dalam tugasnya, apa tidaknya, hampir setiap pemandu ada saman kerana memandu laju. Cawangan-cawangan polis yang lain tidak begitu berjaya kerana tak banyak hasil sebagaimana CAWANGAN TRAFIK, TAHNIAH.

    Masalahnya Dr, cara kerja polis trafik yang membabi buta itu sepertilah kerajaan hendak bermusuh dengan rakyat. Beban hidup semakin meningkat, gaji tahap itu juga. Cukai sekeliling pinggang ditambah lagi cukai oleh polis ini.

    Mungkin Datuk Najib dah jemu sebagai PM barangkali, tak apa PKR ada. Tawaran PKR sebenarnya sukar ditolak oleh rakyat, apalagi rakyat kini sudah sangat banyak terbeban hidupnya. Kini timbul idea- kita cuba mereka(PKR) selama satu penggal dan lihat apa yg terjadi. Saya tertarik dengan idea itu.

    Harap mendapat perhatian Dr.

    masmerah

    ReplyDelete
  14. When God is about to confer a great responsibility on man, he will first exercises his heart with suffering, his sinews and bones with toil.

    He will exposes the man body to hunger, subjects him to extreme poverty. He confounds the man undertakings with setbacks and troubles, therefore to stimulate his heart (or mind) to have patience and toughen his nature in order to supply (or to provide him with benefits despite of) his in competencies.

    Meaning no pain no gain.

    It's a quote from Mencius (Meng Tzu), a Chinese ancient philosopher.

    ReplyDelete
  15. Tuan dan UMNO patut mengambil iktibar dari Mesir kalau ingin menebus kesilapan dan kembalikan Selangor ke BN.

    PKR menunggu masa untuk runtuh atas kegagalan sendiri. PR dan BN kene belajar untuk faham Standard KPI yang rakyat gunakan menilai parti politik yang berfungsi.

    ETP dan GTP oleh pusat dah bagi kredit kepada rakyat. Namun Greater KL tetap nampak bodoh untuk dilakukan ketika ni.

    Jadi kalau BN menang PRU-13 ini, jangan sekali syok sendiri ingat BN dah kuat tetapi cuba faham bahasa dan signal rakyat. Kalau tidak, rakyat yg tertekan tetap gigih mengaudit pemerintah dan ahli politik untuk meningkatkan prestasi walupun akan bersalin baju setiap 5 tahun.

    ReplyDelete
  16. Salam Dr. Khir,

    Maaf lari tajuk....
    Ni PRK Kerdau & Merlimau dah nak dekat nanti akan keluar la berita kt TV & surat khabar AHLI PKR KELUAR PARTI HILANG KEPERCAYAAN PADA DSAI...tak percaya tunggu...Guna la tektik lain...boring asyik sama je...

    ReplyDelete
  17. Haa.haa, selama 50 tahun BN perintah selangor rakyat semakin miskin, tak dapat pelajaran, mundur dan bodo.. Itu kalau ikut kamus Pakatan Rasuah laa... yang kaya raya serta hantar ramai anak belajar keluar negara adalah orang umno, Pakatan Rasuah hanya sekadar sekolah pondok dan kebanyakkan mereka bebal serta dungu.

    ReplyDelete
  18. Salam 1malaysia dr
    kali ini isu tentang mesir dan perjuangan org muda.

    1. Disini dapat kita lihat org muda dan masyarakat dah mula faham apa yang dipanggil hak.

    2. Zaman dahulu semua yang pemerintah buat akan diikut oleh rakyat, tapi bukan la pada zaman ini lagi.

    3. Rakyat tidak mahu lagi duduk dalam era 70an, rakyat dah boleh berfikir.

    4. Isu Mesir lebih banyak berkait dengan kebangkitan rakyat. Di Malaysia tak mungkin terjadi kerana bukan budaya org kita. Tapi kalau berlaku bagus juga boleh tgk pemimpin kat atas to nak buat apa.

    5. Ada kebaikan dan keburukan juga cara masyarakat Mesir. kebaikkan Selepas ini pemimpin boleh berfikir hak rakyat dan keburukan pula dari segi ekonomi dimana rakyat akan selalu memberontak dan kegiatan ekonomi akan terjejas.

    6. Dr pada zaman pemerintahan Dr tak jadi mcm ni sebab rakyat selangor ialah org luar, kalau tak mahu juga Dr letak jawatan.

    ReplyDelete
  19. Salam DATO SRI.Kisah di mesir sudah berlalu meninggalkan kita dan kerajaan pun sudah di bentuk dengan aspirasi baru sama ada kerajaan tersebut memenuhi kehendak rakyat atau pun tidak yang pasti HOUSNI sudah tiada dalam tinta emas lagi dan nama nya sudah busuk di mesir itu lah nasib seorang negarawan terpinggir soal nya siapa yang menjadi mangsa?.Banyak bekas menteri yang akan didakwa atas tuduhan menggelapkan wang negara tapi bagaimana pula dengan bekas presiden apakah ada tindakan yang akan di ambil belum pasti lagi.Kerajaan yang baru di bentuk sudah tentu mempunyai tugas berat untuk membangunkan minda rakyat dan juga membena pasarana bagi memenuhi kehendak rakyat khusus nya golongan muda soal nya dimanakah kemampuan kerajaan baru untuk mencari dana yang sedia maklum sudah kering inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan baru mesir.Sama ada kerajaan baru mesir ini masih berkiblatkan tentera atau pun tidak masih belum pasti lagi tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku hanya ALLAH sahaja la yang mengetahui nya.....Bagi kita perkara ini sepatut nya menjadi contoh dan teladan yang berguna kerana dengan peritiwa tersebut sedikit sebanyak ada pengajaran nya kepada suasana politik tanah air kita ini kerana suasan pada hari ini amat berbeza dengan rentak 1990 hingga detik akhir 2010 dan kita sudah berada awal 2011 apakah yang kita dapati dari suasana ini....harap2 ia lebih baik dan sempurna supaya kehidupan rakyat malaysia akan terus makmur...wassalam

    ReplyDelete
  20. Imbau kembali memory dulu dengan masa kini...BN BN tutup surau PR buka surau....BN tak pandang pun pelajar yang nak melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS kini PR beri sagu hati Rm 1000...BN tak bagi pun air sekarang rakyat merasai nya....Untuk warga emas ada skim nya....cuma rakyat kena memikir nya kerana BN/UMNO masih menganggap rakyat adalah berpandangan ERA lama lagi sesungguh nya masa telah mengubah segalanya...FIKIR DAN NILAI LA YA..

    ReplyDelete
  21. Salam Dr,
    saya kenal Dr semasa di asasi dulu tahan 90an, muka Dr pun dah lain semakin licin dan hansome, jeles saya..
    Namun saya syukur kepada Nya yang telah mengurniakan wajah ,rezeki halal (walaupun ragu-ragu kerana tengok blog Dr ni waktu kerja)..
    Akhirnya kita akan bertemu jua.. Jumpa lagi Insyallah diBatu2,tanah merah, padang mashyar, Negeri akhirat Darul Khusus wal Salamah.

    ReplyDelete
  22. YB Dr Khir, sy lihat ramai jugak yg komen bersifat cemburu, syak wasangka, sakit hati. Bahkan ada jugak yg mengambil alih haq Allah sampai begitu mudah mahu menjatuhkan hukuman kepada pihak lain. Masyaallah, inilah akibatnya bila minda di tanam dengan slogan perjuangan islam perjuangan pas.

    ReplyDelete
  23. tuan yg tulis ni..

    Anonymous said...
    Salam Dr. Khir,

    Maaf lari tajuk....
    Ni PRK Kerdau & Merlimau dah nak dekat nanti akan keluar la berita kt TV & surat khabar AHLI PKR KELUAR PARTI HILANG KEPERCAYAAN PADA DSAI...tak percaya tunggu...Guna la tektik lain...boring asyik sama je...


    saya percaya bende yg sama.. BN mmg guna taktik lapuk dan bodoh ni. dia ingat semua rakyat masih bodoh lagi.. tau cakap tp tak buat.. krisis di mesir ni buat depa kecut perut tp blm tentu buat depa sedar. pegi mampus la ngan taktik beli dan lompat katak.

    ReplyDelete