Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, February 2, 2011

PRK Tenang: Satu Pandangan

1. Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan dan seluruh pembaca blog ini dari kaum Tionghua tidak kira apa pegangan agama mahu pun fahaman politik. Semoga tahun arnab dalam kalendar cina ini akan meberi lebih banyak kemakmuran dan juga mengekalkan keamanan sedia ada.

2. Pilihan raya kecil DUN Tenang menyaksikan Barisan Nasional berjaya meningkatkan majoriti sebanyak 1, 200 undi. Ini merupakan satu aliran kemenangan yang agak memberangsangkan sejak di Batu Sapi dan Galas.

3. Selain itu sokongan pengundi Melayu yang kian bertambah kepada Barisan Nasional harus menjadi isyarat kepada pemimpin Pas bahawa polisi dan perubahan gaya politik mereka yang terlalu liberal dan tunduk kepada DAP akan menjurumuskan parti tersebut kepada satu ruang politik yang terpencil. Tidak mustahil mereka hanya akan menjadi parti yang sekadar membantu kemenangan DAP dan PKR tetapi kerusi dan kuasa sendiri hilang sedikit demi sedikit.

4. Sebahagian besar masyarakat India juga tampak kembali kepada Barisan Nasional menerusi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya fikir kaum India juga ramai yang mula memahami beberapa isu kontroversi mengenai mereka yang sebelum ini diputarbelitkan dan dimanipulasi oleh pemimpin politik dalam meraih sokongan menjelang pilihan raya umum lalu.

5. Namun saya melihat tidak banyak perubahan dalam sokongan kaum Cina biar pun MCA mendakwa hampir 45% kaum Cina di Labis menyokong Barisan Nasional. Asas dakwaan MCA ialah BN memenangi dua daripada tiga peti undi yang majoritinya pengundi Cina. Namun ketiga-tiga peti undi yang dimenangi oleh BN tersebut mempunyai pecahan kaum yang agak rapat biar pun ia dianggap peti undi majoriti kaum Cina. Kaum Cina hanya sekitar 52-62% sahaja.

6. Berdasarkan arus sokongan Melayu dan India di peti-peti undi lain, maka andaian paling baik ialah kemenangan tipis BN di peti undi Labis dan Labis Timur adalah kerana sokongan orang Melayu dan India. Selain itu generasi muda Cina di Labis yang bekerja di luar tidak pulang ke kampung untuk mengundi kerana tarikh mengundi hampir dengan sambutan tahun baru Cina.

7. Menurut laporan BN hanya menang tipis di peti undi Labis dan Labis Timur. Di Labis kemenangan BN mendapat 380 undi dan Pas mendapat 337 undi. Dalam pilihan raya 2008, BN mendapat 411 dan Pas mendapat 421. Kemenangan kepada BN lebih menjurus kepada faktor undi kepada Pas berkurang lebih banyak dari BN bukannya faktor BN berjaya meningkatkan sokongan.

8. Demikian juga di peti undi Labis Timor, BN berjaya mengekalkan sokongannya pada 699 undi seperti dalam pilihan raya 2008. Namun sokongan kepada Pas merosot dari 740 kepada hanya 632.

9. Keputusan kedua-dua peti undi ini jelas menunujukkan sokongan kaum Cina kepada BN tidak kembali. BN hanya menang kerana faktor pengundi Cina yang menyokong parti lawan tidak keluar membuang undi kerana berada di luar kawasan.

10. Hakikat ini disokong oleh keputusan peti undi di Labis Tengah yang mengandungi hampir 97% pengundi kaum Cina. BN hanya mendapat 380 undi berbanding Pas mendapat 851 undi. Dalam pilihan raya 2008, BN mendapat 504 undi dan Pas 1013 undi.

11. Secara kasarnya, tiada perubahan dalam pola sokongan kaum Cina kepada BN sejak 2008. Saya khuatir kenyataan-kenyataan kononnya kaum Cina kembali menyokong BN akan memakan diri dalam pilihan raya umum akan datang jika pemimpin di atas percaya kepada retorik politik pasca PRK DUN Tenang ini.

12. Berdasarkan aliran sokongan kaum Cina kepada Pakatan di bandar-bandar besar tidak mustahil jurang undi antara BN dan parti lawan akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya umum akan datang apabila ramai pengundi Cina yang bekerja di bandar-bandar besar dan Singapura pulang mengundi.

13. Biarpun kita meraikan kemenangan ini, adalah perlu difahami bahawa jalan untuk mendapat sokongan dalam pilihan raya umum lebih sukar berbanding pilihan raya kecil. Ia jauh lebih sukar apabila kita leka dibuai nyanyian-nyanyian palsu bahawa kaum Cina telah kembali menyokong BN.

14. Setakat ini ramai yang beranggapan sokongan kaum Cina terhadap BN tidak lebih daripada kata pepatah "indah khabar dari rupa." Namun ramai juga berharap mereka jujur untuk terus bersama menyokong kepimpinan Dato Sri Najib dalam melakukan transformasi negara.

15. Sekadar renungan, saya tertanya-tanya mengapa DAP dan MCA begitu bertegang leher mempertahankan siapa yang lebih banyak mendapat sokongan kaum Cina sedangkan kedua-dua mereka banyak mengkritik UMNO apabila membincangkan berasaskan kaum? Apakah laungan tiada perbezaan antara kaum dan sebagainya hanya retorik apabila ia membabitkan orang Melayu?

36 comments:

  1. Generasi muda dan generasi baru : Satu pandangan masa depan.







    Tektik kotor - Beruk-beruk tua nak mampus Sinar Harian mahu membungkus masa depan generasi baru..
    http://blog1malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. salam dr khir....seharusnya kepimpinan tertinggi mengkaji sedalam2nya bantuan/sokongan yg diberikan oleh parti komponen dan Umno perlu yakin dgn kemampuan diri dan jgn terlalu mengharapkan kawan yg boleh berubah2 yg tak pernah memahami keadaan parti seangkatan...
    kita tak mahu disaat kita amat memerlukan bantuan tiba2 mereka beralih arah...

    ReplyDelete
  3. kat sekinchan walaupun kalah dapat gak kuasa penyelaras dun....takyah buat kerja tapi dapat jawatan bergaji....kalah pun tak pe....mcm tu pun susah sngat nak paham....

    ReplyDelete
  4. Jangan terpedaya macam kat Ijuk sudah la

    ReplyDelete
  5. ntah apa2 MCA ini...walhal lagi terang dan disuluh, pengundi cina langsung tak memberi undi kepada BN.....sedangkan dikawasan presiden MCA sendiri.....apalagi yang mereka melalak...mereka pun nak mengharapkan undi melayu...kalau macam ini punya perangai suruhlah MCA kluar dari BN

    ReplyDelete
  6. satu analisa yg perlu kepimpinan ambil perhatian apa yg doktor tuliskan disini...

    pada saya pula,jika umno/bn masih berharap harapan agar pengundi cina kembali pada pru13 nanti,IA ADALAH IBARAT UMNO/BN MELETAK PISAU DILEHER SENDIRI ..!maksud saya adalah orang melayu wajib kembali mengundi umno sekurang2nya 80% dari kerusi parlimen yg dipertandingkan..!

    kita sayangkan agama,bangsa dan negara kita...kita juga hormat antara kaum indi,cina dan lain2 tetapi orang melayu tidak boleh terlalu berharap undi kaum cina untuk menerajui pemerintahan pada pru13 nanti.....tidak ada jaminan untuk keadaan sekarang!pola kali ini akan terus dan gelombang lebih besar akan berlaku pada pru13....percayalah..!bn akan tumbang jika orang melayu tidak menyokong sekurang2nya 80% dari kerusi yg dipertandingkan

    untuk menarik undi orang melayu kembali menyokong sepenuh padu kepada umno,mestilah PEMIMPIN2 YG ADA DALAM PARTI UMNO DAN DALAM KERAJAAN membuat keputusan yg tepat..!mana yg perlu didahulukan dan ditambat hati untuk menang!

    orang melayu muda hari ini tidak boleh dicuba2 atau sekadar digertak2 atau memandang sinis pandangan dan suara mereka oleh pemimpin.Pemimpin mesti turun bersama2 mereka dan jujur bersama2 mereka!jika ini dapat didengar dan dilihat orang kumpulan melayu muda baik dikampung atau dibandar besar terutamanya dilembah klang,insyaallah kaum melayu akan bersemangat untuk membantu umno/bn kali ini.

    kepada kaum india juga saya sebenarnya lebih yakin walaupun pru12 yg lepas kaum india adalah menjadi punca amarah dan kemudiannya merebak dgn lain2 masalah...tetapi mereka selalunya akan kembali dan lebih yakin dgn kepimpinan yg umno!

    kaum india pada saya mereka tahu yg mereka lebih sanggup berketuakan kaum melayu dari kaum cina,kerana pada saya kaum india masih belum yakin jika kaum cina menjadi pemerintah pemimpin cina akan berlaku lebih adil/toleren dari berketuakan apa yg diberi oleh kaum melayu kepada kaum india!

    SEHINGGA HARI INI saya juga tidak yakin kaum cina telah kembali..dan pada saya pula kaum cina tidak akan kembali secara besar2an kepada BN pada pru13 nanti....

    jika saya berada saaat ini sebagai pemimpin utama negara atau umno,saya berjanji akan memastikan hak rakyat malaysia dihormati tidak kira apa kaum pun termasuklah kaum cina yg tidak menyokong umno nanti..!

    TETAPI JIKA SAYA INGIN MEMASTIKAN UMNO/BN TERUS BERKUASA PADA PRU13 NANTI,SAYA TIDAK AKAN LETAK PISAU DILEHER SENDIRI DGN MENGHARAPKAN UNDI CINA BERSAMA BN BARUUUUUU BN BERKUASA....alamat tunggu kena sembeleh la UMNO..!

    P/S:UNTUK PRU13 KALI INI,WALAU DIMANA UMNO BERTANDING TERUTAMANYA KERUSI PARLIMEN YG SEBANYAK 116 ITU,MESTI DIMENANGI DARI 67%(PRU12) KEPADA PALING TIDAK PUN 80% DI PRU13 NANTI

    ReplyDelete
  7. Setelah lebih 50tahun negara merdeka dgn tiga kaum utama melayu,cina,india & lain2....sekarang sudah tiba masanya kita bercakap secara lebih jelas dan jujur walaupun agak pahit untuk ditelan oleh sesuatu kaum.....

    biarlah pahit dan terasa hati tetapi yg pahit dan jujur berkata2 akhirnya insyaallah akan difahami dan lebih jujur antara kaum untuk sama2 menikmati anugerah Tuhan kepada kita negara malayisa ini..!

    orang cina berbahasa cian bila berkata2 mengenai kepentingan kaumnya..adakah melayu faham..!

    orang india dgn bahasanya ..berapa ramaikah melayu faham!

    bila mana orang melayu berbahasa melayu bercakap dan berbicara tentang kepentingan bangsanya...orang cina & india juga faham dan ada kala ia membuatkan kita melayu berhati2 bila ingin berkata2 berkaitan kepentingan bangsa kita,takut menyinggung hati & perasaan kaum tertentu..!yg padahal bukanlah hakiki sebenarnya untuk menyinggung mereka..!sedikit sebanyak ia tidak dapat dielakkan bila mana kita ingin bercakap berkaitan kepentingan hak bangsa sendiri..!

    jadi sudah tiba masanya kita rakyat malaysia bercakap lebih jujur dan terus terang tentang perkara yg doktor tuliskan diatas...kita tidak boleh terlalu menjaga hati sehingga kita takut menyinggung hati kaum2 tertentu bila berkata kata

    TERIMA HAKIKAT ORANG CINA SELEPAS ERA TUN MAHATHIR SEMAKIN HARI SEMAKIN KURANG BERSAMA BN

    PRU13 TIDAK MUSTAHIL JIKA TIDAK DITANGAI DGN BIJAK OLEH KEPIMPINAN UMNO AKAN BERAKHIRNYA ERA KEPIMPINAN MELAYU MENGUASAI TAMPUK PEMERINTAHAN NEGARA MALAYSIA,TIDAK ADA YG MUSTAHIL,IA AKAN BERLAKU LEBIH2 LAGI PAS SANGGUP UNTUK MELACURKAN AGAMA DAN BERSEKONGKOL UNTUK MELIHAT UMNO TERSUNGKUR DIBUMI MALAYA..!YG PADA SAYA AKHIRNYA SEMUA AKAN RUGI...ULAMA MELAYU,CERDIK PANDAI MELAYU,ANAK2 MELAYU,GURU2 MELAYU,PENJAWAT2 KERAJAAN MELAYU,WALHAL RAJA2 MELAYU JUGA SEDIKIT DEMI SEDIKIT AKAN GUNDAH GULANA DGN KEADAAN INI..!

    GEMBIRAKAH MELAYU YG INGIN MELIHAT PAS BERKUASA,GEMBIRALAH DGN KUASA KETIGA DALAM PAKATAN RAKYAT..!TERIMALAH TAKDIR JIKA INI MASIH TIDAK ADA YG INSAF..!

    ReplyDelete
  8. *Awareness* orang Melayu sekarang memang berpihak kepada BN. Kita juga tahu bahawa *awareness* ini juga boleh berubah pada bila2 masa, dalam jangkamasa - sehari - sebulan - setahun etc etc. Banyak sebab2 yang boleh mengubah *awareness* ini. Kalau sikap pemimpin2 Umno/BN boleh berubah, insyaallah awareness serta sokongan rakyat akan terus melekat pada BN ... tapi kalau sikap masih tahap sekarang mengutamakan serta mementingkan diri sendiri serta kroni2 mereka ... ditambah kos kehidupan terus meningkat tanpa henti tapi tahap pendapatan rakyat masih tokok lama ... now to survive orang sanggup menipu, merompak, mencuri, membunoh etc etc ... so what is there to change the govt ... jika tiada perubahan yang positif ... BN akan dapat bertahan paling lewat sehingga PR14 sahaja. Sejarah PR12 bukan kerana sokong parti pembakang tapi dah muak dengan sikap kerajaan. Setiap kemenangan itu bukan undi *kumpulan* atau penyokong2 tapi hanya lah undi *individu* ... bila digabungkan undi2 tersebut baru ianya menjadi satu kemenangan ...

    ReplyDelete
  9. Tiba masanya Kerajaan mendengar/mengambil hati pengundi 2 Melayu yang lebih lembut hati berbanding pengundi2 bangsa lain. Bangsa Melayu ni mudah terhutang budi, yang lain macam tidak kenang budi. Jangan jadi;duit habis, undi pun tarak jugak.

    ReplyDelete
  10. Orang Melayu sokong orang Cina atas dasar perkongsian kuasa BN... tetapi orang Cina banyak yang tak suka BN/UMNO..atas dasar persepsi bahawa UMNO itu Korup. Masalahnya BN dah beri mereka macam-macam... utk menang undi..tapi mereka tidak undipun BN.

    Kenapa Cina tak suka UMNO? tetapi suka PAS. Ini adalah kerana mereka lebih yakin untuk memperkudakan PAS. Sebab mereka tahu PAS sanggup diperkudakan utk kuasa..

    Entahlah... apa-apa pun BN jangan terlalu ghairah nak buat pilihanraya cepat-cepat sebelum 2013.. sebab BN belum cukup kuat lagi...

    ReplyDelete
  11. PAS tunduk kepada DAP hanyalah mainan politik BN.. rakyat seperti saya takkan mengundi BN yg cuma hebat di dada media yg berat sebelah. kepercayaan terhadap BN sudah terhakis.. ingat Dr.. rakyat yg berkuasa bkn para pencinta n pengumpul harta semasa berkuasa..menang di tenang bukan ukuran.. kami akan buktikan di PRU nanti.. salam

    ReplyDelete
  12. Tepat sekali analisa Dr. PRU 13 nanti MCA mimang tak dapat di harap atau harap membawa rebah, pempimpin atasan Umno perlu bijak membuat percaturan agar pengalaman PRU 12 tak berulang.MCA adalah menjadi beban terhadap UMNO terutama dalam menhadapi PAS

    ReplyDelete
  13. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30679:-dr-mahathir-seorang-yang-bijak-nik-aziz&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124

    ReplyDelete
  14. DR Khir, semoga Pak Najib bukan sekadar melihat sokongan warga felda sahaja. Beliau harus berusaha memahami nasib kaum melayu dan india di semenanjung. Begitu juga kaum peribumi di sabah dan serawak. Untuk jadi PM dan mengekalkan kerajaan BN perlu menang bukan sekadar dikawasan felda sahaja bahkan majoriti kaum peribumi baik di semenanjung mahupun di sabah/serawak. Kaum cina baik dalam dap mahupun rakan komponen BN hanyalah bonus jika mereka memangkah calun dari BN. Dah berkali-kali kaum ini melukakan hati orang melayu.

    ReplyDelete
  15. mengikut kajian dari maklum balas yang terdapat disini, maka dapat dihuraikan bahawa segelintir penyokong UMNO masih mempunyai fikiran primitif dan tidak mengikut arus perubahan. Kita kena kecapi cabaran sekarang yang sandarkan kepada citarasa pemuda yang makin terlibat di pentas politik. Mungkin kebanyakan mereka tidak berdaftar sebagai pengundi tetapi masih mempunyai pengaruh secara langsung atau tidak. Dengan izin, wake up or ship out. Stop all this feudalistic mindset.

    ReplyDelete
  16. Sahabat sahabat bloggers,

    Sebenarnya delema pengundi china,mereka masih mencari resolusi baru dalam politik tanah air,kesungguhan mana mana parti yang akan memperjuangkaqn dasar kesamarataan antara rakyat,adalah sesuatu yg akan dapat perhatian mereka.Bagi mereka sehingga tiada parti politik yang benar benar berjuang kearah tersebut.Mereka masih menunngu parti mana yang akan memulakan langkaqh tersebut,yang berani menyatakan secara jelas rancangan pelaksanaan dasar kesamarataan waima terpaksa menukar perlembagaan negara.

    ReplyDelete
  17. Dr.Khir,

    Satu kesimpulan yang mudah walaupun DAP & MCA berlainan kapal tetapi mereka bersatu bila dalam bab kepentingan kaum mereka.

    ReplyDelete
  18. Dr Khir,
    Yang saya tak faham, bila UMNO bekerjasama dengan parti MCA & MIC tidak ada pula orang-orang UMNO mengatakan melayu diperkudakan oleh mereka. Tetapi apabila PAS bekerjasama dengan DAP dan PKR mereka mengatakan melayu PAS diperkudakan oleh bangsa Cina dan India. Terus terang saya rasakan dan katakan bahawa sehingga kini, kerjasama PAS dengan DAP & PKR amat menyenangkan jika dibandingkan dengan kerjasama UMNO dengan MCA & MIC selama 50 tahun yang lalu. Mungkin MCA kini sudah mula merasakan kerjasama mereka dengan UMNO selama ini tidak seindah kerjasama PAS & DAP walau pun ianya hanya baru-baru ini berlaku. Saya amat berpuas hati dengan kerajaan selangor sekarang ini, terutama sekali didalam aktiviti-aktiviti ugama islam yang jauh lebih baik dari zaman kerajaan BN dulu. Dengan itu saya menyatakan kemenangan di Tenang buat BN tidak harus menjadi pengukur buat lain-lain negeri untuk PRU13 nanti.

    ReplyDelete
  19. Kita harus perhati dari sudut warga Malaysia Tionghua juga. Sekian lama mereka telah menyumbang kepada tanahair ini bersama saudara warga Melayu mereka dan kaum-kaum lain tetapi mereka hanya rasa terpinggir. Kita harus teliti dan mengkaji dengan mendalam tentang fenomema yand dilanda perasaan kaum Tionghua ini. Mengecualikan fakta ini hanya akan membawa padah buruk kepada negara. Kita harus juga beri iktiraf bahawa mereka telah menyumbang kepada keadaan sosio-ekonomi tanahair sekarang dimana kita dapat bersama-sama menikmatinya.

    Jangan sekali kita cari jalan senang dan buat simpulan bahawa mereka, warga Tionghua tidak taat kepada negara dan hanya tahu bersatu dengan kaum mereka sahaja. Seperti kaum lain, mereka juga mempunyai rataan ideologi yang berbeza diantara kaum mereka. Jelas sekali, apabila sesuatu individu terasa tergugat, mereka akan berkumpul bersama dengan kumpulan yang mempunyai perasaan dan ideologi yang sama. Kenyataan ini tidak sekadar ditujukan kepada kaum Tionghua tetapi kaum-kaum lain, khususnya Melayu juga. Dengan izin, this is called 'natural human instinct'.

    Disini, kita harus ketengahkan imej bahawa orang Melayu Malaysia adalah bersifat dengan penuh 'humility', 'humble' and 'highly tolerant'. Kita jangan sekali benarkan parti lawan membuat tomahan dan mengambil kesempatan ini untuk melaungkan isu perkauman yang hanya akan membawa padah kepada institusi negara ini yang sekian lama berdiri teguh dan kukuh.

    Saya harap Dr Khir dan rakan-rakan saya di dunia blog ini akan, dengan izin 'spread the message'. Saya rasa saya bersama dengan ramai rakyat jelata ditanahair ini bersetuju yang kita idamkan pembangunan yang progresif dengan menggunakan kaedah 'moderation' dan elakkan sama sekali menggunakan 'extremism' dalam usaha kita menerangi sesuatu isu.

    Ini juga adalah pendekatan yang harus diambil oleh kaum lain, termasuk orang Tionghua Malaysia.

    ReplyDelete
  20. saya berminat dgn isu pergolakan di mesir,
    masa saya melancong ke egypt,cairo okt 2010,saya dapati orang arab ni kasar2 bahasanya,bila bercakap macam nak bergaduh..!sekasar2 bahasa kita,kasar lagi bahasa mereka..tapi sebenarnya mereka baik.!namapak takut...!
    bayangkan bila rakyatnya keluar dijalanan hampir 1 juta orang..apa akan berlaku..!

    semua ini berlaku,akibat bilamana President Hosno Mubarak terlalu lama berkuasa hampir 30tahun lamanya.generasi muda dunia hari ini rata2 tidak gembira bila seseorang pemimpin terlalu lama berkuasa

    Didalam negara kita pun umno/bn sudah lama berkuasa,Tun Mahathir juga lama berkuasa tetapi beliau memang seorang yg bijak dan cerdik kerana tahu bila masa untuk berhenti berjawatan tetapi masih terus menyumbang buah fikiran untuk negaranya...

    doktor kena tulis dan ulas tentang isu terlalu lama berkuasa...

    1)apakah umno/bn perlu diubah kepada pakatan rakyat walaupun umno/bn banyak jasa terhadap negara?

    2)adakah parti umno yg terbukti lebih besar kuasanya jika orang melayu masih meberi undi ini sudah tidak relevan kerana terlalu lama berkuasa?

    3)siapakah yg perlu melakukan perubahan?rakyat yg perlu mengubah atau pemimpin yg berkuasa/kerajaan sekarang yg perlu bertindak melakukan perubahan?

    4)apa akan jadi & akan mempengaruhi negara dgn isu yg berlaku di negara arab ini?


    jgn lah kita masih selesa dan syok mimpi lagi
    "air yg tenang jgn sangka ada buaya didalamnya"

    jika boleh harap dapat jelaskan !pening dalam memilih antara pemimpin berkretrampilan dgn parti yg tak de satu pun 100% sempurna!

    ReplyDelete
  21. Salam,
    Satu fakta yang kurang di gharap oleh pemimpin hari ini, ialah bahawa rakyaat sudah berilmu dan banyak membaca. Pemimpin BN hanya berpendapat, rakyaat berfikiran seperti TV3, Utusan Malaysia, seperti Berita Harian, seperti Straits Times.. dan bila nak pilihan raya, atau PRK.. bagi gula-gula, seprti upgrade jalan, bantuan sekolah, bantuan Masjid, bantuan Footsal. Jenarasi FELDA tua,orang yang tidak merasakan diri mereka kompetent, gulongan akar umbi boleh la macam ni...Tetapi kita faham, yang mengerakkan negara ni adalah gulongan professional, dan gulongan pertengahan..gulongan ni membaca tiga empat sumber berita, dan mereka berfikir. Semakin maju negara, semakin kurang pergantungan kumpulan rakyaat seperti ni kepada gula-gula kerajaan.

    Benar, sokongan akar umbi dan orang kampong mustahak.. tapi anak-asnak orang kasmpong sekarang ni dah dah bijak dan sekurang-kurang nya bersifat terbuka. Walaupun mereka kadang-kadang menyokong BN, tapi mereka tahu masaalah sebenar politik tanah air. Pimpinan negara (khusnya TUN Mahathir) mahukan "meritokrasi".. tapi amalan kerajaan sekarang ni.. tidak mengamalkan "meritokrasi"... malah dalam banyak perkara lain cakap, lain yang dibuat...Sekali sekala cubalah kita membaca akhbar CINA atau Tamil.. dan berfikir secara hormast dan menghormati diantara satu sama lain. Dalam banyak perkara, banyak pemimpin tak layak di hormati...

    ReplyDelete
  22. Salam Dr. Khir
    dari padlock;

    Apa komen ntang Dr. tentang ni..

    "Lebih 100 NGO yang bergabung dalam Majlis Perundingan Melayu (MPM) berikrar tidak akan lagi sesekali memberikan sokongan kepada pemimpin India daripada pelbagai parti dalam mana-mana mana pilihan raya selepas ini.

    Ini kerana, gabungan itu berpendapat, pemimpin dan aktivis kaum India telah memutarbelit dan berjaya mempengaruhi kerajaan untuk tunduk kepada ugutan dan tekanan dalam menangani isu novel kontroversi Interlok."

    Kenapakah masyarakat India jadi begini...Adakah ini salah pembangkang juga?? Apa yang BN telah buat selama ini supaya kaum India dapat menghormati hasil karya agong sesuatu kaum??

    ReplyDelete
  23. Bersetuju dengan bahtiar. Orang Melayu memang mudah digula-gulakan dan mewarisi PHD sejak turun temurun. Tidak berani berubah. Ibarat katak dalam gelas yang tidak mahu berusaha untuk keluar.

    ReplyDelete
  24. Salam Dr, saya forward komen dan soalan yg berharap sangat utk DR jawab.......
    Keputusan mmg sudah di jangka kerana pihak BN awal-awal lagi mengatakan tidak akan bersetuju dan siap di nyatakan di dada akhbar, maksud walau bagaimana pun bagusnya pindaan undang-undang tersebut tidak akan di persetujui kerana ianya bukan penilaian individu seperti demokrasi yg sebenar tapi mengikut kehendak pemimpin semata-mata. soalan saya kepada dr, apakah ini yg di katakan demokrasi? kalau wakil rakyat BN menyokong pasti akan di ambil tindakan kerana menyebelahi pihak lain seperti yg terjadi sebelum ini dan kalau Dr kata ini demokrasi tolong nyatakan jenis demokrasi apakah ini? mengapa wakil rakyat BN tidak blh mengikut pendirian sendiri? saya bkn ahli mana-mana parti politik ttp pada penilaian saya politik di Malaysia tidak profesional kerana dari asas seperti penamaan calon pun ianya tidak transparent kepada rakyat, sebagai contoh, 1.calon cuma diumumkan di saat-saat akhir sebelum penamaan,yg mana rakyat seharusnya tahu seawal 6 bln sebaiknya untuk menilai setiap calon supaya lebih mengenali calon pilihan mereka.
    2.Pengistiharan harta secara umum kepada rakyat atau yg berkaitan
    3.pemeriksaan kesihatan, fizikal dan mental seharusnya keutamaan utk mengelakkan terlalu bnyk PRK dan menganggu proses khidmat kepada rakyat.
    dan mungkin bnyk lagi yg harus di fikirkan sekiranya benar-benar ingin memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan bkn mengkayakan diri sendiri dan kroni.. mmg sangat lah hebat semasa berkuasa ttp bila trjadi seperti yg Dr lalui sekarang mungkin menyedari hakikat sebenar sebagai rakyat kami yg sepatutnya di perkaya dan di makmurkan.. syabas kepada Kerajaan Selangor srkg kerana air free tu pun satu hadiah baik kepada rakyat. biar pun tak sebesar mana kepada sesetengah org ttp sgt bermakna sebagai satu langkah mula.
    semoga Dr dan keluarga sihat sejahtera.

    Thursday, January 27, 2011 1:06:00 AM GMT+08:00
    Anonymous said...
    aikh? tunggu dr jawab ni.. tp nak tambah sikit lagi lah.. sebagai seorang rakyat saya ingin sekali mengundi siapa yg layak menjadi PM malaysia.. tp mungkin hanya mimpi kerana politik yg kita ada skrg tidak memungkinkannya.. sungguh sedih bila sistem yg ada skrg sebenarnya sangatlah buruk dan ketinggalan kepada saya.
    sistem presiden parti menjadi PM jika parti dapat majoriti seharusnya tdk lg relevan skrg. contohnya.. jika Najib kalah kat Pekan tp majoriti kemenangan kerusi pada BN dia msh jadi PM.. sedangkan rakyat telah menolak dia dari pekan..selagi lg itu hanya sebagai contoh.. atau dia menang di pekan dan jd PM seperti skrg tp bkn itu hanya hasil undian ahli parti BN? ataupun semasa pilihanraya blh di katakan suara rakyat pekan.. bagaimana dgn rakyat malaysia yg lain seperti saya.. apakah saya setuju najib jd PM contohnya.. apakah rakyat malaysia lain tak blh atau tak layak memilih PM kami seperti ahli parti BN dan rakyat pekan? sistem ini adalah sistem paksaan pada saya.. saya bkn org pandai seperti Dr tp kemusyikilan ini telah lama ingin saya tanyakan pada org besar saperti Dr.. ada jg jawaban dari rakan-rakan utk layak mengundi siapa jd PM kene masuk parti BN atau komponen la.. haha lawak juge tp jawab saya..'BN tu bagus ke?'.. mcm terlebih pula tp harap DR blh jawab dan sekali lg semoga DR sihat sejahtera dan di rahmati Allah SW..

    Friday, January 28, 2011 9:59:00 PM GMT+08:00

    ReplyDelete
  25. Saudara WMU350,

    Tak ada bezanya MIC didalam BN dan DAP didalam PR, cuba saudara perhatikan walaupun orang cina tidak mengundi BN SJKC mereka tetap dapat peruntukan malah diitiraf lagi oleh kerajaan BN, soalnya sekarang puak UMNO mengatakan PAS didalam PR dikuda oleh PKR & DAP, pada masa yang sama MIC yang tidak disokong orang cina minta itu dan ini dapat... Siapa yang kuda siapa sekarang?

    ReplyDelete
  26. Salam Dr. Khir,
    Akhir-akhir ni nampaknya Dr. ada sedikit terbuka, berbanding semasa Dr. kata.. "Kita mahukan DUN dengan pembangkang sifar" di RMS suatu masa di pagi Khamis dengan DJ Jenal..

    Tetapi agak malang kerana hayat politik Dr. mungkin sudah berakhir, atau sudah berada pada penghujungnmya. Kalau Dr. Kata Dr. lebih mengetahui tentang pentadbiran Selangor, kerana Dr adalah bekas MB, saya rasa Dr. agak tertipu dengan khyalan sendiri.

    Selangor adalah negeri yang paling ramai Professionals, teknokrats dan beaurokrats. Apabila rakyat melihat proses Dato Setia Usha negeri di lantik..sebenarnya ramai rakyat yang melihtnya sebagai "Kelakar"...tapi apa nak buat kita bukan yang berkuasa, walaupun ia sebenarnya menyingung akal fikiran kita.

    Perkara seperti inilah yang menjadikan pentadbiran parti BN sekarang dilihat tidak telus, dan orang akan komen... "Dalam negara MalaysiaBoleh semua nya boleh je...". Jika perkara seperti ini berterusan, dan apabila kebanyakkan rakyat terhimpit dan susah.. suatu hari nanti ditakuti, rakyaat akan bertindak.

    Kita terlalu percaya kepada Media masa yang dikawal kerajaan.. Sedangkan rakyaat sudah berfikir dan akan tiba apabila rakyat berkata, "Saya akan tentukan siapa yang harus menjadi pemimpin kita"..

    ReplyDelete
  27. Salam Dr.
    Jika dilihat kemenangan BN di Dun Tenang bukanlah disifatkan satu peningkatan dari segi majoriti kerana parti yang menang adlah UMNO. UMNO ditubuhkan di negeri Johor.Manakala semua menteri berkampung di Labis.TPM pun kita lihat muka dia setiap hari di Labis. Perbandingan UMNO di Johor bolehlah kita buat dengan PAS di Kelantan. Sehingga ada kawan saya dari Johor mengatakan kalau letak tunggul kayu pun bertanding atas tiket BN di Johor dan Melaka tentu boleh menang. Tapi persoalannya yang rakyat ingin tahu 1. berapakah wang telah lambakan oleh BN berbanding PAS dalam PRK Tenang 2. Berapakah agensi kerajaan yang disalahguna semasa PRK tenang
    Pada saya dalam semua PRK yang telah diadakan termasuk di DUN Tenang ibarat satu Malaysia lawan dengan pembangkang
    Sekian TQ

    ReplyDelete
  28. maaf mungkin saya ni menulis berdasarkan fahaman saya dr. Pada pendapat saya dun tenang kali ini mempunyai pelbagai coretan yang mungkin bukan sekadar pengundi cina. 1 lihat semula calon pas yang pernah berkhidmat dengan Kementerian pelajaran malaysia( x guru). Kenapa org bawah yang berada dibawah TPM pun menentang dia? Mungkin boleh difikirkan.Pengundi cina sudah kita tahu mereka tidak menyokong BOS BESAR MCA bukan apa layanan yang diterima tak sama mcm bos besar b4 this. BN cakap menang memang la, Tapi pas masih ada juga pengundi seramai hampir 3000 org, ramai juga to dr. Mungkin TPM atau PM boleh lihat senario sekarang kot, jika org bawah dah mula nampak kesilapan yang dibuat oleh org politik, makin ramai yang akan keluar menetang.

    ReplyDelete
  29. saudara bahtiar

    saya tak pernah sokong sapa2 yg berkuasa mengenepikan kaum2 tertentu...jika ada yg melakukan begitu,saya tidak percaya,itu tindakan yg terbaik bagi meredakan kemarahan majoriti rakyat...

    UMNO PULA....MEMANGGGG TIDAK MENGENEPIKAN KOMPONANNYA TETAPI AHLI UMNO MESTI BERSUARA UNTUK MENYEDARKAN ORANG MELAYU YG MASIH BERJIWA MELAYU(BUKAN MELAYU PAS YG DAH MEMANG TOTOK PAS ATAU MELAYU LIBERAL ) DGN KUASA YG ADA DAN YG AKAN BERKURANGAN DALAM POLITIK NEGARA....MANA MELAYU YG BERSEMANGAT MELAYU...dah tak de ke..!!!

    SAYA BUAT MASA SEKARANG TIDAK MENYOKONG PAS BUKAN KERANA TIDAK SUKA DGN PENDEKATAN ATAU IMEG YG PAS BAWA DaLAM PARTINYA TETAPI SAYA TIDAK MENYOKONG KERANA PARTI ITU TIDAK MEYAKINKAN IA BOLEH MENJAMIN KUASA ORANG MELAYU DALAM POLITIK JIKA JADI PEMERINTAH NEGARA..!pas,umno.melayu kat pkr atau melayu kat dap pun ...ada melayu kan..!jadi saya hanya utamakan hak melayu..!

    SEBAB TU SAYA KATA PAS DIPERKUDAKAN OLEH DAP & PKR....saya tidak menyalahkan orang cina ,india atau lain2 jika kuasa melayu berkurangan tetapi saya cuma ingin membantu dan berkongsi agar orang melaytu sama2 fikir mana yg mereka mahu...akhirnya saya pun akur dgn qada & dadar..!

    nak sumbang tenaga berdemonstrasi sana sini ..tak berminat..!apa boleh bantu semua orang mesti cuba..!saya hanya ada keyboard dan komputer..!luahkan sahaja..!


    sebelum terima bulat2 keputusan yg penting untuk negara....adalah lebih baik perang,semuanya demi negara tercinta...!

    saya warga negara yg tidak berminat dgn keluar dijalannan seperti di egypt....ok kan..!

    ReplyDelete
  30. sudah-sudah lah dr.. sedarlah ini masanya rakyat.. bkn lagi para mb-mb yg nak kaya sendiri. buka la mata yg para golongan profesional skrg memilih opposition dan bn hanya di minati lebih dari golongan luar bandar. atau bn lebih layak di gelar hero kampung je skrg.

    ReplyDelete
  31. Politik Malaysia cuma utk memastikan ketua ttp berkuasa dan kumpul harta. demokrasi konon..puihhh para mb cuma seperti pelakon ikut skrip.. ini yg bn kata demokrasi..haha demokrasi apa? budak kampung mcm aku pun tau ini satu penipuan. mudahan2 jatuh tergolek kalian semua satu hari nanti atas dosa kepada smua rakyat malaysia. mungkin takkan terjadi seperti Mubarak tp akan dtg juga bala kepada yg tamak dan haloba..

    ReplyDelete
  32. Sdr anonymous dan sahabat sahabat bloggers,

    Sebenarnya saya tak perlu jawab persoalan yg sdr timbulkan kerana ianya berdasarkan emosi sdr dan fikiran sdr juga telah tertutup,
    Apapun jawapan yang akan saya sampaikan ianya tidak akan membawa sebarang percambahan fikiran.Bagi saya negara mengamalkan dasar demokrasi terpimpin dan banyak mengikut apa yang dilakukan di england tidak apa yg diamalkan di amerika.Sdr boleh menyatakan pandangan sdr tetapi jangan memaksa orang lain utk menganggap pandangan sdr merupakan pandangan majoriti rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  33. Salam Dr. Khir,

    Memang la negera kita demokrasi, tetapi berat sebelah kepada BN, mengapa saya kata bergitu.

    1) BN yang akan umumkan bila pilihanraya - kenapa tidak diumumkan lebih awal?

    2) Undi pos - ada kawan - kawan saya yang masih berkhidmat dalam ATM mengatakan tidak penah melihat atau memangkah kertas undi - kertas undi mereka telah dipangkah oleh orang lain..Demokrasi ke itu?

    3) JKR akan digunakan untuk menurap jalan - jalan kampong, kadang - kadang sampai kepintu rumah -

    4) SPR mengumumkan tarik mengundi - galas hari sabtu kenapa di Tenang hari ahad?

    5) Umumkan projek buat sekolah, rumah, masjid tapi upacara pecah tanah jer.. buat belum tentu lagi....

    Bak Kata P.Ramlee..."TERPIMPIN KEPALA HOTAK KAU''

    ReplyDelete
  34. Salam Dr,
    Bagi saya BN ke. PR ke..sama je..tapi kita kita Islam, berilmu, beramal, ikhlas Insyallah selamat dunia dan akhirat.
    Dan jika ada PR kecil rakyat untung..Maka dialu-alukan kematian YB yg lain..dah macam satu perjuangan jugak sebab semua orang untung..cuma politikus yg curang saja yang runsing..

    ReplyDelete
  35. "Sebenarnya saya tak perlu jawab persoalan yg sdr timbulkan kerana ianya berdasarkan emosi sdr dan fikiran sdr juga telah tertutup,
    Apapun jawapan yang akan saya sampaikan ianya tidak akan membawa sebarang percambahan fikiran.Bagi saya negara mengamalkan dasar demokrasi terpimpin dan banyak mengikut apa yang dilakukan di england tidak apa yg diamalkan di amerika.Sdr boleh menyatakan pandangan sdr tetapi jangan memaksa orang lain utk menganggap pandangan sdr merupakan pandangan majoriti rakyat malaysia"
    tertarik bila Dr kata 'jangan memaksa orang lain utk menganggap pandangan sdr merupakan pandangan majoriti rakyat malaysia' doktor sendiri sebenarnya tak tahu apa keinginan rakyat kerana bende ni tak pernah di di kaji dan besa la itu semua utk kepentingan pemimpin utk sentiasa berkuasa. utk dr mengatakan emosi dan fikiran dah tertutup itu sebenar salah. itu adalah lebih terbuka bkn angguk2 dan ya tuan semata mata..

    ReplyDelete