Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, July 16, 2011

Hiburan di i-City: Sandiwara Dua Khalid

1. Setelah membaca kenyataan YAB Menteri Besar Selangor mengenai I-City hari ini, saya tertanya-tanya apakah Tan Sri Khalid tidak mempunyai sedikit pun rasa malu dan bersalah apabila terus membuat kenyataan berbohong dan menipu? Atau mungkin majoriti rakyat Selangor terus rela diperbodohkan oleh Menteri Besar yang kononnya bijak ini?

2. Menurut Sinar Harian, Tan Sri Khalid semalam mendakwa kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang penganjuran program berbentuk konsert hiburan di i-City memandangkan adalah kawasan komersial yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri terdahulu.

3. Dalam satu ayat di atas sahaja Khalid telah melakukan dua pembohongan besar. Pertamanya, apabila beliau berkata tindakan kerajaan negeri terdahulu meluluskan kawasan komersial kepada i-City menjadikan kerajaan negeri tiada hak menghalang sebarang konsert. Sebenarnya kerajaan negeri pada bila-bila masa sahaja berhak menghalang konsert hiburan kerana ia di bawah kuasa Pihak Berkuasa Tempatan dan kerajaan negeri sama ada ia kawasan komersial atau atas tanah persendirian, mahu pun kerajaan.

4. Adakah Tan Sri Khalid ingin memberitahu rakyat bahawa kerajaan negeri tiada kuasa terhadap sebarang aktiviti atas tanah komersial? Jika kerajaan negeri boleh membatalkan banyak keputusan kerajaan negeri terdahulu, mengapa pula ia tidak boleh membatalkan apa sahaja kelulusan di i-city - jika benar seperti dakwaan beliau kerajaan lalu yang meluluskan?

5. Lebih aneh kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menghalang kegiatan hiburan di i-City kerana diluluskan oleh kerajaan negeri dulu, tetapi boleh pula memnukar kelulusan tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil yang disyaratkan di bina di i-City:

"SHAH ALAM, 2 Nov (Bernama) -- Sekolah Tamil Ladang Midlands akan kekal di lokasi sekarang di Seksyen 7 di sini dan tidak akan dipindahkan ke I-City, sebagaimana dicadangkan oleh kerajaan negeri lepas, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin.

Katanya, memindahkan sekolah itu ke I-City, kawasan pembangunan komersial perdana berasaskan ICT dan bernilai RM2 bilion di Seksyen 7 itu di sini, akan menjejas usaha pemaju, I-Berhad, untuk menarik pelabur tempatan dan asing bagi projek itu.

"Jumlah kawasan tanah di I-City kurang dari 100 ekar (40 hektar) dan pemaju tidak semestinya membina sekolah di kawasan itu. Kerajaan negeri Selangor tidak mengamalkan diskriminasi terhadap sesiapa yang ingin melabur dalam pembangunan harta di negeri ini," kata Khalid kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan kerajaan Selangor dekat sini.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=451738


6. Nampaknya apa perubahan i-City yang menguntungkan pemiliknya boleh dibuat oleh Khalid Ibrahim tetapi apa yang merugikan tidak boleh dan diletakkan kesalahan atas kerajaan lalu biarpun nyata sekali ia tidak benar.

7. Apakah ini menunjukkan terdapat kebenaran dalam laporan beberapa blog tahun lalu bahawa wujud hubungan istimewa antara Khalid dengan usahawan i-City, Datuk Lim Kin Hong? Berhubungan ini juga saya ingin bertanya Menteri Besar benar atau tidak kerajaan negeri pimpinan beliau memperuntukkan sejumlah RM 50 juta untuk prasarana jalan ke i-city?

8. Pembohongan kedua ialah mengatakan kerajaan negeri semasa saya melulus pembangunan i-City sebagai pusat hiburan komersial. Saya ingin jelaskan memang benar kerajaan Barisan Nasional yang meluluskan pembangunan I-City yang ketika itu sebagai pusat komersial bagi pembangunan bandar teknologi maklumat atau juga dikenali sebagai bandar pintar, bukannya bandar konsert.

9. Mereka yang berminat boleh melihat sendiri Pelan Utama (Master Plan) pembangunan i-City yang terdapat di laman web i-City atau menggunakan Enakmen Kebebasan Maklumat Selangor yang baru diluluskan untuk mendapat maklumat mengenai kelulusan projek ini.

10. Barisan Nasional bukan anti-hiburan mahu pun jumud. Namun Pakatan tidak sewajarnya bermain sandiwara bagi memuaskan hati sebahagian rakyat dengan menjadikan kerajaan negeri dahulu sebagai kambing hitam. Belajarlah menjadi pemimpin yang berani berkata benar biar pun pahit, bukannya menjadi pemimpin yang hanya berani berbohong dan menipu bagi memuaskan hati rakyat.

11. Menyalahkan kerajaan lalu atas isu yang timbul di i-City sekarang tidak lebih daripada sandiwara dua orang Khalid yang tahu hal sebenar, namun terpaksa berlakon untuk memenuhi tuntutan penyokong Pas, PKR dan DAP.

12. Hanya dua golongan yang masih percaya kepada lakonan ini iaitu mereka yang taksub kepada Pakatan dan mereka yang bebal. Alasan yang mereka gunakan hampir sama dengan kenyataan mengenai kononnya tiada rumah urut baru sejak mereka mengambil alih kerajaan negeri; walhal mata kepala rakyat boleh melihat pertumbuhan seumpama cendawan selepas hujan.

13. Sudah empat tahun memerintah, cukuplah berbohong dan menipu rakyat dan mengkambinghitamkan kerajaan lalu. Belajarlah menjadi parti politik yang matang dan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.

14. Siakap senohong gelama ikan duri,bercakap bohong hanya nak sedapkan hati sendiri,bercakap bohong kerana nak tipu diri sendiri,bercakap bohong dah jadi kebiasaan pemimpin ini.

34 comments:

  1. betul sangat tu bro khir,salah umno kat planet pluto dia org nampak,salah pakatan depan mata sepet tu pun tak nampak....pas,pkr,dap pakat2 hancur kan melayu dan malaysia ni...

    ReplyDelete
  2. dato seri, Biasalah.. Bukan pembangkang namanya kalau tak bercakap bohong. kemenangan mereka dulu pon hasil dari fitnah dan pembohongan. Itulah kelas mereka. Tapi sampai bila kita boleh berbohong. Lambat laun akan ada yang bukak cerita tentang kebenaran.. dato seri, Biasalah.. Bukan pembangkang namanya kalau tak bercakap bohong. kemenangan mereka dulu pon hasil dari fitnah dan pembohongan. Itulah kelas mereka. Tapi sampai bila kita boleh berbohong. Lambat laun akan ada yang bukak cerita tentang kebenaran..

    ReplyDelete
  3. biarlah dia berbohong dato seri
    dah memang Parti Kelentong Rakyat (PKR)
    ingatkan rakyat selangor matang berfikir
    rupanya fikiran kelas ketiga mudah dibohong
    itu belum dibohong dengan ajaran sesat
    orang selangor yang paling ramai
    sejak diperintah oleh PKR ini kehebatan negeri selangor merudum dalam serba serbi. apalah nasib orang selangor menang sorak kampung tergadai.

    ReplyDelete
  4. 2 x 5 jer DMKT...bak kat pelakon lagenda, KAT SANA PENYAMUN, KAT SINI PENYANGAK...

    ReplyDelete
  5. Syabas Khir toyo, takut nak post komen saya.. dah tahu awak memang amalkan demokrasi angguk-angguk sebab takut bila saya cakap pasal kebohongan Najib dan Hisammudin tentang pukul peserta bersih. BN mmg mcm tu, penakut sebab tu lah kes awak tidak selesai smpi skrg. takut rakyat bnyk lg beralih arah. mmg dah Be End, rakyat yg bijak mmg tengok Malaysiakini, Malaysia Insider, Al Jazeera, Channel Asia dan bnyk lagi.. bkn Tv3, RTM dan utusan awak tu.

    ReplyDelete
  6. Dr. Khir,

    Sama je.. zaman lu, lu rembat, zaman gua, gua pulak rembat... baik punya cilok..

    ReplyDelete
  7. Salam YB Dr Khir. Moga YB dan keluarga sentiasa di bawah lindungan Allah swt hendaknya dan apa jua yang dilakukan akan diberkati-Nya. Insya-Allah.

    Kalau dah ketua umum kaki pembelit dan pembohong tak mustahil anak buah pun sama juga. Mana yang tak boleh nak buat keputusan, akan keluarlah kenyataan: ini semua pentadbiran kerajaan terdahulu punya hal.

    Dah memang kerjanya mencari salah orang, dah jadi kerajaan negeri pun masih sama juga dengan sindrom menyalahkan kerajaan terdahulu. i-City bukannya dibina untuk dijadikan tempat untuk buat konsert seperti MTV tu. Mula-mula konsert, dah tu bukak pub & disko plk. Janganlah nak fikir berapa RM yang masuk sahaja.

    Apa yang PAS akan lakukan jika hasrat untuk mengadakan konsert tersebut tetap akan diteruskan. Apa PAS boleh buat? Bolehkah mereka arahkan ahli-ahlinya berdemo di i-City? Takkan berani YB Dr. Rani demi menjaga hati sahabat pakatan yang lain lebih-lebih lagi DAP.Cakap saja lebih. Dengan UMNO (Islam) bising tapi dgn DAP senyap pulak.

    Janganlah banyak berdrama YB Khalid Samad. Sudah gaharu cendana pula. Paku dulang, paku serpih. Pigi dah.. Eloklah diteruskan konsert tersebut kerana yang akan bertambah rosak kelak bukannya orang lain. Orang melayu jugak dan beragama Islam. Umum tahu Shah Alam komposisi kaum yang teramai kaum Melayu Islam.

    Kepada Menteri Besar, ingat-ingatlah nak selamatkan anak bangsa sendiri. Jangan terlalu ikut kata sahabat pakatan, anak bangsa sendiri yang terkorban. Sudahla masalah gejala sosial anak bangsa kita yang champion. Ini nak tambah lagi pulak. PAS kata ini semua kerajaan BN punya pasal. BN lagi.. dan lagi.. dan lagi...

    ReplyDelete
  8. mana2 pun sama.... manusia mmg xlari dr buat kesilapan.... cuma sbg manusia biasa kita perlu muhasabah diri...

    Melayu skang dh berpecah belah... cuma yg boleh menyatukan kita atas nama Islam shj lg... dr segi fahaman politik mmg berbeza2... Bangkitlah melayu atas nama ISlam itu sendiri... jgn biarkan org2 bukan Islam bertepuk tangan melihat perbalahan antara Islam dgn Islam....

    ReplyDelete
  9. anon 1:34
    apahal ni? meraban tak tentu pasal? nak berhujah biarlah ada fakta & hujjah yg bernas dan jitu.Saya pun ada isu & tak sependapat dengan saudara dr khir tapi janganlah jadi pembangkang yang bahlol... Ini lah jadinya kalau asyik nak bangkang membuta tuli tak kira apa isu yang di utarakan...sedih betul!!!

    mzr

    ReplyDelete
  10. MMG LA PEMBANGKANG KERJANYA KELENTONG RAKYAT KAN B END TU PEMBANGKANG DI SELANGOR, TU LA KELAS NYA YG TERSENDIRI.BUKANNYA NAK NAIK KAN MARTABAT ORG MELAYU NAK NAIK KAN PERUT SENDIRI DAN KRONI2 SKALI. DAPAT GAK RASA SUBSIDI AIR DIKURANGKAN BLM DGR KJAAN NEGERI b END DULU BG MCM NI UNTUK SELURUH RAKYAT NEGERI X KIRA FAHAMAN APA...BETUL TAK?????

    ReplyDelete
  11. Khalid gagap memang lagu tu...kalau tak bohong...tentu dia tak gagap!

    ReplyDelete
  12. anon sengal July 18, 1:34pm. Kenapalah sdra nie bebal serta dungu. Tak payah spin kot lain. Orang cerita bab I-city dan anda terasa panasnya maka dilambakkan pulak cerita polis pukul, najib takut. Apa punya mentaliti sdra nie. Kalau nak sanggah sekalipun berikanlah fakta, bukan auta dan pusing cerita. Nampak sangat sdra memang seorang yang telah penuh hasad dengki dihati, malu mengaku kelemahan parti dokongan sdra maka dispin tajuk perbincangan dkt.

    Memang inilah manteliti manusia yang telah makan dan minum air kangkang Eli Wong, adun terlanjang.

    ReplyDelete
  13. Anonymous july 17, betul ke orang melayu selangor menang sorak kampung tergadai? Ironinya orang melayu Selangor telah lama digadai dan digula-gulakan kan oleh pemimpin UMNO seperti Sdra Khir Toyo.

    ReplyDelete
  14. Tahniah dato' seri artikel yang mantap untuk membidas pembohongan dan sikap lepas tangan MB khalid Pakatan Kelentong Rakyat.Kebijaksanaan dato' seri dan kebenaran dapat mematahkan hujah dan penipuan Khalid.Rakyat selangor akan bangun untuk SELAMATKAN SELANGOR dari Khalid dan ketua DAP nya.

    ReplyDelete
  15. salam Dr. Khir...

    tolong komen mengenai pembinaan gereja di kampung melayu (penduduknya 100% islam) di puchong....

    TYVM....

    ReplyDelete
  16. " rakyat yg bijak mmg tengok Malaysiakini, Malaysia Insider, Al Jazeera, Channel Asia dan bnyk lagi.. bkn Tv3, RTM dan utusan awak tu"

    hahhahaha..kelakar. sedare x tau ke al-jazeera hari ni bukan lagi al-jazeera yang dulu? Al-Jazeera dulu Qatar based sekarang dah dibeli ISrael..Al-Jazeera sekarang setaraf dengan Jerusalem Post je...Malaysiakini dibiayai National Democratic Institution, USA, NGO yg rapat dengan Open Society milik Soros..

    So, rakyat yg bebal jer termakan seditious news from Mkini n Al-Jazeera and the like...

    ReplyDelete
  17. byk jugak langau Hijau n toyol dr PASyaitan n Dajjal dr PGayR yg bg komen haramjadah x faham isu, spin n pooooooooosingh sana poooosingh cni.

    Isunya khalid2 ni putar sana sini nak menyalahkan kerajaan dulu n membebalkan pencacai2nya ttg I-City sdgkan mrk dah tau apa perkara pokok sbnrnya.

    Isunya bukan pasal DS Najib, bukan pasai Polis pukul lembu yg tengah kena sawan anjing gila, bukan pasal kroni,bukan pasai subsidi air kencing,bkn pasai kes DS Dr. Khir, INI PASAI I-CITY!!!

    kalau nak ckp pasai kes mahkamah, agak2 la sape la yg dah pecah rekod di Malaysia ni n mungkin pegang rekod DUNIA!!..dah nampak muka makhluk tu?..lupk lah sendiri

    Otak Geliga

    ReplyDelete
  18. Biarkan kulit sebenar mereka jelas kelihatan oleh kata-kata dan tindak-tanduk mereka sendiri. Rakyat sedang menilai...

    ReplyDelete
  19. Kita kena objektif dalam situasi begini. Emosi tidak menghalalkan pembohongan. To anon 1.34 your comments still too emotional. Please be open sikit. Grow up. Khir Toyo once sits in Khalid's place. He knows what he is talking about. To both Khalids don't play up psychology here. Too much lies but too little to believe. Please don't create sentiments. We know your game plan...Your days are numbered.

    ReplyDelete
  20. DKT- pandainya kondem org, salah sendiri mau ingatlah, siapa yg lebih banyak menipu, hang pembangkang Selangor skrg lah yg lagi banyk pembohong (mcm kata-kata penyokong tegar hang "pembangkang mmg dilahirkan utk membohong") pirahh!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  21. Anon 9.35,
    Subsidi air tu Selangor dah bayar kat SYABAS ker ? Menidakkan hak orang lain tak berdosa ker, macam menipu jer caranya....

    ReplyDelete
  22. it's funny when Anonymous 404 saying the New Al jazeera own by Israel, the way you think is too cheap... haha its not who own the company but what are they practice? which most of our RTM,TV3 and utusan cant do because they have to follow orders or in other word they're not free media but Be End's Media. dont take me as one of the Opposition's coz i'm not, yes I did sound like them because I know which side better and should I and my family should vote to. thanks & Salam

    ReplyDelete
  23. saya tertanya-tanya apakah Khir Toyo tidak mempunyai sedikit pun rasa malu dan bersalah apabila terus membuat kenyataan berbohong dan menipu? Atau mungkin majoriti rakyat Selangor terus rela diperbodohkan oleh bekas Menteri Besar yang kononnya bijak ini?

    ReplyDelete
  24. Bestnya selangor makin banyak pusat hiburan .. boleh joli sana joli sini cuit sana cuit sini..
    harap2 PR pegang lah selama2nya SELANGOR tu.. esok senang anak2 ahli PAS dan PR bergonjengan heheh ...

    Syabas. teruskan usaha murni wahai Khalid..

    ReplyDelete
  25. anon 8.55
    tak perlu kita beremosi. kita bercakap tentang i-city. kalau anda ada cadangan, idea dan fakta yang benar, kemukakan supaya kita sama-sama fikirkan kebenarannya. jangan jadi manusia yang memperbodohkan diri sendiri kerana emosi mengawal akal fikirnya. kalau benar, katalah benar. kalau kita salah, mengakulah. tak perlu kita pusing cerita lain kerana kita tidak mahu mengakui kebenaran yang orang lain katakan. jikalau kita nak memulis kerana kebencian, maka tulisan kita akan turut memberi saham dosa untuk kita bawa ke akhirat kelak. sesungguhnya, sukar melayu untuk bersama berbanding bangsa lain kerana parti dah jadi macam anutan agama.

    ReplyDelete
  26. DKT menulis macam nak cari salah orang..niat tu nampak..xbaik

    ReplyDelete
  27. Apa masalah dgn tpt hiburan, konsert, pub ni? x payah tgk kat I-City je...byk tpt lain lagi kat malaysia..selagimana Kerajaan Pusat x implement negara islam n undang2 islam, rakyat still boleh berhibur kat mana2 x kira jauh atau dekat..cuma b ergantung pada akal fikiran masing2 utk menilai perlu dikunjung tpt begini atau X! and x perlu harapkan enforcement yg boleh menyekat kegiatan ini, tutup 3, esok ade lagi 30!

    ReplyDelete
  28. Biasala tu, time musibat DAP, PAS ngan PKR jadi pembangkang pun memang sedap kondem org..., ala... manusia..., bila jadi pemerintah..., baru tahu langit tinggi ke rendah..., akai ada ka?.., Khalid Gagap.... abang.. abang... (maharaja lawak)..hahaha

    ReplyDelete
  29. DrKT,

    Adakah anda membawa isu ini atas kesedaran bahawa konsert rock i-city itu adalah sesuatu kemungkaran, atau hanya mahu membalas dendam terhadap MB sekarang ini. DrKT, niat yang buruk tidak akan dapat menghapuskan sesuatu yang buruk. Hanya niat yang iklas,murni dan mengikut jalan Allah yang dapat menghapuskan kemungkaran.

    Sedarlah wahai DrKT....

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum,

    Saudara Zahari dan Ahmad Sofian, adakah saudara berdua baca dengan teliti apa yang saya tulis dalam blog ini?

    Saya tidak bercakap soal mungkar atau tidak konsert di I-City atau berniat membalas dendam kepada Khalid. saya tidak menyentuh isu ini sehinggalah Khalid menuduh bahawa saya yang meluluskan segala hiburan di I-City tersebut dan dia tiada kuasa membatalkannya.

    Janganlah bercakap soal jalan Allah kalau saudara sendiri tidak membaca blog saya dengan niat yang ikhlas. Kalau saudara baca dengan jujur dan ikhlas tentulah saudara tidak menuduh saya yang memburukkan Khalid kerana jelas Khalid yang memburukkan saya.

    jangan terlalu taksub sehingga kepala otak dah jumud dan tidak boleh berfikir dengan waras lagi.

    ReplyDelete
  31. sahabat sahabat bloggers,

    Soal membina rumah ibadat adalah satu persoalan yang berpanjangan dan semakin kritikal dalam masyarakat kita yanag berbilang kaum dan agama.

    Ketika saya dalam kerajaan dahulu,kerajaan negeri ada membuat keputusan supaya rumah ibadat boleh dibina mengikut keperluan penduduk setempat dan tidak mendatangkan salahfaham kepada penduduk setempat.

    pembinaan surau dan masjid juga tertakluk kepada garis panduan tersebut.

    ReplyDelete
  32. Alahai Cik Zahari, rasa macam nak tergelak pun ada bila baca komen sedara. Begitu juga segelintir rakan2 seangkatan sedara, nampak benar dangkal serta gelojoh bila baca posting pemilik blog. Sedra serta sekutu seolah tidak boleh menerima kenyataan serta kecewa dengan Dr Kt. Dulu masa KKT jadi MB, berbagai cacat cela dituduh dan disabitkan sedangkan kebenaran belum pasti. Hari ini Allah telah memberi PR sedikit kuasa untuk membuktikan kemampuan yang pernah mereka momokkan sebelum ini dan hasilnya, ada boleh lihat apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. Pihak yang anda sokong telah menubuh kerajaan dan janganlah anda masih bersikap seolah anda seperti badut sarkas. Tegur dan berilah komen jika kerajaan yg ada sokong makin layu dimata masyarakat. Tidak membawa kebaikan serta makin kelam kabut dan jalan yang kerajaan PR pilih adalah menyalahkan pihak lain yakni kerajaan sebelum ini. Soalnya inikah kerajaan yang bertanggung jawab serta benar-benar telus serta berintergeriti. Menuduh pihak lain untuk menutup kelemahan serta kegagapan diri sendiri tidak akan membawa kebaikan kepada seluruh warga negeri Selangor.
    Nampaknya kerajaan yang anda sokong hanyalah indah khabar dari rupa, ibarat ayam jantan yang kuat berkokok sedangkan ekor bergelumangan dengan tahi. Hentikanlah polimik menyalahkan pihak lain dan tegurlah kerajaan anda jika mereka tersalah langkah. Itu yang sepatutnya dan jangan lah meletak tahap fikiran penyokong PR seperti sedara macam ayam jantan tadi. Hanya tahu berkokok bila waktu menjelang pagi sedangkan ayam betina telah habis dimakan musang macam Pak Sheih

    ReplyDelete
  33. Salam DKT..

    Lagi byk media kerajaan duk belit pasal pembangkang lagi ramai rakyat meluat dgn kerajaan.. ubahla sikit cara tu.. rakyat dah bole menilai mana yg betul dan mana yg salah.. kalau kita nak menang pilihanraya akan datang kita memang kena berubah dari sekarang.. tolong rakyat bukan menyusahkan rakyat.. ni mcm taknak menang lagi je gayanya..

    DKT pun tolongla nasihatkan pemimpin kita yg kat atas tu.. tak payahla guna bekas pemimpin pembangkang yg dah melompat parti tu utk serang pembangkang dalam tv ke ape ke sebab rakyat dah meluat tgk si katak2 tu bercakap.. lagi byk katak2 tu melalut lagi byk undi pegi kat pembangkang.. hentikanla.. kan ramai lagi pemimpin2 kita yg ade untuk bersuara..

    Pemimpin kita kena fokus utk bantu rakyat!! rasuah dan macam2 benda2 yg tak betul sebelum ni yg rakyat pun dah byk tau kita kena hapuskan.. paling tidak pun KURANGKAN!! beban daripada ape yg terjadi tu rakyat juga yg tanggung!! tengok ekonomi kita sudahla.. xpayah nak nak war2kan baikla.. rakyat tau semua tu.. org kt kampung pun dah tau sebab anak2 mereka yg kat bandar pun duk bercerita..

    Kepada sesetengah pemimpin kita pun jgnla selau sgt fikir nak kumpul harta je.. kita kena ingatla skit nanti yg jadi mangsanya rakyat jugak.. cucu cicit pemimpin kita, tak taula.. cucu cicit rakyat biasa nnt yg menanggung.. nak turun jumpa rakyat kat DUN ke PARLIMEN masing2 pun susah.. dah nk dekat pilihanraya baru nak cari rakyat.. sekarang rakyat dah bijak la DR..

    Fokus pemimpin umno sepatutnya selepas pilihanraya 2008 tu adalah untuk membantu rakyat.. tarik balik sokongan mereka.. tapi ape yg pemimpin kita buat? macam taknak belajar dari kesilapan je.. dan rakyat pun dah muakla DR cerita2 liwat ke ape2 lg tu.. sepatutanya selepas je pilihanraya 2008 tu kita fokus utk menangani masalah dan bantu rakyat utk menarik sokongan mereka.. insyaalah kita bole menang dlm PRU yg akan tiba tak lama lagi.. jika itu kita bole buat, si anwar tu nak melalut ape pun dlm ceramah dia, rakyat pun dah malas nk layan.. ini tidak, pemimpin kita masih dgn cara lama duk sibuk layan peribadi si anwar tu buat ape.. lagi ramai rakyat kesian kat si anwar tu.. rakyat dah cerdik.. tahap pemikiran politik rakyat bukan mcm dulu.. pemimpin kita kena buat sesuatu dari sekarang DR kalau nak menang next election..

    ReplyDelete
  34. Pelik la dgn pencacai pembangkang kt ats ni..Bila didedahkan kelemahan pauk diaorg mula diaorg spin cita lain pasal najib la, pasal rosmah la bla bla bla..

    Ada 2 plak smpai tahap dh xde modal mula la nk tuduh DKT plak..Konon dulu DKT mkn rasuah dh byk so kalau diaorg nk mkn skit2 ape la slhnya kn..X pasti plak sy kalau dlm neraka nnti ada beza balasan bg rasuah kecik dgn rasuah besr..Sy realistic dlm hal ni yg mana kalau mana2 parti memerintah pon x terlepas dr slh dn silap..Tp puak pembangkang dulu kalau beckp seolah2 diaorg ni terlampau SUCI dn MURNI smpai xde sebarng cacat cela..Bila dh terlondeh mula la guna konsep "ENGKAU PON BUAT TAK KAN AKU TAK BLH BUAT"

    Yang tak tahan 2 ade plak yg konon WARAK sgt smpai mempertikaikan bab IKHLAS kononnya DKT ni menegur atas dasar balas dendam dn bukan niat utk AMAL MAKRUF DN NAHI MUNGKAR..pergghh menangis terharu sy bc komen AHMAD SOFIAN hahah..Hbs 2 ko ingt yg pemmpn kesyangn ko dok TELANJANGKAN keaiban org 2 atas dasar IKLAHS atau BALAS DENDAM?? Cuba ko jwb secara jujur dgn aku..

    Pd Khalid,sudah2 la menuduh org..Kalau dh ko rs dgn menganjurkan konsert 2 dapat MENGERATKAN HUBUNGAN antara pkr dn dap teruskan la..Ko mmg ada kuasa nk buat cm 2..Lgpon bnda cm 2 blh bg income kn..X pyh la ko nk amik hati cina dgn membenarkan konsert cm ni dn dlm ms sama ko jd JUARA pd org melayu konon konsert cm ni HARAM tp x blh nk buat apa2 pasal DKT dh luluskan dulu..

    Kalau cm 2 sng la..Kalau ader org offer pd kita pelacor kita sebat jer la..Kalau org tnya nape kita buat bnda cm 2 ckp jer la BUKAN SALAH SAYA,SYA TAK NAK TP DH ORG OFFER SY SEBAT jer la..

    ReplyDelete