Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin dan Kisah 3 Menteri

1. Alahamdulillah kita berada dalam 10 hari terakhir di bulan Ramadhan. Semoga segala ibadah dan amal kebajikan kita dilimpahi rahmat dan rahim dari Allah s.w.t.

2. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini seiring dengan semangat Ramadhan dan Syawal, saya ingin memohon ampun dan maaf kepada para sahabat pembaca dan pengikut blog ini tidak kira muslim atau apa agama sekalipun jika ada saya tersalah tulis, terkasar sanggahan atau tidak menyiarkan sesetengah komen yang tidak berapa sesuai mahu pun terlepas siar komen yang tidak berapa molek.

Kesalahan dan kesilapan Lampau

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ingin memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor sekiranya terdapat kelemahan, kesilapan dan kekurangan sepanjang pentadbiran saya selama lapan tahun dari 2000 - 2008.

4. Sebagai manusia biasa yang bekerja selama 18 jam sehari sudah tentu banyak kekurangan dan juga keterlanjuran budi bahasa yang mungkin menyakitkan hati seseorang.

5. Sebagai Menteri Besar juga pasti ada yang tidak berpuas hati dengan keputusan-keputusan saya buat. Saya tidak mungkin dapat memuaskan hati semua orang dalam membuat keputusan kerana apa sahaja keputusan yang hendak dibuat selalunya terdapat pelbagai pandangan dan hujahan. Namun sebagai Menteri Besar saya perlu membuat keputusan yang difikirkan baik untuk masa depan negeri biar pun tidak disukai sebahagian orang.

Setinggan

6. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada sebahagian yang belum mendapat penempatan semula yang dijanjikan. Saya telah berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan isu ini namun masa tidak begitu mengizinkan kerana berlaku perubahan pentadbiran. Saya hanya berharap pentadbiran sekarang berusaha menyelesaikan isu-isu setinggan yang masih tertunggak ini demi kesejahteraan penduduk Selangor.

7. Saya juga tahu dalam usaha menyelesaikan isu setinggan ini terdapat pihak tidak berpuas hati dan menganggap saya zalim. Percayalah saya melakukan yang terbaik untuk menyeslesaikan isu ini. Saya tidak fikir ada cara lebih baik untuk menyelesaikan isu setinggan yang begitu kronik di Selangor pada tahun 90-an dan alaf baru.

8. Namun kepada mereka yang berkecil hati, marah dan menganggap saya zalim, saya pohon maaf kerana itu jelas kelemahan saya sebagai manusia yang tidak mungkin mampu memenuhi kehendak semua orang.

Kakitangan Kerajaan

9. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri jika ada terkasar bahasa, meninggi suara, mahu pun memarahi saudara/ saudari sekalian semasa di bawah pentadbiran saya lalu.

Kisah Tiga Menteri

10. Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.

11. Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.

12. Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.
Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

13. Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

14. Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.

15. Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.

16. Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

17. Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?

18. Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.

19. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

69 comments:

  1. Kami juga mahu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada tuan.
    Semoga tuan bersabar menghadapi segala dugaan yang datang.
    Percayalah, masih ramai rakyat Selangor yang terhutang budi dengan tuan.

    ReplyDelete
  2. Salam Aidil Fitri Dr,

    Banyakkan sabar kebenaran pasti akan muncul jua setelah melalui pelbagai dugaan. InsyaAllah...selalu ingat dan amalkan membaca Surah Al Insyirah. Penyelesaiannya yang baik pasti ada dihujung sana.

    Salam Aidil Fitri bersama ambil Selangor kembali..

    ReplyDelete
  3. Salam Aidil Fitri Dr. Khir,

    Harap Dr. Khir banyak-banyak bersabar atas semua dugaan yang telah dilalui. Hidup ini perlukan cabaran baru meriah. Saya sebagai salah seorang pengundi di kawasan Dr. amat berharap Dr. dapat mengembalikan kegembiraan di DUN Sg. Panjang dengan adanya Dr. sebagai Menteri Besar Selangor. Segala budi dan pengorbanan Dr. di DUN Sg. Panjang malah di Selangor amatlah saya hargai. Saya tetap menyokong penuh kepimpinan Dr. Selamat Berjuang.

    ReplyDelete
  4. salam.

    Dr.. Ingat tak apabila saya jumpa Dr i Pejabat MB. Dan Yang Akhir d Concord Hotel KL..

    Nanti saya kan cerita


    Anak Selayang

    ReplyDelete
  5. Selamat Hariraya YB Khir,

    Saya harap YB akan terus berjuang, kebenaran akan muncul jua walaupun adakalanya diri kita sudah "terkorban".

    Saya juga berharap, sekiranya YB mempunyai peluang dan ruang, sudi kiranya YB sentiasa mencari jalan bagaimana nasib pembeli-pembeli tanah di Alam Perdana yang khabarnya kini, tanah-tanah tersebut telahpun diambil balik oleh kerajaan Negeri sedangkan pembeli kerugian wang ringgit (bukannya sedikit) tanpa dapat memiliki tanah yang dibelinya. Saya pernah utarakan komen ini suatu ketika dahulu di salah satu artikel YB sebelumnya.

    VICTIMS - Airmata Rakyat Yang Terus Mengalir

    Selamat Hariraya. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Sesungguhnya Dr. sedang diduga. Bersabar dan ikhlaslah menghadapinya. Jika berada di pihak yang benar, kesudahannya nanti adalah buah yang amat manis bagi Dr. InsyALLAH. Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada Dr dan keluarga. AMBIL SELANGOR KEMBALI!!!!

    ReplyDelete
  7. salam tuan,

    jasa tuan kepada selangor rakyat tidak akan lupa.kemusnahan yang dilakukan oleh pakatan di selangor juga rakyat tidak akan lupa. kalau tuan di tuduh rasuah seperti sekarang ini , maka pakatan di selangor lagi rasuah dari tuan. percaya lah yang benar tetap benar.

    ReplyDelete
  8. mudah-mudahan Allah beri kekuatan pada dr.utk menempuh ujian ini.

    ReplyDelete
  9. minta maaf Ds..terharu bila membacanya..izinkan sy share di blog..harap YB Ds dan keluarga tabah menghadapi penganiayaan yg berlaku.anggap ia dugaan sebagai ahli politik.YB jangan patah semangat..bina semula kekuatan dan lakukan yg terbaik untuk politik YB.

    ReplyDelete
  10. ASSALAMUALIKUM

    Mudah2an ALLAH swt anugerahkan kekuatan spiritually, mentally, emotionally, and physically pada YB. Dari Sekincah, Ucapan Selamat hari raya " natersuwon kalapaten kulo seng okeh2 dingaporo! Menyumbang pada bangsa, negara bukan sekadar jadi pemimipin & teruskan perjuangan dengan keberanian!

    Salam.

    ReplyDelete
  11. Askum dr khir..selamat hari raya... sabar dengan dugaan Illahi. :-)

    ReplyDelete
  12. Biasa la tu umno,cantas-mencantas memang perkara bias..anyway gud luk..ada mahkamah agung yg lebih adil iaitu mahkamah Allah,tunggulah pengadilannya nanti~

    ReplyDelete
  13. Semoga Dr bersabar atas setiap ketentuan Allah. Benarlah yang kita tak mampu puaskan hati semua pihak. Dan benarlah kita tak semulia mana untuk memaafkan semua pihak. Apapun saya percaya tak ada manusia yang sentiasa mahu meletakkannya di titik ketinggalan. Kita pasti mahu sentiasa maju dan ke depan. Kuatkan semangat. Kelak nanti Dr dan kami semua akan nampak hikmah kebaikannya.

    Siapa menang dan menguasai Selangor, biarlah yang menang jadi pejuang tulen agama bangsa dan negara. Bukan sekadar berdegang ditipu statistik dan fakta yang entahkan sahih entahkan tidak di blog-blog dan media tapi tak sedar hakikat kebenaran di dunia nyata.

    ReplyDelete
  14. saya pun ingin meminta maaf pada Dr jika ada yg saya terkata ..Doa org yg dizalimi sgt termakbul maka berdoalah kepada ALLAH supaya yg menzalimi tu dibuka hidayah oleh ALLAH or dibalasi setimpal apa yg mereka telah lakukan...

    ReplyDelete
  15. Salam ex-MB S'gor,
    Bersabarlah dan cuba cari jln Allah utk kebahagiaan dunia & akhirat. Mungkin apa yg terjadi adalah dugaan buat sdr diatas apa yg telah sdr lakukan semasa sdr berada dipucuk pimpinan sbg pemimpin. Skrg kami yg dibwh hnya mampu memerhati dan menanti kebenaran & kebatilan kelak. Ingat kembali perasaan insan2 yg sdr 'hadiah'kan penyapu..serta rumah2 setinggan kami yg dirobohkan yg terdiri dr kalangan warga emas & golongan OKU. Pernahkah sdr fikirkan perasaan & keadaan yg dialami???.. Jadi.., sbg anak muda yg sygkan bekas pemimpin yg kini ditafsirkan kurang bernasib baik, maka inilah masa dan ketika yg difikirkan sesuai bg mengenang kembali perasaan kami suatu ketika dahulu.. Bertaubatlah dan mohon maaf secara terbuka kpd rakyat Selangor khususnya. Sebagai manusia biasa sdr juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat memohon maaf kpd setiap seorang yang sdr 'zalimi' sehingga terjadinya situasi sekarang. Percayalah walau berapa kali sdr pergi mengerjakan umrah belum tentu Allah SWT akan mengampunkan dosa sdr sesama manusia lain. Fikir2kanlah & renung2kanlh. Allahuakbar!!!

    ReplyDelete
  16. Betul, rakyat mahu melihat keadilan di tegakkan dengan menghukum semua pemimpin UMNO yang korup.

    ReplyDelete
  17. Datuk...pinjam luahan ni untuk dikongsi di portal www.mynewshub.my

    ReplyDelete
  18. adakah kalangan 3 menteri itu, ada yg dari Selangor Datuk Seri?? Jika benar, maka kita tahu siapa gerangannya....

    ReplyDelete
  19. Saya nak ingatkan kepada mereka2 yang buat fitnah dan terlupa azab neraka .. Kamu tidak lari daripada dosa dan hukjman .. Mjngkin kamu boleh bermewah- mewah dan bermegah-megah .. Tapi Allah maha besar ...

    Takut lah pada Allah .. Jangan takut pada manusia ....

    Mrmr

    ReplyDelete
  20. selamat hari raya DS...maaf zahir dan batin


    lan pdg serai.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum w.b.t moga DS tabah hadapi dugaan dan bertaubatlah dengan sebenar-benarnya.Sesungguhnya Allah s.w.t maha pengampun lagi pemaaf. Balasan di akhirat itu lagi maha hebat dari didunia.

    ReplyDelete
  22. Saya rasa DR sikit saja dugaannya. Kalau dibanding dengan DS Anwar Ibrahim yang difitnah , diaib & di penjara , macam langit & bumi. Mungkin Allah sudah tunjuk kebenaran kepada DR , perangai pemmpin UMNO macammana. Kekayaan bukan segala-galanya d dunia ini. Fikir-fkirlah DR

    ReplyDelete
  23. Ramadan Kareem, Alhamdullillah jika benar kemaafan itu ikhlas dari hati KT yang suci dan bukan propaganda. Yang penting KT tahu dan sedar kesalahan KT tapi jangan sesekali mengadili kesalahan orang lain kerana itu adalah kerja Allah. Dan KT jangan lah suka dgr kuncu2 KT yang hanya mengapi2kan dan membodek KT utk mendapat habuan kerana mereka2 yang disekeliling KT tu tak semua nye jujur. Saya nasihatkan dibulan yang mulia ini , KT hambarkan diri pada Allah utk mencari kebenaran, realiti kehidupan dan keredhaan Allah daripada membuat spekulasi yang tidak ada bukti.Seseungguhnya Allah tahu mana yang terbaik utk kite.

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum,
    Semoga Dr Khir sihat mengerjakan ibadah Ramadhan.

    1. Dalam UMNO adalah menjadi perkara biasa mengorbankan rakan dan juga terkorban oleh ketamakan kuasa. Usaha untuk merampas semula Selangor adalah menjadi satu impian yang sangat besar bagi pemimpi2 UMNO Selangor.

    2. Sesiapa yang dapat menerajui Selangor seolah2 berada di dalam lubuk wang. Selangor adalah negeri yg terkaya di Malaysia dimana pendapatan per-kapita rakyat Selangor hampir menyamai rakyat Eropah.

    3. Alasan untuk merampas semula Selangor demi untuk mengembalikan hak rakyat, meningkatkan ekonomi rakyat, bla-bla-bla, pendek kata semuanya untuk rakyat. Pemimpinpin2 UMNO ingin menunjukkan sian dan malam mereka bertungkus lumus bekerja untuk rakyat!!!!

    4. Saya mempunyai ramai rakan dari UMNO, PAS, PKR dll. Apa yg saya perhatikan pemimpin PKR perangai mereka hampi2 menyerupai pemimpin UMNO (PKR parti serpihan UMNO).Sepak terajang dalam PKR hampir menyerupai UMNO.

    5. Sepanjang hidup saya sejak zaman Tunku Abd Rahman hingga Datuk Najib saya telah dapat menyelami hampir semua niat & tindak tanduk pemimpin UMNO. Mereka menggunakan alasan "menjaga ketuanan Melayu" tetapi dalam masa yg sama telah melakukan pengkhianatan terhadap berjuta-juta orang2 Melayu yang menyokonng mereka.

    6. Pemimimpin UMNO telah mengambil kesempatan keatas harapan orang Melayu dengan melakukan pelbagai penipuan, manipulasi, rasuah, salah guna kuasa, menggunakan proxy, dll semasa mentadbir & mengambil kesempatan mengaut kekayaan menggunakan peruntukan/projek/wang kerajaan!

    7. Tidak ada pemimpin UMNO yg hidup susah, daripada JKK, Ketua Cawangan, Ketua Bahagian, ADUN sehinggalah ke peringkat menteri.Kehidupan mereka sangat mewah terutamanya ADUN,Exco.MB & menteri2 kabinet, TPM & PM tersangatlah mewah! Mereka mempunyai berpuluh kereta mewah, rumah2 besar, saham2, syarikat proxy dll!!

    8. Allah SWT tidak melarang hambanya menjadi kaya tetapi hendaklah dengan cara yag betul tidak menggunakan duit rakyat & harta kerajaan untuk kaya!

    9. Berbalik kepada untuk merampas semula Selangor dengan mengorbankan Dr Khir adalah satu perbuatan yang amat keji kalau benar cuba dilakukan oleh sahabar Dr Khir sendiri. Adakah mereka benar2 yakin dengan mengorbankan seorang sahabat maka Selangor akan dapat dirampas kembali, atau sebaliknya?

    10. Musuh politik sekarang sudah tidak dapat lagi mengenali siapa rakan, sahabat, saudara, kawan & teman. Malah dosa & pahala mereka telah ketepikan.

    11. Saya yakin sekiranya Dr Khir amat yakin bahawa Dr Khir tidak melakukan sebarang pecah amanah, penipuan & dll seperti yg telah saya sebutkan sepanjang pemerintahan Dr Khir sebagai MB Insya ALLAH, Allah SWT akan mempermudahkan urusan Dr Khir di mahkamah. Dr Khir juga perlu memhon keampunan dari ALLAh SWT sekiranya Dr Khir telah melakukan kesalahan besar dengan rakyat Selangor.

    Sekian,

    "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF DZAHIR & BATIN"

    Abd Rahman Saad

    ReplyDelete
  25. Sabar banyak-banyak ye Dr. Di mana ada kejatuhan, di situ akan terbina kekuatan.

    Dengan ikatan keikhlasan kerana Allah swt sebagai binaan dan bahan-bahannye.Saya yakin dr khir adalah seorang pejuang bangsa yang tulen.

    Insya-Allah kemenangan jua akan dr kecapi.

    Bersama kita selamatkan negeri Selangor yang dicintai ini dari petualang bangsa dan dari mereka yang berniat jahat.

    Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin dari saya buat dr.khir dan keluarga.

    Terima kasih bagi kad raya, insya-Allah saya dan rakan-rakan akan berkunjung ke rumah dr.khir raya tahun ni.

    ReplyDelete
  26. Salam Dr.
    Selamat berpuasa dan selamt berhari raya. syukur kerana diberi kesedaran oleh Allah. Masa-masa begini perlu banyak muhasabah diri. Kita boleh kenal siapa kawan sebenar dan siapa musuh.Kalau masa Dr berkuasa dulu ramai kawan, belum bangun lagi dah ada org telefon tapi sekarang semua kawan tersebut bukan kata nak telefon tanya khabar, kalau tersempak pun lari. sebab itu orang kata kalau masa kita diatas pandang=pandanglah rumput di bumi..Ingatttt semasa jadi durian jangan tunggu dah jadi tempoyak sebab bila jadi tempoyak timun pun akan tenyeh kita.
    Untuk mendapat balik Selangor dalam PRU13 adalah sukar,walaupun siapa masuk penjara (syarat piliharaya berjalan secara telus)Kesilapan UMNO di Selangor bukan masa zaman kekuasaan Dr saja tapi sejak zaman Mohamad Taib lagi walaupun Dr cuba untuk memperbaiki pada zaman Dr tapi agak sukar kerana masa terhad dan kerosakan terdapat dimana-mana.
    Semoga Dr tabah dalam menghadapi segala dugaan.

    ReplyDelete
  27. semua yg jadi ada hikmah nya doc. tak kena tak tahu, masih blum terlambat wpun kita di hambat mati...time tu kita sorg2 je doc.yg lain cuma boleh tgk....

    ReplyDelete
  28. Salam sejahtera.

    Saya baru sahaja mengikuti perkembangan Dr sejak 2008 dan tidak mengetahui secara terperinci perkembagan politik Dr, hanya mengetahui daripada berita dan media.

    Bagi saya, setiap orang ada kesalahan yg dilakukannya dan berhak diberi pengampunan. Cuma jika kesalahan berhubung dgn manusia, Dr mesti memohon maaf kpd org yg telah dizalimi dan jika ada harta yg diambil, pulangkanlah.

    Saya yakin, Dr boleh menjadi someone yg baru jika diberi peluang mengubah corak perjuangan dan pemikiran Dr. Jika ada perubahan, saya di antara orang yg menyokong.

    Sepeti yg saya katakan, setiap org pasti mempunyai kesalahan, dan Allah Maha Pengampun, bukan manusia yg beri pengampunan.

    Salam.

    Mohd Aizat

    ReplyDelete
  29. salam dr
    agak sedih dn sayu gak mndgarnya...
    itulh plitik nmanya apabila berada di pncak akan d snjung dn akan d jijak apbla trsnugkur..
    sya tringat akan bku tlisan ts megat junid..getik dn mlihat bgamana ts ramli tdak d dulikan...
    apapun anugrah pnyapu yg dr briak kpd peg daeraah tmpuh hari...amatlah tdak wajar..
    rata2 rkyat s'lgor mgtakan 'sial pyapulah' yg mnjatuhkan dr..wallahual'lam...

    sya mmg mminati plitik dr yg brliku22
    selamat mymbut adil fitri...maaf zahir batin

    ReplyDelete
  30. DS harap banyak bersabar dlm menghadapi dugaan ini. Ketabahan amat diperlukan ketika ini. InsyaAllah dibulan yg penuh keberkatan ini doa hamba2Nya yg teraniaya akan didengariNya.
    Sy juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut hari lebaran Minal A'idil Walfa'idzin kepada Dato Seri sekeluarga.

    ReplyDelete
  31. Buat menteri menteri yg terlibat....busuk hati kamu akan terbalas...kalau nak kaya dan menjana kekayaan dari politik..andalah manusia paling hampas didunia...tunggulah balasan Allah.

    Buat Dr Khir...maaf anda diterima.

    ReplyDelete
  32. perangai umno biasalah..kwn mkn kwn..ble x laku..buang mcm smph..tu la khir..msk umno lg..pani taubat bnyk2 msk PAS.bongkar hbs2 kejahatan umno..ok?

    ReplyDelete
  33. Maaf, saya kira Anon Wednesday, August 24, 2011 12:42:00 AM GMT+08:00 mungkin memberi kenyataan bagi pihak diri sendiri, dan BUKAN rakyat Selangor secara keseluruhannya. Rasuah BUKAN hanya berlaku di kalangan semua pemimpin UMNO yang saudara tuduh korup. Lihatlah di dalam diri saudara dan muhasabah diri sebelum sembarangan menuding jari. Sesungguhnya hanya satu jari yang ditudingkan, sedangkan yang selebihnya menuding pada diri sendiri.

    Mengambil semangat Ramadhan yang mulia ini, apatah lagi 10 terakhir, saya ingin mohon maaf dan mohon sampaikan salam saya pada pihak PKR dan mohon hentikan FITNAH & PEMBOHONGAN kepada rakyat Selangor keseluruhannya. Janganlah kita Melayu berpecah-belah kerana fitnah & pembohongan.

    ReplyDelete
  34. "Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan?"

    Aisayman. Kalau sebelum keluar kes V.K. Linggam tu boleh lah kata tak betul. Ni kan dah ada Suruhan Jaya Di Raja. Semua yang busuk dah keluar. Dan kerajaan BN masih tak melakukan sebarang perubahan atau pendakwaan berkenaan masalah parah sistem kehakiman.

    Dato' masih tak percaya hakim boleh di beli? Kesiannya. Jadi bersedialah duduk di Sungai Buloh kejap. Pasti layanan lebih baik dari apa yang di beri kepada DS Anwar Ibrahim.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum DR.Khir Toyo.
    Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menjalani ibadat Puasa dan Selamat menyambut Hari Raya,insaallah minggu hadapan yg bakal kunjung tiba.Sememangnya saya amat bersetuju dgn akhlah mulia yg ditunjukkan Dr,memohon ampun dan maaf,ianya seiring dgn apa yg disampaikan dlm Al Quran,Agama Allah berserta junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdullilah ...
    Saya juga amat bersetuju dgn pandangan Dr,bahawa Rakyat Selangor bukannya buta dan bodoh hanya mengikut saja tanpa usul periksa.Saya amat yakin Rakyat Selangor keseluruhannya(walaupun saya tidak membuat kajian secara terperinci sekadar rambang dan percampuran dgn kawan2 jiran juga Masyarakat)nampak akan kejujuran juga kualiti semasa kepimpinan Dr,sebagai Menteri Besar Selangor,sebagai anak muda yg telah berjaya mengemundi Selangor dgn jayanya.Sekarang ini jika dibandingkan dgn MB Selangor ternyata Dr jauh lebih baik dan lebih wibawa.Shabas.
    Kenyataan"Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan".Amat tidak masuk akal dan benar2 menunjukkan sikap dangkal/kebodohan Menteri tersebut. Saya fikir Menteri tersebut tidak harus ada dalam kabinet DS Najib,dan pada pandangan saya Menteri ini harus disingkirkan,saya mungkin boleh agak atau mungkin boleh rasa,siapakah Menteri yg dimaksudkan tersebut.
    Sebenarnya Rakyat Selangor benar2 telah belajar dari kesilapan lampau,mereka benar2 telah merasai dgn harga yg telah dibayar dalam memprotes undi pada PRU12 ... Rakyat Selangor tahu yg mereka telah pun silap,dan kesilapan ini benar2 mengajar ertinya kuasa satu undi yg tidak sharusnya dipangkah sesuka hati ...
    Kes Mahkamah juga tidak akan menjadi kudis. Malahan penawar yg sangat mujarab sekali.

    Shabas Wasalam,

    ReplyDelete
  36. Salam Perjuangan dan terus berjuang, Selamat Hariraya dan Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  37. Selamat Hari Raya Aidilfitri Dr. dan keluarga....

    Maaf zahir dan batin....

    Umat yang simpati.

    ReplyDelete
  38. Salam.

    Moga Ramadhan ini segala kesukaran dan kesusahan yg dilalui dapat dipermudahkan oleh Allah SWT. Saya berharap DSKT sekeluarga terus tabah. Segala jasa baik yang diberikan selama ini kepada penduduk Sg. Panjang khasnya cuma Allah sahaja yang membalasnya.

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

    Kelpatan Kulo mayon, seng katah2.

    ReplyDelete
  39. biasalah Datuk Sri, dlam UMNO,cantas ,pijak n lenyek sesama sendiri tu perkara biasa, sebab semua mahu kuasa,sebab itu UMNO tak akan dapat tawan kelantan.. sabar je lah,

    ReplyDelete
  40. Assalamualaikum

    Saya sebagai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bersimpati jika ini benar-benar terjadi kepada Dr. Semoga sabar dan tabah menghadapi dugaan ini dan berhati-hati memilih kawan dalam politik.

    Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  41. Nape lah dalam Umno nih tak habis2 nak berdengki. Yang 3 ekor menteri tu masih lagi duk dengki dengan YB Khir nih nape. Khir Toyo dah tak ada taring lagi dah.

    Ini lah perangai melayu. Walau pun berjawatan menteri tapi hati perut busuk, hati perut berdengki tak ubah macam warga asing yang kerja noreh getah kat kebun aku.

    Kepada 3 menteri tuh, sedar lah diri sikit, Umno nih susah nak bangkit semula kalau tak dengan sokongan orang melayu sendiri. Nak harap sokongan daripada bukan melayu, aaa kirim salam banyak2 lah bro.

    Bukan melayu (cina) tak akan biarkan DAP jadi tunggul. Bukan melayu juga tak kan biarkan PKR hidup tanpa dapat pecah belahkan undi melayu. Bukan melayu jugalah yang akan sokong Pas untuk menjatuhkan Umno. Si last sekali apa jadi kepada Umno, masih menteri lagi kah kamu pada masa tuh ?

    Jangan lah ngok sangat .. wahai menteri bertiga.

    ReplyDelete
  42. keluputan ku seng okeh2 yoh...seng sabar waie selamat hari raya aidilfitry

    ReplyDelete
  43. Walau apa pun yang comments di atas, terlalu banyak yang saya tidak mampu membaca. Saya berpendirian, bukan setakat tiga menteri, malah banyak menteri yang patut di gugurkan untuk mengukuhkan BN pada pilihanraya ke "13" ni. Ini perlu untuk kesinambungan BN menerajui pentadbiran negara. This issue is related to whoever is going to be next PM in the BN stable of politicians.No man is indispensable. Thats a fact.

    ReplyDelete
  44. Dr Khir masuk penjara , sapat rampas Selangor


    Kalau nak rampas Kedah, Hishamuddin perlu dipenjarakan...

    Kalau nak "kekalkan" Perak Muhyiddin perlu dipenjarakan

    Kalau nak rampas Kelantan, Najib perlu dipenjarakan


    Fuh... kalau nak undi majoriti lebih lebih 90%, Taib Mahmud dari Sarawak perlu dipenjarakan

    ReplyDelete
  45. "Bahagianya seorang hamba Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya..Begitulah rupanya berkasih dengan Allah..tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah..Tetapi dilindungi dengan ujian dan cubaan yang tak berkesudahan..Panjatkan kesyukuran kerana itu tanda kasih sayangNya kepada hambaNya..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.."

    ReplyDelete
  46. salam dr... jangan lupa buat open house..

    ReplyDelete
  47. Masalah utama pada umno sendiri,kerna itu lahirlah pemimpin yg bobrok yg langsung x de kualiti.susah nk ubah selagi pemimpin cam gini masih dlm umno.mgkn pru13 akn mencuci semua pemimpin yg x diperlukan lg,contoh yg mudah skrg ni dlm kabinet najib tu berapa ramai menteri yg kalah pru12.mesti ade yg tak kena kalau terlalu ramai yg kalah tp ttp dpt jd menteri..fikirkan lah.
    SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI.MAAF ZAHIR &BATHIN.

    ReplyDelete
  48. Salam YB Dr Khir. Diucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang. Maaf Zahir & batin serta tabah menghadapi dugaan hidup sebagai seorang ahli politik yang tulen insya-Allah.

    Jika benarlah kisah 3 menteri tersebut, ini tidak lebih bahana dendam kesumat yang terpendam kian lama barangkali.Siapa yg tak terliur kerusi MB Selangor suatu ketika dulu dan siapa menyangka YB Dr Khir yang jadi MB.

    Manusia takkan berasa puas selagi tidak tercapai apa yang dihajati lebih-lebih lagi yang tak elok sebabnya ada iblis dan syaitan yang jadi tuan penasihat.

    Jenis orang yang sebegini tak guna diingatkan bab2 hukum Allah ni sebab dia masuk telinga kiri keluar telinga kanan janji apa yang dihajati tercapai dan sampai dia akan kata "mampos ko Khir Toyo, baru puas hati aku".

    Harap YB Dr Khir bersedia dengan sebarang kemungkinan dan tabah menghadapinya kerana itulah asam garam seorang pejuang tulen. Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  49. Dr., Ramadan ini adalah peluang yg terbaik utk kita semua bermuhasabah diri. Saya bersimpati dgn Dr., satu persatu ujian yg ditempuh,masya'Allah, jika saya sekalipun di tempat tuan, pasti dugaan ini tidak mampu saya galas.Bersabarlah Dr.....

    ReplyDelete
  50. Salam YB

    Bersabarlah dengan dugaan dari Allah, insyaallah ada hikmahnya, barani kerana benar
    selamat hari raya

    ReplyDelete
  51. a,kum dr.
    slmat menyambut hari raya aidilfitri dan kemaafan dr tu satu keihlasan yg baik...kami sekeluarga sentiasa bersama dr.

    harap 3 menteri tu berubahla klu nak selangor kita ambil balik, sy tau siapa yg 3 menteri tu...insyaallah kalau betul 3 menteri tu ingin menjatuhkan keriar dr mereka akan mendapat balasan satu hari nanti ,,...aminnn...
    tahun ni buat rumah terbuka ke dr?

    salam adi sekeluarga dari teluk intan perak..berjuang kerana umno tapi bukan kepada 3 menteri tu...

    ReplyDelete
  52. salam dr.
    sudah lama saya tidak memberikan komen di dalam blog dr kerana sibuk dengan tugas harian.
    1. Memang benar cakap dr itu, ada manusia yang menjadikan kelemahan org lain sebagai batu loncatan kepada kejaan mereka.
    2. Saya juga pernah menghadari situasi mcm dr di mana saya telah dituduh BERCAKAP tentang hal pakej yang tak pernah saya buat. Tapi saya jenis yang menyimpan segala keje yangd ibuat dari peringkat pertama hingga kerja itu siap sebagai rujukan saya. Maka saya pun telah menunjukan bukti kepada org yang mendakwa saya (Seorang setiausaha Bahagian berpangkat JUSA C) maka muka org itu bertukar kerana saya bercakap berdasarkan fakta dan juga bukti.
    3. Maka di sini dr jgn risau selagi dr ada bukti pasti dr di pihak yang benar.
    4. Sepanjang dr menjadi YB selangor saya rasa dr tak lihat sgt pun rakyat selangor mungkin atas sebab bz dengan mesyuarat dan juga dgn tugasan lain. Mohon jika dr ada rezeki menjadi YB lagi ...saya nak berjumpa dr ...

    sekian terima kasih and salam aidilfitri

    a.khalid
    pemuda kuala kangsar

    ReplyDelete
  53. Slm YB..harapan saya agar YB dapat bersabar dlm. menempuh segala dugaan & cabaran yg mendatang. Saya percaya apa yg didedahkan olih YB berkenaan konspirasi 3 Menteri tersebut bukan lah rekaan atau fitnah semata-mata. Kekalahan Kerajaan BN di S'gor tidak bolih diletakkan dibahu YB, banyak isu Nasional yang menyumbang kearah itu.

    Saya amat terkejut dgn keputusan Mahkamah yang mengarahkan YB untuk membela diri. Dlm kotak fikiran saya berkata, "Adakah mungkin wujud tangan2 ghaib yg mempengaruhi keputusan Hakim". Jawapannya mungkin terbukti dengan pendedahan YB berkenaan kisah 3 Menteri tersebut.

    Akhir kata, Selamat Hari Raya & Maaf Dzahir Batin.

    ReplyDelete
  54. SAH TRADE MARK PARTI UMNO MMG SEMUA ORG DAH TAHU SANGAT2.LIHAT SAHAJA LAH APA YANG BERLAKU KEPADA, DATUK ABU HASSAN OMAR, DATUK HARUN IDRIS, DATUK KAMARUIN MAT ISA DAN DATUK GHAZALI JAWI DI PERAK DATUK SERI ANUAR DAN SEKARANG DATUK SENDIRI. APA2PUN SEMUA ITU BERTITIK TOLAK KEPADA ASAS PERJUANGAN TERSIRAT SEBILANGAN PEMIMPIN PARTI UMNO. SAYA SETUJU SGT PENYATAAN DATUK BAHAWA MENTERI2 TERSEBUT SEKADAR MEMBACA BLOGS2 TERTENTU SAHAJA... LIHAT SAHAJA LAH INFO2 YANG TUN MAHATHIR DAN TUN ABDULLAH PEROLEHI SEMASA MENJADI PERDANA MENTERI YG AKHIRNYA MEMBUATKAN UMNO SEMAKIN KEHILANGAN CENGKAMAN DALAM POLITIK MELAYU MALAH ERA DATUK SERI NAJIB SENDIRI 5 NEGERI TUMBANG DALAM PILIHANRAYA UMUM 2008.... KALAULAH TREN SEBEGINI BERTERUSAN DALAM UMNO SAYA TIAK TERKEJUT UMNO AKAN BERKUBUR, PARTI YANG SAYA SANJUNG SELAMA INI AKAN MENJADI FAKTA SEJARAH DALAM BUKU SEJARAH BACAAN ANAK BANGSA SATU HARI NANTI. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

    ReplyDelete
  55. Dr Khir,

    Samada Dr didapati tidak bersalah atau sebaliknya, BN akan menawan kembali Selangor. Bukan kerana BN kuat, tetapi kerana qualiti kerajaan Pakatan DAP PKR PAS adalah buruk.

    Dr tidak patut memberikan persepsi bahawa akan berlaku konspirasi terhadap hukuman yang bakal diterima nanti, yang menjadi penentu kemenangan di Selangor.

    Kemenangan BN di Selangor nanti adalah kerana kami anak Selangor bencikan Khalid Gagap - bukan kerana Dr terpenjara (sekiranya ia berlaku). Jangan nafikan kuasa kami sebagai penentu.

    Maaf zahir dan batin.

    -anak selangor-

    ReplyDelete
  56. pak2 menteri nih, kalau cantas mencantas nak bagi rakyat senang takpe jugak, ini nak bagi perut sendiri kenyang...

    ReplyDelete
  57. kalau pr perintah mestikah umno berkubur? sapa nak jadi pembangkang? bagilaah umno peluang belajar macamana nak jadi pemerintah...selama ni ''tak sempat'' sebab sibuk ''memerintah''..

    ReplyDelete
  58. Dr Khir,
    Itulah dia hakikatnya politik yang berasaskan kepentingan duniawi doktor. Mereka beranggappan tidak ada pekara yang tidak boleh dilakukan, buruk atau baik. Doktor fikir-fikirkan lah. Jika benar desas-desus ini doktor, saya pasti perancangannya adalah daripada orang yang lebih berkuasa daripada tiga orang menteri, tidak begitu?

    ReplyDelete
  59. Salam Dr dan seluruh umat islam yang lain, serta diucapkan selamat hari raya, ampun maaf dipinta jika ada kesalahan.

    Saya beranggapan cara menteri tersebut amat menjengkelkan dan tidak cerdik. Rakyat mahukan perubahan bukannya hukuman kesalahan lampau. Jika menteri-menteri masih ditahap mencari kambing hitam maka tiada makna kekalahan yang lalu.

    kemenangan boleh dicapai apabila tahap keikhlasan terhasil dan bersatu padu. Amat dangkal sekali sikap menteri-menteri tersebut.

    ReplyDelete
  60. Bagus Khir Toyo,

    Keinsafan itu ketulusan hati. Memang manusia tak lekang dari berbuat silap, tapi tak penting untuk move forward ambil yang baik aje. Apa punjangan buat kedua kali nya... macam bagi penghargaan apa sepatut nya jangan menjatuhkan maruah orang. BUlat itu berputar. adakal di atas adakala di bawah. Jangan burok sangka.

    ReplyDelete
  61. Selamat Idul Fitri YB. Dato' Seri..sebagai sahabat lama yg pernah memimpin persatuan mahasiswa di UM satu ketika dahulu, saya ingin berpesan kpd Dato' Seri dengan madah seperti berikut: " Tidak semesti keburukan yang kita terima di dunia ini dilihat buruk dan hina di sisi Allah, dan tidak semstinya kebaikan yg kita nikmati didunia ini dinilai suatu kebaikan di sisi Allah di akhirat kelak".. maksudnya ada perkara yang kita pandang ianya buruk tetapi di sisi Allah ianya adalah suatu kebaikan, ada juga sesuatu yg kita anggapnya sebagai baik di dunai ini, tetapi sebenarnya di sisi Allah adalah suatu keburukan. Hanya Allah saja yang maha mengetahu rahsia di sebalik apa yang berlaku di dunia ini yang menimpa diri kita semua..Justeru, saya mendoakan agar semua perkara yang menimpa YB. Dato' Seri sebagai suatu perkara kebaikan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t..Allah tidak menzalimi hambanya.Percayalah setiap kenbaikan yg kita lakukan selama ini akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran yang lebih baik di akhirat nanti..Yakinlah bahawa Allah akan bersama-sama dengan pemimpin yang adil dan pemimpin yg banyak mengorbankan masanya untuk kepentingan rakyat..

    ReplyDelete
  62. Salam dan selamat hari raya eidul fitri buat Dato...

    Saya merasakan ssedikit simpati akan isu2 yang terkaitan dengan Dato.. Dato perlu paham bahawan buka semua orang disekeliling kita ada menjadi kawan terutama sangat-sangat mereka yang berkaitan dengan POLITIK...Apalah salah kalau dato dapat bukakan sikit kejahatan mereka kepada kami pembaca blog supaya kami boleh tahu siapa mereka....terpulanglah kepada mereka...( gunakanlah tektik yang biasa di gunakan oleh Tun M) ahahha....

    Walaubagaimanapun sekiranya Dato memaafkan mereka, adalah lagi baik kerana biarlah ALLAH yang kenakan dia...

    Sekadar luahan hati

    ReplyDelete
  63. Salam Aidilfitri dr. saya naik bosan dengan senario politik sekarang. negara kita dah lama merdeka tp pemikiran mereka ini masih belom merdeka.. rakyat semua menilai semua tindakan kamu. golongan pemerintah sepatutnya lebihkan fokus dalam menangani ekonomi sekarang ini.. inflasi yang tinggi.. kesukaran syarikat-syarikat kecil untuk survival.. ekonomi orang melayu.. perjuangan umno untuk orang melayu saya rasa tidak sepenuhnya ada asas saya katakan begini.

    1) perbezaan gaji melayu dan cina begitu ketara.
    kenapa hal sebegini berlarutan sejak berpuluh tahun lalu. baik di sektor perkilangan pembuatan dan di mana-mana saja. seorang technician cina hanya kelulusan spm dan hanya tahu bersih dan cuci aircond diberi gaji RM3500 sedangkan saya yang berkelulusan dan pengalaman kerja 9 tahun sebagai specialist or engineer dan macam-macam beban kerja hinggakan kerja technician pon terpaksa buat di beri gaji RM3300. bayangkan la kalau bangsa mereka yang ada kelulusan dan pengalaman seperti saya. senario ini berlaku di mana-mana.

    saya tak hairan kalau melayu kurang mampu miliki hartanah berbanding mereka. dan ekonomi melayu tidak boleh menyaingi mereka. Takkanlah semua melayu nak jadi kontraktor untuk menyaingi mereka.
    persoalanya:

    1) kenapa umno biarkan perkara ini berlarutan berlaku? dan apakah tiada tindakan daripada kerajaan? apakah pandangan dr tentang hal ini?

    Pesanan saya pada dr.

    1) Jika dr berpeluang kembali meneraju kerajaan berpesan-pesanlah pada menteri umno yang lain tentang hal ekonomi melayu golongan makan gaji yang semakin tersepit kini.

    2) Kesan peningkatan harga barangan dan kenaikan kos. Ramai peniaga-peniaga kecil pasar malam dan terbaru bazar ramadhan di kampung-kampung terjejas. golongan pembeli juga berkurangan.

    pesanan saya:
    1) langkah mengurangkan subsidi hanya akan menyusahkan gologan bawahan. Banyak cara lain untuk kerajaan mendapatkan kewangan. tidak logik sekira nya harga minyak dunia naik kerajaan akan rugi sebab kita pengeluar. Alasan itu boleh kita pakai sekiranya kita bukan pengeluar dan kita boleh bandingkan dengan negara jiran kita. jadi setiap tindakan itu berpada-padalah.

    ReplyDelete
  64. salam aidilfitri & maaf zahir batin dari org bangi

    ReplyDelete
  65. Sebagai seorang generasi muda, apa yg saya lihat, amat sukar untuk pemimpin-pemimpin mudah seperti Dato' Seri untuk merangkak naik dalam UMNO ni..naik sedikit dah kena cantas..

    Yang ada cuma pemimpin2 veteran yang sudah tidak relevan lagi..

    Sayangnya kalau UMNO berkubur dengan sebab ini

    ReplyDelete
  66. menteri tu dah berangan menang PRU13 dia akan naik jd MB Selangor, sapa tak kenal dia, sepanjang melepasi parlimen K. Selangor ke arah Sabak asyik muka dia terpampang kat papan tanda, cuma belum terpampang kat batu nisan je.Klu manusia dah gila kuasa begitulah jdny. Sy anak jati Selangor masak dah perangai pemimpin2 UMNO ni.....sabar jelah, roda tu bulat, sampai masa akan turun ke bwh jua.

    ReplyDelete