Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, September 19, 2011

Kesepakatan Tawan Selangor

1. Pohon maaf tidak berkesempatan menjawab banyak persoalan saudara/i mengenai isu semasa kerana kesuntukan masa. Bagaimanapun berhubung dengan konvensyen Barisan Nasional Selangor sabtu lalu saya diminta memberi reaksi oleh beberapa wartawan. Berikut ialah keratan akhbar daripada Berita Harian seandainya saudara/i terlepas membacanya.

Kesepakatan tawan Selangor
Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
2011/09/19
Pemimpin parti komponen BN negeri digesa senada menjelang PRU13

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan kembali Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika mampu memperoleh sokongan peringkat akar umbi sekurang-kurangnya 70 peratus daripada pengundi Melayu, manakala 60 peratus India dan 30 peratus Cina. Bagaimanapun, kajian dan pemerhatian terhadap senario politik semasa di negeri diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada pakatan pembangkang itu mendapati hanya 55 peratus pengundi Melayu menyokong perjuangan BN, termasuk mereka yang kembali menyokong, manakala India 50 peratus dan Cina antara 10 hingga 15 peratus.

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo, berkata peratusan sokongan pengundi mampu ditingkatkan jika semua pemimpin parti komponen BN Selangor bergerak senada dan serius dalam menyertai gelombang kebangkitan yang mempunyai asas kepada titik persamaan, aktiviti dan isu yang dibangkitkan secara bersama (common ground, common activity and common issue).

Katanya, asas itu yang memberikan kejayaan kepada pembangkang untuk menawan beberapa negeri pada PRU 2008, malah ia juga memberi kejayaan kepada BN Terengganu untuk merampas kembali negeri daripada pucuk pimpinan PAS pada PRU 2004.

“Malang sekali di Selangor asas itu tiada kerana tidak wujud kerjasama dan perpaduan di kalangan pemimpin sama ada antara pemimpin UMNO atau antara pemimpin UMNO dengan rakan parti komponen BN termasuk MCA, MIC dan GERAKAN.

“Selagi tidak wujud asas ‘common ground, common activity and common issue’ selagi itu harapan untuk BN merampas kembali Selangor daripada pembangkang amat tipis dan ini perlu diakui semua pihak,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Kelmarin dalam ucaptama pada Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Najib Razak menegur sesetengah pemimpin dalam parti yang menipu diri sendiri dengan menjalankan program ‘syok sendiri’ dan gagal memberi laporan tepat serta tidak insaf dengan pengalaman kekalahan di Selangor di tangan parti lawan.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, walaupun tewas pada PRU 2008, golongan ini masih tidak mengambil iktibar dan asyik memikirkan kedudukan jawatan berbanding memastikan kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Mohamad Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang berkata, antara punca utama kekalahan UMNO di Selangor ialah apabila pemimpin terlalu yakin dan enggan mengakui wujudnya masalah, termasuk persengketaan sesama pemimpin sama ada pada peringkat cawangan, bahagian mahupun negeri.

Walaupun menyedari kenyataan ini akan mendatangkan kemarahan pemimpin BN, katanya, beliau perlu bersikap jujur dan berharap pemimpin lain turut berbuat demikian demi memastikan BN kembali berkuasa di Selangor dan beberapa negeri lain.

Malah, beliau menyifatkan keadaan pengaruh BN di Selangor sebagai kritikal kerana teguran Perdana Menteri itu bukan kali pertama, sebaliknya teguran berulang yang tidak diberi perhatian oleh pemimpin di semua peringkat.

“Sebagai bekas pemimpin yang berpengalaman, saya berharap mana-mana pemimpin yang diberi peluang memimpin rakyat sama-sama memikirkan apakah ‘common ground, common activity and common issue’ yang boleh dibangkitkan di Selangor, bukannya ikut kepala masing-masing atau syok sendiri.

“Tak guna jika hanya ada kesedaran dan keinsafan, tetapi tiada keinginan dan keupayaan untuk kembali berkuasa di Selangor,” katanya yang yakin dapat meraih sokongan di kawasannya pada PRU akan datang menerusi pendekatan memahami kehendak dan keperluan pengundi selain mendekati belia yang mewakili lebih 60 peratus pengundi.

- Berita Harian, 19 September 2011

21 comments:

  1. Salam Dr Khir,

    Saya harap semua pemimpin komponen BN Selangor dari atas hgga bawah dapat bersepakat memikirkan dan merangka strategi terbaik untuk mendekati serta menarik semula sokongan rakyat negeri selangor yg saya rasa terhimpit dan tertipu dgn kekalutan situasi politik serta pelbagai masalah yg ditimbulkan oleh pakatan rakyat. Elakkan bertelagah sesama sendiri. Buangkan sikap pentingkan diri dan dampingi serta dahulukan rakyat jika betul2 ingin menjadi pemimpin yg berkaliber dan dihormati. Thank you.

    kamal

    ReplyDelete
  2. SETUJU DENGAN PANDANGAN DATO' SERI... UMNO SELANGOR BAGAIKAN HILANG ARAH... TIADA PEMIMPIN YANG BERKALIBER UNTUK MENGGERAKKAN GERAK KERJA MENAWAN SELANGOR INI... RASANYA MEMANG TAK DAPAT NAK AMBIL BALIK BIARPUN PAKATAN RAKYAT DI BAWAH KHALID IBRAHIM TIDAK MENUNJUKKAN PRESTASI YANG MEMBERANSANGKAN...

    ReplyDelete
  3. saya pun menyesal undi parti pakat pakat penipu,marah kan abdulah,umno yg kene...huhu

    ReplyDelete
  4. Umno kalah kerana PRU 2008 kerana sikap Dr Khir sendiri yang tidak mesra rakyat. Kami dengan ceramah ustaz dimasjid cerita bila mereka komen BN kena gam tak boleh ceramah. Kami penduduk Seksyen 19 nak jumpa YB Khir punyalah susah kena tunggu 3 bulan baru dapat jumpa. Dah tu tak beri cakap lama sebab YB sibuk. Apa perasaan kami? Amat kecewa. Masalah kuil Hindu amat mengganggu penduduk kerana mereka membesarkan kuil ketika itu. Selepas PR berkuasa masalah penduduk semakin kronik sebab mereka bela Hindu kuil. Penduduk minta bantuan NGO Khalid Samad tuduh provokasi UMNO. Kenapa kaitkan NGO dengan UMNO?. Kami tidak nafikan kemajuan dicapai semasa YB Khir jadi MB namun hati penduduk juga perlu dijaga. Mohon maaf menegur YB.

    ReplyDelete
  5. Setuju pandangan dr tu...tp hakikatnya PR lebih dekat di hati rakyat,,,sbb mereka ni adalah dikalangan rakyat marhaen dan pejuang rintihan dan keluhan masalah seharian rakyat,...sesiapa saja baik PR/BN kalau tak sedar bahawa Rakyat adalah BOSS,, memang takde harapanla nak jadi YB di Sgor ni....inila hakikatnya..RAKYAT SELANGOR BUKANNYA BUTA HURUF,,!!

    ikhlas
    Waktempe

    ReplyDelete
  6. Kekalahan UMNO bukan hanya meletak kepada kelemahan pembakang sahaja. Faktor pemimpin yang ada yang mempunyai berbagai tomahan dan masaalah jika masih dikekalkan sebagai pemimpin dalam pilihanraya ke 13 nanti menjadikan UMNO sia sia untuk membuat perubahan atau menawan kembali selangor. Rakyat menungu perubahan dalam UMNO itu sendiri sebelum menyokong UMNO nanti.

    ReplyDelete
  7. rasanya bn selangor akan lebih maju kalau kalau Noh Omar diangkat jadi MB..beliau jauh lebih berkaliber dari ds..agaknya la kot..tp kemajuan rakyat dan kesepakatan rakyat adalah jauh lebih penting dari BN. Kena sedar siapa yg sebenarnya bos barulah ada sifat rendah diri bila memerintah..

    ReplyDelete
  8. tak de bezanya PR & BN perintah....yg tertekan cuma kroni2 umno je coz projek tak masyuk.... baik PR sekurang2nya air percuma... rakyat terbanyak perlu diutamakan.. bukannya sesetengah golongan elit je.... jadilah kerajaan yang dekat dihati rakyat bukannya beraja di hati.....

    ReplyDelete
  9. Kerja x iklhas , asyik nak harapkan magic sahaja , perut boroi malas ker , ampu bos sana ini , fikirkan nak tender sahaja . Nak menang PRU kali ini ? Silap2 makin bungkuslah....

    ReplyDelete
  10. Assalammualikum Dr. Khir & Rakan2 sekelian,

    Harapan untuk UMNO menawan semula Selangor sukar kerana tiada kesepakatan...semangat berpuak - puak diantara team Dr. Khir, Dato' S.D & Dato' N.....jadilah UMNO Selangor seperti UMNO kelantan selepas ini....

    ReplyDelete
  11. semoga rakyat selangor sedar dengan tembelang PR

    ReplyDelete
  12. ORANG YG MENYESAL UNDI PR DULU.. TAK PATUT AMBIL AIR PERCUMA, TAK PATUT DAPAT PELBAGAI KEMUDAHAN DI SELANGOR.. PRU13 NANTI UNDI BN... KAMU BOLEH DAPAT SEMUA TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasakan lah nnt bil air melambung tinggi...nyesal lg ke?

      Delete
  13. Dr,
    Buat masa ini, tak mungkin saya kembali menyokong BN. Sekurang-kurangnya, setiap bulan merasa juga saya nikmat kemakmuran negeri selangor melalui air percumanya..sekurang-kurangnnya majlis ilmu tidak disekat seperti dahulu. Mereka yang menyesal memileh PR tu..mungkin harapan mereka untuk mendapat lebih besar dari itu...lebih besar daripada ketika mereka menyokong BN dulu..

    ReplyDelete
  14. air di selangor bukannya percuma...tapi hanya diskaun dari total bill kita...jangan nak pusing citer la.....tak habis2 air percuma....kalau percuma maksudnya mesti kita tak perlu bayar setiap bulan kan ? guna je air macam biasa tapi tak perlu bayar....nampak sangat pr ni nak belitkan fakta...

    ReplyDelete
  15. saya tidak setuju kalau selangor di ambil alih oleh UBN. negeri ini memang gula. orang-orang UBN nak buat duit. dibiarkan rakyat selangor kemiskinan. dari dulu asyik cakap soal jalan, lampu dan air. tak ada benda lain ka? yang hubaya-hubaya umno sapu duit tu tak ingat ke? sampai bila pun kita tak sokong umno.

    ReplyDelete
  16. ahmadsofian klau ko xsokong BN buat apa nk cerita kat sini.... ko xrase menyesal ke komen kat sini... pegi cari blog PKR/DAP kesayangan ko tu.... aku rase ahmadsofian dh tua tp kurang pengetahuan... sbb apa xtau maksud percuma...

    ahmadsofian klau ko blm kawin mungkin la dpt percuma bil air tiap2 bulan... tp yg dh berkeluarga mesti lebih guna 20m padu.... mcm aku ni ha.... tetap kena byr... klau sikit pun kena byr... tetap kena byr jgk....

    ReplyDelete
  17. kita bagi peluang sekali lagi pada PR perintah kalau x elok kita tukar .setuju x cadangan ni

    ReplyDelete