Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, October 6, 2011

Bajet Pakatan: Cukup-Cukuplah Berbohong

1. Pakatan Rakyat membentangkan Bajet 2012 untuk Persekutuan berjumlah RM 220 bilion dengan pelbagai janji yang memang sangat menarik. Tidak ada sesiapa yang waras mahu menolak terus bajet Pakatan ini kerana ia menjanjikan sesuatu yang selama ini hanya menjadi impian sebahagian kita.

2. Antara yang dimasukkan ke dalam Bajet 2012 Pakatan ialah:

a. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas.
b. bayaran suri rumah sebanyak RM1,000
c. Elaun penjagaan anak sebanyak RM1,000 setahun kepada ibu-ibu yang layak untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita di dalam tenaga kerja;
d. RM500 sebulan bagi setiap orang guru


3. Sungguhpun tawaran bajet ini tampak sangat menarik, namun ia hanya merupakan tawaran oleh mereka yang tidak berkuasa. Justeru ia boleh menawarkan apa sahaja dan tidak perlu bertanggung jawab terhadap tawaran yang dibuat.

4. Memang benar akan ada yang menyokong dan berkata kita berilah mereka kuasa tengok sama ada boleh laksanakan atau tidak.

5. Sebenarnya kita tidak perlu pun memberi peluang mereka berkuasa untuk melihat sama ada mereka mampu melaksanakan atau tidak bajet tersebut.

6. Janji-janji yang ditawarkan ini hampir serupa dengan apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat di Selangor dalam pilihan raya 2008 lalu dan masih belum ditunaikan. Antaranya ialah,

a. Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra-sekolah
b. Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri
c. menurunkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis perniagaan sebanyak 10%
d. Perkhidmatan kesihatan percuma kepada warga emas di Selangor
e. Janji elaun RM 650 sebulan kepada ibu Tunggal


7. Yang ditunaikan setakat ini hanyalah air percuma 20 meter padu pertama. Itupun setelah didesak oleh Barisan Nasional Selangor agar kerajaan negeri menunaikan janji tersebut. Sehingga hari ini, janji tinggal janji sahaja walaupun lombong pasir kian berleluasa dimonopoli oleh satu syarikat sahaja.

8. Manakala bantuan kematian yang dulunya diberikan sebanyak RM 2, 000 bagi menguruskan jenazah oleh kerajaan Selangor semasa Barisan Nasional telah diubah menjadi caca-merba. Sungguhpun dinaikkan kepada RM 2, 5000 tetapi ia perlu mengisi borang lebih awal. Khabarnya, jika meninggal tetapi nama tiada dalam senarai yang mengisi borang maka tiada bantuan. Bantuan pula diberi dalam dua peringkat iaitu RM 1, 500 ketika menginggal dan RM 1, 000 selepas enam bulan.

9. Sehingga kini juga janji paling mudah iaitu untuk menurunkan cukai pintu belum dilaksanakan. Malahan khabarnya kerajaan negeri telah menjalankan perancangan bijak untuk menaikkan cukai pintu melalui kaedah menaikkan nilai hartanah di seluruh negeri Selangor.

10. Jika dilihat secara teliti, tidak banyak perbezaan antara janji Pakatan di Selangor pada 2008 dengan Bajet Pakatan 2012 ini. Justeru sukar untuk orang ramai, kecuali yang taksub atau membenci BN, akan percaya dengan bajet Pakatan ini. Jika di Selangor pun banyak dimungkiri selepas memegang kuasa, apatah lagi jika menang Persekutuan.

11. Hakikatnya bukan soal memberi peluang kepada Pakatan, tapi rekod jelas menunjukkan Pakatan selalu memberi janji yang tidak dapat ditunaikan. Jika mahu mencuba atau memberi peluang pun biarlah dengan perkiraan yang betul, bukan sekadar menilai apa yang dijanjikan semata. Berjanji memang mudah tapi menunaikankannya selalunya tidak seindah janji.

12. Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya membuktikan dulu keupayaan menggembleng ekonomi dan pentadbiran Selangor sebelum bercakap soal Persekutuan.

13. Selangor merupakan antara negeri terkaya di Malaysia dan hanya mempunyai penduduk seramai 5 juta berbanding Malaysia mempunyai 28 juta rakyat. Malangnya, hampir setiap tahun selepas memegang jawatan kerajaan negari akan beberapa kali memohon bajet tambahan yang mencerminkan perancangan kurang cekap.

14. Jika untuk membuat bajet bagi 5 juta rakyat Selangor dan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri pun kelihatan "terhoyong-hayang", apatah lagi untuk melaksanakan Bajet Persekutuan yang membabitkan 28 juta rakyat, 222 kawasan Parlimen dan 14 buah negeri.

15. Baru-baru ini, bagi menunjukkan kecekapan, kerajaan Selangor mengumumkan peningkatan simpanan tunai. Kalau wang tidak dibelanjakan untuk pembangunan dan perkhidmatan memanglah berbilion kerajaan boleh simpan. Namun apa terjadi kepada pengurusan prasarana di bawah negeri seperti pengurusan sampah dan jalan-jalan PBT? Sangat menyedihkan. Hampir tiada lagi jalan PBT yang tidak berlubang. Sampah di banyak kawasan juga kelihatan berlonggokkan tanpa tindakan.

16. Tender-tender kerja PBT yang sebelum ini dikatakan terbuka dan telus juga hanya sekadar omongan kosong dan retorik ucapan sahaja.

17. Hakikatnya, sebelum Anwar menyalahkan pelbagai pihak di peringkat Persekutuan, Allah telah memberi beliau lima negeri untuk dibangunkan. Sehingga kini tidak nampak pun aura dan kehebatan pemimpin numero uno Pakatan Rakyat ini membangunkan kelima-lima negari ini.

31 comments:

  1. Secara kasarnya, memang kerajaan PR banyak memberi janji-janji kosong. Tapi ia juga memberi harapan kepada rakyat yang berimpian agar masalah sara hidup dapat dikurangkan. Betullah itu orang kalau nakkan apa-apa, memang exaggerate kaedah paling asas. Promosi diri katakan, macam masa sesi temuduga.

    Bagaimana dengan kerajaan BN? Kalau PR dah buat bermacam janji kosong, jangan pula BN tak memberi impian atau langsung tak memberi janji. Adakah sebab memang dari awal-awal dah tak mahu usaha memajukan negara? Saya kira, janji-janji PR adalah cabaran buat BN untuk lebih kreatif dan lebih berusaha. Bukan kreatif menipu juga.

    Buat pemimpin BN dan PR, memberi janji untuk ditunaikan.

    ReplyDelete
  2. Saudara Kolek Kecil,

    Masalah dengan BN ialah ia tidak boleh berjanji tetapi perlu melakukan kerana ia memegang kuasa. justeru itu, BN perlu mengatakan atau membentangkan apa yang mampu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  3. Saudara Khir, You times was check out and over.Titek.

    ReplyDelete
  4. salam..dulu saya sokong PR, tapi skrg dah sedar..jgn risau PRU 13 BN menang besar punya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Dr Khir.
    Komen saudara memang banyak kebenaran, saya sebagai rakyat selangor amat jelak dengan janji-janji kosong macam tong kosong, tapi penuh dengan sampah. Diharap BN dapat memerintah semula. InsyaAllah.
    Semoga Tuan sekeluarga dirahmati Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  6. ape2 pun klu nk sng,keje la...jgn igt nk dpt duit free2 je...mcm anwar tu,ntah brape byk dia songlap xtau la....mcm sng je dpt duit...

    ReplyDelete
  7. Pembohongan Kerajaan PR di Selangor bukan hanya yang dinyatakan oleh Dr. Khir di atas tetapi banyak lagi semasa PRU 12 iaitu :
    1) Buka tabung permulaan RM100 bagi SETIAP anak
    kelahiran Selangor
    2) Beri bantuan kpd anak-anak muda utk
    mendirikan rumahtangga
    3) Buka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi
    belia
    4) Mencarum takaful RM2500 bagi WARGA EMAS, OKU
    dan ANAK YATIM
    5) Beri elaun khas suri rumah yang memilih untuk
    menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka
    6) Bantu SETIAP RAKYAT SELANGOR utk mendptkan
    kediaman sendiri
    7) Beri hadiah RM1000 kpd SETIAP anak Selangor
    yang mendapat tawaran ke universiti (pilih2)
    8) Sediakan premis peniagaan yang cukup (pusat
    judi,rumah urut, pusat hiburan etc)
    9) Bimbingan perniagaan kpd golongan belia dan
    wanita muda (bohong)
    10)Beri galakan kpd belia dan wanita muda
    berniaga dgn sewa minimun atau hanya perlu
    bayar air dan elektrik utk 2 tahunn pertama
    (naik sewa lagi ada..PBT-PBT, PKNS etc)
    11)Jalankan program bagi membolehkan rakyat
    miskin terutama petani dan nelayan mendptkan
    pendapatan yg lebih tinggi di atas garis
    kemiskinan (habuk pun tarak)
    12)Sediakan perubatan percuma utk warga 65 tahun
    ke atas (bohong..RM1 shj di hospital BN)
    BAJET PAKATAN BENAR-BENAR BOHONG..AUTA..HANYA MAHU MEMANCING UNDI..TIPU ORANG TUA, ORANG KURANG UPAYA, ANAK YATIM...BEGITU JUGA JANJI-JANJI TIPU UTK ANAK MUDA, WANITA MUDA, SURIRUMAH,PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI DAN ANAK-ANAK KECIL...SEMUA KENA TIPU..DAN NAK TIPU LAGI.

    ReplyDelete
  8. tak payah la bagi PR memerintah, buang masa aje, janji2 yg ade pon tak terkota inikan pulak janji2 baru. habis sumer isu sensitif kaum & agama dilanggar, bagi huru-hara negara lagi adela. caitt apa pon tak boleh, boleh tuju lagu?

    ReplyDelete
  9. pada dasarnya berjanji memang mudah melaksanakan janji lambat dan susah. silap haribulan janji tingal janji. baik PR mahupun BN, tunaikanlah amanah yang diberikan oleh rakyat yang mengundi. Rakyat yang di bawah ini mendambakan kerajaan yang prihatin dengan permasalahan dan himpitan hidup.

    ReplyDelete
  10. org kita ni xreti nk berpijak pada realiti..nk buat mcm mana...senang termakan janji

    ReplyDelete
  11. Beza diantara BN dengan PR. BN berjanji dan ia tunaikan.PR berjanji tetapi ia tak tunaikan.

    ReplyDelete
  12. kalau nak gadaikan negara kepada bangsa lain, berilah peluang kat PR. barulah masa tu org-org sokong PR dok salahkan BN pulak. Semuanya salah BN. oran yg berkerja dlm kerajaan bnyak keistimewaan dia dapt terutama cikgu. sekarang cikgu2 semua dapat buat umah besar2. senang je dapt, tu pun bnyak lg yg kata kerajaan ni jahat, zalim. orang kita ni selalunya tak cukup org bagi. tahu sikit bersyukur dan berterima kasih duduk dlm negara aman ini. negara kita aman ini kerana berkat Allah S.W.T juga.

    ReplyDelete
  13. Bongok betul pendapat kolek kecil ni...nak katakan budak kecil da reti men internet..

    ReplyDelete
  14. DS cakap--->tak nampak pun aura dan kehebatan pemimpin numero uno Pakatan Rakyat ini membangunkan kelima-lima negari ini.

    Harap DS nilai semula kata2 tu. Mengikut Jbtn Audit Negara, pengurusan kewangan yg paling baik negeri2 dlm Malaysia adalah negeri Pakatan Rakyat. Walhal,negeri yg paling teruk adalah Pahang dan Johor yg hampir muflis.

    Isk, kalau nak dinyatakan kejayaan pemerintahan pakatan rakyat ni banyak gak. Cuma kita perlu berlapang dada. Berlaku adillah kepada diri dan rakyat. Kerana kami generasi 'Facebook dan twitter' tak hanya baca Utusan dan tgk berita kat RTM je..

    terima kasih DS klu approve komen ni...

    ReplyDelete
  15. Orang kecil,

    Baca laporan audit Selangor kenalah baca banyak tahun jangan baca apa yang PR highlightkan saja. Laporan audit Selangor cemerlang sejak beberapa tahun sebelum PR ambil alih lagi.

    saya pernah ulas laporan audit zaman PR ni. Sila baca

    http://www.drkhir.com/2010/11/laporan-audit-negara-kerajaan-negeri.html

    ReplyDelete
  16. Dato' Seri,

    Okla, DS kata audit selangor mmg dah cemerlang sejak beberapa tahun.Tapi, dalam masa yg sama DS juga kena tgk2 juga prestasi kerajaan negeri yg ditadbir oleh PR selepas 2008. Contohnya:

    1. Bagaimana kedah dapat meningkat hasil pendapatan negeri dgn lebih baik berbanding di bawah BN dulu.
    2. Lihatlah juga pengiktirafan jabatan audit negera terhadap pemerintahan di Kelantan. Tidakkah kelantan ditadbir oleh PAS sejak 1990 lagi?
    3. Lihatlah juga bgaimana kerajaan Pulau pinang dapat beri bajet yg lebih kepada hal ehwal Agama Islam berbanding dibawah pemerintahan UMNO-Gerakan dulu...
    4. Dan yg lebih penting, kesemua MB Pakatan Rakyat hidup secara bersederhana. Tak seperti MB BN yg hidup bermewah-mewahan, rumah bagai istana..

    Sesungguhnya, kami generasi baru menilai semua ini.....

    ReplyDelete
  17. hati dan otak orang kecil memang dah berkarat..fb & twitter ni bukanya boleh percaya 100%..yang dok kena tipu tu kerana benda ni lah..hei orang kecil, aku ni dah berlapang dada dah,tapi habuk pun takde bila PR memerintah yang ada hanya menambahkan lagi pepecahan antara melayu..bagi RM 100 bising seluruh negara

    ReplyDelete
  18. as ussual, ini bajet i tolong u, nanti2 u tolong i! tengok la bajet 2013 nt klu BN masih perintah...

    ReplyDelete
  19. Dah di odit lagi terkodit kodit...

    ReplyDelete
  20. perh orang kecil pakai Jabatan Audit Negara. hahahaha kalau kena kat dia semua dia pakai. Tapi kalau kena kat BN, jabatan audit negara pun dia kutuk. muakakakaka

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum DS.. komen sikit mengapa kerajaan tk dapt tetapkan gaji minimun untuk sektor swasta.. Ramai yang marah dan mengatakan kerajaan hanya jaga kakitangan awam sahaja sedangkan mereka mengatakan bahawa merekalah yang banyak menggerakkan ekonomi negara dan digunakan untuk membayar gaji klaktangan awam.

    ReplyDelete
  22. DR,

    You said..
    "7. Yang ditunaikan setakat ini hanyalah air percuma 20 meter padu pertama."

    The irony is when your were up there...10 meter padu pertama percuma pun...kami tak merasa. Kalau ikut resources yang ada di negara kita ini..lebih 50 puluh tahun memerintah, negara kita sepatutnya sudah 50 puluh kali maju dari sekarang ini. Tapi malang..pemimpin-peminpin BN sahaja yang 50 kali ganda kaya. Bagi mereka yang beriya-iya menyokong BN dan menafikan beberapa negari yang diperintah oleh PR menunjukkan kemajuan walau pun secara quantum belum mencapai sepertimana yang dihajatkan..kita mesti membandingkan secara relatif dari segi jangka masa PR memerintah dan BN memerintah terhadap kemajuan yang telah dicapai. Secara relatif dari segi jangka masa BN memerintah..negara kita sebenarnya ketinggalan 50 tahun dari apa yang sepatutnya kita capai..mereka yang anti PR renungkan lah secara objectif.

    ReplyDelete
  23. DS dan para komentator yang lain,

    Tuan-tuan boleh menyangggah hujah yg saya kemukakan dengan fakta. Bersikap rasional dan berlapang dadalah.. Saya menghormati hujah tuan-tuan jika dikemukakan dgn cara yg bertamadun. Tapi tidak dgn cara yg emosional tanpa fakta...

    ReplyDelete
  24. orang kecil: sekiranya benar kelantan bijak menguruskan kebajikan rakyatnya, mana air bersih yang dijanjikan? takkan sudah 20 tahun memerintah masih lagi guna air sungai? Nak kata Kelantan membangun bersama Islam, saya tak nampak pun sebabnya pun sebab kes maksiat dan zina paling tinggi ilah di kelantan. tapi yang saya peliknya, sudah jadi macam ini pun masih lagi mashu salahkan bn/umno. memang bn/umno ada kelemahannya tetapi lebih elok duduk semeja sesama bangsa dan agama. bangsa lain sibuk majukan diri, pas dan umno bertelagah macam ajing dan kucing...fikirkanlah....

    ReplyDelete
  25. salam DS..terima kasih kerana approve posting ni

    ulasan komen atas:
    1.)tidak adil membandingkan Kelantan yang dinafikan hak sejak 20 tahun PAS memerintah Kelantan dengan pelbagai peruntukan ditarik dari kerajaan pusat. meskipun begitu Kelantan juga ada berusaha menyediakan air bersih walaupun peruntukan adalah kecil.
    cuba saudara bandingkan dengan peruntukan air yang baru sahaja diberikan oleh PM kepada Felda di beberapa buah negeri yang infrastruktur airnya usang dan sudah melebihi 50 tahun!! tidakkah kerajaan yang memerintah selama 50 tahun lebih dengan sumber kewangan yang cukup besar tapi masih gagal mengenalpasti kebajikan rakyat dibawah?

    -->http://gegarkelantan.net/v2/ketereh/rm4-juta-biayai-bekalan-air-bersih-di-kelantan.html
    -->
    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Durianruntuhuntukpeneroka/Article

    2.)pelik juga saudara kenapa hendak dikaitkan masalah maksiat/zina dalam hal ini walhal setiap negeri mempunyai masalah sama kerana antara punca utamanya spt media yang banyak membuat program2 yang melalaikan dan keterlaluan.
    katakanlah betul pandangan saudara maksiat/ zina tinggi di Kelantan tapi tidakkah saudara nampak usaha2 Kelantan memperjuangkan nilai2 Islam spt hudud yang sememangnya dapat mencegah kes2 ini? Yang dijadikan isu kerana usaha ini ditolak pemerintah.

    mencerminkan Islam tidak semestinya meliputi soal maksiat/ zina sahaja tapi menyeluruh. dalam aspek lain contohnya SPRM memuji kes rasuah di Kelantan adalah amat kecil. tidakkah itu satu bukti pentarbiahan Islam yang baik dan amanah oleh Kelantan?

    saya bersetuju jika pas dan umno duduk semeja tapi sekurang2nya umno janganlah sampai menolak hukum Islam, bukankah kita satu agama..

    ReplyDelete
  26. Anonymous-->Kalau sebut pasal takde air bersih je masti rujuk kat kelantan. Tahukah anda, terdapat sebuah gugusan felda yg terletak di Bera, selalu terputus bekalan air.Tapi kenapa tak highlight pun? Buatlah perbandingan dgn elok. Semasa PAS ambil alih kelantan dari BN pd tahun 1990 dulu, keadaannya mmg dah teruk.Hutang kerajaan negeri yg ditinggalkan oleh kerajaan BN dahulu mmg banyak. Sudahlah begitu, peruntukan untuk kerajaan negeri yg dipilih dgn sah pun disekat. Tengoklah, royalti petrolium untuk kelantan pun disekat.Dalam keadaan camtu, pentadbiran Kelantan masih lagi boleh survive. Rakyatnya ramai yg jd cerdik pandai. Pergilah berjalan ke kubang kerian, kat sana terdapat byk rumah2 bunglow milik org melayu tempatan. Malah di sana lebih baik jika nak dibandingkan dgn kawasan lain yg ditadbir BN.

    ReplyDelete
  27. org kecil bg contoh dengan fakta org lain bg contoh dengan gelak ketawa..

    ReplyDelete
  28. aku dh bosan dgn janji2 manis pilihanraya.... semua tu bohong PR .... aku masih simpan lg manifesto PR kat selangor....

    PRU akan dtg aku mahu BN/umno kembali ke selangor... aku xsangup tgk bangsa/agama tergadai demi menjaga kepentingan politik PR... mmg dh nampak isu agama kat selangor makin sensitif sejak kes gereja tempoh hari... Sultan akhirnya bersuara....

    "Ampun Tuanku, patik harap Tuanku sebagai ketua agama Islam di selangor ini jagalah negeri ini drp musuh2 Islam.... & org2 yg bersubahat memusuhi Islam"

    ReplyDelete
  29. dr, dan para sahabat semua

    kita bersyukur selama ini apew yg kita kecapi dari dulu lg...cuba tuan2 semua renungkan apew yg kita lalui ini sangat berbeza sekali dari dulu..kemudahan2 yg di sediakan cukup memuaskan...tapi kenapa setelah kita kecapi selama ni harus kita hancurkan...malaysia maju kerana kesungguhan parti dan rakyat yg telah memerintah selama 50 tahun...cuba kita fikirkan klu kita yg meningkat maju tiba2 kita menjadi sebuah negara seperti somalia yg merimpat di bumi sendiri...patutnya kita bersyukur apew yg kita lalui selama ni...jgn di sebabkan politik kita semua kembali ke masa silam, yg mundur dari segi pembangunan....renungkanlah...

    sy doakan semoga DR, selamat dari ujian allah..amin..

    ReplyDelete
  30. ehh. tp kat sarawak infrastruktur masih kurang la wei. BN and so on slalu berjanji itu ini tp smuanya just jnji manis. kta 1Malaysia tp tak nmpak mcm tu pun. kalau satu2 area tu just ada 2 3 org keluarga yg beragama islam maka akan didirikan sebuah surau di situ. tp ada sesetengah tmpt yg penduduknya majoriti beragama kristian tp gereja tidak didirikan. kata tak racist tp ini apa? tlg lah. even though sya bkn beragama kristian sya menjadi kesian tngok mereka terpaksa bersempit di dewan sekolah yg kecil. tlglah cepat bertindak. penduduk di SIBU JAYA,SIBU,SARAWAK memerlukan gereja. andai kalian prihatin akan rakyat binalah satu gereja di sana. buktikan.

    ReplyDelete