Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, October 25, 2011

Sandiwara Politik UIA: BN Terkena Getah Nangka

1. Sama ada suka atau tidak, Profesor Aziz Bari dianggap tokoh akademik dalam bidang perundangan yang mempunyai kekuatan dan aura intelektual tersendiri.

2. Kita boleh bersetuju dan juga boleh tidak bersetuju dengan pandangannya. Bidang undang-undang hampir merupakan sesuatu yang begitu subjektif. Jarang sekali kita mempunyai peguam dan intelektual undang-undang yang sependapat dalam sesuatu hal undang-undang, mahu pun tafsiran perlembagaan.

3. Dalam bidang undang-undang para peguam sentiasa sahaja mempunyai hujah yang logik berlandaskan fakta perundangan dan hujahan terdahulu walau di pihak mana mereka berada. Dalam konteks ini juga, Prof Aziz Bari telah pun memilih pihak yang beliau mahu sokong. Jadi apa sahaja pandangan, kenyataan dan hujahan perundangan beliau merupakan hujahan seorang ahli akademik undang-undang yang telah membuat keputusan untuk berpihak kepada kumpulan tertentu.

4. Justeru walaupun sejak dahulu Prof Aziz Bari cenderung ke arah pihak yang satu lagi beliau pernah dijemput menyampaikan pandangan dan buah fikiran dalam majlis membabitkan kerajaan negeri Selangor semasa Barisan Nasional dahulu. Tidak salah mendengar pandangan yang berbeza.

Kecelaruan Pentadbiran UIA

5. Namun minggu lalu Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengumumkan penggantungan Prof Aziz Bari tujuh hari bagi membolehkan satu siasatan dalaman dilakukan kerana beliau dituduh mengkritik kenyataan DYMM Tuanku Sultan Selangor secara tidak wajar.

6. Penggantungan ini tiada kena mengena dengan Barisan Nasional mahu pun UMNO. Ini kerana telah bertahun lamanya beliau mengkritik kerajaan dan kelihatan menyokong kumpulan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bukan sehari dua Prof Aziz Bari "membelasah" kerajaan namun tiada sebarang tindakan disiplin dikenakan kepada beliau.

7. Penggantungan ke atas beliau dilakukan oleh UIA yang mempunyai kuasa autonomi tersendiri. Malangnya, Reaktor UIA tidak memberi penerangan yang jelas kepada masyarakat mengenai peruntukan-peruntukan yang digunakan bagi menggantung Prof Aziz Bari.

8. Selebihnya mengapa UIA mahu menggantung kerja dan menghalang beliau masuk ke kawasan universiti sedangkan pertuduhan ke atas beliau tidak pun membabitkan kejadian jenayah dalam kampus? Apakah tidak boleh diadakan siasatan dalaman tanpa penggantungan tugas dan juga pengharaman masuk ke kampus?

9. Sudah tentu jika dibuat siasatan dalaman secara aman ia tidak memberi kesan politik besar kepada Pakatan. Maka sesuatu harus dibuat secara kontroversi bagi menaikkan imej Prof Aziz Bari sendiri dan juga Pakatan DAP, PAS dan PKR.

10. Kemudiannya dengan tidak semena-mena pergantungan tersebut ditarik balik oleh UIA. Seolah-olah ada perancangan untuk menangguk di air keruh oleh kumpulan politik tertentu dalam menimbulkan keributan terhadap rancangan Perdana Menteri hadir ke Universiti tersebut.

11. Dengan penarikan balik penggantungan ini tanpa penjelasan yang munasabah ia memberi imej yang hebat kepada kumpulan yang menentang penggantungan Prof. Aziz Bari ini.

12. Umum mengetahui ramai di UIA yang bersimpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; justeru Kementerian terbabit perlu melihat sama ada memang wujud sandiwara yang bertujuan menjejaskan imej kerajaan atau ia merupakan satu insiden biasa tanpa matlamat politik.

13. Sebagai sebuah universiti yang mempunyai kuasa autonomi, UIA perlu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isu ini. Tindakan yang berubah-ubah mencerminkan sikap tidak profesional pentadbiran UIA dan menjejaskan imej Kerajaan Barisan Nasional kepada kakitangan akademik seluruh negara.

14. Ahli akademik juga harus berlaku adil dengan mengkritik kerajaan jika salah dan mengakui kejayaan kerajaan atas mana yang dilaksanakan dengan baik. Adalah tidak adil kepada rakyat dan pemerintah jika ahli akademik bertindak dan bersikap seperti ahli politik yang mempertahankan ideologi-ideologi mereka semata sehingga pemerintah hanya tampak buruk semata-mata.

15. Secara keseluruhannya insiden Prof. Aziz Bari ini hanya menguntungkan tokoh tersebut dan Pakatan DAP, Pas dan PKR.

16. Malangnya ia memberi kesan buruk kepada BN kerana tindakan-tindakan pentadbiran UIA yang tidak konsisten menunjukkan seolah-olah ada campur tangan politik kerajaan dalam isu ini. Dengan kata lain orang lain maka nangka, BN yang terkena getahnya.

19 comments:

  1. Nak terkena getah pun nak buat camaner??? Lepas ni biar jer academicians buat statement yang menjurus kepada anti kerajaan... Dunia kan dah makin terbuka... Cuma sedih bila orang cerdik pandai seperti beliau mempertikaikan kuasa sultan sedangkan tahu sultanlah benteng terakhir kita sebagai orang Melayu... Lepas ni, kita akan melahirkan generasi yang tiada mengenal erti hormat, mereka punya pendapat je yang betul... Generasi yang jauh lebih terbuka... Terbuka sehingga lupa asas perjuangan mereka dan lupa sejarah perjuangan mereka yang sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dgn DSKT..

    Sejak dari awal dhn nmpk seolah2 ada SKRIP yg dh ditulis dan WAYANG sedang dilakonkan..

    Sebenarnya sejak dulu lg si aziz(maaf sy sudah hlg hormat pd status prof dn PHD yg dia ada) ni selalu mengeluarkan kenyataan2 yg mencabar dan memburukkan kerajaan dgn harapan kerajaan UMNO/BN akan menggantung atau mengambil sebarang tindakan pd beliau.Dgn itu, ia akan memberi political milage pd dia dn pencacai pas yg lain.Namun mereka hampa kerana makin KUAT si aziz ni MENYALAK kerajaan buat bodo jer.Bak kata pepatah seolah2 ANJING MENYALAK BUKIT.Ini amat menggusarkan mereka kerana dlm SKRIP yang ditulis nuar telah tertulis yg UMNO mesti TANGKAP aziz bari, maka blh la dikerah seluruh pencacai pas merusuh atas nama KEBEBASAN AKADEMIK/INTELEKTUAL telah disekat kononnya.Maka akan menyalak la puak2 ni konon kerajaan zalim,anti-intelektual,x blh terima perbezaan pendpt dll..

    Namun mereka hampa, skrip mereka sudah dpt dibaca oleh masyarakat sebagai sebuah skrip yg STEREOTAIP yg blh dijangka sejak dari awal lg.Maka penonton pon mls la nk g tgk filem yg sudah blh dijangka kesudahannya..

    Maka si pengarah mengambil keputusan untuk mewujudkan sedikit GIMIK dn KONTROVESI supaya filem ni menjadi bualan ramai, bukan kerana kekuatan skrip dn jalan cerita tetapi kerana KONTROVESI ARTIS nya..

    Teknik sm yg digunakan pengarah2 murahan utk mempupularkan filem spt anu dlm botol,susuk,org minyak dll.

    Idea anwar bin ibrahim mmg dah lapuk sgt!

    ReplyDelete
  3. kalau si aziz ni boleh kritik orang lain,maka kenapa tidak orang yang sokong bn ni kritik juga.

    kenapa selalu bersikap defensive berbanding offensive.

    aku tengah tunggu,bila aziz bari or sesapa dari bn nak kritik nik ajih ker or sesapa pemimpin dari pr.kritik berlandaskan fakta bukan main tuduhan seperti diorang.

    cuba sesapa dalam parlimen dari bn tanya kat mamat anuwar tu,bila dia nak settlekan kes liwat dia.seolah kerajaan pun tak serius dalam menangani masalah ni.dah jadi parlimen bn pun,takkan la tak reti nak attack pr.punya banyak isu aku tengok.tu nik ajih,bila dia nak letak jawatan.mahafiraun kelantan ker.dulu tuduh tun mahathir memacam sekarang siapa yang kena balik.

    tengok US,selamber polis tahan pengerusi imf tu.pengerusi ke sapa ke,sama je polis layan.tapi kalau geng pr ni,seolah ada karpet merah plak nak tahan.samsul iskandar pun boleh je jalan merata walaupun dia ni menghasut buat demo ganas dulu.tak pula pihak berkuasa tahan.

    sabar orang melayu itu lembut tapi bila dah sampai ke tahap yang tidak sepatutnya,maka keluarlah segala amarah yang disimpan

    ReplyDelete
  4. KEPADA AFIF FARHI;
    MERUJUK KEPADA KENYATAAN ANDA ,"Cuma sedih bila orang cerdik pandai seperti beliau mempertikaikan kuasa sultan sedangkan tahu sultanlah benteng terakhir kita sebagai orang Melayu... "

    SIAPA PULA ANDA UNTUK MEMPERTIKAIKAN HUKUM ALLAH? HUDUD ITU KAN WAJIB! MAKA PERLAKSANAANNYA JUGA WAJIB! BARANG SIAPA YANG MENIDAKKAN HUKUM ALLAH ADALAH ORANG BERADA DI DALAM KESESATAN. SILA RUJUK [AL-AHZAB : 36 ] SEKIAN.

    ReplyDelete
  5. apa pun yg cuba dimainkan oleh pakatan itu adalah peluang yg terbaik utk menggoyahkan kerajaan ini ternyata berhasil..dlm hal begini pihak kerajaan harus bijak menyusur masuk kedlm dn menghuraikan tanpa melukakan sesiapa termasuk prof itu sendiri...sehinggalah prof itu yg akan mengaku sendiri akan kesilapannya...apa yg pasti salah tetap salah...

    ReplyDelete
  6. kerajaan bukannya bodoh, tapi jangan sampai semua orang menganggap kerajaan sememangnya bangang...[roy]

    ReplyDelete
  7. Di UIA tu lah lubuk, ramai terlibat, skrip telah di atur, mula-mula gantung- orang ramai pun di beritahu ini kerja kerajaan. lps tu tarik balik, ini kerja kerajaan, padahal yang gantung dan tarik balik dan buat demonstrasi tu semua org2 dia belaka. Ketua Umum tu pakar perang saraf.

    ReplyDelete
  8. Adam: Saudara yang berbicara berkenaan hukum hudud di atas, maaf saya katakan..anda berbicara seolah tidak punya ilmu. Topik yang dibawa tidak langsung menjuru kepada pertikaian hukum hudud. Maka tidak perlulah mewujudkan satu situasi mengangkat diri anda dan komen ego anda supaya menonjol...

    ReplyDelete
  9. salam dato,
    setuju dgn anon 10.26.
    Utk anon 5.44,kita ni hidup jgn la berlagak & jadi bodoh sombong. dgn menulis sepotong ayat anda terus meghukum & memandang rendah terhadap seseorang itu tanpa melihat isu yg dikupas dalam topik ini..
    Dinasihatkan anda supaya membaca keseluruhan posting ini & cuba fahamkan isu tersebut..

    Kadang kadang saya berasa sungguh kasihan kepada anda....

    mzr

    ReplyDelete
  10. jangan buat lawak lawak bodoh lagi la kerajaan BN.. macam mana nak menang election ni nanti.. apa yg aziz bari cakap tu mmg betul dan itu pendapat dia walaupun aku ni penyokong BN tapi aku terima.. tak payahla kita nak jadi hero sokong sultan konon padahal kita yg jadi pencetus krisis perlembagaan dulu.. jangan jadi melayu mudah lupa.. tak tahu pasal politik baik duduk diam jela..

    ReplyDelete
  11. Masalahnya cara penyampaiannya tu kurang bersesuaian. Tak salah nak bagi pendapat tapi biarlah berpada-pada

    ReplyDelete
  12. Renung semula kata-kata Hang Tuah 'Raja adil Raja Disembah Raja Zalim Raja Disanggah'.Prof Aziz tidak menyanggah atau menyembah...sekadar memberi teguran dan nasihat. Tuanku Sultan skt pun tak melatah tapi juak2 penderhaka yang mengurangkan kuasa sultan pulak sibuk memekak.Fikirlah....

    ReplyDelete
  13. dari dulu lagi si aziz bari ni memang hentam kerajaan sebab dia orang pembangkang.

    ReplyDelete
  14. ICHI

    cuba korang perhatikan politik di malaysia ni..sape yang suka gadoh2 mencarut-carut, dengki, fitnah, kutuk sesam sendiri??? kalao bukan MELAYU ISLAM sendiri...mengaku islam tetapi langsung xde adab2 or moral yang islam ajar...UMNO, PAS, PKR PERKASA, KITA ect banyak lagi parti yang majoritinya islam tapi x bersatu?cuba bandingkan dengan parti INDIA n CINA?brape bilangan parti dieorang compare ngan kita??? persoalan saya..korang x sedih ke tgok keadaan kita mcm ni???semoga persoalan ini membuat anda berfikir sejenak....thanks

    ReplyDelete
  15. salam dato' dan semua,
    aku tak kenal sangat aziz bari-bari ni...tapi bg aku,biar je la dia nak menyalak setinggi mana pun...kita tunggu dan lihat lagi bagus..yg penting BN kena fikir mcm mana nak 2/3 dlm PRU nanti..itu
    TQ

    ReplyDelete
  16. http://www.sahabat-gunung.com/2011/10/jangan-cakap-tak-serupa-bikin-bela-aziz.html
    Jangan Cakap Tak Serupa Bikin.. Bela Aziz Bari Tapi Lupa Khianat Dr Rosti
    Sikap segelintir pihak yang menyelar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya iaitu pensyarah undang-undang Prof. Dr. Abdul Aziz Bari sebagai suatu yang tidak sewajarnya dibangkitkan apatah lagi untuk dibawa ke pentas politik.
    Bagi penganalisis politik dan ahli akademik, Prof. Dr. Ahmad Atory, tindakan yang dibuat oleh UIA terhadap Aziz Bari adalah berkaitan dengan tugasnya sebagai penjawat awam yang tertakluk kepada perintah am dalam melaksanakan tugas.
    “Kedudukan Aziz Bari juga sama seperti saya iaitu penjawat awam jadi segala kenyataan yang dikeluarkan walaupun dalam dunia akademik tetapi masih tertakluk sebagai kakitangan kerajaan apatah lagi kerajaan tersebut adalah Barisan Nasional (BN),” katanya yang juga menjawat pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM).
    Difahamkan Aziz Bari menerima surat tunjuk sebab daripada UIA ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan JAIS di sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.

    “Kebebasan ada hadnya walaupun dalam dunia akademik kerana semua yang terlibat tidak boleh bercakap sesuka hati dengan menyentuh mana-mana pihak semata-mata untuk kepentingan peribadi atau ada agenda tertentu apatah lagi dalam hal-hal yang melibatkan sesitiviti; tambahan pula apa yang dipertikaikan oleh Aziz Bari adalah titah Sultan Selangor yang sememangnya mempunyai tanggungjawab dan kuasa penuh atas agama Islam dan adat istiadat orang Melayu dan rakyat di seluruh negeri Selangor.
    “Apa saja yang mahu dilakukan ada kebebasannya tetapi tidak ada kebebasan mutlak sebagaimana kebebasan akademik yang diperkatakan oleh para pendukung himpunan terbabit.”
    Katanya, kenyataan bahawa tindakan UIA adalah tidak bertanggungjawab kerana membelakangkan prinsip kebebasan akademik juga perlu disangkal kerana pihak universiti mengambil tindakan tatatertib ke atas kakitangannya yang meminta menjawab surat tunjuk sebab.
    “Jika mahu bercakap tentang kebebasan janganlah bersikap berat sebelah sebaliknya biarlah adil dan memberikan pihak universiti kebebasan juga untuk mengambil tindakan atas kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aziz Bari yang secara tidak langsung telah mengheret nama universiti terbabit.
    “Salahkah pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada kakitangannya dan sewajarnya, sebagai seorang ahli akademik maka Aziz Bari perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang telah dikeluarkannya dan ikutlah prosedur dengan menjawab saja surat tunjuk sebab yang dikemukakan,” katanya.

    ReplyDelete
  17. Ini lah masaalahnya jika tidak mengerti perbezaan lesen akademiknya (AUKU). Setiap satu tindakan memerlukan lesen. Motosikalpun ada lesen 2A dan 2B. Mana boleh satu lesen pukul habis utk semua hal. Satu bini satu lesen, tidak boleh satu lesen untuk 4 bini. Jika sayang lesen akademik, buat cara akademik, Jika mahu berpolitik, daftarlah sebagai orang poltik dibawah parti politik dibawah Akta Pertubuhan tapi keluarlah dari UIA. Tak boleh nak semua, politik nak akademik pun nak.
    Keberanian pengurusan UIA harus dipuji kerana tegas membendung pensyarah-pensyarah yang memperkudakan IPTA bagi agenda politik peribadi mereka.

    Sudah terantuk baru terngadah!

    ReplyDelete
  18. Aziz Bari,,xkenal,,jika dia nk 100% sokong pembangkang,,,design jadi lecturer fulltime jadi ahli politik PRU13 nnti masuk jadi calon,,baru dia tahu langit itu tinggi,,xsemudah dia menyalak at UIA .Ikut siAnwar jadi lecturer kat abroad,,jangan kotori jiwa student2 kat University dgn politik,biarkan Otak anak2 mude kat university dipenuhi dgn knowledge.

    ReplyDelete
  19. Aziz lawan jangan tak lawan ...tgk ketelusan dan keikhlasan anda sebagai calon untuk rakyat menilai anda sebagai orang politk lak...setakat ahli akedemik tak sama dengan orang politik..kita boleh tahu kerja Aziz mcmana kalu dia menang jadi YB...semoga Pak Aziz berjaya

    Mantap

    ReplyDelete