Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Wednesday, November 2, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

1. Hari ini saya akan berangkat ke Mekah bagi mengerjakan ibadah haji pada tahun ini. Justeru saya pohon maaf jika ada salah dan silap terhadap saudara/i pembaca blog ini.

2. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalani ibadah qurban kepada mereka yang telah merancang melakukannya. Semoga ibadah kita semua diterima Allah s.w.t.

3. Insyallah saya akan kemaskini blog ini selepas selesai mengerjakan ibadah haji.

Wassalam.

12 comments:

  1. Selamat menunaikan Ibadah Haji. Semoga mendapat ketenangan, keberkatan dan kebahagiaan.

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, terimalah ibadah haji setiap saudara ku yang hadir dan menjadi tetamu Mu, Ya Allah.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya aidil adha dr...semoga tabah hadapi dugaan dan mendapat hj mabrur...insyallah.....

    salam kejauhan dr adlin warga ipoh

    ReplyDelete
  4. salam dr
    smoga mndapat haji yg mabrur...
    smasa d raudah..
    doakan smoga sya dpt ksmpatan utk mgrjkan
    haj pd thn hdpan..tk

    ReplyDelete
  5. doa selamat dan haji mabrur.doa juga ppsmi tidak di mansuhkan.salam,selamat pergi dan balik.

    ReplyDelete
  6. Doakan kesejahteraan rakyat Malaysia,jauhkan dari anasir-anasir buruk dan yang memudaratkan. Doalah juga semoga BN/UMNO berjaya untuk PRU 13 nanti ye. Jazakallah..

    ReplyDelete
  7. semoga selamat di sana dan ibadat diterima.

    ReplyDelete
  8. Dr. Betul ke Mufti Dr. Juanda kata Pm dan Isteri buat Haji tak sampai akhirnya?...

    ReplyDelete
  9. Salam, muga-muga menjadi Haji yang mabrur bukan mardud. Salam pada makam Nabi s.a.w. Banyak-banyaklah solat taubat agar Datuk dapat haji mabrur jangan jadi sesetengah orang dapat kata nista dan fitnah selepas balik mengerjakan haji. Ingatkan nawaitu abadah kerana Allah bukan cari populariti agar intergriti dapat dimegahkan. Allah tahu apa yang kita kerjakan samaada sebelum dan selepas kita mengerjakan haji.

    Mat aji.

    ReplyDelete
  10. Dr. Ada kawan kita tu dah mengaku beli dua unit condo @ 6 juta seunit. Duit tu dapat dari Soft Loan dari kerajaan untuk ternak lembu. Alasan yang diberi, nak guna duit tu generate income sementara projek lembu tu berjalan, supaya tak rugi. Tetapi lapuran Audit kata, projek tu tidak mencapai targetnya lagi, Sebab apa ye???...mungkin ke sebab duit tak lagi kerana kondo tu tak dijual lagi.

    Ketua Eksekutif syarikat lembu tu kata, ia adalah pelaboran bijak, kerana dua kondo tu boleh generat pendapatan beratus ribu, dan ada juga orang-orang besar sokong idea ni.

    Rupa-rupa nya dalam peraturan kerajaan, kita boleh buat soft loan untuk projek, katakan lah nak buat ladang padi, sebab Siam dah banjir tu...kemudian duit tu kita labor kat Condo juga.. mesti kita untung banyak, dan dari keuntunga tu kita beli beras basmati pula.. lagi bijak!!!.

    Bagi projek lembu ni.. saya rasa dari keuntungan condo tu boleh beli lembu Brahm\an ke atau Texas long Horn ke..Ini baru betul...

    ReplyDelete
  11. Salam Dato;

    Selamat kembali ke tanah air dan semaoga mendapat haji mabrur. Amin

    Dr Abd Rahman Said
    SAPURA SECURED TECHNOLOGIES

    ReplyDelete