Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Thursday, January 19, 2012

Islam Di Selangor: Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi

1. Tahniah kepada ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi (PAS)yang dilantik sebagai EXCO Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan. Perlantikan ini tidak dapat dielakkan apabila Pas memecat keahlian Datuk Dr. Hasan Ali. Ini bermakna pada sidang DUN akan datang Dr. Hasan akan berada di barisan pembangkang negeri.

2. Namun perlantikan tersebut yang diikuti oleh rombakan potfolio EXCO, yang menyaksikan EXCO Pas tidak akan terbabit dengan pentadbiran agama Islam negeri menimbulkan seribu tanda tanya bukan sahaja kepada penyokong Pas tetapi orang Islam keseluruhannya.

3. Ada dua kemungkinan mengapa Pas tidak lagi terbabit dengan potfolio agama Islam. Pertamanya, Pas sendiri tidak lagi berminat dengan potfolio tersebut kerana keadaan negeri Selangor sekarang mencemarkan perjuangan Islam Pas sendiri.

4. Dalam tidak sampai empat tahun memerintah, Selangor kini dipenuhi oleh hampir 10, 000 rumah urut. Hampir 80 peratus daripadanya terutama di bandar-bandar utama Selangor, menawarkan khidmat urut berunsurkan seks.

5. Dalam masa pemerintahan Pas bersama sekutunya juga, jumlah kelab malam dan pusat hiburan bertambah berkali ganda serta tidak lagi tertakluk kepada peraturan operasi sehingga jam 1 pagi.

6. Dalam keadaan ini, sememangnya pemimpin Pas di peringkat bawahan tidak lagi mampu mengangkat muka kerana dakwaan mereka memperjuangkan pemerintahan Islam dan negeri ini sebagai "Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur" sejak pemerintahan Pakatan hanya meenjadi jenaka rakyat.

7. Jadi untuk mengelakkan ia menjadi bebanan politik dalam pilihan raya akan datang, Pas akan ke seluruh ceruk desa dan kampung menyatakan mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kerusi mereka kecil dan tidak lagi memegang potfolio agama. Dengan cara ini mereka akan cuba menyucikan diri mereka di kalangan pengundi Islam dan menggesa lebih banyak kerusi diberikan kepada mereka agar mereka lebih berkuasa daripada DAP dan PKR.

8. Kemungkinan kedua ialah Parti Keadilan Rakyat dan DAP tidak mahu EXCO yang menjaga hal ehwal Islam cuba menjadi wira orang Islam dengan mengadakan pemeriksaan dan serbuan ke atas premis-premis yang membabitkan aktiviti tidak bermoral dan akhirnya menimbulkan kemarahan kumpulan tertentu yang memberi sokongan kuat kepada DAP dan sebahagian calon PKR dalam pilihan raya lalu.

9. Saya tidak pasti sejauh mana benar, namun difahamkan sokongan kumpulan yang pro kepada rumah urut dan pusat hiburan lewat malam ini penting kepada DAP dan PKR dalam memenuhi tuntutan dana pilihan raya mereka dan juga rangkaian propaganda mereka di kalangan orang bukan Islam. Justeru perlantikan seorang lagi wakil Pas dalam menjaga kepentingan agama Islam di negeri ini mungkin akan menimbulkan masalah seperti mana semasa Dr. Hasan Ali berada di dalam barisan EXCO.

10. Dari sudut politik menjelang pilihan raya, nyatalah keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim ini menguntungkan semua parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Pas boleh cuci tangan mengatakan ia tidak mempunyai kuasa,dan jika benar seperti gosip politik mengenai hubungan DAP dengan tauke-tauke tertentu, maka DAP boleh terus bermaharajalela.

11. Islam? Baldatun Toyyibatun WaRabbun Ghafur (Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah)? Mimpi di siang harilah penyokong Pas. Ini hanyalah slogan-slogan politik pemimpin Pas.

12. Dulu pernah diejek kepada UMNO kononnya parti yang taksub kepada adat resam melampaui kepentingan Islam. Hari ini sekelip mata Pas dilantik menjaga adat resam dan meninggalkan Islam kepada PKR.

13. Kepada umat Islam yang pernah mengundi Pas dengan kepercayaan kononnya Pas akan menjaga kepentingan Islam lebih baik dari UMNO; nyatalah Pas sudah menjadi seperti peribahasa "Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi."

-------------------------
Nota: Ramai yang bertanya sama ada saya salah menulis perkataan pegar yang selalunya diganti dengan pagar.

i. Pegar ialah sejenis burung yang selalu berada di sawah dan dikatakan menjadi penghalau haiwan perosak padi.

ii. Boleh juga baca perbincangan para pengkaji dan peminat bahasa Melayu di sini mengenai peribahasa ini.

35 comments:

  1. takpe..takpe. biarlah pas s'gor dicop bodoh bangang lembu. takpe, asalkan pkr & dap gembira. tapi ingat, jgn sesekali umno kata pas keldai. itu boleh mendatangkan marah. keldai kalau marah tau2 ajelah. busut jantan boleh runtuh!!!

    ReplyDelete
  2. Bravo dato,
    Teruskan dengan maklumat2 yang berguna macam ni.
    Harap dapat disebarkan kepada seluruh ceruk negeri selangor agar rakyat melayu tahu pembohongan pas.

    ReplyDelete
  3. Bersahaja penuh intipati, mungkin orang PAS tak baca atau tak faham dan tak mahu faham.

    Kak Siti Ijok

    ReplyDelete
  4. Tahniah dato atas maklumat dan ingatan. Segala kesilapan yang pernah dato lalui pasti Allah akan ampunkan dengan taubat nasuha. Saya percaya setiap manusia tidak terlepas dari perangkap hawa nafsu. Namun segala yang berlaku adalah rahsia Allah. Dato telah menemui satu titik dalam hidup untuk lebih menginsafi dan menjadi hamba Allah. Tanpa menyalahkan orang lain adalah satu sikap lelaki sejati yang telah Dato tonjolkan. Jika kita sibuk mencari kelemahan orang lain, Allah pula akan membuka aib kita. Pas adalah parti yang selalu lupa diri. Insyaallah keikhlasan setiap perjuangan pasti akan terkesan. Teruskan perjuangan Dato'.

    ReplyDelete
  5. harapkan pegar, pegar makan padi. harapkan mee mee telah disodomi....

    ReplyDelete
  6. PAS semakin tersepit dan terpalit....

    ReplyDelete
  7. Apa nak kato, mulut kumat kamit berdegar-degar bunyi Islam. Tapi hati takde Nur Islam pun. Itulah PAS

    ReplyDelete
  8. Malang nya Dato, kita dikelilingi penyokong tegar PAS. Apa pun terjadi, hanya PAS jadi pilihan mereka, amat taksub dan tegar.

    ReplyDelete
  9. Pas ni hari2 cerita dilangit seperti janjinya, tapi rupanya bachol!!!!
    Menjual nama rakyat yg beragama Islam jer!!!
    Lepas nie tak der can lah lagiiii PAS nak duduk kat Selangor!!!!
    Menyesal aku sokong PAS dulu!!!.

    ReplyDelete
  10. Salam semua...

    apa yg di katakan oleh dato,memang itulah hakikatnya.Di kawasan tempat saya tinggal ramai ahli ahli PAS mengeluh dengan apa yg terjadi pada parti politik mereka.Secara jujurnya mereka mengatakan kekecewaan mereka terhadap kepimpinan tertinggi PAS Selangor.Dan sebahagian daripada mereka mengatakan akan memboikot PRU 13 ini.Buat penyokong PAS yg lainya kenyataan di hadapan anda.Namun masih lagi cuba menegakkan benang yg basah.Oleh itu nasihat saya..tepuklah dada tanya pada hati naluri anda sendiri.oraittt...!

    ReplyDelete
  11. hurm..

    PAS ni sombong sangat dengan islamnya dia daripada orang lain.

    Dan sekarang, PKR dan DAP tunjuk bagaimana Islamnya diorang daripada PAS.

    Dulu, Nik Aziz persoal Mahathir bukan belajar background agama, la ni, Tan Sri Khalid background apa?

    Tapi, tidak lah saya nak persoalkan TS Khalid layak atau tidak, tapi selagi ada nur dalam hati dia pasal islam, tak payah background belajar agama pun, Islam masih boleh ditegakkan.

    Yang saya nak bangkitkan adalah, PAS jangan duk mengata orang dan sebagainya. Dengar pula komen nik aziz kat berita tadi, dia kata dia takmo ganggu kerajaan orang lain. Dia jaga kerajaan dia aje.

    Come on la, dulu sembang lain, la ni sembang lain. Kena kat batang hidung sendiri, p buat macam2 alasan.

    saya bukan nak cari salah sapa2, tapi kita janganlah sombong dan angkuh sangat dengan ilmu yang kita ada. Ilmu yang kita ada untuk dikongsi dengan semua orang. Dan cara nak sebarkan ilmu tu, biar lah dengan cara yang baik dan sopan.

    Tengok macam Nik Abduh dan Ustaz Nasa (ketua Pemuda PAS) sebarkan ilmu pasal hudud kat youtube, kita tengok pun sejuk hati dan mudah nak terima.

    kat PAS sekarang ni, aku tinggal rasa hormat kat 2 orang ni aje, yang lain semuanya duk maki hamun, mengata- ngata orang.

    Yang sorang dulu duk tabur fitnah kata ada kawan kita tu mmg betul2 terlibat dalam skandal meliwat, tapi la ni, dia kata benda tu tak betul plak. Apa cerita?

    ingatlah, syaitan dulu kena tendang keluar sebab sikap sombong dan angkuh dia. harap PAS tak jadi gitu...

    objektif utama PAS patutnya menegakkan agama, bukannya menjatuhkan UMNO.

    Bila da jatuhkan UMNO jadi objektif utama, maka perjuangan ini adalah perjuangan politik. bukan perjuangan jihad.

    dan jihad ni ada macam2. bukan maki hamun dan mengata orang je abang PAS ye..

    Dysh.

    ReplyDelete
  12. Ini la di namakan menang sorak tak lama lagi negeri tergadai

    ReplyDelete
  13. Dr...
    Malangnya pegar yg makan padi tu ttp suci murni dimata pykg tegar mereka.
    Berilah fakta & angka yg tepat, bagi mereka Pegar itu tetap hebat & maksum.
    Syabas DSKT... teruskan mengupas..
    Nas BTU

    ReplyDelete
  14. Salam Dato,

    PAS Laknatullah..itulah gelaran terbaik buat PAS dgn pengikut2 sgtlah tegar..mereka tidak berkata benar lagi pada Islam

    mereka sedang mabuk dilambung ombak 'kuasa dunia' sehingga menghancurkan Islam dan umatnya melalui penipuan dan putar belit.

    Semoga Allah selamatkan Malaysia dr kejahatan mereka, dihancurkan pakatan2 jahat mereka..AMIN

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi...sampai laknatullah? xpyh nk over sngt pak cik..kita jgn dok mengata owg smpai kt pun xsedar dr kt 2 sapa.....

      *parti bebas

      Delete
  15. Ehh...jangan tegur PAS....depa semua maksum..yang silap cuma penyokong2 UMNO/BN.. Undi PAS masuk syurga...iyelah tuu..syurga dunia...itu yang DAP/PKR perjuangkan dan telah berjaya meracun pemikiran PAS....isk isk isk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pndai kome berhujah yerr~~ sedap mengata owg..tp sy rs kome pun dah serupo mcm diowg jew...

      *parti bebas

      Delete
  16. PAS,PIS dan PUS...Yang de kendong terlePAS..arahan baru di tePIS...last sekali ..kuasa orang melayu puPUS...gara gara percaya sangat dengan DAP dan PKR..PAS dah tak ada taring atau PAS memang suka di kuda..semuanya bahalol..Tersilap besar aku sokong all this mala'un selama ni..

    ReplyDelete
  17. PAS dah hilang Aura. Kali ini terima padah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh ke pecaya pas nak jaga adat istiadat melayu sbb depa kata dulu perjuangan islam adalah keutamaan parti mereka. hal2 melayu tak penting. apa kata orang selangor. tak bimbang ke?

      Delete
  18. harap lps ni datok dibawah kepimpinan noh omar akan memerangi kemungkaran yg ditinggalkan pakatan rakyat hingga ke akar umbi..dont talk just do it!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegar atau pagar mung bermaksud sama saja, tapi cuma nak di putar belit supaya orang keliru. cerita pasal pagar ni macam ada ada yang pakar makan padi biasalah ni pakar nipu duit benig padi, harga padi, baja padi pon ada. tambah lagi pagar nipu duit harga sawitlah baja sawitlah, ada juga pagar nipu kerajaan negeri, ada juga pagar nipu lembu pagar kena tangkap rasuah pon ada. macam macam pagar ada. kalau kita baca cerita atas memang dahsyat tapi cuba sikit cerita atau bagi statistik kalau benda benda diatas tiada semasa pemerintah khir toyo. bagi tahu jika umno tidak sekongkol dengan orang sekaum DAP dan sebagainya. kalau khir toyo pon didapati bersalah rasuah sebagai mana 2x5 je malah lagi teruk.

      Delete
  19. Saya amat tertarik dengan ujahan³ dari Dato mengenai pentakbiran Kerajaan Negeri sekarang.

    Persoalannya adakah semua yang di catatkan/diperkatakan oleh Dato disini adalah benar³ belaka atau hanya "auta"?, jika benar silakan kemukakan bukti³ yang lebih jelas supaya pembaca boleh menilai dengan telus sama ada ia benar atau tidak, kalau ia hanya berpandukan kepada akbar arus perdana, saya rasa itu tidak adil.

    Bagi saya lebih baik Dato buat macamana pihak Jab. Audit negara buat mengenai NFC, sediakan bukti dapatkan bukti baru di ketengahkan sesuatu isu, dan disusuli dengan pendedahan seterusnya daripada NGO³ atau lain³ sumber yang boleh dipercayai beserta dengan bukti bergambar atau video atau lain³ sumber, yang mana dibuat oleh pihak pembangkang pusat iaitu pihak kerajaan negeri sekarang mengenai isu NFC.

    Jika tidak bagi saya tulisan³ itu hanyalah tulisan³ kosong belaka yang tiada bukti mencerminkan apa yang diperkatakan oleh Dato.

    ...ini hanya pandangan saya seorang sahaja...

    ReplyDelete
  20. Yg elokknya.. biar kerajaan yg menang tak menang 2/3 majoriti.. baru rakyat dpt byk faedah.. kiri kanan rakyat dpt.. sekarang ni byk yb yg pening.

    ReplyDelete
  21. islam bukan hanya pada exco agama saja..BETUL..

    baldatun tayyibun ra wabbun ghafur..BETUL DAN WAJIB DINIATKAN YE KAWAN2..TAK KISAH MANA2 PARTI..

    TAPI..PEJUANG TEGAR SEPERTI HASSAN ALI DITEMBAK GUGUR..SALAH TEMBAK WAHAI PAS PIS PUS..

    SEKARANG KORANG DAH JADI PARTI ADAT DAN SUKAN..

    HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  22. eleh Dato bila anda MB anda buat apa-apa tak? tepuk dada tanya selera

    ReplyDelete
  23. Salam YB Dr Khir. Kabare. Rasanya masih boleh beri komen ya. Pada saya semua ini adalah permainan politik dan sudah tentu ada agenda yg tersirat.

    Kita semua tahu DAPlah sebenarnya yang paling dominan dlm pentadbiran kerajaan negeri lantaran apakah tindakan yg paling berkesan sekali untuk menggoyangkan suasana ini dari mereka terus bercita-cita tinggi untuk terus berkuasa.

    Rasanya kita sudah boleh agak apa tindak balas rakyat khususnya yg beragama Islam bila parti yg memperjuangkan Islam sendiri ditidakkan keujudannya di dalam kerajaan negeri.

    Sama-samalah kita renungkan dan diharap jangan diberi lagi peluang kepada 'mereka-mereka' ini untuk terus berkuasa, kelak bakal merana. Moga-moga Allah swt memberi petunjuk pada mereka yg masih lagi taksub pada parti Islam yg dah tkde islamnya di Selangor ni... Amin..

    ReplyDelete
  24. Sdr kusutt dan sahabat beloggers,

    Saya rasa tiada siapa yg mampu menafikan bahawa jumlah rumah urut,pusat hiburan dan pusat perjudian siber cafe,meningkat berkali ganda selepas pakatan mengambil alih kerajaan.Jika ada yg menafikannya ialah penyokong pakatan yang telah buta fikiran,saya beritahu sdr di pekan Sg Besar sahaja telah ada lebih kurang 5 rumah urut,6 pusat judi siber,dimana sebelum ini tidak ada aktiviti tersebu dijalankan di pekan ini.Belum lagi di sekhincan yg saya maklum telah wujud lebih dari 15 pusat hiburan,pusat judi siber dan rumah urut.Pekan Sg Besar dan Sekhincan merupakan kawasan luar bandar yg majoriti penduduknya adalah orang kampung dan beragama islam,cuba sdr bayangkan dibandar bandar spt Petaling Jaya dan Klang.Record saya menunjukkan hanya ada 700 lesen pusat hiburan pada tahun 2007.

    ReplyDelete
  25. Betulke Dato' zaman Dato' tak ada aktiviti rumah urut, pusat judi siber di Sg Besar?? Atau hanya serkap jarang Dato' aje.. Nanti kita tanya MDSB..

    ReplyDelete
  26. kenapa banyak rumah urut??

    10,000 rumah urut adalah jumlah yang besar

    kita ambil 30% sahaja, bermakna ada 3000 rumah urut, pub dan bar sebagai nya

    jadi satu bulan setiap rumah urut membayar RM1000 kepada ronnie lieu, ronie sudah ada rm 3 juta sebulan untuk duit poket dia

    itu baru 30%, itu duit poket ronie sahaje tu


    bayaran duit rumah urut yang lain akan di guna pakai semasa pru13 nanti

    kepada dato khir

    jangan lah membuang masa dr khir melayan komen2 orang2 yang jawapan mereka yang secara langsung menunjuk kan kecenderungan tidak berilmu dan merepet repet

    saya yakin dengan peribadi mereka dengan melihat komen2 yg tidak membina ,nasihat ibu/bapa mereka pun tidak di dengar apakan lagi ulasan dari dato seri khir

    ReplyDelete
  27. TERDAPAT ISU TERBARU..BAHWA MB SELANGOR TELAH MELULUSKAN PEMBELIAN KILANG IKS DIBANGI KEPADA ORG CINA DENGAN HARGA YG RENDAH..SEDANGKAN KILANG IKS YG DITUBUHKAN OLEH PKNS ADALAH UNTUK MEMBANTU PENIAGA MELAYU...PERMOHONAN PEMBELIAN TELAH DITOLAK SEBANYAK 3 KALI..KALI KEEMPAT TELAH DILULUSKAN OLEH PEJABAT MB..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah MB Khalid...gue caya sama lu...nanti malam bole ulut2 badan...manyak syok kat Bandar Bkt Tinggi2...loor...itu Halan Aly sudah tarak...kita semue bole ENJOY...Hapi CNY...kasi angpau ..lu olang senyaplah...

      Delete
  28. Salam YB Dr Khir, agaknya PKNS sekarang ni dah bina rumah kat seksyen 7 untuk golongan elit saja. Bina kondo 1 unit RM330k, blm lg semi D depan tapak bina masjid tu. Agaknya berapa jutala tu seunit. Mmg takde ratus ribu tu.

    Alahai.. Macam dah tak galakkan org melayu beli rumah kat kawasan tu je. Kalau yg nk beli tu mesti status jutawan punya. Adakah ini dulu ada dalam perancangan semasa Dr Khir mentadbir kerajaan negeri?

    Depan pintu masuk utama UiTM tu pun dah berjuta harga. Tapi tu kira ok la dah mmg tempat elit. Tp yg kat dpn rumah flat 4 tingkat tu pn buat semi D.Atas bukit belakang ICT tu pn kira ok la.

    Ni yg dikatakan PKNS sekarang tengah gila nk buat duit banyak2. Tan Sri MB kita hanya fikir RM...RM...RM... dan RM..Igtkan seksyen 7 PKNS adala nk buat double storey terrace lg. Rupanya tarak..

    ReplyDelete