Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Friday, February 24, 2012

RM 1.9 Bilion, Nasib Kontraktor Melayu Selangor dan Hutang Kepada Rakyat

1. Baru-baru ini Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa mereka meningkatkan simpanan kerajaan negeri Selangor sehingga RM 1.9 bilion bagi tahun berkahir 2011. Menurut kenyataan Menteri Besar, ini merupakan peningkatan besar daripada simpanan kerajaan negeri sebelum BN. Beliau menyatakan bahawa simpanan negeri semasa beliau mengambil alih ialah sebanyak RM 500 juta.

2. Akhirnya, beliau mengakui juga bahawa Pakatan mengambil alih kerajaan negeri dalam keadaan yang baik dan mempunyai simpanan yang mencukupi. Jika kita lihat sebelum ini mereka berceramah seolah-olah mereka mengambil alih kerajaan negeri dari pentadbiran BN yang teruk, korup dan tidak cekap. Mereka berceramah seolah-olah negeri ini ditinggalkan hampir muflis oleh saya.

3. Oleh kerana kita tidak didedahkan dengan sumber-sumber pertambahan tersebut tidaklah kita boleh berbuat satu kesimpulan yang tuntas, sama ada ia merupakan hasil langkah-langkah pro-aktif kerajaan Pakatan hari ini atau ia adalah hasil pertumbuhan ekonomi yang dirancang dan berjalan semasa kerajaan Barisan Nasional lagi.

4. Oleh kerana tiada penemuan sumber asli dan sebagainya, maka bolehlah diandaikan sebahagian besar peningkatan ini merupakan hasil pembangunan 5-6 tahun lalu yang mula menampakkan hasil pada hari ini.

5. Namun saya tidak menafikan bahawa ia juga merupakan hasil jimat-cermat kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Bagi seorang bekas tokoh korporat jumlah simpanan yang banyak tentulah mencerminkan kejayaan pentadbiran beliau.

6. Namun dari sudut pentadbiran kerajaan, simpanan yang banyak merupakan satu pembaziran sumber ekonomi terutamanya dalam keadaan pengurusan infrastruktur negeri yang semakin merosot.

7. Saya percaya dengan simpanan sebanyak itu kerajaan negeri mampu memperbaiki keadaan jalan-jalan milik negeri dan pihak berkuasa tempatan yang menjadi rungutan orang ramai sekarang. Saya tahu akan ada yang berkata zaman saya pun ada jalan berlubang. Itu juga saya tidak nafikan. Namun keadaan sekarang berpuluh kali ganda lebih teruk daripada dahulu dalam konteks keadaan jalan-jalan di bawah negeri dan PBT.

Sampah Dan Kontraktor Melayu

8. Keadaan pengurusan sampah juga sudah menjadi sangat buruk. Dahulu pun ada aduan dari semasa ke semasa. Namun keadaan sekarang sudah parah akibat daripada keputusan yang tidak tepat dan bijak. Tindakan kerajaan negeri menamatkan kontrak Alam Flora tanpa perancangan dan penelitian yang rapi menyebabkan rakyat dan masyarakat setempat menjadi mangsa.

9. Kerajaan negeri sepatutnya hanya menamatkan kontrak Alam Flora tetapi meneruskan khidmat kontraktor-kontraktor sedia ada sekurang-kurangnya bagi tempoh dua tahun lagi. Ini akan membolehkan kerajaan negeri menyediakan diri dalam membentuk mekanisme pengurusan sampah yang sistematik.

10. Malangnya, kerajaan negeri bukan sahaja bertindak menamatkan kontrak Alam Flora tetapi juga semua kontraktor sampah di bawah Alam Flora. Khabarnya, para kontraktor hanya diberikan kontark lanjutan selama 3 bulan sebelum khidmat mereka ditamatkan. Ini menyebabkan sebahagian kontraktor menjalankan khidmat separuh hati dan juga bimbang mereka tidak mendapat bayaran.

11. Apa salahanya kerajaan negeri meneruskan khidmat mereka selama setahun lagi. Sebahagian besar mereka telah melabur begitu besar membeli lori-lori pengangkut sampah. Malangnya, ia tidak diambil kira oleh kerajaan negeri yang lebih mementingkan pembentukan kroni mereka dalam industri ini.

12. Sekarang ini kita lihat ada kontraktor yang tidak mempunyai lori sampah telah menggunakan lori biasa untuk mengangkut sampah. Ini menyebabkan banyak lelehan air sampah di atas jalan raya, ada sampah yang terjatuh di tengah jalan raya dan ia juga membentuk pemandangan yang sangat jelik di jalan raya.

13. Khabarnya ada kontraktor yang tidak mempunyai lori pengangkut sampah sudah mula mencari kontraktor-kontraktor sedia ada untuk menyewa lori sampah. Mereka ini seolah-olah sudah tahu akan dilantik sebagai kontraktor pembersihan yang baru.

14. Saya tidak berniat memainkan isu perkauman. Namun adalah sangat mengecewakan apabila sebahagian kontraktor Melayu yang mempunyai lori sampah sekarang ini akan kehilangan kerja dan terpaksa menyewakan lori mereka kepada kontraktor bukan Melayu yang khabarnya telah pun berjaya melobi kerajaan negeri.

15. Jika dulu kerajaan berusaha menaikkan taraf hidup orang Melayu dengan memberi peluang mereka bersaing dengan kontraktor bukan Melayu yang mempunyai modal besar dan rangkaian sekutu yang sukar dipecahkan, hari ini segala usaha tersebut sedang musnah dan tidak mustahil jurang ekonomi antara kaum akan kembali melebar.

Janji Pilihan Raya

16. Oleh kerana kerajaan negeri mempunyai banyak simpanan hari ini, saya berharap mereka dapat membayar tunggakan selama 4 tahun janji-janji pilihan raya mereka dulu yang antaranya ialah:
a. RM 75 sebulan untuk bayaran anak ke Nuseri (RM 75 x 12 bulan x 4 tahun)
b. RM 50 sebulan untuk bantuan kanak-kanak pra-sekolah
c. RM 600 sebulan elaun Ibu tunggal

17. Daripada sibuk menyalahkan kerajaan lalu, eloklah kerajaan hari ini menunaikan janji dan tanggungjawab mereka. Sampai bila Pakatan hendak "hidup" berasaskan strategi menjadikan UMNO dan Barisan Nasional sebagai "whipping boy".

17 comments:

  1. Dr ingat mereka akan buat kah? PRU 13 akan diadakan cepat atau lambat je. Daripada habiskan peruntukkan untuk menunaikan janji, adalah lebih baik mereka gunakannya untuk dana PRU 13. Jangan risau Dr, saya dan seluruh kaum kerabat saya akan memangkah BN tidak kira siapa pun calonnya...

    -orang kajang-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dan keluarga juga akan memangkah BN walau siapa pun calonya.

      Subang Bestari, SA

      Delete
    2. teruskan la pangkah parti perosak tu... kesian seronok hidup dalam kebodohan

      Delete
    3. saya sokong bn sebab takut ramai lagi orang melayu bergaduh masa pilihanraya..

      Delete
  2. apa susah kepada kontraktor yang tak dapat sambung kontrak maka tutup je company tu atau jadi penerima ali baba daripada kontraktor baru yang dilantik kjaan pakatan selangor.

    orang lama dah ada kemahiran maka buat je JV dengan syarikat baru lantik ni. itukan salah satu cara ahli koporat berniaga.

    maka dengan berniaga outsourcing ni orang lama pun boleh cari makan.

    jumpa business consultant dan lawyer mereka sure boleh nasihat

    ReplyDelete
  3. Simpanan boleh cecah RM 1.9 billion pasal banyak tak bayar hutang kontraktor melayu....Asyik tangguh je... dekat 2 tahun dok tunggu payment...

    ReplyDelete
  4. haa.. tulah...dulu tak fikir masa nak pangkah... marah sgt kat bn.. la ni dah menyesal... kebanyakan dulu masa pru 12, geng kontraktor lah yang banyak pangkah pembangkang...la ni rasakan..takkk masyukkkkkkkkkk...

    ReplyDelete
  5. Rakyat Selangor..inginkan perubahan konon naya...apa perubahan yg depa dapat kini....apa yg sya lihat Selangor kini dah mundur kebelakang 6atau 7 tahun ,Apa guna duit byk,,tapi tak di gunakan utk kebaikan....!Satu kesilapan yg patut jadi pengajaran pada semua rakyat SELANGOR....tebang pokok senang..nak hidupkan pokok senang ke...????

    ReplyDelete
  6. Pertama:

    Seingat saya YB Dr mengatakan bahawa ketika BN melepaskan Selangor kepada PR, simpanan tabung negeri adalah RM1.8 bilion. Tapi Khalid kata cuma RM500 juta, dan YB Dr tidak kelihatan mempertikaikannya dalam posting di atas. Jadi yang mana betul?

    Kedua:

    Seingat saya juga dalam posting yang lama dulu, YB Dr ada mengatakan kerajaan PR Selangor telah mengeluarkan RM500 juta dua kali dari duit tabung yang ditinggalkan BN (jumlah pengeluaran RM1 bilion dan baki RM800 juta). Proses pengeluaran sebanyak itu mengikut kata YB Dr, memerlukan kelulusan DUN, dan sebab itu kita semua maklum tentangnya.

    Kalau duit pusaka dari BN hanya RM500, bagaimana kerajaan PR boleh mengeluarkan RM1 bilion?

    Ketiga:

    Kalau sekarang duit tabung adalah RM1.9 bilion, maka kerajaan PR telah menyimpan sebanyak RM1.1 bilion selepas mengeluarkan RM1 bilion.

    Pada pandangan saya kalau dua kali pengeluaran sebanyak RM500 juta memerlukan kelulusan DUN, adakah penyimpanan sebanyak RM1.1 bilion tidak memerlukan kelulusan DUN? Kalau DUN pernah luluskan atau dimaklumkan, ada atau tidak dokumen berkenaan?

    Keempat:

    Dari laporan audit yang lalu (yang turut melibatkan pendedahan isu NFC), dinyatakan Kelantan dan Selangor adalah antara negeri yang gagal mencari sumber kewangan untuk meningkatkan dana negeri. Kalau sekarang Khalid kata Selangor ada RM1.9 bilion, siapa yang berbohong, Khalid atau audit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Muhazam,
      http://www.drkhir.com/2009/11/bajet-selangor-bangkai-gajah-mahu.html

      Delete
  7. Dr, maaf lari dari tajuk. Saya terlihat tajuk berita " Agensi Kerajaan Perlu Tempatkan Petugas Berbilang Kaum Di Barisan Hadapan", cadangan oleh S.Subramaniam untuk meletakkan pegawai pelbagai kaum di Jabatan Kebajikan, Jabatan Pendaftaran dan sebagainya ini supaya tidak berlaku masalah komunikasi. Saya rasa tidak ada alasan mengapa rakyat Malaysia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu kerana ia adalah bahasa yang mudah. Orang Inggeris & orang Arab pun tahu berbahasa Melayu. Sekiranya perkara ini dilaksanakan, saya bimbang ianya akan dimanipulasi oleh illegal immigrants dari India dan China yang berlambak-lambak di negara ini. Mungkinkah dengan adanya "member" di Jabatan tersebut akan memudahkan mereka ini mendapat kerakyatan? Jika kerajaan melayan kehendak ini demi undi pilihanraya, mungkin dalam jangka masa pendek, BN akan mendapat lebih banyak undi. Tetapi dalam jangka masa panjang, apabila bilangan mereka telah mengatasi orang Melayu, adakah BN akan masih relevan? Jawapannya sudah tentu tidak. Jabatan-jabatan sensitif seperti Jabatan Pendaftaran seharusnya dikawal rapi dan tidak sewenang-wenangnya dilepaskan begitu sahaja. Saya percaya TSMY tidak akan mudah terpedaya dengan kemahuan-kemahuan yang saya rasa agak keterlaluan. Tidak perlu dipenuhi semua tuntutan yang dirasakan mempunyai agenda tersembunyi. Bahasa Malaysia akan menjadi semakin tidak relevan dan akan hanya digunakan oleh Melayu sahaja sekiranya kerajaan menggalakkan perkara sebegini.

    ReplyDelete
  8. Salam YB Dr Khir. Org koperat mmg nk tgk duit byk dlm akaun utk menunjukkan dialah yg terbaik. Mana-mana yang dia boleh cut cost dia akan cantas dan pancung terus.

    Jadilah kontraktor pembersihan org melayu yg jadi mangsa. Memang seakan nampak kerajaan negeri skrg ni nk pancung semua kontraktor melayu. Ye la.. Nk bagi sama rata..Semua rasa. Semua ada. Rumah urut pun lagi banyak ada. Bisnes bagus.

    Pesanan pada 'org2 kita', andai PRU13 PR tumbang di Selangor jgnlah kita berarak ke kediaman MB utk kita buat mcm mereka buat dulu pd Dr Khir sebabnya kita bkn dari 'spesis' mereka dan kemungkinan besar MB pun dah takde. Awal2 dh cabut...

    ReplyDelete
  9. Saya cadangkan Dr buat majlis anugerah penyapu sekali lagi utk bagi hadiah simbolik kat MB ni!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. ape yg jadi masalahnya dr khir.. bila kita dapat mandat untuk mentadbir negeri, banyak projek kita bagi kepada org2 kita.. samalah juga mcm pembangkang.. mesti dia pun nak bg penyokong2 dia projek masa dia menang kat selangor ni.. ape yg nak diheran.. psl janji2 pilihanraya tu mmg pembangkang tak dapat tunaikan janji2 dalam manifesto mereka.. kita pun sebelum ni sama je.. takde ape yg nak di herankan.. politik ni sama je baik BN atau PR.. yg bezanya adalah sama ada kuat mencekik atau tidak, membantu mengurangkan beban rakyat umumnya dan keuntungan bagi sesuatu bangsa.. itu je.. politik oh poltik....

    ReplyDelete
  11. Pendapat sy, kerajaan selangor kini spt menutup pintu rezeki kontraktor yg lame buat keje. Kesian bukan buat keje mencuri pun. Patut kekalkan jgn politikkan dlm semua hal alasan pasal kos tinggi boleh bincang pd kontraktor lame minta turun sikit kos, mesti ramai sokong nego la yg penting sepakat dlm isu kroni tiada alasan sebenarnye ape yg penting kejesama! Mcm kita pegi kedai mkn la kalu sedap mahal pun org dtg mkn.fikir fikirkan lah

    ReplyDelete
  12. Makin ramai YB bukan melayu makin membiak la rumah2 urut. Apa nk kisah, ahli majlis daerah bukan melayu blh luluskan lesen rumah urut. Contohnya pusat perkembangan rumah urut di kuala selangor. Tahniah2 kerana mendirikan rumah urut & tahniah kpd pengundi PR.

    ReplyDelete