Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, March 13, 2012

Disebalik Dakwaan Simpanan RM 1.9 Bilion

1. Saya tertarik dengan komen saudara Muhazam Mustapha dalam artikel saya sebelum ini. Seingat saya, tidak pernah menyatakan kerajaan negeri mempunyai simpanan sebanyak RM 1.8 bilion. Saya ada menyatakan bahawa simpanan kerajaan negeri ketika Pakatan mengambil alih ialah sekitar sekitar RM 1.4 bilion [Sila baca tulisan saya pada 2009 bertajuk:Bajet Selangor: Bangkai Gajah Mahu Ditutup Dengan Nyiru. Jumlah yang tepat jika tidak silap saya ialah RM 1.386.7 bilion mengikut akaun kerajaan negeri pada akhir 2007.

2. Manakala wang tunai yang ditinggalkan oleh Barisan Nasional bagi akaun Kerajaan Negeri Selangor yang berakhir pada 2007 ialah sekitar RM 770 juta.

3. Saya difahamkan sekarang ini jumlah tunai kerajaan negeri hanya tinggal sekitar RM 390 juta sahaja pada tahun 2011.

4. Menurut maklumat yang saya terima baru-baru ini, jumlah RM 1.9 bilion yang diumumkan oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini sebagai kebanggaan pengurusan negeri oleh Pakatan sebenarnya termasuk RM 800 juta pampasan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri untuk pengambilalihan Putrajaya.

5. Kerajaan Negeri juga menerima peruntukan sekitar RM 600 juta setahun daripada Kerajaan Persekutuan. Jika kedua-dua ini tidak dibelanjakan maka tidak ada apalah yang menghairankan jika jumlah simpanan mencecah RM 1.9 bilion.

6. Berdasarkan fakta-fakta ini, saudara/i nilaikanlah sendiri kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini mengenai jumlah simpanan RM 1.9 bilion.

7. Sebagai penutup ingatlah pantun lama,

Siakap senohong, gelama ikan duri,
cakap bohong, lagi lama jadi Menteri

46 comments:

  1. Mereka boleh menipu kaum-kaum yang hanya membaca akhbar Harakah, Keadilan, bla la, bla la,,, .
    Sebab tu mereka tidak dapat mentafsir dengan logik, menerima bulat-bulat berita yang tidak benar.
    Tahniah Dr.

    Subang Bestari, Shah Alam

    ReplyDelete
  2. Datuk,

    Ilmu Hisab elementary congak-congak nombor macam ni bolehlah pakai kalau nak tipu bebudak bawah 7 tahun...

    Pantun tu kena sangat dengan Datuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya org yg taksub ngan blog Dr. saje percaya ngan data yg tak tau kesahihannya...sama gak ngan berita arus perdana..sama gak surat khabar Berita Harian-UMNO ngan Utusan Melayu-BN..banyak yg tak betul..yg betul no eko je...
      Tang pantun tuh dah memang betol..makin lama jadi PM@Menteri..semakin banyak la merompak duit rakyat..sbb tuh ramai yg berebut nak jadik..dah dapt jadik sayang nak lepas...tak cukup rompak lai...

      Delete
    2. Dr.. Seorang pemimpin yang baik bukan hanya sekadar menjadi pengurus yang baik tetapi sikap dan cara kehidupannya juga adalah perlu baik dan sederhana. Tidak begitu Dr. jika baik kehidupannya maka pandangan manusia terhadap pemimpin itu akan sentiasa baik. InsyaAllah

      Delete
  3. Assalamualaikum YB Dato' Seri,

    Sejak saya menjadi pelajar perubatan saya telah mengenali DS. Seorang pemimpin Selangor yang sangat saya segani. Kini saya telah berkhidmat sebagai doktor perubatan selama lebih 7 tahun, pandangan saya pada DS tidak pernah berubah sama sekali.

    Teruskan perjuangan DS.

    Yang Benar,

    Dr Azwan bin Dato' Dr Abdullah Al-Hadi

    ReplyDelete
  4. Mungkin kesilapan saya terbaca RM1.4 bilion tapi teringat RM1.8 bilion. Tapi tak jauh silapnya. Dan mis-match seperti yang saya tuliskan dalam apa yang Khalid dakwa tetap valid.

    Ada satu lagi yang menarik. Kalau benar seperti yang YB Dr. tulis di atas, iaitu duit tahunan daripada Persekutuan sahaja sudah mencecah RM1.4 bilion (800 juta + 600 juta), dan RM1.9 bilion yang didakwa itu termasuk yang RM1.4 bilion ini, maka duit simpanan sebenar adalah RM500 juta sahaja.

    Ini match dengan dua kali pengeluaran 500 juta (=1bilion) daripada duit pusaka daripada BN (=1.4bil - 1bil = 400 juta). Maknanya sejak 2008, kerajaan PR hanya mampu tambah duit sebanyak 100 juta sahaja.

    Too good to be true, or too bad to be true?

    Satu lagi, saya yakin RM1.4bil yang ditinggalkan BN itu tidak termasuk duit tahunan daripada Federal berjumlah RM1.4bil tersebut. Kalau kita ambil kira maknanya duit pusaka daripada BN adalah RM2.8bil. Jumlah ini lebih adil kalau nak dibuat perbandingan dengan dakwaan Khalid yang mengambil kira duit Federal.

    Betulkan kalau saya silap.

    Saya cuma pemastautin di Puchong sekarang yang fed-up dengan spin dan putar-belit kerajaan Khalid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara Muhazam,

      RM 800 juta itu ialah one shot payment bukannya setiap tahun. Ia baru dibayar tahun lalu kepada Selangor.

      Delete
    2. betul....baca harakah..then cari maklumat betul...
      baca utusan then cari maklumat betul kat internet

      jgn trima bulat2..ni zaman fitnah....

      Delete
    3. hmm patutlah, kalau dah berkawan dengan penipu memang jadi penipu jugak diaorg ni..alahai..

      Delete
    4. Terima kasih YB Dr.

      Saya lupa tambah. Kalau benar kerajaan Khalid hanya mampu tambah RM100juta sahaja sejak 2008, maka ianya match dengan laporan audit yang kata Kelantan dan Selangor adalah dua negeri yang gagal mencari sumber kewangan negeri.

      Delete
  5. They're good in spinning....

    ReplyDelete
  6. wow!!!!!!!tak sampai sepenggal kerajaan khlaid boleh untung 1.9 billin!!wowwww!!!

    heehehehehe..logik ker dorang dapat tu??...inilah kerajaan kerna susu kambing, tongkat ali dapat nama!!!

    ReplyDelete
  7. tu dia. habis semua wang rakyat selangor mereka rompak.pru 13 kita pastikan pakatan tumbang di Selangor

    ReplyDelete
  8. nothing much can be expected from the present inefficient government of selangor..they'll try to grab anything as to look good among the rakyat..but eventually, their act is considered as a fool who insulted the rakyat intelligent...we need to change this corrupt, nepotism-infested,racist-bigot state government to something work-for-people,clean,highly experience and efficient management...lately,my confidence to BN has increased termendously.For the next PRU, i'll gladly put my 100% trust for BN to lead this nation..

    -Shah Alam Voter

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes i agree. we must kick out pakatan rakyat in selangor in the next GE13. PR is power crazy, arrogant, corrupt and tindas the rakyat especially the ones in the lower income group and petty traders. But most of all PR is RACIST especially DAP. we must never let PR win putrajaya because singapore will then rejoin malaysia by DAP's invitation and will form the dangerous majority in malaysia!

      -subang jaya voter-

      Delete
  9. Salam semua,
    Batulkan jika pengiraan sy ini salah:-

    Duit terkumpul k'jaan Selangor sehingga akhir 2011 adalah seperti berikut:

    B/F K'jaan BN 2007 -Simpanan : RM1,4b
    B/F K'jaan BN 2007 -Tunai : RM770j
    Pampasan (Putrajaya): RM800j
    Peruntukan K'jaan Pusat : RM2.4b (RM600j x 4 tahun)
    Jual tanah di Sarawak : RM97j
    JUMLAH TERKUMPUL : RM3.3b (belum termasuk hasil cukai dan hasil dari penjualan Kompleks PKNS dan lain2 asset)

    Jumlah terkumpul yg diwar2kan Khalid: RM2.29b (simpanan + tunai)

    Bermakna sepanjang 4 thn ini, Khalid telah membelanjakan lebih RM1.0b
    Sy percaya jumlah hasil kutipan cukai juga melebihi RM1b

    * Masih tertanya2 apa perlunya k'jaan khalid menutup asrama Yayasan Selangor.
    ** Juga masih menunggu cukai pintu diturunkan.

    ReplyDelete
  10. Pakatan yg kini sedang bermain "Roda Impian"...wang besar..wang besar... yaa... RM5juta dan kontrak curi pasir selama 3 tahun... saya selesaikan...
    Siakap senohong, gelama ikan duri,
    cakap bohong, lagi lama jadi Menteri..

    ReplyDelete
  11. Salam dato sri...biasalah di sebabkan wang semua boleh jadi...untuk renungan bersama...tuhan akan memberi kekayaan dan pangkat kepada yang disukai Nya atau tidak di sukai Nya...tetapi Dia tidak akan memberi Ilmu Agamanya kepada orang yang tidak di sukai Nya...

    ReplyDelete
  12. tahniah dato' tapi kebanyakan rakyat tak tahu hal perkara yg sebenar, kecuali yg baca di blog dato. penyampaian kjaan begitu lemah sekali, kebanyakan program dan inisiatif kjaan tak difahami oleh rakyat. di tambah pula dgn kaki spin dari puak anwar yg setiap hari tampa jemu mengelirukan rakyat.

    ReplyDelete
  13. A'kum YB Dato' Seri,

    Apa sekali pun saya tetap berbangga mendapat Bos seperti Dato' Seri sebelum ini Di UNISEL yg mana banyak perubahan dan peningkatan pelajar pada waktu itu. Sekarang lihatlah sendiri............saya pun dah lama berhenti drpd UNISEL. Kalau pakatan sekarang dah tak boleh handle sebuah universiti, mana mungkin boleh simpan atau generate sendiri income 1.9B???? Saya tetap bersama Bos dalam apa jua keadaan sekali pun. Hidup Dato' Seri.....

    ReplyDelete
  14. Saya berharap YB Dr. boleh hangatkan semula semua spin-spin lama yang mereka lakukan seperti round-tripping, syarikat hantu (kes Teoh Beng Hock), ketirisan hasil pasir, majlis makan malam yang diboikot Sultan, serbuan Hasan Ali ke DUMC, dll.

    Kalau bukan kita yang terlebih awal menyatakan kebenaran, mereka akan senang-senang putar-belit kebenaran. Isu siapa pejuang dalam insiden Bukit Kepong pun boleh mereka spin dengan begitu senang sekali.

    Pilihanraya sudah dekat, tapi saya nampak YB Dr. kemungkinan besar tidak akan dicalonkan semula. Tak mengapa. Sementelah YB Dr. aktif dengan blog, saya sarankan YB Dr. berjuang dengan MyKMU. Semua penerangan tentang putar-belit PR perlu dibukukan sebagai e-book yang boleh dimuat turun percuma. Penerangan bervideo juga boleh dibuat melalui YouTube. Setiap topik perlu dikupas dalam masa tidak lebih 5 minit.

    Saya yakin pendekatan ini akan berjaya, insya'allah. Sebab 100% pengundi baru Selangor adalah pengguna internet. Kalau mereka malas nak baca e-book, mereka boleh tonton YouTube.

    ReplyDelete
  15. Salam YB Dr Khir. Kalau tanya pada penyokong2 tegar PR mereka akan kata 1000 peratus betul yang Dato' MB pandai buat duit.Desas desus mengatakan PRU13 ni TSKI akan bertanding di DUN Jeram.Agaknya lah. Kenapa tidak di Ijok ye? Agaknya risau kena hambat dengan kawan-kawan India kita pasal tanah macam keluar dalam tv tempohari.

    ReplyDelete
  16. Dato sebagai seorang yg pernah muncul dikaca TV didalam slot "Kuliah Subuh" tidak beberapa lama dulu pernah memetik ayat2 suci Al-Quran dan Hadith sebagai pedoman.

    Disini saya ingin menyarankan kepada Dato bahawa Allah telahpun memberi kesempatan dan peluang buat Dato untuk membuat amal kebaikan kepada semua rakyat negeri Selangor. Maka Allah jualah yg berhak menarik balik amanah tersebut dan diberikan kepada orang lain diatas alasan2 yg tidak kita ketahui sama sekali.

    Menuding jari kepada pihak2 tertentu tidak akan memberi apa2 makna. Jika Dato mengaku beriman kepada Allah & Rasul maka disini saatnya Dato berserah kepadanya. Bersyukur lah pada yg ESA ..... Jangan terlalu memikirkan tentang hal2 "DUNIAWI" kerana semasa kita lahir kedunia kita semua telanjang dan bila mati kita juga tidak membawa apa2.


    Surah Al-An'aam, Ayat 67
    "Tiap-tiap khabar berita mempunyai masa yang menentukannya (yang membuktikan benarnya atau dustanya); dan kamu akan mengetahuinya.

    ReplyDelete
  17. Tuan Malay Gentile,

    Dr Khir hanya memberikan fakta yang betul dari putar belit MB Khalid Ibrahim. Kebenaran mesti diungkaikan supaya rakyat Selangor tidak tertipu lagi.

    Dr Khir tiada apa2 kepentingan, kemungkinan tidak dicalonkan pada PRU13 akan datang, cuma sebagai bekas MB dan tahu serba serbi perjalanan kewangan negeri, adalah mustahak dan menjadi tanggungjawab beliau untuk menyanggah 'mimpi-mimpi syurga' oleh Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat..

    ReplyDelete
  18. Salam Dato' apa yang berlaku ada hikmahnya....but I SALUTE YOU Dato' you are a Man with Integrity tidak menuduh orang lain atas kesilapan.Always remeber SELANGOR MAJU KERANA KERAJAAN BARISAN. YB. KHALID problem SAMPAH pun tak TERURUS.COME PRU 13 TO PAKATAN GOOD RIDDDEN TO BAD RUBBISH.

    ReplyDelete
  19. Dr,
    Mungkin Dr boleh cadangkan kepada MB supaya ditubuhkan beberapa lagi syarikat seperti NFC untuk selangor. Boleh bela lembu, bela kambing, bela itek, bela ayam dan sebagainya. Lepas tu beri pinjaman tidak bercagar RM 250 juta tiap-tiap seorang kepada kroni-kroni tertentu. Lepas tu boleh beli bunglow RM25 juta, boleh beli kereta Mercedes, boleh beli Kondominium dan sebagainya. Duit RM 1.9 billion tu boleh habis dipakai sekajap aje. Pengarah-pengarah syarikat tu pulak, Corporate Governance pun tak tahu, tak payah buat Board Resolution untuk perbelanjaan yang melebihi dari apa yang disyaratkan didalam Memorandum and Articles of Association. Itu semua kerja orang BN!!!!

    ReplyDelete
  20. Slam Dato.
    creta memang cantekk.....tapi tgk lah kini..apa pembangunan yg ada kat Selangor..zero...jln negeri pun dan byk yg berlobang dari yg elok,main tampal2 je....segala macam cukai naik.....!apa yg nak heran jika simpanan byk..tak belanja..memang lah banyak simpan....tu lah ni nak tanya gak....kenapa Yayasan Selangor di tutup....!heran gak

    ReplyDelete
  21. Dr Khir dan rakan2 sekelian, persoalannya bukan jumlah wang terkumpul atau dari mana sumbernya. Soal belanja atau tidak tidak penting. Apa yang rakyat hendak adalah telus, apa keadaaan kewangan negeri perlu dijelaskan kepada rakyat. Kalau dibincangkan soal jalan,jangan dicakap Selangor sahaja sedangkan Wilayah Persekutuan KL pun banyak jalan berlobang sedangkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat.Jalan yang berlobang ini dilalui oleh Menteri dan YB setiap hari kerana pergi ke Parlimen

    ReplyDelete
  22. Pembetulan sikit dari pengiraan aliffnajmi:

    BN 2007 -Simpanan : 1,400,000,000.00
    BN 2007 -Tunai : 770,000,000.00
    Pampasan-Putrajaya: 800,000,000.00
    Peruntukan K Pusat: 2,400,000,000.00
    Jual tanah Sarawak: 97,000,000.00
    TOTAL : 5,467,000,000.00 (belum masuk cukai, duit pasir, duit funfair, jual aset, peruntukan jlnraya dll yg semua saya ANGGARKAN sebanyak 3b)

    5.5b + 3b - 2.29(simpanan hingga akhir 2011) = 6.21b
    Bermakna khalid membelanjakan kira2 RM1,525,500,000.00 setahun utk RM11 subsidi air, kos rawatan YB Cheah Wing Yin, jln raya berlopak, sampah x terurus, rumah murah x terbina, rampas tanah YBK dll. Perghh... pandai betul khalid berjimat.

    ReplyDelete
  23. Muhazam Mustapha,

    Kalau nak suruh cari maklumat menghentam PR, tak perlulah cari internet, tgk belitan utama, atau utusan meloya ataupun berita hairan pun dah cukup dah...memualkan. bwek.

    heran masih ada yg nak perjuangkan AMENO nih, terang lagi bersuluh, yang senang lenang hanya pemimpin je, rakyat kat bawah ni dok menggelupur...itupun masih nak sokong lagi??

    Bagi saya PR dah buat kerja dengan baik, cumanya sabotaj dari AMENO masih kuat, tetapi menunggu masa sahaj ntuk rebah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. M Redzuan,

      Jika sekalipun tidak tahu hujung pangkalnya kenapa tak mencari dan selidik dulu sebelum menerjah. Dah diberikan butiran kewangan negeri selangor mencakupi jumlah geran yg diterima dan anggaran perbelanjaan kasar, masih lagi otaknya jumud. Nah kenapa mesti kerajaan selangor membeli lori kompektor sampah sehingga 50 buah? Itu buah utk redzuan berpikir, ianya masih angka tp kurang berbanding sdr muhazam.

      Delete
    2. M Reduan, malangnya sy tak setuju dgn anda. Alhamdulillah, sy cukup bersyukur dgn apa yg sy nikmati skrg. Utk pengetahuan anda, sy hanya pekerja swasta yg tiada kelulusan universiti. Dan sy tak perlu merantau jauh keluar dari negeri yg sy sygngi ni utk mencari rezeki.

      Mmg tak dinafikan ada golongan yg kurang bernasib baik, tapi maaf sy ckp.. KEBANYAKKAN mereka yg "menggelupur" adalah krn sikap dan daya usaha mereka yg lemah.

      Kerajaan telah lama mengwujudkan IKHTIAR, MARA, FAMA, FELDA dan mcm2 lagi (klu nak disenaraikan penuh mukasurat ni). Peluang dah dihidangkan, terpulang pada diri sndri nak terima atau tidak.

      Sebahagian golongan lain pula w'pun telah memiliki segalanya tp masih 'menggelupur'. Mereka inilah yg dikatakan sbg 'umat yg enggan bersyukur' dan hati yg penuh hasad dengki.

      Delete
  24. nak baca harakah? mengarut fitnah menipu melampau2

    ReplyDelete
  25. Kalau dh byk sgt simpanan kerajaan negeri selangor agih2kan la kepada rakyat selangor. Aku tgk kereta2 kerajaan negeri kebanyakan letak moto "Hasil Negeri Untuk Rakyat" jd janji2 pilihanraya 12 yg lalu tunaikan la... bukan utk org negeri lain pun, utk rakyat selangor jgk.

    Aku tgk dlm akhbar Selangor Kini jumlah kutipan pasir makin meningkat smpai berjuta-juta. Apa salahnya agih2kan pd rakyat. Mana moto yg diwar2kan tu... atau sekadar untuk menipu rakyat semata-mata....

    Setakat ni apa yg Kerajaan Negeri Selangor bg utk rakyat slps PRU 12 yg lalu. Cuma air je kan. Itu pn susah nak bagi. Lepas ni cuba bg bil elektrik percuma pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat jugak air free kan? Mudah2an pemerintah mendatang boleh la kurangkan bil lagi satu tu. Boleh la divert belen ke PTPTN & loan keta secondhand. Lenguh tanggung dosa bayar interest.

      Delete
    2. 1trillion kalau bahagi 28 juta org agak2 sorang boleh dpt brapa ek??

      Delete
  26. muhazam kau hidup pun hasil dari AMENO

    ReplyDelete
  27. Salam.mungkin belum sempat ada Rm300 juta dalam akaun

    ReplyDelete
  28. Kebanyakan orang hanya nak menegakan benang basah,berhati hati siapa yang kita sokong.Serupa sahaja siapa yang menerajuui Kerajaan, cuma kadar lebih kurangnya sahaja.

    ReplyDelete
  29. Dari segi kewangan Dr kena tahu untung rugi. Bila kata untung berapa rugi. Berapa juta Dr tolak dari hutang dan perbelanjaan utk dapat untung?
    Kena kisah pasal hutang.Berapa hutang BN urus masa sebelum PR ambil alih?

    ReplyDelete
  30. Hee..heee, sdra PAs Caw Bkt Sentosa, cuba sdra bentangkan berapa untung dan berapa rugi zaman BN dan zaman pakatan?. Boleh tolong jelaskan, maklumlah kita pun nak tahu berapa untung selepas jual asset kerajaan tanpa perlu menambah dana simpanan untuk negeri bagi masa hadapan.

    Untung setakat jual apa yg ada memanglah senang dan tak perlukan ijazah, kalau setakat sdra dengar ceramah dan buat hujahan disini rasanya elok sdra bercerita anak beranak sebab senang utk sdra tokok tambah cerita buat anak2 sdra yg tak berapa nak cerdik ekonomi. Harap maklum.

    ReplyDelete
  31. Betul la dah tu.. kalau mintak ahli dun bantu bina surau dia selamba jer kata takde peruntukan.. abis tunai billion tu konon untuk buat apa? Kata tegak kan islam sangat... akhirnya kerajaan pusat BN jua yang bantu bina. JANJI di Tepati

    ReplyDelete