Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Saturday, April 7, 2012

Geran Selangorku: Adakah MB Berbohong Lagi?



1. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor baru-baru ini, YAB Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan Geran Selangorku bernilai RM 300 juta.

2. Pada mulanya saya menyangkakan geran ini merupakan bantuan kepada peniaga kecil. Rupanya tujuan geran ini ialah untuk menjayakan projek infrastruktur mengikut DUN. Saya difahamkan sekurang-kurangnya 2 projek infrastruktur setiap DUN. Ini bermakna terdapat lebih 112 projek untuk Geran RM 300 juta.

3. Ini tidak lain dan tidak bukan merupakan agenda politik Pakatan menjelang pilihan raya umum akan datang. Jika Barisan Nasional berbuat sedemikian tentu akan dikatakan mengamal rasuah politik. Tapi jika mereka yang berbuat demikian segala-galanya tidak mengapa dan bersih segalanya.

4. Namun yang menariknya dalam pengumuman tersebut ialah Khalid menyatakan bahawa segala urusan akan dijalan secara telus dan memastikan tiada ketirisan. Pada fahaman ramai orang tentulah proses mengenalpasti projek infrastruktur dan juga pemberian kontrak akan dilakukan secara terbuka dan telus.

5. Malahan kenyataan media Pejabat Menteri Besar juga menyatakan,"Pemilihan kontraktor bagi menjalankan projek infrastruktur oleh jawatankuasa berkenaan dibuat berdasarkan harga terendah dan menepati spesifikasi yang ditetapkan Jabatan Kerja Raya (JKR)."



6. Anehnya, saya mendapat butiran taklimat Khalid kepada para EXCOnya yang jelas sekali menunjukkan pemberian Geran RM 300 juta ini bergantung sepenuhnya kepada keputusan Menteri Besar. Jika ia berdasarkan sebut harga terendah mengapa pula kelulusan bergantung kepada Menteri Besar?

7. Berdasarkan carta aliran pemberian geran RM 300 juta ini, Khalid berkuasa secara berseorangan untuk memutuskan siapa yang akan mendapat kontrak. Apakah ini bukan bentuk "Corruption" yang sangat luar biasa?

8. Bukankah kerajaan Selangor sekarang mendakwa ia merupakan sebuah kerajaan yang telus dan terbuka. Justeru mengapa dalam menentukan siapa yang akan mendapat kontrak-kontrak bernilai RM 300 juta secara keseluruannya ini ditentukan oleh Menteri Besar secara bersendirian?

9. Jika dilihat senarai Jawatankuasa Pengurusan Geran Selangorku ini juga dianggotai sebahagian besar oleh para pegawai Khalid di Pejabat Menteri Besar dan Menteri Besar Incorporated.

10. Adalah sangat aneh dan luar biasa bagi satu peruntukan yang menyamai 20% bajet kewangan negeri dilakukan tanpa pembabitan para pegawai kanan kerajaan negeri seperti Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

11. Saya tidak pasti yang mana satu Khalid berbohong, sama ada di Retreat bersama EXCO beliau di Melaka atau di dalam Dewan Negeri Selangor dan juga kenyataan akhbar pejabat beliau.

12. Tapi yang lebih mengelirukan kita apakah Menteri Besar Selangor hari ini mempunyai tabiat suka berbohong atau pelupa? Kenyataan beliau mengenai kaedah pemberian projek dalam pelaksanaan geran ini bercanggah antara satu sama lain. Pasti salah satunya merupakan pembohongan.

13. Ini mengingatkan kita bagaimana kenyataan Khalid dalam Istana Selangor mengenai kononya hasil pasir Selangor mencecah RM 150 juta. sehingga sekarang 1/3 daripadanya belum dapat.

14. Sebahagian orang juga belum lupa pengumuman pakej rangsangan ekonomi Selangor bernilai RM 50 bilion pada 2009 kononnya untuk mengatasi pakej rangsangan ekonomi Malaysia bernilai RM 17 Bilion. Khalid juga pernah mengumumkan pakej RM 10 bilion untuk pembangunan sungai Klang. Sehingga hari ini kita tidak nampak apa pun yang berlaku dari pakej tersebut. Jangan kata pembangunan, wang untuk pakej tersebut pun tidak ada.

15. Cuma saya sedikit bersyukur Khalid sekarang tidak lagi bercakap soal wang berpuluh-puluh bilion. Menjadi harapan agar pengumuman mengenai ratusan juta seperti geran Selangorku ini juga tidak tinggal setakat cakap-cakap kosong dan untuk iklan papan tanda publisiti Menteri Besar sahaja.



26 comments:

  1. Pada pandangan peribadi saya, geran Selangorku RM300juta nie adalah gerakan untuk PRU13, dalam usaha mereka untuk menambat semula hati rakyat Selangor.

    nanti nak dekat2 PRU, puak Haprak nie akan edarkan susu, gula, beras kepada setiap rumah bagi membeli undi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat Gunung, Ko ingat kerajaan PR ni macam kerajaan UMNO/BN ker? Hihihihi

      Delete
    2. Sdra anon, memang kerajaan PR tak sama dengan kerajaan UMNO/BN. Yg ketara terlalu banyak penipuan dan cakap kosong antara BN dan PR. BN jaga kebajikan rakyat tanpa perlu heboh2... PR jaga kebajikan ahli dan pemimpin mereka sahaja. Cuba lihat demonstrasii hari ini 8/4/2012 di Pangsapuri Teratai Taman Bukit Subang. Pengumuman oleh MB mengatakan kos pembaikan kerosakan bumbung berjumlah RM480 Ribu Ringgit, tapi hal sebenarnya bumbung yg diganti hanya melibatkan 5 unit rumah sahaja. Logikkah perbelanjaan sebanyyak itu hanya utk mengganti bumbung 5 unit rumah sedangkan jumlah yg terlibat melebihi 20 unit rumah.

      Ketelusan atau masuk pkoet pemimpin pakatan wang lebihan kos pembaikan bumbung tersebut. Bayangkan hampir setengah juta ringgit WANG RAKYAT dibazirkan, di rompak, dikhianati oleh keraaaajaan Penipu Rakyat. Itupun sdra masih belum nampak atau mungkin sdra telah buta mata dan hati kerana terlalu sakit hati sebab sdra miskin di bawah kerajaan BN?.

      Renung-renngkanlah sdra...

      Delete
    3. Aku ada dengar kabar angin dan terlihat surat dari kawan untuk pekara ini tapi dia cakap kena bagi 20% tabung PR untuk dapat geran ini..

      Delete
    4. umno bolih buat, kenapa pr tak bolih.

      Delete
  2. http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/04/kalau-tak-tahu-tanya-jangan-jadi-bodoh.html

    ReplyDelete
  3. YB Dato', sebagai mantan MB, Dato' sepatutnya arif dengan proses dan prosidur kewangan dan kaedah sesuatu program kerajaan berjalan atau dilakukan. Saya banyak membaca komen/posting Dato' yang banyak mencari salah kerajaan PR. Dato' harus sedar kelemahan dan penyelwengan yang dilakukan semasa Dato' menjadi MB Selangor. Perkara atau isu yang tidak benar merupakan fitnah. Dato' harus sedar hal ini. Apa yang saya minta ialah Dato' mesti memberi kerjasama dengan kerajaan PR sekarang dan pantau jika ada kelemahan yang berlaku, bukannya menfitnah. Lakukanlah untuk kebaikan negri dan negara tercinta bukan berdendam kerana kerajaan yang memerintah ini adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdra anon, jika PR kalah dan BN menang pada PRU 13 bukankah itu juga pilihan rakyat?.

      Dan kerajaan BN peringkat persekutuaan sekarang ini menang BUKANkah itu juga pilihan Rakyat... JADI KENAPA perlu adanya perarakan bodoh yg bernama BERSIH 1.0, 2.0 dan bakal menyusul 3.0.

      Tak bolehkah pembangkang bercakap berdasarkan fakta bukan auta dan fitnah. Apakah penjelasan MP dari PAs yg merupakan seorang pakar nuklear tidak benar dan berupa satu pembohongan berbanding kenyataan fauziah MP kuantan. Fauziah berbohong atau pembelit sebenarnya?.

      Sdra memang buta perut serta bebal dalam menilai antara kritikan berfakta dengan pembohongan berupa fitnah.

      Delete
    2. sebab ko suka2 hati ckp org len buta perut jd terpaksala aku bangsat kan ko....oi bangsat pahamkan la dulu tuntutan2 bersih tu baru bagi statement jgn dok tunjuk sgt kebodohan ko tu...kesian kat org umno yg len2 nti sebab ko sorang bertambah yakin lak org ramai yang umno tu btl2 is for dummies only.....

      Delete
  4. hahaha Faekah jawab macam budak2. Kata MB tak terlibat dengan pemilihan kontraktor. Habis tu dalam carta atas tu apa? Faekah juga kata carta tu betul. apa bendala faekah ni merepek.

    Tak nampak pula Dr Khir MB pembohong. Dia tanya saja. Tapi khalid ni memang pembohong.

    ReplyDelete
  5. Doc, apa jadi dengan projek berpuluh bilion Khalid Berahim nak bangunkan sungai klang. Last sekali minta dengan ederal pula RM 1bilion nak atasi banjir di Klang. hahahah Mr Flinstone

    ReplyDelete
  6. Apa faekah merepek pasal ICU pula ni dengan Setiausaha dan pegawai kewangan negeri? memang pelik orang gila pun boleh jadi setiausaha politik sekarang ni hahahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. faekah merepek sebab khalid sampai sekarang belum masuk meminang

      Delete
    2. Banyak banyak komen kau punya comment buat aku senyum Kulaan.. Fekah tu masih single lagi ke ? hahaha

      Delete
    3. Patut la Cik Faekah pantas bertindak bila MB dipersoalkan. hee..hee

      Delete
  7. Nie jawapan:
    Berikut adalah petikan penuh kenyataan Faekah.
    Tindakan Khir Toyo yang menuduh Tan Sri Khalid berbohong benar-benar tidak melambangkan sifat seorang mantan Menteri Besar. Beliau yang mengulas berkenaan pelaksanaan Geran Selangorku kononnya beliau hairan mengapa geran digunakan untuk projek infrastruktur bukan bantuan kepada peniaga kecil.
    Geran Selangorku adalah wang yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat hasil dari kutipan hutang yang gagal beliau kutip semasa pentadbirannya. Hutang Talam yang kesemuanya lebih 400 juta berjaya dikutip kerajaan hari ini melalui pembayaran tunai dan perolehan aset.
    Wang itu jugalah yang kita salurkan semula kepada rakyat melalui 17 program utama. Kegagalan Khir yang dengan sengaja tidak mengutip hutang tersebut sepatutnya menjadikan beliau malu untuk menyebut apa-apa yang berkenaan Geran ini, apatah lagi mencela pelaksanaannya.
    Sebab kedua ialah kerana Khir gagal menghadirkan diri semasa Dewan bersidang. Malah upacara pembukaan Dewan oleh DYMM Tuanku juga sanggup di kesampingkannya. Khir Toyo tidak ubah umpama orang buta takutkan tongkat. Lebih tepat lagi, bodoh sombong.
    Sepanjang yang saya lihat hanya separuh hari sahaja Khir datang ke Dewan itupun bagi menutup malu kerana ditempelak Adun Sekinchan beliau memohon cuti sakit tetapi aktif mengeluarkan kenyataan di blog; laman sosialnya.
    Kalau Khir boleh memaparkan carta geran, ini bermakna Khir boleh mendapat maklumat tepat tentang Geran. Nampaknya Khir sengaja menulis di blog sekadar untuk mengadu domba dan berniat jahat.
    Geran Selangorku mempunyai Jawatan Kuasa Pemandu yang terdiri daripada pegawai kerajaan dan golongan professional termasuk Timbalan Pengarah JKR, Jurutera JKR dan QS JKR. Mengatakan ianya diterajui pegawai MB memang tersimpang sekali. Apatah lagi, DatoĆ­ Menteri Besar langsung tidak terlibat di dalam pemilihan projek mahupun pemilihan kontraktor.
    Perlaksanaan geran ini pula dikendalikan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah dan PBT yang menjalankan proses tender. Tidak ada satupun projek yang dilakukan secara runding terus. Sekali lagi Khir cuba memperlekeh kewibawaan pegawai kerajaan yang cuba menjalankan tugas dengan telus.
    Nampaknya Khir sukar mempercayainya dan begitu janggal sekali. Masakan tidak, semasa pentadbirannya ratusan juta projek dilaksanakan secara runding terus dan lebih hebat lagi projek diberikan kepada pemaju dan kontraktor yang sama. Inilah yang dikatakan orang, jika seseorang itu biasa mencuri, maka dia selalu menyangka orang lain juga akan mencuri sepertinya.
    Khir juga sanggup berbohong apabila berkata semasa menjadi MB, tiada projek kerajaan yang tidak melibatkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan.
    Baru 4 tahun tidak menjadi MB, beliau lupa bahawa projek di bawah ICU langsung tiada jawatankuasa. Semua projek dilaksana setelah mendapat unjuran dari Adun melalui Pengarah Pembangunan Negeri untuk disampaikan kepada ICU untuk dipilih dan pengeluaran waran peruntukan. Ianya langsung tidak melibatkan Pegawai Kewangan mahupun Setiausaha Kerajaan Negeri.
    Kerajaan Selangor terpaksa menyediakan Geran untuk infra kerana setelah PR mengambil alih negeri, banyak peruntukan untuk infra tidak disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan. Malah tuntutan Jabatan Pengairan dan Saliran ( JPS ) bagi Rancangan Malaysia Ke-10, sejumlah 1 bilion juga tidak diutamakan.
    Butiran Geran Selangorku telah dibentang pada Exco dan semua data diberikan kepada ADUN semasa Dewan. Hanya ADUN yang benar-benar prihatin kepada kebajikan rakyat akan ambil pusing perkara ini. Bagi ADUN yang suka ponteng, pasti tiada maklumat. Barang pasti golongan ini akan malu bertanya tetapi mahu menunjuk pandai. Golongan inilah yang dikatakan sebagai bodoh sombong, umpama si buta bencikan tongkat.
    Faekah Husin.
    Setiausaha Politik
    Menteri Besar Selangor


    boleh didapati.. di http://greenboc.blogspot.com/2012/04/faekah-selar-khir-toyo-tak-tahu-tanya.html

    ReplyDelete
  8. Sedara,

    Jarak di antara last post on Tuesday, March 13, 2012 dan latest post on Saturday, April 7, 2012 menunjukkan betapa lamenye sedara mengambil mase utk memerah otak mereka-fitnah terhadap kerajaan PR. Kalau benar kerana Allah sedara ade sumber2 yg benar & sahih bahwa kerajaan PR Selangor skarang berbohong kpd rakyat, semestinya sedara tidak perlu mengambil mase yg lame bukan.

    Lagi satu, sy lihat komen2 pengikut sedara sememangnya kaya dgn budi bahasa dgn tutur kata yg indah sekali. Sedara fahamkah maksud sy..?

    Salam,
    Faizal,
    KPDNKK

    ReplyDelete
  9. walaumacam pon...
    biarlah rakyat selangor yang menentukan nya,

    johor pon BN kena jaga jugak....


    wakkangmasai

    ReplyDelete
  10. Dr.,segeralah kembali menjadi Ketua Pembangkang Selangor..semoga Dr. kembali berjuang untuk menyelamatkan semula Selangor dr terus dikudakan oleh Pakatan Rakyat..saya amat mengharapkan semula kepimpinan Dr. saya berdiri teguh menyokong perjuangan Dr. sesungguhnya Dr. seorang insan mulia dan sangat jujur dalam perjuangan menentang fitnah yang dilemparkan...semoga Dr. sentiasa dalam rahmat Allah

    ReplyDelete
  11. Hanya Kulaan Niring sahaja ... orang banjar yang bungol lagi.. lain-lain banjar dah pintar2 semuanya... bukan lagi dipintari orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Urang banjar memang tak bunggol, yg bunggul semuanya hanya mereka kada dapat melihat dan yg tuli telinganya akibat buruk perangai dan pendangki. Urang banjar yg pintar sudah lama menolak penipu dan pembohong. Hanya yang tunggol kada bisa diajar wajar dibungguli.

      Delete
  12. kenyataan Faekah tak menjawab persoalan yg saya timbulkan tentang MB bercakap bohong dalam dewan negeri bahawa tiada lagi kuasa pen ajaib MB,bermaksud semua kelulusan projek mestilah dibuat oleh jawatankuasa tender negeri bukan atas kuasa MB,melalui carta aliran kelulusan projek yg dibentangkan oleh MB kepada exconya di Melaka,ternyata bercanggah.Ironinya retreat exco itu berlaku sebelum mesyuarat dewan undangan negeri di jalankan,mengapa MB mengeluarkan kenyataan dalan dewan negeri semua projek di selangor hendaklah melalui proses tender,apa yg dapat kita simpulkan ialah samada MB terlupa dgn apa yg dibincangkan dalam retreat tersebut atau sengaja berbohong dalam dewan.
    Memanglah mudah mereka mendapat dana utk selangorku iaitu dengan menggadaikan aset aset pkns melalui REIT utk mendapatkan wang tunai,kemudian mengarahkan pkns membeli tanah tanah milik Talam Corporation yg telah diambil alih oleh MBI<dengan itu berlaku pemindahan tunai dari PKNS kepada MBI. sebab itu sewa bangunan milik PKNS meningkat lebih dua kali ganda baru baru ini.jika begini caranya mereka mendapat kan sumber kewangan dgn menggadai aset pkns yg dibina ketika BN,apa hebatnya kerajaan pakatan hari ini.

    ReplyDelete
  13. Inilah akibatnya bila kuasa siberi pada perompak, siang malam bukan merancang nak tambah pendapatan negeri dan rakyat, tapi menghabiskan harta yg diusahakan oleh pihak lain. Inilah ilmu yg mereka perolehi selepas bertahun2 jadi pembangkang, rupanya hanya pandai bercakap tanpa tanggung jawab. Bila berkuasa langsung tak ada satu cara pun utk membantu rakyat.

    PR hanylah senonim dengan penipu rakyat, dan mereka yg menyokong bukan makin cerdik bahkan tumpang sama bebal. Ambil lah lagi penasihat RM1.00, yg bertambah bukan makin banyak bahkan makin berkurangan, maklumlah nasihat pun hanylah setaraf nilai yg mereka belanjakan. Ada lagi yg masih tegar menyokong pkr sedangkan mereka tahu pkr makin dito;al majoriti rakyat sampaikan orang asing pun boleh membuat keputusan tanpa perlu menjadi MB.

    Apalah malang bumi bertuah berketuakan MB yg semakin gagap dan semakin kelam otak pemikirannya.

    ReplyDelete
  14. anda boleh sila pertukaran pautan, sila? Saya akan melakukan perkara yang sama,
    laman saya http://alisharesidence.blogspot.com/
    berharap anda jangan keberatan

    ReplyDelete
  15. PRU kali ni kita undi lagi PR.... boleh tambah lg rumah2 urut... mintak sgt2 tambahkan lagi YB dr kalangan DAP... balik keje blh terus dtg urut...

    ReplyDelete
  16. "Khalid berkuasa secara berseorangan untuk memutuskan siapa yang akan mendapat kontrak"

    Ini benar.

    Saya dapat tahu bahawa MB Khalid telah memajak tanah Yayasan Selangor secara Percuma kepada rakan sejawatannya Eli Wong.

    ReplyDelete