Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, May 29, 2012

Loji Langat 2: Khalid Ibrahim Sabotaj Berbilion Ringgit Duit Rakyat

1. Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan demi kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.

2. Saya tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor). Pelbagai alasan, rundingan dan kenyataan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini belum ada satu idea yang lebih baik datang daripada kerajaan negeri kecuali idea-idea lawak jenaka seperti ingin menggunakan air lombong sebagai sumber air minuman.

3. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

4. Saya telah menulis sebahagian latar belakang industri air Selangor. Saya fikir tidak perlu kita ulangi lagi penjelasan panjang lebar ini. Yang saya fikir perlu rakyat lihat dan perhatikan ialah tindak tanduk Khalid ini akan menyebabkan kita akan menanggung beban kewangan yang lebih besar pada masa akan datang.

5. Dengan menangguhkan projek Loji Air Langat 2, Khalid akan menyebabkan kos pembinaannya akan meningkat dengan lebih tinggi. Ini kerana kos pembinaan sentiasa meningkat naik dari tahun ke tahun. Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga akan menanggung beban kewangan yang besar apabila terpaksa membayar faedah dan hutang kepada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berjumlah berbilion ringgit.


6. Alasan Khalid untuk mencari kaedah lain yang lebih murah dan sebagainya adalah tidak masuk akal kerana Kerajaan telah pun membina laluan air dari sungai Pahang ke Selangor. Yang tinggal sekarang ialah untuk membina Loji Air Langat 2 bagi menyelesaikan isu air di lembah klang. Malahan pembinaan empangan ini langsung tidak mengambil wang kerajaan negeri. 


7. Jadi mengapa Khalid yang tiada pengalaman dan pengetahuan dalam bidang ini begitu beria-ia ingin menghalang pembinaan empangan ini. Politik! Khalid ingin mempolitikkan keadaan ini sepenuhnya seolah-olah beliau berjuang untuk memberi air yang murah kepada rakyat.


8. Beliau membuat pelbagai kenyataan bagi menghalang pembinaan Loji Air Langat 2 ini seolah-olah jika dibina loji air ini maka tarif air akan naik, rakyat akan dibebani kos yang tinggi. Ini semua tidak lebih daripada manipulasi politik ala sosialis yang menguar-uarkan mantera perjuangan untuk rakyat menentang kerakusan kapitalis.


9. Hakikatnya, pembinaan Loji Air Langat 2 tiada kena mengena dengan tarif air. Ia merupakan projek kerajaan Persekutuan untuk memastikan Lembah Klang tidak berhadapan dengan krisis air yang serius pada masa hadapan.


10. Hanya Khalid dan pimimpin utama Pakatan yang mengetahui mengapa mereka begitu menentang pembinaan Loji Langat 2. Namun realitinya, sikap Khalid ini mencerminkan sikap busuk hati dan khianat seorang pemimpin yang rela memperjudikan keadaan ekonomi dan keperluan asas rakyat untuk percaturan politiknya.

11. Khalid boleh terus berbahas sama ada akan berlaku krisis air atau tidak pada 2014 nanti jika  rancangan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor tidak dilaksanakan. Khalid boleh sahaja mengutarakan pandangan pakar-pakar yang beliau dakwa berkata sebaliknya, biarpun sehingga kini tidak satu kajian dikemukakan kepada rakyat. 

12. Namun apakah perlu Khalid memperjudikan keadaan ini sedangkan sebahagian rancangan ini telah dilaksanakan di sebelah Pahang? Jika Khalid berterusan menghalang pembinaan loji ini bermakna sebahagian besar pelaburan musnah tanpa hasil. Kerajaan Persekutuan juga akan menanggung hutang berbilion ringgit akibat disabotaj oleh kerajaan negeri Selangor.

13. Justeru tindakan Khalid menghalang pembinaan loji air Langat 2 ini merupakan tindakan sabotaj kepada ekonomi dan kewangan negara. Mungkin Kerajaan Persekutuan perlu menyerahkan projek pembinaan Loji Langat 2 ini kepada kroni-kroni kerajaan negeri untuk mendapat kebenaran pembinaan ini. Mungkin itulah yang mereka mahukan pun.

14. Dalam sistem demokrasi, kerajaan yang mengambil alih harus menghormati perjanjian dan persetujuan kerajaan sebelumnya kecuali terdapat isu-isu besar seperti penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 

15. Namun dalam konteks ini kerajaan negeri tidak bertindak secara profesional sehingga menjejaskan kepentingan rakyat, kewangan negara dan imej negeri di mata pelabur asing. Projek yang dipersetujui dibatalkan sesuka hati hanya kerana ego politik kepartian. 

16. Apakah pelabur asing dan tempatan bersedia membuat komitmen jangka panjang dengan kerajaan jika mengetahui persetujuan dan perjanjian mereka akan sewenang-wenangnya dihalang atau dimungkiri oleh parti yang lain yang mungkin menang dalam pilihan raya?

17. Ada orang yang kerana yang benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada. 

18. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.

19. Kerajaan Selangor hari ini yang kononnya memberi air percuma hanya masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya "cuci kaki sahaja". Selama empat tahun ini mereka tidak membina apa-apa pun kecuali meneruskan apa yang telah kerajaan sebelum ini bina. 

20. Sekarang, mereka mahu menghalang usaha kerajaan Persekutuan mengatasi isu air di Lembah Klang. Adakah ini pemimpin yang baik? Adakah ini kerajaan negeri yang baik? Mereka mungkin menang dari segi promosi menaikkan imej sendiri dan memburukkan pemimpin BN. 

30 comments:

  1. Salam doc,

    Khalid ni walaupun ada gagap sikit tapi bab menipu memang cekap. Mula-mula nak guna air sungai klang, lepas tu air lombong, kemudian air negeri sembilan dan sekarang air empangan kenyir. Tapi dah 4 tahun apa haram pun tak buat. Penipu dan pembelit nombor satu.

    ReplyDelete
  2. Bodoh punya khalid, kalau dia nak ambil air dari lain pun kerajaan negeri ada duitker nak bayar?

    ReplyDelete
  3. Rakyat Selangor sebelum kamu semua kehausan dan tiada air bersih untuk dimunim pandai-pandailah ketika PRU13.

    ReplyDelete
  4. Slm doc. x takut2kan air xde... semuanya kuasa Allah!
    Saya sokong doc ..... tapi sama juga dgn masaalah pasir sel. yg herannya doc, sekarang bila dia orang curi pasir jualan hasil pasirnya bertambah 3 kali ganda... agaknya apa komen doc?

    ReplyDelete
  5. Saudara,

    1. Allah bagi akal dan fikiran suruh kita cari jalan penyelesaian. Bukan sibuk bergaduh kemudian salahkan Allah bila air tak ada.

    2. Memanglah hasil pasir bertambah kalau habis tanah kerajaan dijadikan lombong pasir. Dulu tanah persendirian sahaja, kerajaan hanya kutip doket. Sekarang kerajaan lombong atas tanah sendiri. Anehnya dulu tanah persendirian pun bukan main bising aktivis alam sekitar. Sekarang dah macam kawah kat bulan membisu pulak mengapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu pun sama..x yah ckp la..dok umh diam2..kita tgg pru13 ni..lu ada calun ka..

      Delete
    2. Kenapa marah sangat saudara? Saudara tidak perlu tunggu untuk tahu. Saya telah umumpun tidak akan bertanding selagi kes saya belum selesai.

      Delete
    3. saya pengundi selangor di dun semenyih... bukan xsokong bn.. tapi terasa pr bagi duit dari bn mintak jersey utk pasukan kampung(zaman16 tahun) macam macam dia suruh (BN) laa.. itu yang meluat tu,.... semua program ikut.... gantung bendera lagi.. alih2 cakap2 politik... cikgu lee kajang senang jer nak jumper...

      Delete
    4. Bingai....!
      Payah Dr....!bercakap tak pernah fikir
      sebelum bercakap....!Mental dan terok kena brainwash oleh PASpispus dan Party,Kelentong,Rakyat..!
      hehehehe

      Delete
  6. Apa pulak maksud 'org yang sangat berkuasa'. Seronok tgk mereka berurusniaga juta2 ni. Teringin nak jd YB jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok ler...pi daftar jadi calon bila PRU13 nak start esok...

      Delete
  7. Good job doc.!! Sedebuk doc bagi atas muka "anon May 30 2012 - 4.48pm"...konon2 nak wujudkan persepsi curiga (memang berniat)...tp kurang bijak, sbb MALAS berfikir.!!

    Mentaliti yg camni la yg banyak dlm masyarakat kita hari ni..Ntah la apa nak jadi..Bak kata pepatah "Kuman seberang laut nampak, tapi Gajah lalu depan mata pun BUAT2 X NAMPAK.!!! lol....hehehehe.

    - AKU BERSAMA UMNO (ABU) -

    ReplyDelete
  8. Khalid tidak konfiden kerajaannya boleh bertahan selepas PRU 13. Maka segala usaha dilaksanakan bagi tujuan sabotaj ekonomi Selangor. Pelabur asing sudah pasti membuat kajian kemudahan infrastruktur termasuk kemudah asas seperti beklan air. Untuk tidak menanggung kerugian pelabur akan mengalihkan modal mereka ke negara lain yg lebih menjamin keuntungan. Amaran kerajaan federal dalam soal krisis air menjelang 2014 amat menakutkan kpd investor. Mungkin sudah ada pemodal luar yg telah membatalkan hasrat mereka ke Malaysia semata2 kerana krisis air yg bakal terjadi.

    Khalid busuk hati sebenarnya. Usaha mengahapuskan harta kerajaan negeri Selangor juga satu usaha kearah sabotaj.
    Hari ini negeri Selamgor umpama sebuah kenderaan dimana semua benda seperti injin,pintu,cermin,bahan besi dan tembaga dileraikan untuk dijual supaya tidak kelihatan sebagai barang curian. Harta negeri sedang dikitar semula bagi menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  9. Salam Doc,dia sengaja lengah-lengahkan sebab dia tengah berkira berapa dia dapat kalau projek tu lulus.Dia mesti nak makan banyak.Kalau dah sampai kiraan dia,darulah dia setuju dengan projek air tu.Apapun Doc,itu semua salah UMNO kata nik ajis

    ReplyDelete
  10. Slm Dr, tulis panjang lebar ni tanpa angka la Dr. kalau tak silap saya terbaca kenyataan Datuk Khalid di Sinar Harian baru-baru ni dan beliau menjelaskan bahawa dari Tasik Kenyir lebih murah iaitu kira-kira RM700 juta kerana dipasang bersebelahan dengan rangkaian paip saluran gas dari Terengganu yg telah sedia ada berbanding menyalurkan air dari Sungai Pahang memerlukan pemasangan paip melalui Banjaran Titiwangsa dengan anggaran kos mencecah RM5 bilion. pada saya ini langkah bijak kerana menjimatkan duit rakyat, dan kan air sekarang sudah free. kalau dia nak komisen sekali pun kan percentage dari 5 billion tu lagi besar. yelah kalau jenis yg ambil komisen la, saya bkn tuduh dan yelah kalau perbelajaan penyaluran dari Pahang ni dibayar Kerajaan Persekutuan takpe la pula, kan kerajaan Selangor yg menanggung hutangnye nanti.
    minta maaf Dr, Kalau saya boleh bertanya, perjanjian apa yg Dr tandatangani sehari sebelum PRU 2008?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sdr anon,

      1. Tan sri Khalid cakap RM 700 juta tu anggaran berdasarkan apa? Kajian atau cakap kosong macam pelaburan berpuluh bilion yang dijanjikan tapi habuk pun tak nampak.

      Lagi pun saudara faham ker Tasik Kenyir tu untuk apa? Hidro elektrik. Dah buat kajian bolehkah diambil air ikut suka semacam itu sahaja. Dulu cakap hendak ambil air lombong lebih murah. Kenapa tak ambil?

      3. Perjanjian apa saya tandatangani? Saya tak tandatangani apa-apa perjanjian selepas DUN dibubarkan. Sila semak fakta saudara.

      Delete
    2. Khalid ni banyak cadangan satu pun tak buat sebab semua dia bohong kata ada kajian.

      Delete
  11. rakyat dibebani kos yang tinggi?
    pulangkan duit rakyat kat tempat yg sepatutnya dlu..

    ReplyDelete
  12. Setuju dengan penulisan Dr.
    Khalid tak habis-habis melengahkan usaha nak atasi masalah air ni. Silap haribulan air tak ada, pasir pun habis tak boleh nak tayammum.
    Moga2 PRU13 ni BN kembali memerintah Selangor, dan teruskan usaha ni. Tambahbaik lagi dengan inisiatif tambah isipadu air terawat masa depan, pemeliharaan dan pemuliharaan.

    ReplyDelete
  13. Slm Dr, pada saya RM700 itu berdasar kajian kerana tidak mustahil utk Tasik Kenyir menjadi sumber air kepada Selangor walaupun ianya adalah empangan Hydro Electric tetapi ada 30 batang anak sungai yang mengalir ke dalamnya jika kuantiti air jadi ukuran dan dari segi rasional memasang bersebelahan dengan rangkaian paip saluran gas akan lebih menjimatkan kos dan bila pelaburan berbillion yg di janjikan mmg mungkin belum tertunai tp berjaya mengurangkan defisit adalah baik dan telah mencatatkan kenaikan simpanan tunainya yang paling tinggi sekali dalam 28 tahun, jumlah RM1.2 bilion yang merangkumi RM946.7 juta dalam bentuk tunai sementara bakinya terletak di dalam tabung amanah negeri. itu yang saya terbaca dan tentang perjanjian itu mmg saya tersilap kerana Datuk Ramli Mahmud ada menafikan Dr menandatangani perjanjian dengan Puncak Niaga Bhd sehari sebelum pilihan raya umum lepas. akhir sekali apa yg rakyat atas pagar ingin lihat ialah kebaikan kepada rakyat kecil yg selalu jadi kumpulan sasaran atau pun mangsa layaknya bila terjadi apa-apa seperti kenaikan harga minyak misalnya, walaupun apa pun perbalahan antara parti kerajaan dan Pembangkang rakyat harus di utamakan kan kerana rakyat kecil ini yg menentukan undi dan bkn amalan parti menang Kroni senang yg kita nak dan air percuma adalah contohnya, harap di masa-masa akan datang bnyk lagi kebaikan utk rakyat kecil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saudara,

      1. adalah lebih baik guna nama sebenar atau nama samaran supaya saya boleh menjawab dengan lebih selesa.

      2. saudara menulis melompat-lompat. saya kurang jelas apa yang hendak disampaikan. Tapi berkenaan hutang syarikat air, saya fikir mereka tiada pilihan kerana kos menguruskan air sangat tinggi sedangkan kos yang dikenakan ke atas pengguna adalah minima.

      3. Untuk penggantian paip baru, pembangunan infrastruktur seperti empangan dan sebagainya, pinjaman perlu dibuat. saya tidak tahulah jika syarikat-syarikat di bawah Tan Sri Khalid suatu ketika dahulu tidak membuat pinjaman :)

      4. Untuk simpanan tunai tersebut saudara boleh baca di sini:
      http://www.drkhir.com/2012/03/disebalik-dakwaan-simpanan-rm-19-bilion.html

      Delete
  14. MB SELANGOR MEMANG PAKAR BELIT...SEMUANYA NAK BELIT...ISU AIR NI ISU RAKYAT, TAPI KALAU DIA BERANI PERJUDIKAN NASIB KITA, BIARLAH ALLAH MEMBALASNYA KELAK...SEMOGA APA YANG DIRAMALKAN BAHAWA KRISIS AIR 2014 AKAN BERLAKU KELAK...BARULAH JUAK JUAK NI SEDAR...APE PUN TAK BOLEH DAH!

    ReplyDelete
  15. Tak usah nak alihkan isu. Syarikat2 yang terlibat dgn pembekalan air di Selangor menanggung hutang sebanyak RM 6.5 billion.

    Siapakah yg punya kerja yang menjadikan syarikat2 pembekal air di Selangor berhutang begitu banyak?

    ReplyDelete
  16. Saudara Herman,

    Adalah biasa untuk syarikat dan kerajaan sendiri berhutang untuk membiayai kos pembangunan infrastruktur dan perkembangan perniagaan. penggantian paip-paip lama, pembinaan empangan dan loji penapis air bukan berharga seribu dua untuk dibiayi secara tunai. Tidak tahulah saya jika saudara merupakan jutawan yang berniaga tidak pernah berhutang. Apa yang penting dalam sesuatu hutang ialah kemampuan membayar balik mengikut jadual.

    ReplyDelete
  17. Doc,

    Depa tulis ada kajian, ada logik dan sebagainya tapi cakap macam orang bengong. Semua ni jenis makan gaji tak paham bisnes, untung rugi, financing strategy. Tarik air Empangan kenyir macam mana nak buat Hidro elektrik? Agaknya konsep hidro elektrik ini pun depa tak paham macam mana.

    ReplyDelete
  18. 1. ...saya komen ditempat lain:

    "9. Ingatlah tiada benda percuma di dalam dunia ini kecuali UDARA - itupun kalau nak sejuk kena bayar beli aircond dan bayar bil api. AIR kalau nak percuma galilah telaga belakang rumah - adakah ADIL semua orang (miskin hingga kaya) mendapat RM11.20 (kalau tak silap billboard tulis RM420JUTA telah dihabiskan untuk air percuma - wajarkah?)."

    2. Mudah-mudahan MALAYSIA terus aman dan hidup kita diberkati ALLAH.

    ReplyDelete
  19. Dr..
    Appreciate it if you could write something on the flip flop decision by the Minister of Education and Deputy Prime Minister on the freeze of PTPTN loan to UNISEL students..it should be interesting to hear your comment.

    ReplyDelete
  20. MB selagor ni bukan asal dari politik.Dia org corporate masuk gelanggang politik..Yang suruh dia sabotaj ni dah tentu la Anwar yang meyimpan dendam tak tentu pasal dgn federal..Kononnya nak salahkan federal kalau air tak cukup nanti di wilayah persekutuan..apa kisah..ambik air dari pahang...
    PRU 13 ni,rakyat akan ambik balik selangor..

    Dont worry BN,kami sentiasa menyokong BN demi keamanan negara..

    ReplyDelete
  21. salam doc...
    jikalau kerajaan barisan nasional mendapat mandat pada pilihanraya akan datang adakah kerajaan barisan nasional akan mengikut jejak pr iaitu memberi 20m3 air percuma...

    ReplyDelete
  22. Mr, khir.. I want to talk with U about U'r career... may be some people say this is mistis... arab say it's ta'wil... take care, about U'r friend in politik... sorry my languege not good.... (people solo : Raden Sujudhi)

    ReplyDelete