Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, May 22, 2012

Perlu Makanisme Khusus Atasi Gejala LGBT

1. Gejala Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender  (LGBT) semakin mendapat perhatian masyarakat dunia. Perilaku luar tabie kumpulan ini bukan sahaja jelas dilarang oleh Islam dan juga agama-agama lain tetapi bertentangan sama sekali dengan kemanusiaan.

2. Namun kumpulan ini semakin berkembang di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Sungguhpun Malaysia mempunyai undang-undang khusus mengambil tindakan terhadap kumpulan ini, namun lobi mereka kian lama kian membesar termasuk menarik simpati dari kalangan ahli politik. Ada juga dakwaan ahli politik tertentu turut terbabit dengan gejala ini. Malahan kedatangan agen pelobi golongan LGBT di kalangan masyarakat Islam, Irshad Manji, juga khabarnya dinaungi ahli politik tertentu yang telah terpalit dengan dakwaan perilaku serupa.

3. Hari ini kumpulan gay dan lesbian ini tidak segan silu menunjukkan identiti mereka. Seolah-olah mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ada antara mereka menyalahkan takdir yang menyebabkan mereka menjadi sedemikian. Mereka juga berselindung di sebalik pandangan-pandangan saintis (yang sebahagiannya juga merupakan pengamal seks sejenis ini)  bahawa apa yang terjadi kepada mereka ialah keadaan semula jadi. Mereka sememangnya dilahirkan sebagai gay dan lesbian maka tidak sewajarnya mereka disalahkan atas keadaan ini.

4. Kumpulan ini juga sering kali menggunakan isu hak asasi manusia sebagai pelindung utama mereka. Sekiranya kita berbicara atau melontarkan pandangan yang anti kepada perbuatan mereka maka kita akan dicop sebagai homophobia. Negara-negara yang menghukum pengamal seks songsang ini akan dianggap ketinggalan zaman dan melanggar hak asasi manusia.

5. Kumpulan juga semakin kuat dari segi kewangan. Mereka menaja ramai pelobi dan pekerja hak asasi manusia agar menyokong ajaran sesat mereka.  Banyak juga ahli akademik Islam dan Kristian yang menjadi alat mereka sehingga sanggup menafikan firman-firman Allah yang jelas sekali melaknati perbuatan seperti ini.

6. Sekiranya kita membiarkan gejala ini berterusan dan berleluasa tanpa tindakan sewajarnya, maka tidak mustahil suatu ketika nanti Malaysia akan menghalalkan kumpulan LGBT ini. Dengan pengikut kumpulan ini semakin membesar dan kemungkinan ahli-ahli politik yang pro mereka makin bertambah, maka suatu hari nanti Malaysia mungkin akan menjadi seperti beberapa negeri di Amerika Syarikat yang meluluskan Undang-undang perkahwinan sejenis.

7. Namun menghalang kumpulan ini melalui undang-undang yang ketat tidak menyelesaikan masalah. Mencerca dan menghina mereka secara berterusan juga tidak akan mengurangkan kumpulan ini jika tidak disusuli dengan usaha alternatif memulihkan mereka yang mahu pulih.

8. Justeru kerajaan perlu mewujudkan mekanisme dan pelan perancangan yang rapi dalam memulihkan kumpulan ini. Bantuan kaunseling, psikologi dan perubatan  perlu ditawarkan secara percuma kepada mereka yang terbabit dalam gejala ini dan mahu pulang ke pangkal jalan. Kumpulan saintis, ahli sosiologi dan agamawan  perlu duduk bersama mencari kaedah terbaik bagi mengatasi perilaku dan sikap anti - kemanusiaan ini,

9. Kerajaan perlu menyediakan strategi dan tempat pemulihan yang khusus untuk kumpulan ini. Mereka yang akan mengendalikannya pemulihan juga perlu mempunyai disiplin kerahsiaan yang tinggi bagi mengelakkan kumpulan ini menjauhkan diri kerana malu.

10. Satu badan bukan kerajaan khusus untuk membimbing kumpulan ini juga harus ditubuhkan secepat mungkin dan diberi dana yang mencukupi. Mungkin juga konsep pemulihan seperti Rumah Pengasih yang dibuat untuk bekas penagih dadah boleh diadakan untuk kumpulan ini.

11. Tidak ada gunanya kita mendakwa seorang dua yang melakukan gejala luar tabie ini tetapi tidak menyediakan ruang dan peluang untuk mereka yang telah terjebak dalam keadaan ini kembali ke pangkal jalan.

12. Mengherdik, mencerca dan menghina kumpulan ini tidak memberi apa-apa keuntungan kepada masyarakat. Ia hanya menjauhkan mereka daripada kita dan menyukarkan proses pemulihan. Akhirnya kumpulan ini makin membesar kerana kita menjauhi mereka dan tidak berusaha memulihkannya.


4 comments:

  1. Salam YB Dr Khir. Cadangan yang bagus kerana dah ramai golongan yang runtuh akhlak ni yang perlu dibimbing untuk kembali ke pangkal jalan. Cadangan saya andainya dapat TGNA untuk membimbing DSAI dulu ke jalan yg benar lantaran terlalu byk sgt tuduhan ke atasnya tetapi dia mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang nk dihairankan.Kalau dah ada org politik yg ahli dlm LGBT ni susahlah jgk nak diperbetulkan.

    ReplyDelete
  2. Pada pendapat saya, pilihanraya seterusnya referendum yang adil dan saksama mampu menghalang golongan pro-LGBT ini dari berkuasa. Contohnya di negeri North Carolina, di mana mereka berjaya mengadakan referendum bagi menakrifkan perkahwinan sebagai 'union' antara lelaki dan wanita dan bukannya sejenis, sekaligus menghalang perkahwinan sejenis di negeri tersebut. Jika referendum ini berat sebelah serta mempunyai unsur penipuan, maka keputusan referendum ini boleh dipersoalkan oleh golongan pro-LGBT terutamanya ahli politik seperti Barack Hussein Obama.

    Pada masa yang sama, kita harus menerima Islam sebagai ad-din yakni cara hidup, dan bukan sekadar ibadat seperti solat, zakat dan puasa semata-mata. Hanya dengan menerima Islam sebagai ad-din, maka usaha membanteras gejala LGBT boleh dilakukan secara istiqamah dan bukannya bermusim seperti sekarang, contohnya membenarkan Seksualiti Merdeka diadakan pada tahun 2009 dan 2010, dan bertindak menghalangnya pada tahun 2011.

    Kita juga harus berwaspada terhadap mereka yang menolak Islam sebagai ad-din, kerana tidak mustahil mereka ingin menyebarkan gejala LGBT bukan sahaja di kalangan kaum mereka tetapi juga untuk 'dijangkiti' ke kaum lain. Harap UMNO dapat menegur MCA dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. Salam Dr.

    Terima kasih kerana mengetengahkan pandangan dalam isu ini.

    Secara peribadinya, saya merasakan intipati penulisan Dr lebih jelas umphh nya kali ini kerana turut menggariskan cadangan khusus untuk difikirkan bersama. Dan rasanya elok juga kalau dicadangkan garis panduan dan strategi yang boleh dibuat tindakan secara kolektif, diperingkat masyarakat yang membaca blog. Sekali lagi, saya mengucapkan tahniah kepada Dr. kerana menitikberatkan isu keagamaan, moral dan kemasyarakatan dan bukannya politik semata. Kerana saya sendiri agak gelisah dengan pengulas-pengulas yang tak habis-habis meletakkan ultimate error pada rulling government.

    Padangan saya, isu ini harus diperbaiki daripada awal lagi. Lembaga Penapisan Filem harus meneliti semula, drama-drama Melayu (dan rancangan dari luar negara) yang disiarkan di kaca TV, supaya tidak menyiarkan rancangan yang mendedahkan pelakon dengan pakaian terlalu seksi. Sungguhpun hal ini tidak secara langsung mempengaruhi isu LGBT, setidak-tidaknya ia membuka minda orang muda yang masih kurang arif membezakan mana baik mana buruk, untuk mencuba sesuatu yang dilihat menarik.

    Selain itu, saya mengajak Dr selaku penulis dan pembaca blog sekalian, supaya memulaukan semua rancangan berbentuk gosip dan tidak menjana pemikiran. Ini termasuklah rancangan di kaca TV seperti Melodi, dan media cetak seperti majalah Mangga dan yang setara dengannya. Kerana majalah seperti ini hanya menyebarkan fitnah semata, dan mewujudkan atmosfera tidak sihat yang sentiasa inginkan keseronokan semata di kalangan masyarakat kita.

    Seterusnya, saya mengajak semua daripada kita suapaya lebih menghargai masyarakat. Sekiranya ada berita tentang penganiyaan anak, isteri atau ibu, atau mana-mana yang dikira sebagaimana penganiayaan, eloklah segera kita membantu melalui cara bertanya khabar, memberi semangat atau dengan membuat aduan kepada pihak berkuasa. Secara asasnya, mereka yang menyebarkan mesej songsang ini, berkemungkinan besar mempunyai pengalaman dan sejarah pahit akibat dera oleh suami, atau salah laku seks ayah, atau dipergunakan bekas teman lelaki. Masyarakat, ahli keluarga juga adalah kaunselor dan motivator kepada orang yang terhampir dengan mereka. Ingatlah seperti apa yang dikatakan dalam alQuran, "Ku anfusakum wa ahli kum naa ro" - "Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu daripada api neraka", galakan kita memelihara kebaikan dan menjaga kebajikan sesama ahli keluarga dan ahli masyarakat.

    Akhirnya, penambahbaikan sesuatu masyarakat itu tetap terletak pada tangan mereka sendiri, dalam bentuk tindakan yang lebih realiti dan istiqamah, bukan sekadar pada kertas undi. Bukan juga salahnya pada kerajaan memerintah semata. Ini tanggungjawab semua.

    ReplyDelete
  4. LGBT dijadikan sebagai isu perjuangan hak asasi manusia.Bagi mereka,konsep hak asasi manusia itu mudah-IKUT SUKA AKULAH!

    ReplyDelete