Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, June 25, 2012

Bila Selalu Meludah Ke Langit

1. Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Mungkin itulah pepatah yang sesuai dengan keadaan pergolakan yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat Selangor sejak seminggu lalu. Khabarnya, sebahagian pimpinan PKR Selangor tidak berpuas hati dengan kaedah dan cara pengendalian "Geran Selangorku". 

2. Pada April lalu saya telah menulis mengenai struktur dan kaedah pengurusan geran ini akan menjurus kepada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Sila baca Geran Selangorku: Adakah MB Berbohong Lagi? Entah mengapa isu ini baru menjadi isu beberapa hari kebelakangan ini. 

3. Anehnya, minggu lalu, Setiausaha Politik Menteri Besar menjawab secara kasar pandangan saya mengenai isu ini. Hari ini bukan saya lagi yangmempertikaikannya tetapi juga ramai pemimpin dalam PKR sendiri.

4. Dalam kenyataan beliau yang dipetik oleh Malaysiakini.com pada 17 Jun 2012, Faekah berkata adalah hak kerajaan negeri untuk berbuat apa sahaja dengan dana yang dikumpul melalui proses menuntut hutang dari pemaju yang gagal dikutip oleh kerajaan negeri semasa Barisan Nasional.


5. Ada dua perkara dalam kenyataan ini yang sangat menarik perhatian. Pertamanya tidak benar kerajaan negeri semasa Barisan Nasional tidak mempunyai peracangan mengutip hutang. Perancangan dan kaedah mengutip hutang yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri hari ini adalah berasaskan kertas cadangan semasa kerajaan Barisan Nasional lagi. 

6. Pada 2007, Kerajaan Negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan semua anak syarikat terbabit bagi mengutip hutang Talam kepada anak-anak syarikat kerajaan negeri. Antara tindakan yang dalam proses ketika itu ialah rundingan pengambil alihan aset-aset dan hartanah Talam seperti Kelab Golf Bukit Beruntung dan beberapa hartanah lain. Selain itu tekanan juga dibuat dengan membekukan projek-projek "akan datang" yang membabitkan syarikat tersebut sehingga hutang mereka kepada kerajaan negeri dilangsaikan. Kerajaan negeri hari ini hanya mengubah beberapa konsep termasuk menggunakan kaedah manipulasi round-tripping.

7. Keduanya, adalah salah dan tidak bertanggungjawab untuk Pejabat Menteri Besar menyatakan orang lain tidak boleh bercakap mengenai pentadbiran mereka memandangkan mereka yang mendapatkan wang tersebut. Wang yang diperuntukkan dalam Geran Selangorku adalah wang rakyat bukannya wang poket Menteri Besar atau setiausaha politiknya. Justeru, selagi ia merupakan wang kerajaan dan wang rakyat, semua rakyat, terutamanya wakil rakyat berhak mempersoalkannya.

8. Faekah juga dengan lantang menyatakan, "This differs from Khir’s era, when projects were awarded directly to family members, in-laws, relatives and cronies. Principles of transparency and responsibility were totally absent, there was only the principle of enriching oneself and (one’s relatives). This shameful practice has today been buried, along with Umno."

9. Sekarang sudah tersebar kononnya terdapat sekeping surat sokongan yang dikeluarkan oleh Faekah selaku Setiausaha Politik Menteri Besar kepada sebuah firma guaman milik anak saudaranya agar dilantik menjadi panel peguam Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

10. Saya tidak mahu berbahas salah atau tidak tindakan beliau tersebut dari segi undang-undang mahu pun politik. Cuma saya sekarang tampaknya Faekah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri. Bak kata pepatah Melayu, "kata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih."

33 comments:

  1. Salam YB Dr Khir,

    Apa maksud Dr dengan perkataan "kononnya.." dalam para 9?

    ReplyDelete
  2. Fekah ni adalah antara Melayu yang tak sedar diri.... dalam alquraan ada ayat yang menyatakan ... golongan yang kononnya memperbaiki agama tetapi sebenarnya dialah yang merosak/meruntuhkan agama..... banyak weh orang macam ni, terutama dalam kalangan pemimpin pas

    ReplyDelete
  3. salam.. tahniah.. ulasan terbaek dari DS Khir.. kami dah meluat sangat sangat dengan PKR skrg ni..

    ReplyDelete
  4. Kalau orang lain semua salah, kalau PKR semua betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah firman dalam quran suruh siasat dulu bila datang berita walaupun dibawa oleh orang fasiq,bukan suruh terus nafikan sebab tak dapat terima kenyataan.Jadi siasatlah dulu bukan terus jatuh hukum fitnah,konspirasi,fitnah,konspirasi!

      Ini yg terus tuduh orang fitnah,terus cop pembawa berita munafik,fasiq,muka syaitan,iblis,ahli neraka ni betul ke faham Islam ni?

      Kisah pasal video seks ni bukan kisah pasal nak mengaibkan orang tapi kisah untuk mencari kebenaran supaya tak tersalah memilih pemimpin.

      Kebenaran tentang video seks penting sebab anwar bukan orang biasa,bukanke pemimpin yg bininya tabalkan sebagai anugerah tuhan ni korang nak angkat jadi PM?Mungkin korang tak kisah berPMkan seorang peliwat dan penzina tapi kami kisah,walaupun kami tak sokong dia.

      Bukan kami saja,rakyat negara kafir pun ambil perhatian serius tentang moral pemimpin diorang,termasuklah US,itali,jepun semua tu.Satu skandal aje boleh jatuhkan pemimpin diorang serta-merta.Tinggi sungguh moral rakyat kafir negara kafir ni berbanding dengan umat Islam negara ini ya.

      Orang taksub ni memang susah nak ajar,bukti depan mata pun dia tak percaya,bukti DNA pun dia kata tipu.Minta tuhan tunjukkan tuhan dah tunjukkan banyak kali dah tapi masih tak nampak juga.Nak dikatakan apa lagi.Macam pernah baca kisah sebegini dalam quran..
      Like · · Promote
      about an hour ago · Like

      Delete
  5. Apa fasal lupa komen saya ke.

    ReplyDelete
  6. Sebagai anak jati Selangor yg dah lama pencen saya lihat MB sekarang jauh lebih baik pentadbiran nya dari berbanding masa zaman sebelum ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun anak jati Selangor dan sudah pun bersara dari perkhidmatan. Saya lihat MB dulu lagi baik dan lagi telus...

      Delete
    2. dan sebagai anak jati dun semenyih.... suker melihat adun bn berkerja keras memasti kan mereka menang pru kali ini.... air dah percuma...(PR) nak ke kl 50% discount (BN) best nye jadi rakyat selangor... harap2 pru kali ini samer macam pru 12... untung minyak maintain....

      Delete
  7. Kita tidak akan memperolehi kebaikan dari pemimpinan yg tidak baik. Apatah lagi bila parti yg tiada pengalaman dalam soal urus tadbir kerajaan negeri diberi kuasa pemerintahan. Lagi lama PR perintah lagi buruk akibatnya.

    ReplyDelete
  8. sepatutnya ditambahbaikkan apa yg kurang tapi sebaliknya pula!....ni jadinya bukan ahli nak mengurus dan tiada pengalaman mentadbir negeri.....beza dgn firma ngok!

    ReplyDelete
  9. EASY SAID THAN DONE.RAKYAT SELANGOR TELAH MENDAPAT PELUANG KEEMASAN UNTUK MENILAI PENTADBIRAN PAKATAN.DULU BUKAN MAIN LAGI MENGUTUK PENTADBIRAN SELANGOR DIBAWAH UMNO/BARISAN NASIONAL....SEKARANG NI ITS THE CASE THE POT CALLING THE KETTLE BLACK....BAK KATA SULTAN JOHORE SEBOK CARI KUDIS ORANG ....TOKAK DIKAKI SENDIRI TIDAK TERUBAT.
    SIMPLE THING LIKE RUBBISH PUN TAK TERURUS MACAMAMNA NAK MENTADBIR NEGARA.PRU 13 PAKATAN ..PKR GOOD RIDDANCE TO BAD RUBBISH. DULU KINI DAN SELAMANYA UMNO DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.DR. KHIR YOU'VE DONE MORE TO SELANGOR...DIA ORANG AMBIL ALIH HANYA UNTUK MENGHANCURKAN SELANGOR....APA PUN TAK BUAT...YANG MEMBANGUN HANYA STICKER2 ALONG ALL OVER THE PLACE.

    ReplyDelete
  10. faekah patut disebat buntut sebab jawb tak ikut akal fikiran.
    kalau BN buat kroni tak boleh masuk tender, anak buah dia boleh?
    ini double standard yang selalu dibuat oleh PR pig. bull shit PKR!!!.
    sekrang tugas PR adalah menghabiskan duit rakyat!!

    ReplyDelete
  11. teruskan perjuangan Dato Seri...saya dah give up dgn penyokong diaorang yang tertutup hati utk menerima hakikat pemimpin pemimpin mereka karut marut semuanya.kalau pkr ini ikhlas semestinya mereka memilih untuk berjuang melalui Pas sahaja.

    ReplyDelete
  12. Nak cakap apa lagi Dato' Sriiii... Faekah SUPOL/perempuan yang disayangi MB Khalid Ibrahim. Pipi tembam lagi...

    ReplyDelete
  13. Hois kamu ni , kan punasihat nya pemimpin "anugerah tuhan" mesti perfect , oghang oghang PAS yang alimtu pun pakai cakap dia tidak lah seperti oghang amno yang busuk mulut dan perut nya

    ReplyDelete
  14. Siapa yang percaya pakatan haram tu tidak mengamalkan kronisme memanglah baru lahir semalam. Selamatkan Selangor dari DAP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada perbezaan amalan kroni yang boleh dibendung dengan tak boleh dibendung, amalan kroni BN sangat berluluasa, susah nak dibendung manakala amalan kroni PR sikit-sikit aje. Nak dapat seratus peratus kosong tu susah la. Kalau PR terpileh ke Putrajaya tetapi sikap mereka macam BN gak, kita tukar semula, apa susah.

      Delete
    2. AMALAN KRONI SIKIT2 SAJA..HAHAHHA....KEPALA HOTAK HANG...NEPOTISME..BERLELUASA ..ANWAR, BINI,ANAK DAN MENANTU...LIM ANAK BERANAK...KARPAL ANAK BERANAK...NIK AZIZ DAN NIK ABUDUH...
      TAK KANLAH ASAS NEPOTISME...KRONISME PUN SIKIT2 ...BAHALOL...DALAM POLITIK TIADA KRONIS ME TIADA KUASA...PALING MUDAH KAT KG KETUA KG ADA ORANG NYS SENDIRI BUKAN SEMUA SATU KG TU SOKONG KETUA KG...KRONISME DALAM BN AKAN AUTOMATIK TERKAWAL KERANA BERASASKAN KOUTA KAUM...DALAM PR ...HAHAHHA KRONISMENYA AKAN BERASASKAN KAWALAN APA...FATWA NICKY AZIZ...HAHAHAHAHA

      Delete
  15. Alahai bahlol2 UMNONGOK baru surat sokongan bukan apa2 pun, yg YB2 BN dulu menjarah duit negeri korang tx kepoh memang melayu ni bengap sebab banyak makan benda haram.....sebab ketuanya haramjadah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan orang yang obses pembangkang ni jarang benar nak tunjuk identiti sebenar, macam Tuan sendiri. Pastu cakapnya bukan main lagak lagi.

      Gentle lah sikit.

      Cakap biar berlapik, melayu banyak makan duit haram.
      Fitnah pukul rata gini lah yang boleh sebabkan Tuan masuk neraka.

      Pandangan saya, surat sokongan mana-mana boleh dapat. Tapi kalau dah tahu ada hubungan, tak payahlah nak sain. Di sekolah dulu, sebelum pinjaman buku teks dimansuhkan, sesiapa nak pinjam buku teks kena dapatkan pengesahan penghulu/ketua kampung/pegawai kelas A. Ayah saya tak pulak sain untuk borang anak sendiri, tapi kami sekeluarga cari pegawai lain yang boleh sahkan borang permohonan. Samalah dalam hal ni.

      Kalau orang tak dikenali datang tuduh Tuan kerja selama ni sumbernya haram, keluarga amalkan mengutip pendapatan tidak bersih, makan duit haram, boleh terima tak?

      Kalau orang tak dikenali datang cakap anak Tuan bengap, di depan Tuan, boleh terima tak?

      Delete
  16. hahaha.....!
    dalam dunia ni dua pekara je yg cukup bahaya....!
    Serban besar atas kepala pun boleh terbang...!
    "Duit dan B***t......!"
    Oleh itu Fekah ni kita nak class kan kemana
    ya.....!

    ReplyDelete
  17. Salam YB Dr Khir. Inilah akibatnya bila selalu sgt suka meludah ke langit. Kalau sesekali takpela. Bila dah kena muka sendiri baru kelam kabut nak tutup lubang. Menyalahkan pentadbiran terdahulu dah mmg jd makanan ruji mereka. Perkara wajib tu. Agaknya mmg ada yg tak puas hati di kalangan mereka sesama sendiri. Silap2 SETPOL MB kena letak jawatan nanti bila 'wahyu' turun dari insan anugerah dari tuhan. Tu pun nanti menyalahkan dulu punya kerajaan jgk.. Aduhai...

    ReplyDelete
  18. Sejarah...mmg sejarah..x penah ada dlm sejarah MB Selangor yg kena maki hamun dlm program rakyat kt tmpat sendiri cam si Khalid ni..nengok tu, aku org Selangor pn panggil dia si khalid jer..baghal punyer MB..anyway, moga dato seri (khir toyo) lebih tabah dn dpt lemparkn idea2 bernas tuk selamatkn Selangor dari pemerintahan pembangkang yg mnyusahkan rakyat..InsyaAllah!

    ReplyDelete
  19. Saya rindukan pemerintahan BN Selangor yang dulu. Muga Allah mengembalikan kuasa kpd BN semula. Ameen .

    ReplyDelete
  20. Ingatlah Allah kurniakan jawatan kepada pentadbiran dahulu dan sekarang di Selangor sebagai amanah. Tetapi malang pemimpin terpengaruh dengan kuasa dan wang ringgit hingga lupa amanah Allah. Bongkak dan angkuh dengan apa yang Allah pinjamkan. Renungkanlah hidup ini hanya seketika, Allah tarik balik kuasa bila2 masa seperti yang terjadi sebelum ini dan mungkin giliran pemimpin sekarang jika dikehendakkiNya. Berishtifarlah selalu....

    ReplyDelete
  21. sejak 25-jun (article ni published) sampai ni hari cuma ada 19 komen je ... mana lagi penyokong2 ameno ... entah2 2~3 orang yg sama tu jugak yang tulis ... korang menang tulis komen je la ... hehehehee

    ReplyDelete
  22. Nak lagi kelakar saya rasa Faekah tulis surat sokongan sebab Dr Khir yang suruh. Sebab tu gang asmin ais krrim marah.. haa..haaa. Punya la mundur fikiran mereka, Dr khir bukan pertikai boleh atau tidak faekah tulis surat sokongan kepada anak buah dari segi undang-undang atau politik, itu fakta yang jelas. Apa yang cuba diterangkan oleh Dr Khir lain kali kalau nak mengata orang pastikan kita sendiri jangan buat pekara yang kita tuduh, lambat laun jika kita sendiri buat maka apa bezanya kita ngan pihak lain, bahkan jauh lebih teruk.

    haa.haa, pkr dah macam rojak yang serabut segala macam. Jika benar rojak sedap juga dimakan, tapiu rojak yang ada terpalit sama ngan najis berat. Sapa lagi yang sanggup makan melainkan pas saja.

    takbir

    ReplyDelete
  23. Dr,
    Untuk pengetahuan Kolek Kecil, dulu saya memberi komen tidak pernah menggunakan nama Anonymous...tetapi penyokong-penyokong UMNO menghentam komen saya dengan menggunakan nama Anonymous. Bila saya suruh mereka membuat komen dan reply tanpa menggunakan Anonymous mereka hentam balik menggunakan Anonymous. Jadi sama aje lah..jangan cakap orang lain.

    Kali ini saya nak sangat membaca komen Dr Khir tentang Talam yang hangat diceritakan oleh MCA ni....boleh dapat pandangan dari Dr?

    ReplyDelete
  24. Harapan saya semoga BN dapat menguasai semula selangor.
    TAPIIIIIII..Jangan bongkak dan sombong.
    Kejatuhan Dr adalah disebabkan..

    1.Dr orang yang STRICT dalam pentadbiran.Sebab itu peniaga peniaga cina marah..Pegawai kerajaan marah..Biasala kalau kita kerja dengan baik,mana ada orang suka...
    2.DR tak nampak dibelakang dr..Ramai orang2 kuat UMNO sombong dan berlagak dengan kemewahan...Kereta ferrari di shah alam..rumah besar..Menunjuk2..Orang marah.
    3.Dr marah dan tunjuk kemarahan dengan penyapu..Ini salah sebab mengaibkan sesaorang..ALLAH marah..

    hari ini..Rakyat dah tau siapa PKR..Siapa PAS..Siapa DAP...

    Kami tetap akan menyokong BN dalam PRU 13 nanti..

    Selamat berjuang..

    ReplyDelete
  25. Sape ckp PKR x amalkan kroni? bohong... Ahli Majlis Daerah di daerah sy adalah seorang bekas penjenayah, pernah dipenjarakan, dadah, rompak... kenapa boleh dilantik oleh PKR/PR menjadi ahli majlis? Patut la rumah2 urut mcm cendawan tumbuh. Org yg mcm ini ke blh jadi pemimpin... ini bukan sy reka2... mmg betul kejadian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi la maklumat lebih detail, nama daerah, nama org PKR tu.. kita boleh siasat properly.. itupun kalau bukan awak yg reka2 laa..

      Delete
  26. Insaf lah wahai saudara2 ku seagama...Islam didahulukan dan disusuli dgn politik sebagai pentadbiran.

    ReplyDelete