Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, June 12, 2012

PENDIDIKAN PERCUMA: PELUANG KERAJAAN SELANGOR LAKSANAKANNYA

1. Ketika Pakatan Rakyat berceramah seantero negara menyatakan mereka akan menghapuskan PTPTN jika memerintah, tiba-tiba kerajaan Selangor dan kumpulan pelajar pro-pakatan rakyat begitu menggelabah dengan Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) menggantung pemberian pinjaman kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel).

2. Mereka membelasah Menteri Pendidikan Tinggi dan PTPTN sebagai tidak berperikemanusiaan, tidak bertanggungjawab dan membalas dendam. Mengapa dimarahi menteri dan PTPTN sedangkan mereka sendiri menyatakan PTPTN sebagai suatu kezaliman. 

3. Adakah salah menteri menghalang kezaliman berlaku ke atas pelajar Unisel? Adakah tindakan PTPTN  menghentikan apa yang mereka dakwa kezaliman merupakan tindakan balas dendam? Inilah kali pertama dalam sejarah tamadun manusia, mereka yang mendakwa dizalimi dan ditindas marah apabila orang lain menghentikan penindasan dan kezaliman ke atas mereka.

4.  Episod penggantungan ini tidak seharusnya dilihat sebagai satu tindakan politik. Sebaliknya ia merupakan satu tindakan menyedarkan masyarakat bahawa apa yang Pakatan laung-laungkan dalam ceramah adalah mustahil untuk dilaksanakan.

5. Berdasarkan episod ini, Kerajaan Negeri Selangor mendakwa mereka mempunyai mekanisme memberi pendidikan percuma kepada pelajar Unisel. Jadi saya berharap Menteri Besar akan melaksanakannya biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungan.

6. Apa salah kerajaan negeri Selangor meneruskan idea bernas dan hebatnya memberi pendidikan percuma kepada para pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang berada di bawah kawalannya  terutamanya Unisel? Perkara yang baik kepada rakyat tidak wajar ditangguhkan biarpun PTPTN telah menarik balik penggantungannya.

7. Janganlah kerajaan negeri lepaskan peluang keemasan untuk melaksanakan idea baik mereka ini.

12 comments:

  1. Pandangan peribadi saya tindakan kerajaan menahan pinjaman PTPTN kepada pelajar baharu UniSEL bukanlah sesuatu yang munasabah. Ianya boleh dilaksanakan, hanya selepas kerajaan persekutuan membuat makluman berkenaan hal ini kepada pelajar.

    Sungguhpun pekung di dada mereka telah jelas ditonjolkan, akan tetapi kaedahnya tidak berapa elok.

    Lebih elok, kerajaan menggunakan pendekatan lain. Sekiranya pemimpin pembangkang sibuk memutar belitkan fakta bahawa mereka mampu memberikan pendidikan percuma dan memansuhkan PTPTN, mengapa tidak kerajaan MENGHEBAHKAN FAKTA jumlah subsidi pendidikan yang telah diberikan, sepertimana yang ada di dalam surat tawaran melanjutkan pengajian pelajar ke universiti?

    Untuk makluman, di UPM, semua pelajar baharu yang ditawarkan menyambung pengajian akan meneriam surat tawaran rasmi, dengan pernyataan berapakah jumlah subsidi yang diberi kerajaan, dan berapa pula jumlah yang perlu ditanggung oleh pelajar. Jika tidak silap, jumlah yang ditanggung kerajaan adalah kira-kira 3/5 daripada jumlah keseluruhan kos pengajian untuk seorang pelajar (cth: kos keseluruhan yuran pengajian: RM8000/tahun, jumlah subsidi kerajaan: RM4900/tahun, jumlah ditanggung pelajar: RM3100/tahun).

    Saya rasakan kaedah ini lebih berkesan dan lebih menjawab soalan. PTPTN cuma satu kambing hitam yang sering dipergunakan oleh pakatan pembangkang untuk memberikan janji tidak realistik kepada semua, sedangkan juga ianya pilihan, bukan kemestian. Jadi eloklah kita biarkan sahaja mereka laungkan PTPTN, dan nyatakan realiti bantuan yang telah diberikan.

    Apapun, dari apa yang saya perhatikan dan pengalamans aya sendiri, juga sepertimana ulasan Dr sebelum ini, benar PTPTN perlu berubah. Perlu ada pihak berkecuali yang masuk memperbetulkan PTPTN dari dalam, yang masih banyak kepincangannya. Mereka yang sedia ada di sana sudah terlalu selesa dan sentiasa terlupa.

    ReplyDelete
  2. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Ramai orang yang menyampah kepada pemimpin UMNO sekarang ialah kerana sikap inilah. Bukan kah PR menjanjikan pendidikan percuma jika menguasai kerajaan persekutuan. Tak kan itu pun susah nak faham. Berapa puluh bilion cukai dari Selangor yang dikutip oleh kerajaan persekutuaan. Maaf dan teriam kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, semoga juga Allah memberkati kita semua dengan kelembutan hati serta sentiasa bersangka baik sesama kita.

      Kalau menyampah dijadikan kayu ukur memilih pemerintah, susah jugaklah.

      Sebagai peminjam PTPTN, apa yang saya nakkan ialah USAHA. Kerajaan Pakatan sepatutnya terlebih dahulu membuat implementasi pendidikan percuma di Selangor. Lebih elok, beri pendidikan percuma, kemudian baru sibuk salahkan PTPTN dan kerajaan persekutuan. Penjimatan berbillion bukan hanya untuk disebut berdegar0degar, tetapi untuk dimanfaatkan dalam pelbagai bentuk. Apa salahnya salah satu satu darinya ialah pendidikan percuma.

      Sebelum membuat kenyataan PTPTN dan kerajaan persekutuan bersalah, buat sesuatu dahulu di UniSEL dan universiti bawah kelolaan PR. Jangan sekadar cakap.

      Kerana nanti dah dapat Putrajaya, masih gagal laksana, nak dapatkan apa pula.

      Menyampah pada yang tak buat kerja, mungkin boleh dijadikan kayu ukur juga.

      Delete
    2. Berapa bilion pulak Kerajaan nk suport Kerajaan negeri? SUBSIDI Harga minyak, gula, tepung mcm2 lg.. Nk tya gaji cikgu-cikgu yg ada kt sekolah negeri sape nk bayar blum gaji agensi kerajaan,. KERAJAAN NEGERI NK BYAR.. KLAU NK BERJANJI PANDAI2 LA NK LAKSANAKAN JGN SALAHKAN KERAJAAN PUSAT KALAU X LEH WAT... BUAT MALU KAUM JER

      Delete
  3. Salam YB Dr Khir. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin. Apa yang mereka tahu hentam kerajaan pusat semaksimumnya isu PTPTN. Bila kena gertak sikit tiada PTPTN untuk UNISEL, gelabah beruk pun tahap maksimum. Dah kena batang hidung sendiri baru tahu. Bukan ke Selangor negeri terkaya di Malaysia.Kenapa perlu gelabah? Janganlah nak gula-gulakan rakyat nk bagi pendidikan percuma. Where's got free thing in the world. Nak masuk tandas pun kena bayar.

    Percaya sangatlah kata-kata Tuan penasihat ekonomi Selangor tu. Kata Turki boleh bagi pendidikan percuma walaupun bkn negara pengeluar minyak. Kena auta hidup-hiduplah kamu.Byk lg manifesto PRU12 yg belum ditunaikan lagi dah cerita benda lain. Tunaikan dulu manifesto tu barulah boleh gebang hal lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendidikan Percuma jika PR menguasai Putrajaya. Takkan itu pun tidak faham. Tindakan PTPTN menahan pinjaman untuk UNISEL n KUIS akan memakan diri. Kalau dulu ada Dr. Khir bagi "ANUGERAH PENYAPU", n Sekarang PTPTN "cuba" menyusahkan rakyat (Atas arahan politik), n PRU 13 nanti jangan ralat kalau BN terus jadi Pembangkang di Selangor...

      Delete
  4. Eloknya begini, untuk penyokong BN PTPTN diteruskan dan tempatkan mereka di semua IPTS yang pemimpin BN sayang sgt sgt. Untuk anak anak bukan penyokong, kita bagi pendidikan percuma...rasa itu lebih adil..sebab mereka mmg mahukan PTPTN tu sgt sgt sgt..

    ReplyDelete
  5. Jika benar seperti kata TS Muhyudin Yasin it is a fair test for Selangor Government which is a State Government not Federal Government on PTPTN issue, mengapa tidak diteruskan pembekuan pinjaman itu.

    Semua orang tahu, dan seharusnya tahu bahawa Pakatan Rakyat akan hanya melaksanakan pendidekan percuma jika mendapat mandat diperingkat persekutuan. Education is a federal issue. If you are of a sound mind, you should understand that, unless the state government are allowed to collect their own tax.

    Anyway I am pretty sure that the state government have the solution to the PTPTN issue if the freeze were to continue and even with the short term solution that was mooted by the MB, the federal government realised that it could backfire politically.

    I am hundred percent sure that the freeze was uplifted not because of the appeal but merely because of the wrong move that they had taken.

    ReplyDelete
  6. masalahnya kita memang mampu, duit tajaan petronas pada f1 berbillion tak lagi sumbangan airasia dan mas pada qpr.Bila pr pegang barulah nampak impaknya.

    ReplyDelete
  7. saya rasa terpanggil utk memberi pandangan saya disini. Ada beberapa penyokong pakatan berkata "Pendidikan Percuma jika PR menguasai Putrajaya. Takkan itu pun tidak faham."

    Memang betul kata2 tu tapi..budget tu adalah untuk satu Malaysia..maksudnya kalau PR menguasai putrajaya = pendidikan percuma satu negara.

    Jadi sebelum menguasai Putrajaya, bukti kan lah kemampuan dulu kat negeri yg dah dikuasai. Kata ada banyak dana extra berbilion. Jadi guna lah dana extra tu utk negeri...di ulangi dana negeri selangor utk negeri selangor SAHAJA..bukan satu Malaysia.

    susah sgt ke nak faham?

    Kalau macam ni lah kes nya, setakat janji air liur: saya pun nak masuk bertanding lah. Saya janji semua pelajar yg masuk u komfem dpt degree..lepas grad dpt kerja bagus w/pun pointer 3rd class

    ReplyDelete
  8. pendapat saya senang jer...semua cukai-cukai dari selangor patut bagi terus pada kerajaan selangor untuk uruskan...dengan itu bolehlah pengajiaan percuma diberi untuk negeri selangor sahaja...

    ReplyDelete
  9. Cuba buat pendidikan percuma di Selangor dulu. Bukan kah PR berkuasa di Selangor. Tunjukkan dulu sebelum hendak melangkah ke Putrajaya. Susah sgt ke nak buat? Kata hasil pasir meningkat stp tahun.

    ReplyDelete