Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, August 21, 2012

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Assalamualaikum,


Selamat Hari Raya aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua pembaca laman ini jika ada tersalah bahasa, tersilap tulis dan terkasar komen sepanjang kewujudan blog ini. Maaf zahir dan batin.

Di kesempatan ini juga saya ingin menjemput saudara/i, termasuk rakan-rakan yang bukan beragama Islam, ke Rumah Terbuka saya mengikut butiran berikut:

Tarikh: 25 Ogos 2012 (Sabtu)
Tempat: Anjung Seri Atin, Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor
Jam: 10 pagi - 4 petang.


Ikhlas

Dr. Mohamad Khir bin Toyo
ADUN Sungai Panjang.

12 comments:

  1. Salam Doc,

    Selamat hari raya, maaf zahir batin. Moga terus tabah.

    ReplyDelete
  2. RUMAH TERBUKA 1 SYAWAL PERDANA MENTERI DI SERI PERDANA PUTRAJAYA

    Sekadar pandangan...

    Diberitakan di dalam akhbar dan dipertontonkan di kaca TV, hampir 100,000 rakyat mengunjungi rumah terbuka PM.
    Mengapakah rakyat datang ke Seri Perdana Putrajaya?

    1. Hendak makan atau sarapan pagi percuma?
    2. Hendak bersalaman dengan PM dan isteri?
    3. Hendak menghabiskan cuti dengan bersiar siar di Putrajaya dan Seri Perdana?
    4. Rakyat diberi tambang ke Putrajaya?
    Penulis berpendapat rakyat ke Putrajaya kerana rakyat ingin merakamkan tanda terima kasih kepada PM dan Kerajaan kerana polisi Kerajaan banyak membantu mereka. Penulis percaya ada pengunjung yang menerima BRIM. Mereka membawa anak anak mereka yang kebanyakan masih bersekolah dan menerima bantuan RM100 setiap murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Ibu bapa tadi ada berkenderaan sendiri. Mujurlah harga minyak RON95 dan RON 97 telah diturunkan. Jauhlah sedikit perjalanannya. Tetapi ada juga pengunjung yang menaiki teksi. Pemilik dan pemandu teksi juga bersemangat ke Seri Perdana kerana penghuni rumah itu pernah meluluskan TRIMA (bantuan tayar).
    Penulis hampir pasti antara pengunjung adalah daripada gugusan dan peneroka FELDA. Mereka adalah rakyat yang cukup bernasib baik kerana PM dan FELDA telah menghulurkan pelbagai bantuan dan hak mereka. Tidak salah penulis katakan raya tahun ini amat ceria di FELDA.
    Pengunjung yang bertali arus menuju Seri Perdana tahu dan faham bahawa bukan sarapan pagi atau tengahari yang memotivasikan mereka ke sana. Kalau nak bersarapan dimana mana pun boleh, tetapi ini di Seri Perdana. Mereka boleh makan dengan selesa jikalau pergi restoran atau gerai. Tidak perlu beratur dan kadang kadang jika pihak catering tidak peka, makanan kehabisan atau sate tinggal lidi sahaja.

    Ramai juga pengunjung telah bersarapan di rumah dan berbelanja di KRIM (Kedai Rakyat 1 Malaysia) dan Kedai Ikan 1 Malaysia di mana harganya murah 10-20 peratus daripada kedai biasa tetapi berkualiti. Ada pengunjung sempat membeli kain raya di Kedai Kain 1 Malaysia untuk ke Seri Perdana.
    Ramai juga remaja dan siswa siswi Melayu, Cina dan India, tidak melepaskan peluang ke Seri Perdana. Ada dari IPTA dan ada dari IPTS. Tidak kurang juga yang menerima bantunan pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran, Alhamdulilah. Anak saya turut menerimanya dan diharapkan beliau kekal dengan prestasi CGPA 3.88 hingga tamat pengajian ijazah grafik. PTPTN boleh mempertimbangkan penukaran status pinjaman (kena bayar balik) kepada biasiswa (tidak perlu bayar balik tetapi perkhidmatan). Patutlah mungkin pelajar macam Adam Adli yang mahu ia dihapuskan kerana CGPAnya bawah 3.5. Mereka bukan nak belajar sibok dengan BERSIH.
    Tidak kurang juga pengunjung yang kurang upaya dan warga emas. Kenapalah mereka pun bersusahpayah hendak bersua muka dengan PM dan barisan Kabinetnya?. Rumah kediaman penulis amat dekat dengan Rumah Kenangan Cheng, Melaka. Pelbagai kemudahan disediakan untuk warga emas. Selain daripada tempat tinggal dan makanan, mereka diberikan perkhidmatan kesihatan yang 1st class. Kos rawatan untuk mereka
    Percuma. Nescaya ada pengunjung yang telah mendapatkan rawatan Klinik Rakyat 1 Malaysia.
    Ramai juga pesara Kerajaan yang hadir merayakan atau memeriahkan Rumah Terbuka PM dan Kabinet semalam. Mereka berterima kasih kerana tiap tiap bulan menerima pencen tepat pada masanya dan saban tahun menerima kenaikan pencen dan bonus. Alhamdullilah penyandang Kerajaan turut menerima bonus. Termasuklah para perajurit (darat, laut dan udara) dan Polis merasai nikmat daripada Kerajaan.

    untuk sambungan penulisan saya sila ke nasirwise.blogspot.com.
    Ikhlas dari
    nasir

    ReplyDelete
  3. Tak payah BRIM, TRIM, KRIM....Letak siapa pun di Seri Perdana tu akan beribu-ribu juga orang yang datang nak makan dan nak lihat kemewahan istana PM yang kita kena bayar hasil kerja tungkus lumus.

    ReplyDelete
  4. Kalau PM tidak bertungkus lumus mencari pelaburan, mngurus ekonomi dengan bijak dan merancang kewangan negara, belum tentu saudara sendiri ada kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada makhluk yang tak pernah rasa bersyukur. Ada saja yang tak kena pada makhluk spesis yang sebegini.

      Delete
  5. Hari Raya maaa.... then ada jemputan Open House... datang je lah... kenapa nak kaitkan isu politik atau terima kasih pula.... Ziarah menziarahi, kunjung mengunjung dan bermaafan kan digalakkan...

    - abikhsan -

    ReplyDelete
  6. Setuju Dgn Dr. Khir,

    Ramai yang taksub sangat untuk persoal apa yang kerajaan boleh berikan untuk mereka. Tetapi pada masa sama tak pun menyumbang apa-apa untuk kemajuan, perpaduan dan kemakmuran negara. Lebih teruk, sibuk pula persoalkan berkaitan cukai yang mana mereka ini juga yang tidak bayar cukai atau mengelak dari membayar cukai.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  7. rezeki itu dlm kekuasaan ALLAH bukan di tangan makhluk. kalau seorang MB bertungkus lumus mencari pelaburan tp pd mase yg same membolot hasil negeri & membina MANSION berjuta-juta hasil rasuah, sendiri fikir la.. laknat ALLAH ke atas pemimpin-pemimpin spt kalian!

    ReplyDelete
  8. Betul tu..
    Bersyukur hari anak saya merayakan graduasinya dari Kolej Mara Seremban... Dari kolej ini sahaja seramai 105 anak bumiputra akan melanjutkan pelajaran di universiti dalam dan luar negara... Sekurang kurangnya kerajaan BN dan UMNO khususnya telah berjaya menyediakan prasarana pendidikkn untuk anak bumiputra yang terbaik didunia.. Terima kasih UMNO..

    Anak Selangor.1966

    ReplyDelete
  9. Salam Mohd Faizal,

    1. Memang betul rezeki di bawah kekuasaan Allah tetapi kita sebagai manusia yang diberi kebebasan berfikir, merancang dan melaksanakan setiap perbuatan kita kenalah berusaha. Sama juga kelahiran suadara di dunia ini ditentukan oleh Allah tetapi apakah bermakna saudara tidak bersyukur dan berterima kasih kepada ibu saudara yang mengandungkan saudara selama 9 bulan dan ibu bapa saudara yang membesarkan saudara? Apakah saudara tidak sedikit pun berterima kasih kepada orang yang membayar gaji saudara atau membantu saudara dalam perniagaan?

    "...Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." - AR-RA'D (11)

    2. saya tidak pernah membolot sebarang hasil negeri atau mengambil rasuah seperti yang saudara dakwa. Baca sahaja transkrip perbicaraan saya. Tidak pernah ditunjukkan sebarang bukti menyatakan saya mengambil rasuah berjuta-juta seperti saudara dakwa. Bagaimanakah rumah yang dibeli dengan pinjaman bank saudara katakan dibina berjuta-juta ringgit menggunakan wang rasuah?

    Mudah sangat meminta Allah melaknat orang lain. Jangan nanti doa saudara tersebut jatuh atas diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Khir, inilah yang dikatakan golongan kaum @ spesis makhluk yang suka mendoakan kehancuran insan yang seagama dengannya. Kalau orang Melayu berjaya dan ada harta lebih, mulalah anggap yang bukan2 lebih2 lagi bila berjawatan penting dalam kerajaan.Sah2 keluar dari mulut mereka makan rasuah buat rumah bsr2. Mmg itulah SOP mereka.

      Di sini saya ingin bertanya pada yang kaki domba ni kenapa tak kecoh psl KM Penang skrg ni yang pernah didakwa mempunyai aset @ harta yang diragui. Kenapa mesti kecoh sgt kalau pemimpin Melayu yang ada rumah besar? Nak sangat tgk orang Melayu ni tak boleh hidup senang agaknya. Jangan kita merempat di tanah air sendiri sebab tak suka bangsa sendiri maju.

      Jangan terlalu mudah mengatakan seseorg pemimpin itu makan rasuah kalau sekadar hearsay saja. Itu semua kita tak tahu. Silap2 tak pasal2 sendiri yang kena laknat. Bab menuduh org keluarla bab agama, bila kena batang hidung sendiri keluarlah fatwa sendiri. Zaman rasulullah dulu sekian sekianlah...itulah inilah..

      Delete
  10. Salam... saya menghadiri majlis Jamuan Hari Raya BN dan PM bersama rakyat Selangor di RRI Sg Buloh @ 1 September 2012. Tak nampak pula kelibat Doctor kat atas stage... kelibat Tan Sri Muhammad Taib pun takde.... Whatever lah.. as long as saya dapat duduk meja VIP...

    - abikhsan -

    ReplyDelete