Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Monday, October 15, 2012

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA - TAWAS BAKAL LINGKUP?

1. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) mengesahkan apa yang saya fikirkan sebelum ini bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan ikon kebajikan kerajaan negeri Selangor ini.

2. Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM 100 dari kerajaan negeri yang dilaburkan menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas). Skim ini akan mengambil masa selama 17 tahun tempoh matang. Pada usia 17 tahun mereka yang didaftarkan melalui skim ini akan dibayar RM 1,500.00.

3. Biarpun telah menghabiskan RM 500 ribu untuk kempen dan promosi skim, hanya 19.4% daripada jumlah anak yang lahir di Selangor yang menyertainya. Ini menunjukkan majoriti rakyat Selangor tidak berminat dan tidak percaya dengan skim yang dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.

4. Dalam soalan bertulis saya kepada Dewan Undangan Negeri Selangor pada sesi lalu, kerajaan negeri tidak menjawab apakah bentuk pelaburan yang telah dibuat oleh Yawas bagi memastikan ia mampu membayar jumlah yang dijanjikan menjelang 2025. Soalan ini tidak dijawab.

5. Menurut maklumat dalam laman webnya, Yawas ditubuhkan pada 5 Februari 2009. Kerajaan negeri menyumbang RM 8.5 juta untuk dana Tawas dan RM 5 juta untuk dana operasinya. Saya tertanya-tanya mengapa begitu besar dana diperuntukkan untuk kos operasi Yawas. 

6. LKAN juga mendedahkan bahawa pendapatan daripada pelaburan jangka pendek YAWAS bagi tahun 2009, 2010 dan 2011 adalah masing-masing berjumlah RM198,101, RM210,716 dan RM213,955. Manakala  kos operasi Yawas RM1.55 juta (2009), RM1.64 juta (2010) dan RM1.71 juta (2011). Ini bermakna jumlah pendapatan tidak mampu menampung perbelanjaan operasi semasa. 

7. LKAN mendedahkan baki dana Yawas pada akhir tahun 2011 hanya tinggal RM5.68 juta. Menurut LKAN, jumlah ini "adalah kecil berbanding jumlah kewangan yang diperlukan bagi membiayai operasi YAWAS dan seterusnya manfaat Skim TAWAS."

8. Berdasarkan kenyataan bahawa jumlah sumbangan kerajaan negeri ialah sebanyak RM 13.5 juta dan LKAN menyatakan dana dalam Yawas hanya tinggal RM 5.68 juta, ini bermakna sejumlah RM 7.82 juta telah dibelanjakan. 

9. Berdasarkan jumlah kos pengurusan skim ini selama 3 tahun ialah RM 4.5 juta, kita beranggapan hanya RM 1.18 juta yang dilaburkan. Adakah wajar sebannyak RM 4.5 juta dihabiskan untuk menguruskan pelaburan 1.18 juta? Atau adakah wajar RM 4.5 juta digunakan untuk mengurus pelaburan 60 ribu orang anak-anak di bawah skim Tawas? 

10. Sebagai kerajaan yang telus, Kerajaan Negeri Selangor wajar menjelaskan mengapa perbelanjaan pengurusan Yawas begitu besar sekali dan siapa yang mendapat habuan-habuan ini. 

11. Jika trend perbelanjaan dan pendapatan seperti sekarang berterusan tidak mustahil Yawas dan Tawas akan ditutup dalam lima tahun lagi atau terpaksa diselamatkan oleh kerajaan negeri.

12. Jangan nanti skim Tawas menjadi skim was-was.

10 comments:

  1. bro bukan tawas lingkup tapi -- yg lingkup

    ReplyDelete
  2. BUKAN WAS-WAS LGI..DATO'...,DANA KENA BAHAM DGN BUAS SKALI TU...

    SKIM MIMBAR TU CAMNER PULAK?

    ReplyDelete
  3. takut jadi mcm amanah saham selangor (asas) ke dato?bagus la dato ni concern amat+)

    ReplyDelete
  4. Dato, mereka hanya bijak berbelanja sebab bukan mereka yg berusaha mengumpul dana. Jika next pru 13, ditakdirkan Allah BN mengambil kembali kerajaan negeri maka sewajarnya audit di setiap agensi negeri wajib dibuat.

    Kerajaan semasa itu perlu dedahkan apa yg tinggal, apa yg telah lingkup dan heret siapa sahaja yg korup ke mahkamah. Jika sebelum ini nereka serubgkalu menuduh kerajaan BN membazir wang rakyat maka kita juga nak tengok setakat mana pulak wang yg telah mereka berjaya jinatkan utk poket mereka.

    Saya percaya barisan kepimpinan negeri selabgor sekarang bukan sahaja mengamalkan kronisme, bahkan sangat korup serta tidak telus dlm mengurus aset negeri.

    ReplyDelete
  5. apa pun, kerajaan skrg much much better than kerajaan yg lama. rakyat dpt benefit secara direct.

    ReplyDelete
  6. Ya Ka Kerajaan sekarang lebih baik berbanding Kerajaan sebelum ini. Sebab dapat air dipuji melambung. Takkan sdra. buta mata serta cuba menafikan apa yang sdra. pernah terima dan kecapi.

    Usahlah kerana menyokong parti yg sdra. rasa baik Pada sdra. maka dinafikan kebaikan org lain sebelum ini. Cubalah berfikir dgn waras serta buangkan hasad dengki dalam diri sdra.

    ReplyDelete
  7. BUKAN WAS-WAS LGI..DATO'...,DANA KENA BAHAM DGN BUAS SKALI TU...

    SKIM MIMBAR TU CAMNER PULAK? - jiwakita

    urus yayasan pun lingkup - anon

    Saya percaya barisan kepimpinan negeri selabgor sekarang bukan sahaja mengamalkan kronisme, bahkan sangat korup serta tidak telus dlm mengurus aset negeri. - anon

    Jadi, kalau dah ada bukti yang kukuh, buat report la tuan puan.. jangan hanya beretorik, kelak diri sendiri yg malu.

    ada brani..?? ada bukti..??

    teringat "hutang talam"..... :-p



    ReplyDelete
  8. kalu PR itu korup konfem sprm dah amik tindakan macam yg berlaku 2 yb perak yg lompat parti atas tudohan rasuah seks...bila lompat parti ke pro Bn depa selamat,,aku yakin yb PR yg ada la ni sangat berhati2 dgn jerat rasuah,,tapi 10 tahun akan datang bila kuasa terlalu lama dlm gengaman aku x percaya dah yb PR tu boleh maintain

    ReplyDelete