Nota Kepada Pembaca

Saya mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya tulis dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elak membuat komentar menggunakan perkataan-perkataan buruk, bersifat hasutan, fitnah atau menyimpang dari topik perbincangan. Bagi para sahabat yang menulis komen tanpa nama harap dapat menyatakan nama panggilan di akhir komen bagi memudahkan proses komunikasi. - Dr Mohamad Khir


Tuesday, October 23, 2012

Tiada Salah Mengakui Kesilapan

1. Saya tahu bahawa ramai rakan-rakan yang tidak berpuas hati dengan tindakan saya meminta maaf kepada Y.B. Ronnie Liu dalam kes saman malu beliau ke atas saya. Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan UMNO.

2. Bagi saya jika kita bersalah kita harus bersedia meminta maaf. Justeru itu saya tidak segan silu untuk merekodkan pengakuan permohonan maaf saya dalam mahkamah. Ini berikutan tujuan asal saya hanyalah mempersoalkan potfolio beliau menjaga Pihak Berkuasa Tempatan kerana terdapat aduan ke atas beliau kerana menghalang penguatkuasa PBT menjalankan tugas.

3. Bagaimanapun kenyataan-kenyataan dalam sidang akhbar tersebut telah membawa tafsiran yang lebih besar apabila akhbar China Press melaporkan seolah-olah Ronnie Liu terbabit dalam aktiviti pelacuran.   Atas sebab inilah saya memohon maaf kepada beliau kerana saya tiada bukti atau fakta yang jelas menyatakan bahawa beliau mempunyai hubungan dengan aktiviti pelacuran. Malahan sehingga kini, Ronnie belum disabitkan atas kesalahan menghalang tugas penguatkuasa. Ini menjadikan laporan akhbar mengenai kenyataan-kenyataan saya sungguhpun ada asas (berasaskan laporan Polis) tidak dapat disahkan sebagai fakta yang benar.

4. Saya dapati ada laporan yang tidak tepat mengenai permohonan maaf saya di Mahkamah Tinggi pagi tadi. Untuk rekod berikut ialah sebahagian teks permohonan maaf saya (dipetik semula dari Malaysiakini.com), "
In the article, I had implied that Liu had obstructed the officers of the Subang Jaya Municipal Council and the police in closing down a hotel in Puchong which I insinuated was a centre for prostitution activities.
"I apologise to Liu for further insinuating that he was involved in such activities, which is totally untrue. I deeply regret for causing Liu severe distress as a result of the publication of the said article and hereby retract all statements made against him and apologise unconditionally.
5. Ada yang meminta saya meneruskan perbicaraan dan menyerahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan, dan orang ramai untuk membuat penilaian. Namun saya berpendapat cukuplah dengan apa yang telah berlaku. Memohon maaf bukan sahaja memberi ruang hubungan baik sesama Ahli Dewan Undangan Negeri tetapi juga membuka ruang demokrasi yang lebih matang.

6. Menjadi mangsa kepada banyak tohmahan, tuduhan dan fitnah saya menyedari bahawa memanjangkan isu-isu yang tiada bukti nyata ini hanya memberi kesan yang sangat mendalam kepada ahli keluarga mereka yang terbabit.

7. Dalam keadaan inilah, saya fikir permohonan maaf ini sangat tepat pada masanya. Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri.

8. Apa pun pendapat kita, perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian amat digalakkan dalam agama Islam. Saya berharap perkara ini dilihat dari sudut yang positif. Benarlah pesan orang tua saya, memohon maaf bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Malah ia memerlukan kekuatan dan keberanian untuk menjayakannya. 

24 comments:

  1. Salam, good move Doc. Don't waste ur time. UMNO Selangor just watching to "kill" ur political carier. Everything u do, they will say u are liability for party. So better relax and cool down, let the jokers run the show first.

    ReplyDelete
  2. serba salah dok. dua2 ada baik buruknya. tp utk ketenangan fikiran, baik rentikan pertikaian panjang yg akan merosakkan. buatlah mana yg patut dok...

    ReplyDelete
  3. Umno selangor dah tak mahukan doc ,berihatlah biarkan merika yang berhajat sangat nak tengok doc jatuh dan tidak boleh bangun didalam dunia politik UMNO.
    Walau apa pun jangan doc bencikan UMNO ,UMNO sentiasa jujur pada perjuangan ,cuma yang menjadikan ianya tidak baik adalah ahlinya tamak dan gila kuasa ........sama samalah kita lihat diantara ular dan biawak ini nanti......Percayalah doc hanya allah yang tahu akan niat kita bukan tuan hakim.........yang hisap ganja .

    ReplyDelete
  4. "perbuatan memohon maaf dan mencari penyelesaian dalam pertikaian amat digalakkan dalam agama Islam."
    "Ada yang berpendapat tindakan saya memohon maaf kepada Ronnie merupakan tindakan bacul dan akan menjejaskan UMNO."
    Ahli2 umno ni apa agama mereka?
    "Saya percaya permohonan maaf ini tidak memberi kesan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana saya bukan lagi pemimpin UMNO negeri."
    Jadi kalau masih lagi pemimpin UMNO negeri, tak perlu minta maaflah?

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Salam...

      Tuan tetap MB yang terbaik pernah saya ada...

      Good luck Dr Khir

      Delete
  6. Doc Khir Toyo,

    You have done the "right things at the right time". It's best way to put this matter to rest. Its your decision, and you accepted the fact.

    Thus, nothing wrong in apologies when our own heart felt it. Hat's OFF to you.

    Life Must Go On Sir.

    ReplyDelete
  7. Salam YB Dr Khir. Itu maknanya kita berpegang pada prinsip. Kalau kita tak betul, tak salah monon maaf. Senang cakap gentleman lah. Kita tak perlu nak pusing-pusing lagi. Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia mana boleh. Berehatlah seketika YB. Berundur selangkah untuk mengatur langkah-langkah yang seterusnya. Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Adha.

    ReplyDelete
  8. Sahabat bloggers.

    Ingin saya jelaskan kenyataan saya pada media yg menjadi isu ini bukanlah tidak berasas.ia berasaskan satu laporan polis yg dibuat oleh pegawai penguatkuasa mpsj berhubung dgn tindakan Ronie Liu campurtangan dalam satu operasi menutup hotel chilli dipucong yg beroperasi tanpa lesen.
    Dalam operasi tersebut 24 wanita warga asing dan 12 lelaki tempatan telah ditahan.ia berlaku pd 3 November 2007 dan mendapat liputan meluas dalam media massa dan eletronik pd 4 November. Sebagai MB pd ketika itu saya juga dimaklumkan secara langsung.

    Saya setuju memohon maaf kerana bagi saya tidak salahnya kita mohon maaf lebih lebih lagi ia membawa kebaikan kepada kedua dua pihak.saya juga berpandangan tidak ada faedahnya memanjangkan perkara tersebut.saya juga rasa bersyukur kerana isu selesai dgn baik.






    ReplyDelete
  9. Salam Dr.,

    Walaupun fahaman politik saya dan Dr. berbeza, dalam hal ini timbul satu perasaan hormat atas sikap gentlemen yang telah Dr. lakukan. Sebagai pengundi muda, sikap beginilah saya harapkan daripada semua ahli politik di negara kita samada daripada pihak BN ataupun PR.

    You earned my respect Dr Mohamad Khir Toyo!!

    ReplyDelete
  10. Dear Honorable Doctor,

    Very good day.

    Do you want to make a comeback?
    If yes, please kindly email : glokaltower@yahoo.com

    Thanks.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Doc,
    Betul...hanya yang kuat dan hebat boleh memohon maaf atas kekhilafan yang dilakukan.
    Dalam soal ini, Pakteh menilai dari 2 sudut yang boleh memberikan impak positif kepada Doc.

    1. Ketenangan fikiran. Itu tak perlu dijelaskan kerana Doc lebih memahami.

    2. Memudahkan urusan Doc, Jika sebelum ada ada perkara remeh yang menyebabkan ada perkara yang lebih penting tersangkut, mungkin Doc telah menilai perkara-perkara yang boleh dikesampingkan atau dibuang terus...dan kes ini adalah contoh bagaimana perkara yang boleh dibuang dengan cara yang amat mudah. Seterusnya Doc boleh menumpukan kepada matlamat Doc dengan lebih jelas tanpa gangguan.

    ReplyDelete
  12. Saya tidak anggap tuduhan tuan doktor kepada pihak terbabit itu tidak benar. Pada pandangan saya tuan doktor telah melakukan satu kesilapan besar dengan memohon maaf kerana sesuatu yang dinyatakan itu sememangnya benar-benar berlaku telah pun ditunjukkan di mahkamah. Saya berpendapat ada sesuatu yang tidak betul di sini perlulah pihak terbabit menyiasat sedalam-dalamnya.

    ReplyDelete
  13. Pepatah Melayu ada berkata telajak perahu bolih di undur, telajak kata buruk padah nya. Anggap lah ini satu pengajaran dan pengalaman hidup.

    ReplyDelete
  14. Syabas doc..
    bukan semua pemimpin UMNO boleh meminta maaf sebegini..

    ReplyDelete
  15. jangan kita pot pet pot pet rupanya kita tak betul..

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum;

    Betul tu Doc, maaf memaafi itu digalakkan dalam agama. Anyway, siapa laaahhh tak kenal YB Ronie tu. Perangai dia tak pernah ubah Anti Bumiputra sejak memula jadi YB dulu. Hopefully dgn cara Doc ni, YB Ronnie akan lebih Respect dgn org Bumiputra.

    Cerita Doc kena "main" ngan jurujual tu sampai masuk court, semua org pun tau. Yg memburuk2kan di ontheground ialah PR.. seluruh Rakyat Selangor tau, maybe keliling Doc je ramai org diaorg, tu sbb dengar cite sumbang je, but yg kami tahu, sememangnya PR taknak Doc naik lagi bersama BN & Umno @memana parti bumiputra sbb track record Doc cemerlang. Action speak louder than words.

    So Doc, kami faham apa Doc buat, takyah nak explain bebyk pun. Kita sesama gerak ontheground Doc. Biar diaorg berhentak2 kat atas tu. Diorg dh penat nnt, kita sambung perjuangan utk Agama, Bangsa & Negara kat Selangor ni....

    ReplyDelete
  17. Memohon maaf dan mengakui kesilapan untuk menyelesaikan masalah agar tidak berpanjangan adalah baik. Tetapi pelbagai tanggapan ada yang pro dan kontra dalam isu itu Untuk info jawapan YB dalam filem dokumentari “Tauke Mancis dan Minyak Tumpah” yang ditayangkan di Menara PKNS pada 16/10/2010 telah diketawakan penonton kerana mengakui kesilapan PKNS dalam isu kuil Hindu Seksyen 19 yang menjadi isu panas pada tahun 2009. Judul filem itu dipetik drp aduan penduduk Seksyen 19 kepada YB dalam perjumpaan yang diadakan pada 01/10/2006. Penduduk beritahu YB bahawa “Minyak sudah tumpah menunggu mancis dinyalakan sahaja. Pemimpin PAS dalam filem itu menyalahkan pemimpin UMNO yang tidak selesaikan isu penduduk untuk menutup kesilapan sendiri dalam isu demonstrasi kepala kepala lembu. Adun PKR juga menyalahkan UMNO yang dikatakan buat perarakan kepala lembu. Kenapa pemimpin Islam tidak peka untuk menyelesaikan masalah masyarakat Islam?. Kenapa mesti tuding jari kepada pihak lain?. Masalah penduduk Islam begitu serius hingga mengancam keselamatan penduduk. Kenapa pihak NGO Islam lebih prihatin membantu penduduk Islam?. Masalah penduduk berlarutan hingga kuil dipindahkan pada Februari 2012.

    Selepas semua setinggan berhampiran jalan keretapi dipindahkan pada tahun 2005 yang meramaikan kuil itu datang dari Seksyen 20 yang dibuka pada tahun 2000. Kuil diarahkan pindah ke Seksyen 18 pada tahun 2003 tetapi ditolak atas pelbagai alasan. Kuil semakin membesar selepas bekalan elektrik dan air dimasukkan pada Jun 2006. Penduduk buat bantahan kepada Sultan Selangor pada 28/07/2006. Selepas aduan dua papan tanda dipasang Tanah Milik PKNS Penceroboh Didakwa. Namun kawasan itu terus diceroboh kerana mereka tidak didakwa. Jika penduduk buat ubahsuai dengan segera penguat kuasa datang memeriksa pelan dan permit PBT. Tapi pihak kuil tidak pula perlukan permit PBT. Selepas aduan kepada Sultan penguat kuasa bertindak tegas tidak membenarkan sebarang pembesaran dibuat tetapi selepas mereka beredar kerja disambung semula. Pendudukk berjumpa MBSA untuk penjelasan diberitahu ada campur tangan pemimpin atasan MIC yang menyokong kuil. Sepanjang tahun 2006 penduduk berusaha berjumpa pelbagai pihak, pelbagai maklum balas diterima. Ada tindakan memindahkan kuil selepas berjumpa YB. Pihak kuil memilih kawasan Seksyen 20 untuk pindahkan kuil tetapi dibantah penduduk Seksyen 20 dan sebahagian penduduk Seksyen 19. Pada 29/12/2007 kuil diluluskan pindah ke Seksyen 22 namun dibatalkan selepas PR berkuasa dengan alasan tapak itu jauh kedalam. Keadaan semakin sukar bila mereka pasang bendera PAS dan PKR pada papan tanda larangan ceroboh. Mereka kata dua parti sokong kuil tidak payah pindah. Pada Julai 2008 gangguan keramaian sudah keterlaluan hingga ketengah malam. Pada malam perarakan bergendang bawa patung besar 26/07/2008 penduduk menegur bising jam 1 pagi diugut bunuh, Selepas polis datang buat rondaan mereka jerit apa komplen Melayu bodoh. Tidak ada tindakan selepas aduan demi aduan kepada wakil rakyat malah gangguan semakin kronik pada Disember 2008 apabila kawasan penduduk menjadi tempat berkumpul pemuda Hindu yang merempit, minum dan mabuk. Rumah penduduk dan tanda jalan diconteng nombor kumpulan gangster 303. Penduduk minta bantuan NGO Islam. Tetapi kedatangan NGO Januari 2009 diserang MP Shah Alam yang buat tuduhan gerombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu. Bila Melayu buat perarakan kepala lembu PR melenting tapi berlaku kepada penduduk Islam salah UMNO.

    ReplyDelete
  18. Sahabat sahabat lain.

    Isu kuil merupakan isu yg semakin kronik jika tidak ditangani dgn teliti. Masalah besar adalah tidak ada badan khusus yg memantau Pembinaan kuil di negara kita. Bagi kita jika nak bina surau atau mesjid perlu dapat kelulusan Mais.sebab tu saya pernah cadangkan agar mereka tubuhkan satu badan yg bertujuan memantau dan meluluskan pembinaan kuil selaras dgn peraturan yg telah ditetapkan dalam akta parit dan bangunan.kerajaan tempatan.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih YB Khir kerana respon masalah ini. Semasa penduduk pindah 1988 kuil itu hanya sebesar tandas terletak dikawasan semak terbiar. Tidak ada bekalan elektrik dan air. Semasa Tan Sri Mohd Taib berkuasa beliau tidak benarkan sebarang ubahsuai dibuat hingga dipindahkan. Pada masa itu penduduk terima maklumat kuil akan dipindahkan ke Sek 15. Kuil itu dibesarkan sedikit demi sedikit selepas tahun 2000 apabila ramai penduduk India dari Seksyen 16 berpindah ke Sek 20. Mereka datang mengaktifkan kuil bergabung dengan penduduk setinggan. Pada 16/09/2003 penduduk terima salinan daripada PKNS kepada pengurusi kuil arahan pindah ke Sek 18. Mereka tidak mahu pindah tetapi bekalan elektrik di masukkan. Semua setinggan berhampiran jalan keretapi dipindahkan pada tahun 2005. Pada awal tahun 2006 penduduk terima maklumat pihak kuil hantar permohonan untuk daftarkan kuil. Penduduk buat bantahan kepada MBSA. Pada Jun 2006 bekalan air dimasukkan. Bila penduduk buat aduan MBSA buat rondaan tetapi bila penguat kuasa beredar kerja di sambung semula. Persatuan penduduk buat bantahan kepada Sultan Selangor. Begitu ramai pegawai dan penguat kuasa dihantar ke kawasan kuil selepas aduan kepada Sultan. Tetapi pihak kuil tidak takut kepada penguat kuasa MBSA. Semasa perjumpaan penduduk dengan Pegawai penguat kuasa dan Jabatan Perancang MBSA mereka beritahu mereka terima ugutan jika bertindak terhadap kuil. Penduduk dimaklumkan nama-nama pemimpin MIC yang menyokong pihak kuil. Mereka tahu disitu tapak rumah 16 unit tetapi mereka ceroboh juga tapak itu. Penduduk terima maklumat beberapa lokasi sudah di tawarkan tetapi ditolak. Aktiviti kuil amat mengganggu ketenteraman penduduk. Mereka langsung tidak menjaga sensitiviti masyarakat dikawasan majoriti Islam. Pada tahun 2007 kuil dibesarkan menjadi 5 bilik. Pada 29/12/2007 kuil diluluskan pindah ke Seksyen 22.
    Selepas PR berkuasa pemindahan kuil dibatalkan. Usaha penduduk bertahun-tahun minta kuil dipindahkan jadi sia-sia. Selepas April 2008 gangguan kuil semakin menjadi-jadi. Pada Julai 2008 mereka cuba besarkan lagi kawasan kuil. Keramaian diadakan semakin kerap malah sudah berlarutan hingga ketengah malam. Setiap kali diadakan keramian kawasan penduduk menjadi sesak dan kecoh sepanjang hari. Mereka bergendang ketika azan Maghrib kedengaran dari masjid hingga berjam-jam lamanya. Aduan demi aduan dan perjumpaan dengan wakil rakyat sudah dibuat tetapi tidak ada tindakan serius mengatasi masalah penduduk. Keadaan semakin kronik pada akhir tahun 2008. Bilik-bilik kuil dibesarkan, gangguan bising semakin menjadi-jadi hingga ada penduduk yang pasang kaset Quran dengan kuat kerana tidak tahan bunyi gendang bising. Tetapi rumahnya dibaling batu. Ada penduduk diugut mereka letak parang depan pagar rumah. Sampai bila penduduk hendak bertahan sedangkan kesabaran penduduk sudah ketahap maksima. Aduan penduduk kepada NGO mendapat reaksi segera untuk membantu penduduk. Pada 08/01/2009 kedatangan NGO diserang MP Shah Alam yang buat tuduhan grombolan UMNO buat provokasi kepada kuil Hindu (semak minaq jinggo 08/01/2009). NGO bina gelanggang untuk mengurangkan sebahagian masalah penduduk. Pada 10/01/2009 MP Shah Alam tulis artikel Persoalan kuil Seksyen 19 yang minta ia disebarkan. Logikkah YB Khalid Samad kaitkan provokasi itu kerana PRK Kuala Terengganu?. Pelbagai komen oleh pembaca konon UMNO nak rampas Selangor. Kenapa YB Khalid Samad tidak prihatin masalah masyarakat Islam?. NGO hantar memorandum minta kuil segera pindah. Kenapa PR pilih kawasan majoriti penduduk Islam? Kenapa kuil haram diganti tapak satu ekar untuk buat kuil baru?. Bantahan penduduk Seksyen 23 tidak dipedulikan malah tapak kuil itu siap dipagar. Kenapa MP dan Adun PKR buat mesyuarat persetujuan pindah kuil tidak memanggil wakil penduduk Islam Seksyen 23?.

    ReplyDelete
  20. Sambungan
    Berderet-deret artikel ditulis YB Khalid Samad pada Januari dan Ogos 2009 menyalahkan UMNO dan menulis fakta yang memihak kuil Hindu. Logikkah kuil yang membesar depan mata penduduk dikatakan berusia 150 tahun?. Sebelum diadakan demonstrasi di SUK pada 28/08/2009 mesyuarat diadakan di Seksyen 23 dan di Seksyen 19 tidak ada melibatkan politik. Penduduk dan NGO hanya mahu mempertahankan kawasan penduduk Islam daripada gangguan gangster dan gangguan kuil yang mengganggu ketenteraman awam. Kenapa pemimpin PR dan pemimpin Hindu menjadi begitu sensitif bila penduduk Islam buat demonstrasi bawa kepala lembu? Kenapa ada sikap double standard?. Bila Hindu ganggu kawasan penduduk Islam tidak ada pula ulasan daripada mereka. Tetapi pihak yang buat provokasi kepada penduduk Islam disokong dan dibela pula. Malah ada pemimpin Islam PR yang buat sidang media dan laporan polis simpati kuil. 04/09/2009 Harakah tuduh UMNO dalang kepala lembu.
    Pada 30/9/2009 bahagian Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor terbitkan risalah bertajuk Memahami Isu Pemindahan Kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23. Risalah itu hanya menyalahkan BN yang tidak selesaikan masalah penduduk Seksyen 19. NGO dituduh menimbulkan pertelingkahan kaum kerana demontrasi kepala lembu. Walaupun tulis Keadilan untuk semua tetapi mereka tidak berlaku adil kepada masyarakat Islam.
    Oleh kerana sikap toleransi yang tinggi pemimpin PR gangguan kuil hanya senyap beberapa bulan selepas campur tangan NGO Januari 2009. Pada Ogos 2009 mereka bergendang semula. Pada Jun 2010 sekumpulan pemuda Hindu datang beramai-ramai ke kawasan penduduk membawa bendera 303. Kawasan penduduk menjadi kecoh kerana mereka bawa mayat pemuda Hindu. Gelanggang NGO diconteng tulisan bermaksud mencarut. Pintu gelanggang diconteng 303. Penggambaran filem dokumentari Tauke Mancis dan Minyak Tumpah pada Julai 2010 yang boleh semak di You Tube berjaya merakam kesan contengan oleh 303. Pengarah juga berjaya merakam gangguan keramaian yang paling bising pada bulan Ramadhan Ogos 2010. Gangguan kuil terus mengganggu penduduk hingga ia dipindahkan pada Fabruari 2012.
    Kuil itu pasti terus kekal disitu jika tidak ada bantahan berterusan oleh penduduk. Tindakan serius tidak akan diambil pemimpin PR jika tidak kerana campur tangan Pertubuhan NGO Islam dan nasihat pihak Polis minta kuil itu dipindahkan. Wajar sekali pemimpin PR minta maaf kepada penduduk Islam dan pemimpin UMNO kerana buruk sangka.

    ReplyDelete
  21. Kerajaan Selangor skrg lebih baik dari zaman umno dulu. Adalah isu isu sikit terutama birokrasi yg rasanya akan ditangani dgn lebih matang jika PR berkhidmat selepas PRU 13. Masalah skrg ialah peranan umno sebagai batuapi dan penghasut yg perlu betul betul difahami oleh segelintir rakyat Selangor. Isu isu kuil, air, talam perlu diberikan penerangan yg jelas. Buat sebagai cth isu babi dahulu, macamana tertutupnya mulut pihak pihak umno dan sekutunya. Syabas PR.

    ReplyDelete
  22. Benarkah kerajaan PR Selangor lebih baik daripada zaman UNMO dahulu?. Terlalu banyak kepincangan yang berlaku sejak tahun 2008 hingga hingga kini yang gagal ditangani dengan baik oleh pemimpin PR. Semoga petikan artikel YB Zulkifli Nordin akan membuka mata pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang bertajuk Demokrasi Kangaroo (23/11/2012).


    Sebab itu rakyat Malaysia wajib membuka mata! ALLAH telah memberikan kita satu demi satu isyarat dan bukti; betapa Anwar dan Pakatan Luar Tabi'e & Pakatan Songsang yang diketuainya wajib ditolak! Wajib dihapuskan melaui PRU 13 nanti!

    Daripada isu pluralisma, liberalisma, kalimah ALLAH, sumpah baiah talak tiga, amalan seks songsang dan luar tabi'e LGBT, mengidolakan komunis, sehingga mahu memberi kebebasan untuk bangsa Melayu beragama Islam murtad! Kini mahu negara asing campurtangan dalam hal urusan dalam negara kita yang berdaulat dan merdeka ini!

    Apa lagi yang kita tunggu? Berapa banyak lagi solat hajat dan doa yang nak ditadahkan? Berapa kali lagi bukti dan isyarat yang kita hendak ALLAH hantar?

    Janganlah sampai kita menjadi kaum yang disebut oleh ALLAH: PBB - Pekak, Bisu & Buta!
    Tepuk dada tanyalah iman masing-masing yop!

    Wallahhua'lam & Wassalam!

    Adios amigos, grasias senor!

    Zulkifli Bin Noordin

    ReplyDelete
  23. inilah yang dipanggil lead by an example...itu pun kalau pemimpin pr esp anwarr paham laa....juga pemimpin umno...byk yg tak paham.... saya berdoa dato menjadi pemimpin pusat satu hari nanti insyaALLAH dengan izin ALLAH......u have been to hell so u r the leader that we need.......anyhow dato...saya adalah rakyat selangor yg punya rasa kenegerian yg kuat sy selalu rasa kenapa pemimpin selangor selalu diketepikan pusat.....malah harun idris dipenjarakan.........as u know even mahthir selalu ckp nk tgk org kedah lebih ramai pegang jawatan penitng....sy pk org selangor kurang kenehgerian..kalau dato jadi pm saya harap lebih ramai anak selangor peganag jawatan penting...they deserve it....

    ReplyDelete